Collins Cambridge IGCSE Malay Sample

Page 17

Menegak (Down) 2.        khabar? 3.       . Sama-sama. 5. Sapaan tidak formal apabila bertemu seseorang. 6. Selamat       . 8. Ucapan apabila ada kesilapan atau mengganggu seseorang. Baca petikan berikut. Liza Brown berasal dari Amerika Syarikat. Dia belajar di sekolah antarabangsa dan fasih berbahasa Melayu. Suatu hari, dia hendak pergi ke stesen kereta api KL Sentral untuk membeli-belah. Dia menghampiri seorang pemandu teksi dan berkata, “Maaf, pak cik.” Pemandu teksi itu terkejut melihat Liza bercakap dalam bahasa Melayu, lalu pemandu itu menjawab, “Ya, ada apa, cik?” Liza memberitahu pemandu teksi itu dia hendak ke KL Sentral. Dalam perjalanan, Liza dan pemandu teksi itu bersembang dengan mesra. Liza bertanya pemandu teksi itu, “Siapa nama pak cik? Sudah lama pak cik membawa teksi?” Pemandu teksi itu menjawab, “Nama pak cik, Ali bin Mamat. Pak cik memandu teksi selama dua puluh tahun.” Kemudian, pemandu teksi itu bertanya kepada Liza, “Siapa nama cik? Cik berasal dari mana? Sudah berapa lama cik di Malaysia?” Liza tersenyum lalu menjawab, “Nama saya Liza. Saya dari Amerika Syarikat. Sudah sepuluh tahun saya berada di Malaysia.” Pemandu teksi berkata, “Oh, patutlah cik pandai bahasa Melayu. Bagus!” Apabila teksi tiba di KL Sentral, Liza terus membayar tambang teksi. “Terima kasih, pak cik. Selamat tinggal.” Pemandu teksi menjawab, “Sama-sama, Cik Liza. Selamat jalan.” D Berikan jawapan atau balasan yang sesuai untuk soalan atau ucapan di bawah berdasarkan petikan di atas. 1. Maaf, pak cik.

2. Siapa nama pak cik?

3. Siapa nama cik?

4. Cik berasal dari mana?

5. Terima kasih, pak cik.

6. Selamat tinggal.

6

CHAPTER 1 Pengenalan Diri dan Ucapan

Soalan/Ucapan Jawapan/Balasan

233131_IGCSE_Malay_Workbook_Unit_01-13.indd 6

10/27/16 6:18 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Collins Cambridge IGCSE Malay Sample by Collins - Issuu