Milenia Muslim Februari 2010

Page 1

FEBRUARI 2010 HARGA RM6.50

Apabila dua malaikat dihukum Hujan rahmat di bumi Makkah 10,000 tunggu sumbangan ihsan organ Lenyapkan kanser dengan ayat al-Quran

Ajaran

sesat Golongan profesional turut terjebak

ISSN 1394-1437

9 771394 143000

THN.8 Bil 90 1431 Safar- Rabiulawal PP14605/08/2010 (025186)


D

Foto JASMAN MD.NOOR

Firman Allah SWT yang bermaksud:

an janganlah engkau ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela ke sana ke mari menyebarkan fitnah.

(Surah al-Qalam: 10-11)


Februari 2010


www.mileniamuslim.com.my

FEBRUARI 2010 Bil 90

6 7 8 9 10 12 13 15 16 19 22 26 30

32 34 60 74 80 88 90

38

40

42

44

48

50

BINGKISAN

Ilmu agama & tauliah mana lebih penting? Merawat kerenah mat rempit Konsep asas fizik perlu diterap sejak kecil Di sebalik isu sebatan syariah Setakat mana wanita boleh memimpin

16

FOKUS

Ubati penyakit akidah Penalti 356 sudah lapuk dan tidak relevan Ada golongan profesional terjebak–Mufti Selangor Pengikut ajaran sesat abai keluarga Bertentangan al-Quran & Sunnah Sesat pemikiran lebih bahaya Buru markas ajaran terpesong hingga ke lubang cacing Dulu saya jahil... Kejahilan mengundang padah

32 34

UMMAH

10,000 pesakit tunggu ihsan sumbangan organ Arak... Diminum jangan, dibeli pun jangan Propaganda google, blogger Dua malaikat dihukum MyNIC & i-CoE bentuk budaya inovasi Maulidur Rasul tebalkan rasa cinta terhadap Rasulullah Didik jasad, akal & roh secara bersepadu

38

NEGARA TETANGGA

Curiga pemerintahan autonomi di Pattani

40

KERANA NILA SETITIK Program TV semai ‘berhala hiburan’?

IQRAQ

Kisah isteri cantik & suami malang

USAHAWAN

Niat kena betul, usah lupa diri

FAKTA BERGAMBAR 7 warisan silam & keajaiban dunia

TEROPONG MEDIA Hujan rahmat di bumi Makkah

48 50


72

74

84

55

52

55

56 58 59

63

64

66 70

72

76

79

82

KEMBARA MINDA

Memperkasa jati diri sebagai pendakwah

1001 TAFSIRAN

Sesak & tiada lagi ruang...

NOTA SISWA

Krisis integriti akademik jejas reputasi universiti Usah mengeluh jika tidak dapat ke IPT Peristiwa duka bakar semangat remaja

86

92

95

96

KUPASAN

Keberkatan doa ibu

ADAB

Kelestarian hidup orang berakhlak

PEGANGAN

Agenda di sebalik penggunaan kalimat ‘Allah’

MACAM-MACAM

Belanja RM110,000 untuk kembali seksi Bangkai, sampah selera suami

AKHIR KALAM

Elak terperangkap dengan ‘mabuk Barat’

MUKA HADAPAN

RENUNG & FIKIR

Antara ancaman terbesar terhadap umat Islam di negara ini ialah keselamatan akidah. Ada pihak yang berkepentingan melakukan pelbagai taktik dan strategi untuk memesongkan akidah umat Islam dengan sasaran orang awam yang jahil dan tidak mendalami fahaman agama Islam yang sebenar. Milenia Muslim keluaran ini merungkai dari pelbagai sudut mengenai ajaran sesat dengan menemuramah mufti dan pihak berkuasa agama selain memaparkan pengakuan pengikut yang sudah bertaubat. Kita berharap paparan ini sedikit sebanyak akan menyedarkan umat Islam termasuk golongan profesional agar tidak mudah terjebak dengan ajaran sesat.

Tidak kesepian jika terasa diri diawasi Allah SWT

IKTIBAR

Peluk Islam & tabur kasih sayang

SAINS & TEKNOLOGI

Pembangunan metakognitif berasaskan e-learning

KESIHATAN

Lenyapkan kanser dengan ayat al-Quran

GLOBAL

Cinta Obama terhadap Afghanistan belum pudar

REVIU FILEM

Mualaf... Sebuah agenda pemikiran liberal

SAJAK

Teknologi Keagungan Ilahi

ASMAUL HUSNA

Ar-Rahman Pemberi Rahmat

Februari 2010


www.mileniamuslim.com.my

MEJA EDITOR

Banteras ajaran sesat hingga ke akar umbi PENYEBARAN ajaran sesat yang menular di kalangan masyarakat Melayu di negara ini adalah ancaman besar kepada Islam dan umatnya. Pemimpin dan pengikut ajaran sesat tanpa segan silu mendakwa ajaran merekalah yang benar. Namun ada juga yang tidak mengaku menyebarkan ajaran yang menyeleweng itu dan bergerak secara sembunyi untuk mengelak daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa. Golongan yang terpengaruh dengan ajaran sesat pula begitu taksub hingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan di dalam masyarakat. Hakikatnya, fahaman atau ajaran yang dibawa mereka jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat Islamiah serta nyata terpesong daripada al-Quran dan sunnah yang dibawa Rasulullah SAW. Sebahagian besar pemimpin ajaran sesat pula terdiri daripada mereka yang jahil mengenai selok-belok Islam selain tidak memahami secara mendalam al-Quran dan sunnah, malah ada yang tidak punya asas agama langsung. Sesetengah mereka bergerak aktif untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Hampir semua perjuangan mereka menjurus ke arah mewujudkan ‘agama atau fahaman baru’ yang diilhamkan ketua mereka. Kita hairan mengapa dan bagaimana pengikut termasuk golongan profesional dan berpendidikan boleh menerima dan terpedaya dengan dakwaan dan tipu daya guru mereka yang diagungkan sebagai mursyid, maksum dan sebagainya. Antara keterangan beberapa ajaran sesat yang mudah untuk dikenal pasti termasuk mendakwa Allah SWT menjelma dalam diri guru, mengamalkan nikah batin, mengaku mengetahui perkara ghaib, mengaku menjadi rasul atau nabi dan pelbagai lagi. Amalan sesatnya juga mudah dikenali seperti berzikir beramai-ramai di dalam bilik gelap, bercampur bebas lelaki dan wanita, sembahyang hanya cukup dengan niat saja, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan sebagainya. Sehubungan itu, sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membanteras penularan ajaran sesat ini. Tidak ada jalan lain kecuali kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan dakwaan sesetengah pemimpin ajaran yang menyeleweng ini. Justeru, tindakan ke atas kumpulan berkenaan dengan menggunakan apa saja peruntukan perundangan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Kanun Keseksaan, sememangnya wajar. Tindakan itu bertujuan melindungi keselesaan hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak atau kumpulan mengganggu-gugat atau menjejaskan keharmonian rakyat, apatah lagi membabitkan sentimen agama yang dianggap sensitif.

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)

Penerbit

(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

Ketua Editor Kumpulan Editor

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Haji Zainuddin Ayip zainudin.ayip@mmpcommunications.com

Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Faizal Riduan Penulis faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com Shahfizal Musa Shahfizal@mmpcommunications.com Kolumnis Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba

Editor Agama

Penyumbang

Pengarah Grafik Pereka Grafik Pereka Grafik Korporat Jurufoto Kanan Jurufoto

Perunding Jualan & Pemasaran Eksekutif Kanan Langganan Eksekutif Kanan Jualan Eksekutif Acara & Promosi Eksekutif Seliaan Pelanggan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Pencetak

Mohd Sukki Othman, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Muhammad Uthman El-Muhammady Azlan Salim azlan.salim@mmpcommunications.com Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Mohd Firdaus Abdul Halim firdaus@mmpcommunications.com

Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor, Arman Yusuf Shikin Christine Louis Shikinchristine.louis@mmpcommunications.com Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Azam Akbar Ramamam azam@mmpcommunications.com Shahrul Azrin Shaharuddin azreen@mmpcommunications.com

Adibah Ahmad adibah@mmpcommunications.com Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com

Widya Natasya Md Salleh Ilyah Nazrah Jamalludin

Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof Zulkeflee Abdullah

Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Anggota:

Zainuddin Ayip

Persatuan Penerbit Majalah


Februari 2010


www.mileniamuslim.com.my

BINGKISAN

Ilmu agama & tauliah mana lebih penting? ajarkah seseorang pendakwah yang sudah mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama dipersoalkan kredibiliti dan ilmunya? Yang manakah lebih tinggi nilainya? Tauliah yang diberi oleh jabatan agama negeri ataupun ijazah yang dianugerahkan pihak universiti sebagai mengiktiraf ilmu yang telah dipelajari selama empat tahun atau lebih? Jika dilihat dari sudut rasional, tauliah ini adalah sebagai pengiktirafan ke atas keupayaan seseorang pendakwah itu menyampaikan ilmunya. Tidak semua orang mempunyai ilmu agama dan sudah tentu tidak semua orang layak menyampaikan ilmu agama. Jika tidak mempunyai ilmu agama yang dalam, mana mungkin seseorang ilmuwan Islam itu menjadi pendakwah dan menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat setempat. Bagaimanapun, agak melucukan jika seseorang pendakwah yang sudah mempunyai ijazah dalam bidang agama juga disyaratkan mendapat tauliah. Untuk apa? Tidak cukupkah ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan sesetengahnya sudah memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang tersebut untuk membuktikan kemampuannya di dalam menyampaikan dakwah? Tauliah ini mungkin relevan jika disyaratkan kepada golongan pendakwah yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Ramai di kalangan pendakwah hari ini yang sebenarnya

W

belajar sehingga tahun dua atau tiga sahaja di beberapa buah universiti di Asia Barat dan sehingga hari ini masih gagal menghabiskan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan sebahagian dari mereka cukup popular sebagai pendakwah bebas di kaca televisyen. Mereka ini sering dipanggil oleh stesenstesen televisyen semata-mata kerana kemampuan mereka bercakap walaupun sebenarnya tidak mempunyai ijazah. Saya tidak pasti adakah mereka mempunyai tauliah untuk menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti yang kita lihat hari ini. Ada juga di kalangan pendakwah yang hanya memiliki sijil STPM dan diploma dalam bidang agama, kemudian bekerja sebagai pegawai agama di sektor-sektor awam. Mereka ini juga menjadi pendakwah sama ada di masjid-masjid ataupun di kaca-kaca televisyen. Tidaklah dapat dipastikan adakah kesemua mereka sudah mendapat tauliah untuk berceramah di sana-sini. Apa yang jelas, pentauliahan bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu pokok. Perkara paling asas ialah kemampuan seseorang pendakwah itu menyampaikan kebenaran di dalam beragama dan ke-sanggupan pendakwah itu menyebarkan ilmu agama mengikut amalan Ahli Sunnah wal Jamaah kepada seluruh masyarakat.

Dengan adanya mereka yang bergelar pendakwah ini, masyarakat kita akan sentiasa diingatkan dan beringat dalam mengharungi kehidupan seharian sebagai khalifah Allah SWT. Tidak semua yang mempunyai ilmu agama itu sanggup berdakwah. Akan tetapi sebahagian kecil yang ada keberanian dan kesanggupan ini tidak haruslah dipertikaikan selagi mana mereka tidak menyeleweng dari akidah Islam. Saya kira sudah sampai masanya jabatan-jabatan agama di setiap negeri mengkaji semula keperluan tauliah ini kepada setiap pendakwah. Mungkin syarat pentauliahan perlu diubah dan kelonggaran diberikan kepada mereka yang memiliki ijazah sekurang-kurangnya Sarjana Muda. Apa yang disarankan oleh Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM) agar pihak berwajib mengambil perhatian mengenai lapan resolusi yang telah dicapai oleh Persatuan Ulama-ulama Nusantara dalam pertemuan mereka baru-baru ini mengenai kelonggaran mendapatkan tauliah bagi pendakwah yang sudah mempunyai kelulusan tinggi adalah sesuatu yang amat wajar. SOFIA HAYATI YUSOFF Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.


Merawat kerenah mat rempit ugas seorang doktor membuatkan saya berfikir mengenai hakikat manusia. Jika belajar bidang perubatan adalah sesuatu yang sukar untuk menjadi pengamal perubatan yang ikhlas dan sabar. Ia perlu dibayar dengan harga sebuah mujahadah. Pengalaman selama empat bulan bertugas di Wad Ortopedik menghadapi pelumba haram hinggalah merawat kanak-kanak yang hancur beberapa jarinya beberapa hari sebelum Aidilfitri, memang yang sukar dilupakan. Benar, tanpa kesabaran (atau memaksa diri untuk sabar sebagaimana yang selalu saya amalkan), tugas ini seumpama satu tempoh membuang masa sia-sia, merawat orang yang tidak pernah mengerti menilai nikmat anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka. Bak kata kawan-kawan saya: “Kita yang lebih sayang mereka lebih daripada diri mereka sendiri.” Itu dari satu sudut. Di Jabatan Ortopedik ini jugalah saya belajar menerima

T

dan merawat pesakit walau bagaimana sekalipun latar belakang mereka. Ya, mereka golongan yang tidak tahu erti nilai nyawa. Mereka juga mungkin seorang yang ingin berseronok tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada diri dan keluarga. Tetapi mereka tetap satu amanah yang dihantar oleh Allah swt. Semua ini mengingatkan saya pesan Syeikh Yusuf Al Hasani, ulama yang saya belajar dahulu semasa menuntut jurusan perubatan di Universiti Ain Syams, Kaherah. Suatu hari ketika mengadakan pertemuan bersama kami. Syeikh Yusuf berpesan: “Sebagaimana seorang ulama itu me-nunjukkan jalan untuk beribadah kepada Allah SWT melalui curahan ilmunya, begitulah kemuliaan tugas seorang pengamal perubatan yang juga menunjukkan jalan kepada ubudiah dengan merawat seorang pesakit sehingga mampu kembali beribadah. Masing-masing mempunyai peranan menyebarkan rahmat Allah SWT kepada

sekalian hamba-Nya mengikut kemampuan dan kebolehan yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka. Yang pasti, praktiknya tidak semudah teorinya. Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, ramai yang tahu tetapi sedikit yang mahu apatah lagi mampu untuk mengamalkan. Di sinilah ruang mujahadah. Tanpa mujahadah dan kesungguhan, pasti kita akan memilih untuk meminggirkan dan memandang hina kepada mereka, tanpa memberi ruang kepada mereka untuk berubah, sedangkan kitalah wasilah perantara kasih sayang Allah Taala kepada hambanya. Jadilah seperti Rasulullah SAW seperti yang digambarkan Allah SWT sebagai ‘Azizun ‘alihi ma ‘anidtum’, seorang yang turut merasakan kepahitan umatnya yang ditimpa kesusahan dan ‘Rahmatan lil ‘alamin’, perutusan Baginda SAW menjadi rahmat kepada sekalian alam. DR SALMAN AMIRUDDIN Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Konsep asas fizik perlu diterap sejak kecil agaimana burung terbang? Di manakah pusat graviti? Bagaimana kapal terapung di laut? Pernahkah kita terfikir semua ini? Bagi orang dewasa, mungkin ya, tetapi bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, mungkin sukar untuk kedengaran soalan seperti itu dari mulut mereka. Secara praktiknya, tidak ramai ibu bapa yang kisah sekiranya anak-anak mereka tidak maklum dengan perkaraperkara asas dalam fizik, tetapi sekiranya mereka tidak menghafal A, B, C dan 1, 2, 3 semasa pra-sekolah atau di Tahun 1, maka dikata anaknya tidak pandai. Mata pelajaran fizik hanya diajar pada pelajar yang mengambil aliran sains semasa tingkatan 4 dan 5. Semasa sekolah rendah, fizik, kimia dan biologi dirangkum dan lebih dikenali sebagai Alam dan Manusia. Ketika peringkat menengah rendah dan atas ia lebih dikenali sebagai sains.

B

Setelah mengajar fizik selama tiga tahun di universiti, saya dapati amat sukar untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar-pelajar. Kebanyakan daripada mereka mengatakan subjek ini amat sukar dan ia diambil hanya untuk melepasi syarat dan melayakkan mereka untuk bergraduasi. Lebih memeranjatkan, ada juga di antara mereka yang tidak tahu apa sebenarnya yang diajar dalam fizik dan hanya setakat menghafal formula, prinsip dan teori-teori dalam fizik untuk menjawab soalan. Maka, tidak hairanlah sekiranya peratus gagal dalam mata pelajaran ini tinggi pada setiap semester. Keadaan diburukkan lagi dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah menjadikan pelajar sukar untuk cemerlang dalam subjek fizik memandangkan pengajaran dan semua nota adalah di dalam bahasa Inggeris. Pada pendapat saya, pemahaman dalam konsep asas fizik perlu diterapkan

Februari 2010

sejak dari kecil lagi. Ibu bapa juga boleh menanamkan minat anak-anak mereka terhadap fizik dengan mendedahkan mereka tentang hukum dan asas dalam fizik. Contohnya terangkan pada mereka kenapa buah dari pokok jatuh ke tanah, disebabkan oleh graviti. Bagaimana air dalam cerek elektrik mendidih, ia kerana perubahan tenaga dari elektrik kepada tenaga haba. Umum juga maklum pemahaman yang kukuh dalam fizik perlu untuk pelajar masuk dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanik, awam dan sebagainya. Pokoknya, semua pihak perlu sedar peranan masing-masing. Ibu bapa, guru, media cetak mahupun elektronik patut peka dengan keadaan sekeliling. Pastikan anak-anak bangsa kita kaya dengan segala jenis pengetahuan selagi ia selari dengan prinsip-prinsip dalam Islam. PENSYARAH FIZIK UiTM, Negeri Sembilan.


www.mileniamuslim.com.my

BINGKISAN

Di sebalik isu sebatan syariah ahniah diucapkan kepada 14 NGO Islam Pahang kerana berusaha menganjur Seminar Mengenai Undang-undang Syariah di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini yang turut memperlihatkan demonstrasi sebatan syariah. Ini menunjukkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Pahang tidak keseorangan. Kelihatan pihak bangkit menganjurkan pelbagai program untuk menyedarkan masyarakat tentang isu Kartika dari peringkat institusi pengajian seperti penubuhan ‘Sahabat Kartika’ oleh mahasiswi Universiti Malaya dan wacana di UIA Kuantan, Pahang, sekumpulan NGO dan sebagainya. Segala bentuk penerangan, seminar, wacana, hebahan, pameran dan kempen perlu dilaksanakan secara teratur dan menarik perhatian ramai. Bahkan alangkah baik jika terdapat pihak kerajaan sama ada pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri atau juga kerajaan pusat mengambil inisiatif dan mengatur langkah penerangan tentang hukuman yang berlandaskan keadilan, umpamanya melancarkan ‘Bulan Undang-undang Syariah’. Barangkali bidang tugas akan menjadi satu permasalahan teknikal namun sekurang-kurangnya ada usaha untuk ke arah pemantapan syariah di Malaysia. Jika ia berjalan lancar, ungkapan-ungkapan sinis, kenyataan-kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam dan tulisan-tulisan yang mencerminkan sikap subversif yang barangkali akan melemahkan undang-undang berasaskan keagamaan akan berjaya dikurangkan kalaupun tidak berupaya memahamkan semua pihak. Jika ditanyakan kepada umat Islam, apakah sebatan berasaskan Islam? Sudah pasti kebanyakannya terpingapinga, apatah lagi golongan bukan Islam. Bahkan kemungkinan mereka akan terbayangkan kaedah hukuman Taliban ketika dulu yang diuar-uarkan media. Di samping itu juga, kita bersyukur jika kelihatan bibit-bibit perubahan sikap mereka yang tidak takut lagi terhadap hukum Islam. Di dalam aspek pendidikan, barangkali sangat penting agar kefahaman

T

dan penjelasan tentang hukum jenayah Islam diajar dalam subjek keagamaan. Ini kelihatan sukar kerana waktu yang diperuntukkan agak terhad, apatah lagi sistem exam oriented ditekankan di samping faktor-faktor lain yang tidak pula dilupakan. Kita memahami masalah ini kerana ia melibatkan permasalahan yang sering berkaitan dan memerlukan perhatian sangat mendasar untuk mencari jalan keluar. Di sekolah aliran agama, penulis pernah mendapati subjek tentang jenayah Islam diajar. Ini dilihat baik di samping memerlukan penambahbaikan seperti sekolah-sekolah aliran yang lain. Fokus di sini bukanlah pendidikan, sebaliknya ingin menarik perhatian pelbagai pihak sama ada para pemimpin melalui parti politik mereka, para cendekiawan melalui NGO, universiti, sekolah dan seumpamanya untuk melihat kecenderungan masyarakat tentang permasalahan khusus ini. Barangkali mereka menghadapi sikap seperti yang pernah dibangkitkan oleh cendekiawan Muslim iaitu Muhammad

Qutb yakni mereka tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama saja seperti hukuman sivil. Adakah sama sebatan yang menghancurkan kulit dengan sebatan syariah yang menganjurkan tidak disebat pada kulit atau bahagian anggota badan yang sama? Banyak lagi perbezaan yang memperlihatkan keadilan dan keistimewaan syariah. Diakui undang-undang syariah yang dikuatkuasakan kini tidak sepenuhnya Islamik tetapi apakah perlu kita berputus asa bagi memastikan ia dipraktikkan sepenuhnya. Apatah lagi kini, terdapat suara ganjil yang ingin mempertikaikan hukuman sebat, undang-undang berasaskan moral dan seumpamanya. MOHD HASRUL SHUHARI Persatuan Usrah Kebajikan Profesional (UKP).


Setakat mana wanita boleh memimpin ejayaan tamadun awal dalam mencapai tamadun tinggi telah melahirkan para cendekiawan dan ahli falsafah yang terkemuka. Namun, arus kemajuan ini tidak melibatkan kaum wanita. Secara tradisi, peranan wanita hanyalah dalam rumah tangga sahaja. Malah mereka dianggap tidak mempunyai hak untuk bersuara, statusnya dalam kasta kedua dan mereka hanya sebagai pengikut lelaki sahaja. Tanggapan ini telah tertanam teguh dalam jiwa masyarakat sehinggalah kedatangan Islam. Sesudah kedatangan Nabi Muhammad SAW, Islam telah mengangkat darjat kaum wanita. Mereka mendapat hak yang sewajarnya sesuai dengan risalah

K

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Setiap tulisan yang tersiar dalam BINGKISAN akan menerima sebuah buku Asas Takaful tajaan IBFIM. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap MILENIA MUSLIM.

penciptaan wanita. Islam memperakui wanita berhak mendapat penghargaan sebagai seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Mereka juga manusia mukalaf dan berhak beribadat, beragama serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perilakunya di dunia dan akhirat. Wanita juga berhak memiliki harta, mentadbir serta menguruskannya. Kisah kepimpinan wanita yang diceritakan dalam al-Quran sedikit sebanyak menarik minat saya untuk dikongsi bersama pembaca sekalian. Kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada ke-

baikan dunia akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepadamu (Ratu Balqis) …” berkatalah Balqis “Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhadap diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman.” ( An-Naml 33 dan 44). Dalam konteks mahasiswa, sememangnya di universiti telah mampu melahirkan beberapa pemimpin wanita yang akhirnya mampu untuk berkhidmat di peringkat nasional. Dengan amanah yang dipegang sepanjang memegang tampuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sememangnya masih banyak perkara yang belum saya pelajari dan belum terlaksana sepenuhnya. Hakikatnya menjadi pemimpin mahasiswi realitinya memerlukan kesabaran dan kesediaan dari segi mental dan spiritual yang tinggi. Pelbagai ujian yang dihadapi sebenarnya mampu untuk menjadi tauladan dan bekalan untuk kita sendiri menghadapi masa depan yang sememangnya lebih lagi mencabar. Sehingga saat ini saya masih lagi belajar dan terus belajar untuk memimpin. Leaders are learners. Pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Malah, satu ungkapan lain yang sering kali menjadi semangat untuk meneruskan amanah yang berbaki ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin. When you stop learning, you are stop leading. Hakikat ini menunjukkan bahawa, kita mesti terus belajar untuk terus memimpin, setidak-tidaknya memimpin diri sendiri. NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hantarkan pandangan dan cadangan anda kepada: e-mel: editor@mileniamuslim.com.my atau Ruangan Bingkisan Milenia Muslim. No. 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5421/26 Faks: +603-2273 5425 Kami berhak menyunting surat pembaca supaya jelas dan bersesuaian dengan ruang. Hanya surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan setelah disunting oleh editor.

Februari 2010


10 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS

s tera Ban n Sesat a Ajar

Ubati penyakit

akidah

Jakim tidak ada belas kasihan pada orang yang menipu dan menzalimi masyarakat atas nama agama. Kita akan ambil tindakan dan mereka tidak akan terlepas dari pandangan Jakim. Jika bertaubat, mereka akan diberi panduan dan bimbingan untuk memulakan kehidupan baru. Mereka akan menjadi sahabat Jakim. MUMNYA apabila sesuatu ajaran dan fahaman didapati secara jelas bercanggah dengan al-Quran dan sunnah serta bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah, ia boleh dianggap sebagai ajaran sesat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diberi tanggungjawab mengenal pasti ajaran sesat dan menyeleweng selain memulihkan akidah pemimpin dan pengikutnya. Walaupun bukan tugas Jakim untuk melabelkan orang atau kumpulan tertentu sebagai sesat, tanggungjawab utama agensi kerajaan ini adalah untuk memelihara kesahihan akidah dan penghayatan syariat secara tepat di negara ini. Ikuti temubual eksklusif wartawan DALIA ISMAIL dan SHAHFIZAL MUSA dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz di pejabat beliau di Putrajaya, baru- baru ini.

U

Jakim mempunyai jabatan yang memantau ajaran ini. Apakah yang diperolehi daripada hasil pemantauan ini terhadap pengamal ajaran sesat ini? Untuk memantau ajaran sesat, Jakim sentiasa melaksanakan kajian dan pemantauan dari semasa ke semasa dengan bantuan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri. Kami mendapat kerjasama yang amat baik daripada agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan. Mengikut kajian yang telah dibuat oleh pihak Jakim, golongan yang terlibat dengan ajaran sesat terdiri dari pelbagai latar belakang dan ia tidak tertumpu kepada sesuatu golongan sahaja. Kebiasaannya golongan yang mudah terjerumus ke dalam ajaran sesat adalah mereka yang jahil dalam soal agama, terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan, mereka yang ingin mencari ketenangan dengan jalan pintas, mereka yang berusaha untuk mengubati penyakit, salah faham terhadap akidah, ataupun mereka sendiri adalah golongan yang

mudah dipengaruhi dan mudah dijadikan mangsa oleh pihak-pihak yang ingin mencari pengaruh dan kekayaan peribadi. Pada pendapat Datuk, apakah ada cara terbaik yang boleh membendung diri seseorang daripada terjerumus dengan ajaran sesat ini? Bagi saya cara yang terbaik ialah memulakannya dengan ilmu, disusuli dengan tarbiyah berasaskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita perlu banyak menghadiri majlis ilmu, meninggalkan keraguan, selalu bergaul dan bertanya kepada ulama serta merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti agensi mufti dan para ilmuan di pusat-pusat pengajian. Selain itu, kita perlu bijak menilai akhlak dan gaya hidup si penyampai atau pengajar. Sebenarnya tidak terlalu sukar mengenal penyebar ajaran sesat kerana lazimnya mereka ghairah dan gagal mengawal nafsu, sama ada ingin menonjol, memiliki kuasa, sukakan ke-

Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz

masyhuran, gemar gaya hidup mewah, pantang melihat wanita manis atau lelaki tampan. Mereka juga ada tabiat suka berjanji dan meramal yang kononnya tidak diketahui oleh orang awam. Anggapan ini terbentuk hasil kajian mendalam, penyelidikan yang sistematik serta disokong oleh bukti yang nyata dan yang tersirat. Bagi pengasas dan penyebar ajaran sesat, mereka kebiasaannya akan menggunakan agama sebagai umpan dan jalan pintas bagi menarik minat serta ketaatan pengikutpengikut mereka. Ada pihak berpandangan kurangnya aktiviti agama yang diatur di masjid khusus untuk golongan yang ingin mendekatkan diri mereka ke jalan Allah menjadikan mereka mudah terjebak dalam ajaran sesat? Jakim telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta setahun untuk


diagihkan ke negeri-negeri bagi melaksanakan program takmir di masjid dan surau di seluruh Malaysia. Banyak lagi bantuan lain diberikan untuk memperkasakan institusi masjid, termasuk dari aspek latihan. Agensi agama negeri telah berjaya melaksanakannya, mungkin pendekatan dan strategi perlu dinilai dari masa ke semasa untuk kemantapannya. Jakim, Jabatan/Majlis Agama negeri dan masyarakat Islam perlu saling membantu dan bekerjasama bagi menangani penularan ajaran sesat dalam sebahagian kelompok masyarakat Islam negara ini.

sudah bertaubat tetapi pengikut pula masih tegar kerana mereka sudah lama menikmati keselesaan enggan dipulihkan akidahnya kerana bagi pengikut yang taat membabi buta mereka tidak dapat keluar dari keselesaannya. Jika mereka degil, Jakim akan kejar mereka hingga dua tiga generasi dengan cara dan pendekatan tertentu. Sebab itu Jakim tidak disenangi oleh kelompokkelompok tegar ini yang merasakan mereka terancam. Apakah sudah terdapat perancangan tertentu di pihak Jakim bagi menangani masalah ajaran sesat di negara ini? Kami ada perancangan lima tahun yang sentiasa disambung selagi ada keperluan. Tugas ini berterusan. Perancangan ini sebenarnya satu wadah yang

Jakim, Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan agensi-agensi kerajaan lain, sering bekerjasama dalam melakukan penguatkuasaan dan pemantau berterusan, namun isu ajaran sesat terus berlarutan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Jakim tidak berasa Adalah sesuatu yang perlu difahami bahawa untuk mengambil gerun atau takut sesuatu tindakan penguatkuasaan walaupun ajaran sesat terhadap mana-mana ajaran sesat ia telah mempengaruhi perlulah melalui beberapa proses persediaan yang rapi dan teratur terlebih tokoh politik, golongan dahulu. Antaranya, menerusi proses profesional, kerabat penyamaran, pengumpulan bukti dan diraja atau hartawan. kajian ilmiah terhadap status kumpulan ajaran yang meragukan tersebut dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kadang kala ia mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan. kita gunakan bagi memastikan langkah kita benar strategik dan bermatlamat Bagaimana dengan kes pengasas dan untuk jangka pendek dan panjang. Apa pengikut ajaran sesat yang masih juga tindakan berpandu kepada perantegar. Adakah tiada cara untuk meny- cangan ini. Tindakan yang berstruktur edarkan mereka terus hanyut dengan begini akan menampakkan kesannya. kepercayaan dan amalan mereka? Sebagaimana Jakim ingin tumbangJakim tidak ada belas kasihan pada kan al-Arqam kita sudah pun buat orang yang menipu dan menzalimi perancangan strategi untuk lumpuhkan masyarakat atas nama agama. Kita ajaran ini dalam tempoh tiga tahun. tidak akan biar dan pasti akan diambil Alhamdulillah, dengan izin Allah tindakan. Mereka tidak akan terlepas SWT ajaran al-Arqam ini berjaya di dari pandangan Jakim. Jika mereka lumpuhkan dengan gandingan bersebertaubat mereka akan menjadi sahabat padu dengan agensi-agensi dalam negeri Jakim. Kita bagi panduan, adakan pela- dan luar negara. bagai program, jika mereka berpotensi Dalam menangani ajaran sesat kita tikita beri mereka ruang untuk mulakan dak perlu publisiti yang besar kerana kita kehidupan baru dan memajukan diri. mahukan kesannya kerana matlamatnya Jakim menjalankan pendekatan untuk memulih dan menyelamatkan dakwah. Kita mahu menyelamat dan umat Islam daripada terus tersesat. memulihkan saja dan hanya menghu- Orang yang terjebak dengan sesuatu kum orang yang degil (tegar) sama ada ajaran kadang kala tanpa disedari kerana pengasas atau pengikutnya mengikut mereka sedang dalam pencarian menundang-undang sedia ada. cari agama, kenapa kita perlu hukum Kadang kala berlaku pengasasnya mereka? Orang begini kita nak sela11 Februari 2010

matkan. Yang kita nak hukum adalah ketua yang degil. Pengikutnya mungkin 1,000, 2,000 bergantung kepada usia sesuatu pertubuhan, kadang kala sudah dua generasi. Apakah kesan ajaran sesat jika gagal dibanteras yang mungkin berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini? Jika kita biarkan berleluasa, nanti ia akan menyeleweng kepada agama baru. Malaysia mungkin jadi seperti negara di benua Indo-Pakistan yang melahirkan banyak agama baru. Apa yang paling dibimbangi ialah kita mewujudkan generasi sesat baru seperti lahirnya golongan serpihan agama dalam sejarah manusia beragama contohnya seperti adanya pengikut Qadiani, Bahai dan Sikh yang asalnya ada teras dengan Islam yang dilahir di Pakistan. Zaman ini sudah pun ada pihak yang menggunakan istilah baru seperti `aliran pemikiran’ moden kepada agama. Manakala budaya selalunya diperalatkan sahaja untuk dikaitkan dengan agama baru sedemikian. Sejauh mana Datuk melihat isu ajaran sesat di negara ini, adakah ia masih terkawal? Dalam menangani ajaran sesat, Malaysia paling keras. Di negara lain mereka telah mengalami satu kesilapan sejarah kononnya ingin tunjuk sebuah negara yang liberal dan toleran akibatnya kini tidak terkawal bahkan sebilangan negara itu sudah dikenali sebagai pengeksport ajaran sesat. Semua ajaran sama ada ia berpengaruh atau kurang berpengaruh. Sama ada diikuti golongan atas, pertengahan atau bawahan, sama ada telah dapat mempengaruhi kerabat diraja, ahli politik itu bukan ukurannya. Dalam memelihara kemurniaan dan kesucian akidah kita mesti bertindak secara profesional bersandarkan bukti dan bertunjangkan kepada akidah paling utama. Hal-hal lain, Jakim tidak berasa gerun atau takut walaupun ajaran sesat telah mempengaruhi tokoh politik, golongan profesional, kerabat diraja atau hartawan. Ini kerana ajaran sesat sememangnya akan mempengaruhi golongan itu sebagai sasaran awal untuk mereka mengembangkan ajaran sesat dan mengumpul dana mengerakkan aktiviti mereka.


12 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS

Penalti 356 sudah lapuk dan tidak relevan etua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz menyifatkan Akta 559 yang digubal pada 1997 yang digunakan sebagai penalti kepada kesalahan syariah di Malaysia atau lebih popular dikenali sebagai ‘penalti 356’ sudah lapuk dan akta ini perlukan pindaan. “Walaupun saya akui enakmen negeri masih terbelenggu dengan penalti 356, bukan bermakna kita tiada kuasa untuk ambil tindakan. Kita kena guna segala ruang yang ada dalam pengurusan hal ehwal Islam ini. “Kita tidak boleh menyekat diri dengan enakmen-enakmen negeri berkaitan hal ehwal Islam sahaja kerana pentadbiran hal ehwal Islam ini berada dalam sistem kerajaan jadi maknanya segala ruang yang ada perlu dimanfaatkan,” ujarnya. Akta 559 ini yang memperuntukkan kesalahan paling maksimum iaitu mengenakan tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan terhadap kesalahan jenayah syariah di negara ini dianggap denda yang terlalu kecil berbanding kesalahan di bawah jenayah sivil. Bagaimanapun, beliau menjelaskan dalam menangani permasalahan ajaran sesat di negara ini walaupun penalti 356 ini masih terpakai ke atas pesalah syariah tetapi Jakim bukan hanya bergantung kepada undang-undang di bawah pentadbiran Main semata-mata malah mempunyai jaringan perundangan dengan agensi-agensi kerajaan lain. Antaranya seperti Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, Komunikasi Kesenian dan Kebudayaan dan agensi lain berkaitan dalam usaha membanteras kegiatan ajaran sesat di negara ini sama ada membabitkan dalam atau luar negara. “Jadi kalau kita bicara mengenai tindakan undang-undang, saya nak simpulkan jangan ingat semua agensi agama ini bergantung kepada enakmen-enakmen di negeri semata-mata. Kekangan 356 itu bukan menjadi masalah kepada kita untuk bertindak. Itu cara Jakim melihat situasi di bawah Akta 559 ini.

K

“Saya ambil contoh tindakan yang diambil di bawah akta perihal dagangan yang berkaitan isu halal. Mungkin syarikat itu boleh dikenakan tindakan sehingga RM250,000. “Ini kerana jaringan atau penguatkuasaan bersama antara agensi seperti Jakim dan bahagian penguat kuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mereka memberi kuasa kepada pegawai Jakim dan Jais sebagai `assistant controller’. Jadi mereka yang melakukan jenayah syariah tidak dihadapkan ke mahkamah syariah tetapi dihadapkan di makamah sivil. Walaupun saya akui enakmen-enakmen negeri masih terbelenggu dengan formula 356 itu,” jelasnya.

Objektif Jakim dalam menangani ajaran sesat adalah bukan untuk menghukum tetapi membawa mereka kembali ke pangkal jalan. “Tetapi itu bukan bermakna kita tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan disebabkan pendekatan yang saya sebut tadi. Kita perlu guna segala ruang yang ada. Dalam pengurusan hal ehwal Islam ini kita tidak boleh mengikat diri kita dengan enakmen yang berkaitan dengan hal ehwal Islam sahaja. “Kita perlu melihat secara menyeluruh sebab pengurusan hal ehwal Islam ini dalam sistem kerajaan. Jadi kita manfaatkan segala ruang yang ada. Kadang kadang kita tidak ada satu kuasa pun untuk mengharamkan sebuah buku tetapi buku itu diharamkan juga. “Jika seseorang itu berselindung di bawah syarikatnya, tetapi adakah syarikat ini menjalankan aktiviti perbomohan atau ajaran salah, kita boleh cari ruang

mengambil tindakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan. “Jadi agensi seperti Jakim yang menjalankan kajian dan kita buat perakuan kepada pihak kementerian berkenaan dengan bidang kuasa yang sedia ada di pihak mereka. Tetapi langkah sebenarnya dimulakan agensi seperti Jakim,” ujarnya. Ditanya mengenai kemungkinan Jakim pernah membawa Akta 559 ini kepada pihak yang lebih berautoriti untuk membuat pindaan kepada perundangan, Wan Mohamad menjelaskan, ada usaha di pihak Jakim untuk membuat pembaharuan kepada bidang kuasa Mahkahmah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Tetapi masalah ini melibatkan Akta Parlimen dan segala pindaan perlu dilakukan pada peringkat Parlimen. Beliau juga menegaskan, walaupun bidang kuasa Mahkahmah Syariah dikekang, ini tidak bermakna pihak Jakim tidak dapat menangani ajaran sesat. Jakim telah menggunakan jaringan dan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan yang lain. Ini memberi impak yang lebih berkesan dalam melumpuhkan ajaran sesat. Wan Mohamad menekankan bahawa objektif Jakim dalam menangani ajaran sesat adalah bukan untuk menghukum tetapi membawa mereka kembali ke pangkal jalan. “Orang yang terjebak dengan ajaran sesat ini kadang kadang tanpa dia sedar, sebab dia dalam pencarian mencari agama, kenapa kita nak hukum dia. Orang seperti ini kita nak selamatkan dan kalau dia telah pergi jauh kita nak pulihkan dia. Yang kita nak hukum ketua yang degil,” kata Wan Mohamad lagi. Sebagai sebuah jabatan agama, Jakim telah bertindak proaktif dalam menangani kepincangan undang-undang syariah. Jakim telah memafaatkan konsep kerjasama dengan berkesan sehingga ajaran ajaran sesat dapat ditumpaskan. Walaupun bidang kuasa syariah sudah lapuk ini tidak sesaat pun menjadi alasan kepada Jakim dalam mempertahankan kemurnian agama Islam.


Ada golongan profesional terjebak – Mufti Selangor

B Aja antera ran s Ses at

“Kita perlu belajar agama daripada guru mursyid atau muktabar dan berkelayakan. Perkara ini amat penting kerana guru ajaran sesat biasanya bijak berselindung melalui perwatakan yang meyakinkan, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai kelebihan tertentu dan bijak berkata-kata,” ujar Mohd Tamyes. Oleh HARIS Oleh SALAWATI DALIA ISMAIL Foto Foto ARMAN ASRAF YUSOF DAHARI

U

MAT Islam dinasihatkan mempelajari dan mendalami agama menerusi guru mursyid bagi mengelakkan terjebak dalam pengamalan ajaran sesat. Hal Ini kerana kesukaran mengenal pasti identiti ‘guru ajaran sesat’ kerana terdapat segelintir daripada masyarakat kita turut mendakwa apa yang guru ajaran sesat itu ajar kepada pengikutnya merupakan sebahagian ajaran Islam yang sebenar. Mufti Selangor, Datuk Seri Utama Diraja, Mohd Tamyes Abdul Wahid, 60, ketika ditemui Milenia Muslim, baru-baru ini menjelaskan, guru ajaran sesat berselindung di sebalik agama dengan menyebarkan dakyah yang apabila diselidiki ternyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah serta mempunyai motif yang tersirat. “Guru mursyid adalah guru yang diperakui tentang kemampuan ilmu agamanya untuk menyampaikan dakwah sama ada di rumah, masjid, surau atau di mana-mana sahaja, kerana mereka boleh menyampaikan ilmu secara terus terang dan tidak sembunyi. Ilmunya adalah yang benar dan tidak bercanggah dengan syarak. Ini kerana ilmu Allah itu sifatnya tiada rahsia dan ia harus disampaikan di tempat terbuka seperti di masjid dan surau pada bila-bila masa. “Tapi berbeza dengan guru ajaran sesat. Dia menyampaikan pengajaran tidak mengikut kelaziman. Biasanya terdapat anak murid dan kumpulan eksklusif belajar tengah malam, tidak perlu orang lain tahu dan ilmu yang disampaikan guru ajaran sesat ini untuk anak muridnya saja. Sedangkan ilmu Allah boleh disampaikan oleh sesiapa saja tidak terhad pada orang tertentu. Asalkan guru

dan pengikutnya mengaku beragama Islam,” ujarnya. Mohd Tamyes menegaskan, masyarakat masih boleh membendung sekurangkurangnya untuk diri sendiri dan ahli keluarga mereka daripada terjebak dengan ajaran sesat sekiranya masyarakat lebih sensitif dan berhati-hati dalam permasalahan ajaran sesat ini. “Kadangkala kerana terlalu ghairah untuk mendalami agama, kita kurang menyelidiki latar belakang dan kelayakan guru yang mengajar. Ditambah sikap untuk mengambil jalan mudah mengamalkan agama Islam. Golongan ini yang mudah terjebak dengan ajaran sesat. “Wajarlah kita belajar daripada guru mursyid atau muktabar dan berkelayakan. Perkara ini amat penting kerana guru ajaran sesat biasanya bijak berselindung melalui perwatakan yang meyakinkan, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai kelebihan dan bijak berkatakata,” ujarnya. Mohd Tamyes tidak menolak pandangan kebanyakan yang terjebak dalam ajaran sesat ini di kalangan profesional Muslim. Ajaran sesat ini bukan sahaja telah mempengaruhi golongan cetek ilmu agama, malah di kalangan golongan yang berpendidikan agama juga boleh turut terpengaruh. Ajaran sesat katanya lagi, bukan sahaja boleh memesongkan akidah golongan yang terpengaruh tetapi sebenarnya memberi ruang kepada golongan yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan mencari peluang menghancurkan Islam. Mengapa golongan ini mudah terjebak? Menjawab pertanyaan ini Mohd Tamyes menerangkan terdapat sebilangan masyarakat kita yang sebelum ini 13 Februari 2010

Datuk Seri Mohd Tamyes, Mufti Selangor

mungkin lebih mementingkan keperluan material dan agak terleka dengan kehidupan dunia, tetapi pada suatu peringkat, kata beliau, mereka mula menyedari bahawa jiwa mereka terasa kosong dan perlu berubah kepada fasa baru dalam kehidupan. “Ketika ini mereka mempunyai kesedaran untuk mencari santapan rohani tetapi merasa malu untuk pergi ke masjid atau surau bagi mempelajari perkara asas ilmu fardu ain atas faktor umur yang telah meningkat. “Apabila kita menerima satu ilmu yang dirasakan ada kontra dengan pandangan kebanyakan umat Islam, kita harus merujuk pada guru mursyid atau muktabar yang boleh beri penjelasan sebaik mungkin dan ilmu ini boleh diterima


14 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS

masyarakat secara menyeluruh. Jangan kita terima ilmu yang rasa pelik tetapi secara diam kita amalkan setiap hari. Apabila sudah sebati dalam diri dengan ilmu yang diamalkan atas dasar kepercayaan kepada guru ajaran sesat itu, baru nak berpatah balik agak sukar kerana setiap ilmu yang disampaikan ia berkaitan dengan amalan seseorang. Jika kita menerima ilmu yang salah, sepatutnya kita kena tinggalkan di peringkat awal,� katanya. Menjawab satu pertanyaan, Mohd Tamyes tidak menolak kemungkinan

masyarakat mudah terjebak dengan ajaran sesat ini kerana dipengaruhi amalan sihir hingga guru ajaran sesat itu disanjung dan didewakan dan akhirnya masyarakat terus terpengaruh dengan ajaran sesat yang disampaikan. “Dalam agama Islam kita berpegang kepada tiga aspek utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Jika tiga aspek ini disampaikan berlandaskan kepada alQuran, hadis, ijmak ulama atau khias kita boleh terima. Tetapi jika sematamata berlandaskan kepada lojik akal manusia, kita kena berhati-hati. Bu-

kan bermakna dalam Islam tidak ada logik tetapi jangan hingga logik akal mengatasi akidah, syariat dan akhlak,� ujarnya. Beliau juga menegaskan sekiranya ajaran sesat ini tidak ditangani dengan sewajarnya, akan membawa kesan secara langsung dalam masyarakat Islam di negara ini yang berkemungkinan membawa seseorang itu menjadi murtad dan syirik kerana menyalahi prinsip-prinsip utama ajaran Islam. Milenia Muslim difahamkan di Negeri Selangor sahaja, daripada statistik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sehingga Januari 2008 lalu sebanyak 25 ajaran yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat. Daripada jumlah itu lapan daripadanya masih lagi aktif. Lapan ajaran yang masih aktif ini terdapat sebahagian telah diambil tindakan undang-undang oleh Jais. Menjawab pertanyaan kepada lapan ajaran sesat yang masih aktif, Mohd Tamyes menjelaskan adalah amat sukar untuk pegawai penguat kuasa Jais menentukannya kerana mereka ini tidak didaftarkan keahlian dalam sesebuah ajaran sesat tetapi masih mengamalkan ajaran itu. Walaupun begitu Jais mengakui jumlahnya agak besar dan harus dibendung segera.

Modus operandi ajaran sesat Memuji bakal mangsa kononnya mempunyai kelebihan dan berpotensi untuk menerima ijazah yang mana kelebihan itu tidak ada pada orang lain. Menimbulkan minat ingin tahu dengan mengemukakan persoalan yang pelik dan tidak masuk akal. Mengajak dan memilih tempat yang dianggap istimewa seperti di pedalaman atau tempat sunyi untuk menyampaikan ilmu agama bagi menggambarkan kehebatan ilmu yang hendak disampaikan. Menjemput mangsa untuk belajar di tempat tertentu yang bukan menjadi kebiasaan masyarakat Islam mempelajari ilmu agama dan berpindah randah setiap sesi pembelajaran daripada sebuah premis ke premis lain. Mengesyorkan supaya melawat ke suatu tempat di negara jiran yang kononnya corak kehidupan sebenar masyarakat Islam. Memilih ayat-ayat tertentu sama ada daripada al-Quran atau hadis untuk diputar belit dan ditafsir mengikut kepentingan kumpulan tersebut tanpa merujuk kepada nas-nas lain berkaitan termasuk sebab diturunkan ayat al-Quran. Memberikan alasan bahawa denda (kifarah), bayaran, zakat atau sedekah yang dikenakan oleh kumpulan berkenaan adalah jihad untuk menegakkan sebuah negara Islam (daulah Islamiah).


AjaBan rantera Se s sat

Pengikut ajaran sesat abaikan keluarga

I

SU ajaran sesat bukan sekadar menjejaskan kepentingan berkaitan akidah agama Islam tetapi turut menjejaskan keselamatan negara. Malah ada pengikut yang begitu taksub dengan gurunya mengabaikan kebajikan keluarga terutama isteri dan anak. Antara kesan negatif pengamal ajaran sesat dan menyeleweng adalah seperti berikut; 1. Minda tertutup dan dikongkong Tindakan dan kelakuan pengikut ajaran sesat kebanyakannya tidak rasional. Sikap ini timbul hasil budaya fanatik yang disemai oleh ketua atau pemimpin ajaran mereka. Mereka mengkesampingkan fungsi akal dan ajaran agama. Sebaliknya mentaati ajaran ketua melebihi segala-galanya. Hal ini menyebabkan fikiran mereka tertutup dan benar-benar dikongkong. Mereka tidak berfikir tentang diri sendiri, apatah lagi untuk mengambil tahu hal ehwal keluarga, masyarakat dan negara. 2. Kehidupan tidak stabil Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat menjadikan hidupnya tidak seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Ini kerana penglibatannya itu menjadikan dirinya berada di persimpangan dilema dalam mencari pegangan dan amalan hidup yang sebenarnya. Dia juga tidak merasai nikmat hidup beragama dengan penuh ketenangan. Bahkan

hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan. 3. Tanggungjawab terhadap keluarga terabai Apabila seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat tidak mengendahkan tuntutan agama, dia juga pastinya tidak mengambil berat tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan keluarganya. Senario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai. Pengabaian tanggungjawab diri dan keluarga menyebabkan kehidupan mereka berantakan dan tidak stabil. Keperluan asasi anak isteri tidak dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Akhirnya membawa keruntuhan kepada institusi kekeluargaan. 4. Mengancam keselamatan negara Sejarah mencatatkan bahawa fenomena kemunculan ajaran sesat mampu mengancam keselamatan negara. Sebagai contoh: a) Pada 19 Ogos 1979, seramai empat orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan Haji Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor. b) Pada 16 Oktober 1980, seramai lapan orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di 15 Februari 2010

Balai Polis Batu Pahat, Johor. c) Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Haji Damanhuri Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. 5. Menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara Sesebuah negara yang mengalami fenomena ajaran sesat berskala besar terpaksa menanggung beberapa risiko politik dan ekonomi. Dalam bidang politik, sesuatu ajaran tidak ketinggalan menjadikan tokoh politik tertentu sebagai sasaran mereka. Walaupun tidak secara langsung, pautan terhadap tokoh politik sudah cukup untuk dijadikan ‘kubu’ atau perisai bagi mempertahankan ajaran mereka dari diusik pihak tertentu dan apabila pihak pemerintah mengambil tindakan keras terhadap ajaran berkenaan maka tokoh-tokoh politik yang dilihat menaungi mereka secara automatik terkena tempiasnya. Manakala dari sudut ekonomi, negara terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak untuk menghapus sesuatu ajaran sesat. Tentunya ada pula golongan yang menjadi mangsa. Faktor ketidak stabilan politik dan kekacauan setempat menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan dengan baik dan wujudnya masyarakat yang tidak proaktif terhadap kegiatan ekonomi.


16 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS

AjaBan rantera Se s sat

a) Unsur tarekat Dalam kajian yang dilakukan didapati banyak fahaman sesat di negara ini mengaitkan fahaman dengan unsur tarekat atau kesufian. Hakikatnya, tarekat kesufian adalah sesuatu yang benar dan luhur. Ia satu disiplin ilmu yang dirangka oleh ulama bagi menyampaikan manusia kepada Allah. Namun, tidak semua manusia yang mengerti tentang tarekat. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu hakikat sekali gus dijadikan anjakan untuk mencapai makrifat. Hasilnya, mereka berminat dengan pendekatan tarekat namun tidak mengenali tarekat secara hakikat. Akhirnya, mereka memilih jalan ‘shortcut’ untuk mencari habuan terdekat. Lalu, tarekat yang benar berlumur dengan ajaran sesat. b) Mitos Selain penisbahan tarekat, golongan ajaran sesat juga mencipta mitos untuk meyakinkan pengikut mereka tentang kehebatan ‘Guru’ atau ‘Syeikh’ mereka. Mereka mencipta pelbagai cerita tentang kehandalan dan kehebatan ‘Guru’ atau ‘Syeikh’ mereka bersilat, berilmu kebal, boleh melayang di udara, boleh ghaib serta boleh melakukan pelbagai perbuatan yang luar biasa. c) Persilatan Golongan ajaran sesat juga menjadikan persilatan sebagai senjata perjuangan mereka. Pelbagai jenis silat dan ilmu pertahanan diri diperagakan. Ada kalanya bertepatan dengan kehendak agama iaitu silat yang berlandaskan kepada aturan tenaga fizikal dan spritual serta dipelajari secara benar untuk mempertahankan diri. Selain itu, banyak pula seni silat yang bertentangan dengan Islam diajarkan. Antaranya seperti amalan bersilat dengan memanggil roh, silat kebatinan tradisional yang bercampur dengan kepercayaan lain dan silat berunsur jampi serapah yang bertentangan dan banyak lagi. d) Perbomohan Unsur perbomohan juga adalah satu unsur yang sinonim dalam aktiviti ajaran sesat. Unsur bidaah dan

Bertentangan al-Quran & sunnah Oleh SALAWATI HARIS

DA beberapa ciri ajaran sesat yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah selain tidak selari dengan prinsip perundangan Islam. Sesetengahnya mengaitkan dengan unsur perbomohan yang sinonim dalam aktiviti ajaran sesat. Unsur bidaah dan kepercayaan khurafat digunakan untuk menyembuhkan pesakit. Kebanyakan proses pengubatan menggunakan makhluk halus seperti jin. Sebahagian besar pengikut ajaran sesat hanya mengikuti dengan taat tentang apa yang diajar oleh guru mereka walaupun ajaran atau amalan tersebut menyalahi syariat Islam. Antara ciri yang dikenal pasti ialah:=

A

dapat wahyu dari malaikat dan mengaku diri sebagai nabi yang diutuskan selepas kenabian Muhammad SAW. Dakwaan ini adalah sesat lagi menyesatkan kerana al-Quran, al-sunnah dan Ijma’ secara tegas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah penutup para nabi dan rasul. 2. Berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan iblis Mereka yang mendokong ajaran ini percaya dengan yakin bahawa terdapat kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa selain dari Allah SWT dan kuasa-kuasa itu boleh dipohon oleh individu tertentu melalui cara yang tersendiri. Islam turut memperakuinya tetapi kuasa mutlak itu adalah milik Allah jua bukannya kuasa yang berasingan dariNya. Untuk dilihat mempunyai kuasa atau kesaktian yang luar biasa, pemimpin atau pengamal ajaran sesat sanggup memuja sesuatu yang boleh mendatangkan kuasa pada diri mereka.

1. Menyalahi prinsip sumber perundangan Islam Sesuatu ajaran itu didapati bertentangan dengan al-Quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas. Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan sumber di atas secara automatik tertolak dan boleh diklasifikasi sebagai ajaran salah atau sesat. 3. Mengaitkan unsur-unsur tarekat, Contohnya, seseorang mendakwa men- mitos, persilatan dan perbomohan


kepercayaan khurafat digunakan untuk menyembuhkan pesakit. Kebanyakan proses pengubatan menggunakan makhluk halus seperti jin dan seumpamanya. Lantaran itu, kita selalu mendengar kalimah jampi serapah yang pelik-pelik, pelbagai bahasa, nama individu, panglima atau tokoh tertentu turut diseru. Kesempatan itu dipergunakan mereka bagi mempengaruhi emosi pesakit supaya mempercayai bahawa amalan yang dilakukan oleh bomoh berkenaan benar-benar berkesan. 4. Fanatik kepada ketua atau pemimpin Meletakkan ‘Syeikh’ atau ketua ke taraf yang amat tinggi iaitu satu tahap yang melebihi had kebiasaan manusia sehingga mencecah tahap dewa, wali atau nabi. Bahkan wujud arahan dan kepercayaan bahawa sesuatu maksud tidak akan berhasil kecuali dengan kekuasaan Syeikh tersebut. Sebahagian besar pengikut ajaran sesat hanya mengikuti dengan taat tentang apa yang diajar oleh guru mereka. Walaupun

ajaran atau amalan tersebut menyalahi syariat Islam. Segelintir mereka pula tahu asas agama tetapi tidak berani membantah kononnya dikhuatiri terkena sumpahan atau badi tertentu dari gurunya. Inilah sebahagian gambaran sikap fanatik dengan ajaran yang dibawa. 5. Semberono dalam pengambilan hukum dan fatwa Aktiviti ajaran sesat secara asasnya berdasarkan kepada nafsu dan semangat amalan semata-mata. Mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran mereka. Situasi ini menjadikan kepercayaan atau tindakan mereka tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas. Malah, ia dilihat sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan tertentu sahaja. Hasilnya, segala ketentuan hukum seperti wajib, sunat, harus, haram dan makruh diabaikan. Malah batasan hukum dilanggar dan dipermainkan dengan sewenangwenangnya.

Ajaran sesat kebiasaannya disebarkan secara tertutup. Mereka menganggotai sesuatu ajaran yang mempunyai pertalian erat antara satu sama lain. Contohnya, hubungan di antara ketua dengan orang kanannya ada kalanya melibatkan adikberadik, sepupu, saudara terdekat atau kenalan terdekat.

7. Beranggapan benar dan ekstremis Antara ciri teras ajaran sesat ialah mereka selalu menganggap fahaman, kepercayaan dan amalan mereka sahaja yang benar. Pemilikan kuasa luar biasa di kalangan guru atau pemimpin dijadikan satu bukti bahawa mereka benar-benar direstui oleh Allah SWT. Mereka menjadikan istidraj atau sihir sebagai kosmetik untuk mengaburi mata para murid mereka. Kejadian luar biasa dan keistimewaan itulah menambahkan keyakinan mereka terhadap jalan yang dipilih dan menganggap amalan atau kepercayaan mereka sebagai satu perjuangan. Mereka percaya bahawa sesiapa sahaja yang dilihat cuba mengganggu 6. Bersifat tertutup dan banyak be- ajaran mereka akan ditentang habisrahsia habisan.

Akidah rapuh, mudah terpengaruh

A

DA beberapa faktor yang mendorong kemunculan ajaran sesat di negara kita. Kejahilan terhadap sumber utama ajaran Islam juga mendorong seseorang itu mempelajari Islam dari sumber yang tidak wajar kerana ia membuat kesimpulan dan membina kefahaman yang salah tentang Islam. Hasil dari kesilapan itu diajarkan pula kepada orang lain. 1. Jahil ilmu agama Sebahagian besar umat Islam selesa dengan cara hidup mereka. Budaya hedonistik semakin menjadi-jadi. Akibatnya, tanggungjawab memahami agama dilupakan, ilmu asas fardu ain seperti akidah, syariah dan akhlak dipinggirkan. Manakala ilmu keduniaan materialistik diutamakan. Kemuncaknya, muncullah masyarakat yang jahil tentang agama tetapi sensitif dengan isu-isu agama. Lalu banyak membuat tafsiran dan kesimpulan yang bebas dalam agama. Fenomena ini secara tidak langsung menjadi faktor kemunculan ajaran sesat atau menyeleweng. 17 Februari 2010


18 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS agama yang benar ia akan memajukan nilai kemanusiaan itu sendiri. 6. Mengambil jalan mudah Kebanyakan manusia hari ini mengambil jalan mudah dalam memahami agama dan mereka sengaja memilih pendapat yang paling ringan lagi ‘syaz’ dalam menegakkan pendapat dan amalan mereka. Sebenarnya, metod seperti ini adalah sesuatu yang terlarang dalam disiplin ilmu agama kerana manusia hanya memilih sesuatu pendapat yang secocok dengan hawa nafsu mereka sahaja. Situasi ini menjadikan hawa nafsu sebagai tunggangan hidup. Akhirnya turut menjadi faktor kemunculan ajaran sesat. 7. Penguatkuasaan yang lemah Tiba masanya untuk kita menambah baik sistem perundangan Islam kita ke arah memantapkan lagi pengurusan Islam di Malaysia. Khususnya dalam kes yang berkaitan dengan isu ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Ternyata hukuman RM 3,000, lima tahun penjara atau enam kali sebatan sudah tidak releven lagi dan perlu ditambah baik. Hal ini penting supaya bidang penguatkuasaan bukan hanya bertindak sebagai penghukum, tetapi dilihat sebagai badan yang mendidik masyarakat khususnya berkaitan dengan ajaran sesat. 2. Akidah yang rapuh Apabila kejahilan menguasai hidup, manusia sanggup menjadi musuh terhadap apa yang tidak diketahuinya. Ilmu akidah kurang mendapat perhatian tetapi isu berkaitan dengannya diberi tumpuan. Akhirnya, kita hanya juara dalam perbualan sahaja sedangkan penguasaan ilmu akidah tidak sampai ke mana. Jika kita membuat observasi, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar memahami akidah Islam. Faktor ini menyebabkan pegangan akidah menjadi longgar dan rapuh. Akhirnya menjerumuskan seseorang ke dalam ajaran sesat atau menyeleweng. 3. Lemah spiritual Tenaga spiritual yang lemah juga turut menjadi faktor keterlibatan seseorang dengan ajaran sesat kerana sebahagian besar umat Islam kini kurang mengambil berat soal spiritual. Bacaan surah tertentu, hizb, zikir, wirid, doa selamat kurang diamalkan. Manakala solat-solat sunat dianak tirikan begitu sahaja. Amalan-

amalan sunat pula dipandang sebelah mata. Akhirnya hati menjadi kering dan jiwa menjadi kosong dan tandus. Justeru, tidak hairanlah jika mereka yang berjiwa lemah mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. 4. Mudah terpengaruh Tidak dinafikan bahawa pengaruh orang terdekat seperti saudara-mara dan rakan-rakan juga turut menjadi faktor keterlibatan seseorang dengan ajaran sesat. Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Agama seseorang itu berada di bawah pengaruh temannya. Maka hendaklah dilihat siapa yang menjadi temannya.� 5. Teruja dengan ilmu kerohanian Manusia lazimnya dilengkapi dengan unsur spiritual dan cenderung kepada ilmu kerohanian. Kemajuan spiritual manusia bergantung kepada pengisian yang dilakukan oleh tuannya. Jika spiritual manusia diisi dengan pengisian

8. Tidak prihatin Sesetengah dari masyarakat kita tidak prihatin dengan apa yang berlaku. Mereka tidak peka dengan pendedahan yang dilakukan pihak berkuasa agama ataupun media tentang sesuatu ajaran sesat atau menyeleweng. Hasilnya, mereka masih lagi terlibat dengan ajaran sesat yang sama walau telah berkali-kali diambil tindakan oleh pemerintah dan dipapar media. 9. Pengaruh luar Perlu diingat bahawa musuh-musuh Islam seperti pelampau Yahudi, Kristian, Hindu dan lain-lain sentiasa berusaha mencari jalan untuk memusnahkan Islam sama ada secara zahir mahupun tersembunyi. Mereka melancarkan beberapa propaganda, mencipta idea, aliran pemikiran dan mencetus budaya semasa untuk mengikis jati diri umat Islam. Hal ini perlu dititik beratkan oleh pemerintah supaya identiti dan jati diri umat Islam dapat dipelihara sebagaimana yang diwarisi daripada Baginda SAW.


Sesat pemikiran lebih bahaya

ras at nte Ses a B ran Aja

Kemuncak penyelewengan kumpulan ajaran sesat pemikiran akan memunculkan gejala ekstremisme agama. Apabila kehendak mereka tidak dipenuhi, mereka akan menggunakan kekerasan dan pada ketika itu sudah tidak ada ruang untuk berbincang, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan.

Oleh SALAWATI HARIS Foto ARMAN YUSOF

A

L-QURAN mengingatkan kita bentuk kesesatan dari pelbagai sudut seperti kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran, perubahan masa dan keadaan. Kemunculan ajaran sesat sering kali berlaku dan kewujudannya merentasi masa dan tempat sama ada di zaman awal peradaban Islam, di alaf milenium mahu pun pada masa akan datang. Isu ajaran sesat dan terpesong daripada akidah bersifat subjektif dan memerlukan penjelasan terperinci. Ini kerana ajaran dan fahaman itu bertentangan dengan sumber pe-

rundangan Islam dan sudah tentu berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Penolong Pengarah Pusat AlQuran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Ustaz Haji Zamihan Mat Zin berkata, di Malaysia, ada dua kategori ajaran sesat iaitu ajaran sesat dalam bentuk amalan dan ajaran sesat dalam bentuk pemikiran. Ajaran sesat dalam bentuk amalan seperti ajaran Ayah Pin, Haji Kahar dan Mariam Nabi Palsu, manakala ajaran sesat dalam bentuk pemikiran ialah pengaruh Islam Liberal dan beberapa lagi ajaran yang berselindung atas nama Islam. 19 Februari 2010

Di antara kedua-dua ajaran sesat ini, ajaran berbentuk pemikiran sangat bahaya kerana pada dasarnya ia mengamalkan ajaran Islam tetapi sebenarnya menanamkan pemikiran yang menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah seperti membenarkan berkahwin lebih daripada empat, menghalalkan nikah kontrak dan mengkafirkan umat Islam yang tidak selari dengan pandangan mereka. Ada dari kalangan mereka juga mendakwa umat Islam yang membaca tahalil untuk orang yang meninggal dunia, menyapu muka selepas sembahyang, membaca doa qunut, talkin dan membaca Yasin malam Jumaat adalah sesat. “Golongan ajaran sesat dari sudut pemikiran ini adalah ancaman kontemporari yang perlu diperhalusi dan ditangani segera kerana ia mampu mengancam umat Islam seantero dunia dan pada masa yang sama dijadikan senjata oleh bukan Islam untuk memecahkan perpaduan umat Islam dalam mana-mana negara di dunia,� ujarnya yang turut berpengalaman memulihkan anggota-anggota Jemaah Islamiah (JI) di pusat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kemunting, Perak. Beliau menegaskan bahawa kemuncak kepada penyelewengan kumpulan ajaran sesat pemikiran ini akan memunculkan gejala ekstremisme agama. Apabila kehendak mereka tidak boleh dipenuhi, mereka akan menggunakan kekerasan. Pada ketika itu sudah tidak ada ruang untuk berbincang, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan.


20 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS “Kebanyakan pesalah JI di Kemunting mengaku terlibat dan mengaku salah memahami agama mengikut perspektif fahaman tertentu. Mereka hanya faham Islam dari sudut mahu berjihad termasuklah tindakan berani mati yang dianggap syahid. Bunuh diri adalah kemuncaknya dan sebab itulah di Eropah tercetus fenomena Islamophobia yang disebabkan oleh ekstremis ini yang menyifatkan tidak ada cara lain untuk menegakkan al-Quran dan sunnah kecuali dengan jihad,” ujarnya. Selain pengalaman memulihkan pengikut-pengikut JI, Haji Zamihan mengalami pengalaman ditentang oleh pengikut Haji Kahar ketika dijemput Mufti Selangor untuk menyertai forum di depan rumah ketua pemimpin agama yang menggelarkan dirinya sebagai nabi itu. Dalam perdebatan itu, beliau mengakui dirinya diserang oleh pengikut Haji Kahar secara bertubi-tubi. Mereka mendakwa Haji Kahar memang seorang nabi dan ajaran yang dibawanya tidak sesat. Serangan itu tidak berakhir hanya di situ, beliau turut menerima pelbagai sumpah seranah dan maki hamun menerusi email serta mereka juga menggenakan sihir ke atasnya. Mariam Nabi Palsu pula menghantar surat kepada ketuanya mengatakan dirinya difitnah olehnya menyebabkan ada yang berpersepsi negatif terhadapnya sedangkan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pegawai agama memperbetulkan perkara yang tidak betul. Kemunculan ajaran sesat, katanya disebabkan banyak faktor dan mereka yang terdedah dengan ajaran sesat berpunca kejahilan agama dan tidak pengetahuan mengenainya. Meskipun kebanyakan mereka yang terbabit ajaran sesat mempunyai kepandaian dalam akademik, berkemahiran dan menguasai aspek teknikal tertentu, mereka tidak mempunyai asas agama terutama dalam soal akidah, hukum hakam dan soal tata susila. Apabila seseorang itu tidak mendasari tiga aspek ini, maka seseorang itu berpotensi besar untuk terjebak dengan ajaran sesat. “Ini bermakna walau setinggi mana sekalipun nilai akademik, kemahiran dan kebolehan seseorang, sekiranya membelakangi ketiga-tiga elemen itu, maka ia tidak menjamin seseorang terlepas daripada mengikuti ajaran sesat itu. Biasa mereka yang terjebak ialah golongan yang jahil dan tidak mempunyai asas agama, inginkan agama tetapi

tersalah jalan dan sesat. “Sekiranya dia mengikut akidah Islam sebenar dengan memahami hukum hakam daripada ulama dan selalu diberi pendedahan berkaitan dengan soal-soal ini, insya-Allah dia merintis ke jalan kehidupan yang sebenar. Ramai yang terjebak suka mencari jalan mudah, tetapi akhirnya terpengaruh,” tambahnya lagi. Beliau tidak menafikan pada zaman ini ramai yang ingin kembali kepada agama dan mereka cuba mempelajari tarekat dan biasanya tarikan menyertai sesuatu tarekat itu ialah pemimpin atau guru tarekat berkenaan. Tarekat adalah formula, kaedah atau cara pengamalan tertentu, sebagai contoh pendekatan berzikir, solat sunat dan membaca alQuran dengan jumlah tertentu serta berpuasa pada hari-hari tertentu.

Apabila terlalu fanatik, perkara yang salah pun mereka akan tetap ikut kerana guru tarekat telah menanamkan doktrin dalam jiwa anak-anak muridnya. Pada hakikatnya jika seseorang itu hendak menguasai sesuatu disiplin ilmu seperti tarekat tetapi tidak mempunyai kebolehan serta mendapat bimbingan, perakuan daripada seseorang yang mahir dalam bidang tarekat ia hanya teruja kepada beberapa pendekatan tertentu sa-

Haji Zamihan Mat Zin

haja dan akhirnya terjebak dalam ajaran sesat. “Kelebihan menjadi guru tarekat ialah mereka mempunyai pengikut atau anak murid yang akan menyokong dari segi material, wang dan sebagainya. Anak murid turut menguar-uarkan kehebatan dan kebolehan guru seperti kemampuan berjalan atas air, boleh ghaib dan sebagainya. Murid ini akan cuba mencipta mitos untuk guru dan oleh kerana guru tidak ada metodologi atau disiplin ilmu dalam tarekat, dia hanya merekareka dari disiplin tertentu, padahal bukan daripada tarekat yang sebenar. “Tarekat sebenar mempunyai kekuatan kerohanian yang tidak memerlukan pujian, sandaran, imbuhan, sanjungan dan sokongan daripada murid. Dari segi kerohanian, guru tarekat sebenar berhubung rapat dengan Allah dan rasul,” ujarnya.

Ajaran sesat bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di negara dan agama lain. Lihatlah kes bunuh diri beramai-ramai di Guyana Amerika Syarikat pada 1978.


Dalam ajaran sesat yang dibawa kumpulan tarekat, biasanya ada murid lelaki dan perempuan. Murid lelaki akan digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan guru berkenaan dan murid perempuan biasanya digunakan untuk memantapkan hubungan guru berkenaan. “Terdapat unsur fanatisme yang menjadi punca peratusan terbesar penyelewengan dalam tarekat. Apabila terlalu fanatik, perkara yang salah pun mereka akan tetap ikut kerana guru tarekat telah menanamkan doktrin dalam jiwa anak-anak muridnya. “Contohnya, guru berkenaan akan menjelaskan terlebih dahulu kepada anak-anak muridnya, sekiranya dia dilihat berada dalam keadaan yang pelik seperti mengeluarkan perkataan yang pelik-pelik dan melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum hakam, ia menunjukkan pada ketika itu dirinya berada dalam keasyikan dan penuh kemabukan dalam hubungan dengan Allah. Ketika itu, dirinya berada di alam lain dan kerohanian yang tinggi yang dipanggil ‘shatahad’ mengikut istilah sufi,” katanya lagi. Semua ini adalah bertentangan dengan Islam. Walau setinggi mana sekalipun kedudukan seseorang alim, dia tidak boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat dan hukum hakam Islam kerana perbuatan ini akan merenggangkan hubungan se-seorang dengan Allah. Haji Zamihan menegaskan bahawa kerajaan perlu memperkasakan undangundang kesalahan syariah kerana Akta 559 yang digubal pada 1997 yang diamalkan di Malaysia pada ketika ini sudah tidak relevan lagi. Ia hanya memperuntukkan kesalahan maksimum sahaja iaitu mengenakan tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. “Dalam menjaga akidah dan kesucian Islam, pada saya Akta 559 ini sudah tidak relevan. Jika dibandingkan hukuman sivil seperti kesalahan membuang sampah pun dikenakan denda RM10,000, takkan hukuman membuang akidah dan kesucian Islam hanya RM5,000? “Malah, jika dibandingkan dengan undang-undang sivil Akta Telekomunikasi dan Multimedia 228, 1998 yang menyebut sesiapa yang melakukan panggilan palsu ke talian 999 apabila didapati bersalah akan dikenakan tindakan denda sebanyak RM50,000 dan setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. Katanya, undang-undang

kesalahan syariah 559 perlu dilakukan penambah baikan. Paling tidak pun pesalah ajaran sesat mesti dikenakan denda sebanyak RM10,000, penjara 10 tahun dan 10 kali sebatan kerana pemimpin dan pengikut ajaran sesat ini tidak akan serik dengan denda yang terlalu kecil. Malah, kebanyakan mereka yang sudah tua ini tidak boleh dikenakan sebatan, contohnya Ayah Pin di Terengganu telah berkali-kali ditangkap tetapi ia masih melakukan perbuatan memesongkan akidah umat Islam. “Kita kena ada undang-undang membendung keganasan atas nama agama kerana ia suatu penyelewengan yang besar. Di samping undang-undang agama, undang-undang sivil turut perlu diperkasakan bagi membendung ekstremis agama tanpa perlu menggunakan ISA,” tambahnya. Dalam hal ini, pemerintah dan ulama perlu memainkan peranan proaktif kerana pemerintah akan menguruskan aspek teknikal iaitu undang-undang dan ulama pula berperanan memperjelaskan dengan disiplin ilmu menerusi fakta dan hujah. Dalam aspek pendidikan, kesedaran mengenai ajaran sesat perlu dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Tidak kira di sekolah rendah, menengah, kolej, universiti atau peringkat kerjaaan sendiri perlu ada pendedahan tentang ajaran sesat yang menyeleweng. Perlu diadakan satu topik khas dalam subjek Pengajian Islam bagi menyedarkan pelajar dan orang awam berkaitan pemikiran atau pun ajaran yang menyeleweng. Ceramah berkaitan dengan ajaran sesat mesti dibuat secara berkala supaya pegawai dan kakitangan kerajaan tidak terjebak dengan ajaran tersebut. Ini kerana ramai pegawai, kakitangan kerajaan terlibat dengan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Haji Kahar, Mariam Nabi Palsu dan al-Arqam. Beliau menasihatkan agar mereka yang ingin mempelajari agama agar merujuk kepada mereka yang ahli iaitu individu yang mempunyai autoriti dalam bidang agama. Guru mestilah yang diberi tauliah oleh jabatan agama, bukannya mencari ilmu secara senyap di tempat tersembunyi. Pembelajaran pula mesti disertai dengan kitab yang latar belakang penulisnya diketahui untuk memastikan ajaran yang dibawa mereka itu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. 21 Februari 2010

Di antara ciri ajaran sesat yang berbahaya Ajaran Hassan Anak Limau@ Rimau/Ayah Pin Tiada guru dan kitab agama muktabar. Fanatik terhadap guru dan ajaran. Mengaku sebagai Tuhan. Mendakwa sebagai utusan para Nabi dan Dewa-dewa. Mendakwa tidak perlu bersolat. Mendakwa al-Quran sebagai merepek. Hari kiamat tidak wujud. Mendakwa menguasai Kerajaan Langit. Mendakwa bersetubuh dengan guru menghapus dosa. Pelampau Syiah Fanatik kepada Sayyidina Ali dan keturunannya. Menganggap al-Quran kini tidak sempurna. Melakukan ibadah secara taqiyyah (purapura). Mengamalkan nikah mutaah (kontrak). Solat dengan menggunakan tanah dari Karbala. Menanti kemunculan Imam Mahdi – Hasan al-‘Askariyy. Percaya tentang al-bada’, raj‘ah. Terbahagi kepada beberapa puak. Bergerak dalam MLM/DPMM. Ajaran Al-Arqam @ Rufaqa’ Mendakwa bertemu Nabi SAW secara jaga. Mengamalkan Aurad al-Muhammadiyyah. Mengaku sebagai pemuda Bani Tamim. Fanatik kepada Syeikh Abuya. Boleh berunding dengan malaikat untuk ahlinya. Hanya dalam kelompok mereka. Sukar menerima pandangan orang lain. Golongan Anti Hadis Hanya menggunakan al-Quran sahaja. Tidak mahu menerima hadis sebagai sumber perundangan Islam. Mendakwa hadis perlu dinilai semula. Banyak menggunakan logik akal. Taksub kepada sesuatu pandangan. Tidak mahu menerima pandangan orang lain. Ejen ialah Jemaah a l-Quran Malaysia (JAM): Kassim Ahmad dan kumpulannya.


22 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS

Buru markas ajaran terpesong hingga ke lubang cacing

Markas ajaran sesat Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol di Pulau Meranti (gambar atas) dan di Paya Jaras (kiri) di Selangor dalam proses tindakan di bawah Undang-Undang Kanun Tanah Negara.

Oleh FAIZAL RIDUAN Foto JASMAN MD NOOR

K

EMUNCULAN ajaran sesat dipercayai bermula sebelum kewafatan Rasulullah SAW lagi dan selepas hayat Baginda terdapat sebilangan manusia biasa seperti Aswad al-Iwmnnsi, Tulaiha al-Asadi, Sajjah al-Harith dan Musailamah al-Kazzab mendakwa dirinya sebagai nabi. Menyedari hakikat itu, Baginda SAW telah menyediakan pedoman dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini sesuatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan) itu tertolak”. Malah Baginda dalam riwayat Abu Hurairah memperlihatkan kemunculan nabi palsu ini sebagai petanda akhir zaman, “Kiamat belum terjadi sehingga muncul golongan dajal kecil jumlahnya hampir 30 orang, setiap mereka mengaku bahawa dialah utusan Allah”.

Daripada 25 ajaran, amalan dan fahaman yang telah difatwakan dan diwartakan menyeleweng di Selangor, hanya lapan masih aktif iaitu ajaran Kahar Ahmad, Islam Jemaah, fahaman Syiah, tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol, ajaran ilmu hakikat Hassan Ba Aja ntera Jonet, Rufaqa/Global Ikhwan, Aurad ran s Ses Ismailiah, Mahmud Abd Rahman at dan Ahmad Qadiani. Begitu juga di Malaysia, ajaran sesat bukanlah satu fenomena baru. Dipercayai telah muncul sejak abad ke-19 melalui Ajaran Taslim oleh Mohammad Shafie di Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Di Selangor, Ajaran Ahmadiah atau Qadiani adalah ajaran sesat pertama yang bertapak di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1930-an sehinggalah satu inisiatif dialog diadakan di hadapan Sultan Selangor di Istana Selangor pada 15 Disember 1953. Memang diakui, urusan pemantauan ajaran sesat ini telah diselaraskan di peringkat persekutuan yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempunyai pengalaman panjang menyusur jejak ajaran sesat ini hingga ke akar umbi hatta ke lubang cacing sekalipun. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jais, Dr

Mohd Mohadis Yassin berkongsi kisah membendung ajaran sesat yang sering kali menyandung gerak langkah umat Islam yang ingin kembali kepada kehidupan Islam yang sejati. Namun, pencarian hitam putih kehidupan beragama antara baik dan buruk, pahala dan dosa, syurga dan neraka, ada yang kelabu mata kerana terpedaya dengan harapan mendapat balasan syurga hanya bermodalkan pengeras taat dan berkorban kepada guru tanpa banyak soal bicara. “Jika di zaman Khalifah ar-Rasyiddin, ajaran sesat apatah lagi yang berani mendakwa sebagai nabi sudah dikenakan hukuman bunuh. Tetapi bayangkan Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad hanya dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan?” Katanya sambil menyifatkan beruntungnya penjenayah akidah hari ini kerana masih diberikan peluang seluas-luasnya untuk kembali ke pangkal jalan.


Dr Mohd Mohadis Yassin

bagi mencapai tujuan gerak saraf dan perang saraf. Apa pun setiap kesabaran dalam proses dakwah dan tarbiah tetap ada batasnya. Jika proses selembut itu dengan memakan masa sehingga lengkap kitaran hayat satu generasi masih tidak berhasil maka tindakan tegas tanpa kompromi mungkin penyelesaian terakhir. Jika akidah pengamal dan pengikut ajaran sesat sudah tidak boleh diselamatkan dengan tindakan defensif maka akidah umat Islam lainnya perlu dipertahankan secara ofensif. Dengan mengambil contoh Ajaran Ahmadiah yang telah difatwakan terkeluar daripada ajaran Islam sejak tahun 1975, Jawatankuasa Fatwa telah sampai kepada satu tahap mengesyorkan segala hak-hak Melayu dilucutkan dan ditarik semula seperti tanah Rizab Melayu kerana menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan takrif Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Namun setakat ini mereka hanya tidak boleh mendapat hak sebagai seorang Islam seperti dalam hal pengebumian di tanah perkuburan orang Islam. “Malah pada tahun 2002, Jais telah menghantar surat cadangan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) momohon mengklasifikasikan agama mereka sebagai Qadiani bagi menggantikan Islam di dalam Mykad namun akhirnya cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia boleh memberikan implikasi nega-

tif kepada umat Islam terutama kepada mereka yang murtad,” hujah Dr Mohd Mohadis lagi dengan menambah inisiatif terbaru Jais menaikkan papan tanda ‘Qadiani Bukan Ajaran Islam’ di hadapan markas ajaran Ahmadiah di Kampung Nakhoda dan kawasan berhampiran. Bagi beliau, ini bukanlah sentimen peribadi kalangan pegawai Jais kerana ulama muktabar di seluruh dunia telah secara rasmi menfatwakan pengikut ajaran tersebut sebagai murtad dan perlu mengikrarkan semula dua kalimah syahadah untuk kembali kepada Islam. Bezanya cuma ajaran Ahmadiah

Kadang kala keterbukaan dialog dalam Islam selalu berhadapan dengan tembok fanatik dan taksub yang menebal.

Menurutnya, ajaran sesat bukan semudah itu untuk dihapuskan. Ia tentang kepercayaan yang sudah lama tertanam apatah lagi yang diwariskan. Apabila ia telah berakar umbi mencengkam lapisan dalam kerak bumi dengan hanya mencantas pucuknya sahaja tidak mencukupi membendungnya dari tumbuh kembali. yang bersifat antarabangsa berbanding Ia bukan seperti pokok yang perlu dibajai al-Arqam yang bersifat lokaliti menggudan disemai, ajaran sesat laksana rumput nakan simpati rangkaian hitamnya untuk dan lalang yang hidup liar sendiri, tummenekan Jais dengan bantah-bantahan buh melata tanpa diminta, tegak berdiri yang disampaikan melalui Wisma Putra. tanpa isi. Kini Baitussalam sebagai markas “Undang-undang bukanlah jalan ajaran Ahmadiah yang turut digunakan penyelesaian. Kita ada pelbagai kaedah lain. Setakat denda puluhan ribu mereka boleh bayar kerana hari ini guru dan pemimpin pengamal ajaran sesat ini bukan lagi tinggal zuhud di ceruk-ceruk kampung di pinggir hutan. Mereka kini hidup mewah di dalam banglo, menaiki kereta besar dan mengajar di dalam bangunan konkrit bertingkat-tingkat yang dibiayai dari sumbangan anak-anak murid dan pengikut,” tambahnya dengan menunjukkan beberapa contoh gambar markas kumpulan ajaran sesat. Tambahnya lagi beberapa kaedah alternatif secara psikologi dengan pendekatan mendidik melalui kempen, penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat, menguar-uarkan penemuan sesuatu fakta dan maklumat mengenai kumpulan tertentu secara umum di dalam media supaya mereka merasa bahawa perge-rakan mereka diketahui dan diawasi oleh pihak berkuasa, meningkatkan kekerapan pemantauan di kawasan-kawasan yang telah dikenal Sebahagian pengikut ajaran sesat Utusan Langit Hussin Markom ketika serbuan di Kayu Ara, pasti menjadi markas tumpuan mereka Subang, Selangor pada 8 Mei 2008. 23 Februari 2010


24 www.mileniamuslim.com.my

FOKUS untuk bersembahyang Jumaat dalam proses pemerhatian untuk tindakan fizikal yang melibatkan operasi bersama pihak berkuasa tempatan antara Jais, Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta Kanun Tanah Negara yang pernah digunakan dalam Operasi Perobohan di premis ajaran Nabi Noh dan ajaran Banuar Mandi Bikini pada 28 Jun 2007. Menyedari kemampuan kewangan ajaran sesat ini menyebar luaskan doktrin mereka melalui aktiviti penulisan membawa Jais kepada pengharaman buku seperti tulisan golongan anti hadis dan Jemaah al-Quran Malaysia melalui ‘Hadis Satu Penilaian Semula’ dan ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik’ oleh Dr Kassim Ahmad, ‘Bacaan’ oleh Othman Ali dan ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu dan Hadis Di Dalam Al-Quran’ oleh Idris Abdul Rahman sementara Jamaah Ahmadiah Malaysia melalui ‘Apa itu Ahmadiyah?’ oleh Mirza Bashiruddin dan Mahmud Ahmad dan al-Arqam melalui ‘Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di zamannya’ oleh Khadijah Am. “Dalam menangani ajaran sesat, kita ada beberapa prosedur yang panjang. Ini bukan perkara mudah untuk menjatuhkan hukum melalui fatwa. Bermula dengan kajian dan penyelidikan membawa kepada muzakarah atau dialog dengan kumpulan berkenaan sebagai ruang untuk bersoal jawab dan membela diri. Jais mempunyai pelbagai peringkat jawatankuasa khas dengan korum keahlian dari pakar yang arif dalam bidang

masing-masing. Ini bukan keputusan seorang dua atau antara mufti dan sultan,” jelasnya. Namun diakui bahawa kadang kala keterbukaan dialog dalam Islam selalu berhadapan dengan tembok fanatik dan taksub yang menebal sehingga muzakarah yang diatur antara tokoh agama dengan kumpulan tersebut sekadar mencurah air di daun keladi, tiada yang bertakung semuanya mencurah jatuh ke bumi. Umpamanya pengakuan taubat oleh pemimpin al-Arqam yang diketuai oleh Asaari Muhammad pada 20 Oktober

Ajaran sesat banyak berselindung di balik wajah tarekat seperti Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah, Syathariyyah dan Rifa‘iyyah 1994 di Masjid Negara tetapi sehingga kini mereka masih sesat dalam kiblat pegangan Aurad Muhammadiah melalui penjenamaan semula al-Arqam kepada Rufaqa dan terbaru kepada Global Ikhwan pula. Begitu juga dengan sandiwara pengakuan Abd Rahim@Rajin Mandul Hati, pengamal Tarekat al-Hasaniah pada 6 Februari 2002 tetapi kemudian menghi-

langkan diri dan berpindah randah untuk mengelak dari pihak berkuasa. Muzakarah bersama lima pemimpin Jamaah Ahmadiah Malaysia pula yang diketua oleh jurucakapnya Ainul Yaqin Muhd Zain pada 27 September 2002 sehingga kini mereka tidak berganjak dengan iktikad Mirza Ghulam Ahmad Qadiani sebagai nabi serta penjelmaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Peliknya, mereka kini meminta muzakarah secara terbuka pula diadakan untuk menarik simpati khalayak sedangkan sebelum ini mereka telah menjalankan propaganda melalui laman sesawang termasuk rakaman video di youtube, forum terbuka, blog dan tayangan televisyen mereka seolah Jais mendiskriminasi kebebasan mereka untuk beragama. Ditanya mengenai asal-usul ajaran sesat, Dr Mohd Mohadis menjejak kemunculan kebanyakan ajaran sesat ini dipercayai berpunca dari pertembungan silang beberapa pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan lama yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme yang kemudian bercampur baur dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme dan Neo-Platonisme. Malah ajaran sesat banyak berselindung di balik wajah tarekat seperti Naqsyabandiyyah, Ahmadiyyah, Syathariyyah dan Rifa‘iyyah sebagai jalan pintas dan pintu belakang bagi mencapai maqam makrifat walhal jauh terpesong dari hakikat. Malah ada yang lebih ‘alim ulama’ dengan mengasaskan tarikat-tarikat baru yang tiada kena

Markas ajararan sesat Islam Jamaah yang berubah wajah di Kampung Endah, Kuala Langat, Selangor yang kali terakhir diserbu pada 14 September 2006.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.