teganukita 26

Page 1

Bulan madu ke 2: Shahrizat puji pendekatan Kerajaan Terengganu

Hutan Lipur Jambu Bongkok lokasi Jambori Asia ke-12

Terima kasih kerajaan kerana bantu kami

ms - 20

ms - 22

ms - 2

Bil : 26 (15 Julai 2010) - http://teganukita.blogspot.com

SEKOLAH SUKAN TERENGGANU TPM beri jaminan akan membinanya seperti yang dijanjikan sebelum ini

Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali Kewujudan Sekolah Sukan di Terengganu akan menjadi realiti. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memberi jaminan akan mengambil perjalanan penubuhan sekolah yang dicadang oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dua tahun yang lalu. Katanya, sukan adalah kegiatan penting yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan pelajar yang cergas dan sukan juga boleh memberi kecemerlangan dan membantu membentuk modal insan yang sempurna. Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus, di dewan Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu barubaru ini. Hadir di majlis itu, Yang DiPertua Dewan Negeri, Tengku Putera Awang, Ahli Parlimen Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen berkenaan. Pengumuman mewujudkan Sekolah Sukan di Terengganu itu telah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu perasmianlihat Sukan ms-3Ma-

laysia (SUKMA) 2008 ketika mana Terengganu menjadi tuan rumah, setelah disuarakan oleh Dato’Ahmad yang berucap sebelumnya. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi respon kepada ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd. Nasir Ibrahim yang memperkatakan tentang sekolah sukan yang dijanjikan itu. Selain itu, beliau juga turut meluluskan empat buah dewan orang ramai untuk keempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Nerus. Difahamkan bernilai RM250,000 setiap sebuah. Beliau juga berkata, akan memberi perhatian di atas permohonan pembinaan sebuah sekolah rendah dan agama, masing-masing dalam DUN Bukit Tunggal dan Telok Pasu. Tan Sri Muhyiddin berkata, perjuangan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dan Melayu akan diteruskan menyambung perjuangan Dasar Ekonomi Baru untuk memastikan sasaran sekurang-kurang 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera di negara ini. Beliau meminta rakyat terus memberi sokongan kepada kepimpinan, baik di peringkat pusat dan negeri bagi memaslihat ms 2

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersalaman dengan anggota Umno Bahagian Kuala Nerus sebaik tiba untuk merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu di Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Generasi kedua orang asli bakal miliki rumah baru

Generasi kedua masyarakat orang asli Sungai Pergam, Kemaman bakal memperolehi tanah tambahan sebanyak 400 ekar dan 40 buah rumah baru dan kerjakerja pembinaan akan bermula pada 2011. Kesemua mereka berjumlah 469 orang dan merupakan penganut agama Islam. Menteri Besar Dato’ Ah-

mad Said menyampaikan berita baik ini kepada penduduk orang asli itu, sempena majlis ramah mesra beliau dengan orang-orang asli di kampung tersebut baru-baru ini. Katanya, kerajaan mengeluarkan kos sebanyak RM33,000 bagi satu unit rumah baru tersebut dan ini merupakan salah satu manifestasi kerajaan negeri da-

lam merakyatkan pentadbiran dan pembangunan bagi masyarakat orang asli. Dijangkakan pembinaan tersebut akan siap dalam setahun dan kerajaan menyediakan rumah diperbuat dari batu kepada mereka agar lebih kukuh dan selesa. “Kita tidak mahu masyarakat orang asli terpinglihat ms 3


2

Khamis, 15 Julai 2010

am

Pemimpin mendampingi rakyat

Buka peluang pekerjaan Kerajaan negeri akan berusaha lebih gigih bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada belia menganggur sekaligus mengurangkan gejala merempit dan lari pelbagai masalah sosial. Memperhebatkan lagi skim siswazah menganggur (T-Gas) yang memberi peluang kepada lepasan siswazah mendapat pengalaman bekerja di pelbagai agensi kerajaan dan menarik minat pelabur supaya membuka empayar perniagaan antara langkah dilaksanakan bagi tujuan itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, pendekatan itu cukup penting bagi mengelak pengangguran terutama di kalangan belia. Katanya, di samping itu, khidmat kaunseling turut dititiberatkan bagi mengurangkan gejala sosial di mana masyarakat setempat termasuk ibu bapa, pendidik, pemimpin agama, peguam, doktor perlu memainkan peranan dalam proses mendidik. “Kaunseling melibatkan kebolehan menolong orang lain untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia. “Kebiasaanya konsep ini diamalkan dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan pesakit, perkahwinan dan kekeluargaan bertujuan membantu individu berkaitan seterusnya melahirkan insan berfikiran rasional dan positif,” katanya barubaru ini ketika berucap sempena Makan Malam Konvensyen Kaunseling Kebangsaan 2010 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu. Katanya, dalam dunia kauseling banyak cabaran yang perlu diharungi untuk membantu individu dan komuniti agar memahami kehendak dan keperluan diri sendiri serta orang lain.

Khamis, 15 Julai 2010

am

DIKUNJUNGI TETAMU KHAS...Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menerima kunjungan Duta Thailand ke Malaysia, Tuan Terutama Thana Duangraeana di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Bulan madu kedua: Shahrizat puji pendekatan Kerajaan Terengganu Oleh Suriati Ali Pendekatan kerajaan negeri memperkenalkan program berbulan madu bermula Jun 2006 nyata memberi keberkesanan terutama kepada pasangan di ambang perceraian untuk terus mengecapi kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga. Berdasarkan permantauan penganjur Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), terhadap 3,000 pasangan yang sudah mengikuti program fasa pertama tahun lalu, menunjukkan perkembangan membanggakan. Menteri Besar, Dato Ahmad Said berkata, kera-

jaan negeri memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan program sama untuk fasa ke dua semata-mata mengurangkan kadar perceraian yang semakin membimbangkan di Terengganu. “Program dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan 15 pasangan dalam setiap sesi itu dijalankan di beberapa lokasi strategik dan mendamaikan, termasuk beberapa pulau di Terengganu. “Pasangan dikenal pasti mempunyai masalah dan pernah mendapat khidmata kaunseling akan diutamakan mengikuti program tiga hari dua malam ini,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Program Berbu-

Pasangan yang mengikuti Bulan Madu yang dianjurkan YPKT bergambar di akhir program. Manakala (gambar kanan) Dato` Seri Shahrizat yang memuji langkah Kerajaan Terengganu mewujudkan program itu demi mengeratkan kembali ikatan perkahwinan pasangan terbabit.

lan Madu Kali Kedua, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengarah LPPKN, Dato’ Aminah Abdul Rahman dan Pengarah YPKT, Encik Shafaruddin Mustaffa. Tiga faslitator berpengalaman akan ber-

tanggungjawab terhadap setiap program yang dianjurkan di mana bagi fasa kedua sebanyak 16 program bakal diadakan. Dato’ Sharizat berkata, pakar keluarga berpendapat krisis rumah tangga sering berlaku selepas lima tahun hidup bersama dan tidak ketinggalan yang telah berkahwin antara tempoh 30 tahun hingga 35 tahun.

dato` sEri shaHrizat

Utamakan perpaduan-Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin

bijaksana. “Bermuhasabahlah kita dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan apa jua jika ada masalah. Lagi cepat masalah selesai, lagi baik kerana sebagai kerajaan kita banyak tanggungjawab untuk dilaksanaan bagi kebaikan rakyat,” katanya.

Tegasnya.kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan perpaduan, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Guru-guru diminta menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing di samping berintegriti. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyifatkan guru-guru sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam mencorak generasi akan datang dan negara memerlukan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bermoral. Beliau menyatakan demikian ketika berucap di majlis sambutan Perayaan Hari Guru 2010, peringkat Daerah Kemaman yang dihadiri kira-kira 3000 orang guru di daerah berkenaan. Dalam hal lain, Dato’ Ahmad memberitahu kerajaan negeri sedia membantu guru-guru yang menghadapi penyakit kronik dan tidak mampu membiayai rawatannya.

dari ms 1

Orang asli hargai pemberian kerajaan

Menteri Besar bersama nelayan mengadakan solat hajat di surau Kampung Che Wan, Kijal, memohon memurahkan rezeki dan hasil tangkapan.

di kawasan itu. Selain itu, Menteri Besar turut menyumbangkan sebanyak 500 anak pokok jenis limau nipis dan nangka madu turut kepada penduduk sekitar. “Pelbagai pembangunan akan diperhebatkan pada tahun hadapan di Kemaman di samping

MB tunai janji kepada warga guru Oleh Wan Haironniza Wan Naim

dari ms 1

tikan kemenangan dan tidak sampai terpedaya dengan tohmohan dan fitnah yang dibuat oleh parti pembangkang. Sementara itu, sewaktu berucap di Setiu sebelum itu beliau meminta perpaduan diutamakan dan apa sahaja isu dan masalah yang timbul mestilah diselesaikan dengan

Pemimpin perlu turun padang dan mendampingi rakyat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bukan sekadar mengungkap pesanan itu, tetapi disertai dengan contoh dan teladan. Baru-baru ini beliau mendampingi rakyat dari segenap lapisan di daerah Kemaman, tidak terkecuali di kawasan yang diwakilinya, Dewan Undangan Kawasan Kijal. Memulakan program bersama rakyat, Dato’ Ahmad menyertai aktiviti gotong-royong perdana dan menyerahkan 230 anak pokok k lapa pandan untuk ditanam di sekitar Masjid Titian Berayung, Kijal. Pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Che Wan Wahab Idris, melahirkan rasa terharu kerana Menteri Besar yang menghadiahkan anak pokok itu turut sama menanamnya bersama-sama ahli kariah

Beliau juga mengumumkan bagi memperingkatkan kemudahan belajar kepada semua lapisan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, tambahan 20 buah sekolah menengah dan 40 buah sekolah rendah akan dibina tahun hadapan di negeri ini. Sebuah Sekolah Menengah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu juga dalam proses pembinaan di Kemaman yang akan memberi peluang kepada 1,000 orang pelajar terbaik memasuki sekolah berasrama penuh itu, katanya. Sempena majlis itu Dato’ Ahmad juga turut menyampaikan cenderamata yang disumbangkan oleh kerajaan negeri kepada 3182 guru daerah Kemaman, anugerahanugerah kecemerlangan guru dan sekolah serta tokoh guru 2010. Pada majlis itu Haji Mohamad Yong Hitam telah diumumkan sebagai tokoh guru daerah Kemaman.

pendemokrasian tanah satu lot, satu keluarga”, kata Ahmad Said sewaktu berucap kepada penduduk di majlis itu. Antaranya pembinaan jambatan Bukit Kuang empat lorong yang akan bermula tahun ini dan ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi masyarakat

setempat di samping peluang pekerjaan kepada penduduk, kata beliau. Dato’ Ahmad kemudiannya bersolat Jumaat di Masjid Bukit Kuang dan selepas itu pula bersamasama penduduk menunaikan solat hajat di surau Kampung Che Wan, Pekan Kijal.

3

Penduduk yang kebanyakannya terdiri dari nelayan sekitar Kampung Tengah, Che Wan dan Ibai Penunjuk serta ahli Persatuan Nelayan Kawasan Kijal mengadakan solat hajat memohon Allah S.W.T memurahkan rezeki dan hasil pendapatan mereka sebagai nelayan.

gir dalam menikmati transformasi pembangunan, dan mereka juga berhak untuk turut menikmati sama arus pembangunan dan permodenan yang berlaku di negara ini”, katanya dalam majlis tersebut. Orang asli Sungai Pergam ini bertutur menggunakan ‘bahasa samakbri’ dalam pertuturan harian. “Saya telah biasa dengan mereka dan boleh memahami apa yang disampaikan kepada saya walau pun menggunakan bahasa Malaysia yang bercampur dengan bahasa ibunda mereka itu,” kata Dato’ Ahmad. Kedatangan Menteri Besar itu disambut dengan penuh adat tradisi masyarakat orang asli termasuk tarian sewang yang dikenali sebagai tarian selamat datang dipersembahkan bagi menyambut kedatangan pemimpin utama kerajaan negeri ke kampung mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Pergam, Roslan Ismail berkata, pemberian tanah tambahan dan rumah kepada mereka amatlah dihargai. Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mengamalkan dasar diskriminasi, malah semua golongan diberi perhatian. “Kesudian Menteri Besar datang ke Sungai Pergam ini akan kami kenang sampai bilabila dan saya berharap selepas ini beliau akan datang lagi,” katanya. Lawatan Dato’ Ahmad ke kampung itu adalah merupakan salah satu program mendampingi penduduk daerah Kemaman yang merupakan daerah asal beliau.


4

Khamis, 15 Julai 2010

RENCANA PENGARANG

Pengusan zakat cemerlang Pengurusan wang zakat yang sempurna adalah penting kerana ia ada kaitannya dengan pengurusan, imej dan umat Islam itu sendiri. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal punggutan zakat dan pengagihannya. Pengiktirafan Ketua Audit Negara kepada Maidam sebagai Majlis Agama Islam pertama di Malaysia menerima sijil bersih audit penyata kewangan bagi tahun 2009 amatlah bernilai sekali. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman pengiktirafan pada 15 Jun lalu itu adalah hasil pemeriksaan daripada transaksi perakaunan yang didokumenkan dengan tepat, tiada penyelewengan atau pembaziran berlaku serta penyimpanan rekod secara teratur dan mencukupi oleh Jabatan Audit Negara. Pemilihan Maidam sebagai majlis agama Islam yang mempunyai rekod bersih berkaitan penyata kewangan membuktikan agensi itu mengamalkan prinsip amanah dan telus dalam mengurus tadbir sistem kewangan. Kita berharap umat Islam akan tidak akan lupa kewajipan membayar zakat sama ada dalam konteks individu mahupun agensi, perniagaan dan sebagainya. Pengertian zakat pada bahasa ialah tumbuh; berkembang; subur atau bertambah atau dapat pula berarti membersihkan atau mensucikan. Menurut hukum Islam (istilah syara’), zakat adalah nama bagi suatu pengambilan tertentu dari harta yang tertentu, menurut sifat-sifat yang tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu. Oleh itu apabila pengurusan agensi zakat seperti Maidam ini diperakui cemerlang sudah tentu keyakinan akan meningkat lagi. Kejayaan ini merupakan suatu lagi kekuatan negeri Terengganu dalam aspek pengurusan yang berkaitan keagamaan, termasuk pengurusan zakat. Diharapkan punggutan zakat akan terus meningkat dan mereka yang memperolehi bantuan zakat dalam pelbagai perkara akan bertambah mengikut kelayakan yang ditetapkan agama. Sesungguhnya wang zakat dengan pengurusan yang baik dan cemerlang itu adalah komponen yang penting sebagai nadi pembangunan dan sosioekonomi negeri dan masyarakat. Tahniah kepada Maidam dan kepada pegawai dan kakitangannya yang telah menjalankan tugas dengan amanah lagi bertanggungjawab.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan Pelatih : Wan Haironniza Wan Naim

rencana

ANALISIS

rencana

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Hikmah di sebalik peristiwa Sesuatu perkara perlulah dilihat secara positif dan sebagaimana manusia biasa kita tidak dapat mengetahui kenapa sesuatu perkara itu Allah jadikan atau disebut hikmah di sebalik peristiwa. Misalnya tentang kenaikan harga gula di pasaran yang bukan sahaja di hadapi oleh rakyat Malaysia, tetapi di negara-negara lain juga yang telah lama menghadapi situasi ini. Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan 16 Julai lalu secara positifnya membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat di samping dapat menjimatkan duit kerajaan yang juga duit rakyat bagi membayar subsidi. Bukan sedikit RM1 billion setahun untuk membayar subsidi gula kalau mahu dikekalkan dengan harga lama, sedangkan ia bukanlah terlalu membebankan sangat untuk ditanggung oleh masyarakat pengguna yang kebanyakannya berkemampuan. RM1 billion duit kerajaan dan rakyat itu boleh dipulangkan semula untuk tujuan pembangunan dan keperluan orang-orang miskin. Apatah lagi kenaikan itu dilihat secara agar rakyat berusaha mengurangkan pengambilan gula . Kata orang, “kurangkan gula dalam minuman dan makanan, banyakkan gula dalam senyuman “. Tidak boleh dinafikan pada masa ini masyarakat kita mengambil gula secara berlebihan, kalau dapat dikurangkan, kenaikan ini tidak akan memberi kesan kepada kewangan keluarga. Sudah tentu ini juga dapat membantu kempen gaya hidup sihat di negara ini yang sudah diusahakan sejak sekian lama. Penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai

jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung. Malaysia antara 10 negara dunia yang rakyatnya mempunyai penyakit diabetis paling tinggi dan hikmah di sebalik kenaikan harga gula akan dapat membantu rakyat menjalani hidup sihat. Kenaikan harga gula 25 sen itu tidaklah seberapa kalau dinilaikan dengan kos rawatan terhadap penyakit yang datang menyerang akibat dari pengambilan gula berlebihan. Kita perlu mengubah budaya atau cara hidup kita dalam mengambil gula kerana menurut doktor perubatan kita sebenarnya tidak perlu gula sebab makanan yang diambil seperti nasi turut mempunyai kandungan gula. Malaysia kini berdepan dengan fenomena rakyatnya mengalami pelbagai penyakit kronik seawal usia muda berikutan kegagalan mengamalkan gaya pemakanan sihat. Kajian perubatan mendapati kita hanya perlu satu sudu gula satu hari kerana badan kita boleh tukarkan makanan lain menjadi gula. Jangan ditanya pada parti pembangkang, sudah tentu apa yang berlaku ini adalah kesempatan untuk mereka bagi mendapatkan keuntungan politik murahan. Semua yang kerajaan l Bairsan Nasional (BN) akukan akan diputar atau ‘spin’ supaya rakyat melihat buruk dan hasilnya rakyat beralih sokongan kepada mereka. Itu saja. Sebaliknya, kalau apa yang mereka lakukan, termasuk oleh kerajaan milik mereka di beberapa negeri, sekalipun buruk dan terbukti menyeleweng akan di ‘spin’ menjadi baik dan wajar pula. Pemimpin yang terbabit dengan skandal gambar bogel pun dibelapemimpin yang terbabit dengan bawa isteri orang

ke hotel itu pun dipertahankan, pemimpin mereka yang rasuah dan cerai isteri sesuka hati juga tidak mengapa, ini semua sudah cukup kalau kita mengerti itulah sikap pembangkang. Ukuran salah bagi mereka ialah BN, betul adalah parti pakatan mereka. Mudah penilaian mereka. Pemimpin dan penyokong parti mereka ada juga doktor perubatan. Mereka sebenarnya tahu pesakit dibetis (kencing manis) akibat pengambilan gula dijangka akan meningkat kepada 1.3 juta orang pada tahun 2010. Tahap kesedaran masyarakat kesan dari pengambilan gula yang berlebihan masih lagi ren-

WAWANCARA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Khamis, 15 Julai 2010

5

Industri pelancongan mempunyai potensi sebagai alternatif bagi meningkatkan sumber eknomi dan pendapatan negeri di masa akan datang. Berikut adalah wawancara Teganukita dengan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Supian Dato’ Wan Ishak bagi menyoroti perkara berkenaan.

Pelancongan memacu ekonomi Bila persatuan ini ditubuh dan apa peranannya? dah. Inilah masanya untuk meminta supaya mempraktikkan amalan mengurangkan gula dalam minuman dan makanan harian mereka. Ini semua adalah bertepatan dengan ajaran Islam, supaya manusia menjaga kesihatan dan tidak membazir apatah lagi memudaratkan diri. Islam juga mengajar agar tidak menderhaka dan membuat porak peranda kepada pemerintah dan pemimpin selagi mereka tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Bantulah pemerintah menjalankan urus tadbir untuk kebaikan negara dan rakyat dan bukannya bertindak untuk menghancurkan.

“kencing Pesakit

manis bakal meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang akhir tahun 2010”

Ia ditubuhkan kira-kira 32 tahun yang lalu. Mengumpulkan semua pengusaha pelancongan dalam semua sektor termasuklah kedai makan, homestay, perkhidmatan bot, chalet dan lain-lain. Sebenarnya bidang perlancongan ini amat luas membabitkan keseluruhan aspek yang ada hubungkaitnya dengan perusahaan dan perkhidmatan pelancongan. Mereka bergabung dalam persatuan sebagai ahli. Melalui persatuan ahli-ahli boleh kemukakan idea. Idea ke arah memajukan industri dan persatuan menjadi pengantara. Kita sebenarnya berhubungan rapat pula dengan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai peranan yang sama, misalnya Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahagian pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancongan di negeri ini, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Lembaga Kemajuan Terengganu Terengganu (pelancongan) dan sebagainya lagi. Ada terlibat sama dengan penganjuran program dengan kerajaan? Jika diberi peluang, persatuan dan ahli-ahli kita terlibat. Misalnya kita baru saja membantu Fiesta Bulan Candat Sotong 2010. Kali ini lebih kurang 1,000 orang menyertai empat sirkit candat sotong yang diadakan sepanjang tahun ini meliputi sirkit di Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Setiu. Dengan penglibatan swasta, anak-anak syarikat kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam fiesta ini ia tidak dibebankan kepada kerajaan semata-mata, bahkan dapat menjimatkan kewangan kerajaan negeri, selain meningkatkan promosi dan penyertaannya. Ini merupakan tahun kedua penganjuran seumpama itu dan sambutan amat memuaskan. Kita telah perluaskan kegiatan itu meliputi semua daerah-daerah di negeri ini di samping menjual pakej penyertaan secara meluas. Didapati 50 peratus penyertaan dari luar Terengganu , malah luar negara. Sebenarnya itulah hasrat sebenar kita dalam apa jua penganjuran program agar penyertaan dari luar lebih ramai, sesuai dengan matlamat pelancongan itu sendiri, yakni membawa masuk pelancong dan berbelanja di negeri ini. Ada mengatakan perkembangan pelancongan di negeri ini masih perlahan? Ya, yang perlahan atau masih di tahap belum cemerlang itu perlu kita pertingkatkan. Ia perlu kepada kesedaran dan kerjasama semua. Kita jangan hanya fikir keuntungan dalam jangka masa pendek. Jangan kita mengaut untung berlebihan dengan mengambil kesempatan sementara hingga boleh menjejaskan imej pelancongan kita dalam jangka masa panjang. Pelancong luar akan serik jika kita berbuat demikian dan sebenarnya kita sama ada secara sedar atau tidak melakukan sesuatu yang menjejaskan indisutri itu dalam jangka masa panjang.Kefahaman dan kesedaran pengusaha dan masyarakat terhadap konsep dan pendekatan bidang ini perlu dibuat dari masa ke semasa, dari semua sektor. Kalau boleh kita perlu lakukan secara bulanan mengenai kefahaman dalam industri ini. Kesedaran awal macam mana? Itu amat perlu. Bahkan kita mewujudkan Persatuan

Dato’ Wan SUPIAN

Perlancongan Pelajar di semua sekolah atau 3P-di sekolah menengah di negeri ini. Kita harap di peringkat sekolah lagi dibimbing dan diasuh mengenai potensi dan keperluan bidang ini. Tadi ada disebut tentang hubungan baik dengan pihak kerajaan untuk sama-sama majukan industri ini. Memang hubungan baik sentiasa terjalin. Kami juga kadang-kadang berbincang terus dengan Exco Pelancongan negeri, beri pandangan dan pendapat. Juga dengan Ketengah, Tourism Malaysia untuk mencari idea-idea terbaik bagi kemajuan dan kecemerlangan bidang ini. Persatuan memberikan maklum balas dan sampaikan pandangan-pandangan ahli kepada pihak kerajaan dan agensi-agensinya. Itulah cara terbaik dan persatuan saya sebutkan tadi sebagai pengantara. Terengganu mempunyai produk pelancongan yang menarik? Tidak siapa pun boleh nafikan itu kelebihan yang ada di negeri kita. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang terdapat dalam negari kita. Tempattempat perkelahan juga banyak, sama ada di pantai, pulau atau di kawasan pedalaman seperti tasik dan air terjun. Kita sebenarnya perlu membimbing kesedaran masyarakat supaya menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Alam yang indah itu perlu dijaga dengan baik, termasuk menjaga kebersihan sekitarnya dan menjauhi dari gejala-gejala yang boleh memusnahkan keindahan itu. Pulau-pulau di negeri Terengganu mempunyai air yang jernih. Ramai yang tidak mengetahui bahawa alam di bawah laut itu begitu indah, lebih indah dari alam di permukaan bumi. Hanya mereka yang berkebolehan menyelam ke dasar laut boleh menikmatinya, khususnya melalui aktiviti ‘diving’. Kita juga ada pilihan destinasi selain laut dan pulau. Kita mempunyai Tasik Kenyir yang kini sedang dima-

jukan secara bersungguh oleh kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri. Kita juga kaya dengan seni budaya, sejarah dan tinggalan sejarah serta pelbagai keunikan yang boleh dimanfaatkan untuk produk pelancongan kita. Baru-baru ini pemimpin negeri kita ada nyatakan mahu mempastikan hotel-hotel dan resort pelancongan yang berkualiti di pulau, khususnya Pulau Redang. Kami menyokong penuh dan harap apa yang disuarakan itu tidak disalah tafsir. Di Pulau Redang misalnya, kita banyak fauna dan flora yang unik seperti batu karang, hidupan laut dan di atas pulau itu sendiri. Bayangkan dalam masa tertentu, pulau itu menerima kunjungan pelancongan lebih 2000 orang sekaligus. Kalau tidak diurus dengan baik dan membiarkan apa yang saya sebutkan tadi keuntungan jangka pendek, sudah tentu dalam masa jangka panjang segalanya akan musnah. Mengenai usaha kerajaan negeri membawa masuk pelancong dari China, khususnya Guangzhou? Itu sememangnya dialu-alukan. Malah kami berpendapat bukan dari bandaraya itu sahaja, perlu ada kerjasama dengan bandararaya pelancongan terkemuka lain, misalnya Ho Chi Minh (Vietnam), Hong Kong dan sebagainya. Begitu juga dengan lapangan terbang negeri kita yang telah dibina dengan baik bertaraf antarabangsa. Sudah tentu ia perlu dimanfaatkan bagi tujuan antarabangsa agar dapat menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang sesuai dengan kewujudan lapangan terbang antarabangsa itu sebagaimana fungsi lapangan terbang antarabangsa di Senai Johor dan di Bayan Lepas Pulau Pinang yang menjadi pelengkap kepada Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Bayan Lepas pintu masuk di Utara, Senai di Selatan dan kita pintu masuk antarabangsa untuk kawasan itu.


Khamis, 15 Julai 2010

rencana

Kerjasama politik telah lama diamalkan BN Pakatan atau kerjasama politik bukanlah perkara baru. Persepakatan antara kaum yang sudah tentu membabitkan orang-orang Islam dan bukan Islam sudah lama dirintisi oleh Umno, MCA dan MIC melalui ‘Perikatan’ sehingga kita mencapai kemerdekaan. Hari ini ada pihak tertentu baru berbicara mengenai hal tersebut. Tidak tahu mengapa baru sekarang, sedangkan dulu fikiran dan ilmu pihak yang berkenaan amat negatif mengenai perkara ini, sehingga timbul isu mengkafirkan sesama Islam akibat tindakan berpakat dan bekerjasama ini. Hari ini baru berbicara tentang pakatan dan kerjasama politik ini yang diistilahkan sebagai ‘tahaluf siyasi’ yang sebenarnya telah lama wujud. Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama orang Islam dengan bukan Islam yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Musuh yang sama itu misalnya termasuklah komunis, penjajah dan lain-lain. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama. Namun amatlahlah tidak betul orang Islam tertentu bekerjasama dengan bukan Islam (tahaluf Siyasi) untuk menentang musuh politiknya yang sama dalam konteks kepartian, sehingga akhirnya bekerjasama untuk menghancurkan orang Islam juga. Kerjasama yang dipelopori oleh ‘Perikatan’ dan BN adalah untuk menentang musuhmusuh luar yang hendak mengancam negara yang didiami bersama, bukan untuk menghancurkan sesama Islam. Kini ternyata apa yang telah dibuat oleh “Perikatan” dan “Barisan Nasional’ yang dipelopori oleh Umno sejak sekian lama baru terbukti kebenarannya sehingga membawa pemimpin-pemimpin lain yang berada di pihak pembangkang untuk mengikuti jejak yang pernah ditolak dan dicemuh itu. Bahkan pembaca tentu

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Persepakatan antara kaum sudah lama dirintis oleh Umno, MCA dan MIC melalui Perikatan sehingga mencapai kemerdekaan.

“Amatlah tidak betul orang Islam tertentu bekerjasama dengan bukan Islam (tahaluf Siyasi) untuk menentang musuh politiknya yang sama dalam konteks kepartian, sehingga akhirnya bekerjasama untuk menghancurkan orang Islam juga”.

masih ingat fatwa ‘kafir berikat’ pada Ogos 1963 oleh dewan ulamak sebuah parti yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”. Harap-harap tuduhan ini telah ditarik balik setelah pihak berkenaan sudah insaf dan memahami konsep berikat tersebut yang mereka sendiri sedang berusaha lakukan kini. Kalau hendak dibuktikan,sebenarnya pakatan yang dirintisi oleh Umno melalui Perikatan dan BN adalah berkesan kerana berasaskan saling mengerti di antara satu sama lain untuk perpaduan dan keamanan. Buktiknya telah terbina ker-

ajaan dan pemerintahan secara bersama dalam tempoh hingga lebih 50 tahun sampai kini, walaupun ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Apa yang hendak ditiru oleh pihak pembangkang sekarang hanya baru di peringkat permulaan, itupun masih lagi dalam polemik sesama mereka sendiri tentang kewajaran tindakan itu. Masyarakat sama ada umat Islam dan orang bukan Islam di negara ini janganlah terperangkap dalam istilah dan tindakan-tindakan berpusing mereka yang beralih arah dari sebelum ini, kononnya suatu pendekatan yang baru, berkesan dan pragmatis atas sifat parti mereka adalah untuk semua (for all). Sedangkan apa yang dilakukan itu telah lama dipraktikkan oleh Umno dan BN yang sebelumnya telah dicemuh dan diberi hukum yang bukan-bukan kepada orang Islam yang terlibat dalam kerjasama politik itu. Halal dan Islamik kalau dilakukan oleh kumpulan mereka, tetapi haram dan bertentangan dengan Islam kalau dilakukan oleh orang lain, itulah sifat pemimpin dan pengikut yang menggunakan nama Islam untuk parti mereka.

2 tk

Bil. 26 (15 Julai 2010) http://teganukita.blogspot.com

6

ms 12, 13

Dampingi rakyat sejak jadi doktor lagi ms 8 & 9

Farinawati arkitek songket ms 11

Kah Mah masih aktif di usia emas ms 15


2

Khamis, 15 Julai 2010

Khamis, 15 Julai 2010

Pengkalan TUDM terbesar negara di Kuala Besut

YB TURUN PADANG

tk

Dr. A.Rahman bertanya khabar warga emas melalui rutinnya turun padang untuk mendekati rakyat.

8

Jeti pelancongan Kuala Besut untuk kemudahan bot pelancong berulang alik ke pulau berhampiran

Pengkalan TUDM Gong Kedak di Kuala Besut. Sesuai portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr. A. Rahman sentiasa mengambil berat kesihatan rakyat.

Dampingi rakyat sejak jadi doktor lagi Oleh Esah Abdullah Penghijrahan dari seorang doktor kepada seorang wakil rakyat seperti menyambung suatu tugasan yang tidak pernah selesai, mengubati, mencari punca penyakit dan memberi suntikan penawar bagi meredakan segala kesakitan yang dialami rakyat. Sifat semulajadi seorang doktor amat mudah tersentuh bila berhadapan dengan pesakit, begitu juga seorang wakil rakyat sentiasa bersedia membantu ahli masyarakat yang menghadapi kesulitan hidup. “Tumpuan diberikan kepada golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya, kerana mereka insane istimewaan dan perlu diutamakan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Yang Berhormat (YB), Dr. A Rahman Mokhtar. Peruntukan tiga hari dalam seminggu disusuli pro-

gram masuk kampung antara pendekatan beliau untuk mendengar dan melihat kehidupan yang dilalui penduduk kampung secara terus tanpa melalui orang ketiga. “Saya lebih suka pergi berjumpa mereka dan bukan mereka yang datang mencari saya di rumah atau di pejabat,” kata Yang Dipertua, Badan Muafakat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut. Sebelum menjadi wakil rakyat, YB Dr. A. Rahman pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur (1984), Klinik Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kuala Krai, Kelantan (19851986), Klinik Kesihatan, Tanah Merah (1986-1988) dan Pejabat Kesihatan Machang, Kelantan, kemudiannya membuka klinik Dr.A Rahman di Besut (1991). “Memahami ragam masyarakat sama seperti berhadapan dengan karenah pesakit, paling penting kesaba-

ran dan ikhlas dalam setiap keputusan yang diambil,” kata Pengerusi Tetap UMNO Seberang Barat dan Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Besut. Katanya, kerjasama erat yang ditunjukkan 35 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sayap parti Wanita ,Pemuda dan Puteri melancarkan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di peringkat kampung. “Hasrat saya 14,180 pengundi di Kuala Besut dapat merasai nikmat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan dan sentiasa dalam keadaan sedar bahawa pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) telah memberikan yang terbaik kepada mereka,” kata Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri, portpolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri sejak 2008. Beliau mengakui mempu-

nyai masa yang agak terhad dalam kawasan, namun kesempatan yang ada dihabiskan untuk masuk keluar kampung bersama isteri meninjau kalaukalau ada rumah uzur, longkang tersumbat serta jalann kampung dan jalan pertanian selesa digunakan. “Tanpa berkira bila dan dimana pertemuan amat berharga, sambil minum di warung kopi, menziarah warga emas

Kuala Besut tidak terpinggir dari menerima arus pembangunan walaupun peratus penduduknya terdiri daripada keluarga nelayan dan petani namun kemudahan prasarana dan pembangunan infrastruktur tumbuh dimerata tempat. Penempatan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak yang menempatkan 11 buah Kapal Terbang Sukoi merupakan pengkalan TUDM terbesar di negara ini, menjadi kebanggaan seluruh warga Besut. Pembinaan bangunan kedai dua tingkat yang berharga RM1.4 juta di pekan Kuala Besut kini 60 peratus siap dan lot perkedaian 16 pintu di Pekan Baru juga dalam peringkat pembersihan tapak. Pembinaan benteng penahan ombak berharga RM400,000 sedang dilaksanakan bagi mengelak hakisan dan projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besut untuk kemudahan nelayan keluar masuk mencari rezeki di laut. Golongan muda merupakan aset penting Negara dan

mereka memerlukan bimbingan diperingkat akar umbi serta sentiasa memanfaatkan waktu dengan kegiatan yang berfaedah. “Empat buah gelanggang futsal berharga antara RM150,000 hingga RM300,000 ribu dibina di Kampung Pantai (RM250,000), di Kampung Tok Has (RM150,000) dan Gong Nering (RM150,0000 kini 70 peratus siap,” kata YB Dr. A. Rahman. Demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat katanya, setiap tahun peruntukan RM1 juta disalurkan melalui Pejabat Daerah untuk bina dan baiki jalan-jalan kampung, longkang dan sebagainya. Untuk keselesaan umat Islam serta bagi menampung pertambahan penduduk, tender pembinaan masjid baru di Pulau Perhentian sudah dikeluarkan dengan anggaran kos RM20 juta yang boleh memuatkan 750 jemaah pada satu-satu masa. “Usaha juga sedang dijalankan untuk memanfaatkan 80 hektar kawasan terbiar di Kampung Baroh Raja,

Bukit Puteri untuk tanaman padi dan pihak Jabatan Parit Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja-kerja membaikpulih sistem perparitan,” katanya. Katanya, 39 petani terbabit dalam projek ini dan dijangka mula menanam pada Oktober depan apabila kerja-kerja menyedut air dari sungai Besut serta memperelokkan sistem perparitan dikawasan terbabit dijangka selesai. Nasib nelayan pesisir pantai sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan daripada kerajaan di mana pembinaan tukun-tukun tiruan dilakukan di sekitar Pulau Perhentian untuk menambah pembiakan ikan yang menjadi sumber utama pendapatan nelayan pantai. Bidang pendidikan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan dalam rancangan Malaysia Ke-10 (RMK -10) sebuah sekolah menengah baru akan dibina di Alor Peroi bagi mengelak waktu sekolah dua sesi yang sedang dihadapi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut

BIODATA dan bertemu warga nelayan di pantai, pengusaha keropok dan petani sambil menghirup udara petang,” katanya. Walaupun perlu berkejar masa, ke Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang kerana tugas selaku ahli Exco menuntut kebijaksanaan beliau mengatur jadual, agar semua rakyat mendapat keadilan saksama.

Penduduk kampung yang sentiasa dahagakan pembangunan di kawasan mereka.

80 hektar kawasan terbiar di Kampung Baroh Raja, Bukit Puteri untuk menanam padi.

Tunjuk bakat menyertai sukaneka bersama penduduk kampung.

Nama : Dr. A. Rahman bin Mokhtar Tempat Lahir : Pulau Perhentian, Besut, Terengganu Tarikh Lahir : 22 Mac 1958 Nama Isteri : Azizah binti N. Omar Bil. Anak : 4 orang ( 3 lelaki 1 perempuan) Kelulusan : Ijazah Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia : Master Of Public Health (M.P.H) Universiti Filipina.

Pembinaan bangunan kedai dua tingkat yang berharga RM1.4 juta.

2 tk


IKON ANAK TERENGGANU

10

Khamis, 15 Julai 2010 Oleh Aida Abd Rahman SEJAK kecil lagi dia sudah memasang angan-angan untuk mengubah lanskap kehidupan apabila dewasa kelak. Kini, lakaran impian itu menjadi realiti apabila dilantik menerajui pentadbiran universiti ulung di Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai Naib Canselor (NC) sejak 12 April 2009. Atas tiket pengalaman selama hampir 30 tahun sebagai pendidik dan pentadbir sememangnya memberi kelebihan buat Profesor (Prof) Dr Aziz Deraman bagi menggantikan NC terdahulu Prof Dato’ Dr Sulaiman Md Yassin. Bapa kepada enam cahaya mata yang lahir tanggal 8 November 1959 itu berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer dan PhD dalam bidang sama, sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT. Beliau terlibat dalam pengajaran Program sarjana Muda dan Sarjana di UKM sejak 1984 hingga 2008 selain terlibat dalam pengajaran sambilan Program Pusat Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Utara Malaysia dan Kolej Pelajaran Yayasan Mara. Kekentalan dan komitmen beliau terhadap kerjaya juga membolehkan beliau menghasilkan 15 tajuk penyelidikan sejak 1991 (deng a n geran DAGS,

Khamis, 15 Julai 2010 IRPA, FRGS, Sciencefund dan GUP), selain menerbitkan lapan buku dan bab, 92 prosiding, 33 jurnal dan 69 penerbitan. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti konsultansi melibatkan 15 aktiviti perundingan berdaftar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan agensi kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak swasta sejak 1992 hingga 2008. Pada 1982, beliau memulakan karier sebagai penganalisa sistem di Kementerian Pertahanan Malaysia, sebelum mengorak langkah sebagai pendidik di UKM tiga tahun kemudian. Sepanjang di UKM, beliau menerajui pelbagai jawatan di bidang pentadbiran seperti Timbalan Dekan, Fakulti Komputer & Matematik, Timbalan Pengarah bagi Pusat Komputer dan terakhir sebagai Dekan bermula Mac 2001 hingga Oktober 2007 sebelum kembali ke Terengganu pada November 2007 untuk berkhidmat di UMT sebagai Timbalan Naib Canselor. Jasa dan pengalaman luas beliau sebagai anak Terengganu yang berjaya membolehkan beliau dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Terengganu, Anugerah Negeri (Julai 2005),Anugerah Perkhidmatan Terpuji dari UKM (2000) dan Anugerah Perkhidmatan 20 tahun (2004). Menyingkap latar silam, Prof Dr Aziz ketika kecil bercita-cita menjadi juruterbang. Hasrat itu tersemat kemas di jiwa dan kian mem-

bara melihat kepayahan bapa, Deraman Abdullah yang terpaksa berperang dengan kudrat dan masa yang terbatas bersama keluarga demi pekerjaan sebagai pemandu lori. Nilai sepuluh sen ketika kecil dulu bagi beliau cukup besar. Lantas dengan inisiatif sendiri beliau pernah menjual ais ketul di tepi jalan berhampiran rumahnya pada bulan Ramadan selain menjaja aiskrim pada musim mengetam

Bersama keluarga tersayang

Prof Dr Aziz ubah lanskap hidup padi walaupun memperolehi upah sekadar 20 sen setiap balang yang dijual. Pada awal 1970-an bapa beliau terpaksa membawa mereka sekeluarga berpindah meninggalkan kampung halaman di Simpang Tokku, Chabang Tiga ke Kuantan Pahang untuk mencari peluang yang lebih baik demi keselesaan dan kelangsungan hidup. Selain memandu lori, bapa dengan dibantu ibu, Jarah Nik Dir juga membela ayam bagi menambah pendapatan keluarga. “Ayam dibela untuk dijual, bukan untuk dimakan sendiri. Duit jualan bapa terpaksa agih untuk pelbagai kegunaan yang lebih penting. Kadang-kadang kita doakan ayam sakit supaya terpaksa disembelih, dapatlah kami merasa sekali-sekala keenakan lauk ayam. “ Apabila diimbas kembali peristiwa lampau saya bertuah kerana bermula dari hidup susah, berusaha dan berdikari sendiri dengan mencipta kejayaan dalam pelajaran. Kejayaan akan hadir dengan ilmu pendidikan yang baik. Alhamdulillah saya berjaya dan akan meneruskan kejayaan ini untuk melihat kejayaan anak bangsa,” kata beliau ketika diwawancara Teganukita di pejabat beliau di UMT, barubaru ini. A n a k ketiga daripada enam beradik itu pernah menimba ilmu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga, Kuala Te r e n g g a n u sebelum bertukar ke SK

2 tk

Galing (Kuantan); SMK Alor Akar Kuantan dan SM Sains Pahang (kini SMK Sultan Haji Ahmad Shah) bermula tingkatan empat. Ketika sibuk mentelaah pelajaran dan berdepan dengan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Prof Dr Aziz masih sempat menambah pendapatan dengan menjadi kedi . Kini, penglibatan secara tidak langsung ketika alam sekolah itu pula bertukar menjadi konsep bersosial yang didampingi golongan eksekutif seperti beliau sejak 20 tahun lalu. Selepas cemerlang dalam SRP dengan agregat 17 beliau berjaya meneruskan pelajaran di SM Sains Pahang dan diumumkan sebagai calon terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cita-cita awal sebagai juru terbang terpaksa dilupakan beliau selepas permohonan ke Maktab Tentera DiRaja ditolak disebabkan beliau mengambil aliran Melayu. Sebaik tamat sekolah menengah dengan rekod akademik yang cemerlang, beliau kemudiannya mendapat tawaran menyambung Matrikulasi dalam bidang perubatan. Bagaimanapun hanya dua minggu bertahan kerana jiwa mudanya ketika itu sukar menerima `dunia makmal’ dan akhirnya berhijrah pula ke jurusan Sains Komputer. “Saya kemudiannya beralih ke bidang Sains Komputer yang baru diperkenalkan di IPT ketika itu dengan mendapat tajaan Yayasan Terengganu (YT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam sehinggalah berjaya mendapat ijazah dan menyambung pula peringkat PhD,” katanya yang kini menjadi seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah YT sejak 2004. Pada masa yang sama,

beliau kini juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Biasiswa Sultan Ismail Nasiruddin Shah (sejak 2006), ahli Jawatankuasa tetap Bahasa Melayu Negara ( 2003), selain dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaburan untuk syarikat Top IT Industries Sdn Bhd sejak 2008 yang bertanggungjawab dalam projek e-Book. Beliau yang memilih teman sekampung yang juga adik kenalan abangnya , Rohana Salleh, 46, sebagai suri hidup berpegang kepada prinsip mengelak daripada menyusahkan orang lain, supaya dia sendiri tidak akan disusahkan oleh orang lain kelak. “Elakkan daripada kita menganggap sesuatu tugas atau perkara itu tidak penting, sebaliknya perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik supaya hasilnya kelak akan memberi impak yang baik untuk semua pihak ,” kata Prof Dr Aziz lagi. Berbicara soal tanggungjawab yang tergalas kini, Prof Dr Aziz dengan seluruh warga UMT menyasarkan untuk menjadikan UMT sebagai pusat pengajian ulung yang bertaraf tinggi dari aspek menghasilkan graduan berkualiti, selain mampu menjadi universiti bercirikan penyelidikan tanpa menafikan UMT sebagai pusat pengajian berfokus dalam masa lima tahun lagi. Ketika tumpuan terhadap kerjaya ditekankan, beliau juga mahu kecemerlangan itu diteruskan oleh enam zuriat yang menjadi pewaris legasi kehidupannya. Anak sulung, Azman, 24, sedang mengikuti pengajian Kejuruteraan Automotif Universiti Teknologi Petronas (UTP) di bawah tajaan Mara.

BISNES

2 tk

Betapa halusnya tenunan sehingga menghasilkan songket yang bermutu tinngi.

Farinawati - arkitek songket

Oleh Suriati Ali

Minat, pantang mengalah dan sentiasa berusaha perlu wujud dalam diri setiap individu sekiranya serius ingin menceburi perniagaan menenun dan menjual songket. Pemilik syarikat Naj Songket, Farinawati Yahaya, 35, berkata prinsip dan mempunyai cita-cita ingin berjaya cukup penting sekiranya ingin maju dalam perniagaan songket kerana bidang ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketelitian ketika menenun. Katanya, pada mulanya, dia kurang yakin dengan perniagaan songket kerana tidak ramai yang serius menceburinya kecuali generasi terdahulu yang sudah mengetahui selok-belok berkaitan pakaian termahal ini. “Disebabkan minat mendalam, saya didorong suami sedaya upaya mempelajarinya dengan menuntut ilmu di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang, Selangor selama dua tahun dan mempelajari kelemahan serta keistimewaan songket dengan mereka yang sudah pakar. “Selepas hampir dua tahun menceburi bidang ini, pelbagai keistimewaan mengenai songket dapat diketahui termasuk berkaitan kualiti kain dan benang, bentuk corak paling mahal dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, tidak rugi sebenarnya, seseorang individu mendalami ilmu dan

11 farinawati

Pelbagai kaedah diusahakan Naj Songket untuk melariskan produk antaranya membuat hebahan melalui laman web, facebook dan mengedar risalah Bahan mentah seperti benang sutera dan kapas yang diperolehi dari luar Terengganu.

serius menceburi perniagaan songket, kerana ia mampu dijual sehingga mencecah ratusan ribu sehelai jika benar-benar berkualiti. “Selain itu, ia turut menjadi pilihan golongan di istana, dan orang kenamaan untuk dibuat pakaian serta dijadikan cederamata. “Lebih membanggakan, songket bukan hanya terhad untuk dibuat pakaian malah dijadikan penghias dinding ( seni khat ), pakaian pengantin, tas tangan, pelapik pinggan, sarung kusyen, cadar dan album,” katanya. Farinawati berkata, kebiasaannya tujuh corak utama digunakan untuk menambahkan seri songket iaitu flora fauna, bunga penuh, bunga bertabur, corak jalur, siku keluang, tapak catur dan pucuk rebung. “Songket yang diusahakan hampir 5 tahun ini mendapat sambutan membanggakan sehingga terpaksa menolak tempahan jika pelanggan membuat tempahan di saat akhir. “Kebiasaannya pelanggan mengemari corak ringkas untuk disesuaikan pada setiap barangan hiasan yang diimpikan,” katanya.

hakan Naj Songket untuk melariskan produk antaranya membuat hebahan melalui laman web, face book dan mengedar risalah.

Farinawati tekun menenun songket warisan Terengganu.

Menurutnya, barangan perhiasaan yang diperbuatkan daripada songket dijual antara RM5,000 hingga RM6,000 menjadi pilihan pelanggan tempatan dan luar negara termasuk Indonesia dan Brunei. “Bahan mentah seperti benang sutera, kapas dan pelbagai kelengkapan untuk dibuat songket diperoleh daripada pembekal dari Kelantan dan Kuala Lumpur. “Dalam pemilihan benang, seseorang penenun memerlukan ketelitian kerana dibimbangi tiruan dan mudah rosak,” katanya yang mengusaha perniagaan dikediamannya, Taman Putri Payong, Marang. Pelbagai kaedah diusa-

Beg yang dihasilkan dengan songket.


12 12

Khamis, 15 Julai 2010

Oleh Suriati Ali S e m a n g a t kerjasama,hidup bermuafakat dan saling membantu tanpa mengira aktiviti atau program merupakan kunci utama Kampung (Kg) Alor Limbat, Marang berjaya menyertai Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat kebangsaan 2010. Memiliki taman hutan seluas 1.8 hektar, unit pembersih kampung, jambatan gantung antara keistimewaan yang melayakkan kampung itu memenangi anugerah sama peringkat negeri pada tahun lalu sebelum terpilih ke peringkat seterusnya. Kemenangan peringkat negeri, melayakkan kampung itu, menerima habuan hampir RM1 juta daripada kerajaan negeri termasuk RM500,000 nilai projek, lawatan sambil belajar selama lima hari ke New Zealand untuk 15 Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta wang tunai bernilai RM50,000. Sebelum ini, Kampung Alor Limbat juga pernah menjuarai dan menggondol beberapa anugerah lain dalam pertandingan peringkat kebangsaan serta daerah termasuk Program Kumpulan Pendengar Penonton dan Pembaca (K3P) atau sekarang ini lebih dikenali Komuniti Be-

Khamis, 15 Julai 2010

13

Saling kerjasama kunci kejayaan Alor Limbat stari pada 2002. Selain itu, anugerah desa harapan dalam Pertandingan Gerakan Dewan Wawasan (2003) dan Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung peringkat daerah Marang (2007). Kedudukan DUN Alor Limbat, agak istimewa kerana terbahagi kepada dua sebahagian iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Daerah Marang (MDM). Kedudukan geografi itu memberi pelbagai kelebihan, termasuk projek pembangunan, kemudahan prasarana dan tidak ketinggalan kesepakatan masyarakat untuk memenangi beberapa anugerah.. Pengerusi JKKK, Kg Alor Limbat, Haji Mat Saman Ali berkata kampung ini memiliki keistimewaan tersendiri hasil kerjasama dan kesepakatan penduduk yang kini berjumlah lebih 1,000 orang. Katanya, setiap lorong yang terdapat di kam-

pung ini di beri gelaran sempena nama orang terdahulu bertujuan mengenang jasa serta tatapan genarasi muda. “Keistimewaan lain mempunyai pondok prihatin yang mendapat kerjasama dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal jenayah atau kegiatan tidak bermoral lain, Medan Info Desa yang berfungsi melatih penduduk celik komputer. “Selain itu, kami juga mempunyai se-puluh unit rumah kedai dan koperasi untuk mengisi tabung JKKK” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Haji Alias Abdullah, berkata pihaknya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada warga Alor Limbat kerana berjaya membawa imej kampung dan negeri di peringkat antarabangsa. “Kejayaan ini bukan saja mampu mengangkat martabat malah menonjolkan kelebihan yang

ada dan mencari pengalaman untuk terus cemerlang di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap Sempena Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan di kampung itu, baru-baru ini. Seramai 11 rombongan panel hakim diketuai, Encik Mohd Ali Sabran disambut meriah penduduk sebelum menaiki `buggy’ bagi melihat keadaan dan kelebihan kampung beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. itu. Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji A.Rahman Che Ali, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, Pengerusi JKKK kampung itu, Haji Mat Saman dan penduduk setempat. Katanya, semangat kerjasama, saling bergotong-royong yang dizahirkan penduduk .kampung bukan semata-mata untuk menyertai sesuatu pertandingan malah setiap hari untuk keselasaan dan kecerian kampung.

misai kucing

( Ortosiphon stamineus )

Khasiat: - Kencing manis, darah tinggi, batu karang dan dedas (kecing tidak lawas).

WARISAN ALAM - Kebiasaannya ditanam di tepi rumah sebagai landskap dan penyeri halaman.

Kaedah: - Rebus pokok misai kucing sebelum diminum untuk Kaedah Pembiakan: mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi, - Keratan batang. batu karang dan dedas. - Boleh juga hanya merendam 3 hingga 4 helai daun Habitat: herba ini bagi merawat penyakit yang sama. - Lazimnya tumbuh di kawasan tanah pamah. Keistimewaan: - Pokok herba ni tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Daunnya berbentuk kecil dan tirus. Batangnya kecil dan mudah patah.

bubur lambuk

Bahan-bahannya; 4 gelas beras 1 ikat daun pucuk midin/pucuk paku merah 1 ikat daun cekur manis 15 helai daun kadun 4 helai daun ulat bulu/daun kaduk/daun ubi kayu 5 tangkai daun kesum 6 batang serai 2 biji kelapa (1/2 untuk buat kerisik dan ½ untuk santan) 20 ulas bawang merah 2 inci halia 1 sudu besar lada hitam ½ cawan kicap 15 ekor ikan selayang Garam, gula dan serbuk perasa

JUADAH TERENGGANU Cara Membuatnya: • Semua daun-daun dibersih dan dipakai • Ikan direbus, ambil isinya dan dihancurkan • Bawang merah, halia dan lada hitam ditumbuk lumat • Beras dibersih dan direbus hingga kembang. • Masukkan kerisik kedalam beras kacau hingga rata dan masukkan bahan rempah kacau lagi • Serai diketuk dan masukkan ke dalam periuk beras • Apabila semua sudah bergaul, masukkan semua daundaun tadi dan balik-balikkan hingga rata • Bila daun sudah layu, masukkan santan hingga tenggelam bahan-bahan daam periuk • Masukkan juga ikan, garam, kicap, gula dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih


BAKTI JKKK

14

Khamis, 15 Julai 2010

Khamis, 15 Julai 2010

Surau Haji Yaakob terpahat kukuh di hati masyarakat Oleh Amirullah Othman Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jasa bakti yang ditinggalkan terpahat kukuh dan menjadi sebutan dari generasi ke generasi. Kampung Surau Haji Yaakob, berasal daripada nama seorang terbilang, guru agama yang sentiasa mengajak masyarakat mendekati rumah Allah dan bersikap rendah diri, disegani dan dihormati penduduk disitu. Berkat kerjasama penduduk kampung yang dikepalai Haji Yaakob, terbinalah sebuah surau yang sederhana besarnya untuk kemudahan tempat beribadah dan majlis keagamaan lain seperti mendalami bacaan alQuran dan kelas fardu ain. Semasa hayatnya, Arwah mengajarkan ilmu tauhid, feqah, asas-asas membaca al-quran dan lain-lain namun itu kisah yang berlaku beratus tahun dulu dan kini keakraban dan keharmonian terus kekal menjadi amalan masyarakat tempatan. Malah kelahiran beberapa golongan ulamak negeri seperti Dato’ Engku Muhsin Abdul Kadir Al Idrus iaitu bekas Menteri Muda Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Dato’ Engku Embong Al Idrus Kadir, Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu. Kampung Surau Hj. Yaakob merupakan sebuah kampung yang berasaskan pertanian dan ramai kalangan penduduk yang membina keluarga berkat hasil pertanian dan ada yang

mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Setelah melewati egnerasi ke generasi kini Kampung Surau Hj. Yaakob ditadbir urus oleh Ustaz Mamat Budin Ahmad selaku Pengerusi Jawatankua-

duduk kampong dan segala pemasalahan yang timbul akan ditangani bersama seperti kata pepatah cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Keakraban penduduk Kampung Surau Haji Yaakub membolehkan

royong membersih kawasan kampung dan juga rumah ibadat serta tanah perkuburan. Dengan jarak hanya setengah jam perjalanan berkereta dari pusat Bandar, penduduk

“Dalam persatuan dan NGO yang disertai, Kak Mah hanya hadir mesyuarat dalam dua atau tiga kali dalam tempoh dua bulan. Dengan itu, dapat Kak Mah agihkan masa sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat”

mamat budin

15

Kak Mah masih aktif di usia emas Oleh Suriati Ali

Gelanggang futsal Kampung Surau Haji Yaakob untuk aktiviti penduduk. - Gambar oleh Amirullah Othman

sa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merangkap Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi Khairat Kematian. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Ustaz Mamat Budin turut dibantu sayap parti iaitu Ketua Wanita, Puan Zunira Sulong, Ketua Pemuda Roslan Puteh dan Ketua Puteri Noor Fatihah Abdul Halim. Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Mohd Nor Mohamad dan barisan jawatankuasa serta Pengerusi Belia, Mohd Shahir Mohd Shafie sentiasa berganding bahu menjalankan aktiviti untuk masyarakat kampung. Yang besat sama dipikul dan ringan sama dijinjing itulah yang menjadi amalan pen-

Penduduk kampung mengambil upah menjahit baju bagi menambah pendapatan mereka.

ketua kampung dan barisan jawatankuasanya mengatur program dengan lancar termasuk aktiviti bergotong

kampong ini tidak sukar berulang alik ke bandaraya kerana kemudahan jalan raya yang baik disediakan

oleh kerajaan. Malah ramai golongan muda mudi yang keluar beberja makan gaji di pusat bandar

selaku kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta bagi menambah pendapatan keluarga

Walaupun usianya sudah lanjut, bekas Senator Ahli Dewan Negara, Hajah Rahmah Salleh, 73, masih aktif menghadiri program-program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Umno. Malah, jika kesihatannya mengizinkan, beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Kak Mah lebih senang memandu sendiri keretanya untuk ke tempat majlis tertentu diadakan. Walaupun kadangkadang anak-anak sering melarang Kak Mah berbuat demikian, beliau bertegas mahu memandu sendiri kerana tidak ingin menyusahkan orang lain selain merasakan dirinya masih mampu menjalankan tugas tersebut. Kak Mah yang sentiasa ceria ketika ditemubual Teganukita, berkata tiada petua istimewa untuk beliau kekal sihat, kecuali mengamalkan minum air suam, kurangkan minuman bergula serta bergas dan mengelak mengambil makanan berlemak.

“Sejak remaja Kak Mah jarang minum air sejuk kerana bimbang mengalami lenguh-lenguh dan sengal badan, petua diamalkan ini turut menjadi amalan ibu dan ayah suatu ketika dulu,” katanya yang cukup petah bila diajak berbual. Ibu kepada tujuh cahaya mata, iaitu Rohazimah Haji Osman, 55, Mohd Hasnan, 54, Mohd Hasbi, 51, Wahida, 42, Mohd Fahmi, 39, Mohd Khairul Nizam, 37, dan Mohd Lutfi, 35, itu tidak lekang diundang untuk menghadiri pelbagai majlis yang diadakan di sekitar kawasan itu, selain aktif berpersatuan. Antara persatuan dan NGO yang disertai adalah Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), Persatuan Perempuan Sedar (Surianita), Umno Veteran dan Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Terengganu (Mubarak). Hajah Rahmah berkata, walaupun aktif berpersatuan, Kak Mah tidak sedikit pun berasa sibuk dan tidak cukup masa untuk melakukan aktiviti di rumah dan kampong seperti mengaji, berkebun, berzanji,

2 tk

SERIKANDI

2 tk

membaca surah Yassin dari rumah ke rumah, menghadiri majlis kesyukuran dan kenduri kahwin. “Dalam persatuan dan NGO yang disertai, Kak Mah hanya hadir mesyuarat dalam dua atau tiga kali dalam tempoh dua bulan. Dengan itu, dapat Kak Mah agihkan masa sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat. “Sejak kecil sememangnya Kak Mah gemar mencari kawan dan apabila menginjak

dewasa mula diisi dengan menyertai pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan,” katanya yang kini mempunyai 26 cucu dan tiga cicit. Beliau mula membabitkan diri dalam Umno sekitar tahun 1955 di mana ketika itu dia bersama beberapa rakan lain berjuang berhabis-habisan demi melihat Umno memenangi Pilihan Raya Umum pertama atau ketika itu dikenali sebagai Pilihan Raya

Kak Mah bersama rakan seperjuangan.

Umum Persekutuan. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dipikul termasuk diherdik dan dicaci ketika memancing undi di kalangan penduduk di setiap kawasan, paling tidak boleh dilupa ketika dibaling dengan selipar oleh seorang penduduk yang kurang menyenangi kedatangan kami. “Kejadian itu membuatkan Kak Mah semakin bersemangat untuk terus berjuang walaupun terpaksa

mengeluarkan belanja sendiri. Jika tiada duit tambang, Kak Mah tidak segan silu meminta rakan untuk berkongsi duit sematamata ingin mengisi minyak dan membeli makanan. “Disebabkan semangat menebal dalam jiwa, Kak Mah sanggup meningggalkan anak yang masih kecil bersama arwah ayah, Haji Salleh Puteh dan arwah suami, Haji Osman Abdullah untuk keluar maraih undi dan menghadiri mesyuarat,” katanya. Katanya, mujur keluarga terutama suami faham dengan apa yang dilakukan, sehingga saat ini Kak Mah cukup terhutang budi dengan mereka yang sanggup mengorbankan masa menguruskan segala keperluan anak dan keluarga. “Semua pengalaman itu masih segar dalam ingatan dan akan terus dikenang ke akhir hayat, jika ada pihak yang sudi mendengar, Kak Mah akan terus bercerita panjang lebar,” katanya yang tinggal di Kampung Gong Limau, Kemaman.


2

Khamis, 15 Julai 2010

Khamis, 15 Julai 2010

DESTINASI

tk

PSKT sentiasa penuh dikunjungi pengunjung terutama pelajar sekolah yang mahu menambahkan lagi ilmu sains.

Banunan baru PSKT di Kampung Laut yang sedang dalam pembinaan akan menjadi perintis dalam melahirkan modal insan berjiwa saintis.

16 Tidak sempurna sekiranya kedatangan anda ke PSKT tidak mencuba sendiri peralatan yang disediakan.

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.

Jom kenali....

PSKT

Tidak lengkap andainya pengunjung tidak berkunjung ke planetarium yang hanya bersebelahan dengan galeri sains.

Di sinilah pengunjung boleh melihat dan menterjemahkan ahli-ahli sains dari pelosok dunia.

Oleh Wan Haironniza Wan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu atau ringkasnya PSKT mungkin jarang didengari oleh segelintir masyarakat Terengganu kerana dominasi perkataan Planetarium lebih popular dan selalu menjadi sebutan masyarakat di negeri ini. Pengarah Urusan PSKT, Dr. Mohd Zaki Mohd Said berkata, terdapat tiga elemen diterapkan iaitu nilai sains, ICT (teknologi maklumat & komunikasi) dan Islam. Kombinasi elemen ini diperkenalkan hanya di PSKT kerana beliau ingin membawa kelainan dalam memberi dan menerapkan ilmu tentang sains dan teknologi kepada pengunjung. Berbekalkan falsafah “pembelajaran sepanjang hayat menerusi penerokaan dan penemuan bagi menyemai minat terhadap sains dan teknologi di kalangan pengunjung”, menjadikan pengisian yang dibawa PSKT mudah difahami dan diminati oleh semua lapisan umur. Terdapat tiga key business yang ditampilkan oleh PSKT kepada khalayak iaitu jangkauan dalaman (inreach) iaitu galeri sains, planetarium, aktiviti sains dan pertunjukan sains, manakala (outreach) jangkauan luaran yang menampilkan ‘ portable dome’, ‘robotic camp’ dan sebagainya. Ketiga, projek pembangunan untuk bangunan baru PSKT di Kampung Laut yang sedang dalam pembinaan akan menjadi perintis dalam melahirkan modal insan berjiwa saintis serta produk yang dihasilkan sendiri oleh PSKT mampu bersaing dipersada antarabangsa. Selain itu, PSKT mempunyai daya tarikan tersendiri terutama di galeri sains yang menerapkan tiga tema iaitu science discovery, house of wisdom dan exploration yang masing-masing mempunyai sudut (corner) pameran yang mempamerkan bahanbahan sains dan teknologi yang bersifat interaktif. ‘House of wisdom’ itu sendiri merupakan sudut

Anda boleh menguji minda dalam beberapa permainan berasaskan sains.

sains Islam yang terdiri daripada beberapa buah kiosk dengan coursewarenya dicipta dan dihasilkan sendiri oleh staf PSKT serta hanya terdapat di negeri ini sahaja. Dalam kunjungan Teganukita ke PSKT, salah satu contoh courseware tentang sains dan Islam ditunjukkan dan ia sangat menarik dan mudah difahami serta dalam masa yang sama, pelbagai pengetahuan baru tentang sains, Islam dan alam sekitar saling berkaitan dapat didedahkan kepada pengunjung. Bagaimanapun, tidak lengkap andainya pengunjung tidak berkunjung ke planetarium yang hanya bersebelahan dengan galeri sains. Planetarium merupakan prasarana yang menjadi pemangkin kepada pembangunan PSKT dan kerajaan negeri dalam menyebarkan informasi tentang sains, teknologi dan angkasa lepas yang digembelingkan bersama-sama ciri komersial berteraskan kepada teknologi maklumat. Selain itu juga, planetarium berperanan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang aspek astronomi, fizik dan metereologi dengan lebih jelas kerana berkemampuan menonjolkan kejadiankejadian di langit secara realiti dengan simulasi langit, bulan dan bintang melalui cahaya yang terhasil daripada projektor universal. Sebanyak 60 penonton boleh dimuatkan dalam satu masa dan terdapat dua jenis filem iaitu ‘Infinity Express’ yang mengisahkan perjalanan kepada alam penemuan terhadap pencarian sistem solar, pemetaan dunia dan alam semesta. Manakala, ‘The Origins of Life’ menayangkan tentang pencarian manusia terhadap hidupan yang menduduki bumi. Antara daya tarikan yang terbaru daripada PSKT ialah ‘portable dome’ yang fungsinya sama dengan planetarium tetapi mampu dibawa kemana sahaja terutama ketika menganjurkan program ke sekolah atau ekspo di sekitar Terengganu. Inilah keunikan yang ditonjolkan oleh PSKT dalam memartabatkan ilmu sains dan teknologi kepada

Pengisian yang dibawa PSKT mudah difahami dan diminati oleh semua lapisan umur.

Ilmu sains boleh diperolehi dan dipelajari di PSKT.

masyarakat dalam dan luar bandar. Pelbagai aktiviti sains dan teknologi dilakukan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah seperti bengkel sains dan matematik, program sains dan banyak lagi untuk menberi pendedahan awal dan menarik minat pelajar sekolah dan kanak-kanak terhadap bidang sains. PSKT juga mempunyai gerai cenderamata dengan pelbagai koleksi barangan yang kreatif dan inovatif yang membolehkan pengunjung mengabdikan kenangan dan menjadikan cenderahati tersebut sebagai koleksi peribadi sebelum meninggalkan PSKT.

2 tk


2 tk

agama

MIMBAR Susunan : Muhaini Muhammad

WAKTU SOLAT

Sumber: JHEAT

Negeri Terengganu (15 Julai hingga 21 Julai 2010)

ms 16 & 17

Khamis, 15 Julai 2010

19

Raja dan Sultan adalah ketua agama lambang kedaulatan negeri Tanggal 20 Julai 2010, merupakan hari ulang tahun Keputeraan Duli Maha Mulia Sultan Terengganu ke-48. Hari keputeraan ini sangat memberi erti dan makna dalam kehidupan kita sebagai rakyat di negeri bertuah ini. Baginda AlSultan adalah ketua negeri dan ketua agama yang sentiasa memelihara dan menjaga keamanan, kesejahteraan serta kedaulatan negeri ini. Sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini kerana status negeri Terengganu di bawah naungan kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang diiktiraf dan dicontohi dunia, sama ada di kalangan negara-negara Islam mahupun bukan Islam. Pengiktirafan tersebut diberikan adalah kerana pelaksanaan serta penghayatan Islam dalam pemerintahan negara dan negeri-negeri, telah diamalkan dengan adil dan penuh hikmah oleh pemerintahan secara berterusan, dan ianya telah dapat diterima oleh rakyat seluruhnya dengan selesa. Negeri yang aman, makmur serta berdaulat ini, adalah merupakan satu nikmat anugerah kurniaan Allah s.w.t. Ia tidak mungkin diperolehi, kecuali dengan adanya usahausaha gigih dan kebijaksanaan Ulil Amri dalam mentadbir negeri ini. Oleh itu, sebagai rakyat hendaklah sentiasa taat dan patuh kepada kepimpinan negeri sepanjang masa. Sesungguhnya Islam telah mewajibkan ke atas umatnya supaya mentaati Ulil Amri. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 59, yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada Ulil Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih

Baginda AlSultan adalah ketua negeri dan ketua agama ya n g s e n t i a s a memelihara dan menjaga keamanan, kesejahteraan serta kedaulatan negeri ini. dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasulnya, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahannya.” Manakala Rasulullah s.aw. bersabda, yang bermaksud; “Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya dia taat kepada Allah, dan sesiapa yang taat kepada Amir-Ku (pemerintah), sesungguhnya dia taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya dia derhaka kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka Amir-Ku (pemerintah), maka sesungguhnya dia derhaka kepadaku.” Berdasarkan kepada maksud ayat suci al-Quran dan Hadis di atas, jelaslah bahawa Islam menyuruh supaya sentiasa menumpahkan taat setia kepada pemerintah, demi menjamin keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan hidup berterusan. Ketaatan dan kepatuhan kepada pemerintah, merupakan kunci kejayaan rakyat di negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa memperteguhkan nilainilai murni tersebut, supaya akan terus mendapat rahmat nikmat kemakmuran, kesejahteraan dan keberkatan dari Allah Taala. Jangan ada mana-mana pihak cuba menganggu gu-

gat kehidupan yang aman bahagia ini, dengan menimbulkan sebarang permasalahan atau kekacauan. Justeru, untuk memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang boleh membahayakan dan merugikan semua. Kita juga hendaklah sentiasa hidup bersatu padu, saling hormat menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain, agar menjadi bangsa yang kuat dan disegani. Kita semua hendaklah menghindari dari sifat-sifat mazmumah seperti budaya fitnah memfitnah, tuduh menuduh dan cemuh mencemuh, kerana sifat-sifat tersebut boleh mengundang pergaduhan, perpecahan dan lebih menakutkan lagi boleh mencetuskan suasana huru hara dan peperangan. Hal demikian juga akan menyebabkan kita menjadi lemah dan hidup menderita. Akhirnya, marilah sama-sama menanamkan sifat ketaqwaan dalam diri, agar ianya menjadi kekuatan untuk kita melaksanakan segala perintah Allah Taala dan Rasulnya serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah dengan mematuhi undangundang negeri dan negara serta peraturan-peraturan yang digariskan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa demi kesejahteraan hidup sementara ini. Disamping itu kita juga hendaklah sentiasa mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan antara kaum, bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Surah Al-Hajurat ayat 13 yang bermaksud; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu saling

S e s u n g g u h n ya Islam telah mewajibkan ke atas umatnya supaya mentaati Ulil Amri (pemerintah). berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan menjunjung segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Sesungguhnya umat yang bertaqwa disisi Allah ialah mereka yang sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dan nilai hidup murni untuk menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Setiap negeri ada Ulil Amri yang memerintah, tidak patuh kepada pemerintah samalah tidak patuh kepada Allah dan Rasul. Sebagaimana sedia maklum negeri kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, oleh yang demikian Raja atau Sultan adalah ketua agama dan lambang kedaulatan kerajaan negeri ini. Baginda Sultan menjadi payung perlindungan kepada seluruh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menghormati dan memuliakan Tuanku Sultan dengan mentaati dan mematuhi peraturan-peraturan, undang-undang dan apa jua arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Maka dengan demikian itu, adalah diharapkan negeri kita sentiasa aman dan rakyat seluruhnya dapat hidup makmur dan bahagia di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.


20

Khamis, 15 Julai 2010

Media massa pengaruh persepsi rakyat Media massa disarankan membatu membawa suara dan pandangan rakyat serta menyebarkan dasardasar baru yang dilaksanakan pihak kerajaan. “Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bersifat terbuka dan sentiasa mahu mendengar suara dan pandangan rakyat. “Apa yang dikehendaki oleh rakyat, denyut nadi rakyat perlu disampaikan kepada kerajaan oleh media, sama ada media elektroknik, cetak atau media baru seperti internet, blog, facebook dan sebagainya,” kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Morad ketika menghadiri Program Mesra Media 1Malaysia, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program julung kali anjuran Pejabat Penerangan Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat. Datuk Abdullah, berkata media mempunyai peranan sangat penting khususnya untuk menyebar dasardasar kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia dan Pelan Transformasi Nasional iaitu usaha pembaharuan yang telah digerakkan oleh kerajaan. Sehingga kini, terdapat 44 buah akhbar beroperasi dalam Negara termasuk tiga milik pembangkang dan 27 akhbar di Sabah dan Sarawak. “Media bersama dengan agensi kerajaan seharusnya berganding bahu, bekerjasama memberi pejelasan dengan baik. Pada masa yang sama, media menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk bersuara, untuk melahirkan pandangan mereka dan media juga menjadi saluran serta jambatan kepada rakyat untuk disalurkan semula kepada kerajaan,” katanya.

Oleh Aida Abd Rahman Kes jenayah seluruh Terengganu menurun dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner I Datuk Mohd Shukri Dahlan. “Terengganu mencatatkan sebanyak 1,968 kes dalam tempoh itu berbanding 2,666 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu dan ia menunjukkan penurunan sebanyak 698 kes atau 26.2 peratus. Sasaran awal kita ialah penurunan sebanyak 20 peratus,” kata beliau di Majlis Mesra Media dan Polis, Di Hotel YT Midtown Kuala Tereng-

amam

Jenayah di Terengganu menurun ganu, baru-baru ini. Daripada 1,968 kes yang dilaporkan, sebanyak 490 kes berjaya diselesaikan setakat ini. Sementara itu, polis Terengganu sudah bersiap sedia untuk melaksanakan kempen pemanduan berhemah menjelang sambutan Aidilfitri pada awal September ini bagi menangani kes kemalangan jalan raya sempena perayaan terse-

but. Kempen bersepadu melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bakal dilaksanakan pada awal Ramadan bertujuan melancarkan pergerakan trafik di Terengganu semasa bulan puasa dan menjelang hari raya. “Ia penting bagi mengurangkan kemalangan

yang sering berlaku terutama ketika Hari Raya Aidilfitri semakin hamper. “Saya juga menyambut baik kerjasama oleh pihak lain terutama pertubuhan media seperti Kawat yang bersedia membantu dalam kempen yang pastinya dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran semua pihak,” katanya.

Sebahagian daripada penghulu seluruh negeri Terengganu yang hadir pada Wacana pembangunan daerah 2010 ke arah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di Kuala Terengganu.

DAtuk mohd shukri dahlan

Hutan Lipur Jambu Bongkok lokasi Jambori Asia ke-12 Jambori Pengakap Peringkat Asia kali ke-12 bakal diadakan di Hutan Lipur Jambu Bongkok, bermula 4 hingga 9 Jun tahun depan, demikian diberitahu oleh Menteri Besar, Dato’ Said. Katanya, pemilihan Hutan Lipur Jambu Bongkok sebagai lokasi kem jambori tersebut adalah untuk memperkenalkannya sebagai hutan lipur yang kaya dengan keunikan pokok ‘balau pasir’, ‘pokok gelam’ dan juga tanah beris yang jarang ditemui di hutan lipur lain. Kem pengakap ini juga bakal menyaksikan Terengganu menjadi tuan rumah buat kali kedua siri Jambori Kebangsaan yang sebelum ini pernah menja-

di tuan rumah pada tahun 1997, siri ke-9. Lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan jalan raya dan berdekatan dengan kawasan pelancongan terkenal Rantau Abang. Sehubungan dengan itu katanya sebanyak kira-kira 54 ekar tanah akan digunakan untuk pembangunan hutan lipur tersebut sempena dengan Jambori Asia tahun hadapan, katanya sewaktu membuat lawatan ke lokasi berkenaan baru-baru ini. Beliau memaklumkan hutan lipur ini akan dibangunkan pada tahun ini dengan menyedia dan mengemaskinikan infrstruktur sedia ada seperti menaiktaraf bekalan air dan system perparitan, mewujudkan pejabat pen-

gurusan persatuan pengakap, padang kawat, chalet , termasuk untuk VIP dan pelbagai kemudahan lain”. “Ini juga merupakan pelaburan jangka panjang dalam mempromosikan hutan lipur yang terdapat di Terengganu dan mampu memberi daya tarikan pelancong dan pengunjung”. tambah beliau. Dijangkakan seramai 8000 peserta pengakap dan 1000 pegawai akan terlibat dalam Jambori Asia 2011. Selain itu, kata Dato’ Ahmad jambori pengakap ini juga amat menekankan pemuliharaan alam sekitar dan setiap peserta diingatkan agar tidak mengganggu gugat khazanah alam di sini.

Kembar tiga gembira sambil menunjukkan e-Book kepada ibunya yang disampaikan Menteri Besar Terengganu.

ua-dua tempat itu beliau berulang kali menyatakan hasratnya untuk melihat pelajar dari negeri ini mampu bersaing dalam pelbagai bidang profeisonal, termasuk kedoktoran

(perubatan), kejuruteraan, penerbangan dan sebagainya. Beliau berharap dengan perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri masa kini, lebih ramai pelajar

Penghulu kenalpasti 100 keluarga miskin setiap Dun Oleh Aida Abd Rahman

Dato` Ahmad Said melihat kawasan perkhemahan yang akan dijadikan lokasi Jambori Asia ke -12

Menteri Besar ketika mengadakan sidang media di Hutan Lipur Jambu Bongkok.

MB cakna rakyat dan pendidikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said amat cakna rakyat termasuklah di bidang pendidikan masa kini yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beliau tidak putusputus hadir sendiri majlis penyampaian e-Book dan bantuan pakaian sekolah menemui sendiri ibubapa dan pelajar sekaligus. Awal Julai lalu, beliau berbuat demikian di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik di sebelah pagi dan di sebelah petang di kawasan beliau sendiri, Dun Kijal. Dalam ucapan di ked-

Khamis, 15 Julai 2010

am

Terengganu, termasuk pelajar perempuan sekalipun berjaya di dalam bidang-bidang berkenaan. Bahkan katanya, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu sanggup berbelanja untuk menghantar para pelajar ke luar negara sekalipun dalam keadaan kewangan yang terhad. Selain dari hasil minyak, katanya kerajaan negeri cuba menambah pendapatan negeri dengan pelaburan penanaman kelapa sawit termasuk di Indonesia yang akan digunakan juga bagi keperluan pendidikan, termasuk menghantar pelajar ke luar negara.

“Kita sanggup menghantar anak Terengganu ke Russia, Mesir dan lainlain lagi dan sedang memikirkan ke lain-lain tempat lagi untuk memberi peluang yang terbaik kepada pelajar Terengganu,” katanya. Dato’ Ahmad berkata, pendekatannya dalam usaha pendidikan dan ilmu pengetahuan untuk pelajar Terengganu tanpa diskriminasi atau ‘memilih bulu’. “Misalnya pemberian pinjaman, biasiswa, agihan e-Book, pakaian sekolah dan sebagainya tidak pernah mengambil kira politik kepartian keluarga mereka, “ katanya.

Semua penghulu di negeri ini diminta menyenaraikan 100 keluarga setiap Dewan Undangan Negeri yang dikategorikan sebagai miskin dan termiskin bagi mengelak keciciran dalam aspek pengagihan bantuan selain mengemaskini data kemiskinan menerusi program e-Kasih. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata beliau sendiri akan melihat laporan yang diserahkan penghulu berkenaan bagi meneliti kesahihan data yang dikumpulkan itu selain membandingkan data

sedia ada dengan data kemiskinan yang dikeluarkan pihak pembanci kemiskinan yang lain di setiap Dun. “Kalau perlu turun ke setiap Dun saya akan turun dan jumpa satu persatu (penduduk miskin) dan mungkin jumlahnya antara 4,000 hingga 5,000 seluruh negeri dan jumlah di setiap daerah mungkin lebih kurang 1,000 orang. Saya mahu memeriksa laporan (data) berkenaan sama ada mereka betulbetul miskin atau tidak,” katanya di Majlis Penutup Wacana Pembangunan Daerah 2010 ke arah Merakyatkan Pentadbi-

ran dan pembangunan, di Hotel Permain Inn, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail ; Yang Dipertua Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM), Haji Zaidi Hussin dan Pengerusi KPPSM Terengganu, Haji Zabli Abd Ghani. Menteri Besar berkata, dengan adanya maklumat benar dan tepat itu nanti pastinya akan memudahkan sebarang proses pengagihan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada penerima selain da-

pat mengenalpasti rekod sebenar dan kedudukan Terengganu dalam senarai penduduk miskin serta termiskin di seluruh Malaysia menerusi program e-Kasih. Berdasarkan rekod kadar kemiskinan tertinggi terbaru yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, Terengganu kini berada di tangga ketujuh berbanding sebelum ini di tangga kedua selepas Kelantan. Penurunan itu berikutan kadar kemiskinan yang semakin menurun dengan jumlah 480 keluarga termiskin dan 5,000 miskin seluruh Terengganu. Pada masa yang sama, Menteri Besar turut mengingatkan penghulu supaya mengambil berat dan memaklumkan kes penduduk di mukim masing-masing yang berdepan dengan penyakit kronik ke pejabat beliau atau menerusi pegawai beliau untuk tindakan susulan. “Kalau ada kes pesakit kronik penghulu perlu ambil berat dan maklum segera ke pejabat saya atau melalui setiausaha saya kerana kita ada tabung khas bagi membantu mereka yang berkenaan,” kata beliau lagi. Program tiga hari sejak 11 Julai lalu disertai 69 penghulu seluruh Terengganu bertujuan menjelaskan hala tuju daerah semasa selaras dengan dengan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan peringkat daerah, selain mendapat maklum balas pegawai dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan memajukan daerah serta mengemukakan resolusi untuk diperhalusi kepimpinan negeri.

21

Hargai dan jaga e-Book Kira-kira 75,000 murid sekolah rendah yang berkenaan di negeri ini, sama ada sudah memiliki pemberian percuma e-Book atau bakal memperolehnya diingatkan supaya menghargai pemberian itu seperti mana menyayangi barangan berharga lain. Ini penting kerana bukan senang setiap murid untuk memperolehi pemberian yang bernilai itu jika tanpa bantuan percuma dari pihak kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri cukup kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghargai setiap pemberian percuma daripada kerajaan. “Dalam pengagihan e-Book, ibu bapa adalah individu penting yang perlu bertanggungjawab menjaga barangan itu supaya tidak mudah rosak dan disalah guna,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di Dewan Sekolah MenengahKompleks Seberang Takir (Komstar), Kuala Terengganu baru-baru ini. Seramai 588 murid

ahmad razif

Tahun Lima bagi lima sekolah rendah di DUN itu gembira menerima e-Book masing-masing yang disampaikan sendiri Encik Razif. Menurut YB Razif, pengagihan e-Book turut membuka ruang dan peluang pelbagai pihak menerima manfaat, termasuk membuka peluang pekerjaan kepada graduan teknologi maklumat untuk memenuhi jawatan kosong sebagai Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO). “Sejak e-Book diagihkan, seramai 460 graduan lepasan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sudah memenuhi jawatan itu yang ditempatkan di seluruh sekolah rendah negeri ini. “Terbaru, iaitu bermula tahun depan, kerajaan negeri turut mewujudkan jawatan sebagai Juruteknik Komputer,” katanya.

Tindakan tegas diambil jika terbukti salah

Kerajaan negeri akan bertindak tegas sekiranya terdapat manamana penjawat awam di negeri ini tidak amanah dalam menjalankan tugas termasuk menyeleweng, salah guna kuasa dan menerima rasuah. Dato’ Ahmad Said berkata, kesalahan yang dilakukan itu dalam pemerhatian dan jangan terkejut sekiranya dia bersama pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turun memantau dan mengambil tindakan tegas jika terbukti benar. Katanya, dia kesal dengan sikap segelintir

kakitangan kerajaan yang tidak amanah ketika menjalankan tugas. Apa yang dilakukan dilakukan itu boleh merosakkan imej jabatan selain menimbulkan rasa sangsi masyarakat yang ingin berurusan. “Saya mengetahui perkara ini dipercayai dilakukan oleh segelintir pihak selepas mendapat laporan beberapa pihak tertentu. Semua perkara yang jelas menyalahi hukum agama dan melanggar etika perkhdmatan awam, perlu diberhentikan segera sebelum tindakan tegas diambil”, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita

selepas Majlis Penyerahan e-Book dan Baucer Pakaian Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Resak, Marang. Seramai 618 murid Tahun Lima daripada tujuh sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, menerima e-Book yang diagihkan sendiri Dato’ Ahmad. Manakala kira-kira 2,200 baucer pakaian sekolah bernilai lebih RM400,000 disampaikan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) sebelum diagihkan kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan.

Murid sekolah ditemani ibu bapa mendapatkan e-Book yang diagihkan oleh Menteri Besar di daerah Marang.


22

Khamis, 15 Julai 2010

amam

Kursus Bahasa Inggeris pengajar Britain Akademi Pembangunan Profesionalisma Darul Iman (DIPDA), sebuah akademi milik Trefound Educare Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat di bawah Yayasan Terengganu) memperkenalkan kursus Bahasa Inggeris yang melibatkan tenaga pengajar dari Britain dalam usaha meningkatkan mutu penguasaan bahasa berkenaan di kalangan rakyat tempatan, bermula

tahun ini. Buat permulaan, seramai 40 peserta, melibatkan 14 kakitangan awam dan peserta lain yang juga terdiri dari pelajar yang bakal memasuki universiti serta individu yang baru memasuki alam pekerjaan menyertai kursus berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Trefound Educare Sdn. Bhd, Dr. Wan Shaari Wan Ismail

berkata, program yang julung kalinya diadakan di negeri ini telah diadakan di premis DIPDA, di jalan Sultan Ismail agak unik memandangkan kelainan “method” yang digunakan berasaskan cara pembelajaran terkini dengan mengaplikasikan kemahiran secara terus di kelas. Beliau menambah, apabila menyertai kelas ini, peserta akan

menyedari bahawa kemahiran berbahasa Inggeris ini bukanlah sesukar yang disangka, malah begitu senang untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Untuk programprogram yang akan datang, katanya DIPDA bercadang untuk mengadakan program yang lebih khusus iaitu lebih memfokuskan terhadap kumpulan-

kumpulan yang tertentu, antaranya seperti program untuk pelajar sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta persediaan awal memasuki dunia pekerjaan. Katanya juga, selain itu DIPDA tidak ketinggalan untuk mengadakan program Bahasa Inggeris sebagai persediaan bagi pelajar jurusan perubatan yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Program pra persediaan

ini melibatkan seramai 100 peserta dan akan diadakan dalam tempoh lima hari iaitu selama enam jam sehari. DIPDA berharap pada masa yang akan datang, program ini akan dapat dilaksanakan di Pahang dan Kelantan pula, katanya. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Trefound Educare Sdn. Bhd di Jalan Sultan Ismail atau menghubungi 096309491.

“Terima kasih kerajaan kerana bantu kami” Menteri Besar Terengganu bermesra dengan pelajar di program Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Sesi 2010/2011 di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini.

LUQMAN ABDUL HALIM

Oleh: Aida Abd Rahman “Terima kasih kerajaan bantu kami.Bantuan kerajaan negeri untuk saya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan marin menguatkan lagi semangat dan iltizam saya menggapai cita-cita seba-

nor atiqah

gai pensyarah kelak,” kata Luqman Abdul Halim, 18, selepas mendapat tajaan biasiswa Program Skim pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Sesi 2010/2011, di Kediaman Seri Iman, malam semalam (16 Jun). Luqman memperolehi 10A dalam Sijil Pelajaran

junaidah abu samah

Malaysia (SPM) ditemani ibu bapa, Abdul Halim Muhamed, 51, dan Junaidah Abu Samah, 45, dari Padang Nenas, Kuala Terengganu merupakan seorang daripada sepuluh pelajar cemerlang yang menerima tajaan kerajaan negeri setiap tahun bagi mengikuti program

A- Level di Lembah Beringin, Selangor, selama dua tahun. Mereka ditawarkan RM30,000 setahun sebagai persediaan menyambung pelajaran di universiti terpilih luar negara dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan dan kedoktoran. YT juga menaja lapan pelajar menerusi Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar yang akan mengikuti program persediaan selama tiga semester dalam bidang Sains dan Perniagaan dengan jumlah antara RM24,000 hingga RM27,000 setahun. Seorang lagi pelajar terlibat, Nor Atiqah Mohd

Zainudin dari Kampung Bukit Besar, pula menyifatkan peluang itu seperti `bulan jatuh ke riba’ kerana dia mahu membuktikan kepada keluarga suatu masa nanti selepas tamat pengajian dia mahu bergelar sebagai akauntan terkenal. “Sumbangan besar kerajaan yang prihatin dengan pendidikan anak Terengganu ini menjadi suntikan semangat kepada saya mengejar cita-cita dengan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak mensia-siakan sokongan semua pihak yang membantu,” katanya yang memperolehi 11A dalam SPM yang lalu. Perasaan yang sama

juga dikongsi rakannya, Nurul Afifah Mohd Yusof, biarpun dilahirkan di Pahang, kedua-dua ibu bapa yang berasal dari Terengganu turut memberi tuah kepadanya menerima penajaan YT bagi melanjutkan pelajaran di bidang perakaunan yang diimpikan sejak bangku sekolah rendah lagi. “Alhamdulillah, rezeki dan nasib menyebelahi saya apabila kedua-dua orang tua `anak Terengganu’ memberi kelebihan kepada saya meneruskan pelajaran dengan bantuan kewangan kerajaan negeri,” kata bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang mendapat 7A dalam SPM lalu.

Sokongan agensi berkaitan terjemah dasar kerajaan “Saya mengharapkan semua agensi terlibat di bawah (portfolio) pertanian member kerjasama sepenuhnya bagi memudahkan YB Asha’ari menjalankan tugas baru ini. Sokongan agensi kerajaan berkaitan amat penting bagi menterjemahkan dasar kerajaan sebaik mungkin,” kata Pengerusi Belia dan Sukan Negeri, YB Rozi Mamat di majlis serah tugas pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan

Industri Asas Tani yang diterajui beliau sebelum ini kepada YB Haji Ashaari Idris. YB Asha’ari sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri mengambil alih portfoliou itu berkuatkuasa 1 Julai lalu. YB Rozi berkata, sokongan dari bawah penting bagi memastikan pemimpin dapat melaksanakan tanggungjawab yang diama-

nahkan dengan baik dan lancar sekaligus mengelak daripada mendatangkan kesan kepada orang politik seperti beliau. “Kalau tidak bergerak dari bawah pastinya akan mendatangkan bahana kepada orang politik seperti saya kerana pemimpin politik yang akan dipilih dalam setiap pilihan raya. Kalau rosak dari bawah pastinya memberi kesan sepenuhnya dan rosak ha-

Khamis, 15 Julai 2010

am

bis,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun menjalankan tugas (portfolio Pertanian dan Asas Tani), beliau banyak mengenal pasti apa yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan bidang itu di Terengganu. Ia katanya, bolehlah diteruskan YB Asha’ari dan berharap beliau dapat meneruskan kesinambungan sektor berkenaan khususnya dalam men-

YB ROZI

YB ASHA`ARI

jayakan projek kamb- (ECER) seperti kambing ing kaprima dan Wilayah boer, lembu tenusu serta Ekonomi Pantai Timur pengeluaran makanan.

23

Sukan rakyat warnai Piala Monsun Oleh Esah Abdullah

kira 600 pekerjaan sampingan diperlukan untuk Piala Monsun 2010 membantu menyelaras diteruskan dengan mem- dan melancarkan perberi ruang yang seluas- jalanan program,” kaluasnya bagi pembabi- tanya kepada pemberita tan penduduk tempatan selepas menyaksikan mengambil bahagian pertukaran dokumen persama dalam beberapa ak- janjian antara T-Best dan tiviti sukan rakyat yang Media Prima Berhad, di disepadukan dengan ke- Wisma Darul Iman, barujohanan tersebut. baru ini. Kerajaan ingin me- Pengerusi T-Best, lihat lebih ramai rakyat Tan Sri Sabaruddin Chik tempatan membabitkan dan Pengarah Eksekutif diri dalam kejohanan Berita dan Operasi EditoPiala Monson yang akan rial Media Prima Berhad, berlangsung di Pulau Datuk Ahmad A. Talib Duyong Terengganu pada telah menandatangani 30 November hingga 5 perjanjian persefahaman sebagai penyiar rasmi Disember tahun ini. Beberapa acara sep- sepanjang kejohanan bererti pertandingan perahu langsung. panjang, memancing ser- Dengan termenterainta beberapa sukan rakyat ya penjanjian ini diyadijangka akan mewarnai kini dapat meningkatkan sepanjang kejohanan liputan media cetak dan media elektronik serta yang berprestij itu. Menteri Besar, Dato’ kesedaran terhadap acAhmad Said berkata ara sukan terbesar yang penglibatan lebih ramai mampu meletakkan nama rakyat tempatan dalam Malaysia dan Terengganu aktiviti sampingan yang di dalam peta dunia. disediakan mengambar- “Ramai penduduk temkan peranan dan sokon- patan berpeluang mengan rakyat tempatan eroka bidang perniagaan lebih meluas berbanding sendiri berkaitan perlumbaan malah ada yang tahun sebelumnya. “Acara ini mampu membesarkan perniagaan mewujudkan 1,722 kerana kebanjiran pelanpekerjaan baru dan kira- cong dan penonton dari

Pertukaran MoU antara Media Prima Berhad yang diwakili Datuk Ahmad A. Talib (kiri) dengan T-Best yang diwakili pengerusinya, Tan Sri Sabaruddin Chik dan disaksikan Dato` Ahmad Said.

luar negara,” katanya. Katanya, pihak hotel juga mendapat faedah kerana sebelum penganjuran Piala Monsun, kadar penginapan bilik hotel kurang 15 peratus ketika musim tengkujuh tetapi kini kebanyak hotel hampir penuh dalam tempoh tersebut. “Pemilihan Media Prima yang memiliki pakej media lengkap meliputi

rangkaian televisyen TV3, NTV7 dan 8TV selain rangkain akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta radio HotFM, FlyFM dan OneFM akan menyemarakkan lagi liputan kejohanan itu nanti,” katanya. Sementara itu, Datuk Ahmad A. Talib berkata pihaknya amat berbesar hati apabila dipilih

menjadi rakan media kepada acara sukan bertaraf antarabangsa ini. “TV9 akan memberi publisiti berkaitan Piala Monsun ini menerusi semua rangkaian stesen di bawah naungan media Prima termasuk rancangan terbitannya seperti Nasi Lemak Kopi O, Berita TV9, Chopp dan pada masa sama akan membuka `booth’ sepanjang

acara perlumbaan nanti,” katanya. Kejohanan edisi ke-6 tahun ini merupakan perlumbaan pusingan ke-10 dan terakhir siri WMRT yang diadakan di Pulau Duyong selepas siri pertama bermula di Perancis, Jerman, Kore Selatan, Portugal, Sweden, Switzerland, Denmark, Bermuda dan China.

Teruskan perjuangan arwah –YB Rozi Atlet Terengganu diharap dapat meneruskan bakat dan kemahiran masing-masing bagi mengharumkan nama negeri ini sebagaimana semangat dan sumbangan yang pernah diberikan Allahyarham Mohd Fadli Muhammad, 19, sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 6 petang, Isnin lalu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat mewakili Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata demikian di majlis menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa, di ru-

mahnya di Jeram Hulu, Tepoh, Kuala Terengganu, baru-baru ini. “Saya berharap rakanrakan beliau yang lain dapat meneruskan lagi perjuangan arwah kerana arwah seorang pemain yang sangat berbakat dan berkaliber. Yang mana kita difahamkan sejak berumur 14 tahun lagi arwah sudah mewakili Terengganu dalam semua kejohanan peringkat sekolah, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan juga terbaru, Sukan Malaysia (Sukma). Selain itu, beliau juga ketua pasukan bola tampar bagi pasukan Terengganu,” katanya . Walau bagaimanapun,

YB Rozi berkata, dengan kembalinya arwah ke rahmatullah tidak menghalang perjuangan rakan-rakan beliau, terutama rakan seperjuangan daripada Kampung Jeram (Tepoh) yang berjaya melahirkan ramai bakat baru dalam sukan bola tampar. Sementara itu, pihak Kerajaan Terengganu sangat berterima kasih dengan keprihatinan Kerajaan Melaka sepanjang SUKMA baru-baru ini dan perkara berkaitan. “Pihak kita masih belum menubuhkan jawatankuasa penyiasat. Bagaimanapun setakat ini kita hanya menerima laporan daripada Jabatan

YB Rozi menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga mangsa di Jeram Hulu, Tepoh baru-baru ini.

Kesihatan Negeri Terengganu yang menunjukkan mangsa mengalami jangkitan kuman daripada paru-paru ke bahagian otak. “Pihak MSNT boleh menghubungi Kementerian Kesihatan jika masih

ada keraguan daripada mana-mana pihak untuk penyiasatan lebih lanjut,”katanya. YB Rozi berkata, laporan perubatan mengesahkan Mohd Fadli meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di

Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat serangan kuman daripada paruparu ke otak. Malah, laporan itu sekaligus menolak spekulasi mengatakan arwah dijangkiti H1N1.


Teruskan perjuangan arwah - YB Rozi ms 23

sukan Bil. 26 (15 Julai 2010) http://teganukita.blogspot.com

MEDIA PRIMA PENYIAR RASMI PIALA MONSUN

Siti Rajiah nerangkul 7 emas dalam acara kanu pada temasya Sukma di Melaka baru-baru ini.

“Pemilihan Media Prima yang memiliki pakej media lengkap meliputi rangkaian televisyen TV3, TV9, NTV7 dan 8TV selain rangkaian akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta radio HotFM, FlyFM dan OneFM akan menyemarakkan lagi liputan kejohanan itu nanti�

ms-23


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.