Teganukita 94 (digital)

Page 1

‘Kenyir Elephant Village’

Fosil tumbuhan paling purba 350 juta tahun ditemui di Besut

Daerah Besut dijangka menarik perhatian ahli geologi negara apabila penemuan fosil tumbuhan dipercayai berusia 350 juta tahun ditemui di tapak pembinaan projek ampangan Paya Peda, Hulu Besut. – Berita ms-2

Kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengiringi tujuh ekor gajah melintasi jambatan untuk dipindahkan ke kawasan kem yang dikenali sebagai ‘Kenyir Elephant Village’ di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Gajah itu dibawa dari Sungai Dekar untuk ditempatkan di kem berkenaan yang dijangka dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini merupakan daya tarikan baru di Tasik Kenyir. – Berita penuh di ms-4 ISSN 2180-4737 | Edisi 94 | PERCUMA |15-31 JANUARI 2014

Berita Terkini :

www.terengganu.gov.my www.teganukita.blogspot.com

Kes rasuah tidak bertambah – Zainal

T

ahniah kepada kepemimpinan Terengganu kerana dilaporkan kedudukan

indek kesalahan rasuah di negeri ini tidak bertambah. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Terengganu (SPRM), Tuan Zainal Adam berkata, pada tahun 2013 hanya 21 kes yang dibuka kertas siasatan, manakala dari jumlah tersebut hanya 11 tangkapan sahaja dibuat. Dari jumlah itu membabitkan lima penjawat awam, tiga orang awam dan tiga warga asing. Beliau berkata, SPRM amat memerlukan sokongan semua pihak bagi memberi kesedaran atau mendidik masyarakat tentang perlunya menjauhi perbuatan tersebut. Sehubungan itu, di samping peranan media pihaknya juga telah membuka kaunter informasi di Pejabat Derah Besut dan Hulu Terengganu setiap hari Isnin dan Selasa, secara selang seli. Untuk berhubung dengan pegawai di pusat Informasi SPRM Besut disediakan talian 013 3837100 manakala Hulu Terengganu (019 3137400). – Berita penuh di ms-6

Antartika: MB Terengganu saksi MoU antara NARC dengan NACH – Berita ms-7

Anuar, Adiq kembali semula ke TSG – Berita ms-12

STAM: Terengganu terbaik Keputusan STAM pada kali ini merekodkan 12 calon memperolehi keputusan keseluruhan cemerlang, masingmasing enam dari sekolah agama kerajaan dan enam lagi sekolah agama negeri. Menurutnya, daripada 45 pelajar dari Sekolah Menengah Agama (A) Sultan Zainal Abidin, enam atau 13.33 peratus mendapat mumtaz (cemerlang), sementara 23 (jayyid jiddan) dan 16 (jayyid). Selain itu, daripada 28 pelajar dari Institut al-Quran Terengganu, enam atau 21.43 peratus daripadanya memperolehi mumtaz, 14 (jayyid jiddan) dan masing-masing tujuh (jayyid) dan seorang (rasib). – Berita penuh di ms-5

Tuah awal tahun

Kakitangan Wisma Darul Iman, Mohd Aziman Mohamad, 32, begitu gembira apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha berharga kirakira RM6000. – ms 8,9


2 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA UTAMA

Fosil tumbuhan paling purba 350 juta tahun ditemui di Besut

Fakta Fosil: Sisa-sisa atau hluk bekas-bekas mak i hidup yg menjad batu atau mineral

Antaranya adalah tumbuh-tumbuhan primitif berdaun besar zaman dinosour MOHAMMAD ISHAK jkkkram@yahoo.com

D

aerah Besut dijangka menarik perhatian ahli geologi negara apabila penemuan fosil tumbuhan dipercayai berusia 350 juta tahun ditemui di tapak pembinaan projek ampangan Paya Peda, Hulu Besut. Penemuan fosil oleh ahli kajibumi, Mohd Zaidi Mohd Yah yang juga jurutera projek pembinaan berkenaan pada 2011 kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil perhatian. Selepas tiga tahun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang bertanggungjawab membuat kajian akhirnya tujuh sepesis tumbuhan berkarbon ditemui oleh pakar yang terbabit dalam kajian itu. Berikutan penemuan fosil itu, Ketua Pengarah JMG, Dato’ Yunus Abdul Razak membawa wakil media ke lokasi penemuan semalam untuk menyapaikan maklumat awam kepada orang ramai. Yunus berkata, penemuan fosil berkenaan disifatkan rekod

Bentuk fosil yang ditemui bebentuk bunga, daun, akar, dahan dan batang pokok serta kesan tahi gunung berapi dan batu arang.

baru kepada JMG kerana ditemui begitu banyak dalam jarak yang dekat. Katanya, proses kaijan oleh kakitangan jabatan itu mengambil masa lama untuk mempastikan bahan berkenaan benar-benar tulen dan mempunyai nilai warisan yang tinggi. Menurutnya, penemuan fosil dilereng bukit selepas kerja-kerja meratakan tanah di tapak pembinaan ampangan terbabit dilakukan secara teliti oleh pakar untuk mendapatkan kepingan fosil yang pelbagai geologi.

Dato’ Yunus melihat fosil dipercayai berusia 350 juta tahun di lokasi pemernuan di Hulu Besut, Terengganu. – Gambar oleh Mohammad Ishak.

Katanya, sehingga ini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi dimana dua daripadanya diberi penarafan luar biasa. “Bagaimanapun penemuan di Paya Peda ini amat menarik kerana ditemui dalam kelompok setempat pada aras 150 meter ketinggian dari aras laut,” katanya. Antara fosil yang ditemui ialah berbentuk bunga, daun, akar, dahan dan batang pokok. Selain itu kajian juga menemui kesan tahi gunung berapi dan batu arang.

Kakitangan JMG yang membuat kajian menemui bukti spesies tumbuhan berkarbon.

Jambatan Bukit Kuang siap Ogos

P Skop tambahan susur keluar dari Bandar Chukai ke Teluk Kalong sejauh satu kilometer sedang giat dijalankan.

rojek pembinaan bagi menggantikan Jambatan Bukit Kuang sejauh 3.07 kilometer di Bukit Kuang, Kemaman dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos ini. Menteri Kerja Raya, Dato’ Fadillah Yusoff berkata, ketika ini satu skop tam-

bahan projek sedang dilaksanakan pihak kontraktor Cergas Murni Sdn. Bhd. yang melibatkan laluan susur dari bandar Chukai ke Jalan Teluk Kalong sejauh kira-kira satu kilometer. “Laporan perkembangan menunjukkan projek ini

sudah dilaksanakan sebanyak 81.8 peratus, dan kita jangka ia dapat disiapkan 32 hari lebih awal daripada jadual asal. “Dengan pembukaan Jambatan Bukit Kuang ini, tempoh masa perjalanan asal selama 45 minit boleh dikurangkan kepada 5 minit

sahaja sekali gus mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan industri Teluk Kalong,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan bernilai RM225.7 juta, baru-baru ini.


3 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA UTAMA

Sasar 80 peratus peserta Tranglish menguasai BI Membabitkan pelajar Tingkatan Dua hingga Empat di 32 sekolah terpilih di seluruh Terengganu AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu mensasarkan 80 peratus pelajar yang menyertai program `Tranglish’ mampu menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan baik dalam tempoh 10 tahun akan datang. Tranglish merupakan program baharu yang menelan belanja RM3.3 juta diperkenalkan kerajaan negeri bagi memperkasakan penguasaan BI di kalangan pelajar Tingkatan Dua hingga Empat di 32 sekolah terpilh seluruh Terengganu, mulai tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata menjadi hasrat kerajaan negeri untuk melihat sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar yang menyertai program itu mampu menguasai bahasa antarabangsa menjelang 2024 nanti.

“Walaupun impian saya pastinya mahu 100 peratus, namun saya tidak meletakkan kesemua peserta dapat menguasai BI dengan baik, memandangkan ada di kalangan pelajar kemungkinan tahap kecerdasannya lemah, mengalami kecacatan dan juga masalah emosi. Bagi pelajar demikian, walau macam manapun, tetap tidak faham juga dan hal itu juga perlu diambil kira,” katanya ketika Program Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu. YB Ghazali berkata, program bagi memupuk pembudayaan BI dalam kehidupan seharian akan dilaksanakan selepas sesi kelas harian biasa tamat dengan dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman sekali gus bertindak sebagai fasilitator kepada peserta berkenaan. Katanya, program itu juga memberi peluang kepada anak-anak negeri yang berkelulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) menjadi tenaga pengajar dan menerima elaun khas

Terengganu hab pusat sains bercirikan Islamik

T

erengganu tiga negeri, di bakal menjadi Pantai Timur. hab pembela“Pada hari ini jaran dan rujukan kita juga melihat ilmu Sains Islam jelas bahawa segaapabila Pusat Sains la ilmu bidang Sains Dan Kreativiti Terengini dipelopori oleh ganu (PSKT) berkonorang Islam. Malah sepkan Islamik yang amat bertepatan pertama di Malaysia jika ia dibangunkan dan juga dunia, dengan acuan negeri beroperasi tahun Terengganu bakal menjadi hab rujukan Sains Terengganu itu depan. Islam apabila PSKT baru akan beroperasi tahun sendiri,” katanya. PSKT dijangka depan. - Gambar oleh Zulkipli Putra Tambah beliau, siap penghujung pada prinsipnya tahun ini akan Mosti bersetuju sejajar dengan konsep beroperasi dengan usa- Terengganu sebagai Negeri untuk menyewa sebahagian hasama Kementerian Sains, Anjung Ilmu. daripada PSKT. Teknologi dan Inovasi “Kita mahu bekerjasama “Sebagai `Terengganu (Mosti) juga bakal muncul Darul Iman’, kita bukan dan terbabit dengan operasi sebagai pusat rujukan di sahaja mempunyai pusat keseluruhannya bagi mebidang itu bagi Pantai pengajian bercirikan Islam mastikan apa yang dibawa Timur. seperti Universiti Sultan bersesuaian dengan imej Pengerusi Jawatankuasa Zainal Abidin (UniSZA) negeri Terengganu,” katanya. Sains, Teknologi Dan Inovasi, dan Sekolah Imtiaz, maka Selain itu, kerajaan Tenaga, Teknologi Hijau kita bercadang untuk negeri juga mahu mewudan Air negeri, Dato’ menjadikan PSKT ini se- judkan Taman Tema Sains Ahmad Razif Abd Rahman, bagai tempat kajian men- dan Balai Cerapan Astronomi berkata ciri Islamik itu genai Sains islamik untuk di PSKT.

menerusi peruntukan yang disediakan itu. Tambah beliau, program itu menumpukan kepada pelajar Tingkatan Dua hingga Empat, memandangkan kumpulan pelajar berkenaan akan berdepan dengan peperiksaan awam pada tahun seterusnya.

“Menjadi hasrat kerajaan untuk melihat pelajar mampu menguasai bahasa antarabangsa itu.” – YB Ghazali Taib

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri

Menurutnya, peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 akan menjadi penilaian kepada keberkesanan program itu selepas setahun dilaksanakan.

Mat Chik dan Hendon gembira dengan rumah baru selepas 50 tahun tinggal di atas tanah orang (gambar kecil). – Gambar oleh Harish Fadzillah.

Derita 50 tahun warga emas berakhir

P

enderitaan sepasang suami isteri warga emas yang hidup di rumah uzur di tanah milik orang hampir 50 tahun lalu berakhir apabila mendapat rumah baharu menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), di Penempatan PPRT Nelayan, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pasangan Mat Chik Ali, 74, dan Hendon Mamat, 63, menerima rumah berkenaan yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di majlis penyerahan kunci rumah tersebut, baru-baru ini. “Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dan wakil rakyat sebab lepas ini makcik bersama suami, anak serta cucu seramai lapan orang kesemuanya

dapat berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa. “Rumah yang kami tinggal selama ini semakin uzur, atap sering bocor dan pernah diterbangkan angin, selain lantai dan dinding semakin mereput serta rosak teruk, lagipun rumah berada dalam kawasan paya. Selepas ini kami sekeluarga tidak lagi perlu menumpang di atas tanah milik orang,” kata Hendon Mamat ketika ditemui Teganukita, di rumahnya di Kampung Batin. Seorang lagi penerima rumah PPRT, Shamsiah Ibrahim, 43, yang juga ibu tunggal berkata, impian untuk mendapat rumah baru yang lebih selesa akhirnya terlaksana serta tidak lagi perlu menumpang di rumah saudaranya lagi. “Kerajaan prihatin apabila melihat keperluan kami sekeluarga untuk hidup lebih baik dan selesa,” katanya.


4 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA TERKINI

700 pelajar dijangka sertai Kuiz Asean 2014

K

ira-kira 700 pelajar sekolah menengah berumur antara 15 hingga 17 tahun di negeri ini dijangka menyertai Kuiz Asean 2014 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), Ogos ini. Pemangku Pengarah Penerangan negeri, Mustaffa Abdul Kadir, berkata jumlah itu pertambahan 100 peratus berbanding penyertaan penganjuran kuiz tahun 2012 iaitu seramai 355 peserta dari Terengganu. “Saya berharap pada tahun ini, jumlahnya akan semakin meningkat kerana dengan kerjasama pelbagai pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, ia akan memudahkan lagi proses untuk pelajar menyertai kuiz ini,” katanya. Kuiz yang diadakan sekali dalam tempoh dua tahun itu akan diadakan di Vietnam pada 8 Ogos depan manakala pertandingan saringan akan diadakan pada 11 Mac, separuh akhir pada 8 April di Putrajaya dan peringkat akhir pada 10 April di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Penganjuran kuiz itu bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal di kalangan 10 negara-negara Asean kepada generasi muda. Ia juga bertujuan mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara Asean selain meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat di kalangan peserta. Mustaffa berkata, jabatan penerangan di setiap daerah sedia bekerjasama dengan sekolah-sekolah yang berminat untuk menghantar pelajar mereka menyertai Kuiz Asean 2014 ini. “Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga akan bertanggungjawab sebagai pelaksana bagi memastikan hasrat penganjuran untuk disertai 10,000 pelajar tercapai kali ini,” katanya. Johan akan menerima wang tunai RM2,500, trofi iringan, tablet dan sijil penghargaan manakala naib johan menerima RM1,500, trofi iringan, tablet dan sijil penghargaan dan tempat ketiga (RM1,000). Pemenang tempat keempat dan kelima pula akan membawa pulang wang RM750 dan hadiah iringan yang lain.

Petugas sibuk memindahkan gajah ke kem gajah ‘Kenyir Elephant Village’ di Tasik Kenyir. – Gambar oleh Harish Fadzillah.

Kem gajah Tasik Kenyir Membabitkan kawasan seluas 256 hektar di Pengkalan Gawi yang juga dikenali sebagai ‘Kenyir Elephant Village’ FAUZI MOHD

S

fauzibinmohd@yahoo.com

ebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir agar menjadi produk pelancongan utama negeri, struktur asas kem gajah kini telah siap dibangunkan. Kem yang dikenali sebagai ‘Kenyir Elephant Village’ di kawasan seluas 256 hektar di Pengkalan Gawi dijangka dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini. Ia mengambil sebahagian daripada contoh di Chiang Mai, Thailand yang membantu menjadikannya sebagai pusat pelancongan terkemuka. Pengurus Unit Pembangunan Tasik Kenyir, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, kem itu akan dijadikan pusat pertunjukan gajah dan pada masa sama sebagai kawasan pemeliharaan haiwan itu. ‘’Ia dibahagikan kepada tiga komponen melibatkan kawasan gajah jinak, gajah separuh liar dan yang liar,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tujuh ekor gajah daripada Pengarah Ba-

Tasik Kenyir menjadi tarikan baru pelancongan apabila ‘Kenyir Elephant Village’ yang akan dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini.

hagian Eko-Pelancongan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Mohd Taufik Abdul Rahman di kem itu baru-baru ini. Beliau berkata, tapak yang mula dibina tahun 2012 itu mempunyai keindahan semulajadi seperti air terjun dan sungai yang mengalir jernih, sesuai dijadikan kawasan rekreasi.

“Gajah-gajah separuh jinak terdiri daripada empat jantan dan tiga betina itu telah dilatih di Sungai Dekar oleh pelatih-pelatih Perhilitan dan dibantu pakar gajah dari Kelantan dan Thailand. Gajah yang berusia antara setahun hingga 25 tahun dilatih di pusat gajah Sungai Dekar antara empat bulan dan setahun. ‘’Buat permulaan, ia akan dilatih untuk mengadakan pelbagai aksi dan pertunjukan seperti melukis, menari manakala orang ramai boleh turut menunggang,” katanya. Tengku Mohd Ariffin berkata, selain kemudahan 30

buah kandang gajah, jambatan gantung sepanjang 500 meter turut dibina bagi membolehkan pengunjung melihat gajah separuh liar yang ditempatkan di situ. Katanya, untuk memastikan keselamatan pengunjung, kawasan itu akan dilengkapi pagar elektrik terutama di kawasan penempatan gajah liar dan bagi menambahkan daya tarikan dan memberi pengalaman menarik, calet di atas pokok akan dibina. ‘’Buat permulaan dua buah calet akan dibina dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dalam fasa seterusnya jika mendapat sambutan,’’ katanya.

Gajah-gajah separuh jinak terdiri daripada empat jantan dan tiga betina telah dilatih di Sungai Dekar oleh pelatih berpengalaman. Buat permulaan, ia akan dilatih untuk mengadakan pelbagai aksi dan pertunjukkan seperti melukis, menari manakala orang ramai boleh menunggangnya.


5 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA TERKINI

STAM: Terengganu terbaik GPN STAM 2013 meningkat dalam tempoh tiga tahun AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.98 dalam keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 yang diumumkan, baru-baru ini. Gred Purata Nasional ialah 3.21, manakala Gred Purata Ngeri (GPN) bagi calon sekolah kerajaan ialah 2.23, iaitu peningkatan 0.14 berbanding tahun sebelumnya (2.37). Ketua Sektor Pengurusan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Ahmad Shukur Mansor, berkata GPN STAM 2013 adalah yang terbaik dalam tempoh tiga tahun. “Bagi tempoh tiga

tahun bermula 2011, GPN merekodkan 2.54, meningkat pada 2012 kepada 2.37 dan terbaru, 2.23. “Sementara itu, pencapaian individu pula seorang calon mendapat keputusan 10 mumtaz, Amjad Fakhri At Tamimi Ismail dari Institut al-Quran Terengganu

(IQT),” katanya kepada pemberita di JPNT, Kuala Terengganu. Ahmad Shukur berkata, daripada 124 calon menduduki STAM pada

Y Amjad Fakhri gembira bersama keputusan STAM yang memperolehi 10 mumtaz bersama pelajar cemerlang dari IQT. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

2013, sekolah agama kerajaan (45), institusi kerajaan negeri (46) dan calon persendirian (33). “Keputusan STAM pada kali ini merekodkan

12 calon memperolehi keputusan keseluruhan cemerlang, ma-sing-masing enam dari sekolah agama kerajaan dan enam lagi sekolah agama negeri,” katanya. Menurutnya, daripada 45 pelajar dari Sekolah Menengah Agama (A) Sultan Zainal Abidin,

enam atau 13.33 peratus mendapat mumtaz (cemerlang), sementara 23 (jayyid jiddan) dan 16 (jayyid). Selain itu, daripada 28 pelajar dari Institut al-Quran Terengganu, enam atau 21.43 peratus daripadanya memperolehi mumtaz, 14 (jayyid jiddan) dan masing-masing tujuh (jayyid) dan seorang (rasib).

Adun Kuala Besut bantu mangsa kebakaran rumah

N

asib malang yang menimpa keluarga Mohd Azam Zakaria, 46, dari Kampung Alur Teratai, Kuala Besut, yang terbabit dalam kejadian kebakaran rumahnya mendapat perhatian pemimpin kerajaan di daerah Besut. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, baru-baru ini ketika semua keluarga berkenaan tidak ada di rumah dan bekerja manakala anak-anak ada di rumah jiran. Mohd Azam yang bekerja sebagai buruh mengait kelapa bagaimanapun terkejut selepas dimaklumkan rumah beliau hangus sekelip mata dalam kebakaran berkenaan. Berikutan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che

YPASM teruskan penyelidikan Antartika

Bantu pelajar tercicir

A YB Tengku Zaihan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

Ku Abdul Rahman, tampil menghulurkan bantuan keperluan harian bagi meringankan beban hidup mangsa. Selain itu, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang

juga Ahli Parlimen Besut yang diwakili Pegawai Khasnya, Rozali Embong turut menyampaikan bantuan. Kejadian itu juga menyebabkan mangsa sekeluarga tujuh

ayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) akan terus memainkan peranan yang berterusan bagi tujuan penyelidikan di Kutub Selatan itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, Mohd Nasaruddin Abdul Rahman. “Ia adalah suatu langkah yang baik bagi saintis Malaysia ke arah meningkatkan penyelidikan di Antartika,” katanya ketika sidang akhbar bersama-sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), sebaik sahaja tiba dari Antartika. Beliau bersama-sama Menteri Besar Terengganu; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); National Antartika Research Center (NARC) ke lawatan kerja Antartika selama hampir dua minggu.

beranak kini terpaksa menumpang sementara di Balai Raya Kampung Alur Teratai, sebelum mendapat tempat tinggal kekal. Menurut Mohd Azam, semua barang keperluan termasuk dokumen penting hangus dalam kebakaran itu. “Saya tetap bersyukur kerana ketika kejadian semua tujuh beranak tidak ada di rumah, jika tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku,” katanya. Jabatan Bomba Bomba dan Penyelamat Besut yang menerima panggilan itu bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian. dengan dua buah jentera dan sembilan anggota.

nak syarikat kerajaan negeri dan agensi swasta berkaitan di Terengganu disaran mewujudkan kursus tertentu kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Negeri, YB Ghazali Taib, berkata usaha itu cukup penting bagi memastikan tiada pelajar kurang cemerlang dalam akademik tercicir selepas tamat persekolahan. Katanya, pihak kami mengenal pasti kira-kira 5,000 pelajar di Terengganu tidak berapa cemerlang, bagaimanapun peratusan itu tidak besar berbanding kira-kira 21,000 calon SPM setiap tahun. Katanya, bagi membantu golongan itu, pihak kami mewujudkan Akademi Kulinari di Pulau Kerengga Marang.


6 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA SEMASA

Kes rasuah tidak bertambah SPRM memberi kesedaran kepada masyarakat menjauhi rasuah RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

T

ahniah kepada kepemi-

mpinan Terengganu kerana dilaporkan kedudukan indek kesalahan rasuah di negeri ini tidak bertambah. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Terengganu (SPRM), Tuan Zainal Adam berkata, pada tahun 2013 hanya 21 kes yang dibuka kertas siasatan, manakala dari jumlah tersebut hanya 11 tangkapan sahaja dibuat. Dari jumlah itu membabitkan lima

penjawat awam, tiga orang awam dan tiga warga asing. Beliau berkata, SPRM amat memerlukan sokongan semua pihak bagi memberi kesedaran atau mendidik masyarakat tentang perlunya menjauhi perbuatan tersebut. Sehubungan itu, di samping peranan media pihaknya juga telah membuka kaunter informasi di Pejabat Derah Besut dan Hulu Terengganu setiap hari Isnin dan Selasa, secara selang seli. Untuk berhubung dengan pegawai di pusat Informasi SPRM Besut disediakan talian 013 3837100 manakala Hulu Tereng-

Tuan Zainal Adam bersama kakitangan SPRM ketika membuat sidang media.

na a c n Re has K

Antartika: Penjelajahan & pencarian MB Terengganu bersama saintis

M

enteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said amat sihat menjalankan tugas lawatan kerja di Antartika dalam eksplorasi bersama saintis dalam menimba ilmu Mendengar taklimat di sebuah stesen penyedlidikan Antartika. dan pengalaman yang sungguh sungguh mesra sekali. unik. 23 Januari – mereka Kadang-kadang tertiba di Stesen Penyelipaksa menempoh laut dikan Machiu Picchu di kutub yang bergelora yang dimiliki oleh di samping kesejukan kerajaan Peru dan diberi yang melampau pengalapenerangan oleh ketua man sebelum ini, tetapi stesen penyelidikan itu. itu tidak menghalang 24 Januari – peserta beliau untuk meneruskan delegasi berada di sekieksplorasi (penjelajahan tar Pulau Deception yang dan pencarian) di Anterletak kira-kira-kira 200 tartika yang sungguh kilometer pelayaran ke mencabar itu. selatan. Pulau ini adalah 22 Januari – Dato’ kawasan letupan gunung Seri Haji Ahmad memberapi hampir setengah beranikan diri menaiki abad yang lalu. kapal tentera laut Chile 25 Januari – laut di iaitu “Aqulies” untuk Antartika agak bergelora menjayakan ekspedisi dan segala aktiviti saintifik di Antartika itu. penyelidikan hanya ber Beliau dan para saintis langsung di atas kapal. ditemani oleh kapten Terdapat juga pelajar kapal CMDR Oxley yang sekolah yang hanya

ganu (019 3137400). Tuan Zainal dengan wujudnya kaunter informasi itu semua bahagian di negeri ini mempunyai kemudahan tersebut, di Selatan SPRM mempunyai cawangan di Kemaman, di Kuala Terengganu boleh terus ke ibu pejabat, manakala kini pula di buka kaunter di utara dan tengah (Hulu Terengganu). Seramai kira-kira 30 wartawan dan pengamal media massa dan media baru hadir sama dalam perjumpaan mesra media dengan SPRM di Hotel Permai Inn 27 Januari lalu.

Semakin menjadi realiti

S Dato’ Seri Haji Ahmad Said berpeluang ke Torres Del Paines di Antartika.

dalam lingkungan belasan tahun membuat projek sekolah berkaitan kehidupan haiwan ‘peguin’ di Antartika, sesuatu yang sungguh hebat diterapkan di peringkat awal lagi tentang penyelidikan di kutub ini. 26 Januari – Peserta deligasi mendarat di suatu tempat yang dikenali Hannah Point bagi kajian flora dan fauna Antartika. 27 Januari – Laut di Antartika kembali bergelora dan Dato’ Seri

Haji Ahmad berpuasa pada hari itu. 28 Januari – Dato’ Seri Haji Ahmad bersama para saintis tiba di sebuah stesen penyelidikan yang lama kepunyaan Chile iaitu Copper-mine di kepulauan Roberts. Ini bermakna negara lain sudah lama membuat penyelidikan sehingga mempunyai beberapa stesen penyelidikan lama dan baru, sedangkan kita masih lagi menumpang penyelidikan di stesen milik orang lain.

ebahagian daripada Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang melibatkan jajaran sejauh 34 kilometer dari persimpangan Bukit Besi ke persimpangan Paka bernilai RM514 juta mula dibuka 25 Januari, baru-baru ini. Kerajaan berharap pembukaan lebuh raya ini memberi

Setakat ini kira-kira 100 daripada 184 km LPT2 itu telah dibuka kepada orang ramai.

kemudahan penjimatan tenaga, kos dan masa perjalanan kepada pengguna lebuh raya. Pada masa sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan beberapa lagi jajaran LPT2 yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat sebelum September depan.

Takziah

T

eganukita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Haji Harun Taib seorang dari kalangan pemimpin utama Pas yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Terengganu. Ucapan takziah ini khusus kepada balu Allahyarham, To’ Puan Hajah Fatimah Ibrahim dan anakanda Allahyarham iaitu Adun Manir sekarang, YB Haji Hilmi Harun.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan dari Allah. Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong hadir sama di majlis pengkebumian Allahyarham, 25 Januari lalu. Turut sama hadir bersama dengan pimpinan Pas ialah Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, YB Dato’ Jailani Johari.


7 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA SEMASA

Antartika: MB Terengganu saksi MoU antara NARC dengan NACH

Jambatan Sungai Limbong, Kemaman, yang rosak akibat banjir dibaiki sementara sebelum digantikan jambatan kekal tidak lama lagi.

MoU memfokuskan penyelidikan Antartika RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

P

erjanjian Persefahaman (MOU) berkaitan penyelidikan di Antartika telahpun ditandatangani baru-baru ini. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah menyaksikannya. Perjanjian itu adalah di antara National Antartic Research Center of Malaysia (NARC) dengan Institut Antartico Chileno (NACH). NARC diwakili oleh Prof Dr. Azizan Abu Samah, manakala NACH diwakili Pen-

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyaksikan pertukaran MoU antara NARC dan NACH di Antartika.

garahnya, Dr. Jose Ratamales Espinoza. Menurut salah seorang yang menyertai lawatan kerja ke

Antartika itu, Prof Datuk Dr Aziz Deraman sekurang-kurangnya terdapat 4 fokus utama persefahaman itu:

I) Kerjasama dalam kajian sains dan alam sekitar Antartika. II) Berkongsi dan saling bertukar sumber penyelidikan untuk kepentingan bersama. III) Bekerjasama mempromosio pembangunan sumber manusia berkaitan kajian di Antartika. IV) Mencari peluang untuk kerjasama kedua dua pihak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan di Antartika. Kesemua ini menolak tohman dan tuduhan liar pemimpin pembangkang terhadap pemergian Menteri Besar Terengganu itu ke Antartika.

Petronas salur RM5 juta untuk mangsa banjir

P

etronas menyalurkan bantuan berjumlah RM5 juta kepada 21,000 keluarga mangsa banjir di Pantai Timur, kata Ketua Bahagian Komunikasi Strategiknya, Norliza Kamaruddin. Menurutnya, pengagihan bantuan secara berperingkat itu dijangka selesai sebelum akhir Februari dan diharap dapat meringankan beban penderitaan keluarga mangsa. “Ini juga adalah antara sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami kepada mangsa banjir yang terdapat di negeri tempat kami b e r operasi khususnya di Terengganu, Pahang dan Kelantan. “Bantuan ini akan disalurkan kepada kira-kira 15,000 keluarga mangsa banjir di Kemaman dan 6,000 keluarga lagi di

Kuantan, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir di Kampung Pasir Gajah, Kemaman baru-baru ini. Pada majlis berkenaan, Norliza turut menyerahkan replika cek bernilai RM3.4 juta kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman. Setiap keluarga mangsa banjir akan menerima satu set comforter dan baucar Petronas bernilai RM150 untuk membeli barangan dan keperluan di Kedai Mesra serta minyak di stesen Petronas. Norliza berkata, keluarga yang akan menerima bantuan ini adalah mereka yang mendaftar di pusat pemindahan

RM10.3 juta baiki kerosakan akibat banjir

S

ebanyak RM56.9 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih jalan, cerun dan jambatan yang terjejas teruk akibat banjir di tiga buah negeri baru-baru ini. Menteri Kerja Raya, Dato’ Fadillah Yusoff berkata, jumlah itu termasuk RM10.3 juta (Terengganu), RM41.5 juta untuk Pahang dan RM5.1 juta (Johor). “Berdasarkan laporan awal, sebanyak RM56.9 juta peruntukan diperlukan untuk proses baik pulih kerosakan itu walau bagaimanapun kita masih lagi memperincikan aspek teknikal bagi menentukan jumlah kos sebenar. “Kita menjangkakan kerja-kerja itu akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan Jambatan Bukit Kuang, Kemaman baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Himmat Singh; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Noor Yaacob dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim. Fadillah yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke negeri ini bermula semalam kemudian meluangkan masa menyertai gotong-royong bersama sukarelawan di Kampung Pasir Gajah, Kemaman yang terjejas akibat banjir.

To’ Puan Norliza Mahmud menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

banjir di daerah masing-masing. “Petronas juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah bagi memastikan bantuan tersebut disalurkan dengan teratur dan cekap,” katanya.

Wakil Petronas menyerahkan bantuan banjir yang diwakili oleh Kerajaan Negeri.


8 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

RENCANA

Sos Seri Langkap

BISNES

jadi pilihan ramai Puan Ramlah akan mempertingkatkan lagi pengeluaran pruduknya ke seluruh Malaysia

Hari Keluarga WDI erat hubungan Program itu turut mengukuhkan institusi kekeluargaan antara kakitangan kerajaan, selain semangat kerjasama antara rakan

B

erbekalkan wang modal RM20,000, seorang ibu tunggal berjaya mengubah taraf kehidupan selepas nekad menceburi bidang perniagaan berasaskan pembuatan makanan menggunakan jenama `Seri Langkap’, dua tahun lalu. Kelebihan Puan Ramlah Ali, 55, dari Kampung Langkap, Setiu, Terengganu yang pernah menjadi rakan kongsi syarikat pembuatan sos serta berpengalaman lebih 10 tahun di bidang itu memberi pulangan setimpal apabila perniagaannya yang baru setahun jagung itu kian mendapat pasaran. Perusahaan yang dibantu tiga kakitangan itu mengeluarkan cuka makan, kicap manis, sos pencicah, sos cili, sos tomato dan sos rojak. “Selepas lebih 10 tahun mengutip pengalaman bekerja dan menyertai beberapa kursus anjuran Risda, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri dengan membuka sebuah syarikat diberi nama RA Famili. “Hasil bantuan pinjaman dari sebuah agensi kerajaan saya memulakan perniagaan ini dengan dana RM20,000, selain mendapat bantuan peralatan seperti mesin pengisar dan botol daripada Risda manakala seorang anak saya membeli sebuah van bagi kemudahan logistik perusahaan kami,” katanya. Dalam pada itu, Ramlah mengakui pada peringkat awal perniagaannya agak perlahan, bagaimanapun peredaran masa turut memberi kesan positif apabila sos Seri Langkap yang dikeluarkan syarikatnya semakin mendapat tempat di hati pelanggan. “Dulu ketika mula-mula beroperasi

NORAINI JUSOH norainijusoh1009@gmail.com

Antara produk sos jenama Seri Langkap keluaran Syarikat RA Famili milik Puan Ramlah Ali.

syarikat saya ini hanya mengeluarkan sekitar 300 botol sehari. Bagaimanapun, kini ianya melebihi 600 botol sehari manakala edaranya turut menembusi pasaran negeri jiran, termasuk Kuantan, Pahang,” katanya. Beliau bercadang untuk menambah lagi beberapa produk baharu syarikatnya seperti sos tiram dan kicap masin. “Saya juga bercadang memperluaskan pasaran ke Perak dan Negeri Sembilan,” katanya yang turut dibantu anak bongsunya, Rosnanisah Mat Shah, 25. “Anak saya, Rosnanisah selaku pemegang Ijazah Pengurusan Pejabat dari Universiti Teknologi Mara, Jengka banyak membantu saya dan adakalanya saya menghantarnya mengikuti kursus berkaitan perniagaan ini dalam usaha menambah ilmu dan memantapkan pengurusan di sektor berkenaan,” katanya. Katanya, perusahaan yang mampu memperolehi pendapatan kasar sekitar RM13,000 sebulan itu akan terus ditambahbaik selain Ramlah juga akan berusaha mempertingkatkan jumlah pengeluaran produknya di masa depan. “Pada masa depan, saya mengharapkan jenama ‘Seri Langkap’ ini akan dikenali ke seluruh Malaysia,” katanya.

S

ambutan Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (WDI) yang diadakan setiap tahun menjadi platform dalam mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja dan keluarga masing-masing. Lebih 800 keluarga berhimpun bagi meraikan hari istimewa warga WDI yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, program itu bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan dan juga mengukuhkan institusi kekeluargaan antara kakitangan kerajaan itu, malah secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan sekerja bagi melancarkan tugasan. “Dalam menjayakan sambutan ini, semua kakitangan dibahagikan tugas masing-masing dan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan. “Semua urusan dibuat oleh mereka sendiri. Ternyata dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang diamalkan, sambutan hari keluarga ini berjalan lancar,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis tersebut. Katanya, sempena sambutan hari keluarga itu, sebanyak 511 hadiah cabutan bertuah turut disediakan.


EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014 | 9

Tuah awal tahun

S

ambutan hari keluarga WDI tahun ini pastinya menjadi kenangan paling manis buat pemuda dari Kampung Bukit Tunggal. Berkhidmat selama lapan tahun dengan jabatan kerajaan ternyata memberi tuah kepada Mohd Aziman Mohamad, 32, apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha berharga kira-kira RM6000 sempena cabutan bertuah pada majlis berkenaan. Lebih manis apabila kakitangan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang sebelum ini pernah berkhidmat lima tahun di Unit Komunikasi Negeri itu turut mendapat sebuah dapur gas dalam cabutan biasa yang dibuat sebelum

itu. “Ini adalah kali pertama saya memenangi hadiah utama dalam sebarang cabutan bertuah. Tidak sangka, awal 2014 ini memberi tuah kepada saya dan perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. “Pastinya, saya akan gunakan motosikal ini untuk kegunaan sendiri dan juga keluarga. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya kerajaan negeri kerana tidak lupa meraikan kakitangan pada setiap tahun melalui majlis sebegini yang sememangnya cukup bermakna buat pekerja seperti saya dan rakan-rakan,� ujarnya.


10 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

DARI MEJA TEGANUKITA

Warkah Pengarang

B

agi mengelak kekeliruan sesetengah pihak tentang pemergian atau lawatan kerja Menteri Besar ke Antartika (kutub selatan) baru-baru ini, Pengarang mendapatkan pandangan dari pihak yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama. Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr.Abdullah Md Zin menyokong penuh lawatan kerja Menteri Besar

Wakaf Rakyat

Eksplorasi Antartika menepati Islam Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke Antartika berasaskan tuntutan dalam Islam. Tan Sri Dr Abdullah yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mengembara, mencari ilmu dan pengalaman, apatah lagi bersama saintis membuat penyelidikan adalah budaya Islam sejak dahulu lagi, bukan sahaja di masa Nabi Muhammad s.a.w, bahkan nabi-nabi sebelumnya. Beliau kemudiannya menyebut ayat al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi,

serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. Tan Sri Dr. Abdullah juga meminta umat Islam merujuk kepada Rehlah Ibn Battuta (Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta) yang diiktiraf sebagai pengembara paling cemerlang dalam sejarah manusia. Difahamkan Ibn Battuta mengemba-

Bicara Antartika

RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

P

enyelidik sains dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Professor Madya Dr Hii Yii Siang amat bersetuju dengan pemergian Menteri Besar Terengganu ke Antartika. Sebabnya ialah kata beliau dari segi menyokong polisi atau dasar hak milik semua ke atas kawasan itu.

“Kita tidak mahu hanya negara-negara kuasa besar menguasai Antartika dan jika sekiranya kita tidak hadir ke sana, maknanya kita sekadar bercakap sahaja meminta kawasan itu hak milik bersama, tetapi apa erti milik bersama kalau kita tidak hadir dan melakukan apa-apa di sana.” Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang, (Penyelidik Sains UMT) Katanya, suatu ketika dulu Tun Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah membawa isu ini ke PBB, iaitu Antartika kepunyaan manusia sejagat untuk bebas membuat kajian dan penyelidikan. “Kita tidak mahu hanya negara-negara kuasa besar menguasai Antartika dan jika sekiranya kita tidak hadir ke sana, maknanya kita sekadar bercakap sahaja meminta kawasan itu hak milik bersama, tetapi apa erti milik bersama kalau kita tidak hadir dan melakukan apa-apa di sana,” kata Dr Hii Yii Siang.

Penerokaan ilmu ke Antartika yang diketuai Menteri Besar Terengganu, bersama beberapa cerdik pandai adalah satu usaha yang bijak dan bukan satu pembaziran kerana untuk kepentingan generasi akan datang, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee. Mohd Jidin berkata, sepatutnya penduduk di negeri ini berbangga usaha Menteri Besar itu kerana berfikiran jauh demi untuk kemajuan negeri ini pada masa depan. Pemergian Menteri Besar Terengganu bersama saintis ke Antartika adalah langkah wajar dan merupakan bukti kepekaan bagi mendorong penyelidikan bertaraf dunia dilakukan oleh saintis Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Haji Rozi Haji Mamat. Katanya, sokongan dan penglibatan

kerajaan negeri Terengganu bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam usaha penyelidikan di Antartika itu amatlah dialu-alukan. “Saya sebagai salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu amat berasa bangga dengan penglibatan itu, lebih-lebih lagi Menteri Besar Terengganu diberi kepercayaan mengetuainya. “Kita perlu melihat jauh ke hadapan, terutama bagi generasi belia tentang masa depan dunia, dari segi iklim dan cuacanya, kehidupannya dan pasti akan berkait dengan segala perkara perhubungan antarabangsa, keamanan, dasar antarabangsa dan sebagainya, kerana golongan muda akan berpeluang untuk meneruskan penghidupan di masa akan datang,“ ujar beliau. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri menegaskan bahawa terlalu banyak ke-

ra sejauh lebih kurang 117,000 kilometer selama hampir 30 tahun. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau. Tan Sri Dr.Abdullah sebagai Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) berkata, umat Islam seharusnya melihat usaha yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu itu sebagai positif dan menepati ajaran Islam.

mungkinan ruang dan peluang untuk sama-sama kita perolehi jika kerajaan benar-benar serius dalam penyelidikan itu, sebagaimana yang telah lama dijalankan oleh negara-negara maju di Antartika. Sekarang ini berbagai isu antarabangsa w ujud seperti pemanasan global, pengerakan paksi bumi sedikit demi sedikit yang pasti akan melibatkan negara kita dari segi perubahan iklim dan cuaca, dan apakah persiapan kita kalau tanpa kajian dan penyelidikan rapi dibuat, kata Haji Rozi. “Saya berharap golongan berfikiran jauh ke hadapan dan jangan terikut-ikut dengan cara rentak pembangkang yang cuba membawa masyarakat berfikiran jumud dengan menentang usaha-usaha baik itu,” katanya. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB A. Latiff Awang menyifatkan pembangkang tidak faham perkara sebenar tentang lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Antartika dan membuat kenyataan secara rambang dan melulu. Sebagai Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad amat peka kepada usaha Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) bagi meningkatkan usaha-usaha penyelidikan di Antartika, ujarnya. Sebenarnya tegas beliau, kita telah jauh ketinggalan dari pihak lain yang sekian lama membuat penyelidikan di Antartika, lantaran itu usaha yang diambil dengan kerjasama ada sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amatlah perlu disokong oleh semua pihak. Malah katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sendiri menggesa supaya kerajaan kerajaan negeri, badan swasta dan individu membantu usaha yang dipelopori oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan itu. “Justeru itu, suatu pengiktirafan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengamanahkannya bagi mengetuai lawatan kerja itu,” kata A. Latiff. Menurut YB A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, bahawa Dato’ Seri Haji Ahmad sebagai salah seorang pemimpin


11 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

WAKAF RAKYAT “Kejayaan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) di antara INACH dan NACR yang disaksikan Menteri Besar Terengganu, adalah bukti kebenaran bahawa pemergian beliau ke Antartika bukanlah tujuan suka-suka sebagaimana tuduhan pihak tertentu.” YB Mahdi Musa, (Adun Kota Putera)

Ketua Umno Bahagian Besut, YB Haji Nawi Mohammad berkata, lawatan kerja Menteri Besar Terengganu, ke Antartika adalah suatu pemikiran besar dan pandangan jauh pemimpin tersebut. “Ilmuan, para pendidik dan para pelajar perlu menjadikan ia sebagai cetusan ke arah budaya ilmu dan penyelidikan sains yang bukan sahaja di bilik darjah atau makmal, tetapi jauh dari itu hendaklah menanam cita-cita untuk turut sampai ke sana suatu masa nanti, katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani Negeri Terengganu. Beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri meminta supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa melihat usaha pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai negatif walaupun hakikatnya hebat, cemerlang dan gemilang. “Dalam kehidupan orang-orang cemerlang mengamalkan budaya menimba ilmu sepanjang hayat, apatah lagi kita disarankan supaya ke mana sahaja ke pelusuk dunia Y.A.B. DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID untuk menimba pengetahuan,” MENTERI BESAR TERENGGANU katanya meminta apa yang dimulai Y.B. A. LATIFF AWANG oleh Dato’ Seri Ahmad perlu diPENGERUSI JAWATANKUASA TRANSFORMASI contohi. KERAJAAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA penaung “Saya menyokong penuh lawatan kerja Dato’ Seri Haji Ahmad ke Anrtartika,“ kata Ahli Majlis RUSLAN ABDUL RAHMAN Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Ghazali Taib selaku Pengerusi pengarang Jawatankuasa Pendidikan dan FAUZI MOHD Tugas-Tugas Khas Negeri. penolong pengarang 1 Katanya, program lawatan penolong pengarang 2 : AIDA ABD RAHMAN | wartawan : ESAH ke Antartika merupakan usaha ABDULLAH, SURIATI ALI, NORAINI JUSOH, HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT), AMINUDDIN ISMAIL (SETIU), AMIRULLAH OTHMAN merealisasikan kerjasama Ma(MARANG), MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU), NURUL laysia dengan Chile bagi tujuan AZIELLA SABERI (KEMAMAN) | jurufoto : ZULKIPLI PUTRA, HARISH FADZILLAH di kutub selatan sebagaiamana perjanjian kerjasama telah ditan*HAK CIPTA TERPELIHARA Akhbar Teganukita diterbitkan oleh datangan baru-baru ini. UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU Pemergian Menteri Besar TERENGGANU DARUL IMAN Terengganu ke sana bersama seTel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 kumpulan penyelidik untuk melihat Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: apakah pontensi dan peluang kita ukom@terengganu.gov.my di sana kerana pihak lain telah ukomtrg123@gmail.com menjalankannya, kata YB Ghazali.

sebenarnya telah merealisasikan gesaan kementerian supaya membantu usaha murni yayasan itu, kerana kalau kita ketinggalan dalam kajian di sana, maka kita akan terus ketinggalan dalam mengetahui perubahan yang sedang berlaku di kutub yang juga memberi suatu kesan kepada perubahan alam seluruhnya. Pihak lain telah lama beroperasi di sana dengan pelbagai kajian, mempunyai ‘stesen penyelidikan’ dan kita hanya baru hendak memulakan, mengapa begitu dangkal pemikiran pembangkang, ujar Pengerusi Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri. Justeru itu, A. Latiff berkata, marilah sama-sama kita membuka minda dengan lebih luas dengan berfikiran lebih profesional, ilmiah dan jangan disempitkan oleh pemikiran politik murahan semata-mata.

Oleh itu kita tidak boleh ketinggalan dan hanya menjadi penonton melihat negara orang lain berlumba-lumba mencari peluang serta mengenal pasti sumber yang ada di sana untuk dieksploitasi suatu hari nanti, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Terengganu. Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan Kerajaan Serius Terajui Usaha Tangani Isu Perubahan Iklim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. “Kerajaan serius menerajui usaha menangani isu perubahan iklim dengan menggalakkan langkah adaptasi dan perancangan pembangunan mesra alam yang strategik untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara”, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, 24 Januari lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih,YB Haji Muhammad Pehimi Yusof melahirkan rasa bangga berikutan Ketua Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad diberi peluang untuk sama-sama terlibat secara langsung bersama saintis tempatan dan antarabangsa ke Antartika. Katanya, langkah itu penting untuk memperolehi sesuatu yang baru dalam penyelidikan, terutama bagi kepentingan umat Islam dan kebaikan sejagat di masa hadapan. “Selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertugas di bawah Dato’ Seri Haji Ahmad, saya amat terharu dan bangga kerana beliau mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi perjalanan sejauh itu demi memastikan pencapaian penyelidikan,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri menyatakan bahawa nama Terengganu akan turut terpahat di persada dunia antarabangsa melalui eksplorasi itu dan itulah ketinggian pemikiran Menteri Besar Terengganu, di samping membuktikan kepada dunia tentang komitmen kita orang Melayu dan Islam sekaligus rakyat Malaysia dalam industri sains dan penyelidikan. Kejayaan mengadakan perjanjian persefahamanan atau MOU di antara Institut Antartico Chileno (INACH) dan National Research Center of Malaysia (NARC) yang telah ditandatangani dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, adalah bukti

kebenaran bahawa pemergian beliau ke Antartika bukanlah tujuan suka-suka sebagaimana tuduhan pihak tertentu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Mahdi Musa. Begitu juga katanya tarikh MOU yang telah ditetapkan oleh kedua belah pihak INACH dan NARC dan Menteri Besar Terengganu yang diberi kepercayaan selaku saksi rasmi perlu hadir pada tarikh berkenaan, jadi tidak timbul kenapa pada masa yang tidak sesuai Menteri Besar ke sana kerana beliau perlu menepati apa yang telah dijadualkan untuk beliau. Ditanya tentang tuduhan membazir lawatan itu sebagaimana tuduhan pembangkang, YB Mahdi berkata, “Kalau hendak dikatakan lawatan kerja keluar negara itu membazir sebagaimana tuduhan Pas, ia tidak benar kerana ia adalah ada manfaat dan keperluan tersendiri. Semasa Pas memerintah Terenggganu juga banyak dilakukan diketuai oleh Menteri Besar bahkan disertai lagi oleh beberapa Exco dan lain-lain dan tentulah mereka sebagai kerajaan pada waktu itu juga mempunyai perancangan dan agenda mereka untuk negeri. Kita hendaklah saling berbaik sangka dan jangan kerana kepentingan politik segalanya dipolitikkan. Pembangkang lebih lebih menunjukkan sifat hasad dengki dan tidak senang dengan pencapaian yang telah di perolehi sepanjang pentadbiran Menteri Besar, membuatkan mereka membuat tuduhan dan kritikan melulu kepada Menteri Besar Terengganu itu, kata Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, YB Mohd Iskandar Jaafar. Katanya, Dato’ Seri Haji Ahmad adalah antara yang berpeluang ke sana dan ia adalah pengiktirafan kepada rakyat Terengganu oleh Kerajaan Malaysia. Pemergian Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad ke Antartika mengetuai lawatan kerja bersifat ekplorasi, menyebabkan semakin ramai orang ramai ingin tahu tentang Antartika. Pengerusi TATiUC, YB Bazlan Abdul Rahman berkata, Antartika adalah kawasan bebas untuk dilakukan kajian di bawah satu perjanjian yang telah dipersetujui “jadi banyak lagi kajian serta misteri tersembunyi yang menarik yang masih belum mampu dikupas”. Katanya, amat rugi kita tidak merebut peluang terbuka dalam mengkaji pelbagai aspek seperti ekosistem, biologi, kesan cuaca juga evolusi hidupan marin sedangkan banyak negara serta syarikat besar berminat dengan khazanah yang masih banyak lagi tersimpan dan belum dirungkai oleh manusia. “Jika hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan menjadi kenyataan, iaitu penubuhan stesen Penyelidikan Malaysia di Antartika, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Islam pertama memiliki stesen seumpama itu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit.


12 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

BERITA SUKAN

Anuar, Adiq kembali semula ke TSG Menguatkan TSG pada cabaran Herald Sun Tour Victoria, 2014 di Melbourne, Australia 5 Februari RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

P

elumba terkemuka bertaraf antarabangsa, Anuar Manan dan Muhammad Adiq Hussaini kini mengetuai

Henjutan rekod dunia Fatehah Fatehah mencipta gemilang meraih pingat perak dalam acara keirin siri ketiga Piala Dunia UCI di Mexico, baru-baru ini.

P

elumba trek Yayasan Sime Darby, Fatehah Mustapa mempamerkan persembahan mengagumkan untuk meraih pingat perak dalam acara keirin di siri ketiga Piala Dunia UCI yang berlangsung di Guadalajara, Mexico, 19 Januari lalu. Kejayaan gemilang atlet kelahiran Hulu Terengganu berusia 24 tahun itu menjadi pelumba wanita pertama negara meraih pingat pada kejohanan itu dan pingat pertamanya sejak mula beraksi pada 2007 di Piala Dunia UCI.

Saingan membabitkan enam pelumba itu berlangsung sengit dengan pelumba sensasi Hong Kong, Lee Wai Sze berjaya meraih emas dengan Fatehah hanya ketinggalan 0.017 saat disusuli Sandie Clair dari Perancis. “Sudah banyak kali saya melangkah ke final keirin, namun gagal meraih pingat, namun kali ini saya sangat gembira kerana berjaya melakukannya. Ia satu pencapaian yang membanggakan dengan sasaran selepas ini adalah Kejohanan Trek Dunia di Columbia bulan depan. “Saya tidak mengira kilauan pingat di Kejohanan Trek Dunia nanti dengan fokus kini adalah menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dalam tempoh masa yang ada,” katanya.

Terengganu Cycling Team (TSG) menghadapi cabaran Kejohanan Lumba Basikal Herald Sun Tour Victoria 20I4 di Melbourne, Australia bermula 5 Februari lalu. Turut tersenarai empat lagi pelumba, Mohd Haris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Marzuki. Ini bermakna TSG akan menjadi pesaing hebat di kejohanan antarabangsa itu memandangkan Anuar dan Muhammad Adiq adalah jaguh profesional antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Rozali Salleh berkata kepulangan Anuar dan Mohd Afiq ke pangkuan TSG sebenarnya bermula 1 Januari lalu bakal memberi kekuatan kepada TSG untuk tetap

Jiexpo Kreterium 20I4. Beliau mendapat tempat ketiga dalam kejohanan itu. Marilah kita mendoakan pelumba-pelumba Terengganu menerpa kejayaan pada kejohanan bertaraf antarabangsa di Melbourne Australia bagi mencipta sesuatu yang membanggakan buat TSG.

Wajah baru pasukan TSG

Anak Terengganu bakal tawan Gunung Everest

SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

K

teguh di persada sukan lumba basikal negara dan dunia. Sebenarnya ini adalah kali kedua pelumba itu mewakili TSG di kejohanan antarabangsa bagi tahun ini. Sebelum ini, pada 24 Januari lalu, Anuar mewakili TSG di Jakarta, Indonesia yakni Kejohanan

erajaan negeri melancarkan projek Terengganu D’Everest 2015, sebagai usaha menyemarakkan semangat dan kegigihan anak negeri ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai lapangan. Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat berkata, selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara dan ‘Terengganu Hanelang’, selain melahirkan lebih ramai anak

negeri jaguh dalam bidang sukan. “Projek pendakian gunung tertinggi di dunia itu cukup mencabar kekuatan fizikal, mental dan pengalaman itu akan melibatkan sekumpulan lapan orang anak negeri. ‘’Melalui proses pemilihan dan saringan, akhirnya cuma lapan orang akan dipilih untuk membawa misi kerajaan dan mengibarkan bendera negeri di puncak itu pada tahun hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program dan Pemilihan Pendaki Terengganu De’Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala

Terengganu, baru-baru ini. Menurut beliau, Mohammad Rafi Qori, anak negeri pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi projek tersebut. Katanya, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek dan bakal digerakan dengan Persatuan Kembara Malaysia dan negeri. “Latihan pertama melibatkan pendakian Gunung Kilimanjaro, latihan teknikal di Banjaran Annapurna, mendaki Gunung Elbrus, pra-ekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Ranau dan Island Peak,” katanya.


13 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA |15-31 JANUARI 2014

BERITA EKONOMI

TDM sasar perolehan RM1 bilion

T

erengganu Development Management Bhd (TDM) menyasarkan perolehannya mampu mencecah RM1 bilion dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi hasil pelaburan di Indonesia. Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari berkata, ketika ini perolehan tahunan TDM sekitar RM400 hingga RM500 juta melalui dua bahagian perniagaan iaitu perladangan dan kesihatan. Menurutnya, bahagian peladangan merupakan perniagaan teras dengan menyumbang hampir 90 peratus kepada perolehan dan selebihnya

kesihatan. “TDM mempunyai perancangan besar dengan meningkatkan pengeluaran kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia meliputi kawasan ladang seluas 40,000 hektar menjelang 2018. “Dengan peningkatan tersebut, ladang di Kalimantan akan menjadi penyumbang terbesar kepada TDM mengatasi saiz ladang di Terengganu seluas 32,500 hektar ketika

ini apabila mencapai tempoh matang,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman penerimaan sijil Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) oleh anak syarikat TDM, TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi TDM, Dato’ Roslan Awang Chik; Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Ab. Halim Yusof dan

Rahman Bakar pengerusi baru Golden Pharos Tekad memastikan anak syarikatnya berdaya maju meningkatkan kadar keuntungan RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

B

ekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar telah dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos (GP) Berhad berkuatkuasa 8 Januari 2014.

Golden Pharos adalah syarikat yang tersenarai di BSKL dikuasai oleh kerajaan negeri Terengganu mempunyai beberapa buah syarikat kum-

pulan termasuklah Kumpulan Pengurusan Kayu-Kayan Terengganu Sdn. Bhd.,

RAHMAN BAKAR

Pesaka Terengganu Bhd., Pesama Timber Corporation Sdn. Bhd. dan Golden Pharos Sdn. Bhd. Ketika ditemui Teganukita, Dato’ Abdul Rahman berkata wawasan beliau sebaik sahaja menerajui GP ialah memastikan semua anak syarikat GP memperolehi keuntungan. “Saya nak pastikan mana-mana anak syarikat

mencari jalan untuk tingkatkan keuntungan lagi,” katanya. Oleh sebab itu, langkah pertama beliau ialah melawat dan mendapatkan taklimat tentang operasi syarikat. Pada 26 Januari lalu beliau telah melawat Kumpulan Kayu Kayan Sdn.Bhd dan Pesaka Terengganu Berhad. Dato’ Abdul Rahman berkata, operasi Pesama Timber baru dmulakan semula setelah ditutup akibat banjir besar, baru-baru ini. Harapannya ialah syarikat-syarikat yang berasaskan kayu dan balak ini bukan sahaja memperoses balak menjadi kayu tetapi perlu kepada yang lebih lebar lagi seperti membuat perabot dan apa-apa produk dari bahan kayu bagi meningkatkan lagi kadar keuntungan.

Ketua Setiausaha RSPO, Darrel Webber. Badrul Hisham berkata, ketika ini seluas 12,000 hektar ladang telah ditanam dengan lebih 202 hektar daripadanya akan memberikan hasil per-

tama tahun ini. “Dalam tempoh beberapa tahun lagi hasilnya akan lebih baik dari ladang di Terengganu berikutan keadaan cuaca dan jenis tanah yang lebih baik,” jelasnya.

TDM Berhad bakal dapat pengerusi baru

B

eberapa hari selepas itu, Bursa Saham Malaysia mengumumkan perletakan jawatan secara sukarela (voluntary resignation) Datuk Roslan Awang Chik, 63 tahun (gambar) sebagai Pengerusi dan Pengarah TDM Bhd berkuatkuasa 1 Mac 2014. Perletakan jawatan itu dibuat melalui surat yang ditandatangani oleh beliau pada 23 Januari 2014. Dengan perletakan jawatan itu, Datuk Roslan berkhidmat selama lima tahun sebagai Pengerusi TDM Bhd. Difahamkan perletakan jawatan itu bukanlah kerana konflik dan permasalahan, tetapi proses biasa untuk membolehkan berlaku penggantian dan penggiliran kepimpinan syarikat, ke arah transformasi sesuai dengan pendekatan kerajaan masa kini. TDM, salah satu GLC kerajaan

negeri Terengganu membawa keuntungan besar dan beroperasi hingga ke luar negara (memiliki ladang sawit di Kalimantan, Indonesia). Selain itu, TDM juga berjaya dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan perubatan dengan mempunyai beberapa hospital pakar yang terkemuka. Kejayaan itu diharapkan dapat diteruskan oleh penggantinya setelah diletakkan asas kepimpinan yang kukuh sebelumnya dan terima kasih setingginya kepada Datuk Roslan atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada TDM Bhd.


14 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

RAMPAI LENSA UKOM

Universiti disaran Sebagai satu aplikasi sumber pendapatan sistem kepada wakaf institusi

Sebahagian daripada petugas media Terengganu merakam kenangan dengan pengarah dan juga kakitangan SPRM di majlis Jalinan Mesra SPRM Terengganu bersama Media di Permai Inn, Kuala Terengganu.

MOHD YUSOF MOHD NOR

terbabit

U

niversiti di negara ini disaran mengaplikasikan sistem wakaf NORAINI JUSOH sebagai salah satu norainijusoh1009@gmail.com sumber pendapatan kepada institusi berkenaan, kata Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM), Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Mohd. Noor. Menurutnya, sistem itu bermanafaat dalam mengurangkan perbelanjaan kewangan kerajaan sekali gus menaikkan imej pusat pengajian tinggi tempatan. Katanya, perlaksanaan itu tidak memerlukan perubahan dasar di sesebuah universiti kerana ia disokong oleh pihak kerajaan yang menggalakkan agar institusi berkenaan mewujudkan inisiatif bagi menjana pendapatan. “Kerajaan menyasarkan 30 peratus daripada pendapatan universiti diusahakan oleh institusi itu sendiri dan terpulang kepada pihak pengurusan universiti berkenaan untuk menguruskannya. “Kalau sekiranya sebahagian hasil yang diperolehi daripada aset wakaf untuk tujuan pendidikan mesti ada satu jawatankuasa syarie yang akan menentukan. Pihak universiti boleh menubuhkan jawatankuasa pengawasan syarak untuk menentukan wakaf yang memberi sumbangan dan mendapat nasihat daripada jawatankuasa berkenaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Syarahan Wacana Kepimpinan di Universiti Malaysia Terengganu, baru-baru ini. Kata Mohd. Yusof, keuntungan yang diperoleh melalui pembangunan harta wakaf bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tetapi juga untuk kebajikan rakyat. “Wakaf adalah satu konsep yang harus difahami secara mendalam kerana kebanyakan mereka di Malaysia masih kabur dengan konsep ini,” ujarnya. Beliau turut menyambut baik sekiranya peruntukan untuk universiti diisytiharkan sebagai wakaf oleh kerajaan. “Jika bantuan kerajaan kepada universiti sebanyak RM1 juta misalnya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji sebahagian daripada wang itu diisytiharkan sebagai wakaf oleh kerajaan,” katanya. Sebagai contoh katanya, jika 20 peratus daripadanya dijadikan wakaf, maka wang itu akan semakin bertambah dan pihak universiti boleh menubuhkan jawatankuasa untuk mentadbir wang wakaf berkenaan yang boleh menjana keuntungan khususnya untuk tujuan pendidikan.

Gambar dari udara Pulau Bayas yang rancak dibangunkan bagi merealisasikan pulau itu sebagai zon bebas cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Anggota Skuad Muda Rela Kolej Universiti Bestari berkawad menyambut lawatan Pengarah Rela Terengganu.

Datuk Bandar, Dato’ Haji Adzlan Dagang menurunkan tandatangan di hadapan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, selepas diberi kepercayaan menyambung tugas yang diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Empat pelajar cemerlang dari Institiut al-Quran Terengganu bangga selepas melihat keputusan peperiksaan STAM yang diumumkan, baru-baru ini.

Sekumpulan pelajar turut serta bagi menjayakan Program Kayuhan Transformasi Pendidikan Institiut Pendidikan Zon Timur 2014 dengan berbasikal sejauh 170 kilometer yang bermula di IPG Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


15 | www.teganukita.blogspot.com / www.terengganu.gov.my

EDISI 94 | PERCUMA | 15-31 JANUARI 2014

RAMPAI

P

rogram Cakna Rakyat Parlimen Setiu yang membabitkan empat Dun iaitu Permaisuri, Langkap, Jabi dan Batu Rakit banyak memberi manfaat dan faedah kepada penduduk di Parlimen Setiu terutamanya mereka yang memerlukan bantuan. Program yang bertujuan untuk menunaikan janji-janji pilihanraya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengeratkan

Rakyat dekat di hati kami hubungan antara pemimpin dan masyarakat itu bermula di Dun Jabi kira-kira hampir sebulan lalu dan diikuti Dun Batu Rakit, Langkap dan paling terbaru Dun Permaisuri. Hubungan erat dan akrab antara Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dengan keempat-empat wakil rakyat BN iaitu Adun Permaisuri , Dato’ Mohd Jidin Shafee (Ketua UMNO Bahagian Setiu), Adun Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, memudahkan lagi perjalanan program itu. Antara

rumah-rumah yang dikunjungi ialah rumah Orang Kurang Upaya (OKU), rumah wargatua yang uzur, rumah ibu tunggal, rumah bekas-bekas pemimpin masyarakat yang uzur, keluarga kurang berkemampuan dan lain-lain. Melalui lawatan itu juga, penduduk boleh terus mengadu pelbagai masalah peribadi atau masyarakat dan wakil rakyat terbabit cuba menyelesaikan masalah pada hari itu juga termasuklah meluluskan bantuan membaiki rumah, membaikpulih jalan, membantu mendapatkan bantuan bulanan untuk OKU, ibu tunggal dan wargatua. Dalam lawatan itu setiap rumah yang dikunjungi diberi sumbangan sebanyak kira-kira RM300 melalui sumbangan Pejabat Parlimen Setiu manakala pihak Dun pula ada yang memberi hamper dan

menyelesaikan pelbagai masalah penduduk. Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh berkata program ini akan diteruskan sepanjang tahun ini dengan mengunjungi beberapa kampung lain pula di Dun Permaisuri ini. “Selain cakna kepada penduduk di Parlimen Setiu ini, program ini membuktikan perpaduan kukuh antara semua wakil rakyat di Dun Permaisuri dan hubungan akrab ini akan terus dikekalkan demi kemakmuran penduduk di parlimen ini,” katanya. Antara yang turut serta dalam Program Cakna Rakyat itu ialah

isteri Wakil Rakyat, JKKK, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dan beberapa penduduk kampung. Semoga Program Cakna Rakyat Parlimen Setiu ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari semua pihak supaya segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan dan agenda kerajaan dapat diteruskan sesuatu dengan slogan ‘Janji Di tepati’.

MCA Besut anjur majlis sambutan Tahun Baru Cina Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Besut yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ,Chung Hwa, di Bandar Jertih, tetap meriah dan mendapat sambutan penduduk setempat. Majlis yang turut dihadiri pemimpin daerah itu diketuai Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad selaku Ketua Umno Bahagian Besut, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN

Kuala Besut, Tengku Zaihan CK Rahman dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin. Penduduk setempat mewakili pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina, Siam, India dan Melayu hadir memeriahkan suasana. Nawi yang juga ADUN Hulu Besut ketika berucap mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) Besut, melahirkan rasa gembira dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat pelbagai kaum di daerah itu.


sif

lu Eksk

T

Terminal Teksi Dataran Shahbandar beroperasi Februari

erminal Teksi Dataran Shahbandar yang menggantikan hentian teksi lama berusia puluhan tahun di hadapan hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah siap dibina dan bakal beroperasi Februari ini. Pembinaan terminal baru yang menelan kos kira-kira RM500,000 itu menyediakan kemudahan lengkap dan lebih selesa kepada para penumpang sekali gus melancarkan perkhidmatan teksi di bandar ini. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Mohd Adzlan Dagang berkata, terminal yang mempunyai 36 ruang tempat letak teksi itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kafe, tempat penyimpanan barang, pejabat cawangan MBKT, surau dan tandas awam. “Kita berharap, ia akan melancarkan sistem pengangkutan awam di bandar

raya ini kerana teksi antara perkhidmatan terpenting kepada orang ramai terutamanya pelancong asing yang berkunjung ke ibu negeri ini. “Kawasan itu dianggap strategik kerana ia tempat tumpuan orang ramai dan telah dipersetujui semua pengusaha teksi di bandar raya ini,” katanya kepada Teganukita baru-baru ini. Tambah Dato’ Mohd Adzlan, sebagai alternatif kepada penumpang yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi di Hentian Bas MBKT, pihaknya turut menyediakan tempat khas untuk

Berita Terkini :

pemandu teksi di hentian berkenaan. “Langkah itu bagi mengatasi rungutan sebahagian penumpang bas yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi setelah berpindah kelak,” jelasnya. – Gambar oleh Harish Fadzillah.

ISSN 2180-4737 | Edisi 94 | PERCUMA |15-31 JANUARI 2014

www.terengganu.gov.my www.teganukita.blogspot.com

Bayu segar Cina Selatan di Hotel Permai Turut memberi perkhidmatan dan layanan berkualiti kepada tetamu NORAINI JUSOH norainijusoh1009@gmail.com

A

lami pengalaman di Hotel Permai berada kira-kira 500 meter dari pantai yang menampan bayu segar Laut Cina Selatan, turut mencorakkan wajah pusat bandar raya Kuala Terengganu. Dua penggal berturut-turut memenangi anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan hotel di bawah kategori 3-Bintang 1996/1997 dan 1998/1999, boleh memberi sedikit bayangan awal mengenai hotel ini. Ia diterajui oleh, Azman Ali selaku pengurus besarnya yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri perhotelan dan pernah berkhidmat di ho-

tel-hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Senyuman mesra, kecekapan khidmat dan layanan kakitangan serta pegawai, memberi kelebihan kepada hotel ini, di samping keselesaan dan kemudahan persis hotel empat bintang, sekali gus menampilkan hotel ini agak berbeza dengan hotel setaraf dengannya. Hotel Permai yang bercirikan reka bentuk seni bina tradisional Terengganu. Bagi pengunjung luar yang mengunakan perkhidmatan syarikat penerbangan, Hotel Permai yang hanya terletak kira-kira lima belas minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud sudah tentu menjadi pilihan. Malah, hotel

ini juga boleh diakses dengan pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Bagi yang gemar menjalani kehidupan sihat seperti bersenam, Hotel Permai turut menyediakan gimnasium selain acara berbasikal yang menjadi identiti Hotel Permai. Jadi, tidak hairanlah jika Hotel Permai sering menjadi pilihan ramai untuk menganjurkan pelbagai program dan kursus. Selain menawarkan pelbagai kemudahan terkini serta dekorasi menarik, Hotel Permai sentiasa memberi layanan mesra kepada pelanggan. Hotel Permai turut menawarkan hanya yang sangat berpatutan kepada pelanggannya iaitu serendah RM170 termasuk sarapan pagi untuk dua orang bagi bilik standard.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.