Milenia Muslim Mac10 prebiu

Page 1

Apabila jutawan disuruh jadi miskin Rawat kanser payudara mengikut al-Quran Buta al-Quran tapi khatam di Masjidil Haram Burj Khalifa tanda kiamat semakin hampir?

MAC 2010 HARGA RM6.50

Hati-hati walaupun ada logo halal ISSN 1394-1437

9 771394 143000

THN.8 Bil 91 1431 Rabiulawal-Rabiulakhir PP14605/08/2010 (025186)


D

Foto JASMAN MD NOOR

Firman Allah SWT yang bermaksud:

an makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.

(Surah al-Maidah, ayat 88)


Mac 2010


MAC 2010 Bil 91

6 7 8 9 10 13 16 18 20 24 26 28 30 34 42

36

82 40 44 82

48 50

52

BINGKISAN

Cinta luar biasa dalam Islam Jangan sampai rakyat tempatan dianaktirikan Apabila jutawan disuruh berlagak miskin Hentamlah secara berhemah

8

FOKUS

Najis bersepah di kilang rempah Makanan halal prasyarat doa makbul Sijil halal boleh dibeli? Bezakan label produk halal keluaran Muslim & bukan Muslim Bila lagi Akta Halal mahu digubal? Halalkah apa yang kita makan? Bahaya babi menurut Islam dan sains Kronologi fatwa halal haram Ayam antibiotik & ayam probiotik

20

IQRAQ

34 40

Nikmat mata, lidah & bibir Hidup isteri bagaikan di penjara

IKTIBAR

Buta al-Quran khatam di Masjidil Haram

ASMAUL HUSNA

Ar-Rahim Penyayang agung yang kekal abadi

KERANA NILA SETITIK Menelanjangi keburukan orang

GLOBAL

Gara-gara AS$ 00 juta... Burj Khalifa kiamat semakin hampir?

FAKTA BERGAMBAR

7 haiwan berwajah pelik di dunia

TEROPONG

Berpeluh siang malam perbesar Masjidil Haram

KEMBARA MINDA

Penyebaran Islam selepas Rasulullah wafat

44 50


80 58 55

56 57 58

60 64 68 80

63

70

73 74

77

86

89

74

91 92

1001 TAFSIRAN Menempah maut!

NOTA SISWA

Ibu bapa diserang Sindrom Empty Nest Kisah anak derhaka & buang anak Sampai bila kita tutup sebelah mata

UMMAH

94 95

96

Kisah si munafik dalam negara berdaulat Peritnya layan kerenah pekerja Peluang rakyat ‘bersemuka’ Najib Bersediakah ulama fatwakan perang itu haram?

KUPASAN

Adab berdialog dalam Islam

REVIU FILEM

Jelmaan dewa dalam Avatar

MACAM-MACAM

Bayi ajaib di selatan Russia Caci isteri satu jenayah di Perancis

SILANG KATA ISLAM AKHIR KALAM

Terus menulis hingga akhir hayat

MUKA HADAPAN KIRA-KIRA 85 peratus pemilik syarikat yang memohon sijil halal daripada Jakim adalah bukan Islam. Ini kerana peletakan label halal pada pembungkus makanan atau produk lain adalah strategi penting untuk melariskan jualan memandangkan lebih 60 peratus pengguna di negara ini beragama Islam. Namun, ada juga peniaga bukan Islam meletakkan logo itu tanpa kebenaran berikutan syaratsyarat ketat Jakim sebelum sesuatu sijil itu dikeluarkan. Milenia Muslim kali ini mendedahkan dari pelbagai sudut berkaitan produk dan amalan pemakanan yang memenuhi ciri-ciri halalan thoyyibah.

RENUNG & FIKIR

Tergelincir kerana wang bertimbun

KESIHATAN

Rawat kanser payu dara menurut al-Quran

SAJAK

Kenali diri kita

NEGARA TETANGGA

Nasib malang sekolah pondok di selatan Thailand

KEMBARA

Hati tersentuh di kota Bandung

EKONOMI

Laluan sutera KL – Beijing

ADAB

Kikis perasaan rendah diri

Mac 2010


MEJA EDITOR

Setakat label halal saja belum cukup MAKAN dan minum adalah satu keperluan asas kehidupan. Islam menghendaki umatnya menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat berpengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang. Malah, halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadat. Sekiranya ‘otak’ itu cacat maka ibadat lain turut tercalar. Bagi orang beriman, doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidak patuhan terhadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia. Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal. Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan. Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelitbelit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur ‘suapan’ dalam pemberian logo berkenaan? Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang selamat dan tiada kemudaratan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan al-Quran dan sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, sahsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)

Penerbit

(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425 Ketua Editor Kumpulan Editor Editor Agama

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Haji Zainuddin Ayip zainudin.ayip@mmpcommunications.com Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com

Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com Shahfizal Musa Shahfizal@mmpcommunications.com Kolumnis Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, Dr. Sidek Baba, S.M. Zakir Penyumbang Mohd Sukki Othman, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Uthman El-Muhammady, Mohamad Faisol Keling, Mohammad Nuruddin Bashah Penulis

Pengarah Seni Penolong Pengarah Seni Pereka Grafik

Azlan Salim azlan.salim@mmpcommunications.com Mizan Suhaimi mizan.suhaimi@mmpcommunications.com Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com

Mohd Firdaus Abdul Halim firdaus@mmpcommunications.com Jurufoto Kanan Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor, Arman Yusuf

Pereka Grafik Korporat

Perunding Jualan & Pemasaran Eksekutif Kanan Langganan Eksekutif Acara & Promosi Eksekutif Seliaan Pelanggan Penyelaras Pengiklanan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Pencetak

Shikin Christine Louis Shikinchristine.louis@mmpcommunications.com Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Shahrul Azrin Shaharuddin azreen@mmpcommunications.com Adibah Ahmad adibah@mmpcommunications.com Brinda Balakrishan brinda.balakrishan@mmpcommunications.com Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com

Widya Natasya Md Salleh Ilyah Nazrah Jamalludin

Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof Zulkeflee Abdullah

Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Anggota:

Zainuddin Ayip

Persatuan Penerbit Majalah


5

Mac 2010


6

BINGKISAN

Cinta luar biasa dalam Islam ISAH cinta antara manusia dan manusia adakala membangkitkan rasa sayu, gembira dan ketawa. Cinta kepada Allah SWT pula adalah cinta yang maha suci yang lahir dan hidup di dalam jiwa kerana kekuatan akidah dan takwa yang jitu hasil amalan wajib dan sunat yang dizahirkan. Sebagai umat Islam, cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang teramat indah sifatnya. Saat menyebut nama Allah SWT di bibir mahupun di kalbu, hati akan rasa tenang melainkan ia dilakukan hanya kerana terkejut. Itulah kebesaran kalimah Allah yang tidak difahami rohnya oleh manusia yang menyebutnya hanya kerana tidak disengajakan. Islam adalah satu agama yang amat mementingkan kecintaan kepada keamanan dan ketenteraman jiwa. Solat dan puasa disertai dengan ibadat sunat akan memantapkan iman dan cinta kepada Allah SWT. Puasa itu sendiri bukan sekadar dianggap sebagai penyucian secara fizikal tetapi juga sebagai penyucian rohani yang penuh dengan hasad dan dengki setiap masa. Kotoran jiwa ini perlu dibersihkan dengan mengerjakan puasa dan amalan lain seperti zikir yang perlu dilakukan dengan secara konsisten dan tawaduk.

K

kampung Baginda dan kaum kerabatnya. Di situlah Baginda dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak yatim piatu dan menumpang kasih kepada Ummul Halimaton Saadiah sebagai ibu susuan. Sebagaimana diketahui Baginda dibela oleh bapa saudaranya Abi Talib, ayahanda kepada Saidina Ali. Baginda tinggal bersama bapa saudaranya serba sederhana dan setelah dewasa Baginda sudah bijak dalam perniagaan dan bekerja dengan Saidatina Khadijah yang merupakan majikan Baginda sebelum dipinang oleh majikannya untuk dijadikan teman hidup. Sebagai isteri yang taat, kasih yang diberi menjadikan Khadijah sebagai orang yang pertama memeluk Islam setelah mengetahui kerasulan Baginda setelah peristiwa di Gua Hira. Peristiwa hijrah menunjukkan Baginda sanggup bersusah-payah berhijrah namun tiada pula Baginda memohon kepada Allah SWT supaya kafir Quraisy di Makkah dilaknatkan dengan bencana alam seperti umat nabi terdahulu. Inilah bukti cinta kepada umat Baginda yang sukar diukur dengan mana skala sekalipun. Hijrah ke Madinah telah menjadikan Islam kuat dan berkembang sehingga ke hari ini dan perjalanan penuh keazaman memelihara akidah telah membuahkan hasil. Perjuangan yang dimulakan di Makkah kemudian di Madinah telah membentuk generasi Islam yang masih lagi teguh dengan pegangan sehingga ari ini. Bukankah cinta Baginda SAW kepada umat agar sama-sama menyintai Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat Islam hari ini? Tidak berlebihan kalau kita katakan bahawa cinta Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda bukan cinta biasa tetapi amat luar biasa dan teragung sifatnya.

Pernahkah kita terfikir sekali-sekala cinta yang kekal sifatnya adalah kepada Allah SWT sahaja? Walau beribu kekasih dan ada empat isteri pun, manusia tetap akan berdoa kepada Allah SWT memohon petunjuk atau hidayat bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang besar itu. Sesungguhnya cinta teragung yang pernah berlaku adalah di kala pengorbanan dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW meninggalkan segala-galanya di kota Makkah menuju ke sebuah tempat bernama Madinah demi menyelamatkan akidah dan perjuangan umat Islam yang amat dicintainya. Umat Islam yang dimaksudkan di sini, bukan umat Islam bersama-sama Baginda tetapi umat Islam dari zaman Baginda hingga ke zaman mutakhir ini. Sesungguhnya cinta Baginda kepada umat Islam tiada tolok bandingan. Walau seribu rintangan melanda di awal kerasulan Baginda, dengan penuh takwa kepada Allah SWT segala-galanya dihadapi dengan sabar dan berusaha sehingga wahyu dari Allah SWT untuk memberi arahan agar Baginda berhijrah ke Madinah sebuah tempat baru yang sebelum ini Baginda biasa sampai untuk ABDUL RAZAK IDRIS berniaga. Baginda juga amat menya- Taman Seri Bayu Morib, yangi bumi Makkah yang merupakan Banting, Selangor.


Jangan sampai rakyat tempatan dianaktirikan ITA dikejutkan dengan berita pada pertengahan Januari lalu bahawa kira-kira 40,000 rakyat India yang masuk ke negara ini melalui saluran sah dilaporkan ‘hilang’ tanpa dapat dikesan setakat Jun tahun lalu. Hal ini menggambarkan rapuhnya sistem pemantauan pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dalam memastikan keselamatan negara. Tindakan segera harus diambil bagi memburu individu terbabit termasuk majikan tempat mereka bekerja kerana secara terang tidak menghormati undang-undang dan kedaulatan Malaysia. Apa pun kalau kita teliti dari pelbagai aspek, fenomena rakyat asing yang masuk secara sah kemudian ‘hilang’ daripada rekod imigresen, jumlahnya, diyakini jauh lebih tinggi. Selain warga India, negara juga dibanjiri kemasukan rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Filipina, China, Nepal, Thailand dan beberapa negara Afrika yang digelar ‘Awang Hitam’. Wanita China misalnya, terus tinggal di negara ini setelah visa mereka tamat tempoh. Ada yang terus bekerja sebagai

K

pelacur, pelayan, perempuan simpanan dan pembantu rumah tangga. Sesetengahnya berlindung di sebalik visa pelajar. Apabila jumlahnya ditambah dengan mereka yang masuk secara haram, kita sebenarnya berdepan masalah rumit untuk memastikan semua warga asing yang berada di negara ini memiliki dokumen yang sah. Begitu pun, ia bukan alasan untuk kita alpa atau tidak mengambil tindakan drastik menangani isu terbabit. Kita memang menjangka akan timbul rungutan daripada negara terbabit jika isu ini dibawa ke meja rundingan dua hala, tetapi kita harus bersedia mempertahankan hak supaya semua pihak mematuhi undang-undang. Tanpa sebarang prejudis terhadap kehadiran rakyat asing di negara ini, kita harus berani menerima hakikat bahawa kemasukan secara tidak sah atau tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan mengundang terlalu banyak kemelut. Rekod menunjukkan warga asing disabitkan dengan pelbagai jenayah di negara ini termasuk mencuri, meragut dan menipu, biasanya daripada golongan yang masuk secara haram atau tinggal melebi-

7

Mac 2010

hi tempoh ditetapkan. Sudah terang lagi bersuluh, langkah segera perlu diambil sebelum masalah ini merebak menjadi barah yang sukar diubati. Apapun alasan yang diberikan, perbuatan tinggal di sesebuah negara secara haram adalah salah di sisi undang-undang. Kita bimbang jika fenomena itu terus berleluasa, bumi bertuah ini akan menjadi ‘sarang’ untuk rakyat asing tinggal secara haram dan mereka bermaharajalela melakukan sesuka hati seolah-oleh tinggal di rumah sendiri. Kita juga khuatir peluang pekerjaan yang sepatutnya diterima rakyat tempatan telah diambil rakyat asing. Majikan tempatan tentu lebih tertarik dengan pekerja asing kerana mereka sanggup bekerja hingga malam dengan tawaran gaji lebih rendah. Cuma kita tidak mahu remaja kita dianaktirikan. Kita tidak mahu ada alasan mereka tidak bekerja kerana kerja sudah dibolot warga asing.

GRADUAN KECEWA, Johor Bahru, Johor.


8

BINGKISAN

Apabila jutawan disuruh berlagak miskin IAPA pun tidak boleh menafikan pengaruh media amat besar kepada masyarakat. Ironinya, ikon dunia hiburan Madonna ada mengatakan televisyen adalah media yang tidak selamat lagi dan bukan sumber penyaluran ilmu. Madonna dalam kenyataannya telah mengharamkan terus anak-anak beliau daripada menonton tv. Saya sedar ramai lagi di kalangan kita yang berfikiran seperti Madonna. Tapi sejauh mana kita boleh percaya pada media lagi? Stesen tv sama ada berbayar mahupun percuma berlumba-lumba mengejar rating yang tinggi untuk stesen tv masing-masing. Resolusinya rancangan bertemakan realiti tv menjadi satu fenomena luar biasa yang melanda merata dunia semenjak kebelakangan ini dan tidak ketinggalan negara maju seperti Australia. Saya lihat rancangan berteraskan realiti juga sentiasa memenuhi setiap stesen penyiaran yang ada, terutamanya yang berkonsepkan hiburan. Namun terdapat sebuah rancangan yang amat menarik perhatian saya. Program ini memaparkan pembabitan beberapa jutawan ternama menyamar masuk ke dalam masyarakat serta merasai peritnya kehidupan sebagai orang miskin yang amat memerlukan bantuan. Rancangan ini diberi nama Secret Millionaire. Setiap jutawan yang menyertai rancangan ini dikehendaki berpakaian sederhana mungkin dan bercampur gaul dengan masyarakat setempat. Para jutawan ini hanya dibenarkan membawa wang saku sebanyak A$20 sehari tanpa membawa sebarang bentuk kad kredit. Duit ini juga akan digunakan sebagai wang belanja seharian mereka, dari makan minum, penginapan dan perbelanjaan perjalanan mereka. Secara tidak langsung mereka akan dapat merasa kepayahan berbelanja serta makan dalam jumlah wang yang sedikit. Tugas yang diberikan kepada mereka adalah mencari tiga organisasi atau pun individu yang berada di kawasan tersebut sahaja.

S

Selama 10 hari mereka mesti bekerja di organisasi tersebut dan berlakon seolaholah mereka sedang menjayakan rancangan realiti tv bertemakan sukarelawan. Rancangan ini membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan dan kepayahan hidup. Rancangan itu lebih berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang sebenar. Saya yakin rancangan ini akan mendapat rating yang tinggi dan disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata dan hanya seperti sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang, bantu membantu dan keinsafan, daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah haluan hidup yang tak pasti.

Rancangan ini ada miripnya dengan rancangan Bersamamu terbitan tempatan tapi yang menariknya ialah cara bagaimana bentuk bantuan diberikan. Dalam rancangan ini, tiada peruntukan beras ataupun makanan yang diberikan tetapi sumber kewangan dari saku jutawan itu sendiri dalam membantu menjana modal agar pertubuhan terpilih terus boleh bangkit dari kedudukan sekarang. Selepas lima bulan, perkembangan bantuan akan dipantau untuk memastikan agar sumber yang diberikan tidak disalah gunakan. Bagi saya, kalau kita ingin membantu seseorang berilah pancing padanya bukannya ikan. Jika ikan yang diberikan mudah sahaja dihabiskan, tapi jika pancing diberikan akan berpanjanganlah rezeki itu. DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI Honorary Visiting Academician, University of Melbourne, Australia.


Hentamlah secara berhemah ELEPAS 34 tahun Sudut Pidato atau Speakers Corner di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan diharamkan, bermula pertengahan Januari lalu program itu diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu. Sudut Pidato UKM itu terletak di kawasan terbuka di Teres Eko Niaga bersebelahan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadi tempat pelajar universiti berkenaan berehat dan menjamu selera. Sempena pelancarannya yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiga pelajar diberi peluang untuk berpidato, masing-masing selama lima minit.

S

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Setiap tulisan yang tersiar dalam BINGKISAN akan menerima sebuah buku Asas Takaful tajaan IBFIM. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap MILENIA MUSLIM.

hingga 1970-an, sebelum diharamkan selepas pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971. Ketika itu, nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais dan Rahman Rukaini memang cukup popular sebagai pemidato yang baik. Setiap kali mereka berpidato, ramai pelajar mengikuti pidatonya. Setelah begitu lama menyepi, Februari tahun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik larangan itu menerusi pindaan semula AUKU, tetapi sejak itu belum ada universiti melaksanakannya. Apa pun, ada pro dan kontranya sudut itu dibenarkan semula. Kita berharap sudut itu menjadi medan terbaik bagi membangunkan kemampuan, sikap berani dan bertanggungjawab pelajar, terutama dalam melontarkan pandangan serta mengupas pelbagai isu secara kritis dan intelektual. Kementerian Pengajian Tinggi memang tidak menetapkan garis panduan kepada penuntut dalam menggunakan sudut itu, sebaliknya menyerahkan kepada pentadbir IPT. Pelajar juga diberi kebebasan dalam menyuarakan pandangan mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti tertentu. Apa yang penting, penuntut perlu bertanggungjawab dengan apa yang disuarakan kerana orang lain mendengar, melihat dan menyaksikan mereka. Memang tidak ada masalah sekiranya mereka berbeza pendapat tetapi matlamatnya sama iaitu untuk kebaikan. Apa yang penting, isu sensitif seperti agama, kaum dan perlembagaan perlu dielakkan. Jika mahu menghentam kerajaan berkaitan sesuatu program atau dasar, hentamlah secara berhemah dan jangan membabi buta seolah-olah pelajar lebih berperanan daripada parti pembangkang.

Mereka ialah Izzat Fathi Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial, Adlin Noramirah Mohamed, 19 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan) dan Syamimi Ab Rahman, 23 (Ijazah Sarjana Muda Syariah Perundangan Islam). Ketiga-tiganya menyentuh isu keusahawanan dengan Izzat mengaitkan masalah pengangguran di kalangan graduan dengan menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada sikap pelajar yang lebih selesa makan gaji atau sistem pendidikan di universiti sendiri. Kita akui, Sudut Pidato menjadi pentas popular untuk menyuarakan pandangan MAHASITUA di kalangan mahasiswa pada 1960-an Kuala Lumpur.

Hantarkan pandangan dan cadangan anda kepada: e-mel: editor@mileniamuslim.com.my atau Ruangan Bingkisan Milenia Muslim. No. 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5421/26 Faks: +603-2273 5425 Kami berhak menyunting surat pembaca supaya jelas dan bersesuaian dengan ruang. Hanya surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan setelah disunting oleh editor.

Mac 2010


FOKUS

Najis bersepah di kilang rempah

h ba

an Thoy yi lal

Ha

0

Wartawan Milenia Muslim, SHAHFIZAL MUSA dan jurufoto JAZMAN MD NOOR, mengikuti rombongan pegawai penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 8 Januari lalu untuk membuat serbuan ke atas dua premis di Jalan Ipoh dan Gombak di ibu negara yang didakwa kotor dan memalsukan sijil halal. ADA tarikh itu (28 Januari 2010), kami dibenarkan mengikut pegawai penguatkuasa Jakim membuat serbuan ke dua lokasi di Jalan Ipoh dan kawasan Gombak di pinggir ibu negara. Pada jam 10.45 pagi, pihak Jakim yang dipimpin Penolong Pengarah Pemantuan Jakim (Bahagian Hub Halal), Ustaz Amri Abdullah dan Ismail Hamzah yang mewakili pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kemajuan Koperasi (KPDNKK) berkumpul di pasar raya Giant di Gombak. Selepas taklimat ringkas berkaitan lokasi dan aduan yang diterima, kami bertolak ke lokasi yang dimaksudkan. Kami berangkat ke sebuah lokasi di Jalan Ipoh pada 11.53 pagi untuk membuat serbuan ke atas sebuah ki-

P

lang rempah ratus yang dipercayai memalsukan logo halal. Kilang rempah itu menghasilkan lebih 50 jenis produk, termasuk tepung muruku dan muruku segera. Melihat keadaan kilang itu dari luar sahaja, tekak saya berasa loya kerana persekitaran dan cara memproses begitu kotor. Tidak hanya sewenang-wenang menggunakan logo palsu Jakim tanpa kebenaran, syarikat pengilang tepung dan rempah ratus itu menimbulkan rasa jijik selepas didapati terdapat longgokan najis anjing bertaburan di dalam premis. Kilang itu menimbulkan rasa geli pihak berkuasa apabila didapati beroperasi dalam keadaan kotor selain tidak menepati syarat Amalan Pengilangan Baik (GMP) ditetapkan. Premis tersebut sebenarnya gabu-

ngan empat buah rumah kedai yang ditukar menjadi kilang dan gudang untuk menyimpan rempah ratus dan berbagai-bagai produk yang berkaitan, manakala di bahagian luar kilang tersebut terdapat najis merpati bertaburan. Di dalam kilang kelihatan seorang pekerja memasukkan tepung ke dalam mesin pengisar tepung maruku dengan berpakaian selekeh, tidak menutup rambut dan tidak berkasut, manakala di bahagian kakinya dipenuhi tepung. Terdapat sembilan pekerja yang majoritinya pendatang asing berada di merata tempat di dalam kilang yang sempit dan berbahang. Operasi kilang yang diketuai seorang pengurus cuba menyakinkan pegawai Jakim dan KPDNKK yang dia memang menitik beratkan soal halal.


Apabila diminta ditunjukkan sijil halal, dia mengeluarkan sijil yang keluarkan oleh syarikat swasta. Sijil itu diperoleh daripada International Food Research Centre (IFRC). Hampir kesemua produk kilang itu mempunyai kelulusan dari IFRC yang tidak diiktiraf Jakim. Tapi pengilang itu telah menggunakan logo Jakim pada bungkusan plastik produknya. Ini menunjukkan ia cuba mengelirukan pengguna dengan memberi gambaran yang produknya telah mendapat kelulusan halal Jakim. Pemeriksaan awal mendapati syarikat berkenaan mengilang pelbagai produk makanan antaranya, tepung maruku, rempah ratus, dadih, acar dan pelbagai produk lain untuk pasaran tempatan serta eksport. Pengilang telah sewenangwenang menggunakan logo palsu Jakim tanpa kebenaran. Keadaan kilang jika dilihat dari luar pun sudah cukup untuk memualkan, jijik dan kotor. Tepung muruku diletakkan atas lantai tanpa alas. Penyodok tanah pula digunakan untuk mengangkut tepung itu. Lantai yang dipenuhi tepung dan rempah yang bertaburan, tiada lampu ataupun tingkap untuk cahaya masuk yang menjadikannya tempat kegemaran tikus dan lipas. Apabila masuk ke bahagian belakang kilang, apa yang mengejutkan adalah najis anjing bertaburan di dalam kilang itu. Kelihatan anjing yang telah dikurung dalam sangkar, anjing-anjing tersebut mungkin dilepaskan pada waktu malam. Tidak mustahil jika anjing itu berjalan di serata tempat menyimpan rempah ratus. Kilang itu bagaikan berada di negara kelas ketiga. Terdapat suatu bilik di dalam kilang tersebut yang dijadikan tempat tinggal para pekerja. Bilik yang sempit itu diinapi sembilan pekerja dan kelihatan tin beer dibuang bertaburan di luar bilik tersebut. Apabila disoal kenapa ia menggunakan logo halal Jakim sedangkan tidak mendapat kelulusan, pengurus kilang menjawab. “Bila apply Jakim ambil masa lama.� Pengurus kilang tersebut menyatakan beliau terpaksa menggunakan logo itu kerana plastik untuk bungkusan dicetak semasa pengilang masih mempunyai sijil daripada Jakim. Oleh kerana kelambatan Jakim memberi kelulusan mereka terpaksa menggunakan bungkusan yang telah siap dicetak dengan logo Jakim. Tetapi ini adalah taktik yang selalu digunakan untuk cuba melepaskan diri setelah tersepit.

Lihatlah betapa kotornya tempat pemprosesan rempah dan tepung muruku.

Najis anjing dan botol minuman keras kelihatan bertaburan di lantai.

Mengikut pemeriksaan yang telah di buat ke atas rekodnya didapati kali terakhir syarikat terbabit membuat permohonan adalah pada 2007. Salah seorang pegawai yang bertugas menyindir beliau dengan berkata, “Sijil awak mati pada 2007, takkan dah tiga tahun bungkusan yang ada logo Jakim tak habis-habis lagi.� Pengilang tersebut sengaja mencetak logo Jakim ke atas bungkusan produknya untuk melariskan jualan. Dia merayu agar diberi masa untuk menepati syaratsyarat mendapatkan sijil halal. Tetapi pihak Jakim dan KPDNKK tidak dapat bertolak ansur dalam hal ini. Pengurus diarahkan mengumpul semua produknya yang mempunyai logo halal Jakim untuk dirampas. Barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM80,000. Kesemua barangan itu menggunakan logo halal tanpa kelulusan. Pada masa yang sama, Ustaz Amri Mac 2010

cuba mendapatkan bantuan Kementerian Kesihatan untuk memeriksa kilang tersebut kerana keadaannya cukup kotor dan menjijikkan, mungkin boleh menyebabkan keracunan makanan. Mengikut pengalaman Ustaz Amri, kilang yang kotor begitu selalunya diarahkan tutup oleh KKM. Siasatan ke atas rekod pengilang tersebut untuk memastikan barang yang perlu dirampas berakhir pada jam empat petang. Kesemua barangan yang dirampas dimuatkan ke dalam lori untuk dihantar ke stor KPDNKK di Nilai, Negeri Sembilan.

Minyak masak tiada logo halal

Sebelum itu, pada jam 11.08 pagi, lokasi yang menjadi sasaran adalah sebuah premis yang menjalankan perniagaan membungkus dan memborong minyak makanan di Bolton Park, Gombak. Setelah tiba di lokasi, lapan pegawai


FOKUS

iaitu empat daripada Jakim dan empat daripada KPDNKK masuk ke premis untuk membuat pemeriksaan. Kira-kira lima minit kemudian, kami dibenarkan masuk, setelah didapati pengusaha tersebut menyalah gunakan logo halal Jakim. Premis yang terbuka luas itu mempunyai dua pekerja bukan Islam dan seorang perempuan berumur sekitar 50an yang mendakwa sebagai isteri kepada majikan. Ketika serbuan dibuat, kegiatan pembungkusan minyak masak sedang giat dilakukan. Minyak masak dimasukkan ke dalam plastik yang tidak mempunyai tanda halal tetapi plastik yang telah siap

Minyak masak dimasukkan ke dalam plastik yang tidak mempunyai tanda logo halal tetapi plastik yang telah siap dibungkus diletakkan di dalam kotak yang mempunyai tanda halal.

Minyak yang dibungkus di dalam kotak yang mempunyai logo halal yang tidak mendapat kelulusan Jakim.

Pegawai Jakim, Raja Alias Raja Ali memeriksa produk yang menggunakan logo halal palsu dalam serbuan yang dijalankan, baru-baru ini.

dibungkus diletakkan di dalam kotak yang mempunyai tanda halal kerana ini boleh mengelirukan pembeli dan kotak yang mempunyai tanda halal itu adalah milik syarikat lain yang mempunyai logo dan nama syarikat yang telah mendapat kelulusan dari Jakim. Alasan yang diberikan oleh wanita tersebut ialah kotak yang digunakan itu adalah lebihan kotak yang diberikan oleh syarikat yang pernah menjadi pelanggan mereka. Wanita itu cuba menyalahkan Jakim dan berkata, “Kita orang sudah mintak tapi you orang tarak kasi. Habis apa macam!� Ustaz Amri menjawab, “You pekerja Islam takde macam mana kita mau bagi.� Setelah diperiksa, didapati pengusaha tersebut sebenarnya telah memohon pada 2006 tetapi tidak memenuhi beberapa kriteria piawaian yang ditetapkan. Selepas siasatan lanjut ke atas rekod yang disimpan oleh pengusaha tersebut pegawai KPDNKK mendapati kotak itu telah dibeli dengan harga RM0.60 dan bukannya lebihan daripada membuat kerja pembungkusan untuk syarikat pemilik kotak tersebut. Tujuan sebenarnya adalah untuk menjimatkan kos kerana untuk mengeluarkan kotak dengan jenama sendiri, ia akan memakan kos RM1.20.

Bagaimanapun, pegawai KPDNKK mendapati minyak tersebut dijual mengikut plastik dan bukannya kotak setelah membuat semakan resit belian oleh pelanggan. Jadi ini membuktikan penggunaan kotak tersebut hanyalah untuk tujuan penyimpanan dan bukannya untuk mengaut untung dengan menggunakan logo halal. Setelah meneliti kes tersebut, Jakim mendapati bukti tidak cukup untuk mengambil tindakan yang akan berakhir dengan pendakwaan di mahkamah. Pengusaha tersebut diberi amaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Amaran hanya diberikan setelah pihak Jakim dan KPDNKK yakin yang kesalahan itu bukan bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai tetapi sebaliknya untuk mengurangkan kos penyimpanan. Walaupun mengikuti serbuan Jakim, tidak ada situasi yang cemas tetapi, ia telah membuktikan yang logo halal Jakim lebih dari sekadar standard kebersihan makanan sahaja. Dengan menampal logo halal Jakim ia boleh menguntungkan syarikat sehingga ada yang sanggup memalsukannya. Selepas melihat keadaan kilang itu, saya ingin mempersoalkan adakah syarikat swasta sebagai pengeluar sijil halal seperti IFRC boleh diyakini integritinya.


ERKATAAN ‘halal’ membawa erti luas mengenai cara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyibah iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘ halalan’. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah. Wartawan Milenia Muslim, SALAWATI HARIS menemubual secara eksklusif Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk al-Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir untuk mendapatkan pandangan beliau berkaitan isu halal yang sering membelenggu masyarakat Islam negara ini.

P

Apakah yang dimaksudkan dengan halalan thoyyibah dalam Islam? Thoyyibah merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat (tidak bercanggah) dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT. Justeru itu, dalam kehidupan kita seharian seharusnya perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan mestilah ikhlas kepada-Nya. Soal makanan dan ibadat tidak boleh dipisahkan kerana makan itu juga satu ibadat. Meskipun makanan itu baik dan tidak beracun, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya. Batas yang baik itu

sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal tetapi juga baik seperti halalan thoyyibah yang dianjurkan dalam agama. Apakah kepentingan memakan makanan halal dalam melahirkan keturunan yang baik? Pada asasnya pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak, sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh. Selain itu, ia juga merangkumi aspek keimanan, tidak degil, mendengar kata dan nasihat serta dapat memelihara Mac 2010

h ba

Makanan yang tidak baik akan menghasilkan jiwa yang tidak baik, manakala makanan yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, mudah menerima pembelajaran, cerdik akal dan bersifat mulia.

an Thoy yi lal

Ha

Makanan halal prasyarat doa makbul

jiwa dari kekotoran. Dalam membentuk perkahwinan, pemilihan pasangan yang baik sangat penting kerana darah yang baik itu akan menghasilkan keturunan yang baik. Dalam konteks keturunan, pemakanan halal akan memberikan kesan kepada fizikal kerana seseorang manusia itu terdiri daripada jasad dan roh. Pemakanan yang tidak baik akan menghasilkan jiwa yang tidak baik, manakala makanan yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, mudah menerima pembelajaran, cerdik akal serta bersifat mulia. Orang Islam tidak dibenarkan memakan benda yang haram dan benda yang ‘syubhah’ (tidak jelas halal haramnya) termasuklah ibu yang sedang mengandung kerana segala yang dimakannya akan menjadi sumber fizikal anak di dalam kandungannya. Sebab itu Islam menyarankan agar para ibu mengandung memakan makanan yang suci lagi halal serta menjauhkan benda yang ‘syubhah’ kerana pemakanan ini akan membentuk sahsiah diri seseorang. Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya diga-


FOKUS

riskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab. Benarkah memakan makanan tidak halal atau ‘syubhah’ itu boleh menyebabkan doa seseorang itu tidak diterima Allah? Ya. Halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan terima doa orang yang mengandungi bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.” Pada zaman Nabi Musa AS ada dikisahkan seorang yang berdoa bersungguh-sungguh dengan tangannya diangkatkan ke langit tetapi doanya tidak diterima Allah. Nabi Musa berasa hairan kerana doa lelaki tersebut tidak diterima Allah. Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah mengapakah doa lelaki itu tidak diterima. Allah menjawab, doanya tidak diterima kerana di dalam perutnya ada benda yang haram dan di belakangnya ada juga ada benda yang haram (pakaiannya). Malah di rumahnya turut dipenuhi dengan benda yang haram dan disebabkan itulah doanya tidak diterima. Bagi diri setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT itu sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadat. Ia juga bermaksud, sekiranya ‘otak’ itu cacat maka ibadat lain turut cacat sama. Bagi orang beriman, doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan kepada manusia khususnya bagi orang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Seringkali kita melihat di sesetengah restoran yang diragui kehalalannya terdapat ramai orang Islam makan di dalamnya. Apa pandangan Datuk terhadap senario ini? Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar masyarakat pada hari ini amat kurang memberi perhatian terhadap soal halal haram kerana salah faham

terhadap konteks halal yang dikatakan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terlalu yakin dan tidak memeriksa keadaan restoran dan pemiliknya kerana menganggap asalkan makanan itu tidak beracun dan bersih ia sudah memadai. Sedangkan kita sepatutnya memastikan dengan bersungguh-sungguh makanan yang kita makan itu benar-benar halal agar ia tidak memberi kesan terhadap fizikal, roh dan keturunan kita. Ramai yang tidak prihatin dan tidak memeriksa dengan betul sama ada sesebuah restoran itu benar-benar halal atau sebaliknya kerana mungkin mereka beranggapan restoran tersebut mempunyai sijil halal. Ada juga restoran yang ala Barat mendapat sijil halal tetapi di cawangannya tidak mendapatkan pengesahan tentang Datuk Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir kehalalannya. Ada juga hanya minumannya sahaja yang mendapat pengesahan halal sebaliknya terdapat haja jika mengetahui pemilik dan penjual banyak makanan lain yang menggu- orang Islam. nakan menu mengandungi ayam atau Bagi barang import pula, kita harus daging lembu yang tidak dapat disahih- memastikan ia mendapat pengiktirafan kan kehalalannya. halal antarabangsa dan disahkan halal Dalam hal ini, penggunalah yang ha- oleh kerajaan Malaysia. rus berhati-hati kerana impak memakan makanan yang tidak halal dan diragui Dalam hal ini adakah wajar penkehalalannya amat besar dan hanya dapat guatkuasaan dan undang-undang dirasai pada jangka masa yang panjang. dipersalahkan? Tidak wajar kerana seharusnya diri Masyarakat pengguna pada hari ini ada individu itu sendiri memantau bagi yang tertipu dan secara tidak sengaja memastikan makanan yang dibelinya itu memakan makanan yang tidak halal. halal. Perkara ini termasuklah dalam soal Apa pandangan Datuk? ibadat seperti memastikan wuduk dan Memang benar perkara ini berlaku sembahyang kita itu sah. Penguatkuasa dalam masyarakat seperti secara tidak hanya akan melakukan sekadar yang sengaja termakan atau tidak tahu binatang mereka mampu lakukan sahaja. Justeru yang dimakannya itu tidak disembelih itu, sudah menjadi tanggungjawab indimengikut syarak, tertipu memakan ayam vidu memastikan memperoleh makanan mati (bangkai) dan secara tidak sengaja halal demi kepentingan amal, ibadat dan memakan makanan yang diproses den- keturunan. gan cara yang tidak bersih. Dalam hal Sebagaimana yang telah saya sebutkan, ini Islam mempunyai keindahannya yang masyarakat perlu dididik supaya berhatitersendiri dan kesannya boleh berubah hati ketika membeli makanan terutama mengikut keadaan. daging sama ada lembu atau ayam yang Justeru, saya ingin menasihatkan para benar-benar disahkan kehalalannya bupengguna yang mahu membeli daging kan hanya pandangan secara rambang atau ayam sama ada di pasar atau di kedai semata-mata. supaya memastikan penjualnya beragama Masyarakat hendaklah cermat dan berIslam, tempat yang dikunjungi dan barang hati-hati dalam menentukan kehalalan yang dibeli itu benar-benar meyakinkan. itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil haJika berada di luar negara, memadailah sa- lal sahaja tidak mencukupi kerana pada


ketika ini ramai yang gemar menipu sijil halal. Kita jangan harapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit dan sukar dan mereka juga terpaksa memantau banyak benda di kawasan yang luas. Ditambah dengan tabiat manusia gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna. Apakah hukum apabila makanan halal dicemari dengan makanan yang tidak halal? Para ulama tidak sepakat dalam isu campuran ini. Bagaimanapun menurut Imam Syafie, sekiranya berlaku percampuran yakni makanan halal dan tidak halal yang tidak boleh dipisahkan, maka akan dimenangkan yang haram yakni makanan itu haram dimakan. Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.” Hadis ini sudah tentu cukup menjadi iktibar kepada kita supaya menjauhi makanan yang haram dan memakan makanan daripada sumber yang haram. Seharusnya kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Perincikanlah di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya? Bagaimana mungkin perut yang terisi daripada makanan yang haram itu dapat menjelmakan keperibadian yang soleh? Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana dipercayai mengandungi gelatin kapsul daripada babi. Apa pandangan Datuk? Perubatan pada asasnya suatu yang halal. Seandainya tidak ada pilihan lain ia dinamakan ‘darurah’ dan dibolehkan dengan beberapa syarat. Perkara ini ber-

balik kepada sikap individu. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, undang-undang yang paling baik ialah diri kita sendiri. Kita tidak seharusnya hanya mengharapkan undang-undang dikuatkuasakan ke atas penggunaan kapsul babi ini sebaliknya mengambil langkah bijak dengan memilih klinik atau hospital yang dimiliki orang Islam. Dalam hal ini kita mempunyai pilihan. Rasulullah pernah menyebut bahawa benda yang haram itu bukan ubat sebaliknya penyembuhnya ialah Allah. Pada ketika ini ramai doktor yang beragama Islam sudah mula peka dengan kepentingan halal dalam perubatan dan seharusnya sudah menjadi tanggungjawab orang Islam agar lebih peka dengan soal ini dengan mendapatkan rawatan di klinik-klinik atau hospital yang dimiliki orang Islam dengan harapan

babitkan mereka yang mempunyai usia perkahwinan mencecah sehingga 30 tahun. Salah satu puncanya jika diselidiki ia disebabkan oleh pasangan itu telah keluar daripada landasan yang sepatutnya dan tidak menjaga soal pemakanan. Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima. Orang yang beriman dikehendaki supaya amalnya bersih dan dikehendaki juga supaya hati dan jiwanya digeraki dengan kekuatan darah yang bersih dari makanan yang haram serta pakaiannya dihiasi dengan pakaian yang bersih dari yang haram. Pernah ditanya orang kepada Ibn Abbas tentang seorang yang bekerja tetapi melakukan penganiayaan dengan mengambil yang haram. Kemudian orang itu bertaubat lalu mengerjakan haji, memerdekakan hamba dan bersedekah. Ibnu Abbas menjawab dengan ringkas tetapi tegas, “Sesungguhnya yang kotor itu tidak akan menghilangkan yang kotor.”

Bagaimanakah bentuk keberkatan jika kita mengamalkan pemakanan halal? Dalam membicarakan soal makan minum, satu perkara yang subjektif untuk diperkatakan ialah keberkatan. Keberkatan ini tidak ada dalam kamus agama lain tetapi wujud dalam kaedah Islam. Pengamalan memakan makanan yang datang daripada sumber halal mempunyai keberkatan. Misalnya rasa bahagia, jiwa rasa tenteram, mempunyai anakanak yang baik dan mengambil berat doktor-doktor Islam ini akan mengambil kebajikan, rasa sentiasa cukup dengan diskripsi ubat yang tidak menggunakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT dan kapsul yang mengandungi gelatin babi. sebagainya.

Pengamalan memakan makanan yang datang daripada sumber halal mempunyai keberkatan. Misalnya rasa bahagia, jiwa rasa tenteram, mempunyai anak-anak yang baik dan bertanggung jawab.

Apakah kerosakan moral dan keruntuhan institusi kekeluargaan pada hari ini salah satunya berpunca daripada memakan makanan yang tidak halal? Ya. Pada masa ini berlaku pelbagai perkara yang di luar jangkaan seperti bunuh membunuh membabitkan ahli keluarga, menagih dadah, menipu, merompak, merogol, berzina dan lainlain perkara yang dilarang oleh Islam. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan institusi kekeluargaan yang dibina tidak dibina dengan asas dan kaedah Islam yang sebenar termasuklah memakan makanan yang haram, memakan makanan daripada hasil yang tidak halal, mengamalkan riba serta memakan sesuatu yang bukan haknya. Banyak juga perceraian berlaku mem-

5 Mac 2010

Apakah saranan Datuk kepada umat Islam agar mereka sentiasa memastikan bahawa makanan yang mereka makan itu halal? Seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab. Pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh.


FOKUS

h ba

an Thoy yi lal

Ha

6

Sijil halal boleh dibeli?

Ustaz Amri Abdullah menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta.

Walaupun Jakim bagaikan harimau tidak bertaring, ia tetap mampu menangani isu pengusaha dan pengilang yang cuba mengaut keuntungan tanpa menitik beratkan soal halal haram produk yang dikeluarkan. Oleh SHAHFIZAL MUSA Foto JASMAN MD NOOR

AZIMNYA, makanan dan minuman yang dikeluarkan di Malaysia yang dicanang sebagai negara Islam, tidak diragui soal halal dan haram, tapi ramai tidak tahu tahap integriti sijil halal yang dikeluarkan. Setakat ini yang boleh dikesan ada empat syarikat swasta mengeluarkan sijil halal. Soalnya, adakah sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta boleh dipercayai di sebalik matlamat utama mereka untuk mengaut keuntungan? Penolong Pengarah Pemantaun Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Amri Abdullah berkata, memang ada sijil halal dikeluarkan pihak swasta seperti sijil daripada International Food Research Centre (IFRC). “IFRC adalah suatu syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Masalahnya, ia tidak diiktiraf oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Selangor atau pun kerajaan Malaysia. Yang diberi mandat untuk menjalankan akiviti persijilan halal hanya dua sahaja iaitu Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri,” kata beliau. Walaupun mandat hanya diberikan kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam

L

Negeri, masih ada pihak mendapatkan sijil halal dari pihak swasta. Persoalannya, kenapa syarikat ini memilih syarikat swasta untuk mendapatkan sijil halal? Hujah yang diberikan oleh pengusaha ini adalah tempat mereka dikunjungi pelancong luar, jadi mereka memerlukan logo halal yang bertaraf antarabangsa dengan memasukkan perkataan ‘ international’ di atas sijil tersebut. Tetapi realitinya syarikat-syarikat itu gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Jakim. “Syarikat yang gagal mendapatkan sijil halal dari Jakim akan pergi ke syarikat swasta, yang mana berdasarkan pengalaman kami syarikat swasta ini tidak mengikut piawaian halal yang ditetapkan oleh Jakim,” ujar Ustaz Amri. Perbezaan antara sijil halal Jakim dengan sijil halal swasta amat ketara. Sijil halal Jakim mengikut konsep halalan thoyyibah ini mengambil kira aspek kebersihan secara menyeluruh, melebihi piawaian antrabangsa seperti Good Manufacturing practice (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Point yang terjamin dari aspek keselamatan dan penyediaan makanan. “Persijilan halal Jakim mengamalkan

konsep ‘ from farm to table’ daripada ladang hinggalah ke meja makan. Kalau kita hendak periksa penternak ayam kita juga akan periksa makanan yang diberikan pada ayam berkenaan. Contohnya, kalau ayam itu diberi makan sebahagian besar daripada sumber haram maka ia dianggap sebagai haiwan halal tetapi memakan makanan yang kotor. Haiwan ini haram dimakan dan fatwa untuk itu sudah ada. Haiwan yang halal tetapi diberi makanan dari pada sumber haram ataupun makanan yang diternak dalam kolam najis, maka hukumnya adalah haram,” kata Ustaz Amri. Kesilapan masyarakat menilai halal atau tidak makanan adalah bergantung kepada dua aspek iaitu ‘pork free’ atau bebas khinzir dan aspek cara penyembelihan. Kalau makanan sudah disembelih dengan betul kita telah anggap sudah lepas tanggung jawab walaupun ada aspek lain yang belum diambil kira. Ustaz Amri menerangkan, ramai tidak menyedari aspek halal merangkumi penyediaan dan pembungkusan. Beliau juga menyatakan kepentingan untuk menilai secara menyeluruh ini.


“Faktor pemakanan ini perlu diambil kira dalam pembentukan generasi Islam. Sebab itu kita lihat generasi sekarang dikenali dengan strawberry generation, lembik dan tidak mempunyai daya ketahanan dari segi Islam,” katanya. Sijil halal syarikat swasta hanya mengambil kira aspek makanan sahaja dan jarang mengambil kira aspek penyediaan. Salah satu contoh adalah IFRC yang telah memberikan sijil halal kepada sebuah kilang rempah yang diserbu di ibu negara, baru-baru ini . Melihat keadaan kilang itu yang mempunyai najis anjing bertaburan ia menimbulkan persoalan bagaimana sijil halal dikeluarkan IFRC. Aspek penyediaan makanan perlu diambil kira kerana halal bukan yang terbatas kepada ibadah sahaja. Ini kerana jika kita menganggap remeh perkara itu ia akan memberi akibat yang tidak diingini. “Contohnya, ayam yang kita sembelih putus halkum pada dasarnya memang halal tetapi kalau diletakkan atas lantai yang boleh menyebabkan kuman semolina bakteria dan sebagainya dari segi Islam tidak memenuhi konsep halalan thoyibbah itu tadi. Maka sebab itulah sebab ramai orang kena penyakit dan sebagainya kerana makan makanan kotor,” jelasnya. Justeru, Jakim akan sentiasa memastikan semua aspek itu dinilai sebelum sijil dapat dikeluarkan, ini menjadi satu masalah bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan semata-mata untuk keuntungan. Oleh kerana mereka terpaksa mendapatkan logo halal untuk melariskan jualan, ini membuka ruang kepada syarikat syarikat swasta untuk mengeluarkan sijil halal walaupun mereka tidak mengikuti piawaian yang sepatutnya. Apa yang menjadi persoalan kenapa sijil halal dari syarikat swasta ini tidak diharamkan atau mengapa tiada tindakan yang tegas diambil terhadap syarikat swasta yang mengeluarkan sijil ini. Ini disebabkan kepincangan undang-undang yang ada. Walaupun Malaysia mengaku negara Islam tetapi Jakim sendiri tidak mempunyai akta untuk menangani isu halal. Untuk membuat serbuan, Jakim perlu mendapatkan pertolongan Kementerian Pembangunan Dalam Negeri dan Kemajuan Koperasi untuk mengambil tindakan. Ketiadaan akta ini adalah punca sijil halal diniagakan oleh syarikat swasta. Jakim hanya menumpang Akta Perihal Dagangan 1972 (APD) di bawah kuasa KPDNKK. Akta APD itu pincang untuk menangani kewujudan syarikat swasta yang megeluarkan sijil halal.

“Oleh kerana di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 tidak menyebut secara terperinci, maka peluang ini diambil pihak swasta yang mana ia juga mengeluarkan sijil halal dan logo halal swasta. Dari segi sudut tindakan undang-undang, memang jika dia menjual produk yang halal di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Cuma Jakim sedang buat penerangan kepada pengguna dan industri yang diiktiraf adalah Jakim sahaja kerana yang lain masih meragukan.” Walaupun Jakim bagaikan harimau tidak bertaring ia tetap mampu untuk menangani pengusaha yang cuba mengaut keuntungan tanpa menitik beratkan soal halal. “Tiada undang-undang khusus diletakkan bawah Jakim, Jakim ini ibarat harimau tanpa taring. Walau bagaimana pun cara yang kita gunakan memberi kesan yang besar. Kenapa saya kata begitu, apabila kita tarik balik sijil halal jika

Sebagai sebuah negara yang dilaung-laungkan hub halal, agak melucukan yang kita masih belum mempunyai Akta Halal.

dikenakan kompaun, mereka boleh bayar tetapi kami perlu memikirkan ada pengusaha yang kerugian sehingga RM1 juta sehari disebabkan sijil halal mereka ditarik balik,” kata Ustaz Amri. Kalau dilihat pada portal Jakim sendiri ternyata cara itu memang menjadi satu senjata pada Jakim. Semua senarai syarikat yang telah digantung atau ditarik balik sijilnya boleh didapati di laman web Jakim. Tetapi bagaimana pula dengan syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya? Jakim masih tidak mampu membendung mereka daripada beroperasi dan mengaut keuntungan daripada pengusaha yang telah gagal mendapatkan sijil halal dari pada Jakim. Sampai bilakah Jakim akan mampu menangani isu ini? Buat masa sekarang mandat diberikan kepada Jakim, tetapi kuasa tidak ada. Satu lagi isu adalah pengusaha restoran bukan Islam yang berlagak sebagai Islam dengan mem17 Mac 2010

pamerkan ayat al-Quran di dalam kedai. Contohnya, ada restoran nampak macam restoran ‘mamak’ tapi menjawab salam pun mereka tidak tahu. Ini kerana kulit sama hitam tetapi akidahnya tidak sama. Demi mengaut keuntungan mereka sanggup mengaku Islam. “Buat masa ini sudah ada draf pindaan pada Akta Perihal Dagangan untuk meletakkan nama Jakim dan Jais sebagai pengeluar sijil halal. Pindaan ini akan dilaksanakan oleh pihak KPDNKK untuk mendapat kelulusan Parlimen. Sekiranya ini berjaya diwartakan, tidak akan ada lagi kedai-kedai yang meletakkan ayat alQuran dan sebagainya untuk mengaburi mata masyarakat. Jakim juga akan mempunyai kuasa untuk menangani syarikat swasta seperti itu,” katanya. Apa pun Jakim telah berusaha untuk menangani isu halal ini dari setiap sudut yang mampu. Negara kita masih tidak menpunyai akta yang khas dalam isu halal. Sebagai sebuah negara yang dilaunglaungkan hub halal, agak melucukan yang kita masih belum mempunyai Akta Halal. Sama ada pindaan tersebut berjaya dibuat atau tidak, Jakim masih tetap tidak mempunyai aktanya sendiri. Akhirnya masyarakat masih menganggap makanan adalah halal jika pada dasarnya halal. Kalau merujuk kepada al-Quran konsep halal sebenarnya merangkumi semua aspek dari ladang hingga ke meja. Berapa ramai antara kita yang agak buntu apabila hendak meyakinkan ahli keluarga seperti isteri atau ibu sendiri tentang maksud halal yang sebenar. Ini kerana ramai yang mengambil mudah perkara ini. Asal ada logo halal saja tidak kira dari mana datangnya sijil tersebut, mereka berkata, “Ini sudah ada logo halal, cukuplah.” Hal ini belum masuk bab kosmetik yang dipakai wanita yang sanggup menghabiskan beratus ringgit tanpa mengira halalkah benda yang disapu di muka. Jadi untuk menangani isu halal atau tidak makanan, harus diambil berat oleh semua dan tidak kira di mana. Sifat ambil mudah ini adalah salah satu sebab kenapa syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal ini boleh bertapak. Melihat pada keadaan ini walaupun pihak Jakim bertegas yang ia mampu membuat pemantauan walaupun tidak ada akta yang khas untuk Jakim menangani isu. Amat memalukan sebagai sebuah negara yang cuba memasarkan jenama halal Malaysia tapi Jakim masih lagi terpaksa menagih ihsan KPDNKK untuk menjaga kepentingan umat Islam.


FOKUS

Bezakan label produk halal keluaran Muslim & bukan Muslim

h ba

an Thoy yi lal

Ha

18

Dengan anggaran industri halal dalam negara bernilai RM190 bilion setahun, ironisnya 85 peratus produk halal tempatan adalah keluaran syarikat bukan Islam sedangkan pengguna Muslim mencakupi 16.2 juta orang iaitu 60 peratus daripada populasi penduduk Malaysia.

Oleh FAIZAL RIDUAN Foto YUSRI SHAKJEE

K

ETIDA K PER IH ATINA N umat Islam terhadap sumber haram dalam penyediaan makanan harian adalah antara penyebab menjadikan mereka umat yang lemah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan rohani. Berbanding bangsa Yahudi dengan amalan Kosher iaitu suatu piawaian penyediaan makanan yang berpandukan Kitab Imamat di dalam Taurat, secara teorinya ia lebih kurang sama dengan konsep ‘halal’ yang diamalkan oleh ahli kitab dahulu tetapi dari segi praktikalnya ia berbeza dengan amalan Islam. Sama ada umat Islam bersetuju atau tidak, setidak-tidaknya amalan Kosher menunjukkan adanya signifikan pengambilan makanan yang bersih dengan pembawaan kualiti diri pemakannya. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan orang Yahudi yang hanya

mewakili 0.2 peratus daripada populasi penduduk dunia tetapi merupakan 54 peratus daripada juara permainan catur, 31 peratus pemenang Hadiah Nobel dalam kategori perubatan sementara 27 peratus lagi dalam kategori fizik. “Jika Yahudi mempunyai Sijil Kosher, Amerika Syarikat mempunyai Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP), Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan Kesatuan Eropah mempunyai Pematuhan Eropah (CE) sementara Australia mempunyai AJA mengapa umat Islam yang mewakili 1.8 bilion penghuni muka bumi iaitu populasi agama kedua terbesar dunia dengan pasaran industri halal dunia berjumlah RM6.93 trilion tidak mempunyai satu sistem akreditasi yang lebih teliti, seragam dan menyeluruh?” Kata

Ahmad Tajuddin Arshad


pengasas dan Pengerusi Islamic Manufacturing Practice (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad pada awal pertemuan. Menyedari kelompangan dan ketirisan dalam amalan pensijilan halal sedia ada, maka penjenamaan label IMP yang diperjuangkan Ahmad Tajuddin adalah nilai tambah kepada Sijil Halal untuk mewujudkan piawaian halalan thoyyibah berdasarkan hukum syarak, rantaian nilai Jakim dan jaringan perniagaan yang membabitkan pengilang, pemborong, peruncit dan terus kepada pengguna Muslim. Kini, hasilnya dapat dilihat melalui pengeluaran ratusan produk berasaskan biskut dan bakeri, produk kesihatan dan minuman produk sejuk beku, produk kosmetik dan produk bahan-bahan mentah yang mampu meletakkan sosio-ekonomi Islam di tengah gelanggang ummah. “Malah konsep IMP jelas keislamannya seawal kepentingan syuhadah melalui kalimah bismillah dengan pemprosesannya melalui tangan-tangan Muslim yang telah berwuduk, niat penyediaan bahan makanan sebagai tuntutan fardu kifayah, pengetahuan hukum toharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah, persekitaran mesra syariat seperti pendengaran bacaan al-Quran dan penggunaan air mutlak untuk pembersihan peralatan,” katanya yang pernah membawa delegasi IMP mendapatkan sokongan daripada Mufti Mesir. Piawaian IMP ini dilihat meletakkan garis pemisah yang jelas antara yang halal dan haram yang duduk letaknya saling sebelah menyebelahi menepati hadis Nabi SAW, “Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang syubhah (samar), maka barang siapa yang menjauhi perkara syubhah itu bererti dia telah menjaga agamanya.” (Riwayat alBukhari) Sejak Jakim memperkenalkan sijil halal pada 1974 iaitu lebih 35 tahun dahulu tidak banyak kemajuan yang dicapai umat Islam. Dengan anggaran industri halal dalam negara bernilai RM190 bilion setahun, ironisnya 85 peratus produk halal tempatan adalah keluaran syarikat bukan Islam sedangkan pengguna Muslim dianggarkan berjumlah 16.2 juta orang iaitu 60 peratus dari populasi penduduk Malaysia. Dengan statistik tersebut juga tidaklah ralat berlaku isu manipulasi

memilih untuk memiliki atau tidak sijil halal bagi produk keluaran mereka. Sebab itu kita lihat ketika hotel mengadakan perang promosi bufet Ramadan hakikatnya hanya 18 daripada 2,360 hotel sahaja yang memiliki sijil halal Jakim,” katanya. “Orang Yahudi sangat mementingkan amalan Kosher mereka sehingga piawaian kebanyakan kapal terbang antarabangsa menggunakan kaedah ini. Pramugari yang membuka makanan Kosher diwajibkan di kalangan penganut Yahudi, bekas makanan mesti dibalut tiga lapis dan membukanya pula perlu ikut cara Kosher. Sekiranya satu proses ini ditinggalkan maka produk itu dikira tidak mematuhi piawaian Kosher dan kilang berkenaan akan ditamatkan kontraknya. “Mereka sangat tegas sehingga sanggup membunuh orang yang mengkhianati makanan dan minuman mereka sebagaimana yang Pemeriksaan teliti produk yang dikeluarkan untuk dituntut dalam New Testamemastikan dalam keadaan halal, suci dan bersih. ment. Tetapi di negara Islam seperti Malaysia kesalahan sijil halal, penjenamaan Muslim oleh menyalahgunakan tanda halal oleh syapengusaha bukan Islam untuk menge- rikat atau pertubuhan hanya didenda lirukan pengguna Muslim dan produk tidak melebihi RM250,000 atau tiga yang mencurigakan status halal seperti tahun penjara atau kedua-duanya sekali Pau Ahmad dan produk mentah yang mengikut peruntukan Seksyen 3(1) (b), melambangkan barangan Islam seperti Akta Perihal Perdagangan 1972,” ujarnya tanpa berselindung. perkataan atau logo masjid. “Apalah yang boleh diharapkan dengan “Sudah sampainya masanya bagi Jakim memperkenalkan label halal keluaran sistem sedia ada yang hanya memantau Muslim bagi membezakannya dengan la- satu hari dalam setahun. Itu pun mereka bel halal keluaran bukan Muslim. Umat (dalam sehari) telah bersiap sedia sepeIslam perlu diberikan pilihan yang le- nuhnya seperti menghantar kenderaan bih adil untuk memenuhi tuntutan cara untuk pemeriksaan Puspakom. Adalah lebih baik kerajaan menhidup beragama mereka. Seperti di Brunei label halal Muslimnya berwarna hijau syaratkan setiap pengeluar produk sementara yang bukan Muslim berwarna halal melantik penguasa syariah lulusan kuning,” syornya bagi memperkasa aki- al-Azhar, misalnya sebagai pengawal kuadah dan sosio-ekonomi ummah apatah liti halal dalaman. Hanya dengan cara ini lagi untuk mendepani cabaran World mereka boleh berlaku jujur dan telus terTrade Organisation (WTO) dan Asean hadap piawaian halal,” katanya tegas. Beliau turut memberikan pandangan Free Trade Area (AFTA) yang akan menawarkan lambakan produk keluaran bahawa lulusan agama bukan sekadar negara yang status halalnya tiada hujung mengajar di bilik kuliah tetapi kerjaya mereka boleh dikembangkan seiring depangkal. “Di Malaysia, sijil halal bukanlah man- ngan peningkatan indikator industri halal datori. Ia tidak wajib. Pengeluar boleh di Malaysia.

19 Mac 2010


FOKUS

h ba

an Thoy yi lal

Ha

20

Bila lagi Akta Halal mahu digubal?

Pengguna Islam perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan supaya mereka meletakkan isu halal haram khususnya dalam makanan sebagai sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan hukum syarak.

Oleh DALIA ISMAIL

M

ALAYSIA memiliki piawaian tertentu seperti MS1500: 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia sebagai pelengkap kepada persijilan dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Piawaian ini mengambil kira unsur pematuhan terhadap Amalan Pengilang Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Namun begitu, sijil dan logo halal Jakim serta MS1500: 2004 bukan suatu yang diwajibkan ke atas pengilang dan pengusaha. Isu ini sebenarnya telah lama dipersoalkan oleh kebanyakan persatuan pengguna bagi memastikan rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam mempunyai keyakinan tinggi terhadap pengeluaran bahan makanan dan perkhidmatan yang disediakan adalah

menepati syarak. Bagi pengguna Islam terutama di kalangan yang begitu prihatin terhadap halal atau haram sesuatu produk makanan dan perkhidmatan yang berada di pasaran negara ini, pastinya was-was untuk membeli ayam di pasar raya besar, memasuki restoran makanan segera dan tertipu dengan pembungkusan mi, sosej, makanan laut yang mana terdapatnya logo ha-


lal palsu dan pemprosesan yang tidak untuk sentiasa memantau pihak pengi-

menepati kehendak syarak. Di manakah hak pengguna untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan halal di negara ini sekiranya terdapat sebahagian pengilang dan pengusaha terlalu memikirkan keuntungan dan tidak mengambil berat isu berkaitan keperluan mematuhi piawaian dan persijilan dan logo halal, semata-mata bagi mengelakkan kos pengurusan yang tinggi dan kurang kefahaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010 telah menyatakan mengenai penggubalan Akta Halal bagi memastikan semua produk halal dalam industri makanan dan perkhidmatan di negara ini menepati hukum syarak. Justeru, agensi yang dipertanggungjawabkan seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Tapi bila akta itu akan dibentangkan dan seterusnya dikuatkuasakan? Ketika ini ada beberapa peruntukan undang-undang berkaitan Prosedur Persijilan Halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972; Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985; Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan )1975 dan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), Seksyen 42 Bahagian V (Kesalahan Jenayah), jika mana-mana pihak disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan penggubalan Akta Halal kelak, ramai yang berharap isu `makanan halal’ atau sebarang perkhidmatan halal ini mampu ditawarkan kepada pengguna tanpa menimbulkan syak wasangka.

Akta halal bukan saja membabitkan makanan

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berpendapat, sekiranya akta ini digubal banyak perkara berkaitan kepentingan umat Islam di negara ini akan dapat diselesaikan. “Kita dapati penguatkuasaan berkaitan makanan halal di bawah Akta Perihal Dagangan bagi saya ada beberapa perkara yang menjadi kekangan antaranya kekurangan pegawai penguatkuasaan

lang dan pengusaha. “Walaupun kita masih mengguna pakai akta dan enakmen sedia ada tetapi penggubalan Akta Halal ini kelak, mempunyai ruang lingkup yang luas bukan setakat produk makanan tetapi produk perkhidmatan lainnya seperti perbankan dan insurans juga terikat dengan akta ini,� ujarnya. Dr Maamor juga berkata, di dalam penggubalan akta ini perlu dijelaskan sama ada ia tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Sivil. Pada pandangan beliau adalah lebih baik diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Hal ini disebabkan dalam industri makanan, misalnya majoriti yang terbabit adalah golongan bukan Islam sebagai

Pengguna juga perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan agar mereka meletakkan isu halal haram ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan hukum syarak.

Datuk Dr Maamor Osman

pengeluar justeru golongan ini perlu patuh dengan peraturan dan standard yang ditetapkan oleh agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan. Justeru beliau amat menyokong langkah kerajaan untuk mewujudkan juga makmal pengendalian halal di Nilai di bawah RMK10 dengan peruntukan RM10 juta. Makmal ini diharap dapat membuat analisis bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna bukan sahaja dari segi halal dan haram terhadap produk makanan malah berkaitan dengan penggunaan racun kimia yang boleh membahayakan kesihatan juga adalah haram dimakan. “Maksud halal dan haram ini luas dan masyarakat perlu memahami dari

INFO

Awas! Perhatikan kod ini pada produk makanan yang anda beli kerana ia mengandungi lemak babi. 1 E 10 0 16 E 2 8 0 31 E 4 3 4 4 6 E 4 8 2 2 E 110 17 E 3 0 0 3 2 E 4 3 5 4 7 E 4 8 3 3 E 1 2 0 18 E 3 0 1 3 3 E 4 3 6 4 8 E 4 91 4 E 14 0 19 E 3 2 5 3 4 E 4 4 0 4 9 E 4 9 2 5 E 14 1 2 0 E 3 2 6 3 5 E 4 4 1 5 0 E 4 9 3 6 E 1 5 3 2 1 E 3 2 7 3 6 E 4 7 0 51 E 4 9 4 7 E 16 0 2 2 E 3 3 4 3 7 E 4 7 1 5 2 E 4 9 5 8 E 161 2 3 E 3 3 5 3 8 E 4 7 2 5 3 E 5 4 2 9 E 2 10 2 4 E 3 3 6 3 9 E 4 7 3 5 4 E 5 7 0 10 E 2 1 3 2 5 E 3 3 7 4 0 E 4 74 5 5 E 5 7 2 11 E 2 14 2 6 E 4 2 2 4 1 E 4 7 5 5 6 E 6 31 1 2 E 2 16 2 7 E 4 3 0 4 2 E 4 76 5 7

21 Mac 2010


22

FOKUS

setiap sudut. Jika kita mencampurkan sejenis bahan kimia yang boleh merosakkan organ badan dalam jangka masa panjang jika makanan itu diambil, itu juga dikatakan haram jika kita mengetahuinya. Jika ada makmal sedemikian ia akan melengkapkan bukti untuk membuat pendakwaan terhadap pesalah yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dalam akta itu di mahkamah sivil,” ujarnya. Bagi memastikan isu makanan halal menepati keperluan syarak beliau menggesa semua pihak harus bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual mematuhi peraturan serta garis panduan ditetapkan bagi menangani isu penipuan dan penyelewengan. Malahan pengguna juga perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan agar mereka meletakkan isu halal haram ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan hukum syarak.

Label ‘Tidak Halal’ lebih berkesan

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Shaani Abdullah, menjelaskan perlu diwujudkan satu garis panduan yang jelas dan mudah difahami oleh semua pihak khususnya pengeluar dan pengilang dari skala kecil hingga besar mengenai kefahaman mereka terhadap kepentingan halal dan pematuhan kepada persijilan halal dari Jakim dan Jabatan Standard Malaysia. Ini kerana penyebaran maklumat berkaitan persijilan, logo, dan standard halal masih rendah di kalangan pengeluar dan pengguna di negara ini.

Bil

Tarikh

1.

1/6/2009

2. 3. 4. 5.

Perkara

Kategori

Set C Ayamas Batu 10, Cheras tidak dijual kepada orang Islam 22/1/2009 Restoran lima bintang, mengambil ayam dan daging meragukan dari Subang 23/1/2009 Ada logo halal tetapi pekerja bangsa Cina dan Myanmar (Lokasi Desa Sri Hartamas) 29/1/2009 Mi Udang didakwa dicampur daging babi di Pavillion 1/7/2009 Tiada sijil sah dari Jakim di Seksyen 11, Bandar Sunway

Makanan Restoran Restoran

Status Dalam siasatan PPIM Dalam siasatan PPIM Dalam siasatan PPIM

Medan Selara Dalam siasatan PPIM Restoran Dalam siasatan PPIM

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Kesedaran pengguna amat penting sebagai ejen pendesak kepada pengilang dan pengusaha agar mereka mengeluarkan dan menjual produk halal di pasaran.

“Walaupun persijilan dan standard halal itu menepati keperluan syarak tetapi pada masa sama ada pengusaha menggunakan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim terutama di restoran makanan segera, restoran dan kedai makan. “Begitu juga dengan standard halal tidak diwajibkan terutama kepada pengusaha berskala sederhana dan besar melainkan mereka memohon untuk mendapatkan piawaian itu bagi tujuan pasaran dan mendapatkan keyakinan pelanggan dalam dan luar negara. “Apabila persijilan dan logo halal serta standard `tidak wajib’ dipohon oleh pengusaha ini memberi ruang kepada pengusaha untuk tidak memenuhi tuntutan syarak. Sebenarnya keyakinan terhadap produk halal berbalik kepada pilihan pengguna yang bijak untuk mendesak pengusaha mematuhi peraturan yang di tetapkan Jakim dan Jabatan Standard Malaysia,” ujarnya. Justeru, Shaani mencadangkan perlu ada penguatkuasaan atau disyaratkan sebagai satu keperluan wajib kepada pengusaha bagi mereka mematuhi kehendak Mohd Shaani Abdullah syarak dalam proses pengeluaran, penye-

diaan, pengendalian dan penyimpanan produk makanan halal di negara ini. Kesedaran pengguna amat penting sebagai ejen pendesak kepada pengilang dan pengusaha untuk mengeluarkan dan menjual produk halal di pasaran. Jika pengguna mahukan jaminan halal pengusaha dan pengeluar terpaksa patuhi. Pengguna mesti menuntut hak mereka untuk mendapatkan produk halal walaupun tanpa `logo halal’ digunakan oleh pengusaha. “Kerajaan harus mensyaratkan jika sesuatu produk atau perkhidmatan makanan itu tidak halal semestinya dilabelkan sebagai ‘Tidak Halal’ ia lebih memberi kesan kepada pengguna Islam daripada menggunakan logo halal Jakim bagi mengelakkan umat Islam terkeliru kerana terdapat bermacam-macam jenis logo halal di restoran-restoran makanan segera. Adakah logo-logo yang ditampal di dinding dan pintu masuk restoran itu, ia diiktiraf Jakim?” Soalnya. Beliau juga menegaskan, penyebab tidak berkesannya logo halal kerana sikap pengguna sendiri yang masih mengunjungi restoran-restoran berkenaan kerana terdapatnya logo halal walaupun tanpa mempedulikan sama ada produk dan perkhidmatan itu halal. “Pengguna sering tertipu dengan produk makanan. Ini kerana kerajaan tidak ada satu sistem yang boleh memastikan produk itu benar-benar halal. Jika tidak ada pemantauan secara jitu isu produk halal dan haram ini sukar ditangani semata-mata bergantung kepada permohonan logo halal dan standard sahaja. Jika tiada pemantauan pihak berwajib, kita tidak mampu pastikan adakah produk dihasilkan itu menepati syarak,” jelasnya.


INFO

Apa yang dilarang

Apa yang dibolehkan

*Surah Al-Baqarah, ayat 173: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” *Al-Anaam, ayat 145: “Katakanlah: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain dari Allah, Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” *An-Nahl, ayat 115: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

*Al-Baqarah, ayat 168: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” *Al-Maidah, ayat 88: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.” *Al-Maidah, ayat 93: “Tidak ada dosa bagi orang yang beriman serta mengerjakan amal solih pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” *Al-Maidah, ayat 96: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagimu dan juga bagi orang yang dalam pelayaran; dan diharamkan atasmu memburu binatang buruan darat selama kamu berihram. Dan bertakwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu dihimpunkan.”

Kes 1

Produk makan ringan keropok udang yang mana pengguna meragui status `halal’ kerana terdapat logo halal tetapi kod bar produk ini tidak disenaraikan Jakim. Ia diragui tidak halal kerana dipercayai mengandungi lemak babi seperti kod E110.

Tindakan PPIM

Pihak kami telah menghubungi Jakim untuk mengesahkan status halal syarikat berkenaan. Jakim akan mengambil tindakan yang selanjutnya memandangkan syarikat berkenaan tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.

Kes 3

Kes 2

Produk sotong gula diragui kehalalannya kerana diproses menggunakan bulu babi yang digunakan untuk membersihkan sotong. Produk ini mendapat kelulusan halal tetapi telah ditarik balik. Bagaimanapun pihak pengusaha didapati masih menggunakan logo halal.

Tindakan PPIM

PPIM telah menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bagi menyelesaikan kes ini yang mana pihak jabatan agama telah ke kilang itu untuk disamak. PPIM juga telah menghantar aduan kepada pihak KPDNHEP dan kini hanya menunggu tindakan daripada kementerian.

23 Mac 2010

Kilang mihun di Selayang, yang mana pekerjanya berbangsa Cina memakai seluar pendek semasa pemprosesan mihun dilakukan dan terdapat beberapa tin arak diletakkan bawah meja di kilang itu Siasatan dilakukan mendapat anjing juga berkeliaran di kilang itu. Kilang ini mengunakan cap barangan yang boleh mengelirukan pengguna Islam iaitu cap masjid sedangkan pemerosesan dilakukan di kalangan bukan Islam dan diragui status halal yang digunakan.

Tindakan PPIM

Aduan pengguna itu telah dibawa kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan PPIM telah menjalankan siasatan ke atas kilang itu.


24

FOKUS

Di pasar raya

halal dan oduk makanan

pr

Pemeriksaan dilakukan untuk

menentukan kualiti ayam yang

gkan.

asanya diasin

tidak halal bi

disembelih sebelum dijual.


an Thoy yi lal

Ha

h ba

Halalkah apa yang kita makan?

rlu dilakukan

kus rempah pe Proses membung ih. rs be di premis yang

Sekadar mempunyai label halal saja tidak cukup kerana masih ada pengeluar dan penjual menipu sijil halal.

Pelbagai makanan sejuk beku di pas halal tetapi adakah logo halal yan aran yang mempunyai logo g digunakan itu tulen?

Pastikan anda m

embeli burger ya

Memp

g ditetapkan Jakim.

ngikut peraturan yan

embelih perlu me roses ayam yang dis

25 Mac 2010

ng tertera label

halal yang diper akui Jakim.


FOKUS

h ba

Bahaya babi

an Thoy yi lal

Ha

26

menurut Islam dan sains Kajian saintis Islam dari Jerman mendapati memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan sahaja berbahaya tetapi boleh menyebabkan meningkatnya kandungan kolesterol dan memperlambatkan proses penguraian protein dalam tubuh yang mengakibatkan kemungkinan diserang kanser usus, iritasi kulit, eksim dan rematik.

Oleh SALAWATI HARIS

I

SLAM adalah agama yang memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Pengharaman terhadap babi (khinzir) dan suruhan agar umat Islam memakan makanan halal adalah untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia dan sudah pasti mempunyai hikmah tertentu. Antaranya bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah SWT, menjaga kesejahteraan, kebersihan, kesihatan serta menyelamatkan manusia dari sebarang kerosakan. Al-Quran turut mengingatkan umat Islam berhubung pengharaman babi dan akibat memakan binatang yang tidak disembelih iaitu pengamalnya dianggap fasik. Firman Allah SWT dalam Surah

INFO

al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: penyakit kerana babi adalah pembawa “Diharamkan kepada kamu (memakan) kepada cacing yang memasuki badan bangkai, darah, daging babi, binatang- manusia yang membawa jangkitan seperbinatang yang disembelih kerana yang ti Trichinella Spiralis dan Taenia Solium. Menurut saintis Islam dari Jerman, Dr lain dari Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang Murad Hoffman, memakan daging babi mati dimakan binatang buas, kecuali yang dijangkiti cacing babi bukan sayang sempat kamu sembelih, yang disembeli atas nama berINFO hala, dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak Masybuh dalam ramuan makanan panah. Yang demikian itu Terdapat bahan-bahan tambahan makanan (food adadalah perbuatan fasik.� ditives) yang diragui (masybuh). Ia boleh jadi halal atau Daripada kajian yang diharam bergantung kepada sumber ambilan. Bahanlakukan saintis didapati bahan tambahan makanan tersebut seperti stabilizer, memakan daging babi boleh emulsifier, flavour, colouring dan sebagainya. menyebabkan seseorang diBerikut beberapa contoh bahan-bahan ramuan tamhinggapi sehingga 70 jenis bah makanan yang berstatus masybuh atau syubhah yakni tidak jelas dari segi halal haramnya:

Sumber gelatin 80 peratus daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah daripada kulit babi. 15 peratus dari kulit haiwan bovin (binatang berkaki empat) seperti kerbau dan lembu. 5 peratus dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir, ikan dan poultry (binatang berkaki dua). Menurut Dr Abdul Karim Alias (USM) dalam kertas kerja yang dibentangkan di World Halal Research 2009, 90 peratus pengeluar gelatin dunia yang kebiasaannya diambil dari lembu (bovine) dan babi (porcine) adalah tidak halal. Jakim hanya mengiktiraf sumber gelatin halal hanya dari Pakistan dan China sahaja. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi sehingga 70 jenis penyakit.

Kandungan Antioxidant Animal fat Collagen Animal shortening Enzyme Fatty acids Gelatin Glycerol stearate Hormones Lard Monoglycerides Phospholopids Whey

Renin/renet/polysorbate Shortening Cholestrol Diglyceride Ethoxylated mono di glyceride Fungal protease enzyme Glycerol/ Glycerine Glycogen Hydrolyzed animal protein Lipids Pepsin (enzyme) Tallow


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.