Seri Penjahit Sari /
Teks Alexandra Wong Foto SooPhye Terjemahan Yeo Li Shian
Warisan
KATA ORANG, pencarian tukang jahit sari yang betul-betul bagus amatlah sukar. Ya, sesukar mencari emas. Malah, ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi dikhabarkan ingin menghadiahkan 100 pasang sari kepada bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama dalam lawatannya pada tahun 2015, ramai blogger di negara itu mengeluh kerisauan: “Mana nak cari tukang jahit sari yang bagus?”
Sebab itulah penyanyi Shobha Janardanan begitu teruja apabila terjumpa Thamilselvi Adaikan atau lebih mesra dipanggil Puan Rajah. Keterujaannya itu berasas. Dalam blog nukilannya, Shobha memuji kemahiran tukang jahitnya itu kerana berjaya menyelamatkan dan memulihkan semula kecacatan pada gaun perkahwinannya yang disiapkan oleh seorang tukang jahit selebriti upahannya sebelum ini. Menariknya, Puan Rajah juga berjaya memperbaiki semula blausnya dengan sempurna hanya dengan menggunakan helaian kain asal blaus tersebut.
2
mengagumkan. Daripada rekaan lehnga 20 panel yang rumit untuk sekumpulan penari di Temple of Fine Arts sehinggalah pakaian anarkali unik bagi sepasang kekasih dari Rusia. Pengalamannya cukup luas sejak beliau mula berjinak-jinak dalam bidang ini sembilan tahun yang lalu. Minatnya terhadap sari bermula sejak zaman kanakkanak lagi. “Setiap kali selepas bangun pagi, saya lihat mak mengikat sari. Saya pun tak sabar-sabar untuk memakainya suatu hari nanti,” ceritanya. Selepas bertahuntahun berurusan dengan tukang jahit yang kurang memuaskan, Puan Rajah akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti kursus jahitan kostum tradisional India. Biarpun lewat menceburi bidang ini, beliau cukup pantas mempelajarinya lalu membuka kedainya sendiri pada usia 50 tahun. Setiap kali pelanggan masuk ke kedainya, Puan Rajah akan duduk untuk membincangkan spesifikasi rekaan kehendak pelanggannya terlebih dahulu. Faktor-faktor lain seperti saiz badan, warna kegemaran dan jenis coli yang digunakan bersama blaus juga diambil kira. Mengakui diri sebagai seorang tradisionalis, beliau juga lebih meminati rekaan klasik. Meskipun begitu, kemahiran jahitannya menjangkaui segala rekaan blaus sari moden. Daripada rekaan kolar Cina, rekaan sebelah bahu, décolletage sehinggalah blaus sangkut leher. "Blaus boleh menyerikan atau memburukkan pemakaian sari kamu. Jadi, fikirlah jenis gaya potongan atau corak yang dikehendaki dengan teliti. Keseimbangan penting untuk tampil sempurna. Blaus yang berlabuci dengan gabungan sulaman tangan atau ketepatan warna boleh menyerlahkan keseluruhan sari yang biasa,” pesannya. Tambahnya: “Disebabkan sari begitu menarik perhatian, jadi hasil jahitannya perlu kemas dan tepat.” Sekurangkurangnya 10 ukuran akan diambil bermula dari bahagian
1. Seorang penjahit yang unggul mampu menyerlahkan keindahan kain sari An expert tailor knows how to accentuate the beauty of a sari 2. Thamilselvi, atau Puan Rajah, mula meminati seni sari sejak kecil lagi Thamilselvi, or Mrs Rajah, has had a keen interest in saris since little 3. Jahitan blaus sari perlu kemas dan tepat kerana sering diteliti Tailoring for the sari blouse needs to be clean and precise due to its visibility
goingplacesmagazine.com / 69 / April 2017
Beroperasi dari tingkat atas sebuah bangunan komersil di Little India, Brickfields, kemahiran Puan Rajah dalam pelbagai jahitan kostum tradisional India cukup
3