teganukita 63

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 Jun -15 Julai 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 63

Ramadan Menjana Transformasi

Ummah

SUKMA : Empat edisi gemilang - ms 24

Calon terbaik U

mno dan Barisan Nasional (BN) mengemukakan caloncalon terbaik untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), bagi memastikan nasib rakyat negeri ini terus dibela. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata lebih 200 calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dicalonkan bagi kerusi Parlimen dan DUN

“Nama-nama mereka telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, untuk dipertimbangkan sebagai calon.” EKSKLUSIF oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

DATO’ TENGKU PUTERA

di seluruh negeri ini. “Calon-calon berkenaan merupakan bakal pemimpin pilihan rakyat peringkat bawahan yang boleh menambat hati pengundi dan dikemukakan pelbagai pihak untuk diketengahkan kepada pucuk pimpinan BN.

BUBUR LAMBUK RAKYAT

“Nama-nama mereka telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, untuk dipertimbangkan sebagai calon,” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Teganukita. Beliau meramalkan pilihan

MENTERI Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengagihkan Bubur Lambuk Rakyat di perkarangan Masjid Abidin (Masjid Putih) yang boleh didapati secara percuma sepanjang Ramadan. FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

raya kali ini lebih sengit, tetapi pihaknya yakin Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah Terengganu dan menabur jasa kepada rakyat yang sebahagian besar tidak akan mengalih sokongan mereka kepada parti pembangkang. Dato’ Tengku Putera menegaskan jika semua pihak akur dengan pilihan terakhir pucuk pimpinan BN yang memilih caloncalon bakal bertanding, tidak ada halangan bagi BN menang besar di Terengganu pada PRU 13 nanti. Beliau berkata, tidak ada sebab bagi rakyat negeri ini menolak Umno dan BN kerana berdasarkan rekod Kerajaan BN mampu mentadbir negeri Terengganu jauh lebih baik berbanding Pas dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. “Wakil rakyat Umno dan BN sentiasa bekerja keras dan mencurahkan khidmat mereka kepada rakyat, tanpa mengira masa bagi memenuhi semua keperluan penduduk tempatan,” ujar beliau. Beliau turut yakin dengan ketokohan dan kehebatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membawa transformasi negara dan Terengganu akan mendapat rahmat daripada kepimpinan beliau. “Perdana Menteri melakukan bermacam-macam program dan menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat negara ini di mana rakyat Terenganu turut menerima habuan lumayan hasil cetusan pemikiran beliau membela nasib rakyat,” tambahnya.


2

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

AM

Waran RM2.48j naik taraf surau sekolah T

erengganu menerima waran di bawah Projek Transformasi Luar Bandar berjumlah RM2.48 juta bagi tujuan menyelenggara, mengubahsuai serta menaik taraf surau di 40 buah sekolah di negeri ini.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah KTS sambil disaksikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Dato’ Roslan Awang Chik. (Gambar kecil) - Model KTS berwajah baru.

Hospital KTS bakal berwajah baru Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

DATO’ AHMAD RAZIF

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, jumlah itu tidak termasuk peruntukan berjumlah lebih RM177,000 untuk tiga lagi surau yang belum menerimanya. Katanya, waran itu dikeluarkan bagi projek Pakej Rancangan Khas (PRK) untuk negeri Terengganu yang secara keseluruhannya berjumlah lebih RM8 juta. “Di bawah program ini juga, peruntukan sebanyak RM1.35 juta turut diluluskan bagi tujuan pembinaan lapan lagi surau sekolah yang baru di negeri ini,” kata beliau baru-baru ini.

S

ultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bagunan baru Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang bakal berwajah baru dan dilengkapi dengan peralatan canggih, dewan bedah dan wad-wad yang lebih selesa kepada pesakit. Melalui projek itu, bagunan hospital milik TDM Berhad itu yang dibina dengan kos RM170 juta bagi menempatkan 130 katil, lima dewan bedah dan satu Unit Rawatan Rapi (ICU). Hospital baru di Batu Buruk dengan keluasan kira-kira 5.8 ekar itu turut mengandungi bangunan satu setengah tingkat tempat letak kereta yang bakal memuatkan 281 ruang letak kereta bagi kemudahan pelawat. Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Roslan Awang Chik, berkata bangunan KTS sedia

Kerajaan Negeri Terengganu

ada di Jalan Kamarudin menghadapi masalah ruang dan mengehadkan pihak pengurusan menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan bermutu kepada pesakit. “Hospital yang ada ini hanya mempunyai 33 buah katil, satu ICU dengan dua buah katil dan dua dewan bedah. “Dengan kapasiti yang terhad, hospital ini tidak mampu menampung bilangan pesakit yang meningkat pada setiap tahun. Ada kalanya hospital terpaksa menolak mereka yang datang untuk mendapat rawatan dan merujuk mereka ke hospital kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah hospital baru itu, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; AhliAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan

pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dato’ Roslan berkata, pihaknya berharap apabila projek pembinaan hospital baru itu siap dalam tempoh dua tahun, rakyat negeri ini tidak perlu lagi mendapat rawatan di luar Terengganu untuk mendapatkan rawatan pakar. “Hospital baru ini akan dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan dan peralatan serta teknologi terkini, lebih banyak klinik pakar dengan lebih ramai pakar perubatan memberi rawatan sama ada dalam bentuk pesakit luar mahu pun untuk menjalankan prosedur atau pembedahan,” ujarnya. Beliau berkata, pihaknya berhasrat melalui pembinaan hospital baru itu KTS mampu menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti setaraf dengan negara maju, reka bentuk dan pembinaannya mematuhi akreditasi ‘Joint Commision International’ (JCI) yang diamalkan oleh hospital-hospital di Amerika Utara dan Eropah.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

AM

Rumah teres 60 unit di Taman Rahmat Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

N

asib 230 penghuni di Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri bersetuju membina 60 unit rumah teres di tapak berkeluasan tujuh hektar berhampiran penempatan mereka mulai tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kehidupan penduduk di perkampungan itu yang menghuni di 53 unit rumah kayu yang mula dibina sejak zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad lebih terbela dengan terbinanya kediaman baru yang lebih baik dan selesa nanti. “Banyak rumah-rumah telah rosak kerana dibina sebuah-sebuah menggunakan kayu, jadi demi masa depan mereka kerajaan negeri bersetuju membina 60 unit rumah teres tiga bilik tidur tahun depan kepada semua penghuni di sini.

“Jadi kita ada baki tujuh rumah, sebagai tambahan kemudian kepada yang bekeluarga. Lebih (unit rumah) tidak mengapa ini akan menyenangkan lagi,” katanya di sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada 53 ketua keluarga di penempatan itu, sempenaa Program Kar1sma Mesra, di Dewan Inspirasi Warisan, Taman Rahmat, Marang, baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji A Rahman Che Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Encik Zulkifli Ali dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku. Menteri Besar berkata, projek pembinaan rumah baru itu dibina bersebelahan penempatan sedia ada yang tidak menjejaskan rumah asal dan kehidupan penduduk sementara kediaman baru mereka siap serta boleh digunakan sepenuhnya nanti. Katanya, projek berke-

Ijazah berkembar Inspi-UIM Indonesia

I

Penghuni Taman Rahmat, Marang, mendapat perhatian kerajaan negeri apabila bersetuju membina rumah baru untuk mereka.

naan dijangka akan bermula April ini sebaik sahaja bajet keseluruhan dan tender projek dikeluarkan. Dalam pada itu, Dato’ Seri Haji Ahmad mengingatkan penduduk di situ bahawa kerajaan negeri sentiasa membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang dan taraf kehidu-

pan mereka. “Pada masa yang sama, saya berharap semua penduduk membalas jasa kerajaan yang sentiasa menyalurkan bantuan dan kemudahan ini dengan terus memberi sokongan padu bagi memastikan kesinambungan pembangunan pada masa depan,” katanya.

nstitusi Pengajian Islam (Inspi) di Binjai, Kemaman yang kos pengajiannya ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu (YIT) kini merancang mengadakan program ijazah berkembar dengan Universiti Islam Medan (UIM), Indonesia. Pengetuanya, Encik Firdaus Khairi Abdul Kadir ,berkata satu memorandum persefahaman (MoU) dengan universiti berkenaan akan dimeterai bagi membolehkan pelajar lepasan Inspi menyambung pengajian peringkat ijazah di sana. Menurutnya, beliau sendiri akan menyertai satu rombongan ke universiti tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung hasrat itu. “Kita merancang untuk menjalin MoU dengan Universiti Islam Medan, mungkin selepas Aidilfitri nanti kita akan ke sana untuk mengadakan perbincangan mengenainya. “Kerjasama itu juga membolehkan pelajar lepasan Inspi meneruskan pengajian peringkat ijazah dalam bidang dakwah, usuluddin dan syariah yang diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam),” katanya. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis Idul Ilmi (konvokesyen) Graduan Inspi 2012 di Dewan Utama Menara Yayasan Islam Terengganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, seramai 56 pelajar menerima sijil serta wang tunai dengan 26 daripadanya merupakan pelajar yang mengikuti program pra Al-Azhar manakala 30 lagi bagi program Pra Universiti Islam Negeri (UIN) Itmamudirasah. Firdaus menarik perhatian, Inspi pernah mengadakan MoU dengan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim (UIN-Suska) di Riau, Indonesia dan ketika ini terdapat 40 pelajar lepasan Inspi sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah di sana. “Seramai 20 lagi pelajar kita (Inspi) yang tamat pengajian akan menyambung pengajian masing-masing ke UIN-Suska tahun ini,” ujarnya. Menurutnya, sejak penubuhannya pada 1984, kampus Inspi kini sedang berkembang pesat dengan fasa kedua sedang dalam pembinaan, dijangka siap penghujung tahun depan.

T’Kafe di Perth proses penilaian akhir Bekas tentera tidak berpencen tidak dilupakan Y

ayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sedang melaksanakan proses penilaian akhir untuk membuka rangkaian T’Kafe di Perth, Australia dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata permohonan usahawan Terenganu yang menetap di negara Kanggaro itu bakal membuka lembaran baru dalam usaha melebarkan jenama Terengganu ke luar negara dan memperkenalkan produk Terengganu kepada bangsa asing. “Jika urusan membuka rangkaian baru perniagaan francais di Perth itu menjadi kenyataan sebagaimana dirancang, kita berjaya menambah satu lagi T’Kafe yang menjadikan lapan rangkaian kesemuanya pada tahun ini termasuk di luar negara,” katanya. Dato’ Mohamed berkata, se-

3

lain nasi dagang, pelbagai jenis menu tradisi Terengganu akan dijual di T’Kafe itu termasuk otak-otak, paih dan keropok serta barangan kraf buatan Terengganu. Katanya, kerajaan negeri melihat potensi cerah untuk memasarkan produk industri kecil sederhana (IKS) keluaran negeri ini melalui T-Kafe itu berikutan terdapat lebih kurang 40,000 masyarakat Melayu tinggal di sana. Selain itu, Dato’ Mohamed yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU berkata, sehingga kini, YPU memiliki 23 T’Shoppe seluruh negara dengan sasaran 40 unit T’Shoppe akan beroperasi menjelang 2013. Dalam perkembangan lain, Kompleks Usahawan Terengganu di Kubang Jela, Manir yang menempatkan Kota Batik dan Pasar ICT dengan 44 lot kedai dijangka beroperasi pada 1 Julai ini.

Menteri Besar bersama bekas tentera tidak berpencen di Kuala Terengganu.

K

erajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan bantuan permulaan sebanyak RM50,000 kepada Koperasi Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) bagi membela nasib golongan itu yang pernah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara. Menteri Besar, Dato’ Seri

Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri bukan sahaja menawarkan bantuan dana itu, malah akan meluluskan permohonan tanah tapak rumah dan pertanian yang boleh diusahakan oleh bekas tentera sebagaimana kemudahan yang dinikmati rakyat seluruh Terengganu. “Ini kali pertama satu per-

tubuhan koperasi veteran tidak berpencen (di Terengganu). Sebenarnya mereka berkhidmat sehingga 18 tahun. Ada 10.. ada 12 tahun. Untuk membolehkan mereka menerima pencen tentera mereka perlu berkhidmat sehingga 21 tahun. “Jadi selama ini tiada pertubuhan atau persatuan ditubuhkan untuk membela kebajikan mereka. Alhamdulillah, Komander En Mohd Sabri Abd Malek (Yang Dipertua KVTTB) sudah ditubuhkan di peringkat Pusat dan selepas ini peringkat negerinegeri, di mana Terengganu adalah negeri ke-13. InsyaAllah menerusi pertubuhan ini memudahkan kerajaan negeri membantu mereka,” katanya di sidang akhbar sempena Program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat serta Pendaftaran Ahli KVTTB 1Malaysia, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.



EKONOMI

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

S

ecebis ilmu yang ditimba sewaktu berada dalam aliran Sains Pertanian di Tingkatan Empat dan Lima) kira-kira 23 tahun lalu, tidak menjadi halangan bagi pemilik Zie Nursery, Puan Ruziyani Deraman, 40, untuk menempah nama sebaris usahawan berjaya. Puan Ruziyani nekad menjalankan perniagaan berasaskan tanaman hiasan dan landskap walaupun menyedari tiada pengalaman dan kekurangan modal. Katanya, pada awal memulakan perniagaan 10 tahun lalu, dia hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan tanaman pokok iaitu bagaimana kaedah mengembur tanam, penjagaan pokok hiasaan, cantuman dan membiak tanaman. “Semua itu dipelajari ketika berada di dalam aliran sains pertanian sewaktu di sekolah menengah di samping mencungkil pengalaman daripada beberapa pengusaha berpengalaman. “Sebelum serius dalam bidang perniagaan ini, saya ada menimba pengalaman bekerja sebagai kerani, operator pengeluaran dan jurujual dengan beberapa syarikat swasta di luar Terengganu,” katanya. Menurutnya, semua pekerjaan itu tidak kekal memandangkan ayah tidak menggemari dia bekerja di negeri lain selain menginginkannya pulang menjalankan perniagaan di Terengganu. “Peluang yang ditawarkan itu dianggap sebagai rezeki yang cukup berharga kerana sudah lama berangan-angan untuk memiliki perniagaan sendiri. “Berbekalkan modal RM6,000 hasil sumbang keluarga, saya dibantu suami dan anak-anak berazam mengekalkan prestasi cemerlang Zie Nursery di samping berusaha menawarkan produk terbaik dan berkualiti kepada pelanggan,” katanya. Katanya, dia berpuas hati dengan apa yang diusahakan sekarang kerana mampu menawarkan lebih 10,000 spesies pokok bunga dan hiasan dalam tempoh sebulan kepada pelanggan. “Bekalan tanaman yang diperoleh daripada beberapa pemborong tersohor dari Johor, Selangor dan Pahang itu amat digemari pelanggan terutama pokok bonsai, janda kaya, daisy, melati, orkid dan sebagainya. “Saya berazam akan memper-

Puan Ruziyani cekal menguruskan nurserinya di Jalan Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.

Nurseri Ruziyani menjadi

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

5

TATiUC bakal lahir pakar logam dan keluli

Jalinan erat antara TATiUC dengan SGIT dan ESSB bagi melahirkan pakar logam dan keluli di Terengganu. Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

K luaskan perniagaan yang diceburi ini dengan membuka cawangan lain di lokasi yang bersesuaian berikutan apa yang diusahakan ini mendapat sambutan menggalakkan,” katanya. Katanya, rata-rata pengemar pokok hiasan akan datang kembali untuk mendapatkan tanaman disukai kerana beranggapan harga yang ditawarkan sangat berpatutan selain berpuas hati dengan kesegaran dan kualiti pokok. “Pelanggan mengakui tanaman yang dijual ini agak murah iaitu berbeza antara RM1 hingga RM3 berbanding nursery lain,” katanya. Zie Nursery yang beroperasi di Jalan Wakaf Tengah, Kuala Terengganu itu turut menawarkan perkhidmatan menjual peralatan dan kelengkapan landskap seperti kerusi taman, batu hiasan, jubin, baja, cendawan dan bangau hiasan.

olej Universiti Tati (TATiUC) menjalin kerjasama strategik dengan Shaougang Institute Of Technology (SGIT), China dan Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) bagi melahirkan lebih ramai rakyat tempatan yang pakar dalam bidang industri logam dan keluli. Majlis menandatangani dokumen perjanjian berkaitan itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato Ahmad Razif Abdul Rahman mewakili TATiUC manakala SGIT diwakili Naib Presidennya, Wang Lin dan ESSB pula diwakili Pengurus Projek, Tee Choon Hock. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menjadi saksi pada majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha

T

ermeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) empat penjuru antara Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Q-Bena Resources sdn Bhd, Modular Mentari Sdn Bhd dan ZNZ Multi Trade telah memperkenalkan satu lagi projek flagship usahawan negeri ini. Konsep dan operasi perniagaan rangkaian itu disediakan oleh YPU dengan kerjasama Q-Bena Resuorces dan penyertaan akan dibuka secara perniagaan berlesen kepada usahawan tempatan yang baru mahupun yang sedia ada.

Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, YB Dato’ Haji Mohamed Awang Tera. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw, beberapa Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Rektor TATiUC, Dr Mohd Rozailan Mamat. Sementara itu, Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata SGIT yang bergabung dengan syarikat terkemuka, Shaougang Of China mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Antaranya berkaitan bidang metalurgi dan keluli, teknologi maklumat, pembinaan, kejuruteraan alam sekitar, pengurusan ekonomi serta kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. “Melalui kerjasama ini, TATiUC dengan SGIT akan menyediakan program Teknologi Pembuatan Besi dan Keluli dengan

pengkhususan dalam kejuruteraan metalurgi selama setahun. “Buat permulaan seramai 20 pelajar cemerlang yang juga anak jati Terengganu mempunyai diploma dan ijazah dari mana-mana universiti akan ditawarkan mengikuti kursus kejuruteraan berkaitan sebelum diserap bekerja dengan syarikat ESSB ,” katanya selepas majlis itu. Katanya, ESSB adalah sebuah syarikat usahasama antara Malaysia Hiap Teck Venture Berhad dan China Shaougang Group melibatkan pelaburan RM1.8 billion, akan membina Kompleks Keluli Bersepadu di Telok Kalong, Kemaman. “Dengan adanya kerjasama seumpamanya ini, kita bukan saja dapat meningkatkan kepakaran rakyat tempatan dalam bidang metalurgi malah dapat melatih pekerja yang berkelayakan dalam pelbagai aspek untuk industri besi dan keluli,” katanya.

YPU perkenal projek Flagship untuk usahawan Bumiputera Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik, T-Hardware membawa pendekatan baru ke arah persaingan peruncitan bahan binaan yang lebih menguntungkan dengan membina jaringan perniagaan yang bijak melalui T-Warehouse. “Sebagai permulaan sebuah T-Hardware kini beroperasi di Kuala Terengganu dan dijangka akan membuka dua tiga lagi

dalam tahun ini,” katanya kepada pemberita program di Seminar Transformasi Pembinaan dan Pembekalan Summit 2012, di Terengganu Equestrian Resort (TER) semalam. Katanya, usahasama itu mampu membina rangkaian perniagaan hardware yang baru di kalangan bumiputera untuk turut sama meningkatkan kemajuan dan pembangunan perekonomian usahawan terlibat.


6

RENCANA Terengganu penyelamat imej BN

C a t a t a n Pengarang

T

iada siapapun boleh menafikan kehebatan Terengganu yang berjaya mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke -15 Pahang 2012 baru-baru ini. Terengganu dinobatkan selaku juara selepas meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor yang hanya mampu di tempat kedua dengan meraih 47 emas. Amat membanggakan, Terengganu yang mensasarkan 47 pingat emas pada Sukma kali ini, berjaya membolot sehingga 62 kilauan emas. Sesungguhnya Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar boleh diibaratkan menyelamatkan imej Barisan Nasional (BN) di saat-saat men jelang Pilihanraya Umum (PRU ke 13). Lantaran itulah Dato’ Seri Ahmad sendiri turun padang memberi semangat dan sokongan kepada para atlet bagi mengekalkan kejuaraan itu.

Biarpun tanpa beberapa acara ‘favourite’ yang tidak dipertandingkan pada Sukma kali ini, namun semangat ‘Terengganu Hanelang’ yang ditanam dalam kalangan atletnya terus membawa Terengganu melakar sejarah baru sebagai juara. Pahang juga di bawah kerajan BN selaku tuan rumah menduduki tempat ketiga apabila memperoleh 45 emas, 40 perak dan 38 gangsa. Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma adalah ketika menjadi tuan rumah temasya itu pada 2008 dengan meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa. Dua tahun kemudian, kontinjen Terengganu sekali lagi ditabalkan juara apabila memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Tahun lalu, Terengganu melakar hatrik dengan mengungguli temasya Sukma buat kali ketiga berturut-turut selepas membawa pulang 23 pingat emas, lima perak dan 10 gangsa.

Skuad lumba basikal muncul antara penyumbang terbesar buat kontinjen Terengganu dan terus mendominasi acara itu apabila membawa pulang 12 pingat emas, manakala skuad olahraga turut menampilkan prestasi mengagumkan apabila menyambar lapan pingat emas, sekali gus muncul juara keseluruhan dalam acara tersebut. Malah, atlet memanah Terengganu juga melakar sejarahnya tersendiri apabila muncul juara keseluruhan buat pertama kalinya dengan meraih sembilan pingat emas. Paling dramatik, kejayaan skuad hoki Terengganu yang mengakhiri kemarau beraksi di pentas final, iaitu hoki wanita yang terpaksa menunggu selama 20 tahun, manakala pasukan hoki lelaki (16 tahun menunggu) untuk membolot emas yang dipertandingkan. Sepatah kata dari Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, kejayaan Terengganu adalah disebabkan kehebatan kepempinannya, kecaknaan kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad, kerana beliau di peringkat pusat berlaku adil kepada semua dalam pembangunan sukan. Sewajarnya kejayaan Terengganu mempertahankan imej BN kalau ia boleh diibaratkan demikian harus diberi pengiktirafan oleh pihak kepemimpinan BN.

Nak berbuka puasa pun dihalau... Ingat dok l Orang te ganu??? agi... ANALISIS siri 8

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

I

ngat dok lagi, di zaman gerhana Terengganu,penduduk yang hendak berbuka puasa di rumah Allah (masjid) pun ada yang di halau oleh pihak yang merasakan kumpulan mereka berkuasa segalanya. Ini contohnya berlaku di kampong Durian Telor, Besut dan Kampung Tempinis . Kira-kira 150 umat Islam di Kampung Durian Telor amat kecewa dengan pihak berkuasa kampong yang di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri ketika itu kerana menghalau mereka untuk berbuka puasa di masjid di kampong berkenaan. Majlis anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah diumumkan seminggu sebelum majlis berbuka. Seperti biasalah, cara penduduk kampong membawa hidangan masing-masing secara tradisional untuk berbuka beramai-ramai pada hari yang ditetapkan itu. Mereka akan saling memberi dan bertukar juadah di antara satu sama lain. Mereka amat yakin bahawa dengan memberi orang lain makan semasa berbuka puasa, anda boleh mendapat pahala puasa sebanyak mana pahala yang diperolehinya dari puasanya. Mereka percaya bahawa Rasulullah saw bersabda yang ertinya: “Sesiapa yang memberikan perbukaan kepada orang yang berpuasa , ia mempunyai pahala seumpamanya, namun hal ini tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun jua”. - (HR. Tirmizi, Ahmad dan Darimi). Ambillah peluang ganjaran dan balasan yang dianugerahkan Allah swt ini untuk mengeluarkan sedikit kos/ perbelanjaan bagi sedekah untuk disumbangkan ke majlis- berbuka puasa di masjid atau di mana-mana, supaya ganjaran pahala dari sumbnagan tersebut akan memberikan pulangan

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

-

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

pahala di akhirat nanti. Dengan membelanjakan sedikit kekayaan anda, anda akan diberikan pahala ibadat puasa yang tidak anda alami sama sekali. Laksanakanlah amalan ini bagi kebaikan dirimu sebanyak-banyak mungkin khususnya sempena dengan kedatangan bulan ramadhan ini atau lakukanlah walaupun sedikit sesuai dengan kemampuan anda dari sumber pendapatan anda yang halal lagi bersih, Namun segala musnah, pihak yang bersama JKKK itu tidak dibenarkan berbuka di masjid berkenaan. Bagaimanapun orang kampong yang faham tentang agama, di bulan puasa mereka tidak mahu bergaduh hanya kerana hendak berbuka puasa justeru ditentang oleh kumpulan parti yang mendokong kerajaan negeri Terengganu waktu itu. Kumpulan JKKK dan menyokong perjuangan Umno terpaksa beralah dan mengangkat juadah berbaka puasa, menumpang tempat berbuka di pondok kelas Al-Quran Durian Telor. Mereka berkata, betapa zalimnya pihak yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam, tetapi perbuatan mereka itu ibarat jauh panggang dengan api dalam perjuangan Islam yang sebenar. Perkara yang sama juga berlaku di Kampung Tempinis yang membabitkan juga penduduk sekitar dari kampong Tasik Tok Lebai, Gong Ubi Keling dan Gong Berangan. Mereka dihalau dan tidak dibenarkan berbuka di masjid hingga terpaksa hampar tikar dan plastik di tengah padang berhampiran masjid untuk berbuka puasa. Ini kerana perbezaan politik, mereka tidak menyokong parti yang memerintah kerajaan negeri waktu itu lalu dihalau berbuka di masjid. Begitulah deritanya umat Islam di zaman pemerintahan Terengganu oleh parti yang hanya bertopengkan Islam, tetapi tindak-tanduk menyimpang dari ajaran Islam. Itulah sebahagian peristiwa nasib umat Islam di Terengganu di zaman pemerintahan pembangkang (1999-2004).

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

K

unjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud ke masjidmasjid di negeri ini secara bergilir-gilir, menunaikan solat Isya’ dan Tarawih bersama penduduk setempat setiap kali menjelang Ramadan sesuatu yang cukup berharga. Ia suatu gambaran bahawa kepemimpinan negeri amat cakna masjid selaras dengan tuntutan agama supaya kita semua mengimarahkan masjid. Apabila pemimpin nombor satu sendiri menunjukkan contoh teladan, sudah tentu ia merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua di bumi Terengganu ini. Pemimpin-pemimpin di bawahnya sudah tentu tiada pilihan, melainkan ikut berbuat demikian, terutama di masjid surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen mereka. Imarah membawa erti memakmurkan atau membangunkan sesuatu dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Menurut tafsiran ulama, mengimarahkan masjid membawa dua maksud. Pertamanya membina, memelihara dan memperbaikinya jika perlu dan keduanya membawa maksud mengunjunginya sebagai suatu amalan lazim untuk menunaikan solat berjemaah dan Jumaat, terawih di bulan Ramadhan, di samping aktiviti lain ke arah melahirkan pengabdian kepada Allah. Dato’ Seri Haji Ahmad sebagai Ketua Kerajaan Negeri bukan sahaja mengambil cakna hal ehwal pembinaan masjid, pembaikian dan pemantauannya, tetapi turut memastikan program program keilmuan dan menghidupkan masjid turut berjalan. Justeru itulah beliau sendiri turun ke masjid untuk melihat sejauh mana pengimarahan itu berlaku, di samping dapat bertemu para jemaah, yakni rakyat yang beragama Islam khususnya. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang melakukan amal ibadat di masjid kerana mereka hampir dengan Allah. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang mengimarahkan masjid adalah orang yang dekat dengan Allah.” Suatu perkembangan yang cukup baik apabila kita melihat kehadiran golongan muda ke masjid telah bertambah ramai. Mereka boleh menyumbang lebih banyak lagi supaya masjid menjadi lebih berfungsi, termasuk dari segi teknologi maklumat. Alangkah ruginya agama dan umaht apabila kemahiran dan kebolehan golongan muda dalam bidang teknologi maklumat yang sepatutnya dimanfaat-

RENCANA

7

Imarah masjid:

Dato’ Seri Menteri Besar sendiri tunjuk contoh teladan WAKAF RAKYAT Oleh: Ruslan Abd Rahman langtelipot@yahoo.com

Apabila pemimpin nombor satu sendiri menunjukkan contoh teladan, sudah tentu ia merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua di bumi Terengganu ini.

Menteri Besar Terengganu bertarawih ke masjid-masjid di negeri itu secara bergilir-gilir bagi mengimarahkan masjid dan juga penduduk setempat.

kan untuk membantu mengimarahkan masjid setempat tidak dimanfaatkan. Maklumat maklumat tentang program pengimarahan masjid boleh dimasukkan dalam internet atau facebook, begitu juga tentang ilmu ilmu yang diajarkan di masjid boleh dikongsikan bersama. Daripada Abu Hurairah menyebut bahawa Nabi bersabda “Siapa yang datang ke masjidku ini, iaitu belajar

ilmu atau mengajarkannya, maka sesungguhnya kedudukannya sama seperti seorang mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Usaha baik Menteri Besar dengan membawa imam dari Arab Saudi dan Mesir setiap kali di bulan Ramadhan untuk mengimamkan solat tarawih di masjid-masjid di Terengganu juga amat dihargai.

Ia menjadi motivasi dan galakan dalam pengimarahan masjid. Pengagihan buah kurma dan air zam zam dari kerajaan Terengganu kepada rakyat juga disambut rakyat dengan penuh syukur dan ia merupakan nikmat bagi umat Islam Terengganu, yang tiada di tempat lain. Demikian Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang berbuat segala untuk rakyat Terengganu.


8

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

AM Oleh: Fauzi Mohd

B

fauzibinmohd@yahoo.com

arisan Nasional (BN) Terengganu akan menyediakan manifesto tambahan selain manifesto peringkat pusat bagi menawarkan lebih banyak kebaikan untuk negeri ini dan kesejahteraan hidup rakyatnya. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata manifesto tambahan termasuk cadangan membina 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun jika BN terus diberi kepercayaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak. Manifesto itu katanya, berdasarkan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan janji membina 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun antara 2008 hingga pertengahan tahun depan. “Sehingga kini, sebanyak 8,447 unit rumah rakyat telah dibina dan bakinya akan diteruskan pembinaanya hingga

Manifesto BN: 10,000 unit lagi rumah rakyat tahun depan. Siap 10,000 unit yang kita rancang, 10,000 unit lagi akan kita bina selepas PRU ke 13,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek perumahan Taman Koperasi Perdana yang dibangunkan Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) Kemaman Berhad di Kampung Pasir Minal, Binjai Kemaman baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan

Barisan Nasional Terengganu bercadang membina 10,000 unit lagi rumah jika terus diberi kepercayaan rakyat dalam PRU-13 nanti.

dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, janji-janji itu berdasarkan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikannya dan rumah merupakan salah satu keutamaan untuk diperluaskan bagi memenuhi keperluan rakyat. “Jumlah itu termasuklah seperti yang telah saya beritahu sebelum ini iaitu masing-mading 1,000 unit di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk serta 500 unit lagi di DUN Ladang,” katanya. Beliau menarik perhatian, secara umumnya, kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan terhadap apa yang telah dilaksanakan dan pendekatan baru mengikut kesesuaian keadaan. “Secara prinsipnya, manifesto peringkat nasional akan dipersetujui semua BN negeri tetapi tentulah satu negeri berbeza dengan keperluan di negeri lain. Jadi kita akan menghalusi apa yang boleh dilakukan. ‘’Kita mahu memperincikan perkara itu supaya kita boleh melaksanakannya sesuai dengan kehendak di peringkat negeri dan menambah perkara-perkara yang ada kaitan dengan Terengganu,” katanya.

‘Janji 100 ekor burung di langit’ M

enjelang Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) merupakan musim pemimpin pembangkang menabur janji yang disifatkan Pengerusi MCA Kemaman, Teo Nyon Foy sebagai ‘khayal’ bagi meraih undi. Beliau mengingatkan rakyat khususnya masyarakat Cina supaya tidak terjerumus dalam dunia politik yang ‘tersasar’ berikutan sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih banyak bercakap daripada merancang. Katanya, janji yang ditabur pemimpin pembangkang diibaratkan seperti melihat ratusan ‘burung emas’ terbang di langit yang hanya menjadi bahan tontonan dan bukan untuk dimiliki. “Kerajaan BN (Barisan Nasional) sudah ada rekod yang baik mentadbir negeri dan negara. Parti kita diibaratkan sudah ada burung di tangan walaupun seekor. “Satu ekor burung di tangan lebih baik daripada seratus ekor burung emas yang bebas di langit. Kita hanya mampu melihat, jauh sekali untuk memiliki,” katanya pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari Ibu bapa di Dewan Seri Amar, Chukai baru-baru ini. Program anjuran MCA Bahagian Kemaman itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera. Tambah Nyon Foy, pemimpin Pakatan Rakyat tiada pilihan lain melainkan menabur ‘janji-janji besar’ bagi menandingi rekod BN membawa kemakmuran ekonomi kepada negeri dan negara. “Saya menasihatkan masyarakat Tiong Hua tidak mudah dibeli dengan janji-janji yang kita sendiri tidak pernah dengar dan jangka,” kata beliau.

Pas perlu belajar ‘Negeri Berkebajikan’ dari BN - Ahmad

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mencabar pemimpin Pas supaya membuktikan bahawa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri ini tiada usaha melaksanakan program kebajikan kepada rakyat selama ini. Dato’ Seri Haji Ahmad mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak meremehkan usaha kerajaan yang terbukti telah banyak berjasa kepada rakyat. Sebaliknya sindir beliau, slogan ‘Negeri Berkebajikan’ yang hangat dijaja pemimpin Pas ketika ini bukan idea baru berikutan usaha itu sudah lama dilaksanakan kerajaan BN kepada rakyat. “Tindakan pemimpin Pas yang mahu ‘ajar’ kerajaan BN mengenai kebajikan saya anggap sesuatu yang melucukan,

sebaliknya parti itu perlu belajar daripada kita (Kerajaan BN) bagaimana mahu menjaga kebajikan rakyat. “Mereka (pemimpin Pas) perlu jujur kepada rakyat dan penyokong mereka sendiri. Mereka sudah terkebelakang kerana baru sekarang mahu fikir soal kebajkan rakyat sudah lama BN perjuangkan, “ katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama ibu bapa, guru dan murid UPSR 2012 Daerah Kuala Terengganu zon selatan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau bagaimanapun berkata, hakikatnya Pas adalah parti yang tiada pendirian kukuh dan hipokrit kerana selalu mencari salah Umno serta BN demi meraih sokongan rakyat.

Kerajaan BN sentiasa jujur dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama dalam bidang pendidikan.

Dato’ Seri Haji Ahmad yakin dasar parti itu yang berubah daripada negara memperjuangkan Islam kepada negara berkebajikan ternyata tidak mampu memperdayakan rakyat kerana kerajaan BN telah lama melaksanakan perkara itu. Sebagai bukti jelas beliau,

kerajaan sentiasa memberi tumpuan terhadap pelbagai bidang terutama pendidikan untuk dinikmati seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik. “Kita sentiasa menjaga kebajikan rakyat dalam bidang pendidikan seperti memberi mereka biasiswa serta pinja-

man pelajaran,” katanya. Beliau mengulas reaksi pihak pembangkang terutama pemimpin Pas yang mempertikaikan ketelusan BN dalam menjaga kebajikan rakyat, malah ada yang mendakwa projek kebajikan dilaksanakan BN tidak menepati kehendak Islam.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

Golongan ibu tunggal terus dibela

Seorang ibu tunggal diberi penghargaan tinggi apabila disarungkan baju oleh To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, isteri kepada Menteri Besar Terengganu. Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

N

asib golongan ibu tunggal terus terbela apabila kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM20 juta menerusi Bajet 2013 khusus bagi merangka pelbagai program kemahiran perniagaan untuk golongan itu supaya mampu mengubah taraf

kehidupan dan keluar dari paras kemiskinan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata peruntukan di bawah portfolio Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri itu bertujuan melatih lebih 21,000 ibu tunggal di negeri ini supaya dapat berdikari sendiri tanpa mengharapkan bantuan kebajikan bulanan daripada

kerajaan semata-mata. “Ada ibu tunggal sudah menjalankan perniagaan seperti menjahit dan membuat kuih, tetapi masih ada yang tidak membuat apa-apa pun, hanya tinggal di rumah mengharapkan belas ehsan dan bantuan kebajikan masyarakat sahaja. “Kita perlu melatih mereka yang berminat berniaga su-

paya melibatkan diri dalam apa jua perniagaan secara kecil-kecilan.Berminat buat pakaian, kita latih mereka untuk menjahit, memotong pakaian di rumah masing-masing. Sebab itu kita sediakan peruntukan ini yang agak mencukupi untuk membantu mereka memulakan penghidupan dan perniagaan baru pada masa akan datang,” katanya di sidang akhbar selepas melancarkan Program Kar1sma Selendang Biru Semarak Kasih, di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad. Kira-kira 5,000 wanita khususnya ibu tunggal seluruh Terengganu membanjiri program itu. Menteri Besar berkata, kekangan peruntukan sebelum ini menyebabkan program latihan kemahiran kepada ibu tunggal

Projek khas perumahan keluarga nelayan RM5.2 juta K

erajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukan RM5.2 juta untuk projek khas perumahan keluarga nelayan di seluruh Terengganu tahun ini. Pengarah LKIM negeri, Encik Mohd. Saffe Mohd berkata, bantuan untuk membaik pulih dan membina rumah baru itu diagihkan secara berperingkat. Menurutnya, sehingga Jun sebanyak 563 keluarga mendapat manfaat daripada projek itu. “Ia membabitkan tiga kategori iaitu pembaikan rumah dengan nilai maksimum RM10,000 setiap sebuah, pembinaan rumah baru berjumlah RM40,000

K

erajaan Terengganu merintis penganjuran program Selendang Biru Semarak Kasih sebagai platform ibu tunggal di seluruh negeri mendapat input berguna dan kesedaran bagi mengubah kehidupan ke arah lebih baik serta keluar dari paras kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, berkata program yang menyediakan bimbingan, perundingan dan kemudahan khususnya dalam pembiayaan dan pinjaman perniagaan akan menjelajah ke seluruh parlimen juga bermatlamat untuk mengeluarkan ibu tunggal dari data e-Kasih. “Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kera-

dan penempatan semula nelayan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Ihsan Samudera dan Program LKIM Turun Padang di Kampung Rhu Sepuluh, Setiu baru-baru ini. Dato’ Mohd. Jidin Shafie turut mengagihkan bantuan persekolahan kepada seramai 1,000 anak nelayan. “Program itu terarah kepada projek membaiki dan penempatan semula rumah nelayan bagi mewujudkan komuniti nelayan secara berpusat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial,” katanya.

yang berminat menceburi perniagaan tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. “Tahun ini kita tiada peruntukan khusus kepada ibu tunggal, bagaimanapun di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ramai yang kita bantu. Sebagaimana tadi, kita bagi peralatan ..kementerian bagi, kita pun bagi, kita ada `Program Touch Point’ kita untuk berniaga tetapi (bantuan) ini bukan khusus kepada ibu tunggal. Kita masukkan di bawah dana bantuan kebajikan masyarakat untuk mengubah cara hidup dan pendapatan hidup mereka. “Tetapi peruntukan (RM20 juta) ini khusus untuk ibu tunggal dan buat pertama kali kita sediakan bagi melatih dan memberi bantuan kepada golongan itu. Mungkin menerusi program sedia ada seperti menjahit, peruntukan baru ini akan disalurkan bagi membeli mesin jahit dan menyediakan modal bagi memulakan perniagaan itu,” katanya. Katanya, kerajaan negeri turut menambah peruntukan sedia ada RM1,000 bagi perbelanjaan pengurusan kepada semua persatuan ibu tunggal di setiap Dewan Undangan Negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000 bagi memastikan kumpulan itu lebih aktif menjayakan program yang dapat memberi manfaat kepada ahli persatuan masing-masing.

AM

9

Bulan madu kali kedua pulih masalah rumah tangga P

rogram ‘bulan madu kali kedua’ kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah dijadikan program bulanan dengan sasaran 300 pasangan menyertai program itu bermula tahun ini. Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa, berkata langkah itu dibuat berdasarkan sambutan menggalakkan di samping mampu memulihkan pasangan ‘bermasalah’. Sejak diperkenalkan awal tahun 2010 katanya, seramai 278 pasangan, kebanyakkannya usia perkahwinan mereka lima tahun ke bawah menyertai program tersebut yang diadakan di pulaupulau peranginan seperti Perhentian, Redang dan Langkawi di Kedah. “Pasangan dipilih ialah yang mengalami masalah rumah tangga dan kritikal sehingga sampai kepada proses permohonan penceraian di Mahkamah Syariah. “Dengan beberapa modul santai sepanjang program tiga hari, berhara hubungan mereka kembali bertaut, seterusnya menyuburkan institusi kekeluargaan,” katanya ketika merasmikan penutupan program itu di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Selendang Biru, Semarak Kasih wadah ubah hidup jaan Pusat bertujuan membasmi kemiskinan di mana sasaran utama adalah golongan ibu tunggal. “Golongan ibu tunggal di Terengganu lebih 21, 800 lebih dan hampir 50 peratus daripada mereka adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, lebihlebih lagi mempunyai tanggungan dan anak yang masih bersekolah. Jadi berdasarkan masalah golongan itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengurangkan senarai ibu tunggal dalam data e-Kasih dengan melaksanakan program Selendang Biru Semarak Kasih ini,” katanya di sidang akhbar

Dato’ Yahya Khatib ditemani Haji Alias Abdullah pada Program Selendang Biru Semarak Kasih Parlimen Marang.

selepas merasmikan Program Selendang Biru Semarak kasih Parlimen Marang, di Dataran Alor Limbat, Marang, baru-baru

ini. Turut Hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Haji Alias Abdullah.

Dato’ Yahya berkata, pelbagai pendedahan dan kemudahan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Pusat kepada golongan ibu tunggal supaya taraf hidup mereka dapat ditingkatkan dan dapat menyara keluarga dengan lebih selesa. “Antara kemudahan dan pendedahan seperti pinjaman modal dan juga subsidi, bagaimanapun ramai di kalangan mereka tidak menyedari kewujudan kemudahan itu. “Terengganu merintis program ini bagi menghimpunkan golongan ibu tunggal dalam satu program yang amat bermanfaat untuk membantu mereka hidup lebih baik dan cemerlang,” katanya.


10

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

PELANCONGAN

Gua Bewah

rungkai rahsia zaman pra-sejarah Rangka manusia zaman prasejarah dipercayai berusia 16,000 tahun antara artifak paling berharga di Gua Bewah.

RIADAH Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

G

ua Bewah yang terletak di antara 340 gugusan pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dahulunya hanya terkenal sebagai `kilang tahi kelawar’ berikutan puluhan penduduk sering mengunjunginya untuk mendapat najis haiwan itu. Terdapat laluan khas yang dibina pihak tertentu bagi mengeluarkan najis kelawar untuk dijadikan baja tanaman. Kini selepas dinaiktaraf oleh Kerajaan Terengganu, lokasi tersohor itu seolah-olah menjadi destinasi wajib dikunjungi bagi pelancong setiap kali menjejak kaki di tasik buatan manusia itu. Penemuan rangka manusia dipercayai berusia 16,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah antara artifak paling berharga di mana mampu meningkatkan jumlah pengunjung sedia ada ke lokasi itu. Rangka tersebut dipercayai mayat remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Artifak yang ditemui awal 2010 dalam kerja-kerja eskavasi itu akan ditempatkan di Gua Bewah selepas infrastruktur penting iaitu bingkai kaca siap di pasang. Selain rangka manusia turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah yang dipercayai dari zaman Neolitik. Di antara serpihan tembikar itu terdapat serpihan yang tertulis corak seakan-akan tulisan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia. Pengunjung berpeluang melihatnya semua khazanah itu secara dekat jika mengunjungi lokasi itu yang jauhnya kira-kira 30 kilometer dari Pengkalan Gawi. Turut di sediakan adalah mini muzium yang menempatkan gambargambar proses mencarigali bahan-bahan sejarah oleh ahli-ahli arkeologi terdahulu., Malah, gua ini juga dikatakan turut menjadi salah satu tempat persembunyian pahlawan melayu iaitu Mat Kilau. Untuk kemudahan pelancong, pihak berwajib membina tangga dan laluan berjalan kaki untuk menuju kawasan itu selain dilengkapi dengan lampu solar. Di kiri dan kanan tangga terdapat struktur batuan yang berbeza-beza menghiasi gua bewah itu. Jika bernasib baik, pengunjung akan bertemu dengan spesis ular yang berwarna putih dicelah-celah batu yang menjadi salah satu penghuni tetap gua di samping kelawar.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

AGAMA

11

Indah dan hebatnya Ramadan

S

etiap kali berada di rumah- rumah Allah di bulan Ramadan ini, hati kita mungkin tersentuh dan merasa terharu apabila melihat betapa ramainya umat Islam dalam pelbagai peringkat usia datang berjamaah untuk bersolat Isyak dan bertarawih. Setiap kali selepas dua rakaat sunat tarawih, kedengaran suara mereka berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam nada yang agak kuat “ Sollallah Wasallama ‘Alaih” . Anak- anak kecil pun turut menyambutnya dengan penuh semangat. Kemudian selepas selesai 23 rakaat, sebahagian kecil ahli jemaah masih terlekat di situ untuk bertadarus al- Quran. Sebahagian mereka menyusun dan melipat- lipat kain sajadah, mengemas apa- apa yang patut, menjamu sedikit sebanyak juadah yang dibawa oleh tangan- tangan dermawan dan sebahagian yang lain pula menghadap amil- amil untuk membayar zakat fitrah dan zakat harta yang difardukan. Subhanallah! Demikianlah indah dan hebatnya bulan Ramadan. Bulan yang menyatukan kita umat Islam. Bulan yang memantulkan syaraf ( kemuliaan) umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Kerana kita umat tauhid yang satu, mengikut Nabi yang sama, berpandukan kitab ajaran yang satu yakni al- Quran, menghadapkan diri ke arah kiblat yang satu iaitu Kaabah dan bertawajjuh kepada yang satu iaitu hanyalah kepada Allah yang Maha Esa. Kerana itu, Islam dan penyatuan umat tidak boleh dipisahkan. Lihatlah kepada falsafah di sebalik kefardhuan sembahyang berjemaah, zakat, puasa dan ibadat haji. Kita melihat bagaimana dalam keadaan ketiadaan upaya dan kekuatan, bahkan dalam suasana tersepit dan getir di kota Mekkah, Baginda membina penyatuan secara tersembunyi di rumah al- Arqam bin Abi al- Arqam. Mereka bersembahyang secara berjemaah, sama- sama berbincang dan merancang strategi. Apatah lagi semasa mereka berada di bumi Madinah. Bahkan antara kerja awal Rasulullah s.a.w. selain membina masjid adalah menyatu-padukan orang- orang Mekkah dengan orang-orang Madinah,

Sumber : JAKIM

M I M B A R

yang dikenali sebagai Muhajirin dan Ansar. Baginda juga mengadakan kerjasama dengan kelompok- kelompok Yahudi dan kafir musyrikin dalam rangka membina dan membangunkan kota Madinah al- Munawwarah. Justeru, seruan membina perpaduan orang- orang Melayu dan kelangsungan penyatuan seluruh warga negara dalam konteks Malaysia semestinya didokong dan disambut baik oleh semua pihak. Kerana itu, perlu difahami bahawa usaha menyatu-padukan umat Melayu bukanlah asabiyyah. Cintakan umat Melayu bukannya nasionalime atau kebangsaan yang dilarang oleh syarak. Kerana Baginda Nabi s.a.w. juga turut cintakan bangsanya Quraisy dan tanah Arab, maka kenapa dikejam dan dihina seruan supaya kita menyintai bangsa dan tanahair kita sendiri? Sesungguhnya cintakan bangsa dan tanahair ini daripada sebarang pencerobohan adalah satu kewajipan. Dan kita cintakan kepada tanah air dan bangsa bukanlah assabiah, tetapi sebaliknya adalah wataniyyah yang diperintahkan oleh Baginda Nabi s.a.w. sebagaimana maksud Hadith: “ Cintakan negara sebahagian daripada Iman”. Adapun sifat asabiyyah yang dilarang oleh Baginda Nabi s.a.w. seperti yang diwar- warkan di atas pentas politik pembangkang sedikit dahulu dengan mengaitkannya dengan sabda Rasulullah s.a.w. bahawa bukan daripada kalangan kami mereka yang menyeru kepada asabiyyah. Bukan di kalangan kami mereka berperang atas dasar asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami mereka yang mati atas semangat asabiyyah”. Maka imam Abu Daud r.a. meriwayatkan hadith yang lain sebagai menjelaskan maksud sebenar makna asabiyyah. Dijelaskan bahawa asabiyyah bererti kamu menolong rakan kamu atas kezaliman. Yakni, kamu tetap membantu rakan, kroni dan puak kamu walaupun mereka berbuat kejahatan. Inilah maksud sebenar asabiyyah yang dilarang oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai contoh kamu menafikan tangkapan khalwat kawan kamu sendiri, sedangkan kamu tahu bahawa insiden itu betul- betul berlaku. Kenapa kamu menolongnya? Kerana dia kawan kamu. Itu makna asabiyyah. Contoh kedua, apabila seorang sasterawan mengeluarkan kata- kata cabul dan mencarut kepada pemimpin negara dalam bukunya, maka ramai

yang terkilan kenapa beliau menulis sebegitu rupa. Tiadakah istilah lain yang boleh digunakan? Namun apa kata seorang ulamak politik, apa salahnya dia berkata begitu, sedangkan di dalam al- Quran Allah pun mencarut! Subhanallah! Kenapa si anu sanggup memberikan komentar sebegitu rupa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana penulis tadi adalah orang dia, puak dia. Maka itulah asabiyyah. Contoh ketiga, apabila seorang pemimpin pembangkang dilihat melalui rakaman CCTV masuk dan keluar lif beberapa kali. Kemudian dipertontonkan beliau bersama seorang pelacur dalam sebuah bilik. Lalu ada orang yang mempertahankannya. Katanya, semua itu tidak boleh menjadi hujjah. Kerana CCTV adalah peti besi. Dan peti besi tidak boleh menjadi bukti dalam Islam. Kenapa ulamak berkenaan sanggup menafikannya? Tidak lain dan tidak bukan, kerana pelaku di dalam CCTV tersebut adalah orang dia, geng dia. Itulah asabiyyah yang ditegah oleh baginda Nabi s.a.w. Banyak lagi contoh- contoh semasa yang berlaku di dalam negara kita yang boleh diambil iktibar. Hari ini, keperluan kepada penyatuan umat Islam di dalam negara kita amatlah mendesak kerana kelemahan dalam struktur masyarakat Melayu mutakhir ini menyebabkan bangsa lain berada dalam suasana yang lebih baik untuk mendesak berbagai- bagai perubahan. Lihatlah ancaman dan tekanan yang pelbagai. Lihat sahaja 14 tuntutan IFC terhadap pihak kerajaan. Percayalah bahawa sekali kita jatuh, umat lain tidak akan lagi memberi ruang kepada kita untuk bangkit kembali. Cukuplah nasib Singapura menjadi teladan kepada kita semua. Bagaimana nasib umat Melayu di sana walaupun dijanjikan dengan berbagai- bagai janji manis sebelum kemerdekaan mereka? Tetapi, setelah mencapai kemerdekaan, di mana orang- orang Melayu Singapura? Mereka telah dipinggirkan dan dinafikan hak dalam banyak hal. Kerana itu, janganlah kita leka dan terlena lagi. Ingatlah seruan Ilahi: Bersatu-padulah kalian dan janganlah berpecah- belah. Surah Aali- Imran: 103. Begitu juga amaran ilahi: “ Dan janganlah kalian menjadi seperti mereka yang berpecah- belah setelah didatangkan keterangan- keterangan yang jelas nyata….surah AaliImran: 105. Kerana itu, marilah kita bersatu, kerana Baginda Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa Allah pasti membantu mereka yang bersatu-padu. Selamat menjemput keberkatan Ramadan.


BIL: 63 (15 Jun

12

RENC

PM jelajahi Dungun hingga Ku L

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

awatan sehari Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu, baru-baru ini bermula dengan majlis pertemuan beliau dengan lebih 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara di program `Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)’ bertempat di Arena Square, Dungun.

Ketibaan beliau dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 10 pagi turut diraikan lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dari Dungun beliau kemudiannya menemui kira-kira 10,000 warga Marang bagi menikmati Jamuan Rakyat di Dataran Bukit Payong, Marang. Turut sama mengiringi beliau, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Ketua

Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta pemimpin masyarakat. Beliau ke jamuan rakyat berkenaan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Bukit Payong bersama pemimpin negeri dan juga rakyat tempatan. Perdana Menteri kemudiannya mengakhiri lawatan ke negeri ini

deng jump sama Tertu Bada 20,0


n - 15 Julai 2012)

CANA

uala Terengganu

gan menghadiri Majlis Perpaan Perdana Menteri Bera Pasukan Rela di Stadium utup, Kpmpleks Sukan Gong ak yang turut dihadiri kira-kira 000 anggota pasukan itu.

13


14

BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

RENCANA

IKON Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

I

mpian anak muda ini mahu menjadikan aktiviti pergunungan dan rekreasi khususnya di Terengganu sebagai satu kegiatan yang boleh memberi impak kepada sektor ekonomi negeri, pembangunan belia dan sukan pelancongan, melalui penganjuran acara, program, pakej dan kursus selain bekerjasama dengan agensi yang berkaitan. Demikian hasrat yang dilontarkan wira Gunung Everest, Muhammad Rafi Kori,33, apabila penulis menyelami misi dan perancangan selepas lima tahun mencatat nama di pentas dunia berjaya menjejakkan kaki ke puncak gunung tertinggi dunia itu pada tanggal 21 Mei 2007. Anak kelahiran Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu itu

Wira Everest impi tawan tujuh puncak tetap mencintai aktiviti lasak dan memahat cita-cita untuk menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia suatu masa nanti. “Melalui Persatuan Kembara Negara (PKN), saya dan isteri merancang untuk mencipta rekod menjadi pasangan suami isteri pertama di Malaysia menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua (7 summit),” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama rakan seperjuangan ketika menjayakan misi ke Everest, Puan Marina Ahmad, 31. Beliau juga sedang membuat perancangan untuk menghasilkan buku tentang perjalanan pendakian ‘Merdeka de Everest 2007’ dan memohon kerjasama pelbagai pihak yang dapat menyokong usaha penerbitan buku itu sama ada aspek idea, kewangan mahu pun percetakan-

Tekad Muhammad Rafi untuk menawan tujuh puncak di tujuh benua.

Kampung eksklusif, tarikan pelancong DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

H

ampir 70 peratus kawasan tanah di Kampung Beladau Kepong dipenuhi pokok duku dan apabila tiba musim buah terdapat segelintir penduduk yang memiliki satu hektar kebun duku mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 semusim. Ada yang menggunakan laba hasil dusun itu untuk menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dengan membawa anggota keluarga yang lain. Besarnya rahmat diterima penduduk kampung tradisional itu, kerana mereka dikurniakan tanah subur dan setiap benih yang jatuh ke bumi akan merimbun dan menjadi sumber rezeki hingga ke anak cucu. Begitu juga tanaman sayuran yang diusahakan di tebing sungai seperti tebu, sawi dan kangkung sudah sinonim sebahagian penduduk kampung yang berjumlah 1050 orang itu. Dataran Penambang di wujudkan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang menyediakan tempat perkhemahan, bangsal bebeku serta kemudahan riadah termasuk papan anjal, tiang licin, pukul bantal menarik perhatian golongan

belia. “Setiap petang ramai remaja termasuk dari luar kampung berkenaan datang menyertai aktiviti dalam air,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Beladau Kepong, Encik Hasshim Abdullah, 54. Berhampiran dataran itu juga terdapat sangkar ikan yang diusahakan 20 penternak, ikan tilapia, patin dan baung, masing memiliki 20 sangkar setiap seorang dengan perolehan pendapatan purata RM1,300 sebulan. Di samping menternak ikan dalam sangkar, ada penduduk yang lebih kreatif mengambi inisiatif mencari pendapatan tambahan dengan menahan bubu di sungai dan hasil yang diperolehi dihantar kepada penjual di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu. Melalui dataran ini juga disediakan bot untuk memancing udang harimau malah ada pemancing membawa bot sendiri untuk menyertai aktiviti yang jarang ditemui di tempat lain. Menurut Encik Hasshim, JKKK

tidak mengenakan sebarang bayaran bagi kegunaan peralatan dapur bebeku atau bot di situ tetapi semata-mata untuk menarik orang luar berkunjung ke situ menceriakan suasana kampung. Selain itu gelanggang futsal dan premis perkedaian tiga pintu merupakan aset kekal JKKK yang membantu mengerakkan aktiviti dalam kampung di samping mewujudkan tabung kebajikan bagi untuk membantu penduduk yang dilanda musibah sakit atau kemalangan. Kampung yang berada di Dewan Undangan negeri (DUN) Alor Limbat, Parlimen Marang, manakala pentadbirannya termasuk dalam daerah Kuala Terengganu pernah menganjurkan Pertandingan Rakit Berhias pada tahun lalu yang disertai 300 orang peserta membabitkan

Hashim bersama penduduk bergotong-royong membina dewan serbaguna.

30 rakit berhias dan sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja untuk mengadakan aktiviti di kampung itu. JKKK Kampung Beladau Kepong mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri (2011/2012) yang diumumkan Mei lalu dan

turut menenangi kategori kebersihan infrastruktur dalam kawasan kampung. “Kemenangan itu membolehkan kami membawa pulang wang tunai RM15,000 serta dana bagi melaksanakan projek kampung bernilai RM150,000 yang akan digunakan untuk pembangunan kawasan kami,” katanya.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

RENCANA

k di tujuh benua “Kita selalu bertanya apa pemimpin boleh beri kepada kita, tetapi kita jarang mempersoalkan apa yang boleh kita sumbang untuk Negara.'' - Muhammad Rofi Kori. nya. Selaku Pengurus Syarikat Kembara Outdoor Centre (KOC) Sdn Bhd yang mengendalikan pakej-pakej pendakian gunung dalam dan luar negara, pengurusan acara berbentuk ekstrim, membekal peralatan rekreasi, konsultansi, pengembaraan dan `team building’. Pada masa yang sama, beliau juga mahu menjadikan produk gunung dan jejak hutan (trail) di Terengganu sebagai satu cabang utama riadah serta rekreasi di kalangan masyarakat terutama belia sebagai pilihan menceburkan diri dalam bidang sukan. “Ianya juga berkait dengan usaha PKN menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri menganjurkan Mount Berembun Green Challenge di Dungun baru-baru ini yang turut menyaksikan penyertaan ramai anak muda menyertai acara dalam kalendar pelancongan negeri itu,”katanya. Bagi merancakkan lagi aktiviti pendakian gunung, PKN akan menganjurkan kejohanan cabaran gunung yang lebih hebat dan mantap dengan memperkenal sirkit mendaki gunung (Mountain to Mountain Challenge) meliputi

Gunung Berembun, Dungun Terengganu, Gunung Stong, Jeli, Kelantan, Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan dan Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak, tahun depan. “Harapan saya kepada belia khususnya di Terengganu agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang terus menyokong pembangunan dan kehendak belia khususnya dalam melahirkan anak muda Terengganu yang hebat,” katanya. Bapa kepada sepasang putera, Muhamad Faris Najwan,3, dan Muhamad Alif Najmi, 6 bulan ini turut bergiat aktif dalam persatuan dan memegang jawatan Setiausaha Persatuan Kembara Negara, Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Pulau Manis, Serada dan Pengerusi Persatuan Belia MAYC (PEMANIS). “Kita selalu bertanya apa pemimpin boleh beri kepada kita, tetapi kita jarang mempersoalkan apa yang boleh kita sumbang untuk Negara. Justeru itu golongan muda rebutlah peluang yang ditawarkan kerajaan negeri sama ada kewangan, program-program pembangunan dan pendidikan dengan sebaik mungkin untuk bersama mengharumkan nama negeri dan Negara,” katanya. Kenangannya bersama lima pendaki PKN yang berjaya menjejakkan kaki di puncak gunung setinggi 8,848 meter merupakan misi ekspedisi meraikan ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Negara. Beliau mencatat sejarah negeri sebagai anak tempatan pertama dan anak Melayu keenam di Malaysia ketika itu yang berjaya ke puncak Everest dan lebih manis apabila dapat mengibarkan bendera Terengganu di puncak gunung tertinggi dunia itu.

15

JABATAN & ANDA Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

S

ebagai institusi penyelidikan pertanian terkemuka di negara ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sentiasa berusaha membantu membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Salah satu khidmat sokongan teknikal yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan Mardi adalah sistem test bed teknologi MardiI. Pengarah Mardi negeri, Tuan Haji Hassan Said berkata, sistem test bed teknologi Mardi merupakan premis atau makmal pemprosesan yang lengkap dengan mesin dan peralatan untuk pengeluaran skala kecil bagi industri makanan terpilih. “Bermula pada tahun 2006 semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), sistem dibina dalam bangunan atau premis yang baru atau diubahsuai sebelum dilengkapkan dengan mesin, diuji lari dan diberikan Prosedur Piawaian Operasi (SOP) dan barulah boleh menerima usahawan,” katanya semasa ditemui di pejabatnya., barubaru ini. Buat masa ini, jelas Hassan terdapat sebuah stesen itu di Terengganu daripada sembilan buah keseluruhannya beroperasi di seluruh negara. Test Bed Mardi Stesen Kuala Terengganu di Kubang Jela, Manir, menjadi pusat penyelidikan teknologi makanan selain turut mengeluarkan pelbagai produk termasuklah ikan keli salai, filet ikan, nuget ikan, tempura siakap, ikan berempah sejuk beku dan kebab ikan keli. Tambah beliau, kemudahan makmal Test Bed bernilai RM1.27 juta itu mengendalikan 35 kursus disertai 350 usahawan sejak Julai lalu. Setiap sistem test bed teknologi Mardi khusus bagi mengeluarkan produk-produk tertentu. “Dari segi konsep, ini merupakan kaedah memindahkan teknologi Mardi yang lebih berkesan,” katanya. Usahawan yang terlibat dengan Mardi boleh membina perniagaan berasaskan teknologi yang memerlukan teknologi tinggi di samping perlu menguasai teknologi supaya boleh berkembang dan bersaing. Di sini katanya, usahawan akan menggunakan rumusan sendiri, menguruskan mesin yang ada serta memasarkan-

Kemudahan Test Bed Mardi bantu usahawan

nya sendiri. “Ini bagi memberikan keyakinan kepada usahawan untuk melabur membeli peralatan dengan bantuan dan tunjuk ajar Mardi” katanya. Selain itu usahawan juga didedahkan dengan Akta Makanan bagi memudahkan mereka membawa produk lebih jauh seperti pasar raya dan global. Usahawan makanan boleh memohon ke sistem test bed teknologi Mardi asalkan mematuhi syarat seperti mempunyai syarikat berdaftar, usahawan

baru atau mereka yang mempunyai perniagaan makanan yang berpotensi. Bagaimanapun pengusaha bimbingan atau anak angkat Mardi atau usahawan bimbingan agansi lain juga digalakkan memohon. Biasanya seorang usahawan menggunakan sistem test bed teknologi Mardi dalam tempoh sebulan. Kini sistem test bed teknologi Mardi dalam proses mendapatkan pengiktirafan ISO9001 (2008) dari SIRIM.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

16

FOKUS KHAS

BN terus bela nasib generasi baru DUN LADANG EKSKLUSIF oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

ira-kira 19,000 pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Parlimen Kuala Terengganu perlu memandang jauh ke hadapan serta merenung nasib masa depan generasi baru yang masih panjang. Jumlah pengundi yang agak besar itu termasuk kaum bukan melayu, masing-masing 1,500 orang Cina dan 200 orang India mempunyai pelbagai latar belakang serta corak kehidupan berbeza yang mendambakan sokongan seorang pemimpin (wakil rakyat) yang prihatin, berwawasan serta mampu merencana pembangunan. “Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, BN akan merampas kembali DUN Ladang untuk meneruskan projek pembangunan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk tempatan,” kata Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh. Katanya, dalam PRU12, Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pas dengan majoriti 31 undi namun atas nama tanggung jawab, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kawasan yang dikuasai pembangkang. Pelbagai bantuan terus mengalir kepada keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya, pelajar, belia

DATO’ wan hisham

BN akan merampas kembali Dun Ladang untuk meneruskan projek pembangunan bagi meningkatkan taraf kehidupan pendudukan tempatan.

Pendidikan diutamakan bagi memastikan nasib generasi baru terus terbela dan berwawasan.

tanpa mengira status parti dan sokongan mereka sama ada Pas, DAP mahupun PKR. Setakat ini dua pangsapuri

iaitu Ladang Gemilang Satu dan Ladang Gemilang Dua sudah didiami 170 penghuni manakala sebuah lagi pangsapuri serupa

yang mengandungi 88 unit masih dalam pembinaan. Kerajaan negeri akan membina sebuah lagi pangsapuri setinggi 30 tingkat membabitkan kawasan 15 hektar di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu bagi menempatkan sebahagian lagi penduduk yang belum memiliki kediaman sendiri. Pangsapuri yang sedang dalam perancangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu akan dilengkapi lot perkedaian dan kemudahan tempat letak kereta bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Katanya, walaupun dikenakan kadar sewa bulanan RM300 sahaja di kediaman yang begitu selesa ini merupakan suatu nikmat kalau hendak dibandingkan unit-unit rumah rumah seumpamanya di sekitar bandar ini yang mungkin caj sewaan RM700 hingga RM800 sebulan. Kadar sewaan ini hanya diberi kepada mereka yang terlibat dalam perpindahan itu sahaja

dan termasuk dalam senarai penerima bantuan sewa rumah yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana mereka hanya perlu bayar RM126 sahaja setiap bulan. Rumah yang akan dijual pula (Gemilang 2) kerajaan memberikan subsidi 50 peratus bagi rumah kos rendah, manakala Pangsapuri Ladang Gemilang bagi rumah mampu milik berharga RM150,000 dan dijual dengan harga RM75,000 sahaja. Kawasan Ladang juga akan dimajukan sebagai pembangunan pelancongan kerana terdapat banyak pengusaha tempatan seperti tembaga, batik dan kraftangan yang mempunyai potensi besar untuk melebarkan urusniaga dengan pihak luar. Katanya, kerajaan tidak mahu aset-aset Melayu terlepas begitu sahaja dan orang-orang Melayu tinggal terpinggir, apatah lagi kebanyakannya merupakan golongan yang berpendapatan rendah. “Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit demi membela nasib masa depan orang-orang Melayu di Ladang dan sekitarnya,” katanya. Katanya, sokongan golongan pengundi muda terhadap aktiviti anjuran parti yang diadakan sejak kebelakangan ini mendapat sambutan baik begitu juga dengan program dana remaja, kursus dan seminar bagi meningkatkan kefahaman tentang tanggung jawab generasi muda dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. “Kalau bukan kerajaan BN yang menjadi payung melindungi rakyat jelata daripada panas dan hujan, siapa lagi yang mampu memberi 100 peratus komitmen seperti yang dibuktikan Umno sejak dulu kini dan selamanya,” katanya.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

17

AM

Rela jadi benteng negara - PM

P

Rela kini diberi tugas baru bagi memastikan keselamatan orang awam di kawasan tertentu bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah.

asukan Sukarelawan Malaysia (Rela) kini diberi peranan yang lebih besar bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah di mana mereka diletakkan di tempattempat yang strategik. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun AbdulRazak, berkata kini Rela telah diberi tugas baru seperti memantau kompleks membeli belah, kawasan tumpuan awam dan juga kawasan yang agak gelap iaitu tempat letak kereta bagi menjamin keselamatan orang awam. “Kita nak letakkan pasukan polis di kawasan itu tentu tidak mampu kerana jumlah anggota polis agak terbatas, tapi pasukan Rela ini begitu ramai iaitu hampir tiga juta

Allahyarham Dato’ Razali wajar dijadikan ikon Oleh: Suriati Ali

M

aliasuriati@yahoo.com

asyarakat terutama guru dan pelajar di Terengganu perlu menjadikan Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, sebagai ikon dunia pendidikan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata

kehebatan pemimpin itu ketika hayatnya yang mencetus dan merancang pelbagai idea baru di bidang pendidikan dan politik sewajarnya disanjungi dan dihargai semua pihak. Beliau berkata, kerajaan negeri kini meneruskan segala agenda yang dirancang Allahyarham supaya Terengganu terus unggul sebagai

orang di seluruh negara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pasukan Rela di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini yang turut dihadiri kira-kira 20,000 anggota pasukan itu. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ketua Pengarah Rela Malaysia Dato’ Haji Mustafa Ibrahim dan Pengarah Rela Terengganu, Encik Mohamad Abu Bakar. Perdana Menteri berkata, pasukan Rela merupakan satu kumpulan yang sangat besar dan boleh menjadi benteng negara dalam

TTI anjur TIIAF 2012

(Gambar bawah) Dato’ Ahmad Razif dan Dato’ Tengku Putera melihat koleksi peribadi Allahyarham. (Gambar atas) Buku mengenai Arkitek Pendidikan Negara, Allahyarham Dato’ Razali Ismail.

Negeri Anjung Ilmu. “Allahyarham Dato’ Razali bukan saja setakat menjadi seorang pemikir dan perancang, malahan beliau sendiri menunjukkan contoh teladan dan model pendidik dan pemimpin sejati yang berjiwa rakyat. “Sepanjang hayatnya, beliau banyak merancang dan menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk memahami ispirasi negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Tokoh Allahyarham Dato’ Razali Ismail, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengarah Agensi Pembangunan

memerangi jenayah tanpa mengira masa dan juga situasi, mahupun tempat. Beliau berkata, anggota Rela melalui transformasi sejajar dengan proses transformasi yang dilalui oleh negara. “Transformasi dalam pasukan Rela bukan semakin mengucup, sebaliknya menjadikannya lebih penting dan lebih relevan dalam konteks keperluan masyarakat hari ini,” katanya. Selain itu, katanya, keselamatan negara kita ini bertambah baik, cuma masalahnya jika berlaku sesuatu jenayah ianya dilaporkan secara meluas di dalam media, internet dan media sosial yang membuatkan semua dapat mengetahuinya dalam masa yang singkat.

Masyarakat Terengganu, Haji Roshali Taha dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Tiga ahli panel bicara tokoh itu adalah mantan Setiausaha Sulit Kanan Allahyarham, Encik Wan Harun Mohd; Penulis YM Syed Mohammad Nor dan anak sulung Allahyarham yang juga Naib Presiden (Bahagian Strategi & Pembangunan Perniagaan Kumpulan), Sime Darby Berhad, Encik Norazli Razali. YB Ahmad Razif turut memberitahu, melalui program seumpama ini, pihaknya dapat membuktikan bahawa kerajaan negeri sayangkan ilmu dan sifat ketokohan Allahyarham ketika hayatnya. “Kita mempunyai ramai tokoh yang boleh dijadikan sebagai ikon dalam pelbagai bidang. Selepas ini, tokoh seperti mantan Pendana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad berkemungkinan akan ditampilkan jika mempunyai ruang dan kelapangan,” katanya.

K

erajaan negeri dengan kerjasama Taman Tamadun Islam (TTI) akan menganjurkan `Terengganu International Islamic Arts Festival (TIIAF) 2012’ di TTI, di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, pada 14 September ini. Program yang berlangsung selama empat hari akan melibatkan 17 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Jepun, China, India dan Pakistan. Pengerusi Jawatankuasa Induk TIIAF yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, berkata pakar-pakar seni khat dan pemuzik dari Mesir, Turkey, Syria, Iran, Afrika Selantan dan Sepanyol turut terlibat secara langsung bagi menjayakan festival itu. Katanya, festival yang akan berlangsung nanti adalah kesinambungan daripada program Inspirasi Seni Khat Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun lepas. “Sambutan yang diterima pada program itu sangat menggalakkan sehingga mendorong TTI memperluaskan program sama ke peringkat antarabangsa. “Di samping itu, pengunjung festival kali akan meyaksikan keunikan Muzikhat iaitu suatu konsep persembahan muzik yang digubah dan dialun dengan keindahan seni khat selain peragaan batikhat,” katanya. “Pihak kami berharap dengan adanya festival seumpama ini, ia akan menjadi satu lagi produk pelancongan tersohor seiring dengan acara lain seperti Moosun Cup, Sukan Berkuda dan 4x4 Challange,” katanya.


AM PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

Kadar zakat fitrah RM7.60, RM7.00 dan RM4.50

K

adar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini ditetapkan mengikut tiga kadar iaitu RM7.60, RM7.00 dan RM4.50 menurun berbanding RM8.00, RM7.00 dan RM5.00 tahun lalu . Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim, berkata kadar fitrah bagi 2012 itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan zainal Abidin. “Sehubungan itu, mana-mana orang Islam yang akan menunaikan fitrah, boleh berbuat demikian sama ada dengan tunai mengikut tiga kadar berkenaan atau dibayar dengan beras dengan kadar timbangan 2.60 kilogram atau dengan cupak bersamaan 2.97 cupak. “Timbangan berat tersebut adalah mengikut nilaian berat satu gantang Baghdad,” katanya di Majlis Pengumuman Kadar Fitrah Bagi Negeri Terengganu Tahun 1432 H/2012 M, di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Baitulmal Maidam, Encik Marzuki Endut.

Tunai zakat bermula 1 Ramadan U

mat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menangguhkan pembayaran zakat sehingga di saat-saat akhir bagi mengelak sebarang kesukaran yang tidak diingini terjadi pada hari terakhir wajib pembayarannya, sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim, berkata ini kerana terdapat segelintir di kalangan umat Islam menunggu melakukan pembayaran pada saat akhir sehingga terlupa melaksanakan ibadat itu. “Adalah dinasihatkan pembayaran dibuat bermula 1 Ramadan menerusi perkhidmatan kaunter bayaran zakat Maidam dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (Ahad hingga Rabu) dan 8.30 pagi hingga 2.30 petang (Khamis). “Sementara itu, bermula pada 5 hingga 18 Ogos nanti, kaunter bayaran zakat dibuka tujuh hari seminggu di semua kaunter Maidam

19

TNB belanja RM60j penambahbaikan musim perayaan Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

enaga Nasional Berhad (TNB) melakukan penambaikan sistem penjanaan dengan membelanjakan kira-kira RM60 juta khususnya bagi menanggung pertambahan beban tenaga elektrik yang mendadak di seluruh Terengganu sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Beban penggunaan keperluan asas itu meningkat lima peratus sehingga mampu mencapai kapasiti maksimum 525 megawatt sepanjang musim berkenaan berbanding pada musim biasa. Pengurus Besar TNB Terengganu, Haji Md Yuslan Md Yusof, berkata langkah melakukan penambahbaikan sistem bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan elektrik akibat penggunaannya yang mendadak di gerai dan bazar Ramadan seluruh Terengganu.

“Sejarah gangguan bekalan elektrik pada tahun lalu (musim Ramadan) kita gunakan data input untuk melakukan penambahbaikan. Bermakna kalau pada tahun ini jika berulangkali berlaku gangguan semasa bulan Ramadan, insya-Allah kita melakukan penambahbaikan supaya tidak berulang kembali pada musim Ramadan akan datang. “Malah, pertambahan beban yang mendadak (selain bulan Ramadan) apabila hampir menjelang hari raya, apabila anak-anak pulang kampung, melakukan persiapan hari raya membuat kuih dan sebagainya. Masalah gangguan terjadi menyeluruh di seluruh Terengganu, tidak tertumpu hanya pada satu-satu kawasan sahaja,” katanya di sidang media sempena Majlis Program Ramah Mesra TNB Bersama Media, di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Penolong Pengarah

AM

“Beban penggunaan keperluan elektrik akan meningkat lima peratus sehingga mampu mencapai kapasiti maksimum 525 megawatt sepanjang bulan Ramadan hingga musim perayaan berbanding pada musim biasa.” Audio Visual Unit Komunikasi Negeri, Kamarudin Mat Akib, ketua biro dan 30 wartawan serta jurugambar media seluruh Terengganu. Haji Md Yuslan berkata, faktor kepulangan ahli keluarga mendorong kepada peningkatan penggunaan barangan elektrik seperti ketuhar pembakar menjadi antara punca bertambahnya beban penggunaan tenaga itu pada musim berkenaan.

dato’ mazlan

bermula 8.30 pagi hingga 4 petang termasuk pada hari Khamis,” katanya. Dato’ Senara Muda berkata, Maidam turut melantik 1,173 amil yang bertauliah untuk beroperasi di setiap masjid dan surau di seluruh Terengganu di samping boleh menjelaskan bayaran menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk pelanggan Celcom dan Maxis. Katanya, pada masa yang sama, semua umat Islam di negeri ini juga dilarang membuat pembayaran Fitrah melalui Perbankan Interrnet kerana kemudahan itu hanya boleh digunakan bagi pembayaran zakat harta sahaja,” “Malah, menjadi kesalahan sekiranya mana-mana individu yang membayar zakat kepada bukan amil yang dilantik oleh Maidam berdasarkan Enakmen Kesalahan jenayah Syariah (Takzir) Terengganu Tahun 1422H/2001M Seksyen 41.

Ahli peladang sedia melangkah lebih jauh jika mendapat transformasi dari PPK di setiap kawasan masing-masing.

P

ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di setiap daerah sewajarnya bertindak sebagai agen tranformasi supaya ahli-ahli peladang di negeri bijak dan berani mencuba perkara baru. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), Encik Wan Zakaria Abdul Rahman, berkata mereka sewajarnya terlibat secara langsung dalam membangunkan projek-projek pertanian berskala besar dan komersial. Katanya, pada masa sama, PPK perlu memantapkan dan memperku-

PPK jadi agen transformasi kuhkan rantaian nilaian pengeluaran hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani dan ahli peladang sama ada secara individu atau berkelompok. “Menyediakan sokongan perkhidmatan kejenteraan ladang seperti traktor, jentuai dan pengangkutan lori, perkhidmatan pembekalan peralatan ladang, benih dan input pengeluaran wajar dipandang serius supaya tidak timbul pelbagai masalah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika

wan zakaria

berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Ahli Peladang, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris dan pemimpinpemimpin setempat.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

20

AM

MB, Sahol contoh anak orang miskin yang berjaya - PM Oleh: Fauzi Mohd

K

fauzibinmohd@yahoo.com

Dato’ Sri Mohd Najib (dia kiri) berbual dengan Dato’ Seri Ahmad dan Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid (kanan) ketika lawatan kerja di Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

emiskinan bukan alasan seseorang tidak boleh dididik untuk berjaya kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan peluang untuk mobiliti sosial, terutamanya menerusi pendidikan.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata penguasaan bidang pendidikan telah membuktikan bahawa ia senjata utama untuk memerangi kemiskinan. Beliau berkata, ramai personaliti yang berjaya pada hari ini berasal dari latar belakang keluarga miskin seperti contoh

Shap di semua pusat daerah mengundi

B

adan Perhubungan Umno Terengganu kini memberi tumpuan kepada program ‘Setiap Hari Ada Program’ (Shap) yang dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negeri, bermula 1 Julai lalu, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua Penerangan Umno Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi mempunyai jawatankuasanya sendiri. “Shap adalah lanjutan daripada Program Juara Rakyat, Majlis Penerangan Perdana, Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia, Tinjauan Mesra Penerangan dan pelbagai kursus yang telah dijalankan. “Program ini dijalankan secara bersepadu melibatkan perbagai pihak, termasuk

K

erajaaan Terengganu bersetuju membekalkan uniform kepada anggota Pasukan Sukarelawan Rakyat (Rela) di negeri ini yang belum memiliki pakaian seragam dalam tempoh terdekat, sebagai menghargai peranan mereka yang sedia mencurahkan tenaga untuk berkhidmat tanpa mengira masa. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga akan menyediakan skim insurans berkelompok bagi menjaga kebajikan dan memberi perlindungan kepada anggota yang mengalami kemalangan sewaktu menjalankan tugas masing-masing. “Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri akan membekalkan uniform kepada anggota Rela yang masih tidak memiliki uniform. Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyediakan insurans berkelompok kepada Rela yang bertugas. “Kita beri pada yang kasih, minta pada yang sayang. Oleh yang demikian, kita mengharapkan supaya anggota Rela di seluruh Terengganu supaya berilah sokongan kepada pucuk pimpinan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rela Negeri Terengganu,

“Shap adalah lanjutan daripada Program Juara Rakyat, Majlis Penerangan Perdana, Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia, Tinjauan Mesra Penerangan dan pelbagai kursus yang telah dijalan kan.'' - YB Haji Ahmad Razif jentera dan penerangan bahagian Umno sehingga menjelang PRU13,” katanya. Menurutnya, dia yakin semua jawatankuasa

di 342 pusat daerah mengundi di seluruh Terengganu komited dan serius melaksanakan program ini kerana mahu melihat Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya akan datang. “Pelbagai aktiviti boleh dirancang melalui Shap bagi mendekatkan pemimpin setempat bersama rakyat, mengerakkan jentera parti dan merapatkan hubungan rakyat bersama Umno. “Antara aktiviti itu adalah sukaneka, kejohanan bola sepak dan futsal, sukan rakyat, melawat orang uzur, menziarahi pesakit di hospital dan gotong royong,” katanya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. “Kita ada dua contoh. Pertama, MB (Menteri Besar) sebut dia anak `tok nyadat’, tapi akhirnya boleh menjadi MB, walaupun jalannya berliku-liku tetapi beliau boleh menjadi MB. “Kedua, Prof. Sahol Hamid, mak jual kuih manakala anak pula jual botol air, akhirnya menjadi Naib Canselor UiTM,” kata beliau dalam ucapannya di majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM di Arena Square, Dungun baru-baru ini. Tambah Dato’ Sri Mohd Najib, kejayaan dua tokoh itu merupakan lambang kesungguhan kerajaan BN melakukan perubahan atau transformasi secara menyeluruh melalui pendidikan. “Kita mahu lebih ramai lagi contoh seperti ini, kita perjuangkan secara menyeluruh. Kalau tak ada peluang yang disediakan oleh kerajaan, berbekalkan keinginan saja tidak cukup. Inilah perjuangan yang dibawa Barisan Nasional,” kata Perdana Menteri disambut tepukan gemuruh lebih 20,000 hadirin termasuk kira-kira 10,000 penuntut UiTM dari seluruh semenanjung.

Kerajaan negeri bekal uniform, insurans untuk Rela

Anggota Rela seluruh Terengganu dengan anugerah yang disampaikan Perdana Menteri di Stadium Tertutup Gong Badak, baru-baru ini.

di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar turut mengingatkan anggota Rela supaya tidak menjadi `gunting dalam lipatan’ dan `api dalam sekam’ yang hanya menzahirkan taat setia kepada pucuk pimpinan ketika

menjalankan tugas dan memakai uniform sahaja. “Ada di kalangan anggota Rela yang menentang kerajaan secara demokrasi. Dalam satu keadaan mereka bertugas menjaga keselamatan dan membela bangsa dan negara, pada masa yang

sama apabila menukar uniform dan tidak bekerja mereka bertindak mengkhianati kerajaan pula,” katanya. Katanya, pasukan Rela menjadi satu wadah yang mempertahankan bangsa dan negara tanpa mengira masa apabila diperlukan.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

21

AM

RM3 juta naik taraf lokasi pelancongan Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri memperuntukkan lebih RM3 juta bagi menjalankan projek menaik taraf dan penyelenggaraan enam lokasi tumpuan pelancong di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini. Projek berkenaan melibatkan Lata Berani, Pulau Perhentian Kecil dan Air Terjun Lata Belatan (Besut), penyelenggaraan projek pelancongan daerah Marang, projek Taman Laut Terengganu dan membaik pulih kemudahan kawasan pelancongan Rantau Abang, Dungun. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata kerja menaik taraf Lata Berani, Pulau Perhentian Kecil melibatkan dua unit gazebo, satu kolam tadahan air serta laluan pejalan kaki dengan kos RM200,000. “Kerja menaik taraf Air Terjun Lata Belatan, Jabi pula memerlukan kerja membaik pulih pagar, wakaf, membaiki jalan masuk dan membaik pulih tandas yang melibatkan peruntukan RM230,000. “Kedua-dua projek menaik taraf ini dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Besut

dato’ ABDUL RAHIN

Kerja menaik taraf kawasan Air Terjun Lata Belatan, Setiu melibatkan peruntukan RM230,000.

dan dijangka akan selesai sedikit masa lagi,” katanya. Dato’ Abdul Rahin berkata, peningkatan kemudahan pelancongan di Hutan Lipur Lata Tembakah pula melibatkan kerja menaik taraf tempat letak kenderaan, tapak perkhemahan, pondok rehat, wakaf, tandas awam, bilik persalinan, sistem amaran banjir kilat, tapak permainan kanak-kanak dan menaik taraf denaidenai. Beliau berkata, kos menaik taraf prasa-

rana di Lata Tembakah membabitkan peruntukan RM1 juta yang dilaksanakan menerusi Jabatan Hutan Negeri Terengganu. “Sementara kos RM350,000 disediakan menerusi Pejabat Daerah Marang bagi membina dan menyiapkan tempat menurun serta menaikkan bot pelancongan `slip way’ di Gong Tepas, Jalan Batangan serta menaik taraf jeti kecil bagi pendaratan bot pelancongan di Sungai kerak,” katanya.

Menurutnya, projek taman laut seluruh Terengganu yang dilaksanakan menerusi Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kos RM750,000 melibatkan penyelenggaraan jeti PTL Pulau Pinang (Pulau Redang) membaik pulih komponen dan rangka utama menara `viewing tower’ PTL Pulau Pinang dan boardwalk PTL Pulau Pinang. Kerja-kerja lain menerusi projek taman laut termasuk menyelenggara papan tanda peringatan di Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Selain itu, beliau berkata pembinaan empat kiosk, menaik taraf Dataran Penyu dan membaik pulih tandas serta surau dengan peruntukan RM800,000 pula bagi melaksanakan kerja membaik pulih kemudahan di kawasan pelancongan Rantau Abang, Dungun.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

22

AM Pertandingan Keceriaan sempena Kemerdekaan J

abatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara. Pertandingan yang diadakan buat kali ketiga ini terbahagi kepada lapan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (kampung tradisional/kampung baru/kawasan estet dan Felda), sekolah, taman perumahan, individu (kediaman), pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia. Pengarah JPNT, Puan Azizah Awang, berkata pertandingan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara selain mendorong serta mencetuskan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara. Katanya, pertandingan bermula pada 15 Julai 2012 lalu dan akan ditutup pada 10 Ogos 2012 ini dengan juara bagi setiap kategori akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah wag tunai keseluruhan sebanyak RM60,000. Borang boleh didapati di Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Tingkat Tiga, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu, Pejabat Penerangan Daerah atau melayari laman web www.penerangan.gov. my/terengganu/. Mereka yang berminat boleh menghubungi Juhannis Idris atau Mohd Idris Deraman di talian 09-6267823 atau e-mail pkpmtrg@inform.gov. my.

Pengisian program Ihya Ramadan Oleh: Fauzi Mohd dan Esah Abdullah

am_ukom@gmail.com

K

erajaan Terengganu menyalurkan peruntukan sebanyak RM830,000 kepada masjid dan surau di negeri ini bagi meransang pengisian program Ihya Ramadan tahun ini. Peruntukan itu bagi membolehkan lebih banyak aktiviti berkaitan diatur bagi pengimarahan sepanjang bulan Ramadan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, ia diharap dapat mengukuhkan tabung masjid dan surau bagi membantu pentadbiran institusi berkenaan menyemarakkan kedatangan Ramadan. Katanya, walaupun peruntukan diberi namun ahli jawatankuasa masjid dan surau janganlah sematamata bergantung kepada sumbangan yang dihulurkan. ‘’Belanjalah duit tabung yang sememangnya ada di samping berusaha meningkatkan lagi tabungan

Peruntukan sebanyak RM830,000 kepada masjid dan surau untuk semarakkan program Ihya Ramadan.

Antara yang hadir pada pelancarana Ihya Ramadan di Wisma Darul Iman.

Jangan tunggu bendera percuma - MB

M

asyarakat diminta menjadikan aktiviti mengibar Jalur Gemilang sebagai satu budaya setiap kali menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan tanpa menunggu kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sebagai warganegara Malaysia, setiap rakyat perlu menyambut baik kempen itu sebagai satu kewajipan dan tanda terima kasih kepada negara. Menurutnya, orang ramai tidak perlu segan-silu untuk mengibarkan bendera Malaysia di mana sahaja, sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kedai malah pada kenderaan sendiri. “Jangan harapkan bendera percuma, hadiah pertandingan dan habuan lain atau notis daripada pihak kerajaan sebagai syarat untuk kita kibarkan Jalur Gemilang. “Apa salahnya kita berbelanja

untuk tunjukkan rasa cinta kepada negara atau lebih dari itu kita sendiri yang keluarkan belanja untuk beri kepada orang lain,”katanya di majlis pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Dato’ Seri Ahmad menambah, menerusi usaha tersebut, ia akan menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab untuk menghormati dan memelihara maruah negara. “Dalam hal ini, saya melihat bahawa sikap masyarakat yang

Dato’ Seri Haji Ahmad bersama Dato’ Seri Ahamd Shabery memasang Jalur Gemilang pada kenderaan simbolik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Majlis peneyerahan Jalur Gemilang oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

menganggap Jalur Gemilang hanya sesuai dikibarkan di sekolah dan

bangunan kerajaan juga harus dikikis kerana amalan mengibar bendera merupakan tanggungjawab bersama,” ujarnya. Majlis yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu menyaksikan upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada semua Pegawai Daerah serta melekatkan bendera itu pada kenderaan rasmi kerajaan dan teksi. Dengan tema 1 Malaysia : Janji Ditepati, upacara pada malam itu diserikan dengan perarakan 55 Jalur Gemilang oleh Rejimen Askar Melayu Diraja dan persembahan koir daripada Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail.

masing-masing,” katanya semasa melancarkan Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Mohd. Rozali Salleh, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Dato’ Seri Haji Ahmad menambah, Terengganu sebenarnya negeri pertama merintis pelaksanaan penyelarasan dan pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat Negeri sejak 2006. Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan cek melalui JHEAT kepada masjid dan surau di seluruh negeri berjumlah RM337,000. Selain itu, sumbangan untuk tabung masjid dan surau sempena Ramadan turut disampaikan kepada setiap Pejabat Agama Daerah iaitu RM127,000 kepada Kuala Terengganu, Kemaman (RM50,000), Dungun (RM47,000), Besut (RM83,000), Hulu Terengganu (RM80,000), Marang (RM53,000) dan Setiu (RM53,000). Yayasan Islam Terengganu turut menyampaikan sumbangan 6,000 naskah al-Quran kepada masjid dan surau seluruh negeri serta RM2,500 naskah lagi untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah di Terengganu. Di samping itu kata Dato’ Seri Haji Ahmad, 20 orang Imam daripada Arab Saudi termasuk 10 dari Masjidil Haram akan dibawa ke Terengganu bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan ini.


BIL: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

23

LENSA TEGANUKITA

Sukan Malaysia XV Pahang 2012

Detik-detik manis atlet Terengganu menuai emas


ISSN 2180-4737 | Bil: 63 (15 Jun - 15 Julai 2012)

Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengetuai perarakan Piala Sukma mengelilingi Bandar Chukai, Kemaman. Oleh: Fauzi Mohd

T

fauzibinmohd@yahoo.com

emasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan 16 Julai lalu jelas sekali membawa khabar suka dan duka buat kontinjen Terengganu. Tumpuan sudah pasti terarah kepada skuad yang digelar Terengganu Hanelang yang muncul juara keseluruhan Sukma buat kali keempat berturut-turut. Pada edisi kali ini, Terengganu yang dikepalai Ketua Kontinjen, Haji Wan Nawawi Wan Ismail sekali lagi berada dalam kelas tersendiri apabila merekodkan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa. Kejayaan itu telah mengukirkan wajah gembira buat atlit dan sesiapa saja yang menjadi anak Terengganu termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang meraikan kejayaan itu. Ia dianggap kejayaan terbaik yang dilakar Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama muncul juara kali pertama Sukma pada edisi 2008 di bumi sendiri. Bayangkan dalam acara lumba basikal, Terengganu berjaya membolot 12 daripada 18 emas yang ditawarkan, manakala memanah menyumbang sembilan emas dan olahraga dengan lapan emas. Selain itu, Terengganu turut cemerlang dalam sukan angkat berat dengan enam pingat emas, taekwondo (empat) dan ekuestrian (tiga), angkat berat (dua) dan hoki (dua). Selain kejayaan Terengganu mengungguli temasya Sukma, dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan atlet Sabah, Frenceay Titus masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma kali ini. Pihak penganjur sebulat suara memilih Abdul Mubin dan Frenceay berdasarkan kejayaan mereka memecahkan rekod kebangsaan dalam kategori masing-masing dan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi. Perenang Wilayah Persekutuan, Ian

EMPAT EDISI GEMILANG James Barr turut muncul sebagai atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsan pada Sukma kali ini menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki. Selain tiga rekod kebangsaan, sebanyak 33 rekod Sukma berjaya diperbaharui, seterusnya meninggalkan memori indah buat kesemua 15 kontijen termasuk Brunei yang bertanding pada temasya kali ini. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menyempurnakan upacara majlis penutup dalam suasana yang penuh gilang-gemilang dengan disaksikan lebih 30,000 penonton. Dato’ Sri Najib dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar temasya seperti Sukma dapat diperluaskan di peringkat daerah bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu. “Saya harap Sukma dapat berterusan menjadi ‘kilang’ atlet sukan negara berjuang pada temasya lebih besar seperti Olimpik. Jadi kita perlu lakukan sesuatu di peringkat daerah. “Tahniah saya ucapkan kepada kontinjen Terengganu kerana muncul juara Sukma kali keempat berturut-turut selain pujian buat Pahang yang berlaku adil dalam setiap acara yang dipertandingkan,” katanya. Majlis itu diakhiri dengan penyerahan bendera temasya yang menyaksikan Perlis bakal mengambil giliran menjadi tuan rumah Sukma 2014.

Sebaik menerima bendera Sukma daripada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob, Najib kemudiannya menyerahkan bendera itu kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Seri Zolkples Embong. Dato’ Seri Ahmad ketika ditanya pemberita memberitahu, pembangunan jangka panjang dan perancangan yang teliti menjadi rahsia kejayaan Terengganu. Beliau berkata, atlet negeri itu yang bertanding di Sukma bermula pada usia muda dan dijanjikan peluang beraksi di peringkat antarabangsa sekiranya menunjukkan potensi.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my

“Syukur kerana Terengganu berjaya memper tahankan kejuaraan buat kali keempat walaupun pada awalnya sedikit terkilan kerana acara kanu tidak dipertandingkan. “Malah, ada atlet kita yang tidak dapat bertanding kerana layak ke Olimpik,” katanya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.