Teganukita 93 (digital)

Page 1

‘DURIAN RUNTUH’ BANTUAN 1: Peralatan rumah bernilai RM5,000: • Peti sejuk • Televisyen • Set dapur • Tilam/bantal

- Berita penuh di ms-2 BANTUAN 2: Wang tunai RM2,000 : • RM1,500 (daripada kerajaan negeri) • RM500 (dari kerajaan pusat) ISSN 2180-4737 | Edisi 93 | PERCUMA | 1-15 JANUARI 2014

Berita Terkini :

www.terengganu.gov.my www.teganukita.blogspot.com

‘Pakatan Rakyat Election News’ buat tuduhan liar

Hubungan Chukai, Kemaman TISB sasar nilaian aset bersih RM2.0 bilion dengan Pulau Seluan, Natuna Syarikat pegangan pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated Teni Abdul Manan, berusia 49 tahun, dahulunya gadis Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai Kemaman berasa amat bahagia bersuamikan orang Kemaman. – Berita penuh di ms-16

KAFA: Ada guru gagal patuhi skop prosedur kerja

“Kita tidak sambung kontrak perkhidmatan kepada mana-mana guru yang didapati gagal mematuhi prosedur, arahan kerja dan melanggar disiplin, tidak kira penyokong Umno ke, Pas ke, PKR ke, persoalannya mereka yang tidak disambung itu gagal mematuhi skop dan prosedur kerja yang ditetapkan. – Berita penuh di ms-7

Sdn Bhd (TISB) melancarkan Pelan Strategik lima tahun bermula 2014 menumpukan pada pembangunan dan ekonomi mampan yang menyasarkan nilaian aset bersih kepada RM2.0 bilion dengan purata peningkatan sebanyak 20 peratus setahun. – Berita penuh di ms-13

Tahun Baru, Penampilan Baru Mulai Januari 2014, akhbar Teganukita berwajah baru. Menampilkan berita terkini, ringkas, sumber maklumat dari setiap penjuru daerah

Adik Nur Damia tetap tabah

Walaupun tanpa kaki dan tangan namun semangat kentalnya untuk bersekolah seperti murid normal yang lain menjadi kenyataan.

- Berita penuh di ms-3

‘Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah’ - Berita penuh di ms-8,9

Jabatan Pertanian perkenal tanaman padi organik Projek perintis membabitkan kawasan 20 hektar di Kampung Durian Telor, Hulu Besut, Terengganu, bakal meningkatkan lagi pendapatan petani dalam setahun. - Berita penuh di ms-7

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kesal apabila terus menjadi mangsa tuduhan tidak berasas oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas beliau dikatakan ‘menyekat’ bantuan yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kepada mangsa banjir di Kemaman, baru-baru ini. Dalam kejadian terbaru, ‘Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi facebook pada 6 Januari lalu, mendakwa bantuan dari Sultan Mizan kepada mangsa banjir di Kemaman itu tidak diagihkan sebaliknya ‘dirampas’ oleh Menteri Besar menyebabkan baginda mengamuk dan memarahi Dato’ Seri Haji Ahmad ketika lawatan ke kawasan itu, bulan lalu. – Berita penuh di ms-3


2 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA UTAMA

Bina lebih banyak projek tebatan banjir

Mengutamakan nilai kemanusiaan berbanding pertimbangan politik dalam mengagihkan bantuan banjir

Kerajaan Pusat agih bantuan secara adil AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan Pusat akan melaksanakan lebih banyak projek projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang demi memastikan keselamatan rakyat terjamin, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Sehubungan itu, bagi melaksanakan semua prasarana itu, kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada tranformasi ekonomi negara. “Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta...(ia) memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan lain-lain kemudahan yang rosak akibat banjir,” katanya. Menurutnya, kerajaan sentiasa mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera dan adalah tidak adil untuk rakyat menyalahkan kerajaan di atas setiap bencana yang berlaku. Malah, katanya tidak ada negara di dunia ini yang terlepas daripada bencana akibat perubahan iklim dunia sehingga mengakibatkan banjir besar. Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata laporan lengkap untuk membina sistem tebatan banjir di Chukai sudah selesai dan akan dilaksanakan sebaik sahaja kerajaan negeri menerima peruntukan.

K Reaksi daripada salah seorang mangsa banjir selepas menerima bantuan mangsa banjir di Kemaman, baru-baru ini. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Belia hargai kecaknaan kerajaan

B

erajaan sentiasa berlaku adil dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira penyokong kerajaan ataupun pembangkang kerana mengutamakan nilai kemanusiaan berbanding pertimbangan politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. “Dalam pada itu kita berlaku adil, tak kira mereka sokong kita tak sokong kita, tak kira kawasan menang, tak menang, kita tetap beri bantuan kerana nilai kemanusian lebih tinggi dari pertimbangan politik. Ini kerajaan kita. “Sebab itulah hari ini

selain sumbangan RM500 daripada kerajaan, tambah lagi dengan Kerajaan Terengganu RM1,500, kita buat sesuatu yang agak sukar dibayangkan, difikirkan dan dianggarkan sebelum ini kerana apa.. kerana kita bagi dapur, mungkin selama ini ada kita bagi dapur, kita juga bagi bantal, mungkin selama ini kita ada bagi bantal, tilam pun kita bagi, mungkin sebelum

ini pun ada tilam, tetapi kali ini kita tambah dengan peti sejuk dan televisyen. Saya pesan kepada Dato’ Sri Shabery Cheek sebab televisyen kita ambil dari dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery bagitau kepada saya tak mengapa, boleh ambil kerana justifikasinya ada.

bersambung ms-7

Ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan. Nilai kemanusiaan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir di Kemaman.

ABDUL RAZAK

antuan pembeRemaja berumur khas RM200 rian dana ABDUL GHANI Nurul Sawani dan Nurul Afizatul menyifatkan pemberian Dana Bakti 21 hingga 40 yang ditersebut Remaja tanda prihatin kerajaan kepada rakyat. tahun layak agihkan merupakan tanmenerima bantuan da keprihatinan Dana Bakti Remaja (Dun Kijal) dan duit ini sedikit sebanyak Kerajaan Terengganu kepada kerajaan negeri yang dirasmikan Menteri Besar, dapat membantu saya memkhas RM200 golongan remaja kepada golongan Dato’ Seri Haji Ahmad Said di beli barang keperluan harian seorang dan bujang beremaja seperti Dewan Sivik Kijal, Kemaman, untuk saya dan ayah,” katanrusia 21 hingga 40 tahun mereka. ya. baru-baru ini. melalui Program Dana Bakti “Kami bangga menjadi anak Seorang lagi penerima, NorBagi Abdul Razak Husin,23, Remaja cukup bermakna buat Terengganu kerana mempunyai berkata, wang yang diperolehn- hayati Abd Ghani, 22, pula golongan belia negeri ini. kerajaan yang sentiasa mem- ya itu akan digunakan untuk berkata, sumbangan itu amat Penerima bantuan itu, Nurul bantu rakyat termasuk golon- menampung perbelanjaan se- bernilai dan bertuah kepada Sawani, 22, dan Nurul Afiza- gan remaja,” ujarnya ketika hariannya. dirinya yang pertama kali tul Atikah, 22, menyifatkan ditemui di Majlis Penyampaian “Saya hanya bekerja ladang menerima dana berkenaan.


3 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA UTAMA

Sebelas Jawatankuasa Kerja Biro Penerangan lancarkan perjalanan parti

B

adan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Kerja Biro Penerangan bagi memperkasa dan melancarkan perjalanan parti Barisan Nasional (BN) dan Umno di negeri ini. Ketua Penerangan Umno negeri, Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar berkata, jawatankuasa kerja berkenaan dilihat mampu menentukan hala tuju parti terutama dalam mengekalkan kemenangan BN dan merampas kembali kawasan BN tewas samada di peringkat Dewan Un-

dangan Negeri (DUN) atau Parlimen. “Kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa yang mantap dan kuat terdiri daripada pelbagai golongan. Ada exco negeri, Yang Berhormat, pengerusi penerangan lapan bahagian, NGO, pemimpin masyarakat dan pihak yang condong kepada Umno dan BN. “Kita yakin jentera ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai agensi penerangan dengan lebih bersifat semasa, kotemporari dan berkesan,” ujarnya pada sidang media di Pejabat

Perhubungan Umno Negeri Terengganu, baru-baru ini. Menurut beliau, jawatankuasa kerja di bawah Biro Penerangan itu berperanan dalam menyatakan perancangan parti dan kerajaan samada di peringkat pusat atau negeri terutamanya mengenai kebaikan dan faedah pemerintahan BN kepada rakyat. “Di samping menjelaskan isu-isu semasa, ia juga berperanan menangkis isu-isu yang cuba memperlekehkan parti dan juga pemerintah,” katanya.

Pakar kenalpasti keperluan Damia

Adik Damia dibantu ibunya bersarapan di kantin sekolah.

Supaya boleh berdikari dan mengikuti pelajaran dengan baik di sekolah AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

S

epasukan pakar perubatan dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan melakukan penilaian secara holistik bagi mengenalpasti keperluan dan kelengkapan bersesuaian dengan murid istimewa, Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar, berkata Ketua Jabatan Rehabilitasi HSNZ, Dr Nor Aida Musa dengan dibantu pegawai perubatan, Dr Aini Hawa Ibrahim akan melihat secara terperinci keperluan Nur Damia di sekolah dan juga di rumahnya, di Kampung Lubuk Batu. “Pakar dari HSNZ perlu melihat sendiri apa keperluannya di sekolah supaya dia boleh berdikari semaksimum mungkin

melibatkan keperluan untuk menulis, membaca dan sebagainya supaya boleh mengikuti pelajaran dengan baik,” katanya kepada media selepas meninjau persekitaran persekolahan Nur Damia, di sekolahnya itu, baru-baru ini. Dr Mohamad berkata, pihaknya akan melakukan penilaian secara berterusan dengan melihat keperluan jangka pendek dan jangka panjang seperti menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk kegunaan

makan, minum dan menulis yang lebih tahan lama. Pihak kami akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyediakan keperluan itu. Nur Damia, anak ketiga dari empat beradik kepada pasangan suami isteri Dr Daeng Malis Ab Kahar, 43, dengan Rosnaini Mohamad, 36, lahir pada 30 Jun 2007 tanpa kaki dan tangan, mendapat liputan meluas media berikutan semangat kentalnya untuk bersekolah seperti murid normal yang lain.

Tuduhan ‘Pakatan Rakyat Election News’

`P

akatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada 6 Januari lalu, mendakwa bantuan dari Sultan Mizan kepada mangsa banjir di Kemaman itu tidak diagihkan sebaliknya `dirampas’ oleh Menteri Besar menyebabkan baginda mengamuk dan

memarahi Dato’ Seri Haji Ahmad ketika lawatan ke Kemaman, bulan lalu. Malah, kenyataan itu juga mendakwa, `adinda tuanku’ yang bertindak menyamar sebagai sukarelawan ketika misi bantuan banjir berkenaan, menyampaikan perkara itu kepada baginda, baru-baru ini. “Secara logiknya, sebab itu Islam sebut

sekiranya datang kepada kamu seorang yang munafik membawa fitnah, hendaklah kamu siasat sama ada perkara itu betul ataupun tidak. Sebab apabila saya baca (kenyataan) itu, maknanya tidak munasabah bayangkan apabila seseorang ke Kemaman yang memperkenalkan diri sebagai adinda Tuanku,

tak kan orang Kemaman, Pegawai Daerah tidak mengenali siapa adinda Tuanku,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, susulan kenyataan tidak berasas itu juga, ramai pengguna FB yang lain memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak sewajarnya kepada beliau.

AHMAD SAID

ABDUL RAHMAN BAKAR

Sistem agihan bekalan air

S

atu sistem agihan baharu bekalan air akan dilaksanakan dengan menakung bekalan di daerah Kemaman bagi mengelakkan masalah air tidak mencukupi di daerah itu menjelang 2020. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya mengambil langkah awal memandangkan pertumbuhan pesat industri di kawasan berkenaan. “Untuk permulaan, kita akan sambung bekalan air dari kawasan Perindustrian Kerteh ke kawasan Perindustrian Teluk Kalong melibatkan bekalan dari loji petronas di Dungun dengan kos pemasangan paip sebanyak RM50 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini. “Dari segi jangka masa panjang, bila beberapa lagi kilang besar akan dibina kita menjangkakan bekalan air di daerah ini tidak mencukupi sebab kita tahu bahawa pembangunan di Kemaman yang melibatkan kawasan industri dan perumahan bagaikan cendawan tumbuh. “Untuk itu kita terpaksa mengadakan satu sistem agihan baru untuk menakung air dan ia melibatkan kos RM400 juta,” katanya di sidang media di Kemaman, baru-baru ini.


4 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA TERKINI

“Tranglish’ perkasa penguasaan

bahasa Enggeris

Rasai denyut nadi rakyat

A

hli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor menghabiskan masa sehari suntuk menziarahi 25 penduduk yang uzur dan

sakit di lapan kampung di Zon E, Setiu, baru-baru ini. Encik Zulkifly dan Dato’ Sabri yang berkonvoi bersama 50 peserta yang terdiri daripada JKKK, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Langkap dengan menaiki kira-kira 15 buah

Dato’ Sabri bersama Che Zulkifly melawat seorang warga emas yang uzur.

kenderaan menghulurkan bantuan sejumlah wang

dan hamper kepada penduduk terbabit.

Teganukita turut bersama kedua-dua YB itu yang memulakan konvoi kira-kira jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 6 petang itu dengan mengunjungi lima buah rumah di Kampung Pak Ba selepas berhenti seketika di Kampung Bukit Nenas untuk makan pagi. Antara rumah yang dikunjungi di kampung itu ialah rumah Mat Yaakob Mahmud, 75, yang mengalami penyakit kanser pipi dan rumah Ahmad Nawi Mohd, 61.

Maidam agih barangan kepada golongan asnaf GHAZALI TAIB

T

erengganu akan memperkenalkan program Terengganu Engllish (`Tranglish’) sebagai langkah memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar sekolah menengah mulai tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan TugasTugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata program itu akan memberi penekanan terhadap aspek komunikasi yang dikesan menjadi kelemahan besar pelajar negeri ini. Beliau berkata, sebanyak 32 sekolah menengah di seluruh negeri dipilih sebagai perintis dengan keutamaan diberikan kepada sekolah luar bandar yang mencatat keputusan kurang memberangsangkan dalam subjek BI. “Untuk permulaan kita pilih sebuah sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan fokusnya adalah kawasan luar bandar atau pedalaman kerana pencapaian mereka agak rendah berbanding sekolah bandar. “Selain itu pemilihan juga dibuat bagi sekolah yang ramai murid bagi memastikan pelaksanaannya lebih meluas,” katanya.

Membabitkan 2,200 penerima dengan peruntukan RM6 juta SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

M

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan kira-kira RM6 juta setahun bagi membeli barangan keperluan dapur kepada 2,200 golongan asnaf di seluruh di negeri ini. Ketua Penolong Peng-

G

olongan peniaga berjaya di negeri ini diminta bersama-sama membantu kerajaan negeri menyampaikan maklumat dan idea bernas berkaitan perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, YB Roslee Daud berkata, usaha itu mampu melahirkan lebih ramai usahawan IKS berprestasi tinggi selain mampu bersaing dengan mereka yang telah berjaya mencipta nama di serata negara. “Usahawan IKS yang memperoleh ilmu daripada

arah (Pengurusan Zakat), Encik Azmi Tengah, pihaknya kini memperkenalkan kaedah baru pengagihan zakat daripada bayaran wang tunai kepada bentuk barangan keperluan harian, mulai tahun ini. Katanya, Maidam melantik 80 peniaga kedai runcit atau pembekal Bumiputera untuk mengagihkan barangan keperluan, seperti beras,

minyak masak, gandum, gula, sabun dan bawang terus ke rumah penerima berkenaan. “Jumlah barangan yang diterima bergantung kepada bilangan ahli keluarga atau dianggarkan antara RM150 hingga RM300 sekeluarga . “Usaha itu dianggap lebih baik berbanding sumbangan wang tunai, kerana semua keluarga yang merasai hasil ban-

Peniaga diminta kongsi idea

YB Roslee (tengah) melihat sijil seorang peserta pada Bengkel Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2014, baru-baru ini.

mana-mana agensi berkaitan, kemudahan dan juga bantuan kerajaan

pula diharapkan dapat memanfaatkanya secara maksimum dan sebarkan

tuan zakat, benar-benar dapat manfaat,” katanya kepada pemberita di Pejabat Maidam, baru-baru ini. Menurutnya, pihaknya mendapat laporan, ada segelintir golongan asnaf tidak membelanjakan wang yang diperoleh kepada saluran yang betul, sedangkan anak dan isteri memerlukan makanan. “Kebanyakan penerima, terurama warga emas dan ibu tunggal lebih gemar menggunakan kaedah ini kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengambil wang di lomaklumat itu. “Saya mahu tengok kalau usahawan yang berada di Kuala Terengganu tahu mengenai pelbagai program dan kemudahan yang disediakan kerajaan, bagi mereka yang tinggal di Bukit Besi pun tahu mengenai perkara yang sama,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2014, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bengkel yang diadakan itu adalah susulan daripada penubuhan Majlis Sekreatariat Pembangunan Usahawan Bumiputera oleh kerajaan negeri.

kasi yang di tetapkan. “Awal bulan hanya menunggu barangan keperluan tiba di pintu rumah yang dihantar pembekal,” katanya. Dalam pada itu, Encik Azmi berkata, pihaknya mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM121 juta tahun ini, berbanding RM107 juta tahun lalu. “Sasaran berkenaan berdasarkan kesedaran umat islam di negeri ini terhadap tanggungjawab membayar zakat selain didorong oleh keadaan ekonomi yang bertambah baik,” katanya. Katanya, kerajaan negeri melalui YPU menubuhkan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu sebagai platform bagi menyelaras program dan aktiviti bersama- sama pelbagai agensi keusahawanan yang ada di seluruh Terengganu. “Melalui usaha itu, bukan saja mampu mewujudkan kerjasama erat antara usahawan berprestasi tinggi malah dapat maklum balas lebih tepat mengenai keperluan serta isu semasa dihadapi pengguna,” katanya “Menjadikan sekretariat berkenaan sebagai platform perundingan yang lebih efektif dalam menyelaraskan hala tuju usahawan di negeri ini.


5 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA TERKINI SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

U

niversiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menggerakkan Kumpulan Bencana Pesisir (KBP) yang dianggotai beberapa ahli akademik bagi menjalankan penyelidikan dalam usaha membantu menangani banjir di negeri ini. Naib Canselornya, Dato’ Prof Dr Ibrahim Komoo berkata, mereka yang mempunyai kepakaran

UMT tubuh KBP Dianggotai ahli akademik dalam usaha membantu menangani banjir dalam aspek itu akan memfokuskan usaha mengurangkan kesan bencana itu kepada penduduk. Katanya, pasukan itu akan bertindak sebagai kumpulan yang berfikir secara ilmiah di mana

bukan sahaja kajian dilakukan namun mencari satu alternatif untuk respon terhadap bencana itu di peringkat awal dengan kadar segera. “Ketika ini, memang saya lihat warga UMT sangat aktif dalam menggerakkan bantuan jangka masa pendek kepada mangsa, justeru itu, kita tubuh pasukan ini bagi membantu masyarakat untuk menghadapi bencana ini bagi jangka masa panjang dengan bantuan pakar-pakar ilmiah yang kita miliki. “Pasukan ini

akan menjalankan kajian, mencari maklumat tentang corak dan senario banjir yang melanda setiap tahun, memantau hakisan, mengumpul data impak kerugian yang dialami bagi memudahkan tindakan seterusnya,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Malam Apreasiasi Media 2014, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Prof Dr Ibrahim memberitahu, melalui kajian awal secara realistik membolehkan tindakan-tindakan jangka masa pendek dan sederhana dilaksanakan seperti bentuk bantuan, kaedah penyampaian mak-

lumat awal serta tindakan menyelamat diberikan kepada penduduk yang terlibat. Jelasnya, ketika ini, pasukan ini akan mendapatkan maklumat tentang bencana ini untuk tempoh 10 hingga 20 tahun terdahulu bagi membuat perancangan dan pemerhatian seterusnya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri mahupun jabatan berkaitan bagi memudahkan maklumat diperoleh. “Kita tidak mahu pasukan yang hanya membuat kajian sahaja dan apabila bencana melanda, kita tidak berbuat apa-apa. Kita mahu sebuah kumpulan yang proaktif dengan bencana dari segi kajian serta tindakan. “Untuk tempoh beberapa bulan ini, pasukan ini akan buat penelitian, analisis, kumpul maklumat, sediakan peta banjir serta data impak bencana dan selepas kita kenalpasti perkara itu,” katanya.

Tiga menara telekomunikasi hubungan di Tasik Kenyir

K

erajaan Pusat membangunkan tiga menara telekomunikasi di Pulau Bayas, Pulau Camal dan Sungai Petang, Tasik Kenyir bagi melancarkan kemudahan komunikasi di pulau peranginan itu pada masa akan datang.

Kemudahan yang dijangka dapat beroperasi pada suku pertama tahun depan dapat memenuhi keperluan pelancong sejajar dengan usaha kerajaan negeri menjadikan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani

Johari, berkata kos bagi sebuah menara bernilai lebih RM1 juta kerana menggunakan pengangkutan air berbanding pembinaan menara di tanah lapang, selain masa menyiapkannya juga lebih lama sehingga lebih setahun. “Bagi pihak Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tiga menara telekomunikasi telahpun siap dibina di tiga pulau yang dijangka akan mula aktif pada suku pertama tahun depan.

Abdul Rahman Bakar sokong mufti Perak

P

enerangan Umno Terengganu menyokong dan mempertahankan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria bahawa langkah mengadakan perhimpunan mengguling kerajaan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah (penderhaka). Ketua Penerangannya, Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar berkata, apa yang disuarakan oleh Mufti Perak itu betul dalam konteks perbuatan menderhaka kepada pemerintah. Bughah membawa pengertian segolongan ummat Islam yang melawan dan menderhaka

kepada pemerintah (imam/ulil amri) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al- Quran dan Sunnah. Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka sesuai dengan apa yang terkandung dalam ajaran al- Quran. Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan tetapi nama “guling kerajaan” telah ditukar kerana

tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). “Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri”. “Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka

damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilaporkan akhbar arus perdana. Senator Datuk Abdul Rahman Bakar hairan mengapa pemimpin Pas menolak Bughah yang sebenarnya terdapat dalam hukum dan perundangan Islam. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Dr Khairudin Aman Razali baru-baru ini berkata,

kenyataan Tan Sri Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya. Datuk Haji Abdul Rahman meminta hukuman setimpal kepada mereka yang didapati bersalah melakukan huru-hara dan kemusnahan kepada negara derhaka kepada Sultan, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang dipilih secara sah. Datuk Abdul Rahman berkata demikian kepada wartawan petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat pertama penerangan Umno Negeri Terengganu, baru-baru ini.


6 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA SEMASA

Persiapan hadapi banjir Kerajaan negeri akan membina pusat pemindahan kekal, menyediakan kenderaan amfibia bagi menghadapi bencana banjir setiap hujung tahun FAUZI MOHD fauzibinmohd@yahoo.com

K Menteri Besar menyampaikan bantuan banjir sumbangan Petronas di Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman, baru-baru ini.

Lima acara negeri isi kalendar TMM2014

K

erajaan Terengganu berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyenaraikan lima acara dari negeri ini antara 22 acara utama sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Lima acara itu ialah Festival Kenyir, Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, Terengganu International Rainforest Challenge, Sultan Mizan Cup dan Fiesta Redang-Perhentian. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata Terengganu bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara kebudayaan dan pelancongan di peringkat antarabangsa sepanjang 2014 ini. “Kita juga mahu beberapa acara antarabangsa dimasukkan dalam kelandar TMM 2014 termasuk Pesta Candat Sotong pada Mei dan Festival Kenyir selama sebulan bermula April hingga Mei,” katanya ketika berucap sempena merasmikan Penganjuran Malam Apresiasi Penggiat Industri Pelancongan dan Media Negeri Terengganu serta Pra Pelancaran TMM 2014, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

erajaan Terengganu akan membina pusat pemindahan kekal dan perkhidmatan kenderaan amfibia sebagai persiapan menghadapi bencana banjir setiap hujung tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, komponen pusat pemindahan pelbagai guna itu terdiri daripada dewan penginapan, surau, tandas, bilik mandi serta sistem bekalan air yang teratur. Katanya, beberapa tempat yang sesuai dan selamat sedang dikenalpasti bagi tujuan itu.

u

ak Des

K

“Selepas musim banjir atau tengkujuh pusat itu akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti aktiviti kemasyarakatan, belia dan sukan. “Kita anggarkan kos pembinaan setiap satu RM500,000 dan kita akan bina beberapa buah di negeri ini seperti di Air Putih,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan banjir sumbangan Petronas di Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Pengankutan negeri, Ir. Rosli Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, YB Wan Hakim Wan Mokhtar.

Petronas menyumbangkan RM3.4 juta kepada mangsa banjir di Kemaman dan Resort World Kijal turut memberi bantuan berbentuk barangan. Mengenai perkhidmatan kenderaan amfibia kata Dato’ Seri Haji Ahmad, kerajaan negeri bercadang menyediakan kemudahan itu hujung tahun ini. Menurutnya, kenderaan itu bersaiz seperti lori atau bas yang mempu membawa kapasiti penumpang yang lebih besar dan muatan barangan sehingga 10 tan. “Selepas tengkujuh, kenderaan berkenaan akan digunakan di Tasik Kenyir bagi tujuan pengangkutan pelancongan,” ujarnya.

Guntung Luar cemerlang hasil komitmen penduduk

omitmen yang baik antara semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam melaksanakan sesuatu tugasan ataupun aktiviti adalah indikator utama Kampung Guntung Luar pernah terpilih menjadi JKKK terbaik di peringkat negeri dan daerah. Kampung yang mem-

punyai keluasan kira-kira 193 hektar itu terletak kira-kira lapan kilometer dari Bandar Permaisuri, Setiu dan mempunyai kira-kira 600 orang penghuni dengan 194 buah rumah. Kawasan yang terletak di laluan jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu itu mempunyai Dataran Pusat Pertumbuhan Desa, landskap sungai yang indah, pusat pengumpulan durian terbaik, nasi ayam kampung yang popular. Menurut Pengerusi JKKK kampung itu, Mohamad Mat Zin, antara kejayaan yang pernah diperolehi ialah menjadi naib johan Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung Peringkat Negeri

Terengganu pada 2010. “Menjadi Johan Pertandingan Kebersihan dan Kecerian peringkat daerah pada 2011 dan naib johan pada 2013, Naib Johan GDW peringkat negeri Terengganu (2009) dan Naib Johan Pertandingan Kebersihan Kubur Daerah setiu pada 2011. “Tempat kedua JKKK terbaik Dun Permaisuri (2007), Johan Bolasepak 9 Sebelah Daerah Setiu (2009), Johan Piala YDP Setiu 2009,” katanya. Menurutnya, sifat bersatu padu tanpa mengira fahaman politik adalah juga menjadi tunggak kejayaan penduduk menjaga kampung itu dengan baik. “Kerjasama dengan penduduk kampung amat baik dan kita menjalankan aktiviti gotong royong sekali setiap bulan manakala JKKK pula boleh dika-

takan hampir setiap minggu membersihkan beberapa tempat di kampung ini secara bergilir-gilir. “Kampung Guntung Luar juga adalah antara kampung yang bersih dari kegiatan jenayah sehingga akhir 2013 di mana tiada aktiviti tidak sihat berlaku di kawasan ini mengikut indeks jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu,” katanya. Mohamad berkata, kira-kira 70 peratus penduduk di Kampung Guntung adalah terdiri daripada petani dan bekerja sendiri manakala bakinya ialah kakitangan kerajaan ataupun swasta. “Aktiviti pertanian kawasan ini ialah kelapa sawit dan getah,” katanya. Selain itu, menurut Mohamad, perkedaian baru juga turut dibina di Kampung Guntung Luar ini.


7 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA SEMASA

Adun Jabi solat hajat bersama petani

KAFA: Ada guru gagal patuhi skop prosedur kerja

Kerajaan berlaku adil kepada rakyat – dari ms-2

Selain nak tolong mangsa banjir, kita juga boleh berkomunikasi dengan rakyat. Jadi apa jua maklumat akan sampai kepada rakyat melalui televisyen LED 32 inci,” katanya. Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, baru-baru ini. RUSLAN ABDUL RAHMAN Terengganu yang tidak Guru KAFA biasanya menga“Bukankah Kerajaan Umno langtelipot@yahoo.com disambung kontraknya. jar di sebelah petang di dan BN sahaja (membantu Katanya, kita ada Pegawai beberapa buah sekolah rendah rakyat). Oleh itu janganlah ita tidak sam- Penyelia yang membuat seliaan di negeri ini, manakala Guru cuba hendak mainkan dalam bung kontrak ke atas tugas-tugas guru Khidmat Masyarakat yang kepala rakyat, sekali dua turun berkenaan setelah dilantik mengajar di perkhidmatan waktu banjir, sekali dua singsing kepada ma- setiap tahun, jadi semua kelas-kelas seluar, keluar dalam Facebook na-mana guru perjalanan kerja, disiplin dan persendirian, kononnya dialah juara rakyat pematuhan tugas setiap guru di surau, yang didapati gagal mematuhi tetapi hakikatnya dari mula ada dalam rekod. masjid dan prosedur, arahan kerja dan sampai akhirnya Umno dan Rekod itu kita semak dari sebagainya, melanggar disiplin, tidak BNlah yang membantu rakyat. kira penyokong Umno ke, masa ke semasa, terutama di termasuk “Tidak boleh kita nilai itu penghujung tahun untuk yang menPas ke, PKR ke, persoalansahaja. Dari segi bantuan nya mereka yang tidak menentukan semula kelayakan gajar agama, makanan, dari segi bantuan disambung itu gagal mematuhi mereka sama ada layak atau ceramah buruh dan dari segi tenaga skop dan prosedur kerja tidak disambung tugas untuk agama dan sukarela,” katanya. kelas-kelas yang ditetapkan,” kata Pen- tahun seterusnya. Tambah beliau lagi, kepriDimaklumkan terdapat berzanji. garah Yayasan Islam Terenghatinan pemimpin BN dan ganu, Haji Mohd Kamarul kira-kira 3,300 orang guru – bersambung Umno juga terbukti apabila Amin Ismail kepada Teganukita. KAFA di seluruh Terengganu di ms-14 ketika ramai pemimpin sedang Beliau mengulas tentang di samping 3,200 orang Guru mengikuti Perhimpunan Agung isu guru-guru Kelas Agama Khidmat Masyarakat di bawah MOHD KAMARUL AMIN Umno 2013 yang lalu, Dato’ dan Fardhu Ain (KAFA) di Yayasan Islam Terengganu. Seri Ahmad Said dan Dato’ Sri Ahmad Shabery sanggup meninggalkan tempat persidangan untuk meninjau dan bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan. Di majlis itu, seramai 30 daripada Kementerian Pertanian permulaan ini, seramai 19,205 keseluruhan dan Industri Asas Tani. 10 petani menyertai Demonstrasi mangsa banjir di Pengerusi Jawatankuasa projek tanaman padi menyemai Terengganu menerima atau menyedung Pertanian dan Industri organik itu serta mereka sumbangan kelenganak padi organik Asas Tani negeri, YB dijangka mendapat hasil kapan rumah iaitu Haji Nawi Mohamad tuaian selepas 100 hari televisyen, peti sejuk, berkata, sekiranya semua menanamnya,” katanya tilam, bantal dan set selepas merasmikan perancangan berjalan dapur yang bernilai acara mencedung padi kira-kira RM5,000 lancar hasil tanaman organik itu, baru-baru yang akan disamdan ternakan oleh pen- ini. paikan secara berduduk kampung berkeSehubungan itu, YB peringkat-peringkat. naan akan menggunakan Haji Nawi berkata, Selain itu, setiap kaedah organik. jawatankuasa penyelaras mangsa juga akan abatan Pertanian Projek printis mem“Projek MKMF Kampung MKMF akan memohon Negeri Terengganu babitkan kawasan seluas Durian Telor, adalah menerima bantuan RM1.6 juta daripada memperkenalkan 20 hektar di Kampung yang pertama di TerengRM500 dari Kerajaan kementerian untuk Pusat dan bantuan kaedah tanaman Durian Telor kerana ganu dan kelapan di menjayakan pelbagai RM500 hingga RM1,500 padi organik melibatkan kampung itu dijadikan Malaysia yang dipilih program berasaskan dari kerajaan negeri peserta dari Kampung program `My Kampung oleh kementerian terbabit. pertanian dan ternakan bergantung kepada “Untuk peringkat sepanjang tahun ini. Durian Telor, Hulu Besut. My Future’ (MKMF) oleh nilai kerugian.

Menyebabkan mereka tidak layak disambung kontrak sebagai guru KAFA

YB Mohd Iskandar berdoa bersama-sama jemaah selepas menunaikan solat hajat di Kampung Tasik, Dun Jabi.

A

hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, YB Mohd Iskandar Jaafar bersama 50 petani menunaikan solat hajat bersama-sama penduduk, di Kampung Tasik Mengkuang, Jabi, baru-baru ini. YB Iskandar berkata, solat hajat berkenaan sebagai usaha memohon dari Allah s.w.t supaya hasil tanaman padi penduduk di Kampung Kerandang dan Tasik Mengkuang akan bertambah baik dan terhindar daripada sebarang kejadian tidak diingini. “Mudah-mudahan hasil tanaman padi akan menjadi pada tahun ini dan semoga ianya akan lebih baik daripada tahun sudah dan ianya akan meningkatkan pendapatan petani di kedua kampung itu,” katanya. Turut hadir, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (Ketara), Haji Mohamed Kaberi Ghani. Dalam pada itu, sebaik selesai menunaikan solat hajat, YB Iskandar kemudiannya meluangkan masa bersama petani ke sawah untuk menabur benih padi.

“K

Sepuluh petani perintis tanaman padi organik

J

Bersama petani turun ke sawah untuk menabur padi.


8 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

RENCANA

11,000 sertai perarakan Maulidur Rasul 1435H

T

radisi sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun berlangsung meriah apabila kira-kira 11,000 umat Islam dari pelbagai agensi menyertai perarakan sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, baru-baru ini. Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud berakhir di Stadium Negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, barisan Exco kerajaan negeri, ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan turut menyertai perarakan sebagai memperingati Hari Keputeraan Rasulullah s.a.w. Pasukan beruniform, sekolah dan institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan Persekutuan dan jabatan kerajaan negeri, sektor swasta di samping badan-badan bukan kerajaan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri turut mengambil bahagian. Bagi menghargai penglibatan kontijen dalam perarakan, hadiah turut disediakan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada pemenang dimana tempat pertama membawa pulang wang tunai RM3000. Kolej Universiti Tati (TATiUC) memenangi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri manakala kategori jabatan kerajaan dan badan berkanun Persekutuan dimenangi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sementara Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd menjuarai kategori syarikat-syarikat terpilih dan swasta. Selain itu, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu pula memenangi kategori sekolah menengah dan institut pengajian tinggi manakala kategori JKKK dimenangi oleh JKKK Jalan Tekukur. Sambutan peringkat negeri dimeriahkan dengan pertandingan mewarna huruf jawi, bercerita, penulisan khat serta kebersihan dan keceriaan masjid.

Sultan Mizan titah am Rasulullah s.a.w. dal Jangan menggadai maruah dan agama, sebaliknya umat Islam perlu bersatu padu mencari keredhaan Allah s.w.t. NORAINI JUSOH norainijusoh1009@gmail.com

S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, dalam konteks negara ini yang bercirikan

masyarakat majmuk, perlaksanaan sesuatu perkara yang berasaskan pendekatan ‘wasatiyyah’ Rasulullah s.a.w, mampu menjadikan rakyat khususnya masyarakat Islam hidup aman dan bahagia, bersatu padu dan saling sayang menyayangi antara

satu sama lain. “Sempena sambutan Maulidul Rasul yang menekankan kepada tema ‘Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah, beta menyeru kepada sekalian rakyat khususnya umat Islam di Terengganu menjadikan

tema ini sebagai peng gerak ke arah mencapa kesatuan ummah,” tita baginda di majlis pera mian sambutan Maulidu Rasul peringkat neger di Stadium Negeri, Kual Terengganu, 12 Rabiu Awal 1435Hijrah. Turut hadir, Menter Besar, Dato’ Seri Ha Ahmad Said; Setiausah Kerajaan Negeri, Dato Haji Mazlan Ngah sert Yang Dipertua Dewa Undangan Negeri, Ha Mohd Zuber Embong. Baginda turut meng


EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014 | 9

HAWA SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

23

mal wasatiyyah lam kehidupan

gai ah asur ri la ul

ri aji ha o’ ta an aji

g-

Rohani ‘jatuh cinta’ pada orang sakit

ingatkan umat Islam agar tidak membiarkan perpecahan terus berlaku tetapi haruslah saling bersatu. Beta berharap, barisan pemimpin dan para ulama’ bergading bahu berusaha bersama membawa masyarakat Islam ke arah jalan yang diredhai Allah s.w.t. Jadikanlah kepentingan dan maslahah ummah sebagai matlamat perjuangan tanpa menggadai maruah dan agama Islam. Janganlah rakyat

menjadi taruhan dan dikorbankan. Beta yakin, perpaduan ummah dapat dicapai sekiranya semua pihak dapat menghayati kehendak tema ‘Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah’ dan mencontohi Rasulullah s.a.w dengan melaksanakan pendekatan tersebut,” titah baginda. Sultan Mizan bertitah, perhimpunan umat Islam seluruh dunia pada setiap 12 Rabiul Awal setiap tahun bertujuan mengingati kembali kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

yang banyak berkorban demi keselamatan dan kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat. Menurut baginda, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia pilihan dan paling mulia di sisi Allah s.w.t dan baginda diutuskan bagi membawa rahmat Allah s.w.t berpaksikan ajaran agama Islam kepada manusia sejagat. Kemuliaan Rasulullah s.a.w terletak pada perilaku dan budi pekerti yang luhur.

‘Anak Permata Maulidur Rasul’

T

erengganu mencatatkan seramai 44 bayi selamat dilahirkan di hospital seluruh negeri ini ketika masyarakat sedang menyambut hari kebesaran Islam pada 12 Rabiul Awal atau bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Rata-rata ibu kepada bayi yang digelar `Anak Permata Maulidur Rasul’ itu menyatakan perasaan terharu dan berasa bertuah kerana dapat melahirkan anak ketika umat Islam sibuk mengadakan pelbagai persiapan bagi memperingati hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Situasi gembira itu turut dikongsi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said apabila sudi mengunjungi ibu dan bayi yang selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, pada petang hari berkenaan. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Dato’ Dr Anwa Sulaiman Jabatan.

tahun menjalin ‘cinta’ dengan para pesakit di hospital merupakan satu pengalaman indah. Bagi sebahagian jururawat, ia sesuatu yang biasa tetapi tidak bagi Puan Rohani A. Rahman. Bagi sesetengah masyarakat, ada apa dengan jururawat yang rutin hariannya menghabiskan masa dengan darah, nanah, pesakit meraung kesakitan dan orang menangis meratap kematian. Tidak bagi ibu kepada tiga anak yang berusia 43 tahun. Hospital adalah ‘singgahsana’ idamannya dan kerjaya jururawat merupakan impian sejak dari bangku sekolah. Pada awal kerjayanya, Puan Rohani memegang jawatan Jururawat U29 selama 15 tahun dan kini dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jururawat atau digelar `Sister’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mempamerkan kualiti dan ketrampilan dalam tugas. Puan Rohani, berkata selain doktor, cikgu dan golongan pendidik, kejururawatan merupakan satu bidang dianggap mulia oleh masyarakat iaitu membantu pesakit dalam meneruskan kehidupan. “Apabila seseorang itu memutuskan untuk menjadi jururawat, kami berjanji akan membantu masyarakat dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. “Kami tetap bersabar walaupun ada segelintir pesakit kurang memahami tugas, jika boleh, pesakit mahukan jururawat yang sama merawatnya bermula awal mendapat rawatan hingga sembuh,” katanya ketika di temui di HSNZ, baru-baru ini.

Katanya, tugas jururawat tidak sama dengan kerjaya lain, perlu melaksanakan tanggungjawab walaupun orang lain cuti pada hari raya, Hari Pekerja dan pelbagai cuti umum lain. “Rutin itu tidak menjadi satu masalah pada kami kerana sudah menjadi kewajipan membantu masyarakat, yang sememangnya memerlukan perhatian, terutama mereka yang menghidap penyakit kronik. “Pengalaman suka dan duka, sudah menjadi asam garam dalam tugas harian, paling mengharukan apabila berdepan dengan pesakit atau ibu yang terpaksa menerima hakikat bayi yang dikandung meninggal dunia sebaik dilahirkan. “Apabila berdepan dengan situasi itu, tugas jururawat cukup penting bagi meredakan perasan runsing dan sedih ibu bayi, selain perlu menerangkan secara menyeluruh, mengapa keadaan itu berlaku,” katanya yang berasal dari Manir, Kuala Terengganu. Katanya, ada masyarakat mempersoalkan mengenai kerjaya itu, sama ada bosan atau sebaliknya, kerana beranggapan melakukan tugas sama, hampir setiap hari. “Perkara itu tidak menjadi masalah kerana jika sudah minat dan `cinta’ secara sendiri kita mampu melakukanya tugas sebaik mungkin tanpa rasa dipaksa. Keluarga, terutama anakanak cukup memahami tugas ini walaupun saya terpaksa bertugas sehingga larut malam, dan dipanggil majikan supaya bertugas pada hari cuti umum,” katanya.


10 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

DARI MEJA TEGANUKITA

Warkah Pengarang

S

ikap segelintir pihak yang memutar belitkan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mengenai penurunan harga barang termasuk sayur-sayuran seperti kangkung di beberapa laman sosial adalah golongan yang tidak bertanggungjawab. Niat sebenar Perdana Menteri ialah

Wakaf Rakyat RUSLAN ABDUL RAHMAN

Budaya fitnah dan putar ‘spin’ perbuatan orang tidak beriman membuat perbandingan atau menyatakan perkara sebenar mengenai naik turun harga barang yang banyak bergantung kepada suasana persekitaran iaitu faktor cuaca, faktor permintaan-penawaran dan lain-lain. Kenyataan-kenyataan yang tersebar di beberapa laman sosial itu adalah sesuatu yang boleh menimbulkan

rasa tidak puas hati di kalangan pihak lain. Sepatutnya golongan terbabit tahu perkara sebenar dan memahaminya sebelum mereka menyiarkan dan menghantar semula sesuatu berita di dalam media sosial itu. Kita bimbang ia akan menjadi satu ‘trend’ mungkin boleh menim-

bulkan satu budaya fitnah dan ini tidak sesuai dan bagus kepada mereka khususnya golongan belia untuk terlibat dengan satu penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab. Hanya orang yang tidak beragama sanggup memutarbelitkan ucapan pemimpin untuk kepentingan politik bagi meraih sokongan.

Penerima bantuan banjir tolak pembangkang

langtelipot@yahoo.com

S

esuatu yang tidak dijangka oleh pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu mangsa-mangsa banjir di Terengganu amnya dan di Kemaman khususnya dengan nilai yang begitu tinggi. Apatah lagi Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek bersama-sama di majlis berkenaan di Chukai Kemaman yang dihadiri oleh lautan manusia. Pembangkang cuba mengalih pandangan dengan memutar peristiwa sebenar dengan mengaitkan ucapan Perdana Menteri tentang kangkung bagi menutup perkara sebenar. Penerima bantuan banjir berasa terhina dengan tindakan pembangkang yang cuba menyembunyikan hakikat bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir itu. Penerima bantuan bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN dan para pemimpin BN yang cakna dan rata-rata menolak pembangkang yang memperkecilkan mereka sebagai penerima bantuan itu. Kecaknaan Kerajaan BN mengagihkan sumbangan barangan dan wang tunai kepada seramai 19,205 keluarga mangsa banjir, akhir tahun lalu cukup mengharukan penerima tetapi begitu ditakuti pembangkang. Bagi peringkat pertama pengagihan, 30 daripada 600 kumpulan pertama mendapat bantuan yang disampaikan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan peringkat kebangsaan, di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, 12

Penerima bantuan juga berasa terhina dengan tindakan pembangkang yang cuba menyembunyikan hakikat sebenar bantuan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Januari baru-baru ini. Setiap keluarga menerima bantuan berupa bantal, tilam, dapur, peti sejuk dan televisyen bersaiz 32 inci sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kelab Putera 1Malaysia, secara berperingkat-peringkat sehingga April nanti. ABDUL RAHIM DAUD Selain itu, mereka juga akan menerima bantuan wang tunai RM500 daripada Kerajaan Pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri bergantung kepada jumlah kerugian. Penerima dari Kampung Pengkalan Pandan, Cukai, Kemaman, Kamri Ngah, 48, berkata, ia cukup terharu dengan sumbangan yang diterima itu kerana tidak pernah sebelum ini mendapat barangan dan wang tunai dalam jumlah begitu besar. Katanya, sebaik saja mendapat berita terpilih menerima sumbangan yang akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, kesedihan yang ditanggung sedikit terubat dan dianggap berbaloi walaupun mengalami kerugian kira-kira RM30,000 akibat banjir besar, baru-baru ini. “Payah juga nak terima hakikat semua barangan dan perabot rumah rosak, ditambah pula kereta dan

LIM BOH NOR

van untuk berniaga turut ditenggelami air. Apabila ada pihak yang mengambil cakna, kesedihan itu sedikit terubat dan semakin boleh dilupakan, tetapi dengan bantuan kerajaan itu amat bermakna sekali tidak sebagaimana sikap pembangkang yang memperkecilkannya” katanya Seorang penerima dari Kampung Mentok, Kemaman, Lim Boh Nor, 70, berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana sudi menyelami perasaan dan keperluan mangsa dengan mengagihkan kelengkapan elektrik dan bantuan kewangan berkenaan. “Barangan elektrik banyak rosak kerana ditenggelami banjir, hendak diganti yang lain tidak mampu, kerana duit yang ada hanya untuk membeli pakaian dan barangan keperluan dapur, Jadi saya amat berterima kasih kepada Dato’ Najib dan Dato Mat Said” katanya.

Penerima lain, Abd Rahim Daud, 71, berkata dia menganggap pemberian itu cukup bermakna memandangkan sehingga kini ini tiada lagi pihak lain tampil memberi sumbangan begitu besar. “Syukur kepada Maha Esa dan terima kasih kepada pemberi sumbangan kerana turut memilihnya untuk menerima sumbangan,” katanya. Manakala, seorang lagi mangsa, P. Selvathurai pula berkata, bukan semua orang bertuah dapat melihat Perdana Menteri secara dekat dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu. “Sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib membuktikan kerajaan prihatin dan mengambil berat terhadap rakyat yang kesusahan dan tidak bersetuju sama sekali dengan cara pembangkang memperkecilkannya,” katanya.


11 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

WAWANCARA

Saintis sokong Yayasan DiRaja Sultan Mizan dokong kajian di Antartika

S

aintis Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Hee Yee Siap menyokong penuh dan mengalu-alukan lawatan kerja Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ke Antartika bermula 18 Januari hingga 2 Februari ini. Dr Hee menyifatkan Dato’ Seri Haji Ahmad seorang yang turut mengambil tanggungjawab dan daya usaha untuk memastikan warisan milik bersama manusia sejagat itu menjadi kenyataan. Apatah lagi usaha awal sebenarnya telah dirintisi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin sewaktu menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Sempena lawatan kerja itu, Dato’ Seri Haji Ahmad dijangka akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Instituto Antartico Chileno (INACH) dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan Antartika. Berikut adalah wawancara khas Pengarang Teganukita, Ruslan Abdul Rahman dengan penyelidik sains dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Professor Madya Dr Hii Yii Siang.

Pengarang Teganukita: Mengapa Dr amat bersetuju dengan pemergian Menteri Besar Terengganu ke Antartik? Dr. Hii Yii: Sebabnya ialah terutamanya dari segi menyokong polisi atau dasar hak milik semua ke atas kawasan itu. Suatu ketika dulu Tun Mahathir Mohamad sewaktu HII YII SIANG menjadi Perdana Menteri Malaysia telah membawa isu ini ke PBB, iaitu Antartika kepunyaan manusia sejagat untuk bebas membuat kajian dan penyelidikan. Kita tidak mahu hanya negara-negara kuasa besar menguasai Antartika dan jika sekiranya kita tidak hadir ke sana, maknanya kita sekadar bercakap sahaja meminta kawasan itu hak milik bersama, tetapi apa erti milik bersama kalau kita tidak hadir dan melakukan apa-apa di sana. Pengarang Teganukita: Maknanya pemergian Menteri Besar Terengganu mengetuai deligasi Kementerian Sains,

Teknologi, Alam Sekitar melalui inisiatif Yayasan DiRaja Sultan Mizan itu amatlah penting. Dr. Hii Yii: Selain dari segi sokongan kepada dasar tadi, ia juga sebagai sokongan kepada kajian ahli-ahli sains negara kita. Maksudnya pentingnya dari konteks Saintifik. Ini selaras dengan gesaan Tuanku Sultan Mizan sendiri semua ihak menyokong dan bekerjasama dengan Yayasan Sultan Mizan dalam usaha meningkatkan penyertaan negara dalam penyelidikan saintifik di Antartika. Jadinya, Menteri Besar Terengganu adalah antara pemimpin kedua selepas Tun Mahathir ke sana bagi memperkukuhkan langkah Tun Mahathir sebelumnya. Ia juga sebagai rentetan kepada usaha DYMM Sultan Mizan yang juga difahamkan pernah sampai ke sana. Pengarang Teganukita: Semasa Dr ke sana dulu apa yang dapat diperhatikan dan apa yang diperolehi sebenarnya? Dr. Hii Yii: Ya, kami membuat kajian santifik di sana, khusus mengenai cuaca dan kaitan dengan angkasa lepas. Kawasan di sana teramat sejuk, sehingga udara menjadi kering dan tiada awan. Kajian saintifik mengenai sepsis yang sangat rendah, perubahan cuaca dan segalanya perlu dibuat kajian; kesemua itu perlu dilihat dalam konteks Longterm

Research Antartika (LRA). Pengarang Teganukita: Apa lagi yang Dr lihat perlu dan positifnya dengan pemergian pemimpin kita ke sana? Dr.Hii Yii: Ia adalah misi penting untuk merealisasikan hasrat ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan yang pernah menitahkan Antartika menyediakan peluang yang baik untuk menjalankan penyelidikan sainstifik yang bermanfaat bagi manusia. Antartika merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan penyelidik mengesan serta memantau fenomena alam sekitar di peringkat Antartika yang belum didedahkan. Pengarang Teganukita: Apa harapan Dr dan rakan-rakan saintis yang lain dari Malaysia? Dr.Yii Hii: Sebelum ini kehehadiran kita telah membuat jalinan dan perkenalan dengan pengkaji-pengkaji dari seluruh negara di dunia. Ini penting untuk saling bertukar ilmu dan pengalaman. Hubungan baik dengan penyelidik-penyelidik luar negara itu adalah suatu perkara yang amat penting sebelum kita meneroka lebih jauh. Kita banyak bergantung kepada ekpidisi yang dianjurkan oleh pihak lain, misalnya tidak lama lagi penyelidik dari UMT, Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Hussien akan bersama penyelidik dari Korea ke Antartik. Adalah diharapkan suatu masa

nanti kita juga dapat mengadakan ‘Base Station’ negara kita sendiri di Antartika supaya tidak selamanya bergantung kepada pihak asing. Jadi bagi saya usaha awal yang dibuat oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan mengadakan Memorandum Persefahaman untuk membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di Antartika yang akan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu nanti adalah sesuatu yang amat penting dan bersejarah.

Y.A.B. DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID

MENTERI BESAR TERENGGANU Y.B. A. LATIFF AWANG

PENGERUSI JAWATANKUASA TRANSFORMASI KERAJAAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG

PENGARAH UNIT KOMUNIKASI penasihat

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI pengarang

FAUZI MOHD

penolong pengarang 1 penolong pengarang 2 : AIDA ABD RAHMAN | wartawan : ESAH ABDULLAH, SURIATI ALI, NORAINI JUSOH, HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT), AMINUDDIN ISMAIL (SETIU), AMIRULLAH OTHMAN (MARANG), MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU), NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) | jurufoto : ZULKIPLI PUTRA, HARISH FADZILLAH *HAK CIPTA TERPELIHARA Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my ukomtrg123@gmail.com


12 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA SUKAN

Jaga reputasi, elak rasuah Pemain boleh digugurkan jika melakukan aktiviti tidak bermoral AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

P

asukan Terengganu dan T-Team yang bakal memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, diingatkan supaya menjaga reputasi dan tidak terbabit rasuah. Jika didapati melakukan aktiviti tidak bermoral itu, mana-mana pemain terbabit boleh digugurkan dari pasukan. Amaran awal itu dilontarkan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku peminat nombor satu negeri supaya pemain tidak terlibat dengan kegiatan jenayah yang boleh menghancurkan karier masing-masing. “Saya rasa tiada sebab mereka terlibat rasuah sebab gaji yang diberikan pengurusan sudah cukup

Idam satu trofi

D dan memadai buat mereka. Saya beri amaran awal ini sebab tidak mahu mereka terjebak dan apabila sudah terlibat pasti membunuh masa depan mereka sendiri. “Kalau kami dapat bukti mana-mana pemain, sama ada Terengganu, T-Team terbabit rasuah, pintu untuk mereka dalam pasukan tertutup dan undang-undang bakal tentukan nasib mereka nanti,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak, memperkenalkan jersi dan pemain Terengganu serta T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, pengerusi Jawatankasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia negeri, Haji Rozi Mamat. Pada musim ini, Terengganu yang dikendalikan Abdul Rahman Ibrahim menerima suntikan penajaan RM2.3 juta, sementara pasukan T-Team yang menjadi anak didik kepada Azraai Khor Abdullah pula mendapat RM2.7 juta.

alam pada itu, Menteri Besar berharap setiap pasukan sekurang-kurangnya mampu meraih satu piala dalam saingan musim ini. Dato’ Seri Haji Ahmad kemudiannya menyaksikan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan berkenaan yang berkesudahan 1-1. Kira-kira 10,000 peminat dan penyokong setia kedua-dua pasukan Terengganu turut memenuhi stadium bagi menyaksikan perlawanan

itu. Sementara Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid pula mengakui tugas getir bakal ditempuhinya sebagai pengendali utama persatuan. Beliau yakin matlamat pasukan Terengganu mampu menjulang sekurang-kurangnya satu trofi dapat direalisasikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri. “PBSNT yakin dengan

gandingan pemian tempatan dan import yang makin serasi akan membentuk pasukan yang mantap untuk bersaing dengan pasukan lain dan membawa pulang piala,” katanya. Bagi pengendali T-Team, Azraai Khor pula tidak mahu terlalu menaruh keyakinan yang tinggi, bagaimanapun gandingan pemain tempatan dan import yang semakin mantap tidak mustahil untuk The Titans mampu meraih satu trofi.

Anak Terengganu bakal tawan Gunung Everest

SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

K

WAN AHMAD NIZAM

erajaan negeri melancarkan projek Terengganu D’Everest 2015, sebagai usaha menyemarakkan semangat dan kegigihan anak negeri ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai lapangan. Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat berkata, selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara dan ‘Terengganu Hanelang’, selain melahirkan lebih ramai anak

negeri jaguh dalam bidang sukan. “Projek pendakian gunung tertinggi di dunia itu cukup mencabar kekuatan fizikal, mental dan pengalaman itu akan melibatkan sekumpulan lapan orang anak negeri. ‘’Melalui proses pemilihan dan saringan, akhirnya cuma lapan orang akan dipilih untuk membawa misi kerajaan dan mengibarkan bendera negeri di puncak itu pada tahun hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program dan Pemilihan Pendaki Terengganu De’Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala

Terengganu, baru-baru ini. Menurut beliau, Mohammad Rafi Qori, anak negeri pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi projek tersebut. Katanya, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek dan bakal digerakan dengan Persatuan Kembara Malaysia dan negeri. “Latihan pertama melibatkan pendakian Gunung Kilimanjaro, latihan teknikal di Banjaran Annapurna, mendaki Gunung Elbrus, pra-ekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Ranau dan Island Peak,” katanya.


13 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

BERITA EKONOMI / UMUM

TISB sasar nilaian aset bersih RM2.0b Bagi membentuk sesebuah organisasi berwawasan dan berprestasi tinggi di masa hadapan Ketua Pegawai Eksekutif TISB, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda menerima laporan Pelan Strategik daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika Pelancaran Pelan Strategik Terengganu Incorporated Sdn, Bhd. di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

NORAINI JUSOH voilet_ungu86@yahoo.com

S

yarikat pegangan pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) melancarkan Pelan Strategik lima tahun bermula 2014 menumpukan pada pembangunan dan ekonomi mampan yang menyasarkan nilaian aset bersih kepada RM2.0 bilion dengan purata peningkatan sebanyak 20 peratus setahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kejayaan dalam penyediaan pelan strategik ini terhasil melalui kerjasama strategik TISB beserta anak syarikatnya dengan mengorak langkah sebagai satu entiti yang melengkapi fungsi dan peranan masing-masing. “Sasaran ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dan usaha

daripada 16 buah anak syarikat termasuk dua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu TDM Berhad dan Golden Pharos Berhad, sembilan buah syarikat bersekutu dan lima buah syarikat bagi lain-lain pelaburan di bawah Kumpulan Syarikat TISB. “Pihak TISB akan menstruktur semula sektor sedia ada dengan pengoptimumkan sinergi di kalangan

Membongkarkan hubungan Natuna–Kemaman –Dari ms-16 Lalu dia berpesan kepada kawan suaminya itu, bahawa dia juga masih mencintai dan mengingati suaminya dan menunggu biarpun berapa lama sekalipun. Kawan kepada suaminya itu kembali ke Kemaman membawa khabar itu kepada Kamaruzan, suami Teni yang berada di Chukai Kemaman. Lantas Kamaruzan mengambil keputusan nekad menaiki bot nelayan dari Kemaman itu terus ke pu-

lau Seluan, Natuna untuk membawa pulang kembali Teni ke Chukai Kemaman, termasuklah anak mereka, Deby Marindo yang dilahirkan oleh Teni di pulau itu. Teni yang pernah bekerja di Kampung Air, Kemaman kini bersama Kamaruzan dan anak serta cucunya begitu bahagia sekali. Teni ketika ditemubual Pengarang Teganukita kita yang membongkarkan hubungan Kepulauan Natuna dengan nelayan Kemaman ini menyatakan, baginya Natuna dan Terengganu adalah

sebahagian dari sejarah kehidupannya. Kisah ini penulis abadikan bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan penduduk Chukai, Kemaman, khususnya nelayan dengan kepulauan itu. Hubungan dua tempat yang berlainan pemerintah itu adalah suatu kenyataan bukannya fantasi.

syarikat tersebut contohnya sektor pembuatan makanan halal, bio-teknologi, pelancongan dan perhotelan serta pelaburan hartanah,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Terengganu Incorporated Sdn Bhd yang diadakan serentak dengan Majlis Penutup Program Latihan Pengarah Korporat di Hotel Permai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, penyediaan pelan strategik berkenaan merupakan perancangan yang komprehensif dan sangat penting supaya arah tuju perancangan dan pengurusan TISB menjadi lebih teratur, berkesan serta jelas. “Ianya turut menggariskan hala tuju syarikat beserta langkah-langkah yang akan diambil bagi membentuk sesebuah organisasi yang berwawasan dan berprestasi tinggi di masa hadapan,” ujarnya. Tambah beliau, pelan strategik tersebut turut memperhitungkan faktor perkembangan, cabaran dan keperluan semasa yang perlu ditangani bagi terus menumpukan perhatian kepada agenda yang komprehensif merangkumi empat komponen iaitu `statekeholders, financial, governance and internal process dan` learning and growth’. “Berdasarkan kepada komponen tersebut, ianya akan dijadikan sebagai asas yang kukuh untuk membina pencapaian kuantitif bagi pertumbuhan yang berterusan dalam era ekonomi berdasarkan pengetahuan (k-economy),” katanya. Katanya, dengan urus tadbir korporat yang baik TISB akan memainkan peranan utama dalam menyediakan masa depan yang mampan untuk manfaat seluruh rakyat Terengganu selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Kisah Terengganu dan Kepulauan Natuna

O

rang Melayu Terengganu wujud di Kepulauan Natuna! Makanan Terengganu seperti nasi dagang, kayu keramat dan pulut lepa terdapat di sana. Anda tentu tertanya-tanya di manakah Kepulauan Natuna itu? Kepulauan terletak dalam gugusan kepulauan di Laut China Selatan, lebih kurang 500 nautika dari pantai Kemaman, Terengganu. Pengarah Muzium Negeri, Haji Mohd Yusof Abdullah mengesahkan tentang persamaan budaya Tereng-

ganu dan Natuna. “Saya telah banyak mendengar cerita tentang persamaan orang Terengganu dan Natuna, khususnya dari segi makanan,” katanya kepada Pengarang Teganukita. Kuih onde-onde dan laksa juga merupakan makanan kegemaran penduduk kepulauan Natuna. Satu lagi makanan popular sebagai lauk nasi di sana ialah ‘Pedek’ yang jika diperhatikan adunannya tidak ubahlah seperti’ budu’ di Terengganu.


14 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

RAMPAI

Atlet Terengganu di Mini Kem Sukma

Sebahagian daripada 164 atlet Sukma Terengganu bersemangat melaungkan ‘Terengganu Boleh’ selepas menamatkan Mini Kem Sukma XVII 2014 ( Siri I ) yang diadakan di Peladang Agro Resort Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu, selama tiga hari.

‘BALIKLAH WOOK’ juara Festival Teater Terengganu Dengan memegang watak sebagai Bunga, Pisang, Halus, Jusoh dan Mat Zin – kumpulan kesenian orang hulu ‘Kehulu’ melalui teater “Baliklah Wouk” yang sering mewarnai Festival Teater Terengganu (FTN), sekali lagi diangkat sebagai juara sempena Program Festival Teater Terengganu yang telah berlangsung di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Negeri Terengganu, Taman Budaya Kuala Ibai, baru-baru ini. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Teater negeri Terengganu (MTN).

Program ramah mesra Program Ramah Mesra Ketua Pergerakan Puteri Umno negeri Terengganu bersama Ketua-Ketua Puteri cawangan Marang di Dewan Sivik Kampung Atas Tol, baru-baru ini.

Keputusan dibuat secara mesyuarat yang sah, bukan kerana politik atau individu tertentu –Dari ms-7 Guru KAFA dengan bayaran elaun sebanyak RM800 berdasarkan tugas mengajar selama 3 jam sehari, 9 jam seminggu dan 36 jam sebulan. Pengarang: Jadi bukan sebab parti mereka tidak disambung? Pengarah YIT: Ya, kita ada senarai kerja yang harus ditunaikan dengan sebagaiknya serta disiplin oleh mereka yang dilantik setiap tahun sebagai guru KAFA ini. Pengarang: Ada orang Umno juga tidak disambung atau orang Pas atau pembangkang sahaja? Pengarah YIT: Mana ada peraturan

begitu, peraturan kita berdasarkan prosedur kerja dan peraturan serta disiplin yang dibuat untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membazirkan wang peruntukkan yang digunakan untuk membayar elaun mereka.

jalankan ialah untuk memastikan guru KAFA menjalankan tugas dengan amanah dan sempurna, apatah lagi saya juga kena bertanggungjawab kepada JAKIM yang memberikan peruntukan bayaran elauan guru-guru KAFA itu.

Pengarang: Berapa peruntukan semua dan bila sebenarnya wujudnya kelas dan guru KAFA ini? Pengarah YIT: Setiap tahun RM35 juta dibelanjakan untuk membayar elaun mereka, suatu jumlah yang agak besar, bukan sedikit, itupun yang kita Yayasan Islam dapat peruntukkan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia- JAKIM. Dulu sebelum JAKIM, Kerajaan Negeri Terengganu tanggung sepenuhnya yang dinamakan Kelas Agama Petang. Kelas seumpama ini telah lama diwujudkan, dulu kebanyakan kelas-kelas berjalan secara sukarela, Cuma YIT dan kerajaan negeri peka kepada kepentingan agama dan rakyat, langkah membayar elaun diadakan, itu sejarahnya.

Pengarang: Ada juga guru-guru khidmat masyarakat yang tidak diteruskan selain guru KAFA dan adakah kerana masalah yang sama? Pengarah YIT: Ya memang ada, termasuk di kalangan penyokong Umno, tetapi jika mereka didapati tidak layak kita tidak sambung, bukan kira parti pun. Ini kerana ia banyak prosedur kerja, terutama guru-guru KAFA yang perlu membuat skop mengajar, hadir kelas dan patuhi peraturan yang ditetapkan. Kita ada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu, maknanya kita membuat keputusan secara mesyuarat secara sah, bukan kuasa pengarah dan pegawai sahaja untuk menentukan.

Pengarang: Jadi Tuan nafikanlahlah mereka ini tidak disambung semata-mata kerana politikkepartian sebagaimana kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat? Pengarah YIT: Ya, saya katakan itu tidak benar berasaskan apa yang telah saya huraikan tadi. Tapi saya tidak tahulah mereka yang dipecat itu ahli atau penyokong kepada mana-mana parti dan mereka pergi melaporkan kepada pemimpin parti mereka bila menghadapi masalah. Apa yang saya

Pengarang: Tahukah Tuan dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas, Satipul Mamat bahawa Pengarah YIT tidak harus menanggung dosa pemimpin Umno, malah menambah dosa peribadi dengan bercakap tidak benar? Pengarah YIT: Terpulanglah, saya yakin saya di pihak yang benar. Saya dah jelaskan banyak tadi tentang prosedur, peraturan dan keputusan melalui mesyuarat Lembaga bukan saya buat keputusan atas nafsu dan kepentingan diri saya.


15 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 93 | PERCUMA | 01-15 JANUARI 2014

RAMPAI

MANGSA BANJIR DIBELA Sebahagian mangsa banjir yang merupakan kumpulan pertama yang mendapat bantuan banjir yang disampaikan Perdana Menteri di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Penduduk DAPAT RUMAH Seorang warga tua, Abdullah Soud, 74, tidak menyangka kunjungan Kelab Belantara 4x4 Besut pada bulan puasa tahun lalu membawa kepada perubahan dalam keluarganya apabila beliau mendapat sebuah rumah baru bernilai kira-kira RM40,000 yang dilengkapi perabut sumbangan Bank Rakyat.

ANAM KEMPEN T DA IS SEMULA R

Pengerusi dan pengarah Risda Malaysia, Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki Mohamad di majlis perasmian Kempen Tanam Semula Risda Negeri Terengganu 2014 di Dewan Majlis Daerah, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

1,600 remaja Seberang Takir terima RM200 seorang Seramai kira-kira 1,960 remaja dari 14 JKKK Dun Seberang Takir menerima wang dana itu. Pembahagian diberi kepada 500 remaja pada satu sesi dan ianya berjalan lancar. Adun Seberang Takir Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman yang merasmikan program itu mengharapkan golongan remaja supaya terus menyokong kerajaan sekarang supaya kerajaan boleh meneruskan usaha untuk membantu dan membangunkan golongan itu.

100 penduduk miskin daerah Besut dan Setiu terima bantuan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Komuditi negeri, YB Haji Nawi Mohamad berkata pemberian adalah dalam bentuk bantuan peralatan pertanian, ternakan, peralatan menangkap ikan, peralatan perniagaan kedai runcit dan gerai jualan, industri asas tani, alatan pertukangan, motosikal roda tiga dan alat jahitan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang membabitkan perbelanjaan RM1 juta.

Semangat cintakan Rasulullah Seramai 141 murid Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) cawangan Permaisuri mengadakan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh pihak sekolah itu.

KRT KAMPUNG TOK DIR eratkan silaturahim Jawatankuasa Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tok Dir, Marang, berhasrat memenuhi segala bentuk peningkatan sahsiah diri, mengukuhkan ikatan silaturahim yang tinggi dalam kalangan mereka. Sebagai langkah menjadikan misi dan visi menjadi kenyataan, satu program telah dijalankan dengan menghimpunkan semua jawatankuasa KRT Kg Tok Dir dan pimpinan Kampung Tok Dir ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Setiausaha KRT Kampung Tok Dir, Encik Matam Mohamad, telah mengambil inisiatif yang begitu proaktif dan mengadunkan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan silaturahim di kalangan jawatankuasa. Selain itu, satu ‘blue print’ telah dijalankan untuk merancang program tahunan sepanjang 2014 supaya yang dirancang dapat dijalankan dengan lebih teratur dan terancang. Seramai 30 orang jawatankuasa telah berkampung selama tiga hari dua malam di dalam houseboat di Tasik Kenyir. Kesan daripada program yang dijalankan ini, banyak pandangan positif dapat diperolehi daripada setiap jawatankuasa.


sif

lu Eksk

Hubungan Chukai, Kemaman dengan Pulau Seluan, Natuna RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

T Pulau Seluang, Natuna

eni Abdul Manan, berusia 49 tahun, dahulunya gadis Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai Kemaman berasa amat bahagia bersuamikan orang Kemaman. Kira-kira 34 tahun yang lalu datang ke Chukai Kemaman, menaiki bot

nelayan dari Terengganu untuk mencari penghidupan baru. Biarpun terpaksa mengharungi badai gelombang di tengah lautan, dia yang baru berusia 15 tahun waktu itu nekad bahawa di hujung sana ada negeri lain yang boleh memberi suatu sinar baru bagi kehidupannya yang sunyi di pulau yang bersetentangan bandar Chukai Kemaman di tengah-tengah Laut China Selatan antara Malaysia Barat

ISSN 2180-4737 | Edisi 93 | PERCUMA | 1-15 JANUARI 2014

Berita Terkini :

www.terengganu.gov.my www.teganukita.blogspot.com

Angullia

seindah namanya Tarikan utama penginapannya menghadap ke Laut China Selatan NORAINI JUSOH norainijusoh1009@gmail.com

S

ekiranya ingin bercuti di Terengganu, sebenarnya tidak sukar untuk mencari tempat penginapan di pusat bandar dan juga kawasan sekitar yang menepati pilihan selain berlatar belakangkan pantai yang indah. Antara pilihan pusat penginapan yang pasti menjanjikan kepuasan kepada yang mencintai kedamaian ialah di Angullia Beach House Resort yang terletak di Rhu Muda, Marang. Terletak berhampiran dengan Pantai Peranginan Kelulut dan jarak dari pusat bandar Kuala Terengganu cuma kira-kira 20 kilometer, sememangnya memudahkan pengunjung datang ke sini. Lokasi penginapannya yang terletak di tepi pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama

Pengunjung Angullia seronok melakukan pelbagai aktiviti sukan bersama kanak-kanak.

pengunjung bersantai bersama insan tersayang. Pelbagai kemudahan disediakan, ‘Suloo’s Heaven’ iaitu penginapan utama Angullia dilengkapi restoran yang berkonsepkan taman disertakan kemudahan wifi secara percuma. Sekiranya ingin ‘lepak’ sambil menikmati hidangan snek pula, pengunjung boleh bersantai di cafe ‘Vohra’s Deck’. Untuk membeli makanan ringan dan minuman serta

menyewa jaket untuk aktiviti pantai, anda boleh mendapatkannya di kedai mini yang disediakan iaitu ‘Vohra’s Mart. Kemudahan barbeku, parkir, dewan persidangan, dewan solat, taman permainan kanak-kanak dsediakan. Dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan, Angullia sememangnya menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan pelbagai jenis program seperti hari keluarga, bengkel

atau seminar. Harga yang ditawarkan tempat penginapan di bawah pengurusan Encik Esa Suleiman Angullia, 52, memang berpatutan iaitu serendah RM60 hingga RM250. Jika anda mahukan percutian seolah-olah berada di tengah pulau tanpa berbelanja lebih, penginapan di sini pastinya pilihan yang tepat.

Sebarang pertanyaan: A : 20 Kampung Rhu Muda, Seberang Marang, 21600 Kampung Seberang Marang, Terengganu, Malaysia No Telefon: +60 9-618 1322

Hubungan dua tempat yang berlainan pemerintah itu adalah suatu kenyataan bukannya fantasi

dan Malaysia Timur. Namun, pulau tempat asalnya itu, Seluan (antara pulau yang terdapat dalam gugusan Natuna) adalah di bawah jajahan takluk Indonesia, TENI ABDUL MANAN meskipun hatinya begitu mencintai Malaysia dan sebuah negeri yang bernama Terengganu. Kini cintanya kepada Terengganu, Malaysia menjadi kenyataan apabila bersuamikan Kamaruzan awal 50an, orang Kemaman Terengganu. Cintanya kepada Kamaruzan adalah cintanya juga kepada Terengganu, malah beliau sebelum ini beberapa kali sanggup 48 jam bertarung dengan gelombang di lautan demi kasih sayangnya pada Kamaruzan lelaki Kemaman yang berjaya mencuri hatinya. Zuriat pertama yang dilahirkan hasil percintaan suci Teni–Kamaruzan diberi nama Deby Marindo (kini menetap di Shah Alam). Deby yang kini telah berusia 27 tahun dilahirkan di kampung halaman ibunya Teni di Pulau Seluan, Natuna. Ini kerana sebaik sahaja mengandung tiga bulan, Teni menjadi terlalu rindu kepada orang tuanya di pulau Seluang, Natuna. Beliau 28 tahun lalu iaitu pada tahun 1986 sewaktu mengandung tiga bulan bersama ibubapa yang menaiki bot nelayan ke Chukai Kemaman di pulang ke Seluan menumpang bot nelayan Kemaman yang pergi ke sana, dengan harapan suaminya datang mengambilnya kembali setelah pulang untuk melawat kampung asalnya. (Sebelum itu ayah dan ibu yang rindukan anaknya Teni itu sanggup datang ke Chukai, juga dengan menumpang bot nelayan). Akhirnya dia melahirkan anak sulung, yang dinamakan Deby itu tanpa suami di sini. Dua tahun kepulangannya semula ke Pulau Seluan Natuna, itu tanpa khabar berita tentang suaminya. “Bagi Teni, Teni fikir sebenarnya sudah berpisah, tiada harapan lagi dan biarlah Teni kembali bersendiri bersama anak hasil perkahwinan sahnya dengan Kamaruzan,” katanya mengenang peristiwa pilu dalam hidupnya yang lalu itu. Tanpa diduga, suatu hari dia menerima sepucuk surat yang disampaikan oleh seorang nelayan Kemaman yang datang ke pulau itu yang kebetulan kawan suaminya dengan disertakan lukisan wajah berairmata, yakni orang dalam kesedihan dan derita. – bersambung di ms–13

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.