Skip to main content

Tentang Pilihan oleh Dr Nur Aisyah Zainordin

Page 6

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al Dr. Nur Aisyah Zainordin

Diterbitkan oleh:

www.imanpublication.com


Isi Kandungan

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Pendahuluan ..................................................................................................... 7 Bab 1: Antara Membuat Pilihan dan Terpaksa Memilih .............................. 11 Berhenti Sekejap dan Refleksi Diri.................................................... 13

Keputusan Besar pada Usia 15 Tahun............................................... 15

Tiga Keputusan Besar dalam Hidup.................................................. 19 Buat Pilihan untuk Diri Sendiri........................................................... 26

Cuba Ini!................................................................................................... 29 Ringkasan Bab........................................................................................30

Bab 2: Menentukan Neraca dalam Membuat Pilihan ................................. 31 Memilih Menurut Neraca Ilahi............................................................. 33

Prinsip Membuat Pilihan...................................................................... 36

Mengharapkan yang Terbaik daripada Istikharah.. ....................... 42

Mencari Bahagia dalam Setiap Keputusan.....................................46 Cuba Ini!................................................................................................... 52

Ringkasan Bab........................................................................................ 53

Bab 3: Kerangka Berfikir untuk Membuat Pilihan ................................... 55 Kebebasan Memilih di Dunia.............................................................. 57

Matriks Membuat Keputusan..............................................................60 Aplikasi dalam Kehidupan................................................................... 63 Masa yang Tepat ...................................................................................66 Cuba Ini!.................................................................................................... 71 Ringkasan Bab........................................................................................ 72

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 3


Bab 4: Meluruskan Matlamat Hidup ........................................................... 73 Konsep Ikigai.......................................................................................... 76 Konsep Hedgehog ............................................................................... 79 Memilih Kepakaran yang Relevan..................................................... 83 Cuba Ini!...................................................................................................84

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Ringkasan Bab........................................................................................ 85

Bab 5: Menyusun Garis Masa Kehidupan ................................................. 87 Sediakan Perancangan untuk Mencapai Tujuan .. .........................90

Rutin Harian............................................................................................ 93 Integrasi Kerja dan Kehidupan ......................................................... 97

Keajaiban Masa......................................................................................99 Cuba Ini!................................................................................................. 100

Ringkasan Bab...................................................................................... 102

Bab 6: Membentuk Pemikiran Menang ..................................................... 103 Maksud Pemikiran Menang............................................................... 105 Pemikiran Menang Sahabat Nabi SAW.. ........................................ 107

Latihan Berterusan ............................................................................ 109

Ringkasan Bab........................................................................................113

Bab 7: Melatih Pemikiran Bertumbuh ........................................................115 Pandemik dan Pemikiran Bertumbuh............................................ 120

Membina Pemikiran Bertumbuh.......................................................123 Pembangunan Kendiri . .......................................................................125

Pengetahuan Berkembang............................................................... 130 Cuba Ini!..................................................................................................132 Ringkasan Bab.......................................................................................133

4 | TENTANG PILIHAN


Bab 8: Memilih Lingkungan Pengaruh Kita ..............................................135 Teman Sekeliling Membentuk Budaya Kita...................................137 Budaya di Tempat Kerja Membentuk Peribadi Kita....................139 Memilih Mentor Sebagai Penunjuk Jalan...................................... 144 Organisasi Membentuk Budaya Kita.............................................. 146 Cuba Ini!................................................................................................. 148

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Ringkasan Bab...................................................................................... 149

Bab 9: Jalan Pintas untuk Berjaya ...........................................................151

Kualiti Bukan Kuantiti ........................................................................ 154 Menguasai Ilmu dengan Cepat......................................................... 157

Kenal Pasti Gaya Pembelajaran........................................................159

Cuba Ini!..................................................................................................165

Ringkasan Bab...................................................................................... 166

Bab 10: Menyambut Ujian Sebagai Sumber Kekuatan ..............................167

Setiap Ujian adalah Hikmah ............................................................. 170

Memohon Pertolongan dengan Solat dan Sabar.. .......................172 Berdamai dengan Takdir.....................................................................182

Ringkasan Bab...................................................................................... 184

Penutup ..........................................................................................................185 Rujukan ......................................................................................................... 189

Profil Penulis ............................................................................................. 190 Nota Akhir .....................................................................................................193

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 5


IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al "Kita tidak akan tahu sama ada keputusan

itu salah ataupun tidak, selagi kita tidak membuat keputusan."

6 | TENTANG PILIHAN


Tiga Keputusan Besar dalam Hidup

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Sebenarnya, ada beberapa keputusan penting yang harus diambil oleh diri sendiri dalam kehidupan. Hal ini kerana impaknya terlalu besar jika kita membuat keputusan itu disebabkan oleh desakan orang. “Tiga keputusan besar – apa yang kamu buat, di mana kamu tinggal, dan dengan siapa kamu berada. Dan, apa yang kamu tidak lakukan.”

Tiga perkara ini diajarkan oleh Naval Ravikant, dan diceritakan semula dalam buku yang ditulis oleh Eric Jorgenson, The Almanack of Naval Ravikant.

Apabila saya membaca kata-kata Naval itu, saya sedar bahawa banyak keputusan salah yang dibuat dalam kehidupan saya sehingga menyebabkan banyak masa dan wang terbazir. Jika perkara ini dipelajari lebih awal, pasti lebih banyak masa dan wang yang boleh dijimatkan. Kata-kata ini juga mempunyai persamaan dengan perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA (maksudnya): “Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara; sedekah jariah (wakaf ), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan kata-kata Naval Ravikant itu, terdapat tiga keputusan besar yang harus diambil perhatian dalam kehidupan kita, iaitu:

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 19


1. Apa yang dibuat (pekerjaan)? Orang ramai sering mengingatkan kita akan kepentingan untuk lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah, sedangkan hakikatnya kita hanya belajar selama tiga hingga lima tahun, tetapi bekerja untuk 30 hingga 50 tahun seterusnya.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Kita tidak diajar untuk mencari pekerjaan yang disukai dan cemerlang dengannya. Kita hanya diajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Bergelar pelajar cemerlang tidak semestinya menjadi tiket bagi kita mendapatkan kehidupan yang cemerlang. Kita banyak meluangkan masa untuk belajar atau bekerja, tetapi tidak banyak berfikir tentang pekerjaan yang dimahukan. Pekerjaan sangat membentuk peribadi dan nilai diri kita. Jenis pekerjaan pula menentukan persekitaran tempat kerja kita. Pekerjaan kita itu membentuk siapa diri kita.

Kita perlu meluangkan masa untuk berfikir dan menentukan apa pekerjaan yang dimahukan dalam kehidupan, supaya apabila peluang itu datang, kita akan terus mengambilnya.

Disebabkan masih mahu berdakwah, menulis dan dalam masa sama menjadi seorang doktor, saya dibukakan mata untuk melihat peluang bagi membina karier dan pekerjaan dalam bidang tersebut. Siapa yang kita mahu jadi menentukan tempat kerja dan dengan siapa kita bekerja. Kita meluangkan separuh masa kehidupan di tempat kerja. Bagaimanakah kita hendak tahu apa pekerjaan yang sesuai untuk kita?

20 | TENTANG PILIHAN


Fikirkan semula apa nilai dan potensi kita yang boleh diberikan kepada dunia, dan kemudian cari peluang untuk menyumbang dalam bidang tersebut. Barangkali bidang kepimpinan, pengekodan atau reka bentuk. Barangkali juga berkaitan sains atau penulisan.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Setelah mengenal pasti bidang yang diminati, terokai dengan lebih mendalam bidang tersebut sehingga akhirnya kita temui jawapan, sama ada kita memang betul-betul bagus dalam bidang itu ataupun sebaliknya. Bagaimanakah pula hendak menentukan baik atau bagusnya kita? Antara jawapannya adalah, apabila kita buat perkara itu, kita merasakan seperti sedang bermain berbanding sedang bekerja.

Walaupun ada waktunya kita rasa “Monday blues” dan malas, tetapi pada kebanyakan masa ia tidak akan selalunya begitu. Ia merupakan kombinasi antara minat dan juga kepakaran. Kadangkala pekerjaan itu susah, tetapi kita gembira membuatnya. Kalau kita berseronok melakukan perkara tersebut pada kebanyakan waktu, barangkali kita telah membuat pilihan yang betul. Akan tetapi jika kita asyik mengeluh, merungut, atau berasa berat hendak pergi bekerja, barangkali itu petanda bahawa pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan kita. Carilah pekerjaan yang membolehkan kita betul-betul bagus dengannya, dan rasa seronok dengan kerja itu. Itulah hakikat kegembiraan dalam kehidupan.

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 21


2. Di mana tempat tinggal?

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Saya tidak menyedari kepentingan lokasi tempat tinggal sehinggalah saya membeli rumah sejurus pulang ke Malaysia. Saya tidak berfikir panjang apabila ibu saya siap-siap menempah sebuah rumah baru di kawasan Sungai Buloh selepas saya menyatakan hasrat untuk membeli rumah (bendera merah; apabila ibu bapa masuk campur dalam urusan penting dalam kehidupan, ada waktunya kesan keputusan itu sifatnya berpanjangan). Pada waktu itu, saya baru setahun pulang setelah menetap di luar negara. Saya tidak pernah tahu tentang ilmu hartanah. Yang saya tahu pada waktu itu adalah, ramai kawan sebaya saya sudah memiliki rumah, maka saya harus juga memiliki rumah (bendera merah kedua; pilihan dipengaruhi oleh teman sekeliling, bukan atas sebab yang jelas dan difahami kesannya).

Disebabkan mahu mentaati dan menjaga hati ibu bapa kerana sudah lapan tahun tidak balik ke Malaysia, maka saya berasa serba salah jika tidak mengikut cakap mereka (bendera merah ketiga; buat keputusan kerana serba salah). Tambahan pula, saya juga fikir bahawa keperluan membeli hartanah pada usia muda agak logik, maka saya setuju untuk membeli rumah pertama. Pekerjaan saya ialah doktor pensyarah pelatih, maka permohonan pinjaman perumahan saya amat mudah diluluskan oleh pihak bank walaupun saya tidak memiliki sebarang pinjaman lain. Namun, setelah memiliki rumah itu, banyak masalah yang tidak diketahui berlaku. Tidak ada yang memberi amaran kepada saya bahawa kos sebuah rumah bukan setakat pada bayaran bulanan sahaja, tetapi juga pada bayaran kos guaman, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan lain-lain lagi.

22 | TENTANG PILIHAN


Pembelian rumah disangka akan menjadi pelaburan yang membawa masuk wang secara pasif ke dalam akaun bank saya, namun akhirnya menjadi kerugian bagi saya.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Bukan itu sahaja, bahkan rumah itu jauh dari tempat kerja mahupun rumah ibu bapa saya. Oleh sebab tuntutan pekerjaan saya bersifat mengikut giliran di pelbagai hospital sepanjang waktu pengajian sarjana, rumah itu tidak sesuai untuk saya duduki. Tempat tinggal menentukan jarak masa kita dengan tempat kerja. Kita membazirkan hampir 10% hingga 20% masa seharian di jalan raya semata-mata.

Oleh sebab itu, pilihan untuk bekerja dari rumah atau manamana tempat lain dapat membantu mengatasi masalah pembaziran masa di jalan raya ini – meskipun ia bukan pilihan yang terbaik dari segi budaya kerja. Kita masih boleh menyelesaikan tugas walaupun tidak berada di pejabat. Selain itu, lokasi tempat tinggal sangat penting dalam menentukan kebolehcapaian kita kepada kemudahan yang diperlukan untuk hidup seperti pengangkutan (tren dan lebuh raya yang tidak sesak), makanan yang sihat, tempat rawatan kesihatan, dan lain-lain lagi. Lokasi tempat tinggal juga akan menentukan siapa komuniti kita. Pilihan kita untuk hidup di situ sangat membentuk kehidupan kita. Misalnya, aktiviti surau dan kemasyarakatan – malah mendengar suara azan pun – sangat membentuk hati dan peribadi kita. Di Scotland, sepanjang lapan tahun hidup di sana, saya tidak dapat menikmati suara azan. Di Malaysia, suara azan sering dipandang remeh dan diabaikan.

Pemilihan lokasi tempat tinggal yang baik juga memudahkan kita berjumpa dengan rakan baru untuk menambah rangkaian kenalan.

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 23


Di Lembah Klang, terdapat lebih ramai usahawan muda berbanding negeri lain. Bertemu dan bergaul dengan mereka pada waktu bekerja lebih mudah.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Begitu juga aktiviti sukarelawan NGO dan pembelajaran agama. Kebanyakan program dibuat di kawasan universiti atau tempat tumpuan aktivis. Maka, tinggal berdekatan dengan komuniti besar yang meminati perkara tersebut akan membentuk kehidupan kita. Lokasi tempat tinggal juga menentukan lokasi sekolah anakanak. Amat penting jika rumah, tempat kerja dan sekolah anak-anak berada pada jalur jalan yang sama, atau di kawasan yang mudah diakses dari sudut pengangkutan. Perancangan ini sangat membantu dalam pengurusan masa dan kehidupan. Selain harga (walaupun harga sering menjadi faktor utama), pilihlah rumah yang memberikan kesan paling optimum dalam kehidupan yang dimahukan.

3. Siapa pasangan hidup dan teman rapat?

Memilih siapa orang yang akan mengelilingi kehidupan kita adalah antara keputusan paling penting yang harus dibuat dalam hidup.

Pasangan hidup kita sangat berpengaruh dalam mencorakkan siapa diri kita dan cara kita melihat diri. Pasangan kita itu sama ada akan meningkatkan potensi kita atau menekan potensi kita. Pasangan hiduplah yang memberi kesan paling besar dalam kehidupan kita.

Selain pasangan, orang yang paling memberi kesan besar dalam kehidupan kita ialah orang yang paling banyak kita luangkan masa dengannya; sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.

24 | TENTANG PILIHAN


Orang yang kita pilih untuk bersama ialah orang yang kita mahu jadi sepertinya. Alike will attract alike. Jika kita mahu menjadi orang yang memiliki nilai moral dan agama yang tinggi, carilah pasangan hidup dan teman rapat seperti itu juga. Kita ialah cerminan lima orang yang paling rapat dengan kita.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Dalam memilih pasangan hidup, sering kali faktor emosi memainkan peranan dalam membuat pilihan. Oleh sebab itu, disebabkan besarnya impak pasangan hidup ini, maka kita tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan tidak bersedia ataupun disebabkan tekanan rakan atau keluarga. Perkahwinan juga terjalin bukan semata-mata atas perasaan, tetapi atas dasar kesedaran dan kefahaman untuk membina sebuah keluarga yang mempunyai visi dan misi hidup yang sama.

DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 25


Buat Pilihan untuk Diri Sendiri

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

“Anda boleh mendengar orang yang berkerumun atau anda boleh mendengar jiwa anda berada di atas pentas anda sendiri.” (Vex King) Setiap daripada kita ada keunikan tersendiri. Ia merupakan satu rahmat. Tidak ada dua orang manusia yang serupa walaupun kembar seiras. DNA kita memiliki keunikan tersendiri. Semenjak kecil, kita diajar untuk sentiasa menjadi diri sendiri. Akan tetapi, semakin kita dewasa, kita mula terpengaruh dengan orang sekeliling. Fenomena ini dinamakan “social proof ”, iaitu apabila kita merasakan perlu mengikut orang sekeliling supaya diterima oleh mereka.

Identiti unik kita kemudian mencair bersama mereka dan kita pun mengikut kemahuan mereka. Apabila kita hanya mengikut kemahuan orang sekeliling, kita tidak akan menonjol dan tidak dapat melihat kehidupan berbeza daripada yang dilihat oleh orang ramai.

Memang benar, lazimnya orang yang rapat dengan kita mahukan yang terbaik untuk kita, khususnya ibu bapa kita. Tidak ada ibu bapa yang mahu perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mereka faham akan perkara yang terbaik untuk kita. Barangkali mereka membuat keputusan bagi pihak kita disebabkan oleh rasa takut dan persepsi yang ada dalam diri mereka. “Kalau tak kerja kerajaan, nanti susah nak dapat pencen. Susah hidup kau.”

26 | TENTANG PILIHAN


“Kau jadilah doktor, nanti kalau mak abah kau sakit senang kau tolong rawat.” “Kau tak payah buat bisnes. Tengok pak long kau; gadai rumah sebab bisnes, selepas itu muflis. Anak bini semua tinggalkan dia.”

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Disebabkan ketakutan mereka itu, maka pilihan dan keputusan mereka “dipaksakan” kepada kita tanpa disedari. Sedangkan kehidupan generasi ibu bapa berbeza dengan generasi anak. Generasi baby boomers (lahir 50-60an) membuat pilihan kerjaya berpaksikan jaminan pekerjaan. Akan tetapi, generasi setelahnya (Gen X dan Gen Y) berbeza. Malah, dari sudut tenaga kerja sendiri, kemahiran sekarang jauh berbeza dari dahulu. Disebabkan oleh ledakan maklumat, orang muda amat mudah menjalankan perniagaan. Perniagaan juga sudah mula diterima sebagai bidang pekerjaan yang berjaya.

Oleh sebab itu, kitalah yang harus bertanggungjawab dalam membuat keputusan itu sendiri. Kita boleh mendengar nasihat dan saranan daripada orang-orang terdekat, tetapi akhirnya jika kita tidak membuat keputusan sendiri, maka orang lain yang akan menentukannya buat kita. Ia normal jika kita takut untuk membuat keputusan yang tidak diketahui akibatnya. Pada kebanyakan waktu, kita terburu-buru membuat keputusan disebabkan tidak begitu memikirkan kesannya. Membuat pilihan itu sukar bukan kerana ia pertimbangan antara dosa dan pahala; amal kebajikan atau maksiat. Jika ia melibatkan perkara tersebut, tentulah kita lebih mudah memilih. Sudah pasti kita akan menjauhi perkara dosa dan maksiat.

Akan tetapi, membuat keputusan itu sukar kerana ia pilihan antara perkara yang baik dan perkara yang terbaik untuk kita. Kedua-dua pilihan adalah baik, tetapi mana satu yang terbaik untuk kita, khususnya pada masa itu? DR. NUR AISYAH ZAINORDIN | 27


Tidak mengapa jika kita memerlukan masa. Namun, gunakan masa itu untuk mengkaji, bertanya, dan melihat kehidupan yang dimahukan. Carian Google sangat membantu kita untuk mendapatkan jawapan.

IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al

Walaupun kita mudah terpengaruh dengan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan, namun ambil juga pendapat yang tidak berat sebelah daripada orang yang tidak mengenali diri kita. Hal ini kerana kadangkala orang asing itu lebih jujur dan ikhlas dalam memberi pandangan daripada orang yang dikenali. Pandangan mereka lebih neutral. Cuma ambillah pendapat orang yang boleh dipercayai dan ada kredibiliti. Yang perlu kita atasi ialah ketakutan untuk membuat keputusan.

Kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu salah ataupun tidak, selagi kita tidak membuat keputusan. Terkadang kita menunggu kerana mahu maklumat yang lengkap atau mahu buat keputusan paling sempurna, tetapi keadaan itu amat jarang berlaku. Maka, buatlah keputusan dengan mencari maklumat secukupnya, berikan masa dan tarikh akhir untuk membuat keputusan. Kemudian, putuskan perkara tersebut.

28 | TENTANG PILIHAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Tentang Pilihan oleh Dr Nur Aisyah Zainordin by imanpublication - Issuu