2 minute read

Datum Jelatek Residence dapat CCC

Subsidiari UNIT RESIDENSI SEDIA DIDIAMI

Datum Jelatek Residence dapat CCC

Advertisement

Datum Jelatek Residence di Taman Keramat, bersempadan dengan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM1.2 bilion, sudah mendapat kelulusan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Bin Abbas ketika menghadiri majlis makan malam pengenalan pangsapuri berkenaan pada 31 Mac 2022.

Turut sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji

Dato’ Haji Haris (dua dari kiri) bersama Dato’ Mahmud (kiri) merasmikan majlis makan malam dan lawatan ke Datum Jelatek Residence.

Dato’ Haji Haris meninjau sekitar kompleks Datum Jelatek Residence. Datum Jelatek Residence adalah bangunan pertama mempunyai lingkaran jambatan udara (sky ring bridge) menghubungkan keempat-empat blok menara berkenaan.

Haris Bin Kassim dan ahli-ahli Perbadanan PKNS.

Datum Jelatek Residence yang mempunyai empat blok menara setinggi 39 dan 41 tingkat itu dibangunkan oleh Datumcorp International Sdn Bhd (Datumcorp) anak syarikat penuh PKNS.

Dato’ Mahmud menjelaskan dengan kelulusan CCC itu, projek yang mengandungi 712 unit residensi dan empat tingkat pasar raya itu, boleh diduduki pada bila-bila masa apabila semua urusan berkaitan selesai. “Alhamdulillah, dengan kerja kuat semua pihak, bangunan ini telah siap sepenuhnya dan menerima kelulusan CCC,” kata Dato’ Mahmud dalam ucapan ringkasnya di majlis makan malam pengenalan pangsapuri berkenaan sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Datum Jelatek Residence adalah bangunan pertama mempunyai lingkaran jambatan udara (sky ring bridge) menghubungkan keempatempat blok menara berkenaan.

Subsidiari Projek yang mula dirancang pada 2008 itu kini berdiri megah menambah satu lagi bangunan ikonik berhampiran Bandaraya Kuala Lumpur.

Tetamu mengambil kesempatan bergambar dari tingkat 27 Datum Jelatek Residence.

Ahli Pengurusan PKNS dan Ahli Perbadanan bersedia untuk menjamu selera.

Tetamu menunggu masa majlis bermula. Dato’ Mahmud berharap unit-unit residensi dan pusat beli belah dalam bangunan di tapak seluas 5.65 ekar itu, akan dapat dijual menerusi strategi pemasaran yang berkesan. Beliau juga yakin pembeli akan tertarik hati untuk menjadi ahli kelab ‘One Million Club’ bagi membolehkan residen menikmati pelbagai kemudahan istimewa di projek perumahan mewah itu.

Tetamu kemudian dibawa melawat unit residensi, sekitar kawasan dan segala kemudahan di bangunan itu, seterusnya meninjau keindahan panorama Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam daripada lingkaran jambatan udara di tingkat 27 menara berkenaan.

Projek yang mula dirancang pada 2008 itu kini berdiri megah, menambah satu lagi bangunan ikonik berhampiran Bandaraya Kuala Lumpur.

07 Ini adalah segmen perkembangan pegawai dan anggota PERJAWATAN PKNS semua peringkat. Ia melibatkan pengumuman berhubung kenaikan pangkat, pertukaran jawatan, pelantikan ke jawatan baru, persaraan dan sebagainya. Segmen ini adalah manifestasi tanda penghargaan kepada mereka yang dinaikkan pangkat dan pelantikan ke jawatan baharu. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang bersara atau menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat dengan PKNS.

This article is from: