Operasi Ponteng kelas

Page 1

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPERASI PONTENG KELAS SMKTI NAMA AGENSI KOD SEKOLAH NO. TELEFON N0. FAKS E-MAIL BLOG

: : : : : :

SMK TAMAN INDAH NEA 5057 06-4414479 06 -4413502 smktamanindah@gmail.com http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..


1.0 PENGENALAN Sejak akhir-akhir ini kes ponteng kelas sama signifikannya dengan kes ponteng sekolah dan kes salah laku lain dalam kalangan murid. Senario ini jika tidak dibendung pastinya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan menjejaskan pencapaian akademik di sekolah. Di samping itu, kes ponteng kelas juga akan menimbulkan salah laku lain seperti merokok, mencuri dan sebagainya sehingga kadang-kala akan mengakibatkan kecederaan kepada murid-murid. Oleh hal yang demikian pihak sekolah mestilah mempunyai panduan atau tatacara bagi menangani kes ponteng kelas ini. 2.0 MATLAMAT Operasi ponteng kelas ini diketengahkan untuk memberikan kefahaman kepada warga sekolah tentang kaedah atau tatacara yang berkesan dan sistematik dalam menangani kes ponteng kelas dalam kalangan murid. Justeru, kes ponteng kelas dapat dibendung dan ditangani dengan berkesan 3.0. OBJEKTIF 3.1. Memastikan murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2. Mengelakkan murid terlibat dalam kes salah laku yang lain. 3.3. Mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini kepada murid. 4.0. DEFINISI Ponteng kelas boleh ditakrifkan sebagai keluar atau meninggalkan kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran guru. 5.0 IMPLIKASI Kes ponteng kelas jika tidak dibendung akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran , seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik merosot. Selain itu, dikhuatiri murid akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti merokok, membuli dan ponteng sekolah. 6.0 JENIS-JENIS PONTENG KELAS 6.1. Ponteng kelas akademik. 6.2. Ponteng kelas makmal. 6.3. Ponteng kelas Pendidikan Jasmani

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 1


7.0. ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENYEBABKAN PONTENG KELAS 7.1. Individu - Bekerja. - Tidak minat belajar. - Ketagihan rokok. 7.2. Persekitaran - Iklim kelas tidak kondusif - Pengaruh rakan sekelas. 7.3. Guru - Tidak prihatin. - Gagal mengawal kelas. - Teknik/kaedah mengajar “stereotaip” 8.0 STRATEGI PELAKSANAAN 8.1 Setiap sekolah mesti menyemak buku panduan bagi mengatasi masalah Ponteng kelas yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1994. 8.2 Maklumat murid ponteng hendaklah direkodkan pada setiap hari dengan menggunakan borang yang disediakan, oleh guru mata pelajaran yang masuk ke kelas (Borang Awas 4.1). 8.3 Borang Ponteng kelas hendaklah diserahkan oleh Ketua Kelas sebelum balik di bilik PKHEM/ Penyelaras Disiplin Sekolah. 8.4 Semua murid yang ponteng kelas mesti disiasat rapi oleh guru penyelaras disiplin bagi setiap kelas pada keesokan harinya. Nama murid yang ponteng kelas diserahkan kepada Guru Penyelaras Disiplin untuk dimasukkan dalam data SSDM. 8.5 Kumpulan murid ponteng mesti menjalani proses tindakan mengikut peraturan dan pekeliling yang diperuntukkan. 8.5.1

Sekali ponteng - Amaran Lisan 3 kali ponteng - Amaran Pertama ( SSDM kes salah laku) dan maklumkan kepada Ibu bapa/penjaga. Rujuk murid kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. 8.5.2 Lebih 3 kali - Amaran kedua dan rotan satu kali 8.5.3 Lebih 7 kali - Amaran terakhir 8.5.4 Lebih 10 kali - Gantung sekolah 8.6 Laporan ponteng setiap bulan mesti dimaklumkan kepada ibu bapa /penjaga murid dan mesti dibentangkan dalam mesyuarat PIBG untuk diambil tindakan bersama-sama. -SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 2


8.7 PIBG dan masyarakat setempat hendaklah menjadikan program membanteras gejala ponteng kelas sebagai agenda utama dalam aktiviti tahunan.

9.0 STRATEGI PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN 9.1 Menghantar SMS kepada ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan bahawa anak mereka telah ponteng kelas ( lebih 3 kali ) 9.2 Murid menggunakan Pas Keluar yang diberikan oleh guru jika mereka dibenarkan keluar oleh guru berkenaan. Murid yang tidak mempunyai Pas Keluar akan dikenakan tindakan disiplin. 9.3 Murid tidak dibenarkan keluar pada Waktu 1, sebelum atau selepas rehat dan waktu terakhir kecuali kes-kes kecemasan. 9.4 Program Pemulihan bagi murid yang berisiko tinggi ponteng kelas diadakan. Contoh Program ialah ” Smart Solat”. Murid-murid diwajibkan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di sekolah. 9.5 Pada setiap hari Jumaat waktu pertama, murid mengikuti dan menghayati Program Kerohanian dan Pembinaan Insan (KPI) , Bacaan Yasin dan Usrah yang dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam dan Moral. 9.6 Murid tegar ponteng kelas diberikan Kad Jom Belajar dan murid dikehendaki mendapatkan tandatangan setiap guru mata pelajaran dan disemak oleh ibu bapa atau penjaga setiap hari.

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 3


PROSES KERJA MENGENDALI KES PONTENG KELAS BIL

PERKARA

TINDAKAN

1

Kenal pasti murid ponteng kelas

2

Rekodkan kes murid ponteng kelas di dalam borang (harian).

3

Siasatan terperinci mengenai kes murid ponteng kelas

4

Rujuk murid ponteng kelas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling

5

Tindakan disiplin : Amaran pertama

6

Tindakan disiplin : Amaran kedua dan rotan sekali

7

Tindakan disiplin : Amaran terakhir

8

Makluman kepada ibu bapa/penjaga tentang tindakan disiplin yang telah diambil terhadap murid yang Ponteng

Guru Disiplin/GPK HEM

9

Gantung sekolah

Pengetua

10

Menghantar laporan SSDM kepada pihak yang telah ditetapkan (JPNS/PPD/Pengetua/Penolong Kanan HEM)

Guru Disiplin/GPK HEM

CATATAN

Guru Penyelaras Disiplin/GPK HEM Guru Mata Pelajaran Guru Penyelaras Disiplin Guru Penyelaras Disiplin/GPK HEM Guru Disiplin/GPK HEM Guru Disiplin/GPK HEM Guru Disiplin/GPK HEM

9.0 RUMUSAN Kejayaan dan keberkesanan program ponteng kelas ini memerlukan penggemblengan tenaga semua pihak demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar dan berkesan agar menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 4


Lampiran AWAS 4.1 CARTA ALIR MENGENDALI KES PONTENG KELAS Wujud kes ponteng

Rekodkan kes dalam Borang Ponteng Kelas

Kes Selesai

Siasatan oleh guru Penyelaras Disiplin Tingkatan Guru disiplin merujuk nama murid ponteng kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya ( Amaran Lisan )

Amaran Pertama. Hubungi ibu bapa/ penjaga.Rujuk Guru BDK

Amaran Kedua dan rotan sekali

Amaran terakhir

Gantung sekolah

Kes Tamat

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 5


Lampiran AWAS 4.2 SENARAI SEMAK KES PONTENG KELAS

BIL

ITEM

1

Pekeliling Panduan Mengatasi Masalah Ponteng kelas

2

Hubungi Ibu bapa Murid

3

Surat Amaran Ponteng Kelas

4

Rekod Salah laku murid ( SSDM )

5

Borang Ponteng Kelas

6

Serahkan murid Kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling

7

Maklumkan data SSDM kepada PIBG dalam mesyuarat bulanan

-SMK TAMAN INDAH-

TINDAKAN ( /)

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

CATATAN (TARIKH DLL)

Page 6


Borang AWAS 4.1 BORANG PONTENG KELAS Tingkatan Guru Ting Ketua Ting Pen. Ketua

:_____________________________________ :_____________________________________ :_____________________________________ :_____________________________________

Tarikh:______ Hari:_______

BIL

NAMA MURID

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jumlah Murid Hadir Jumlah Murid Tidak Hadir Jumlah Murid Ponteng Tandatangan Guru Mata Pelajaran

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 7


Borang AWAS 4.2 CONTOH PAS KELUAR

LOGO SEKOLAH SMK TAMAN INDAH N.SEMBILAN NAMA GURU ----------------------------------PAS KELUAR

CONTOH KAD JOM BELAJAR

PROGRAM PENGURUSAN PONTENG KELAS NAMA MURID:…………………….. TINGKATAN : ……………………… NO : 001/2012 TARIKH: Masa/ M/P Waktu Nama Guru

SIKAP

TT

(+)

(-)

Disemak oleh ibu bapa/penjaga:……………………………….. Tandatangan : ………………………………

-SMK TAMAN INDAH-

“DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”

Page 8


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.