teganukita 67

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 1 - 15 Oktober 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 67

21,610 pelajar Kelas KAFA khatam al-Quran

Seramai 21,610 pelajar Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari tahun satu hingga enam seluruh negeri berjaya khatam al-Quran yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Pemimpin Umno bersatu Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa di Terengganu Sebuah Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa (IKIA) yang berharga RM20 juta bakal dibina di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. - berita penuh di ms 14

Sepakat untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi menghadapi tentangan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam

Oleh: Kamarudin Mat Akib

P

dinmatkib@yahoo.com

e m i m p i n Umno Terengganu tekad untuk melupakan p e r te l i n g ka h a n sesama sendiri dalam tempoh beberapa tahun lalu dan bersatu hati, demi bagi menguatkan jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN), menghadapi pihak lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). S e t i a u s a h a Bad an Perhubungan Umno Negeri, Dato’ Tengku PuteraTengku Awang, berkata semua Ketua Umno Bahagian dan ketua-ketua sayap parti itu sepakat untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi menghadapi tentangan pihak pembangkang.

- lihat ms 3

Pusat ternakan lebah di Tasik Kenyir - ms 4


2

BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

AM

(Gambar kanan) - Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah di Singgahsana Istana Maziah dan (gambar kiri) Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@gmail.com

Sultan Terengganu sukacita kejayaan negeri Oleh: Esah Abdullah

S

esahukom@yahoo.com

ultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan sukacita kerana banyak kejayaan telah dicapai oleh negeri ini di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Antaranya kejayaan mengekalkan kecemerlangan akademik dalam UPSR selama 11 tahun berturut, PMR, SPM dan STPM masingmasing selama empat tahun berturut dan juga menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) empat tahun berturut sekali

gus meletakkan nama Terengganu sebagai `Negeri Anjung Ilmu’ dan kuasa baru sukan di negara ini. “Beta percaya dan yakin melalui perancangan rapi kerajaan, lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan serupa akan dicapai dalam bidang yang lain pada masa hadapan, Insya-Allah,”. Baginda bertitah demikian di Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri di Singgahsana Istana Maziah. Sultan Mizan Zainal Abidin juga menghargai usaha kerajaan yang menitikberatkan

Sultan Mizan berangkat ke majlis santapan persidangan perlebahan S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Perpisahan Sempena Persidangan Persatuan Perlebahan SeAsia & Apiexpo ke-11 2012, di Hotel Primula Beach Resort, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Sri Paduka Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. Hadir sama, Penasihat Undang-undang negeri, YB Noorbahri Baharuddin dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri. Seramai 300 peserta persidangan AAA termasuk 243 dari 29 negara Asia, Eropah dan juga Amerika Utara dan Amerika Selatan turut diraikan di majlis penutup persidangan itu. Mereka ceria diraikan dengan juadah istimewa disusuli persembahan kesenian sebagai bingkisan penutup tirai selepas seminggu berkampung di Kuala Terengganu itu.

kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup rakyat . “Pelbagai bantuan telah disalurkan bagi mengubah taraf hidup rakyat bermula daripada bantuan pakaian sekolah, pemberian percuma e-book, bantuan menyambung pelajaran ke institusi pendidikan tinggi, penyakit kronik, kebajikan, bencana alam sehinggalah penyediaan tempat tinggal yang selesa,” titah baginda. Titah baginda, rakyat perlu memupuk budaya ber-

terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan dan usaha yang dilakukan dan pada masa yang sama budaya meminta dan mentaliti subsidi perlu dikikis segera di kalangan rakyat. “Beta percaya dengan usaha murni ini kerajaan mampu membantu mengurangkan taraf kemiskinan rakyat terutama golongan miskin tegar yang dianggarkan 603 ketua isi rumah dan 7,579 ketua isi rumah golongan miskin,” titah baginda. Sultan Mizan Zainal Abidin turut melahiran keyakinan, pelaksanaan projek perumahan

mampu milik yang kerajaan sasarkan sebanyak 10,000 buah sehingga 2013 bagi golongan berpendapatan rendah akan tercapai dan iltizam untuk rakyat menikmati suasana kehidupan lebih baik akan menjadi realiti. “Beta berharap kerajaan dapat mengambil langkah berjimat cermat dan berhemah dalam urusan pentadbiran negeri tanpa mengabaikan penekanan kepada kepentingan mengurangkan dan meringankan beban hidup rakyat,” titah baginda.

Bajet utamakan rakyat, sejajar keupayaan negara

B

elanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengutamakan kebajikan dan meringankan beban rakyat sejajar dengan keupayaan ekonomi negara, demikian kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau berkata demikian sebagai mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Dato’ Seri Mohd Najib sambil menyifatkan ia merupakan satu pembentangan yang menepati konsep `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Katanya, pelbagai bantuan diberikan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja diteruskan, malahan diperluaskan lagi kepada mereka yang belum berkahwin (bujang) turut menikmatinya. “Ini bersamaan dengan apa yang

Bajet 2013 menepati konsep `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. dilakukan oleh Terengganu yang mana kita berikan bantuan Dana Hari Raya kepada umur 21 tahun ke atas dan mereka yang belum berkahwin serta sebagainya. “Selain itu, ia merupakan satu usaha untuk meringankan beban rakyat . Walaupun kerajaan hendak bantu rakyat, tetapi kalau kerajaan tidak mempunyai wang, tidak mempunyai pendapatan tinggi tidak boleh buat juga,” katanya. Beliau berkata, keputusan dan dasar Kerajaan Pusat ini dilaksanakan berkat pembangunan yang dicapai dari aspek pentadbiran, pengurusan kewangan yang baik, hasil negara yang sentiasa meningkat sepanjang masa serta

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib ketika membentangkan Bajet 2013, baru-baru ini.

kestabilan politik. Pada masa yang sama, katanya `track record’ dan pencapaian semasa kerajaan hari ini juga sewajarnya membuka mata semua rakyat bagi meneruskan sokongan dengan memilih Barisan Nasional untuk memastikan kestabilan politik pada masa akan datang.


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

AM

3

BN berazam mencapai kemenangan besar PM dan isteri serikan persandingan anak MB Terengganu Majlis kesyukuran persandingan anak sulung Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran pemimpin utama negara, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Teluk Kalong, Kijal, Kemaman, pada 6 Oktober lalu. Perdana Menteri dan isteri, turut menepung tawar kedua mempelai, Puan Nor Asdayana Dato’ Seri Haji Ahmad dengan suaminya, Mohd Hafiz Adnan.

Perkasa sektor pelancongan untuk tambah pendapatan T

erengganu komited m e m pe r kasakan sektor pelancongan sebagai alternatif menambahkan pendapatan negeri supaya mampu menggantikan sumber petroleum yang semakin menyusut. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri perlu bersedia dengan merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan tarikan seperti pulau, tasik dan air terjun, selain keunikan budaya yang mampu menambat hati pelancong luar negara. Katanya, sektor pelancongan menjadi alternatif penting bagi menggantikan sumber petroleum yang belum

tentu bertambah pada masa akan datang. “Kita mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik selain kaya dengan keindahan alam semulajadi. Kelebihan ini mampu menambat hati pelancong, sekaligus menjana pulangan ekonomi kepada negeri. “Di mana kawasan yang berpotensi maju, kita akan perindahkan semata-mata mahu pelancong luar datang berkunjung ke negeri kita,” katanya. Beliau berucap ketika merasmikan Pertandingan Citra Bot Berhias, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Bot MBKT dinobatkan juara Pertandingan Citra Bot berhias di muara Sungai Terengganu.

Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Rahin Mohd Said dan beberapa barisan exco lain. Pada malam berkenaan turut diadakan pertunjukan bunga api, tarian tradisional serta cabutan bertuah dan paling menarik pelancong asing akan diarak dengan menaiki beca berhias yang disediakan ke tapak program. Sebanyak 18 bot mewakili jabatan dan agensi swasta men-

gambil bahagian dalam pertandingan itu dan bot milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang wang tunai RM20,000. Manakala naib johan,Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan hadiah wang tunai RM15,000. Tempat ketiga pula disandang, Pejabat Daerah Kemaman, layak memperoleh RM10,000; tempat keempat Pejabat Daerah Setiu dan kelima (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), masingmasing membawa pulang RM5,000.

- dari ms 1 Beliau menegaskan Umno tidak menghadapi masalah di segi perpaduan kerana pemimpinnya di semua peringkat telah menyatakan komitmen masing-masing bagi membantu calon-calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada PRU 13 yang bakal diadakan bila-bila masa. Beliau mengakui di peringkat awal perubahan pucuk pimpinan Umno Terengganu yang diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, timbul masalah kerana terdapat rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pemimpin bahagian. “Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa tahun ini kita telah mengambil pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang antara pemimpin tempatan dan kini boleh dikatakan tiada lagi perselisihan semasa sendiri,” katanya dalam satu temubual secara eksklusif dengan Teganukita, baru-baru ini. Dato’ Tengku Putera berkata, Menteri Besar mengarahkan semua pemimpin Umno supaya bersatu hati dan mengeratkan perpaduan demi bagi memastikan Umno dan BN benar-benar bersedia bagi menghadapi pilihan raya kali ini yang diramalkan ditentang habis-habisan daripada pembangkang. “Insya Allah kita semua (ketua-ketua Umno Bahagian) ada hasrat dan berazam untuk melihat BN mencapai kemenangan besar di seluruh negara pada pilihan raya kali ini,” tegas beliau. Malah, katanya, pemimpin Umno negeri bukan saja berazam untuk mempertahankan kedudukan BN sebagai parti memerintah negara dan negeri Terengganu, tetapi turut berusaha untuk meningkatkan majoriti BN di sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum lalu. “Pada masa yang sama mereka juga akan mengerah jentera pilihan raya di kawasan masing-masing supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh melalui gerak kerja tersusun bagi merampas semula sebanyak mungkin kerusi DUN yang dikuasai parti pembangkang sebelum ini,” katanya. Menurut beliau, pemimpin Umno Terengganu menyedari jika mereka melakukan kesilapan dalam percaturan politik, pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menawan negeri ini. “Jika berlaku, tentu rakyat akan menjadi mangsa sewaktu negeri ini diperintah oleh Pas pada tahun 1999. “Sebagai pemimpin yang mengutamakan rakyat, semua ketua dan sayap Umno Bahagian akan memberi komitmen tahap maksimum untuk mempertahankan negeri ini daripada dikuasai oleh pembangkang ,” tambahnya.


4

BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

AM

Negara luar kagum sistem pendidikan Islam Terengganu N

egara-negara luar kagum dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan di Terengganu, terutama yang berasaskan al-Quran. Sehubungan itu, tidak hairanlah jika Sekolah Menengah Imtiaz dan kelas-kelas tadika Yayasan Islam Terengganu yang melaksanakan Program Pintar al-Quran sering dilawati masyarakat Islam dari luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata terbaru 23 orang bakal imam dari Indonesia, Thailand dan Kemboja datang melawat Sekolah Menengah Imtiaz Besut, barubaru ini. “Mereka kagum dengan keistimewaan dan keunikan sistem pendidikan berasaskan al-Quran yang digunakan di sekolah berkenaan,” katanya ketika ditemui Teganukita. Menurutnya , masyarakat Islam dari luar negara turut kagum dengan usaha-usaha kerajaan negeri menyemai sikap gemar membaca al-Quran di kalangan kanak-kanak seawal usia merea berada di tadika lagi. “Mereka memuji kehebatan Terengganu yang berjaya mengendalikan program yang membolehkan hampir 10,000 kanakkanak tadika khatam alQuran pada setiap tahun,” katanya. Dato’ Haji Ahmad Razif berkata, bagi pihak kerajaan negeri program berkenaan akan diperkemaskan dari semasa ke semasa agar hasrat membentuk masyarakat ‘celik al-Quran’ tercapai. “Inilah yang kita lakukan bagi membolehkan masyarakat negeri ini mahir membaca al-Quran dan ia diharapkan menjadi ‘role model’ meliputi negara Islam peringkat global,” ujarnya.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan meninjau ruang pameran yang menempatkan pelbagai jenis madu dari seluruh Asia negara pada Persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan SeAsia & Apiekspo 2012 di Dataran Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Pusat ternakan lebah di Tasik Kenyir Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri berhasrat untuk membangunkan sebuah pulau di Tasik Kenyir sebagai pusat penternakan lebah satu masa nanti. Usaha itu bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pertanian negeri dan menambah ekonomi masyarakat setempat, malah menjadi satu lagi produk baru yang mampu menarik pelancong ke tasik terbesar di Asia Tenggara itu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji

Ahmad Said, berkata kerajaan negeri akan meneliti semula perkara itu secara terperinci bagi melihat kesesuaian sama ada menternak lebah yang menghasilkan madu tualang seperti di hutan Marang atau madu akasia di hutan Setiu. “Insya-Allah selepas ini kita minta supaya mereka menternak lebah di Tasik Kenyir sama ada madu tualang dan sebagainya . Ia bakal menjadi satu lagi produk pelancongan di Tasik Kenyir itu sendiri,” kata beliau di sidang akhbar selepas Perasmian Persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan SeAsia

(AAA) & Apiekspo 2012, di Dataran Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut berkenan berangkat dan mencemar duli melancarkan perasmian, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Haji Asha’ari Idris,:Pengerusi AAA, Profesor Siriwat Wongsiri dan Naib Pengerusinya, Dato’ Dr Makhdzir Mardan. Sebelum meninjau ruang

Kerajaan negeri komited urusan haji

K

erajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dan komited berkaitan urusan mengendalikan bakal jemaah haji bagi memastikan mereka berangkat ke Tanah Suci dalam keadaan selesa dan teratur. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata dengan kecaknaan kerajaan negeri dalam urusan itu bukan saja memberi manfaat kepada jemaah haji Terengganu, tetapi turut meliputi jemaah dari negeri lain yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi penerbangan

Penerbangan haji pertama terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah.

terus ke Jeddah atau Madinah. Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun ke-5 bakal haji menggunakan lapangan

terbang itu bagi penerbangan terus ke Tanah Suci di mana seramai 11,000 orang telah menggunakan perkhidmatan

pameran yang menempatkan pelbagai jenis madu dari seluruh dunia, Sultan Mizan berkenan menerima bingkisan istimewa daripada 27 negara yang menyertai program itu. Baginda kelihatan ceria dan sempat memegang beberapa botol madu sebaik empat petugas membawa bakul dihias indah berisi 27 pelbagai jenis reka bentuk bekas berisi madu daripada negara Asia dan juga seluruh dunia termasuk Venezuela, Kanada, United Kingdom, Czechoslovakia, China, Jepun, Thailand dan Filipina.

yang disediakan. “Saya difahamkan seramai 20 peratus jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci pada tahun ini melalui penerbangan dari Terengganu adalah jemaah dari Pahang dan Kelantan manakala lapan peratus dari negeri-negeri lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyempurnaan Pelepasan Jemaah Haji Ke Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, baru-baru ini. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat pada majlis berkenaan.


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

EKONOMI “

Baja organik ini mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya menggalakkan sistem akar, meningkatkan daya tahan pokok, menyuburkan tanaman.” - Encik Zainuddin Yusof.

PSP tawar khidmat nasihat percuma

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

BISNES Oleh: Suriati Ali

P

aliasuriati@yahoo.com

usat Sehenti Peladang (PSP) sedia membantu jika petani, peladang dan penternak di Terengganu ingin mendapat khidmat nasihat secara percuma berkaitan tanaman dan ternakan milik mereka. Pelbagai perkara boleh dirujuk kepada pegawai bertauliah dan berpengalaman yang sedia berkhidmat

di empat cawangan PSP iaitu di Pulau Serai, Dungun; Kampung (Kg) Tok Has, Seberang Jertih; Telaga Mengkudu, Bukit Payung dan Kg Kedai Tepoh, Tepoh. PSP yang diwujudkan melalui Syarikat Natural Greencare Corporation (NGC) Sdn Bhd itu turut menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai daun serta tanah; menjual pelbagai kelengkapan pertanian, makanan haiwan dan baja organik berjenama Nature Grow. Pengurus Besar Wilayah Terengganu/Kelantan syarikat itu, Encik Zainuddin Yusof, berkata PSP yang ditubuhkan awal 2005 kini memiliki hampir 5,000 ahli dan pelanggan tetap. Katanya, mereka mengakui gemar berurusan di PSP kerana bukan saja mudah memperoleh produk yang

diperlukan malah menjadi tempat rujukan setiap kali mempunyai masalah mengenai tanaman. “Produk paling digemari adalah baja organik Nature Grow yang dihasilkan menggunakan sisa buangan kacang soya dan bahan kimia dibenarkan. “Baja organik ini mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya menggalakkan sistem akar, meningkatkan daya tahan pokok, menyuburkan tanaman berbunga dan berbuah,” katanya. Menurutnya, sebagai contoh, dalam kontek pembajaan tanaman padi, baja jenama itu mampu meningkatkan hasil padi 8 hingga 10 tan metrik sehektar. “Apabila perkara itu berlaku secara tidak langsung dapat membantu hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan golongan petani. “Pihak berkaitan tidak perlu ragu atau bimbang dengan perkhidmatan

dan produk yang ditawarkan PSP kerana dijamin berkualiti dan bermutu tinggi. “Pegawai yang dilantik sedia membantu serta turun padang, jika pelanggan mempunyai masalah berkaitan penjagaan dan membaja tanaman,” katanya. Encik Zainuddin berkata, pelbagai pendekatan dijalankan NGC sematamata mahu memperkenalkan PSP kepada masyarakat termasuk menyertai ekspo anjuran Kerajaan Terengganu. Katanya, pihaknya bercadang untuk terus melebarkan syarikat perniagaan NGC kepada skop lebih meluas di mana PSP turut dijadikan sebagai lokasi penempatan dan pengumpulan hasil getah, kelapa sawit , sayuran dan buahbuahan. “Apabila dilaksanakan kelak, pekebun atau petani boleh menjual kepada PSP sebelum ia dipasarkan pemborong utama ,” katanya.

KPP unjur pelaburan RM7 bilion menjelang 2020 Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

aman Polimer Kertih (KPP) diunjur mampu menarik pelaburan berjumlah lebih RM7 bilion serta bakal mewujudkan lebih 8,000 pekerjaan baru kepada penduduk negara ini dan Terengganu khasnya, menjelang 2020. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata KPP yang dibangunkan di Kompleks Industri Petroleum Petronas(PPIC) yang memfokuskan pembuatan produk berasaskan

Dato’ Haji Mazlan bertanya khabar kepada peserta seminar. etilena berkembang maju dengan sokongan hasil penyelidikan dan juga pembangunan (R&D) bertaraf dunia

oleh Pusat Teknologi Polimer Petronas (PPTC). “Sebagai pusat teknologi yang berpandukan pasaran,

ianya akan mempertingkatkan tahap perkhidmatan teknikal pelanggan, di samping membantu dari segi penambahbaikan dan pembangunan aplikasi polimer. “Pusat ini juga akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara para pengeluar polimer dan pengusaha produk plastic di KPP dalam usaha meningkatkan standard bagi industri plastik dan polimer negara ini,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Minyak dan Gas Terengganu 2012, di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Hamzah Hasan; Pengarah CIDB Terengganu, Encik Ahmad Farrin Mokhtar; Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Haji Maliki Endut dan ketua Pegawai Eksekutif Petronas Technical Training Sdn Bhd, Encik Wan Azhar Lotfi Wan Yusof. Seramai 300 peserta terdiri daripada penggiat industri pembinaan dan pelajar yang mengikuti latihan kemahiran dalam bidang berkaitan minyak, gas serta petrokimia dari Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur turut hadir di majlis itu.

5


6

BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

RENCANA

Kerajaan BN cakna nelayan

B

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

iasanya di pantai Timur, nelayan tidak dapat meneruskan kegiatan menangkap ikan di akhir tahun kerana dikatakan perubahan monsun. Walau bagaimanapun dengan kecaknaan kerajaan, kesusahan mereka tidak seperti dulu lagi kerana pelbagai bantuan diberikan kepada nelayan ini, bahkan bantuan sara hidup RM200 sebulan diberikan kepada mereka. Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, kerajaan amat menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosio ekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat. Elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan dapat memanfaatkan 55,000 nelayan berdaftar. Kerajaan juga menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi menggalakkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan di jeti-jeti berdaftar seluruh negara. Kerajaan juga telah memperkenalkan skim perlindungan insurans nelayan dengan perlindungan maksimum RM100 ribu. Dato’ Sri Mohd. Najib berkata, meneruskan hasrat ini, bagi tahun 2013, Kerajaan akan memperuntukkan RM230 juta sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Di samping itu, berdasarkan peruntukan RM300 juta pada Bajet 2012, program pembangunan dan pembaikan rumah nelayan sedang giat dijalankan. Pelbagai bantuan diberikan oleh Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Di peringkat negeri, kecaknaan yang sama diberikan oleh pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said kepada para nelayan, malah pertemuan sering dilakukan oleh beliau dengan nelayan. Setiap pertemuan pasti disertai dengan duit poket dan pelbagai bantuan. Jasa dan pengorbanan nelayan amatlah besar, mereka mengharungi lautan biarpun bergelombang demi mendapatkan sumber protein dari laut kepada masyarakat. - Pengarang.

Keganasan pembangkang bakar Jalur Gemilang dan rosakkan harta awam

Ingat dok lag Orang teg

anu???

i. .

TINDAKAN BIADAB...Seorang daripada penyokong parti pembangkang membakar Jalur Gemilang dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk pada peristiwa 8 September 2007 lalu.

ANALISIS

siri 11

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

K

eganasan pembangkang dalam peristiwa 8 September 2007 bukanlah sesuatu yang mudah dilupakan kerana telah menyebabkan kerosakan harta benda awam, mencederakan anggota polis dan yang paling mendukacitakan membakar Jalur Gemilang. Kumpulan terbabit membaling batu, kayu, besi dan botol menyebabkan tujuh orang termasuk empat anggota keselamatan cedera. Ada perusuh membaling bom api sehingga merosakkan kenderaan dan harta awam bernilai RM1 juta. Seorang koperal terpaksa bertindak mempertahankan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki berhampiran Hotel Permai Inn dan dua perusuh turut cedera. Walaupun tanpa permit, 250 orang masih berkumpul di padang belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang di hadapan Hotel Permai Inn. Polis terpaksa mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan ke Jalan Sultan Mahmud. Sebuah bas di Jalan Temasya, Batu Buruk

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

turut ditahan sehingga menimbulkan kekecohan. Seramai 350 polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi menenangkan keadaan. Gas pemedih mata dan tembakan meriam air turut digunakan . Rusuhan itu dianggap terburuk selepas gerakan reformasi pada 1998 . Polis menolak permohonan permit mengadakan ceramah kerana lokasi berhampiran dengan kawasan perumahan pegawai kerajaan dan istana. Tempat itu sempit. Lebih baik lokasi dipindahkan ke Rusila di Marang, tetapi wakil penganjur tidak hadir ke Balai Polis Terengganu untuk berbincang. Polis Kuala Terengganu telah menyiarkan gambar tiga orang yang terlibat dengan pembakaran Jalur Gemilang pada malam rusuhan tersebut. Siasatan ini dibawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. Sehingga 1 Oktober 2007, seramai 21 daripada 46 individu yang dicari dan gambar mereka disiarkan di media massa telah melapor diri ke balai polis berhubung pembakaran Jalur Gemilang, merosakkan harta benda awam dan rusuhan di Batu Buruk dan di Jalan Sultan Mahmud. Biarpun ia telah berlaku kira-kira lima tahun yang lalu, tetapi oleh kerana tindakan ganas yang merosakkan harta benda dan perbuatan membakar bendera jalur gemilang amatlah sukar dilupakan. Ia menjadi ingatan yang teramat pahit.

PENASIHAT:

PEN. PENGARANG 1:

PENGARANG:

PEN. PENGARANG 11:

Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Kamaruddin Mat Akib (Media Baru). Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

RENCANA

7

Terengganu cipta sejarah pertama dunia, kaedah baru alternatif bahan api

Nilai pokok petai belalang yang biasanya terbiar menjadi suatu bahan penting menggantikan bahan api. Oleh: Ruslan Abdul Rahman

“A

langtelipot@yahoo.com

bang kenal daun ini,” penulis ajukan pertanyaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telok Ketapang, Seberang Takir, Haji Mohamad Ibrahim. Dia lantas mencium lalu berkata: “oh ini daun petai belalang dan banyak khasiatnya untuk ubatan.” Difahamkan di antaranya dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis jika daunnya dibuat ulam atau direbus akarnya bersama air. Daunnya juga jika ditumbuk boleh menghilangkan batuk (ditampal pada bahagian leher) atau ditampal seluruh badan untuk mengubati penyakit ‘demam campak’. Beliau adalah seorang dari beberapa orang yang penulis dapatkan pandangan dan ilmu tentang tumbuhan itu. “Ciptaan Allah tiada yang tidak berguna melainkan semuanya berguna,terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kehebatan manusia memanfaatkannya,” katanya tanpa mengetahui sebenar apa yang hendak diberitahu oleh penulis. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd.Yusof Abdullah ketika ditanya perkara ini menjelaskan sebenarnya pokok petai belalang ini sekian lama menjadi bahan penting dalam perubatan tradisional. Manakala teras pokoknya, kata Mohd. Yusof dijadikan sarung keras yang cukup baik oleh pengukir kayu Terengganu di masa lalu. Lantas penulis menceritakan bagaimana kerajaan negeri sekarang akan mengangkat nilai pokok yang biasanya terbiar menjadi suatu bahan penting menggantikan bahan api. Nama saintifik pokok ini ialah ‘leucaena leucocephala’. Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri Terengganu akan menanam pokok petai belalang secepat mungkin bagi menampung keperluan Kompleks Biopenapisan di Taman Polimer, Kertih. Bagi tujuan itu, 30,000 hektar tanah disediakan bagi menghasilkan 10.5 juta tan metril cip kayu dari pokok itu setiap tahun untuk kegunaan industri yang berasaskan pertama diperkenalkan di dunia itu. Dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015 ditapak seluas 40 hektar akan menjana Pendapat Negara Kasar kira-kira RM5 billion menjelang

WAKAF RAKYAT

Ini rupa bentuk buah petai belalang.

MOHD YUSOF ABDULLAH

2020 di samping pelbagai peluang pekerjaan untuk rakyat. Ia dikenali sebagai “Isobutanol’ . Ia adalah wadah bahan kimia penting yang boleh diubah menjadi pelbagai produk seperti bahan api, pelarut dan salutan, bioplastik, bioserat dan sebagainya secara komersial. Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Gevo Inc (sebuah syarikat biokimia dari Amerika Syarikat), Dr Christopher Ryan berkata, kilang yang dibangunkan di Kertih Kemaman itu akan menghasilkan 60,000 tan bioisobutanol setahun. Terengganu dan syarikatnya itu kata beliau, akan melakarkan sejarah pertama mengkomersialkan isobutanol berasaskan bio daripada biojisim lignoselulosa dalam industri berkenaan bila beroperasi nanti,” katanya kepada wartawan di Boston. ‘Ligno’ dan ‘selulosa’ adalah dua komponen utama dalam tumbuhan (kayuan) diberi tindakbalas kimia bagi menghasilkan isobutanol berasaskan bio (hidupan) itu untuk dimanfaatkan sebagai sumber alternatif bahan api dan berkaitan dengannya. Industri yang berasaskan biokimia itu adalah satu yang sungguh hebat, memproses bahan- bahan kimia yang terdapat dalam hidupan, khususnya tumbuhan bagi menghasilkan bahan aktif termasuk bahan api, bioserat, pelarut, salutan, bioplastik dan sebagainya untuk manfaat manusia. Inilah sebenarnya kepemimpinan yang berwawasan menjangkau jauh ke hadapan, mencipta rekod dunia di bidang sains dan teknologi, tidak lain dan tidak bukan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang dit-

Pokok petai belalang tumbuh meliar di Terengganu. erajui seorang yang hanya berasal dari keluarga miskin (anak penyadat kelapa) di Kijal, Kemaman. “Mat Said’ yang walaupun kelihatan bersahaja seperti ‘orang biasa’ tidak seperti sesetengah pemimpin lain tetapi anak kampung yang diberi amanah memimpin negeri ini telah memperlihat satu demi satu kehebatan pemikirannya. Menteri Besar Terengganu itu berkata, Insya Allah tahun 2014 operasi sudah boleh dimulakan di peringkat awal, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani dokumen kerjasama bagi pembangunan Kompleks Biopenapisan antara kerajaan negeri Terengganu dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Malaysian Biotechnology Corporation, di Kuala Terengganu baru lalu. Ia adalah kompleks biopenapisan terbesar di Asia dengan kawasan se-

luas 1,000 hektar diperuntukkan. Kehadiran Gevo Inc syarikat dari Amerika Syarikat itu ke Terengganu untuk memulakang langkah pertama di dunia menghasilkan isobutanol berasaskan bio daripada biojisim lignoselulosa adalah tidak syak lagi keyakinan terhadap kemampuan pimpinan kerajaan negeri Terengganu. Tambahan pula mendapat sokongan yang amat padu dari Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang akan merasmikan sendiri projek pertama di dunia itu pada 6 September depan (jika tiada aral). Dato’ Sri Najib pernah berkata, dengan kewujudan projek ini perkembangan ECERDC berada pada kedudukan yang amat positif dan sungguh mengembirakan penduduk Pantai Timur, termasuk Terengganu khususnya yang mencatat pelaburan benilai RM1.65 billion di Taman Bio Kerteh, Terengganu.


8

BIL: 67 (1 - 15 O

RENC

Sultan M Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

FOTO Harish Fadzillah

S

harishfadzillah@gmail.com

ultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bekenan berangkat merasmikan Terengganu International Islamic Art Festival 2012 (TIIAF 2012), di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Keberangkatan baginda ke majlis disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ketua Pengarah IRCICA Dr Halit Eren dan


9

Oktober 2012)

CANA

Mizan berangkat rasmi TIIAF 2012 Pengerusi TTI, Datuk Haji Zuber Embong. Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan demontrasi dua pelukis seni khat ayat-ayat suci al-Quran yang diiringi muzik s e r t a persembahan Amanat Muzikhat. Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan gimik perasmian dengan melukis seni khat perkataan ‘ Bismillah Hirrahmanirrahim’ pada skrin yang tersedia di sebelah pentas diRaja.

Sultan Mizan kemudiannya berkenan berangkat melawat pameran lukisan cadangan Terengganu International Institut of Islamic Calligraphy, karya pemenang pertandingan anjuran IRCICA, karya kaligrafer jemputan, karya siap antarabangsa dan karya siap Malaysia. TIIAF 2012 berlangsung selama empat hari bermula semalam dengan tema ‘Devotion To Islamic Art’ yang dijangka mampu memertabatkan nilai-

nilai kesenian Islam terutama seni khat ke tahap yang lebih tinggi.

Penganjuran kali ini telah melibatkan penyertaan 17 buah negara meliputi negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan negara-negara Asia ain seperti Jepun, China, India dan Pakistan. Penyertaan dalam bentuk pertandingan penulisan khat, pameran, seminar dan bengkel seni khat dibimbing oleh kaligrafer ternama antarabangsa yang diundang khas seperti Adnan Sheikh Othman dari Syria, Ms Nuria Garcia Macep (Sepanyol), Sherin Abdelsaber Abdelhalim (Mesir) serta Abdul Baki Abu Bakar dan Ustaz Halias Abu Bakar (Malaysia).


10

BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

PELANCONGAN RIADAH

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

Bandaraya Warisan Pesisir Air

`B

andaraya Warisan Pesisir Air’ - tema untuk Bandar Raya Kuala Terengganu kian `gah’ selepas melalui pelbagai pembangunan. Keindahannya kian terserlah hasil perancangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Pantai Timur (ECERDC) melalui projek mega - Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) melibatkan Pembangunan Pulau Warisan, pembinaan semula Pasar Besar Kedai Payang, Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setinggi 30 tingkat dan jambatan angkat yang menghubungkan Kampung Tanjung

DESAKU

dan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Projek yang mula menampakkan hasil ialah pembangunan Pulau Warisan atau pulau buatan yang bakal menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan tradisional Terengganu. Projek bernilai RM61 juta dengan keluasan enam hektar dibangunkan secara berperingkat. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Dagang, berkata Pulau Warisan belum dibangunkan sepenuhnya, sebaliknya lokasi itu sudah mendapat tempat untuk pelbagai acara bercorak karnival atau keraian. “Terletak di belakang Kampung Cina, sebuah perkampungan tradisional dipisahkan oleh sebuah terusan untuk

pengunjung melihat kehebatan bandar raya dengan menaiki bot. Dato’ Adzlan Dagang turut memberitahu dulu pelancong singgah di Terengganu untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu Kelantan, begitu juga mereka dari Kelantan singgah di sini sebelum ke Kuantan atau Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kini, pelancong datang ke Terengganu untuk pelbagai tujuan termasuk melancong dan mereka menginap beberapa hari di bandar ini atau kawasan sekitar, sambil membeli-belah. “Bandar ini menjadi sesak sewaktu cuti sekolah atau cuti panjang pada hujung minggu kerana dibanjiri pelancong,” katanya.

Tempias pembangunan ke Batu Kerikil

Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

W

alaupun jaraknya kira-kira 25 kilometer daripada Bandar Marang, tetapi Kampung Batu Kerikil tetap menerima tempias pembangunan. Segala bantuan yang disalurkan kerajaan untuk keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan pelajar sekolah tidak pernah berkurang melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). “Walaupun hanya didiami kira-kira 350 orang daripada 66 keluarga, namun semangat kerjasama terserlah melalui program gotongroyong yang diadakan setiap hujung minggu,” kata Pengerusinya, Encik Yusof Ali, 42. Katanya, mereka juga sama-sama sepakat untuk membina identiti sendiri serta memberi gambaran positif bahawa penghuni

YUSOF ALI

yang sedikit tetapi mempunyai jiwa yang besar. Malah, usaha murni menampakkan kejayaan apabila terpilih menerima hadiah saguhati dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan

negeri tahun lalu. “Sekurang-kurangnya semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung berbaloi akhirnya,” katanya.

Katanya, sebahagian besar penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan kerja kilang. Pelajar dari kampung ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerung Surau begitu juga masjid yang terletak di kampung yang sama atau di Pekan Wakaf Tapai dengan jarak dua kilometer. Encik Yusof merupakan anak jati Kampung Batu Kerikil yang mula memegang jawatan sebagai pengerusi sejak 2008 dan sebelumnya menjadi timbalan pengerusi. “Saya melihat semangat yang ada dalam diri penduduk di sini begitu kuat dan bersedia untuk berubah ke arah lebih baik apabila setiap motivasi yang disampaikan oleh wakil agensi kerajaan mendapat sambutan dan kerjasama penuh daripada mereka,” katanya.


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

11

AGAMA

Sumber: Jakim

Luasnya neraka Y

azid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w, “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersukasuka sebelum ia merasa aman dari padanya.” Lalu Nabi s.a..w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu di gantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lakilaki dan perempuan.” Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masingmasing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobiin bernama Saqar. Pintu ke empat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir. Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (Dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai) - Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai tujuh tingkat, 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular, 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat, 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai, 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

-

Dipetik dari blog Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

mimbar


12

BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

Fokus

BN boleh tawan paling kurang 26 kerusi - Dato’ Rosli

B

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

arisan Nasional (BN) dijangka mampu memenangi sekurangkurangnya 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini berdasarkan iklim politik yang kian stabil di peringkat negeri mahu pun nasional. Pengarah Strategik Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kajian secara menyeluruh yang dilakukan pihaknya serta suasana politik negeri serta negara yang bertambah baik. “Saya menjangkakan kita boleh menang paling minima 26 kerusi DUN. Kita boleh menang antara 25 dan 26 kerusi. Malah tidak mustahil kita boleh tambah dua lagi kerusi. Ini bermakna, enam daripada 32 kerusi (DUN) itu masih ada potensi untuk kita tawan semula. “Kita buat kajian saintifik dan sekiranya iklim politik stabil di peringkat nasional dan jentera kita meningkat dari masa ke semasa, tidak mustahil kita boleh memberi kemenangan yang lebih besar daripada yang saya jangka. Itu yang saya jangka. Bukan Umno (Perhubungan) negeri,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Dato’ Rosli berkata, selain faktor iklim politik yang kian stabil, jentera pilihan raya di peringkat akar umbi juga semakin bersedia untuk menghadapi PRU13. Menurut beliau, kemenangan BN nanti harus didokong oleh status calon PRU13 nanti sama ada individu yang

diketengahkan sebagai calon itu boleh diterima rakyat atau sebaliknya. “Cuma sekarang, tinggalnya orang hanya membicarakan tentang calon saja. Jadi, saya rasa kebijaksanaan Menteri Besar dan pucuk pimpinan negara (Perdana Menteri) yang akan membuat keputusan muktamad bagi menamakan calon pilihan rakyat. “Calon berkenaan pastinya akan memberi impak kepada rakyat di mana mereka akan mengundi bukan saja parti yang baik juga kepada calon yang baik dan perkara itu membantu menambahkan lagi kerusi untuk memberi kemenangan besar kepada BN,” katanya. Katanya, semua pemimpin dan rakyat negeri dan negara ini harus melihat PRU13 sebuah pilihan raya yang luar biasa serta turut memerlukan perubahan dari aspek mengetengahkan calon juga dalam keadaan luar biasa. Beliau berpandangan pada PRU13 ini akan melibatkan 30 peratus muka baru yang akan bergandingan dengan pemimpin berpengalaman dan juga generasi muda. “Saya optimis bahawa generasi muda dalam pimpinan parti harus diberi tempat yang sewajarnya tanpa meninggalkan pemimpin-pemimpin lama yang telah berjasa dan memiliki pengalaman mahu pun kriteria hebat sebagai pemimpin. “Generasi muda perlu (calon) memandangkan pengundi muda, `first timer’ pun ramai. Sekurang-kurang mereka terasa bahawa ada gabungan di antara muka lama, muka baru, berpadu dalam satu pasukan,” katanya.

Terengganu Oleh: Kamarudin Mat Akib

N

dinmatkib@yahoo.com

egeri Terengganu, khususnya Kertih, amat bertuah kerana bakal terpahat di peta dunia dalam sektor industri bioteknologi dengan memiliki loji biometionina pertama di dunia. Dengan pelaburan RM2 bilion, projek sebesar yang diusahakan CJ Cheiljedang dari Korea dan Arkema dari Perancis itu akan membawa Terengganu sebaris

dengan pengeluar dan pengeksport global. “Hari ini projek yang tidak pernah terfikir oleh rakyat negara ini terbukti menjadi kenyataan, hasil perancangan teliti serta pelaksanaan yang baik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Loji Pembuatan Bio-Metionina dan Platform Tiokimia Bersepadu di Taman Biopolimer Kertih, Kertih, baru-baru ini. Loji berkenaan dijangka memulakan operasi pada akhir tahun depan dan mampu mengeluarkan 80,000 tan metrik bio-metionina. Platform tiokimia akan dibina di atas tapak seluas 70 hektar dan turut memberi manfaat kepada ramai penduduk sekitarnya yang akan membekalkan petai belalang sebagai bahan utama kilang. Perdana Menteri berharap projek tersebut juga akan turut memanfaatkan penduduk negeri lain di mana mereka juga boleh mengusahakan tanaman petai belalang untuk dijual ke kilang

Tutup ruang untuk Pas di Bukit Payong K

egagalan Pas melaksanakan sebarang pembangunan dan kebajikan kepada rakyat sudah cukup untuk menutup peluang pembangkang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Pas yang hanya menang dengan majoriti 113 undi gagal memikul mandat penduduk yang sudah tersilap percaturan memilih mereka pada PRU12 lalu. Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, berkata pemimpin Pas hanya sekadar ada pada nama selaku Ahli Dewan Undangan Negeri, hakikatnya Kerajaan BN juga yang melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin bagi memastikan tiada rakyat di DUN berkenaan terpinggir. “Sebut sahaja Adun Pas, bagaimanapun kerajaan BN yang memikul tanggungjawab tanpa henti, terus komited dan bekerja keras bagi memastikan nasib rakyat di sini tetap terbela dan

mendapat bantuan sewajarnya,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Encik Zaidi berkata, Pas bukan sahaja gagal menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab, malah prinsip perjuangan mereka kian jauh tersasar apabila sanggup bersekongkol dengan parti lain seperti PKR dan DAP, di mana Pakatan Rakyat itu jelas tidak sefahaman dalam memperjuangkan kesucian agama Islam. Sehubungan itu, Encik Zaidi berkata, jentera parti di DUN berkenaan sudah bersiap-sedia `bertempur’ bagi mengembalikan semula kawasan itu kepada BN pada PRU nanti. Katanya, jentera parti sudah memperkemaskan gerak kerja di setiap peti undi DUN melibatkan persiapan dari segi daftar pemilih, gerak saraf, sistem maklumat, bacaan sikap serta kepimpinan bagi memastikan persiapan berdepan PRU berjalan lancar dan mantap.

Terengganu mem ladangan biojisim dua hektar di Hut Marang.


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

RENCANA

ceburi bidang

Perdana Menteri, Dato’Seri Mohd Najib pada majlis Pecah Tanah Loji Pembuatan Bio-Metionina dan Platform Tiokimia Bersepadu di Taman Bio-Polimer Kerteh, Kemaman.

bioteknologi

berkenaan. Beliau mahu petani digalakkan supaya menanam pokok petai belalang atau nama saintifiknya ‘Leucaena Leucocephala’ kerana ia merupakan bahan mesra alam dan boleh memberi kesan baik kepada alam sekitar. Tanaman tersebut memberi pilihan kepada petani bagi meningkatkan pendapatan mereka serta mudah diurus kerana ia tidak memerlukan penggunaan tanah yang terbaik. “Tanaman ini tidak memerlukan tanah kategori terbaik, tetapi ia boleh ditanam di tanah yang bukan

mulakan projek perm di kawasan seluas tan Simpan Merchang,

dari jenis kategori terbaik,” katanya. Kemudahan bersepadu itu merupakan yang pertama di dunia, menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan. Biopenapisan mempunyai konsep yang serupa dengan loji penapisan petroleum yang menghasilkan pelbagai bahan api dan produk kimia daripada petroleum. Kerajaan Terengganu memperuntukkan kawasan seluas 30,000 hektar untuk perladangan biojisim yang akan menghasilkan 10.5 juta tan metrik cip kayu setahun dari pokok petai belalang. Terengganu memulakan projek perladangan biojisim di kawasan seluas dua hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang, bulan lepas.

Biji benih petai belalang yang terpilih siap untuk disemai.

Majlis menanam anak pokok petai belalang di Mercang, Marang, Terengganu.

13


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

14

AM Penempatan baru warga nelayan K

erajaan negeri merancang membuka kawasan penempatan baru untuk memindahkan nelayan di daerah Dungun ke kawasan seluas 24 hektar di Rantau Abang, untuk memberi peluang kepada mereka menambah pendapatan melalui bidang ternakan dan pertanian. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, projek pemindahan nelayan ke kawasan penempatan baru itu akan dibiayai Kerajaan Pusat dengan kos sebanyak RM23 juta dan kos tambahan dibiayai kerajaan negeri. “Hasil tangkapan semakin berkurang dan menjejaskan pendapatan bulanan golongan nelayan. Justeru itu, kerajaan terpaksa mengambil inisiatif baru untuk membasmi kemiskinan mereka dengan menyediakan sumber ekonomi baru untuk mereka terokai sebagai pendapatan sampingan. “Satu unit rumah akan disediakan kepada setiap keluarga dan kita akan pantau projek ternakan atau penanaman buah-buahan seperti tembikai jenis mas melon dan ternakan ayam yang dijalankan agar mereka boleh keluar dari garis kemiskinan,” katanya. Tambah beliau lagi, projek pemindahan nelayan ke kawasan penempatan baru itu akan dijadikan projek printis di Terengganu. “Dengan usaha tersebut, nelayan yang berpindah ke penempatan baru dijangka dapat memperolehi pendapatan bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500 hasil kerja pertanian dan penternakan yang dijalankan,” katanya.

IKIA bakal dibangunkan di TTI Oleh: Esah Abdullah

S

esahukom@yahoo.com

ebuah Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa (IKIA) yang berharga RM20 juta bakal dibina di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, institut ini bakal diurus bersama antara TTI, Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). “IKIA akan menggunakan modul pembelajaran yang diguna, dipantau dan diiktiraf oleh OIC Research

lakan,” katanya. Tambahnya, pada kebiasaan tempoh pembinaan dijangka memakan masa dua tahun dan tidak menolak kemungkinan lebih dari itu, ia bergantung kepada kontraktor. Dato’ Seri Haji Ahmad juga memaklumkan bahawa mulai tahun depan, orang ramai akan dapat melawat TTI pada waktu malam bila kerja pemasangan lampu pencahayaan di sekitar TTI siap. “Insya-Allah kalau sempat kita berhasrat untuk mengadakan majlis menyambut malam tahun baru 2013 di sini (TTI),” katanya.

Pembinaan Terowong Berjalan Kaki untuk kemudahan pengguna jalan raya.

Terowong Berjalan Kaki mampu elak risiko kemalangan

P

- Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Eren dan Pengerusi TTI, Datuk Haji Zuber Embong. Katanya, kewujudan institut ini akan menjadi penawar kepada seluruh masyarakat nusantara dan Asia yang kini menanti-nantikan kehadiran pembelajaran seumpama itu di rantau ini. Menurut Menteri Besar , IKIA akan dilengkapi dengan dewan konvensyen, bilik pameran , bilik tenaga pengajar, tempat jualan kaligrafer dan sebagainya. “Kita akan masukkan bajet buat institut ini dalam pembentangan bajet kerajaan pada bulan Disember ini dan tahun depan mungkin projek ini dapat dimu-

ELIAS JANTAN

Oleh: Suriati Ali

“Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif baru untuk membasmi kemiskinan nelayan dengan menyediakan sumber ekonomi baru untuk mereka terokai sebagai pendapatan sampingan.”

Institute of Islamic History Art and Culture (IRCICA) . “Usaha ini diharap akan mengembalikan kecemerlangan sejarah negeri Terengganu didalam mendaulatkan Islam, sebagaimana tersirat pada inskripsi jawi yang tertera pada Batu Bersurat Terengganu,” katanya selepas majlis perasmian Terengganu International Islamic Art Festival 2012 (TIIAF) di TTI baru-baru ini. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan TIIAF 2012. Hadir sama Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ketua Pengarah IRCICA Dr Halit

aliasuriati@yahoo.com

embinaan Terowong Berjalan Kaki, di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu dianggap sebagai kemudahan sangat bernilai kepada penduduk setempat, terutama pelajar sekolah. Mereka yang sebelum ini terpaksa berdepan dengan risiko kemalangan sangat menghargai kemudahan bernilai RM2.6 juta itu dan bagaikan tidak sabar untuk menggunakannya. Ketua Penolong Pengarah (Jalan) Jabatan Kerja Raya Terengganu, Encik Ibrahim Awang, berkata pembinaan terowong berjalan kaki bernilai RM2.6 juta itu sebenarnya sudah lama dirancang untuk kemudahan pelajar dan penduduk setempat, Katanya, baru kini iaitu bermula awal Mac lalu, pi-

haknya dapat membina berikutan peruntukan untuk tujuan sudah diluluskan Kementerian Kerja Raya. “Pihak kami berharap penduduk terutama pengguna jalan raya bersabar sementara menunggu terowong itu siap awal tahun depan. “Projek itu yang dijangka siap pada Oktober mengalami kelewatan akibat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,” katanya kepada Teganukita. Pengerusi Jawatankuasa Kampung (Kg) Pulau Kambing, Encik Elias Jantan, berkata keputusan membina terowong berjalan kaki itu dianggap seribu rahmat bagi penduduk di kawasan ini yang sudah lama menanti dan amat memerlukannya. Katanya, apa yang dim-

inta itu semata-mata mahu memberi kemudahan kepada penduduk setempat, terutama kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Cina) Chung Hwa Wei Sin “Hampir setiap hari pelajar sekolah itu terpaksa berdepan dengan risiko kemalangan dan lewat hadir ke sekolah gara-gara menunggu tempoh tiada kenderaan untuk melintas. “Dalam keadaan berhati-hati itu, pernah juga berlaku beberapa kemalangan membabitkan pelajar dan penduduk setempat,” katanya. Katanya, pihaknya tidak mahu perkara itu berulang kembali dan mengharapkan terowong itu dapat disiapkan segera. “Kemudahan itu cukup berharga terutama apa-

MUHAMMAD LYLIA ZOKARNAIN

bila Taman Perumahan di Bukit Kemajuan yang bakal didiami lebih 1,000 penghuni siap kelak. “Selain itu, urusan mengusung jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Bukit Kecil juga menjadi mudah di mana sebelum ini terpaksa menggunakan van dan sering berdepan kesesakan lalu lintas,” katanya. Pelajar Tingkatan Tiga SMK (Cina) Chung Hwa Wei Sin, Muhammad Lylia Zokarnain Rohaimi, berkata dia dan rakan lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membina terowong itu. “Apabila ianya siap kelak, tiada lagi risiko berlaku kemalangan dan didenda guru akibat lewat datang sekolah,” katanya.


BIL: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

15

IKBN Kemasik beri manfaat kepada masyarakat setempat

K

ewujudan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bukan saja menawarkan kursus berkaitan kepada pelajar malah turut memberi faedah kepada masyarakat setempat berikutan menawarkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek dan berpeluang menggunakan kemudahan di institut itu. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Shabery Cheek, berkata apa yang ditawarkan kepada penduduk, terutama suri rumah dan ibu tunggal seperti kursus memasak, menjahit, membuat kek dan pastri itu mampu mengubahkan graf kemiskinan keluarga kepada kehidupan lebih selesa. “Selain itu, kemudahan peralatan sukan, dewan asrama turut boleh diguna pakai oleh masyarakat luar sebagai inisiatif melahirkan individu sihat dan gemar bersukan,” katanya pada Majlis Perasmian IKBN KemaOleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

esedaran membayar cukai tanah di kalangan rakyat Terengganu semakin meningkat apabila kerajaan negeri berjaya mengumpul hasil cukai berjumlah RM22,737,16.97 berbanding RM22,119,745.94 bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata prestasi pungutan hasil kutipan cukai tanah yang meningkat itu mungkin didorong oleh dasar kerajaan negeri yang memanjangkan tempoh masa pembayaran daripada Mei kepada Julai sejak beberapa tahun lalu. “Setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu exco membuat keputusan melanjutkan pembayarannya sehingga akhir Julai 2012 tanpa mengenakan denda. “Sebab itu (sebelum ini) selepas Mei sahaja kita dendalah, tapi kita lanjutkan sehingga Julai setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu dan akhirnya kita dapati pada tahun ini iaitu setelah berakhir 31 Julai, pungutan yang kita buat ialah sebanyak RM 22, 737, 16.97 berbanding pada tempoh yang sama pada tahun lepas RM 22, 119, 745.94 pertambahan hampir RM600, 000 lebih pada tahun sebelumnya,” katanya di sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru

sik, Kemaman, baru-baru ini. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan IKBN itu sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda. Penubuhan IKBN tersebut merupakan satu bukti kecaknaan kerajaan terhadap golongan belia di negara dalam usaha menyediakan pelbagai latihan dalam memberi nilai tambah kepada golongan itu. Dato’ Seri Shabery turut memberitahu melalui IKBN Kemasik golongan belia mampu mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kemahiran serta mampu menempatkan diri dalam sektor perindustrian yang berkembang pesat di negara pada masa ini. “Kita berharap dengan kemudahan seperti ini dapat dimanfaat golongan muda untuk menempatkan diri mereka di dalam bidang perindustrian dan kerjaya-kerjaya lain apatah

Sultan dan Sultanah berkenan melihat produk dihasilkan pelajar IKBN dan (gambar kecil), model IKBN Kemasik. lagi di IKBN Kemasik turut menawarkan fokus kerjaya yang jarang dikenali sebelum ini iaitu kedi. “Ia dikendalikan di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf yang kini telah pun melahirkan kira-kira 50 kedi dan telah mendapat pekerjaan di seluruh kelab golf di negara. “Selain itu, bidang-bidang seperti

Kutipan cukai tanah negeri meningkat ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. Menteri Besar berkata, prestasi itu menggambarkan bahawa kesedaran di kalangan rakyat untuk membayar cukai tanah di negeri ini semakin meningkat. “Jadi, kita haraplah bahawa dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dan tempoh yang diberikan untuk mereka untuk mengelakkan tanah mereka tidak dirampas walaupun itu merupakan jalan terakhir kita, bagaimanapun, kita jarang melakukannya (rampas tanah) walaupun kita boleh lakukan demikian.Tapi kita haraplah kesedaran di kalangan rakyat untuk terus membayar cukai. “Terengganu merupakan negeri yang mengenakan kadar cukai terendah berbanding negeri lain di negara ini. Ada kadar hanya berjumlah RM2 sehingga RM3 sahaja setahun,” katanya. Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah itu juga, kutipan tunggakan cukai sehingga 31 Julai pada tahun ini

berjumlah RM2,126,831.35 (18.37 peratus) berbanding kutipan sehingga tempoh yang sama tahun lalu berjumlah RM1,960,240.95 (17.9 peratus). Manakala kutipan denda lewat bagi tempoh yang sama tahun ini berjumlah RM660 846.55, meningkat berbanding tahun lalu (RM650,591.96). Sementara jumlah kutipan berdasarkan bilangan hak milik sehingga 31 Julai tahun ini RM272,690, berbanding tahun lalu berjumlah RM253,077. “Tapi, sikap masyarakat kita kadang-kadang dia lupa atau buat-buat lupa, cuai dan sebagainyalah (membayar cukai). Bagi memudahkan mereka membayar cukai berkenaan, kadang-kadang kita buka kaunter, kadang-kadang kita buat apa-apa majlis, kita buka kaunter di mana-mana untuk membayar cukai pintu, cukai tanah, semakan dan sebagainya. “Menerusi pembayaran ini boleh menjana pendapatan negeri dan memberikan duit pulangan kepada rakyat bagi melaksanakan pembangunan dan sebagainya,” katanya.

perhotelan juga merupakan satu bidang yang semakin mendapat tempat di dalam industri dan saya berharap pada masa akan datang IKBN dapat membina sebuah hotel latihannya sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik serta menjadi tanda aras kepada sekolahsekolah perhotelan lain,” katanya.

Pemuda Kuala Terengganu lancar “BN Youth Volunteer” P

ergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu melancarkan sukarelawan yang dinamakan ‘BN Youth Volunteer’ (BNYV), sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Program berkenaan terbuka keanggotaannya kepada semua golongan muda yang belum layak mengundi dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun. “Golongan muda Ketua pergerakan itu, Encik Badrul Hisham Zaki, yang berminat untuk berkata sejak dilancarkan menyertai BNYV kira-kira dua bulan lalu keboleh mendaftarkan ahlian sukarelawan itu telah keahlian dengan mencecah 1,250 orang. memberi nama “Kita menubuhkan BNYV kepada Pergerakan untuk orang muda yang bePemuda Cawangan rada di luar parti tetapi mermasing-masing.” eka ingin membantu dan - Badrul Hisham Zaki. pro-Barisan Nasional (BN),” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, baru-baru ini. Menurut beliau, dengan adanya pasukan anak muda itu pihaknya berharap jentera pilihan raya BN semakin kuat bagi memastikan Terengganu kekal di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada. Katanya, pergerakan itu masih mengharapkan lebih ramai anak-anak muda menganggotai sukarelawan itu bagi membolehkan mereka menyumbangkan tenaga kepada Kerajaan BN.


LTdL 2013: Penghormatan kali kedua Oleh: Esah Abdullah

T

esahukom@yahoo.com

erengganu sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan peringkat akhir kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 bermula 21 Februari hingga 3 Mac tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata perlumbaan peringkat empat itu dari Kuantan ke Dungun – Besut – Pasir Putih Kelantan – Kuala Berang Hulu Terengganu dan berakhir di Kuala Terengganu sama seperti tahun lalu. “Saya harap peminat

lumba basikal di negeri ini keluar beramai-ramai sepanjang laluan untuk menghangatkan suasana LTdL,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita

ISSN 2180-4737 | Bil: 67 (1 - 15 Oktober 2012)

negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid. Tambahnya beliau yakin sambutan terhadap kejohanan yang berprestij itu menjadi lebih meriah apa lagi tahun depan merupakan Tahun Melawat Terengganu dan tumpuan orang ramai tentunya pada pentas terakhir di Bandar Raya Kuala Tereng-

ganu. Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek pada majlis Pelancaran LTdL 2013 di Putrajaya berkata, Terengganu mempunyai sebab untuk meraikan kedatangan LTdL 2013 bersama pasukan Terengganu Cycling Team yang kini mendahului senarai keseluruhan berpasukan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) Asia Tour. “Terengganu juga muncul pasukan Malaysia pertama akan dimahkotakan sebagai juara berpasukan dalam sirkit benua Asia itu,” katanya.

Cabaran Pulau Perhentian impak TMT2013 Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

P

embabitan masyarakatan tempatan dalam program ekopelancongan seperti sukan air dan darat di negeri ini mampu memberi nilai tambah kepada sektor itu sekali gus membantu usaha promosi Tahun Melawat Terengganu 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata produk pelancongan akan gagal diketengahkan dan diperkenalkan kepada umum jika masyarakat setempat tidak turut sama mempromosi sebahagian gaya serta budaya hidup mereka itu sebagaimana dalam acara dalam sukan lasak `Cabaran Pulau Perhentian’ di Besut, Terengganu. “Apabila masyarakat setempat tidak melibatkan diri dalam mempromosi gaya dan budaya hidup , ia seakan tiada nilai tambah kepada produk pelancongan se-perti sukan air dan darat yang bakal disertai peserta luar negara,” katanya di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Cabaran Pulau Perhentian 2012, di pulau peranginan itu, baru-baru ini. Kerajaan negeri menerusi PIC Adventures Sdn Bhd mula

menganjurkan program tahunan yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Terengganu itu sejak 2004. Kejohanan tiga hari bermula 12 Oktober lalu melibatkan beberapa kategori seperti elit lelaki dan wanita antarabangsa, elit lelaki dan wanita Malaysia, novis lelaki dan wanita Malaysia serta kategori kampung. Manakala disiplin kategori elit ialah larian, berenang, pendakian, `coast orienteering’

dan `obstacle course’, manakala disiplin kategori novis melibatkan larian, berenang, `obstacle course’ dan `beach fun run’. Acara yang menawarkan hadiah keseluruhan RM65,000 menyaksikan penglibatan 357 peserta berumur 14 hingga 63 tahun dari Malaysia dan juga luar negara termasuk Singapura, Perancis, Turki, New Zealand, Kenya, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan India.

Dato’ Abdul Rahin menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.