2 minute read

DISKUSI KITAB FIQAH PENGURUSAN

MASJID SIRI KE-2

oleh Ustaz Fauwaz Fadhil Noor

Advertisement

Tarikh : 19 Mac 2023, Ahad

Masa : 8.30 pagi

Tempat: Masjid Ar-Rahmani

Kg. Banggol, Pokok Sena, SPU

Peserta: Jawatankuasa Masjid Kariah Daerah SPU Kepala Batas.

Anjuran: Unit Takmir Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas dengan kerjasama Masjid ArRahmani Kampung Banggol

Diskusi: Buku Fiqah Pengurusan Masjid Ustaz Fauwaz Fadzil Noor terbitan Jabatan Agama Islam Perak

Ringkasan;

1. Masjid adalah rumah Allah yang bersifat wakaf, tidak dimiliki sesiapa melainkan berubah pemiliknya kepada Allah SWT.

2. Masjid berbeza dengan surau, masjid boleh dilakukan iktikaf dan diharamkan kepada wanita haid untuk menduduki masjid, berlainan dengan surau.

3. Ulama mengharuskan pemberian elaun atau gaji kepada imam dan pentadbir masjid kerana terdapat maslahat umat.

4. Wanita boleh bekerja dalam masjid dan boleh menerima gaji sebagai bentuk kaedah istihsan. (Istihsan ناسحتسا ialah sumber hukum dalam agama Islam untuk mengambil hukum yang terbaik daripada kalangan mujtahid setelah dipertimbangkan kebaikan serta keburukannya).

5. Pengharusan menderma wang haram (dari segi cara perolehan) kepada pembangunan masjid dan seumpamanya.

Kaedah asal ialah masjid dibina daripada wang halal. Sebahagian ulama menyatakan bagi mereka yang bertaubat daripada memperolehi pendapatan wang dengan cara yang haram boleh menyalurkan wang tersebut kepada pembinaan masjid. Kaedah syarak menyatakan bahawa wang yang diperolehi dengan cara haram hanya haram kepada orang yang memiliki wang haram itu namun tidak haram kepada pihak yang boleh menerimanya.

6. Hukum menulis ayat Al-Quran di dalam masjid adalah harus dalam keadaan sederhana;

- mesti ditulis dengan sempurna mengikut khat resam Uthmani

- tidak diambil daripada harta wakaf atau Baitulmal

- tidak terlampau berlebihan dan bermewahan

7. Golongan bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid dengan izin pemerintah atau pentadbir dengan menjaga etika-etika masjid.

8. Hukum berniaga di dalam masjid adalah makruh dan diharuskan di luar masjid.

9. Pengurusan kewangan masjid adalah wajib dilaksanakan kerana masjid adalah harta wakaf.

10. Kanak-kanak yang mumaiyiz boleh masuk ke dalam masjid dengan menjaga etika-etika masjid.

11. Kanak-kanak yang mumaiyiz boleh menjadi imam jemaah dengan syarat mereka memahami fiqah dan mempunyai bacaan yang tepat.

12. Kanak-kanak diharuskan berada di saf hadapan, namun bukan tepat di belakang imam sekiranya saf tidak dapat dipenuhi.

13.Aktiviti jual beli ketika azan kedua dan khatib berada di atas mimbar adalah terlarang.

14. Bersubahat dengan golongan yang wajib menunaikan solat Jumaat dalam urusniaga adalah haram.

15. Segala akad selain jual beli turut terlarang ketika waktu solat Jumaat.

16. Tidak digalakkan mengutip derma ketika khatib membaca khutbah, sebaliknya dilakukan sebelum atau selepas khatib membaca khutbah dan selesai solat Jumaat.

17. Hukum pembinaan masjid melebihi keperluan - pembinaan masjid yang melebihi keperluan adalah tidak baik dan boleh menjadi terlarang sekiranya diniatkan untuk berlumba-lumba atau mengurangkan kelebihan masjid lain. Konsep israf (berlebihan) terlarang dalam semua keadaan termasuk dalam isu pembinaan masjid.

18. Masjid semuanya sama dari segi fadilat, kecuali Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid AlAqsa.

19. Pihak pentadbir boleh membina kuarters kepada imam-imam dan petugas masjid dalam keadaan sederhana.

20. Syariah kejujuran, setiap kewangan perlu direkod dan urus tadbir yang baik agar tiada ketirisan atau tersalah guna.

21. Hukum asal bagi masjid adalah perlu dibuka berterusan kerana masjid adalah rumah Allah, namun ulama mengharuskan penutupan pintu masjid selepas waktu solat untuk menjaga kemuliaan masjid daripada dicerobohi.

Catatan:

Mohammad Noor Abdul Rahman @ Ramli

Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang

19 Mac 2023/26 Syaaban 1444H

This article is from: