Sport GoMag Issue 11 - Malaysian

Page 1

Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u

Testimoni Atlet

Allyson Felix Berdedikasi dan percaya dalam keupayaan yang dianugerahkan Tuhan, walaupun terdapat rintangan, ianya kunci dalam usaha Allyson Felix untuk meraih pingat emas Olimpik Berikutan dengan memenangi pingat emas 200 meter meter di Sukan Olimpik London, Allyson telah memenangi 5 pingat perak dan emas tambahan Olimpik serta 3 kejohanan dunia. "Kekalahan terbesar saya adalah semasa Sukan Olimpik," kata Felix. "Selepas di Beijing saya menjadi amat kecewa, saya telah bekerja sekeras mungkin, tetapi ia tidak mencukupi. Tetapi saya membuat keputusan untuk bekerja lebih keras semula dan ia adalah suatu rahmat yang terselindung semasa di London. Saya dapat bekerja lebih keras berbanding sebelum ini dan akhirnya ia berkesan." "Saya mengenali Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi saya pada usia yang sangat muda. Sejak itu, saya sentiasa berusaha untuk berkembang dalam hubungan saya dengan Tuhan. Kini saya sedang memperbaiki diri sendiri dan seperti orang lain saya berjuang setiap hari. Matlamat saya adalah untuk menjadi lebih seperti Kristus setiap hari dan itu bukanlah suatu tugas yang mudah. "Bagi saya, iman saya adalah penyebab kenapa saya berlari. Saya pasti anugerah kepunyaan saya ini telah diberkati oleh Tuhan kepada saya, dan ianya adalah mengenai menggunakannya dengan terbaik mengikut kemampuan saya."

Nilai Jiwa

Memberitakan Injil Felix mahu menjadi seorang murid Tuhan dalam dunia sukan.


Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u

Testimoni Atlet

Kevin Durant Pemain bola keranjang Olimpik Kevin Durant menggalakkan orang lain dengan rendah hati Bintang sukan Olimpik dan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Kevin Durant hidup dengan berbeza sekali pada era sukan yang mempunyai ego tinggi yang tidak dapat dikawal. Ianya satu sebab utama kenapa pemain lain menyukai dia. "(Kevin) adalah sangat rendah hati, ” kata Jeff Green seorang bekas rakan sepasukan. “Dia seorang pemimpin ... dan banyak orang telah mengikuti jejaknya. Dia membantu orang untuk menjadi lebih baik dengan tindakan dan caranya. Ia membuatkan orang mahu berkawan dengan dia.” Keupayaan Durant untuk kekal rendah hati dapat dilihat melalui keluarganya dan pemahaman kukuh imannya di dalam Kristus yang dipupuk sejak zaman remaja. “Saya sentiasa tertarik tentang bagaimana kita sampai di sini,” kata Durant. “Mengapa kita melakukan perkara yang kita lakukan? Yang menjadikan kita seperti ini? Ibu saya selalu duduk dan berbual dengan saya, dan saya mempunyai guru-guru rohani yang membantu saya.” Pada hari ini, dia bergantung kepada kekerapan menghadiri gereja semasa musim terkini, seorang guru kerohanian dan rakan-rakan sepasukan yang lama dan baharu sebagai suatu cara untuk “berjalan dengan Tuhan” secara lebih erat.” “Dalam Alkitab, Tuhan meninggikan orang yang merendahkan hati dan itulah suatu perkara yang saya cuba lakukan sepanjang masa," kata Durant. “Saya perlu bersyukur kepada Tuhan atas hadiah yang Dia telah berikan saya. Hadiah saya kepada-Nya adalah untuk sentiasa merendahkan hati dan sentiasa cuba untuk bekerja sekeras yang saya boleh. Saya perlu terus menjadi seperti itu. ”

Nilai Jiwa

Mentaati Alkitab Kevin Durant mentaati Alkitab, serta mahu menjadi rendah hati seperti yang diajar oleh Kristus kepada para pengikutnya.


Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u

Testimoni Atlet

Vadym Kubov Vadym Kubov seorang atlit Paralimpik dari Ukraine memahami bahawa kemenangan bukan segala-galanya Firman dan doa Tuhan telah menjadi faktor penggerak untuk kejayaan atlit Paralimpik Ukraine, Vadym Kubov, yang telah memenangi gelaran juara ping pong di Ukraine, Eropah dan Dunia. “Secara realiti, saya mendapat kekuatan saya dari dua sumber: doa dan Firman Tuhan,” kata Kubov. “Bagi saya, kehidupan saya sekarang adalah untuk menyembah Tuhan. Latihan, pertandingan, menghabiskan masa dengan rakan-rakan, bercuti, bermain alat muzik, bersendirian; bagi saya, segalagalanya adalah mengenai menyembah Tuhan.” “Saya percaya bahawa semua bakat dan kebolehan kita adalah dari Tuhan. Dan tidak kira apa yang kita lakukan, kita dapat memuliakan Tuhan dalam sukan sama juga seperti dalam kehidupan.” Kekalahan pada usia yang muda meningkatkan keinginan Kubov untuk menang, tetapi setelah dia berdoa dan membuat keputusan untuk menerima Kristus semasa kem belia musim panas dia sedar bahawa kemenangan bukan segala-galanya. “Apabila berada di sana, saya berasa begitu baik dan selesa sehingga saya tidak mahu pulang. Matlamat saya menjadi keutamaan kedua untuk saya,” katanya. “Semasa bermain untuk Piala Ukraine, saya memahami bahawa saya mahukan keamanan dengan Tuhan, dan bahawa saya tidak memerlukan kemenangan untuk memuaskan hati saya. Apabila saya tidak begitu memerlukan kemenangan, Tuhan mula memberikannya kepada saya.” “Suatu ketika, selepas Kejohanan Eropah, seorang wartawan bertanya ‘Apakah rahsia utama kejayaan anda?’ Saya tidak pasti apa yang dia jangka untuk dengar, tetapi saya memberikan jawapan yang bijak dari Raja Solomon bahawa, ‘Kuda diperlengkapi untuk hari peperangan, tetapi kemenangan ada di tangan TUHAN.’”

Nilai Jiwa

Dalam sukan dan permainan Vadym Kubov memuliakan Kristus di dalam setiap kemenangan.


Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u

Testimoni Atlet

YURY POSTRIGAY Atlit Olimpik dari Rusia, Yury Postrigay telah menunjukkan keberanian dalam imannya Yury Postrigay dari Rusia telah memenangi gelaran juara Olimpik, Dunia dan Eropah dalam sukan kanu, namun apa yang paling menonjol adalah keberanian dalam imannya. Postrigay mula giat dalam sukan itu pada umur 10 tahun dan kekal dalam sukan kanu walaupun orang lain telah berputus asa. Memberi tumpuan pada matlamat, walaupun terdapat halangan, adalah kuncinya. “Perkara utama adalah kejayaan akan diperolehi oleh orang yang terus mencuba," katanya. “Ramai orang yang sudah menyiapkan 90 peratus usaha mereka, boleh berputus asa walaupun cuma satu langkah lagi ke arah matlamat tersebut. Ianya adalah penting untuk terus mencapainya.” Imannya telah menjadi contoh daya tahan itu. Selain menulis “Saya kedua, Yesus pertama” pada perahunya untuk berkongsi tentang Kristus dengan rakan-rakan sepasukan dan memberitahu mereka mengenai keamanan yang dibawa Kristus, keberanian Postrigay adalah apa yang mentakrifkan imannya. “Jika seseorang percaya Tuhan kerana mencontohi saya, hidup saya akan dipenuhi,” katanya. “Tugas utama saya adalah untuk memuji Tuhan melalui kemenangan saya.” Keupayaannya untuk memuliakan Tuhan bermula apabila dia mendengar seorang gadis yang menghadiri gereja bercakap tentang iman peribadi dalam Kristus. “Saya berfikir, ‘Mengapa saya tidak boleh kerap menghadiri gereja? ’ Kemudian saya mula membaca Alkitab dan sedar bahawa hidup tanpa Tuhan bukanlah suatu kehidupan. Saya bertaubat kepada Tuhan dengan ikhlas dan memutuskan untuk menjanjikan hidup saya untuk Tuhan. Gadis ini adalah isteri saya sekarang, dan saya bersyukur kepada Tuhan untuk itu.” “Apabila Allah adalah pertama, semua yang lain menjadi baik.”

Nilai Jiwa

Memberitakan Injil Yury Postrigay menyatakan bahawa Yesus adalah pertama dalam hidupnya, serta tidak mengutamakan apa-apa selain Tuhan.


Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u

Testimoni Atlet

Stephen Curry Stephen Curry tidak membenarkan keadaan melemahkan semangatnya, jadi dia memberi tumpuan kepada pertumbuhan hubungannya dengan Kristus Ia mungkin mudah bagi Stephen Curry untuk membiarkan masalah-masalah semasa di gelanggang latihan untuk memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan serta kebahagiaannya. Sebagai seorang pesaing sengit untuk pasukan A.S. dan Golden State Warriors, baru-baru ini Curry telah diberi gelaran Pemain Paling Bernilai Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan untuk musim kedua berturut-turut. Isterinya, Ayesha Curry, tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya. Bagaimana Stephen pulang ke rumah setiap hari, dengan tanggungjawab yang dipikul terhadap pasukannya, kekecewaan terhadap kecederaan pada buku lalinya yang kerap, pembedahan demi pembedahan, pemulihan demi pemulihan, namun tidak membawa masalahnya pulang ke rumah. "Tiada apa yang boleh terlalu melemahkan semangatnya," kata Ayesha. "Saya rasa sebahagian daripada itu adalah kerana dia tahu betapa diberkatinya dia, dan semua perkara yang indah dalam hidupnya melebihi perkara-perkara yang mungkin boleh menjadi lebih baik." Ia melalui keluarganya yang anda dapat melihat personalitnya iaitu keinginan Stephen untuk menjadi pemimpin dan membawa keluarganya ke arah yang betul, iaitu semangat terhadap imannya. "Keutamaan saya adalah untuk menjadi seorang lelaki dan anak Tuhan," kata Stephen. "Keluarga saya pasti membantu saya dalam hal itu kerana jika iman saya membawa mereka dan mereka rasa gembira, saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul."

Nilai Jiwa

Mentaati Alkitab Stephen Curry komited untuk membantu keluarganya bertumbuh dalam keimanan mereka, dan keutamaannya adalah untuk hidup bagi Tuhan.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.