teganukita 66

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 September 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 66

Eksklusif - Keluaran Khas

Ikrar perkhidmatan awam ialah:

Pegawai dan kakitangan awam dokong kepimpinan DATO’ HAJI MAZLAN NGAH

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

· Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; · Bekerja dengan penuh tanggungjawab; · Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; · Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; · Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; · Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan · Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri amat baik.

S

Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

etiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah membuat perakuan bahawa apa yang beliau dapati, penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ) di negeri ini memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, terutama berteraskan wawasan kepimpinan untuk “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. “Dalam penelitian saya, setakat ini kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri berjalan dengan amat baik,” katanya dalam satu pertemuan dan wawancara eksklusif dengan Pengarang Teganukita, Unit Komuniknasi Negeri. Malah pegawai dan kakitangan awam memberi sokongan dan dokongan yang baik kepada pucuk pimpinan, pentadbiran dan saya sendiri selaku Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato’ Haji Mazlan meminta penjawat awam supaya menghayati prinsip ikrar perkhidmatan yang telah diikrarkan pada masa mulamula menjawat jawatan yang diberikan. Ikuti wawancara penuh di ms 6 - 7


2

BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

Pemimpin, rakyat perlu berganding Tiada lagi tembok pemisah antara pemimpin dengan rakyat.

“Rakyat juga

perlu diajak untuk bersamasama menjadi sebahagian daripada agen pembangunan dan perubahan.” - Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

P

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

emimpin bukan sahaja harus membantu rakyat, malah perlu sentiasa bersama dengan mereka. Pendekatan itu menurut Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dapat merapatkan hubungan dan mengelak wujudnya jurang antara pemimpin dan orang yang dipimpin. “Kita harus sentiasa bergandingan dengan mereka. Apabila rakyat melihat sudah tidak ada jurang lagi di antara yang memimpin dan yang dipimpin, tiada lagi tembok pemisah, lantaran itu pasti pemimpin mudah didekati, disenangi seterusnya saling mengasihi satu sama lain. “Rakyat juga perlu diajak untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada agen pembangunan dan perubahan. Dengan itu rasa cinta dapat dipupuk sekali gus mereka akan bersama-sama mempertahankan pentadbiran dan kepimpinan kerajaan hari ini,” katanya kepada Teganukita, barubaru ini. Dato’ Wan Ahmad Farid berkata, sesuai dengan moto `Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’, rakyat mesti melihat hasil dari dasar kerajaan itu memberi manfaat kepada mereka. Katanya, manfaat ini mungkin datang kepada mereka secara peribadi mahu pun kepada masyarakat di sekeliling sebagaimana contoh yang dekat di hati rakyat adalah sumbangan yang diperolehi melalui Tabung Darul Iman. “Saya sendiri pernah menziarahi mangsa rumah terbakar dengan membawa bersama-sama pegawai dari

Pemimpin disenangi rakyat adalah yang kerap turun padang berjumpa rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mangsa menerima bantuan dalam masa yang cepat. Selain itu, kes pesakit jantung yang mendapat bantuan segera mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur. “Kita juga boleh melihat bagaimana projek-projek yang kecil seperti pembaikian atau pembinaan masjid, pembinaan rumah mesra rakyat dapat pula membantu memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Bagi saya, kebajikan kepada rakyat ini membantu menambah keyakinan mereka bahawa Kerajaan Barisan Nasional dan Umno bersungguh-sungguh dalam membela nasib mereka yang memerlukan bantuan,” katanya. Dalam perkembangan yang sama juga, bantuan kepada rakyat melalui mekanisma seperti Dana Hari Raya itu juga penting kerana berlaku pengaliran wang dari satu sektor kepada sektor

Utamakan kebajikan rakyat DATO’ rosli mat hassan

P

rinsip dan pendekatan kepimpinan Terengganu yang mengutamakan kebajikan rakyat menjadi modal utama kejayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan berkata, tiada pihak yang boleh mempertikaikan kelebihan pucuk pimpinan negeri yang diketuai Dato’ Seri Haji Ahmad Said kerana beliau sudah terbukti membela nasib rakyat dan sentiasa turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat. “Pertama kepimpinan beliau selaku ketua kerajaan negeri yang mengetuai

pentadbiran kerajaan. Yang kedua, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Walaupun kedua-duanya berlainan, tetapi tetap berkait rapat antara satu sama lain. Dia perlu ada saling perkaitan dan melengkapi. Kalau bagus di kerajaan, tak bagus di Umno pun, tak boleh juga. Bagus kat Umno, tak bagus di kerajaan, tak bagus juga, sebaliknya kedua-duanya perlu bagus dan saling membantu,” katanya kepada Teganukita, barubaru ini. Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Sura, berkata selaku pemimpin yang mengepalai dua struktur penting negeri itu, beliau berupaya melaksanakan tanggungjawab yang di-

amanahkan itu dengan saling melengkapi antara satu sama lain yang tiada lain menjurus kepada menjaga kebajikan rakyat. Dato’ Rosli berkata sebagaimana umum sedia maklum bahawa Dato’ Seri Haji Ahmad mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam keadaan yang tidak bersedia serta menimbulkan kontroversi terutama sekali dalam sokongan padu daripada AdunAdun. “Jadi, setakat ini saya melihat berlaku transformasi dan proses perubahan positif dalam iklim pentadbiran dan politik negeri. Walaupun tidak secara keseluruhan tapi, lebih daripada tiga suku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ada memberi

yang lain. Contohnya, apabila seseorang menerima Dana Hari Raya atau Dana Bakti Remaja mereka pastinya memperuntukkan wang itu bagi membeli keperluan peribadi mahu pun keluarga ketika itu. “Peniaga pasar malam yang menerima wang itu pula akan membelanjakannya bagi membeli barangan yang lain. Jadi berlaku aliran wang yang seterusnya merancakkan ekonomi tempatan. Di mana-mana sahaja, kitaran wang seperti ini amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat,.” katanya. Malah, menurut beliau prinsip dan dasar yang sama dipraktikkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut bekerja dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh bagi mereliasasikan moto pentadbiran negeri, iaitu Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. sokongan kepada beliau. Saya kira, masalah sebelum ini sudah pulih. “Kemudiannya, langkah pertama yang dibuat beliau mengamalkan konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ . Jadi sebab itu kita tahu dari awal lagi penekanan kepentingan yang memberi sepenuh tumpuan kepada rakyat, rakyat didahulukan dalam setiap aspek,” katanya. Beliau berkata, penekanan jelas diberikan kepada usaha menyediakan bantuan dan kemudahan terutama bidang kesihatan dan pendidikan. Malah, sektor juga diteruskan dan diberi nilai tambah yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat. Selain itu, kata beliau projek mega tidak banyak wujud kebelakangan ini melainkan Dato’ Seri Haji Ahmad membuat penambahbaikan dengan memberi kekuatan kepada sesetengah projek dan program pembangunan.


BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

Perjuangan tulen Umno untuk agama, bangsa dan negara Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

iada parti lain yang lebih layak dan selamat untuk mempertahankan kemuliaan dan jati diri bangsa, agama Islam dan negara melainkan Umno dan juga Kerajaan Barisan Nasional. Semua parti yang wujud di negara ini sama ada Pas, PKR dan DAP kesemuanya berpaksikan kepentingan peribadi dan `assabiyah’ sematamata, iaitu mahu merampas kuasa seterusnya mahu memimpin mengikut acuan puak yang mengamalkan multirasional. Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu, YB Asha’ari Idris, berkata sepatutnya rakyat negara ini sudah menanam asas dalam diri untuk terus mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara dengan menjadikan Umno sebagai parti yang paling tulen berjuang demi umat sejagat itu. “Umno sudah terbukti berjuang bagi

Fokus

membela nasib bangsa dan memperkasakan keunggulan agama Islam dan juga negara sejak merdeka lagi sehingga kini. “Tiada sebab untuk kita memilih parti lain yang wujud atas dasar tidak puas hati demi kepentingan individu semata-mata,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Haji Asha’ari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap berkata , majoriti rakyat sudah tahu menilai dan merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan oleh pemimpin Umno yang benar-benar ikhlas berjuang kerana agama dan bangsa itu. Katanya, rakyat di Terengganu terutama di kawasan Langkap juga didapati terus setia terhadap parti yang benar-benar berjuang membela nasib dan memahami denyut nadi mereka selama ini. “Saya tidak ragu-ragu dengan kesetiaan dan sokongan rakyat khususnya dari kawasan Langkap yang

sentiasa memahami perit jerih pejuang lampau memperkasakan parti keramat ini, seterusnya memastikan kesinambungan perjuangan diteruskan sehingga saat ini. “Kita perlu bersatu dalam satu rumpun dan kekuatan kita hari ini tidak akan memberi ruang langsung kepada pembangkang, sama ada Pas, PKR dan DAP berangan-angan merampas kuasa pemerintahan kerajaan hari ini,” katanya.

3

‘‘Pas, PKR dan DAP

kesemuanya berpaksikan kepentingan peribadi dan `assabiyah’ sematamata, iaitu mahu merampas kuasa seterusnya mahu memimpin mengikut acuan puak yang mengamalkan multirasional.’’ - YB Asha’ari Idris, Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu.

Ladang bakal kembali ke pangkuan BN

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

M

enyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 semakin hampir, gerak kerja jentera pilihan raya mula diperkuatkan di seluruh peringkat termasuk bahagian UMNO. Agenda setiap bahagian ialah memastikan UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) terus kekal menjadi parti pilihan rakyat selain mengembalikan mandat bagi mendapat majoriti dua pertiga. Tidak ketinggalan UMNO bahagian Kuala Terengganu yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, mahu rakyat tidak terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang jelas gilakan kuasa berbanding berbuat kebajikan kepada rakyat. Sehingga ke hari ini, pemimpin Pas itu hanya pandai berceramah dan menabur fitnah terhadap kebaikan yang dilaksanakan kerajaan memerintah. Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (PPD) Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh , berkata pembangkang tidak sudah-sudah memutarbelitkan isu sama ada projek pembinaan Pangsapuri Ladang Gemilang dengan pelbagai isu dan perkara yang sememangnya

DATO’ haji wan hisham

Pembangunan Kampung Ladang termasuk pembinaan Pangsapuri Ladang Gemilang hasil usaha pemimpin UMNO yang mahukan rakyat hidup selesa dan mempunyai rumah sendiri. tidak benar. “Pelbagai sumber digunakan puak itu, termasuk melalui ceramah-ceramah, menyebarkan fitnah dalam laman sesawang dan Sistem Pesanan Ringkas semata-mata mahu menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan memerintah. “Apa yang menyedihkan, mereka yang menabur fitnah bukan di kalangan penghuni itu sendiri, sebaliknya puak pembang-

kang di kawasan DUN Batu Burok,” katanya. Katanya, tidak guna puak pembangkang memutarbelitkan keistimewaan pangsapuri itu melalui mana-mana saluran tanpa usul periksa. “Saya mencabar mereka terutama pemimpin Pas yang menyatakan pembinaan Pangsapuri Ladang Gemilang mendatangkan pelbagai masalah kepada penghuni.

“Apabila kita bersemuka, mereka boleh bagi tahu kepada saya, apa yang tidak puas hati tentang pembinaan itu, saya boleh jelaskan semuanya berdasarkan fakta,” katanya. Katanya, mereka perlu sedar kerajaan bina pangsapuri itu untuk keselesaan rakyat kerana sebelum ini kebanyakan penghuni terpaksa tingggal berhimpit di rumah daif yang dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). “Kita bina pangsapuri itu lengkap dengan dua kemudahan lif di mana terdapat satu lif besar dan kecil. Jika mereka menyatakan jenazah sukar diturunkan dan terpaksa dikendong, itu hanya kenyataan bohong dan penipuan yang sengaja diwujudkan,” katanya. Katanya, berkaitan harga sewa RM300 sebulan yang dikatakan mahal itu adalah tidak benar, ia jauh lebih murah kerana mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air. “Kadar sewa sebenar RM700 atau RM800 sebulan, tetapi kerajaan memberikan subsidi bayaran sewa rumah itu. “Apabila penghuni itu membayarnya secara teratur dan berdisplin selanjang tiga tahun, ia layak memohon untuk menukar syarat rumah kepada sewa beli,” katanya.


4

BIL: 66 (15 - 30 S

KELUARA

Wakaf Mempelam pilihan TPM

Sebelum ini, TPM telah mela tiga DUN lain dalam Bahag iaitu DUN Batu Buruk, DUN B

Oleh: Aida Abd Rahman Gambar: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah ukomtrg123@gmail.com

K

unjungan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sebagai lokasi lawatan kerja sehari ke Terengganu baru-baru ini meniupkan semangat kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dalam usaha merampas kembali DUN berkenaan

daripada pembangkang. Sebelum ke Wakaf Mempelam, pemimpin nombor dua negara itu telah melakukan lawatan kerja di tiga DUN lain dalam Bahagian Kuala Terengganu iaitu DUN Batu Buruk, DUN Bandar dan DUN Ladang. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa lebih dua jam dalam Majlis Sepetang Bersama TPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, kira-kira jam 3.30 petang. Lebih 6,000 masyarakat tempatan membanjiri majlis yang turut menyampaikan

bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan DUN Wakaf Mempelam dan Parlimen Kuala Terengganu. Di majlis itu, beliau meminta supaya rakyat di Wakaf Mempelam perlu memberi mandat kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya dengan kepimpinan BN bukan sahaja mampu mengekalkan, malah mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan setempat. Pada sebelah malam, beliau ke majlis perasmian Konvensyen Pemantapan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Pelajaran

Da dan did dun K pen pep puj “ gan lain din


September 2012)

AN KHAS

akukan lawatan kerja di gian Kuala Terengganu Bandar dan DUN Ladang.

aerah (PPD) Peringkat Kebangsaan 2012 n Makan Malam Bersama Warga Pendik di Pusat Konvensyen, Taman Taman Islam (TTI). Kecemerlangan Terengganu di bidang ndidikan hingga menjadi juara semua periksaan awam di negara ini, mendapat jian daripada Tan Sri Muhyiddin. “Kecemerlangan pendidikan di Terengnu boleh menjadi contoh kepada negeri n. Kejayaan ini agak sukar untuk ditanngan oleh negeri-negeri lain,� katanya.

5


6

BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

T

CAKNA REMAJA

erengganu yang sebelum ini telah memperkenalkan Dana Bakti Remaja sebanyak RM200 seorang tentulah berasa amat bangga apabila dalam Bajet 2013 turut memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) kepada individu bujang. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan berkata warga bujang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan akan diberi sebanyak RM250. Di Terengganu melalui Dana Bakti Remaja tahun ini (2012), kira-kira 85,000 belia di seluruh Terengganu baru sahaja menerima bantuan itu yakni belia yang layak di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kira-kira RM17 juta yang yang dibelanjakan bagi tujuan itu pada tahun ini. Setiap belia berusia antara 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin menerima RM200. Tahun lalu seramai 83,197 belia yang membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu. Manakala dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Dato’ Sri Mohd Najib menyatakan sebagai tambahan, beliau sukacita juga mengumumkan pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2 ,000 sebulan. “Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah,” katanya. Ia memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit. Ia akan dibayar mulai awal 2013. Bagi memudahkan pelaksanaan, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mula mendaftar mulai November 2012 secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara. Kita yakin dan percaya, walaupun Kerajaan Persekutuan memperkenalkan BR1M untuk golongan bujang, Terengganu juga boleh meneruskan program Dana Bakti Remaja. Jangan anggap semua kerajaan boleh berbuat demikian, hanya kerajaan yang peka kepada rakyat dan remaja sahaja melakukan demikian. Tidak berlaku di negara-negara lain semesra ini kerajaan dengan rakyat kerana kalau kita melihat bagaimana kehidupan gelandangan dan warga miskin di kota-kota dan desa negara jiran kita tanpa dihirau pun oleh pemerintahnya. Bersyukurlah kerana kita mempunyai kerajaan yang cukup cakna terhadap rakyatnya.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

- Pengarang.

Wawancara pengar Rahman dengan Se Setiausaha Kerajaa

Pengarang Teganukita: Dalam tempoh perkhidmatan Dato’ sebagai Setiausaha Kerajaan apa yang Dato’ boleh gambar dan lukiskan....?

Dato’ Haji Mazlan: Amat baik sekali perjalanannya, dalam pemerhatian saya setakat ini kerjasama amat baik dari semua pihak, pentadbiran negeri, pucuk pimpinan negeri dan orang awam (ramai) keseluruhan. Suatu kerjasama yang mantap dan amat baik.Masing-masing saling bekerjasama baik.

Pengarang Teganukita: Sokongan pegawai dan kakitangan kerajaan kepada kerajaan dan pimpinan?

Dato’ Haji Mazlan: Apa yang saya perhatikan penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan) membei sokongan dan dokongan. Wawasan kerajaan negeri sekarang Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, semua sokong dan mendokongnya. Pengarang Teganukita: Tiada yang melakukan kesalahan

tatatertib dan adakah diambil apa apa tindakan?

Dato’ Haji Mazlan: Ada. Tindakan tatatertib (disiplin) kita sentiasa ambil. Sepuluh orang telah dibuang kerja dari 2010 hingga sekarang dibuang kerja kerana melanggar tata tertib dengan tidak hadir bekerja.

Kerjasama yang mantap antara pentadbiaran negeri, awam bagi merealisasikan wawasan kerajaan negeri `M

Pengarang Teganukita: Apakah Dato’ melihat pencapaian

Pengarang Teganukita: Adakah pengurusan dijalankan

Dato’ Haji Mazlan: Kemajuan dan pencapaian kerajaan BN Terengganu meningkat. Dan diharapkan projek-projek pembangunan dan kemajuan negeri terus dipantau dengan baik oleh petugas (pegawai dan kakitangan yang diberi tanggungjawab). Yang penting mereka perlu juga untuk turun padang memantau apa yang dilakukan di tapak projek.

Dato’ Haji Mazlan: Ya, sebab itulah saya menekankan supaya kita (penjawat awam) hendaklah melakukan tugasan dan arahan yang diberikan dengan cepat dan tepat, kerana jika tidak ia akan member kesan kepada orang ramai. Umumnya baik, tetapi saya harap yang ada kalanya lambat dipercepatkan, saya kurang puas hati kalau sesuatu itu lambat diuruskan.

Pengarang Teganukita: Kita mempunyai wang untuk

Pengarang Teganukita: Apa harapan Dato’ kepada pegawai

Dato’ Haji Mazlan: Setiap bajet yang diluluskan kita hendaklah belanjakan secara berhemah mengikut kelulusan yang diberi. Sekiranya terdapat keperluan tambahan hendaklah dibincangkan dengan pihak kewangan negeri.

Dato’ Haji Mazlan: Nasihat saya kepada semua penjawat awam supaya melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin sebagaimana yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan kita, iaitu Menteri Besar selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan “ yang diperkenalkan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekarang?

pembangunan dan projek-projek yang dijalankan untuk kepentingan rakyat?

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

dengan cekap dan ikut jadual ?

dan kakitangan kerajaan?

PENASIHAT:

PEN. PENGARANG 1:

PENGARANG:

PEN. PENGARANG 11:

Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Kamaruddin Mat Akib (Media Baru). Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

rang Teganukita merangkap Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Ruslan Abdul etiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah. Beliau dilantik sebagai an pada 16 April 2010, iaitu lebih kurang 2 tahun 5 bulan lalu.

Kerjasama amat baik Pengarang Teganukita: Tadi, Dato’ ada menyebut tentang

ikrar penjawat awam sebaik ditawarkan jawatan, mengapa perlunya ikrar itu perlu dihayati?

Dato’ Haji Mazlan: Ini adalah untuk memastikan kita dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Prinsip ikrar yang paling penting ialah mengimbangkan kepentingan peribadi dengan memberi keutamaan kepada kepentingan jabatan dan pentadbiran. Selain itu, konsep integriti dan amanah untuk tidak menyeleweng ataupun melakukan rasuah sahaja, malah kita perlu mematuhi kerja pada masa yang tepat. Pengarang Teganukita: Itu sahaja ruang lingkup integriti? Dato’ Haji Mazlan: Kita juga perlu integriti dalam menyampaikan maklumat kepada yang memerlukan. Sekiranya maklumat yang disampaikan kepada ketua jabatan tidak tepat, maka keputusan yang diambil juga tidak tepat. Pengarang Teganukita: Apa lagi nasihat Dato’ kepada

mereka (anggota perkhidmatan awam)?

, pucuk pimpinan dan kakitangan awam serta orang Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

``Saya berharap agar semua penjawat awam menghayati konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ di peringkat negeri dan 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di peringkat Malaysia. Fahamilah pendekatan itu dan bertindak dalam pelaksanaan merealisasikannya sebagai suatu kenyataan dan amalan.’’

Dato’ Haji Mazlan: Selain itu, konsep syukur juga amat perlu dititikberatkan dan ia perlu bagi setiap pegawai dan kakitangan perkhdimatan awam yang banyak menikmati faedah dan pemberian. Dengan bersyukurlah kita akan dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, amanah serta berintegriti.

Pengarang Teganukita: Tentang tahap kualiti tugas yang

dijalankan?

Dato’ Haji Mazlan: Saya berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap profesionalisma masing-masing mengikut jawatan yang disandang. Oleh itu, kita perlu rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti kursus-kursus yang ditetapkan, di mana setiap penjawat awam telah ditetapkan untuk mengikuti kursus tujuh hari dalam setahun. Pengarang Teganukita: Apa respon orang ramai terhadap

perkhidmatan awam di Terengganu?

Dato’ Haji Mazlan: Secara umumnya baik, namun penjawat awam juga perlu memberi keutamaan untuk memenuhi kehendak rakyat . Aduan daripada rakyat perlu diteliti dan ambil tindakan sebab kadang-kadang setiap aduan ada juga kebenarannya dan sebab itu kita ada e-aduan. Pengarang Teganukita: Akhir sekali apa harapan Dato’

kepada anggota perkhidmatan awam?

Dato’ Haji Mazlan: Saya berharap agar semua penjawat awam menghayati konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di peringkat negeri dan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di peringkat Malaysia. Fahamilah pendekatan itu dan bertindak dalam perlaksanaan merealisasikannya sebagai suatu kenyataan dan amalan.

Penjawat awam diharap dapat meningkatkan profesionalisme masing-masing mengikut jawatan.

7


8

BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

BN perlu kekal memerintah Bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela kebajikan rakyat pelbagai peringkat dan menggerakkan pembangunan negeri dengan jayanya. Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

Pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang di bawa Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyerlahkan lagi ketrampilan sikap seorang pemimpin. - Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

P

emimpin boleh bertukar ganti, namun parti Barisan Nasional (BN) perlu kekal sebagai pemerintah di negara ini bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela kebajikan rakyat. Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad menegaskan bahawa jentera BN berjalan lancar serta siap siaga untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. “Apabila jentera berada dalam keadaan baik dan teratur ia menggambarkan pemimpinnya seorang yang bagus dan berwibawa,” katanya kepada Teganukita. Beliau berkata, kepimpinan negeri berjaya memikul amanat presiden parti menjaga kebajikan rakyat dan menggerakkan pembangunan negeri dengan jayanya. Kerajaan BN sentiasa telus dan fokus membantu golongan masyarakat yang memerlukan tanpa men-

gira fahaman politik dan warna kulit. “Pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang di bawa Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyerlahkan lagi ketrampilan sikap seorang pemimpin yang komited untuk mendekati golongan rakyat pelbagai peringkat. “Menteri Besar dan saf kepimpinan negeri yang sentiasa turun padang, amat mudah didekati rakyat dan banyak masalah penduduk tempatan dapat diselesaikan dengan cepat. “Rakyat menilai keadaan ini dan mereka tidak akan sewenang-wenangnya mengalih sokongan kepada pembangkang yang hanya pandai menabur janji,” katanya. Dato’ Yahya Khatib berkata, kini rasa tidak puas hati berkait dengan bantuan dan tidak cakna pemimpin sudah jarang kedengaran kecuali isu yang dipolitikkan oleh pembangkang. Katanya, ini memberi gambaran baik bahawa BN kini berada di hati rakyat Terengganu dan mereka akan menyokong calon-calon BN pada pilihan raya akan datang.

Pro-A menang besar - petanda baik bagi BN Oleh: Kamarudin Mat Akib

K

dinmatkib@yahoo.com

emenangan besar calon proaspirasi (Pro-A) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian awam (IPTA) di seluruh negara memberi petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kejayaan Pro-A menguasai hampir kesemua universiti, termasuk di negerinegeri yang dikuasai parti pembangkang, pada pemilihan baru-baru ini menguatkan sokongan masyarakat kampus terhadap Kerajaan BN. Keadaan ini tentunya melegakan pemimpin kerajaan di mana sebelum ini masyarakat kampus sering dikaitkan dengan pelbagai kegiatan yang lebih cenderung kepada pihak pembangkang. Pemimpin pembangkang sering menggunakan para pelajar universiti tempatan untuk menjayakan kegiatan mereka seperti demonstrasi haram dan programprogram memburuk-burukkan kerajaan. Pemilihan MPP kali ini merupakan yang pertama kali selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej 1971 (pindaan 2012) yang membenarkan pelajar memegang jawatan dalam parti politik, tetapi tidak dibenarkan mengadakan kempen parti

dalam kampus. Lebih memeranjatkan Pro-A turut menang di Universiti Malaysia Kelantan yang kerajaan negeri dikuasai parti pembangkang apabila kumpulan itu memenangi 10 kerusi berbanding Pro-M yang dikaitkan dengan pembangkang hanya menang empat kerusi. Sokongan masyarakat kampus kepada Kerajaan BN dilihat bertambah kuat apabila Kumpulan Pro-M gagal memenangi sebarang kerusi di lima buah universiti iaitu UUM, UiTM, UniSZA, Utem dan UniMAP. Pemerhati politik berpendapat pemilihan MPP kali ini memperlihatkan kematangan masyarakat pelajar dalam menentukan sokongan mereka kepada parti-parti politik negara ini. Masyarakat kampus yang terdiri daripada golongan terpelajar tentunya dapat menilai dengan waras corak kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Mereka mengikuti dengan teliti perkembangan politik, ekonomi dan keadaan sosial negara yang semakin meningkat dengan pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri. Bantuan serta subsidi yang mencurah kepada golongan kurang berada dan

semua lapisan masyarakat di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib kini telah menambat hati masyarakat kampus untuk menyokong dan mendokong kerajaan. Kita mengharapkan sokongan ini akan berterusan hinggalah ke PRU 13 bagi membolehkan Kerajaan BN bukan saja kekal sebagai pemerintah, tetapi menang besar dengan majoriti melebihi dua pertiga. Mengulas kejayaan Pro-A menguasai pemilihan MPP di seluruh negara, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata ia menunjukkan kini pemimpin pelajar mempunyai hala tuju yang jelas. “Masyarakat pelajar kini telah faham dan mampu mengenali mana kaca dan yang mana intan. Mereka kini yakin dengan Kerajaan BN yang sentiasa menunaikan janji seperti slogan “Janji Ditepati” kerana sejarah telah membuktikan rekod pentadbiran BN. “Masyarakat kampus sedar bahawa parti pembangkang tidak akan mampu menandingi pemimpin BN di mana pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya,” katanya.

YB ir rosli othman

BN jaga rakyat tahap maksimum T

ahap kecaknaan kerajaan negeri terhadap rakyat telah mencapai tahap maksimum, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, YB Ir Rosli Othman. Katanya, kedatangan pelabur dari luar negara membawa pelaburan hingga ratusan juta ke negeri ini memberi isyarat jelas akan kebijaksanaan serta wawasan jauh kepimpinan negeri membangunkan negeri dan rakyat.

“Kepimpinan hari ini sangat mengambil berat pemasalahan yang dihadapi rakyat.”

Dari segi kebajikan kerajaan telah menyediakan pelbagai dana bantuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah termasuk bantuan rumah dan juga rumah mampu milik kepada golongan pertengahan. Bantuan untuk memulakan perniagaan juga disediakan kepada golongan miskin dalam usaha membantu mereka hidup berdikari. “Kerajaan sentiasa berlaku adil dalam semua perkara termasuk pemberian tanah, rumah, bantuan pelajaran, bantuan sara hidup dan sebagainya. “Kepimpinan hari ini sangat mengambil berat pemasalahan yang dihadapi semua golongan rakyat tanpa mengira batasan agama dan fahaman politik,” katanya kepada Teganukita. Katanya, kesungguhan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dalam usaha memertabatkan bidang pendidikan di negeri ini terserlah dengan menyediakan peruntukan ratusan juta setahun sukar ditandingi oleh negeri-negeri lain.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.