1 minute read

1.3.3 Kemahiran Berfikir Praktikal

9 Mereka cipta Kemahiran ini digunakan untuk mengingat konsep yang kompleks.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada.

Advertisement

Contoh: i. Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran pendidikan komputer. ii. Cadangkan pelbagai reka bentuk cover laptop yang boleh dipasarkan.

1.3.3 KEMAHIRAN BERFIKIR PRAKTIKAL

Kemahiran berfikir praktikal adalah memperlihatkan cara individu menyesuaikan diri dengan persekitaran, membentuk persekitaran dan memilih persekitaran. Praktikal terlibat apabila kemahiran berfikir digunakan dalam konteks dunia sebenar. Selain itu, kemahiran berfikir praktikal merupakan satu tindakan yang membenarkan individu mengaplikasikan sesuatu yang telah dipelajari. Aspek yang diperlukan dalam kemahiran berfikir secara praktikal ialah pemerolehan pengetahuan mengenai perkara yang perlu diketahui individu untuk berjaya walaupun tidak diajar atau diberitahu secara terus atau kombinasi kedua-duanya. Kemahiran berfikir praktikal digunakan untuk melaksanakan sesuatu perkara dan memastikan perkara tersebut boleh dijalankan. Disamping itu, individu yang mempunyai kemahiran berfikir praktikal mampu menyembunyikan kelemahan diri. Individu ini akan melakukan penyesuaian dengan persekitaran secara optimum, menetapkan hala tuju yang jelas, berkongsi kebolehan dengan umum dan mempamerkan kekuatan serta mengimbangi kekurangan. Individu yang berfikiran praktikal mungkin tidak

membaca banyak buku seperti individu berfikiran analitik. Tetapi mereka mempunyai sesuatu yang berharga iaitu dengan menggunakan keupayaan dan pengalaman mereka dalam banyak situasi yang berbeza. Kemahiran berfikir secara praktikal melibatkan tindakan:

Berikut ialah penjelasan setiap kemahiran berfikir secara praktikal dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer beserta contohnya:

Mengguna Mengaplikasi

Mengimplementasi

Praktikal

This article is from: