teganukita 75

Page 1

ISSN 2180-4737

(Bil: 75 • 15 Feb - 28 Feb 2013)

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

KELUARAN KHAS • Percuma

Angkara siapa? ingat dok lagi

SEDIH DAN PILU...mungkin kanak-kanak yang dihalau ini telah pun meningkat remaja sekarang berusia antara 18 hingga 19 tahun dan tentu masih ingat serta boleh menceritakan peristiwa hitam yang amat memilukan itu...

Diterbitkan sejak tahun 2008

Zaman derita Terengganu tidak pernah dilupakan oleh rakyat negeri ini apabila kanak-kanak Tadika dihalau dari Balai Raya....Angkara Siapa??? BERITA PENUH ms-11

BN Terengganu siap siaga BAGI memastikan kemenangan besar Barisan Nasional di Terengganu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberi keyakinan bahawa Umno negeri ini telah pun siap siaga dalam semua aspek bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jentera parti, JKKK dan wakil rakyat Umno-BN terus memberi khidmat cemerlang kepada rakyat.

B

ABDUL RAHMAN arisan Nasional (BN) Oleh RUSLAN melihat kepada sambutan rakyat langtelipot@yahoo.com dan Umno Terengganu pada hari ini, jelas membuktikan telah pun siap siaga sokongan padu kepada BN dan dalam semua aspek bagi menghadapi beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), termasuk tersebut. menggerakkan jentera pilihan raya di setiap Beliau berharap jentera parti, JKKK dan wakil peringkat dan menyediakan bilik gerakan di semua rakyat Umno-BN terus memberi khidmat cemerlang peti undi, bagi memastikan kemenangan besar. kepada rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang juga Pengerusi BN dan Umno Terengganu berkata, BERITA PENUH ms-2

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


2

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

dari ms-1

Beri keyakinan kepada rakyat “Di bawah pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ sebagai pemimpin, apa sahaja yang kita lakukan mesti untuk rakyat dan cuba pastikan mereka berpuas hati,” katanya. Tambah beliau, dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi, JKKK perlu bersatu hati dan lakukan kerja dengan baik di samping menyalurkan maklumat yang tepat kepada wakil rakyat supaya dapat memantapkan lagi barisan kepimpinan kerajaan BN dan Umno khususnya di Terengganu. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Tengku Putera Awang juga memberitahu bahawa pihaknya telah bersedia sekian lama untuk PRU 13. Beliau menyatakan demikian kepada Teganukita dengan kedudukan tahap siaga itu 95 peratus. Pada masa ini katanya, Terengganu mempunyai jentera di 1,092 cawangan, 342 Pusat Daerah Mengundi (PDM), 8 Parlimen dan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN). “Jentera di semua peringkat itu sudah siap siaga untuk memastikan BN mendapat mandat berterusan dari rakyat,” katanya. Katanya, perpaduan dalam parti juga telah berada pada tahap yang cukup baik dan pembangkang jangan mengharapkan untuk menangguk kesempatan dengan mengharapkan perpecahan dalaman parti Umno. Beliau menyedari bahawa peranan pengundi muda adalah penting dan Pergerakan Pemuda serta Puteri telah memainkan peranan yang cukup berkesan, tegasnya. Apa yang penting katanya, ahli dan penyokong Umno di semua peringkat hendaklah dipastikan keluar mengundi apabila tiba masanya dan tidak sia-siakan kuasa yang ada dalam menentukan masa depan bangsa dan negara.

Undi pembangkang bawa kerosakan Undi untuk BN bererti keselamatan akidah, perpaduan dan kekuatan umat Islam Oleh AIDA ABD RAHMAN dan SURIATI ALI ukomtrg123@gmail.com

S

atu undi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu undi yang membawa kepada kerosakan akidah dalam negara, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. “Satu undi untuk Pas membawa kepada perpecahan umat Islam. Kita tidak lupa Amanat Haji Hadi yang belum ditarik balik. Satu undi untuk DAP, satu undi untuk penindasan terhadap umat Islam. “Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) bererti keselamatan akidah untuk umat Islam. Satu undi BN ialah untuk perpaduan dan kekuatan umat Islam.. satu undi untuk BN adalah demi pembelaan bangsa Malaysia kita. Satu undi untuk BN demi masa depan yang jauh lebih baik nanti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shahbandar, baru-baru ini. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib memberitahu hanya BN memahami kehendak dan keperluan rakyat.

Mazlan Ngah; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putara Awang; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Terengganu. Dato’ Seri Mohd Najib berkata, pemimpin BN memahami kehendak dan keperluan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar mendahulukan kepentingan mereka. “Sebab itulah kita melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan

pelbagai produk 1Malaysia yang lain lagi untuk rakyat. Mereka hendak sebuah kerajaan yang boleh menjamin anak-anak mereka yang masih kecil ini dapat membesar dan mewarisi sebuah negara yang lebih maju, progresif dan berjaya.Sebab itulah kita melaksanakan Dasar Transformasi Nasional. “Kita dapat lihat dalam masa beberapa tahun ini suku terakhir tahun lalu, kadar pertumbuhan ekonomi negara kita mencecah 6.4 peratus, antara yang antara terbaik di dunia. Inilah pencapaian di bawah kepimpinan Kerajaan BN dan kita sudah mem-

bentangkan kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mampu membuat sesuatu kemajuan. “ Bukan sahaja kita boleh cakap, malah jika kita hendak apa-apa, kalau kita hendak Islam, hendak meninggikan syiar Islam, kalau hendak membangunkan umat Islam dan umat yang lain, kita tidak boleh bercakap dan bersyarah sahaja, tetapi mesti mampu membuat sesuatu, mengambil tindakan, merancang dan melaksanakan. Inilah kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini,” katanya.

Lagi berita : Layari... Larangan perang poster di kawasan MBKT

Veteran Umno lancar pelekat `Keluargaku Pengundi BN’ Kelab Veteran Umno Malaysia telah melancarkan pelekat ` Keluargaku Pengundi BN ’ sebagai tanda sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno sempena Pilihan Rata Umum ke-13 (PRU 13) nanti. www.teganukita.blogspot.com

Bedasarkan persetujuan bersama antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan parti-parti politik dalam kawasan MBKT, perang poster tidak boleh dilakukan di kawasan MBKT. www.teganukita.blogspot.com


0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

3


4

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Penerima BR1M tersinggung

K

enyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumpamakan penerima Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haiwan menimbulkan rasa meluat dan marah di kalangan penerima bantuan itu. Sambil menyifatkan ia tidak wajar, tindakan Menteri Besar Kelantan yang bertaraf ulama itu boleh memberi imej negatif terhadap Islam. “Saya cukup terasa apabila mendengar berita pemimpin Pas menyamakan penerima BR1M dengan haiwan tertentu dan bodoh. “Tidak wajar mereka menghina rakyat seumpama itu kerana kami sebagai penerima yang kebanyakannya berpendapatan rendah mempunyai hati dan perasaan,” kata seorang penerima, Puan Zarina Abdullah, 45 dari Kampung Batu Rakit. Katanya, apabila difikirkan balik, mungkin pemimpin itu iri hati dengan Kerajaan Pusat yang mana mampu melaksanakan apa jua kebajikan untuk rakyat dan tidak bagi pembangkang. Penerima BR1M dari Kampung Maras, Encik Razak Mamat, 55, memberitahu dia pelik dan meluat dengan sikap pemimpin pembangkang kerana sanggup menghina penerima BR1M sedangkan pemimpin itu sendiri mengakui dirinya memiliki ilmu agama tinggi dan bergelar tok guru. “Sebagai orang yang berilmu, sepatutnya tahu cara menegur jika menyedari mana-mana pemimpin atau rakyat melakukan kesalahan,” katanya. Seorang lagi penerima, Encik Suhadi Ibrahim, 35, berkata jutaaan terima kasih kepada kerajaan kerana tidak jemu-jemu membantu rakyat dalam pelbagai aspek. “Apa yang diterima ini cukup bermakna buat kami keluarga terutama bagi isteri dan anak-anak bagi membeli barangan dapur serta keperluan sekolah. “Jika saya bekerja seminggu pun belum tentu dapat wang sebanyak ini, kerana gaji yang dibayarkan majikan hanya RM50 sehari,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

FOTO MOHAMMAD ISHAK

ukomtrg123@gmail.com

PERSIAPAN... Walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak belum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, namun ahli Umno Cawangan Rumah Awam, Seberang Jertih, sudah memulakan gerak-kerja dengan memasang bendera Barisan Nasional (BN) sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Pemasangan bendera BN itu juga selaras dengan arahan Ketua Umno Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh yang meminta semua bilik gerakan Peti Undi di Bahagian Besut beroperasi mulai sekarang.

`Tuan Guru’ jangan hina rakyat - Khazan Nik Aziz tidak sepatutnya meletakkan martabat saudara mereka sama dengan haiwan Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

S

ebagai orang yang ada ilmu dan beragama Islam, tidak sepatutnya meletakkan martabat saudara seagama mereka sama dengan haiwan. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, sebagai orang berilmu bergelar ‘Tuan Guru’ tidak patut menggunakan contoh-contoh berbaur menghina.

“Bukan sampai tahap itu mentaliti masyarakat kita, datang ke majlis hanya bila ada sesuatu dan kalau pun betul telahan itu janganlah sampai disamakan masyarakat dengan lembu dan ayam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seumpama haiwan. Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Omar Musa dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Md. Kamaru Al-Amin Ismail. Turut serta wakil dari Persatuan Darul Fitrah, Persatuan India Muslim Terengganu, Malaysia Chinesse Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)

KHAZAN CHE MAT

Terengganu dan Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu. Katanya, pemberian kerajaan merupakan amanah dan tanggungjawab untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita di majlis Hi-Tea dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Terengganu di Hotel Permai Inn, baru-baru ini.

“Kerajaan sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan rakyat serta akan terus menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk wang atau barangan untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara,” katanya. Sehubungan itu katanya, usaha menyemarakkan syiar Islam bukan sahaja terletak kepada pihak kerajaan tetapi menjadi tanggungjawab bersama termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dakwah di negeri ini. “Badan dakwah yang mewakili kaum Cina dan India tentu ada agenda sendiri bagi menyebarkan syiar Islam kalangan mereka dan apa saja aktiviti yang dijalankan perlu diselaraskan dengan tuntutan Islam,” katanya. YB Haji Khazan kemudiannya menyerahkan sumbangan bantuan pentadbiran sebanyak RM2,000 kepada setiap NGO dakwah berkenaan.

`Kekal dalam barisan’

B

uat pertama kalinya, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerima wang bantuan itu tanpa perlu beratur panjang dan berdiri lama apabila mereka hanya menunggu di tempat duduk dan menuntut wang selepas nama mereka diumumkan. Inisiatif Pejabat Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu sebagai usaha meringankan dan melancarkan proses pengagihan kepada penerima terutama golongan warga emas dan uzur di Kemaman, baru-baru ini. Seramai 1,876 penerima

BR1M 2.0 bagi fasa kedua di DUN Kijal menerima bantuan RM500 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Adun Kijal, berkata langkah itu bagi memastikan kebanyakan penerima BR1M 2.0 yang sudah tua dan uzur tidak perlu bersusah-payah menunggu. “Kita sediakan yang terbaik untuk rakyat. Oleh itu, saya harap semua penerima BR1M hari ini dapat bersabar dan beratur mengikut `barisan’ kerana cara ini lebih baik dan menguntungkan.

Antara penerima BR1M di daerah Kemaman.

“Jangan pintas-memintas kerana pihak pengurusan akan mengagihkan wang akan memastikan proses berjalan lancar. Kekalkan barisan yang ada, jangan

pula buat `bulatan’ kerana nanti jadi huru-hara pula,” kata beliau sebelum menemui penerima BR1M seorang demi seorang di tempat duduk masing-masing.


0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

5

Pakatan pembangkang tipu rakyat melalui manifesto Terus berjuang B hak balu, anak yatim

CIKGU ZAINON

Oleh NORAINI JUSOH ukomtrg123@gmail.com

B

ekas aktivis Pas, Cikgu Zainon Ismail (C.N Al-Afghani) yang juga merupakan seorang bekas ahli Pas seumur hidup, bertekad akan terus memperjuangkan hak balu dan anak yatim kepada 14 mangsa yang terbunuh dalam peristiwa Memali. Katanya, beliau tidak pernah malu untuk mengaku yang dirinya telah dipecat oleh PAS atas alasan untuk membela balu dan anak yatim yang tidak mendapat hak yang sepatutnya menerusi Tabung Memali.

“Saya tidak pernah malu untuk mengaku hal tersebut kerana atas rasa tanggungjawab terhadap mereka, selagi hak tersebut tidak dikembalikan kepada mereka, selagi itu saya akan terus perjuangkan isu ini. “Isu Tabung Memali memang meninggalkan persoalan kerana ketika ia ditubuhkan tidak pernah ada jawatankuasa khas yang mencatat kutipan derma yang disumbangkan oleh orang ramai untuk membantu balu dan anak yatim,” ujarnya. Katanya, hasil pungutan derma melalui Tabung Memali berjumlah jutaan ringgit tetapi tidak disalurkan kepada mereka yang sepatutnya. “Setiap kali ceramah diadakan oleh Pas ketika itu di sekitar 1986 sehingga 2000, kutipan derma untuk Tabung Memali mencecah ribuan ringgit,” katanya. “Namun, sehingga kini wang tersebut tidak sampai kepada mereka yang berhak dan menyebabkan ada antara balu dan anak yatim terbabit terus hidup dalam kesusahan kerana hak mereka dinafikan oleh pemimpin Pas,” jelasnya.

Utamakan ibu tunggal

K

erajaan negeri komited membantu ibu tunggal apabila mengutamakan golongan berkenaan yang kurang berkemampuan dan memiliki anak ramai untuk mengusahakan projek tanaman sawit seluas hampir 600 hektar di Lubuk Dalam 4, Kijal, bagi membantu menambah pendapatan golongan itu, tidak lama lagi. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pengusaha tanaman yang juga peserta projek itu akan dipilih secara berperingkat-peringkat sebelum mereka ditempatkan di kawasan tanaman yang dijangka akan dituai sepenuhnya enam bulan dari sekarang. “Peserta yang akan mengusahakan projek ini di kalangan orang tempatan dan sebahagiannya kita agihkan kepada golongan ibu tunggal, sekurang-kurangnya dapat menambahkan pendapatan

serta mengurangkan bebanan mereka. “Mereka mungkin akan mengusahakan tanaman seluas dua hingga tiga hektar bagi setiap peserta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penuaian Hasil Buah Tandan Segar (BTS) Sawit Projek Felcra Bhd Lubuk Dalam 4, Kijal, Kemaman, baru-baru ini. Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid; Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohamad Kamil Othman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Mustafar Khalid. Menteri Besar berkata, projek yang diuruskan Felcra sejak November 2010 itu antara yang berpotensi baik apabila hanya memakan masa tiga tahun untuk mengeluarkan hasil dan dapat dituai.

aru-baru ini Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang disifatkan banyak pihak amat mustahil untuk ditunaikan jika mereka berjaya memerintah negara ini selepas PRU13. Pelbagai pihak berpendapat jika pakatan pembangkang itu melaksanakan sepenuhnya manifesto yang mereka digariskan itu, negara Malaysia akan muflis dan rakyat terpaksa menanggung akibat amat besar dari segi ekonomi dan sosial. Dalam manifesto itu, PR berjanji akan menurunkan harga minyak jika mereka memerintah negara ini. Jika bersandarkan akal yang waras, bagaimana mungkin perkara itu dapat dilakukan secara berterusan kerana harga minyak bergantung kepada pasaran dunia? Pada masa ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar pada setiap tahun bagi memberi subsidi ke atas harga minyak yang sememangnya dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa. Malah, harga minyak petrol dan diesel di negara ini merupakan yang terendah di Asia Tenggara kerana Kerajaan Pusat memberi subsidi kepada harga asal minyak bagi membolehkannya dijual dengan harga lebih rendah kepada rakyat. Dalam manifesto itu juga PR berjanji akan mengenakan harga elektrik yang lebih rendah sedangkan dengan harga elektrik yang dikenakan sekarang ini pun Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menanggung kerugian besar pada setiap tahun. Jika tol pula dihapuskan seperti yang dijanjikan PR, dari sumber mana kerajaan mereka mahu mendapat sumber kewangan bagi menyelenggara lebuh raya dan membina jalan raya baru? Itu hanya memetik beberapa perkara yang disebut dalam manifesto PR yang boleh dikatakan

Rakyat menentang manifesto PR yang dianggap mereka sebagai hayalan semata-mata.

semuanya sengaja direka bagi menyedapkan hati rakyat semata-mata. Sejarah telah membuktikan bahawa pihak pembangkang hanya pandai berjanji, tetapi mereka tidak pernah mengotakan setiap janji yang dibuat kepada rakyat sebelum ini. Bukti sudah jelas berlaku di Selangor yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU 12, tetapi mereka tidak menunaikan janji-janji tersebut hinggakan Kerajaan Selangor pimpinan PKR diheret ke mahkamah kerana mungkir janji. Begitu juga pada pilihan raya sebelum ini pembangkang pernah berjanji akan menghapuskan cukai jalan dan memberi elaun kepada orang tua, tetapi janji mereka tinggal janji sahaja. Di Terengganu, Pas berjanji untuk menghapuskan cukai pintu jika ia berjaya memerintah negeri ini, tetapi perkara itu tidak berlaku. Selepas lebih empat tahun memerintah negeri ini, rakyat tempatan terpaksa menanggung tunggakan yang tinggi kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menghapuskannya. Penduduk tempatan sentiasa menerima bil yang tertunggak pada setiap tahun dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Pembangkang takut hadapi realiti

R

amai pihak hairan dan tertanya-tanya apa rasional parti pembangkang tidak mahu menandatangani ikrar intergriti pilihan raya sedangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, selaku ketua Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak awal-awal lagi menandatangani ikrar berkenaan. Sepatutnya, pemimpin pembangkang yang selama ini gemar melemparkan pelbagai tuduhan berhubung sistem perjalanan pilihan raya di negara ini, termasuk kononnya berlaku penyelewengan dan tidak telus, menjadi antara mereka yang terawal berbuat demikian. Ikrar berkenaan bukannya dikendalikan Kerajaan BN, tetapi ia digerakkan Transparency International (Malaysia) (TI-M), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) global yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang begitu lantang bercakap mengenai gejala rasuah dalam proses pilihan raya di negara ini dilaporkan enggan menandatangani ikrar berkenaan manakala Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang juga mengikut jejak

langkah Anwar dengan alasan apa yang lebih penting ialah niat dalam hati. Beginilah gambaran keegoan pemimpin pembangkang yang dicanang-canang bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti. Mungkinkah pemimpin pembangkang enggan menandatangani ikrar tersebut kerana khuatir ia akan memerangkap mereka suatu masa nanti atau terlalu kotor untuk menandatangani ikrar tersebut yang bertujuan membanteras gejala rasuah di negara ini? Mengapa pemimpin pembangkang tidak mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang tidak gentar menandatangani ikrar berkenaan bagi membuktikan komitmen kerajaan membanteras rasuah? Rakyat perlu rasional memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, sama ada mahu pemimpin yang komited dalam melaksanakan apa jua tugasan atau menobatkan mereka yang mempunyai agenda politik, sebagai pemimpin.


6

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

ULASAN

PENGARANG

TEGUHKAN PERPADUAN, elakkan sengketa menjelang pilihan raya

B

ersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Peribahasa Melayu ini merupakan pesanan yang cukup berkesan dalam masyarakat kita. Oleh itu dalam keadaan yang bagaimana sekalipun kita dituntut supaya hidup bersatu padu, bekerjasama dan tolong-menolong. Walaupun Parlimen belum dibubarkan tetapi nampaknya suasana pilihanraya sudah bermula di sesetengah tempat. Sudah ada bendera-bendera parti tertentu dikibarkan. Sudah ada poster-poster kempen yang sepatutnya tidak dinaikkan lagi, tetapi sudah terpapar di tepi-tepi jalan. Sedikit sebanyak ia boleh mencetuskan suasana tegang dan titik-bengit yang boleh membawa kepada perkelahian, perseteruan dan seumpamanya. Bahkah telah berlaku peristiwa cabar-mencabar dan ugut-mengugut akibat perselisihan parti politik. Peristiwa ini tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah masyarakat yang rata-rata terdiri dari golongan berpendidikan dan maju. Apatah lagi Islam mengajar kita dengan amalan bersatu-padu, berkasih sayang, lebih-lebih sesama saudara seIslam. Janganlah kerana perbezaan fahaman politik kepartian, kita berkelahi dan berseteru, bahkan jangan sekali-kali memutuskan ikatan silaturrahim disebabkan kerana perbezaan itu. Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagan yang diamalkan di negara kita, pilihan raya adalah kaedah yang digunakan untuk membolehkan rakyat menentukan peneraju negara dan wakil mereka di Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sudah tentu rakyat mahukan jaminan kesejahteraan dan keselamatan untuk mereka sebagaimana yang sedang mereka nikmati sekarang.

- Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU YB HAJI KHAZAN CHE MAT

PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA DAN PENERANGAN NEGERI

analisis

INGAT DOK LAGI

Exco kerajaan tak baca al-Fatihah ketika imamkan solat Jumaat

S

UATU PERISTIWA YANG PELIK TETAPI BENAR, tetapi ia adalah realitI yang benar-benar berlaku di MASJID KAMPUNG LINGAI, DUN BATU RAKIT. Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang datang mengambil alih tugas Imam asal bagi mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Pecah Rotan pada 15 September 2000 TIDAK MEMBACA AL FATIHAH dalam solat berkenaan. Bagi penduduk dan para makmun yang menunaikan Solat Jumaat pada hari tersebut di masjid berkenaan tentu tidak lupa perkara tersebut. Mungkin kerana keghairahan dengan kemenangan dan terlalu gembira MENDAPAT KUASA, Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Exco Kerajaan Negeri TERTINGGAL perkara RUKUN dalam Solat. Sedangkan Bacaan fatihah adalah bacaan rukun di dalam sembahyang, ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bermaksud; Tidak wujud sem-

OLEH: LANG TELIPOT

langtelipot@yahoo.com bahyang yang sah bagi mereka yang tidak membaca fatihah dalam sembahyangnya. Seorang Exco Kerajaan lain yang bertaraf ‘Ketua Ulamak parti berkenaan” dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri cuba mempertahankan rakannya dengan mengatakan Adun itu (yakni rakan sejawatnya) membaca al-Fatihah secara perlahan dan tidak didengari oleh makmun. Tetapi sokongan dan usaha mempertahankan puaknya itu membawa rebah kerana beliau tidak mengetahui bahawa rakan Exconya itu membuat sujud sahwi di akhir solat Jumaat itu- yang membawa makna benarlah Exco Kerajaan yang bergelar Ustaz itu tidak membaca Al-Fatihah. Sama ada dibolehkan atau tidak sujud sahwi bila meninggalkan rukun dalam Solat itu

juga menjadi persoalan? Ini kerana menurut jawapan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu tahun yang diterbitkan pada tahun 1988, berkaitan perkara ini berbunyi: Maka sesuatu fardu(rukun) yang tertinggal dengan lupa tidak boleh diganti dengan sujud sahwi atau dengan lainnya daripada perkara-perkara sunat sembahyang, bahkan hukumnya kiranya orang yang sembahyang itu teringat sebelum salamnya wajib ia mengerjakan yang tertinggal itu dengan serta merta kerana hakikatnya sembahyang tidak sempurna tanpanya. Ini bermakna...Adun atau Exco Kerajaan Negeri benar-benar tidak membaca Al-Fatihah rukun solat- dan bila beliau menggantikan dengan sujud sahwi pun tidak betul kerana hukum menetapkan tidak boleh sesuatu yang rukun atau fardhu diganti dengan sujud sahwi, hendaklah dibaca semula apabila disedari tertinggal.

CORAT CORET

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengulangi ikrar bahawa parti itu tidak akan menerima konsep `negara Islam’ yang diperjuangkan oleh Pas dan tidak ada kerjasama antara DAP dengan Pas dalam apa jua bentuk sekalipun. - Petikan dari Utusan Malaysia.


rencana

Kerajaan cakna rakyat, beri pelbagai bantuan

P

OLEH: BAYU TELIPOT

elbagai usaha kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat, terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah. Di Terengganu bebagai bantuan seperti ini telah bermula sejak sekian lama, terutama bantuan persiapan setiap kali menyambut hari raya. Bahkan bantuan dana remaja juga diwujudkan untuk golongan bujang atau belum berkahwin. Lain-lain termasuklah bantuan perubatan, membaiki rumah, malah membuat rumah baru bagi golongan yang tidak berkemampuan, bantuan persiapan awal menyambung pelajaran dan sebagainya. Pelbagai produk bantuan di Terengganu disediakan untuk rakyat hingga tidak tersenarai banyaknya; hatta pemberian percuma e-Book kepada pelajar, satu-satunya negeri yang berbuat demikian. Nikmat bantuan itu bertambah lagi, apabila kerajaan pusat memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai BRIM yang diperkenalkan sejak tahun lalu. BR1M melibatkan bantuan RM500 bermula 15 Januari 2012 tahun lalu dan diteruskan pada tahun ini 2013 dikenali sebagai BR1M 0.2. Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah

M

anifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihanraya Umum Ke-13 yang dilancarkan 25 Februari lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) telah mengguris hati dan meranapkan impian sebahagian penyokong Pas. Lambang gereja dan salib pada kulit buku manifesto itu barangkali tidak menjadi isu besar kepada Pas, tetapi perihal pelaksanaan hukum hudud langsung tidak disebut walaupun dengan sepatah perkataan. Ada dua tafsiran mengenai perkara itu sama ada PAS sudah tidak berminat untuk membicarakan soal hudud atau pemimpin parti itu takut memperkatakannya setelah ‘dimandi bunga’ oleh DAP dan PKR. Tapi sebilangan rakyat lebih percaya, ketidaksediaan Pas mendesak rakan sekutunya, PKR dan DAP memasukkan janji pelaksanaan hudud adalah disebabkan polisi Pas sendiri yang dari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian. Walau dibaca berulang kali ken-

7

Pelbagai produk bantuan disediakan untuk rakyat Terengganu.

WAKAF RAKYAT

ukomtrg123@gmail.com

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

salah satu bantuan yang telah dijanji dan ditepati oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012 Ia adalah bantuan tunai, secara oneoff, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walau pun ada pihak tertentu mempersendakan pemberian ikhlas kerajaan untuk rakyat dengan penghinaan kepada penerima BR1M, disamakan menabur makanan kepada haiwan tetapi rakyat tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengadakan bantuan seumpama itu. “Terima kasih kepada kerajaan yang sangat perihatin kepada nasib kami di mana sebelum ini saya juga terima Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) dan dana raya daripada kerajaan negeri,” kata seorang bekas tentera Encik Zakaria Ngah dari Seberang Takir sambil mengesat air mata. Beliau juga memperolehi bantuan pesara sebanyak seribu ringgit. Seorang balu Puan Ramlah Mat Sat, 45 tahun juga bersyukur menerima bantuan itu. “Saya akan gunakan duit ini untuk persekolahan anak-anak,” kata wanita itu yang berasal dari kampung Pasir Panjang,

Kuala Terengganu. Bagi Raja Mat Raja Muda, 62 tahun, yang berkhidmat dalam tentera selama 18 tahun amat berbesar hati dengan pemberian one-off ini kerana dapat meringankan beban keluarga. Beliau yang berasal dari Kampung Pak Katak, Kuala Nerus berkata, usaha kerajaan ini memberi kelegaan golongan pesara yang tidak berpencen sepertinya. Warga emas, Haji Mustafa Husin, 72 tahun turut menyokong apa yang disuarakan rakan-rakan lain. “Pemberian ini amat bermakna bagi kami dan diharap ada lagi bantuan serupa ini pada masa akan datang bagi meringankan beban kami,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri, sewaktu berkunjung ke negeri Terengganu minggu lalu menjelaskan segala bentuk bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan amanah yang dipikul oleh kerajaan kepada rakyat. “Orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menolong anak yatim serta orang miskin melakukan dosa besar,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shanbandar baru lalu. Perdana Menteri menegaskan Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuruh umat Islam supaya membantu anak yatim dan orang miskin kerana pahalanya amat besar. Malah, katanya, membantu golongan

miskin dan anak yatim menyamai pahala mereka yang berjuang Fisabilillah. Beliau menyifatkan kenyataan pihak tertentu menyamakan BR1M seperti memberi makanan kepada haiwan, telah menghina mereka yang mendapat bantuan tersebut. Kerajaan Pusat jelasnya, menyediakan 231 produk bantuan 1Malaysia bagi membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini. Sungguhpun ada pihak yang menghina penerima (BR1M) tetapi hakikatnya, kerajaan dibawah kepimpinan Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat pusat dan Dato’ Seri Haji Ahmad Said di peringkat negeri sememangnya sangat prihatin terhadap permasalahan rakyat dengan pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Oleh demikian, segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan harus lah diteliti dan di fahami kerana setiap kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah sebagai satu rasa bertanggujawab terhadap golongan rakyat yang memerlukan. Kita sebagai rakyat Malaysia harus peka dengan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan. Peranan kita adalah untuk sama-sama menjayakan usaha bagi menuju negara maju menjelang wawasan 2020.

YANG TERANG LAGI BERSULUH

Pas ucap `Good Bye’ kepada hudud yataan pemimpin Pas itu, ia tetap membuktikan satu perkara, yakni isu peraksanaan hudud yang sering menjadi zikir politik Pas sejak hampir tiga dekad lalu niat utamanya hanyalah untuk manfaat kepartian sahaja. Tapi di sebalik semua itu, di Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh Pas dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong parti itu di facebook, kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah. Tidak pernah lekang dari kutukan dan makian penyokong dan pemimpin Pas terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO dan BN, kononnya kerana menolak pelaksanaan hudud dan enggan memartabatkan undang-undang Islam. Tidak cukup dengan propaganda sedemikian, ditohmah pula yang UMNO lebih mendaulatkan Perlembagaan buatan manusia

ataupun kerap digelar oleh penyokong Pas sebagai perlembagaan Lord Reid, perlembagaan penjajah dan jahiliah. Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara. Dalam erti kata yang lebih jelas, tiada hudud dalam Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, masih ramai penyokong Pas yang tidak sedar bahawa pemimpin Pas telah mengucapkan ‘Good Bye’ kepada Hudud. Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan Pas, langsung tidak menyentuh isu

Lambang salib pada buku Manifesto PR

hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh Pas kepada isu perlaksanaan hudud. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda Pas untuk mengubah Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.


8

fok

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Pekan Bukit Payong kini sedang berkembang pesat.

Peluang Pas pertahan Bukit Payong tertutup

K

egagalan wakil rakyat Pas melaksanakan sebarang pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, menutup peluang parti itu untuk mengekalkan kerusi berkenaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pas yang hanya memenangi kerusi itu pada pilihan raya lalu dengan majoriti 115 undi, gagal memikul mandat penduduk yang sudah tersilap percaturan memilih calon parti itu. Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, berkata pemimpin Pas hanya sekadar ada pada nama selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpinggir. “Sebut sahaja Adun Pas, tetapi Kerajaan BN yang memikul tanggungjawab tanpa jemu. Kita sentiasa komited dan bekerja keras bagi memastikan nasib rakyat di kawasan ini tetap terbela,” katanya. Beliau berkata, Pas bukan sahaja gagal menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, malah prinsip perjuangannya kian jauh tersasar apabila sanggup bersekongkol dengan parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menentang Islam. Katanya, parti-parti yang

Zaidi sentiasa turun padang bagi merasai sendiri denyut nadi rakyat.

berada dalam Pakatan Rakyat itu jelas tidak sefahaman dalam perjuangan mereka dan pemimpin DAP akan menentang apa jua program bagi kepentingan masyarakat Melayu dan Islam. “Pengundi di kawasan Bukit Payong akan menolak calon Pas pada pilihan raya umum kali ini,” katanya. Bercakap mengenai persiapan bagi menghadapi PRU 13, Encik Zaidi berkata, jentera parti Umno di DUN Bukit Payong sudah bersiap-sedia `bertempur’ bagi mengembalikan semula kawasan itu kepada BN. “Kita sudah memperkemaskan gerak kerja di setiap peti undi DUN melibatkan persiapan dari segi daftar pemilih, gerak saraf, sistem maklumat, bacaan sikap serta kepimpinan bagi memastikan persiapan menghadapi PRU 13 berjalan lancar,” katanya. Dalam perkembangan lain, katanya, golongan muda dan pengundi atas pagar sudah ramai menyokong BN kerana melihat dasar kerajaan negeri mahu pun Pusat yang sentiasa memberi tumpuan kepada semua golongan termasuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia, Dana Bakti Remaja dan juga Dana Hari Raya. “Kebanyakan rakyat amat berpuas hati dengan prestasi semasa Kerajaan BN dan Umno yang jelas meringankan bebanan rakyat serta menepa-

Kebanyakan rakyat amat berpuas hati dengan prestasi semasa Kerajaan BN dan Umno yang jelas meringankan bebanan rakyat serta menepati janji yang dibuat, malah mereka juga tidak bercakap kosong seperti pembangkang yang hanya tahu menabur janji dan mengadu-domba bagi memecahbelahkan kepimpinan hari ini.”

Masjid baru Kampung Tok Dir, Bukit Payong.

Pembangun

Oleh K

AM

Kemudahan lebuh raya LPT II banyak memberi manfaat kepada penduduk.

- ENCIK ZAIDI MUDA,

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong.

ti janji yang dibuat, malah mereka juga tidak bercakap kosong seperti pembangkang yang hanya tahu menabur janji dan mengadu-domba bagi memecah-belahkan kepimpinan hari ini,” tambahnya.

BN t

Baazar Mara yang menyediakan premis perniagaan.

K

uk

eraja pern dan Dew Payong, walaupu Projek pemb (LPT) Fasa II di tengah-tenga memberi manfa Bukit Payong. Projek berke ekonomi di kaw bagi para peni tersebut kerana bertambah. Dalam temp bangunan baru, perniagaan dibin kemudahan dan Beberapa ba bina untuk kem termasuk di Se (SMK) Seri Pay Jejantas baru bagi kemudaha kanak-kanak se yang sibuk. Penduduk di


kus

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Zaidi gigih bantu pelajar N.18

BUKIT PAYONG

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 Dewan Undangan Negeri N.18 Bukit Payong, Terengganu NAMA CALON

PARTI

• ZAIDI BIN MUDA BN • MOHD NOR HAMZAH PAS

BIL UNDI

7209

7324

MAJORITI : 115 PEMILIH BERDAFTAR : 16733

terus majukan DUN Bukit Payong

unan banyak memberi manfaat seterusnya memacu ekonomi penduduk setempat

KAMARUDIN MAT AKIB dan MIRULLAH OTHMAN

komtrg123@gmail.com

aan Barisan Nasional (BN) tidak nah mengabaikan pembangunan kebajikan penduduk di kawasan wan Undangan Negeri (DUN) Bukit un ia dikuasai parti pembangkang. binaan Lebuh Raya Pantai Timur yang melibatkan susur keluar ah Pekan Bukit Payong banyak faat kepada penduduk di DUN enaan turut membantu memacu wasan Bukit Payong, khususnya iaga yang beroperasi di pekan a bilangan pengunjung semakin poh lima tahun lalu, beberapa , termasuk D.Mara dan premis na di pekan Bukit Payong untuk n keselesaan peniaga. angunan baru sekolah turut dimudahan dan keselesaan pelajar, ekolah Menengah Kebangsaan yong dan SMK Sultan Mansor. ru turut dibina di kawasan itu an penduduk tempatan, terutama ekolah menyeberangi jalan raya kawasan Kampung Tok Dir dan

9

Kampung Surau Panjang pula mendapat masjid baru yang lebih selesa dan mampu menampung lebih ramai jemaah. Di segi kesihatan pula, Kerajaan BN turut prihatin dengan masalah penduduk kampung yang ingin mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Justeru itu, Pusat Kesihatan Bukit Payong diperbesarkan bagi menempatkan lebih banyak bilik rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tempatan. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) turut membaiki rumah penduduk kampung yang uzur supaya mereka dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa. Manakala penduduk kampung yang belum memiliki rumah sendiri, Kerajaan BN membina rumah baru untuk mereka dan keluarga tinggal melalui Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT). Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, berkata dalam tempoh lima tahun Kerajaan BN membelanjakan hampir RM7 juta bagi membaikpulih, membina rumah baru dan menggantikan atap rumah penduduk di DUN Bukit Payong melalui PPRT. Mengikut pecahan, katanya, pada tahun 2008 pihaknya menyediakan peruntukan RM550,000 bagi membaikpulih 50 rumah penduduk di DUN Bukit Payong yang uzur. “Pada tahun berkenaan juga sebanyak 30 rumah baru dibina di DUN ini dengan kos RM900,000

bagi membolehkan penduduk miskin mendapat rumah baru yang lebih selesa,” katanya. Pada tahun 2009 pula, sembilan unit rumah baru dibina melalui PPRT dengan kos RM297,000 dan 10 buah dibaikpulih melibatkan peruntukan RM110,000. Katanya, pada tahun yang sama peruntukan RM5000,000 disediakan Kerajaan BN bagi membaiki 58 buah rumah manakala Risda pula membelanjakan RM480,000 bagi membina 16 rumah baru. Pada tahun 2010 sebanyak 30 rumah baru dibina dengan kos RM900,000 dan 20 rumah dibaikpulih melibatkan peruntukan RM220,000 manakala RM500,000 disediakan bagi membaiki atap rumah penduduk kampung yang bocor. Risda pula membelanjakan RM286,000 bagi membaikpulih 26 buah rumah pada tahun yang sama. Encik Zaidi berkata, pada tahun 2011 kos RM330,000 disediakan bagi membina 10 rumah baru dan RM110,000 bagi membaikpulih 10 rumah penduduk miskin manakala bagi membaiki atap pula, Kerajaan BN mengeluarkan peruntukan RM200,000. Sepanjang tahun lalu (2012), pula sebanyak 10 buah rumah dibina baru dengan kos RM330,000 manakala RM110,000 bagi membaikpulih 10 unit rumah. Kerajaan BN juga membelanjakan RM1 juta bagi membaiki atap rumah penduduk di DUN Bukit Payong tahun lalu.

Pelajar sekolah tidak ketinggalan menikmati bantuan persekolahan .

S

ewaktu kira-kira 2,000 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong sedang bergelut membuat persiapan bagi menghadapi pelbagai peperiksaan awam tahun lalu, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda ‘turun padang’ mengagihkan sumbangan alat tulis kepada mereka. Pemberian itu bagi membantu mereka menghadapi peperiksaan dengan tenang tanpa perlu memikirkan mengenai alat tulis yang merupakan keperluan penting bagi menjawab peperiksaan masing-masing. “Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, saya harap ia dapat membantu pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun lalu,” katanya. Bagi menunaikan amanah Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan penduduk di DUN Bukit Payong, termasuk pelajar, beliau telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ekonomi penduduk dan kecemerlangan bidang akademik. Seramai 1,000 penduduk di kawasan itu diberi bantuan kacamata percuma, baru-baru ini. Program tersebut dianjurkan Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Syarikat Kaca Mata SANADI. Beliau mengingatkan kepada penerima bantuan tersebut supaya menjaga kacamata pemberian daripada kerajaan itu sebaik mungkin kerana kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membiayai program berkenaan. Beliau berharap masyarakat DUN Bukit Payong berterimakasih atas pemberian daripada kerajaan ini dengan mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Penduduk begitu senang dan mudah mesra dengan Zaidi Muda.


10

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Persefahaman negeri, Pusat tingkat pembelaan rakyat

H

ubungan baik dan persefahaman yang wujud antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat membolehkan bantuan disalurkan selari bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan pembelaan untuk rakyat . Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata inisiatif kerajaan negeri merintis pelbagai bantuan dan kemudahan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan menjadi ikutan Kerajaan Pusat untuk menyediakan bantuan yang sama. “Kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat sentiasa komited membantu rakyat. Saban tahun banyak bantuan diberikan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri. “ Jika kerajaan negeri menyediakan bantuan Dana Hari Raya, bantuan pakaian sekolah, bantuan e-book dan Dana Bakti Remaja. Hari ini Kerajaan Pusat mengikuti langkah kita. “Bantuan Dana Hari Raya, Terengganu agihkan RM300, Kerajaan Pusat beri RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika untuk remaja RM200, kerajaan Pusat sediakan RM250. Pakaian sekolah kita sediakan RM200 untuk (seorang sekolah rendah dan seorang sekolah menengah), manakala Kerajaan Pusat wujudkan juga dengan menyediakan RM100 seorang pelajar,” katanya. Menteri Besar berkata, bantuan Kerajaan Pusat lebih tinggi berbanding negeri memandangkan kedudukan ekonomi dan kewangan Persekutuan yang lebih baik. Bagaimanapun, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata sebalik pelbagai bantuan yang tidak pernah gagal ditunaikan itu, masih ada rakyat yang berfikiran sempit dan cuba mempertikaikannya akibat pengaruh politik. Katanya, segelintir rakyat negeri ini khususnya pembangkang bertindak menafikan bantuan yang khusus membela nasib rakyat miskin dan memerlukan itu, termasuk melabelkan ia dengan pelbagai tafsiran kurang baik dan tidak sewajarnya sebagai masyarakat Islam.

PM dekat di jiwa rakyat Penduduk terutama peniaga begitu teruja bertemu dan berbual dengan pemimpin nombor satu negara Oleh ESAH ABDULLAH dan NORAINI JUSOH

K

ukomtrg123@gmail.com

ami bangga dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang sanggup datang bertemu dengan peniaga di Pasar Payang dan Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (PBMBKT).” “Kedai saya laris sejak awal pagi kerana diserbu orang ramai yang datang untuk bertemu dengan pemimpin nombor satu negara,” kata Encik Wan Rosli Wan Ismail, 56 peniaga kedai makan di PBMBKT . Ternyata kunjungan pemimpin nombor satu negara dan isteri mencetuskan perasaan yang sukar digambarkan kerana rata-rata sangat teruja untuk bertemu secara dekat dengan pemimpin yang sangat dikagumi itu. Encik Wan Rosli yang dibantu isteri Puan

WAN ROSLI

Faezah Awang, 51, berasal dari Kampung Pasir Tinggi, Bukit Payong melahirkan rasa gembira kerana pertama kali bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri yang berjiwa rakyat. Bagi Kamariah Ghani, 48, pertemuan ini merupakan kali kedua beliau bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri selepas bertemu kali pertama tahun lalu. Beliau yang tinggal di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu menjalankan peniagaan makanan ringan sejak 10 tahun lalu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut melahirkan rasa seronok kerana sempat berbual mesra dengan PM yang singgah digerainya. Encik Wan Marzuki Wan Shafie yang menjual barangan runcit juga gembira menerima kunjungan Perdana Menteri dan isteri serta beramah mesra dengan peniaga di situ. “Kesediaan PM turun ke bawah bertemu masyarakat tempatan mengambarkan sikap kesederhanaan beliau yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat,” katanya. Bagi Ahmad Shukri Abdullah,48, lawatan

KAMARIAH

RAMLI

PM ke negeri ini serta kunjungan ke Pasar Payang mampu merapatkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin atasan. “ Saya yakin dengan kunjungan seumpama ini, rakyat merasakan mereka dihargai dan disayangi oleh pemimpin-pemimpin kita,” katanya yang berniaga keropok di Pasar Payang. Peniaga pakaian, Encik Mohd Najib Zakaria, 42, melahirkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin nombor satu negara itu yang sudi mendekati golongan peniaga serta bertanya khabar. “Saya gembira dan percaya semua orang seronok dapat jumpa dan bersalam dengan PM yang banyak memberi motivasi kepada golongan peniaga selama ini,” katanya. Encik Ramli Mohamad, 48, pula sanggup datang dari Dungun semata-mata kerana ingin bertemu mata dengan PM secara dekat. “Saya sangat berbesar hati, dapat bertemu dan bersalam dengan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta berani melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat jelata,” katanya.

Sokongan rakyat makin padu - Menteri Besar

S

okongan rakyat Terengganu terutama di peringkat akar umbi semakin bertambah selepas mereka melihat kemampuan Barisan Nasional (BN) membawa satu anjakan pembangunan kepada negeri ini berbanding dulu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata keupayaan BN yang ditunjangi UMNO mentadbir negara, termasuk Terengganu dalam membela nasib rakyat secara menyeluruh membuatkan golongan pembangkang tidak senang duduk. “Faktor itu membuatkan mereka terpaksa mencipta pelbagai fitnah dan dakyah palsu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shahbandar, baru-baru ini Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, Terengganu hari ini, cukup bertuah Kemampuan kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said membawa satu anjakan kerana dikunjungi pemimpin nombor satu pembangunan kepada negeri ini membuatkan bertambahnya sokongan rakyat terhadap BN. negara, yang tidak jemu-jemu membantu rakyat dan memberi pelbagai kemudahan mari kita sama-sama seia sekata dengan membangun dan menjadi negeri maju menkepada semua golongan. berjanji menyokong BN pada Pilihan Raya jelang 2020, oleh itu kita perlukan sebuah “Kerajaan BN adalah sebuah parti yang Umum (PRU) ke 13 nanti. kerajaan yang mampu melaksanakan dengan memperjuangkan nasib rakyat, justeru itu, “Kita mahu melihat Terengganu terus adil dan bijaksana,” katanya.


0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

dari ms-1

7,000 murid tabika daripada 270 balai raya dipindahkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengarahkan kosongkan balai raya bila-bila masa sahaja yang mereka suka

M

asihkah kau ingat sebanyak 270 daripada 386 balai raya di seluruh negeri telah dikosongkan oleh Kemas sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang memerintah Terengganu ketika itu. Ia melibatkan perpindahan 7,000 murid dan kini hanya tinggal 116 balai raya yang masih menempatkan kelas tabika Kemas ekoran kesukaran mendapatkan premis gantian. Pengarah Kemas Negeri ketika itu, Azeman Md. Yusof berkata, bagaimanapun sebahagian besar daripada 270 balai raya yang diambil itu langsung tidak digunakan, malah ia terbiar begitu sahaja. “Bagi saya selain menjejaskan proses pembelajaran lebih 7,000 kanak-kanak, tindakan kerajaan Pas ini turut menganiaya lebih 3,000 masyarakat kampung yang mengikuti kursus jahitan dan

masakan di bawah kelolaan Kemas,” katanya. Azeman berkata, Daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi balai raya terlibat dengan perpindahan seperti yang diarahkan oleh kerajaan Pas iaitu 55 diikuti Marang (50), Kuala Terengganu (37), Kuala Nerus (36), Kemaman (35), Dungun (34), Setiu (19) dan Besut (4). “Arahan perpindahan ini dibuat secara bertulis, tetapi mereka tidak menetapkan bila tarikh berkuatkuasanya arahan tersebut. “Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) pula telah mengarahkan kita keluar daripada balai raya bila-bila masa sahaja yang mereka suka,” katanya lagi. “Mujur dengan adanya pembiayaan wang ehsan nasib anak-anak ini terbela. Kita telah menyewa dan mengubah suai premis yang bersesuaian. “Setiap pengubahsuaian bagi satu premis menelan belanja sebanyak RM14,000

Rai hari jadi di rumah penentang Islam

hingga RM15, 000,” katanya. Beliau berkata, jumlah perbelanjaan untuk proses mengubahsuai mencecah RM2.02 juta, manakala kos penyewaannya sepanjang tahun lepas berjumlah RM908,800. “Apa yang menjadi persoalannya sekarang mengapa sebahagian besar balai raya-balai raya yang telah diambil oleh mereka ini tidak digunakan sebaliknya ia terbiar dan ada di antaranya telah ditumbuhi dengan pokok-pokok renek dan lalang,” katanya. Azeman berkata, boleh dikatakan setiap kawasan Parlimen di seluruh negeri mempunyai balai raya yang terbiar dan sudah semestinya tindakan kerajaan Pas sebelum ini merupakan satu pembaziran dan merugikan masayrakat. “Saya amat terkilan dengan keadaan ini. Masa mereka mahu mengambil balai raya ini macam-macam tindakan mereka ambil semata-mata

menyuruh kita keluar termasuk tindakan yang agresif. “Selepas mereka berjaya mengambil balai raya ini mereka tidak gunakan pula. Masa kita disuruh pindah dahulu pula pelbagai alasan diberikan seolah-olah mereka mahu menggunakan sepenuhnya balai raya ini, tetapi hakikatnya mereka tidak menggunakannya pun,” katanya lagi. Beliau menegaskan, pendidikan merupakan hak umum dan kanak-kanak berhak mendapatkannya tanpa ada campur tangan politik. “Tabika Kemas terbuka untuk semua tidak kira anak ahli Pas, anak ahli Umno atau anak mana-mana ahli parti politik yang lain. Mereka berhak mendapat hak ini. “Dan tidak sewajarnya bagi kita mencampuradukkan hak mereka ini dengan sentimen politik yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,” tambahnya.

Tindakan Nik Aziz menyambut hari jadi di rumah penentang Islam dikritik hebat.

P

erdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyelar tindakan pemimpin Pas yang bukan sahaja sanggup menggadai maruah dan prinsip perjuangan membela Islam, malah bertindak menyambut hari lahir di rumah ketua penentang berkenaan. “Tanya pada Pas di mana letaknya maruah dan prinsip dia dalam memperjuangkan Islam. Islam duduk di mana? Islam berada di kedudukan paling tinggi sekali. Bukan politik duduk paling tinggi. Bukan kerusi paling tinggi, bukan undi lebih tinggi, maka Islam berada di kedudukan paling

tinggi daripada segala-galanya,” katanya. Sebalik laporan bahawa keduadua mereka berkonflik dalam isu hukum hudud dan kalimah Allah, bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas itu sanggup mengunjungi rumah Pengerusi DAP berkenaan yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu. Dalam kunjungan itu, Nik Aziz memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

11

BN jadi pilihan orang muda

P

emuda Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dengan kecenderungan pengundi muda untuk memihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan kepada gerak kerja secara agresif yang dilaksanakan parti itu bagi mendekati dan membela nasib golongan berkenaan. Pengerusinya, Encik Saiful Bahri Baharuddin, berkata komponen bongsu parti BN itu melaksanakan pelbagai usaha dan program bagi meraih sokongan pengundi muda khususnya di kalangan yang baru pertama kali mengundi. “Kita dari dulu menjangkakan penambahan pengundi muda disebabkan inisiatif dan kesedaran di kalangan mereka sendiri untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Untuk rekod, jumlah pengundi muda berusia bawah 40 tahun adalah seramai 343,938 orang atau 54.60 peratus daripada keseluruhan pengundi di Terengganu yang berjumlah 629,869 orang sehingga suku ketiga tahun lalu.

`Pemimpin Pas tipu kami’

K

ecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak dalih berhubung isu agama Islam seorang penyokong tegar membuat keputusaan meninggalkan parti dan memilih UMNO sebagai wadah perdasuki juangan baru dalam politik. Dasuki Abdullah,59, dari Kampung Darau, Hulu Besut, bersama isterinya, Rogayah Yakob,42, dan tiga anak yang sudah lama dan sebati dengan PAS terpaksa meninggalkan parti kerana merasakan dirinya dan keluarga tertipu dengan pelbagai janji dan muslihat pemimpin. Katanya,selepas 25 tahun berada di dalam PAS beliau banyak dipengaruhi pemimpin PAS sehingga sanggup menunaikan solat Jumaat di masjid berasingan dan tidak bertegur jiran kerana menganggap penyokong UMNO kafir. “Sekarang baru saya sedar dan insaf dengan amanat dan tipu helah pemimpin PAS yang mertarbiahkan ahlinya sehingga berlaku perpecahan sesama Islam dalam satu kampung,” katanya ketika ditemui selepas mengistiharkan diri menyertai UMNO dalam satu program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Darau, baru-baru ini. Beliau berkata, penyertaannya dalam UMNO bukan dipaksa sebaliknya menyesal kerana menyokong Pas yang tidak mempunyai asas perjuangan kukuh terutama menegakkan Islam.


12

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Ahli Umno diingatkan jangan ulangi sejarah 2008

Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarung jaket kepada ahli baru Umno yang bertindak keluar Pas.

A

hli Umno akar umbi diingatkan jangan mengulangi sejarah lama dengan bertindak di luar batasan apabila mengetahui calon pilihan mereka tidak disenaraikan parti dalam pilihan raya umum ke 12. Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan protes itu menyebabkan parti kehilangan lebih banyak kerusi. Katanya, perbuatan seumpama itu jika diulangi pada PRU13 ia akan merugikan parti dan membuka laluan kepada parti pembangkang. Menurutnya, pada PRU12 ada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) ditutup oleh ahli Umno yang tidak puas hati dengan calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan menyebabkan kawasan terbabit kecundang dan dimenangi pembangkang. “Jangan terlalu mengira dengan calon sebaliknya memberi kepercayaaan kepada pucuk pimpinan menentukan siapa yang layak bertanding di sesuatu kawasan,” katanya ketika melancarkan Gerak Kerja Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut di Dewan MDB Gong Kemuntong, di sini baru-baru ini. Hadir sama Ketua Umno Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Nawi Mohamad (Adun Hulu Besut), Naib Ketua Bahagian, Muhamad Pehimi Yusof (Adun Kota Putera) dan Bendahari Bahagian, Dato’ Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Ahli Parlimen Besut. Pada majlis itu kira-kira 2,000 jentera parti empat peringkat diketuai Ketua Pemuda, Mahadi Musa menghadiri majlis pelancaran dan melafaz ikhrar taat setia dan menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti terutama memilih calon untuk bertanding.pada PRU13. Dato’ Ahmad Zahid kagum dan bangga dengan semangat yang ditunjukkan ahli Umno Bahagian Besut yang sudah lama melengkapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum. Katanya, Bahagian Besut adalah yang pertama beliau diberi peluang melancarkan jentera PRU13 dan berharap bahagian lain mencontohi dengan apa yang dilakukan oleh Bahagian Besut dengan serba kekuatan selain semangat jentera parti. “Roh Gelombang Biru yang diterapkan oleh pemimpin daerah itu menyebabkan ahli akar umbi sentiasa bersedia menghadapi bila-bila masa sahaja pilihan raya diumumkan,” katanya.

Pas mula bertindak ganas Bekas penyokong tegar Pas terima ugutan bunuh kerana beliau sekeluarga bertindak menyertai Umno

B

erita mengenai seorang bekas penyokong tegar Pas dari Seberang Jerong, Marang yang menerima ugutan bunuh daripada penyokong tegar Pas, baru-baru ini bukanlah suatu kejadian atau peristiwa yang mengejutkan. Dalam kejadian itu, mangsa, Ramly Abdullah, 53, diugut kerana kini dia dan keluarganya telah menyertai Umno akibat sudah bosan dengan perjuangan parti itu yang telah hilang arah dan menyeleweng daripada perjuangan asalnya. Mangsa dikatakan menjadi sasaran kemarahan sekumpulan penyokong Pas yang kurang senang dan marah dengan pemasangan kain rentang tertera tulisan “Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain” yang menyokong Umno di kampung berkenaan. Kumpulan berkenaan menuduh kerja itu dilaku-

kan oleh Ramli dan mereka mendesak agar kain retntang tersebut ditutunkan. Kejadian itu sebenarnya menggambarkan sikap sebahagian besar ahli dan penyokong Pas, terutama sekali di daerah Marang yang memang terkenal dengan sikap samseng dan ‘gedebe’. Itulah sikap sebenar sesetengah ahli Pas yang tinggal di daerah Marang yang juga merupakan tempat tinggal Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Sebelum ini, banyak pergaduhan dicetuskan penyokong Pas yang dilaporkan berlaku di daerah Marang, terutama sewaktu kempen pilihan raya. Tidak sedikit penyokong Umno yang diugut dan telah dicederakan oleh penyokong tegar Pas dalam setiap kali kempen pilihan yang dilaporkan berlaku di daerah itu sejak dahulu lagi. Semasa proses pilihan raya pula, pengundi yang

pro-Umno di daerah Marang dihalang daripada menunaikan tanggungajwab mereka oleh penyokong-penyokong tegar parti Pas. Terdapat beberapa kes juga berlaku di daerah itu di mana bas yang membawa pengundi dari luar daerah yang mahu mengundi di Marang disekat dan dihalang, menyebabkan berlaku ketegangan hingga memaksa campur tangan pihak keselamatan. Di beberapa kawasan di daerah Marang juga penyokong Umno tidak berpeluang untuk memasang bendera dan poster pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana di ‘kawal’ oleh samseng-samseng parti tersebut. Sedangkan penyokong Pas boleh memasang bendera dan poster pemimpin mereka di mana-mana saja sesuka hati mereka, walaupun di kawasan kubu kuat Umno. Penyokong Umno tidak pernah menghalang ahli-ahli Pas memasang bendera, hatta di sepanjang jambatan sekalipun hinggakan menganggu pandangan pengguna jalan raya atas semangat ‘setiakawan’.

UMNO Besut sasar 2,000 majoriti satu Dun

Ahli dan pemimpin Umno Besut melafazkan ikrar taat setia kepada pemimpin dan Parti dalam menghadapi PRU13.

U

mno Bahagian Besut mensasarkan sekurang-kurangnya memperolehi 2,000 manjoriti bagi setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Perlimen Besut, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. Matlamat itu bersandarkan kepada pengaruh pembang-

kang yang semakin lemah di bahagian berikutan ramai penyokong pembangkang bertindak keluar parti sejak kebelakangan ini selain faktor utama perpaduan dan kekuatan Umno di bahagian itu. Ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, Umno bahagian akan meniupkan

semangat “Gelombang Biru” yang diperkenalkan pada 2000 bagi membangkitkan semangat ahli parti yang ternyata berkesan dalam mempengaruhi pengundi. Menurutnya, empat DUN di Parlimen Besut, iaitu DUN Hulu Besut, Kota Putera,Kuala Besut dan Jertih yang diwakili

RAMLy

Penyokong Umno sentiasa mengamalkan sikap ‘gentleman’ dalam berkempen kerana mereka sedar negara ini mengamalkan proses demokrasi. Bagaimanapun, sikap berkenaan tidak ada pada penyokong dan ahli Pas kerana mereka bertindak mengikut perasaan dan sanggup membelakangkan undang-undang dan batasan agama. Penyokong tegar Pas ‘bersultan di mata beraja di hati’ dan tidak mengendahkan hak-hak orang lain dalam apa jua tindakan mereka. Apakah sikap seumpama ini diajar oleh islam?. Di mana letaknya kesusilaan masyarakat Timur dan nilainilai murni sebagai umat islam di kalangan ahli-ahli dan penyokong Pas? Itulah beza antara Pas dan Umno... beliau sekarang tidak mudah diceroboh pembangkang bersandarkan sokongan kuat ahli akar umbi terhadap Barisan Nasional (BN). Dato’ Seri Idris berkata, seramai 71,969 pengundi termasuk 16,402 pengundi baru layak mengundi dan memilih calon pada PRU13 di parlimen berkenaan. Bagaimanapun,katanya, pihak BN tidak gentar dengan pengundi baru kerana sebahagian besar daripada jumlah itu adalah pengundi yang didaftarkan sendiri oleh Pemuda Umno Bahagian Besut sejak tiga tahun lalu. Beliau berkata, Umno bahagian itu juga dapat mempengarugi penyokong Pas yang kecewa dengan parti itu apabila Berjaya mengumpul hampir 1,000 penyokong yang menyhertai Umno dan akan mengundi BN.


0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

13

Pas tidak mampu perintah negara

imbas kembali

Pengundi Dun Bukit Payong semakin mempercayai BN kerana yakin pembangkang tidak mampu perintah negara. Mangsa penipuan tanah di zaman Kerajaan Pas membuat laporan polis supaya siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengesahkan apa yang berlaku.

`Saya rasa tertipu, tanah tak dapat, duit lesap’

Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah.”

Oleh WARTAWAN TEGANUKITA

S

ukomtrg123@gmail.com

aya rasa tertipu, tunggu dan tunggu tanah yang dijanjikan tak dapat pun, tapi duit mereka dah ambil,” demikian rintih Ruzilawati Che Seman, seorang mangsa penipuan tanah di zaman kerajaan lalu. Ruzilawati surirumah sepenuh masa itu mela-

hirkan rasa kesal dan rasa tertipu setelah wang yang dibayarnya sebanyak permulaan RM980 dan tambahan sebanyak RM320 setelah diberitahu jika membayarnya barulah diberikan tanah. Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua. “Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah,” katanya dengan nada sedih. Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah. Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua. “Saya datang ke sini, ke

balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja,” katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun. Kedua-dua mereka antara 1,080 yang ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada sebuah syarikat yang diarahkan dimaskukkan secara ‘bank in” oleh wakil rakyat dan ketua kampung waktu itu. Ditemui di Balai Polis Ketengah Jumaat lalu (22 Feb 2013) bersama-sama beberapa orang yang membuat laporan polis bagi kes penipuan yang membabitkan kerajaan lepas. Wang bayaran pendahuluan untuk mendapatkan tanah telah dibuat oleh seramai 1,080 orang terbabit dalam Rancangan Tanah Berkelompok kira-kira 9 tahun lalu. Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya. Setiap peserta telah diminta untuk membayar

sebanyak RM1,300 kepada akaun bank syarikat tertentu yang dilantik di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004. Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta ketua kampung dan YB wakil rakyat waktu itu. Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran. “Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta, melibatkan jutaan ringgit. Selepas pilihanraya umum pada 2004, ketua kampung tersebut juga tidak dapat dikesan,” dakwa mereka. “Kembalikan Duit K a mi ! itulah laungan mereka bersama spanduk yang menuntut keadilan. Turut menjadi mangsa peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di pejabat wakil rakyat pada 1 Julai 2002. Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Mangsa memberitahu, nombor lot tanah ada dilampirkan.

P

engundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong diingatkan bahawa Pas tidak mampu memerintah negara kerana melalui Pakatan Rakyat (PR) Pas hanya diberi kuota yang kecil dalam pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, berkata Pas dijangka memperolehi antara 50 hingga 60 kerusi Parlimen saja manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membolot bilangan kerusi yang jauh lebih besar. “Oleh itu, pemimpin Pas tidak boleh ‘bermimpi di siang hari’ untuk mengetuai Kerajaan Pusat sekiranya pembangkang menang pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis pembahagian hamper Program “1 Rumah 1 Hamper” anjuran DUN Bukit Payong di Balai Raya Kampung Belukar Jambu, baru-baru ini. Beliau berkata, jika pengundi memilih caloncalon PR mereka akan ditimpa bala besar kerana PR yang sebahagian besarnya didokong pemimpin bukan Islam dan Melayu akan menindas masyarakat Islam di negara ini. “Pada waktu itu kita menangis hingga kering air mata pun tidak ada guna lagi. Oleh itu, sebelum ‘nasi menjadi bubur’, marilah kita sama-sama mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti membela nasib umat Islam dan masyarakat Melayu di negara ini,” katanya. Encik Zaidi berkata, pemimpin BN sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk di kawasan Bukit Payong walaupun ia dikuasai parti pembangkang. “Macam-macam kita bagi kepada penduduk kawasan ini. Semua bantuan yang diterima penduduk kawasan lain seperti bantuan persekolahan anak-anak, BR1M, sumbangan hari raya dan bantuan dari Jabatan Kebajikan masyarakat, kita dapat juga,” katanya. Justeru itu, beliau meminta pengundi kawasan berkenaan supaya memilih calon BN pada pilihan raya kali ini supaya mereka dapar terus menikmati bantuan yang diterima selama ini. Sementara itu, kira-kira 180 ketua keluarga di kampong berkenaan menerima sumbangan hanper daripada Encik Zaidi, sebagai tanda sokongan mereka kepada Kerajaan BN selama ini.


14

0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Tuduhan Tian Chua keterlaluan

P

elbagai pihak kesal dan marah dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan pertempuran di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah, sebagai konspirasi Umno. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata tuduhan tersebut merupakan satu fitnah yang serius dan sukar dimaafkan berikutan tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan kejadian yang mengorbankan nyawa. “Perkara ini sudah melampau, pihak berkuasa disarankan membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang itu,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, Tian Chua langsung tidak menghormati kesedihan kerajaan dan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu yang sebenarnya antara wira negara mempertahankan tanah air. Menurutnya, amat malang apabila Tian Chua mendakwa kejadian tersebut yang meragut ramai nyawa anggota keselamatan sebagai satu konspirasi Umno. “Dalam saat kita (kerajaan) sedih di atas kematian anggota pasukan keselamatan, dia tuduh pula kita (Umno) ada konspirasi dalam tragedi ini. Ini satu fitnah serius kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. “Saya kira Tian Chua ini gatal mulut membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan pihak keselamatan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada orang yang (membuat kenyataan) tidak bertanggungjawab ini,” katanya. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua amat tidak bertanggungjawab. Katanya, sebaliknya, tidak mustahil apa yang diperkatakan itu cuba melindungi fakta sebenar, termasuk kemungkinan pembabitan pemimpin pembangkang berkaitan insiden di Lahad Datu, Semporna, Sabah. “Tian Chua perlu sedar kejadian di Lahad Datu itu membabitkan kematian anggota pasukan keselamatan serta ramai yang cedera. “Jadi, kenyataan Tian Chua dengan mendakwa konspirasi Umno amat tidak bertanggungajawab. Ini membabitkan kematian, bukan mati main-main dan amatlah bodoh jika anggap kejadian itu satu sandiwara,” katanya.

Kerajaan belanja RM6 juta bantu mangsa banjir Rakyat perlu bersyukur dengan limpah nikmat yang diberikan Oleh ESAH ABDULLAH ukomtrg123@gmail.com

K

erajaan negeri membelanjakan RM5 juta untuk membantu mangsa yang terlbat dalam banjir pusingan pertama dan kedua yang melanda negeri ini baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, jumlah itu tidak terma-

suk mereka yang terbabit dalam gelombang ketiga yang berlaku minggu lalu. “Kita telah membelanjakan RM5 juta setakat ini di mana setiap keluarga masing-masing menerima RM500,” katanya kepada pemberita di majlis Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Tahun 2012-2013 Daerah Kuala Terengganu di Dewan Kampus Institut Pendidikan Guru Dato’

Penerima bantuan mangsa banjir bersyukur kerana punyai kerajaan yang cakna rakyat.

Razali Ismail Batu Rakit, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Terengganu, Encik Tajul Ariffin Mohamad. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sentiasa

menjaga kebajikan rakyat bukan saja yang mengalami kesempitan hidup tetapi bencana alam dan sebagainya. “Saya harap rakyat bersyukur dengan limpah nikmat yang dikurniakan kepada negeri kita serta membolehkan rezeki ini diagihkan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya. Seramai 524 orang mangsa banjir dari DUN Tepoh, Seberang Takir, dan Teluk Pasu menerima bantuan berkenaan.

BB1M: Pelajar, ibu bapa kongsi kegembiraan Pelajar UMT gembira selepas menerima Baucer Buku 1Malaysia.

P

emberian Baucer Buku Rakyat 1Malaysia (BB1M) merupakan satu perkongsian kegembiraan antara kerajaan dengan rakyat dan antara pelajar dengan ibu bapa. “Baucer bernilai RM250 ini begitu bermakna dan besar ertinya kepada saya,” kata Mohamad Nor Khasbi Jarkoni pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Katanya, dengan pemberian

ini juga dapat membantu melancarkan proses pembelajaran demi untuk masa depan dan keluarga. Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) Siti Norbaiah Harun berazam untuk menggunakan pemberian ini untuk membeli buku-buku ilmiah untuk meningkatkan tahap pembelajaran. Beliau yang menerima baucer buku kali kedua di mana tahun lalu RM200 dan tahun ini dinaikkan kepada

RM250 dapat menjimatkan belanja. “Sekurang-kurangnya saya boleh beli lebih banyak buku untuk pembelajaran dan harga buku ilmiah RM100 lebih sebuah,” katanya. Bagi pelajar Sarjana Muda Kaunseling, Nurul Adila Zamri akan menggunakan baucer ini untuk membeli bukubuku ilmiah, alat tulis dan selebihnya buku motivasi. “Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana agihkan baucer buku kerana

kami sangat memerlukannya dan buku merupakan alat sokongan belajar paling utama serta berharap kerajaan teruskan projek ini,” katanya. Bagi Hazri Hanapy@Azlan pelajar Sarjana Muda Sains Agro Teknologi (Lepas Tuai) berharap pemberian baucer ini dapat memupuk minat membaca kalangan pelajar. “Tidak boleh tidak mereka mesti beli buku buku yang boleh dimanfaatkan untuk masa depan saya dan keluarga,” katanya.


0 1 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Manifesto bukan janji - Pakatan Rakyat Umpan politik PR semata-mata untuk mengaburi mata pengundi

ROSLI MAT HASSAN

Oleh FAUZI MOHD

ukomtrg123@gmail.com

M

anifesto bukanlah satu perjanjian – demikianlah kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakkan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu. Maksud pemimpin PR itu apa

sahaja yang digariskan dalam manifesto yang dicanang PKR, DAP dan Pas bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib ditunaikan, sebaliknya ia satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi. Rakyat yang terkedu dengan kenyataan itu bagaimanapun tetap dengan prinsip bahawa manifesto itu merupakan satu perjanjian dan ‘keceluparan’ pemimpin PR berkenaan adalah pengkhianatan kepada pengundi. Pengarah Strategi Umno Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan ketika dihubungi Teganukita turut mempersoalkan apa gunanya manifesto baru yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ dilancarkan sekiranya ‘manifesto bukan janji’. “Apa guna manifesto yang dicetak panjang lebar, dicanang ke serata negeri jika pemimpin mereka anggap ‘manifesto bukan janji’? Adakah untuk populariti atau publisiti murahan?

“Untuk apa manifesto baru sekiranya ia bukan sesuatu yang mesti ditunaikan, tidakkah itu satu bentuk khianat kepada undi yang diberikan oleh rakyat,” soal beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun. Tidak hairanlah perkataan manifesto dan janji diganti dengan perkataan ‘Tawaran Mega’ dalam satu perhimpunan di Kompleks Pas Pahang, Kerdau, beberapa hari selepas kenyataan Khalid Ibrahim. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada program itu telah mengumumkan Tawaran Mega 3+1 meliputi peringkat Pusat dan negeri. Sampai bila pemimpin PR mahu dipandang oleh rakyat sebagai ‘penjual temberang’ dengan manifesto-manifesto yang adakalanya penuh retorik dan tidak masuk akal. Rakyat telah melihat keupayaan PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan yang

sehingga kini masih kosong dalam isu pendidikan percuma hatta anak-anak tadika atau pra-sekolah masih perlu membayar pelbagai yuran bulanan serta tahunan. Institut Pengajian Tinggi (IPT) kelolaan kerajaan negeri di Selangor dan Kedah masih tidak mampu menjadi model pendidikan percuma seperti yang dimomokkan atas pentas ceramah politik. Di Terengganu, soal bagaimana PAS tidak mampu menunaikan janji bukanlah perkara baru kerana parti itu pernah diberi mandat oleh rakyat mentadbir negeri itu pada tahun 1999 hingga 2004. Contohnya, janji PAS untuk memperkasakan pendidikan di Terengganu ditunaikan dengan tindakan yang ‘pelik’ seperti mengarahkan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) mengambil 38 pelajar dan dua pensyarah yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kerajaan PAS yang ‘berlakon’ di hadapan rakyat kononnya lantang dalam isu kronisme turut meluluskan 10,000 ekar Hutan Simpan Sungai Paka, Dungun

ERATNYA PAS-DAP!!!

15

kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika itu, Dato’ Hishamudin Yahaya melalui syarikat North East Plantation Sdn. Bhd. pada 15 November 2000. Turut diluluskan Kerajaan Pas ialah tanah pertanian seluas 50 hektar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Ladang ketika itu, Dr. Sulaiman Abdullah melalui syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd. Keghairahan Kerajaan Pas meluluskan kawasan balak kepada Jawatankuasa Syura Rakyat, kroni-kroni Pas termasuk kawasan balak bernilai lebih RM5 juta seluas 2,600 hektar di Merang, Setiu kepada gadis berusia 26 tahun merupakan satu perbuatan mungkir janji. Sementara itu, Kerajaan Pas turut menyenaraikan dalam manifesto mereka bahawa Exco atau wakil rakyat tidak akan mengambil elaun dan imbuhan daripada anak syarikat kerajaan negeri, tugas dijalankan secara sukarela. RM33,056. Di mana prinsip dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat dalam soal menabur dan menunai janji? Jika Khalid Ibrahim pada tahun 2012 berkata ‘manifesto bukan janji’, pemimpin Pas di Terengganu sudah lama mengamalkan prinsip yang layak disebut ‘manifesto hanya gula-gula pilihanraya.

TETAP ERAT....Gambar ini membayangkan dengan jelas betapa tidak benarnya gambaran yang diberikan media massa pro BN kononnya Barisan Alternatif kini retak, terutamanya Pas dan DAP. Gambar memperlihatkan bagaimana eratnya mantan Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeluk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang datang membuat kunjungan hormat ke pejabat beliau baru-baru ini. Turut mengiringi Kit Siang ialah Naib Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung, Kerk Kim Hock, Bendahari, Fong Kui Lund dan Setiausaha Publisiti, Ronny Liu. Manakala Exco kerajaan negeri yang menyertai majlis itu ialah Haji Mustaffa Ali, Ustaz Harun Taib, Haji Wan Mutalib Embong, Ustaz Abu Bakar Chik dan Tun Mohd.Salleh Abas.


Sukan TEGANUKITA

T E R K I N I • C E PAT • T E PAT

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

Terengganu

Diterbitkan sejak tahun 2008

KELUARAN KHAS 01 • Percuma

sedia jadi tuan rumah

LTdL tahun depan

Oleh AIDA ABD RAHMAN dan SURIATI ALI ukomtrg123@gmail.com

K

erajaan negeri sedia menjadi tuan rumah peringkat akhir kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) buat kali ketiga tahun depan jika masih diberikan peluang itu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, ia ekoran sambutan hangat daripada penduduk sepanjang dua hari perlumbaan LTdL di negeri ini, terutama ketika memasuki peringkat kelapan iaitu dari Pekan menuju ke Chukai, Kemaman. Menurutnya, beliau difahamkan sebaik saja pelumba memasuki Chukai ribuan rakyat Terengganu keluar memberi sokongan padu terutama apabila melibat kelibat pasukan TSG (Terengganu Cy-

cling Team). “Justeru, saya berharap tahun depan Terengganu akan diberi peluang sekali lagi menjadi tuan rumah dan kita juga bersedia untuk membuat penajaan. “Ini secara tidak langsung dapat memberi suntikan semangat kepada atlet pelapis lumba basikal di negeri ini untuk berusaha dengan lebih kuat seterusnya mampu menyertai acara berprestij ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Kejohanan ltDl di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab; Ketua Pegawai Operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal serta Pengerusi

Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat. Turut hadir Ketua Polis Negeri, Dato’ Jamshah Mustapa; Pengarah MSNT, Zainal Abidin Hussin serta Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail. Seperti diramal, pelumba Colombia, Julian Arredondo dari pasukan benua Jepun, Team Nippo-De Rosa (PPO) dinobatkan selaku juara keseluruhan (Jersi Kuning) Raja Pecut.

seluruh Malaysia yang datang sempena Terengganu Bike Week 2013, apalagi acara itu dilaksanakan pada Tahun Melawat Terengganu 2013. “Ini menggambarkan sebenarnya Terengganu amat menarik perhatian bikers untuk datang ke sini dan sebab itu saya memutuskan Terengganu Bike Week ini diadakan setiap tahun serta dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Terengganu di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Terengganu Bike Week 2013, di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu,

baru-baru ini. Hadir sama, Presiden Persatuan Permotoran Terengganu, Tengku Seri Temenggong Raja dan lebih 2,000 ahli persatuan permotoran seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Thailand. Menteri Besar yang menyambut baik cadangan Tengku Seri Temenggong supaya menjadikan acara itu sebagai program tahunan berkata, langkah itu bertepatan sebagai usaha menarik lebih ramai pelawat dari luar Terengganu dapat meningkat jumlah kedatangan pelancong.

Terengganu Bike Week jadi acara teras kalendar pelancongan

K

erajaan negeri bersetuju menjadikan program Minggu Permotoran Terengganu sebagai acara teras dalam kalendar pelancongan negeri bermula tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sebagai tuan rumah program tahunan itu, kerajaan negeri bersedia untuk menimbang sebarang bentuk bantuan termasuk penajaan bagi menjayakan penganjurannya di masa depan. “Saya menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan para `bikers’ dari

Menteri Besar bersama peserta Bike Week di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.