Teganukita 24

Page 1

Komputer riba untuk guru Terengganu jadi kenyataan

ms - 2

Batik Terengganu ke Perancis, Itali dan Sepanyol

SUK perkenal konsep ‘s’ ms - 5

ms - 20

Bil : 24 (21 Jun 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said (tengah) bersama atlet Terengganu meraikan kemenangan pasukan negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 sebaik tiba di Chukai, Kemaman. Terengganu mencul juara keseluruhan Sukma Melaka setelah meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.

TERENGGANU NELANG

Syabas kepada semua atlet Sukma Terengganu kerana telah menjuarai temasya sukan dwi tahunan itu buat kali kedua berturut-turut

Oleh Aida Abd Rahman

Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 yang berjaya mengekalkan kejuaraan berganda dalam kejohanan Sukma di Melaka menerima khabar gembira apabila Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengumumkan kenaikan pemberian insentif terhadap atlet yang merang-

kul pingat sebagaimana yang dijanjikan sebelum temasya itu. Atlet yang meraih pingat emas kini menerima habuan RM5,000 bagi setiap pingat yang diperolehi diikuti RM3,000 pingat perak dan RM2,000 untuk pingat gangsa berbanding hanya RM3,000 untuk emas, RM2,000 untuk perak dan lihat ms 1


2

Isnin, 21 Jun 2010

dari ms-1

Terengganu bukan jaguh kampung RM1,000 gangsa yang diperolehi dalam kejohanan sebelum ini di tempat sendiri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kejayaan Terengganu mengekalkan kejuaraan membuktikan Terengganu berupaya menjadi kuasa baru sukan negara dan bukan jaguh kampung seperti yang dianggap segelintir pihak sebelum ini.

Kita muncul sebagai juara walaupun bertanding di gelanggang orang dan dengan kemenangan ini kerajaan negeri akan menaikkan pemberian insentif” “Dalam kejohanan Sukma Terengganu 2008 telah saya katakan kita mampu menjadi kuasa baru sukan, dan Alhamdulillah apa yang saya katakan itu berjaya dibuktikan. “Kita muncul sebagai juara walaupun bertanding di gelanggang orang dan dengan kemenangan ini kerajaan negeri akan menaikkan pemberian insentif terhadap pemenang pingat dan akan memberikan cuti umum,” katanya. Katanya, beliau juga berbangga apabila dalam sukan tertentu seperti lumba basikal ada atlet kelahiran Terengganu turut mewakili kontinjen negeri lain. Sehubungan itu, beliau akan memastikan kecemerlangan Terengganu dalam bidang sukan terus melonjak naik dengan melakukan latihan insentif menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk atlet termasuk latihan di luar negara dan menggunakan jurulatih import.

am

Ghana puji program e-Book Terengganu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menerima kunjung hormat Duta Ghana, Mr Daniel Kwasi Abodakpi di pejabatnya di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Kedatangan Duta Ghana itu bukan sahaja memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, malah ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan Terengganu dalam bidang pendidi-

kan. Mr Daniel Kwasi merupakan bekas pengarah pelajaran selama 16 tahun di negaranya turut memuji perlaksanaan Program eBook yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu dan mengatakan beliau tidak pernah melihat perlaksanaan program seperti itu di negara-negara lain. Reaksi dari negaranegara luar menjadi dorongan kepada kerajaan

negeri untuk memperhebatkan lagi program itu dan berharap masyarakat negeri ini turut bersikap

positif berikutan kejayaan perlaksanaan e-Book yang mencetuskan minat dari negara-negara luar untuk

mengintai dengan lebih dekat lagi program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri ini.

Komputer riba untuk guru Terengganu jadi kenyataan Oleh Suriati Ali Selain e-Book percuma untuk pelajar, pemberian komputer riba untuk guru-guru di Terengganu kini menjadi kenyataan setelah 800 guru-guru Tahun Enam telah diberikan komputer tersebut secara percuma baru-baru ini. Bagi tujuan tersebut kerajaan negeri membelanjakan RM1.3 juta . Pendekatan itu dilaksanakan bagi memantapkan lagi keupayaan guru mendidik murid untuk mencapai sasaran 20 peratus A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini. Beliau berharap guruguru dapat memanfaatkan sepenuhnya komputer riba itu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan diselaraskan dengan penggunaan e-Book oleh murid-murid . Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri beriltizam untuk menobatkan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu dan akan melakukan apa saja termasuk mengeluarkan peruntukan besar sematamata mencapai impian itu. “Oleh itu, saya menyeru supaya ibu bapa dan warga pendidik saling berkerjasama untuk meneruskan usaha yang diamanahkan pihak berkaitan serta memikul tanggungjawab secara dinamis dan pro-

Lima daripada 800 guru Tahun Enam gembira bersama komputer riba yang diberi secara percuma oleh Kerajaan Terengganu tanda terima kasih atas keupayaan guru mendidik murid mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.

gresif. “Melalui pendidikan, kita boleh menyelesaikan perkara pokok, terutama berkaitan kemiskinan sama ada miskin minda atau fizikal,” katanya ketika berucap di Majlis Pen-

digunakan oleh guru-guru untuk sesi pembelajaran murid Tahun Enam yang bakal menduduki Unjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010. Dato’ Ahmad yakin dengan menggunakan ke-

Katanya, Terengganu Anjung Ilmu merupakan antara agenda penting dalam usaha Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang senada dengan agenda perdana 1 Malaysia iaitu Rakyat

Kerajaan negeri beriltizam untuk menobatkan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu dan akan melakukan apa saja termasuk mengeluarkan peruntukan besar semata-mata mencapai impian itu. gagihan Komputer Riba Kepada Guru Tahun Enam, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu. Dalam majlis itu, seramai 800 guru Tahun Enam seluruh Terengganu menerima komputer riba secara percuma disampaikan sendiri oleh Dato’ Ahmad. Komputer tersebut akan

mudahan itu, membolehkan guru dan murid mempraktikkan penggunaan e-Book dan komputer dalam pembelajaran. “Dengan ini kita berharap kecemerlangan UPSR pada tahun ini dapat dipertahankan oleh pelajar-pelajar Terengganu, “ katanya.

didahulukan, Pencapaian Diutamakan. “Langkah awal merealisasikan matlamat itu jelas dibuktikan melalui pecapaian membanggakan dalam semua peperiksaan utama. “Untuk memastikan kesinambungan kejayaan ini, kerajaan negeri telah

memperkenalkan objektif baru iaitu 20 10 5 2 , iaitu dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu mendapat 20 peratus keseluruhan A, Penilaian Menengah Rendah (10 peratus A), Sijil Pelajaran Malaysia (5 peratus A) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia berusaha memperoleh 5 peratus A pada 2010.” katanya. Sementara itu beberapa orang guru ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas dasar pembelajaran moden berpaksikan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang diperkenalkan itu.


Isnin, 21 Jun 2010

am

3

Selidik sehingga ke akar umbi Oleh Suriati Ali Kakitangan awam terutama pegawai kanan perlu memantau dan menyelidik sehingga ke akar umbi, sekiranya sesuatu tugas sama ada berkaitan penyediaan infrastruktur, pentadbiran atau urusan tanah yang dilaksanakan itu masih tidak sempurna di hati rakyat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata langkah ini cukup penting bagi mengelak rakyat mencemuh apa yang dilaksanakan kerajaan, secara tidak langsung memberi impak negatif kepada pemimpin kerajaan. Katanya, kerajaan negeri tidak menolak masih terdapat segelintir kakitangan bersikap sentiasa berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan dan tidak menyiasat secara terperinci dan turun pa-

dang . “Sikap ambil mudah yang pasti menjejaskan imej kerajaan perlu dikikis dengan meningkatkan nilai intergriti dan mengamalkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan secara bijak sana serta seadil mungkin. “Tindakan itu perlu wujud dalam diri kerana penjawat awam merupakan aset penting kepada kecemerlangan pentadbiran dan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman. Seramai 30 kakitangan awam pelbagai jawatan menerima anugerah itu di mana setiap penjawat awam membawa pulang wang tunai RM7,500 dan pakej menunaikan haji

Dato` Ahmad bersama Dato` Mazlan memberi ucapan tahniah kepada kakitangan awam yang memperolehi anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman.

atau umrah. Pada majlis sama, Dato’ Ahmad turut melancarkan tiga buah buku bertajuk, Gagasan Merakyatkan Pentadbi-

ran, Pembangunan Negeri Terengganu(MPPT); Merakyatkan Pentadbiran dan Budaya Kerja Cakna Rakyat.

Buku itu bakal diagihkan kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan Terengganu se-

bagai langkah meningkatkan nilai intergriti dan membudayakan kreativiti dalam tugas.

Penerima bantuan JKM dapat kadar tertinggi Terengganu adalah negeri yang paling tinggi memperuntukkan kadar bantuan kepada penerima bantuan yang layak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri iaitu antara RM200 hingga RM400 untuk setiap penerima. Pengarahnya, Encik Zuhami Omar berkata berbanding dengan sesetengah negeri lain memperuntukan bantuan kurang dari RM 100 untuk setiap penerima yang layak. “Keadaan ini membuktikan bahawa penerima bantuan di negeri ini memperolehi pendapatan yang lebih selesa,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui baru-baru ini. Beliau juga memberitahu setiap tahun hampir

RM60 juta dibelanjakan bagi tujuan tersebut . Katanya pada tahun ini pihaknya juga berjaya mengurangkan jumlah wang peruntukan sebanyak RM2 juta dari peruntukan kerajaan negeri berbanding pada tahun 2009, meskipun jumlah penerima bantuan pada tahun 2010 menunjukkan peningkatan. Pengurangan wang peruntukan dari kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah kerana kerajaan pusat menambah jumlah wang peruntukan untuk diagihkan kepada penerima bantuan yang layak. Beliau menjelaskan bantuan yang disalurkan oleh JKM terbahagi kepada dua, iaitu skim bantuan am Negeri dan skim bantuan Persekutuan. Antara jenis-jenis ban-

Masalah dewan bedah belum selesai - MB

zuhaimi omar

tuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Manakala bantuan sekaligus seperti bantuan

Menteri Besar Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana masalah di dewan bedah Hospital Setiu yang sudah hampir tujuh tahun dibina masih tidak dapat diselesaikan walaupun sudah beberapa kali perkara itu dibangkitkan beliau. Beberapa lawatan sudah diadakan oleh pihak yang berke-

sekolah, bantuan pemulihan bencana, dan bantuan segera bagi kes-kes seperti kes terdampar dan memerlukan bantuan segera. Bantuan Persekutuan seperti bantuan kanakkanak, orang Tua, Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan tidak

naan, namun sehinga kini Jabatan Kerja Raya (JKR) masih belum dapat membuat sebarang keputusan muktamad untuk menjalankan kerja-kerja pembaikian dewan bedah itu. “Bagi saya ini satu perbuatan yang cuai, tidak bertanggungjawab dan kalau saya, saya tidak boleh maafkan perkara ini kerana ia bukan sahaja mem-

Menurutnya, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk membebaskan penerima bantuan daripada belenggu kemiskinan. “ Namun, bantuan yang disalurkan ini bukan bersifat warisan, sekiranya si bapa mendapat bantuan daripada JKM tidak bermakna si anak dan generasi seterusnya layak untuk mendapat bantuan. Semuanya bergantung kepada pendapatan isi rumah, “ katanya. Encik Zuhami turut menjelaskan bahawa JKM tidak sekadar menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, malah menyediakan perkhidmatan kaunbekerja, pesakit terlantar seling, perintah khidmat dan lain-lain disalurkan masyarakat untuk pesalah melalui JKM setiap bu- juvana, pembangunan komuniti dan sebagainya. lan.

Antara jenis-jenis bantuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit.

bazir wang, malah rakyat tidak mendapat faedah yang sepatutnya mereka perolehi,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, baru-baru ini. Hospital Setiu berharga RM65.8 juta mula digunakan sejak 2003, namun sehingga kini dewan bedah berkenaan masih tidak dapat digunakan

selepas mengalami beberapa masalah. Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.


4

Isnin, 21 Jun 2010

RENCANA PENGARANG

Perkhidmatan awam tunjang kerajaan Perkhidmatan awam mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, boleh diibaratkan sebagai tunjang kerajaan. Mereka adalah agen pelaksana kepada dasardasar dan keputusan kerajaan. Penjawat awam adalah barisan hadapan yang akan menunaikan perkhidmatan dan janji kerajaan kepada rakyat. Benarlah kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said penjawat awam atau mudahnya jentera pekerja kerajaan supaya peka dan mendalami masalah rakyat. Mereka perlu memantau, memahami denyut nadi rakyat, menyiasat sesuatu perkara hingga ke akar umbi untuk memastikan sesuatu perlaksanaan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kesan atau impak setiap perlaksanaan, perkhidmatan mahupun pembangunan oleh pihak kerajaan mestilah dapat dirasai oleh rakyat dan menyentuh hati-nurani rakyat atau dalam loghat Terengganu disebut ‘jelira’. Ini bertepatan dengan konsep ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang diperkenalkan di peringkat negeri Terengganu, khususnya. Dato’ Ahmad ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman baru-baru ini mengingatkan penjawat awam terutama pegawai kanan supaya peka dan mendalami masalah rakyat. Pegawai dan penjawat awam di Terengganu diingatkan agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang dicapai kerana itu akan memberi kesan buruk kepada jabatan. Beliau berkata amalan mudah berpuas hati dengan apa yang dibuat akan melahirkan pegawai-pegawai yang tidak komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Pegawai kanan atau ketua jabatan hendaklah sentiasa turun padang memantau sendiri sesuatu projek yang dijalankan dan tidak hanya bergantung laporan daripada pekerja di bawah. Penjawat awam sudah tentu amat bersyukur mereka terpilih untuk berkhidmat dan diberikan gaji dari puluhan juta rakyat negara ini. Oleh itu, berkhidmatlah dengan penuh jujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab setimpal dengan ganjaran gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang diperolehi, berbanding ‘orang biasa’ yang tidak bernasib baik seperti mereka. Gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk menabur bakti, demi agama, bangsa dan negara tercinta dan bercita-citalah untuk mendapat ganjaran bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan Pelatih : Muhaini Muhammad : Nurul Faizah Abdullah : Wan Haironniza Wan Naim

rencana

ANALISIS

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Di sebalik bola sepak Piala Dunia 2010 Rata-rata peminat bola sepak kini ghairah atau ‘demam’ Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Hari hari teringatkan bola, hari-hari mahu mengadap televisyen untuk saksikan perlawanan sama ada secara langsung atau rakaman. Kejohanan paling berprestij itu begitu mendapat perhatian dan teruja kerana bukan sesuatu yang mudah untuk berada di peringkat itu. Hanya negara-negara yang terhebat di benua masing-masing boleh dan berkelayakan menyertai pertarungan itu. Dari begitu banyak negara di dunia ini hanya 32 pasukan terpilih ke piala dunia kali. Negara Asia yang berjaya melangkah ke sana hanyalah Australia, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara. Harap-harap di masa akan datang, tidak tahu generasi ke berapa, Malaysia mampu menyertai kejohanan terhebat itu. Bagaimana pun pengadil kita, Subkhiddin Mohammed Salleh telah mampu pergi ke peringkat dunia. Afrika Selatan adalah satu-satunya negara di benua Afrika terpilih menjadi tuan rumah kali ini. Tahniah kepada negara itu, walaupun dipimpin oleh manusia ‘berkulit hitam’ yang pernah dihina dan ditindas suatu ketika dulu oleh dasar apartheid, tetapi hari ini mereka sudah mampu merubah keadaan. Perjuangan Nelson Mandela menentang dasar apartheid mencapai kejayaan sehingga merengkok di penjara selama 27 tahun. Akhirnya apabila sistem demokrasi terlaksana, parti pimpinan Kongres Nasional Afrika (ANC) menang dan beliau akhirnya bangkit menjadi Presiden pertama Afrika Selatan dari kalangan kulit hitam. Masa kita belajar sejarah di sekolah dulu, kita tentulah ingat apa yang di sebut ‘tanjung pengharapan’ atau “cape of a good hope’.

Ahli pelayaran Portugis yang dipimpin oleh Bartholomeus Diaz yang berhasrat untuk menjajah di negara-negara timur hanya sempat sampai di tanjung ini pada tahun 1496M kerana tidak mampu oleh gelombang yang besar di Lautan Hindi. Namun bagi mereka apabila sampai di tanjung ini harapan untuk ke timur masih ada dan mereka tidak berputusasa. Sehinggalah beberapa tahun selepas itu, ahli pelayaran Portugis Vasco Da Gama mampu melepasi dan sampai ke India. Selepas itu bertalu-talulah kehadiran penjajah Portugis ke timur sehinggalah akhirnya mereka di bawah pimpinan Alfonso de al Buqurque menyerang dan menguasai bumi Melayu kita, Melaka yang menjadi titik hitam, bermulanya penjajahan terhadap orang-orang Melayu di negara ini. Di Afrika juga ada orang-orang Melayu dan beragama Islam. Khususnya di tempat yang bernama Bo-Kaap, yang terletak di lereng Bukit Signal, di tengah-tengah Bandar Cape Town menjadi perkampungan Melayu sejak 150 tahun lalu. Di sinilah juga penempatan awal Melayu di Afrika Selatan. Bangsa Melayu yang dibawa terdiri daripada golongan hamba, alim-ulamak serta buangan politik semasa zaman penjajahan Belanda dahulu. Mereka jugalah kumpulan pertama yang menyebarkan agama Islam di Afrika selatan 300 tahun yang lalu. Seorang rakan yang telah sempat ke sana berkata, berada di Bo-Kaap

Nelson Mandela memeegang trofi Piala Dunia apabila Afrika Selatan menjadi tuan rumah untuk kejohanan berprestij itu.

seperti berada di Malaysia atau Indonesia.Banyak persamaan budaya Melayu di sini, terutamanya masakan. Antaranya kari, breyani (baryani), roti ( roti canai), atchar (acar), samoosas (samosa), vermicelli (meehoon), sago pudding (pudding sago), dan koesisters (kuih seperti akok) yang menjadi manisan popular di sini. Masyarakat Melayu Afrika Selatan amat berbangga dengan warisan budaya Melayu yang masih terpelihara sejak beratus tahun. Antaranya, Masjid Auwal (Awal) di Dorp St, BoKaap adalah masjid tertua di Afrika Selatan. Ia dibina pada tahun 1798. Namun kita berharap, jangan kerana asyik dengan bola sepak piala dunia, mengganggu tugastugas harian. Sama ada pekerja di jabatan kerajaan mahupun swasta, mereka yang begitu berminat dengan kejuaraan ini diharap menjalankan tugas seperti biasa dan jangan sampai terabai. Dalam hal lainm riuhrendah pula, kononnya Barisan Nasionan (BN) memberi kelulusan lesen judi bola sepak, walaupun difahamkan masih samarsamar. Pembangkang pun berceramah sana-sana sini membidas betapa tidak Islamiknya BN dan Umno. Sedangkan lesen judi, rumah urut dan jualan arak tiada masalah pun berjalan seperti biasa di bawah negeri-negeri pembangkang atau di bawah kekuasaan

parti mereka. Sebuah negeri di pantai barat di bawah pembangkang didapati 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu. Pembangkang membakar isu berhubung lesen judi untuk mendapat sokongan rakyat tetapi mengapakah menunjukkan sikap ‘double standard’ mereka, maksudnya mereka boleh luluskan di peringkat negeri, tetapi pihak lain tidak boleh. Di Terengganu pun semasa pihak pihak lain berkuasa satu penggal sebelum ini,lesen judi juga dikeluarkan, khususnya kepada premis-premis dalam bandar Kuala Terengganu. Ketika kita bertarung politik sesama kita di sini, pertandingan Piala Dunia 2010 kini sedang bertarung di Afrika Selatan! Pasukan-pasukan hebat dunia bertarung lagi bagi memiliki piala keagungan bolasepak dunia. Mampukah pasukan-pasukan utama dunia seperti Brazil, Argentina, Jerman, England dan Perancis menjadi juara lagi pada kejohanan kali ini. Mampukah pasukanpasukan Benua Afrika merampas piala rebutan ini, ataupun pasukan-pasukan utama Asia mencuri tumpuan menjadi negara Asia pertama memenangi Piala Dunia? Dalam keadaan ini wajarkah kita di sini bertarung isu politik pula yang ada kaitannya dengan bola sepak piala dunia itu?


rencana

WAWANCARA Tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bukanlah kebanggaannya malah ia adalah amanah besar yang harus direalisasi berorientasikan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan agar perkhidmatan dan sistem penyampaian terbaik dapat disediakan untuk rakyat. Ikutilah wawancara khas wartawan Teganukita, Ruslan Abdul Rahman dengan SUK, YB Dato’ Mazlan Ngah bagi menyingkap peranannya dalam mentadbir negeri Terengganu. Teganukita: Apakah pendekatan dan falsafah YB Dato’ dalam mengurustadbir Negeri Terengganu pada masa kini. Dato’ SUK: Pendekatan saya mudah sahaja. Telah banyak pekeliling-pekeliling berkaitan perkhidmatan awam telah sedia ada dikeluarkan. Jika semua penjawat awam berpandu dan mematuhi pekeliling itu, sudah cukup baik sebenarnya. Perkara-perkara asasnya ialah: o Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. o Bekerja dengan penuh tanggungjawab. o Berusaha mengikis sikap mementingkan diri. o Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. o Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. o Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara. o Berpegang teguh kepada ajaran agama. Teganukita: Boleh Dato’ huraikan secara ringkas? Dato’ SUK: Kita hendaklah berazam untuk tingkatkan mutu perkhidmatan pada setiap masa. Ini perlu disemai dalam hati setiap pegawai dan penjawat awam. Kita hendaklah bekerja dengan penuh tanggungjawab, amanah, dedikasi, insya Allah segala beban tugas akan dapat disempurnakan. Kita juga hendaklah berusaha mengikis kepentingan diri dalam tugas yang dijalankan. Kepentingan awam sekaligus kepentingan rakyat adalah yang tertinggi dan perlu diutamakan. Apa yang dapat saya huraikan mengenai muhibah dan mesra, saya suka mengemukakan 58 ‘S’ yang perlu diamalkan. Antaranya ialah seyuman, salam, suka pada pekerjaan atau tugas, segera, selesa, siap sedia, sokong, sungguh-sungguh, syukur dan banyak lagi. Memajukan rakyat dan pembangunan negara juga penting dan amat relevan sekali dengan gagasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.najib Tun Abdul Razak- 1 Malaysia, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan dan juga di peringkat negeri, ‘Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ yang diperkenalkan untuk YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar. Rakyat adalah fokus supaya mereka dapat menikmati perkhidmatan yang diberikan melalui sistem penyampaian yang berkesan dan cemerlang. Anggota perkhidmatan awam perlu berhemah dan bertata-susila dalam melayan rakyat, orang ramai, iaitulah pelanggan kita. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara- suka saya katakatan kita dalam hubungan ini kita perlu menolak 3P, iaitu pemborosan, pembaziran dan penyelewengan.

Isnin, 21 Jun 2010

5

SUK Terengganu perkenalkan konsep “S” ‘Seyuman, salam, suka pada pekerjaan atau tugas, segera, selesa, siap sedia, sokong, sungguh-sungguh, syukur dan banyak lagi.’

Manakala berpegang teguh kepada ajaran agama yang dimasukkan dalam teras perkhidmatan awam itu kerana kita perlu yakin kepada hari pembalasan. Kita yakin bawahan ganjaran dan pembalasan dari Allah bukan sahaja di dunia, tetapi di hari kemudian (akhirat). Teganukita: Sejauhmana Dato’ melihat peranan anggota perkhidmatan awam dalam merealisasikan pembangunan negeri? Dato’ SUK: Ya, pada dasarnya telah dihayati, Cuma darjah penghayatan itu berbeza-beza. Mana-mana yang baik dan cemerlang diberikan penghargaan atau anugerah. Kita ada anugerah tahunan perkhidmatan awam, bahkan ada yang

dua jam sahaja, berbanding sebelum ini mengambil masa berhari-hari. Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kita wujudkan ‘one stop centre’ sejak tahun 2008 untuk memudahkan orang ramai berurusan, dalam urusan mendapatkan kelulusan plan bangunan dan sebagainya. Teganutkita: Banyak dasar-dasar kerajaan, sebagai agensi pelaksana bagaimana ia dilaksanakan dengan baik sebagaimana kehendak kerajaan? Dato’ SUK: Segala dasar, setelah dibincang keputusan dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Apabila ia diputuskan adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam laksanakan.

ganu sendiri pun tidak kurang menarik kedudukannya di pesisir air yang terkenal sejak dahulu. Kita perlu pasarkan produk-produk ini. Industri pelancongan perlu dipesatkan, bukan membawa orang Terengganu keluar melancong, tetapi agensi berkaitan perlu melipatgandakan usaha membawa masuk pelancong ke negeri ini. Ini amat perlu diberi penekanan. Teganukita: Bagaimana dengan kedudukan pelaburan dan perkilangan di Terengganu yang boleh menjana peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi, khususnya oleh sektor swasta. Dato’ SUK: Soal pelaburan dan berkaitannya bukan sahaja soal Tereng-

diberi anugerah menunaikan haji dan umrah selain ganjaran-ganjaran lain. Yang membuat kesalahan tata-tertib diambil tindakan. Teganukita: Apakah Dato’ melihat peranan pentadbiran telah berjaya (berpuas-hati) atau perlu ditingkatkan. Dato’ SUK: Kita tidak boleh bersikap berpuas-hati, melainkan berusaha untuk tingkatkan mutu setiap masa. Kita adakan latihan-latihan, misalnya melalui Institut Integriti Negeri, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan sebagainya, Mulai tahun ini kita adakan kursus secara bersiri di Institut Integriti. Mulai bulan ini kita memberi kursus kepada anggota perkhidmatan awam negeri ini memahami hala tuju Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Latihanlatihan terus dibuat dari masa ke semasa. Teganukita: Bagaimana Dato’ melihat orientasi Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dalam konteks pengurusan dan petadbiran di negeri ini? Dato’ SUK: Ya, kita sentiasa berusaha agar perkhidmatan dan sistem penyampaian terbaik dapat kita sediakan untuk rakyat. Misalnya dalam pentadbiran tanah kita laksanakan e-mohon. Pendaftaran hak milik tanah boleh selesai dalam masa

Apabila sudah menjadi keputusan…kita laksanakanlah. Bantahan dan pandangan boleh diberikan semasa peringkat awal, tetapi sesuatu dasar apabila telah diputuskan ia perlu dipatuhi dan laksanakan tanpa perlu pertikaikan lagi, sekalipun ada pro dan kontranya. Teganukita: Sejauhmana anggota perkhidmatan awam faham dan menghayati? Dato’ SUK: Ini peranan ketua-ketua jabatan untuk memberi penerangan, kesedaran dan motivasi, agar menghayati dasar kerajaan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam. Bagi saya penerimaan pada keseluruhannya amat baik sekali. Kalau ada perkara yang tidak berpuas hati kita ada e-aduan dan biro pengaduan awam. Saya sendiri pun terbuka untuk menerima kritikan dan aduan, asalkan dibuat secara bertanggungjawab. Teganukita: Pandangan Dato’ tentang negeri Terengganu? Dato’ SUK: Negeri Terengganu sebenarnya adalah sebuah negeri yang kaya dari segi sumber.Misalnya kita ada pasir silika dan lain-lain sumber galian. Produk atau aset pelancongan iaitu pulau, tasik dan sebagainya. Bandar Kuala Tereng-

ganu, tetapi juga negara kita keseluruhannya. Hari ini kita perlu menuju kepada industri dan ekonomi berasaskan pengetahuan ‘knowladge base’ bukan semata-mata ‘labour based’, Kita perlu terlibat dengan teknologi baru dalam pelbagai bidang. Apabila Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2 LPT siap nanti, saya yakin akan mengubah lanskap pelaburan di negeri ini. Teganukita: Pendidikan di Terengganu diberi tumpuan, bukankah ia tanggujawab pusat? Dato’ SUK: Tidak. Tanggungjawab semua, pusat, negeri, guru, ibubapa dan masyarakat. 15 peratus bajet kita untuk tujuan pembangunan insane, yakni pendidikan. Tidak kurang RM200 juta setahun dibelanjakan untuk itu. Teganukita: Akhir sekali, harapan terhadap perkhidmatan awam. Dato’ SUK: Saya berharap pengamal perkhidmatan awam hayati konsep ABCD, iaitu A (Amal), B (Bersih), C (Cekap), D (Dedikasi) dan E (Efektif). Kemudian kena jauhi beberapa perkara, saya sebutkan di sini 3L. Lagak, laga dan lagha- kenai jauhi ini. Utamakan 3A, iaitu ambil tahu, ambil cakna, ambil cara (prihatin).


6

Isnin, 21 Jun 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

rencana

Pelajar IPT: Perempuan lebih ramai dari lelaki Mungkin suatu wacana atau seminar khas mengenai situasi ini perlu diadakan untuk mencari suatu jalan penyelesaian. Perlukah suatu usaha dibuat bagi merapatkan semula jurang ini atau bagaimana?

Dr. Nordin Kardi Baru-baru ini, dalam satu program Bicara Intelektual bertajuk Terengganu Negeri Anjung Ilmu, salah satu isu berbangkit ialah mengenai keadaan yang menunjukkan pelajar perempuan lebih mengatasi pelajar lelaki di Institusi Pengajuan Tinggi (IPT). Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang merasmikan program itu ada menyentuh tentang situasi berkanaan. Panel jemputan khas, Prof Dato’ Dr. Nordin Kardi juga menyentuh perkara sama. Difahamkan, nisbah kedudukan pelajar perempuan dan lelaki di IPT pada masa ini 60:40 iaitu 60 peratus perempuan dan 40 peratus lelaki, bahkan ada juga di sesetengah universiti di negara ini nisbahnya mencapai 70: 30 (70 peratus perempuan, 30 peratus lelaki). Angka ini merupakan suatu cabaran kepada golongan lelaki kerana ia menunjukkan kaum lelaki sudah ketinggalan dari segi akademik, malah kita juga melihat beberapa kejayaan akademik di peringkat pelajar sekolah hari ini pun didominasi oleh pelajar perempuan. Apakah `trend’ ini menunjukkan kualiti perempuan telah mengatasi lelaki dalam konteks

ilmu pengetahuan dan pencapaian akademik? Polemik ini bukan hanya berkisar di situ, tetapi ia akan pergi kepada persoalan masa depan negara dan corak masyarakatnya nanti. Mungkinkah ahli-ahli professional dan penjawat awam di sektor kerajaan dan pentadbir-pentadbir dalam syarikat swasta selepas ini akan dikuasai oleh golongan wanita. Apakah akan berlaku secara berleluasa di masa akan datang fenomena lelaki menjadi ‘suri rumah’ mengurus anak-anak dan

keluarga ketika isteri mereka di pentas perkerjaan untuk menyara keluarga. Mungkin suatu wacana atau seminar khas mengenai situasi ini perlu diadakan untuk mencari suatu jalan penyelesaian. Perlukah suatu usaha dibuat bagi merapatkan semula jurang ini atau bagaimana? Pandangan dan pendapat ahli-ahli agama juga perlu jika berlaku peralihan fungsi lelaki menjadi suri rumah dan kewajaran isteri berada di luar rumah untuk tujuan mencari sumber pendapatan

berasaskan pencapaian akademik dan ketrampilan mereka. Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting. Islam membolehkan kaum wanita bekerja, namun tetap menjaga fitrah dan kemuliaan kerana turut membantu keluarga mencari nafkah juga adalah suatu amalan yang mulia. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w, wanita turut sama membantu keluarga mereka.

Sesetengah pihak akan meminta kepada pihak kerajaan supaya polisi baru digubal untuk memastikan keadaan ketidakseimbangan ini tidak berlaku. Dalam keadaan ini, jika perempuan lebih layak dan mempunyai kelulusan berbanding lelaki, kita boleh menghalang mereka hanya kerana perbezaan jantina atau gender. Di sini amat perlu kesedaran ibu bapa untuk menentukan anak-anak lelaki mereka memberi tumpuan kepada pelaja-

ran. Guru-guru juga memberi perhatian yang serius agar pelajar lelaki sedar akan perkara ini dan tumpukan kepada pelajaran dan tidak sekadar datang ke sekolah tanpa hala tuju. Masyarakat di semua peringkat juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pelajar lelaki kembali membaiki prestasi mereka. Pelajar-pelajar lelaki itu sendiri paling penting menyedari, menginsafi dan bertindak bagi merubah keadaan yang menjejaskan imej mereka itu.

Nisbah kedudukan pelajar perempuan dan lelaki di IPT pada masa ini 60:40 iaitu 60 peratus perempuan dan 40 peratus lelaki, bahkan ada juga di sesetengah universiti di negara ini nisbahnya mencapai 70:30


2 Bil. 24 (21 Jun 2010) http://teganukita.blogspot.com

tk

ms 12, 13

Penternak dapat pembelaan ms 8,9

Produk Koptani ke pasaran luar negara ms 11

KP Perdana rancakkan pembangunan ms 14


2

Isnin, 21 Jun 2010

Biodata Nama Tempat lahir Tarikh lahir Nama isteri

: : : : Bil; anak : Kelulusan :

YB TURUN PADANG

tk

Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee Kampung Mangkok, Setiu 4 April 1955 To’ Puan Hajah Zaimah Ab. Aziz 5 orang (semua lelaki) Sarjana Muda Sains (Biologi) Universiti Sains Malaysia

Petani nelayan p Pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan seluas 1,120 hektar di Merang, Setiu memberi nafas baru kepada masyarakat tempatan yang rata-rata bergantung kepada sumber pendapatan melalui aktiviti petani penternak dan nelayan. TKPM menempatkan 250 unit rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), sebahagiannya dipenuhi dengan tanaman kelapa, tembikai, tembakau, cili, timun batang selain tanaman pokok jarak di bawah projek perintis Jabatan Pertanian seluas dua hektar. “Turut didirikan sebuah pusat pem-

baikbiakan t lam bidang pe bangsal bagi kaprima dan bagi ternakan Mengikut layan dalam d teramai di neg tan yang tidak tung pada per “Rata-rata elaun sara hid diumumkan k disamping b enjin dan puk

8

Dato` Mohd Jidin ( tiga dari kanan ) yang bertindak sebagai menyelaras tugas parti bergandingan bahu bersama rakan-rakannya terus melipatganda usaha mengatur strategi bagi mempertahankan Parlimen Setiu.

Nelayan Pantai Penarik, Setiu, merupakan nelayan teramai di Tereng

Sentiasa rujuk kepada alim ulamak Oleh Esah Abdullah Setelah tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat, banyak peristiwa berlaku dalam masyarakat, membuka ruang berfikir dengan akal budi dan setiap signal yang diterima dari peringkat akar umbi membantunya agar tidak lalai dalam melunaskan tanggungjawab. “Saya tidak pernah berhenti belajar untuk memperbaiki diri sambil banyak membaca membuat rujukan dengan alim ulamak dan bertanya kepada cerdik pandai untuk menangani sesuatu masalah,” kata Ahli Parlimen (AP) Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee. Menyatakan, adalah mustahil untuk memuaskan hati lebih 54,000 pengundi yang berdaftar dalam kawasan jagaannya, hanya kesabaran yang tinggi mampu memberinya hidayah dalam menangani pelbagai isu negatif yang timbul “Bukan mudah bila berdepan dengan golongan mereka yang tidak pernah merasa bersyukur di atas segala pemberian kerajaan namun ‘diam’ menjadi senjata paling mujarab dalam mematahkan kemarahan mereka,” kata man-

tan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri portpolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri (2004-2008). Pengalam kerja yang luas memberi kelebihan kepadanya menangkis segala cabaran dengan akal budi dan berjaya mengatasinya secara berhemah. Sebelum terjun dalam kancah politik, Dato’ Mohd Jidin merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Pembendaharaan Malaysia di Kementerian Kewangan (1991-1995) dan sebelum itu di bahagian Pinjaman Perumahan (1981-1990). Mula bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Setiu dan selaku wakil rakyat baru dan dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, ia sungguh mencabar. “Kekalahan BN dalam PRU 1999 tidak mematahkan semangat saya dan rakan-rakan dalam parti, malah terus melipatganda usaha mengatur

strategi bagi merampas kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang,” kata yang bertindak sebagai Pengawai Pembangunan DUN (19992004) menyelaraskan tugas parti. Setiap kekalahan ada hikmahnya dan setiap kemenangan melimpah rahmatnya, namun perubahan minda menjadi taruhan agar dapat seiring membangun dan keluar dari belengu kemiskinan. Menyedari tanggungjawab berat AP ketika mentadbir empat DUN, beliau mewujudkan pejabat AP disetiap DUN Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit dan akan berada di pejabat berkenaan secara begilir di samping seorang petugas tetap untuk mengumpul maklumat. “Selalu kawal rasa marah dan sering berperasangka baik dengan orang di sekeliling akan memberi ketenangan dalam diri,” katanya yang kini menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan, agensi dan badan berkanun antaranya, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Pengerusi Lembaga Pengarah TDM Plantation, dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Terengganu..

“Sokongan padu daripada sayap parti Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri meringankan beban ketika melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di samping menganggapkan semua orang sebagai saudara sea-

gama satu bangsa,” kata Ketua UMNO Bahagian Setiu dan Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan Badan Perhubungan UMNO Terengganu. “Pemimpin yang baik perlu berada tiga langkah di hadapan

Turun padang mendengar dan memerhati masalah penduduk.


Isnin, 21 Jun 2010

an penternak dapat pembelaan

ikbiakan tujuan penyelidikan dam bidang pertanian dan ternakan, 10 ngsal bagi pemuliharaan kambing prima dan 8 hektar diperuntukkan gi ternakan ayam daging,” katanya. Mengikut bacian terdapat 560 neyan dalam daerah Setiu dan nelayan amai di negeri ini dengan pendapan yang tidak seberapa serta berganng pada peredaran cuaca. “Rata-rata mereka ini mendapat aun sara hidup RM200 sebulan yang umumkan kerajaan sejak tahun lalu samping bantuan lain seperti bot, jin dan pukat serta subsidi minyak,”

mai di Terengganu.

katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kemudahan lain untuk nelayan saperti Pusat Pengumpulan Tangkapan Laut di Rhu Sepuluh dan Kompleks Pendaratan Nelayan di Kampung Penarik yang berharga RM5 juta.sedang beroperasi. “Kerja-kerja mendalamkan muara sungai Merang dan muara sungai Setiu yang menjadi laluan utama nelayan ke laut kini sedang dilaksanakan dan menelan belanja RM10 juta,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri (2004 –2008)

Katanya, bila ada usaha gigih tentu kejayaan akan menyusul begitulah dengan 62 penternak ikan dalam sangkar di Telaga Papan, Kampung Mangkok, Kampung Fikri dan Kuala Setiu yang beroleh pendapatan sekitar RM1,500 sebulan dari 1,500 sangkar ikan yang diusahakan secara berkelompok. “ Paling penting kena fokus betul-betul terhadap kerja yang dilakukan, jangan buat sambil lewa dan ini telah dibukti lebih 233 orang pengusaha tembikai di kawasan Permaisuri (100 orang) , Batu Rakit (83 orang) dan Jabi (50 orang) yang mampu mendapat belasan ribu

Parlimen Setiu kini dikenali sebagai daerah Jelapang Padi utama negeri ini.

ringgit setiap musim,” katanya. Katanya, projek komersial kerajaan iaitu ladang nenas besar-besaran di Pancur Bederu, Langkap terus disemarakkan dengan berdirinya sebuah Pusat Penyelidikan Lembaga Nenas Negara di Sungai Lerek Sungai Tong. memberi impak besar kepada masyarakat setempat. “Biarpun masih terdapat suara sumbang di belakang tetapi lebih ramai yang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mampu merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik,” katanya yang sudah lali dengan sepak terajang dalam dunia politik.

Pertanian merupakan sektor utama penduduk Setiu mencari rezeki.

ak

ua an an n-

lu an

daripada orang kebanyakan, pemurah dan sentiasa ‘cool’ ketika berhadapan situasi ‘panas’, “ katanya yang mula memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Jerangau, Dungun pada 1981.

Katanya, sehebat mana pun seorang wakil rakyat, jika tidak mendapat kerjasama dalam melaksanakan aktiviti ianya tidak membawa makna apaapa dan jangan menunding jari kerana itu kesilapan sendiri.

Tidak kira di manapun, Dato` Mohd Jidin sentiasa mesra dengan penduduk.

Perumahan menjadi agenda utama pembangunan bagi memastikan penduduk dalam Parlimen Setiu dapat kediaman yang lebih selesa.

2 tk


2

Isnin, 21 Jun 2010

Cikgu Ainun kental bina prestij perguruan

IKON ANAK TERENGGANU

tk

Cikgu Ainun menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2010 daripada Timbalan Perdana Menteri.

10 Oleh Aida Abd Rahman SERIKANDI yang dilahirkan di Kampung Raja, Besut pada 5 Disember 1948 menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2010 sebagai kemuncak kerjaya yang diceburi sejak 1971. Majlis yang penuh prestij disaksikan ribuan warga pendidik dan kakitangan jabatan pelajaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuantan Pahang sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini. Episod itu membiaskan momen indah apatah lagi turut dikongsi bersama ibu, suami dan kesemua anakanak yang bertanggungjawab mewarnai kehidupan beliau sehingga berada di pentas kejayaan yang sukar dicapai kaum hawa lain. Hajjah Ainun Jamilah Mohd Ali menamatkan profesion perguruan sebagai Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu pada 4 Disember 2004 selepas berkhidmat kira-kira enam tahun di sekolah itu. Hasil kepimpinannya membentuk dua Sekolah Harian Biasa diangkat sebagai johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Malaysia melalui SMK Tengku Lela Segara, Marang pada 1998 dan SMK Padang Midin pada 2003 membuktikan pengetua wanita itu bukan calang-calang wanita. Tiga landasan utama yang

diserapkan beliau berjaya membuat anjakan baru dalam pendidikan sekaligus mengubah persepsi orang ramai bahawa cerewet pemimpin wanita adalah berasas demi fokus dan dedikasi dalam mencapai hala tuju. “Landasan kepimpinan saya sebagai pengetua merupakan satu proses yang panjang bergantung kepada tempat bertugas tetapi asasnya ialah membina `teamwork’, sikap keterbukaan antara pemimpin dan orang yang dipimpin melibatkan guru, pelajar dan kakitangan. “Asas ketiga adalah kepercayaan dan saling menghormati pandangan, idea dan cadangan pihak lain sambil kita haruslah menjadi pendengar yang baik dalam apa jua situasi, “ kata Pengerusi Persatuan Bekas pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu kepada Teganukita di rumah beliau, di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hajjah Ainun yang mula berkhidmat sejak 7 Julai 1971 menyusuri akar perjuangan dalam profesion perguruan daripada bapa beliau yang kuat memberi sokongan moral supaya menurut jejaknya yang turut berkhidmat sebagai guru besar. Kecemerlangan intelek dan ketrampilan spiritual wanita yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya itu mula terserlah sejak berusia lima tahun lagi ketika tinggal di kuaters guru Kampung Payang, Set-

iu. Sepanjang di kelas, Hajjah Ainun sentiasa muncul pelajar terbaik dan kelebihan itu menyebabkan beliau diterima untuk meneruskan persekolahan seperti biasa walaupun usia dua tahun lebih muda berbanding rakan sekelas yang lain. Ketika kanak-kanak, beliau dan keluarga banyak berpindah dan bertukar

perempuan itu berasa sedih kerana terpisah dengan jarak terlalu jauh dengan keluarga. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan Tingkatan Enam membawa suri hidup kepada Haji Haris Hamidon itu melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (19671970). Sebaik tamat pengajian dan bergelar graduan pendidikan, wanita yang memi-

Kecemerlangan intelek dan ketrampilan spiritual wanita yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang berpendidikan tinggi dan berjaya.

sekolah kerana mengikut bapanya yang ditukarkan kerja. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di SMK Tengku Mahmud (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat), sebelum menyambung ke Tingkatan Enam di Kolej Sultan Ismail, Kelantan pada 1965. Beliau sempat belajar di Tingkatan Enam SM Sultan Abu Bakar, Kuantan bagaimanpun bapa beliau menukarkan beliau ke sekolah yang lebih dekat berikutan anak tunggal

liki hobi membaca dan menanam pokok itu berjaya memulakan karier yang diidamkan di SMK Nasiruddin Shah, Besut kira-kira enam bulan, sebelum ditukarkan ke SMK Padang Midin pada Julai 1971. Asam di darat, ikan di laut dalam periuk bertemu jua. Pertukaran ke SMK Padang Midin berikutan kekurangan guru siswazah Sejarah membawa pertemuan dan penyatuan beliau dengan suami tanggal

29 Mac 1973 serta dikurniakan tiga cahaya mata. Anak sulung, Imran Haris , 34, lulusan kejuruteraan kimia Universiti Salford, England kini jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka di Kuala Lumpur, anak kedua, Liana, 32 graduan pengurusan dan perakauan Universiti Essex, United Kingdom pula bergelar Pegawai Eksekutif di syarikat terkenal yang beribu pejabat di Menara Berkembar Petronas, KLCC. Sementara anak bongsu, Hazri, 30, peguam di sebuah firma guaman di Kuala Terengganu. Jerit perih cendekiawan itu mengharungi bidang perguruan mencetuskan pelbagai evolusi dan merekod lebih 30 kejayaan dalam pelbagai bidang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk Naib Johan Pertama Sekolah Harapan Negara 1998) dan Anugerah Guru Inovatif Kementerian Pendidikan (1999) di SMK Tengku Lela Senggara. Beliau juga berjaya membawa SMK Padang Midin sebagai Sekolah Perintis Kelab Pelaburan Bijak PNB (2000); Naib Johan Pertama Sekolah Harapan Negara (2002); Pertandingan 3K Alam Sekitar Sekolah (tempat kelima - 2002); Sekolah Rintis Polisi Sekolah Selamat (2002) Naib Johan Hoki Juara Sekolah (1999); Johan Hoki Sukma (2000); Johan Pertandingan Hoki Tunas Cemerlang (2002) dan tempat ketiga Anugerah Asrama Seri Gemilang (2004).


Isnin, 21 Jun 2010

2 tk

Koperasi Tani Lembah Bidong Terengganu Berhad (Koptani) berjaya memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan pelbagai produk roselle walaupun hanya tiga tahun ditubuhkan. Produk seperti kordial, jus minuman, jem, halwa, tea, sos berperisa roselle bukan sahaja mampu menyakinkan lebih seribu pengusaha kedai runcit sekitar Terengganu malah berjaya menebusi pasaran antarabangsa termasuk Dubai dan Kanada. Kejayaan itu cukup membanggakan ahli Koptani yang terdiri daripada golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), petani dan belia tempatan. Pengerusi Koptani, Abdul Madik Muda berkata, kejayaan Koptani mencipta nama di pasaran tempatan dan luar negara adalah hasil kerjasama 155 ahli yang gigih mengusahakan tanaman roselle di kawasan masing-masing. Tidak ketinggalan sokongan dan bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Institut Penyelidikan Insdustri dan standard Malaysia (Sirim). “Untuk memajukan lagi industri roselle, Koptani dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berusaha menghasilkan tiga lagi produk iaitu `jus sparkling’, yogourt dan aiskrim. “Produk berkenaan masih dalam kajian dan sekiranya mendapat kelulusan, pihaknya bersetuju memasarkannya secepat mungkin kerana mengetahui pengguna ingin merasai kelazatan ketiga-tiga produk terbabit,” katanya ketika ditemui Teganukita. Katanya, apa yang membanggakan, Koptani berjaya memasarkan produk roselle yang dihasilkan di lebih seribu rangkaian kedai runcit di seluruh Terengganu dan dua agen berminat untuk

BISNES

Oleh Suriati Ali

Ahli gigih mengusahakan tanaman roselle di kawasan masing-masing.

Produk Koptani ke pasaran luar negara memasarkan produk sama ke luar negara. “Pemintaan pelanggan terhadap produk terutama jem, kordial dan jus minuman terus meningkat setiap bulan sehingga terpaksa menolak beberapa permintaan pengusaha dan pemborong. “Bagi memenuhi permintaan yang mendesak itu, pihaknya mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjadi agen pemasaran boleh menghubugi pihak pentadbiran Koptani yang menjanjikan keuntungan lumayan,” katanya. Koptani yakin dapat memperluaskan pasaran sedia ada sehingga mencapai sasaran yang diimpikan iaitu

setiap kedai runcit di Terengganu pasti menjual produk roselle, meneroka pasaran di seluruh Malaysia dan menambah agen pemasaran untuk jualan di luar negara. Abdul Madik berkata, pihaknya menyertai pelbagai ekspo anjuran pelbagai agensi di serata negeri termasuk Sabah dan Sarawak semata-mata ingin meningkatkan jualan produk, menaikkan imej Koptani dan mendapatkan pandangan pelanggan. “Hasil daripada beberapa penyertaan ekspo dan pameran, pelbagai pengalaman dapat dicungkil dan paling dititikberatkan berkaitan pandangan pengguna terhadap produk dihasilkan,”

Kilang memproses jus roselle milik Koperasi Tani Lembah Bidong Terengganu Berhad.

11

abdul madik muda

katanya. Koptani yang ditubuhkan pada 16 April 2007 turut mengusahakan tanaman tembakau, tembikai, longan, cili fertigasi; ternakan lembu dan menghasilkan baja organik. “Hasil daripada kerjasama ahli, Koptani kini berjaya mencapai kedudukan 100 koperasi terbaik di Malaysia dan memiliki beberapa aset penting termasuk kilang roselle, kilang baja organik serta dua lori. Kos keseluruhan aset itu bernilai hampir RM1 juta,” katanya. Menurutnya, misi Koptani yang ingin melahirkan 50 hingga 100 usahawan moden di kalangan petani dalam tempoh lima tahun

akan datang pasti berjaya sekiranya individu yang terlibat itu serius menceburi bidang ini.

Untuk memajukan lagi industri roselle, Koptani dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berusaha menghasilkan tiga lagi produk iaitu `jus sparkling’, yogourt dan aiskrim.

Untuk memajukan lagi industri roselle, Koptani dengan kerjasama UMT berusaha menghasilkan tiga produk iaitu jus aparkling, yugourt dan aiskrim.


12 12

Isnin, 21 Jun 2010

e-Book Terengganu pert Oleh Ruslan Abdul Rahman, Nurul Faizah Abdullah dan Muhaini Mohamad Gambar oleh Zulkipli Putra, Mohd Hazwan Roslee dan Amirullah Othman. Terengganu merupakan yang pertama di Asia Tenggara menggunakan e-Book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, demikian diberitahu oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Beliau memberitahu, Naib Presiden Intel Corporation, John E.Davies yang menemuinya baru-baru ini menyifatkan negeri ini setaraf ke hadap a n dengan nega-

BATU JIN

(Acathaceae)

Khasiat: - Untuk mengubat penyakit Batu Karang, Sakit Jantung, Kencing Manis, Lawas Kencing. Kaedah: - Air rebusan daun di minum lazimnya di gunakan untuk rawatan batu karang, sakit jantung, kencing manis. Petua menggunakan hendaklah di rebus dengan sukatan air 3 gelas dicampurkan daun pokok ini 3 helai dan 5,7,9 helai berikutnya. - Sebagai contohnya, 3 helai daun + 3 gelas air direbus diminum 2 kali sehari. Keistimewaan: - Daunnya timbul di bahagian hadapan dan

ra-negara maju yang menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran, khususnya e-Book. “Pengiktirafan itu adalah suatu bukti bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri suatu pendekatan yang jauh ke hadapan dalam bidang pendidikan dan pelajaran yang disesuaikan dengan budaya dan acuan kita sendiri,’ katanya di majlis penyampaian e-Book dan bantauan pakaian sekolah, Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan Komuniti Manir barubaru ini. Dalam majlis itu sebanyak 411 murid-murid Than Lima dari enam buah sekolah di Parlimen tersebut menerima e -

Book percuma dari kerajaan negeri yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Ahmad kepada setiap orang murid bersama ibu bapa masingmasing. Dato’ Ahmad berkata, pemberian itu kepada semua murid tanpa mengira fahaman politik keluarga mereka kerana sebagai soal pendidikan adalah soal penting dan masa depan mereka mengatasi kepentingan politik kepartian. “Apa yang penting ialah rakyat keseluruhan, sama ada miskin atau kaya mendapat peluang pendidikan terkini dan itulah sebenarnya pendemokrasian pendidikan di negara kita pada masa ini,’ katanya. Beliau kesal sesetengah pihak yang menuduh

WARISAN ALAM kesat di bawah daun. Batangnya juga kesat ,bunga berwarna kekuningan dan terletak pada hujung rranting. Biasanya pokok ini boleh di buat pokok pagaran (lanskap) Kaedah Pembiakan: - Keratan batang pokok. Habitat: - Kawasan terbuka dan di jadikan pokok hiasan lanskap.

kononnya sistem pendidikan di negara ini sekular dan tidak selari dengan kehendak agama Islam tanpa memahami konsep ilmu dan pembelajaran sebenar dalam Islam yang menyeluruh sifatnya, termasuk untuk keperluan dunia dan akhirat. Katanya, Nabi Muhamad sendiri semasa hayatnya pernah meminta umat Islam menuntut ilmu sehingga ke negara China, sebagai bukti menunjukkan bahawa tidak salah belajar ilmu yang berkaitan hal ehwal dunia dan moden kerana waktu itu negara China cemerlang dari segi ilmu pembuatan kertas, binaan dan perniagaan. Beliau juga memberi tahu penggunaan eBook

buk pad sem luin kel dan line car yan kom sist ran Bo pro gam sem tafs jen ian gur

N


Isnin, 21 Jun 2010

13

ertama di Asia Tenggara

idiular kenpa mu nar yesuk dan

Muasa nta mu na, kan ajar eheraina mu aan

beri e-

bukan sekadar salinan kepada sukatan buku teks semata-mata, tetapi melaluinya akan diwujudkan kelas-kelas maya, tutorial dan peperiksaan secara online yang akan dikawal secara terus oleh guru-guru yang juga menggunakan komputer sebagai alat dan sistem dalam pembelajaran. “Bahkan di dalam eBook juga dimasukkan program berkaitan keagamaan seperti panduan sembahyang, al-Quran dan tafsir, panduan mengurus jenazah dan doa-doa harian,” katanya. Beliau berharap guruguru dan ibubapa menerima perubahan ini secara positif kerana kita perlu menyediakan

generasi yang membudayakan teknologi maklumat (ICT) apabila dunia akan datang semuanya berasaskan ICT sama ada dalam ekonomi, perbankan, perubatan dan segala-galanya berteraskan penggunaan teknologi itu. Dato’ Ahmad meminta supaya e-Book yang diberikan secara percuma itu dijaga dengan baik dan diawasi agar tidak disalahgunakan untuk tujuan lain yang tidak mendatangkan faedah. Katanya sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan membaiki kerosakan eBook serta melantik pegawai teknikal yang bertugas supaya tidak menimbulkan masalah d a l a m penggunaan e Book.

NASI DAGANG Bahan-bahannya: 2 cupak beras siam (super siam) bukan beras wangi ½ tin susu beras pulut 1 ½ biji kelapa 1 inci halia 1 sudu halba Sedikit garam dan gula Cara membuatnya: • Beras siam dan pulut dicampur, dibersihka direndam 5 hingga 6 jam • Kelapa diparut, ambil pati santan kira-kira 6 gelas. Masukkan garam dan gula secukup rasa • Halia dan bawang merah dimayang.Halba direndam selama ½ jam kemudian toskan • Beras dikukus hingga masak, kemudian angkat dan arunlah dengan air atau air kelapa sehingga nasi tadi

Beliau menjangkakan eBook itu boleh digunakan pula sehingga ke tingkatan satu, setelah murid-murid yang memperolehi e-Book ini meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah. Katanya, pada bulan Julai depan murid-murid Tahun Empat pula akan diberi e-Book percuma sebagaimana perancangan di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pembelian e-Book oleh kerajaan negeri pada tahun ini. “Manakala pada tahun hadapan, kerajaan negeri bercadang untuk memberi juga e-Book kepada murid Tahun Dua dan Tiga supaya

pembelajaran e-Book bermula di peringkat awal lagi,” katanya. Sementara itu semasa berucap di majlis yang sama di Duyong bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, beliau berkata, hasrat kerajaan negeri ialah supaya setiap rumah di negeri ini mempunyai sekurangkurangnya satu komputer. Di majlis itu seramai 359 murid dari tiga buah sekolah menerima bantuan e-Book .

JUADAH TERENGGANU 2 keping asam gelugur 4 cawan santan pekat 3 cm lengkuas 2 biji buah keras Minyak untuk menumis dan garam secukup rasa Cara membuatnya: • Bersihkan ikan GULAI IKAN NASI DAGANG • Tumbuk halus bawang merah , bawang putih, halia dan lengkuas Bahan-bahannya: 3 keping ikan tongkol (boleh juga guna ikan tenggiri • Panaskan minyak kemudian masukkan cili serta bahan yang ditumbuk ke dalam periuk atau ayam) • Masukkan rempah kurma dan kacau hingga wangi 100 gram cili yang telah dimesin • Kemudian masukkan ikan, santan dan asam ke5 ulas bawang merah ping 3 ulas bawang putih • Setelah itu masukkan garam secukup rasa dan ma3 cm halia sak hingga kuah hampir pekat. 2 sudu rempah kurma nampak sedikit berair. Kukus sekali lagi hingga masak, masukkan bawang, halia dan halba di atas nasi lebih kurang 1 minit. Angkat dan masukkan ke dalam besin • Lepas itu tuangkan pati santan ke atas nasi dan kacau hingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan.


2 tk

Isnin, 21 Jun 2010

KP Perdana rancakkan pembangunan

BAKTI JKKK

Oleh Aida Abd Rahman

14

Kubang Parit membangun berikutan pelbagai langkah-langkah membangunkan kampung berkenaan pesat dijalankan. Penduduk di Kampung Kubang Parit bakal bertambah sekali ganda lagi apabila taman perumahan ‘KP Perdana’ di kampung berkenaan yang mampu menempatkan kira-kira 2,000 penghuni bakal siap sepenuhnya tahun depan. KP Perdana yang meliputi tiga fasa pembangunan diuruskan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sudah siap lebih 80 peratus melibatkan rumah banglo, teres, berkembar, flat, perkedaian dua tingkat, taman permainan dan surau bakal menjadi mercu tanda baru pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu. Penempatan yang terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar raya Kuala Terengganu dan berada di laluan utama menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Berang serta Manir kini pesat membangun sejajar dengan pertumbuhan setempat khususnya bandar raya Kuala Terengganu. Kampung yang dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Encik Rosli Bidi, 50, berasa bertuah kerana kerajaan negeri begitu cakna dengan persekitaran dan keperluan pembangunan di kampung berke-

JKKK Kampung Kubang Parit sentiasa sepakat dan berusaha mendekati rakyat di samping membantu membuat perancangan membangunkan kawasan itu.

naan. Malahan, pada tahun lalu peruntukan lebih RM1 juta disalurkan bagi membangunkan kemudahan di kampung berkenaan termasuk menyediakan balai raya yang menjadi platform menyatukan penduduk dalam pelbagai aktiviti kampung. Balai raya yang dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang tahun lalu tersergam indah bagi menggantikan balai raya yang pernah rosak kerana dibiarkan begitu lama dan menanti rebah ke bumi ketika pemerintahan Pas yang lalu (1999- 2004) Selain balai raya, bangunan Tabika Kemas yang baru berusia setahun jagung juga berfungsi sebagai tempat membentuk perilaku dan memberi pelajaran awal untuk kanak-kanak berusia lima dan

enam tahun sebelum melangkah ke sekolah rendah yang berhampiran. Penduduk Kubang Parit mempunyai banyak inisiatif untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka kerana kedududukan kampung yang strategik langsung tidak membataskan perhubungan ke destinasi pilihan termasuk memilih sekolah pilihan dan terbaik di sekitar bandar Kuala Terengganu. Sebahagian penduduk yang merupakan generasi keenam kampung berkenaan memilih mewarisi pekerjaan turun temurun sebagai peniaga, manakala selebihnya bekerja di sektor kerajaan dan swasta serta tidak kurang bekerja di bidang profesional dan pegawai kerajaan. “ S u d a h ramai pen-

duduk kampung ini berjaya menempatkan diri di universiti dan berhijrah ke negeri lain kerana mendapat peluang pekerjaan lebih baik khususnya menjadi pendidik,” kata Rosli lagi. Beliau yang dibantu Timbalannya Mohd Encik Zaki Omar, berkata biarpun hampir sebahagian daripada penduduk kampung cenderung kepada parti pembangkang, bantuan dan kebajikan kepada penduduk tetap bertali arus dan diterima secara saksama sebagaimana kawasan yang dimenangi parti kerajaan. Katanya, itulah bukti kerajaan yang adil dan telus kerana tidak memilih bulu dalam memberi bantuan dan kebajikan khususnya bantuan am secara bu-

lanan, bantuan cermin mata mahupun bantuan persekolahan kepada anak-anak. “Bagi memastikan kebajikan dan bantuan kepada penduduk lancar dan tepat kepada penerimanya, saya sentiasa mengadakan perbincangan bagi membincangkan keskes tertentu ini bagi memastikan semua mendapat hak dan keadilan dengan melihat pula peruntukan yang disalurkan kerajaan,” katanya. Dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, JKKK mengambil pendekatan mengadakan kelas tuisyen secara

rosli bidi

percuma kepada murid sekolah rendah selama sejam setiap tiga kali seminggu yang dikendalikan Encik Mohd Zaki dan Setiausaha cawangan, Ibrahim Mohamad, di mana keduadua mereka merupakan guru sekolah di bandar Kuala Terengganu. Pada tahun ini juga, kampung itu juga bakal menerima masjid baru yang bernilai lebih setengah juta bagi menggantikan masjid sedia ada yang sudah berusia lebih 50 tahun dan memerlukan pengubahsuaian secara keseluruhan bagi menampung jemaah yang semakin ramai. “Masjid baru yang bakal menampung seribu jemaah pada satusatu masa itu mampu menyemarakkan lagi perpaduan dan silaturrahim di kalangan saudara Islam, malah menjadi menampung kehadiran jemaah luar yang kebanyakan penduduk di sekitar DUN Wakaf Mempelam untuk berjemaah stiap kali solat Jumaat dan solat hari raya serta berterawih pada bulan Ramadan. “Pada masa yang sama juga, jambatan sedia ada juga akan diperlebarkan.


Oleh Suriati Ali “Apabila penduduk setempat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, mengadakan majlis kenduri kahwin atau apa-apa bentuk aktiviti, saya turut dijemput untuk membuat persiapan awal dan melaksanakan tugasan akhir. “Cukup gemar apabila ada penduduk kampung tidak mengecualikan saya bagi membantu mengupas bawang, memotong ayam, memerah santan, mambasuh peralatan serta pelbagai tugas sebelum dan selepas menganjurkan sesuatu program,” kata Puan Zaipah Hussain, 48. Beliau merupakan suri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Encik Ramlan Ali sememangnya seorang yang peramah dan mudah diajak berbual walaupun tetamu bertandang dikediamannya, di Kampung Tanah Merah, Kerandang, Jertih, Besut kurang dikenali. Memiliki empat cahaya mata, iaitu Fatin Nabilah, 25, Mohd Aris Subandi, 24, Fatin Amirah, 16 dan Mohd Loqman Hakim, 14 merancang jadual sendiri sebagai alternatif merapatkan hubungan silaturahim dan saling berkerjasama antara rakyat dan pemimpin. Menurutnya, pendekatan menganjurkan bacaan surah Yassin secara bergilir dari rumah ke rumah bersama 30 penduduk bukan saja dapat mengeratkan lagi hubungan malah mampu mewujudkan sikap rendah diri antara kenalan. Setiap pagi Khamis dan Sabtu, senamrobik turut diadakan sebagai alternatif menjaga kesihatan. Penyertaan di kalangan rakyat cukup memberangsangkan di mana terdapat di antara peserta turut membawa lain keluarga lain bersama-sama menyertainya, “Kebanyakan mereka gemar dengan aktiviti ini terutama yang kurang mengikuti aktiviti sukan lain seperti berjonging, bermain

badminton dan bola jarring. “Suami mengetahui dan menyokong penuh dengan apa yang dilakukan, kadang kala turut hadir memberi semangat dan perangsang,” katanya. Katanya, sebagai isteri wakil rakyat, kita perlu bersamasama suami membantu rakyat, merasai sama denyut nadi terutama yang dikategorikan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), warga emas, uzur dan orang kurang upaya. “Kurang sopan sekiranya mengambil pendekatan, membiarkan suami menyelesaikan apa jua masalah secara bersendirian serta enggan menghadiri mana-mana majlis berikutan menganggap tiada kepentingan untuk diri. “Saya seboleh-bolehnya mengelak mempunyai sikap sedemikian kerana menyedari akan mendatangkan kesan buruk terutama kepada suami yang perlu sentiasa berdepan dengan rakyat dan pemimpin,” katanya. Menurutnya, tabiat gemar berkawan dan suka berbual m e m buatkan dirinya mendapat ramai kenalan d a n rapat dengan

Bantu dan merasai denyut nadi rakyat masyarakat setempat terutama warga emas. “Apabila hadir di mana-mana aktiviti kecuali membabitkan istana, perkara pertama dilakukan adalah mencari sahabat sebelum melakukan apa yang sepatutnya,” katanya memiliki hobi memasak dan membaca. Puan Zaipah yang mendirikan rumah tangga pada 1 9 8 4 berkata, seba-

Zaipah Hussain

gai suri rumah sepenuh masa ditambah pula, keempat-empatnya permata hati sudah dewasa, banyak ruang untuk dia menjiwai perasaan rakyat, termasuk melawat penduduk keuzuran dan kematian saudara; menghulurkan bantuan apabila rakyat ditimpa

bencana dan menghadiri kenduri kahwin serta kesyukuran. “Setiap kali turun padang bersama beberapa pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN, saya dapat merasakan, golongan dilawati itu cukup gembira dengan kehadiran kami dan menghargai sumbangan yang dihulurkan. “Senyuman dan riak muka gembira yang dipamerkan golongan dilawati itu sudah cukup mengubat hati saya yang sememangnya mudah tersentuh dengan setiap kejadian Allah S.W.T,” katanya. Menurutnya, walau-

pun tinggal berjauhan dengan pejabat Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu, dia tetap berusaha meluangkan masa menyertai aktiviti yang dianjurkan badan. “Kebiasaannya, pertandingan pelbagai sukan, melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, taklimat dan seminar dirancang lebih awal oleh Serikandi. Langkah itu membuatkan saya termasuk ahli lain mudah untuk membuatkan persiapan awal dan menyertainya,” katanya.

2 tk

SERIKANDI

Isnin, 21 Jun 2010

15


2 tk

Isnin, 21 Jun 2010

DESTINASI

Pantai Batu Buru Selain menara tinjau, bangku rehat, tandas dan lot tempat letak kereta, taman permainan turut disediakan kepada pengunjung.

16

Pantai Batu Buruk walaupun nama dan pelik bagi sesetengah pelancon tersohor di kalangan masyarakat se Terengganu terutama yang ingin m alam semula jadi di pesisir pantai.

Keindahan Pantai Batu Buruk memang tidak dinafikan lagi dan bagaikan termimpi-mimpi untuk mengunjunginya kembali.

Primula Beach Hotel antara kemudahan penginapan yang terletak di Pantai Batu Buruk.

Oleh Suriati Ali Gambar oleh Zulkipli Putra Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu serta dikelilingi kemudahan seperti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Primula Beach Hotel dan Hotel Permai Inn, Pantai Batu Buruk (PBB) pasti menjanjikan kedamaian kepada setiap pegunjung. Tidak mengira waktu sama ada siang atau malam, pantai sepanjang 7.5 kilometer (km) dan diterangi dengan limpahan cahaya lampu neon itu sentiasa dilawati pengunjung untuk pelbagai tujuan. Ada di antara mereka datang semata-mata untuk beristirehat sambil menghirup udara segar, menganjurkan aktiviti berbeku, ulangkaji pelajaran dan berkelah bersama keluarga. Bagi yang membawa anak pula, taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai alatan termasuk buaian, gelongsor dan jongkang-jongkit pasti menjadi pilihan. Setiusaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Encik Samiun Salleh, berkata pihaknya bangga kerana pantai itu cukup dikenali di kalangan pelancong dan boleh dikatakan menjadi lokasi `wa-

Pantai Batu Buruk cukup tersohor di kalangan masyarakat setempat dan luar Terengganu terutama yang ingin

jib’ untuk mereka disinggah selepas penat berurusan di pusat bandar. “Pelbagai inisiatif dilaksanakan bertujuan menarik minat jutaan pengunjung termasuk memberi ruang kepada agensi tertentu menganjurkan ekspo pertanian, keusahawan kraftangan dan produk Terengganu. “Tidak ketinggalan, aktiviti di persisir pantai turut dimanfaatkan dengan menerima penganjuran bola sepak pantai, bola tampar, pertandingan memancing dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Teganukita. Menurutnya, MBKT cukup menitiberat kebersihan Pantai Batu Buruk- terdapat mesin khas dikenali sebagai `beachcomber’ untuk membersih segala kotoran seperti botol minuman, bekas makanan dan plastik yang terdapat pesisir pantai. “Bagi memastikan setiap penjuru peranginan tersohor itu tidak dicemari, terdapat empat hingga enam kakitangan MBKT diarahkan bertugas pada setiap hari bagi mengutip sampah yang dibuang individu tidak bertanggungjawab. “Tapak pasar malam turut dialihkan ke tempat lebih sesuai iaitu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semata-mata ingin menjaga imej pantai

berkenaan daripada terus tercemar. Tidak ketinggalan juga, melarang penjaja menjalankan urusniaga tanpa lesen., “ katanya. Katanya, selepas beberapa tindakan drastik yang dilaksanakan itu, dia yakin melancong akan memuji akan keindahan pantai dan bagaikan termimpi-mimpi untuk mengunjunginya kembali walaupun sukar berbuat demikian `dek’ halangan masa, jarak dan komitmen kerja. “Kelebihan Pantai Batu Buruk yang terletak di tengah pusat bandar Kuala Terengganu, memiliki pasir yang memutih, laut membiru mendorong pelancong tempatan dan luar Terengganu tetap mengunjunginya walaupun hanya seketika. “Untuk keselesaan pengunjung, menara tinjau, bangku rehat, tandas, taman permainan, lot tempat letak kereta dan gerai makanan turut disediakan,” katanya. Encik Samiun berkata, pantai itu tidak putus-putus dikunjungi walaupun lewat malam terutama selepas MBKT memasang lampu neon pelbagai warna sepanjang jalan menuju ke PBB. Cukup mudah jika pengunjung ingin ke Pantai Batu Buruk, mereka boleh mendapat teksi, beca, bas bandar atau mengunakan kenderaan sendiri.


Isnin, 21 Jun 2010

uruk destinasi pilihan

amanya agak unik ancong, tetapi ia cukup kat setempat dan luar gin meminati keindahan ntai.

Pelancong boleh melakukan aktiviti di persisir pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar, pertandingan memancing dan sebagainya.

ma yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi di pesisir pantai.

Ada di antara mereka datang semata-mata untuk beristirehat sambil menghirup udara segar, menganjurkan aktiviti berbeku, ulangkaji pelajaran dan berkelah bersama keluarga.

Pantai Batu Buruk sentiasa terbuka untuk pengunjung berehat sambil menghirup udara segar di tepi pantai.

Pantai itu tidak putus-putus dikunjungi walaupun lewat malam terutama selepas MBKT memasang lampu neon pelbagai warna sepanjang jalan menuju ke PBB.

2 tk


2 tk

ms 16, 17


agama

MIMBAR Susunan : Muhaini Muhammad

WAKTU SOLAT

Sumber: JHEAT

Negeri Terengganu (21 Jun hingga 28 Jun 2010)

Tanggal 16 Mei merupakan satu tarikh penuh makna bagi warga guru dan juga para pelajar kerana pada hari tersebut seluruh guru di negara ini akan diraikan para pelajar dan warga sekolah, sempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada tarikh tersebut. Sekali lagi pada tahun ini, warga guru diraikan bagi menghargai dan mengenang jasa mereka mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu dan berguna. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan `Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema itu selaras dengan teras pertama daripada enam teras utama pelan induk pembangunan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 20062010 iaitu `Membina Negara Bangsa’. Guru adalah insan mulia kerana mereka telah melaksanakan amanah untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Sesungguhnya perumpamaan orangorang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dam menerangi di dalam kegelapan di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan,” Sirah Rasulullah s.a.w memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru, baginda s.a.w adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa sama guru merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud: “ Dan jangan kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai.” Sebuah Negara yang hebat terbina daripada masyarakat hebat memiliki nilai-nilai jati diri dan ilmu yang tinggi. Semua itu akan terhasil bermula dari seorang guru, penyair tersohor negara, Dr. Usman Awang pernah menukilankan; Jika hari ini seorang

Isnin, 21 Jun 2010

19

Warga guru diraikan bagi menghargai dan mengenang jasa mereka mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu dan berguna menerusi sambutan hari Guru bertenakan ` Guru Pembina Negara Bangsa`.

Guru pembina negara bangsa Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang seorang presiden sebuah Negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa. Bagi negeri Terengganu, pencapaian para pelajarnya di dalam peperiksaan awam, bukan sekadar sentiasa melonjak cemerlang tetapi ia mendahului negeri-negeri lain bermula dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), hinggalah kepada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Cemerlang di tempat teratas selama sembilan tahun berturut-turut di dalam UPSR, telah menjadi penanda aras untuk mempastikan semua peperiksaan awam akan mencapai kecemerlangan ini, ia bukanlah satu kerja yang mudah dan ringkas, tetapi ia memerlukan usaha yang berganda dan kesungguhan yang melampaui kebinasaan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan.” Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Tereng-

ganu sebagai negeri Anjung Ilmu, negeri yang dapat melahirkan generasi yang memiliki ketinggian di dalam kepelbagaian disiplin ilmu. Sejarah ketamadunan manusia membuktikan kecemerlangan sesuatu bangsa dan negara adalah bergantung kepada sejarah di mana rakyatnya memiliki ketinggian ilmu. Konsep yang cuba diterapkan oleh Kerajaan Terengganu adalah menjadikan pendidikan wadah membina masyarakat harmoni serta mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t seperti firmanNya dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud: “ Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda ( kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri ( kepada mereka dikatakan), makanlah oleh mu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhan dan bersyukurlah kepadaNya. Negeri mu adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan yang maha pengampun,” Sejajar dengan hasrat menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu, Kerajaan Terengganu melalui agensi-agensi pendidikan yang ada di negeri ini, sentiasa menggerakkan pelbagai usaha dan aktiviti ke arah membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan. Bahkan sektor pendidikan di negeri ini sentiasa diberi peruntukan besar setiap tahun oleh kerajaan, sama ada

ianya untuk memenuhi keperluan pelajar atau pun penyediaan prasarana pendidikan. Walaubagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak akan bermakna tanpa sokongan padu dan kerja kuat daripada semua pihak terutama para guru. Justeru itulah, Bidang Keberhasilan Utama (K.R.A) Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai peneraju utama pendidikan di negeri ini, telah meletakkan matlamat melahirkan pelajar yang memperolehi kecemerlangan di dalam bidang akademik, kokurikulum, dan juga Fardhu Ain. Semangat kerja para guru telah menobatkan Terengganu sebagai negeri terbaik dalam bidang pendidikan. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi memenuhi tugas dan tanggungjawab pendidikan. Satu pemandangan biasa kita lihat di negeri ini sekolah-sekolah sentiasa beroperasi sama ada siang ataupun malam, hari persekolahan mahupun semasa musim cuti persekolahan, budaya seperti itu berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang membuahkan hasil yang sangat dibanggakan. Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Najmi, ayat 39 yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya tidaklah seseorang manusia memperolehi selain apa yang diusahakannya,”


20

Isnin, 21 Jun 2010

400 metrik tan gula diagih Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu, sentiasa memastikan gula sentiasa cukup untuk di pasarkan, dan telah menambah lebih kurang 400 matrik tan gula untuk diagihkan ke seluruh negeri ini, kata Pengarahnya, Encik Mohd.Hilmi Mohd. Noor. Beliau menyarankan agar pengguna membeli gula dalam kadar yang perlu sahaja dan bukan dalam jumlah yang berlebihan bagi memastikan produk tersebut cukup untuk para pengguna lain. Jaminan turut diberikan oleh beliau bahawa bekalan gula di Terengganu masih mencukupi dan tidak membimbangkan dan masyarakat pengguna tidak perlu risau. Berita kekurangan gula di negeri ini tersebar menyebabkan para pengguna mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli gula secara pukal untuk tujuan simpanan. “ P e g a n g a n masyarakat kita kepada pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ itu member kesan kepada para pengguna lain kerana kebanyakkan mereka membeli gula secara pukal dengan alasan persediaan menghadapi musim kenduri dan bulan puasa,” katanya ketika dihubungi. Selain itu katanya sikap pengguna yang bimbang terhadap peningkatan harga gula ekoran desas-desus kekurangan produk tersebut di pasaran juga menjadi faktor kepada pembelian gula secara pukal. “Terdapat pengguna sanggup membeli gula berkotak-kotak kerana bimbang bekalan gula terputus dan harga gula meningkat,” katanya.

amam

Batik Terengganu ke Perancis, Itali dan Sepanyol Oleh Aida Abd Rahman Dalam usaha memperkenal dan mempopularkan batik Terengganu di luar negara, Kerajaan Terengganu akan mengadakan promosi batik dan songket di Perancis, Itali dan Sepanyol pada Oktober ini. Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Haji Azmi Razik berkata promosi yang bakal berlangsung di Paris, Milan dan Barcelona akan diketuai Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. “Batik merupakan satu produk yang mempunyai komersial dan nilai tersendiri serta mampu menembusi pasaran luar negara jika diadakan promosi dan kaedah pemasaran yang baik melibatkan semua pihak yang terlibat dalam industri itu. “Promosi yang akan diadakan selama seminggu itu akan disertai pengusa-

YPU membuka kedai T`Craff pertama di Melaka International Trade Centre, baru-baru ini yang menjual dan mempromosikan pelbagai barangan kraf Terengganu.

ha batik dan songket serta usahawan Terengganu,” katanya. Sementara itu, Haji Azmi berkata YPU membuka kedai T’Craftf pertama di Melaka International Trade Centre pada 12

Jun ini yang akan menjual dan mempromosi pelbagai barangan kraf Terengganu. Pada masa yang sama, kerajaan negeri merancang untuk membuka T’Craftf di setiap bandar

utama di Semenanjung Malaysia bagi membolehkan rakyat negara ini membeli kraftangan Terengganu di kawasan mereka tinggal. Mengulas mengenai T’Shop, Azmi berkata

YPU mensasarkan 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2013. Sehingga kini terdapat 11 cawangan T’Shop di Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor.

Jasa Dato’ Perba DiRaja dikenang

Dato` Ahmad menyampaikan sumbangan dan terima kasih kerajaan kepada wakil cuu sepupu allahyarham iaitu Abdul rahim disaksikan dato` Mazlan dan Ahmad Razif.

Kerajaan negeri telah menyumbangkan RM15,000 dan sijil penghargaan kepada Allahyarham, Dato’ Perba DiRaja, Dato’ Wan A. Rahman Long, seorang tokoh ulama yang memain peranan penting dalam Pentadbiran Agama negeri. “Kerajaan negeri amat

berterima kasih kepada keluarga Alahyarham yang telah menyerah kan 1,944 bahan koleksi peribadi Alahyarham kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) untuk kegunaan umum,” kata Menteri Besar Dato’ Ahmad Said di Wisma Darul Iman baru-

baru ini Katanya, antara bahan yang disumbangkan termasuklah Al-Quran, kitab, manuskrip, buku, majalah, diari dan fail-fail dan dengan adanya bahan-bahan ini orang ramai boleh melihat, menilai serta mengkaji bahan sejarah yang tidak ternilai

ini. Alahyarham Dato’ Perba DiRaja yang meninggal pada 1990 merupakan cicit kepada Tok Sheikh Duyong dan pernah menjadi Kadi Besar disamping beberapa jawatan lain seperti Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu suatu ketika dulu..

Koleksi peribadi alahyarham merupakan koleksi kelima yang diterima oleh PPAT dimana sebelum itu menerima koleksi daripada Prof. Dato’ Dr. Hashim Awang, Dato’ Nara Setia, Dato’ Wan Isa Long, Prof Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar dan Prof Madya Dr Rohani Abdul Kadir. Dato’ Ahmad Said berharap dengan adanya koleksi ini memberi peluang kepada rakyat negeri ini membuat kajian tentang sejarah dan tulisan dalam manuskrip boleh dijadikan panduan kepada generasi hari ini. Sehubungan itu dalam majlis ringkas, Dato’ Ahmad telah menyampaikan sumbangan dan terima kasih kerajaan kepada wakil cucu sepupu allahyarham iaitu Encik Abdul Rahin Long. disaksikan Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah.


Isnin, 21 Jun 2010

am

Modul baru lahir 50 peratus hafazan SM Imtiaz Oleh Aida Abd Rahman Sekolah Menengah (SM) Imtiaz melaksanakan pembaharuan dengan menggunapakai Modul Sukatan Hafazan al-Quran bermula tahun ini bagi memastikan sasaran melahirkan 50 peratus hafiz dan hafizah menjelang 2015. Modul pertama seumpamanya di Malaysia itu baru diperkenalkan sebagai garis panduan kepada pelajar bermula tingka-

tan satu bagi menilai dan mengesan tahap penguasaan serta sukatan ilmu hafazan masing-masing mengikut bulanan. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz, Encik Mazlan Che Will, berkata modul yang memakan masa setahun kajian sebelum berjaya diterbitkan itu menjadi bahan tambahan pelajaran yang penting bagi memastikan tahap hafazan pelajar Imtiaz semakin baik dan

lebih lancar berbanding sebelum ini. “Sistem ini baru diperkenalkan di mana ia dapat mengukur prestasi bulanan dan tahap yang perlu dicapai oleh pelajar Imtiaz “Modul hafazan alQuran seperti ini adalah yang pertama dalam sistem pendidikan negara dan ia dijangka akan dilancarkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak lama lagi,” kata beliau ke-

pada Teganukita, di pejabat Imtiaz, Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, silibus hafazan al-Quran itu mendapat reaksi positif pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan pendidikan di Indonesia yang berminat untuk mendapatkan modul berkenaan. Beliau berkata , bagaimanapun, Imtiaz menerusi pengurusan

Yayasan Terengganu tidak bercadang untuk berkongsi modul itu dengan pihak lain memandangkan ia perlu diwartakan terlebih dahulu sebagai Harta Intelek. Sehingga April lalu, sebanyak 8.1 peratus SM Imtiaz atau 126 daripada 1,557 pelajar dari empat SM Imtiaz berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Berikutan itu, jumlah pelajar yang berjaya menghafaz dijangka akan

21

RALAT Merujuk kepada laporan akhbar ‘teganukita’ bil 22 muka surat 21- kesilapan teknikal telah berlaku ke atas berita mengenai Imitiaz. Berita itu sebenarnya ialah, “Imtiaz bakal dibina di Kijal, Kemaman”. Kesilapan amatlah dikesali dan dipohon maaf. mencapai 15 peratus sehingga penghujung tahun ini, berdasarkan jumlah yang berjaya menghafaz 20 hingga 29 juzuk atau 16.25 peratus pelajar sehingga April lalu.

MB selesaikan masalah rakyat Setelah lapan tahun berjuang bagi mendapatkan kemudahan asas di Taman Desa Salam, Kampung Padang Limau Nipis, akhirnya penduduk di taman perumahan itu mendapat khabar gembira. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang prihatin akan masalah penduduk di taman perumahan itu turun padang ke perumahan tersebut secara bersegera dan akhirnya meluluskan beberapa projek kemudahan asas untuk keselesaan penduduk. Dalam Majlis Dialog Bersama penduduk Taman Desa Salam itu, Dato’ Ahmad meluluskan beberapa projek, merangkumi menaik taraf jalan, pembinaan papan tanda, kawasan tapak tong sampah, pondok menunggu bas yang bernilai RM30,000 dan pembinaan surau. “Kita juga telah memasang 48 unit lampu jalan di perumahan ini memandangkan perumahan ini tidak mempunyai lampu jalan sebelum ini. Bagi pembinaan surau, saya akan arahkan pegawai saya mencari pelan yang bersesuaian dan membina surau pada tahun ini juga. “Bagi pembinaan dewan serba guna, kita akan usahakan untuk memasukkannya sebagai projek keutamaan pada tahun depan manakala projekprojek lain kita akan nilai kemudian,” katanya. Majlis tersebut yang

dibuat di pekarangan Taman Desa Salam itu turut dihadiri Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar; Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali dan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Ibrahim Mohamad. Hadir sama ialah Pe-

bangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharudin. Dalam perkembangan lain, Dato’ Ahmad mempersoalkan bagaimana perumahan yang dibina pada tahun 1999 itu diluluskan oleh kerajaan Pas ketika

diperoleh penduduk. “Sepatutnya kemudahan asas di perumahan ini disediakan oleh pemaju, termasuklah surau dan kemudahan asas lain tetapi kegagalan pemaju menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggungnya demi kepentingan rakyat,’ ujar beliau.

Menteri Besar sempat melawat seorang kanak-kanak sakit di Kampung Limau Nipis.

Tidak mengira waktu, Dato` Ahmad tetap turun padang menyelesaikan masalah rakyat di Taman Desa Salam, Kampung Limau Nipis, Marang.

gawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda; Pegawai Pem-

itu kerana banyak kepincangan yang berlaku sehinggakan Sijil Layak Menduduki (CF) masih belum

“Tetapi setelah kita menyediakan kemudahan asas di sini, saya mengharapkan penduduk di ta-

man perumahan ini menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu bagi membolehkan kita

menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya lagi.


22

Isnin, 21 Jun 2010

Wartawan sebagai pejuang Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyifatkan wartawan di zaman dahulu merupakan pejuang bangsa dan tanah air yang menjadikan bidang berkenaan sebagai landasan perjuangan. Menurutnya tulisan wartawan pada waktu itu berjaya menumbangkan rancangan penjajah menubuhkan Malayan Union dan sekaligus membangkit kesedaran kemardekaan. “Wartawan adalah golongan yang boleh mengubah suasana politik dan membawa pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik dan menguntungkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Malam Persatuan Wartawan Terengganu (Pewarta) di kediaman Menteri Besar, Seri Iman, baru-baru ini. Kira-kira 400 orang tetamu hadir termasuk kalangan pengamal media, pegawai kanan kerajaan dan jemputan khas. Dato’ Ahmad juga menyeru supaya wartawan sentiasa berpadu di kalangan mereka dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat, sebelum mahu mendidik masyarakat ke arah tersebut. “Jika kita bersatu, suara dan perjuangan kita menjadi lebih berkesan ,” katanya. Ia ibarat ‘lidi seberkas’ lebih kuat dan sukar dipatahkan berbanding dengan ‘lidi sebatang, tegasnya Dato’ Ahmad berkata sebagai wartawan mereka adalah kumpulan istimewa kerana pena atau tulisan mereka lebih tajam daripada mata pedang. “Bagaimanapun janganlah kemahiran yang ada pada wartawan digunakan untuk memfitnah, berbohong dan menjatuhkan orang yang tidak berdosa, “ pesannya.

amam

Sasar 300 ribu pelancong ke Tasik Kenyir 2010 Oleh Nurul Faizah Abdullah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), mensasarkan 300 ribu pelancong ke Tasik Kenyir menjelang tahun 2010. Ini berdasarkan kehadiran pelancong ke tasik itu seramai 200 ribu pada tahun 2009. Pengurus Besar Ketengah, Encik Hamzah Ngah berkata, tiga bulan pertama tahun ini (2010) seramai

50 ribu pelancong telah berkunjung ke tasir yang terbesar di Asia Tenggara itu. “Dari jumlah itu 20 peratus adalah pelancong luar negara, khususnya dari Singapura,”katanya ketika di temui di pejabatnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah baru-baru ini. Beliau berkata, fokus yang diberikan kepada pembangunan

tasik berkenaan untuk menjadi lebih terkemuka adalah selaras dengan kehendak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Katanya, kerajaan negeri mahu mempelbagaikan daya tarikan di tasik berkenaan dan tidak bergantung kepada aktiviti memancing sematamata. “Kita juga menjalankan promosi sehingga ke luar negara di samping menganjurkan acara-acara yang ber-

Seramai 50,000 pelancong telah berkunjung ke Tasik Kenyir dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. taraf antarabangsa di tasik berkenaan,” katanya. Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi kerjasama erat dalam usaha Ketengah membangunkan tasik itu, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun kerjasama lain. “Saya amat yakin Tasik Kenyir akan maju dalam sedikit masa lagi dengan

hamzah ngah

kesungguhan kerajaan negeri memajukannya, di samping usaha kerajaan pusat,” katanya. Industri pelancongan adalah akan membawa keuntungan kepada rakyat melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan berkaitannya dan ia ada kaitannya dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di peringkat negeri dan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, di peringkat pusat.

Aplikasi teknologi ternak kambing New Zealand - Dr Azizol

dr. azizol

Oleh Aida Abd Rahman Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu bakal mengaplikasikan teknologi penternakan kambing di New Zealand kepada penternak di negeri itu bagi mengurangkan kos pengeluaran bahan makanan. Pengarah JPV negeri, Dr Azizol Mohd Sharun berkata antara langkah yang akan diambil ialah menggantikan pelet dengan rumput sebagai makanan ternakan. “JPV akan membantu penternak mengaplikasikan teknologi itu,” katanya di Kuala Terengganu, barubaru ini. Beliau berkata, langkah itu diharap dapat meningkatkan keuntungan yang diperolehi penternak kamb-

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu bakal mengaplikasikan teknologi penternakan kambing di New Zealand kepada penternak di negeri itu bagi mengurangkan kos pengeluaran bahan makanan.

ing Terengganu memandangkan pada masa ini pendapatan mereka bagi setiap kilo daging hanya sekitar RM3. Harga di ladang kirakira RM14 sekilogram sedangkan kos pengelu-

aran bagi setiap kilo adalah sekitar RM11. Oleh yang demikian, JPV berharap penggunaan teknologi New Zealand itu kelak mampu meningkatkan pendapatan penternak kambing dan semakin me-

nambah pengusaha ternakan itu di negeri ini. Sementara itu, Dr Azizol berkata populasi kambing di Terengganu telah meningkat sebanyak 71 peratus daripada 22,060 pada 2006 kepada

73,729 ekor tahun lepas. Sehingga kini, kerajaan negeri telah membelanjakan RM31.6 juta daripada RM50 juta yang diperuntukkan untuk projek penternakan kambing negeri.


Jumaat, Isnin,28 21Mei Jun 2010 2010

am

23

Kejayaan bidang sukan banyak faedah Sukan akan dijadikan sebahagian dari agenda utama pembangunan negara, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar). “Kerajaan akan memastikan sukan bukan kegiatan pinggiran, sebaliknya menjadi satu kegiatan utama negara,” katanya semasa berucap di majlis penutup Sukan

Malaysia (Sukma), di Melaka baru-baru ini. Terengganu telah menjuarai lagi Sukma ke 13, sekaligus mengembirakan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu. Komitmen yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said selari dengan apa yang telah disarankan oleh Perdana Menteri.

Dato’ Seri Mohd.Najib dalam ucapan itu seterusnya berkata penglibatan dalam bidang sukan boleh melahirkan modal insan cemerlang dan seimbang dari segi kerohanian dan fizikal. “Kejayaan dalam bidang sukan boleh memberi banyak faedah keapda negara, industri sukan, imej negara dan diri kita sebagai seorang individu,” katanya.

Terengganu kuasa baru Sukan Malaysia Oleh Aida Abd Rahman Terengganu membuktikan kontinjennya bukan `jaguh kampung’ yang hanya mampu juara sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 lalu, apabila muncul juara Sukma Melaka ke-13 untuk kali kedua berturut-turut dalam temasya dwi tahunan itu. Slogan `Terengganu Nelang’ ternyata berjaya membawa atlit Terengganu ke puncak kejayaan dengan memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa dan ia merupakan berita gembira buat sejuta rakyat Terengganu terutama Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong dan menjaga kebajikan atlit serta penggiat sukan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd said, berkata kejayaan itu membuktikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara sebagaimana

yang pernah diuar-uarkan dalam ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 pada 2008. Katanya, emas terakhir kontinjen Terengganu dipungut menerusi sukan teras dan paling dinantinantikan iaitu bola sepak apabila berjaya mengalahkan Selangor dengan 1-0. “Pasukan bola sepak yang dibarisi pemain ber-

pengalaman mengesahkan kemenangan untuk edisi Sukma kali ini dan emas ketiga berturut-turut (2006,2008 dan 2010),” kata beliau ketika menjadi tamu khas Imbasan Sukma Ke-13 di TV1, baru-baru ini. Katanya, Kerajaan Terengganu akan mengotakan janji menghadiahkan insentif lumayan kepada

atlit iaitu RM5,000 untuk pingat emas dan RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa). “Kekalkan kejuaraan suatu yang tidak dapat dilupakan, kerana kita jangka Wilayah Persekutuan yang

Kontinjen Sukma Terengganu berarak bersama Menteri Besar sebaik tiba di Kemaman.

Cuti umum 27 Jun hadiah juara Sukma Ke-13

Bukan hanya atlet yang berjaya menggondol pingat mendapat khabar gembira daripada kerajaan negeri, rakyat Terengganu turut gembira dengan pengumuman 27 Jun (Ahad) sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen Terengganu muncul

juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 di Melaka. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata cuti itu merupakan hadiah istimewa untuk rakyat Terengganu selain atlet dan pegawai kontinjen di atas sokongan serta

akan menggugat kedudukan kita. Sebenarnya kekuatan Kontinjen Terengganu atas sokongan kerajaan negeri serta Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang menonjol dengan slogan `Terengganu nelang’. “Persediaan lebih awal termasuk mengadakan bengkel sebelum bermulanya Sukma membuatkan atlit Terengganu lebih bersedia dan membuktikan mereka bukan jaguh kampung yang hanya berjaya di laman sendiri,” katanya. Katanya, kontinjen Terengganu juga tidak menduga cabaran lapan pasukan teratas dalam Sukma kali ini dan tetap optimis untuk bersaing di tempat yang terbaik walaupun gagal menepati sasaran awal 66 emas akibat gagal dalam beberapa acara sasaran. Pungutan emas terban-

pengorbanan yang diberikan sepanjang temasya sukan pada 10 Jun hingga 19 Jun itu. “Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan Sukma buat kali kedua berturutturut. Dengan kejayaan ini saya mengumumkan 27 Jun

yak diraih menerusi acara kanu sebanyak 12 emas diikuti basikal (8 emas), olahraga (6 emas); judo, pencak silat dan angkat berat (masing-masing 5 emas). Manakala enam emas lagi masing-masing menerusi bola sepak, tinju, lawn bowls, sepak takraw, ragbi dan ekuestrian.

ini adalah cuti umum. “Saya berharap rakyat akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada atletatlet meneruskan kejayaan dalam mempertahankan kejuaraan itu,” kata beliau ketika meraikan kejayaan kontinjen Terengganu, baru-baru ini.


Cuti umum 27 Jun hadiah juara Sukma ke-13

ms 23

sukan Bil. 24 (21 Jun 2010) http://teganukita.blogspot.com

RATU EMAS Siti Rajiah nerangkul 7 emas dalam acara kanu pada temasya Sukma di Melaka baru-baru ini.

Oleh Aida Abd Rahman Ratu sukan air Terengganu, Siti Rajiah Ali, 20, menyapu bersih pingat emas dalam tujuh kategori yang disertainya menerusi acara kanu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 Melaka 2010. Jangkaan awal enam emas akhirnya berjaya melepasi sasaran dengan menghasilkan emas peribadi yang ketujuh dan ke-12 untuk acara kanu, sekaligus menobatkannya sebagai atlet yang mengumpul koleksi pingat emas terbanyak Terengganu. Tangisan kegembiraan mengiringi setiap emas yang diraih dan meninggalkan kenangan yang amat bermakna dalam penyertaan terakhir beliau disebabkan had umur Sukma Ke-14 Pahang 2012 yang menetapkan usia 21 ke bawah. Rekod itu juga melayakkan Siti Rajiah menerima insentif RM35,OOO menerusi empat acara berpasukan dan tiga individu yang dimenanginya.

“Saya nekad untuk memenangi enam pingat emas. Bagaimanapun emas ketujuh merupakan luar jangkaan dan saya begitu terharu. Terima kasih kepada jurulatih dan rakan-rakan yang tidak jemu menyokong saya sepanjang tiga tahun terlibat dalam kanu,” katanya yang mendapat bimbingan daripada jurulatih kanu, Wan Roslan Wan Ramli. Dalam temasya Sukma 2008, Siti Rajiah turut muncul pemenang ganjaran tertinggi apabila menerima RM21,000 menerusi enam pingat emas dan mencatatkan tiga rekod baru kejohanan. Kali ini, anak keenam daripada 10 beradik itu berjaya memecah dua rekod kebangsaan melalui acara berkumpulan dan acara individu. “Persaingan amat sengit terutama pencabar dari Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Pun begitu berkat doa, solat hajat dan sokongan moral keluarga terutama kedua ibu bapa membuatkan saya yakin dan berani menyahut cabaran.

“Kami hanya berlatih dalam tempoh yang singkat kira-kira tujuh bulan sebelum temasya Sukma ke-13 bermula dan ternyata rezeki memihak kepada saya. Alhamdulillah,” katanya. Menceritakan detik penglibatannya, Siti Rajiah hanya mencuba kanu selepas tertarik dengan acara itu menerusi pencarian bakat baru oleh Persatuan Kanu Negeri Terengganu di sekolahnya. Dia kemudiannya mula belajar teknik dan kemahiran sebelum persatuan kanu mengasah bakatnya dan diserapkan dalam kem latihan bagi mewakili negeri di Sukma 2008. Katanya, ketika awal penglibatannya dalam sukan itu, dia langsung tidak tahu berenang dan terpaksa belajar kemahiran itu sedikit demi sedikit sebelum benarbenar menguasai sukan yang mencabar itu. Siti Rajiah

ms-23


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.