teganukita 61

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil : 61, 15-31 Mei 2012 |

http://www.teganukita.blogspot.com

Beri mandat

Rakyat Terengganu perlu mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan.

|

http://www.terengganu.gov.my

Oleh: Kamarudin Mat Akib

R

dinmatkib@yahoo.com

akyat Terengganu, khususnya mereka yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diminta memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan Umno dan BN terus kekal memerintah negeri dan memperkasakan pentabdiran kerajaan. ``Setiap orang perlu membuka hati mereka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Katakan pada diri masing-masing bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu,'' kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Beliau berkata, sejarah dan rekod pentadbiran negeri Terengganu telah membuk-

tikan bahawa dalam tempoh lebih empat tahun lalu (selepas PRU12), Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui Umno dan BN telah melakukan 300 peratus daripada apa yang patut dilakukan kerajaan yang memerintah. ``Setiap tahun Kerajaan BN telah membawa perubahan dan pembaharuan kepada rakyat dan negeri ini. ``Dari segi kebajikan, kita telah menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat, bermula dari tempat tinggal (kediaman) yang lebih selesa, bantuan kebajikan, pakaian sekolah anak-anak dan bantuan bagi pesakit kronik,'' katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Teganukita.

( Berita penuh ms 2 )

Pesta Pantai melestarikan budaya silam Terengganu - ms 3

- ms 4

Sisi hidup anak Pok Eid Tok Nyadat

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@gmail.com

Menteri Besar cakna, berjiwa rakyat, kesayangan rakyat Bagi warga emas, Sulong Ali, 79, atau lebih dikenali sebagai Pak Long di kalangan penduduk Kampung Tanjung Kapur, Ladang, Kuala Terengganu, kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, ke rumahnya baru-baru ini, pasti menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Kesudian Menteri Besar meluangkan masa untuk mengurut beliau yang menghidap penyakit angin ahmar itu, menambah lagi memori indah dalam hidupnya. Beliau yang tinggal bersama adiknya, Puan Minah, 70, yang juga menghidap angin ahmar sejak dua tahun lalu, begitu terharu dengan kunjungan pemimpin kesayangan rakyat Terengganu itu.

- ms 16

Bekas pemain T-Team hilang jari dapat perhatian


2

AM SPR tubuh pasukan penguatkuasa kempen PRU13 S

uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sedang mengenal pasti ahli untuk menganggotai pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya di setiap Parlimen di Terengganu bagi memantau dan melancarkan aktiviti berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi SPRM, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan itu akan disertai empat ahli yang terdiri daripada ketua pasukan penguatkuasa, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, pegawai polis sekurang-kurangnya yang berpangkat Inspektor dan wakil calon yang bertanding. ``Tidak ramai ahli dalam pasukan penguatkuasa berkenaan, bagaimanapun tugas dan jaringan amat luas dengan menggunakan balai polis seluruh negara..seluruh negeri. Kalau perlu buat rondaan mereka pergilah.. Kalau dapat aduan, ketua balai (polis) berdekatan akan semak aduan, kalau perlu ambil tindakan mereka akan pergilah. ``Ada negeri membuat pasukan mengikut Parlimen dan ada mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri). Tetapi Terengganu buat masa kini, Pengarah (SPR negeri) bincang dengan pengurus pilihan raya (RO) untuk mengikut Parlimen sahaja,'' katanya di sidang media sempena taklimat PRU13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus serta pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya dan partiparti politik, di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah SPR negeri, Haji Fakhrul Razi Ab Wahab. Datuk Wira Wan Ahmad berkata, pasukan ini akan dilengkapi dengan kenderaan pacuan empat roda selain peralatan seperti kamera, tali dan gunting yang mungkin digunakan bagi tujuan menurunkan bendera atau sepanduk yang didapati melanggar undang-undang sepanjang berkempen. Pada masa yang sama, SPR juga kini berdepan dengan masalah kekurangan pegawai polis bagi ditugaskan dalam pasukan itu berikutan PRU yang berjalan serentak seluruh negeri.

BIL: 61,

Pas seperti `lalat hijau’

Menjadi pengacau ketika rakyat kini hidup senang-lenang Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

L

angau hijau (green bottle fly) merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Serangga ini lazimnya bersaiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau berkilat. Mengeluarkan bunyi berdengungdengung,selain makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. Selain itu, ia juga mampu menyebarkan penyakit disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Demikian juga diibaratkan sikap dan tindakan puak Pas yang seperti langau hijau kerana kemunculan spesies serangga itu boleh mengganggu keselesaan ketika kita sedang asyik menikmati juadah. ``Pas ini ibarat lalat hijau..Ada seekor sahaja tetapi menggangu kita ketika hendak makan. Malah kalau dibiarkan terbang bebas dan hinggap pada makanan.. boleh `peng' lalat menyebabkan makanan tidak lagi boleh dimakan,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap di

Majlis Bersama Peneroka Felda, baru-baru ini. Perumpamaan itu bagi beliau menggambarkan sikap sebenar Pas yang cuba menjadi `batu api' dengan menerobos ke kawasan peneroka Felda dan mengapi-apikan perkara yang tidak benar demi memastikan agenda politik mereka tercapai. ``Apa yang Pas laksanakan sepanjang lima tahun perintah Terengganu (1999-2004) ? Felda dia buat? Bila harga getah turun, dia mengambil kesempatan berceramah di Felda. Menghasut supaya peneroka Felda menentang kerajaan. ``Buat fitnah kepada pemimpin kerajaan dengan mengatakan harga getah turun dan bayar rendah kepada peneroka sebab kerajaan menanggung hutang banyaklah.. sebab itu harga murah sebab nak bayar hutang. Bagaimanapun, apabila harga getah naik.. Pas senyap pula,'' katanya. Malah, Pas juga membuat tuduhan kerajaan mahu menggadai tanah peneroka. Sedangkan, kerajaan sudahpun memaklumkan bahawa tanah yang disenaraikan kira-kira 6,400 hektar dikenalpasti di seluruh Terengganu itu belum dihuni mana-mana peneroka sehingga kini. Tegas beliau lagi, senario hari

ini jauh berbeza berbanding satu masa dahulu di mana kerajaan ketika itu susah dan berdepan kekangan sumber kewangan menyebabkan rakyat termasuk golongan peneroka turut menerima tempiasnya. Bagaimanapun, hasil pemacuan dan kemajuan yang dijana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiada beruasa mengubah nasib rakyat dan negara, pelbagai usaha transformasi dilaksanakan yang memberi pelbagai limpah kenikmatan yang tidak terdapat di negara lain. ``Jika dulu rakyat terpaksa membeli pakaian serta buku teks sekolah, kini tidak perlu lagi berbuat demikian kerana kerajaan menyediakan kemudahan itu. Bukan sahaja buku teks, e-Book pula kerajaan sediakan. Jika dulu yuran kena bayar, sekarang tidak perlu bayar. Hendak peperiksaan pun kena bayar, sekarang `free'. Ada bantuan pakaian sekolah kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat sediakan. Ada makan tambahan , susu segar di sekolah, kelas tambahan dan tuisyen. Semua ini masih lagi mahu mengatakan kerajaan BN zalim? Malah, musim raya seduakan dana hari raya pula RM300, beri pula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500,'' ujar beliau lagi.

Rakyat perlu undi Barisan Nasional Dari ms 1

D

ato' Tengku Putera berkata, di segi kemudahan pendidikan kerajaan negeri menghulurkan pelbagai bantuan dan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar hinggakan Terengganu mencatat kejayaan luar biasa dalam peperiksaan awam. ``Di bidang sukan pula, semua kemudahan untuk atlet tempatan disediakan dan kini kita menjadi kuasa baru sukan negara,'' kata Dato' Tengku Putera yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Bahkan, tambah beliau, Kerajaan BN turut memajukan kawasan pedalaman dengan penyediaan rumah kedai dan pelbagai bentuk rumah kediaman untuk rakyat, yang bakal menjadi pemangkin pembangunan di kawasan tersebut. ``Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said sebagai ketua kerajaan pula, mengamalkan konsep pentadbiran yang mudah di mana beliau dan seluruh saf kepimpinan negeri mudah didekati oleh

Tengku putera

`` Setiap orang perlu

membuka hati mereka, pakat dengan keluarga, saudara mara dan jiran tetangga bahawa inilah kerajaan (BN) yang kita semua mahu memerintah negeri Terengganu.''

rakyat. ``Beliau turut mengarahkan ketua-ketua jabatan dan pentadbir awam mempermudahkan semua urusan dengan rakyat, tanpa protokol dan kerenah birokasi bagi membolehkan setiap program dan projek yang dirancang untuk rakyat, berjalan dengan lancar,'' katanya. Sehubungan itu, katanya, pengundi di negeri ini tidak perlu was-was dan berfikir panjang lagi untuk memilih calon-calon BN pada PRU 13 kerana mereka sangat sesuai bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. ``Umno Terenganu dan BN akan mengemukakan calon-calon yang terbaik dan mampu memenuhi tanggungjawab bagi membela nasib rakyat negeri ini,�katanya. Justeru itu, katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan sebarang janji yang ditabur parti pembangkang, khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya pandai bermain dengan kata-kata bagi memancing undi.

15-31 Mei 2012

Sumbangan RM1 juta bantu Pusat Dialisis Kemaman K

erajaan negeri menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Pusat Dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF)-Yayasan Buah Pinggang Kemaman (YBPK) yang dirasmikan baru-baru ini. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kewujudan pusat itu memberi makna yang besar bagi membantu memudahkan pesakit menjalani rawatan, di samping mengurangkan bebanan kewangan mereka dan keluarga. ``Sebahagian besar pendapatan digunakan dan pesakit jatuh miskin. Malahan terdapat juga kes pesakit terpaksa menjual tanah untuk menampung kos rawatan yang tinggi dan kos perjalanan ulang alik ke hospital,'' ujarnya. Kata beliau, pusat ini diwujudkan sebagai tambahan kepada kemudahan serupa di Hospital Kemaman yang tidak lagi mampu menampung keperluan semasa. ``Tetapi kawasan terhad di Hospital Kemaman membataskan kita untuk menambah mesin yang diperlukan dan akhirnya kita buat keputusan untuk menggunakan bangunan terbengkalai di Pantai Teluk Mak Nik,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian tersebut. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr. A. Rahman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamed Awang Tera. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyumbangkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada pusat dialisis berkenaan. ``Saya mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak lain seperti para kontraktor, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan lebih banyak kemudahan. ``Ia tentunya bagi menambah mesin hemodialisis bagi membolehkan lebih ramai pesakit menerima rawatan pada satu-satu masa,'' ujarnya.


BIL: 61,

15-31 Mei 2012

AM

3

YT sedia RM106 juta untuk biayai pelajar ke IPT tahun ini

Pelajar cemerlang menerima ganjaran komputer riba setiap seorang.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama Dato’ Abdul Rahin menaiki beca VIP ke Pesta Pantai di Dataran Shahbandar.

Pesta Pantai melestarikan budaya silam Terengganu Acara tradisi menjadi tulang belakang produk pelancongan negeri Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri berusaha mengembalikan kehebatan acara Pesta Pantai Terengganu pada zaman 70-an untuk diselami penduduk masa kini dengan memperkenalkan konsep `melestarikan budaya silam sebagai produk pelancongan’. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata pada awal 70-an hingga akhir 70-an lalu, sebaik pesawah selesai membanting tulang di sawah, mereka akan berkumpul dan berehat di pondok-pondok yang dibina di tepi pantai Batu Buruk bagi menikmati panorama indah sambil berhibur dengan permainan tradisi. Katanya, selari dengan pereda-

ran masa, acara yang digerakkan menerusi exco pelancongan itu akan diteruskan semula selepas sekian lama menyepi dengan memperkenalkan kesenian dari seluruh daerah untuk ditatapi penduduk seluruh Terengganu. ``Program ini menjadi satu produk pelancongan negeri yang mampu menggamit kehadiran pelancongan tempatan dan luar negara serta menjadi tulang belakang ekonomi, malah sumber pendapatan kepada negeri dan juga penduduk secara langsung,'' katanya ketika merasmikan Pesta Pantai Terengganu, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelan-

congan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan terus mengeksploitasi kelebihan alam semula jadi yang terdapat di Terengganu serta mewujudkan infra baru berkaitan pelancongan supaya mampu menarik kehadiran pelancong sekaligus menjayakan matlamat Tahun Melawat Terengganu 2013. ``Terengganu mempunyai pantai yang paling panjang sejauh 244 kilometer, pulau yang cantik, laut membiru dan tasik terbesar Asia iaitu Tasik Kenyir di Kuala Berang. ``Masih banyak yang perlu dieksploitasikan pada masa depan supaya supaya sektor pelancongan terus memangkin kepada sumber ekonomi negeri,'' katanya.

Y

ayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM106 juta bagi membiayai pengajian lebih 3,700 pelajar di pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk 545 penuntut di 12 buah negara sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman itu antara usaha kerajaan negeri untuk meramaikan profesional dalam pelbagai bidang. Katanya, biasiswa yang diberikan termasuk melalui Skim Pelajar Cemerlang dalam beberapa universiti terkemuka dunia dalam pengajian seperti bidang perubatan, farmasi, bioteknologi dan kejuruteraan. ``Program yang bermula sejak 2005 itu sehingga kini menaja 48 pelajar di beberapa universiti terbaik di United Kingdom dan 24 pelajar lagi sedang menduduki A-Level,'' katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Semua A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadiah keseluruhan yang disampaikan sebanyak RM246,000. Turut hadir Pengarah YT, Encik Zakaria Yusof. Pada majlis itu, seramai 471 pelajar SPM 2011 yang mendapat semua A menerima wang tunai RM500 dan 17 daripada mereka yang memperoleh semua A+ diberi ganjaran komputer riba. Seramai 21 pelajar STPM 2011 yang berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.80 hingga 3.99 diberi RM500 dan empat pelajar diberi sebuah komputer riba. Katanya, YT dijangka turut membelanjakan kira-kira RM18 juta tahun ini bagi program bantuan persediaan pelajar yang bakal menyambung pengajian ke pusat matrikulasi serta institusi pengajian tinggi antara RM500 dan RM1,000 seorang. Tahun lalu, katanya, YT membelanjakan RM17.42 juta untuk diagihkan kepada 23,339 pelajar. Pada 2010 (26,801 pelajar) dengan peruntukan RM20.03 juta. ``Pada 2009 (26,235 pelajar) dengan jumlah RM19.49 juta. Tahun sebelumnya, YT mengagihkan RM16.10 juta kepada 22,813 pelajar,'' ujarnya.

YB Mohd Nor Tokoh Guru 2012

A

Tokoh Guru Terengganu 2012, YB Mohd Nor Othman menunjukkan anugerah diterima kepada isterinya yang disampaikan Menteri Besar pada sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri, yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, baru-baru ini.

hli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman, 60, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Guru Terengganu 2012 sempena sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri baru-baru ini. Beliau dalam karier perguruan selama 33 tahun menerima wang tunai RM5,000, senaskah al-Quran, satu set persalinan dan trofi yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah;

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abd. Rahman dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Zakaria Hussin. Mohd. Nor yang juga bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT menyifatkan kerjaya sebagai guru sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau berazam untuk terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu

dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air. Mohd. Nor yang berasal dari Kampung Buluh, Kuala Berang adalah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Pendidikan Sejarah pada 1971 dan mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Kuala Terengganu, pada 1976. Beliau juga penerima Anugerah Guru Khidmat Cemerlang Kebangsaan pada tahun 1996 pernah ditugaskan di SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Landas, SMK Menerong dan SMK Ajil.


4

BIL: 61,

AM

Sisi hidup anak Pok Eid Tok Nyadat Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

E

pisod kisah Mat anak lelaki tunggal Pok Eid Tok Nyadat yang didokumentasikan dalam buku Ahmad Said Dari Rakyat Untuk Rakyat terbitan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyorot susur-galur hidup Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said sejak kecil sehingga kini. Paparan ilmiah buku itu menceritakan sisi berbeza Ahmad Said yang merupakan anak kampung Teluk Kalong, Kemaman tegar dengan kepayahan hidup di masa kecil hingga mencapai menara gading. Buku setebal 198 muka surat itu karya bekas Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr. Aziz Deraman dan Dekan Fakulti Pembangunan Sosial UMT, Prof. Madya Dr. Noraien Mansor dilancarkan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman baru-baru ini. Hadir menyaksikan pelancaran itu, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya. Karya itu merangkumi lapan bab termasuklah mengenali `Ahmad Said', alam pendidikan, tapak kerjaya, pentas politik dan

J

FOKUS KHAS Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

Presiden Pas kejutkan `khayal’ Nik Aziz

Pas sebuah `parti keliru’ P

Dato’ Seri Haji Ahmad Said di majlis pelancaran buku `Ahmad Said - Dari Rakyat Untuk Rakyat’ terbitan UMT yang menyorot susur-galur hidup Menteri Besar Terengganu itu.

Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu ke-13. Banyak perkara yang disentuh penulis buku itu. Ada diantaranya begitu jarang disebut malah jauh dari pengetahuan masyarakat termasuk rakan-rakan beliau dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan. Untuk melihat sisi silam Ahmad Said, agak malang hanya ada dua keping gambarnya sewaktu kecil dipaparkan; satunya ketika berusia 12 tahun yang mudah ditelah semasa membuat kad pengenalan dan gambar dari album sekolah,

mungkin simpanan rakan. Dalam kehidupan kampung yang sering dibelenggu kepayahan, merakam gambar, memiliki dan menyimpannya sebagai kenangan bukan suatu yang mudah dilakukan. Ahmad Said, anak kepada pasangan Said Mohd. dan Wook Ali yang dilahirkan pada 15 Februari 1953 membesar di sebuah rumah berlantaikan batang nibong dan beratapkan pelepah nipah. Ayahnya turut mencari nafkah dengan turun ke laut, menoreh getah dan berkebun manakala

ibunya di rumah membuat kuih, menganyam tikar atau menyalai ikan kering bagi menampung rezeki sekeluarga. Ketika meniti zaman remajanya buku itu menceritakan, Ahmad Said tidak pernah bercinta dan To' Puan Seri Hajah Norliza yang menjadi teman hidupnya adalah rakan sekampung yang dilamar ketika dia menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah. Sikap keibuan Norliza mudah melembutkan hati dan sukar untuknya berpaling dari gadis itu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Jalan Tekukur, Gong Lingai kampung terbersih

awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur, Kuala Terengganu memenangi pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri 2010/2011. Memiliki kepadatan 2,750 penduduk, kampung berkenaan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta RM250,000 sebagai dana bagi menjalankan projek pembangunan kampung. Hadiah kemenangan disampai-

15-31 Mei 2012

kan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, di Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. Sementara itu, bagi kategori kampung luar kawasan operasi pula dimenangi oleh Kampung Gong Lingai yang membawa pulang wang tunai RM25,000 serta peruntukan RM250,000 bagi menjalankan projek pembangunan kampung.

A

da yang masih ingat bagaimana `garangnya' Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dulu merencat kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi. Hadi nampak bahawa perpecahan Melayu akan memberi `bala tersembunyi' kepada bangsa dan umat. Selepas PRU 12, Hadi menyambut cadangan Abdullah supaya Umno dan Pas duduk berbincang bersama Timbalannya ketika itu, Nasharuddin Mat Isa yang

JKKK Jalan Tekukur bersama hadiah kemenangan pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri 2010/2011.

sudah memulakan langkah untuk bermuzakarah. Malangnya, Nik Aziz berjaya menyekat misi kerajaan perpaduan itu yang barangkali mahu menjaga hati Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang bergelora mengatur rentak menawan Putrajaya pada 16 September. Keyakinan Menteri Besar Kelantan itu kepada Anwar cukup tinggi. Marahnya Nik Aziz kepada Hadi, menyebabkan Nasharuddin menjadi mangsa. Macam-macam perkataan dihambur keluar dari mulut seorang ulama politik terha-

dap Nasharuddin hingga Nik Aziz dikatakan mengungkit yang dia kesal memberi laluan kepada Nasharuddin bertanding di Kelantan dan menang kerusi Parlimen Bachok. Kemarahan Nik Aziz terbawabawa sehingga Nasharuddin kalah dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas di tangan Mat Sabu. Baru-baru ini, apabila Nik Aziz menyebut isu muzakarah dengan Umno, Hadi membuka rentak `silat' yang mengendurkan Nik Aziz dengan kenyataan yang agak garang : Pas tidak bercadang untuk bermuzakarah dengan

ercanggahan pendapat yang sering berlaku di kalangan pemimpin Pas termasuk berkenaan isu masuk syurga jika mengundi parti itu pada pilihan raya membuktikan Pas sebuah `parti keliru'. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata perbezaan pendapat yang ketara antara Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam termasuk penyokong Pas sendiri. Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya seluruh umat Islam menilai dengan bijaksana percanggahan pendapat itu lebih-lebih lagi berkaitan peluang masuk syurga. ``Janganlah campurkan antara politik dengan agama sehingga bercanggah dengan ajaran Islam. Abdul Hadi kata lain, Nik Abdul Aziz pula kata lain. ``Mana boleh kalau undi Pas akan dapat masuk syurga,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. Dato' Seri Haji Ahmad mengulas percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dengan Nik Aziz berhubung peluang masuk syurga sekiranya seseorang itu menyokong dan mengundi Pas pada pilihan raya. Sebelum itu, Abdul Hadi mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti berkenaan pada pilihan raya malah parti itu tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah s.w.t.

Umno. Ada pihak yang menyebut, Hadi mahu ingatkan Nik Aziz. Dulu, masa beliau bercakap mengenai kerajaan perpaduan, Nik Aziz menjadi penentang. Sekarang, melalut mahu mengadakan bermuzakarah? Kali ini Hadi boleh dikatakan berjaya `fire' Nik Aziz. Dalam situasi itu, Presiden Pas mewakili seluruh ahli parti itu sudah `bercanggah' dengan Mursyidul Am Pas. Nik Aziz tiada pilihan lain dan memberitahu isu muzakarah tidak diteruskan kerana mahu menghormati Presiden Pas.


BIL: 61, 15-31 Mei 2012

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

P

erbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dijangka melabur RM400 juta bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan hartanah, termasuk pembinaan tempat letak kereta bertingkat bagi menyelesaikan masalah kekurangan kemudahan itu di bandar Kuala Terengganu pada masa depan. Pengurus Besar PMINT, Dato' Haji Osman Muda, berkata langkah itu menggambarkan keseriusan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat. ``Sesetengah daripada projek ini sudah dilaksanakan seperti projek perumahan, sementara tempat letak kereta bertingkat dijangka dibina bersebelahan bangunan Wisma PMINT,'' katanya pada sidang media PMINT, baru-baru ini. Dato' Haji Osman berkata, projek pangsapuri kos rendah KP Perdana di

PMINT labur RM400j laksana pembangunan Kampung Kubang Parit di sini bernilai RM141 juta, mengandungi 120 unit rumah berkelulusan 700 kaki persegi. ``Projek itu sedang menunggu kelulusan sijil menduduki (CF) dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang dijangka diperoleh bulan depan. ``Rumah tersebut dijual pada harga RM65,000 seunit dan telah ditawarkan kepada pembeli yang disenaraikan oleh bahagian perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,'' katanya. Dato' Haji Osman berkata, projek lain yang dibina adalah projek pangsapuri mampu milik Pulau Duyong yang mengandungi 11 blok dengan keseluruhan 176

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

B

EKONOMI

erpegang kepada misi memberi perkhidmatan dan produktiviti terbaik kepada pelanggan, Cahaya Ilusi Enterprise yang dinaungi Encik Mohd Mazlan Yahya, 27, terus memahat nama sebaris dengan syarikat pengiklanan yang sedang meningkat maju di Bandar Raya Kuala Terengganu. Pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan dengan produk dan harga yang ditawarkan. Cahaya Ilusi yang beroperasi awal tahun 2007 menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk pengiklanan bercetak `indoor’ dan `outdoor’; tempahan cederamata, papan tanda, papan iklan, papan digital dan banting. Perkhidmatan lain seperti sewa kanopi, butik pengantin dan fotografi turut ditawarkan. Berbekalkan pengalaman kerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat periklanan di Terengganu enam tahun lalu membuatkan Encik Mohd Mazlan nekad membuka perniagaan sendiri walaupun pada awalnya seakan bimbang dengan persaingan. Katanya, dia nekad menempuh pelbagai cabaran dan persaingan kerana pada ketika itu semangatnya untuk memiliki perniagaan cukup tinggi. “Saya mula berani membuka peniagaan ini selepas meli-

unit serta keluasan lantai 844.75 kaki persegi setiap unit. Katanya, projek pangsapuri itu juga dalam proses mendapatkan kelulusan CF dan dijual pada harga RM42,000 seunit bagi rumah kos rendah dan RM68,000 seunit bagi rumah mampu milik. ``Projek seterusnya yang sedang dilaksanakan oleh PMINT ialah projek PB (Paya Bunga) Square setinggi 19 tingkat yang menelan belanja lebih kurang RM170 juta dan dijadualkan siap pada Julai 2013,'' katanya. Dato' Haji Osman berkata, pihaknya sedang mencari pembeli yang berpotensi untuk jualan blok hotel 19 tingkat manakala yang lain

hat bekas majikan seakan tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan. “Bermula daripada situ, saya yang diibantu isteri tercinta, Mahzunah Latifah Mohd, 27, mula menanam azam di samping mengumpul modal secara beransur-ansur,” katanya. Menurut Mohd Mazlan, pada awal perniagaan yang bermodalkan RM20,000, Cahaya IIlusi hanya berani menerima tempahan projek yang berskala kecil saja sebagai langkah berhati-hati, selain menguji tahap kemampuan. “Setiap tugasan dan projek yang diperolehi, saya mahu memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan produk, kualiti masa dan perkhidmatan terbaik. “Hasilnya Cahaya IIusi kini mula mendapat kepercayaan puluhan jabatan kerajaan dan swasta yang tampil menawarkan projek berskala besar dan kecil,” katanya. Katanya, menyiapkan pelbagai jenis papan tanda sempena Kejohanan Sukan Berkuda Antarabangsa 2008 di Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, lima tahun lalu adalah peluang cukup berharga. “Saya cukup menghargainya kerana produk Cahaya IIusi menjadi bahan yang memainkan peranan penting di sepanjang kejohanan yang melibatkan warga asing,” katanya. Pelbagai usaha dilaksanakan Mohd Mazlan, termasuk mengikuti pelbagai seminar dan kursus untuk meningkatkan lagi kemahiran. Cahaya IIusi kini beroperasi di Mukim Tok Jamal, Jalan Pulau Musang,Kuala Terengganu.

dibuka untuk permohonan sewaan yang diuruskan oleh bahagian pengurusan harta PMINT, yang kini siap 46.02 peratus. Projek tempat letak kereta sembilan bertingkat adalah merupakan projek terbaharu yang akan dilaksanakan oleh PMINT bagi mengatasi masalah tempat letak kereta di pusat bandar raya itu terutamanya pada waktu pejabat dan cuti umum. Beliau berkata, kawasan Jalan Engku Embong Fatimah di sini telah dipilih sebagai lokasi pembinaan tempat letak kereta bernilai kira-kira RM60 juta. Dato' Haji Osman berkata, ia mengandungi 718 lot tempat letak kereta, lapan lot kedai, pusat boling dan panggung wayang.

5

Projek Paya Bunga Square setinggi 19 tingkat yang dilaksanakan PMINT kini sedang dalam pembinaan.

MBKT sasar RM14 juta hasil cukai pintu M

tembusi pasaran

seluruh

Terengganu

Pekerja sedang memasang papan tanda yang ditempah hasil kerja tangan Cahaya Ilusi Enterprise.

ajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yakin sasaran RM14 juta kutipan cukai taksiran (cukai pintu) pada 2012 berjaya dicapai berdasarkan pencapaian memberangsangkan pada tempoh empat bulan pertama tahun ini. Pengarah Bahagian Penilaian Pengurusan Harta MBKT, Puan Zanila Ibrahim, berkata pihaknya berjaya memperolehi RM4 juta kutipan hasil cukai pintu dalam tempoh empat bulan pertama tahun Ini. Katanya, melalui kaunter bergerak yang dibuka sejak Februari lalu di beberapa lokasi di bandar dan di kawasan perumahan telah memberi kemudahan kepada orang ramai membayar cukai pintu masing-masing. ``Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai agar membayar cukai pintu termasuk mengedarkan risalah dan sebagainya,'' katanya kepada Teganukita.


6

15-31 Mei 2012

RENCANA Pembangkang 'kaki' demonstrasi

Catatan Pengarang

M

embuat huru-hara dan mengadakan demonstrasi. Itulah kerja rutin parti-parti pembangkang di negara ini. Hakikatnya, pembangkang tidak ada agenda atau program tertentu untuk kesejahteraan rakyat, tetapi bagi menampakkan kewujudan mereka, lalu sesuatu tindakan perlu dilakukan. Mereka merancang mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan kononnya bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan atau program yang dirancang untuk kebaikan rakyat. Di Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan bermacam-macam agenda dan program untuk rakyat, termasuk di bidang pendidikan. Kerajaan BN menghantar pelajar cemerlang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi, tetapi pemimpin pembangkang menghasut mereka membenci kerajaan hingga ada yang sanggup menyertai Perhimpunan Bersih.

Bila pelajar berkenaan dikenakan tindakan, pembangkang menghasut pelajar supaya mengadakan demonstrasi di Wisma Darul Iman bagi membantah tindakan itu walaupun hakikatnya hukuman ke atas pelajar itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Amat malang bila golongan pelajar turut digunakan oleh pembangkang untuk mengadakan demonstrasi berhubung isu penarikan balik pinjaman pengajian dan tanah di negeri ini. Terbaru, pada 8 Jun lalu, bukan saja golongan pelajar, kanak-kanak yang masih kecil turut dibawa menyertai Perhimpunan ‘Himpun dan Ingat’ di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Tindakan itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan mereka yang sanggup membawa anak kecil untuk men-

yertai perhimpunan itu, kerana terpengaruh dengan pihak pembangkang. Ibu bapa yang ‘kurang cerdik’ itu sanggup berhimpun di situ walaupun menyedari anak kecil yang didukung itu rimas dengan keadaaan cuaca panas dan bunyi bising pembesar suara. “Saya tidak faham, apa yang mereka inginkan sehingga sanggup menganjurkan perhimpunan seumpama itu, kononnya mahu mencari kebenaran dan keadilan. “Jika mereka mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, kita sudah melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah jabatan itu menyiasat,” katanya. Kita amat berharap agar orang ramai tidak lagi terpengaruh dengan parti pembangkang yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Anak Exco Kerajaan (zaman pemerintahan Pas) ANALISIS siri 7

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

dapat wang zakat kan sama sekali hak orang susah dan miskin. Rakyat masih ingat semua ini, tiba-tiba pemimpin parti itu hari ini bercakap mengenai negarai kebajikan, seolah-olah rakyat lupa apa yang mereka lakukan semasa berkuasa. Ini petikan temual bersama rakyat miskin yang dinafikan haknya yang dibuat kira-kira 10 tahun lalu: “Suami saya bekerja sebagai kakitangan rendah pernah memohon bantuan Maidam untuk membiayai pengajian anak kami Yusmadi, 24 tahun untuk ke Universiti Al Azhar Mesir. Bagaimanapun permohonan anak kami tidak diluluskan. Jika Maidam meluluskan bantuan kepada lima anak Exco Kerajaan mengapa kami pula ditolak dan tidak mendapat bantuan itu,” kata Wan Sarah Wan Othman sambil menitiskan airmata. Minah Mat Zin, 53 tahun ibu kepada 8 anak dari Seberang Takir: “Saya terpaksa menggadai barang kemas untuk biayai pengajian anak di Mesir, permohonan anak saya dari keluarga miskin di tolak Maidam. Anak ahli Exco mereka luluskan, anak saya Wan Norsiah Wan Ngah, 22 tahun terpaksa meminta bantuan kewangan dari keluarga dan kawannya untuk membeli tiket kapal terbang ketika pulang bercuti bulan puasa lepas.” Kedua dua temuramah ini pada 27 Januari 2002 (lihat Berita Harian yang turut menyiarkan pada 28 Januari 2002). Mengenai isu penyelewengan pemberian

. . i g a l k o d t IngaOrang teganu???

Ia bukan dongeng, tetapi realiti semasa pembangkang berkuasa di Terengganu anak-anak Ahli Yang Berhormat Exco (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) suatu badan tertinggi dalam kerajaan negeri pun diberikan wang zakat. Itulah pemimpin yang mendakwa mereka pejuang Islam, bercakap berdegar-degar mengenai amanah, keadilan dan perjuangan Islam, tetapi ‘ekor bergelumang dengan tahi”. Kebetulan Exco berkenaan mempunyai nama yang sama, cuba bin berlainan, tetapi berpendidikan Islam. Perbuatan pemimpin pembangkang itu menafi-

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

-

BIL: 61,

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

wang zakat oleh kerajaan Terengganu waktu itu, pemimpin utama mereka mulanya mencabar supaya dibuktikan. ``Saya minta Umno kemukakan kepada pihak berkenaan. Saya beri lampu hijau untuk Umno berbuat demikian dalam tempoh 24 jam,” kata pemimpin utama itu dengan sombongnya. Beliau yakin rakyat tidak akan mempercayai dakwaan yang dilemparkan oleh Umno (Utusan Malaysia, 23 Januari). Waktu itu, Ketua Penerangan Umno Negeri, Mohd. Nasir Ibrahim (sekarang Dato’) mendedahkan penyelewengan itu. Lalu apabila dicabar pemimpin utama kerajaan negeri waktu itu, Mohd. Nasir pun menyambut cabarannya. Beliau yang berjaya mendapat dokumen yang mendedahkan nama anakanak Exco Kerajaan Negeri yang terlibat dalam pemberian zakat. Bahkan kerajaan negeri waktu itu banyak lagi melakukan penyelewengan dalam hal berkaitan zakat itu termasuk tindakan melakukan kezaliman membatalkan pemberian zakat kepada fakir miskin yang berhak mendapatkannya yang berjumlah lebih 28,000 orang. Sebenarnya kerajaan pembangkang waktu itu menghadapi kerosakan imej teruk berhubung isu zakat ini. Adalah amat sukar bagi kerajaan pembangkang waktu itu untuk menutup penyelewengan dalam pemberian zakat kepada anak pemimpin mereka yang bertaraf Exco Kerajaan itu. Hari ini mereka kononnya berjanji hendak menjadi juara kebajikan dan hendak tubuhkan negara kebajikan? Malulah sikit. PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


7

BIL: 61, 15-31 Mei 2012

RENCANA

WAKAF RAKYAT Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

Muslihat `saudagar janji’

Hanya pandai menabur janji walaupun sukar untuk dikotakan

S

etiap kenyataannya sekadar retorik demi meraih populariti dan perhatian umum. Usaha tanpa henti itu bagi memastikan orang ramai percaya dan terpengaruh lalu melayakkan pemilik nama `Anwar Ibrahim' dan konco-konconya untuk menawan Putrajaya sekaligus mengetuai pentadbiran negara. Muslihat demi muslihat `saudagar janji' dengan mempertaruhkan `janji mega' walaupun mereka sedar segalanya tidak realistik dan sukar dikotakan sama sekali. Terbaru, puak penentang kerajaan yang diketuai Anwar Ibrahim itu berjanji untuk memberikan peneroka Felda RM50,000 dan bukan RM15,000 sebagaimana ganjaran sedang diagihkan kepada golongan itu oleh Kerajaan Pusat. Angka yang cukup lumayan, berbanding RM15,000 yang sedang diagihkan Kerajaan BN dan Umno kepada peneroka di seluruh negara hampir sebulan lalu. ``Mereka tidak pernah mengimpikan mendapat RM15,000 ini. Tetapi biasalah, apabila kerajaan beri RM15,000 pembangkang kata kerajaan tiada duit. Apabila mereka memerintah pula mereka kata mahu beri RM50,000.. Payahlah (putar-belit) begini. ``Inilah yang dikatakan `saudagar janji'. Hanya berjanji sahaja.. memang mudah berjanji. Saya pun boleh berjanji. Tetapi sama ada boleh buat atau tidak,'' kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini. Ironinya, Perdana Menteri mengumumkan habuan berjumlah RM1.689 bilion kepada 112,000 warga peneroka, di mana jumlah itu lebih besar berbanding dengan peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Durian runtuh itu akan diagihkan menerusi tiga fasa, di mana fasa satu RM5,000 untuk setiap peneroka, diikuti dengan fasa dua berjumlah RM5,000 kepada setiap isteri peneroka dan yang terakhir, fasa ketiga RM5,000 lagi akan diberikan kepada setiap peneroka generasi kedua Felda (anak-anak peneroka) dan jumlah itu belum termasuk pemberian saham Felda Global Ventures Holding. Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, durian runtuh yang diterima peneroka Felda sebagaimana diumumkan Dato' Sri Mohd Najib itu suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran golongan peladang itu.

Hiasan

Pemimpin pembangkang itu cuba mengalih pandangan golongan yang sudah banyak mengalami transformasi hasil kecaknaan kerajaan yang menyediakan tanah rancangan bagi mereka mencurah keringat dalam sektor perladangan sekaligus berupaya melonjak ekonomi negara masa kini. Bukan hanya kepada peneroka, janji pertama dan masih tidak luput di benak yang seringkali ditabur kepada umum adalah untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri. Angkara keinginan yang membuak-buak mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup membuat janji yang tidak masuk akal bersandarkan alasan Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan. Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri Kewangan,malangnya Anwar gagal memberi idea dan buah fikiran yang bernas kerana semua rakyat faham dan sedar, harga minyak petrol, diesel dan lain-lain bahan

Rakyat sudah mampu menilai `semua sandiwara’ yang dimainkan golongan yang `terdesak’ bagi memastikan cita-cita yang dicanang bersama rakan akrab - Pas dan DAP itu mampu menjadi kenyataan, sedangkan diri sendiri diulit pelbagai skandal dan isu moral yang memual dan menyesakkan dada. api dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga bahan komoditi berkenaan di pasaran dunia. Umum juga sedia maklum, Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport min-

yak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasaran dunia. Lantaran itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan. Retorik yang diuar-uarkan `saudagar janji' bagi menurunkan harga minyak tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia. Selain isu minyak, banyak lagi yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) termasuk menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat. Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat, baru-baru ini. Pada 30 April lalu, Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak. Manakala dalam Bajet 2012, Kerajaan Selangor yang diperintah PR mengumumkan gaji minimum RM1,500 bagi pekerja-pekerja

syarikat berkaitan kerajaan. Anwar berkata, mereka boleh menguatkuasakan kadar gaji minimum RM1,1000 kerana ia memadai dengan harga minyak dan barang diturunkan serta memberi pendidikan percuma. ``Sebab itu saudara kena faham gaji minimum RM900 dengan harga barang melambung naik, dengan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan harga minyak tak turun memang tidak mencukupi bagi keluarga yang hidup di bandar,'' kata Anwar ketika berucap pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan ``Menjulang Martabat Pekerja'' anjuran Kerajaan Selangor di Stadium Melawati, pada Mei lalu. PR juga menabur janji untuk mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX. Rakyat sudah mampu menilai `semua sandiwara’ yang dimainkan golongan yang `terdesak' bagi memastikan cita-cita yang dicanang bersama rakan akrab - Pas dan DAP itu mampu menjadi kenyataan, sedangkan diri sendiri diulit pelbagai skandal dan isu moral yang memual dan menyesakkan dada.


8

BIL: 61,

15

RENC

sireh pulang ke gagang Bagai


9

5-31 Mei 2012

CANA Oleh: Esah Abdullah

P

esahukom@yahoo.com

rogram Menteri Besar masuk kampung boleh diibaratkan seperti `sireh pulang ke gagang', apabila sempat `pulang' dan menjenguk rumah bernombor 518A, di Kampung Ladang yang pernah didiaminya kira-kira 36 tahun lalu. ``Saya tinggal menyewa bersama kawan-kawan ketika belajar di Sekolah Adabi di bandar

ini,'' katanya yang turut meninjau di sekeliling rumah itu, baru-baru ini. Program anjuran Pergerakan Pemuda dan Penyelaras UMNO Dun Ladang itu juga telah memberi kesempatan Dato' Seri Haji Ahmad Said bertemu ibu angkatnya Puan Eshah Mohamed atau Mok Mek, 80 tahun yang kini uzur. Kehadiran Menteri Besar bersama isteri, To; Puan Seri Hajah Norliza Mahmud membawa sinar bahagia kepada penduduk di sekitar kampung berkenaan di mana 14 keluarga miskin, uzur, kurang upaya dan warga emas telah menyambut salam pemimpin nombor satu itu dengan genggaman erat. Rata-rata mereka ini bakal berpindah ke

rumah baru yang lebih selesa disediakan kerajaan kerana kawasan yang diduduki sekarang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri dan ternyata mereka tidak keberatan demi pembangunan untuk generasi akan datang. Mengiringi lawatan itu, Pegawai daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh. Beberapa artis turut serta iaitu Shaheizy Sam, Sari Yanti dan CEO Metrowealth International Group (MIG), Dato' David Teo.


10

BIL: 61,

15-31 Mei 2012

PELANCONGAN

Perkhemahan erat ikatan silaturahim

Lagun Kuala Ibai

DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

P

enduduk Kampung Seri Kenangan mempunyai cara tersendiri untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran tetangga dengan mengadakan perkhemahan keluarga pada setiap tahun. Lokasi perkhemahan diadakan di pinggir kampung mereka dan semua penduduk beserta ahli keluarga akan bermalam di situ yang diselit dengan acara karaoke dan bebeku. Aktiviti berakit menyusur sungai selama tiga hari dua malam juga diadakan dengan penyertaan semua ahli keluarga. ``Program ini sudah menjadi acara tahunan kami dan mendapat kerjasama penuh penduduk di Kampung Seri Kenangan,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Haji Mohamad Saad, 51. Beliau yang mula menjadi ketua kampung pada 2000 itu dan telah menerima anugerah menunaikan haji daripada kerajaan negeri pada 2006 mencipta beberapa projek komersial untuk penduduk kampung agar lebih berdikari. Membawa slogan `kampung kita tanggungjawab kita' mereka sepakat mewujudkan industri kampung seperti perusahaan membuat rempeyek, bengkel kenderaan bermotor dan ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan penduduk tempatan. Malah keenakan produk keluaran kampung berkenaan `Rempeyek Seri Kenangan' tersebar luas selain turut mendapat permintaan daripada pihak Istana Terengganu. ``JKKK Seri Kenangan pernah menerima peruntukan sebanyak RM60,000 daripada Kementerian Luar Bandar di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua bagi melaksanakan projek ternakan ikan dalam sangkar berjumlah 36 sangkar kesemuanya. ``Seramai 13 orang penduduk telah mengusahakan tanaman cili, timun dan terung secara berkelompok

RIADAH

Oleh: Suriati Ali

MOHAMAD SAAD

di kawasan seluas tujuh hektar,'' katanya. Mempunyai kapasiti penduduk 600 orang (120 buah rumah) Seri Kenangan merupakan sebuah penempatan kampung tersusun yang diwujudkan pada 1990 dengan kawasan tapak rumah 0.2 hektar beserta 0.8 hektar tapak kebun yang ditanam dengan pokok durian. Hasil kegigihan dan semangat kerjasama penduduk, beberapa kejayaan pernah diraih dalam pertandingan yang disertai seperti Anugerah Desa Harapan Peringkat Kebangsaan dan menerima RM100,000 nilai projek. ``Terbaru, kita mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri yang diumumkan Mei lalu dan kemenangan itu membolehkan kami menerima hadiah wang tunai RM15,000 serta projek RM150,000,'' katanya. Katanya, dalam pertandingan itu Kampung Seri Kenangan turut membolot dua lagi hadiah dalam kategori kebersihan persekitaran dalam kawasan kampung dan kepimpinan yang membawa pulang wang tunai RM2,000. Selain itu, kampung ini juga menjadi pembekal beratus jenis pokok orkid untuk memenuhi Taman Orkid di Tasik Kenyir yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dan tanaman ini telah diusahakan penduduk tempatan.

S

aliasuriati@yahoo.com

ebaik tiba di Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, anda pasti terpegun melihat keindahan persekitarannya yang berlatarbelakang Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali penduduk setempat 'Masjid Terapung'. Pelbagai kemudahan disediakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu semata-mata mahu menarik minat pengunjung tempatan dan luar Terengganu ke lokasi sejauh lima kilometer (km) dari pusat bandar raya itu. Kemudahan seperti pondok rehat, laluan berjalan kaki, taman permainan, tandas dan kawasan riadah nyata memberi keselesaan kepada pengunjung yang kebiasaannya singgah untuk pelbagai tujuan. Destinasi lapang yang dipenuhi landskap indah, diselit dengan kejernihah air muara sungai, cukup sesuai untuk pengunjung beristirehat sambil menjamu selera bekalan yang dibawa bersama keluarga. Aktiviti lain seperti bebeku, memancing, berjoging dan berkhemah turut digemari pengunjung yang ingin mengisi waktu terluang terutama di hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Bagi golongan pelajar pula, mereka gemar menjadikan lagun itu sebagai lokasi untuk mengulangkaji pelajaran atau melakukan perbincangan bersama rakan. Mungkin bagi mereka, pemandangan lagun yang indah dan tenang mampu memberi ilham dan mudah untuk menghafalkan sesuatu tugasan yang diarahkan guru atau pensyarah.

Permandangan menarik lagi menyamankan termasuk megahnya Masjid Terapung di Lagun Kuala Ibai

Apa yang menariknya, ahli rombongan dari pelbagai negeri turut tidak ketinggalan untuk singgah walaupun dalam tempoh singkat `dek’ terpukau suasananya yang nyaman. Pengunjung dari Marang. Mohd Rosdi Mat Amin, 35, berkata dia dan keluarga cukup mengemari persekitaran Lagun Kuala Ibai kerana pelbagai keunikan dapat dilihat. Katanya walaupun kawasan itu terletak berhampir pusat bandar raya Kuala Terengganu, ia mampu mengekalkan tradisi dan suasana kampung. “Saya gemar membawa keluarga ke kawasan ini pada sebelah petang, waktu itu suasananya cukup menarik kerana dapat

melihat bagaimana matahari secara perlahan-lahan bertukar merah-kemerahan. “Jika awal pagi pula, bot kecil nelayan belabuh di tepi Pantai Kuala Ibai bagi menunggah hasil tangkapan masing-masing,” katanya. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) , Dato’ Adzlan Dagang, berkata kawasan Lagun Kuala Ibai yang dijaga rapi semakin popular di kalangan pengantin yang ingin mengabdikan lokasi itu dalam album perkahwinan. “Pendekatan itu secara tidak langsung membuatkan Lagun Kuala Ibai terus tersohor di kalangan pelancong dan pecinta alam,” katanya.


11

BIL: 61, 15-31 Mei 2012

AGAMA

Agama dan kuasa tidak berpisah jua

S

etiap kali menjejakkan kaki di bumi Jordan, mengingatkan kita kepada sirah hidup enam orang panglima Kerajaan Afsus, bersama seorang pengembala kambing dan seekor anjing yang dipanggil Qitmir. Kisah yang amat pelik tapi benar –benar berlaku. Ia berlaku sebelum tahun Masihi, yakni 600 tahun sebelum perutusan Nabi Isa a.s. Mereka terdiri daripada para pemuda yang diberikan hidayah, lalu beriman seteguhteguhnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala.Kepada Tuhan Yang Esa. Tiada sekutu denganNya. Bilamana Raja Diqyanus mengaku dirinya sebagai tuhan. Panglima-panglima tadi berfikir panjang. Masakan benar dakwaan itu? Padahal dia juga seperti mereka. Makan dan minum. Letih dan tidur. Tidak mungkin! Mustahil! Diqyamus itu tuhan, walaupun ramai yang mengakuinya. Pada suatu malam dalam kemeriahan pesta yang diadakan, seorang panglima membisikkan ke telinga Diqyanus bahawa terdapat segerombolan bala tentera asing sedang bersiap-sedia di luar kota untuk menyerang kerajaannya. Dia panik dan menggelabah tidak keharuan, sehingga mahkota kebesarannya terjatuh dari kepalanya. Akhirnya secara senyap-senyap, Panglima Tamlikur bersama rakan-rakannya keluar dari istana dan mengambil keputusan meninggalkan negeri mereka bagi menyelamatkan diri dan iman mereka dari kezaliman raja. Berbekalkan sedikit makanan dan minuman, mereka melangkah, berjalan dan terus berjalan melarikan diri sehingga begitu jauh. Sehingga tidak kelihatan lagi kemilau cahaya kota Kerajaan Afsus. Akhirnya mereka berehat dekat satu bukit. Di situ mereka menemui satu lubang gua. Lalu mereka memasukinya hanya untuk berehat seketika. Mereka makan dan minum sedikit, kemudian mencari posisi tempat pembaringan yang sesuai untuk tidur sejenak bagi menghilangkan keletihan dan kepenatan, sebelum meneruskan perjalanan mereka. Namun, mereka tidur di dalam gua kecil lama betul. Bukan satu jam. Bukan satu malam. Bukan

juga satu tahun. Tetapi mereka ditidurkan Allah s.w.t di dalam gua tersebut selama 309 tahun. Subhanallah!! Ajaib sungguh. Tetapi itulah kehendak Allah! Apabila Allah menghendaki sesuatu perkara, tiada apa yang pelik di sisi Allah s.w.t. Sebaik mereka bangun dari tidur, pakaian mereka tidak terjejas. Cuma bekalan makanan dah hancur. Anjing Qitmir yang menjaga di luar pintu gua juga hanya tinggal tulang sahaja. Kemudian, Panglima Tamlikur ke Bandar untuk membeli bekalan makanan. Lorong-lorong ke bandar dirasakan begitu asing. Dia merasa janggal kerana tidak seorang pun warga kota yang dikenali. Kenapa? Kerana di luar pengetahuan Tamlikur, bahawa dia dan rakan-rakannya telah hidup di zaman yang lain. Bukan lagi pada zaman Raja Diqyanus yang kafir. Tetapi kini di zaman kerajaan Islam di Zaman Nabi Isa a.s. Bahkan matawang pun turut bertukar. Demikianlah Allah rakamkan kisah mereka di dalam satu surah yang khusus di dalam al-Quranul Karim iaitu surah al-Kahfi (Gua). Pada hari ini, umat Nabi Muhammad s.a.w. dapat menyaksikan gua kecil tempat persembunyian tujuh pemuda yang budiman itu. Hanya sekitar 30 hingga 35 Kilometer daripada Bandar Amman, Jordan. Dikatakan tulang temulang yang terdapat di situ adalah tulang temulang mereka bagi membuktikan wujudnya kisah Ashabul Kahfi. Terasa nyaman berada dalam gua tersebut, walaupun cuaca di luar begitu panas. Telaga dan kolam kecil untuk minuman pemuda-pemuda itu masih ada. Sebuah masjid juga dibangunkan sebagai memperingati kisah ajaib mereka sejak zaman pemerintahan Raja

Abdul Rahman. Memang benar, sesungguhnya di sepanjang zaman, Allah menunjukkan bahawa kuasa dan agama tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya umpama saudara kembar yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kuasa amat penting untuk dilaksanakan tuntutan agama dalam sesebuah kerajaan. Begitu juga agama. Ia begitu penting sebagai jaminan pelaksanaan ajaran dan syiar agama. Ia mesti berjalan seiringan. Tanpa kuasa, tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan. Dan tanpa agama, akan hilanglah kompas pemerintahan sesebuah kerajaan. Justeru, insaflah wahai saudara-saudaraku! Betapa kuasa itu amat penting dijaga dan dipertahankan untuk menegakkan syariat Allah s.w.t. Sekali kuasa umat islam hilang, maka bukanlah suatu yang mudah untuk diambil kembali. Bagaimana nasib Palestin sehingga hari ini? Bagaimana nasib Masjidil Aqsa selepas kuasa Khalifah Islam tersungkur. Lihatlah dengan hati basirah kepada umat Islam negara-negara Islam yang sedang bergolak hari ini. Ingatlah sesunnguhnya kuffar yang memusuhi kita sentiasa merancang untuk memecah-belahkan perpaduan kita agar kita bermusuhan, bertelagah dan berperang. Inilah yang sedang digerakkan di tanah air kita melalui pelbagai saluran seperti ekonomi, budaya dan politik. Semoga umat kita tetap yakin dan konsisten di atas landasan perjuangan yang digarapkan. Semoga kita tetap patuh kepada ajaran Islam, taat kepada kepimpinan umat islam serta memiliki semangat juang dan keyakinan yang teguh sepersis keyakinan pemuda-pemuda terbilang Ashabul-Kahfi dalam mentransformasikan negara kepada Baldatun Toyyiban Wa Rabbun Ghafur.

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 61,

15-31 Mei 2012

RENCANA

IKON Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

“S

ebelum ini saya dikenali sebagai wartawan penyiaran dan pembaca berita, kini saya bersyukur kerana melangkah setapak lagi selepas Timbalan Pengarang Media Prima, Datuk Mohd Ashraf Abdullah memberi peluang bagi mengacara `Program’. Tambah mengujakan, program pertama di bidang pengacaraan ini adalah Program `Teganu Kita’. “Sebagai anak jati Terengganu, saya begitu bangga apabila diberi peluang untuk memperkenalkan negeri kelahiran kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah tidak berasa janggal mengacarakannya dalam loghat Terengganu apabila diarah Penerbit, Khairizal Ghairollah. Jika loghat Kelantan, sebelah utara popular di kalangan rakyat Malaysia, saya juga mahu loghat `Teganu’ turut dimartabatkan. Kita perlu ada keyakinan dan mengangkat tradisi kita,”ulas personaliti televisyen unggul negara, TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengenai tugas yang sedang dijayakan kini.

saya banyak belajar daripada editor dan rakan setugas yang tidak pernah lokek ilmu. Kini saya ditugaskan di meja politik khusus untuk penugasan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pula yang pastinya turut memberi pengalaman berbeza, “ tegas pemilik bintang Capricorn itu lagi.

Nik Suryani vs Teganu Kita Suryani merupakan anak kelahiran Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu memilih untuk berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur demi merealisasikan hasrat bergelar wartawan penyiaran yang versatile dan berjaya. Wanita yang bertubuh kecil namun mempunyai karisma itu memulakan karier dengan bernaung di bawah Media Prima Berhad pada Disember 2005 sebagai eksekutif wartawan penyiaran menerusi tugasan di meja jenayah dan laporan khas. Kes berprofil tinggi dan menjadi tumpuan seluruh negara seperti kes bunuh diri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, kes penyeludupan dadah melibat warga Iran, kes makmal dadah di Kajang, pasport palsu, dua pengawal keselamatan hospital mati ditembak serta kes tembakan melibatkan Ketua Polis Daerah Temerloh beberapa tahun lalu antara rentetan kes yang mengisi jadual tugasannya. Sementara kes mahkamah seperti pembunuhan Altantuya, kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik, kes Raja Azmi didakwa, kes hasutan Karpal Singh dan embunuhan Datuk Sosilawati juga mendapat `sentuhan’ Suryani. Tidak terkecuali, laporan Khas mengenai `Pink Lady’, Penjenamaan Semula Badan Kehakiman Negara, Umno Terus Mara, Analisis Perhimpunan Umno, kes penyeludupan dadah, kes pemerdagangan orang serta kes pelacuran. “Sepanjang melaksanakan tugasan itu,

Malah, Suryani juga pernah menjadi pengurus acara , penolong pengarah dan penerbit penyelaras di beberapa syarikat produksi termasuk Nizarman, Eurofine, KRU Berhad pada 2005. Anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Haji Megat Deraman Megat Stan dengan Zaimah Baharu ini sering mencuri tumpuan penonton tatkala bersiaran kerana aura perwatakan dan lontaran bicara yang penuh pesona. Dia kini yang sering muncul selaku penyampai Buletin Pagi menamatkan pengajian di Akademi TV3 pada 2000, terlebih dahulu mengutip pengalaman sebagai wartawan dan penolong penerbit di KRU Motion Pictures Sdn Bhd dengan khidmat terakhir selaku Penerbit Penyelaras Program (KRU) pada 2004. Malah, Suryani juga pernah menjadi pengurus acara , penolong pengarah dan penerbit penyelaras di beberapa syarikat produksi termasuk Nizarman, Eurofine, KRU Berhad pada 2005.

Berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan dan mencetus dimensi berbeza, personaliti yang mengagumi Christiane Amanpour selaku idola bidang penyiaran sejak bangku sekolah lagi itu, tidak mungkin melupakan saat terpilih mengikut misi kemanusiaan bersama Penyelaras Aman Malaysia, Dato Mukhriz Mahathir di Gaza (2008) dan setahun kemudian, di Sharongkola, Bangladesh. “Pada masa yang sama, cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak. Sebagai seorang wartawan yang masih baru, ia bukan satu tugas mudah apabila diminta oleh editor bertanyakan beberapa soalan kepada beliau. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar biarpun saya diherdik selain menerima kritikan hebat oleh pengikut beliau ketika itu,” ujar Nik Suryani lagi. Figura yang menyanjungi mantan Per-

Urusan zakat Maidam melalui kaunter bergerak

dana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengakui tugasan mewawancara ramai tokoh seperti Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor menerbitkan inspirasi, kematangan dan disiplin diri. Dari sisi lainnya, Suryani pernah merangkul beberapa anugerah sepanjang kariernya termasuk Berita TV Terbaik sempena Malam Media- Umno 2011 , `Female 50 Most Gorgeous People 2009’, Dokumentari Terbaik `Benar Tapi Pelik’ RTM 2003/2004 dan Program Hiburan Terbaik RTM 2004. Menutup bicara, Suryani tidak mahu umum menganggap pembabitannya dalam bidang penyiaran berpaksikan populariti, sebaliknya profesion itu sebagai platform membantu dan menyelesaikan masalah masyarakat menerusi pembongkaran dan laporan yang tiada infinitinya.

wAN HARUJAN

JABATAN & ANDA Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

K

emudahan kaunter bergerak bagi perkhidmatan pertanyaan zakat, taksiran dan bayaran zakat secara terus (tunai dan cek) yang disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan itu di negeri ini. Kaunter bergerak itu telah diubahsuai serta dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut keperluan untuk tujuan operasinya untuk mengutip zakat dari satu tempat ke satu tempat di seluruh negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, sebuah van bernilai kira-kira RM180,000 itu diselia oleh beberapa kakitangan Maidam bagi melicikan pelbagai urusan berkaitan zakat. ``Di kaunter itu, kita turut menyediakan pelbagai risalah berkaitan pembayaran zakat kerana Maidam sedar masih ramai di antara kita terutama golongan muda

yang tidak faham sepenuhnya tentang perkara itu. ``Hasrat kita, kaunter itu bukan sekadar untuk bayaran zakat, malah ia mampu menjawab beberapa keraguan berkaitan hukum Islam itu. Kita turut paparkan tayangan video untuk tujuan itu,'' katanya kepada Teganukita baru-baru ini. Terbaru menurut Haji Wan Harujan, kaunter bergerak itu akan berada di Dewan Sivik Felda Selasih, Besut pada 7 Jun bermula 9 pagi hingga 5 petang, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang (8 Jun), Dewan Sivik Felda Kertih 6, Kemaman (20 Jun). Katanya, kaunter itu turut berada di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang pada 17 Jun hingga 2 Julai sempena kursus Haji. ``Maidam turut menempatkan kaunter berkenaan pada program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan masyarakat yang besar seperti pekan budaya, karnival rakyat dan ekspo niaga,'' jelas beliau. Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu, bolehlah memuat turun borang permohonan itu di laman sesawang, www.maidam.gov.my. Borang yang lengkap diisi hendaklah difaks ke Seksyen Zakat MAIDAM di talian 09-6247917.


BIL: 61,

13

15-31 Mei 2012

Lagi bakal ditarik balik pinjaman

Amaran terhadap sikap segelintir pelajar yang seolah-olah mencabar kerajaan negeri Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

D

ua pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang dikenalpasti terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, April lalu, bakal ditarikbalik pinjaman. Difahamkan salah seorang daripada mereka yang sedang menuntut di Trefound Educare Kuala Terengganu, dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan

seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata tindakan itu sebagai amaran terhadap sikap mereka yang seolah-olah mencabar kerajaan negeri sedangkan sudah sedia maklum syarat dan peraturan sebagai pelajar untuk tidak terlibat dengan perhimpunan haram tersebut. Menurut beliau, kedua-dua pelajar berkenaan telah diberikan surat tunjuk sebab dan nasib

mereka bakal diketahui selepas mesyuarat Lembaga Pengarah YT diadakan dalam masa terdekat. ``Kita kesal dan kecewa kerana masih ada pelajar-pelajar yang tidak mengambil iktibar selepas sembilan pelajar sebelum ini dikenakan tindakan sama kerana menyertai demonstrasi haram di luar negara. ``Selain dua pelajar ini, kita juga sedang mengumpul bukti terhadap beberapa lagi pelajar lain termasuk di bawah tajaan dan pinjaman YT yang disyaki turut

terlibat dalam demonstrasi itu,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu pada Hari Keluarga 1Malaysia, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar itu ekoran rakaman video yang turut dimuatnaik sendiri kedua-duanya pelajar itu menerusi laman sosial masing-masing.

Kreatif Siti Nazira RM10,000 Kerajaan negeri memilih pelajar Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nazira Abdul Rahman, 23, dari Kampung Pauh, Kuala Berang sebagai pemenang Pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Beliau menerima wang tunai RM10,000. Empat lagi peserta turut memperoleh wang saguhati masing-masing berjumlah RM1,000. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pertandingan yang terbuka kepada pelajar UiTM itu bertemakan `Aspirasi Darul Iman - Satu Idea Seribu Harapan’. “Logo ciptaan Siti Nazira sememangnya menampilkan pelbagai keunikan Terengganu di mana mempunyai gambaran berkaitan penyu, kejohanan perayu layar, songket, tembaga dan pulau. Kita akan gunakan logo itu bagi mempergiatkan lagi usaha bagi mempromosi TMT 2013 yang kini sedang rancak dijalankan,” katanya. - Oleh Suriati Ali.

Perkaya cari dana untuk bina pusat tahfiz

P

ertubuhan Anak-anak Yatim Terengganu (Perkaya) telah mewujudkan jawatankuasa khas yang di pengerusikan oleh Naib Yang Dipertuanya, Haji Harun Hasan bagi memungut dana untuk membina Pusat Tahfiz Perkaya, di Jerangau, Dungun. Yang Dipertua Perkaya, Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor (gambar) berkata, orang ramai berpeluang membuat amal jariah dengan tampil menderma apa saja (barangan atau wang) bagi menjayakannya. ``Perkaya akan membina blok bangunan empat tingkat yang dijangka menelan belanja RM40,000 dan akan dijadikan asrama yang boleh menampung 150 pelajar,'' katanya. Menurut Dato' Dr. Tengku Mahmud, pengambilan pertama seramai 20 pelajar ke pusat itu dijangka bermula pada awal tahun depan.

Tapak cadangan pusat tahfiz berkenaan diwakafkan oleh isteri Allahyarham Dato' Haji Awang Jabar, To' Puan Mariam Abdullah kepada Perkaya yang bernilai kira-kira RM1 juta. Kepada mereka yang ingin menderma boleh menghubungi Pejabat Perkaya di Jalan Pusara, Kuala Terengganu melalui talian 09- 6224924 atau Pengerusi Jawatankuasa Dana, Haji Harun Hasan 019-9848545.

A

lam keriangan sebagai kanakkanak hampir tidak wujud dalam diari hidupnya. Keterbatasan pergerakan Nur Fatihah Abdul Karim, 11, yang mengalami penyakit sendi lembik (hilang upaya fungsi otot) sejak dilahirkan dengan tangan dan kakinya seakan-akan daun yang terkulai layu. Di satu sudut rumahnya, e-Book yang disumbangkan kerajaan negeri menjadi teman bermain dengan menggunakan jari-jemari kedua-dua belah kaki yang sedikit kuat berbanding tangannya menjadi Fatihah anak sulung daripada empat beradik yang belajar di kelas pendidikan khas di Sekolah kebangsaan Bukit Payong terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk melaksanakan kegiatan hariannya. Kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said untuk menjengah kehidupannya di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu, baru-baru

AM

Pembangkang sengaja `cipta’ isu remah P

ihak pembangkang yang kini kehabisan modal sengaja mencari isu remeh dan tidak munasabah semata-mata mahu memburukkan kebenaran serta kebajikan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata semakin hebat orang BN mentabdir Terengganu makin kuat hasad dengki puak Pas. ``Apabila tengok orang BN maju, mereka akan mencipta pelbagai helah dan fitnah supaya timbul kebencian di kalangan rakyat,'' katanya. Katanya, inilah sifat sebenar puak Pas sejak daripada azali lagi yang sememangnya gemar melihat perpecahan. ``Sepanjang pemerintahan Pas di kawasan yang ditakluki mereka, apa kebajikan atau pembangunan yang dilaksanakan untuk rakyat. ``Jelas mereka tidak berbuat apa-apa melainkan hanya BN sehingga kini setia berbakti kepada rakyat walaupun di kawasan kubu Pas,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Teluk Ketapang, Seberang Takir, baru-baru ini.

Sinar sebalik kunjungan MB

Rombongan Menteri Besar ke rumah adik Nur Fatihah, baru-baru ini.

ini seakan-akan memberikan harapan baru buat Fatihah dan keluarganya. Bapanya, Abdul Karim Abdullah, 39, seorang penjual ikan dan ibunya Mahani Mat Leha, 33, mengucapkan terima kasih dan syukur dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan. Selain menghulurkan sumbangan peribadi, Menteri Besar memaklumkan bahawa Fatihah akan dirujuk secepat mungkin

kepada penelitian pakar saraf di hospital milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur, iHeal Medical Centre. ``Kita akan membantu bagi membolehkan kanak-kanak ini menjalani rawatan. ``Jika perlu dibuat pembedahan dan sebagainya, Kerajaan Terengganu akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan itu melalui Tabung Penyakit Kronik,'' katanya.


14

BIL: 61,

AM

15-31 Mei 2012

JKKK diminta pantau hal ehwal kampung - MB Turun padang bertemu, menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

M

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung khususnya mengenai permasalahan dan kesihatan penduduk. ``Jangan sampai mereka masuk surat khabar, kerana ini membabitkan nama baik wakil rakyat kawasan berkenaan,'' katanya di majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama JKKK Daerah Kuala Terengganu bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan RM1 juta setiap kawasan untuk bantu rakyat di kampung-

kampung yang menghadapi pelbagai kesukaran. ``Bantulah siapa saja yang layak, biar pun mereka berlainan parti, mudah-mudahan mereka nampak siapa yang lebih mengambl berat terhadap kebajikan rakyat,'' katanya di hadapan kira-kira 2,227 orang daripada 293 JKKK dalam daerah ini. Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Haji Abdul Rahin Mohd Said dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali. Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Haji Wan Ahmad

Sebahagian JKKK dari seluruh daerah yang hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar di Stadium Negeri, baru-baru ini.

Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Adun Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh ; Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Dato' Haji Che Mat Jusoh dan Pegawai Pembangunan DUN Manir, Haji Yusof Hitam.

''Sistem pendidikan di Malaysia setaraf negara maju'' - bekas PM Thai

U

niversiti Prince of Songkla, Thailand mengagumi kecemerlangan sistem pendidikan negara yang dilihat berjaya menjadikan Malaysia setaraf negara maju, sekaligus berhasrat mencontohi sektor itu untuk diamalkan di negara mereka. Delegasi seramai 16 anggota daripada universiti itu diketuai Ahli Lembaga Penasihat , Encik Chuan Leekpai turut melihat sendiri proses sistem pendidikan negara serta melawat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (Sester) dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu. Encik Chuan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand menyatakan rasa kagum terhadap sistem pendidikan Malaysia yang terlalu cepat berkembang dengan

Kagum terhadap ``

sistem pendidikan Malaysia yang terlalu cepat berkembang dengan melahirkan generasi muda kreatif serta mampu muncul sebagai kuasa baru pendidikan di Asia Tenggara.''.

melahirkan generasi muda kreatif serta mampu muncul sebagai kuasa baru pendidikan di Asia Tenggara. ``Walaupun Thailand agak terkebelakang dalam bidang pendidikan, namun ada juga beberapa bidang

ia mendahului Malaysia daripada segi kemajuan teknologi seperti bidang pertanian dan kesihatan,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat pendidikan di Sester, semalam. Turut hadir Presiden universiti itu Profesor Dr Boonsom Siribumrangsukha. Sementara itu Penolong Kanan Pentadbiran Sester, Encik Jamil Sakmim mengalu-alukan kedatangan rombongan dari universiti tersebut yang dianggap amat bermakna untuk bertukar idea terutama dalam bidang pendidikan. ``Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh, saya bangga kerana terpilih untuk dijadikan model kepada pendidikan di negara jiran itu serta bercadang mengadakan kunjungan balas bagi melihat lebih dekat pendidikan di sana,'' ujarnya.

Menteri Besar juga berharap tidak ada yang mengambil sikap sabotaj parti semata-mata kerana tidak sebulu dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti. ``Kalau parti kuat, kerajaan akan kuat dan JKKK juga akan teguh tapi jika parti rebah JKKK pun

akan lenyap,'' katanya. Menteri Besar kemudiannya mengajak semua organisasi dalam kampung termasuk cawangan Umno dan JKKK berpadu tenaga pertahankan parti dan kerajaan demi masa depan bangsa Melayu yang gemilang.

TTITC production hasil perabot kayu

Bengkel latihan TTITC yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang.

T

erengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) syarikat milik penuh kerajaan negeri yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu berjaya mewujudkan sebuah anak syarikat, TTITC Production Sdn. Bhd. Komposisi baru syarikat itu bertanggungjawab memantau, mengendali dan mengawal kerjakerja pengeluaran perabot, binaan, hiasan dalaman, kabinet dapur, khidmat pembinaan, khidmat nasihat, latihan dan motivasi, khidmat penyewaan dan prasarana latihan. Sejajar dengan perkembangan industri negara, Ttitc Production berjaya menjalankan perniagaan berasaskan kayu yang kini mempunyai permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Pengurus Besar TTITC, Haji Ajlan Mohamad, berkata sejak beroperasi 15 tahun lalu, secara berperingkat mengorak langkah dan kini menawar lapan kursus teras Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). ``TTITC juga menyediakan kursus jangka pendek disamping menjalin hubungan strategik dengan agensi lain bagi memantapkan operasi harian seiring dengan perkembangan sektor latihan kemahiran serta pasaran tenaga kerja masa kini,'' katanya. Katanya, TTITC merupakan pusat latihan bertauliah melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, rekabentuk serta seni bina bangunan. Menurutnya lapan kursus disediakan antaranya, jurubina berasaskan kayu, pembuat perabut, jurumesin kayu, ukiran kayu, pelukis pelan senibina dan eksekutif pengeluaran perabut, vokasional training officer (V.T.0) serta kursus atas permintaan. Setiap peserta layak mendapat pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang diuruskan oleh TTITC.


BIL: 61,

15

15-31 Mei 2012

AM

Semak status tempat mengundi - Wan Ahmad S

emua pengundi yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyemak status tempat mengundi masing-masing dengan SPR bagi mengelak sebarang kekalutan yang boleh menjejaskan kelicinan proses pilihan raya nanti. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata semakan pendaftaran itu dibuka sepanjang tempoh sebulan bermula 1 hingga 30 Jun dengan

menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 15888, selain menyemak menerusi laman web SPR ataupun datang terus ke pejabat SPR berhampiran. ``Kita hendak sangat rakyat seluruh negara yang berdaftar sebagai pengundi dengan SPR supaya membuat semakan daftar pemilih. ``Generasi muda serta generasi lama sekarang pasti memiliki telefon bimbit dan

buatlah semakan daftar pemilih dalam tempoh sebulan ini kerana apabila membuat semakan barulah mereka tahu di mana mereka mendaftar dan di mana mereka mengundi,'' katanya baru-baru ini. Datuk Wira Wan Ahmad berkata, banyak aduan di kalangan pengundi kebelakangan ini bahawa mereka tidak menyedari alamat mengundi mereka `berpindah' ke lokasi lain. Bagaimanapun, beliau percaya kejadian `berpindah' alamat itu sebenarnya disedari

oleh pengundi itu sendiri kerana individu berkenaan yang perlu mengisi borang untuk perpindahan tempat mengundi atau pertukaran alamat dan tidak boleh dilakukan oleh pihak lain. ``Ramai pengundi menyatakan mereka tidak sedar `dipindahkan', SPR hairan juga kerana kita terima borang permohonan pertukaran alamat dan proses sebagai bertukar alamat. Kita tidak proses sewenang-wenang tanpa menerima borang pertukaran alamat,'' katanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyapa peserta program Evolusi R di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Litar untuk 'Mat Rempit' Bagi mengatasi kegiatan lumba haram Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

D

alam usaha menangani masalah kegiatan lumba haram di kalangan generasi muda di negeri ini, kerajaan negeri bakal membina sebuah litar lumba berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu tahun depan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kewujudan litar lumba tersebut diharap dapat mengatasi masalah kegiatan mat rempit yang berlumba secara haram dan sering mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain. Katanya, selain itu, ia juga merupakan langkah pertama negeri Terengganu untuk mencungkil lebih ramai bakat baru dalam sukan permotoran, sekali gus melahirkan pelumba profesional yang mampu menaikkan nama negeri dan negara ke peringkat lebih tinggi. ``Mat rempit tidak seharusnya menjadikan jalan raya sebagai tempat mereka menunjuk aksi dan bakat kerana ia membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Sudah tiba masanya mereka membuktikan kehebatan menunggang motosikal dengan berlumba di litar yang kita sediakan ini.

``Mana tahu, satu masa nanti mereka boleh bergelar jaguh dalam sukan permotoran dan menjadikan Terengganu sebagai tempat melahirkan pelumba motosikal handal satu hari nanti,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program Evolusi R di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat dan Presiden Rempit United Encik Wazi Abdul Hamid. Kira-kira 5,000 orang memenuhi perkarangan program bagi menyaksikan acara perlumbaan motosikal serta konsert hiburan melibatkan artis terkemuka negara. Menteri Besar berkata, litar lumba berkenaan bakal dibina berdasarkan piawaian litar lumba yang biasa bagaimanapun kemudahan itu bergantung kepada keluasan tapak di lokasi berkenaan. Katanya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti di kitar itu secara berkala pada setiap minggu bagi menarik penyertaan golongan belia dan kemudahan itu dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus menangani masalah lumba haram di jalan raya.

RM100 ribu ringankan sengsara Adam

K

eprihatinan Kerajaan Terengganu menyumbangkan RM100,000 kepada Adam Akhbar Ali, 10, yang menghidap penyakit tumor saraf tunjang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membolehkan Adam mendapatkan rawatan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat dengan kadar yang segera. Menurutnya, sumbangan RM100,000 itu adalah peruntukan Tabung Penyakit Kronik yang menyalurkan bantuan kepada individu yang layak bagi kes-kes penyakit kritikal dan memerlukan rawatan segera. ``Pengerusi Jawatankuasa

Dato’ Yahya Khatib (kiri) menyampaikan bantuan Kerajaan Terengganu kepada adik Adam yang diterima oleh ayahnya, Akhbar Ali di Shah Alam, baru-baru ini.

Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menghantar cek seberapa segera dalam tempoh terdekat, mungkin dalam masa tempoh dua atau tiga hari lagi. ``Saya harapkan sumbangan ini akan membolehkannya mendapatkan

rawatan. Mudah-mudahan Adam akan sembuh dengan segera dan kembali ceria semula,'' katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Dalam akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan Tabung Adik Adam ditubuhkan mem-

bolehkannya mengumpul wang bagi menampung kos rawatan yang diperlukan. Adam yang menghidap penyakit tumor saraf tunjang, kini bergantung dengan ubat tahan sakit kerana mengalami sakit kepala berpanjangan, kesan daripada penyakit yang dialaminya itu.


B

ekas pemain bola sepak Piala Presiden Pasukan T-.Team, Mohd Zuhairie Ahmad Tarmizi, 22, terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri yang sudi menyumbang sejumlah RM20,000 bagi meringankan bebanan selepas mengalami kecacatan tangan akibat kemalangan tahun lalu. Beliau yang putus semua jari kanan akibat digilis pengisar tebu ketika berniaga air tebu di Bazar Ramadan, Marang pada 7 Ogos tahun lalu, berazam menggunakan wang itu sebaik mungkin bagi menambahkan modal perniagaan keluarga yang kini membuka kedai makan. ``Wang yang diperoleh ini

Bekas pemain T-Team hilang jari dapat perhatian cukup berharga kerana saya kini tidak dapat melakukan aktiviti lain kecuali membantu keluarga berniaga di warung,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ketika menceritakan kejadian lalu, Mohd Zuhairie yang bermain di posisi pertahanan berkata dia yang membantu abang (Mohd Zulhaimie Ahmad Tarmizi) berniaga air tebu memasukkan ruas-ruas tebu ke dalam pengisar, kira-kira jam 5.30 petang.

ISSN 2180-4737 | Bil: 61, 15-31 Mei 2012

PSTNT terima ganjaran khas RM95,000

Dato’ Seri Haji Ahmad Said diperhatikan Dato’ Haji Mazlan dan YB Rozi Mamat menyampaikan cek kepada Mohd Zuhairie.

Pegawai dan pemain Pasukan Sepak Takraw Negeri Terengganu gembira bersama insentif yang dihulurkan kerajaan negeri selepas menjadi juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Khir Johari, baru-baru ini.

Seramai 19 pemain termasuk pegawai menerima insentif itu di mana setiap individu memperoleh RM5,000. Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

K

erajaan negeri mengagihkan insentif khas sebanyak RM95,000 kepada Pasukan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) sebagai penghargaan menjulang nama Terengganu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Khir Johari di Manjong, Perak, 4 hingga 8 April lalu. Seramai 19 pemain termasuk pegawai menerima insentif itu di mana setiap individu memperoleh RM5,000.

``Namun tanpa disangka, secara tiba-tiba tangan kanan tersangkut dan termasuk ke dalam mesin itu lalu digilis. Saya terus menjerit sekuat hati kerana terlalu sakit, tetapi malangnya tiada siapa yang dengar kerana bunyi enjin pengisar itu terlalu bising,'' katanya. Beliau yang panik melihat tangannya berlumuran darah cuba mematikan suis mesin itu namun tidak berjaya kerana kedudukannya agak jauh. ``Saya masih tidak perasan lima jari saya putus sehinggalah saya dapat tarik keluar tangan kanan,'' katanya.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri menyatakan rasa syukur dan bangga di atas kejayaan pasukan itu yang berjaya menjulang nama Terengganu buat kali pertama selepas 49 tahun dipertandingkan. ``Usaha, semangat dan komitmen perlu diteruskan untuk mencipta nama pada kejohanan seterusnya, termasuk Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 Pahang Julai ini,'' katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan Presiden PSTNT, Encik Shapian Ali. Pada majlis sama, Bekas pemain bola sepak Piala Presiden T-Team, Mohd Zuhairie Ahmad Tarmizi yang putus semua jari kanan akibat dimamah mesin tebu turut menerima bantuan kecederaan sejumlah RM20,000. Manakala, bekas pemain bola sepak kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia pada Kejohanan Olimpik Musim Panas pada 1972, Encik Harun Jusoh dan bekas pemenang pingat emas Sukan Sea, Encik Abdul Razak Ismail, menerima pakej umrah 2012 yang masing-masing

bernilai RM6,800. Menteri Besar turut memberitahu, sebelum ini, kerajaan negeri sudah pun mengagihkan insentif RM20,000 kepada empat pemain hoki Terengganu yang berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Remaja Asia. ``Insentif khas sebanyak RM15,500 turut disumbangkan kepada lima pemain Terengganu yang telah terpilih mewakili negara menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun Piala Cappy di Croatia. ``Pemain Terengganu adalah yang teramai dipilih untuk mewakili pasukan negara, di mana Muhammad Firdaus Ramli diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengetuai pasukan negara itu,'' katanya.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.