GEN, INOVASI KEHIDUPAN! | YOUNG SCIENTISTS NETWORK MALAYSIA
12) Celupkan lidi/pencungkil gigi ke dalam balang dan keluarkan DNA. (Soalan kepada pelajar: Adakah anda melihat apa-apa yang melekat kepada lidi yang mungkin merupakan DNA? Bolehkan anda kumpulkan semua DNA pada lidi?) 1.3.
Pemerhatian dan keputusan 1) Perhatikan sama ada pelajar dapat melihat DNA di dalam cawan. 2) Nota tambahan: Guru boleh menggalakkan pelajar untuk mencuba mengekstrak DNA daripada sumber yang berlainan, contohnya bawang atau pisang. Guru boleh membimbing mereka untuk mengetahui kaedah yang memberikan hasil ekstrak yang paling optimum. Melalui ekperimen ini, pelajar boleh mengetahui bahawa DNA wujud di dalam semua tumbuhan.
Nota Guru: Apabila campuran detergen dan garam dimasukkan ke dalam strawberi hancur, detergen akan membantu membuka sel-sel strawberi, membebaskan DNA ke dalam larutan manakala garam membantu menghasilkan persekitaran supaya DNA yang berbeza boleh berkumpul. Selepas alkohol sejuk dimasukkan kepada campuran strawberi, ia akan menghasilkan keladak DNA di dalam larutan. Anda akan melihat cecair putih pintalan DNA di dalam lapisan alkohol dan di antara dua lapisan lain. Pintalan DNA tersebut adalah sangat kecil untuk dilihat dengan mata kasar tetapi disebabkan DNA akan bergumpal bersama, anda akan dapat melihat jumlah DNA daripada tiga biji strawberi.
22