teganukita 59

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 59, 15-30 April 2012 |

‘‘

Jangan pula senarai calon menjadi satu isu dengan mempertikaikan seperti mengapa bahagian ini hanya hantar senarai nama kumpulan ini sahaja. ``Itu hanya cadangan. Ada tapisan dan semakan selepas ini. Mungkin diterima atau sebaliknya. Keputusan muktamad di tangan Presiden Umno (Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak).’’ - ms 15

http://www.teganukita.blogspot.com

|

http://www.terengganu.gov.my

Sultan Mizan berangkat rasmi istiadat pembukaan Persidangan DUN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12, baru-baru ini. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Tuanku Nur Zahirah. Turut hadir Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin; Kerabat-kerabat Raja dan Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja. - ms 2,3

Terengganu bangunkan 41 masjid menerusi RMK9

Demo dapat dana

Kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal di Terengganu tanpa membelakangkan tuntutan serta keperluan rohani khususnya dalam membangunkan kemudahan ibadat seperti surau dan masjid untuk keperluan seluruh umat Islam di negeri ini. Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), sebanyak 41 masjid dibina di seluruh negeri dengan kos keseluruhan kira-kira RM200 juta. - ms 8,9

`Foto bank’ popularkan Pulau Bidong S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan Cabaran Daratan dan Laut Dalam Bidong sempena Hari Bumi 2012 di Pulau Bidong, baru-baru ini. Ketibaan baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff; Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar dan

‘‘

`Parti pembangkang di negara ini sengaja merancang demonstrasi seperti Perhimpunan Bersih 3.0 bagi mendapat dana dari negara asing yang mahu menjatuhkan negara-negara Islam''. - Tun Dr Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia. Laporan KAMARUDIN MAT AKIB ( Berita penuh ms 4 )

FOTO Mohd Yahya Muda | am_ukom@gmail.com

dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said. Baginda turut berkenan melepaskan tiga ekor penyu sebelum menyelam di sekitar perairan Pulau Bidong. Program anjuran Coral Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu diadakan selama empat hari melibatkan kira-kira 70 penyelam. Turut diadakan sempena program itu adalah pertandingan fotografi yang menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM20,500. ``Pertandingan fotografi dasar laut dan pulau peranginan ini diadakan sejak lima tahun lalu melibatkan perairan Terengganu merangkumi Pulau Perhentian, Pulau Tenggol dan Pulau Redang.'' katanya. Katanya, pemilihan pulau-pulau di Terengganu amat bertepatan kerana ia merupakan antara perairan tercantik di negara ini dan di dunia.


2

BIL: 59,

AM

15-30 April 2012

Dana pinjaman perumahan RM50 juta

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU KE-12

Laporan: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman, Esah Abdullah, Suriati Ali dan Fauzi Mohd. am_ukom@gmail.com

K

ebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12, baru-baru ini. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Tuanku Nur Zahirah. Turut hadir Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin; Kerabat-kerabat Raja dan Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja. Keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah ke Sidang Dun disambut oleh Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said beserta isteri masing-masing. Kenamaan lain yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Ketua Polis Terengganu, SAC Dato' Jamshah Mustafa serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ketua-ketua jabatan. Tuanku Sultan Mizan turut berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat daripada Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan dan gabungan Brass Band Rejimen 512 (Askar Wataniah) Kem Padang Midin dan 18 RAMD.

AHMAD SAID

P FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@gmail.com

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diperkenalkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu selepas berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima DUN Terengganu.

Sultan Mizan berangkat rasmi istiadat pembukaan Persidangan DUN Baginda kemudiannya menyampaikan titah Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12. Sultan Mizan menitahkan Adun Terengganu supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Tetap Dewan semasa bersidang agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan dengan teratur, sempurna dan penuh dengan rasa hormat, tanpa mengira ideologi politik.

Baginda bertitah langkah itu perlu kerana matlamat setiap Ahli Dewan Undangan Negeri adalah sama iaitu memberi perkhidmatan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negeri. Pada masa yang sama titah baginda, perpaduan dan kesefahaman adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini. ``Perpaduan dan persefahaman

akan menjamin keharmonian hidup pelbagai kaum. Kita perlu mengambil pelajaran dan tauladan melalui kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyatu padukan golongan Aus dan Khazraj yang begitu lama bertelagah dan berbalah di Madinah, akhirnya dipersaudarakan dengan golongan Muhajirin yang berpindah bersama Baginda dari Mekah,'' titah baginda.

Kerajaan sedia terima penarikan amanat Hadi Mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini Amanat yang dibuat Hadi untuk pecah belahkan umat Islam.

K

erajaan negeri bersedia menerima penarikan semula amanat yang pernah dibuat bekas Menteri Besar, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berhubung isu berimamkan orang Umno tidak sah sehingga mengakibatkan perpecahan di kalan-

gan umat Islam di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan sedia menerima wakil Rhu Rendang untuk membetulkan perkara yang terkandung dalam amanat beliau di Banggol Peradong pada 1982 berhubung isu itu. ``Sehingga kini, pihak kami tidak memperolehi maklumat rasmi mengenai perkara (menarik balik amanat) itu. Bagaimanapun,

amat baik sekali lah jika wakil Rhu Rendang cuba membetulkan semula perkara ini kerana mengikut laporan yang diterima daripada Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) mengenai dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar yang ditemui (penyokong Pas) dan berbincang mengatakan mereka terikat dan terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin (Abdul Hadi) mereka pada masa lalu,'' katanya pada Persidangan

Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Haji Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai ada maklumat yang menyatakan pihak kerajaan sudah berbincang dengan pemimpin Pas bahawa Abdul Hadi bersetuju ke Hulu Besut bagi menarik semula amanat berkenaan.

ersidangan DUN baru-baru ini meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu mengikut Seksyen 10(4) (b) Akta Acara Kewangan 1957 Akta 61. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kelulusan dana pinjaman bernilai RM50 juta itu melayakkan rakyat Terengganu berusia 18 ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM3,000 layak membuat pinjaman sehingga RM50,000. Katanya, apa yang lebih istimewanya dana pinjaman berasaskan Syariah itu mengenakan kadar faedah rendah berbanding pinjaman dengan institusi perbankan lain. ``Penyediaan dana pinjaman perumahan untuk anak Terengganu ini membuktikan kerajaan amat prihatin kepada keperluan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan bagi memastikan mereka mampu memiliki rumah sendiri yang selesa,'' katanya. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, pemohon perlu membina sendiri rumah berkenaan di atas tanah milik pemohon berdasarkan geran hak milik dan perlu mencagarkan geran itu kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (SEDC) bagi memastikan pemohon tidak mengingkari syarat tempoh bayaran balik pinjaman itu. Katanya, pemohon boleh memohon mengikut jumlah diingini dan tidak lebih RM50,000 bagi seorang peminjam serta mematuhi tempoh dan kadar bayaran balik yang di tetapkan. ``Cagaran ini bertujuan memastikan peminjam mematuhi syarat bayaran balik pinjaman kerana kita keluarkan pinjaman yang besar, justeru jika tidak dibayar, ia akan menimbulkan masalah kepada kerajaan,'' katanya.


BIL: 59,

15-30 April 2012

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU KE-12

To’ Puan Hajah Zaitun dilantik Ahli Dewan Negara

P Laporan: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman, Esah Abdullah, Suriati Ali dan Fauzi Mohd. am_ukom@gmail.com

AM

ersidangan DUN Ke-12 barubaru ini, bersetuju melantik To' Puan Hajah Zaitun Mat Amin (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara. Calon yang dicadangkan YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) itu mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam bidang politik

serta aktif memegang pelbagai jawatan dalam persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan sukarelawan. To' Puan Zaitun yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Mangku Negara (AMN) dan Pingat Pangkuan Negara menganggap pencalonannya sebagai Ahli Dewan Negara

adalah sebagai satu tanggungjawab besar dan amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin. Anak kelahiran Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu dan mempunyai enam cahaya mata itu berazam akan membawa agenda serta menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

Tabung kronik bantu 1,204 pesakit

Atas kesedaran kerajaan membantu mengurangkan penderitaan dan bebanan rakyat

T

abung Penyakit Kronik yang ditubuhkan kerajaan negeri sejak dua tahun lalu, sudah membelanjakan sejumlah RM1.8 juta dengan memberi manfaat kepada 1,204 pesakit anak Terengganu yang kurang berkemampuan dan memerlukan rawatan segera. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato' Yahya Khatib Mohamad, berkata sebanyak RM551,300 disalurkan kepada pesakit yang menghidap komplikasi jantung, RM533,395 bagi pesakit buah pinggang dan RM328,188 untuk merawat pesakit barah. Beliau menjawab soalan Haji Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh)

mengenai jumlah pesakit yang mendapat faedah daripada Tabung Penyakit Kronik dan jumlah bantuan yang dikeluarkan sehingga kini. ``Ada juga permohonan beberapa individu yang terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan oleh dana dan kerajaan negeri,'' katanya sambil menambah tabung berkenaan diwujudkan atas kesedaran kerajaan membantu mengurangkan penderitaan dan bebanan rakyat yang memerlukan perhatian segera, terutama yang berdepan penyakit kritikal. Beliau berkata, rayuan itu biasanya dikemukakan kepada agensi kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat, malah ada yang memohon terus

Atasi dua solat satu kariah di Terengganu

``S

ebenaranya sudah banyak usaha-usaha yang sudah dilaksanakan kerajaan termasuklah dengan memberi penerangan mengenai hukum mengadakan dua solat Jumaat dalam satu kariah dan fatwa sudah dikeluarkan pada 1981 mengenai satu kes yang berlaku di Terengganu. ``Selain itu kerajaan juga melihat dan menyiasat perkembangan masjid-masjid tersebut dan apabila ada syarat-syarat yang mencukupi untuk diluluskan.. ada setengah-setengah masjid sudah diberikan kelulusan untuk dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat walaupun dalam satu kampung apabila kampung itu besar, penduduk ramai dan sebagainya,'' kata Haji Khazan Che Mat (Wakil BN-Batu Rakit). Beliau menjelaskan Maidam menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam satu mukim melibatkan panel yang dilantik dari satu pasukan khas yang bebas. Katanya, Jawatankuasa yang dilantik terdiri dari pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) bagi membuat kajian terperinci mengenai punca serta

3

cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah itu. Beliau berkata, mengikut Mazhab Shafie apabila berlaku dua seolat Jumaat dalam satu kampung, masjid yang diberi pengiktirafan dan diperakukan oleh kerajaan itulah yang sah. ``Bagaimanapun, secara umum, dalam keadaan tiada pengiktirafan dan sebagainya, mana-mana yang dulu itulah yang sah. Sebab itulah satu masa dulu sebelum fatwa dan penjelasan dibuat mereka berlumba untuk mengadakan sembahyang Jumaat dengan cepat, supaya mereka dapat buktikan sembahyang mereka sah kerana sembahyang dulu (pertama). ``Yang kedua, jawatankuasa ini baru diwujudkan, sebahagian hasil perbincangan dan kajian belum sesuai untuk dibentangkan dalam sidang dewan kali ini,'' katanya. Sementara Haji Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) turut mencelah supaya Abdul Wahid lebih fokus kerana isu dua solat Jumaat itu penting dan terkandung dalam titah tuanku.

dengan kerajaan negeri. ``Tidak kurang juga kisah malang mereka mendapat liputan akhbar tempatan dan media elektronik merayu simpati dan bantuan orang ramai,'' katanya. Dato' Yahya berkata, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan menyediakan pelbagai skim bantuan untuk golongan miskin dan memerlukan, namun peruntukannya agak terhad. ``Menyedari kelemahan itu, kita mengambil langkah segera dengan menubuhkan tabung ini yang boleh dinikmati seluruh rakyat yang layak dan ia boleh dipohon melalui pemimpin di kawasan masing-masing,'' katanya.

A

YAHYA KHATIB

Rancang bina 10,000 rumah bermula 2008 hingga 2013

Rumah Mampu Milik yang didirikan kerajaan di Pulau Duyung, Kuala Terengganu untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

K

erajaan negeri merancang untuk membina 10,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Kos Rendah (RKR) yang melibatkan 43 projek dengan kos RM700 juta bermula 2008 hingga 2013. ``Daerah Kemaman melibatkan 1,451 unit yang sedang dijalankan dan projek baru sebanyak 500 unit akan dimulakan bulan depan, Kuala Terengganu sebanyak 2,374 unit dan jumlah itu tidak termasuk 1,002 unit yang dibina oleh Kerajaan Pusat di Padang Hiliran (Kuala Terengganu). ``Daerah Besut pula 1,245 unit, Setiu (133 unit), Marang (383 unit), Dungun (1,133 unit) dan Hulu Terengganu (626 unit). Jumlah itu

Adun Batu Buruk mahu jadi `Payangman’!

menjadikan tambahan 6,937 unit yang dicampur dengan 408 unit (perumahan Ladang Tok pelam) dengan jumlah sebenar 7,345 unit dan terbaru tambahan 1,100 unit yang baru dikeluarkan bulan lalu,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Dato' Harun Taib (Pas-Manir). Dato' Seri Haji Ahmad berkata, sebanyak 8,445 unit rumah akan dibina daripada keseluruhan projek perumahan yang sedang dan bakal dilaksanakan di setiap daerah di seluruh Terengganu itu. Selain itu, kerajaan negeri juga berjaya menyiapkan 1,201 unit rumah seluruh Terengganu bermula 2008 hingga tahun lalu.

pabila Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan Pasar Besar Kedai Payang sudah tidak selamat untuk diduduki kerana besi binaan pasar itu telah reput, ada pihak cuba berlagak menjadi `penyelamat rakyat' seperti Superman, Batman atau Payangman! Dalam usaha kerajaan mahu membuat penambah baikan pasar itu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) menjual janji bahawa peniaga tidak akan dipindahkan sekiranya parti itu berjaya menawan Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, pemimpin Pas itu sudah `reput' pemikirannya kerana tergamak menjadikan nyawa peniaga dan pengunjung Pasar Payang sebagai taruhan demi meraih undi pada pilihan raya umum akan datang. ``Lebih dukacita apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok pergi berkempen menggunakan pembesar suara di sana (Pasar Payang) menabur janji sedangkan pasar itu boleh runtuh bila-bila masa. ``Kita dapat laporan daripada JKR dan kita (kerajaan negeri) minta tempoh setahun untuk berpindah, tetapi hanya diberikan tempoh tiga bulan sahaja kerana bangunan itu sudah tidak selamat digunakan, besi telah reput,'' katanya dalam sesi penggulungan Sidang DUN, baru-baru ini. Menurut beliau, apa yang lebih dikesalkan adalah sikap dan kelakuan pemimpin pembangkang yang lebih mementingkan undi politik tanpa memikirkan kesan yang bakal dialami peniaga dan pengunjung pasar yang menjadi tumpuan ramai itu. ``Kalau hendak bermain politik sekalipun mainlah, tetapi kita perlu rasional dan perlu kepada perubahan. Kita tidak mahu suatu hari nanti berlaku perkara yang tidak diingini, kita (kerajaan negeri) dianggap tidak bertanggungjawab,'' katanya. Katanya, keputusan untuk memindahkan kesemua peniaga barangan basah ke Pasar Chabang Tiga, bukan sahaja dilihat sangat bersesuaian, tetapi juga lebih selesa.


4

BIL: 59,

AM

15-30 April 2012

`Demokrasi tanah’ jaga hak rakyat Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri mengamalkan dasar `pendekmorasian tanah' kepada rakyat Terengganu supaya setiap penduduk yang berkelayakan memiliki satu lot tanah pemberian kerajaan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata peraturan itu turut menetapkan setiap rakyat Terengganu yang sudah memiliki tanah dan mampu membelinya sendiri tidak dibenarkan lagi untuk memohon tanah kerajaan bagi memberi peluang kepada rakyat yang tidak berkemampuan. ``Dulu orang yang pandai, cerdik dan ligat dapat tanah. Yang tidak tahu apa-apa langsung tiada tanah. Sekarang kita ada rekod, sebaik sahaja tekan komputer menggunakan kad pengenalan pemohon kita akan dapat mengetahui sudah

berapa banyak mereka mendapat tanah pemberian kerajaan. ``Berapa banyak tanah mampu milik yang dia beli sendiri, kalau sudah ada lima enam lot tanah yang dia mampu tidak payah lagi minta tanah kerajaan. Kesian kepada yang tidak mampu, tanah pun terhad,'' katanya di Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Daerah Hulu Terengganu, di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Wilayah Timur Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat dan Adun Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail. Menteri Besar berkata, setiap suami mahupun isteri juga perlulah mengelak daripada memohon

FOTO Mastura Jamaluddin | am_ukom@gmail.com

Menteri Besar sempat bertanya khabar kepada warga emas iaitu salah seorang daripada penerima geran hak milik tanah di Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini.

untuk kali kedua selepas pasangan masing-masing sudah memiliki tanah berkenaan. ``Jika sudah ada tanah atas nama suami, tidak perlu lagi tanah atas nama isteri. Kalu dulu kita bagi tanah atas tapak rumah, sekarang kita bagi pilihan, sama ada tanah

tapak rumah atau pertanian. ``Kalau tanah pertanian seluas dua hektar, kalau tapak rumah pula berkeluasan satu lot dan ianya terpulang kepada keluasan lot berkenaan. Kadang-kadang enam kadang-kadang lapan lot dan kita tengok atas `layout' yang kita

buat, atas kesesuaian,'' katanya. Pada majlis itu, Menteri Besar menyampaikan geran hak milik tanah kepada seramai 1,372 penduduk Hulu Terengganu yang melibatkan tanah pertanian dan juga tapak rumah.

Lebih 13 ribu peserta e-Kasih Terengganu Pembangkang mahu gadaikan negara Mahathir keluar dari paras kemiskinan dari ms-1

S

eramai 13,119 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh Terengganu `terkeluar' atau berjaya keluar daripada paras kemiskinan daripada keseluruhan 43,344 KIR dalam senarai Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) di seluruh Terengganu sehingga 3 April lalu. Daripada jumlah itu, KIR yang dikategorikan miskin seramai 8,689 orang, miskin tegar 1,099 orang dan mudah miskin 20,437 orang. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Encik Ahmad Sharom Yasin berkata, pihaknya menjalankan proses pemutihan dan kemaskini untuk menentukan pergerakan isi rumah yang melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang bergerak kepada kategori lebih baik atau terkeluar. ``Data bagi mereka yang melepasi PGK per kapita kepada kategori terkeluar masih disimpan dalam e-Kasih. Usaha pemutihan ini juga dapat memastikan bantuan dan projek yang disediakan kerajaan hanya disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Dalam pada itu, beliau berkata Kuala Terengganu mencatat senarai tertinggi dalam e-Kasih iaitu 15,273 orang yang melibatkan

‘‘Pihak kami menjalankan proses pemutihan dan kemaskini untuk menentukan pergerakan isi rumah yang melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang bergerak kepada kategori lebih baik atau terkeluar.'' - Encik Ahmad Sharom Yasin, Pengarah JPP negeri Terengganu.

miskin seramai 3,776 orang, miskin tegar (455), mudah miskin (6,959) dan terkeluar (4,083 orang). Manakala, Besut mencatat KIR kedua tertinggi dengan jumlah 8,015 orang, masing-masing 1,543 orang (miskin), 295 orang (miskin tegar), 3,727 orang (mudah miskin) dan 2,450 orang terkeluar. Katanya, Marang adalah daerah ketiga, iaitu daripada keseluruhan 5,647 orang dalam senarai e-Kasih, 897 orang (miskin), 99 orang (miskin tegar), 1,830 orang (mudah miskin) dan 1,604 orang (terkeluar). Encik Ahmad Sharom berkata, daerah lain adalah Setiu (4,151 orang), Hulu Terengganu (3,512 orang), Kemaman (3,421 orang) dan 3,325 orang di Dungun. ``Data yang diaplikasikan bermula 2008 ini menjadi sistem pengkalan data sebagai rujukan setiap agensi kerajaan terutamanya agensi persekutuan bagi tujuan penyaluran bantuan kemiskinan yang melibatkan dana persekutuan, selain membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan . ``Bermula tahun lalu semua penyaluran bantuan kemiskinan yang melibatkan dana persekutuan menggunakan senarai daftar KIR e-Kasih ini,'' katanya.

P

arti pembangkang di negara ini sengaja merancang demonstrasi seperti Perhimpunan Bersih 3.0 bagi mendapat dana dari negara asing yang mahu menjatuhkan negara-negara Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan parti pembangkang sengaja merancang demonstrasi dan tunjuk perasaan bagi memberi gambaran kepada negara asing seolah-olah rakyat negara ini tidak suka dengan kerajaan sedia ada dan sedang berusaha menjatuhkannya. ``Pembangkang mahu mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan secara berterusan supaya negara asing anggap Kerajaan Malayasia zalim dan rakyat mahu menjatuhkan kerajaan. ``Negara asing akan menyalurkan dana melalui parti pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada,'' katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Bicara Negarawan di Stadium Tertutup Gong Badak, baru-baru ini. Tun Dr Mahathir berkata, pakatan pembangkang yang turut disertai Anwar Ibrahim sangggup melakukan apa saja, termasuk menggadaikan negara bagi memastikan hasrat mereka untuk mengambil alih Putrajaya tercapai.

Justeru itu, beliau berharap rakyat negara ini, khususnya bangsa Melayu dan penganut Islam supaya bersatu dan menolak pemimpin yang mahu merosakkan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam. Dalam perkembangan lain, Yayasan Terengganu (YT) akan mengambil tindakan tegas, termasuk menarik balik tajaan pengajian pelajar tajaannya yang menyertai mana-mana perhimpunan haram, termasuk perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, kata Timbalan Pengarahnya, Encik Razali Mahmud. ``Jika ada pelajar yang didapati menyertai perhimpunan haram, pihak kami akan mengambil tindakan mengikut Fasa 3 (2) Perjanjian Pinjaman antara YT dengan pelajar di mana pinjaman mereka akan ditarik balik dan boleh dikenakan penalti,'' katanya kepada Teganukita. Pelajar yang ditamatkan pinjaman pengajian mereka dikehendaki membayar balik semua wang yang diberi kepada mereka dan dikenakan penalti sebanyak RM20,000 atau sekali ganda jumlah pinjaman. Beliau mengingatkan semua pelajar tajaan bahawa mereka melanggar Fasa 2 perjanjian antara YT dengan pelajar jika mereka menyertai mana-mana perhimpunan haram di dalam atau luar negara.


BIL: 59, 15-30 April 2012

5

EKONOMI sasar Terengganu sebagai hub umrah, haji Koperasi tujuh peratus KDNK menjelang tahun 2013 Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu terus mengukuhkan reputasi sebagai hub penerbangan umrah dan haji di Pantai Timur apabila menjalankan kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan `Saudi Arabian Airlines' bagi memudahkan pengurusan ibadat itu bermula tahun ini. Usahasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kerajaan Terengganu dengan syarikat penerbangan itu turut membantu mempromosikan industri pelancongan negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata penerbangan sulung yang bakal membawa 450 setiap penerbangan dijadualkan pada 25 Mei dan 19 Julai ini dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu secara terus ke Jeddah dan Madinah. ``Kerjasama dengan syarikat Saudi Arabia Airlines ini dilaksanakan berikutan syarikat itu yang kebetulan masih mempunyai hub pendaratan di Malaysia bagi membawa penumpang mengerjakan Haji memberi kesempatan kepada kerajaan negeri untuk membawa syarikat penerbangan ini ke Terengganu. ``Sebagaimana dipersetujui dua penerbangan pada 25 Mei dan 19 Julai. Insya-Allah saya akan menulis surat kepada Tabung Haji dan Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) supaya pada tahun ini diberikan kepada Terengganu sebagai laluan menunaikan haji sebanyak 12 penerbangan dari Terengganu – Jeddah dan Terengganu-Madinah,'' katanya ketika sidang akhbar selepas menandatangani

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

T

itisan kasih, flamingo, fantasia, trologi, merak, bonia dan brush antara teknik dan reka corak terkini sutera digital eksklusif yang ditawarkan Masyitah Sutera di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP). Pengurusnya, Puan Masyitah Alias, 26, berkata reka corak itu adalah yang paling laris dan diminati pelanggan tempatan mahu pun luar Terengganu setiap kali singgah di premis milik keluarga mentuanya itu. ``Sebagai peniaga, saya perlu memahami apa kehendak pembeli kerana cita rasa mereka sentiasa bertukar-tukar mengikut peredaran masa. ``Jika tidak, pasti kedai yang diusahakan bersama suami, Mahatdir Mohd,28, tidak laris dan jauh ketinggalan berbanding premis perniagaan lain,'' katanya. Perniagaan yang diwarisi daripada bapa mentua, Haji Mohd M Kassim, turut menyediakan perkhidmatan tempahan menjahit pakaian seragam batik secara berkumpulan atau dalam kuantiti banyak. Harga tempahan yang ditawarkan serendah RM100 hingga

K

erajaan Terengganu mensasarkan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu sebanyak tujuh peratus menjelang 2013. Sasaran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu itu dijangka akan meningkat tiga peratus menjadi 10 peratus pada 2020 berbanding kini hanyalah sekitar satu peratus sahaja. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri bersama SKM negeri akan terus menggiatkan lagi pendaftaran koperasi baru, selain menambah nilai koperasi sedia ada. ``Kerajaan negeri mensasarkan 600 buah koperasi di negeri ini menjelang 2013. Pada 1 Julai tahun lalu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri telah melancarkan 1 Kampung, 1 Koperasi. ``SKM juga dengan kerjasama jabatan hal Ehwal Agama Terengganu sedang giat menubuhkan koperasi di setiap khairiah masjid di seluruh negeri,'' katanya ketika merasmikan Majlis Himpunan Koperator Satu Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamed Awang Tera; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusuf Samsudin dan Pengarah SKM Negeri Terengganu, Encik Osman Ismail. Menteri Besar berkata, bagi merancakkan lagi penubuhan koperasi baru, kerajaan negeri turut bersetuju memberi bantuan kepada koperasi baru peringkat kampung dan komuniti yang menunjukkan prestasi baik dan boleh berdaya saing yang melibatkan dana RM10,000 setiap satu. Katanya, sebanyak 10 koperasi menerima faedah itu pada tahun lalu, manakala jumlah itu meningkat sebanyak RM100,000 pada tahun ini. Untuk rekod, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 492 koperasi di seluruh Terengganu dengan 236,756 orang ahli keseluruhannya. Sementara modal syer dan yuran berjumlah RM182,234,150.23 dengan aset RM375,449,185.88 selain urusniaga pada 2011 berjumlah Rm297,808,470.49.

Pertukaran MoU antara Kerajaan Terengganu dengan Saudi Arabian Airlines disaksikan Menteri Besar.

MoU itu, di Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said; Pengurus Besar Jualan dan Hasil Pengurusan Umrah dan Haji, Sameer A Khayatt. Menteri Besar berkata, kerjasama ini memberi kemudahan kepada jemaah dari Terengganu dan Pantai Timur amnya sekaligus meletakkan negeri ini sebagai hub umrah dan haji Pantai Timur. Sebelum ini, katanya Kerajaan Terengganu melaksanakan penerbangan umrah dan Haji sepanjang empat tahun dengan Sistem Penerbangan Malaysia (Mas), bagaimanapun usaha itu gagal diteruskan kemungkinan akibat

RM250 sehelai bergantung kepada kualiti dan jenis kain. Menurutnya, persaingan antara peniaga lain antara cabaran yang perlu ditempuh kerana pada masa sekarang begitu ramai individu yang meminati bidang jualan kain. ``Saya menganggap semua itu persaingan positif yang boleh mematangkan lagi Masyitah Sutera yang sudah bertapak di PBKP hampir 30 tahun ini. ``Alhamdullilah rezeki saya bertambah setiap kali tiba musim cuti sekolah dan ketika ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kadar harga yang ditawarkan kami juga berpatutan dan boleh dirunding,'' katanya. Menurutnya, dia memanfaat sepenuhnya apabila tiba musim kemuncak itu dengan

daripada masalah rombakan organisasi MAS atau kekurangan pesawat. ``Oleh itu, kerajaan negeri dengan nasihat Duta Malaysia di Arab Saudi, Dato' Syed Omar Al-Asagoff serta bantuan penasihat yang dilantik memulakan rundingan dengan penerbangan Arab Saudi sejak dua bulan lalu serta membuahkan hasil yang dimeterai secara rasmi hari ini. ``Bagi sektor pelancongan pula, penerbangan terus dari Jeddah dan Madinah ke Terengganu dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sekaligus mampu memajukan sektor pelancongan negeri yang kaya dengan pulau dan pantai menarik serta Tasik Kenyir yang sedang dibangunkan sebagai eko-pelancongan serta pulau bebas cukai,'' katanya.

`Titisan kasih’ Masyitah Sutera menawarkan harga serendah yang mungkin supaya pelanggan mampu memiliki produk yang ditawarkan, malah akan mengunjungi ke kedainya lagi selepas itu. ``Rata-rata pelanggan yang datang ke kedai saya semuanya menyatakan puas hati dan memuji kerana corak dan jenis kain yang dijual moden dan terkini. ``Pembeli luar Terengganu lebih menggemari sutera, batik lukis dan songket asli kerana di tempat mereka sukar untuk memperolehnya,'' katanya. Masyitah Sutera yang dibuka jam 9.00 pagi hingga 6 petang itu turut mempunyai cawangan di tingkat 2, Bazar Warisan.


6

BIL: 59,

15-30 April 2012

RENCANA

Patuhilah keputusan Jawatankuasa Fatwa

Catatan Pengarang

K

eputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bahawa haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara amatlah dialu-alukan. ``Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah,�

Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak. Jawatankuasa itu dianggotai oleh mereka yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, termasuk 14 orang Mufti Negeri Negeri dan setiap keputusan dibuat tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak. Bukan hal demonstrasi sahaja, muzakarah itu

turut memutuskan gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam. Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Jawatankuasa Fatwa memutuskan umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT. Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada pihak yang terbabit dengan LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosalah jawabnya.

Isu tanah: Yang melaungkan siri 5 pencuri! pencuri! sebenarnya . i g a l k o d IngatOrang teganu??? dialah pencuri

ANALISIS

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

B

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

ila Pas bangkit isu tanah, akhirnya terpercik ke muka sendiri. Penyokong-penyokong mereka diperalatkan mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng, rampas tanah dan sebagainya. Rupanya bila Yang Berhormat Alias Abdullah (Ahli Dewan Undangan Negeri-Adun, Alor Limbat) memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri, terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian. Namun begitu, mengikut YB Alias, pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan tertentu, tetapi mereka yang menguasai syarikat dan badan itu. YB Alias memberitahu persidangan DUN Terengganu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja. YB Alias memberitahu persidangan DUN, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail. Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri untuk menipu rakyat dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan tertentu, tetapi mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin. YB Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000.00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431). YB Alias mendedahkan kepada DUN, Persatuan Khairunisa' (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok. Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam. YB Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Imbas kembali tanah rakyat dirampas kerajaan Pas ketika memerintah Terengganu 1999-2004.

kepada syarikat milik Dr.Sulaiman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar. YB Alias juga memberitahu DUN, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya. Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri. PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 59, 15-30 April 2012

RENCANA

7

Apabila `tali lembu’ Ambiga sampai ke Mesir WAKAF RAKYAT Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

R

usuhan, tembakan dan kematian – situasi yang bermula di Dataran Tahrir, Mesir pada Disember 2011 itu cukup menggerunkan. Bukan soal masa depan Presiden Hosni Mubarak yang terlalu difikirkan, apa yang lebih penting perhitungan hidup atau mati ribuan rakyat Malaysia termasuk anak Terengganu yang berada di negara bergolak itu. Walaupun tidak menjaja slogan `Negara Berkebajikan', prihatin dan amanah kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi pujian melambung termasuk pemimpin Pas kerana menanggung kos tiket penerbangan 553 pelajar Terengganu pulang dari Mesir. Tanpa mengira fahaman politik, kerajaan negeri membelanjakan RM1.4 juta lagi untuk menghantar balik 621 penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi meneruskan pengajian termasuk pelajar persendirian. Namun, masih ada suara `jijik' pemimpin Pas yang berfikiran zaman batu mendakwa pertolongan itu tidak ikhlas, hanya untuk meraih undi pilihanraya. Busuknya hati manusia bernama `Pemimpin Pas'. Pada ketika bumi Mesir disimbah darah pertempuran dan dilayur api rusuhan, dimana pemimpin Pas? Tetapi, dalam soal mewujudkan `ukhwah' bagi menyebarkan doktrin politik `rimba' kepada pelajar Terengganu di Mesir, Pas adalah juara! Namun, perangai tidak tahu di untung segelintir pelajar terbabit bukan mengejutkan! Kerana itulah hasil `tarbiah dan usrah' yang diberikan oleh pemimpin Pas dan `duta' parti itu di Mesir. Mungkin bagi penuntut berkenaan, Kerajaan BN Terengganu melalui YT atau Maidam tidak cukup berjasa sekadar membiayai pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka sebanyak RM24,000 setiap pelajar bagi kursus Pengajian Islam dan RM300,000 untuk kursus Perubatan. Bagi `budak' itu, pemimpin Pas mungkin lebih bagus kerana `rajin' berceramah dan mengutip derma, berbanding YT yang mengeluarkan peruntukkan besar RM106 juta tahun ini untuk membiayai pengajian lebih 3,000 pelajar termasuk 545 penuntut di 12 buah negara. Barangkali, pelajar itu merasakan Dato' S. Ambiga lebih mulia berbanding YT yang membelanjakan lebih RM400 juta sejak ditubuhkan pada tahun 1972 untuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada anak Terengganu melanjutkan pengajian. Terpesona dengan `kebajikan' Ambiga yang sanggup memberi khidmat guaman percuma kepada orang Islam yang mahu `MURTAD', mereka `persetankan' perjanjian yang dipersetujui bersama YT. Sebaliknya `tunduk' kepada kempen Ambiga dan Pakatan Rakyat dengan menyertai perhimpunan pertubuhan haram, Bersih

Geng `hingusan’ 17 pelajar itu bukan sahaja jahil mengenai peraturan Perjanjian Pinjaman YT, malah kata mereka 9 pelajar itu berhak untuk berhimpun, berdemontrasi dan memakai baju Bersih.

2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah pada 9 Julai tahun lalu bersama kirakira 300 pelajar lain dari Malaysia. Kempen perhimpunan Bersih yang dikepalai Ambiga menarik penyokong tegar berkumpul di sekitar Kuala Lumpur dan `tali' untuk `memperlembukan' pelajar-pelajar itu menjalar jauh hingga ke Mesir. Seperti yang selalu disebut Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ``tidak ada guna kita memberi parang kepada seseorang jika akhirnya orang itu akan memenggal kepala kita dengan parang yang kita beri''. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tindakan wajib diambil kepada pelajar yang mencabar kewibawaan Yayasan Terengganu dan tidak mengenang budi itu, untuk kebaikan generasi pelajar akan datang. Tidak patut wang rakyat jutaan ringgit dilabur kepada orang yang lebih pentingkan kejayaan Ambiga menganjurkan Bersih 2.0 daripada menumpukan sepenuhnya kepada pengajian dan pembatalan pinjaman kepada sembilan pelajar Universiti Al-Azhar itu dibuat sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah YT pada 20 Februari lalu. Selepas surat tunjuk sebab diberikan kepada pihak YT, tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan mengaku terlibat dalam perhimpunan itu dan turut menurunkan tandatangan menyokong agenda tuntutan Bersih. Amalan biasa pemimpin Pas, mereka akan tampil sebagai `wira rakyat' apabila wujud situasi yang boleh menguntungkan parti mereka. Dalam masa sama, BN akan dipersalahkan dan akhirnya penyokong Pas diperbodohkan. Pemimpin Pas dan Ambiga sebenarnya

perlu bertanggungjawab kerana dalam keghairahan mengejar kuasa mahu merampas Putrajaya, mereka terlupa ada golongan yang menjadi mangsa agenda politik murahan, iaitu pelajar. Dalam kepala otak pemimpin Pas, semua pihak perlu bersama mereka menggerakkan `perubahan' bagi memenangkan `pelakon filem porno' bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Bagi sembilan pelajar terlibat perhimpunan di Mesir, mereka merasakan `lantak aku nak buat apa' dan tidak terikat dengan mana-mana perundangan seperti pelajar dalam negara. Suka atau tidak dengan keputusan YT, terimalah hakikat pemimpin Pas dan Ambiga hanya golongan untuk hidup `terpekik terlolong'. Bila ditimpa kesusahan akibat perbuatan sendiri, sembilan `budak hitam' itu kembali merayu kepada YT. Sembilan penuntut `kepala masuk air kuning' itu telah merayu kepada YT agar dikembalikan semula nikmat yang diberikan Kerajaan BN setelah didapati dengan jelas dan nyata melanggar fasalfasal tertentu dalam Perjanjian Pinjaman Yayasan Terengganu. Fasal 2 Perjanjian Pinjaman YT menyebut bahawa penuntut tidak boleh, 2(a) ``mengambil apa juga bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk per-

asaan di mana-mana tempat..''. Fasal 2 (b) pula melarang penuntut ``menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara, atau mengambil apa jua bahagian dalam tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apaapa pertubuhan..'' Kesan kepada apa-apa pelanggaran dinyatakan dalam Fasal 3 perjanjian: 3(2) Lembaga boleh menurut budi bicara mutlaknya menamatkan perjanjian ini..”. Perjanjian yang mereka sendiri fahami dan tandatandatangani sudah jelas! Mengenai memorandum yang diserahkan beberapa `ketul’ahli Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) kepada YT dan Kerajaan Terengganu pada 1 April lalu disifatkan sebagai tindakan `membabi buta’. Geng `hingusan' 17 pelajar itu bukan sahaja jahil mengenai peraturan Perjanjian Pinjaman YT, malah kata mereka sembilan pelajar itu berhak untuk berhimpun, berdemontrasi dan memakai baju Bersih. `Budak' Gempur cuba menunjukkan mereka `ada telur' dengan menyerahkan memorandum berunsur ugutan terhadap Kerajaan Terengganu melalui tuntutan No.4 kumpulan itu. Dalam hal ini, Kerajaan Terengganu atau YT sebenarnya boleh membuat laporan polis kerana ugutan mereka mahu mengumpul `suku sakat' kumpulan itu bagi membuat perhimpunan bantahan dengan skala lebih besar. Lebih melucukan, Presiden Gempur, Muhammad Syahmi Hazim Mohd Ithnin merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berasal dari Johor. Agak aneh apabila `makhluk' dari Johor cuba menjadi pejuang anak Terengganu! Apa maknanya `Mahasiswa Pantai Timur' jika kepalanya `lanun' daripada Johor. Malah ada juga dari Selangor, Pulau Pinang dan Perak.


8

BIL: 59,

15-

RENC

Terengganu bangu masjid meneru

41

Dibina di seluruh negeri dengan kos k kira-kira RM200 juta.

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal di Terengganu tanpa membelakangkan tuntutan serta keperluan rohani khususnya dalam mendirikan kemudahan ibadat seperti surau dan masjid untuk keperluan seluruh umat Islam di negeri ini. Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), sebanyak 41 masjid dibina di seluruh negeri dengan kos keseluruhan kira-kira RM200 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak 22 masjid

dibina pada 2 dan masing-ma pada tahun lal Kira-kira 65 projek pemban sehingga tahu masih dalam k Antara mas termasuk Mas Masjid Kamp Takir), Masjid K Sentul Patah ( Mempelam da Terengganu.


-30 April 2012

CANA

unkan usi RMK9

keseluruhan

2008, diikuti 2009 (tujuh masjid) asing 2010 (10 masjid) serta dua lu. 5 peratus daripada keseluruhan ngunan masjid itu berjaya disiapkan un lalu, sementara 14 masjid lagi kerja pembinaan. sjid yang sedang dibangunkan sjid Raja Bukit Besar (Ladang), pung Wakaf Baru (Seberang Kampung Pauh Telemong, Masjid (Rhu Rendang) , Masjid Banggol an Masjid Kubang Parit, Kuala

9


10

BIL: 59,

15-30 April 2012

PELANCONGAN

DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

Semarak penyatuan dari akar umbi

T

anggungjawab komuniti kampung mengekalkan semangat perpaduan di kalangan penduduk setempat begitu besar bagi memanjangkan hayat kerajaan yang memerintah di mana penyatuan itu pastinya bermula dari akar umbi. Perpaduan dan semangat kerjasama yang dipupuk berkembang menjadi budaya dan ikutan dari generasi ke generasi serta kekal sebagai wadah penting dalam masyarakat hari ini dan akan datang. ``Melentur buluh biar dari rebungnya dan bila dewasa sekurang-kurangnya mereka ingat didikan yang diterima semasa kecil,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Enam, Banggol Air Lilih, Haji Aziz Ali,59. (gambar).

Bagi Haji Aziz, tugas ketua kampung sama seperti tanggungjawab seorang bapa yang ingin memastikan setiap ahli keluarga mendapat makan pakai yang cukup dan anakanak mendapat didikan agama yang sempurna. Terletak dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus dengan kapasiti penduduk 1,183 orang beliau berjaya membawa kampungnya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan peti undi yang diadakan baru-baru ini. Aktiviti yang dilaksanakan untuk penduduk kampung perlu mengikut

kesesuaian contohnya dalam keadaan sekarang ketika semua sedang menunggu pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan dibuat oleh Perdana Menteri. Sebagai badan induk dalam kampung yang menjadi jurucakap, mata dan telinga parti memerintah, beliau yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun berkhidmat dengan angkatan tentera sentiasa peka terhadap kemungkinan dakyah dari luar yang cuba meracuni pemikiran rakyat selain menyerapkan disiplin dalam setiap urusan. Bapa kepada enam anak dan empat cucu ini sudah berkhidmat selama 22 tahun sebagai ketua kampung sentiasa berada di posisi tengah, agar keadilan sentiasa berpihak kepada penduduk tempatan dan berusaha menjadi seorang pendengar setia setiap kali dikunjungi

golongan yang tidak berpuas hati. ``Kebajikan penduduk perlu dijaga dan memastikan tiada pihak tercicir dari mendapat pembelaan, malah tiada rumah yang bocor ketika hujan dan jangan ada yang tercicir pelajaran akibat kemiskinan,'' katanya. Haji Aziz yang menerima anugerah kerajaan negeri menunaikan fardu haji ke Mekah pada 2010 dan membawa bersama isteri, Hajah Salimah Abd. Ghani turut berperanan sebagai Ketua Umno cawangan, Pengerusi Taman Bimbingan Kanak-kanak (TBK) Pengerusi Pengundi Luar, `polling agent' dan `counting agent. ``Bukan bersifat `tamak' jawatan sebaliknya suatu pengorbanan demi membantu kelancaran perjalanan organisasi untuk memastikan rakyat terus dapat menikmati kehidupan selesa di bawah BN,'' katanya.

Di sebalik

Pantai Penarik RIADAH

ai r laut membi ru yang bersih dan itu. lagi, struk tur Oleh: Suriati Ali Lebih menarik aliasuriati@yahoo.com tersohor iaitu beberapa pulau i lau Bidong, dan engetahu Pulau Redang, Pu ika anda ingin m dapat dilihat t kampung Pulau Perhentian cara masyaraka Penarik. masin, dari pesisir Pantai memproses ikan menjual pelbk keping, Deretan gerai ikan bilis, keropo pan laut seperti g kering, silalah agai spesies hidu sotong dan udan m dan udang ntai Penarik, ikan, sotong, keta berkunjung ke Pa enjadi pilihan ereka sedia segar sentiasa m Setiu, kerana m jalan raya di an serta tunjuk ramai pengguna memberi jawap kawasan itu. ajar. inggu dan cuti at ap rd te , gi pa Pada hujung m Hampi r setiap , mai termasuk uduk kampung sekolah, orang ra beberapa pend Terengganu ibu setia dengan pengunjung luar memterutama kaum angnya gambil peluang en em m m se sti pa ng ya itu ak tiviti asing-masing r rezeki tambabawa keluarga m menjadi sumbe n berkelah. luarga masinguntuk beriadah da han kepada ke terutama lu lagi. Bagi penduduk masing sejak du di perkampunma itu sinonim golongan muda Ak tiviti seumpa gemar menjadi Penarik kerana gan itu, mereka dengan Pantai i lokasi bagi tua keluarga pantai itu sebaga kebanyakan ke si peluh dengan rhampi ran loka menegeluarkan yang tinggal be pak pantai dan ki di laut. bermain bola se itu mencari reze er lum senja meira 71 kilomet bola tampar sebe Terletak ki ra-k Kuala Tereng nyinsing. dari Bandar Raya Setiu (MDS) an as w ka di Majlis Daerah ganu dan berada memperinnelayan mem sentiasa berusaha perkampungan lancongan rpe ong seakan te dahkan destinasi buatkan pelanc raf kemuta ai k indahan pant itu dengan menai pikat dengan ke

J

enanam dahan sedia ada, m n tidak lupa ratusan pokok ru da jalan sematamenambah lampu ri keselesaan mata ingin membe t pengunjung dan menarik mina ke Pantai Penarik. mu mata me Ketika ralit menja an hamparan nyaksikan keindah emutih, pasir pantai yang m atkan supaya pengunjung dinasih titiviti merbatidak melakukan ak di kawasan haya ketika berada rmain ai r dan pantai termasuk be mandi.


11

BIL: 59, 15-30 April 2012

AGAMA

Apa yang kau cari?

P

ertama-tamanya kita bersyukur ke Hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dihidupkan dalam sebuah Negara yang aman damai, maju dan makmur, walaupun beberapa ancaman tercetus, samada sebelum mahupun selepas merdeka. Sekalong tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh Pasukan Keselamatan Negara kerana menjaga keamanan Negara yang tercinta ini. Forum kali ini mengajak pembaca semua bermuhasabah apa yang anda cari sebenarnya? Tidakkah anda merasa risau terhadap masa depan Negara ini, apabila menyaksikan beberapa gelagat generasi muda-mudi hari ini yang semacam tiada matlamat hidup. Apa tidaknya... Tengok orang pakai seluar lusuh,

engkau pakai seluar lusuh. Tengok orang pakai baju sendat, engkau pun pakai baju sendat. Tengok orang pakai subang sebelah, engkau juga pakai subang sebelah. Tengok orang bertatu, engkau juga buat tatu. Tengok orang berarak, engkau pun pergi berarak. Tengok orang buat perhimpunan, engkau pun join sama. Tengok orang demonstrasi, engkau pun turut demonstrasi.

Dan entah apa lagi selepas ini... Wahai anak-anak muda, apa sebenarnya yang kau cari ? Sedarkah anda, siapa dalang disebalik semua penganjuran itu? Tidakkah anda sedar akan racun-racun berbisa di sebalik trend, fesyen dan gaya hidup moden yang dipamerkan? Konon, atas dasar hak-hak kebebasan individu. Tidak dinafikan, memang sebagai

manusia kita mempunyai kebebasan dan kuasa memilih. Tetapi perlu diingat bahawa sebagai seorang muslim, kebebasan itu tidaklah bersifat mutlak. Dalam erti kata yang lain, dalam hidup ini kita tidaklah bebas sebebas-bebasnya, sehingga tiada had dan sempadan. Sempadannya ialah hukum syariat yang ditetapkan iaitu halal, haram, wajib, sunat, harus, makruh, sah dan batal. Inilah sempadan yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi mempastikan kemuliaan darjat kita sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Ilahi bagi membezakan kita dengan makhluk-makhluk yang lain. Al-Quranul Karim menegaskan bahawa Allah SWT menjadikan kita makhluk yang paling mulia. Persoalannya, dengan apakah mulianya kita berbanding makhluk-makhluk yang lain ? Adakah dengan fizikal? Saya tidak fikir begitu. Apakah dengan rupa paras dan kecantikan yang dimiliki? Saya juga tidak fikir begitu. Tetapi sebenarnya kita mulia dan lebih mulia berbanding makhluk-makhluk yang lain dengan sebab kita mempunyai akal fikiran yang waras dan hati nurani yang halus. Melaluinya kita dapat berfikir, menilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya mana yang baik dan mana pula yang buruk. Melaluinya kita tidak menjadi Pak Turut yang menari mengikut gendang yang dipalu. Apakah kita rela menjadi seperti Pak Kadut yang menang sorak kampong tergadai ? Justeru, gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum berbuat sesuatu. Jangan mudah larut dengan persekitaran. Jadikanlah kesilapan lalu sebagai sempadan. Binalah matlamat hidup yang cemerlang. Ikutlah resmi ikan yang tidak pernah masin, walaupun hidup dalam lautan sejak berzaman. Bangunlah daripada kelalaian. Jadilah umah yang merdeka. Jangan lagi anda menjadi kuda tunggangan mereka yang berkepentingan. Sedarlah, betapa Yahudi Zionis tidak pernah berhenti mencemburui kejayaan kita umat islam. Mereka akan terus mencetuskan propaganda dan meledak-

Gelagat anak muda hari ini bagaikan hilang arah dan tiada matlamat hidup. kan berbagai fenomena untuk melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap agama, Negara dan bangsa. Mereka akan bermati-matian berusaha merosakkan akidah, kerukunan institusi keluarga dan jalinan ukhuwwah kita. Kerana itu, ALLAh SWT mengingatkan kita terhadap tipudaya mereka menerusi firmanNya di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: “ orang-orang Yahudi dan Nasara tidak akan redha kepadamu, wahai Muhammad, sehingga engkau mengikuti agama mereka.”

Kita juga jangan lupa dendam kesumat bangsa Yahudi Zionis kepada kita umat islam. Berbagai agenda jahat dan tipudaya ditaja dalam bentuk yang mempesonakan untuk merosakkan dan memusnahkan kita. Baik di Timur mahupun Barat. Sejak dahulu hingga sekarang, mereka tidak akan berpuas hati selagi kita tidak musnah. Lihatlah, betapa banyak Negara-negara islam yang musnah dek racun-racun berbisa yang ditaburkan. Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana nasib umat islam di Negara- Negara Asia Barat seperti Iraq, Libya, Tunisia, Mesir, Yaman dan Syria. Betapa banyak nyawa umat islam melayang ? Betapa ramai anak-anak menjadi yatim piatu? Betapa ramai isteri-isteri kehilangan suami tercinta? Betapa banyak hasil mahsul Negara mereka dirampas. Inilah bentuk penjajahan moden tajaan Yahudi Zionis.

Percayalah saudara, perencanaan mereka begitu licik. Mereka sentiasa menimbulkan keraguan demi keraguan terhadap kebenaran ajaran islam. Bahkan mereka sanggup membelanjakan berbilion USD bagi mencapai misi jahat mereka di seluruh ceruk rantau. Hatta ke Negara kita Malaysia. Konon atas dasar hak-hak kebebasan individu, mereka lancarkan kebebasan LGBT, Pluralisme dan Liberalisme Agama. Mereka memperkenalkan program–program hiburan yang melampau dengan berbagai teknik dan skima. Mereka menganjurkan hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan yannng sah. Mereka menyalakan api-api sentiment perkauman. Lalu tercetuslah perhimpunan. Mogok dan demonstrasi, termasuklah perhimpunan BERSIH, gerakan pembaptisan dan seumpamanya lagi. Apapun, ingatlah akan peringat Nabi SAW yang bermaksud : “ Jangan kalian menjadi Pak Turut. Di mana , sekiranya orang lain berbuat baik, engkau turut berbuat baik. Tetapi, jika orang lain berbuat jahat, engkau pun turut sama berbuat jahat. Sebaliknya, binalah jatidiri anda sendiri. Di mana, sekiranya orang lain berbuat baik, engkau berbuat baik. Tetapi sekiranya mereka berbuat jahat, engkau tetap berbuat baik.”

MIMBAR Sumber : JAKIM

“ ‫“ رافوه إيمان رونتوه فرفادوان‬


12

BIL: 59,

15-30 April 2012

RENCANA JABATAN & ANDA

BELIA

SPR pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

Kelab Motosikal pengikut MB Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

K

erajaan negeri bercadang mengumpul semua kelab motosikal di negeri ini di bawah satu bumbung untuk bernaung menerusi kelab baru yang lebih besar iaitu Kelab Motosikal Pengikut Menteri Besar . Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, jika semua program berjalan lancar ia akan direalisasikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap generasi belia bermotosikal di negeri ini. ``Menerusi kelab baru itu, pelbagai program dapat diatur dengan lebih terancang dan setiap ahli berdaftar akan dibekalkan dengan pelekat rasmi,'' katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Belia dan Beliawanis Bermotor di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat. Program dua hari itu telah menarik penyertaan lebih 5,000 ahli kelab motosikal dari seluruh negeri. Pada majlis itu, Dato' Seri Haji Ahmad turut menyerahkan insentif sebagai penghargaan kepada ahli Kelab Motosikal 71 dan meluluskan modal permulaan RM50,000 kepada kelab itu untuk membuka bengkel motosikal bagi memberi

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sempat bertanyakan sesuatu kepada belia pada Majlis Ramah Mesra Bersama Belia/Beliawanis bermotor di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini.

Pendekatan yang digunakan kerajaan negeri sejajar dengan hasrat untuk melihat golongan belia di Terengganu menjadi lebih berwawasan dan berdikari pada masa depan. lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka. Katanya, pendekatan yang digunakan kerajaan negeri sejajar dengan hasrat untuk melihat golongan belia di Terengganu menjadi lebih berwawasan dan berdikari pada masa depan. Kelab Motor 69 dan Benetton antara yang turut menerima insentif berkenaan . ``Kita juga merancang untuk menghimpun belia motosikal dengan skala lebih besar selepas ini. Kerajaan negeri tidak akan meminggirkan belia bermotosikal,'' katanya.

S

uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari sejak awal bulan lalu. SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, senarai itu dipamerkan selaras

dengan kehendak Peraturan 13(5), Perat u ra n-Pe raturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/ Rukun Tetangga/Balai Raya/ Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34). Menurut suruhanjaya itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov. my.

Para belia berebut-rebut bagaikan tidak sabar untuk menjadi ahli Kelab Motosikal dan berjumpa dengan pemimpin nombor satu negeri sambil menjayakan Majlis Ramah Mesra bersama Belia/Beliawanis Bermotor.

Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini. ``Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut,'' menurut SPR. Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai

boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C dan tidak melebihi 20 orang, kata

kenyataan itu. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan. ``Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu,'' kata kenyataan itu. SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya. ``Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik,'' katanya. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.


BIL: 58,

13

15-30 April 2012

AM

Tuduh SPR, demontrasi `penyakit’ pilihan raya Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

P

emimpin Pakatan Rakyat akan terus menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih selagi impian mereka untuk menawan Putrajaya gagal walaupun badan itu berjaya membuktikan pengurusan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil. Bukan itu sahaja malah, golongan

yang disifatkan sebagai `kemaruk kuasa' itu akan terus menanamkan persepsi buruk terhadap SPR supaya setiap kekalahan parti itu dalam pilihan raya boleh dikaitkan dengan sistem yang berat sebelah. Sehubungan itu Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta rakyat membuka mata dan tidak terpengaruh dengan `permainan' pihak pembangkang kerana SPR telah berusaha membuat penambaikan agar sistem

pilihan raya negara ini berada di tahap terbaik. ``Sekiranya mereka kalah pada PRU-13 saya nampak mereka akan cuba mencetuskan huru-hara atas alasan SPR tidak adil. Huru-hara penting bagi mereka untuk elakkan parti itu malu dan derma yang banyak dikutip tidak dipertikaikan penyokong sendiri. ``Sebenarnya mereka sengaja tanam persepsi-persepsi ini bagi menunjukkan jika mereka kalah

bukan kerana rakyat tidak sokong mereka tetapi kerana SPR jahat dan kerajaan zalim,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika pada majlis Gerakan Daya Wawasan di Bandar Seri Bandi, Kemaman, baru-baru ini. Dalam perkembangan berkaitan Dato' Seri Haji Ahmad mengingatkan rakyat tidak panik atau tekejut dengan siri rusuhan, perarakan dan tunjuk perasaan anjuran pihak pembangkang.

`Teganu Kita’ bersiaran setiap Khamis di TV3

Kompleks Imtiaz Besut bukan `gajah putih’

Y

ayasan Terengganu (YT) sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan program pendidikan secara usahasama dengan beberapa universiti luar negara di Kompleks Imtiaz Besut. Pengarahnya, Haji Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir. Beliau menjelaskan, pada masa sama, kompleks yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu mampu menempatkan 1,000 pelajar elit apabila siap dibina menjelang 2014. ``Ini bermakna, kompleks ini bukan sahaja untuk penempatan kira-kira 1,000 pelajar elit, malah, kita akan melaksanakan program pendidikan dengan universiti di Jordan dan Mesir. ``Jadi, kita minta orang ramai

RENCANA KHAS Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

N

asi sudah menjadi bubur. Keputusan muktamad dan tegas kerajaan negeri menarik balik pinjaman Yayasan Terengganu terhadap sembilan pelajar yang terbukti terbabit perhimpunan haram Bersih di Dataran Hayyu Asyier, Mesir, wajar menjadi panduan dan pengajaran kepada semua khususnya golongan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. Tuduhan pihak penentang kerajaan yang mengatakan kerajaan `zalim' dan `mengkhianati' anak bangsa kerana tindakan yang `sudah terang lagi bersuluh' terhadap pesalah ini, memang tiada asasnya. Umum sedar, Kerajaan Terengganu membelanjakan ratusan juta setahun demi memperkasakan pendidikan anak negeri termasuk mem-

supaya bersabar dan mengikis persepsi negatif kononnya kompleks ini akan jadi `gajah putih'. Sebenarnya kita sedang dalam proses perancangan untuk memastikan kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya,'' katanya, baru-baru ini. Beliau mengulas keluhan `Anaknya Hafiz' dalam ruangan forum Utusan Malaysia semalam yang khuatir kompleks berkenaan bakal menjadi projek `gajah putih' apabila gagal dimanfaatkan oleh para pelajar secara keseluruhannya. Haji Zakaria seterusnya menyatakan keyakinannya bahawa program pendidikan dengan universiti luar negara itu turut memberi peluang kepada pelajar menyambung pengajian di kompleks tersebut sebagai persediaan sebelum ke universiti kelak. Menurutnya, pihaknya kini

R

Kompleks Imtiaz Besut bakal dijadikan tempat melaksanakan program pendidikan secara usahasama dengan universiti luar negara.

memberi tumpuan menyiapkan pagar untuk keselamatan kompleks berkenaan daripada sebarang pencerobohan.

Buat sementara waktu, kesemua 500 pelajar Kompleks Imtiaz Besut terpaksa ditempatkan di bangunan baru di Kampung Pelagat, Besut.

Pengajaran buat mahasiswa yang `kurang cerdik’ biayai pengajian mereka ke luar negara. Manfaat itu harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh golongan cerdik pandai agar apabila pulang ke tanah air nanti mereka menjadi insan berilmu dan berguna. Mereka harus menghindari diri daripada menjadi `perosak' kepada agenda kerajaan kerana terpengaruh dengan sentimen politik lalu menyertai kumpulan penentang dalam program yang jelas melanggar undang-undang negara. ``Buat demonstrasi..kutip derma...kutiplah. Biar Pas pula tanggung (pengajian pelajar terlibat)..Mahu tunjuk simpati kononnya. Kutip tabung `celeng' untuk pelajar. Lepas itu.. tiga bulan akan datang senyap, reda .

``Rakyat jangan terkejut dengan perarakan bersiri atau tunjuk perasaan bersiri yang diadakan pembangkang. Itu kerja biasa pemimpin pembangkang bila pilihan raya makin hampir. ``Mereka hanya mahu tunjuk kuat, mahu rakyat nampak Kerajaan BN sudah hilang sokongan dengan mengadakan demontrasi. Bagi kita, itu taktik lama yang sudah ada dalam poket kita,'' katanya sinis.

``Macam kes yang lepaslepas lah. Kena tangkap polis, masuk dalam dalam jel sekejap, penuh penyokong Pas menunggu dan keluar sahaja dari jel mereka disambut seperti wira. Anak jugak yang kelaparan di rumah,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di satu majlis di Hulu Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata, apabila berdepan dengan hukuman pastinya memberi kesan kepada keluarga. Bagaimanapun, berbalik kepada fitrah alam, sesiapa sahaja yang jelas melakukan kesalahan pasti berdepan hukuman. ``Ini masalahnya, sepatutnya kita kena fikir kerajaan suruh belajar, beri `pitih' suruh belajar, bukan suruh main politik. Siap berkhemah pula,

jenis apa macam tu? Memang hendak kena lah tu (hukuman). Mereka tidak sedar, ego mentang-mentang masuk universiti.. mencampuri puak Pas, PKR. Kalau gagal siapa rugi? Masuk jel siapa rugi? Jadi, nasihat anak kita. ``Mereka (pembangkang) tidak bertanggungjawab, s e m a t a - m a t a hendak mendapatkan undi. Lepas itu mereka cabutlah,'' katanya. Malah, Dato' Seri Haji Ahmad juga mencabar pemimpin Pas supaya membiayai pengajian sembilan pelajar yang dikenakan tindakan penarikan balik pinjaman oleh YT kerana mereka yang bertanggung jawab menghasut pelajar terlibat supaya menentang

ancangan terbaru terbitan TV3 `Teganu Kita' membawa penonton untuk mendekati dan melihat keunikan Terengganu yang pasti menguja dan mempesonakan pandangan, bersiaran setiap Khamis, mulai 19 April lalu. Program 20 episod berdurasi 30 minit yang bermula jam 6 petang terbahagi kepada pelbagai segmen dan topik istimewa mencakupi fokus, santai, inspirasi/kejayaan dan diari yang memperkatakan tiga perkataan dialek Terengganu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Encik Rosli Zakaria, berkata program pertama seumpamanya hasil kolaborasi Kerajaan Terengganu dengan rangkaian anak syarikat Media Prima Berhad bertujuan merealisasikan hasrat untuk mengetengah dan menerokai `keajaiban' yang terdapat di Terengganu.

kerajaan. ``Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,'' katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau turut menasihatkan pelajar di negeri ini tidak menggadaikan masa depan mereka semata-mata terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran untuk membina masa depan yang gemilang. Natijahnya, hukuman menanti kepada golongan yang `bijaksana' itu. Seraya itu, segerombolan pemimpin dan penyokong Pas `menangguk di air keruh’ kononnya menjadi `pembela' dengan mengusahakan pelbagai kaedah termasuk berdemonstrasi bagi mengaburi mata umum untuk bersimpati kepada mereka.


14

BIL: 59,

AM

15-30 April 2012

Hak layak nikmati dana raya ditambah - Menteri Besar

L

ebih ramai penduduk negeri ini dijangka menikmati bantuan Dana Raya yang diperuntukkan kerajaan negeri selepas had kelayakan dinaikkan daripada pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah berbanding RM1,500 ke bawah sebelum ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, bantuan RM300 itu akan diberikan kepada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan miskin. ``Mesyuarat telah bersetuju untuk naikkan pendapatan isi rumah kepada RM2,000 seiring dengan Bantuan Rakyat

1Malaysia (BR1M) yang memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. ``Setiap keluarga atau mereka yang layak kita akan beri RM300,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, baru-baru ini.

Tahun lepas, Kerajaan Terengganu membelanjakan RM50.47 juta melibatkan lebih 176,000 penerima untuk Dana Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina sebanyak RM 2.33 juta (8,900 keluarga) dan Deepavali berjumlah RM 58,000 (200 keluarga).

Kerajaan BN teguh di Bukit Tunggal FOKUS KHAS Oleh: Esah Abdullah

P

esahukom@yahoo.com

E

mpat projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Bukit Tunggal sedang rancak berjalan. Sepanjang empat tahun berada di tangan parti pembangkang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap meneruskan perancangan pembangunan tanpa mengira status pengundi BN ataupun Pas. Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik sendiri tidak pernah berkira untuk menghulur bantuan mengikut kelayakan, soal parti ditolak tepi. ``Contohnya projek perumahan rakyat 736 unit di Kampung Banggol Pauh dan Kampung Batin (sempadan DUN Seberang Takir) siap 60 peratus khusus untuk rakyat tempatan yang berpendapatan di bawah RM3,000. ``Begitu juga pembinaan 200 unit rumah mampu milik di Pulau Duyong yang sudah siap sepenuhnya dan proses pemilihan peserta sedang berjalan,'' katanya kepada Teganukita. Katanya, projek pasar baru (basah dan kering) Bukit Tunggal yang berharga RM4 juta sudah memulakan kerja-kerja awal pembersihan tapak. Selain itu, sebuah jejambat berharga RM3 juta berhampiran lampu isyarat untuk kemudahan pelajar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal sudah selesai ditender dan akan dilancarkan sekitar Mei ini. Projek-projek kecil lain yang turut memberi banyak manfaat kepada penduduk seperti naik taraf jalan kampung, membaiki sistem perparitan, membina wakaf-wakaf serta menyediakan gelanggang futsal yang kini berjumlah tujuh gelanggang. Dalam tempoh berkenaan juga kira-kira

Permata sokong batal pinjaman YT

Penduduk DUN Bukit Tunggal hanya percaya kepada BN untuk mencurah bakti kepada rakyat.

1,000 penduduk diberi bantuan baiki rumah dan 50 bina rumah baru bagi keluarga yang tidak berkemampuan. Pendek kata, modal asas perniaga termasuk peralatan memasak, perkakas bertukang, jentera diberikan dalam usaha membantu mereka berdikari. ``Pengundi dalam DUN Bukit Tunggal tidak ada sebab untuk menolak BN di atas segala pengorbanan besar yang dilakukan sematamata untuk memberi kehidupan yang selesa kepada golongan bawahan dan sederhana,'' katanya. ``Hasil kaji selidik, sebanyak 60 peratus golongan muda dilihat cenderung memilih BN dan gerakan sayap Umno, jentera Pemuda dan Puteri banyak membantu menarik golongan ini,'' katanya. Katanya, jentera Wanita juga tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa mengadakan aktiviti berkunjung rumah ke rumah bertemu

Kerajaan BN sentiasa peka kehendak rakyat dan impian rakyat dilunaskan dengan membina Rumah Mampu Milik untuk mereka di Pulau Duyong.

pengundi sambil bertanya khabar. Pemilih DUN Bukit Tunggal yang sahih pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) berjumlah 14,075 orang dan mereka ini bakal menentukan BN kembali berkuasa dan terus mencurah khidmat bakti kepada rakyat. Terdapat enam peti undi dalam Dun Bukit Tunggal di mana dua daripadanya iaitu Batu Enam dan Pengkalan Arang, undi tidak memihak kepada BN. ``Kita sudah buat bancian dengan mengunjungi setiap rumah yang terdapat di kawasan berkenaan dan berjaya menyelesaikan pelbagai kekeliruan dan isu berbangkit,'' katanya. Beliau terharu bila melihat kebangkitan rakyat di DUN Bukit Tunggal yang diterjemahkan dalam setiap program yang diadakan dan kemungkinan besar BN boleh merampas kembali kerusi DUN ini dan BN akan teguh di Bukit Tunggal.

Kini, rakyat DUN Bukit Tunggal hanya menunggu masa melalui Pilihan Raya Umum ke-13 untuk memastikan kawasan mereka diperintah BN.

ersatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menyokong tindakan Yayasan Terengganu (YT) membatalkan tajaan biasiswa kepada sembilan pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyertai perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu. Jurucakapnya, Mohd. Nafis Mohd. Noor berkata, tindakan tegas itu wajar bagi membuka mata pihak yang tidak bertanggungjawab secara terang memperalatkan pelajar untuk mencapai agenda politik. Menurutnya, pembatalan itu bukan sesuatu yang zalim dan terburu-buru, malah tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam serta dua Ijazah Sarjana Muda Perubatan berkenaan telah diberi ruang serta peluang untuk membela diri. ``Kami difahamkan mereka mengaku terlibat dengan perhimpunan itu melalui surat tunjuk sebab yang diberikan kepada YT. Bukan itu sahaja, mereka dengan angkuh mengatakan itu adalah hak mereka. Dalam pada itu, kata Mohd. Nafis, Permata mengecam tindakan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) yang bersikap biadab dengan menghantar memorandum berbentuk ugutan untuk melakukan perhimpunan dengan skala lebih besar jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. ``Permata merasakan tindakan itu sesuatu yang serius. Yayasan Terengganu sebenarnya boleh membuat laporan polis kerana terdapat unsur-unsur ugutan terhadap agensi kerajaan itu,'' ujarnya yang juga Presiden Permata Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Mohd. Razali Mahmud memberi amaran keras kepada pelajar yang menerima tajaan dan biasiswa YT supaya tidak terlibat dengan apa jua perhimpunan haram termasuk Bersih 3.0 yang diuar-uarkan akan diadakan di ibu negara hujung bulan ini.


BIL: 59,

15

15-30 April 2012

Calon PRU13 bukan isu, belum muktamad Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

B

adan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mengingatkan ahlinya supaya tidak menjadikan cadangan senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dikemukakan oleh setiap bahagian sebagai satu isu kerana ia akan merugikan parti. Pengerusinya, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, mereka sebaliknya perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Umno untuk membuat keputusan

``Itu hanya cadangan. Ada tapisan dan semakan selepas ini. Mungkin diterima atau sebaliknya. Keputusan muktamad di tangan Presiden Umno (Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak),’’

dan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dipilih tanpa sebarang masalah. ``Jangan pula senarai calon menjadi satu isu dengan mempertikaikan seperti mengapa bahagian ini hanya hantar senarai nama kumpulan ini sahaja. ``Itu hanya cadangan. Ada tapisan dan semakan selepas ini. Mungkin diterima atau sebaliknya. Keputusan muktamad di tangan Presiden Umno (Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak),'' katanya di Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, kesemua lapan Bahagian Umno sudah menghantar cadangan senarai calon yang terdiri daripada adunan muka baru dan lama untuk bertanding di kawasan masingmasing ke Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur dan salinannya kepada Umno negeri. Kata beliau, senarai calon yang telah disediakan oleh setiap bahagian adalah seimbang dengan membariskan pelbagai golongan yang diyakini boleh menang apabila bertanding di kawasan Dewan

AM

Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini. ``Senarai calon itu merangkumi semua dan seimbang. Ada yang pernah dan tidak pernah bertanding, calon kitar semula pun ada. Selain itu ada calon Pemuda, muka baru dan muka lama pun ada. ``Kita serah kepada pucuk kepimpinan buat keputusan dan sebagai rakyat Terengganu, kita terima apa juga yang diputuskan. Yang paling penting, kita mahu menang,'' katanya.

Daerah baru Kuala Nerus bawa faedah besar - MB M Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama Dato' Ahmad A. Talib melihat ikan yang dipancing peserta di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Peniaga warung raih RM8,000 P

ertandingan memancing santai, Boat On The Road (BOTR) yang berlangsung selama tiga hari di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu melabuhkan tirai dengan penyertaan hampir 200 kaki pancing. Program kali ketiga anjuran Berita Harian dan TV3 dengan kerjasama Kerajaan Terengganu itu bermula dengan pelepasan 20 kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang sebahagian dilengkapi bot dari Sri Pentas TV3 menuju ke Tasir Kenyir. Antara lokasi yang menjadi tumpuan peserta di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu termasuklah Sungai Leban, Sungai Lasir dan Sungai Merah yang mana peserta akan bermalam di rumah bot sehingga tamat pertandingan.

Mencuri perhat ia n peserta kali ini, tawaran wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri sebagai ganjaran tangkapan ikan Arapaima Gigas serta hadiah wang tunai keseluruhan RM75,300. Dalam cabaran itu, peniaga warung dari Kuala Terengganu, Shammunaha Bakar, 37 tahun, diumumkan sebagai johan kategori individu setelah berjaya menjinakkan Siakap seberat 4.45 kilogram (kg) dan Belida 1.82 kg. Shammunaha meraih wang tunai RM8,000 dan hadiah iringan. Manakala kategori kumpulan, Alucast I yang diwakili

Shammunaha gembira bersama hadiah kemenangan selepas diumumkan sebagai juara kategori individu.

Azuan Man, 41 dan Hamzah Mat Rani, 45 dari Kuala Lumpur diumumkan pemenang dengan meraih wang tunai RM15,000 serta hadiah iringan. Mereka menarik perhatian juri dengan ikan Siakap seberat 10.65 kg dan Sebarau 0.55 kg sekali gus Berjaya mengekalkan kejuaraan dalam BOTR terutamanya Hamzah, yang mana kumpulannya menjadi juara BOTR edisi pertama 2010 dan siri kedua 2011. Hadiah kepada para pemenang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa

Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said dan Pengarah Eksekutif Media Prima, Dato' Ahmad A. Talib. Kata Dato' Seri Haji Ahmad, kerajaan negeri akan mengadakan program itu secara besar-besaran pada tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. ``Bila kita sebut BOTR, jangan lupa Terengganu, Berita Harian dan TV3 kerana hasil gabungan ini berjaya menarik minat kaki pancing untuk datang ke Tasik Kenyir, sekali gus mempromosi tasik ini sebagai pusat pelancongan terkemuka,'' katanya.

Pengamal media diminta dapatkan sumber sahih

P

engamal media sosial diingatkan supaya mendapat kesahihan maklumat atau berita secara tepat sebelum disiarkan melalui mana-mana medium sama ada blog, facebook dan twitter. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata sebagai pihak yang benar tidak seha-

rusnya terikut-ikut dengan gaya penulisan yang berbaur negatif kerana ia boleh menjurus kepada perpecahan politik, pemisahan dan kebencian antara satu sama lain. Katanya, blogger dan facebooker juga mempunyai peranan penting bagi memperbetulkan keadaan,

sekiranya masih terdapat lompang atau apa-apa kecacatan yang dilaksanakan kerajaan. ``Kita janganlah guna kemahiran atau saluran yang ada ini untuk memfitnah, berbohong dan menjatuhkan orang yang tidak berdosa. ``Peranan pengamal media so-

sial cukup penting kerana apa yang ditulis itu bukan saja dapat disebarkan kepada umum malah mampu menangkis tohmahan negatif daripada pihak tidak bertanggungjawab,'' katanya di Majlis Perasmian Penutup Konvenyen Media Sosial di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, pembangunan bagi pusat pentadbiran daerah Kuala Nerus di tapak seluas lebih 200 hektar di Gong Badak akan mula dilaksanakan Mei ini. Katanya, peringkat pertama di kawasan seluas 100 hektar melibatkan kerja-kerja pembinaan tapak bangunan, sistem perparitan dan kolam takungan serta jaringan jalan raya. Menurutnya, ia bakal menjadi model pembangunan contoh sebuah bandar baru yang tersusun, mesra alam dan reka bentuk bandar masa depan dengan infrastruktur terbaik seperti jalan enam lorong dan lanskap `bandar dalam taman'. ``Pembangunan bandar ini mengambilkira fungsinya sebelum ini sebagai kawasan paya dan tadahan banjir dengan sistem perparitan dan kolam takungan ditukar menjadi kawasan riadah dan rekreasi,'' katanya. T erdahulu, Dato' Seri Haji Ahmad diberikan taklimat mengenai pembangunan bandar baru itu oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa, Mohd Anuar Maidin di Gong Badak, baru-baru ini. Tambah beliau, pembinaan pusat bandar daerah kelapan itu tidak melibatkan pengambilan balik tanah kecuali untuk pembinaan dan pembesaran tiga laluan masuk ke pusat bandar berkenaan. ``Peruntukan untuk membina bangunan-bangunan baru seperti pejabat daerah, pejabat tanah, pejabat agama daerah dan sebagainya seperti yang ada di daerah lain akan diputuskan dalam bajet tahun hadapan,'' ujarnya.


ISSN 2180-4737 | Bil: 59, 15-30 April 2012

M

`Desperado’ Sukma 2012

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said membidas tindakan penganjur kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 yang dikatakan bersikap `desperado' kerana mengugurkan acara berprestasi tinggi seperti kanu dalam temasya sukan ke-15 pada Julai ini selepas tercabar dengan

Suntikan semangat ke Olimpik London Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

L

ima atlet Terengganu yang berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik London menerima ganjaran RM10,000 seorang dari kerajaan negeri sebagai suntikan semangat supaya membawa pulang pingat di pentas persaingan berprestij dunia itu. Selain habuan itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membiayai ibu atau bapa kesemua atlet berkenaan bagi mengiringi anak masing-masing sepanjang temasya itu nanti. Atlet berkenaan, masing-masing dua dari acara berbasikal trek, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa dan dua atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Nur Shafiqah Hashim serta seorang atlet paralimpik, Muhamad Azwar Bakar (ping pong). Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata insentif itu sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian yang dilakarkan kesemua atlet Terengganu itu, selain mengharapkan mereka mampu mengukir kejayaan gemilang di pentas dunia. ``Ini merupakan penghargaan Kerajaan Terengganu tehadap anak negeri ini yang berjaya dengan cemerlang mewakili negara ke Olimpik London 2012. Duit poket RM10,000 seorang ini merupakan nilai tambah..jumlah ini tidak banyak sebenarnya. ``Tetapi kita berharap insentif ini mampu memberi dorongan kepada

anak Terengganu supaya terus cemerlang dan saya berjanji sekiranya mereka memenangi apa jua pingat (di London), selain anugerah oleh Majlis Sukan Negara, kerajaan negeri juga akan memberikan ganjaran setimpal dengan pingat yang bakal mereka perolehi yang tidak perlu saya umumkan sekarang,'' katanya di sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Insentif Khas Olimpian Anak Terengganu London 2012, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa

Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin. Menteri Besar ketika ditanya apa bentuk ganjaran yang bakal menanti atlet berkenaan (jika memenangi pingat), beliau berjanji akan mempertimbangkan sebarang bentuk ganjaran itu sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan atlet negeri ini.

penguasaan Terengganu menerusi acara itu, sekaligus muncul juara Sukma 2011 buat kali ketiga berturut-turut. ``Jangan kerana bimbang Terengganu menang, banyak mata ketinggalan (berbanding Terengganu) mereka (penganjur) batalkan. Ini yang dikatakan `desperado’ sukan,'' katanya di sidang media sempena Majlis Penyampaian Insentif Khas Olimpian Anak Terengganu London 2012, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Untuk rekod, Terengganu memenangi 12 emas, dua perak dan dua gangsa dalam acara kanu di Sukma Kuala Lumpur tahun lalu daripada keseluruhan kutipan 50 pingat . (30 emas, lapan perak dan 12 gangsa). ``Adakah kerana Terengganu mendominasikan sukan ini menyebabkan acara yang sepatutnya ada, tidak diadakan. Adakah kerana kita jadi juara, kita rasa kalau kita ada kanu, negeri lain tidak akan juara? Itu tidak betul..sebab itu kita perlu rasional. Contohnya, ketika kita menjadi tuan rumah (Sukma 2008), taekwando bukanlah suatu perkara yang mendatangkan pingat buat Terengganu tetapi kita tetap mengadakannya memandangkan sukan berprestasi tinggi. ``Ini satu perkara yang tidak rasional, kerana dia tahu bahawa kanu adalah sukan yang berprestasi tinggi. Yang agak malang kerana peringkat negara-negara Asia..sukan Sea diadakan (kanu). Bagaimana kita hendak memilih atlet kanu kita mewakili negara, sekiranya peringkat negara kita tidak ada.. Ini suatu perkara yang tidak munasabah sama sekali,'' katanya. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri pernah mengusulkan perkara itu kepada kementerian dan pihak penganjur bagaimanapun wujudnya `desperado' ini menyebabkan sukan itu kekal untuk tidak disenaraikan dalam temasya Sukma akan datang.

(Dari kiri) Azizul Hasni, Fatehah, Syafiqah dan Khairul Anuar menunjukkan isyarat bahawa mereka sudah bersedia menyahut cabaran di Olimpik London.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.