teganukita 72

Page 1

Di Dalam

Terengganu sedia 10,000 bilik hotel, chalet ms-16

Keluaran Khas

ISSN 2180-4737

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 72 • 1 Jan - 15 Jan 2013 • Percuma Pemandu kereta sewa turut membantu mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan menampal pelekat pada kenderaan mereka.

FOTO: ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH

ukomtrg123@gmail.com

Kerajaan negeri melantik Zizan Raja Lawak atau Mohd Razizan Abdul Razal sebagai duta Tahun Melawat Terengganu 2013 bagi mempromosi dan memperkenalkan negeri ini kepada pelancong luar Terengganu secara berkesan.

Pelancongan

TMT 2013 saji acara menarik Kalendar Aktiviti Pelancongan 2013, sempena TMT 2013 secara rasminya dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

MB lancar

TMT 2013 Zizan Raja Lawak dilantik sebagai duta

M

ajlis pelancaran Oleh KAMARUDIN MAT AKIB di negeri ini kepada pengunTahun Melawat jung ekspo produk pertanian, Terengganu 2013 ternakan dan eko-pelancongan (TMT 2013) disempurnakan terbesar di negara ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Bermula 1 Januari lalu, secara rasSaid, pada 4 Januari lalu di pekarangan minya Terengganu sudah mula menerima Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong pelancong dari dalam dan luar negara Badak, Kuala Terengganu. melalui program dan atur cara yang Sebelum ini, majlis pra-pelancaran disusun khas sepanjang tahun ini, bagi TMT 2013 dilakukan di tapak ekspo mempromosikan bidang pelancongan MAHA 2012 di Serdang, Selangor, pada secara besar-besaran. 26 November, bagi mempromosikan pelLIHAT ms-2 bagai produk pelancongan yang terdapat dinmatkib@yahoo.com

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


2

BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Oleh AIDA ABD RAHMAN

dari ms-1

aida_ukom@yahoo.com

Sekteriat TMT 2013 ditubuh

M

enteri Besar berkata, pada tahun 2011 sektor pelancongan menyumbang sebanyak RM2.869 bilion kepada ekonomi negeri berbanding RM2.488 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau yakin sektor pelancongan mampu menjana ekonomi negeri ini dan ia bakal terlaksana selepas transformasi sepenuhnya dilakukan di Tasik Kenyir, termasuk menjadikannya sebagai kawasan bebas cukai bermula Ogos tahun depan. Kerajaan negeri menubuhkan Sekteriat TMT 2013 yang bertanggungjawab sepenuhnya mengatur promosi dan melaksanakan program bagi menarik pelancong ke Terengganu. Promosi TMT 2013 memberi penekanan kepada pakej-pakej pelancongan berbentuk pulau dan tasik serta pakej-pakej pelancongan bandar, acara, kebudayaan dan kesenian. Dato’ Seri Haji Ahmad mahu penduduk negeri ini membantu menarik pelancong dengan cara melayani mereka dengan sebaik mungkin dan mengelak daripada melakukan perbuatan yang boleh menyakiti mereka. Bagi peniaga pula, beliau meminta mereka supaya mengelak daripada meletakkan harga yang tinggi bagi semua produk tempatan, termasuk makanan dan minuman supaya mereka tidak serik untuk berkunjung semula ke negeri ini. Beliau yakin keunikan Terengganu yang mempunyai pelbagai destinasi menarik seperti pulau, pantai, air terjun, tasik serta produk lain yang menjadi tarikan pelancong, sasaran menjadikan bidang pelancongan sebagai sumber utama ekonomi negeri akan tercapai. Dengan kerjasama erat semua pihak dan usaha gigih pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dengan bidang pelancongan, sasaran untuk menarik empat juta pelancong ke Terengganu tahun ini, dapat dicapai.

K

erajaan negeri menjangkakan pertambahan sebanyak 20 peratus bilik penginapan di Terengganu berikutan pembinaan beberapa hotel baru yang dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun ini. Kemudahan penginapan itu sebagai persiapan kerajaan negeri menyambut kehairan pelawat dari dalam dan luar Terengganu yang mendadak sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata perkembangan itu menjadikan keseluruhan jumlah bilik hotel melebihi 10,000 unit tahun ini berbanding sekitar 8,000 unit tahun lalu. “Bagaimanapun, jumlah pertambahan ini hanya di Bandar Raya Kuala Terengganu dan tidak termasuk di daerah lain. “Pembinaan kesemua hotel berkenaan juga tidak termasuk inap desa dan hotel bajet yang pastinya akan memberi keselesaan dan mengelakkan masalah kekurangan hotel di Terengganu sempena TMT tahun ini,” katanya di Majlis pelancaran

di dalam web

Datuk Abdul Rahin mengagihkan Kalendar Aktiviti Pelancongan 2013 sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 kepada wakil NGO.

Penginapan mencukupi sambut pelawat Kalendar Aktiiti Pelancongan 2013, Sempena TMT 2013 di Hotel Tanjong Vista, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani. Datuk Abdul Rahin berkata, dua hotel bertaraf tiga bintang dan satu hotel biasa yang baru siap dibina di bandar ini sedang dalam proses terakhir sebelum memulakan operasi. Selain itu, katanya kerajaan negeri juga meluluskan pembinaan satu hotel bajet pada minggu lalu, yang akan

dibina tahun ini di atas tapak bekas panggung wayang di tengah pusat bandar oleh pihak swasta. Dua hotel bertaraf tiga bintang berkenaan, ialah Hotel Prinz Park di Kuala Ibai dan Hotel Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berhampiran Masjid Abidin atau dikenali Masjid Putih. Manakala satu lagi hotel yang baru siap dibina berhampiran Pasar Payang yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat ini.

Lagi berita : Layari... Agensi pelancongan perlu ada khidmat pemandu pelancong

Pembukaan LPT Fasa II jana pelancong ke Terengganu Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II yang bakal dibuka sepenuhnya menjelang tahun 2015 bakal merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Terengganu.

Pengarah Pejabat Kemententerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Encik Mohd Sabri Zakaria berkata, mereka yang terlibat dalam industri pelancongan perlu mengambil berat dengan perkara ini.

www.teganukita.blogspot.com

www.teganukita.blogspot.com

JOM KE TERENGGANU...

Sekayu khazanah pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2013 The State Agriculture Park atau Taman Pertanian Negeri juga dikenali sebagai Sekayu Agriculture Park, merupakan salah satu tempat paling terkenal dalam agro-tourism park (Khazanah Alam Semulajadi) di Terengganu. www.teganukita.blogspot.com

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

3

Terengganu

sedia 10,000 bilik hotel, chalet

Homestay seluruh Terengganu siap menanti pengunjung dengan menawarkan pakej menarik.

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB dinmatkib@yahoo.com

P

Warisan ulung singkap budaya negeri

G

amelan, rodat dan muzik kotemporari adalah sebahagian seni warisan yang mendapat perhatian kerajaan negeri untuk diberi penambahbaikan dan diangkat sebagai satu produk memperkenalkan negeri ini di mata pelancong. Kerajaan negeri mempertaruhkan permainan tradisional ini sebagai salah satu tarikan istimewa pelancong ke negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) tahun ini. Permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak selain persembahan dikir barat, mak yong dan rodat antara persembahan yang diketengahkan di destinasi pelancongan baru Terengganu. Antaranya rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung dengan pengisian kehidupan bermasyarakat. Pantun dan sajak yang dinyanyikan dalam persembahan rodat mempunyai peranan dan pengaruh yang agak signifikan.

Dalam konteks ini, pantun dikonsepsikan sebagai satu bentuk nasihat, adat, berbudi bahasa, jenaka, kasih sayang yang disampaikan dalam bahasa yang berirama serta indah dan mengasyikkan. “Seni tradisional rodat ini adalah keunikan dari segi persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi dengan seni yang berunsurkan Islam. Seni persembahannya popular di kalangan masyarakat Terengganu dan dipersembahkan di majlis perkahwinan, kenduri-kendara, berkhatan, musim menuai, hari kebesaran diraja dan pesta kebudayaan. Menurut Pegawai Penyelidikan dan AV SUKTRA, Cik Nurul Nadia Narindi ia juga dipersembahkan dalam bentuk tarian, nyanyian serta paluan alat muzik yang dipanggil rebana tar atau tar rodat. Dipercayai kampung yang mula-mula diperkenalkan seni rodat di daerah Kuala Terengganu adalah di Kampung Pasir Panjang dan Gong Tok Nasek.

JOM KE TERENGGANU...

engusaha hotel dan chalet di Terengganu menyediakan kira-kira 10,000 bilik dengan tawaran harga istimewa bagi menempatkan pelancong serta pengunjung yang ingin bermalam di negeri ini. Bilangan tersebut tidak termasuk kemudahan bermalam di homestay atau inap desa yang banyak terdapat di seluruh negeri ini. Tinjauan Teganukita mendapati kebanyakan pengusaha hotel, chalet dan homestay telah bersiap sedia menyambut pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) yang bermula 1 Januari lalu. Pengunjung tidak perlu bimbang masalah kekurangan tempat tinggal kerana masalah itu sudah diatasi di mana pada 2008 hanya terdapat 7,813 bilik hotel dan chalet disediakan. Sewaktu melancarkan TMT 2013 pada 4 April lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, turut melancarkan pasukan berkuda Tindakan Cemas Malaysia Cawangan Negeri Terengganu bagi menjayakan visi TMT 2013. Pasukan berkuda yang ditubuhkan bulan lepas terdiri daripada lima pegawai dan 20 anggota berkuda berunifom yang akan berkhidmat di Pantai Batu Buruk pada setiap hujung minggu. Bagi menyemarakkan kempen TMT 2013, Primula Beach Hotel menyediakan lebih 30 menu istimewa tempatan, khusus bagi memperkenalkan masakan tradisional kepada pelawat. Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Puan Tina Surinda Karim, berkata menu tersebut akan disajikan pada setiap hari Sabtu bagi sajian minum petang dengan harga istimewa. Selain menikmati keenakan hidangan yang disediakan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional negeri ini. Manakala pengusaha Homestay Teluk Ketapang pula menawarkan pakej menarik pada harga berpatutan dalam usaha membantu kerajaan negeri menggamit lebih ramai pelancong. Pengerusinya, Encik Md Azmi Aziz berkata, harga yang ditawarkan pengusaha inap desa Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir tidak membebankan pengunjung yang ingin merasai sendiri kehidupan di sebuah perkampungan nelayan terkenal di negeri ini. Kini 45 pengusaha homestay yang berdaftar di kampung itu menawarkan pakej serendah RM50 semalam bagi memberi peluang pengunjung menikmati suasana perkampungan yang masih mengekalkan identiti tradisional masyarakat Melayu.

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik

Hotel Primula Beach Resort tidak mahu ketinggalan menjayakan TMT 2013, dengan menyediakan lebih 30 menu istimewa tempatan, khususnya bagi memperkenalkan masakan tradisional kepada pelawat serta pelancong.


4

BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

Khazanah warisan aset berharga Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

T

ema `Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orang Baik-baik’ terjemahan tepat yang boleh diungkap kepada negeri Terengganu yang sememangnya kaya dengan kepelbagaian warisan, hasil kraftangan, seni, budaya dan khazanah alam semula jadi. Malah, kemesraan orang Terengganu juga pelengkap kepada pakej destinasi yang menjanjikan keunikan dan tarikan tersendiri. Negeri yang cukup tersohor dengan nasi dagang, keropok lekor, songket, sutera, tembaga dan batik pasti menjadi bualan dan kesemua produk istimewa itu menjadi buah tangan pelancong setiap kali mengunjungi Terengganu. Permandangan semula jadi dan lokasi indah seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol dan Tasik Kenyir kini semakin menjadi rebutan beberapa syarikat filem tempatan dan luar negara sebagai lokasi penggambaran. Keindahan pulau, pantai dan air terjun yang masing-masing berada di tujuh daerah di Terengganu pasti menjadi fokus dan tarikan pelancong untuk diabadikan sebagai kenangan terindah bersama teman atau keluarga. Langkah kerajaan negeri mempromosikan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 dengan memperkenalkan puluhan program dan destinasi terkenal dijangka mampu memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dan negeri. Jika 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu tahun lalu, manakala sasaran 3.9 juta pelancong pada tahun ini, pastinya berjaya jika semua semua pihak khususnya penggiat pelancongan berganding bahu menjayakan misi dan visi berkenaan.

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik

5


6

BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

34 acara gamit pelancong Kerjasama yang melibatkan ramai penggiat dan agensi pelancongan, TMT 2013 bakal mencatat kenangan manis untuk industri pelancongan Terengganu.

T

ahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 tersingkap tirainya yang memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu keunikan, destinasi dan jumlah pelancong. Malah pelbagai acara bakal mewarnai TMT 2013 bagi mencapai sasaran 4 juta pelancong ke negeri ini. Teganukita berkesempatan menemu bual Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said. Ikuti wawancara Wartawan Teganukita, AIDA ABDUL RAHMAN dan JURUGAMBAR, ZULKIPLI PUTRA bersama beliau.

Travel Fair di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, pakej khas TMT 2013, Showcase Kenali Terengganu, penjelajahan ke seluruh negeri, kuiz dan pertandingan, pesta serta karnival. Terbaru, kita melantik Zizan Raja Lawak sebagai duta TMT 2013 atas faktor populariti dan kemasyhuran anak jati Terengganu itu yang dijangka dapat `menjual’ dan membantu mempromosi secara meluas dan berkesan kepada pelancong luar Terengganu. Apakah indikator yang menyokong kepada sasaran empat juta pelancong sepanjang TMT 2013 itu?

Sasaran empat juta itu dibuat berdasarkan peningkatan purata tahunan kedatangan pelancong ke negeri itu sebelum ini. Lazimnya peningkatan kedatangan pelancong ini adalah antara lima hingga 10 peratus setiap tahun dan kita yakin dengan promosi besar-besaran serta kerjasama yang melibatkan ramai penggiat dan agensi pelancongan, TMT 2013 bakal mencatat kenangan manis untuk industri pelancongan Terengganu. Penganjuran TMT pada tahun 1997 dan 2008 telah merekodkan peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 50.4 peratus (1997) dan 23 peratus (2008) berbanding tahun sebelumnya. Sasaran peningkatan kedatangan pelancong itu juga sejajar dengan hala tuju Rancangan Pembangunan Pelancongan Negeri Terengganu (RPPNT) bagi tempoh 2009 hingga 2013 yang menekankan dua strategi utama yang lain iaitu memperkasakan produk pelancongan dan merakyatkan pelancongan.

Apa daya tarikan utama yang diketengahkan Tahun Melawat Terengganu 2013 baru sahaja Terengganu pernah menganjurkan TMT pada dalam menjayakan TMT 2013, selain bermembuka tirai. Apakah fokus dan acara teras 1997 dan 2008. Apakah usaha-usaha yang sandarkan keindahan pulau dan pantai yang yang bakal mewarnai kalendar TMT 2013 ? dilakukan bagi memastikan penganjuran TMT menghadap Laut China Selatan? Kombinasi lokaliti, destinasi, keindahan pulau, Pelancaran TMT 2013 baru sahaja disempur- kali ini turut mencipta magis dan kenangan pantai dan hidupan laut yang sukar ditemui di tempat lain, nakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said manis?

di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 4 Januari lalu, di mana kita berjaya mencapai objektif penganjuran berdasarkan kekuatan acara dan kehadiran pengunjung yang mahu menyaksikan Maharaja Lawak Mega. Terengganu dipilih sebagai destinasi pertama rancangan itu bersiaran di luar Stadium Shah Alam. Sektor pelancongan negeri memberi tumpuan kepada tiga aspek utama, iaitu keunikan dan kekuatan acara, destinasi dan produk pelancongan serta jumlah tarikan pengunjung. Sebanyak 34 acara diatur termasuklah Pelancaran TMT 2013, Festival Permainan Tradisional Terengganu, di Kemaman (25 – 27 Januari), Pesta Tahun Baru Cina, di Kampung Cina (15-16 Februari), Cabaran Gunung Tebu Antarabangsa 2013 (1 hingga 2 Mac) dan Le Tour de-Langkawi 2013 28 Februari hingga 2 Mac yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini. Kesemua acara teras dalam kalendar TMT itu bertaraf kebangsaan, antarabangsa dan tidak terdapat di negeri lain yang pastinya mengundang publisiti meluas serta tarikan pengunjung dari dalam dan luar Terengganu, sekali gus menyuntik kekuatan dan mencapai sasaran empat juta pelancong sepanjang tahun ini.

Sebagaimana kejayaan penganjuran TMT 2008, kerajaan negeri menerusi Sekretariat TMT 2013 giat mengatur pelbagai promosi dalam dan luar negara sejak awal tahun lalu dengan menyertai pelbagai festival, forum dan ekspo peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pada masa yang sama, kita juga memaparkan keindahan dan keunikan Terengganu yang terkenal dengan jolokan `Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orang Baik-Baik’ menerusi sebaran dalam media massa sama ada elektronik serta media cetak. Rancangan Teganukita di TV3 yang memasuki musim ketiga, Program Kenali Terengganu di Terengganu FM dan Manis FM, RTM, Astro antara platform bagi mempromosi, selain hebahan melalui majalah tempatan dan antarabangsa seperti KL Vision, Gaya, Traveller’s Digest, Santai, Libur dan MAS Going Places Inflight Magazine. Kerajaan juga giat menjual nama Terengganu dalam dan luar negara termasuk menyertai Asean Tourism Forum, Vientiane Loas; International Tourism Base, Berlin; Travel Malaysia Fair, Singapura; Arabian Travel Market, Dubai; JATA Tourism. Promosi domestik dan pameran seperti Matta

JOM KE TERENGGANU...

selain gunung-ganang, keunikan Kuala Terengganu bandaraya Warisan pesisir Air, pantai dan pulau, Tasik Kenyir, seni dan budaya, sejarah dan juga warisan, taman-taman rekreasi, hutan simpan dan air terjun, wetland dan penyu menjadi lapan kluster promosi yang diberi tumpuan. Selain itu, turut menjadi fokus sukan air, sukan lasak, berkuda, sejarah, seni, agro, seni bina, budaya, pendidikan, kesihatan, inap desa dan persidangan.

Tasik Kenyir merupakan ikon pelancongan negeri, selain pulau dan pantai yang menjadi sasaran utama pelancong ke negeri ini. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan tasik buatan manusia itu akan terus dilimpahi pelawat?

Tasik Kenyir yang mempunyai 340 pulau yang terbentuk daripada rabung bukit dan gunung, bakal menjadi medan penganjuran sembilan program pelancongan berkonsep kegiatan sukan, fotografi dan rekreasi sempena TMT. Sepanjang TMT, Kerajaan Terengganu dan Ketengah berhasrat menonjolkan keindahan alam semula jadi tasik terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar itu supaya dapat diteroka

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013 www.teganukita.blogspot.com

sepenuhnya oleh pengunjung terutama pelancong luar, selain mereka dapat menimba pengalaman baru, sekali gus membantu mempopularkan destinasi terkemuka itu di negara asal mereka pula. Daripada sembilan program yang bakal dilaksanakan termasuk pembuka tirai acara, Pertandingan Memancing Jelajah Tasik Kenyir yang melibatkan lima siri, iaitu pada 10 hingga 11 Februari, 8 hingga 9 Mac, 12 hingga 13 April, 13 hingga 14 September dan terakhir, pada 22 hingga 23 November 2013. Selain itu, Tasik yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada 1985 itu juga akan diadakan acara Kenyir Lake International Triathlon pada 10 Mac, diikuti Pertandingan Memancing ‘Boat On The Road’ pada April dan Festival Kenyir yang dijadualkan pada 16 hingga 20 Mei. Seterusnya, Kejohanan Power Boat Kenyir, Kenyir Motocross Challenge, Pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir sepanjang Jun, diikuti Pertandingan Melukis dan Fotografi Tasik Kenyir pada 1 hingga 31 Ogos sebelum diakhiri dengan acara Kenyir Cup pada penghujung tahun. Usaha menambah baik kemudahan di Tasik Kenyir memberi impak amat baik apabila peningkatan pengunjung ke pulau itu meningkat ketara , melebihi 53 peratus kepada hampir 370,000 dari Januari hingga November tahun lalu, berbanding 241,412 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Bukan sekadar menjadi syurga kaki pancing, kerajaan negeri mahu menjadikan tasik itu lokasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa dengan mewujudkan Pulau Bebas Cukai dan Kenyir Islang Hoping (KIH) yang dilengkapi pelbagai infrastruktur yang menyokong pembangunan itu. Adakah kerajaan negeri juga bersedia menerima kehadiran pengunjung khususnya dalam aspek penyediaan tempat penginapan yang mencukupi khususnya pada setiap kali acara teras berlangsung?

Bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung tahun ini, jumlah bilik penginapan di seluruh Terengganu juga bertambah kepada 9,329 bilik yang melibatkan calet, pusat peranginan dan hotel. Selain itu, terdapat beberapa tambahan bilik apabila terdapat dua hingga tiga hotel bertaraf tiga bintang akan dibuka pada tahun ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 10,000 bilik untuk kemudahan penginapan pengunjung. Sehubungan itu juga, pada TMT 2013 kita mensasarkan enam hari dan 5.5 hari sebagai purata hari penginapan pelancong asing dan domestik berada di negeri ini berbanding 4.8 hari dan 3.4 hari yang direkodkan pada TMT 2008. Peningkatan purata hari penginapan itu juga dijjangka mendorong kepada peningkatan jumlah perbelanjaan setiap hari pelancong asing kepada RM500 dan pelancong tempatan kepada RM350 seorang, berbanding RM330 (pelancong asing) dan RM200 (pelancong tempatan) pada 2009. Sasaran itu sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negeri sebanyak 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada penghujung 2013.

Panorama

Tasik Kenyir dalam lukisan batik

K

eindahan flora dan fauna di 10 pulau Kenyir Island Hoping (KIH), Tasik Kenyir berjaya diterjemahkan oleh 54 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke dalam lukisan batik menerusi `Program Aspirasi Darul Iman Cetusan Sejuta Ilham’ . Kesemua lukisan yang dihasilkan dalam program kerjasama antara kerajaan negeri dengan UiTM sejak tahun lalu itu, sudah dipamerkan buat pertama kali di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 12 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata kerajaan negeri yang memperuntukkan RM100,000 bagi menjayakan program itu berpuas hati dengan daya kreativiti dan inovasi ciptaan pelajar berkenaan.

“Pelajar berkenaan berjaya menterjemahkan ciptaan dan ilham mereka berdasarkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna di Tasik Kenyir dengan begitu cemerlang serta munasabah dengan mengangkat tema `Aspirasi Darul Iman Cetusan Sejuta Ilham’. “Selepas ini semua produk yang dihasilkan itu akan dilelong bergantung kepada kualiti. Produk yang baik, pasti harga yang ditawarkan lebih mahal,” katanya katanya di sidang akhbar sempana Majlis Pelancaran Kalendar Aktiviti Pelancongan 2013, sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Datuk Abdul Rahin berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan pameran dan jualan lukisan secara besar-besaran di Tasik Kenyir sempena Festi-

val Kenyir 2013 yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini. Menurutnya, berdasarkan perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan UiTM, hasil jualan produk itu akan digunakan bagi membangunkan bakat-bakat dalam seni reka cipta di kalangan penuntut berkenaan. Beliau berkata, pengunjung boleh mendapatkan lukisan kegemaran mereka apabila mula dijual nanti berdasarkan tema di setiap pulau KIH yang dibangunkan di Tasik Kenyir. “Jika ke Pulau Burung, pengunjung boleh mendapatkan lukisan yang memaparkan reka corak buruk merak, kalau ke pulau herba boleh mendapatkan reka corak kulit kayu manis dan cengkis. Sementara jika di Pulau Ceri pula boleh mendapatkan reka corak batik buah yang menjadi buah rasmi Terengganu itu,” katanya.

Keindahan tari tradisional, tak lapuk dek zaman

P

enggemar seni muzik di awal 1970- an, pasti mengenali penggiat seni Wan Salmah Wan Sulaiman, 68 dan Wan Habsah Jusoh, 65 yang mengangkat martabat lagu dan tarian tradisional Terengganu. Tarian ulek mayang, rodat, anak burung baniong dan gamelan yang diperkenalkan penggiat seni ketika itu terus tersohor sehingga ke serata negara. Wan Salmah, berkata dia masih bersedia mengajar mana-mana pihak atau individu yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai tarian Terengganu. Katanya, dia sudi ber-

JOM KE TERENGGANU...

buat demikian kerana sayang dan bimbang asal-usul pelbagai tarian, termasuk ulek mayang hilang keaslian tarian dan lagunya di mana satu ketika dahulu dicipta dan diperkenalkan Haji Mazlan Embong. “Tarian lain seperti rodat, anak burung baniong dan gamelan wajar dikekalkan kerana mempunyai keunikan tersendiri berbanding tarian negeri lain. Manakala, Wan Habsah, berkata dia dan rakan seangkatan sekitar 1980an seakan tidak menang tangan mempromosi Terengganu di beberapa negara tersohor seperti Eropah, Singapura,

Filipina dan sebagainya melalui tarian tradisional Terengganu,” katanya.

Penyanyi asal lagu Anak Burung Baniong merupakan lagu warisan ulung Terengganu.

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik

7


8

BIL:72 • 1-15 JANUARI 2013

www.teganukita.blogspot.com

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.