Milenia Muslim Januari 2010

Page 1

Mudarat doktrin moden Barat Jihad ekonomi dalam evolusi Felda ‘Ubat Agung’ tangani belenggu penyakit kronik Pemimpin Islam bertelagah, kuasa besar tersenyum ISSN 1394-1437

JANUARI 2010 THN.8 Bil 89 1430 Muharram-Safar HARGA RM6.50 9 771394 143000

PP14605/08/2010 (025186)

COVER MMjanuarifinal '10.indd 1

12/10/09 3:25:45 PM


M

Firman Allah SWT yang bermaksud:

aka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (keluarga dan ukhwah Islamiah)? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah SWT dan ditulikan telinga dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Foto W. NAQIUDDIN

(Surah Muhammad, ayat 22-23)

COVER MMjanuarifinal '10.indd 2

12/10/09 3:25:52 PM


Januari 2010

MMjanuari2010final.indd 1

12/10/09 3:21:39 PM


www.mileniamuslim.com.my

6

10

31

Bingkisan Bahaya politik hentam kromo Penglibatan pekerja bukan Islam dalam institusi Islam Subsidi akademik dalam Bajet 2010 Selesaikan kemelut warga kota Islam cipta budaya kerja harmonis

negara tetangga 5 6 6 8 9

FOKUS Jangan biarkan hati ibumu menangis... Tangisan ibu, ayah... Jangan biarkan mereka terus berduka Jenayah derhaka ibu bapa meningkat– ASP Suraini 30 peratus penghuni rumah kebajikan dihantar anak kandung Wujudkan undang-undang lindungi warga emas 368 pesakit terdampar di HKL tagih simpati anak ‘Barakah’ menjaga ibu bapa Syurga ayah bonda

nota siswa 38

ummah Mudarat doktrin moden Barat Mencari Ibnu Sina, Ibnu Khaldun moden Implikasi graduan ‘pasang siap’ Transformasi & falsafah tersurat rehal

40 60 62 92

iqraq 10

Amaran Tuhan kepada manusia!

42

14

USAHAWAN

44

18

Pulau buatan manusia

22

TEROPONG MEDIA

24 26 28

Malapetaka: Usah terhantuk baru tengadah

30 32 34

48

57

sana sini Melaka sasar 8.4 juta pelancong

58

renung & fikir Elak berlagak bijak & tahu segala-galanya

65

sains & teknologi Vitamin E minyak sawit rawat

66

Ubat Agung tangani belenggu penyakit kronik

70

Jihad ekonomi dalam evolusi

72

global 52

1001 TAFSIRAN Kerjasama...

56

ekonomi 50

kembara minda Fahami Islam secara universal

Cara hadapi samseng jalanan Kepentingan tajdid pemikiran di awal usia

kesihatan

FAKTA BERGAMBAR

20

SELAMAT TINGGAL 2009 Nombor 1 Tragedi Fenomena alam & bencana

Gerakan Islam & aturan sosial

Pemimpin Islam bertelagah, kuasa besar tersenyum 74

REVIU FILEM 55

2012 memfiksyenkan kiamat

76

MMjanuari2010final.indd 2

12/10/09 3:21:44 PM


Bil 89 JANUARI 2010

42

70 82

58

76

sajak Terima kasih Tuhan

79

iktibar Ya Allah, ampunkanlah dosaku...

80

ASMAUL HUSNA Jinakkan hati dengan zikrullah!

82

buku & kritik Takaful jana ekonomi Islam

82

88

MUKA HADAPAN Penderhakaan anak terhadap kedua ibu bapa dilihat semakin menular pada era moden ini. Justeru, Milenia Muslim berusaha mengupas perlakuan tidak bermoral ini demi memberi kesedaran bahawa ia satu sikap yang harus dikikis lantaran pusingan kehidupan ini umpama roda. Jika derhaka kepada mereka, suatu hari pasti kita akan menerima nasib serupa. Ibu bapa harus diberi perhatian, perlindungan, kasih sayang dan penjagaan yang sewajarnya untuk kita memperolehi ‘barakah’ dalam kehidupan.

84

ADAB Adab sambut tahun baru

86

kembara Keunikan Kuala Berang memukau hati

88

macam-macam Pemandu buat salah 15 kali dalam 11 minit Penemuan planet gergasi Zuhal amat menakjubkan

95 95

akhir kalam Pilihlah... mahu ke syurga atau neraka?

96

Januari 2010

MMjanuari2010final.indd 3

12/10/09 3:21:59 PM


MEJA EDITOR

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)

Penerbit

(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))

Taksub duniawi, ibu bapa terabai dan dizalimi Semakin canggih dunia, semakin taksub pula manusia dengan dunawi. Mereka mencari dan mengejar harta untuk keperluan dan keselesaan hidup sehingga ada ketikanya lupa terhadap nilai agama dan moral serta latar belakang hidup yang menyebabkan mereka menjadi kaya, ternama, berpengaruh dan berjawatan tinggi. Tidak hairanlah ada di kalangan kita lupa terhadap ibu bapa yang sudah tua dan uzur sedangkan orang tualah yang membesar dan mendidik kita hingga menjadi orang berguna dan hidup senang. Bayangkan, ada anak membiarkan ibu bapa yang sudah uzur hidup terabai di kampung. Lebih menyayat dan mengguris hati apabila anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan dengan alasan terlalu sibuk dan tidak sanggup menjaga ibu bapa yang uzur dan banyak kerenah. Milenia Muslim kali ini memaparkan sikap anak yang dianggap ‘Si Tanggang Moden’ yang bukan saja mendera ibu bapa dari segi mental, tetapi fizikal. Anak apakah itu sehingga sanggup berkelakuan sedemikian? Adakah mereka mahu menjadi anak derhaka? Memang diakui ramai di kalangan anak zaman ini sudah berani bersikap biadap terhadap ayah dan ibu mereka. Mereka menganggap diri mereka lebih hebat, terpelajar dari ibu dan bapa mereka dan sering bersikap kurang ajar terhadap orang tua yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Ingatlah menderhaka terhadap ibu bapa adalah antara dosa besar. Kewajipan anak terhadap orang tua ialah berbuat baik, taat dan hormat. Ini sesuai dengan panggilan fitrah yang harus dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Dan yang lebih penting lagi ialah hak ibu, sebab dialah yang paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui dan mengasuh. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan.” (Surah al-Ahqaf: 16). Allah memperkuat pesannya agar kita berbuat baik kepada kedua-dua orang tua yang berusia lanjut dan kudratnya mulai menurun. Mereka amat memerlukan apa saja bentuk pertolongan dan bantuan kerana perasaannya mudah tersinggung. Perlakuannya sudah pasti menyebabkan si anak perlu banyak bersabar. Itulah ujian anak.

Zainuddin Ayip

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425 Ketua Editor Kumpulan Editor

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Zainuddin Ayip zainudin.ayip@mmpcommunications.com

Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Penulis Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com

Editor Agama

Kolumnis Penyumbang

Pengarah Grafik Pereka Grafik Pereka Grafik Korporat

Jurufoto Kanan Jurufoto Penyelidik Foto Perunding Jualan & Pemasaran Penolong Pengurus Jualan Eksekutif Kanan Langganan Eksekutif Kanan Jualan Eksekutif Jualan Eksekutif Acara & Promosi Eksekutif Seliaan Pelanggan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Pencetak

Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba

Mohd Sukki Othman, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Muhammad Uthman El-Muhammady Azlan Salim azlan.salim@mmpcommunications.com Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Mohd Firdaus Abdul Halim firdaus@mmpcommunications.com

Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor Arman Yusuf Shikin Christine Louis Shikinchristine.louis@mmpcommunications.com Ann Norizad Muhamad Zain ann@mmpcommunications.com Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Azam Akbar Ramamam azam@mmpcommunications.com Zakhwan Rizak zakhwan@mmpcommunications.com Shahrul Azrin Shaharuddin azreen@mmpcommunications.com Adibah Ahmad adibah@mmpcommunications.com Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com

Widya Natasya Md Salleh Ilyah Nazarah Jamalludin

Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof Zulkeflee Abdullah

Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah

MMjanuari2010final.indd 4

12/10/09 3:22:01 PM


Januari 2010

MMjanuari2010final.indd 5

12/10/09 3:22:03 PM


BINGKISAN

Bahaya politik hentam kromo ika ditanya kepada manusia yang menganggap sejarah tidak relevan bagi hala tuju negara ini masa kini mereka mungkin mempunyai moto hidup ‘Jangan Pandang Belakang’ di mana sejarah lampau tidak penting untuk kita hidup lebih aman dan sejahtera pada masa depan. Bagi yang dijanjikan syurga jika memilih calon, fahaman mereka sudah pasti itulah syurga cinta mereka. Walaupun moto ini nama judul filem namun ia kekal relevan dalam mendasari suasana politik semasa yang dilihat mampu menukar landskap pentadbiran negara jika masyarakat terus memegang moto sedemikian tanpa memahami seni berfikir politik oportunis dengan lebih kritis lagi. Politik hentam kromo dan mencemburui sejarah amat bahaya bagi sebuah tamadun yang sedang terbina di Malaysia. Setiap kali gendang pilihan raya bergema ada saja isu serangan peribadi dijadikan modal untuk merendahkan keupayaan calon lawan sedangkan ia tidak lebih kepada soal sejarah kehidupan individu yang telah tertulis di loh mahfuz dan terlalu kronik untuk diceritakan. Soal individu dengan sejarah hitam dalam kehidupan adalah lumrah. Bukan manusia jika dirinya tidak melakukan kesalahan dan ketelanjuran. Apa yang penting ialah jika melakukan kesalahan hukuman telah dijatuhkan dan telah diterima dengan hati terbuka serta

J

penuh tawaduk. Manusia terlalu bijak menghakimi orang lain sedangkan qada dan qadar ditentukan oleh Allah SWT. Bukankah ia salah satu dari rukun iman. Soal agama jangan berpaksikan kepada fakta yang memberi manfaat kepada kepentingan perjuangan sendiri yang jelas bercanggah dari prinsip keadilan yang diperjuangkan dalam agama Islam. Pilihan raya sebagai gelanggang untuk rakyat memilih calon yang mereka suka adalah saluran yang tepat dan bukannya terus-terusan berkempen memburukkan peribadi setiap individu yang menjadi calon lawan kelak. Nanti kita dicop juri realiti TV dan bukannya parti yang mempunyai program alternatif memajukan rakyat yang inginkan perubahan nasib dan bukan mendengar resume calon yang tidak mampu membela diri setiap kali dikritik. Kehidupan ini adalah satu perjalanan mencari kesempurnaan. Setiap kesempurnaan memerlukan cubaan demi cubaan untuk menempa kejayaan. Thomas Alva Edison membuat beribu kali ujian sebelum dapat mencipta mentol sedangkan jika tersalah uji nyawa menjadi galang ganti. Khalifah Umar RA bukanlah mempunyai sejarah yang indah sebelum memeluk agama Islam yang syumul. Setiap manusia melalui jalur kehidupan yang berwarna-warni. Jika semua dilahirkan sebagai anak ulama, anak doktor, anak seorang guru adakah mereka juga akan

menjadi seperti bapa mereka. Percayalah setiap manusia telah ditentukan nasibnya sebelum membuka mata beberapa hari selepas dilahirkan ke dunia. Qada dan qadar sebagai sebahagian dari rukun iman telah menentukan untung nasib setiap insan. Setiap manusia bersifat baru cuma berbeza zahir dan zaman. Kempen pilihan raya kecil yang berlaku sepanjang tahun ini menyaksikan serangan peribadi terhadap calon bertanding yang dibuat oleh individu-individu tertentu kerana sebab-sebab tersendiri berkenaan sejarah lampau beliau masih terngiangngiang di telinga. Namun, pengundi perlu diperingatkan dari masa ke semasa bahawa untuk memilih calon bagi mewakili suara mereka perlu memikirkan manfaat pembangunan yang menjadi agenda calon dan parti mereka bukannya asyik mendengar kisah peribadi buruk seseorang yang sukar untuk dijustifikasikan. Apa guna berjanji dan membuat cerita mengaibkan peribadi lawan jika diri sendiri sedang kokok berderai-derai disertai najis yang bergelumang di ekor. Orang Islam perlu percaya qada dan qadar sebagai sebahagian rukun iman, bukan menjadi penghukum tanpa berfikir panjang. ABDUL RAZAK BIN IDRIS Taman Seri Bayu Morib, Banting, Selangor.

MMjanuari2010final.indd 6

12/10/09 3:22:04 PM


Penglibatan pekerja bukan Islam dalam institusi Islam

I

slam adalah agama yang mengamalkan toleransi dan melarang adanya diskriminasi terhadap kelompok-kelompok yang berlainan agama, keturunan, warna kulit, bangsa, budaya dan sebagainya. Islam juga adalah agama negara Malaysia, sebuah negara yang penghuninya berbeza dari segi agama yang dianuti, bangsa dan budaya yang diwarisi. Pada 80-an, masyarakat Malaysia telah menubuhkan beberapa institusi yang menggunakan Islam sebagai jenama, antaranya Bank Islam (1983), Universiti Islam (1983), Syarikat Insurans Islam (1984) dan sebagainya. Penggunaan jenama Islam telah memberi impak yang amat besar terhadap produk tersebut. Namun, apakah Islam telah meminggirkan orang bukan Islam hanya kerana berbeza agama yang dianuti dan tidak membolehkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana institusi yang berjenama Islam? Berdasarkan Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi dan melarang adanya diskriminasi, maka Islam telah memberi

kelonggaran dengan memberikan ruang dan peluang kepada umatnya untuk mendapat bantuan orang bukan Islam dalam urusan dunia mereka. Dengan syarat orang itu boleh dipercayai, beramanah, bukan pengkhianat, pecah amanah dan sebagainya. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah menyediakan pakar penunjuk jalan bukan Islam yang amanah iaitu Abdullah bin Uraiqat untuk membawa Baginda bersama-sama Abu Bakar As-Siddiq ke Yathrib (Madinah) sewaktu mereka berdua berhijrah sebagaimana diceritakan dalam kitab-kitab Sirah Nabawi (riwayat hidup Nabi SAW). Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.” (AlQasas 28: 26) Demikianlah, apa sahaja bentuk kekuatan yang boleh membantu dan juga amanah yang boleh menyelamatkan adalah neraca utama dalam pemilihan para pekerja. Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah menerima orang yang beragama Yahudi

untuk menjadikan pembantunya yang akhirnya memeluk Islam dan meninggal berkeadaan Islam. Kesimpulannya, agama Islam telah memberi ruang dan peluang pekerjaan yang amat luas kepada setiap makhluk yang digelar sebagai insan atau manusia supaya sama-sama membangun dan memajukan dunia yang mereka miliki. Namun, bagi orang yang bukan Islam, Islam telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pembangunan dan pemajuan dunia sahaja memiliki kemampuan atau kemahiran yang khusus dan tinggi, bersifat jujur, boleh dipercayai atau yang disebut sebagai beramanah dan memperkenalkan agama Islam kepada mereka. DR MASAKAREE ARDAE@NIK MUHAMMAD SYUKRI NIK WAN AL-FATANI Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Pulau Pinang.

Subsidi akademik dalam Bajet 2010 ajlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), mengalu-alukan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini. MPMUM melihat ia adalah ‘subsidi akademik’ yang diberikan kerajaan untuk kemudahan mahasiswa di seluruh kampus. Apabila kerajaan mengumumkan bahawa peminjam PTPTN sesi kemasukan akademik 2010 akan mendapat kelebihan biasiswa apabila berjaya mendapat ijazah kelas pertama, MPMUM berpandangan kerajaan mula membuka langkah sedikit demi sedikit ruang meritokrasi dan semangat berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan. Apa tidaknya, masalah utama kepada peminjam PTPTN pada hari ini adalah membayar semula pinjaman setelah tamat pengajian. Apatah lagi dilaporkan sebanyak hampir 70,000 graduan IPTA masih gagal menjelaskan PTPTN atas banyak alasan. Jawapan yang paling popular ialah masih belum mendapat pekerjaan.

M

kedudukan akademik yang benar-benar baik untuk dipandang dan disegani masyarakat. Di samping itu juga, MPMUM turut menyarankan agar Bajet 2010 yang dikhaskan untuk membangun modal insan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Dalam suasana masyarakat yang berhadapan dengan gejala sosial dan akhlak, tuntutan mengisi keperluan rohani dan pembinaan jati diri perlulah dijadikan matlamat utama dalam MPMUM berpendapat, biasiswa membangun masyarakat yang bersatubukan ukurannya tetapi matlamatnya. padu dan sejahtera. Bahkan semangat berlumba-lumba mencapai kedudukan paling cemerlang MOHD AIZAT MOHD SALEH itu yang paling utama difahami oleh Pengerusi, Biro Kepimpinan, mahasiswa. Mahasiswa hari ini perlu Kerohanian dan Pembangunan Insedar berkenaan cabaran dunia dan san, Majlis Perwakilan Mahasiswa, generasi mendatang yang memerlukan Universiti Malaya (MPMUM). Januari Januari 2010

MMjanuari2010final.indd 7

12/10/09 3:22:04 PM


BINGKISAN

Selesaikan kemelut warga kota ari ini keadaan dunia sudah semakin berubah dengan kepelbagaian kecanggihan teknologi dan tuntutan keperluan yang mahu atau tidak terpaksa kita dipenuhi. Sedar atau tidak, keperluan ini jika tidak dipenuhi, pasti akan menjadi penghalang kepada kemajuan diri, kerjaya dan keluarga. Kemelut gaji RM3,000 yang tidak mencukupi tinggal di bandar besar yang dipaparkan Milenia Muslim pada ke-

H

luaran November benar-benar menarik perhatian saya. Senario ini dilalui oleh pelbagai golongan masyarakat hatta mereka yang bergaji tinggi sekalipun tanpa mengira mereka di bandar atau di desa. Tidak cukup bukan kerana keterlaluan membazir atau tidak bersyukur dengan pemberian Allah SWT tetapi pelbagai perkara yang memerlukan kos terpaksa ditanggung dan menjadi beban kepada setiap orang.

Sebagai contoh, bayaran sewa rumah yang tinggi, ansuran bulanan kereta, menanggung kos minyak kereta, perbelanjaan makan setiap hari, pakaian dan bil-bil tetap yang terpaksa dilunaskan. Itu belum dikira lagi dengan kos menghantar anak ke taska, tadika, sekolah dan IPT. Jika anak demam sahaja, bil klinik pasti mencecah lebih RM50. Jika bilangan anak ramai maka kos dan tanggungannya lebih tinggi daripada mereka yang tidak ramai anak. Hakikatnya RM3,000 hanyalah sebahagian kecil sahaja untuk menampung keperluan hidup dan sebab itulah sebahagian besar suami terpaksa membenarkan isteri mereka bekerja bagi memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ramai juga yang terpaksa memerah keringat melakukan pelbagai kerja tambahan dalam lingkungan 24 jam yang ada. Hasilnya, kualiti kerja hakiki yang dijalankan kurang memberangsangkan kerana fokus kerja gagal dihayati. Baru-baru ini, rakan saya yang berada di kota Paris pernah melahirkan rasa risaunya jika dia kembali ke Malaysia apabila tugasan yang dilaksanakan di sana selesai. Apa yang nyata, dia khuatir tidak mampu untuk hidup selesa sebagaimana tinggal di Paris. Katanya, di sana segala-galanya murah. Pendidikan diperoleh secara percuma dengan pelbagai bantuan kerajaan, tidak perlu bayar walau sesen pun. Harga kereta yang mewah di Malaysia dapat dibeli dengan murah, malah kos minyak dan alat ganti yang ditanggung juga rendah. Kos membayar tambang kenderaan awam juga amat minimum berbanding di negara ini. Harga rumah, makanan, pakaian dan sebagainya dapat dibeli dengan murah dan amat berpatutan. Jika bukan kerana kerinduan, keserasian, adanya ramai sahabat handai dan kaum keluarga di Malaysia, mungkin dia tidak akan pulang lagi ke tanah air. Melalui Kaji Selidik Gaji untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), purata unjuran kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pada 2010 selepas mengambil kira ketidaktentuan pemulihan ekonomi, adalah lebih rendah pada 5.10 peratus berbanding peningkatan gaji sebenar sebanyak 5.36 peratus pada 2009. Bagi bukan eksekutif, kadarnya dijangkakan pada 5.14 peratus tahun ini

MMjanuari2010final.indd 8

12/10/09 3:22:13 PM


bagi, turun berbanding 5.22 peratus pada 2009. Amatlah menyedihkan apabila dilaporkan terdapat banyak syarikat tempatan yang tidak yakin untuk meningkatkan kadar kenaikan gaji pekerja masing-masing berikutan ketidaktentuan dalam pemulihan ekonomi kerana pada hakikatnya kenaikan gaji adalah

motivasi paling tinggi bagi meningkatkan produktiviti berbanding dengan kos-kos yang dikeluarkan syarikat untuk memotivasikan pekerja. Sesuatu perlu dilakukan bagi menaikkan taraf hidup penduduk di negara ini, sama ada kerajaan, Ngo dan juga majikan yang menjalankan perniagaan. Para majikan perlu menimbang mem-

Islam cipta budaya kerja harmonis

S

esebuah organisasi sememangnya mempunyai satu warga komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Mereka yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi akan dapat merasai perbezaan dalam aspek cara berkomunikasi, mengurus sesuatu dan pergaulan sesama mereka berdasarkan kepelbagaian lapisan tersebut. Faktor berlakunya perbezaan ini adalah kerana warga organisasi terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kehidupan yang mengundang kepada perbezaan tersebut. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi gelagat ahli organisasi dalam pengurusan harian mereka. Namun, dalam keadaan yang pelbagai

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Setiap tulisan yang tersiar dalam BINGKISAN akan menerima sebuah buku Asas Takaful tajaan IBFIM. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap MILENIA MUSLIM.

cara itu kita seharusnya menjadikan warga organisasi sebagai satu warga yang bersepadu dan bekerjasama dalam urusan harian. Sebagai seorang warga organisasi yang berada di kelas pertengahan misalnya, kita seharusnya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan kakitangan kelas atasan dan juga kelas bawahan, termasuk kerani sehinggalah kepada tukang kebun ataupun tukang sapu. Setiap pagi misalnya, kita akan masuk ke pejabat dan akan berselisih dengan mereka walaupun untuk waktu yang sekejap. Sekiranya kita mencipta budaya menyapa dengan perkataan yang baik dan sopan, maka kemesraan akan tercipta di antara warga organisasi. Sekali gus akan mem-

buat penyelarasan gaji pekerja dari semasa ke semasa selaras dengan keadaan ekonomi semasa, termasuklah harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat sehingga mengakibatkan tekanan yang maha hebat kepada pekerja. ZAFIR AZIZ Bukit Rambai, Melaka. buahkan satu budaya positif yang mana hasilnya kerja yang dilakukan juga akan menjadi lebih baik. Budaya sebegini telah lama wujud dalam masyarakat Melayu yang bersesuaian dengan pepatah ‘yang tua dihormati, yang muda disayangi’. Tetapi tanpa kita sedari, budaya hormat menghormati ini telah lama ditekankan pengamalannya dalam Islam. Islam meletakkan kesepaduan dalam mencari rezeki yang halal tanpa berlaku sebarang penindasan. Islam menyuruh umatnya sentiasa menghormati generasi muda kerana mereka diandaikan sebagai generasi yang masih bersih dari dosa dan kurang amalan jahat berbanding kita. Begitulah sebaliknya, disarankan agar menghormati generasi tua dengan andaian mereka lebih lama hidup dan mempunyai banyak amalan kebaikan dan pahala. Pangkat dan kedudukan yang disandang adalah sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Sesuatu amanah itu bukanlah satu kemuliaan, tetapi satu tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak. Makin besar jawatan yang disandang, maka makin banyaklah tanggungjawab yang dipikul. Begitulah indahnya saranan Islam dalam mencipta satu budaya kerja dan suasana yang harmonis dalam sesebuah organisasi. Apabila kita menghormati orang lain, maka kita juga akan dihormati.

WAN MOHD AZFAR BIN WAN MOHD ZAIN 165, Guchil 3, 18020 Kuala Krai, Kelantan.

Hantarkan pandangan dan cadangan anda kepada: e-mel: editor@mileniamuslim.com.my atau Ruangan Bingkisan Milenia Muslim. No. 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5421/26 Faks: +603-2273 5425 Kami berhak menyunting surat pembaca supaya jelas dan bersesuaian dengan ruang. Hanya surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan setelah disunting oleh editor. Januari Januari 2010

MMjanuari2010final.indd 9

12/10/09 3:22:15 PM


fokus

10

MMjanuari2010final.indd 10

12/10/09 3:22:16 PM


Jangan biarkan hati ibumu menangis... Si

n ode

ggang M Tan

Anak yang terlalu mementingkan diri, mengejar keduniaan hingga lupa masa kecilnya boleh membuat hati ibu bapa terguris, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah menjadi hancur dan berkecai.

Oleh ZAINUDDIN AYIP

da ketikanya kita cukup sedih membaca laporan akhbar mengenai anak mengasari dan memukul ibu kandung sendiri, mengurung ibu di dalam rumah, membiarkan ibu bapa hidup melarat di kampung dan menghantar orang tua ke rumah kebajikan. Apa pun, ramai anak terutama yang berpelajaran dan berpangkat besar, tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Mereka mengatakan sudah memberi wang bulanan kepada ibu bapa di kampung. Tapi adakah cukup dengan wang dan material pada hal naluri ibu bapa lazimnya mahukan kasih sayang dan keprihatinan daripada anak sendiri. Semua kita mempunyai ibu bapa, apa lagi yang masih hidup ketika usia kita sudah menginjak dewasa. Kita sepatutnya bersyukur Allah SWT. Melalui mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah. Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka. Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri. Perbuatan derhaka bak Si Tanggang dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Sedarlah bahawa berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya. Dalam Surah al-Isra’, ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

A

“Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. “Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.” Justeru, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan. Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya: “Aku bertanya kepada Nabi SAW, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua-dua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.” Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad. Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka. Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah. Dalam keadaan dunia moden sekarang, anak lebih mengutamakan urusan duniawi dan wang ringgit. Mereka sanggup bersengkang mata untuk mencari Januari Januari 2010 11

MMjanuari2010final.indd 11

12/10/09 3:22:19 PM


fokus

wang dan nama. Sebab itulah ada ketikanya mereka terlupa jasa dan sumbangan ibu bapa yang membesarkan mereka. Kebanyakan anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua-dua ibu bapanya walaupun hati tidak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran mereka, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Keasyikan bekerja dan mengejar cia-cita dunia menyebabkan anak lalai dan lupa sehingga tidak ada ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka bagaikan rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama-sama orang tua. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, perbuatan mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai. Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.� - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia.

Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa. Sungguhnya melupakan apa lagi menganiaya ibu bapa adalah penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila kedua-duanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabiinya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang keluarga. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam tulisannya di Berita Harian, akhir Julai lalu menyatakan pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup melarat di sebalik kemewahan anak sememangnya petanda sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun. Dalam Islam, kita dituntut berbuat baik kepada ibu bapa dan tuntutan itu satu kewajipan yang perlu ditunaikan. Ini kerana, setiap kehidupan manusia bermula dengan kelahiran daripada ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan ibu. Kita diperintahkan sentiasa melakukan kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Kita diharamkan melakukan kekasaran terhadap mereka, sama ada dengan perbuatan mahupun percakapan. Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana meru-

12

MMjanuari2010final.indd 12

12/10/09 3:22:24 PM


juk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandung, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari. Firman Allah SWT dalam Surah Lukman ayat 14: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. “Dengan demikian, bersyukurlah kepada-Ku dan ibu bapamu dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan.” Pengorbanan ibu bapa sangat besar dan atas dasar itu Islam menggandingkan tanggung jawab mentaati ibu bapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 36: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juapun. “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri.” Perintah untuk menyembah Allah SWT dan larangan mensyirikkan-Nya diikuti dengan berbuat baik kepada ibu bapa menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah SWT dan taat kepada ibu bapa. Memang tidak dapat dinafikan, ada anak mengabaikan tanggung jawab terhadap ibu bapa. Mereka tidak mempedu-

likan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar, bahkan ada yang menambah bebanan kepada ibu bapa. Contohnya menyuruh ibu bapa menjaga cucu, menjadi pembantu rumah, bahkan ada yang sanggup menghantar mereka ke rumah jagaan orang tua dan mengabaikannya. Ingat, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah dosa yang besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak derhaka kepada ibu bapa.

Januari Januari 2010 13

MMjanuari2010final.indd 13

12/10/09 3:22:26 PM


fokus

Tangisan ibu, ayah...

Jangan biarkan mereka terus berduka

Si

n ode

ggang M Tan

Oleh FAIZAL RIDUAN Foto Yusri shakjee

ata orang tua-tua zaman dahulu, “seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu”. Siapa sangka anak-anak yang dimanjakan dari sebesar tapak tangan apabila dewasa ada yang berani menaikkan ‘tangan’ pada orang tua mereka. Ada yang ditinggalkan keseorangan uzur di kampung halaman tanpa teman. Sebilangan pula lupa diri sehingga sanggup menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana masa mereka sangat berkualiti untuk dibazirkan bersama orang tua yang menunggu saat untuk mati. Begitulah anak-anak zaman sekarang, apabila telah berjaya membina keluarga sendiri sanggup memutuskan hubungan zuriat dari induk ibu bapa masing-masing. Mereka seolah-olah menganut kepercayaan ‘Darwin’ bahawa secara biologinya mereka lahir dan membesar secara semula jadi tanpa keterikatan emosi dengan insan bergelar ‘ayah’ dan ‘ibu’. Benarlah kata guru-guru agama dahulu bahawa di akhir zaman, anak-anak menjadi tuan sementara ibu bapa mereka menjadi kuli bambu mereka.

K

Anak ugut bakar rumah Sabariah Abd Jalil, 76. Batu Sembilan, Cheras.

Sabariah Abd Jalil, 76, ditemui hidup seorang diri di atas tanah sekangkang kera di atas rizab jalan di Jalan Balam, Batu Sembilan, Cheras. Dia sendiri malu untuk memanggil tempat tinggalnya sebagai ‘rumah’ apatah lagi dengan ketiadaan sumber air dan elektrik sejak dahulu lagi. Dalam usia sebegini senja, dia masih menggagahkan diri mengutip hasil hutan seperti sayuran kampung untuk dibekalkan kepada peniaga pasar harian. Dengan pendapatan itulah dia memasak sendiri makanan rutinnya menggunakan dapur kayu yang berdebu arang. “Biarlah saya di sini. Kalau datang arus besar beransurlah saya dan rumah ini ke dalam Sungai Ramal,” selorohnya yang tidak

serik berumah di kawasan separa belukar yang kerap dikunjungi tetamu tidak diundang seperti ular dan biawak. Sabariah telah tinggal di situ sejak mula kampung tersebut dibuka di awal tahun kemerdekaan negara. Di sebelah rumah, ada mata air yang telah bertukar menjadi sungai besar. Jaraknya hanya selangkah menghakis tapak rumahnya. Dahulu, di situlah syurganya membesarkan anak-anak yang dianggap bakal merubah nasib mereka sekeluarga satu hari nanti. Namun harapan tetap tinggal harapan, kenyataan hidup jauh lebih memeritkan. “Ketika anak-anak masih kecil, daripada darjah satu sampailah darjah enam sayalah yang menghantar dan menjemput mereka dengan menaiki basikal ke sekolah,” jelasnya yang sanggup berbuat demikian bagi melindungi pergaulan anak-anak supaya tidak tersalah langkah dalam bersosial. Namun apabila menginjak remaja, dia pun tiada kudrat untuk mengikuti setiap pergerakan anak-anak yang semakin panjang langkahnya.

14

MMjanuari2010final.indd 14

12/10/09 3:22:29 PM


Anak halau dari rumah

Marina Ismadi, 62, (bukan nama sebenar) Rumah Seri Kenangan, Seremban.

Sabariah Abd Jalil

“Ada anak pun tidak boleh diharap...,” keluhnya mengenangkan perbuatan tiga orang anaknya suatu masa dahulu. Kini semua anaknya telah membawa haluan masing-masing. Dia lebih tenang bersendirian di rumah bersama album gambar anak-anaknya sewaktu kecil. Menurutnya, anak sulung perempuannya kini menetap di Kajang dan dia tidak meletakkan harapan tinggi kepadanya. Apatah lagi anaknya itu pun hidup dalam kesusahan bersama lima orang anak-anaknya. Ada sesekali dia berkunjung ke rumah anaknya itu, namun sikap anak perempuannya yang tidak acuh terhadapnya membuatkan dirinya nekad balik ke rumah sehingga sanggup berjalan kaki selama lima jam. Menceritakan perihal anak lelaki sulungnya, katanya apabila semakin dewasa, dia rasa lebih banyak kepahitannya tetapi kecekalan dan kesabarannya telah membuatkan dirinya tidak mampu untuk menumpahkan air mata. Sikap anaknya itu saling tidak tumpah sama dengan panas baran arwah suaminya yang selalu menaikkan kaki dan tangan tanpa sebab musabab. Ke mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke dalam nasi? Sedari dahulu, Sabariahlah yang menanggung suami dan anak-anak dengan bekerja malam di kilang papan dengan gaji RM2.80 sehari dan menjual hasil sayur-sayuran kampung pada sebelah siang. Anaknya itu kerap keluar masuk penjara disebabkan dadah. Namun kini dia bersyukur anaknya telah berjaya berhenti ketagihan setelah dia berusaha secara tradisional. Kini anaknya telah berkahwin dan dia berharap agar anaknya itu belajar menjadi seorang bapa serta tahu seksanya membesarkan anak-anak. “Ketika dia menagih, saya sendiri yang melaporkan kepada polis. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit sehingga rumah buruk ini pun dia ugut hendak bakar,” cerita Sabariah mengenai anak lelakinya yang kini telah insaf. Bagaimanapun katanya, anak sulungnya itu kini jarang pulang. Jika balikpun hanya setahun sekali. Harapannya kini hanya pada anak lelaki bongsunya yang telah berbelas tahun dipenjarakan di Tapah, Perak. Kesalahan jenayah berat yang dilakukannya memerlukan lima tahun lagi untuk dibebaskan. “Saya gembira dia telah insaf. Pegawai penjara di sana beritahu dia selalu jadi imam solat. Setiap kali melawatnya saya berpesan jika dia dibebaskan dan ditakdirkan umur saya masih panjang, carilah saya di sini,” Sabariah lagi dengan penuh harapan.

“Saya pilih tinggal di rumah kebajikan ini kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak. Nanti kerana saya, rumah tangga anak beranak berantakan. Biarlah mereka melawat saya setahun sekalipun tidak mengapa. Mereka hendak hidup lama lagi bukan macam saya yang menunggu hari sahaja,” cerita Marina Ismadi (bukan nama sebenar), 62, Marina yang datang sendiri ke Rumah Seri Kenangan Seremban pada 14 April 2008. Menurut beliau, dari dahulu dia tidak pernah terniat hendak menghabiskan sisa-sisa usia di situ tetapi dia tidak ada pilihan. Namun, dia tidak mahu menyalahkan takdir dan anak-anak. “Mungkin saya tidak pandai mendidik anak-anak,” ujarnya pasrah. Marina tidak ada tempat menumpang kasih setelah gagal dalam perkahwinan. Perkahwinan pertamanya hanya bertahan lapan tahun sementara perkahwinan kedua selama 15 tahun dan kedua-dua perkahwinannya tanpa dikurniakan zuriat. Dia kemudiannya mengambil anak angkat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak mereka berusia dua hari untuknya menumpang kasih pada hari tua. Kedua-dua anak angkatnya itu sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Pada awal pembesaran, anak-anaknya dihantar ke kampung untuk dijaga oleh ibunya dan setiap bulan dia membekalkan wang belanja sebanyak RM300 sehinggalah ibunya meninggal dunia. Ketika anaknya yang pertama berusia 12 tahun dan anak kedua berusia enam tahun, barulah mereka anak beranak tinggal bersama di kuarters kerajaan. Kini anak perempuannya berusia 41 dan mempunyai tiga anak sementara anak lelakinya berusia 32 dan mempunyai seorang anak. Sikap ‘acuh tak acuh’ anak-anak itu telah merobek hati Mariah, bekas jururawat di Klinik Desa ini. Dia tidak menyangka anak lelakinya sanggup menghalaunya dari rumah. Sebelum itupun,

Marina Ismadi Januari 2010 15

MMjanuari2010final.indd 15

12/10/09 3:22:42 PM


fokus Marina tidak pernah tinggal menetap bersama anak-anak. Jika adapun, dia hanya datang untuk beberapa hari sahaja. Dia lebih sanggup memilih duduk menyewa seorang diri setelah anak-anaknya ke jinjang pelamin. “Jom Merah, kita balik!” Rajuk Marina kepada kucing kesayangannya setelah anak lelakinya itu menyuruhnya pulang semata-mata kerana adik iparnya ingin datang ke rumah pada hari raya kelima. Dia tidak sangka mengapa anak yang dibesarkan sanggup meminggirkannya dari keluarga dan saudara mara sebelah isterinya. “Dia kata ‘kalau emak tidak suka, emak baliklah!’ Saya amat terkilan dan sedih dengan sikapnya itu. Syukurlah saya masih sihat, bolehlah saya mencari perlindungan di sini,” ujar Marina dengan suara tersekat-sekat di kerongkong. Rasa sebak datang secara tibatiba dan air matanya bergenang di kelopak mata. “Anak perempuan pun sama. Saya langsung tidak boleh menegur perlakuan cucu. Bila saya tegur, mereka kata saya memukul mereka sedangkan mengusiknya saya tidak. Perkara begitupun membuatkan anak perempuan saya bermasam muka dan tidak bertegur sapa dengan saya,” tambahnya penuh kekecewaan menceritakan krisis yang berlaku terhadap anak-anaknya.

8 anak hantar ke rumah kebajikan

Hariz Yeop, 71, (bukan nama sebenar) Rumah Seri Kenangan, Seremban.

Hariz Yeop, 71, meskipun memiliki anak sendiri seramai lapan orang tetapi bilangan yang ramai itu tidak menjamin kesenangan di hari tuanya. Lebih menyedihkan, sejak dia dihantar pada pertengahan tahun ini ke Rumah Seri Kenangan Seremban, anak dan isteri belum pernah datang melawat termasuklah pada Hariraya Aidilfitri lalu. Dalam usia yang begitu, dia tidak mengharapkan persalinan baju baru dan hidangan ketupat rendang tetapi telah bersedia untuk memberikan salam kemaafan di atas keterlanjuran anak-anak. Namun jangankan datang menjenguk, telefon tidak diangkat dan pesanan pun tidak dibalas! “Bukan saya yang pilih tinggal di sini. Anak-anak yang hantar,” jelas Hariz dengan penuh rasa sebak di dada. Dia terpaksa menerima cadangan anaknya untuk dihantar di situ. Mulutnya terkunci, lidahnya kelu lantaran mendengar keputusan anak-anak. Dia menganggap semua itu sebagai satu suratan takdir terhadapnya. “Biasalah anak-anak zaman sekarang. Bukan saya seorang sahaja yang diperlakukan sebegini,” jawabnya sambil menyedap-

kan hati. Sesekali dia ketawa dengan mengalihkan pandangan menyorok emosi di sebalik kejernihan matanya. Demi mencari sesuap nasi, ketika muda dia terpaksa berpisah dengan anak dan isteri dengan bekerja di luar kawasan. Selama 23 tahun berulang alik bekerja di Ipoh sementara anak isteri menetap di Malim Nawar, Kampar, Perak. Setiap dua minggu sekali dia akan pulang menjengah mereka dan membawa bersama wang gaji untuk menyara persekolahan anak-anaknya sehinggalah mereka tamat sekolah tingkatan lima. Waktu itu dia tiada pilihan, terpaksa bekerja di pekan besar dan membiarkan anak-anak membesar dengan isteri di kampung yang kos hidupnya jauh lebih rendah. Harapannya bila telah bersara bolehlah keluarganya kembali bersama tetapi hakikatnya dia dan isteri terpaksa tinggal berasingan mengikut anak-anak. Dalam tempoh 14 tahun sejak 1995, dia tinggal bersama salah seorang anaknya, namun apabila anak tempat dia bergantung harap juga sakit, anak-anak yang lain tidak bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab tersebut dengan alasan kesibukan bekerja. Apatah lagi lima anaknya masih bujang. “Saya kecewa. Sampai hati mereka buat macam ini,” ujarnya dengan perasaan yang hiba dan digenangi air mata.

Lebih 10 tahun anak tak jenguk

Harun Yusof, 95. Pusat Kusta Sungai Buloh, Selangor. Berbeza dengan Harun Yusof, 95, pengisytiharan ‘Settlement for Lepers and Decrepit Persons’ pada tahun 1934 berdasarkan Enakmen Kusta 1926 telah meragut kebahagiaan keluarga dengan mengasingkannya di Pusat Kawalan Kusta Negara di atas tanah seluas 562 ekar di Sungai Buloh, Selangor pada tahun 1946. Namun apabila penyakit berjangkit tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada awal tahun 1970-an dan mereka boleh kembali kepada keluarga tetapi stigma keluarga dan masyarakat menjadikan mereka yang kini sejumlah 253 orang terus memilih untuk terus menetap di ‘lembah harapan’ ini. Harun adalah antara penghuni paling lama yang terus memilih tinggal di pusat itu dan melupakan harapan untuk menghabiskan sisa hidup di samping anak tersayang. Harapannya, biarlah semua impiannya terlaksana di akhirat kelak.

16

MMjanuari2010final.indd 16

12/10/09 3:22:49 PM


“Dahulu saya hanya dapat lihat anak semasa dia lahir pada 1942. Ketika itu bapa saudara saya datang untuk qamat anak saya. Kemudian dialah yang membesarkannya,” cerita Harun Yusof, 95, begitu sedih mengenangkan anak dan isteri yang terpaksa diasingkan dalam kehidupannya yang sunyi. “Bapa saudara juga memaksa saya menceraikan isteri dan isteri saya pun tidak kisah dengan tindakan tersebut,” jelasnya dengan mata berkaca mengingati saat dia terpaksa mentalak isteri dari ikatan perkahwinan yang dibina selama itu. Seingatnya kini, anak perempuannya itu telah berusia dalam lingkungan 60 tahun. Walaupun tidak dapat memanjakannya, namun dia bahagia dapat menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai seorang bapa dengan mewalikan perkahwinannya dengan seorang pegawai polis. Hasil perkahwinan tersebut, dia mempunyai dua cucu dan seorang cicit. “Anak saya pernah beberapa kali datang melawat dan kali terakhir ketika dia hendak menunaikan fardu haji. Itupun sudah lebih 10 tahun yang lalu,” tambahnya sayu mengenangkan betapa pertemuan mereka anak-beranak selama 67 tahun tidak pernah lebih daripada lima kali sambil membilang jari dengan sebelah tangan. “Semasa datang dahulu, pernah dia ajak tinggal bersama tetapi menantu tidak cakap apa-apa. Saya faham-faham sendiri. Dia anak saya perempuan, suami dia yang tanggung. Takkan hendak tanggung saya, lagi bertambahlah beban dia. Saya tidak mahu disebabkan saya, mereka suami isteri bergaduh dan berpecah belah. Biarlah mereka bahagia dan saya sentiasa mendoakan agar mereka sihat dan selamat. “Biarlah saya terus di sini...!” Kata Harun seperti berputus harapan sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga. Namun jauh di sudut hati, dia redha dan berharap dirinya akan terus sabar dengan ujian Allah SWT terhadapnya sebagaimana sabarnya Nabi Ayub AS menghadapi sakit kulit yang kronik dengan kudis dan nanah sehingga ditinggalkan anak dan isteri.

Ciri-ciri Si Tanggang Moden Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggungan yang ramai. Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa. Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya. Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, memukul dan membunuh. Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak meskipun mampu menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa. Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka. Tidak menjenguk ibu bapa. Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Tidak mengaku ada ibu dan bapa. Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa.

Januari 2010 17

MMjanuari2010final.indd 17

12/10/09 3:04:45 PM


fokus

n ode

Si

ggang M Tan

Jenayah derhaka ibu bapa meningkat – ASP Suraini

Kes paling banyak berlaku pada tahun 2009 ialah di bawah seksyen 506KK iaitu sebanyak 123 kes yang melibatkan ugutan yang dilakukan si anak terhadap ibu atau bapa yang mengugut menggunakan perkataan dengan pisau atau senjata.

Oleh SALAWATI HARIS Foto ASRAF DAHARI

R

amai ibu bapa berada dalam dilema sama ada mahu melaporkan kejadian jenayah yang dilakukan anak terhadap mereka atau sebaliknya kerana malu dengan saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat. Bak kata pepatah, ‘hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapa’. Menurut ASP Suraini Hussain dari Bahagian Siasatan Seksual/Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kuala Lumpur kes-kes jenayah yang dilakukan anak terhadap ibu bapa ini semuanya boleh diklasifikasikan sebagai ‘menderhaka’ dan beliau percaya masih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana ibu bapa tidak sanggup pergi ke balai, takut malu, tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan dengan anak, tidak mahu orang kampung tahu dan tidak sanggup turun naik mahkamah. Namun demikian, terdapat kes-kes yang dilaporkan ibu bapa disebabkan mereka berasakan anak-anak sudah melampau derhaka dan keterlaluan terhadap mereka. Contoh kes, ada anak mendesak ibu bapa menjualkan rumah orang tuanya dengan ala-

san mahu membeli rumah lain yang lebih besar dan kemudian si anak berjanji mahu menjaga kedua orang tua mereka di rumah baru yang dibeli atas namanya. Demi sayangkan anak, kedua ibu dengan rela hati membenarkan rumahnya dijual. Malangnya, si anak lupa diri. Bukan sahaja janji tidak dikota, ibu bapa diberikan layanan yang buruk, dihalau dari rumah dan kebajikan mereka sedikit pun tidak dijaga. Kes lain, ibu bapa mendapati anak kandung sendiri sanggup mengugut mereka supaya menamakan harta di atas namanya sedangkan dia mempunyai adik beradik lain. Apabila gagal dalam ugutan, ibu bapa dihalau keluar rumah dan dibiarkan berkelana di rumah saudara mara. Anak-anak lain pula anak perempuan yang terpaksa akur dengan kehendak suami dan mempunyai tanggungan anak yang ramai. Ada pula yang enggan menyara ibu bapa mereka kerana beranggapan masih ada anak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kedua orang tua mereka. Kes ketiga, disebabkan berang dengan sikap ayah kandungnya yang enggan memberikannya wang, Si anak sanggup menggunakan

18

MMjanuari2010final.indd 18

12/10/09 3:04:58 PM


parang dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Si ayah terpaksa melaporkan kepada pihak polis dengan perasaan marah dan tidak mahu perkara ini berulang. Kesemua kes di atas adalah contoh di antara kes-kes penderhakaan yang berlaku di kalangan masyarakat kita dan ada di antaranya dilaporkan kepada pihak polis. Menurut ASP Suraini, meskipun ramai di kalangan ibu bapa yang tidak

Bagi saya, faktor yang menyebabkan sifat kurang ajar si anak terhadap ibu bapa ialah bertitik tolak kepada kurangnya pendidikan agama, wujudnya pergaulan bebas dan anakanak yang kurang diberi kawalan. Jadual 1: Statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa antara tahun 2005 hingga September 2009.

Tahun

Juml ah kes

Suspek anak

2005 2006 2007 2008 2009

3093 3264 3756 3837 2930

198 235 222 218 232

SUMBER: Bahagian Siasatan Seksual/Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

melaporkan kegiatan jenayah anak yang dilakukan terhadap mereka tetapi jumlah yang ada telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Jadual 1 menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilakukan anak kepada ibu bapa dari tahun 2005 hingga September 2009 ialah sebanyak 198 kes dilaporkan berlaku pada tahun 2005. Kemudian ia meningkat pada 2006 (235 kes) dan menurun pada 2007 (222 kes) dan 2008 (218 kes). Pada tahun 2009 sehingga September didapati berlaku peningkatan iaitu berjumlah 232 kes jenayah. Menurut ASP Suraini, beliau tidak menafikan perlakuan jenayah yang juga disifatkan sebagai satu penderhakaan terhadap ibu bapa ini akan meningkat sehingga Disember 2009. Pada tahun 2009, kesemua kes dipecahkan mengikut seksyen dan daripada jadual di atas menunjukkan kes paling banyak berlaku ialah di bawah seksyen 506KK iaitu sebanyak 123 kes yang melibatkan ugutan yang dilakukan si anak terhadap ibu atau bapa yang mengugut menggunakan perkataan dengan pisau atau senjata. Kes kedua tertinggi dilakukan anak terhadap ibu bapa ialah dalam seksyen 323 dan 324 yang masing-masing berjumlah 37

kes yang membabitkan perbuatan dengan sengaja mendatangkan cedera dan pukul yang tidak melibatkan kecederaan yang serius. Manakala seksyen 324 pula ialah dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata seperti pisau dan kayu. Lain-lain kes yang turut menempatkan bilangan kes yang agak tinggi iaitu 19 kes yang membabitkan kes pukul dan ugut yang mendatangkan kecederaan yang mana ia berlaku pada masa yang sama. “Amat menyedihkan kerana majoriti daripada kes yang dilaporkan ini membabitkan orang Melayu. Bagi saya, faktor yang menyebabkan sifat kurang ajar si anak terhadap ibu bapa ialah bertitik tolak kepada kurangnya pendidikan agama, wujudnya pergaulan bebas dan anak-anak yang kurang diberi kawalan. Tindakan ibu bapa yang membiarkan anak-anak lepas bebas tanpa bimbingan menjadikan mereka liar adan tidak mempunyai sikap tanggungjawab,� jelasnya lagi. Katanya lagi, cabaran mendidik anak-anak di zaman globalisasi ini amat tinggi. Jangan salahkan pengaruh atau masyarakat tetapi cara bagaimana ibu bapa itu mengawal anak-anak amat penting bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Jikalau anak-anak diberikan didikan agama yang cukup, biar anak-anak pergi sejauh mana sekalipun, pasti dia akan boleh menilai mana tindakan baik yang patut dilakukan dan mana tindakan buruk yang harus dijauhi. Jadual 2: Statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa dari Januari hingga September 2009 mengikut seksyen dalam Kanun Keseksaan 1994.

Seksyen (Kanun Keseksaan 1994)

Jumlah kes

Seksyen 323 - dengan sengaja mendatangkan kecederaan tanpa meggunakan senja, seperti pukul tetapi tidak melibatkan kecederaan yang serius.

37

Seksyen 324 - dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata pisau dan kayu.

37

Seksyen 325 - mendatangkan cedera parah.

4

Seksyen 326 - mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata tetapi tidak menyebabkan kematian.

3

Seksyen 427 - khianat, melakukan bencana harta benda.

5

Seksyen 506 - ugut jenayah dengan mengeluarkan perkataan dan senjata.

123

Seksyen 506/323 - mendatangkan ugutan jenayah.

4

Lain-lain - seperti pukul dan ugut (berlaku dua kejadian serentak).

19

SUMBER: Bahagian Siasatan Seksual/Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Januari 2010 19

MMjanuari2010final.indd 19

12/10/09 3:05:06 PM


fokus Si

n ode

ggang M Tan

30 peratus

penghuni rumah kebajikan dihantar anak kandung Corak keluarga nukleur yang terpisah dari keluarga induk di Malaysia memberi implikasi kepada penubuhan sembilan Rumah Seri Kenangan, dua Rumah Ehsan, 68 Pusat Jagaan Warga Emas yang berdaftar di seluruh negara untuk warga emas menghabiskan sisa usia mereka.

Oleh FAIZAL RIDUAN

M

enjelang tahun 2020, bilangan warga emas dijangka meningkat 3.21 juta orang iaitu sekitar 11 peratus daripada kira-kira 33.3 juta rakyat Malaysia. Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia meramalkan Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 lebih awal dari laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2035 iaitu apabila peratus rakyat yang berumur 60 tahun ke atas adalah melebihi 15 peratus. Ini bermakna dalam tempoh sedekad dua ini keadaan demografi Malaysia akan berubah landskap. Justeru bolehkah anda bayangkan berapa banyakkah rumah kebajikan warga tua yang diperlukan untuk menampung warga emas yang dibakulsampahkan oleh anak-anak berperwatakan antagonis persis ‘Si Tanggang’? Setakat ini, negara yang baru menjengah tahun 2010 dan berbaki sedekad lagi untuk mencapai matlamat ketujuh Wawasan

2020 iaitu bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi dalam sistem keluarga yang kukuh tetapi ironisnya statistik telah mencatat peningkatan kemasukan 2,260 orang penghuni ke sembilan Rumah Seri Kenangan (RSK) dan dua Rumah Ehsan (RE) kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara 1,541 orang penghuni lagi dimasukkan ke 68 pusat jagaaan warga emas kendalian pertubuhan luar yang berdaftar dengan anggaran 30 peratus daripadanya dihantar oleh darah daging mereka sendiri. Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM, Mohd Fazari Mohd Salleh melihat perubahan struktur masyarakat dan sistem sosial ketika ini menjadi sebab akibat rosaknya institusi keluarga sehingga munculnya banyak karakter ‘Si Tanggang’. “Bentuk keluarga yang wujud di Malaysia kini ialah ‘keluarga nukleur’, iaitu keluarga yang dianggotai oleh ibu, bapa dan anak. Berbanding 20 tahun lalu, bentuk keluarga yang ada ialah ‘keluarga luas’ yang dianggotai ramai ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak, bapa saudara dan ibu saudara serta datuk dan nenek. Malah sikap saling mengambil tahu juga wujud ketika itu,” jelasnya membandingkan institusi keluarga dahulu dan sekarang. “Sebenarnya keeratan hubungan kekeluargaan bermula pada peringkat awal iaitu sejauhmana ibu bapa menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak ia memberikan kesan kepada tindak balas anak-anak pula untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa,” terangnya tentang konsep memberi dan menerima sebagai timbal balas setara dalam hubungan dua hala ibu bapa dan anak. “Jika katakan seorang bapa dahulunya sering masuk Pusat Serenti dan penjara atau seorang ibu dahulunya bercerai-berai meninggalkan anak-anak maka kemudian hari tidak mustahil mereka akan menghabiskan sisa usia di RSK atau RE. Begitu juga jika anak-anak menghabiskan usia remaja mereka di pusat pemulihan atau Pusat Serenti atau penjara, bolehkah mereka ini diharap untuk menyara ibu bapa kemudian hari?” soalnya. JKM katanya turut menggalas bantu tugas memberikan nafkah Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM300 sebulan kepada 71,944 orang warga emas sehingga September 2009 iaitu peningkatan sekali ganda berbanding 31,042 orang pada tahun 2008 dan 27,636 orang pada tahun 2007. Malah peruntukan geran sebanyak RM3 juta sehingga September 2009 dan RM4.5 juta pada tahun 2008 diberikan kepada pertubuhan sukarelawan kebajikan warga tua. Untuk Bajet Mini 2009 sahaja kerajaan menyuntik

20

MMjanuari2010final.indd 20

12/10/09 3:05:19 PM


Statistik bilangan penghuni Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Malaysia 2005 – September 2009.

Institusi Rumah Seri Kenangan Rumah Ehsan Jumlah

2005 1,827

2006 1,953

2007 2,040

2008 1,855

2009 2,047

134 1,961

170 2,123

193 2,233

212 2,067

213 2,260

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat. pakej rangsangan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta antaranya bagi meningkatkan Mohd Fazari Mohd Salleh kemudahan pusat penjagaan harian warga emas. Timbalan Penguasa, RSK Seremban, Siti Nor Mat Said menyifatkan peranan pegawai JKM sebagai guru yang perlu membuka minda pemohon yang memohon kemasukan ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Menurutnya, tidak dalam semua keadaan anak-anak perlu dipersalahkan kerana kadangkala pengalaman silam keluarga, tekanan perasaan, gaya hidup moden, masalah silang komunikasi dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka Siti Nor Mat Said melihat rumah orang-orang tua sebagai pilihan. “Kami pernah menerima kes lapan orang anak berhasrat menghantar ibu mereka ke sini. Mereka sudah tidak ada jalan lain disebabkan kos sara hidup yang tinggi tetapi apabila kaunselor kami nasihatkan tentang tanggungjawab anak-anak dan memberikan penyelesaian alternatif melalui BOT iaitu RM300 sebulan, barulah mereka ‘buka mata’ dan tahu bahawa menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah pilihan yang terakhir. “Elemen kasih sayang dipuHaniff Hassan puk dalam keluarga melalui contoh dan tauladan. Seperti dahulu, kita melihat bagaimana ibu bapa kita menjaga datuk dan nenek. Apabila sampai masanya, giliran kita pula berbuat perkara yang serupa terhadap ibu dan bapa supaya anak-anak dapat belajar daripadanya,” jelasnya dengan mengambil contoh iklan Petronas mengenai sepasang suami isteri yang mengasingkan tempat makan ayahnya di beranda luar rumah dan kisah burung murai, anak dan bapa yang sarat dengan nasihat yang menginsafkan. Di kalangan kakitangan RSK, mereka diterapkan agar menyantuni semua penghuni dengan panggilan ‘emak’ dan ‘bapa’ di

pangkal nama penghuni supaya warga emas ini berasa selesa mempunyai ramai ‘anak’. Sememangnya tiada di kalangan warga emas yang mempunyai anak-anak mengimpikan tempat begini di penghujung usia senja mereka. Namun kini, jika berlaku penganiayaan oleh anak-anak yang menjadi ‘kacang lupakan kulit’, ibu bapa tidak perlu lagi berendam air mata dan menjeruk hati luka. Baru-baru ini sepasang warga emas telah memfailkan tuntutan terhadap anaknya yang juga seorang pensyarah universiti berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban kerana menungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anaknya. Mahkamah memerintahkan anak pasangan terbabit dan suaminya memberikan nafkah RM500 kepada kedua ibu bapanya sepanjang hayat, membenarkan mereka terus tinggal di rumah asal mereka, memberikan mereka kebebasan bergerak dan beraktiviti, memberikan mereka kebebasan untuk dilawati anak yang lain, menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. Peguam Haniff Hassan yang mewakili Kassim Othman, 75, dan isterinya, Fatimah Salleh, 67, melihat keputusan Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim sebagai satu keadilan sosial dengan mengambil semangat sebagaimana peruntukan Akta Penanggungan Ibu Bapa 1995 di Singapura, Akta Pembiayaan Ibu Bapa 1998 di Filipina dan Akta Penanggungan dan Kebajikan Ibu Bapa dan Warga Tua 2007 di India. Baginya sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mempertimbangkan satu akta khusus yang melindungi hak ibu bapa terhadap anak sebagaimana hak anak terhadap ibu bapa dalam Akta Kanak-Kanak 2001. “Keputusan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut dan ia memberi dimensi baru kepada perhubungan ibu bapa dan anak. Selama ini masyarakat kita memandang bahawa anak berkewajipan menanggung ibu bapa apabila berkemampuan. Apabila ingkar, mereka adalah derhaka dan ia terhenti sampai di situ iaitu tiada remedial process,” hujahnya lagi. Katanya, kes ini menunjukkan adanya anjakan pemikiran di kalangan masyarakat khususnya warga emas mengenai hukum dan undang-undang. Jika dahulu mendapatkan khidmat guaman dan membawa kes ke mahkamah merupakan satu taboo kecuali dalam kes penceraian tetapi sekarang tidak lagi. Mereka tahu bagaimana hendak mendapat pengiktirafan terhadap hak-hak mereka. Di Barat, perkara ini adalah lumrah, “Dari sudut anak pula, kes seumpama ini memberi pedoman dan ingatan bahawa kegagalan menafkahi ibu bapa bukan lagi kesalahan sosial tetapi ia adalah perlanggaran hukum dan undang-undang. Maknanya tiada kompromi lagi berhubung dengan isu nafkah kepada ibu bapa. Tidak dapat tidak, anak perlu akur,” jelasnya tegas dengan harapan perhubungan ibu bapa dan anak perlu dikembalikan pada landasan asal. Januari 2010 21

MMjanuari2010final.indd 21

12/10/09 3:05:27 PM


fokus

Wujudkan undang-undang

n ode

Si

ggang M Tan

lindungi warga emas Oleh DALIA ISMAIL Foto Yusri shakjee

I

nstitut Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membuat kaji selidik menentukan keberkesanan dan penggubalan semula Dasar Warga Tua Negara 1995 dan Pelan Tindakannya. Menurut Pengarah institut Gerontologi UPM, Prof Madya Dr Tengku Aizan Hamid, daripada tinjauan dalam projek Kesihatan Mental dan Kualiti Hidup Warga Tua di Malaysia ke atas 3,000 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas didapati wujud pelbagai isu pengabaian. Antaranya, tekanan emosi, penderaan, bebanan penjagaan serta kualiti penjagaan di kalangan ibu bapa menua yang menetap bersama anak-anak. “Terdapat juga kes-kes di akhbar di mana warga emas dipujuk oleh anak-anak untuk memindahkan aset seperti rumah, tanah dan sebagainya. Kemudian, rumah tersebut dijual dan kebajikan ibu bapa tidak dibela atau dihantar ke rumah orang tua. Dalam hal ini pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa jika warga emas itu sendiri dengan rela hati menyerahkan aset mereka kepada anak,”ujarnya. Justeru, beliau berpendapat adalah lebih wajar sekiranya warga emas membuat perancangan menerusi kuasa perundangan (power of attorney) bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara. “Tindakan pindah milik aset kepada anak-anak boleh dilakukan secara berperingkat atau menerusi wasiat,” katanya. Menurut beliau lagi, di beberapa negara contohnya Singapura terdapat Akta Penjagaan Ibu Bapa (Maintenance of Parents Act) untuk mendengar kes-kes ibu bapa yang merasakan anak-anak patut menjaganya tetapi enggan berbuat demikian. Tindakan yang boleh dikenakan ke atas anak hanya diwajibkan membayar sejumlah wang bulanan secara tetap kepada ibu bapanya tetapi situasi ini masih gagal merapatkan hubungan antara anak dan ibu bapa yang bertelagah itu. Selain itu, timbul isu anak-anak yang mengungkit sejarah silam di mana ibu bapa berkenaan dituduh gagal menunaikan tanggungjawab mereka. Bagaimanapun, di Malaysia akta sebegini tidak wujud, sebaliknya kes jenayah yang membabitkan pertelagahan ibu bapa dan anak akan dibawa ke mahkamah syariah atau sivil. Selain itu, hasil kajian juga mendapati kira-kira 14 peratus warga emas menghadapi masalah kemurungan dan 10 peratus pula mempunyai masalah orientasi dan pelupa. Terdapat juga golongan warga emas yang menghadapi masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan psikogeriatrik. Dalam hal ini, warga emas memerlukan lebih perhatian kerana anak-anak perlu membawa ibu bapa mereka untuk mendapatkan khidmat kaunseling, rawatan perubatan dan menyertai kumpulan sokongan pesakit dan penjaga yang boleh dirujuk di mana-mana

Kajian Institut Gerontologi UPM terhadap kira-kira 3,000 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas di Malaysia mendapati pelbagai isu pengabaian fizikal dan mental berlaku terhadap mereka.

hospital kerajaan untuk bantuan khidmat pakar. Kaji selidik yang dilakukan oleh institut tersebut pada 1999 itu mendapati 61 peratus daripada warga emas di Malaysia masih menetap bersama anakanak, sementara 17 peratus menetap bersama pasangannya. Prof Tengku Aizan menjelaskan, ramai anak-anak berketurunan Cina terutamanya yang menetap di bandar menghantar ibu Prof Madya Dr Tengku Aizan Hamid bapa mereka ke pusat rawatan (nursing home) swasta, manakala ramai warga emas Melayu pula dibiarkan tinggal berseorangan di kawasan luar bandar. “Kami mendapati ada perkaitan di antara tahap kepuasan hidup dan susunan tempat tinggal seperti di rumah anak, bersama pasangan dan tinggal sendirian. Daripada tiga kumpulan warga emas ini, mereka lebih selesa tinggal bersama suami atau isteri berbanding dengan anak-anak. “Wanita tua biasanya tidak mempunyai banyak pilihan kerana risiko untuk wanita adalah lebih tinggi kerana mereka terpaksa bergantung kepada bantuan dan sokongan anak-anak selepas kematian suami. Kebergantungan akan meningkat jika mereka hidup lama, ditambah ketiadaan harta peninggalan suami,” ujarnNEGARA

UNDANG- UNDANG

Amerika Syarikat

Akta Orang Tua Amerika 1989.

Israel

Akta Warga Tua 1989.

Japun

Undang-Undang Kebangsaan Untuk Kebajikan Orang-Orang Tua 1963.

Filipina

1. Magna Carta Untuk Warga Tua/Akta Pengembangan Warga Tua. 2. Akta Sokongan Ibu Bapa 2003.

Thailand

Akta Orang Tua 2003.

Singapura

Akta Nafkah Ibu Bapa 1995.

India

Nafkah dan Kebajikan Ibu Bapa Warga Tua 2006.

22

MMjanuari2010final.indd 22

12/10/09 3:05:37 PM


a Tua.

Susunan Tempat Tinggal 1999 & 2000 1.4%

6.8%

3.5%

1999

30.6% 57.7%

Isi rumah keluarga luas Isi rumah ahli-ahli bersaudara Isi rumah ahli-ahli tidak bersaudara Isi rumah perseorangan Isi rumah keluarga asas

5.6%

49.1%

1.0%

6.8%

37.5%

Taburan warga emas mengikut jenis isi rumah dalam Banci Penduduk & Perumahan yang lepas.

2000

ya tentang hasil kajian itu yang membincangkan risiko yang dihadapi oleh wanita tua di Malaysia. Bagaimanapun, kajian Prof Madya Dr Tengku Aizan pada tahun 2005 pula menunjukkan hampir 78 peratus anak-anak dewasa yang tidak tinggal bersama ada menghulurkan bantuan kewangan kepada ibubapa mereka yang mana 28 hingga 34 peratus warga emas di Malaysia mendapat wang hasil pemberian anak-anak dewasa perempuan RM162.61 dan lelaki RM183.60. Walaupun purata nilai bulannya tidak seberapa tetapi angka-angka ini adalah bukti bahawa kebanyakan anakanak dewasa masih menjalankan tanggungjawab mereka kepada ibubapa yang tua di Malaysia. Menjawab satu pertanyaan, adakah perlu akta khusus diwujudkan bagi melindungi hak dan kebajikan warga emas, Prof Dr Tengku Aizan menegaskan bahawa perkara penting dilakukan adalah memikirkan apakah jenis dan bentuk perundangan yang ingin dilaksanakan kelak. “Kerajaan mungkin tidak perlu memperuntukkan akta khusus bagi melindungi warga emas tetapi perlu membuat satu undang-undang. Contohnya, mewajibkan separuh daripada caruman wang simpanan pekerja (KWSP) dijadikan skim anuiti, diwajibkan setiap individu membuat simpanan di hari tua atau setiap anak yang berkemampuan diwajibkan menyimpan sejumlah wang untuk kebajikan ibu bapa mereka,� katanya lagi.

Ayah dan ibu Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Yang dikurniakan dari Ilahi Ayah dan ibu lah Mesti dihormati Ayah dan ibu Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat Bagilah tunjuk ajar dan nasihat Supaya hidup kita akan selamat Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Januari 2010 23

MMjanuari2010final.indd 23

12/10/09 3:05:38 PM


fokus

n ode

terdampar di HKL tagih simpati anak

ggang M Tan

Si

368 pesakit

Walaupun mempunyai waris tetapi mereka sudah dilupakan sama ada oleh anak-anak, isteri atau suami, adik beradik mahupun saudara mara. Selain itu, ada juga pesakit terdampar ini ditinggalkan anak mereka kerana tidak sanggup menanggung beban perubatan dan enggan menjaga ayah atau ibu mereka yang sakit atau nyanyuk.

J

Oleh DALIA ISMAIL

abatan Kebajikan Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (JKSPHKL) mencatatkan sehingga Oktober 2009 lalu mempunyai seramai 368 pesakit terdampar iaitu 81 peratus lelaki dan 18.2 peratus wanita yang diabaikan waris atau ahli keluarga. Punca mereka ini diklasifikasikan sebagai pesakit terdampar ialah apabila pihak hospital gagal mengesan waris atau anak-anak mereka setelah kes dirujuk kepada pihak hospital. Menurut Ketua Jabatan JKSPHKL, Hasnah Sulaiman, terdapat di kalangan pesakit terdampar ini disebabkan sejarah hidup lampau yang mana mereka telah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak-anak. “Apabila perkara seperti ini berlaku, kebiasaannya waris atau ahli keluarga membenci dan menyimpan dendam terhadap pesakit walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Biasanya pesakit terdampar ini pada masa mudanya pernah mendera anak-anak dari segi fizikal dan emosi atau meninggalkan anak mereka selepas berlaku perceraian,� jelasnya ketika ditemui. Malahan kata beliau lagi, kes pesakit terdampar ini juga boleh berpunca daripada sikap waris atau anak yang berasa malu kepada jiran dan masyarakat sekeliling untuk menerima ahli keluarga yang merupakan bekas penagih, banduan, pemabuk, bekas pelacur dan sebagainya menyebabkan mereka ini dipinggirkan. “Walaupun mempunyai waris tetapi mereka sudah dilupakan sama ada oleh anak-anak, isteri atau suami, adik beradik mahupun saudara mara. Selain itu, ada juga pesakit terdampar ini ditinggalkan anak mereka kerana tidak sanggup menanggung beban perubatan dan menjaga ayah atau ibu mereka yang sakit atau nyanyuk,� ujarnya yang mana terdapat 24

MMjanuari2010final.indd 24

12/10/09 3:05:42 PM


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.