Milenia Muslim November 2009

Page 1



November

009

1


www.mileniamuslim.com.my

7

10

26

Bingkisan Keberkesanan ajaran Sifat 20 Resipielakbadaimelandarumah tangga 5 langkah didik anak sayangi alam sekitar Kedairuncitdihimpitpasarraya

1001 TAFSIRAN 6 7 8 9

FOKUS PembesaranMasjidilHaramguna teknologi canggih Amanah besar Dr Ismawi TanahHaram&sejarahMakkah Nabi Ibrahim & puteranya bina Kaabah Terpaksa korbankan lokasi bersejarah Wajah-wajah Kota Makkah

Dengarlah & hulurlah

nota siswa 33

5pendirianbersamaPKPIM–PII 56 Graduan perlu proaktif fahami persekitaran 57 Guna akal perangi sifat jahiliah 58

34

ummah

kembara minda Hubungan antara agama di Malaysia

Wanita:Berbeza tapi jangan didiskriminasikan Doktor mi segera

negara tetangga 10 14 18 20 23 24

Isu penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar

renung & fikir Memiliki jiwa kental & berani

Jahanamibliscelakalahsyaitan 42

Dahlah sakit, kena bebel lagi... 44

FAKTA BERGAMBAR Lihatlah Keajaiban Ilahi

GLOBAL

Jahat sangat ke orang kita?

tanggungjawab sosial

kesihatan

Sentuhan kasih kukuhkan ukhuwah

30

GIS bantu tingkat pengeluaran & kualiti padi

66

48

ekonomi

50

Dinar emas: Senjata baru 70 umat Islam Mekanismestabilkanekonomi 73 negara Islam

TEROPONG MEDIA

Gaddafi:HangJebatduniaIslam 28

65

sains & teknologi

iktibar

Elak kembali ke zaman jahiliah 26

63

38

IQRAQ

kerana nila setitik

60

Migrain:Gumpalanwappanas 52 dalam kepala

KATA BIDALAN ‘Mendungdihulupetandahujan, cerah di langit petanda panas’ 75


Bil 87 NOVEMBER 2009

48 70

92 50

60

sajak Nafsu manusia

keluarga 76

PEGANGAN Bencanatandaamaran&balasan 77

senaman Senaman Pernafasan Asmaul Husna

80

ADAB Cukup teguhkah iman kita?

84

buku & kritik TransformasiimandiTanahSuci

84

silang kata islam

95

Kewajaranterusbekerjaselepas 92 usia bersara

macam-macam Minum 3 juta gelas air 94 zamzam sehari Isteri PM Jepun mengembara 94 naik UFO?

akhir kalam Aidiladha atau Aidilfitri: Mana lebih utama

96

MUKA HADAPAN ProjekmegapembesaranMasjidilHarammemangdialu-alukanolehsemuaumatIslam seluruhduniakeranamerekatidakperlumenunggugiliranterlalulamauntukmenunaikan fardhuhaji.IlustrasidanlakarankotaMakkahmodenyangdipaparkandimukahadapan majalahinidandihalamanlainmemangcantikdancanggihtetapiiabelumlagidiputuskanolehkerajaanArabSaudi.KitatunggutahundepanapabilaRajaArabSaudimemilih dan menentukan pelan sebenar projek mega itu.

REVIU FILEM Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu

86

kembara Kepulan awan & budak bakal nabi

88

November

2009


MEJA EDITOR

Penerbit

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W) (dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554 87-W))

Projek mega untuk manfaat umat Islam Berdasarkan laporan Tabung Haji, jika umat Islam Malaysia mendaftar nama untuk menunaikan fardu haji ke Tanah Suci Makkah tahun ini, mereka hanya berpeluang menjadi ‘Tetamu Allah SWT’ menjelang tahun 2025, kira-kira 16 tahun lagi. Tempoh itu sudah pasti agak lama dan berkemungkinan ada yang meninggal dunia terlebih dulu dalam senarai menunggu. Hal ini disebabkan kerajaan Arab Saudi mengenakan kuota cukup ketat berikutan ketidakupayaan negara itu menampung terlalu ramai jemaah yang sudah bersedia dan mampu untuk mengerjakan haji. Namun, kerajaan Arab Saudi mengambil langkah proaktif untuk memastikan lebih ramai umat Islam seluruh dunia berpeluang menunaikan Rukun Islam kelima itu. Justeru, projek mega pembesaran Masjidil Haram yang mengutamakan pembangunan rohani dan konsep mesra alam terpaksa dilakukan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Islam mengerjakan ibadah haji. Bagaimanapun, usaha itu bukan mudah. Banyak faktor terpaksa diambil kira seperti merobohkan premis perniagaan dan hotel termasuk yang baru lima tahun dibina. Untuk itu, kerajaan Arab Saudi terpaksa membayar pampasan sehingga RM6 bilion kepada pemilik 1,400 premis yang dirobohkan. Lebih menyedihkan apabila tapak tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak jauh dari Kaabah turut terbabit dalam projek pembesaran itu. Malah untuk memberi keselesaan kepada jemaah, satu projek monorel berharga RM6.25 bilion menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Mudzalifah sedang dibina dan dijangka boleh digunakan oleh jemaah haji untuk musim tahun depan. Bagaimanapun, kita amat berbangga kerana rakyat Malaysia turut terbabit dalam merangka, merancang dan melaksanakan projek mega itu. Pemilihan Profesor Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen mewakili Malaysia menganggotai Panel Antarabangsa Pembesaran Masjidil Haram membuktikan rakyat Malaysia mampu mencurahkan idea untuk membantu merealisasikan projek yang cukup penting kepada umat Islam sejagat. Apa yang kita harapkan dengan pelaksanaan projek pembesaran di kota Makkah itu, umat Islam Malaysia tidak akan menunggu giliran terlalu lama untuk menunaikan fardu haji. Kita juga berharap kuota jemaah haji Malaysia ditambah daripada 27,000 orang sekarang kepada lebih 50,000 orang setahun.

Zainuddin Ayip

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603- 73 54 6 Faks: +603- 73 54 5 Ketua Editor Kumpulan Editor

Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com Zainuddin Ayip zainudin.ayip@mmpcommunications.com

Editor Agama

Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com Penulis Faizal Riduan faizalriduan@mmpcommunications.com Wartawan Salawati Haris sal@mmpcommunications.com Dalia Ismail dalia@mmpcommunications.com Kolumnis

Penyumbang

Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady

Pengarah Seni

Hanna Khairuddin hanna@mmpcommunications.com Pereka Grafik Jaztina Alias jazz@mmpcommunications.com Pereka Grafik Korporat Dalila Kamarudin dalila@mmpcommunications.com Jurufoto Kanan Asraf Dahari ashraf@mmpcommunications.com Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan Naqiuddin Wan Yaacob, Jasman Md Noor Penyelidik Foto

Arman Yusuf

Web Mohd Hafizi Md Tahir Pengurus Kanan Pemasaran Penolong Pengurus Pengiklanan Eksekutif Jualan Pengurus Produksi & Pengedaran Eksekutif Produksi Eksekutif Pengedaran

Eksekutif Langganan

Pencetak

Omar Ahad omar@mmpcommunications.com Ann Norizad Muhamad Zain ann@mmpcommunications.com Azam Akbar Ramamam, Zakhwan Rizak, Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com Widya Natasya Md Salleh Rizal Abdul Rahman Mohamad Zairull Mohd Yusof ShahrulAzrin Shaharuddin Zulkeflee Abdullah Ridzuan Besiri

Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Milenia Muslim diterbitkan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA. www.yadim.com.my Tel: +603- 74 6077 Faks: +603- 76 330

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah 4


November

009

5


BINGKISAN

Keberkesanan ajaran

Sifat 20

U

mat Islam di alam Melayu lazimnya menghafal ‘wujud ertinya ada dan ada lawannya tiada, qidam ertinya sedia lawannya baharu’ dan seterusnya sebagai sifat Allah SWT atau yang dinamakan sebagai Sifat 20. Berpuluh-puluh malahan beratus buku yang diterbitkan dan sudah diajar sebagai mata pelajaran asas oleh barisan ulama dalam sistem pengajian agama Islam khususnya sistem pengajian pondok hingga ke hari ini. Sifat 20 telah membawa mesej yang begitu indah kepada umat Islam, antaranya Wahdaniah (Allah Maha Esa), Qudrat (Allah SWT Maha Berkuasa), Ilmu (Allah SWT Maha Mengetahui) dan sebagainya. Namun, mengapa masih lagi ramai orang Melayu 6

sering menjauhi diri daripada Allah SWT dengan melakukan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT seperti meminta bantuan bomoh, tukang tenung, tukang tilik, ilmu hitam, ilmu pengasih dan sebagainya. Apakah mereka hanya menghafal tanpa memahami kandungannya atau mereka memahami tetapi kurang berkeyakinan dengan apa yang sudah mereka faham? Siapakah yang bertanggungjawab terhadap persoalan itu? Guru-guru perlu membuat penilaian apakah murid-murid mereka sudah memahami semua kandungan yang telah disampaikan? Adakah para ustaz telah memenuhi semua mesej yang ingin disampaikan menerusi ajaran Sifat 20? Jika murid-murid sudah memahami dan ustaz telah memenuhi kesemua mesej yang ingin disampaikan oleh ajaran Sifat 20, maka, adakah mereka pernah menyucikan diri selaku guru dan muridmurid mereka daripada segala syirik dan maksiat yang menjadi prasyarat dalam pengajaran dan pembelajaran. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-hikmah (sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Surah al-Baqarah, ayat 129). Dalam Surah Al-Jumuaah 62:2 pula, Allah SWT berfirman bermaksud, “Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah (as-sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” Untuk rekod saya amat hairan apabila seorang guru agama bertanya dalam Seminar Pemantapan Sains dan Agama: Keharmonian dalam Krisis pada 2003. Bagaimanakah kita akan menjelaskan kepada murid-murid apabila mereka bertanya tentang bukti adanya Allah SWT sedangkan kita tidak dapat melihat-Nya? Menurut Imam Al-Ghazali sekalipun akal itu benar-benar ada dan pasti ada, tetapi bentuknya tidak dapat dilihat, tidak dapat diraba dan tidak pula dapat diamati; dan buahnya tidak dapat dicium, rupanya tidak dapat diketahui, bahkan ia tidak meminta makan. Lantaran itu, teks yang sempurna, pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang serta menyucikan ustaz dan murid-murid mereka dari segala syirik dan maksiat adalah prasyarat dalam proses menjayakan setiap mata pelajaran khusus ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Allah SWT. DR MASAKAREE ARDAE @ NIK MUHAMMAD SYUKRI NIK WAN AL-FATANI Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM).


Resipi elak badai melanda rumah tangga

K

etika bercinta semuanya indah belaka tetapi apabila sudah berkahwin ada saja yang tidak kena. Hal ini membuktikan bukan mudah untuk mengatur hidup berumahtangga apa lagi jika tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menyara dan membesarkan anak-anak. Sebab itulah ada pasangan yang belum setahun berkahwin sudah memutuskan untuk bercerai. Ada juga yang sudah melayari bahtera rumah tangga selama 10 tahun juga tidak berjaya dipertahankan. Lebih menyedihkan ada yang sudah bergelar datuk dan nenek terpaksa bercerai kerana pelbagai sebab. Untuk memastikan perkahwinan dapat dikekalkan, banyak resipi boleh dituruti. Cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran suami isteri dalam semua aspek. Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting. Selain daripada aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan

hidup rumahtangga Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan. ‘Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan. Isu keintiman hidup suami isteri dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan. Keintiman bukan bermaksud melakukan hubungan seksual saja, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam perhubungan. Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan fizikal. Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. Jadi dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan. Hakikatnya, seks adalah salah satu kehendak dan naluri manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu

ikatan yang sah. Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain. Dalam melayari bahtera rumahtangga, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga. Dalam melayari sebuah rumahtangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Kita tidak mahu badai besar merempuh rumahtangga. Oleh itu sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling baik. Berterus teranglah dengan pasangan, dan jika boleh jadikan pasangan kita sebagai kawan karib yang boleh berkongsi suka dan duka. HAJAH ROZIAH RAHMAT, Bakri, Muar, Johor. November

2009


FOKUS

Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih Apabila siap kelak, kawasan ibadat itu dijangka boleh menampung 1.5 juta orang di bahagian dalam, manakalakawasanluarmampumenempatkansehingga10jutajemaahkhususnyapada musim haji dan Ramadan. Pem b 10

n o ra Lap has k

aram lH

aran Masjidi es

M Oleh ZAINUDDIN AYIP

asjidil Haram di kota Makkah al-Mukarramah ketika ini menjalani proses pembesaran dalam usaha memuatkan kira-kira 500,000 lagi jemaah khususnya pada musim haji. Ia adalah projek terbesar yang akan menyaksikan perubahan pada wajah masjid paling suci itu. Untuk itu, kira-kira 1,400 bangunan di kawasan yang dikenali sebagai Shamiya dan Subaika serta beberapa tempat bersejarah terpaksa dikorbankan dan kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kira-kira RM6 bilion untuk membayar pampasan kepada pemilik bangunan terbabit.


Projek baru itu meliputi kawasan bermula di Jalan Masjid Al-Haram dan Gazza di timur hingga ke Jalan Jabal Al-Ka’bah serta Tanah Perkuburan Shubaika di barat. Ia juga merentasi Jalan Abu Sufyan, Raquba, Jalan Abdullah ibn Zubair, Shamiya, Jabal Hindi, Jalan Khalid ibn Walid dan Shubaika hingga ke Jalan Jabal Kaabah. Terowong pejalan kaki menghubungkan kawasan utara dengan kaki lima baru masjid itu juga termasuk dalam projek berkenaan. Usaha meratakan Jabal Umar juga giat dijalankan. Apabila siap kelak, beberapa hotel lima bintang akan dibina di sepanjang jalan itu. Perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram yang sedang

giat dijalankan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah. Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah yang ingin menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal. Apa yang pasti, projek pembesaran Makkah ini menggunakan teknologi tinggi bagi menaiktaraf infrastruktur yang ada ke tahap lebih baik dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah.

Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam.

November

2009 11


FOKUS

Pem b

n o ra Lap has k

aram lH

aran Masjidi es

Nabi Ibrahim & puteranya bina Kaabah Kota Makkah adalah sebuah bandar yang penting di Semenanjung Arab sejak zaman pra-Islam, sebagai pusat perkembangan agama, perniagaan dan pusat kesenian. Kegemilangannya kekal hingga kini.

M

akkah pada asalnya ialah sebuah wadi atau paya yang tidak ada apa-apa tumbuhan. Ini jelas seperti diterangkan melalui ďŹ rman Allah SWT yang bermaksud: “Ya Tuhan Kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di samping rumah suciMu. Ya Tuhan kami, supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikanlah hati manusia cenderung kepada mereka, dan kurniakanlah buah-buahan untuk menjadi rezeki mereka.â€? - (Surah Ibrahim, ayat 37) Menurut riwayat Al-Bukhari, orang yang mula-mula mendiami lembah itu ialah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Mereka dibawa Nabi Ibrahim ke situ dan hanya ditinggalkan bersama mereka sebuah karung kecil berisi buah tamar dan kendi berisi air. Selang beberapa hari, maka habislah makanan dan minuman itu dan kering pula air susu Siti Hajar. Lantaran itu Siti Hajar berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Marwah, untuk melihat jika ada air atau ada orang yang boleh memberi makanan kepada mereka. Pada kali yang ketujuh kelihatan oleh Siti Hajar, malaikat menjelma sebagai burung yang sedang mematuk tanah dengan paruhnya dekat kaki Ismail dan tiba-tiba keluar air daripada tempat itu. Menurut riwayat lain, air itu terpancar di kaki Ismail waktu ia menangis dan menghentak kakinya di tempat itu. Air yang keluar itu lantas dikepung oleh Siti Hajar dan sekarang ia dikenali dengan nama telaga Zamzam. Sejak itu, orang Arab datang ke Makkah untuk melihat anak bertuah itu dan lama kelamaan banyak yang terus menetap di situ, kerana senang mendapat air. Air adalah sumber penting di padang pasir, apa lagi timbulnya dengan cara agak luar biasa. 0


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sentuhan kasih kukuhkan ukhuwah

Program Sentuhan Kasih diperkenalkan bukan sahaja untuk meneruskan tradisi syarikat bagi membantu anggota masyarakat yang memerlukan ketika musim perayaan, tetapi juga untuk menyemai dan menyemarakkan semangat memberi dan kesukarelawanan di kalangan kakitangan PETRONAS.

S

Oleh FAIZAL RIDUAN Foto JASMAN MD NOOR / IHSAN PETRONAS

etiap kali menjelang Ramadan, sebilangan kakitangan PETRONAS begitu teruja menunggu pengumuman mengundang mereka menjadi ‘ibu bapa’ angkat kepada kanak-kanak yang memerlukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka inilah masanya untuk secara sukarela menyumbang dari segi kewangan serta masa bagi meraikan kanak-kanak pelbagai kaum dalam usaha menjadikan lebaran mereka lebih ceria lagi. Tahun ini, kakitangan PETRONAS di Kuala Lumpur menaja 240 orang kanak-kanak dari tujuh buah rumah amal sekitar Lembah Klang sebagai tetamu khas mereka di majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri. Acara ini merupakan kesinambungan tradisi yang dimulakan lima tahun lepas bagi berkongsi keceriaan Aidifitri dengan menaja kanak-kanak pilihan mereka dari rumah amal yang telah dikenalpasti di bawah Program Sentuhan Kasih. Untuk kali ini kanakkanak tersebut membabitkan penghuni Pusat Jagaan Kanak-Kanak Klang Utama seramai 21 orang, Rumah Siraman Kasih seramai 71 orang, Rumah Amal Limpahan Kasih seramai 36 orang, Rumah Silaturrahim Nurul Qana’ah seramai 18 orang, Rumah Sentuhan Budi seramai 19 orang, Rumah Baitul Ehsan seramai 41 orang dan Yayasan Sunbeams Home terdiri daripada 34 orang. 30

Program ini turut diadakan di pejabat-pejabat wilayah PETRONAS di seluruh negara membabitkan sejumlah 750 orang kanak-kanak, ibu dan bapa tunggal, keluarga miskin dan golongan lanjut usia. Program Sentuhan Kasih sebenarnya dirangka dan diperkenalkan bukan sahaja untuk meneruskan tradisi syarikat bagi membantu anggota masyarakat yang memerlukan ketika musim perayaan, tetapi juga untuk menyemai dan menyemarakkan semangat memberi dan kesukarelawanan di kalangan kakitangan PETRONAS. Acara di Lembah Kelang yang berlangsung pada 4 September lalu bermula dengan kanak-kanak yang berumur antara lima dan 13 tahun bertemu dengan ‘ibu bapa’ angkat masing-masing sebelum mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ceria bercorak pendidikan berkonsepkan Explore Race selama tiga jam di Suria KLCC yang dikendalikan oleh PETROSAINS, Galeri PETRONAS dan Dewan Filharmonik PETRONAS di ibu negara. Sepanjang aktiviti tersebut, kanak-kanak serta “ibu bapa” masing-masing melawat enam tempat pemeriksaan di PETROSAINS, Galeri PETRONAS, Dewan Filharmonik PETRONAS, kedai buku Kinokuniya, kedai alat permainan Toys’R’Us, dan pasarraya Isetan/Parkson bagi melengkapkan senarai tugasan yang diberi. ‘Ibu bapa’ juga menggunakan peluang tersebut untuk membeli-belah barangan keperluan seperti


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


NEGARA TETANGGA

Isu penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar

Usah pandang sebelah mata

Jika isu di Palestin mendapat perhatian sewajarnya dengan hebahan yang cukup meluas dalam media arus perdana dan kutipan tabung amal secara besar-besaran, mengapa usaha yang sama tidak dibuat bagi meringankan penderitaan dan menamatkan episod duka etnik Rohingya?

Antara bentuk penindasan: Banyak masjid dimusnahkan dan ditutup. Masjid dan madrasah tidak dibenarkan untuk dibesarkan mahupun diperbaiki manakala membina masjid baru dilarang dibina sama sekali. Rampas harta benda, tanah dan binatang ternakan milik etnik Rohingya dan diagihkan kepada penduduk Buddha Myanmar. Pembunuhan tanpa perbicaraan dilakukan secara berterusan ke atas ribuan penduduk terutama golongan pemuda dan pelajar madrasah sejak tahun 1989 lagi. Menyekat perkahwinan sesama Islam untuk mengelak pertambahan penduduk. Perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dianggap sebagai satu jenayah dan dihukum penjara antara 4 dan 7 tahun. Peluang pekerjaan disekat akibat dasar kerajaan tidak menganggap etnik Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah. 38


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


November

2009 47


fakta & angka

Lihatlah Keajaiban Ilahi

Tulisan Allah dalam tomato

Bukit berwajah manusia Gambar berbentuk wajah manusia ini ditemui di sebuah bukityangdikenalisebagaiBukit Senyumiaitusebuahkawasan peninggalansejarah diMachu Picchu, Peru.

Kalimah dalam daging lembu Amatmenakjubkan.NamaAllahdan nama nabi bertulisan Arab tertera pada beberapa potongan daging lembu yang ditemui di sebuah restoran di utara Nigeria, Afrika. 48

SesunggguhnyaAllahSWTMaha Berkuasa dan dapat menjadikan apasaja.Penemuanbuahtomato yangmemperlihatkannamaAllah iniadalahsatukeajaibanIlahiyang sukarterjangkauolehakalfikiran.


Ombak membentuk kalimah LihatlahbetapahebatnyaciptaanAllahSWT.KelihatannamaAllah jelaskelihatandarilautanyangdiambildaripadapandanganatas sebuah satelit Apollo II.

Muka bumi Afrika Nama Allah kelihatan jelas di atas mukabumibenuaAfrikayangdiambil dari atas udara.

November

2009 49


Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

Milenia Muslim - membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi kandungan yang menyeluruh -

www.mileniamuslim.com.my

94


Bencana

PEGANGAN

tanda amaran & balasan

Malapetaka yang berlaku adalah tanda kemurkaan Allah, iaitu Dia menurunkan bala ke atas manusia kerana tindak-tanduk manusia sendiri yang telah menyimpang daripada ajaran agama.

S

Oleh ABU ISMAIL

ejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan pelbagai peristiwa bencana alam seperti letupan gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan hutan terbakar yang meragut ratusan nyawa manusia selain memusnahkan bangunan kediaman serta menghapuskan kawasan hidupan binatang liar. Ramai berpendapat bahawa bencana seumpama itu adalah malapetaka semula jadi disebabkan oleh halhal yang bersangkutan dengan keadaan fizikal keadaan setempat, iaitu gunung berapi, pergerakan bumi atau kerana cuaca.

Pelbagai teori yang membabitkan kiraan saintifik digunakan bagi menganalisis malapetaka itu. Pada pemikiran manusia, teori dan hasil kajian yang diadakan itu memang boleh diterima kerana ia masuk akal, lagipun tiada perselisihan faham di kalangan saintis yang berkaitan. Sehubungan itu, langkah-langkah dan peralatan memberi amaran telah dicipta dan dihasilkan dalam usaha hendak melindungi dan menyelamatkan manusia daripada menjadi mangsa malapetaka berkenaan. Namun begitu bencana alam tetap berlaku dengan meragut nyawa dan menimbulkan kemusnaNovember

009 77


KEMBARA

Kepulan awan & budak bakal nabi Lawatan ke Busra, Syria baru-baru ini membawa kenangan syahdu kisah Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil.

L

angit terang tetapi cuaca memang panas terik. Matahari memancar garang. Suhu tinggi, mungkin mencecah 40 atau 50 darjah celcius. Tidak ada angin bertiup. Begitulah biasanya di mana-mana padang pasirpun di Asia Barat. Cuaca seperti itu adalah pandangan biasa bagi Bahirah, seorang paderi dan pendeta yang sering berehat di beranda gerejanya. Tempat itu juga menjadi persinggahan kafilah-kafilah pedagang dari Makkah dan dari tempat lain untuk berdagang ke Sham sebuah pusat perdagangan terkenal masa itu. Tetapi pada hari itu, Bahirah melihat sesuatu yang ganjil, tidak biasa dilihat sebelum ini. Hal itu cukup menarik perhatiannya. Dia melihat kepulan awan bergerak perlahan semacam melindungi sebuah kafilah

88

pedagang lebih kurang 12-13 orang dari pancaran terik sang suria. Kafilah itu lebih kurang satu kilometer jauhnya bergerak menghampiri beberapa pohon kayu tidak jauh dari tempat Bahirah berehat. Bahirah leka melihat awan yang mengikuti kafilah itu, bergerak langkah demi langkah perlahan-lahan mengikut lenggang-lenggok jalannya unta-unta yang membawa mereka. Setibanya kafilah itu di pohon-pohon kayu itu awan tadi berhenti. Aneh benar, fikir Bahirah. Lebih aneh lagi Bahirah melihat pula pohon-pohon kayu itu turut melentuk turun seolah-olah turut sama melindungi seseorang daripada kafilah itu dari terik panas matahari. Bahirah amat tertarik dengan pandangan ini dan ingin mengetahui kenapa kafilah ini dilindungi awan dan dahan-dahan pokok itu.




Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.