Operasi Ponteng Sekolah

Page 1

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPERASI PONTENG SEKOLAH SMKTI NAMA AGENSI KOD SEKOLAH NO. TELEFON N0. FAKS E-MAIL BLOG

: : : : : :

SMK TAMAN INDAH NEA 5057 06-4414479 06 -4413502 smktamanindah@gmail.com http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..


“APABILA KITA LEBIH POSITIF TERHADAP DIRI KITA, KITA AKAN MENJADI LEBIH BERJAYA DARIPADA YANG PERNAH KITA IMPIKAN” - Lila Awell

1.0 PENGENALAN Program operasi ponteng sekolah ini bertujuan untuk mencegah dan seterusnya membendung gejala ponteng sekolah yang semakin membimbangkan dalam kalangan murid. Hal ini memandangkan gejala ponteng sekolah telah mendorong berlakunya kegiatan salah laku lain yang lebih serius seperti melepak, mencuri, memeras ugut dan sebagainya. Tindakan semerta mestilah diambil oleh pihak sekolah secara tegas dan bijak mengikut peraturan dan pekeliling yang telah diperuntukkan. Semua sekolah diminta merujuk “Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah” yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin, Bahagian Sekolah – Kementerian Pelajaran Malaysia pada Mei, 1994. 2.0 MATLAMAT Program operasi ponteng sekolah ini diketengahkan dengan hasrat untuk memberikan kefahaman dan kesedaran tentang peri pentingnya menangani gejala ponteng sekolah melalui kaedah yang efektif dan terancang. Seterusnya apabila program ini difahami dan dihayati sepenuhnya, pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah dapat berfungsi dengan berkesan dalam menangani gejala ponteng sekolah. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menggalakkan murid datang ke sekolah. 3.2 Mengelakkan berlaku gejala negatif. 3.3 Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan murid. 3.4 Menyedarkan ibu bapa/ penjaga murid tentang gejala ponteng dalam kalangan anak mereka. 4.0 DEFINISI Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah. 5.0 IMPLIKASI Gejala ponteng sekolah mendorong berlakunya salah laku lain yang melibatkan murid. Jikalau tindakan segera dan serius tidak diambil ke arah menangani masalah ponteng sekolah secara berterusan nescaya gejala ini akan menjejaskan pencapaian akademik di peringkat sekolah, daerah dan Negeri Sembilan.

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 1


6.0 JENIS-JENIS PONTENG 6.1 Murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa/ penjaga. 6.2 Murid tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan ibu bapa / penjaga. 6.3 Murid yang berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa / penjaga. 6.4 Murid yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal untuk ke sekolah. 6.5 Murid yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti panjang ataupun cuti umum. 7.0 ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENYEBABKAN MURID-MURID PONTENG SEKOLAH 7.1 INDIVIDU - Malas. - Bekerja. - Tiada minat belajar. 7.2 PERSEKITARAN - Pengaruh rakan sebaya / rakan tua. - Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin. - Ikatan kejiranan yang longgar. - Tarikan kafe siber / pusat beli-belah. 7.3 KELUARGA - Keluarga kurang prihatin. - Kurang pengawasan. - Gaya hidup dalam keluarga. 7.4 SEKOLAH - Kurang pengawasan pentadbir. - Persekitaran dan iklim sekolah. - Pengurusan disiplin kurang cekap. - Kurang intervensi terhadap kes ponteng.

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 2


8.0 PROSES KERJA PONTENG SEKOLAH (BERTURUT-TURUT : 31 HARI) BIL PERKARA 1 Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari secara berturut-turut 2 2.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibu bapa / penjaga 2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca pelajar ponteng. 2.3 Memberikan cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir ke sekolah 2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab 3 3.1 Murid yang mempunyai masalah serius, akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling 3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru tingkatan seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah 4 Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-6 ) hubungi ibu bapa / penjaga 5

6

7 8

TINDAKAN Guru tingkatan

CATATAN

Guru tingkatan Guru disiplin PK HEM

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru tingkatan / Guru yang diberi kuasa Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 7 hari Guru tingkatan lagi ( Hari ke-10 ) selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah :Amaran Pertama dikeluarkan secara berterusan. 6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran Guru tingkatan ke Sekolah : Amaran Kedua kepada ibu bapa / Guru Bimbingan penjaga dan Kaunseling 6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca PK HEM murid ponteng. Pengetua 6.3 Jika punca yang sama, ibu bapa /penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji. 6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala 6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi Guru tingkatan / ( Hari ke-13) hubungi ibu bapa / penjaga Guru yang diberi kuasa

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 3


9

10

11 12

13

14

15

Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan ponteng selama 7 hari secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-17 ) 10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga 10.2 Perbincangan dengan ibu bapa /penjaga dan menjelaskan tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 31 hari secara berterusan 10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling. Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( hari ke-20) hubungi bapa / penjaga

Guru tingkatan

Guru tingkatan

Guru kaunseling Guru tingkatan / guru yang diberi kuasa Mengenal pasti murid yang ponteng selama 14 hari Guru tingkatan secara berterusan selepas surat amaran ketiga dikeluarkan ( Hari ke-31 ). Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan 14.1 Menghantar surat buang sekolah kepada ibu bapa / Guru tingkatan penjaga jika sabit kesalahan PK HEM 14.2 Murid diberi peluang membuat rayuan bersekolah Pengetua semula. Pendaftar sekolah JPNS Rekod kes / Kes selesai

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 4


PROSEDUR KERJA SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH (BERKALA : 60 HARI) PERKARA BIL 1 Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari secara berkala melalui Jadual Kedatangan Murid (JKM) 2 2.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibu bapa / penjaga 2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca murid ponteng. 2.3 Memberi cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir di sekolah 2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab. 3 3.1 Murid yang mempunyai masalah serius, akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling 3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru tingkatan seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah 4 Sekiranya masih ponteng 3 hari lagi secara berkala ( Hari ke-13 ) hubungi ibu bapa/penjaga.

5

6

7 8

Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 10 hari lagi ( Hari ke-20 ) selepas amaran pertama dikeluarkan secara tidak berturut-turut melalui JKM 6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah ; Amaran Kedua kepada ibu bapa / penjaga 6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca murid ponteng 6.3Jika punca yang sama, ibu bapa /penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji 6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala 6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-23) hubungi ibu bapa / penjaga

SMK TI 2012

TINDAKAN Guru tingkatan

CATATAN

Guru tingkatan Guru disiplin PK HEM

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru tingkatan / Guru yang diberi kuasa Guru tingkatan

Guru tingkatan Guru Bimbingan dan Kaunseling PK HEM Pengetua

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru tingkatan / guru yang diberi kuasa

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 5


9

10

11 12

13

14

15

Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan Guru tingkatan ponteng selama 20 hari secara berkala selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-40) 10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran Guru tingkatan ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga 10.2 Perbincangan dengan ibu bapa /penjaga dan menjelaskan bahawa tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 60 hari secara berkala 10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesai Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekiranya masih ponteng berkala 3 hari lagi ( hari ke- Guru tingkatan / 43 ) hubungi ibu bapa / penjaga. guru yang diberi kuasa Mengenal pasti murid yang ponteng selama 20 hari Guru tingkatan secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga dikeluarkan ( Hari ke-60). Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan. 14.1 Menghantar surat buang sekolah kepada ibu bapa / Guru tingkatan penjaga jika sabit kesalahan PK HEM 14.2 Murid dibenarkan meneruskan persekolahan Pengetua jika memberikan sebab yang munasabah. Rekod kes / Kes selesai

8.0 RUMUSAN Keberkesanan tindakan terhadap kes ponteng sekolah bergantung pada sikap guru kelas yang memberikan kerjasama secara berterusan kepada pentadbir sekolah. Pihak polis dan komuniti juga dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini dengan memberikan aklumat kepada pihak sekolah supaya tindakan segera dapat diambil jika berlaku kes ponteng sekolah di kawasan mereka.

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 6


LAMPIRAN AWAS 3.1 CARTA ALIRAN MENGENDALIKAN KES PONTENG SEKOLAH (BERTURUTTURUT)

Mula Kenal pasti murid yang ponteng tiga hari secara berterusan Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama kepada ibu Bapa Kaunseling Kenal pasti murid yang masih ponteng tiga hari lagi ( hari ke-6 ) dan hubungi ibu bapa Kes gugur

Kenal pasti murid yang ponteng tujuh hari secara berterusan selepas Amaran Pertama

Tiada asas

Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Kedua Kaunseling

Ponteng berturut-turut tiga hari lagi ( hari ketiga belas ) hubungi ibu bapa Kenal pasti murid ponteng tujuh hari berterusan selepas Surat Amaran Kedua Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah :Amaran Ketiga kepada ibubapa Kaunseling

Ponteng tiga hari lagi berturut-turut ( hari kedua puluh ) hubungi ibu bapa Tindakan buang sekolah 14 hari selepas Surat Amaran Ketiga

Rayuan bersekolah semula

Buang sekolah Selesai

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 7


LAMPIRAN AWAS 3.2 SENARAI SEMAK KES PONTENG BERTURUT-TURUT BIL

1 2

PERKARA

Kenal pasti murid yang ponteng 3 hari berturut-turut melalui Jadual Kedatangan Murid (JKM) Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama

3

Borang rujuk kaunselor

4

Hubungi ibu bapa/penjaga

5 6

Kenal pasti murid yang ponteng 10 hari berturut-turut melalui JKM Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Kedua

7

Borang rujuk kaunselor

8

Hubungi ibu bapa/penjaga

9 10

TINDAKAN (/)

Kenal pasti nama murid yang ponteng 17 hari berturut-turut melalui JKM Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Terakhir

11

Borang rujuk kaunselor

12

Hubungi ibu bapa/penjaga

13

Kenal pasti nama murid yang ponteng 31 hari berturut-turut melalui JKM

14

Surat buang sekolah

15

Rekod kes / Borang ponteng

SMK TI 2012

CATATAN(TARIKH DLL)

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.2

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 8


LAMPIRAN AWAS 3.3 CARTA ALIR MENGENDALI KES PONTENG SEKOLAH(BERKALA)

Kenal pasti murid yang ponteng 10 hari tidak berturut-turut Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama kepada ibu Bapa Kaunseling Kenal pasti murid yang masih ponteng tiga hari lagi ( hari ke-13 ) dan hubungi ibu bapa Kes gugur

Kenal pasti murid yang ponteng 10 berkala selepas Amaran Pertama (Hari ke-20)

Tiada asas

Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Kedua Kaunseling

Ponteng berturut-turut tiga hari lagi ( hari ke- 23) hubungi ibu bapa Kenal pasti murid (Hari ke – 40) yang ponteng 20 hari berterusan selepas Surat Amaran Kedua Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah :Amaran Ketiga kepada ibubapa Kaunseling

Ponteng tiga hari lagi berkala ( hari ke-43) hubungi ibu bapa Tindakan buang sekolah selepas 20 hari Surat Amaran Ketiga ( Hari ke – 60 ) Rayuan bersekolah semula

Buang sekolah Selesai

SMK TI 2012

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 9


LAMPIRAN AWAS 3.4 SENARAI SEMAK KES PONTENG BERKALA BIL

1 2

PERKARA

Kenal pasti murid yang ponteng 10 hari berkala melalui Jadual Kedatangan Murid (JKM) Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama

3

Borang rujuk kaunselor

4

Hubungi ibu bapa/penjaga

5 6

Kenal pasti murid yang ponteng 20 hari berkala melalui JKM Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Kedua

7

Borang rujuk kaunselor

8

Hubungi ibu bapa/penjaga

9 10

TINDAKAN (/)

Kenal pasti nama murid yang ponteng 40 hari berkala melalui JKM Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Terakhir

11

Borang rujuk kaunselor

12

Hubungi ibu bapa/penjaga

13

Kenal pasti nama murid yang ponteng 60 hari berkala melalui JKM

14

Surat buang sekolah

15

Rekod kes / Borang ponteng

SMK TI 2012

CATATAN(TARIKH DLL)

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.1

Borang Awas 3.2

“DISIPLIN TERAS KECEMELANGAN”

Page 10


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.