teganukita 70

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 November 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 70

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menunjukkan buku laporan Bajet 2013 yang dibentangkan beliau di Dewan Undangan Negeri Terengganu, baru-baru ini.

• Mengurangkan defisit • Memantapkan pembangunan modal insan • Memelihara kesejahteraan rakyat • Meningkatkan daya saing

Muhyiddin tidak pernah jemu ke Terengganu

T

idak pernah jemu bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengunjungi

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

dan bertemu rakyat Terengganu. Pada akhir September lalu, Tan Sri Muhyiddin datang bertemu rakyat Terengganu, kini akhir Disember 2012 beliau datang lagi, iaitu dalam tempoh tiga bulan sahaja. Sebelum ini beliau menggesa rakyat Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang lebih banyak kemajuan dan pembangunan, fizikal dan spiritual (pembangunan modal insan) untuk rakyat. “Rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam suasana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain. - lihat ms 4

RM1.995b Bajet 2013 M

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membentangkan Bajet 2013 yang berjumlah RM1.995 bilion dengan mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” seperti yang digunakan ketika Bajet 2012. Bajet 2013 menyaksikan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding Bajet 2012 yang berjumlah RM1.950 bilion. Dari segi kutipan hasil bagi tahun 2013, kerajaan menganggarkan akan memperolehi hasil sebanyak RM2.005 bilion berbanding RM1.950 bilion pada tahun 2012. Menteri Besar berkata, dengan mengambil kira jumlah hasil dan perbelanjaan mengurus, Bajet 2013 menjurus kepada Belanjawan lebihan sebanyak RM10 juta di mana penyediaannya sangat tepat dan selari dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan komitmen untuk mengurangkan defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Disatukan. Bajet 2013 yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri barubaru ini memberi fokus kepada empat strategi teras iaitu mengurang defisit, memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri. - lihat ms 2


2

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

AM

Bajet kesejahteraan rakyat - dari ms 1 “Bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan negeri terus berdaya saing dan berdaya tahan, kerajaan memberi penekanan kepada langkah-langkah memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri mlalui pengurusan fizikal kewangan yang ketat dan berhemah. “Langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah melaksanakan kawalan dalaman yang lebih ketat, pemotongan peruntukan, pengurangan perbelanjaan dan dalam masa yang sama meningkatkan hasil kerajaan,” katanya. Bagi menjayakan strategi kedua, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM53.51 juta bagi membentuk insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. “Program pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah bermatlamat melahirkan insan yang holistik dan seimbang serta memupuk perpaduan nasional. “Usaha ke arah ini telah menampakkan hasilnya melalui pelbagai kejayaan yang dicapai dalam program “Flahsip” pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke universiti. “Malah, Terengganu mampu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain dalam usaha memajukan bidang pendidikan kerana sebahagian besar program yang dilakukan di negeri ini belum dilaksanakan di tempat lain dan sebahagiannya pula telah menjadi ikutan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain,” ujarnya. Melalui strategi ketiga pula, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada usaha-usaha membasmi kemiskinan dan memperbaiki ketidaksamaan sosio-ekonomi secara membina dan produktif. “Matlamat kerajaan adalah mengsifarkan miskin tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 1.0 peratus pada tahun 2013,” katanya. Katanya, sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dan seterusnya menjadikan setiap tahun adalah Tahun Melawat Terengganu, kerajaan bersetuju menambah pertuntukan pembangunan daripada RM138.85 juta pada tahun 2012 kepada RM186.74 juta tahun 2013 bagi melaksanakan pelbagai projek pelancongan (strategi keempat).

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melarang mana-mana pihak di Terengganu menganjur atau mengadakan ceramah agama tanpa tauliah semata-mata mahu menjamin kesucian agama Islam. Baginda bertitah, pada masa sama, larangan itu mampu mengawal kestabilan negara dari elemen tidak sihat dan kecelaruan fakta di kalangan rakyat terutama umat Islam. “Beta juga berhasrat melihat program keagamaan dan aktiviti pengajaran agama Islam di negeri ini dapat disemarakkan dan dipergiatkan terutama di masjid dan surau dalam usaha membendung gejala buruk dan kemerosotan akhlak masyarakat masa kini. “Oleh itu, beta menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan negara terus maju, aman dan harmoni,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini Keberangkatan baginda disambut, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. Hadir sama, Pengerusi

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@gmail.com

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Dato’ Ismail Ali sambil diperhatikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Sultan Mizan larang ceramah tanpa tauliah Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh. Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ itu menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Dato’ Ismail Ali dan Tokoh Keluarga Mithali pula, Haji Mohd Ismail, 74 bersama pasangannya Teh @ Mariam Abdullah, 70 dari Kampung Pak Madah, Marang.

Manakala Tokoh Saudara Kita dianugerahkan kepada Mohd Ridzuan Ang Abdullah; anugerah Masjid Mukim terbaik (Masjid Kampung Bukit Chempaka) dan Masjid Kerajaan Terbaik dimenangi Masjid Bukit Payong. Titah baginda, sesungguhnya Malaysia adalah bumi bertuah dan dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran walaupun dunia kini dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi. “Justeru, tema sambutan

Maal Hijrah pada kali ini, `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ sangat sesuai dan perlu dihayati bersama. “Beta percaya tema ini akan menyumbang ke arah penyelesaian sesuatu pertikaian dan membawa kepada keamanan manusia seluruhnya. “Hijrah bukan bermaksud rehat tetapi untuk meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah,” katanya.

Suara, pandangan guru didengari

K

erajaan sentiasa mendengar suara dan pandangan guru menerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) bagi memastikan golongan pendidik dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi serta mencapai tahap profesionalisme terbaik untuk menghasilkan anak bangsa yang cemerlang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata menerusi KKGLMSM pelbagai manfaat dinikmati golongan pendidik termasuk gaji permulaan yang sama antara guru sekolah menengah dan rendah yang mempunyai kelulusan yang sama, Time Base Promotion, Perkhidmatan 2 Skim, ganjaran kepada guru cemerlang dan kenaikan gred sehingga DG52 dan DG54. “Justeru itu, dengan pelbagai

manfaat dan kemudahan yang disediakan kerajaan, guru haruslah sentiasa memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita. “Golongan pendidik perlu berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa, sebaliknya harus lebih inovatif dan kreatif kerana gurulah yang menentukan kecemerlangan anak bangsa,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Jubli Emas KKGLMSM di Hotel Permai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Presiden KKGLMSM, Datuk Jemale Paiman dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Hashim Mohd Zin. Menteri Besar berkata, ke-

cemerlangan anak bangsa menjadi kayu ukur kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara serta memastikan segala perancangan kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri tercapai satu masa nanti. “Terengganu sendiri pada satu ketika dulu sering ketinggalan dalam aspek pendidikan berbanding negeri jiran, Kelantan yang jauh kehadapan. Bagaimanapun, dengan pelaburan yang tinggi terhadap sektor itu jika dibandingkan dengan negeri lain, membolehkan Terengganu cemerlang dalam bidang pelajaran sejak beberapa tahun lalu. “Kerajaan Pusat memperuntukkan bajet tahunan untuk pelajaran berjumlah RM38 bilion, satu peruntukan yang cukup besar dan diberi keutamaan berbanding sektor lain. Manaka-

Menteri Besar memukul gong gimik perasmian Sambutan Jubli Emas KKGLMSM di Hotel Permai.

la Terengganu membelanjakan RM340 juta untuk pendidikan dan antara negeri paling tinggi memperuntukkan bajet bagi sektor itu,” katanya. Katanya, daripada keseluruhan bajet tahunan itu, sebanyak RM113 juta disediakan bagi penajaan melanjut pelajaran di luar negara, menyediakan `oneoff’ untuk anak negeri yang berjaya meneruskan pengajian di peringkat ijazah, diploma/ matrikulasi dan sijil.


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

AM

UPSR: Terengganu atasi nasional Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu terus mengekalkan kesinambungan kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila pencapaian calon di seluruh negeri berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.10. Pencapaian minimum gred C dan cemerlang semua A bagi semua mata pelajaran turut mengatasi nasional, masing-masing mencatat 0.17 peratus dan 4.28 peratus. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin berkata enam mata pelajaran berjaya mengatasi pencapaian nasional berdasarkan perbandingan Gred Purata Mata Pelajaran Negeri dengan Gred Purata Mata Pelajaran Nasional.

Pelajar-pelajar cemerlang gembira sambil menunjukkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 di Sekolah Kebangsaan Durian Mas II Dungun, Terengganu.

“Enam mata pelajaran yang mengatasi pencapaian nasional adalah bahasa Melayu (Pemahaman) (SK) (0.06), bahasa Melayu (Penulisan) (SK), baha-

sa Melayu (Pemahaman) (SJKC) (0.04), bahasa Inggeris (SK) (0.06), bahasa Inggeris (SJKC) (0.08) dan Sains (0.17). “Walaupun pencapaian

negeri merosot sedikit dengan GPN menurun 0.07 daripada 2.14 (2011) kepada 2.21 tahun ini, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik den-

Terengganu pengeluar utama tanaman melon Terengganu muncul negeri terbesar mengeluarkan tanaman melon dengan kejayaan menghasilkan pendapatan kirakira RM10 juta sejak beroperasi 2006. Selain dipasarkan di dalam negara melon juga mendapat permintaan tinggi di Dubai, Hong Kong dan Singapura.

GLC ikrar jauhi amalan rasuah

A

nak-anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) sama sekali tidak dibenarkan mendekati atau memberi rasuah sebaliknya melaksanakan tanggung jawab dengan penuh dedikasi memajukan syarikat bagi meraih keuntungan. Setiausaha Kerajaan Nageri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata semua anak syarikat kerajaan negeri dikehendaki membuat ikrar dan menandatangani surat akuan bagi menjauhi perkara-perkara berkaitan dengan amalan rasuah. “ Bukan saja anak syarikat kerajaan negeri tetapi syarikat lain yang ada hubungan dengan kita juga perlu menjaga hubun-

gan dan bersih dalam sebarang urusan,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Ikrar Integriti Korporat di Wisma Darul Iman. Hadir sama, Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Halimah Md Sharif dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu Encik Mohd Yasin Jusoh. Katanya, samada menerima atau memberi rasuah dalam syarikat-syarikat berkaitan yang membuat urusan perniagaan tidak dibenarkan mengamalkan rasuah. “Prestasi anak-anak syarikat setakat ini agak baik con-

tohnya EPIC yang mampu cacat keuntungan paling tinggi tahun ini dan berharap selepas buat ikrar ini, semuanya beri tumpuan untuk capai peningkatan masing-masing,” katanya. Pada majlis itu, 53 anak syarikat kerajaan negeri telah melafaz ikrar yang diketuai oleh Encik Ramli Ismail dari Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) dan seterusnya menandatangani surat akuan dan menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. “Saya akan serahkan surat akuan ini kepada SPRM dalam Seminar Sistem Integriti Korporat di Kota Bharu awal Disember ini,” katanya.

3

gan minimum Gred C, iaitu tidak termasuk semua A bagi semua subjek meningkat sebanyak 1.57 peratus daripada 55.54 peratus pada tahun lalu kepada 57.11 peratus tahun ini,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Embong. Encik Zakaria berkata, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A menurun sebanyak 2.34 peratus, iaitu daripada 15.56 peratus pada 2011 kepada 13.22 peratus pada tahun ini. Bagaimanapun katanya, peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum meningkat sebanyak 1.16 peratus, daripada 2.35 peratus (2011) kepada 3.51 peratus (2012). Seramai 23,196 murid sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta yang menduduki UPSR seluruh Terengganu tahun ini.

Kontraktor diminta percepatkan projek

Perkembangan terkini kerja-kerja pembangunan Pulau Bayas yang akan dijadikan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

K

erajaan negeri meminta kontraktor yang terlibat dengan projek pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu supaya menyegerakan projek masing-masing. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, ada beberapa projek yang terlewat daripada jadual kerja dan berharap masalah itu dapat diatasi segera. Katanya, pembangunan di kawasan itu sepatutnya dapat disiapkan April 2014, sebelum dapat beroperasi sepenuhnya sebagai Pulau Bebas cukai pada Ogos tahun yang sama. “Sekarang ini sebanyak 10 projek termasuk prasarana berskala besar sedang berjalan, termasuk Kompleks Bebas Cukai, Kompleks Kastam Pulau Bayas.

“Gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet juga sedang berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan perjumpaan bersama kontraktor berkaitan di Pulau Petang, Tasik Kenyir, baru-baru ini Katanya, status Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri dan rakyatnya, terutama penduduk setempat. “Kita harap ini akan menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan Terengganu. Selama ini kita anggap Tasik Kenyir sebagai sebuah tasik yang ‘tidur’ kerana hampir 30 tahun tidak ada kegiatan dan pembangunan, “ katanya.


4

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

AM

Bajet tinggi untuk manfaat 32,000 peladang

TPM dan rakyat Terengganu bagai suatu ikatan yang sungguh mesra

T

- dari ms 1 Ini adalah suatu hakikat yang harus kita sedari dalam kita hendak menjadikan negara ini terus maju, negara dapat mengagihkan kekayaan kepada seluruh rakyat, (dan) hidup lebih sempurna,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said di DUN Wakaf Mempelam akhir September lalu. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan

“TPM menggesa rakyat

Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang lebih banyak kemajuan dan pembangunan, fizikal dan spiritual (pembangunan modal insan) untuk rakyat. “Rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam suasana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain.”

berkata terdapat banyak negara yang sudah mencapai kemerdekaan lebih lama daripada Malaysia tetapi tidak dapat dibangunkan dan masih berlaku pergolakan dan pergaduhan kaum. “Kemerdekaan tidak menjamin negara itu maju dan rakyatnya hidup aman dan selamat, sebab itu kita di Malaysia harus menghargainya, jangan ambil mudah soal ini kerana ini berlaku kerana ada usaha yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan kita yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional,” Kehadiran Tan Sri Muhyiddin amat dialu-alukan rakyat Terengganu dan beliau dengan Terengganu bagaikan suatu ikatan yang sungguh mesra, tidak jemu-jemu untuk ke Terengganu.

Sultanah Nur Zahirah berkenan menganugerahkan ijazah kepada graduan di Majlis Konvokesyen UMT Ke-10 di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini.

UMT mampu bersaing di peringkat global Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

S

ultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah melahirkan keyakinan dengan keupayaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk bersaing di peringkat global dalam era globalisasi yang kian mencabar dan iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif. Titah baginda, bagi memperkukuhkan daya saing graduan, UMT perlu berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang kreatif dan inovatif melalui program-program akademik yang menjurus kepada pembangunan modal insan. Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT bertitah demikian di majlis Konvokesyen UMT Ke-10 di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman dan Ahli-

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan beserta isteri. “Beta bangga apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengiktiraf Institut Oseonografi dan Sekitaran (INOS) sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi yang ketujuh dan berharap melalui pengiktirafan ini INOS dapat melonjakkan keupayaan dan pencapaian dalam bidang tujahan kelestarian ekologi marin selain menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan UMT. “Beta turut merasa bangga dengan pencapaian pelajar UMT yang menyerlah bukan sahaja dalam akademik malahan dalam kemahiran insaniah dan kejayaan mereka dalam beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa amat menyerlah,” titah baginda. Titah baginda, selain penekanan kepada aspek pengajaran dan penyelidikan, UMT harus terus berusaha memperkasakan kapasiti dan kualiti pegawai akademik, pegawai pengurusan dan profesional serta kakitangan sokongan agar mengamalkan

budaya kerja cemerlang yang menjadi visi dan misi universiti sebagai asas penghasilan perkhidmatan yang bermutu tinggi. “Dalam situasi masyarakat kini yang berhadapan dengan krisis integriti, pembudayaan amalan integriti perlu diperkukuhkan bagi menjamin keberkesanan dan kebolehpercayaan proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat di samping mampu memperteguhkan keperibadian pelajar sebagai modal insan yang jujur dan berakhlak mulia,” titah baginda. Tuanku Canselor kemudiannya merakamkan setinggi tahniah kepada graduan dan juga semua ibu bapa, penjaga dan keluarga yang mengharungi pelbagai rintangan mendidik dan membesarkan anakanak dalam suasana semakin mencabar ini. Majlis konvokesyen melibatkan 2,080 orang graduan iaitu 102 orang menerima diploma, 1866 orang (ijazah sarjana muda), 99 orang (ijazah sarjana) dan 13 orang (ijazah doktor falsafah).

erengganu merupakan antara negeri yang menerima peruntukan tertinggi di bawah program latihan pembangunan untuk ahli-ahli peladang di negara ini. Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Encik Mohd Naser Harun berkata, negeri Terengganu akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 untuk dimanfaatkan 32, 670 orang ahli. “Mengikut rekod kita, sebelum ini Terengganu hanya menerima sekitar RM10 hingga RM15 ribu sahaja dan ini merupakan bajet tinggi berbanding tahun sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Inovasi LPP Negeri Terengganu di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Encik Shamsuddin Mat Rani dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Encik Sawalluddin Ahmad. Katanya, LPP memperuntukan RM2 juta bagi menyediakan latihan pembangunan kepada kira-kira 800,000 ahli-ahli pertubuhan peladang seluruh negara tahun depan. Menurutnya, peruntukan pembiayaan latihan berkenaan turut melibatkan Sabah dan Sarawak serta dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). “Kita menyediakan peruntukan yang agak lumayan tahun depan untuk latihan ahli-ahli peladang supaya mereka dapat melipatgandakan usaha meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya. Mengulas lanjut, Encik Mohd Naser berkata, usaha tersebut diselaraskan di seluruh negara bagi menyokong hasrat kerajaan untuk mengeluarkan pemakanan yang cukup dan selamat.

Koperasi Media Terengganu medium jana ekonomi

S

emua pengamal media di negeri ini disaran menyertai Koperasi Media Terengganu Berhad bagi menjana pendapatan serta ekonomi menerusi rangkaian strategik dalam pelbagai sektor. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata menerusi keanggotaan itu nanti, kumpulan media dapat menyalurkan idea bernas yang boleh diterjemahkankan bagi tujuan menambah pendapatan di kalangan ahli khususnya dalam bentuk dividen menerusi perniagaan dan pelaburan tertentu.

“Saya yakin dan percaya Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang sudah lama mengimpikan koperasi ini dapat mengembangkannya setanding koperasi lain yang maju di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan surat kebenaran menubuhkan Koperasi Media Terengganu Berhad secara rasmi kepada Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat, baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Rosol Wahid dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu, Encik Zahari Omar.


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Koperasi jana untung RM22 juta Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

S

ebanyak RM22,108,311 keuntungan berjaya diraih oleh 504 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 234,179 sehingga akhir Jun lalu. Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasarkan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62)

dan 2010 (RM16,383,473.69). “Jumlah keuntungan semakin meningkat dengan pertambahan koperasi baru setiap tahun. Ia juga disumbang melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing. ‘’Kesedaran orang ramai menyertai koperasi sebagai sebuah institusi yang mampu memberi manfaat dari aspek pendapatan dan pembiayaan kewangan turut mempengaruhi peningkatan jumlah keuntungan serta aset terkumpul,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

EKONOMI

Haji Mohd Mazlan berkata sehingga Jun lalu juga, SKM berjaya merekodkan RM387,559,374.05 aset terkumpul dengan RM243,402,389.63 jumlah dagangan serta RM182,317,364.74 pegangan saham. Pada masa yang sama, beliau menasihatkan anggota koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru. Katanya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan.

SERAH ZAKAT PERNIAGAAN...Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada MIDF Property Berhad sebanyak RM150,000 oleh Pengurus Besarnya Mohd Yusoff Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Pointry Group lambang kejayaan wanita BISNES Oleh: Mohammad Ishak ukomtrg123@gmail.com

T

idak ramai wanita yang berani menceburi bidang perniagaan berasaskan sektor pembekalan dan perkhidmatan kerana ia mempunyai banyak risiko dan cabaran yang perlu ditempohi terutama bersaing dengan bangsa lain. Bagaimanapun, seorang

usahawan wanita Datin Maziah Musa,42, dari Besut, boleh dijadikan contoh kerana bersikap berani dan sedia menghadapi cabaran untuk membentuk sebuah syarikat Bumiputera yang berupaya menyertai pelbagai sektor berasaskan perkilangan. Penubuhan Pointray Group satu bukti keberanian beliau untuk berada pada tahap sama taraf dengan syarikat perkilangan lain di negara ini dalam meningkatkan pembangunan sektor berkenaan. Pointray Group yang ditubuhkan pada 1990 bergiat aktif dalam bidang pembuatan dan perkilangan dan kini berupaya menyediakan 27 bidang kerja utama dalam memasarkan pelbagai produk.

Menjawat jawatan Ketua Pengarah Eksekutif, Maziah anak kelahiran daerah Besut kini muncul antara usahawan wanita yang berjaya mempelopori dalam bidang perusahaan perabut, tekstil, makanan berasaskan Islam, hiasan jalan, pejabat, peralatan hawa dingin, elektronik dan permaidani. Menurut Maziah, selain mempunyai kilang yang beroperasi di Kuala Lumpur pihaknya juga mengembangkan sayan dengan membuka kilang di Kawasan Perindustrian Gong Medan, dekat Kampung Raja, Besut. Katanya, pembukaan kilang di Besut sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu Kerajaan Negeri dan penduduk tempatan menjana ekonomi melalui peluang pekerjaan yang diwujudkan. Menurutnya, kilang milik syarikat itu di Besut yang beroperasi awal tahun ini menyediakan pengeluaran tilam dan peralatan perabut. Beliau berkata,pembuatan tilam mendapat pasaran baik terutama pemilik hotel di seluruh negara yang sememangnya mempunyai ikatan perniagaan yang berterusan dengan syarikat berkenaan.

Datin maziah musa

Selain itu,katanya, syarikat terbabit juga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan telah diiktiraf oleh kementerian sebagai syarikat milik Bumiputera untuk membekalkan pelbagai pralatan pejabat di seluruh jabatan dan agensi kerajaan. “Ramai golongan remaja sebahagian besarnya Bumiputera diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan diambil bekerja di syarikat kami,” katanya.

(Gambar kanan) - Kilang Pointry Group yang beroperasi di Besut, Terengganu, manakala pekerja sedang membuat bantal (gambar kiri).

5

Kayu gaharu beri hasil lumayan

T

erdapat 100 orang petani di negeri ini terlibat dengan projek tanaman gaharu (karas) sama ada dalam bentuk skala kecil atau besar yang melibatkan kawasan seluas 120 hektar. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris berkata, mereka tidak perlu menyediakan kawasan yang luas kerana setiap 0.4 hektar sudah mampu ditanam sehingga 500 pokok. “Jika tidak mahu mengusahakan sehingga matang iaitu lima tahun, mereka boleh menjual anak pokok yang mampu mencecah sehingga kira-kira RM300 satu pokok,’’ katanya, baru-baru ini. Haji Asha’ari berkata, kayu gaharu merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan minyak wangi dan boleh dieksport kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi di Asia Barat. Katanya, selain industri minyak wangi, kayu gaharu turut digunakan untuk membuat perhiasan, tonik minuman, teh dan sabun, Manakala di negeri ini gaharu diguna bagi industri minyak wangi dan teh yang dihasilkan melalui daun pokok tersebut. Sehubungan itu, kerajaan negeri amat menggalakkan pemilik tanah memajukan tanaman ini kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi. Beliau kemudiannya menyeru orang ramai yang mempunyai tanah terbiar agar memanfaatkannya dengan tanaman pokok gaharu kerana mampu memberi pulangan lumayan.


6

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

RENCANA

Rakyat Terengganu serik doh di bawah pembangkang

P

emimpin dan parti yang pernah ditolak oleh rakyat Terengganu kerana pelbagai kezaliman, kerakusan, penipuan dan putar-belit kini datang kembali menabur janji kononnya mereka akan menjadi kerajaan yang terbaik. Sebenarnya rakyat Terengganu sudah alami segala penindasan dan penderitaan di bawah pimpinannya dan partinya, atau disebut sebagai ‘serik doh weh”. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri menyebut perkara ini sewaktu berucap di perhimpunan agung Umno baru-baru ini: “Soalnya, adakah layak pemimpin seperti ini, yang hendak diangkat oleh rakyat untuk membela untung nasib mereka? Waima, dulu pun, selepas saja satu penggal menjadi Menteri Besar, orang Terengganu terus menolak kepimpinan beliau.” Demikian disebut oleh Dato’ Seri Mohd. Najib, suatu perkara yang amat perlu difahami dengan jelas bahawa kita perlu menolak parti dan pemimpin yang telah terbukti tidak berupaya dan melakukan pelbagai kemungkaran. Jelas parti dan orang yang memimpin parti itu telah ditolak oleh rakyat kerana rakyat telah menilai kemampuan, kejujuran dan segalanya tentang parti dan pimpinan parti itu. Puluhan ribu ekar kawasan balak diberi pada kroni, tanah puluhan hektar ladang diberikan kepada wakil rakyat dan isterinya, zakat diberikan kepada anak Exco Kerajaan, kanak-kanak tabika Kemas dihalau dari balai raya, wang bantuan orang miskin dipotong, gaji wakil rakyat dinaikkan, tanah dirampas dibahagi kepada kroni dan berbagai kezaliman dan kepincangan yang masih menghantui rakyat Terengganu. (terlalu banyak untuk disenaraikan penyelewengan mereka). Hari ini mereka datang lagi menjaja kebaikan, kononnya mereka akan membawa rakyat dan negeri ke arah yang lebih baik. Rakyat dan pengundi Terengganu tidak akan masuk ke lubang biawak buat kali kedua. Rakyat Terengganu sudah selesa dan sejahtera dan bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang. rang.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

- Penga

Sembahyang dua imam kerana berlainan politik adalah kejadian benar

K

esan fatwa mengkafirkan Umno oleh pemimpin Pas,

satu kampung ekoran keadaan itu. Pada masa itu dilaporkan kira-kira 30 buah masjid dan surau Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com didirikan melalui kelab-kelab parti berkenaan dan pengikut parti itu bersembahyang di kelab berkenaan. Menurut laporan Utusan Melayu bertarikh 5 November 1986 pula, mendirikan sembahyang Jumaat berasingan dalam satu kariah adalah haram, ditegaskan oleh Mufti dalam satu edaran buku yang bertajuk ‘Fatwa Mufti” yang diedarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu pada masa itu. Pada masa itu di Besut kejadian mengadakan sembahyang Jumaat di tempat berasingan dua sekampung adalah paling banyak iaitu 26 tempat. Antaranya termasuklah Gong Pasir, Bukit Tanah, Benting Lintang, Bukit Puteri, Tok Sabah, Lapan Kotak, Gong Duek, Tok Dor Dalam dan lain-lain. Di Setiu terdapat lima tempat, Marang empat tempat, Kuala Terengganu tiga tempat, Dungun (1) dan Hulu Terengganu (2). Oleh itu apa yang sebut oleh Dato’ Seri Mohd. Najib adalah perkara yang benar-benar berlaku dan rakyat Terengganu, terutama penduduk di kampung yang terlibat adalah saksinya. Kejadian nikah dua kali (nikah semula) kerana anggap pernikahan terdahulu dengan jurunikah Umno tidak sah, tanah kubur berasingan, tidak makan gulai masakan orang Umno yang dianggap sembelihan tidak sah dan sebagainya juga benar-benar berlaku.

ANALISIS

khususnya melalui Ucasiri 13 pan Haji Hadi pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, maka berlakulah perpecahan sesama umat Islam di negara ini, sebagaimana di sebut oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Mungkin bagi sesetengah pihak ia dianggap sebagai suatu yang sukar dipercayai, tetapi hakikatnya ia adalah benar-benar berlaku. Video dan gambar kejadian itu masih tersimpan. Berita Harian bertarikh 19 Julai 1982 melaporkan, umat Islam mengecam pertubuhan politik yang terbabit dengan kegiatan membiarkan pengikut mereka melakukan perpecahan di dalam masyarakat dengan sembahyang dua imam dalam satu masjid dan dua masjid dalam satu kampung di Terengganu. Mereka menganggap perbuatan itu sebagai perosak dan pencabul kehormatan dan kesucian Islam dan bukannya pejuang Islam yang sebenar. Timbalan Pesuruhjaya Pas waktu itu, Ustaz Abdul Latif Muhammad mengakui wujudnya perpecahan antara penyokong Pas dan Umno di Terengganu. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Berita Harian itu beliau juga tidak menafikan kejadian sembahyang dua imam dalam satu masjid dan mendirikan dua buah masjid dalam

Ingat dok lag Orang teg

anu???

i. .

INGAT DOK LAGI...imbas kembali perbuatan terkutuk yang dilakukan pengikut dan penyokong Pas melakukan sembahyang dua iman di sebuah masjid di Gong Pasir, Besut pada tahun 1982.

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT:

PEN. PENGARANG 1:

PENGARANG:

PEN. PENGARANG 11:

Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Kamaruddin Mat Akib (Media Baru). Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

RENCANA

7

Umno dituduh kafir bekerjasama dengan bukan Islam, Pas bekerjasama dengan DAP bagaimana pula?

Kesan amanat Haji Hadi pada tahun 1981 itu bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi juga telah menanamkan benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.

WAKAF RAKYAT Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

“J

adinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud. Kesan amanat pada tahun 1981 itu bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi juga telah menanamkan benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam. Natijahnya, muncullah tragedi Me

Perhimpunan Agung Umno 2012 banyak berkisar mengenai perpecahan Melayu dan Umat Islam khasnya dan bagaimana kuasa yang ada kepada UMNO/BN untuk memastikan ianya kembali bersatu.

seperti ini, yang hendak diangkat oleh rakyat untuk membela untung nasib mereka? Waima, dulu pun, selepas saja satu penggal menjadi Menteri Besar, orang Terengganu terus menolak kepimpinan beliau.” Di atas adalah merupakan sedut ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.

KELENTONG RAKYAT...masihkah kau ingat bagaimana Haji Hadi memeluk Lim Kit Siang tetapi dalam masa sama menuduh Umno kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

mali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua Imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO. Soalnya, adakah layak pemimpin

Najib Tun Razak dalam perhimpunan agung Umno baru lalu selaku Presiden Umno. Memanglah semua tahu bahawa amanat atau ucapan Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah merupakan racun berbisa memba-

wa perpecahan umat Islam seperti beberapa natijah yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu. Sembahyang dua imam bukan dongeng, contohnya ini berlaku pada 17 Julai 1982 di masjid Gong Pasir, Besut. Pada tahun 1963, Dewan Ulamak Pas Kelantan menyebut: Orang Islam Umno menjadi kafir kerana bekerjasama memerintah negara dengan orang kafir, atau ringkasnya disebut sebagai ‘kafir berikat’. Jadi persoalannya sekarang bagaimanakah dengan fatwa itu apabila Pas sendiri bekerjasama dengan bukan Islam (DAP) memerintah di Pulau Pinang, Perak sebelum ini, Selangor? Itulah persoalan yang sebenarnya dan perkara yang berkaitan Islam tidaklah boleh dipermainkan sesuka hati, maksudnya membuat hukum dan fatwa yang mengikut selera dan kepentingan politik. Haji Hadi juga pernah mengatatakan “Tuhan Jadikan Kita Untuk Bergaduh’. Bayangkan sampai begitu sekali beliau sanggup menafsir ayat suci al-Quran surah Al-Baqarah ayat 251, dalam satu ucapannya di Bukit Kulim Marang Terengganu pada 24 September 1980, lebih awal sebelum amanat Haji Hadi di Banggol Peradong pada 1981. Dato’ Abu Bakar Chik pada 13 November 1983 di Kampung Darat Batu Rakit menyebut dalam ucapannya bahawa Pas adalah Hizbullah (parti Allah) dan Umno adalah Hizbus Syaitan (par-

ti Syaitan) dengan menafsirkan sesuka hatinya ayat 19 dan 22, surah Al Mujadalah. Haji Hadi juga yang pada tahun 1986, waktu itu menjadi Naib Presiden Pas juga menyatakan dalam ceramahnya di Jertih Besut bahawa Pas parti Allah, dengan katanya parti yang bermatlamat mewujudkan negara Islam boleh ditafsirkan sebagai parti Allah. Persoalannya sekarang bila Pas telah bertukar kepada memperjuangkan negara kebajikan bagaimana? Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri ketika mengulas dakwaan Pas parti Allah sebagai perbuatan menyekutukan Tuhan untuk kepentingan politik.

Amanat Haji Hadi yang sesat lagi menyesatkan


8

BIL: 70 (15 - 30 N

RENC

PERHIMPUNAN Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Mohamad Ishak ukomtrg123@gmail.com

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melawat pusat media di PWTC.

Perwakilan dan ahli Umno menyerbu gerai jualan songket dan batik Terengganu.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama wakil pelajar luar negara.

P

erhimpunan Agung Umno Ke-66 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, bukan sekadar perhimpunan biasa. Sebaliknya ramai ahli dan penyokong Umno sama ada yang berpeluang menjadi perwakilan atau yang berada di luar dewan sebagai pemerhati, mengikuti perhimpunan itu dengan penuh semangat dan daya juang yang tinggi, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Rata-rata ahli Umno yang berada di PWTC begitu bersemangat menunggu kerahan tenaga daripada pucuk pimpinan parti bagi menghadapi PRU 13 selepas Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melontarkan kata-kata hikmat bagi meniupkan semangat mereka untuk berjuang bagi memenangkan calon-calon Barisan Nasional (BN). Sepanjang persidangan itu, terpancar kesungguhan 2,759 perwakilan yang berada di dalam dewan bagi mendengar setiap amanat pemimpin-pemimpin parti. Sudah tentu mereka akan membawa balik pesanan tersebut ke peringkat bahagian dan cawangan serta disebarkan kepada ahli-ahli Umno peringkat akar umbi dengan satu harapan- mengekalkan pemerintahan Kerajaan BN pada PRU 13. Perhimpunan kali ini yang merupakan terakhir sebelum PRU 13, banyak mencetuskan linangan air mata daripada perwakilan, terutama apabila ada wakil yang membangkitkan isu agama dan masa depan bang-

Ahli Umno yang mengikuti persidangan di luar dewan.

sa Melayu. Ramai yang menangis apabila ada pembahas yang mengajak semua perwakilan menyanyikan lagu “Warisan” bagi membangkitkan semangat mereka untuk mempertahankan negara daripada dikuasai pembangkang yang bersengkokol dengan kuasa asing untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Pada perhimpunan itu juga pemimpin mengambil peluang melalui lafaz ikrar dan doa yang memohon restu perjuangan Umno diberkati Allah. Tidak ada doa yang meminta dijahanamkan pemimpin atau ahli daripada parti pembangkang. Semua ahli Umno menyedari mereka kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menggalas tugas yang diamanahkan pemimpin bagi mempertahankan negara daripada dicabuli musuh yang cemburu dengan keharmonian negara yang didiami rakyat berbilang bangsa. Manakala di pihak pemimpin Umno pula, mereka sepatutnya menginsafi apa yang diperkatakan oleh Presiden menerusi lima soalan cepumas bagi membuktikan kesetiaan pemimpin terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat untuk kemenangan parti pada PRU13 tidak lama lagi.

Presid Presid

Pengalaman lampau banyak mengajar pemimpin supaya tidak mengingkari keputusan parti jika ada antara mereka tidak terpilih untuk dicalonkan atau diminta bertukar kawasan, kerana semua yang dilakukan itu untuk kepentingan parti. Semoga riwayat Terengganu seperti apa yang berlaku pada 1999 tidak lagi berulang sebaliknya terus kekal sebagai negeri yang mampu menumbangkan pembangkang pada PRU 13 yang dianggap paling getir dalam sejarah politik tanah air.

Tiga p Abdu


9

November 2012)

CANA

N LUAR BIASA

den Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengibarkan sepanduk Barisan Nasional sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut kelihatan, Timbalan den UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

pemimpin sayap Umno, Khairy Jamaluddin, Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Dato’ Shahrizat ul Jalil selepas sidang akhbar.

Para perwakilan mengaminkan bacaan doa sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012.


10

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

PELANCONGAN

DESAKU

Penduduk Landas bersatu Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

M

entaliti orang kampung perlu berubah untuk menerima segala pembangunan yang disalurkan kerajaan untuk merMUZIR SALIM apat jurang perbezaan penduduk di bandar dan luar bandar. “Saya sentiasa mengingatkan mereka, penghijrahan keluar dari garis kemiskinan perlu dilakukan dengan usaha bersungguh-sungguh serta sentiasa terbuka menerima saranan dari pihak berkuasa seperti jabatan pertanian dan lain-lain agensi pembangunan. “Semangat perpaduan dan saling bekerjasama yang diamalkan masyarakat meringankan tugas seorang ketua kampung,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Landas, Encik Muzir Salim, 35. Terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Parlimen Hulu Terengganu dengan jumlah penduduk 986 orang daripada 215 keluarga. Di sini terdapat tiga kategori penduduk iaitu kampung tradisional, perumahan kakitangan Mardi, TDM dan perumahan kakitangan kilang kelapa sawit. “Jumlah penduduk agak ramai, namun semangat kerjasama teserlah setiap kali diadakan program kemasyarakatan seperti aktiviti menanam pokok hiasan sepanjang jalan utama dan jalan kampung yang mendapat kerjasama semua pihak tanpa mengira fahaman politik,” katanya. Kampung Landas tersenarai di antara 17 JKKK dalam Parlimen Hulu Terengganu yang akan menyertai pertandingan pentadbiran JKKK terbaik tahun depan. Encik Muzir dilantik menjadi ketua kampung cukup teruja untuk membuat perubahan bagi menjadikannya sebuah perkampungan yang bersih dan ceria serta bebas dari sebarang penyakit. JKKK selalu mengadakan program kemasyarakatan, perjumpaan dan perbincangan antara penduduk kampung dengan pihak jabatan kesihatan dan pertanian untuk mencari pendekatan meningkatkan amalan penjagaan kesihatan serta menceburi pertanian moden.

RIADAH

Hirup udara Laut China Selatan di

Pantai Air Tawar Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

M

akan angin – mungkin itulah rancangan yang sedang dirangka ibu bapa bagi menghabiskan cuti panjang persekolahan bersama anak-anak mereka. Jangan pening kepala, kerana nun di Utara Terengganu, destinasi terbaik untuk disinggahi merupakan hamparan pantai memutih pasirnya dihiasi permandangan dan suasana yang pasti tidak menghampakan. Daerah Besut yang menjadi sempadan antara negeri Terengganu dan Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau tetapi juga jajaran pantainya yang menjadi sumber tarikan

pelancongan di daerah itu. Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Jerteh, empat kilometer dari Kuala Besut atau tiga kilometer daripada Bukit Keluang merupakan pantai yang kerap dikunjungi penduduk tempatan mahu pun pelancong luar. Daripada pantai ini jelas kelihatan Pulau Perhentian yang merupakan pulau yang tidak asing lagi dalam peta pelancongan Terengganu. Kadangkala lokasi ini menjadi persinggahan wajib bagi mereka datang secara berkumpulan ataupun berkonvoi semata-mata mahu melepaskan penat sambil menikmati bekalan yang dibawa. Di Pantai ini, kemudahan seperti tandas, kerusi, surau,

wakaf, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak tersedia untuk para pelawat. Setiap hujung minggu aktiviti perkelahan dan sukan pantai kerap diadakan di sini. Pesta kebudayaan dan kesenian akan diadakan pada setiap tahun di pantai ini bagi menarik lebih ramai pelancong. Bagi mereka yang ingin bermalam, terdapat beberapa chalet dan homestay sekitar pantai ini dengan harga berpatutan, antaranya adalah MNI Homestay yang mana anda boleh menghubungi Wan Azizah di talian 013 9232625 atau 09 6668890 untuk tempahan. Mungkin anda boleh berehat sementara di sini bersama keluarga dan menghirup angin Laut China Selatan di Pantai Air Tawar ini.


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

AGAMA

Biodata dan sejarah ringkas Nabi Muhammad S.A.W

N

abi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin, yang bermaksud ‘yang terpuji’.

menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

BIODATA RASULULLAH S.A.W: Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah). Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 35 TAHUN • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: USIA 5 TAHUN • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 63 TAHUN • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

USIA 6 TAHUN • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN • Terlibat dalam peperangan Fijar. ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda

USIA 25 TAHUN • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 40 TAHUN • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W: 1. Khadijah Binti Khuwailid 2. Saudah Binti Zam’ah 3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 7. Zainab Binti Jahsy 8. Maimunah Binti Harith 9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin) ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi meninggal sebelum dewasa.

11


12

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Ikon

Perjalanan hidup profesor ulung penuh drastik Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

ebijaksanaan dalam bidang akademik terserlah semenjak di peringkat sekolah rendah lagi apabila melangkau kelas dari darjah empat terus ke darjah enam dan istilah ‘tuang sekolah’ tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Anak tunggal kepada pasangan Haji Ambak Ibrahim seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu serta Hajah Selema Mat Zain seorang suri rumah itu sering mengikut ayahnya memancing dan suka memerhati kehidupan komuniti ikan dan alam sekitar. Setelah memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman (1958) beliau menanam minat untuk mendalami keunikan ekologi populasi hidupan laut serta bercita-cita menjadi pegawai pertanian. Begitulah secebis rentetan kehidupan masa lalu seorang ahli akademik ulung , tenaga pengajar, penyelidik dan pakar rujuk di bidang Sains Perikanan, Prof Dr Mohd Azmi Ambak, 61, penerima Anugerah Profesor Emeritus Bidang Sains di Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini. Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT. Beliau yang berasal dari Lorong Haji Jamil, Kuala Terengganu, tidak pernah menduga akan menerima penghormatan sebegitu tinggi di bidang akademik yang telah menjadi darah dagingnya selagi hayat dibadan. Berpengalaman 38 tahun dan mula aktif membuat penyelidikan pada 1978 di samping minat menulis artikel dalam jurnal dan buku pertama beliau bertajuk ‘Freshwater Fishes of Peninsular Malaysia (1983) hingga kini masih lagi menjadi rujukan di seluruh dunia. Sehingga ini beliau berjaya menghasilkan sembilan buah buku yang berkait dengan perikanan dan buku terbarunya bertajuk ‘Fishes of Malaysia’ telah dilancarkan Sultanah Nur Zahirah tahun lalu. Perjalanan kehidupannya penuh drastik, bermula dengan mengikuti program pra-universiti di Institut Teknologi Mara (ITM) (1968) kemudiannya me-

neruskan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Malaya di bidang Sains Pertanian (1970) dan ditawarkan ke jawatan pegawai pertanian pada 1973 dan berkhidmat sebagai pensyarah di ITM setahun kemudian. Kecintaannya terhadap ilmu dan alam sekitar merangsang beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti of Salford, United Kingdom dan seterusnya mengambil program Doktor Falsafah di bidang perikanan secara sambilan tanpa mengambil kira bebanan tugas dan tanggung jawab yang dipikul. Kewibawaan beliau sebagai pemimpin terserlah apabila dilantik ke beberapa jawatan penting dalam universiti termasuklah Ketua Jabatan Biologi Perikanan dan Akuakultur (UPM/1982), Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (1984), Pemangku Ketua Pusat Perikanan dan Sains Samudera (1990). Timbalan Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (1991), Pengarah (1995) Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan, UPM Terengganu (1996) dan dilantik ke jawatan Profesor pada 1997 dan apabila Kolej Universiti Sains dan Teknoloji Malaysia (Kustem) ditubuh pada 2001 beliau dilantik sebagai dekan pertama Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Beliau juga memegang jawatan Pengarah Pertama Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) (2004) dan Dekan Sekolah Siswazah (2006) dan setelah Kustem dinaiktaraf sebagai Universiti Malaysia Terengganu beliau dilantik sebagai Dekan Sekolah Siswazah kemudiannya meletak jawatan di UMT (2009) kerana ingin menumpukan masa membuat kajian dan penulisan. Sehingga kini lebih 200 penerbitan dalam bentuk jurnal, makalah dan kertas kerja berjaya dihasilkan untuk paparan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta turut berjaya membimbing lebih daripada 60 pelajar pasca-siswazah peringkat sarjana dan PhD. Prof Dr Mohd Azmi yang pernah dinobatkan sebagai pemenang NAGA Award anjuran World Fish Center di mana anugerah berkelas dunia ini sebagai pengiktirafan kepada bukunya bertajuk ‘Marine Fishes and Fisheries of Malaysia itu telah menerima dana penyelidikan lebih RM6 juta sepanjang mengharungi dunia akademiknya. Kini beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (2012-2015) kini memantapkan kepakaran dalam bidang perikanan dengan memfokuskan penyelidikannya serta aktif mengadakan kerjasama dengan institusi dan industri dalam dan luar negara. Beliau juga memberi khidmat pakar runding kepada agensi kerajaan dan swasta seperti pelan perancangan strategik dan perikanan rekreasi di Tasik Kenyir serta projek sumber air di Kelantan. Sebagai ahli akademik ulung, Prof Dr Mohd Azmi tidak pernah mengabaikan tanggung jawab seorang bapa yang penyayang kepada 10 anak yang kini jelas mewarisi kejayaannya di mana mereka berjaya memilih kerjaya masing-masing sebagai jurutera, pensyarah, peguam dan ahli perniagaan. “Saya terharu di atas penganugerahan gelaran Prof Emeritus kepada saya dan ia merupakan penghargaan tertinggi setelah 38 tahun berkecimpung dalam bidang akademik , sesungguhnya sumbangan saya hanyalah ibarat setitik air di lautan yang luas,” katanya ketika memberi ucapan balas di majlis konvokesyen.

Prestasi sekol Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

E

mpat sekolah rendah di Hulu Terengganu tersenarai sebagai 10 sekolah yang merekodkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012. Sekolah yang mendahului pencapaian GPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tapu (1.12), SK Kemat (1.23), SK Teris (1.34) dan SK Kuala Berang (1.37). Sementara SMK Chalok (1.23), SK Kampung Bari Sungai Tong (1.50), SK Kampung Jaya, Setiu (1.51), SK Rantau Petronas, Kemaman (1.51), SK Tepus, Dungun (1.51) dan SK Tok Dor, Besut (1.52). Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin, berkata semua sekolah yang terletak di luar bandar tersenarai sebagai sekolah terbaik berdasarkan nilai GPS berikutan jumlah pelajarnya yang kecil berbanding sekolah terletak di dalam bandar. “Murid Tahun Enam yang menduduki UPSR di sekolah luar bandar tidak ramai berbanding sekolah di dalam bandar. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya dapat memberi lebih tumpuan kepada murid yang disasarkan mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu. “Oleh itu, sekolah yang kecil dengan jumlah muridnya yang kecil pastinya mempunyai potensi besar bagi menyumbang prestasi dan pencapaian terbaik kepada GPS dan juga Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhannya,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Embong. Encik Zakaria berkata, SK Tapu umpamanya hanya mempunyai 20 murid yang menduduki UPSR dengan 16 daripada mereka berjaya memperolehi keputusan

M

UMT sasar pertamb U

niversiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan pertambahan pelajar kepada 8,500 pelajar menjelang 2015 berbanding jumlah sekarang iaitu 7,800 pelajar. Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo , berkata untuk mencapai sasaran ini, UMT berusaha memantap dan meningkatkan kualiti program sedia ada supaya dapat melahirkan graduan pelbagai kebolehan. Katanya, sebagai sebuah universiti yang berkembang pesat dari segi infrasturuktur mahupun akademiknya, UMT sentisa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan budaya penyelidikan kepada setiap warga akademik dan pelajar. “Pendekatan ini sejajar dengan hasrat UMT untuk menjadi universiti komprehensif berfokus yang terunggul di Malaysia. Selain itu, penekanan khusus turut diberikan bagi memantapkan presta-


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

olah luar bandar (hulu) terbaik

Pengarah JPNT, Encik Zakaria ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Murid sekolah hulu dari Kuala Berang yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

bahan pelajar 8,500 si sumber manusia yang merupakan aset utama dalam proses untuk menjadikan impian ini satu kenyataan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen ke 10 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Pro Cancelor UMT Tan Sri Samsudin Osman dan beberapa exco kerajaan negeri. Prof Datuk Dr. Ibrahim turut memberitahu, langkah-langkah berkaitan dengan penambahan pensyarah baru serta penghantaran tutor dan pensyarah melanjutkan pelajaran bagi mencapai sasaran 70 peratus tenaga pengajar UMT berkelayakan Ph.D menjelang 2015. “Ketika ini, daripada 393 pensyarah

Dua penuntut UMT gembira selepas menerima penajaan Biasiswa Tuanku Canselor UMT.

yang aktif, 209 pensyarah mempunyai kelayakan Ph.D,” katanya. Katanya, sehinga Jun, 2012, UMT telah menerima kelulusan untuk 44 projek penyelidikan bernilai RM6.1 juta dar-

ipada pelbagai penyumbang dana. “Apa yang membanggakan penyelidik kita juga telah memperoleh pengiktirafan sama ada peringkat kebangsaan mahupun luar negara,” katanya.

Fokus

13

“Murid Tahun Enam yang

menduduki UPSR di sekolah luar bandar tidak ramai berbanding sekolah di dalam bandar. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya dapat memberi lebih tumpuan kepada murid yang disasarkan mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu. Oleh itu, sekolah yang kecil dengan jumlah muridnya yang kecil pastinya mempunyai potensi besar bagi menyumbang prestasi dan pencapaian terbaik kepada GPS dan juga Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhannya.”

cemerlang yang mencatat A bagi semua mata pelajaran. Sementara itu, Katanya, SK Paya Bunga yang terletak dalam Bandar Raya Kuala Terengganu pula merekodkan dua daripada 10 murid yang mengambil peperiksaan itu mencapai keseluruhan A bagi mata pelajaran yang diambil. “Oleh itu, GPS berkenaan bukanlah menjadi kayu ukur utama yang menggambarkan bahawa pencapaian sekolah di bandar menurun sebaliknya situasi itu perlu dinilai daripada pelbagai aspek termasuk bilangan calon murid,” katanya. Katanya, pencapaian calon cemerlang (semua A) di bandar dan luar bandar pada tahun ini mengalami penurunan masing-masing sebanyak 2.23 peratus dan 2.05 peratus. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik (minimum C tidak termasuk semua A) di keduadua lokaliti berkenaan meningkat, masing-masing 1.11 peratus dan 2.18 peratus. Menurutnya, daripada pencapaian itu juga menunjukkan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.0 peratus. “Begitu juga dengan dengan peratusan calon yang memperolehi semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum masing-masing telah meningkat sebanyak 0.93 peratus dan 1.49 peratus. “Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan minimum calon di bandar adalah lebih berbanding calon di luar bandar dengan beza sebanyak 0.56 peratus,” katanya. Encik Zakaria berkata, peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat menerusi nilai Gred Purata (GP) yang mengurang iaitu 0.06 bagi bandar dan 0.07 bagi luar bandar, sementara jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar bertambah sebanyak 0.01 mata nilai GP.


14

AM Tanam tekad untuk berjaya

BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

JKNT kenal pasti lokaliti tangani denggi Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

J P

elajar perlu menanam tekad ingin berjaya tanpa mengira institusi mana tempat menimba ilmu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) berkata, pelajar tidak perlu berasa rendah diri kerana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ``Sentiasa bersyukur dan sikap rendah diri hendaklah dihapuskan, yang penting berusaha untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi kerana kejayaan tidak akan dicapai jika tiada usaha,’’ katanya Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Seminar Sehari Kepekaan Gender Di Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012 bersama Kolej Inforana anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu (PPWNT). Dato’ Ahmad Razif berkata, setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri dan ini sudah banyak terbukti kejayaan seseorang bukannya hanya kerana mempunyai kelulusan daripada IPTA tetapi juga mereka di kalangan institusi swasta atau institusi kemahiran. Seramai 300 peserta daripada pelbagai institusi termasuk institusi kemahiran menyertai seminar tersebut yang mengundang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie Kompleks Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Puan Suzana Ghazali bagi membincangkan topik `Pengenalan Gender, Isu-isu Semasa dan Keganasan Gender’. Terdahulu, Pengarah PPWNT Hajah Norrani Abdul Rahman berkata seminar itu bertujuan memberi pendedahan mengenai kesaksamaan gender kepada pelajar IPT yang merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

abatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) giat mengenal pasti kawasan bermasalah denggi di setiap daerah dengan melihat kepada kejadian kes denggi, penemuan tempat pembiakan aedes yang banyak serta tahap kebersihan persekitaran di setiap kawasan sebagai aktiviti utama bagi menangani masalah denggi menerusi Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Denggi Khas. Pelan tindakan yang dilaksanakan dalam tempoh dua bulan sehingga Disember ini mengikut daerah disediakan berdasarkan masalah denggi yang dikesan berlaku di setiap daerah seluruh Terengganu. Pengarah JKNT, Dr Anwa Sulaiman, berkata pelan dipantau secara terperinci oleh Pihak Vektor negeri yang memfokuskan lokaliti yang bermasalah denggi di seluruh daerah dengan merencanakan serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan secara berkesan. “Aktiviti lain termasuk meningkatkan keberkesanan pemeriksaan aedes terutama di kawasan bermasalah denggi dengan pemantauan

T

erengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), sebuah syarikat pelaburan milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu, menganjurkan seminar “Internal Audit Colloquium 2012” dengan tema “Why and How Auditors Must Change”, di Bangunan TISB, KawasanPerindustrianChendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Seminar itu dihadiri 50 peserta yang terdiri daripada Juru audit Dalaman merangkumi syarikat di bawah kumpulan TISB dan pelbagai agensi Kerajaan Negeri Terengganu. Seminar ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh Jabatan Audit Dalaman Kum-

pegawai penyelia daerah atau negeri mengikut jadual yang telah disediakan, gotong-royong di kawasan yang bermasalah denggi dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masyarakat setempat. “JKNT turut menjalankan semburan pencegahan di kawasan yang terdapat banyak pembiakan aedes setelah gotong-royong dilaksanakan, selain aktiviti pemusnahan jentik-jentik aedes (Larvaciding) dijalankan terutama di kawasan berpotensi pembiakan aedes seperti di ladang-ladang atau kebun-kebun yang sukar dilakukan proses pembersihan di mana aktiviti ini boleh mengawal kewujudan nyamuk aedes dewasa sehingga tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, baru-baru ini. Dr Anwa berkata, pihaknya turut meningkatkan aktiviti promosi kesihatan tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dengan menyediakan bunting, poster, pondok-pondok informasi serta mengadakan pameran-pameran dan ceramah denggi sebagai usaha menyedarkan orang ramai mengenai masalah itu. Selain itu, JKNT juga meningkatkan aktiviti pen-

P dr anwa sulaiman

guatkuasaan aedes di seluruh negeri Terengganu. “Sehingga 3 November lalu, jabatan kami melakukan pemeriksaan pembiakan jentik-jentik aedes ke 165,014 unit pelbagai kategori premis di seluruh negeri Terengganu, di mana 1,021 (0.62 peratus ) premis didapati positif aedes. “Dalam pemeriksaan itu, semua premis yang didapati positif pembiakan aedes telah dikompaun sebanyak RM500 setiap premis mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000),” katanya. Beliau berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 8,675 amaran atau notis pembersihan juga dikeluarkan terhadap premis yang didapati tidak menjaga kebersihan.

TISB anjur seminar juru audit dalaman

Peserta seminar anjuran TISB merakam kenangan beramai-ramai.

pulan TISB dengan objektif utama untuk meningkatkan peranan Juruaudit Dalaman seiring dengan perubahan semasa dalam melaksanakan perkhidmatan pen-

Penyelidik ketengah penemuan baru, isu alam sekitar

gauditan dan perundingan secara profesional dan berkualiti. Selain itu, seminar ini juga merupakan platform untuk perkongsian idea dan

maklumat bagi meningkatkan hubungan kerjasama di antara syarikat induk, anakanak syarikat di bawah kumpulan dan juga jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.

elbagai penemuan baru serta isu semasa berkaitan alam sekitar diketengahkan 400 penyelidik yang menyertai Kongres Antarabangsa Mengenai Penyelidikan Alam Sekitar atau lebih dikenali ‘International Congress of Environmental Research’ (ICER) 2012 yang bermula 22 hingga 24 November yang lalu. Kira-kira 300 peserta yang menyertai program julung kali dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terdiri daripada penyelidik luar negara termasuk dari India, Iran, Nigeria, Sri Lanka serta Thailand manakala 100 peserta lagi terdiri daripada penyelidik tempatan. Program selama tiga hari yang mendapat kerjasama Jurnal Penyelidikan dan Pembangunan Alam Sekitar (JERAD). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kedatangan para penyelidik yang datang ke sini untuk membentangkan hasil kajian mereka. “Kerajaan negeri berbangga dengan usaha yang dilakukan UMT melalui penganjuran progam yang melibatkan penyertaan di peringkat antarabangsa yang membolehkan perkongsian maklumat serta pendapat dalam konteks yang lebih meluas. “Melalui kongres ini UMT yang banyak membantu kerajaan negeri dalam bidang penyelidikan dan pembangunan alam sekitar di Terengganu diharap dapat mengenalpasti masalah seterusnya menyebarkan konsep kesedaran selain dapat menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar khususnya penduduk di negeri ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Makan Malam dan Majlis Perasmian ICER 2012 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


BIL: 70 (15 - 30 November 2012)

Fokus

Simbolik pra-pelancaran TMT 2013

Oleh: Kamarudin Mat Akib

M

dinmatkib@yahoo.com

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di Serdang, Selangor, baru-baru ini. Majlis tersebut diadakan sempena Maha 2012 yang sedang berlangsung pada masa itu, bagi mempromosikan pelbagai produk pelancongan yang disediakan di negeri Terengganu. Menteri Besar berharap pengunjung Maha 2012 diberi pendedahan yang meluas mengenai destinasi pelancongan, termasuk Tasik Kenyir, bagi menarik minat mereka melancong ke negeri ini. “Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan termasuk pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuihmuih tradisional yang enak dan kraf-

“Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan termasuk

pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuih-muih tradisional yang enak dan kraftangan yang unik. Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.’’

tangan yang unik. “Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai detinasi pelancongan yang menarik,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Dato’ Abd Rahin Said, Dato’ Toh Chin Yaw dan YB Haji Asha’ari Idris. Menteri Besar berharap pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memajukan bidang pelancongan akan menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, terutama pada tahun depan. “Kita akan menyediakan prasarana yang lebih baik bagi memudahkan pelancong datang ke negeri ini, termasuk menyediakan jalan empat lorong dari sebelah selatan (Kemaman) menuju ke pusat Bandar Raya Kuala Terengganu,” jelasnya.

15


Sukan luncur ombak tarik pelancong ke Terengganu P

ertandingan sukan luncur ombak mampu menjadi satu produk pelancongan yang dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan ‘Terengganu Rip Curl Pro Contest 2012’ bertempat di Pantai Peranginan Batu Buruk, baru-baru ini. Pertandingan ISSN 2180-4737 | Bil: 70 ( 15 - 30 November 2012 ) yang berlangsung selama tiga hari bermu-

la 30 November lalu berjaya menarik penyertaan 120 peserta dari 12 buah negara termasuk Malaysia, Maldive, Indonesia, Taiwan serta Thailand. Kejohanan anjuran Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Rip Curl Malaysia dan Asian Surfing Championship (ASC) buat kali kedua menawarkan hadiah yang cukup lumayan kepada para pemenang.

Titans sedia gempur

Senarai Pemain T-Team (Titans) 2013: Penjaga gol: Suhardy Alby, Mohd Iqbal Suhimi.

Pertahanan: Mohd Shazlan Alias, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Aizulrizwan Mustafa, Mohd Nuraliff Zainal Abidin, G. Mahathevan, Mohd Marzuki Yusof, Mazlizam Mohamad, Mohd Syuhiran Zainal, Humaidi Azmi.

Oleh: Zulkipli Putra zulfoto2008@gmail.com

S

elepas dikecam hebat berikutan prestasi hambar musim ini, T-Team dan barisan arkitek baru bersama 26 pemain termasuk dua pemain import berjaya membentuk skuad bola sepak bergelar ‘Titans’ untuk kembali ke medan Liga Malaysia, musim depan. Apa yang penting, dan sudah pasti diharapkan juga oleh ribuan peminat-peminat bola sepak tempatan ialah kesinambungan prestasi memuaskan seperti dipersembahkan musim lalu (kelas lima pasukan terbaik) kini dituntut kembali daripada kesebelasan pilihan yang bakal memikul cabaran. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Jusoh, berkata, T-Team kini turut bebas daripada belenggu masalah

Tengah: Ismail Halil, Saiful Mohamad, Mohamad Hasbullah Awang, Antwi George Boateng, Mohd Badrul Hisyam Morris, Azrul Hazran Amiluddin Baki, Shafuan Adli Shaari, Pritam Singh Charun Singh, Muhamad Naim Zakaria, Muhammad Hafizan Talib, Ahmad Takhiyuddin Roslan. Penyerang: Mohd Muinuddin Mokhtar, Abdul Latiff Suhaimi, Caleb Colman Folan, Yusri Abas.

malah lebih yakin selepas diberi gelaran Titans, ia mampu mencipta gah musim depan. “Tetapi jangan lupa, kesebelasan pemain Titans yang dicipta rata-rata pemain tempatan ‘berdarah muda’ berusia bawah 25 tahun. “Kecuali ketua pasukan, Mohd Marzuki Yusof yang akan memasuki usia 32 tahun depan. Tiada aral, proses mendaftarkan pemain dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya, baru-baru ini. Beliau menambah, Titans memburu sekurang-kurangnya satu piala musim depan dan harapan pasti ter-

jurus kepada pengendali yang juga bertindak selaku pengurus pasukan, Peter James Butler. “Lantikan Butler adalah langkah ke hadapan perlu dilakukan kerana

di atas kertas setakat ini tindakan melantik beliau merupakan peluang terbaik Titans untuk bersaing setanding dengan pasukan gergasi lain di samping melunaskan harapan ribuan peminat, pasti akan cuba ditunaikan barisan pemainnya,”katanya. Terdahulu, Titans mengikat kontrak selama setahun dua pemain importnya, Antwi George Boateng dari Ghana dan Caleb Colman Folan dari Ireland.

Pasukan T-Team menjalani latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.