teganukita 74

Page 1

Sukan ms-16 Peteh KIDS

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI...Lima penduduk Kampung Tanjung Kapor, Ladang begitu gembira bersama replika kunci Ladang Gemilang II, di majlis penyerahan kunci pangsapuri itu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini.

R

Bil: 74 • 1 Feb - 15 Feb 2013 • Percuma

Penduduk dapat rumah baru

Hasil perjuangan Kerajaan BN untuk rakyat

Pertahan Kerajaan BN S

akyat Terengganu diminta pendidikan seperti yang ada sekarang ini. Oleh KAMARUDIN MAT AKIB dinmatkibm@yahoo.com mempertahankan Kerajaan “Terengganu kini mencipta nama di luar Barisan Nasional (BN) pada negara apabila beberapa pelajar yang menuntut Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) agar di beberapa universiti terkemuka seperti Oxford Univerkecemerlangan bidang pendidikan yang sedang dinikmati sity dan Imperial College London, telah mencatat sejarah penduduk negeri ini dapat diteruskan di masa depan. menjadi pelajar terbaik di pusat pengajian berkenaan,” Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, katanya kepada Teganukita baru-baru ini. Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata hanya BN yang BERITA PENUH ms-2 mampu menyediakan segala bentuk kemudahan di bidang

Janji Ditepati

Rakyat Terengganu dinasihatkan mengundi calon-calon Barisan Nasional pada PRU 13 nanti bagi memastikan kecemerlangan dapat diteruskan di masa depan

Diterbitkan sejak tahun 2008

Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

eramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengganu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan. BERITA PENUH ms-4

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

harishfadzillah@gmail.com

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

HARISH FADZILLAH

ISSN 2180-4737

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


2

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

dari ms-1

Jangan terpengaruh janji manis pembangkang Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak memperjudikan nasib generasi akan datang dengan mengundi caloncalon parti pembangkang pada PRU 13. “Saya minta rakyat Terengganu usah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pembangkang yang mahu membuat itu dan ini jika mereka AHMAD RAZIF memerintah negeri ini. “Sejarah telah membuktikan Terengganu telah mengalami zaman gelap di bawah pemerintahan Pas di mana tidak banyak program kecemerlangan pelajar dilakukan sepanjang pentadbiran parti itu (dari tahun 1999 hingga 2004),” katanya. Sebaliknya, kata Dato’ Haji Ahmad Razif, dengan rangka kerja yang disediakan pemimpin BN dan dibantu warga pendidik bidang pendidikan dipacu dengan cemerlang, sekaligus membuahkan hasil yang amat positif. “Terengganu mencipta kecemerlangan luar biasa, bukan setakat di negara ini apabila menjadi juara dalam pelbagai peperiksaan awam, tetapi pelajar kita mampu menempatkan diri antara 10 graduan terbaik di Imperial College London,” tambahnya. Beliau turut menasihatkan warga pendidik di negeri ini supaya bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian yang diberikan baik oleh kerajaan negeri mahu pun Pusat, termasuk mengekalkan mereka di sekolah yang sama bagi tempoh yang agak lama. “Guru-guru tidak ditukar dengan kerap seperti anggota keselamatan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada usaha mendidik pelajar. “Tetapi jika guru-guru ditukarkan setelah lama berkhidmat di sesebuah sekolah, usahlah pula membenci kerajaan dan mencaci pemimpin kerana itu perkara biasa dalam perkhidmatan perguruan,” ujarnya. di dalam web

Pasar borong RM50j di Bukit Payong

Menempatkan 130 peniaga apabila siap nanti

P

Oleh NORAINI JUSOH asar borong negeri merancang untuk ukomtrg123@gmail.com bernilai membina pasar borong RM50 juta berkenaan sejak 2006 yang akan dibina di Bukit lagi, bagaimanapun tertangguh disePayong, Marang bakal memberi babkan beberapa masalah tertentu. kemudahan yang lebih selesa kepada “Tapak pasar borong berkenaan penduduk setempat dan peniaga seluas kira-kira 20 hektar sudahpun tempatan untuk berurusniaga me- siap sepenuhnya. masarkan produk mereka. “Cuma masalah yang dihadapi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian adalah berkaitan dengan laluan dan Industri Asas Tani negeri, YB masuk kerana kedudukannya di tepi Haji Asha’ari Idris berkata, kerajaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di

ASHA’ARI IDRIS

mana menyukarkan lori-lori dari Cameron Highlands contohnya untuk menghantar sayur-sayuran kepada peniaga di pasar borong terbabit,” ujarnya. Katanya, pembinaan pasar borong itu mampu menempatkan 120 sehingga 130 peniaga.

Jambatan Seberang Takir ditender Jun ini

T

erengganu bakal memiliki sebuah jambatan baru yang unik bagi menghubungkan Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini. Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dikeluarkan pada September nanti. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jambatan

berkenaan unik berikutan boleh dibuka dan ditutup sebagai laluan kapal ke muara sungai Terengganu itu menjadi laluan alternatif yang baru kepada orang ramai dari Seberang Takir untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu. “Jambatan itu akan menjadi jalan lingkaran kedua yang melibatkan dari Bulatan Ladang, seterusnya menghala ke muara Sungai Terengganu melalui jambatan berkenaan sampai ke Seberang Takir. Selain itu, terdapat laluan baru empat lorong yang akan dibina daripada

Seberang Takir menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. “Daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menggunakan laluan empat lorong sedia ada menghala ke Semarak terus ke Jambatan Sultan Mahmud, daripada Jambatan Sultan Mahmud ke Bukit Besar, seterusnya ke Jalan Pasir Panjang diikuti ke Kediaman Seri Iman,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Jambatan Seberang Takir yang unik yang boleh dibuka dan ditutup dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Lagi berita : Layari... Pelajar IQT johan hafazan peringkat negeri

Anggota ATM patut terima kasih kepada kerajaan

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patut berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah banyak membantu anggota dan ahli keluarga bagi meningkatkan taraf hidup dan sosial anggota. www.teganukita.blogspot.com

Kelancaran dan ketepatan seorang pelajar Institut al-Quran Terengganu (IQT) memperdengarkan bacaan hafazan al-Quran MB dianggap tetamu paling bagi tahap satu hingga 30 juzuk berjaya memikat istimewa juri untuk muncul johan “Kehadiran Menteri Besar bersama pertandingan Menghafaz rombongan untuk menjenguk suami dan al-Quran Peringkat Negeri anak yang terlantar sakit dianggap tetamu Terengganu 2013/1434H. paling istimewa dan cukup bermakna. www.teganukita.blogspot.com

www.teganukita.blogspot.com


BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

Pembangkang tidak telus - Rosol Helah PR bagi menidakkan kredibiliti SPR mengurus proses pilihan raya Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

S

aya khuatir Pakatan Rakyat (PR) menggunakan segala helah dan madah bagi menidakkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengurus proses pilihan raya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Dato’ Rosol Wahid. “Saya yakin dan percaya, SPR akan dipersalahkan sekali lagi jika kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak menang dengan majoriti mudah dan dapat mengekalkan mandat pemerintahan. “Namun, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dipertikaikan kenapa mereka boleh memerintah? Inilah sikap dan sifat pembangkang di Malaysia yang menjadi pembangkang yang tidak telus kepada rakyat bukan disifatkan `check and balance’ kepada kerajaan memerintah,” ulas Dato’ Rosol menerusi laman blog milik beliau, baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Ajil berkata rakyat

ROSOL WAHID

Malaysia kini dilihat lebih matang dalam memilih yang mana permata dan kaca ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, PRU13 menjadi medan yang sengit buat kerajaan yang memerintah mengekalkan mandat, manakala pembangkang pastinya akan meneruskan usaha dan melakukan pelbagai cara bagi merampas tampuk pemerintahan. Menurut beliau, jika BN kekal mentadbir negara menggambarkan bahawa PR tidak akan mendapat tempat di hati rakyat pada masa-masa akan datang dan pada masa yang sama, mereka akan berusaha mengadakan segala tohmahan bagi menidakkan keputusan

rakyat dalam PRU13 kelak. Selain itu, menurut beliau Dato Sri Mohd Najib juga sudah melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi dalam aspek politik, pentadbiran dan ekonomi termasuk memperkenalkan semula konsep 1Malaysia. “Konsep 1Malaysia sebenarnya bermula sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Apabila diimbas kembali detik-detik negara mencapai kemerdekaan, tiga kaum utama negara bersepakat menerima segala perjanjian bagi menerima kaum Cina dan India sebagai salah satu komuniti dalam Malaysia. Melayu,Cina dan India sudah sekian lama bersatu- padu di bawah Malaysia. “Malangnya, perasaan hasad dengki dan api kebencian yang tertanam segelintir kaum dalam Melayu, Cina dan India maka terbentuknya parti-parti serpihan pembangkang,” katanya. Beliau menambah, sememangnya diakui bahawa perlu ada pembangkang di dalam sesebuah kerajaan sebagai `check and balance’. Bagaimanapun, pembangkang langsung tidak menghargai segala kebaikan

yang dilaksanakan Kerajaan BN, malah mengkritik secara membabi-buta tanpa memperincikan kesan positif setiap dasar yang dilaksanakan itu. “Saya percaya, tidak semua rakyat Malaysia ingin melihat kekacauan dan rusuhan kaum terjadi sekali lagi di Malaysia. Oleh sebab itu, perpaduan tiga kaum utama di Malaysia amat penting. Bukan disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda politik tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap keamanan mahu pun kedamaian yang sedia ada,” katanya. Pada masa yang sama, beliau berkata `Arab Spring’ tidak akan terjadi di negara ini kerana menyifatkan suasana di Malaysia jauh berbeza dengan masyarakat Timur Tengah. Rakyat Malaysia menurut Dato’ Rosol, lebih matang dan bijak memilih yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta penukaran rakyat secara Arab Spring tidak akan terjadi kecuali mereka tidak mampu menerima kenyataan hasil keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Ketengah lebih ramai calon muda

P

emuda Barisan Nasional (BN) Terengganu menaruh harapan tinggi supaya lebih ramai calon muda diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi peluang pemimpin pelapis itu membarisi kepimpinan negeri. Tanpa menyangkal pengalaman, jasa bakti dan kehebatan pemimpin BN yang terdahulu, Pengerusinya, Encik Saiful Bahri Baharuddin berkata dengan meletakkan lebih ramai calon muda juga memberi potensi lebih cerah kepada BN bagi memenangi PRU13 memandangkan lebih separuh pengundi di Terengganu adalah golongan muda. “Jumlah pengundi muda berusia bawah 40 tahun adalah seramai 343,938 orang atau 54.60 peratus daripada keseluruhan 629, 869 orang pengundi sehingga suku ketiga tahun lalu di seluruh Terengganu. “Saya memang mengharapkan penambahan calon muda kerana pengundi muda pastinya lebih tertarik kepada pemimpin muda berikutan mereka nanti dapat membawa mesej baru dan juga mampu

menjadi pemimpin pelapis,” katanya di Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Encik Saiful yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, berkata pada PRU 2008 lalu hanya empat calon dari komponen sayap parti itu dipilih bertanding serta memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRU 2008, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Haji Khazan Che Mat; Adun Telemong, Haji Rozi Mamat; Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Haji Wan Abdul Hakim Mokhtar (Adun Air Putih). “Saya sudah mengemukakan senarai nama calon-calon dari peringkat Pemuda Umno dan juga rakan lain untuk dipertimbangkan oleh YAB Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Presiden Parti dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia. “Saya berharap calon muda yang kita kemukakan dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding di kerusi Dun dan juga Parlimen,” katanya.

3

Waterfront fasa dua rancak dibangunkan

B

andar Raya Kuala Terengganu kian berubah wajah apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM150 juta bagi membangunkan pinggiran air dari Kampung Tanjung hingga Kampung Cina. Projek fasa kedua sepanjang satu kilometer itu melibatkan keluasan empat hektar adalah sambungan kepada pembangunan pinggiran air sedia ada. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata pembinaan pinggiran air berkenaan sedang giat dilaksanakan sebagai kesinambungan pembangunan bandar pesisir air dan daya tarikan pelancong ke bandar Kuala Terengganu. “Kerja-kerja pembinaan waterfront di pinggir bandar ini sedang berjalan melibatkan sekitar Pasar Kedai Payang hingga Kampung Tanjung termasuk membina jeti pelancongan untuk ke Pulau Redang.

Pelajar cemerlang DUN Ladang terima insentif

S

eramai 244 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menerima insentif daripada kerajaan negeri berjumlah RM32,320. Daripada jumlah itu, sejumlah RM20,160 dibelanjakan untuk 168 pelajar yang mendapat 5A, sementara RM12,160 lagi kepada 76 pelajar yang meraih 8A dan 9A PMR. Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh berkata, pelajar zaman sekarang beruntung kerana pelbagai bantuan disediakan pihak kerajaan kepada mereka. Pemuda BN mahukan lebih ramai calon muda diketengahkan pada PRU 13 nanti kerana Lebih separuh pengundi di Terengganu adalah golongan muda.


4

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Kerja baik pulih stadium libat dua fasa giat berjalan

Kerja-kerja membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sedang giat dijalankan.

K

erja membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sedang giat dilaksanakan melibatkan dua pakej dengan peruntukan awal kira-kira RM15 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, kedua-dua pakej tersebut dijalankan secara serentak. “Bagi pakej pembukaan semula bumbung stadium yang lebih kecil yang tidak terlibat dalam runtuhan tiga tahun lepas melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta kerana daripada kajian graviti yang dibuat bumbung tersebut juga

Oleh NORAINI JUSOH

ukomtrg123@gmail.com

didapati tidak selamat. “Manakala, kerja-kerja bagi pakej membaiki bumbung utama yang terlibat dengan runtuhan pula melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta berikutan kerja-kerja tersebut agak rumit dan memakan masa kerana ia perlu menyiapkan 306 rasuk dalam pelbagai bentuk dan saiz yang melibatkan tempat duduk utama,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada Majlis Bantuan ‘OneOff’ Banjir Negeri Terengganu 2012/2013 Peringkat Daerah Dungun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-ba-

ru ini. Katanya, kerja-kerja bagi pakej membuka semula bumbung stadium telah selesai hampir 50 peratus. Menurut beliau, setelah kerja-kerja awal tersebut selesai, pihaknya akan menjalankan kerja proses pemilihan bumbung dengan memberi keutamaan kepada pemilihan reka bentuk yang tidak membebankan struktur yang sedia ada. Tambah beliau, kedua-dua pakej itu termasuk juga kerja-kerja pendawaian elektrik, mekanikal serta membaiki padang supaya sekurang-kurangnya kemudahan padang berkenaan dapat digunakan pada siang hari untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

dari ms-1

Kerja membabitkan pembukaan semula, membaiki bumbung

MB serah kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang II

Mangsa banjir di Dungun lega

S

emua mangsa banjir di Dungun yang ditempatkan di pusat pemindahan berdaftar dan diiktiraf menzahirkan perasaan lega dan gembira apabila menerima bantuan one-off RM500 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini. Seramai 2111 mangsa banjir bagi daerah tersebut menerima bantuan itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1,055,500. Seorang penerima, Azmanizam Abdul Razak, 33, dari Kampung Tepus, Bukit Besi berkata, beliau tidak menyangka rumahnya turut dilanda banjir dan menganggarkan nilai kerugian yang terpaksa ditanggungnya melebihi RM1000. “Saya tidak sangka rumah turut dinaiki air ekoran banjir baru-baru ini kerana sebelum ini tidak pernah berlaku sedemikian. “Walau bagaimanapun, saya bersyukur dan berbangga kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar kita turun padang untuk

Menteri Besar menyampaikan kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang II kepada pemiliknya. AZMANIZAM

MD ZAID

Seramai 2111 mangsa banjir daerah Dungun menerima bantuan ` One Off ` melibatkan peruntukan sebanyak RM1,055,550.

menyerahkan bantuan banjir kepada mangsa banjir dan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya. Rakannya, Md Zaid Abdullah,42, juga dari Kampung Tepus, Bukit Besi berkata, dengan bantuan kerajaan negeri yang diterima hari ini dan ditambah dengan bantuan kerajaan pusat

DUYAH

yang telah diterima baru-baru ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di kampungnya. “Saya begitu gembira dengan bantuan yang diberikan dan sangat bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama yang ditimpa bencana alam seperti saya dan mangsa banjir yang lain,” ujarnya. Bagi Duyah Abdul Rahman, 68, pula berkata, bantuan wang tunai sebanyak RM500 yang diterimanya akan digunakan sebaik mungkin untuk menggantikan barangan penting yang rosak akibat banjir baru-baru ini. “Saya akan gunakan wang ini untuk perbelanjaan makan minum dan membeli kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir,” katanya.

S

eramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor, Kuala Terengganu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci rumah Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan. “Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka yang selalu menyebarkan fitnah serta buruk sangka terhadap usaha kerajaan membela rakyat diberi hidayah Allah SWT,” katanya ketika berucap di majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2, baru-baru ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abd Razak Ismail dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

(PMINT) Dato’ Haji Osman Muda. Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Haji Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh. Menteri Besar mengulangi kata-kata yang selalu disebut beliau sebelum ini bahawa kerajaan BN sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman parti serta sedia mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi untuk dipertimbang sebelum membuat keputusan bagi kepentingan semua. Beliau turut mengingatkan supaya tidak mendengar sebarang hasutandan fitnah pembangkang kerana mereka akan sentiasa menyalahkan kerajaan biar pun pada hakikat sebenar, golongan itu turut menikmati pembangunan hasil perjuangan Kerajaan BN. Pangsapuri Ladang Gemilang 2 dibina setinggi 17 tingkat termasuk empat tingkat pertama khusus untuk pakir kereta serta 192 unit rumah dengan kos pembinaan RM198,000 seunit.


fokus

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

Pasar Kedai Payang berubah wajah Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

P

asar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi. Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan,. “Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang

Menyediakan hotel lima bintang 23 tingkat, 30 tingkat apartment dengan pelaburan lebih RM400 juta

dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 secara one-off kepada Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Peringkat Negeri

Terengganu di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran ATM, Dato’ Zulkifli Mazlan dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu, Encik Alias Razak serta 975 orang bekas tentera dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala kerja-kerja menyiapkan pasar sementara di Pulau Warisan memakan masa antara empat hingga enam bulan,” katanya. Menurutnya, kerja-kerja memindahkan peniaga di Pasar Payang hanya akan dijalankan sebaik sahaja a pasar sementara siap sekaligus mengharapkan peniaga dapat bersabar kerana kerajaan akan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa kepada mereka. Katanya, kerajaan negeri akan memilih satu syarikat terbaik daripada tiga syarikat yang mengemukakan permohonan bagi mengendalikan projek berkenaan. Menurutnya, nama Pasar Kedai Payang akan dikekalkan kerana sudah sinonim dengan pelancong dan pelawat ke negeri ini.

Larangan pasang bendera di jambatan, bulatan

K

erajaan negeri menggesa semua pemimpin dan penyokong politik supaya segera menurunkan bendera parti masing-masing yang dipasang di tempat awam terutama pada jambatan dan bulatan seluruh negeri ini berikutan perbuatan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengeluarkan notis arahan kepada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang dan segera menurunkan bendera yang dipasang di lokasi tidak dibenarkan itu. “PBT meminta supaya semua bendera parti politik tidak dibenarkan sama sekali dipasang di jambatan sama

Tindakan memasang bendera di atas jambatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

ada sekarang mahu pun ketika kempen pilihan raya kerana kita menerima bantahan dan rungutan daripada orang ramai. “Selain jambatan, kita juga tidak membenarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menjejaskan pandangan pengguna jalan raya,” katanya baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jika

gagal mematuhi arahan berkenaan, PBT akan bertindak menurun dan merampas bendera berkenaan serta boleh dikenakan denda kepada mana-mana parti politik terbabit. “Kita ada kuasa mendenda mereka, tetapi buat permulaan kita merampas dulu bendera berkenaan. Ini kerana apa jua pemasangan di kawasan PBT perlu mendapatkan kebenaran PBT terlebih dahulu, jadi kita berhak mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar dengan amaran kita,” katanya. Katanya, pihaknya juga kesal dengan tindakan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian pada tiang lampu di bandar ini untuk memasang bendera parti mereka sehingga mencacatkan pemandangan serta merosakkan harta benda awam.

Budaya cintai al-Quran, elak tafsiran mengelirukan

S

etiap usaha kerajaan bagi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat negeri ini bukan sahaja mampu mendatangkan kebaikan dan keberkatan kepada negeri, malah turut meningkatkan kefahaman agama serta mewujudkan kesejahteraan di kalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, berkata dengan lahirnya masyarakat yang memahami al-Quran dengan cara yang betul pasti mampu menghalang golongan tertentu melakukan kekeliruan menerusi pandangan dan tafsiran yang tersendiri demi kepentingan peribadi atau politik mereka. “Oleh itu, hari ini apabila lahir ramai golongan ulamak dan mereka yang mengetahui mengenai agama yang berada di pelbagai jabatan dalam negara kita, mereka mengajar di sana-sini, maka kefahaman agama semakin meningkat, hari ini semakin banyak perubahan dalam bidang agama tanah air. “Kalau dahulu dengan mudah ayat al-Quran dibaca dan ditafsirkan dengan cara mendesak, maka dengan peningkatan ilmu hari ini ditafsir dengan cara yang sebenar berdasarkan pendapat ulamak,” katanya di Majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Haji Khazan berkata, usaha kerajaan mewujudkan lebih ramai golongan ilmuwan dalam bidang agama dan al-Quran itu sudah cukup memberi kefahaman kepada orang ramai bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu menepati tuntutan agama. Beliau berkata, jika dahulu dengan mudah orang menganggap sesiapa yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t tergolong dalam golongan kafir, jika kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud juga dianggap kafir dan orang yang menyokong kerajaan juga dianggap kafir. Bagaimanapun, katanya dengan perubahan masa apabila ramai yang berpengetahuan agama dan mengetahui tafsiran al-Quran maka tuduhan kafir itu dapat diperbetulkan maksud dan pengertiannya. “Ayat (mengenai kafir) itu ada tafsirannya, sesiapa yang tidak melaksanakan hukum agama dengan mengingkari barulah dia kafir.. kafir apabila dia tidak melaksanakan atas sebab-sebab yang lain tanpa dia mengingkari, maka ini boleh jadi mereka fasik atau dosa besar dan sebagainya. Inilah tafsir yang sebenar dan apa yang kita mahukan daripada masyarakat kita,” katanya.

5


6

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

ULASAN

PENGARANG

analisis

JANJI DITEPATI KERAJAAN, jangan terpedaya janji kosong pembangkang

B

arang yang dikata, itulah yang dikota. Janji mesti ditepati. Itu pendekatan dan slogan yang universal, nilai yang amat positif tidak kira siapa mereka. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sendiri telah meletakkan sebagai kewajipan di pihak kerajaan untuk menunaikan janji kepada rakyat. Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan adalah merupakan suatu pengharapan yang tinggi, agar kehidupan mereka lebih selesa, selamat dan terpelihara. Manifesto yang dikemukakan kepada rakyat setiap kali pilihanraya bukanlah sekadar janji kosong, tetapi ia adalah merupakan janji yang mesti ditepati. Kerajaan sekarang melalui manifesto pada penggal pilihanraya yang lalu misalnya, menjanjikan kepada rakyat untuk menjadikan negara yang “Selamat, Aman, Makmur”, menepati kehendak majoriti rakyat Malaysia menuju masa depan lebih baik. Orang ramai jangan terpedaya dengan sesetengah pihak yang hanya pandai berjanji dengan janji-janji manis dan mengemukakan manifesto yang sungguh enak lagi menarik, namun akhirnya ia hanyalah janji kosong atau janji yang tinggal janji. Di Terengganu kita sudah melalui pengalaman pahit sebelum ini di mana golongan berkenaan yang berjanji itu dan ini, tetapi berakhir dengan janji kosong. Kebaikan yang dijanjikan bertukar menjadi sebaliknya kerana golongan ini menjadi seperti ‘tikus membaiki labu’- yang telah baik bertukar menjadi rosak dan binasa. Oleh itu jangan sampai ‘pisang berbuah dua kali’. Berwaspadalah, bila menjelang musim pilihanraya, golongan ini akan datang lagi kepada rakyat dengan manifesto yang kadang-kadang tidak masuk akal, yang bakal menjadi janji kosong semata-mata. Jangan sampai, mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.

- Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU YB HAJI KHAZAN CHE MAT

PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA DAN PENERANGAN NEGERI

TERBONGKAR AKHIRNYA...anak saudara kroni parti berkenaan dikatakan menggunakan namanya untuk membolot kawasan balak seluas 6,500 ekar terletak di Merang, Setiu, Terengganu.

INGAT DOK LAGI

Balak Untuk Gadis Kroni...

S

uzana yang ketika itu adalah seorang gadis cantik, berusia 26 tahun tiba-tiba menjadi ‘glamour’ apabila terbongkar kerajaan Terengganu pada waktu itu meluluskan kepada beliau kawasan balak melalui sebuah Yayasan milik Kerajaan Terengganu seluas 6, 500 ekar! Suzana gadis berasal dari Hulu Terengganu dengan tiba-tiba mempunyai syarikat yang didaftarkan ditubuhkan pada 10 Julai 2003 dengan jenis perniagaan Pembalakan dan Menjual Kayu. Gadis ini adalah pekerja di sebuah kilang papan di Wakaf Tapai yang dimiliki bukan Melayu, kroni parti pemerintah waktu itu. Suzana adalah anak saudara

OLEH: LANG TELIPOT

?

langtelipot@yahoo.com kepada orang kuat parti tertentu di kawasan itu. Kawasan balak yang diberikan kepada gadis ini seluas 6 500 ekar atau 2 600 hektar...teramatlah luas, terletak di Merang, Setiu Terengganu. Nilai kawasan ini pada waktu itu tidak kurang dari RM5juta atau RM6 juta atau lebih. Kelulusan kawasan balak kepada Suzana ini tidak dibuat melalui tender terbuka. Suzana diperalatkan oleh syarikat atau kilang papan tempat beliau bekerja dan syarikat itu adalah kroni kepada pemimpin kerajaan waktu itu.

Pengerusi Pelaburan yayasan milik kerajaan Terengganu waktu itu adalah merupakan pemimpin kanan dalam parti terbabit, begitu juga pengerusinya pemimpin utama parti berkenaan.

CORAT CORET

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar TEGANUKITA diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu). - Petikan dari Utusan Malaysia.


Pasar Kedai Payang dimajukan lagi OLEH: BAYU TELIPOT

I

ukomtrg123@gmail.com

rencana

WALAUPUN Ketua Pemuda Pas Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim menuduh pembinaan Zoo Kemaman membazir dan merugikan rakyat, tetapi kanak-kanak PASTI milik PAS serta sekolah tahfiz dan maahad tetap berkunjung ke zoo berkenaan.

7

dan mampu menarik lebih ramai orang termasuk pelancong membeli-belah di situ. Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Kedai Payang. Ia dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun ini. Kerajaan negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Kedai Payang yang sedia ada, setelah Jabatan Kerja Raya Malaysia atau JKR mengesahkan ia tidak selamat diduduki. Pihak JKR menjelaskan, sememangnya bangunan Pasar Kedai Payang terutama di bahagian anjung yang berada di dalam sungai di bahagian pasar basah perlu dirombak dan bina semula. Terdapat struktur binaan yang telah reput dan rosak di bahagian bawahnya dan boleh menyebabkan keruntuhan bila-bila masa sahaja. Timbalan Pengarah JKR Negeri Ir. Haji Abdul Manan Embong sendiri mengesahkan bahawa terdapat laporan bertulis berkaitan perkara itu. Oleh itu jelaslah di sini bahawa pembinaan semula pasar berkenaan adalah berkaitan

Perbincangan antara kerajaan dengan peniaga sebelum sebarang tindakan dilakukan terhadap Pasar Kedai Payang

rapat dengan keselamatan pengguna. Bahkan kebanyakan peniaga bersetuju dengan usaha murni kerajaan negeri dalam pembangunan semula pasar tersebut. Peniaga ikan di Pasar Kedai Payang, Mustafa Kamal Mohd berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana mahu majukan pasar berkenaan. Apatah lagi katanya dengan keputusan membenarkan semua peniaga, termasuk penjual barangan basah untuk turut bersama-sama berniaga apabila siap Pasar Kedai Payang baru kelak. Sesungguhnya untuk pembangunan dan pembinaan semula sesuatu bangunan, ia tidak dapat tidak amat perlu dijalankan untuk kebaikan bersama. Tidak timbul soal menghapuskan warisan seperti dakwaan sesetengah pihak yang cuba menghasut pemikiran rakyat supaya menolak pembangunan oleh kerajaan. Apatah lagi pasar berkenaan bakal dibina semula dengan bangunan yang lebih baik. Malah menara ‘jam besar’ yang penuh memori akan ditempatkan semula di pintu masuk pasar baru itu nanti. Di Arab Saudi pun, termasuk di Mekah dan Madinah pembangunan dilakukan untuk keselesaan, sekalipun melibatkan bangunan

YANG TERANG LAGI BERSULUH Pas, seperti meludah ke langit.....

www.teganukita.blogspot.com

Pasar Kedai Payang yang ada sekarang ini dikatakan tidak selamat lagi.

WAKAF RAKYAT

su pembinaan semula Pasar Kedai Payang yang baru bukanlah isu politik. Ia sebenarnya adalah soal keselamatan peniaga dan orang ramai yang membeli belah di pasar bersejarah itu. Usaha kerajaan negeri untuk membina bangunan baru Pasar Kedai Payang seharusnya dilihat secara positif dan rasional. Pasar Kedai Payang yang wujud zaman berzaman itu perlu melalui proses menaikkan taraf dan pembinaan semula untuk keselamatan dan keselesaan . Ia seiring dengan perubahan zaman dan lingkungan pembangunan sekitarnya. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, keadaan Pasar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandar Kuala Terengganu yang bertaraf bandaraya, iaitu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membina semula Pasar Kedai Payang dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

dan tempat bersejarah dalam Islam. Misalnya rancangan pihak berkuasa Arab Saudi membina semula salah satu daripada tiga buah masjid tertua di dunia yang menjadi mercu tanda kesayangan seluruh umat Islam, iaitu Masjid Nabawi di Madinah. Oleh itu orang ramai diminta tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang cuba memalsukan maklumat dengan mengatakan kerajaan hendak menghapuskan warisan dan menghalang peluang para peniaga untuk berniaga di situ. Malah 1,000 lot kedai bakal disediakan dan untuk sementara menunggu pembinaan siap, mereka akan dipindahkan ke sebuah pasar pasang siap sementara bersebelahan pasar sekarang. Sudah pasti masa depan Pasar Kedai Payang akan lebih terjamin dengan pembaharuan yang dibuat itu, sesuai dengan tuntutan masa, terutamanya dalam usaha menarik pengunjung termasuk pelancong, lebih-lebih lagi hotel dan apartmen turut dibina berhampiran pasar tersebut. Orang ramai dan para pelancong pula tentulah lebih selesa dan selamat di pasar baru yang dijangka siap dan beroperasi tidak lebih dari tiga tahun lagi.


8

renc

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Pas dok rok perint

R

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB dinmatkibm@yahoo.com

akyat Terengganu diingatkan Pas dok rok perintah negeri ini kerana pemimpin parti itu hanya pandai bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa program untuk kepentingan rakyat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata hasil tinjauan beliau di kalangan pengayuh beca di negeri ini mendapati Pas gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan ketika memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004. Sewaktu melakukan lawatan kerja ke Terengganu baru-baru ini, Perdana Menteri yang menaiki beca ke Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis sarapan pagi bersama rakyat, sempat bertanya kepada pengayuh beca berkenaan mengenai Pas dan jawapan diberi ialah “Pas mengarut”. “Saya tanya dia (pengayuh beca) kenapa Pas mengarut, dia jawab “Pas pandai cakap saja, buat dok”. Saya tanya lagi, dulu Pas perintah

macam mana, d buat apa-apa)” bukan dia saja c nya pun cakap Najib ketika ber Program Jel Negeri Tereng baru-baru ini. Hadir sama Rosmah Manso Ahmad Said d Mahmud; Setia Haji Mazlan Ng Dato’ Seri Ahma Dewan Undang Awang; Ahli-A wakil-wakil rak pemimpin Bar Terengganu. Kira-kira 60, berkenaan bag Menteri yang cu tepukan gemur Justeru itu,


cana

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

tah Terengganu - PM

dia jawab “Pas habok tadok (tidak ”. Tukang kayuh beca tadi kata cakap begitu, tetapi rakan-rakanp begitu juga,” Dato’ Seri Mohd rucap pada majlis p e l a n c a r a n l a j a h J a n j i Ditepati Peringkat ganu, di Dataran Shanbandar,

isteri Perdana Menteri, Datin Sri or; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji dan isteri, To’ Puan Seri Norliza ausaha Kerajaan Negeri, Dato’ gah; Menteri Belia dan Sukan, ad Shabery Cheek; Yang Dipertua gan Negeri, Dato’ Tengku Putera Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, kyat DUN dan Parlimen serta risan Nasional (BN) dan Umno

,000 orang membanjiri dataran gi mendengar amanat Perdana ukup bernas dan sentiasa diberi ruh oleh pada hadirin. Perdana Menteri menegaskan

hanya BN yang mampu memerintah negeri Terengganu dan membela nasib rakyat tempaatan. “Saya yakin dan percaya bumi Terengganu akan kekal kepada BN pada pilihan raya kali ini,” katanya diringi tepukan gemuruh pelbagai lapisan masyarakat dan penduduk negeri ini yang berbilang bangsa di mana kehadiran mereka bagi memberi sokongan kepada Kerajaan BN dan Perdana Menteri. Dato’ Seri Mohd Najib berkata, Terengganu semakin maju di bawah pemerintah Kerajaan BN dan bermacam-macam program, termasuk menyediakan kediaman lebih selesa dilaksanakan bagi kemudahan rakyat. “Tadi semasa dalam kereta Menteri Besar kata 10,000 buah rumah dibina di Terengganu dalam tempoh empat tahun lalu. Sebanyak 8,000 rumah sudah siap dan 2,000 unit lagi akan siap tidak lama lagi,” katanya. Sempena lawatan itu, beliau sempat menghadiri program walkabout di Pasar Kedai Payang dan Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi meninjau keperluan para peniaga.

FOTO: ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH

ukomtrg123h@gmail.com

9


10

pelancongan

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Gua Bewah

singkap khazanah lampau

Di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa Gua Bewah adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik.

Oleh SURIATI ALI

aliasuriati@yahoo.com

riadah

G

ua Bewah yang terletak 578 meter dari aras laut di Tasik Kenyik, Hulu Terengganu, cukup dikenali sebagai gua batu kapur yang mempunyai bentuk dan formasi stalaktit serta stalagmit yang unik seperti bentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud. Namun, di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa Gua Bewah adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik. Menurut sumber masyarakat terdahulu, nama Gua Bewah dipercayai berdasarkan kedudukannya yang berdekatan dengan Bukit Bewah. Sekumpulan penyelidik arkeologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja penggalian November 2010, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik. Sebelum ini, Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu dilaporkan pernah melakukan kerja penggalian pada Julai 1976 dan antara artifak yang ditemui ketika itu termasuk rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang siput sedut. Pengunjung yang berminat untuk menikmati keindahan gua ini, perlu mendaki 240 anak tangga untuk ke pintu gua sebelum dapat merasai suasana udara sejuk di dalam gua selain melihat pokok keladi besar dan cili padi hidup subur di hadapan pintu gua berkenaan. Gua Bewah juga dilengkapi dengan sistem solar untuk menyalurkan kuasa elektrik bagi pencahayaan lampu di dalam gua berkenaan bagi kemudahan pengunjung yang berkunjung ke situ. Di samping itu, kerajaan negeri membina laluan untuk memudahkan pergerakan pengunjung dan pengunjung juga boleh membawa lampu suluh kerana tidak semua kawasan di dalam gua berkenaan dilengkapi

Penemuan rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik di Gua Bewah.

dengan lampu. Mereka yang berminat untuk mengunjunginya boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan menaiki rumah bot untuk ke gua berkenaan menerusi ejen yang disediakan iaitu Bahtera Petang Houseboat. Bahtera Petang Houseboat mampu memuatkan maksimum 12 orang dalam satu-satu masa dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh yang dikehendaki oleh pengunjung. Bagi pakej dua hari satu malam, bayaran yang dikenakan oleh perkhidmatan itu ialah RM280 dan pakej tiga hari dua malam, RM470 dikenakan manakala RM188 akan dikenakan sekiranya pengunjung menambah sehari bermalam. Bahtera Petang Houseboat mempunyai dua bilik di mana satu bilik mempunyai dua katil bujang manakala sebuah bilik lagi mempunyai dua buah katil bertingkat dan lebihan enam penumpang lagi, mereka akan diberi kelengkapan tidur untuk tidur lobi rumah bot. Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan rumah bot melalui Jeti Jenagor atau Pangkalan Gawi.Â


ekonomi

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

11

SKM sasar 600 koperasi berdaftar Oleh AIDA ABD RAHMAN dan SURIATI ALI ukomtrg123@gmail.com

S

uruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu mensasarkan sebanyak 600 koperasi dapat didaftarkan di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini. Pengarah SKM, Encik Wan Mohd Sabri Wan Harun berkata, kira-kira RM318 juta modal pusingan dijangka dapat dikumpulkan dan mampu menjana keuntungan sebanyak RM20 juta dalam tempoh berkenaan. Katanya, sebahagian besar koperasi baru yang akan diaftarkan itu membabitkan koperasi masjid, iaitu sekurang-kurangnya 50 buah dapat didaftarkan pada tahun ini. “Sehingga akhir tahun lalu sebanyak 523 koperasi telah didaftarkan dengan keahlian seramai 235,000 dan modal terkumpul sebanyak RM303 juta.

Oleh SURIATI ALI aliasuriati@yahoo.com

``Koperasi berkenaan mampu menjana keuntungan sebanyak RM18 juta pada tahun lalu, manakala modal saham terkumpul ialah sebanyak RM96 juta,’’ katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Media Terengganu Berhad (Komedia) di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Encik Ayob Mamat. Encik Mohd Sabri berkata, daripada jumlah koperasi yang berdaftar itu 15 buah dikategorikan koperasi yang berskala besar, 24 buah separa besar dan selebihnya adalah berskala sederhana dan kecil. Beliau menambah, daripada jumlah koperasi berdaftar itu, dikenalpasti kira-kira 10 peratus koperasi tidak aktif dan gagal melaksanakan aktiviti dengan baik.

``Sebahagian besar dikenal pasti berpunca daripada masalah modal dan usaha pemulihan sedang dilakukan untuk memastikan ia bergerak aktif,’’ katanya. Beliau memuji Koperasi Adik Kakak (KODIKA) Pulau Rusa yang cukup cemerlang dalam mengendalikan pelbagai aktiviti dan mampu menyediakan pinjaman kepada ahli tanpa menghadapi masalah untuk pembayaran balik. Katanya, SKM ada menyediakan kemudahan pinjaman untuk membantu koperasi termasuk pinjaman tanpa cagaran tidak melebihi RM50,000 dan pinjaman RM1 juta dikenakan faedah dua peratus, manakala RM10 juta dengan faedah dan cagaran. Mengenai koperasi media beliau berharap KOMEDIA dapat bergerak aktif bersama koperasi lain untuk sama-sama menyumbang kepada KDNK negeri sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2020.

Adun ilmu, pengalaman

niaga

terbit buku kuasai 3M

Dalam buku aktivitu itu turut diterapkan cara dan gaya baru, mesra pelajar dalam pendidikan dengan menampilkan visual yang mudah serta menarik untuk berinteraksi.

T

ersentuh melihat kanak-kanak tidak mampu menguasai konsep Membaca, Menulis dan Mengira (3M) walaupun sudah menjangkau usia 12 tahun, mendorong Pengarang Puan Puan Ros Haya Aziz menghasilkan buku aktiviti penulisan kanak-kanak bagi menyelesaikan masalah itu. Beliau yang juga Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman (SKSB) menerbitkan buku itu pada 2004 dengan keluaran pertama 5,000 naskah beserta Cakera Padat (CD). Bilangan itu terpaksa ditambah hampir

setiap tahun kerana mendapat sambutan cukup menggalakkan. Kebanyakan pelanggan, terutama ibu bapa kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun berminat mendapatkan buku itu selepas mendapati isi kandungannya mudah difahami dan diikuti anak masing-masing. Puan Ros Haya, berkata dia bagaikan terpanggil untuk menghasilkan buku itu kerana menyedari masih ada segelintir pelajar gagal menguasai 3M walaupun pelbagai pendekatan dilaksanakan. Katanya, ilmu dan pengalaman yang dicungkil ketika mengajar kanak-kanak

di kelas pemulihan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I selama lapan tahun menguatkan lagi semangat berkenaan. “Berpandukan kepada kajian, kanakkanak yang gagal menguasai 3M mampu pulih sekiranya mendapat kerjasama pelbagai pihak, terutama ibu bapa dan guru. “Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya di mana perlu bersama-sama individu terdekat mengikuti pelbagai aktiviti luaran, sabar melayan karenah dan memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya. Beliau yakin kanak-kanak mampu

mendapat keputusan maksima sekiranya patuh kepada konsep dan turutan diterapkan dalam buku aktiviti dan CD terbitannya. Dalam buku aktivitu itu turut diterapkan cara dan gaya baru, mesra pelajar dalam pendidikan dengan menampilkan visual yang mudah serta menarik untuk berinteraksi. Formula yang diketengahkan itu mampu meningkatkan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar sekaligus menghapuskan fenomena buta huruf di kalangan pelajar bagi membentuk generasi cemerlang akademik.


12

rencana

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

ikon

J

Kilauan permata dari IQT

A

l-Quran sebagai sebuah kitab petunjuk dan kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril. Mengungkap setiap hurufnya bermula dari Surah al-Fatihah hingga Surah an-Nas merupakan ibadat dan membuktikan kecintaan yang tiada tolok bandingannya terhadap Allah s.w.t dan relevan sepanjang zaman. Para penghafaz al-Quran adalah orang yang istimewa di sisi Pencipta dan para Rasul. Menyedari hakikat itu, Kerajaan Terengganu berusaha menerajui pembentukan generasi al-Quran melalui pembudayaan ilmu dengan mewujudkan Institut al-Quran Terengganu (IQT). Sebelum dinamakan sebagai IQT pada 2 Januari 2007, pusat pengajian yang berhasrat muncul sebagai tempat penyelidikan dan rujukan terkenal di rantau ini yang sebelum ini dikenali dengan sebagai Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu sudahpun melahirkan 721 pelajar sejak 25 tahun lalu.

Pelbagai kejayaan diraih pelajar IQT yang mengikuti Program Persijilan Syahadah dan Diploma Lepasan SPM serta Program Pengajian al-Furqaan selain mereka terbukti mampu menjadi para huffaz yang berjaya. Seorang pelajarnya, Ikhwan Amin Hidayat, 19 (gambar), dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu antara pelajar pusat pengajian itu yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili Terengganu di Majlis Hafazan Peringkat Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 4 hingga 8 Mac ini. Kelancaran dan ketepatan anak sulung daripada tiga beradik memperdengarkan bacaan hafazan al-Quran bagi tahap satu hingga 30 juzuk berjaya memikat juri untuk meraih markah tertinggi daripada semua peserta yang bertanding bagi tahap itu. Ikhwan Amin mengumpul markah keseluruhan 99.38 peratus menewaskan peserta di tempat kedua, Mohd Izzat Mat Nor, 24, dari Institut Pengajian Islam Kuala Berang (99.08 peratus) dan ketiga, Ahmad Miqdad Mohd Abidin, 19, juga dari IQT (98.56 peratus). Kemenangan cahayamata pasangan Hidayat Mustafa, 45, dengan Kamariah

Semai budaya cintakan kebersihan

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kini sudah melangkah jauh kehadapan dalam usaha mengimbangi tuntutan semasa dan kepesatan pembangunan negeri. Sebahagian besar pentadbiran JKKK kini turut menyediakan pelan pembangunan kampung masing-masing sejajar dengan peredaran waktu. “Pelan pembangunan perlu bagi mengariskan hala tuju sesebuah kampung dalam usaha membangunkan masyarakat yang tinggal di pedalaman,” kata Pengerusi JKKK Kampung Hilir Darat Batu Rakit, Encik Zainal Awang Ngah, 50. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan di kawasan seluas 19.6 hektar dibangunkan sebagai kebun buahan dan kini dalam proses penanaman anak pokok buahan seperti durian, dokong, duku dan sebagainya. Aspek pembangunan, pendidikan, kebajikan, sosial dan agama menjadi

teras membina masyarakat berkualiti serta terpisah daripada gejala tidak sihat. Kampung Hilir Darat terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Parlimen Setiu, di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu dan berada dalam ruang lingkup Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan jarak 28 kilometer dari pusat bandar. Masyarakatnya dikatakan 70 peratus bekerja sebagai petani, penanam padi bermusim manakala selebihnya makan gaji dengan kerajaan, swasta dan badan berkanun. Encik Zainal yang menjadi ketua kampung sejak 13 tahun lalu mempunyai cita-cita besar untuk membawa nama dan warga kampungnya berada pada tangga teratas sebagai sebuah kampung paling bersih dan cantik merangkumi semua aspek. “Kita perlu menanam azam yang tinggi disertai dengan usaha gigih jika

mahu mengapai kejayaan dan langkah itu sudah bermula tahun ini dengan menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri,” katanya yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO cawangan pada usia 18 tahun hingga 40 tahun (tamat tempoh). Perubahan ketara berlaku dalam masyarakat kampung baik golongan wanita, pemuda dan puteri yang menunjukkan kesungguhan menghias rumah dan halaman masing-masing dan sikap ini perlu dijadikan budaya sampai bila-bila. “Sungguh pun mendapat ‘nombor’ itu penting bila menyertai pertandingan tetapi perubahan positif yang ditunjukkan anak buah di kampung lebih penting dan saya akan pastikan ia tidak patah separuh jalan,” katanya. Katanya, sembilan zon diwujudkan bagi penyelarasan tugas ahli-ahli jawatankuasa dengan menetapkan paling kurang 10 buah rumah seorang jawatankuasa.

Abdullah, 47, yang lahir tanggal 17 Ogos 1994 membolehkan anak muda membawa pulang wang tunai RM7,000 dan sijil penyertaan. Menurut pelajar yang berhasrat menyambung pengajian di Universiti Jordan dalam bidang Syariah itu, dia memperuntukkan masa antara dua hingga empat jam sehari bagi mengasah minda dan ingatannya, selain sentiasa menunaikan solat hajat supaya memperolehi keyakinan dalam setiap urusan terutama dalam majlis hafazan. Bekas johan hafazan peringkat negeri bagi tahap satu hingga 20 juzuk tahun lalu itu sentiasa mengelak daripada memakan makanan yang boleh melemahkan daya ingatan terutama organ dalaman binatang, makanan ringan, minuman bergas dan kafein. “Alhamdulillah bersyukur dengan kejayaan ini. Saya akan sentiasa mengasah ingatan dan memperbetulkan bacaan saya bagi mempersiapkan diri menjelang pertandingan peringkat kebangsaan nanti. “Saya jadikan guru tasmi’ al-Quran, Ustaz Hazwan Abdul Rahman sebagai sumber inspirasi saya. Selain itu, kedua ibu bapa juga penguat semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang ini,” katanya.

Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

desaku


agama

A

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

Nabi Idris a.s

llah s.w.t berfirman: “Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57) Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi. Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu. Yang jelas al-Quran al-Karim tidak menjelaskan berhubungan dengan Nabi Idris. Yang ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: “Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?.” Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: “Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu” Kata Malaikat Izrail “Kepentingan apa itu?” Jawab Nabi Idris “Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut”. Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar

kisah nabi Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s. Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. “Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s “Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit.” Kata Malaikat Maut: “Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya.” Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orangorang yang ada di Neraka Jahanam.” Kata Malaikat Maut “Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah”. Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: “Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s”. Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,” maka Malaikat Maut berkata “Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah.” Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga. Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam

nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata “Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam. Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail “Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga,” maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. “Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga.” Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman “Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: “Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: “Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya”. (keluar daripada syurga). “Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga” sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. “Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga.” Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”

13

mimbar


14

BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Sekolah Kita di HSNZ

Kanak-kanak yang menerima rawatan panjang sedang mengikuti kelas persekolahan seperti biasa di hospital.

E

xxonMobil memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi melaksanakan pelbagai program kecemerlangan pendidikan termasuk mewujudkan Sekolah Kita di hospital dan modal insan di negeri ini setiap tahun. Pengurus Hal Ehwal Awam dan Hubungan Kerajaan ExxonMobil Subsidiari, ExxonMobil Malaysia, Encik Farid Jaafar berkata setakat ini dua Sekolah Kita diwujudkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan hospital Kemaman yang memberi manfaat besar kepada pesakit kanakkanak yang terpaksa meninggalkan persekolahan kerana menerima rawatan. “Kita menyediakan dana bagi menggerakkan kelas itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk komputer dan bahan bacaan di samping suasana yang menceriakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan Pengerusi Subsidiari ExxonMobil Malaysia, J. Hunter Farris ke ‘Sekolah Kita’ di HSNZ bagi meninjau perkembangannya selepas dinaiktaraf. Katanya, kemudahan itu memberi peluang kepada pesakit kronik dan talasemia di wad pediatrik yang menerima rawatan panjang atau pesakit yang kerap menerima rawatan harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan aktiviti pembelajaran secara santai dalam suasana menggembirakan. Menurutnya, kelas ini mendapat bantuan tenaga pengajar daripada pelajar Fakulti Bahasa Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengajar secara sukarela setiap minggu secara bergilir. “Pada masa ini terdapat antara 15 hingga 20 kanak-kanak dalam satu masa dan ExxonMobil bersedia untuk menimbang peruntukan tambahan bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanakkanak mendapat manfaat,” ujarnya. penyelidikan

U

saha untuk terus membangunkan bidang Sains Marin dalam kerangka akademik dan penyelidikan dengan penglibatan lebih banyak universiti adalah wajar memandangkan keperluan yang tinggi serta prospek yang luas di bidang itu. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili berkata, tidak dinafikan perkembangan terkini bidang sains dan teknologi di negara ini banyak menyentuh aspek Sains Marin. “Pertumbuhan negara melalui eskplorasi petroleum

UniSZA akan naik taraf universiti Islam ketiga

U

niversiti Sultan Oleh ESAH ABDULLAH baru-baru ini. Zainal Abidin esahukom@yahoo.com Katanya, UniSZA me(UniSZA) Gong mang dikenali sebagai sebuah Badak bakal dinaiktaraf universiti Islam yang menawarkan menjadi universiti Islam ketiga di pelbagai kursus berkaitan Islam dan negara ini selepas Universiti Islam sudah menjadi sebutan sejak awal opAntarabangsa (UIA) dan Universiti erasinya yang dikenali sebagai Kolej Sains Islam Malaysia (USIM). Sultan Zainal Abidin (Kusza) . Setiausaha Politik kepada Perdana “Kini sudah sampai masanya untuk Menteri Dato’ Haji Jailani Ngah ber- dinaiktaraf ke tahap lebih tinggi,” kata, perancangan itu memandang- katanya. kan tidak ada lagi universiti Islam di Menurutnya, UniSZA tidak memPantai Timur, selain cawangan UIA punyai masalah dari aspek kemudahan di Kuantan Pahang. kerana mempunyai fasiliti yang dapat “Setakat ini perbincangan dengan memenuhi tahap sebagai universiti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Islam dan perkara itu akan direalberjalan lancar dan berharap ia akan isasikan sebaik sahaja pengumuman menjadi kenyataan,” katanya ketika mengenainya dibuat oleh Menteri ditemui dalam satu majlis di UniSZA KPT tidak lama lagi.

JAILANI NGAH

“Untuk megekalkan identiti Islam yang sekian lama menjadi sebutan, nama UniSZA akan dikekalkan walaupun sudah bertukar taraf nanti,” katanya. Katanya, pelbagai faktor yang boleh menyokong UniSZA sebagai sebuah universiti Islam walaupun tiada nama khusus (Islam) berikutan pengajian yang ditawarkan di pusat pengajian tinggi itu sememangnya menjurus ke arah itu.

Kerajaan BN iktiraf peranan NGO

P

ertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan kuasa ketiga dalam sesebuah negara selepas Kerajaan Pusat dan negeri serta parti poiitik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslam berkata, NGO main peranan penting ke arah memacu pembangunan dan kemajuan negara. “Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf peranan mereka dan mengadakan perhimpunan di setiap negeri untuk mendengar suara dari akar umbi,” katanya dalam sidang media di majlis Himpunan Barisan 1Malaysia Peringkat Negeri Terenganu di Taman Tamadun Islam baru-baru ini. Oleh itu katanya pemimpin dan jawatankuasa NGO perlu mendapatkan isu sebenar mengenai dasardasar negara dan isu semasa melalui

Pemimpin dan juga ahli dari pelbagai NGO bersama Datuk Haji Ahmad Maslam dan Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika majlis Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat negeri di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

pelbagai cara. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah menyampaikan ucaptama dan perasmian penutup majlis berkenaan. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri merangkap Pengerusi Sekretariat

Himpunan Barisan 1Malaysia, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Biro tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali. “Kerajaan tidak pernah meminggirkan NGO dan sentiasa bersikap terbuka serta sedia mendengar pandangan, cadangan untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Bidang Sains Marin dalam kerangka akademik UMT dan gas sangat berkait rapat dalam bidang ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Sains Marin dan Ekosistem di Ri-Yaz Heritage Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Direktorak Osenografi Kebangsaan (NOD), Haji Shahruddin Yusof; Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Prof. Dr. Mohd Lokman Hussain dan Prof. Dr V.R. Vijayan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta wakil-wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti

Malaysia Perlis (UNIMAP). Katanya, bidang ini bukan saja keperluan negara tetapi pasaran kerjaya adalah tinggi permintaannya di seluruh dunia selain dari perubahan iklim dunia termasuk Tsunami banyak kaitannya dengan bidang Sains Marin. Menurutnya, kepakaran dalam bidang ini khususnya untuk ramalam iklim dunia masih belum mencukupi untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa negara kita. Katanya, INOS adalah antara institut penyelidikan marin oseanografi yang tertua dan mantap di mana penubuhannya untuk menjadi pusat penyelidikan serantau di negara ini.


BIL:74 • 1-15 FEBRUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

Program Permata Negara dimantapkan Oleh ESAH ABDULLAH

15

Pandu puteri rai warga emas

esahukom@yahoo.com

P

ermata Negara bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) di Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) menjalankan beberapa kajian penyelidikan bagi memberi lebih nilai kepada Program Permata. Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Program Permata, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, para penyelidik turut menyediakan cadangan aktiviti menarik bagi memantapkan lagi proses pembelajaran anak-anak. “Penyelidikan berkonsepkan aplikasi ini melihat beberapa aspek dalam proses pembelajaran boleh dimantapkan seperti pengajaran awal matematik dan terapi lukisan,” katanya ketika berucap merasmikan Taska Permata Keluarga Serdang Baru, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu petang semalam. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, To’ Puan Hajah Halijah Ali; isteri Setiausaha Kerajaan To’ Puan Hajah Rohani Abdullah; Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Encik Mohd Safaruddin Mustaffa serta isteri ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Selain itu katanya, himpunan lagu-lagu tradisional turut diter-

P

Datin Paduka Seri Rosmah bersama kanak-kanak Taska Permata Keluarga Sedang Baru, Bukit Tunggal.

bitkan dalam bentuk CD di mana koleksi itu digubah semula sesuai untuk dinyanyikan sebagai satu cara memperkenalkan kanak-kanak dengan lagu-lagu tradisional. “Semua hasil penyelidikan telahpun dibukukan bagi berkongsi maklumat dan sebagai pemudahcara untuk pendidik mengaplikasikannya,” katanya. Menurutnya, pendidik juga dapat mempelajari teknik dan kaedah baru dalam melaksanakan proses pembelajaran di samping memberi kepelbagaian kepada ak-

tiviti pembelajaran agar sentiasa menarik bagi mengekalkan minat kanak-kanak untuk terus belajar. Katanya, sehingga ini 654 buah Taska di seluruh Negara telah menggunakan Program Permata yang berkongsi aspirasi menyediakan platform awal bagi melahirkan modal insan yang akan menjadi kebanggaan negara. “Saya percaya pendidikan berkualiti merupakan salah satu strategi yang boleh diambil sebagai persediaan membina modal insan terbaik sekali gus menangani ma-

salah sosial di kalangan remaja,”. “Kanak-kanak dari usia kecil mempunyai peluang untuk digilap dan dikembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya. Datin Paduka Seri Rosmah berkata, rakyat seharusnya merasa bertuah mempunyai kerajaan yang sentiasa menyokong pelaksanaan program yang mementingkan kebajikan mereka.

Terengganu bakal miliki kereta api laju - Dato’ Toh

P

enduduk Terengganu bakal menerima perkhidmatan kereta api laju sebagai alternatif pengangkutan awam untuk ke beberapa destinasi di negara ini apabila projek menaiktaraf landasan itu diluluskan. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw berkata, projek menaiktaraf landasan sudah diluluskan dan kini dalam proses kajian dan reka bentuk. “Projek berkenaan dianggarkan menelan kos hampir RM2 bilion,” katanya dalam sidang media di majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, setakat ini kita mendapat kelulusan untuk menyambung dan melebarkan landasan dari Pelabuhan Kemaman terus ke Bukit Besi. Menurutnya landasan asal dari Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan ke Kemaman dan Kerteh dikhaskan untuk muatan kargo sahaja. Katanya, usaha menaiktaraf Dato’ Toh Chin Yaw disambut dengan tarian landasan akan disambung ke Bukit naga pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Besi ke Chabang Kerteh seterCina di Dewan Tengku Abdul Rahman, Kuala usnya ke Teluk Kalong, diikuti Terengganu. Pelabuhan Kemaman, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. “Projek ini juga akan disesuaikan katanya. dan terus ke Kuala Lumpur yang dengan teknologi terkini, iaitu Katanya projek ini diharap- akan menjadikan satu sistem penuntuk kegunaan pengangkutan kan berterusan ke laluan Kuala gangkutan lengkap dalam pemkargo dan pengangkutan awam,” Terengganu, Kuantan, Mentakab bangunan aktiviti industri di sini.

ersatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu meraikan seramai 100 warga emas di seluruh negeri ini sebagai tanda kasih sayang dan prihatin kepada golongan itu. Program yang diadakan serentak seluruh negari itu sebagai usaha badan sukarela yang merasakan golongan warga emas sewajarnya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada setiap anggota masyarakat untuk terus menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata usaha yang didakan ini juga adalah untuk menjalinkan koloborasi murni antara ahli khasnya ahli remaja bersama warga emas. ``Kita inginkan anak-anak dididik dengan nilai akhlak mulia, berbudi pekerti dan menghormati orang tua, bukan sahaja ibu bapa sendiri setapi semua orang dewasa,’’ katanya. Beliau berkata demikian di majlis Pandu Puteri Bersama Warga Emas Terengganu di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) negeri yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah YPK, Puan Ramlah Idris, baru-baru ini. Sehubungan itu program tersebut turut diadakan pemeriksaan kesihatan kepada orang awam khususnya warga emas dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Warga emas juga turut menerima cenderahati di samping dihiburkan persembahan. Sementara itu, Puan Ramlah berkata, YPK sedang mengenalpasti warga emas terlantar untuk dibantu dalam pelbagai apsek termasuk pemeriksaan kesihatan, peralatan dan makanan yang akan dimulakan pada akhir bulan ini. Katanya, Unit Khas yang ditubuhkan oleh YPK akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk doktor, jururawat dan belia untuk membantu golongan tersebut. Selain itu kataya,YPK juga berusaha untuk mengenalpasti golongan warga emas di seluruh negeri untuk menyertai kelab warga emas yang telah diwujudkan di setiap kawasan.


Sukan TEGANUKITA

TERKINI • CEPAT • TEPAT

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 74 • 1 Feb - 15 Feb 2013 • Percuma

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (duduk depan) ditemani YB Ramli Nuh melihat padang bola sepak sintetik yang siap dibina di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Padang bola sintetik

RM1.1j

Oleh NORAINI JUSOH

ukomtrg123@gmail.com

T

erengganu muncul negeri pertama memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rumput tiruan apabila kemudahan sukan bernilai RM1.1 juta siap dibina di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek padang bola sintetik merupakan model baru bagi pembangunan infrastruktur bola sepak negara. Katanya, dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi membina dua padang bola sepak sintetik di setiap negeri. “Kampung Tok Jiring dipilih sebagai lokasi pertama di Terengganu untuk membina padang bola sintetik dan antara projek peringkat awal.

“Sekiranya berjaya, semua padang sekolah dan awam di negara ini akan diganti dengan padang sintetik secara berperingkat-peringkat,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat padang bola sepak sintetik di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini. Katanya, padang bola sepak sintetik dalam Parlimen Kuala Nerus itu juga telah menepati piawaian minimum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). “Berbanding padang rumput biasa yang membabitkan kos sekitar RM500,000, kos untuk membina padang bola sepak tiruan agak mahal iaitu antara RM1.1 dan

RM1.7 juta setiap satu. “Walau bagaimanapun, proses penyelenggaraannya tidak memerlukan kos tambahan dan lebih menjimatkan sehingga mampu bertahan sehingga lapan hingga 10 tahun,” ujarnya. Menurut beliau, padang bola sepak sintetik juga menggunakan teknologi tinggi dengan dilengkapi sistem perparitan di bahagian bawah padang berkenaan yang dapat mengalirkan air jika hujan.

bola sepak

Usaha lahir pelapis muda melalui Peteh Kids

A

kademi Bolasepak Peteh Kids Terengganu (Peteh Kids) mensasarkan 500 peserta menjelang penghujung 2013 dan akan diperkembangkan ke setiap daerah dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis muda khususnya bagi pasukan bola sepak di negeri ini. Pengarahnya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata usaha yang dilakukan itu mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada PBSNT sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu sebagai pengeluar bakat sukan negara. “Selepas ini, mereka (peserta)

yang berbakat dan memiliki potensi dalam sukan ini akan dihantar ke akademi MY Kid Negeri untuk digilap seterusnya ke peringkat nasional. “Siapa tahu dalam tempoh 10 tahun akan datang ada dalam kalangan ahli Peteh Kids ini bakal mengharumkan nama Terengganu dan negara dalam sukan bola sepak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Akademi Bolasepak Peteh Kids yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di padang Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Peserta Peteh Kids yang terdiri daripada pelajar sekolah sedang mendengar taklimat `coach’, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas pelancaran Akademik Bolasepak Peteh Kids di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.