Teganukita 51

Page 1

6

pelancongan

ekonomi

ms

Terengganu pertama wujud kolaborasi dengan SME Bank

ms

ms

13

terkini ISSN 2180-4737

Gua kecil tambah keunikan Pantai Bukit Kluang

cepat

minat laksana 3 Brunei program hafazan

tepat

Bil : 51 (15 - 31 Oktober 2011) http://teganukita.blogspot.com Foto: Zulkipli Putra / UKOM

EKSKLUSIF Laporan: Fauzi Mohd

(Berita penuh di ms 6)

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said (dua kiri) ditemani Dr. David Khoo Sin Keat mengucapkan tahniah kepada Loke Keng Weo, 57, yang selamat menjalani pembedahan pintasan salur darah jantung di iHeal Medical Centre, Kuala Lumpur.

Percuma

Pembedahan pintasan (bypass surgery) ketika jantung sedang berdegup

I-Heal Medical Centre melakar satu lagi sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pintasan (bypass surgery) ke atas pesakit, Loke Keng Weo, 57 tahun. Pembedahan memakan masa selama empat jam dilakukan pakar pembedahan jantung, Dr. David Khoo Sin Keat bagi menggantikan tiga salur darah jantung sebelah kiri dan kanan (vena dan arteri) yang tersumbat. Apa yang menarik, pembedahan itu tanpa menggunakan pam bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru masa operasi. Salur darah dijahit dalam keadaan jantung sedang berdegup.

Terengganu kekal juara 11 tahun berturut-turut UPSR

TERUS UNGGUL...

Laporan: Esah Abdullah

(Berita penuh di ms 2)

Agenda ms 7 pendidikan belum selesai - MB

Terengganu agih bantuan pakaian sekolah ms

15


2

15 - 31 Oktober 2011

`Bewah Man’ dikembalikan semula ke Tasik Kenyir

`Bewah Man’ berusia 16,000 tahun.

Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi. Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu yang dijangka dilakukan pada akhir tahun ini. Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu. “Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas ini kita akan kembalikan rangka itu ke tempat ia ditemui. “Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya baru-baru ini. Rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik itu ditemui dalam keadaan mengerekot seperti bayi dan dipercayai antara kelompok manusia terawal di Terengganu. Ditanya mengenai status jantina rangka itu, Mohd. Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di gua berkenaan. “Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita,” jelasnya.

teganukita

am

UPSR 2011: Terengganu kekal terbaik Oleh: Esah Abdullah Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), apabila sekali lagi mencatat keputusan terbaik UPSR tahun 2011, yang diumumkan baru-baru ini. Daripada keseluruhan 23,250 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini, 15.6 peratus mendapat keputusan semua A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun lalu 15.4 peratus. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud berkata, pencapaian cemerlang itu hasil kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa, guru dan pelajar bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. “Alhamdulillah, tahun ini kita terus kekal di tangga teratas dan dengan pencapaian juga meningkat kepada 15.6 peratus berbanding 15.4 peratus tahun lalu,” katanya pada sidang media di pejabat JPNT. Hadir sama, Timbalan Pengarah JPNT, Encik Hashim Mat Zin; Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Encik Shukor Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Haji Mohd Zuber Embong. Encik Razali berkata, tahun ini seramai 3,548 pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran menunjukkan peningkatan 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini, 23,250 calon dari 348 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) (SKJC) menduduki peperiksaan di 362 pusat peperiksaan seluruh

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

Murid Sekolah Kebangsaan Dusun Hulu Terengganu menunjukkan lima jari simbolik selepas mereka memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan barubaru ini.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud ketika mengumumkan keputusan UPSR 2011 ketika mengadakan sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, baru-baru ini.

negeri. “Peperiksaan tahun ini juga mencatat peningkatan dalam keputusan pencapaian minimum C iaitu 4.3 peratus daripada 66.8 kepada 71.1 peratus pencapaian terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini,”

Pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun, Hulu Terengganu, Nurul Jannah gembira sambil menunjukkan keputusan UPSR yang memperolehi 5A kepada ibu bapanya, Mohamad Ismail dan Noriah Ab Rahman.

katanya. Beliau berkata, sebelum ini pencapaian tertinggi bagi keputusan minimum C iaitu 69.7 peratus pada tahun 2007, tetapi tahun ini Terengganu memperolehi pencapaian 71.1 peratus.

Katanya, analisa yang diumumkan ini tidak mengambilkira calon dari sekolah swasta dan juga calon keperluan khas (pekak, rabun) yang turut mencapai keputusan terbaik di mana dua pelajar mendapat semua A dan tiga orang dapat 4A 1B.

Empower ECER diperluas ke setiap daerah tahun depan Oleh: Fauzi Mohd dan Nurul Aziella Saberi Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan diperluas ke setiap daerah di negeri ini mulai tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, usaha itu akan dilakukan setelah sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat selepas mula diperkenalkan di Bentong, Pahang. “Jika dapat sambutan menggalakkan di sini, kita akan perluaskan program ini ke setiap daerah bermula tahun depan,” katanya. Beliau menyatakan perkara itu selepas merasmikan Program Empower Pembangunan Modal Insan ECER di Kemaman, baru-baru ini. Tu r u t h a d i r P e n g e r u s i Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, Sumber

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampaikan sijil kepada seorang peserta ketika Program Empower Pembangunan Modal Insan ECER di Kemaman.

Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Dato’ Jebasingam Issace John. Kemaman dipilih menjadi lokasi pertama Empower di Terengganu, yang memberi peluang kepada be-

lia untuk meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui latihan kemahiran di samping meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Antara kursus kemahiran yang disediakan di program Empower

Kemaman termasuk mekap dan tatarias, pembuatan roti, jahitan dan rekaan fesyen, mendandan rambut dan pendawaian serta kerja-kerja pemasangan paip. Program itu telah berjaya dilaksanakan sejak pelaksanaan projek perintis di Bentong April 2010 yang kemudiannya diperluaskan ke Temerloh dan Lipis dan seterusnya di Jeli, Kelantan Julai lalu. Daripada jumlah 921 penduduk yang terlibat dalam program Empower Kemaman, seramai 421 peserta telah mendaftar bagi kursuskursus Latihan Kemahiran Akademik yang membantu memperbaiki prestasi dalam semua peringkat peperiksaan awam. Dato’ Seri Ahmad selanjutnya berkata, program ECER itu membantu Terengganu membuat persediaan rapi membangunkan modal insan demi masa depan pembangunan di negeri itu.


teganukita

am

15 - 31 Oktober 2011

Brunei minat laksana program hafazan Oleh: Esah Abdullah Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam (KHEAB) berminat mendalami program hafazan yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) Yayasan Terengganu (YT) dan Institut alQuran Terengganu (IQT) di negeri ini. Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, kejayaan kerajaan negeri melaksanakan program berkenaan mendapat perhatian kerajaan Brunei dan telah menghantar wakil untuk melihat dari dekat pelaksanaan program itu. “Mereka ingin melihat lebih dekat bagaimana kita melaksanakan program berkenaan serta mampu melahirkan ramai hafiz Quran di peringkat sekolah menengah,” katanya kepada Teganukita selepas menerima kunjung hormat rombongan KHEAB di pejabatnya, baru-baru ini. “Secara kebetulan Pusat Pengajian dan Penyebaran al-Quran (PPPQ) negara berkenaan telah diasaskan oleh orang Terengganu iaitu Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad yang kini menjadi Imam Besar Masjid Negara,” katanya.

3

Foto: Zulkipli Putra / UKOM

Tambahnya, kerajaan Brunei juga turut mempraktikkan usaha kerajaan negeri menjemput Imam dari Mekah untuk mengimamkan solat terawih sepanjang bulan Ramadan lalu. Rombongan terdiri lima orang pegawai dari Pusat Pengajian dan Penyebaran al-Quran KHEAB itu diketuai Pemangku Pengarahnya, Pengiran Haji Haslin Pengiran Haji Ali dalam rangka lawatan tiga hari ke Terengganu. Turut serta, Penolong Kanan Pegawai Pelajaran Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Abd. Hafeiz Nuh AlHafiz; Pegawai Agama PPPQ, Dayang Hajah Noraidah Rabaha; Hajah Noor Khatijah Pengiran Zidi dan Haji Mohammad Khairil Faizal Awang Bakar. Sepanjang berada di negeri ini mereka akan diberi taklimat mengenai peranan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Islam Terengganu (YIT), YT dan IQT. “ Tasik Kenyir, Noor Arfa Batik dan Pasar Payang juga turut dikunjungi bagi melihat perkembangan industri kraf dan pembangunan pelancongan yang ada di sini,” katanya.

SUK Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah (kanan) menyambut kunjung hormat Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran alQuran KHEAB, Pengiran Haji Haslim Pengiran Haji Ali di pejabatnya di Wisma Darul Iman ketika rombongan itu mengadakan lawatan tiga hari ke Terengganu.

RM31 juta tingkat kebersihan dan keceriaan `Honeymoon’ lepas SPM buka laluan kerjaya di seluruh negeri - Wan Ahamad Kerajaan negeri memperuntukkan RM31 juta bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan membabitkan pelbagai program kebersihan dan keindahan seluruh negeri tahun ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda berkata, perbelanjaan membabitkan kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), pengindahan landskap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta bantuan pengurusan kebersihan bandar. Selain itu katanya, sebanyak RM1.41 juta juga diperuntukkan bagi menjayakan keseluruhan pertandingan kebersihan membabitkan kawasan kampung, sekolah, pra sekolah, tanah perkuburan, masjid dan premis makanan. Dato’ Haji Wan Ahamad berkata demikian di majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2011 di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Hadir sama, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran dan Operasi) Kerajaan Tempatan, Encik Mohd Shahrir Ghani dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Encik Hashim Mat Zin. “Kerajaan amat prihatin dalam

Pengunjung mendapatkan maklumat berharga pada Karnival Inovasi dan Skills Malaysia Terengganu 2011 di Pusat Dagangan Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Haji Wan Ahamad bersama pemenang Pertandingan Kebersihan Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2011 di Wisma Darul Iman.

soal kebersihan dan tidak pernah berkompromi dalam soal kebersihan serta bersedia mengeluarkan peruntukan besar bagi mewujudkan persaingan sihat kalangan warga pendidik dan pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah,” katanya. “Kejayaan sesebuah negeri bukan saja dinilai melalui pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya perlu kaya budi bahasa, berakhlak mulia, berilmu serta mencintai kebersihan,” katanya. Katanya, pembentukan budaya mencintai kebersihan wajar dimulakan seawal usia muda dan

inisiatif kerajaan menganjurkan beberapa kategori pertandingan kebersihan secara tidak langsung menjadi serampang dua mata yang memberi impak besar pada sektor pelancongan. Dato’ Haji Wan Ahamad kemudiannya menyarankan setiap daerah mempunyai sebuah sekolah bersih sebagai model yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan penanda aras kepada sekolah lain. “Dengan cara tersebut buka saja sekolah dan kampung yang kelihatan bersih malah hubungan masyarakat juga menjadi erat dan harmoni,” katanya.

Lebih 90 peratus daripada kira-kira 3,000 pelajar Terengganu yang kurang bernasib baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berjaya menempatkan diri di institusi kemahiran setelah melalui kursus tiga bulan anjuran kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kursus itu bagi memastikan tiada pelajar lepasan SPM di Terengganu yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke institusi pengajian atau kemahiran. Katanya, program yang ditanggung sepenuhnya Kera-

jaan Terengganu itu melibatkan beberapa pusat kemahiran termasuk Kolej Universiti Tati, Akademi Binaan Malaysia, Kolej Tesdec, Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) dan Institut Kemahiran Belia Negara. “Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran negeri, golongan itu dikesan menunjukkan sikap tidak minat kepada akademik dan hilang fokus pada pembelajaran di bilik darjah dengan mengambilkira keputusan percubaan SPM mereka. “Kita mahu remaja berkenaan memiliki kemahiran bagi membuka jalan kerjaya mereka pada masa depan serta dapat membatu keluarga berkenaan keluar dari kepompong kemiskinan dan pengangguran,” katanya.


4

15 - 31 Oktober 2011

teganukita

rencana

ANALISIS

UMNO dan BN sedia melangkah ke PRU ke-13 Perhimpunan Agung UMNO pada 29 November hingga 3 Disember amat penting kerana ia dianggap perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13). Sudah tentu perhatian luar biasa akan diberikan kepada Ucapan Dasar Presiden yang akan disampaikan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Disember. Tentunya ramai mengharapkan beliau akan menjelaskan dan memperincikan transformasi politik yang hendak dilaksanakannya. Atau akan ada pengumuman tentang pilihan raya atau masih lagi gesaan supaya Umno dan BN bersiap sedia lagi untuk hadapi PRU ke 13. Sebelum ini, beliau mengungkapkan keperluan transformasi politik, iaitu bagi melengkapkan transformasinya dalam kerajaan dan ekonomi. Antara frasa yang pernah digunakan Presiden Umno itu ialah “politik baru” dan “model baru politik”. Dato’ Sri Mohd Najib telah melakukan transformasi yang mustahak. Pertama, ialah menambah jumlah ahli yang menjadi perwakilan ke mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung. Dan kedua, meluaskan partisipasi ahli, daripada tidak sampai 3,000 orang kepada lebih 150,000 orang, dalam pemilihan pucuk kepemimpinan parti. Sebenarnya, rakyat telah berubah. Kini, wujud tiga realiti baru, iaitu penggunaan media baru bukan sekadar sebagai alat komunikasi, tetapi sebagai gelanggang beroperasi dan berkongsi; kemunculan kesedaran baru sosial dengan aktiviti-aktiviti terkini dan transformasi ketiga demokrasi yang memerlukan inovasi politik. Ketiga-ketiga realiti ini saling lengkap melengkapi sehingga mencetuskan satu fenomena baru yang besar yang diumpamakan sebagai kenderaan yang pantas bergerak. Jadi, amatlah penting setiap perwakilan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap nasihat yang bakal diberikan bukan hanya untuk kepentingan parti tetapi adalah untuk perjuangan UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional (BN). Gagasan 1Malaysia akan menjadi satu modal besar dalam ucapan perwakilan termasuklah lima dasar transformasi nasional yang dibawa oleh Perdana Menteri Jurucakap bolehlah menjadikan model ekonomi dan Bajet 2012 sebagai di antara topik yang bakal dibahaskan kerana cukup memberi kesan dan faktor positif dalam membantu rakyat, selain persiapan pilihan raya bagi masa depan Umno, BN dan rakyat negara ini, termasuk orang Melayu. Dengar sendiri nasihat daripada Presiden serta jurucakap dan jadikan ia sebagai satu penyuntik semangat untuk menghadapi PRU 13 yang dijangkakan akan berlangsung dalam suasana yang getir. Bersedialah! Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Amirullah Othman (Marang), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Menjelang PRU 13 : Umno Terengganu terus kukuh

BERSATU...Terengganu dibawah Dato’ Sri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Dato’ Seri Haji Ahmad Said kini bersedia menghadapi PRU 13.

Mungkin ada yang masih tertanyatanya bagaimana negeri Terengganu sekarang dari segi sosio-politik dan sosio-Umno? Jawapan sudah ada dan diperakui oleh banyak pihak, termasuk di peringkat kepimpinan tinggi. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapannya yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menawan seluruh kawasan di Terengganu. “Sekiranya semua pemimpin dan ahli parti itu bersatu bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum(PRU) ke-13 kelak” tegas Presiden Umno yang juga Perdana Menteri sewaktu berucap di Manir sempena Lawatan Program Turun Padangnya ke Terengganu 30 April lalu. “Kita boleh menang, dengan syarat kita benar-benar bersatu. Jangan `peteh’ sesama kita, kalau peteh sesama kita, kita kalah. Kawasan tertentu di Terengganu ini bukan Pas menang, tetapi kerana Umno tidak bersatu,” demikian amanat Presiden Umno. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengakui kedudukan ini apabila kebelakangan ini sudah ada kesedaran baru di kalangan pemimpin UMNO tempatan untuk bersatu sambil berusaha menguatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman pada 21 Mei 2011. Tan Sri Muhyiddin menuntut supaya

ahli UMNO agar terus bersatu dan melupakan segala sengketa sesama sendiri agar UMNO dan BN terus utuh dan menerajui pemerintahan negara ini. “Kuasa politik amat penting bagi memastikan kerajaan (BN) terus boleh memartabatkan agama, bangsa dan negara,” katanya. Ketua Penerangan Umno Malaysia, YB Dato’ Haji Ahmad Haji Maslan memuji langkah Umno Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) yang membuat pemantauan dan persiapan untuk menawan semula kawasan yang berada di bawah pembangkang. Katanya, Umno di negeri lain belum berbuat demikian dan Terengganu lah satu-satunya yang kreatif dan bersungguh-sungguh membuat program pemantauan dan ‘retreat’ bagi berbincang dan merancang untuk kemenangan. Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada media dan juga sewaktu berucap di perasmian Retreat Umno Marang, di Kuala Terengganu 22 April lalu. Beliau yakin dan percaya, kawasankawasan itu boleh menang jika usaha dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh jentera parti dan perpaduan diutamakan. Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) Pengerusi BPUNT, Dato’ Seri

Ahmad Said menegaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan realiti setelah mengambilkira sokongan semasa rakyat negeri ini kepada UMNO dan BN. Bagi menguatkan hujah tersebut, beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lepas UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru. “Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang. “Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya. Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu dengan ikhlasnya meminta semua pemimpin UMNO di negeri ini supaya ‘turun padang’ pada setiap masa dan mengenal pasti masalah rakyat serta mendampingi golongan belia. “Kita perlu ikut kehendak golongan belia dan menyediakan keperluan mereka bagi menambat golongan tersebut agar mereka menyokong UMNO dan BN,” ujar beliau.. Yakin dan berdoalah dengan kejujuran, keikhlasan dan sifat tawaduk semua, Umno dan BN Terengganu terus mantap dan memperolehi mandat rakyat! Hayatilah konsep dan pendekatan Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran yang digagaskan oleh Dato’ Seri Ahmad, selaras dengan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib. Terengganu Boleh!!!


teganukita

rencana

15 - 31 Oktober 2011

wakaf rakyat Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang mahu diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. “Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah ‘Seksualiti Merdeka’ untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar. Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.” Demikian yang dipetik dari kata-kata penganjurnya. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pernah mengumumkan bahawa semua acara dianjurkan sempena Seksualiti Merdeka diharamkan. Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam yang Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, memberi keterangan secepat mungkin. Menurut asalnya program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe. Pelancaran program tersebut sepatutnya disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama. Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi. Pameran poster yang berkonsepkan mesra itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi. Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu. Undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam. Mudahnya, Seksualiti Mardeka 2011,

5

Oleh: Putera Pesisir Air

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa semua acara dianjurkan sempena Seksualiti Merdeka diharamkan

Ambiga, Bersih, Seksualiti Merdeka dan parti-parti pembangkang program antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Pas walaupun tidak menyokong Seksualiti tetapi mereka tidak boleh melarikan diri kerana menyokong Datuk Ambiga yang merupakan Pengerusi Himpunan Bersih. Dewan Ulama Pas Pusat melalui Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Nazmi Nik Din menyeru diadakan munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan haram Bersih 2 pada 9 Julai lalu yang diketuai Ambiga. “Seluruh ahli dan pendokong Pas diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawaduk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihakpihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini,” kata Nazmi. Wakil Setiausaha Agung PAS, yang berasal dari Terengganu berkata, Pas sudah mengerahkan kira-kira 100,000 ahlinya untuk turut serta dalam himpunan tersebut yang dipengerusikan Ambiga. “Hanya dengan kuasa rakyat kita mampu menyedut udara kebebasan dan dengan hanya kuasa rakyat dengan izin Allah yang mampu menumbangkan rejim Umno BN,” katanya ketika berucap bersama-sama Ambiga.

Persoalannya, kenapakah Pas secara tibatiba menyokong Ambiga yang diketahui ramai orang sebagai penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Jelas sekali, ketaksuban kepada politik dan begitu mahu meraih kuasa bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah membuat Pas kini sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk prinsip mereka. Ambiga tidak lagi dilihat sebagai orang yang cuba menganggu gugat umat dan agama Islam melalui IFC, sebaliknya pemimpin dan ahli Pas mengangkat beliau sebagai pejuang yang perlu disokong. “Ambiga adalah seorang pejuang yang perlu diberikan bantuan dan dokongan sepenuhnya. Perjuangan ini bukan soal agama. Soal keadilan dan kesaksamaan.” demikianlah begitu mudahnya penyokong Pas memaafkan insan-insan seperti Ambiga. Akibat pandangan seumpama inilah yang menyebabkan Ambiga berasa bangga dan begitu berani untuk tetap turun ke jalanan pada 9 Julai ini biarpun telah menerima amaran keras daripada pihak polis. Ambiga mungkin sudah mengkaji perjuangan politik Pas yang dilihat oleh beliau semakin terbuka untuk berkorban apa sahaja demi meraih kuasa. Bekas Pengerusi Majlis Peguam itu juga memahami bahawa Pas benar-benar berhas-

rat untuk menggantikan UMNO, biarpun ia boleh mengakibatkan umat Islam dan orang Melayu berpecah-belah. Kelemahan orang Melayu dalam Pas inilah yang membuka ruang kepada Ambiga, PKR dan DAP untuk mengambil kesempatan bagi mendorong ahli-ahli Pas menyokong dan berkorban apa sahaja kononnya atas nama perjuangan. Pas amat memahami bahawa reputasi sebagai sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sudah berakhir, mereka kini adalah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan. Perubahan prinsip dan dasar perjuangan ini telah disifatkan oleh sesetengah penyokong Pas sebagai ‘menggadaikan keimanan’ dan keadaan ini sudah tentulah meresahkan kepimpinan Pas. Oleh itu, apabila Ambiga muncul dengan agenda himpunan haramnya dan disokong oleh PKR serta DAP maka sebagai rakan sekutu, Pas pun ‘tumpang semangkuk’. Tiba-tiba Ambiga muncul lagi dengan program Seksualiti Mardeka, suatu tamparan hebat kepada pimpinan Pas yang sebelum ini menyokong Ambiga, termasuk Timbalan Pesuruhjaya Pas juga yang menjadi Timbalan Pengerusi Bersih. Persoalannya, mengapa tiba-tiba Pas tidak mahu dikaitkan dengan Ambiga?


6

15 - 31 Oktober 2011

teganukita

am

EKONOMI

Majlis menandatangani MoU antara YPU dengan SME Bank yang disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Pembedahan pintasan salur darah (bypass surgery) selama kira-kira empat jam bagi menggantikan salur darah jantung sebelah kiri dan kanan (vena dan arteri), Loke keng Weo, 57, yang tersumbat dilakukan oleh pakar jantung, Dr, David Khoo Sin Keat di iHeal Medical Centre, Kuala Lumpur.

i-Heal sedia untuk `terbang tinggi’ Oleh: Fauzi Mohd Walaupun lang kah nya tidak sampai setengah tahun, i-Heal Medical Centre Kuala Lumpur kini dikatakan sudah berada dalam status pusat perkhidmatan kesihatan pakar pilihan. Setelah melakar sejarah dalam pembedahan jantung pertama pada 13 Oktober lalu dan kali kedua pada 3 November, i-Heal terus membuktikan kemampuannya untuk terbang lebih tinggi dalam menawarkan rawatan kesihatan. Pengarah Kesihatan i-Heal, Dr. David Khoo Sin Keat berkata, pembedahan pintasan (bypass surgery) selama kira-kira empat jam itu bagi membuat penggantian tiga salur darah jantung sebelah kiri dan kanan (vena dan arteri) Loke Keng Weo, 57 tahun, y a n g

tersumbat. Katanya, tiga salur darah bersaiz 1.8 hingga 2 milimeter dari peha kiri dan kanan pesakit sepanjang 10 hingga 13 sentimeter digunakan untuk membuat pintasan dan satu salur darah pada bahagian rongga dada disambung terus ke jantung kanan. “Pembedahan ini bagi memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung pesakit dimana salur darah jantung kanan tersumbat 100 peratus manakala dua salur darah sebelah kiri antara 60 hingga 80 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian kepada krew wartawan Teganukita selepas mengetuai pembedahan itu di i-Heal Medical Centre di pusat membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur, 16 November lalu.

Pusat kesihatan itu dibangunkan dengan modal RM28 juta oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT) yang menguasai 60 peratus kepentingan sahamnya dan baki 40 peratus lagi oleh Biomedical Technologies Sdn. Bhd. dan pengasasnya iaitu Sin Keat sendiri. Tambah Sin Keat, pembedahan menjadi lebih cepat dengan penggunaan alat pengimbas, CT Scanner yang mampu menghasilkan 640 ‘slice 4D’ dan ia adalah yang tercanggih di dunia dan pertama di Malaysia. Katanya, dengan kemudahan teknologi i-Heal, tiada pembedahan dilakukan untuk mengesan masalah jantung tersumbat dengan menggunakan CT Scanner. “Dengan teknologi kamera pembedahan, kaki tidak perlu dibelah untuk mengambil salur darah tanpa melibatkan masa operasi yang lama. “Apa yang menarik di i-Heal, pembedahan ini tanpa menggunakan pam bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru masa operasi. Salur darah dijahit dalam keadaan jantung sedang berdegup,” katanya yang berpengalaman membedah jantung lebih 1,000 kali tanpa pam.

Loke Keng Weo, 57 tahun, ceria bersama isteri dan kelihatan sihat selepas menjalani pembedahan pintasan salur darah (bypass surgery) yang mengambil masa kira-kira empat jam yang dilakukan pakar jantung, Dr, David Khoo Sin Keat.

Terengganu pertama wujud kolaborasi dengan SME Bank

Dengan menterainya pertukaran MoU antara SME Bank dan YPU, tercatat satu lagi sejarah apabila Terengganu negeri pertama mewujudkan kolaborasi kedua-dua pihak bagi melaksanakan program khas.

Oleh: Esah Abdullah Terengganu merupakan negeri pertama yang mewujudkan kolaborasi rasmi dengan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) bagi melaksanakan program khas di negeri ini. Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, dua program yang hanya khusus untuk negeri ini adalah Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT) dan Program Satu Industri Satu Daerah (SDSI) untuk songket dan batik. “Manakala program khas lain yang dilaksanakan di sini adalah Kompleks Kilang Bank, Dana Batik dan Kraf, Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED),” katanya di majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SME Bank dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Wisma Darul Iman. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Setiausaha Bahagian Pengupayaan Ekonomi,

Kementerian Pembangunan Luar bandar dan Wilayah (KKLW), Encik Zazali Salehudin dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik. Katanya, SME Bank cawangan Terengganu telah mencatat rekod operasi terbaik iaitu pembiayaan 79 projek bernilai RM106.72 juta dalam sembilan bulan pertama tahun ini. “Pencapaian ini amat terkehadapan berbanding negeri-negeri lain dan keupayaan golongan usahawan negeri ini berwibawa dan berdaya maju telah meyakinkan pihak kami,” katanya. Katanya, kerjasama stratejik itu menjadi satu lagi tanda aras hubungan baik bank dengan kerajaan ne-geri dalam bidang pembangunan keusahawanan IKS. Sehubungan itu katanya, pihaknya telah meluluskan ‘Program Managed Lending’ atau PML di mana sebarang permohonan di bawah kerjasama ini mendapat perhatian khusus serta diberi keutamaan dari segi pemperosesan syarat dan asas pembiayaan. “Sebagai sebuah badan keusahawanan negeri yang berwibawa, saya yakin YPU mampu melahirkan usahawan berdaya maju dan berdaya saing,” katanya.


teganukita

15 - 31 Oktober 2011

am

YPM terima Dividen 2 sen seunit kepada pemegang ASDI peruntukan RM799 juta Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menerima peruntukan sebanyak RM799 juta di bawah Dana Pendidikan Teknikal Jepun (DPTJ) tahun ini. Pengerusi YPM, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, dengan peruntukan baru itu YPM akan membuat pengambilan antara 80 hingga 100 orang pelajar baru setiap tahun. “Setakat ini seramai 350 pelajar di bawah tajaan YPM yang sedang membuat PhD dan Ijazah di Universiti Jepun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Graduasi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SMSKT), baru-baru ini. Hadir sama Pengetua SMSKT, Haji Hassan Awang Mat dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru, Haji Mohd Omar Abdul Rahman serta 136 pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung bulan ini. Menurut Datuk Wira Rosli, mulai tahun ini program Dana Pinjaman Pengajian Tinggi YPM iaitu gabungan dana Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun akan dikenali sebagai Dana Pendidikan Tinggi Jepun (DPTJ). Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah bersetuju menjadikan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Beranang, Selangor sebagai Pusat Pendidikan Teknikal Jepun PPTJ Katanya, pelajar yang terpilih mengikuti pengajian di Jepun akan belajar selama tiga tahun di PPTJ sebelum menyambung pengajian selama dua tahun di Universiti Jepun untuk membuat Ijazah. “YPM akan menyalurkan biasiswa berjumlah RM450,000 kepada setiap pelajar sehingga tamat pengajian mereka,” katanya. Menurutnya, modul yang diperkenalkan di PPTJ diiktiraf oleh semua Universiti Teknikal yang terdapat di negara matahari terbit itu.

PTB Unit Trust Berhad (PUTB) akan mengagihkan pendapatan kepada 24,000 pemegang unit Amanah Saham Darul Iman (ASDI) berjumlah 2 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011. Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’ Haji Muhatar Abdullah berkata, jumlah ini membabitkan perbelanjaan RM8.16 juta atau 4.51 peratus dan keuntungan ini akan diagihkan dalam bentuk bonus unit. “Pengagihan bonus unit akan mula dibayar pada Disember ini dan ia boleh ditunaikan oleh setiap pemegang unit ASDI,” katanya di Pejabat Maidam Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif PTB Unit Trust Berhad, Encik Md Som Mangy. Dato’ Haji Muhatar menambah, jumlah pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011 adalah RM12.56 juta berbanding tahun lepas RM20.11 juta. Menurutnya, setelah ditolak perbe-

Dato’ Haji Muhatar menunjukkan tanda dua di mana PUTB akan mengagihkan dividen 2 sen seunit kepada pemegang saham ASDI yang akan dibayar pada Disember ini.

lanjaan dan cukai RM3.35 juta, ASDI mengalami kerugian bersih selepas cukai iaitu RM3.74 juta. “Seiring dengan prestasi pasaran, nilai aset bersih ASDI telah merosot sebanyak RM3.63 juta atau 2.01 peratus

dari RM180.58 juta kepada RM176.96 juta,” katanya. Dato’ Haji Muhatar kemudiannya menyerahkan zakat perniagaan PUTB bagi tahun kewangan 2010 berjumlah RM188,193.85 kepada Maidam.

7

100 buahT’Shoppe pada 2013 Kerajaan merancang membuka 100 buah T’Shoppe di dalam dan luar Terengganu bagi tempoh 2010-2013 dengan anggaran kos RM11 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera berkata, bagi tempoh yang sama kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) merancang menambah bilangan perniagaan T’Kafe, T’Kraf dan T’lodge. “Kita yakin dengan pembukaan kedai baru ini akan memberi pulangan berkesan kepada pencapaian objektif pelaksanaan program T’Brand yang menelan belanja RM10 juta,” katanya. Foto: Harish Fadzillah / UKOM

Pelajar cemerlang Terengganu bersama Dato’ Seri Haji Ahmad Said , Exco kerajaan negeri dan warga pendidikan selepas majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu Bersama Pelajar Terbilang / Sasaran SPM dan STPM 2011 di Wisma Darul Iman.

Agenda pendidikan belum selesai - MB Oleh: Esah Abdullah “Masih ada agenda yang belum selesai dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan sebagai kesinambungan untuk terus memperkasakan bidang pendidikan di negeri ini,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Katanya, kerajaan akan lakukan apa saja dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini yang

memerlukan kerjasama guru, ibu bapa di samping pelajar sendiri perlu fokus untuk capai kejayaan. “Oleh itu BN perlu dipertahan dan dikekalkan untuk memastikan pembangunan pendidikan terus diperkasa dan pelbagai kemudahan pembelajaran dapat disalurkan kepada anak-anak kita,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata demikian di majlis Perjumpaan Bersama Pelajar

Terbilang / Sasaran SPM dan STPM 2011 di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud serta timbalannya, Encik Hashim Mohd Zin. Tambah nya, pelajar cemerlang di negeri ini

mendapat pengiktirafan kerajaan berupa wang tunai dan komputer riba sebagai dorongan untuk terus mencapai kejayaan lebih tinggi serta mengharumkan nama negeri. Seramai 2,000 pelajar dari 153 buah Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan, SM Sains, SM Agama dan SM Imtiaz seluruh negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011 hadir

ke majlis berkenaan. “Mereka merupakan pelajar yang mempunyai potensi untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM / STPM dan telah mendapat A semua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan, baru-baru ini,” katanya. Tambahnya, tahun ini sasaran pelajar cemerlang begitu besar berbanding tahun lalu hanya 405 orang dan berharap sasaran tahun ini berjaya digapai.


8

teganukita

Bil : 5

MB bersama Oleh: Fauzi Mohd | Gambar oleh Harish Fadzillah

Dato’ Seri Haji Ahmad Said meneruskan siri Program Turun Padang (PTP) bersama rakyat dengan melakukan kunjungan mesra sehari ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, baru-baru ini. Ribuan rakyat berkumpul di lapan lokasi dalam kawasan DUN berkenaan untuk bersama Menteri Besar dalam majlis-majlis yang diatur secara santai. Kunjungan pemimpin utama negeri itu sememangnya dinantikan dan ramai kalangan penduduk serta pemimpin tempatan menyifatkan ia memberi makna yang cukup besar. Apatah lagi, lokasi tumpuan di dalam kawasan DUN Bukit Tunggal tidak diwakili oleh parti kerajaan memerintah. PTP memberi ruang Menteri Besar meninjau perkembangan pembangunan sekitar, mendengar cadangan, harapan dan rintihan penduduk setempat di samping memastikan semua


51 (15 - 31 Oktober 2011)

9

rakyat DUN Bukit Tunggal janji dapat ditunaikan. Dengan atur cara padat itu, beliau membawa perkhabaran yang menggembirakan rakyat di samping bermesra dengan anggota masyarakat setempat khususnya tanpa jurang pemisah. Memulakan program seawal pukul 8.30 pagi, Dato’ Seri Haji Ahmad bersama isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud bersarapan pagi bersama-sama penduduk di Pangsapuri Mampu Milik Pulau Duyong. Sejurus selepas itu, rombongan yang turut disertai Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Ismail Nik, berkunjung ke rumah warga miskin e-Kasih, Fatimah A. Bakar dan menyampaikan bantuan kepada keluarga itu. Penduduk pulau berkenaan menerima khabar gembira apabila Menteri Besar mengumumkan untuk menambah jumlah unit pangsapuri mampu milik pada tahun depan. Kira-kira pukul 10 pagi, Menteri Besar dan rombongan melawat Peti Undi Bukit Tumbuh dan menghadiri jamuan rakyat serta solat Zuhur di Masjid Kampung Bukit Tumbuh. Sebelah petang, beliau ke Kampung Bukit Tunggal bagi merasmikan dua kemudahan untuk penduduk iaitu gelanggan futsal bernilai RM350,000 dan balairaya kampung itu beharga RM150,000. Beliau dalam ucapannya berkata, projek pembinaan

pasar baru Bukit Tunggal dan jejantas di Gong Kijang yang diumumkan Perdana Men ri semasa lawatannya ke DUN itu April lalu, kini dalam proses tender untuk untuk pembinaan. Selepas itu, beliau menunaikan solat Asar bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Pengkalan Arang yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman. Kira-kira pukul 5 petang, Dato’ Seri Haji Ahmad melawat Peti Undi Batu Enam dan menyertai program mengecat rumah penduduk miskin di Kampung Tuan Mandak. Walaupun hujan, sambutan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal cukup meriah apabila beliau turut menyaksikan perlawanan tarik tali sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam Program Sukan Rakyat DUN berkenaan. Di sebelah malamnya, beliau bersama jemaah Masjid Kampung Gong Kijang untuk Solat Maghrib dan Isyak. Selepas itu, Menteri Besar hadir pada majlis ceramah isu-isu semasa dan majlis pelancaran program Geng 13 DUN Bukit Tunggal di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Ia merupakan acara kemuncak lawatan dalam program yang dirangka berkisar kepada pertemuan dan bermesra dengan rakyat tanpa protokol sebagaimana yang dihasratkan sendiri oleh Dato’ Seri Haji Ahmad.


10

15 - 31 Oktober 2011

BISNES Oleh: Suriati Ali

BERMULA dengan minat dan sekadar memenuhi waktu lapang apabila mula membela kira-kira 500 ekor puyuh daging sekitar tahun 2006, kini pemilik syarikat M & M Teknak di Kampung Padang Macang, Manir, Encik Zakaria Hussin, 40, mampu menjual dan membekal daging ternakan itu kepada puluhan pengusaha restoran dan pemborong tempatan. Lebih membanggakan, hasil pengalaman dan usaha bersama isteri tercinta, Nik Maznah Mat, beliau mampu mencipta mesin penetasan atau pengeraman telur automatik. Encik Zakaria menghasilkan mesin itu kerana menyedari pelbagai keistimewaan yang diperolehi, termasuk berkemampuan mengeram dan menetaskan telur puyuh atau telur ayam kampung dalam kuantiti banyak sehingga 5,000 biji secara serentak.

teganukita

rencana

Sasar 10,000 ekor puyuh sebulan

Kelebihan lain, proses tersebut menjimatkan penggunaan elektrik dengan kadar penetasan sehingga 90 peratus serta mempunyai aliran udara dan air yang sesuai dengan iklim negara ini. Beliau berkata, idea menceburi secara untuk serius dalam perniagaan itu timbul selepas melihat permintaan pelanggan semakin meningkat setiap bulan. “Atas desakan pelanggan dan melihat perkembangan positif terhadap ternakan itu, saya mula berani menceburi bidang ini secara lebih sistematik dan berjadual. “Saya menghadiri pelbagai kursus berkaitan, selain mendapat khidmat tunjuk ajar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) cawangan Terengganu, sebelum serius menceburi bidang ini,” katanya. Encik Zakaria agak ragu-ragu untuk menceburi bidang itu pada peringkat awal kerana bimbang

pelbagai kemungkinan berlaku termasuk kerugian, risiko kematian dan tiada pasaran. “Kebimbangan itu bertambah kerana tiada pengalaman dalam bidang berkaitan melainkan hanya mengikuti kursus ternakan puyuh sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara (UTM), di Skudai, Johor,” katanya yang memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik. Katanya, pelbagai strategi dirancang untuk meluaskan peniagaan itu, termasuk terlebih dahulu mencari pasaran sebelum mengambil keputusan menghasilkan atau mengeramkan telur puyuh dan memproses daging haiwan ternakan itu secara berperingkat-peringkat. “M & M Ternak sentiasa menjalin hubungan baik dengan JPV bagi mempromosi setiap produk yang ada melalui kaedah pameran, laman web dan mengedar

risalah. “Hasilnya penjualan mesin penetasan atau pengeraman telur turut memberangsangkan daripada pelanggan yang kini lebih gemar menghasilkan anak puyuh sendiri berbanding mendapatkan bekalan daripada pemborong,” katanya. Didikan dan dorongan keluarga, M & M Ternak kini mampu menjual kira-kira 4,000 hingga 5,000 ekor puyuh setiap bulan dan pemintaan lebih meningkat jika menjelang Ramadan. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Encik Zakaria mengambil keputusan untuk membesarkan perniagaan sedia ada s u paya impian dan hasrat mengelu arkan 10,000 ekor puyuh

sebulan dan memasuki pasaran ternama dapat dicapai. Jika pelanggan berminat mendapatkan produk lain, M & M Ternak sedia menjualnya walaupun dalam kuantiti seekor dan sekilo. Harga yang ditawarkan hanya RM0.60 seekor anak puyuh dan RM17 bagi sekilo daging puyuh.

ZAKARIA HUSSIN

SERIKANDI

Oleh: Suriati Ali

BIAR pun memiliki pengalaman luas di bidang perubatan dan merantau seluruh negara demi menimba ilmu, Dato’ Dr Nordiyanah Hassan, tidak `lokek’ berkongsi ilmu dengan rakan sejawatan serta kakitangan bawahan. Malah, beliau sentiasa mengamalkan prinsip gemar berusaha, tidak mudah putus asa, saling berkerjasama dan mewujudkan semangat tolenrasi ketika bertugas. Sebelum bertukar ke Kelantan, Dr Nordiyanah pernah dilantik sebagai Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama empat tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Beliau percaya apabila wujudnya semangat kepimpinan melalui teladan, timbul suasana harmoni antara petugas dan

kakitangan, sekaligus dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan mampu mengelak tekanan kerja. Beliau tidak mengamalkan petua istimewa untuk berjaya, kecuali sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap tugas, komited dengan arahan majikan, tidak merungut walaupun terpaksa bekerja hingga larut malam. “Semua kejayaan yang dinikmati ini adalah rezeki daripada Allah s.w.t dan saya akan pikul amanah sebaik mungkin sematamata untuk kebaikan pelbagai pihak dan masyarakat. “Bukan mudah sebenarnya memegang jawatan tertinggi dalam satu-satu agensi, termasuk di jabatan kesihatan kerana banyak masa dan tenaga perlu dikorban semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak dan pelanggan,” katanya yang bergelar graduan National University of Singapore pada 1989. Katanya, masa `emas’ bersama keluarga

Dr Nordiyanah tidak `lokek’ ilmu

terpaksa dikorbankan jika mendapat arahan untuk bertugas. “Kami kakitangan di jabatan kesihatan terutama yang bertugas di mana-mana hospital menganggap setiap saat dilalui itu adalah satu waktu sangat kritikal kerana terpaksa berdepan dengan keselamatan atau nyawa pesakit yang dirawat,” katanya ketika ditemui Teganukita, baru-baru ini. Dr Nordiyanah sudah 30 tahun memegang jawatan dalam agensi kerajaan memiliki empat permata hati hasil pengkongsian hidup bersama suami tercinta, Haji Mohd Annuar Ngah. Muhammad Imran, 25, diikuti Nurul Izzati, 23, Nurul Afiqah, 22, dan paling bongsu Nurul Athirah. Kesemua mereka kini melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka tempatan dan luar negara. Anak jati Terengganu itu mula bertugas dalam agensi kerajaan pada Mei 1981 menyandang jawatan Pegawai Perubatan Siswazah telah mengikuti pelbagai seminar, persidangan dan lawatan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pedianugerahkan Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin (A.M.Z), Kesatria Mangku Negara (K.M.N) dan Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T).


teganukita

MIMBAR

15 - 31 Oktober 2011

rencana

11

Taatilah perintah Nabi tanpa banyak alasan... Apabila jejari memetik... Oleh: Ustaz Ahmad Kamal Abdullah

1. “Sesungguhnya kami letih, wahai Musa. Kami tidak akan sujud sekarang.” 2. “Wahai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu (Palestin) ada orangorang yang gagah perkasa dan kita sekali-kali tidak akan memasukinya hingga mereka keluar daripadanya.” 3. “Wahai Musa, kami tidak tahan hanya dengan sejenis makanan sahaja (yakni Mann dan Salwa). Mohonlah kepada Tuhan agar dikeluarkan kepada kita tumbuh-tumbuhan bumi, iaitu berupa kacang, bawang besar, bawang putih, timun dan adas.” 4. “Kami tidak akan solat, kecuali dalam masjid.” 5. “Tidak, bahkan kami akan memotong bahagian pakaian yang terkena najis.” 6. “Tidak, bahkan dosa itu akan ditulis di pintu rumah pelaku, lengkap kifarat yang mesti dibayar.” Demikian beberapa contoh keengganan Bani Israel mematuhi perintah Nabi Musa a.s. Salam kemesraan dan kasih sayang. Semoga Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang, menjadikan kita orang-orang yang benar-benar beriman, beramal dan berbakti serta mematuhi perintah Allah dan RasulNya dalam perjalanan mencari keredhaan Ilahi. Sesungguhnya generasi para Sahabat adalah teladan terbaik sepanjang zaman. Selepas mendapat didikan langsung daripada Rasulullah S.A.W., mereka berani mengubah gaya hidup jahiliyyah menjadi umat yang mempunyai norma-norma hidup yang gemilang. Tekun beribadat kepada Allah, patuh kepada arahan ar-Rasul, memuliakan pemimpin dan mengasihani anak-anak kecil bahkan berpekerti mulia setiap kali tampil di semua khalayak.

Inilah nilai-nilai yang tidak ada pada kaum Bani Israel. Walaupun begitu ramai para Nabi dan Rasul dibangkitkan di kalangan mereka, namun kerana sikap mereka yang amat suka mengada-adakan alasan, degil bahkan amat berani menghina para utasan Allah. Malah sebahagian para Nabi difitnah, dipulau dan dibunuh. Mereka golongan al-Maghdhuubi ‘alaihim’ (orang-orang yang dimurkai oleh Allah s.w.t) hingga akhir zaman. Mari kita menyingkap sejarah lampau zaman Nabi Musa a.s. Selepas sekian lama ditindas, Banginda Nabi Musa mengajak kaumnya Bani Israel bersama-sama berhijrah meninggalkan Mesir agar bebas daripada penindasan dan kekejaman Firaun. Dengan izin Allah, menerusi mukjizat Nabi Musa mereka berjaya menyeberangi Laut Merah. Sedangkan Firaun lemas bersama tenteranya yang mengejar dari belakang. Mereka sendiri merasa, melihat dan mengalaminya. Kerana itu Nabi Musa mengajak mereka sujud syukur kepada Allah selepas itu. Malangnya, permintaan baginda ditolak dengan alasan mereka terlalu letih. Padahal mereka juga tidak sujud syukur selepas kembali segar. Kemudian mereka meneruskan perjalanan menuruni Gurun Sinai yang luas. Di situ mereka menemui kaum yang menyembah berhala. Mereka meminta agar Nabi Musa membuat berhala untuk disembah. Nabi Musa mengingatkan: “Kamu keluar daripada Mesir kerana kamu beriman kepada Allah. Sementara sekarang kamu hendak kafir? Apakah kamu sudah lupa, mengapa kamu keluar dari bumi Mesir dan pernah diseksa oleh Firaun? Akhirnya Banginda meminta mereka bertaubat memohon keampunan Ilahi. Mereka meneruskan lagi perjalanan. Kemudian diperintahkan memasuki bumi Palestin yang pada ketika itu didiami oleh kaum ‘amalik yang berbadan besar sasa. Namun sekali lagi mereka mencari alasan. Mereka tidak mahu memasuki bumi Palestin selagi ada kaum ‘amalik.

Tempat penyeberangan Nabi Musa a.s. kini menjadi tempat lalu-lalang kapal-kapal besar.

Konon takut kepada mereka. Mereka benar-benar enggan memasuki bumi Palestin. Lalu Allah mengharamkan mereka memasukinya. Allah menjadikan mereka tersesat di Gurun Sinai yang gersang itu. Itulah Padang Tih yang menyesatkan mereka selama 40 tahun. Seterusnya Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki dari langit, apabila mereka mengadu haus dan lapar. Dengan kemurahan Allah, makanan dari syurga diturunkan kepada mereka. Al-Mann – sejenis cairan lebih manis dan enak daripada madu dan al-Salwa – sejenis burung yang siap masak terpanggang untuk mereka. Mereka makan dan minum hingga kenyang. Tetapi, selepas itu mereka membuat alasan lagi. Konon mereka jemu dengan menu yang sama. Mereka mahu pula kacang, bawang, timun dan lain-lain daripada tumbuhan bumi. Nabi Musa bertanya; “Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebangai pengganti yang baik? Kalu kamu hendak juga, pergilah ke kota, kamu pasti memperolehinya.” Demikianlah antara sikap negatif kaum Bani Israel yang berhadapan dengan perintah Nabi Musa a.s. Walau dikurniakan berbagai-bagai nikmat, mereka tidak pernah mengerti bersyukur, bahkan seringkali mencari helah dan melampaui batas. Kerana itu, sejarah kekufuran Bani Israel yang dipaparkan di atas seharusnya menjadi sempadan kepada kita. Jangan sekali-kali lupa diri. Jangan sombong dan angkuh walau sebanyak mana ilmu di dada. Beradablah apabila bercakap tentang Nabi Muhammad S.A.W. Jangan hina Banginda, ahli keluarga dan para sahabat. Kalau kita pernah tersalah, terlanjur bicara – kerana syok berceramah – beristighfarlah kepada Allah, mudah-mudahan dosa-dosa kita diampuni. Sesungguhnya kelahiran Banginda tidak serupa dengan MuhamadMuhammad yang lain. Kerana Nabi kita insan pilihan Allah. Keturunan, nama, keluarga, akhlak dan seumpamanya sentiasa berada dalam perlindungan Allah Azza Wajalla. Baginda dilahirkan keluar dari perut bondanya dalam keadaan menghadap kiblat, bersujud sambil mengucapkan Alhamdulillah. Apakah ada manamana bayi sepertinya di dunia ini? Fikir-fikirkanlah… Allahumma Soli ‘Alaa Sayyidina Muhammad. Wa’alaa Aali Sayyidina Muhammad.


12

15 - 31 Oktober 2011

TURUN PADANG Oleh: Suriati Ali Kerajaan negeri yakin aktiviti berbasikal yang di sertai ribuan remaja di negeri ini menjadi formula paling berkesan bagi menangani gejala lumba haram dan mat rempit di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Rozi Mamat berkata, pada masa yang sama, kegiatan itu dapat membantu melahirkan generasi sihat selain mengalih perhatian mereka daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah. Beliau seterusnya menyokong minat serta kecenderungan golongan remaja di negeri ini yang melibatkan diri dalam aktiviti ber-

teganukita

rencana

Kayuh basikal dekati BElia

basikal walaupun sanggup mengeluarkan belanja besar. “Ada peserta sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli sebuah basikal, ini satu pendekatan bijak untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti lebih berfaedah,” katanya ketika berucap di Karnival Rapat 1Malaysia, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Karnival anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri (Jasa) Terengganu dan Kelab Belia Generasi Prihatin itu disertai kira-kira 600 peserta melibatkan kayuhan sejauh 20 kilometer dengan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu. Aktiviti lain termasuk, pertandingan Yamaha motorshow, motosikal klasik, vespa

Kerajaan negeri yakin aktiviti berbasikal pada waktu malam menjadi formula berkesan bagi menangani gejala lumba haram dan mat rempit di Terengganu.

tercantik, wau bulan, mewarna, dam aji, sukan rakyat, makan keropok, persembahan okestra Cina, tarian 1Malaysia, dikir barat, basikal fixie dan tarian tradisional. Menurut Rozi, aktiviti kayuhan basikal

secara beramai-ramai adalah cara terbaik bagi mengurangkan kegiatan perlumbaan haram yang sering dikaitkan dengan golongan remaja di negeri ini pada setiap hujung minggu.

YB Rozi turut serta bersama remaja berbasikal mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu

BAKTI JKKK

Rezeki bertani ceriakan kehidupan

Oleh: Esah Abdullah Rezeki daripada hasil pertanian yang diwarisi sejak turun temurun mendatangkan rahmat dan keceriaan kehidupan 335 keluarga Kampung Undang, Marang. Lebih 60 peratus mengusahakan tanaman padi di samping tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit serta mengekalkan budaya dan adat resam yang ditinggalkan generasi terdahulu. “Sampai saat ini, aktiviti menumbuk emping yang menjadi tradisi diteruskan generasi hari ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Undang, Haji Mohamad Hamzah, 62 (gambar). Malah katanya, Dataran Emping diwujudkan sebagai mercutanda. “Kesepakatan golongan Veteran, Wanita, Pemuda dan Puteri mewujudkan kumpulan ‘tumbuk emping’ dan sering mendapat un-

dangan membuat deduan. Beliau berterima kamontrasi di dalam dan sih kepada kerajaan yang luar Terengganu,” kamengambil inisiatif memtanya. bina gelanggang futsal di Pengalaman mensetiap kawasan Dewan jadi anggota Polis DiUndangan Negeri (DUN) raja Malaysia (PDRM) yang dilihat mampu banyak membantu Haji mengalih tumpuan orang Mohamad berdepan muda menyertai aktiviti dengan 1,718 orang sihat. penduduk di bawah “Sejak gelanggang jagaannya serta memfutsal yang berharga punyai pandangan berRM350,000 mula dibeza. gunakan tahun ini, mereka menjalani aktiviti “Saya tidak rasa malam dan hari minggu tertekan, kerana ratadi gelanggang ini,” katarata penduduk adalah nya yang juga Pengerusi anak jati kampung ini, apa yang berbangkit dapat diselesaikan me- Persatuan Ibu Bapa, Guru (PIBG) Sekolah lalui perbincangan,” kata ayah kepada enam Kebangsaan Kampung Undang. orang dan lima daripadannya bergelar gra- Bukan setakat hubungan dengan ma-

syarakat kampung, Haji Mohamad mempunyai hubungan rapat dengan warga pendidik dan sentiasa bergabung tenaga melaksanakan program motivasi kepada ibu bapa dan pelajar. Sehingga ini katanya, lebih 200 anak jati kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke manara gading dan saranan kerajaan Satu Rumah Seorang Graduan (SRSG) memang wajar dan tepat pada masanya untuk dirialisasikan. Kesediaan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid, balai raya, klinik kesihatan, hubungan jalan raya yang baik menambah keselesaan penduduk tempatan menjalani urusan harian. Barisan Nasional (BN) banyak membantu keluarga miskin seperti bina rumah baru, baiki rumah, sumbangan atap biru, bantuan bulanan, pakaian sekolah yang tidak pernah terhenti tahun berganti tahun.


teganukita

rencana

15 - 31 Oktober 2011

DESTINASI Oleh: Suriati Ali Kewujudan gua-gua kecil di antara struktur batu besar di Pantai Bukit Kluang, Besut menambahkan lagi keunikan destinasi yang sememangnya tersohor di kalangan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara. Jika singgah, mereka seakan terpanggil untuk mengunjunginya buat ke seterusnya dan tidak hairanlah akan berkongsi keunikan itu bersama rakan dan saudara. Lokasi yang menghadap ke Laut China Selatan dan terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Kuala Besut itu turut menjadi pilihan beberapa syarikat perfileman terkenal untuk mengadakan sesi pengambaran. Kemudahan pelantar atau jambatan kayu disediakan di tepi struktur batu nyata memudahkan pengunjung bersiarsiar sambil menghirup udara segar dan melihat keindahan

semulajadi hasil ciptaan Allah S.W.T. Setiap kali mengunjunginya, pasti ramai tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti sihat bersama rakan taulan dan keluarga. Aktiviti memancing, bermain wau, berehat, bebeku (BBQ), berkelah dan bola sepak pantai antara kegiatan yang menjadi pilihan setiap kali mengunjungi. Bagi pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan, Pantai Bukit Kluang ini amat sesuai kerana terdapat kawasan khas yang disedia Pihak Berkuasa Tempatan. Tidak ketinggalan juga bagi anggota keselamatan di mana kerap kali datang untuk menjalani aktiviti dan latihan fizikal semata-mata untuk memantapkan jabatan mereka. Mereka yang tinggal di luar Terengganu, bolehlah menyewa pelbagai kemudahan yang disediakan pengusaha berhampiran pantai itu, termasuk Bukit Kluang Beach Resort, rumah rehat dan chalet.

Gua kecil tambah keunikan Pantai Bukit Kluang

13


14

15 - 31 Oktober 2011

teganukita

am

Terengganu perintis projek GSP - Razif Oleh: Fauzi Mohd Terengganu terus berada pada kelasnya tersendiri dalam dunia pendidikan apabila dipilih menjadi negeri pertama untuk mengaplikasi program The Geometer’s SketcPad (GSP) bermula tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, GSP yang dibangunkan di Amerika Syarikat itu membina kreativiti pelajar dengan aplikasi komputer untuk pembelajaran matematik. Menurutnya, Kementerian Pelajaran membelanjakan RM3 juta untuk tujuan itu dan dimanafaatkan di semua sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam serta Institut

AHMAD RAZIF

Pendidikan Guru seluruh negara. “Pemilihan Terengganu sebagai perintis program itu bertepatan dengan perkembangan negeri ini sebagai anjung ilmu dan menjadi

rujukan dalam beberapa perkara berkaitan pendidikan,” katanya. Kata Ahmad Razif selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menggunakan Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik Menggunakan Aplikasi GSP Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2011 di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran negeri, Zuber Embong dan Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil, Farid Jaafar. Pertandingan julung kali anjuran bersama Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran itu turut mendapat tajaan penganjuran sebanyak RM55,000 daripada ExxonMobil.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Razali Ismail menjadi juara keseluruhan dalam pertandingan itu dengan membina program bertajuk ‘Transformation’ dan mengalahkan 46 sekolah menengah yang lain. Selain menjadi juara keseluruhan, SMK Dato’ Razali Ismail turut mendapat tempat pertama dan kedua bagi daerah Kuala Terengganu Selatan dan Kuala Terengganu Utara dimenangi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit. Bagi Daerah Besut pertandingan itu menjadi milik SMK Permaisuri Nur Zahirah, SM Agama Setiu (Setiu), SMK Kuala Telemong (Hulu Terengganu), SMK Sri Payong (Marang), SMK Agama Kuala Abang (Dungun) dan SMK Bukit Mentok (Kemaman).

Ibu tunggal Terengganu aktif setai PCIT Kira-kira 6,343 i b u tunggal di Terengganu aktif menyertai Program Cakna Ibu Tunggal (PCIT) yang diwujudkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak tahun lalu. Penglibatan golongan itu dalam PCIT bukan saja dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah malah mampu memberi, sokongan, galakan dan menyuntik semangat baru supaya terus berdikari meningkatkan ekonomi keluarga.

Maidam sasar zakat RM85 juta tahun ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mensasarkan jumlah kutipan zakat tahun ini meningkat kepada RM85 juta berbanding sasaran awal berjumlah RM80 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, sasaran itu berubah berikutan masih berbaki sebulan sebelum tahun berakhir di mana Disember merupakan bulan paling aktif pembayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka. “Kedudukan terakhir kutipan zakat Maidam seluruh negeri sehingga Oktober 2011 adalah RM68.7 juta meningkat RM10 juta berbanding tempoh sama tahun lalu RM58.1 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya, baru-baru ini. Katanya, berasaskan jumlah kutipan tahun lalu yang berjumlah RM76 juta, pihaknya menganggarkan kutipan pada tahun ini mening-

kat kepada RM80 juta, tetapi memandangkan peningkatan yang begitu mendadak setakat ini Maidam mengjangkakan kutipan zakat lebih tinggi. Berdasarkan pengalaman lalu, katanya, Maidam berjaya membuat kutipan RM15 juta pada bulan Disember dan tahun ini kita yakin boleh capai jumlah berkenaan namun ianya bergantung kepada pembayar zakat. Dalam perkembangan lain, Maidam menerima zakat perniagaan dari PTB Unit Trust Berhad berjumlah RM188,193.85 yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarahnya Dato’ Haji Muhatar Abdullah. Maidam turut menerima zakat perniagaan daripada Malaysia Building Society Berhad iaitu anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM5,716 oleh Ketua Wilayah Timur, Encik Zamzuri Izani Abu Hassan.

Penyerahan zakat perniagaan oleh PTB Unit Trust Berhad berjumlah RM188,193.85.

Wakil Malaysia Building Society Berhad menyerahkan zakat perniagaan kepada Maidam.

JKKK perlu menyediakan pelan kawasan kampung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menyediakan pelan kawasan pentadbiran sendiri bagi memudah sesuatu tindakan diambil untuk melaksanakan pelbagai pembangunan di kampung terbabit. Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, penyediaan pelan kampung amat perlu kepada semua

JKKK supaya proses menyusun sesuatu projek pembangunan dapat dilaksanakan secara kemas dan tersusun. Katanya, agak jarang JKKK daerah ini yang mampu menyediakan pelan berkenaan dan mereka sepatutnya menyediakan kemudahan itu disetiap organisasi terbabit. Beliau berkata demikian ke-

tika menutup Kursus Jati Diri dan Kepimpinan Pengerusi-Pengerusi JKKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, di Kuala Lumpur International Hotel, barubaru ini. A Rahim berkata, kursus bertujuan melengkapkan pengetahuan selok-belok menjadi pemimpin kepada pengerusi organisasi itu bagi

mempastikan jentera JKKK daerah itu dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, katanya, kursus itu juga untuk melahirkan golongan pemimpin berwibawa dan mampu merancang pelbagai aktiviti dan pembangunan untuk penduduk setempat. Beliau berkata, pihaknya bangga kerana Besut dapat menonjolkan sebuah JKKK paling berjaya apabila JKKK Gong Gucil menjadi model kepada jentera pentadbiran JKKK di Terengganu.

PCIT mampu membuktikan keberkesanannya kerana sehingga kini mampu menghimpunkan lebih 6,000 ibu tunggal yang kematian suami atau bercerai dalam satu kumpulan.

Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa, berkata PCIT mampu membuktikan keberkesanannya kerana sehingga kini mampu menghimpunkan lebih 6,000 ibu tunggal yang kematian suami atau bercerai dalam satu kumpulan. “Melalui program ini, YPKT dapat membantu melalui pelbagai aspek termasuk berkaitan ekonomi, undang-undang, bimbingan kaunseling, hubungan kekeluargaan, bimbingan kesihatan dan pendidikan anakanak,” katanya. Katanya, pada masa sama kursus kemahiran internet dan pembangunan e-Perniagaan yang diselia khas oleh beberapa pegawai di bawah Program Bengkel Latihan Jendela Industri Kecil dan Sederhana turut dianjurkan bertujuan meningkatkan daya kreativiti berkaitan teknologi maklumat. “Apabila mempunyai kemahiran berkaitan itu, mereka mampu mempromosi pelbagai jenis perniagaan atau produk yang dimiliki secara meluas melalui laman sesawang,” katanya.


teganukita

15 - 31 Oktober 2011

am

Kunjungan MB singkap cerita lama

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

Kunjungan pemimpin nombor satu negeri, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke rumah mantan ketua Kampung Banggol Pauh, Bukit Tunggal telah menyingkap cerita lama kerana dulu dia sering turun naik pejabat Dato’ Seri Haji Ahmad (Kerajaan Tempatan) untuk menyelesaikan masalah tanah penduduk kampung. Haji Ngah Abdullah, 87, dilihat tergamam bila menyedari Menteri Besar muncul di rumahnya kerana tidak menyangka menerima tetamu istimewa itu dan matanya berkaca bila Dato’ Seri Haji Ahmad mengengam erat tangannya.

Kerajaan negeri akan mengagihkan wang tunai RM100 seorang bagi bantuan pakaian sekolah kepada 119,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di Terengganu, seminggu sebelum sesi persekolahan 2012 bermula. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah itu membabitkan peruntukan

RM12 juta di mana ibu bapa mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut. “Pihaknya menetapkan setiap keluarga akan mendapat bantuan maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 bagi setiap keluarga. “Agihan seumpama ini sudah lama di laksanakan di Terengganu dan mengharapkan mereka menggunakan sumbangan itu sebaik

mungkin dengan membeli pakaian dan peralatan sekolah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Katanya, dia tidak mahu lagi melihat ada pelajar yang hadir ke sekolah dalam keadaan kurang selesa, kasut koyak dan sebagainya.

“Setiap ibu bapa mesti prihatin terhadap aspek itu kerana selain memperoleh bantuan daripada kerajaan negeri, mereka turut menerima bantuan kerajaan pusat iaitu RM100 bagi setiap anak yang masih bersekolah. “Kita akan mengagihkan sumbangan itu melalui majlis penyerahan yang akan diadakan di lokasi yang bakal ditentukan kemudian,” katanya.

Lebih RM600 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Kerajaan negeri telah membelanja kan le bi h RM600 juta untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini dan insyaAllah mulai bulan depan PPR akan dilaksanakan di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, projek rumah mampu milik ini akan dibina setinggi 30 tingkat bagi rumah kaediaman manakala enam tingkat dikhaskan untuk parkir kereta. “Kerajaan ambil inisiatif

membina bangunan yang tinggi untuk menjimatkan ruang bagi melaksanakan pembangunan lain,” katanya. Selain itu katanya, sebanyak 1,000 unit PPR sedang dalam pembinaan di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan projek perumahan di Pulau Duyong akan diserahkan kepada kontraktor akhir tahun ini. Tambahnya, 722 unit rumah turut dibina di Seberang Takir yang kini dalam proses penentuan

Kerajaan negeri membelanjakan RM600 juta untuk Projek Perumahan Rakyat termasuk di Kampung Ladang dengan membina rumah mampu milik untuk golongan miskin memiliki rumah sendiri.

kos dan harga sebenar serta masing-masing 150 unit di Pulau Redang dan Pulau Perhentian. “Sasaran kerajaan membina 10,000 unit rumah di seluruh negeri membabitkan 32 DUN dalam tempoh lima tahun mampu dirialisasikan,” katanya. Katanya, kerajaan sentiasa berfikir dan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada golongan miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas.

PADKT anjur Program Jom Ke Masjid ajak belia dekati masjid Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT) laksana Program Jom Ke Masjid (PJKM) dalam usaha mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dengan menyusun pelbagai aktiviti membabitkan golongan muda. Penolong Pegawai PADKT (Bahagian Pengurusan Masjid), Puan Fazila Ishak berkata, peruntukan

MBKT laksana Program Pemutihan Bangunan

ADZLAN MOHD DAGANG

Terengganu agih bantuan pakaian sekolah Oleh: Suriati Ali

15

RM50,000 akan diagih-agihkan kepada masjid terpilih. “Masyarakat setempat bebas merancang aktiviti mengikut kesesuaian penduduk yang diwakili,” katanya kepada Teganukita di Masjid Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, pelbagai aktiviti boleh

dirancang oleh jawatankuasa masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelaksanaan aktiviti dalam kawasan masjid. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan futsal, bola jaring untuk golongan belia, pertandingan azan, baca surah untuk pelajar berusia lapan tahun ke atas.

“Golongan suri rumah pula bergotong-royong memasak nasi beserta lauk kemudian penduduk kampung beramai datang menjamu selera di masjid,” katanya. Katanya, kemeriahan jelas terpancar dan jalinan kemesraan begitu ketara bila membabitkan semua lapisan masyarakat hadir memberi sokongan.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) meminta semua pemilik premis perniagaan yang beroperasi di Jalan Kuala Berang dan Jalan Kelantan supaya mengemukakan permohonan menduduki bagi mengelakkan timbul masalah kemudian hari. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang berkata, pihaknya sedang melaksanakan Program Pemutihan Bangunan (PPB). Katanya, kawasan berkenaan terbabit dengan pembesaran jalan dan terdapat 952 premis perniagaan di dua laluan berkenaan. “Sebarang usaha mengubahsuai premis perlu mendapat kelulusan menduduki semula daripada MBKT dan pemilik premis perlu mengambil peluang bila kita wujudkan PPB semata-mata untuk memudahkan mereka membuat urusan,” katanya. Menurut Dato’ Haji Adzlan, terdapat 952 premis perniagaan pelbagai berada di sepanjang jalan berkenaan dan 541 buah terletak di Jalan Kuala Berang manakala selebihnya di Jalan Kelantan. Katanya, daripada jumlah berkenaan hanya 154 premis di Jalan Kuala Berang dan 111 Jalan Kelantan atau 30 peratus menyertai pematuhan pemutihan manakala 70 peratus lagi gagal berbuat demikian. Sehubungan itu MBKT telah melantik empat panel pelukis pelan dan empat panel arkitek bagi membantu kelancaran proses permohonan. Katanya, kadar dikenakan mengikut meter persegi iaitu RM0.65 kaki persegi dan caj minima perkhidmatan sebanyak RM500 beserta pelan bercetak.


sukan sukan 16

teganukita

teganukita

Bil : 51 (15 - 31 Oktober 2011) http://teganukita.blogspot.com

Akademi lahir bintang bola sepak

RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan itu Oleh: Fauzi Mohd Sebuah akademi bola sepak akan diwujudkan di Terengganu bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti sekali gus meningkatkan mutu sukan popular itu di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan itu. “Nama sebenar akademi bola sepak ini akan diumumkan apabila majlis perasmiannya yang dibuat awal tahun depan,” katanya baru-baru ini. Akademi seumpama itu pernah diwujudkan di negeri ini dari 1995 hingga 2007 yang dinamakan Akademi Bola Sepak FAM Terengganu. Ia telah berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti seperti Shamsuri Mustapa, Haris Safwan Kamal, Zairo Anuar Zalani, Mohd Sharbinee Allawee, Muslim Ahmad dan Manaf Mamat. Mengulas lanjut, Rozi berkata akademi itu bakal diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan pada peringkat permulaan, seramai 25 hingga 30 pemain bawah 21 tahun akan ditempatkan di akademi berkenaan. Beliau berkata, perintis akademi itu akan dipilih menerusi pertandingan liga bawah 21 yang akan diadakan di setiap daerah di Terengganu.

HAJI ROZI MAMAT

T-Team uji pemain Brazil Pemain Zambia, Sashi Chalwe merupakan yang pertama diuji pasukan T-Team dalam rangka pengisian pemain import dalam menghadapi Liga Malaysia 2012. Jurulatihnya, Yunus Alif berkata, selepas ini, T-Team akan menguji beberapa pemain dari Argentina, Cameroon dan Brazil dalam usaha mencari pemain import terbaik untuk pasukan itu. “Kita akan menguji pemain import ini satu demi satu supaya kita benar-benar dapat pemain yang import yang berkualiti dan baik,” katanya. Mengenai pemain Zambia itu Yunus berkata, setakat ini beliau sukar untuk menilai prestasinya kerana pemain itu baru tiba di Terengganu. Sehubungan itu, katanya, T-Team mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak di Terengganu sebagai gelanggang menguji pemain tersebut.

32 gelanggang futsal tambahan di semua DUN Gah dengan namanya sebagai kuasa baru sukan negara, Terengganu menambah 32 lagi gelanggang futsal bernilai RM150,000 setiap satu yang bakal dibina di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) awal tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, dengan peruntukan keseluruhan hampir RM5 juta, pembinaan gelanggang itu bagi meningkatkan pembangunan sukan dengan menyediakan lebih banyak prasarana di bidang tersebut. Sebelum ini katanya, kerajaan

negeri memperkenalkan program ‘Satu DUN Satu Gelanggang Futsal’ dengan menyediakan peruntukan RM350,000 bagi setiap DUN untuk tujuan itu. “Memandangkan sambutan cukup baik khususnya golongan muda wanita, kerajaan tiada pilihan lain melainkan menambah kemudahan percuma itu bagi menjadikan satu DUN dua gelanggan futsal. “Walaupun kosnya lebih rendah, ia tetap selesa kerana ruang terbuka dan masih boleh digunakan pada

waktu malam dengan kemudahan lampu yang mengcukupi,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian gelanggang futsal DUN Bukit Tunggal yang bernilai RM350,000 dan Balairaya Kampung Bukit Tunggal bernilai RM150,000 di kampung berkenaan, Kuala Terengganu, baru-baru ini. “Untuk bajet tahun depan yang dibentangkan awal Disember ini, kerajaan negeri akan mengumumkan satu peruntukan besar untuk golongan belia,” katanya.

Menteri Besar menurunkan tandatangan ke atas plak perasmian gelanggang futsal DUN Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 / 09 - 623 0582 Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.