
2 minute read
KATA ALU-ALUAN
Pengerusi Pengelola 1
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Advertisement
Encik Maswi b Saion
Pengetua
SMK Bukit Kapar
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah syukur ke-hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Klang kali ke-59 dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama SJK(T) Simpang Lima. Saya amat berbesar hati kerana SMK Bukit Kapar telah terpilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan pada kali ini.
Sebagai tuan rumah, saya mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Klang kerana memberi kepercayaan kepada sekolah ini untuk menganjurkan dan mengelolakan kejohanan terbesar dalam kalendar sukan MSSD peringkat daerah Klang pada tahun 2023.
Aktiviti sukan merupakan platform terbaik dalam menyatukan seluruh warga pendidikan serta melahirkan generasi yang cerdas dan cergas. Kejohanan olahraga padang dan balapan merupakan satu usaha untuk mencapai matlamat dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan bangsa Malaysia.
Sebagai tuan rumah juga, saya bersyukur kerana kejohanan olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun pada peringkat awal perancangan, negara telah dilanda oleh gelombang panas yang sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti sukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah.
Akhir kata, penganjuran kejohanan olahraga MSSD ini diharap dapat melahirkan atlet yang dapat mendapat membawa nama Daerah Klang ke peringkat yang lebih tinggi. Ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejohanan ini dijalankan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
MASWI B SAION
Pengetua
SMK Bukit Kapar

KATA ALU-ALUAN
Pengerusi Pengelola 2
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KLANG 2023
Puan V. Sivaparathy a/p Visuvanthan
Guru Besar
SJKT Simpang Lima, Klang
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani
Saya menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat bersama-sama SMK Bukit Kapar dalam merealisasikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Klang yang ke-59/2023.
Kejohanan Olahraga MSSD Klang ini sememangnya pelantar yang dapat menerapkan 6 nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampuan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Lebih-lebih lagi, kejohanan yang berlangsung pada bulan Ogos ini merupakan alat penyatuan masyarakat yang menyemarakkan semangat kesukanan, semangat perpaduan dan semangat kemerdekaan dalam meraikan bulan kemerdekaan yang ke-66 Malaysia. Elemen disiplin dan berbudi bahasa adalah antara ramuan terbaik kejohanan olahraga yang amat penting dalam hidup bermasyarakat. Apabila diterapkan dalam pergaulan harian, elemen-elemen ini dapat menyatukan kesemua warganegara Malaysia walaupun sosio-budayanya tidak sama.
Selain itu, kejohanan ini merupakan medan persaingan sihat yang terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat murid. Manakala, para peserta pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Kejohanan olahraga ini bukan semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting adalah dapat memberikan pengajaran secara tidak langsung kepada para peserta bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan.
Saya berharap agar kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang aral di samping menjadi sinar harapan dalam melahirkan atlet-atlet muda yang mengharumkan nama daerah Klang. Akhir kata, acara kejohanan olahraga ini pasti menjadi landasan kepada semua peserta bagi meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup sebagai atlet gemilang dan terbilang. Saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Kejohanan Olahraga MSSD Klang bagi menggerakkan sukan itu kehadapan untuk mencapai kejayaan.
“Malaysia


Sekian, terima kasih.
SIVAPARATHY A/P VISUVANATHAN
Guru Besar
SJKT Simpang Lima