DISKUSI KITAB FIQAH PENGURUSAN
MASJID SIRI KE-2
oleh Ustaz Fauwaz Fadhil Noor
Tarikh : 19 Mac 2023, Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Masjid Ar-Rahmani
Kg. Banggol, Pokok Sena, SPU
Peserta: Jawatankuasa Masjid Kariah Daerah SPU Kepala Batas.
Anjuran: Unit Takmir Pejabat Agama Daerah SPU Kepala Batas dengan kerjasama Masjid ArRahmani Kampung Banggol
Diskusi: Buku Fiqah Pengurusan Masjid Ustaz Fauwaz Fadzil Noor terbitan Jabatan Agama Islam Perak
Ringkasan;
1. Masjid adalah rumah Allah yang bersifat wakaf, tidak dimiliki sesiapa melainkan berubah pemiliknya kepada Allah SWT.
2. Masjid berbeza dengan surau, masjid boleh dilakukan iktikaf dan diharamkan kepada wanita haid untuk menduduki masjid, berlainan dengan surau.
3. Ulama mengharuskan pemberian elaun atau gaji kepada imam dan pentadbir masjid kerana terdapat maslahat umat.
4. Wanita boleh bekerja dalam masjid dan boleh menerima gaji sebagai bentuk kaedah istihsan. (Istihsan ناسحتسا ialah sumber hukum dalam agama Islam untuk mengambil hukum yang terbaik daripada kalangan mujtahid setelah dipertimbangkan kebaikan serta keburukannya).
5. Pengharusan menderma wang haram (dari segi cara perolehan) kepada pembangunan masjid dan seumpamanya.
Kaedah asal ialah masjid dibina daripada wang halal. Sebahagian ulama menyatakan bagi mereka yang bertaubat daripada memperolehi pendapatan wang dengan cara yang haram boleh menyalurkan wang tersebut kepada pembinaan masjid. Kaedah syarak menyatakan bahawa wang yang diperolehi dengan cara haram hanya haram kepada orang yang memiliki wang haram itu namun tidak haram kepada pihak yang boleh menerimanya.
6. Hukum menulis ayat Al-Quran di dalam masjid adalah harus dalam keadaan sederhana;
- mesti ditulis dengan sempurna mengikut khat resam Uthmani
- tidak diambil daripada harta wakaf atau Baitulmal
- tidak terlampau berlebihan dan bermewahan
7. Golongan bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid dengan izin pemerintah atau pentadbir dengan menjaga etika-etika masjid.
8. Hukum berniaga di dalam masjid adalah makruh dan diharuskan di luar masjid.
9. Pengurusan kewangan masjid adalah wajib dilaksanakan kerana masjid adalah harta wakaf.
10. Kanak-kanak yang mumaiyiz boleh masuk ke dalam masjid dengan menjaga etika-etika masjid.
11. Kanak-kanak yang mumaiyiz boleh menjadi imam jemaah dengan syarat mereka memahami fiqah dan mempunyai bacaan yang tepat.
12. Kanak-kanak diharuskan berada di saf hadapan, namun bukan tepat di belakang imam sekiranya saf tidak dapat dipenuhi.
13.Aktiviti jual beli ketika azan kedua dan khatib berada di atas mimbar adalah terlarang.
14. Bersubahat dengan golongan yang wajib menunaikan solat Jumaat dalam urusniaga adalah haram.
15. Segala akad selain jual beli turut terlarang ketika waktu solat Jumaat.
16. Tidak digalakkan mengutip derma ketika khatib membaca khutbah, sebaliknya dilakukan sebelum atau selepas khatib membaca khutbah dan selesai solat Jumaat.
17. Hukum pembinaan masjid melebihi keperluan - pembinaan masjid yang melebihi keperluan adalah tidak baik dan boleh menjadi terlarang sekiranya diniatkan untuk berlumba-lumba atau mengurangkan kelebihan masjid lain. Konsep israf (berlebihan) terlarang dalam semua keadaan termasuk dalam isu pembinaan masjid.
18. Masjid semuanya sama dari segi fadilat, kecuali Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid AlAqsa.
19. Pihak pentadbir boleh membina kuarters kepada imam-imam dan petugas masjid dalam keadaan sederhana.
20. Syariah kejujuran, setiap kewangan perlu direkod dan urus tadbir yang baik agar tiada ketirisan atau tersalah guna.
21. Hukum asal bagi masjid adalah perlu dibuka berterusan kerana masjid adalah rumah Allah, namun ulama mengharuskan penutupan pintu masjid selepas waktu solat untuk menjaga kemuliaan masjid daripada dicerobohi.
Catatan:
Mohammad Noor Abdul Rahman @ Ramli
Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang
19 Mac 2023/26 Syaaban 1444H
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NOTA PENTING KULIAH USTAZ
FAWWAZ FADZIL NOOR:
Diskusi Kitab Fiqah Pengurusan Masjid Siri ke-2 di Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol Pokok Sena SPU Kepala Batas
��Nak bina masjid atau apa pembangunan masjid pastikan capai matlamat.
��Masjid bukan tempat kumpul duit berjuta-juta, duit lebihan kutipan masjid kena bagi atau bantu surau2 di bawah masjid...ini feqah.
�� Masjid perlu simpan dana 10% ke 15% sahaja.
��Sekiranya setiap pembinaan tidak mencapai matlamat contoh sekolah tahfiz, org banyak menyumbang tapi guru tak terlatih, tahfiz ada masalah jadi tak capai matlamat, contoh lain, masjid dekat-dekat , last² salah satu masjid tutup, org dok derma, jemaah takdak kesatuan....jadi tak capai matlamat.
�� Masjid harta awam dan perlu declare, kena mesyurat, jangan beli satu² benda sampai melibatkan puluhan ribu contohnya beli kerusi.
��Bendahari masjid tak boleh kira duit masjid di rumahnya.
�� Bendahari dan penolong kena arif, aset tu apa, liabiliti tu apa, ekuiti tu apa....kerja bendahari pahala paling banyak. Bendahari berhak dapat elaun. Ni feqah sebut.
�� Masjid di malaysia tak perlu kubah, kos kubah lg mahal..kubah plak 5 tahun sekali kena maintenance, Turki hujan jarang²... Malaysia hujan kerap, sebab tu bocoq...duit kubah tadi boleh bagi kpd org susah, contoh: jemaah kita dah laa susah pastu sbb nak dapat pahala utk bina Masjid, dia pun bagi...sepatutnya sapa yg perlu kita bantu.
�� Dalam jawatankuasa Masjid kena ada pakar syariah sbb tak semua kita buat utk masjid ada yg x patuh syariah. Mana dosa mana pahala.
��Takdak dalil yg menunjukkan bangunan tinggi tak boleh dibina lebih tinggi daripada kaabah, kita ni asyik2 sebut akhir zaman..akhir zaman,
��Sekolah tahfiz ka pondok ka yg nak dibina, perlu sewa bangunan sahaja, tak perlu megah atau mewah...kita khuatir buat tahfiz buat pondok, status tanah diragui, orang dok bagi sumbangan, tibatiba duit tak ada....jadi masalah, nak tanggung azab tu besar.
��Sebahagian pemberian orang bagi waqaf utk karpet, kipas aircond..tp dh rosak, blh jual tapi masuk dalam tabung waqaf Masjid...ianya boleh dicairkan...
�� Pihak Masjid perlu cari playground kat Masjid bagi budak2 main di masjid
�� Jangan letak tanda saf kanak² di belakang, sedangkan saf depan masih kosong banyak, padahal budak-budak mumayiz sebenarnya boleh melengkap saf...sehingga boleh menjadi imam
��Kerja Tok Siak ni kerja Nabi Allah Ibrahim AS
��Cari Siak wanita jugak di Masjid, pahala bersih masjid lagi besaq dari bersih rumah
��Kebersihan Masjid ni Allah berfirman dalam surah al baqarah ayat 125
�� AJK Masjid & keluarga mai bersih Masjid, di Turki berlumba-lumba cuci masjid
��Tayar kerusi roda perlu dicuci sebelum masuk ke Masjid utk OKU, hukum berdosa kalau OKU dari luar terus naik ke Masjid, sebaiknya Masjid sediakan kerusi roda dalam Masjid...
��Harus orang bukan islam masuk Masjid, sekalipun wanita tu haid pun takpa...dgn cara ni lebih ramai masuk islam
�� Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi ingatkan orang bukan islam masuk Masjid janganlah berpakaian seksi kerana mencemari Masjid
�� Dalam Mazhab Syafie, orang bukan islam bagi waqaf pembinaan Masjid.. hukumnya sah
��garis panduan utk pelancong, etika pakaian, etika perlakuan, kawasan lawatan, aktiviti bergambar
��Hukum akad nikah dalam masjid boleh, tapi tak boleh bercumbuan, makeup berlebihan, tangkap gambar dalam keadaan bising...( Pihak masjid boleh buat dan paparkan etika akad nikah di masjid)
��Ada benda kita tak boleh jawab semua soalan bila menghadapi masyarakat, tak selesai
��kajian, ramai budak2 tak kenal Masjid sebab mak Ayah tak bawa anak mai masjid...sepatutnya bawa wife bawa anak-anak dari kecik mai masjid tapi ada kawalan, pakai pampers dll....pi merata Bali, melancong sana sni... Tapi masjid tak kenal...
�� AJK Masjid kena mesra dgn budak2....bagi budak2 mai masjid....
��Raikan org muda sbb sekarang zaman tiktok zaman gajet....biar depa kerja untuk Masjid, depa boleh tarik ramai pemuda² Masjid.. kadang kala Mak Ayah tegur anak, anak tak dengar... tapi bila kawan-kawan tegur dia dengar..sbb tu Masjid perlu ada engagment dgn anak-anak dan orang muda..
��Bagi makan minum kepada orang-orang muda, jemaah...buat kad kelab Masjid orang muda, yg Masjid boleh bagi kepada remaja...dengar idea2 pemuda utk membina generasi di masjid....
ini kajian
Kredit: AJK Masjid Jamek Tasek Gelugor SPU Kepala Batas