teganukita 52

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 52, 1-15 JANUARI 2012 MENARIK DI DALAM

Bajet membela rakyat - ms 1

SOROTAN

2011


Tahun 2011 tercatat pelbagai peristiwa suka, duka, pahit dan manis menjadi titik-titik penting perjalanan kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mengemudi Kerajaan Terengganu. 25 Januari – Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman dilantik Ketua Penerangan UMNO negeri dan Adun Rantau Abang, Datuk Zaabar Mohd. Adib dilantik Bendahari.

Terengganu yang menuntut di Mesir akibat pergolakan ne-gara Timur Tengah itu. 10 Mac - Dr. A. Rahman Mokhtar memaklumkan Hospital Sultanah Nur Zahirah menjadi pusat pengesahan Amphetamine Type Simulant (ATS) pertama di Pantai Timur.

10 April - Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail berkenan berangkat mengisytiharkan pemasyhuran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail , Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

12 Mac – Kerajaan Terengganu dan Persatuan Seni Khat Malaysia menganjurkan Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam yang disertai 300 peserta. 31 Januari - Jurutera perunding, Wan Manan Wan Ali, 51, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada 2 Jun 2009.

18 Mac - Terengganu mencipta sejarah menjadi negeri pertama di Malaysia melakukan penerbangan umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud - Jeddah.

3 Februari - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid tiba untuk lawatan tiga hari di Terengganu. 5 Februari - Sistem parkir automatik bertingkat mengaplikasikan kaedah rotary type yang pertama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu.

12 Februari – Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktaraf Hospital Kemaman yang diumumkan Menterinya, Dato’ Seri Liow Tiong Lai dalam lawatan kerja ke hospital berkenaan. 21 Februari – Terengganu diumumkan terus cemerlang dalam peperiksaan STPM 2010 apabila 22 daripada 52 sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding 13 sekolah pada 2009.

2 Mac – Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos penerbangan balik 621 pelajar

21 Mac - Kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah pada usia 78 tahun. Jenazah disemadikan di Makam Diraja Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang. Perintah berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April. 23 Mac - Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan SPM tahun 2010. Gred purata mencapai 5.03 berbanding 5.17 pada 2009. Bilangan pelajar memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pada 2010.

23 Mac - Genaplah tiga tahun Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerajui pentadbiran Kerajaan Terengganu yang berlandaskan konsep “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.

25 April - Pulau Bidong mula memperolehi capaian internet apabila Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berbelanja RM80,000 untuk tujuan itu bagi kemudahan pelancong dan penyelidik, kata Naib Canselor UMT Prof Dato’ Dr. Aziz Deraman. 30 April – Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP). Perdana Menteri melawat Pekan Batu Enam, Kampung Pengkalan Arang, Pasar Bukit Tunggal, Pulau Bahagia, Pulau Duyong dan berakhir di Dataran Shahbandar.

2 Mei - Pelumba keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang dan atlit berbasikal negara, Fatehah Mustafa masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu.

6 Mei – Tasik Kenyir menjadi tumpuan hampir 20,000 pengunjung dalam program tiga hari, Festival Kenyir yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). 10 Mei - Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak yang melibatkan 16 peserta iaitu lapan qari dan lapan qariah.


ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 52, 1-15 JANUARI 2012

MENARIK DI DALAM

Terengganu terima pelaburan RM1.8 bilion E

astern Steel Sdn. Bhd. telah memulakan pembinaan fasa pertama kilang keluli bersepadu bernilai RM1.8 bilion di Taman Perindustrian Berat Kemaman di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), baru-baru ini.

- ms 2

G

embira kalau mencatat kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, Melayu dan Raja entah ke mana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana - demikian pengakuan Dato’Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor (mewakili Pas) dalam wawancara dengan sebuah stesen TV baru-baru ini.

ANALISIS

Melayu, Islam dan Raja - ms 4

TSG mahu gegar Eropah FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

BERJIWA RAKYAT‌Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyertai Majlis Memasak Bubur Asyura bersama-sama rakyat jelata di Dataran Pejabat Daerah Marang, baru-baru ini. Pada majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan bubur asyura kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya. Lebih 1,000 penduduk di kawasan Marang menyertai program anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78).

S

etelah menduduki tempat keempat daripada 75 pasukan benua Asia dalam ranking Union Cycling International (UCI), Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) bercadang menyertai kejohanan jemputan lumba basikal benua Eropah musim 2012. - ms 14

Bajet membela rakyat

1

Kerajaan Terengganu memberi penekanan kepada tiga strategi utama iaitu:

Memperuntukkan RM60.3 juta untuk sektor pendidikan bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik seterusnya menjadikan negeri ini hab pendidikan Malaysia yang terunggul.

2

Meletakkan sasaran untuk mengsifarkan kemiskinan tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada tahun 2013 dengan memperuntukkan RM42.6 juta.

3

Memperuntukkan RM138.85 juta bagi melaksanakan projek di bidang pelancongan dan mengumumkan setiap tahun adalah Tahun Melawat Terengganu bermula tahun 2013. > Berita penuh ms 3


2

BIL: 52,

AM

1-15 Januari 2012

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama pelabur China menekan bola kristal gimik perasmian majlis pecah tanah kilang keluli bersepadu bernilai RM1.8 bilion yang dibina di Kemaman.

Terengganu terima pelaburan RM1.8 bilion Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

E

astern Steel Sdn. Bhd. telah memulakan pembinaan fasa pertama kilang keluli bersepadu bernilai RM1.8 bilion di Taman Perindustrian Berat Kemaman di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said berkata, syarikat tempatan, Hiap Teck Venture Bhd. dan China Shougang Group, yang memeterai perjanjian pembinaan kilang di bawah Eastern Steel akan membina kilang berkenaan secara berperingkat. “Peringkat pertama fasa satu kilang itu, dengan keupayaan pengeluaran tahunan 700,000 tan metrik keluli, dijangka siap menjelang pertengahan 2013 pada kos RM750 juta. “Peringkat dua melibatkan pelaburan se-

banyak RM1.05 bilion lagi, sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang kepada 1.5 juta tan metrik setahun,”katanya pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah kilang berkenaan di Awana Kijal, Kemaman, baru-baru ini. Turut hadir, Duta Republik China ke Malaysia, Chai Xi, Pengerusi Eastern Steel dan Hiap Teck Venture, Tan Sri Alwi Jantan, Pengerusi Shougang Group, Zhu Jimin dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Datuk Jebasingam Issace John. Tambah Dato’Seri Haji Ahmad, pembinaan dalam tempoh 18 bulan itu merupakan pelaburan pertama China Shougang dalam kilang keluli di luar China dan pelaburan asing langsung China terbesar di Malaysia setakat ini. Katanya, kilang itu terletak di kawasan seluas 1,200 ekar itu menghasilkan keluli berkualiti tinggi yang dihasilkan mengguna teknologi relau bagas akan menampung pas-

Jheat serius atasi isu murtad J abatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheat) mengambil langkah sewajarnya bagi membendung isu murtad yang dikatakan semakin berleluasa di kalangan umat Islam di negeri ini. Program bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), aktiviti bersama belia dan remaja menghebahkan isu berkaitan melalui media dipergiatkan bagi mengelak golongan tertentu terus terjebak gejala itu Pesuruhjaya Jheat, Haji Mohd Rozali Salleh (gambar kecil) berkata pihak mengakui bimbang dengan apa yang berlaku sekarang kerana terdapat beberapa penganut agama Kristian di negeri ini dikatakan giat menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran untuk menganut agama mereka. Katanya, berdasarkan beberapa aduan yang diterima, Orang Kurang Upaya yang dikategorikan pekak, pesakit tidak mempunyai waris dan golongan belia bermasalah mudah untuk didekati

“Penganut agama itu memandangnya sebagai peluang untuk menabur pelbagai janji, menawarkan bantuan kewangan sebelum memujuk secara halus supaya menukar agama lain. “Di Terengganu belum ada aduan yang rasmi berkaitan itu tetapi saya pasti ia berlaku secara terancang serta terselindung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Bahasa Isyarat kepada Penjawat Awam di Hotel Permai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Seramai 130 penjawat awam dari pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, Hospital Sultanah Nur Zahirah serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu hadir menyertai kursus yang diadakan selama dua hari itu. Semua peserta mengakui kursus itu cukup penting dan sewajarnya diteruskan bagi membolehkan lebih ramai masyarakat normal mampu bergaul dengan mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Lakaran kilang keluli di bawah Eastern Steel yang dibina secara berperingkat dalam tiga fasa. aran-pasaran hiliran dan juga serantau. “Ia menyediakan sehingga 2,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk sekitar di mana aspek teknikal akan diterajui pekerja mahir dari Shougang yang akan melatih pekerja tempatan termasuk latihan kepada penuntut Kolej Universiti Tati,”ujarnya.

Ke arah itu katanya, Pelabuhan Kemaman bersebelahannya kini sedang dinaiktaraf bagi menampung lebih banyak kapal-kapal yang lebih besar. “Jalan-jalan turut dilebarkan dan Jambatan Bukit Kuang dalam pembinaan semula serta projek tebatan banjir,”katanya.

TAHUKAH ANDA...

P

intu gerbang bernilai kira-kira RM500,000 yang ditempatkan di Jalan Sultan Ismail ditaja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang melambangkan keutuhan dan ketuanan bangsa Melayu bagi mengindahkan lagi Bandaraya Kuala Terengganu.


BIL: 52,

1-15 Januari 2012

AM

Bajet 2012: Bajet untuk kesejahteraan rakyat Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

B

ajet 2012 bertema “MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN: BAJET KESEJAHTERAAN RAKYAT”memberi penekanan kepada tiga strategi utama iaitu memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata melalui strategi pertama peruntukan RM60.3 juta disediakan bagi sektor pendidikan bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik bermula dari peringkat asas hingga tahap tertinggi. “Matlamat kerajaan adalah menjadikan Negeri Terengganu sebagai hab pendidikan Malaysia yang terunggul, mengatasi dan mendahului dalam semua aspek baik dari segi kecemerlangan mahupun inovasi dan kreativiti. “Usaha ke arah ini telah menampakkan hasilnya melalui pelbagai kejayaan yang kita capai dalam program flagship pendidikan dari peringkat pra sekolah hingga peringkat

universiti,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata, melalui strategi kedua pula kerajaan meletakkan sasaran untuk mengsifarkan kemsikinan tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 1 peratus pada tahun 2013. Menteri Besar berkata, Bajet 2012 memperuntukkan RM42.6 juta bagi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung dan masyarakat. Pada masa yang sama, kerajaan akan meneruskan Program Bantuan Rumah, Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran & Kerjaya serta Program Jaya Diri. “Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM27.3 juta tahun depan dengan tumpuan kepada projek-projek sambungan antara lain Projek Jelapang Padi, Projek Pembangunan Ladang Kelapa Sawit, Projek Tanaman Kelapa dan projek kecil berkelompok yang boleh menjana pendapatan rakyat,” ujar beliau. Dato’ Seri Haji Ahmad turut mengumumkan bahawa kerajaan

negeri bersetuju menyediakan satu Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta. Melalui skim itu yang kini sedang diperhalusi kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat pinjaman, setiap pemohon boleh meminjam sehingga RM50,000 dan pinjaman tersebut berteraskan syariah. “Langkah ini membuktikan kerajaan sangat prihatin kepada keperluan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dari segi mendapat kemudahan rumah,” katanya. Menerusi strategi ketiga, kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor di mana Terengganu mempunyai kelebihan dengan cara memperkenalkan lebih banyak kreativiti dan inovasi. “Bagi menggalakkan pelancongan dari dalam dan luar negara, kerajaan mengumumkan tahun 2013 sebagai Tahun Melawat Terengganu dan seterusnya menjadikan setiap tahun adalah Tahun Melawat Terengganu,”katanya sambil menambah peruntukan RM138.85 juta tahun depan bagi melaksanakan projek di bidang pelancongan.

Menteri Besar menunjukkan buku ucapan Bajet 2012 yang bertemakan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat” yang memberi penekanan kepada tiga strategi utama.

Pinjaman Bot penambang berwajah baru JKST guna Sistem Ar-Rahnu MAIDAM Inqusetorial U cecah RM70 juta J S

kim Ar-Rahnu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan pinjaman (bercagar) secara mudah kira-kira RM58 juta dalam tempoh 10 bulan

pertama tahun ini. Yang Dipertua MAIDAM, Dato’Mazlan Hashim (gambar) berkata, pinjaman itu memberi manfaat kepada 32,463 orang yang menggunakannya untuk pelbagai keperluan termasuk perniagaan dan pendidikan. Beliau menjangkakan sehingga akhir tahun ini nilai pinjaman akan mencecah RM70 juta bagi kemudahan kira-kira 50,000 orang berbanding RM62 juta sepanjang tahun lalu. “Skim Ar-Rahnu MAIDAM yang ditubuhkan pada 1992 dan pertama di negara ini adalah untuk memberi pinjaman secara mudah berlandaskan syariat Islam,”katanya. Kata Dato’Mazlan, pada awal penubuhan itu, MAIDAM menerima modal pusingan sebanyak RM51.3 juta termasuk daripada kerajaan negeri selain geran sebanyak RM2 juta setahun sehingga 1998 dan kini mempunyai sembilan cawangan di seluruh negeri. Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap pusat gadaian konvensional yang turut memperkenalkan konsep Ar-Rahnu atau berlandas syariat.

kiran kayu tradisional menampilkan kekayaan wajah seni Terengganu selain reka bentuk dalaman yang selesa dan unik menjadikan bot pelancong ikon terbaru dalam meyusuri panorama indah Sungai Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kemudahan pengangkutan yang melalui proses naik taraf bot penambang itu memaparkan kreativiti dan kesungguhan Terengganu memajukan sektor pelancongan. Menurutnya, produk pelancongan seperti‘nipah cruise’, perusahaan ikan kering, ikan bilis dan makanan laut serta kegiatan membuat bot tradisional di sekitar

3

Pulau Duyong dan Seberang Takir mampu dikomersilkan selain berupaya menambah pendapatan isi rumah golongan nelayan dan pengusaha kraftangan. Dua buah bot yang bernilai RM250,000 setiap satu itu mempunyai 22 tempat duduk dan bakal menjadi pilihan utama untuk ke lokasi pelancongan seperti Taman Tamadun Islam, Pulau Warisan, Galeri Songket Nur Zahirah dan Pasar Payang. “Ia juga menonjolkan keupayaan tukang bot tempatan, Sulong Draman yang membina bot itu,”katanya pada majlis penyerahan bot berkenaan daripada Kerajaan Terengganu kepada Koperasi Warisan Seberang Takir Terengganu Berhad di Seberang Takir, barubaru ini.

Bagi memajukan lagi sektor pelancongan di negeri Terengganu, wajah baru bot penambang diperkenalkan yang juga merupakan ikon baru di Sungai Terengganu.

abatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) merupakan satusatunya negeri yang mengamalkan sistem Inqusetorial semasa penghakiman dijalankan di dalam mahkamah di mana nota bicara dapat diperolehi dalam masa satu jam. Setiausaha Kerajaan, Dato’Haji Mazlan Ngah (gambar) berkata, sebelum ini nota bicara penghakiman mengambil masa enam minggu untuk disiapkan. “JKST juga menyediakan TV Interaktif bagi kemudahan masyarakat mendapatkan maklumat terkini bagi status sesuatu kes,” katanya. Katanya, sehingga ini terdapat 11 buah TV Interaktif dipasang di beberapa lokasi di JKST bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Mahkamah Syariah seperti menyemak tarikh terkini kes serta memperolehi penerangan tanpa bertemu pegawai terbabit. Menurut Dato’Haji Mazlan, JKST juga menyediakan kaunter polis sebagai langkah menjamin keselamatan di mahkamah di samping melaksanakan pengurusan pentadbiran tanpa fail di dalam mahkamah. “Kewujudan jawatan Pengarah di bahagian khidmat pengurusan dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri (TCS) juga dapat melicinkan kerja pentadbiran dan kewangan di jabatan ini yang selama ini dilaksanakan oleh Ketua Pendaftar,”katanya.


4

BIL: 52,

1-15 Januari 2012

RENCANA

Catatan Pengarang

Bersyukur dan berterima kasih

T

ahun baru 2012 telah bermula. Mungkin sudah banyak di antara kita yang menerima pelbagai ucapan sempena kedatangan tahun baru ini dan tentunya kita bersyukur kerana kita masih bernafas dan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kita juga bersyukur kerana dikurniakan dan negeri yang aman, membolehkan kita menjalani kehidupan dengan sejahtera. Berbanding dengan saudara kita dan mereka yang berada di negara yang tiada keamanan. Keamanan sesebuah negara bukan datang begitu sahaja, melainkan hasil dari pemerintahan dan pentadbiran yang baik dan berkesan serta kerjasama rakyat dari pelbagai lapisan dan kaum. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sekian lama telah membuktikan bahawa ia adalah kerajaan untuk rakyat, tradisi membela rakyat, 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Malah di peringkat negeri kita membuat kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’Seri Haji Ahmad Said

membuat pendekatan merakyat dalam pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan. Bajet 2012 di peringkat kerajaan pusat baru-baru ini dengan jelas membawa kesejahteraan hidup untuk rakyat di semua lapisan. Misalnya pemberian wang tunai RM100 kepada pelajar tahun satu hingga ke tingkatan lima, RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan lain-lain pemberian lagi. Dalam bajet kerajaan negeri Terengganu pula peruntukan RM1.950 billion bagi bajet 2012, bertambah RM62 juta dari tahun yang lalu 2011. Sudah tentu akan dibelanjakan untuk faedah rakyat sebagaimana menjadi dasar pentadbiran Dato’Seri Ahmad. Semua ini membuktikan kerajaan yang ada berjuang semata-mata untuk kepentingan rakyat. Oleh itu, marilah kita tingkatkan kesyukuran dan terima kasih kita kepada Yang Maha Esa dan juga kepa-

ANALISIS

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Pengarang dan seluruh sidang redaksi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca akhbar Teganukita...

Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

Melayu, Islam dan Raja G embira kalau mencatat kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, Melayu dan Raja entah ke mana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana - demikian pengakuan Dato’ Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor (mewakili Pas) dalam wawancara dengan sebuah stesen TV baru-baru ini. Dengan pengakuan seperti ini sepatutnya sudah menginsafkan ahli-ahli dan pendokong Pas, termasuk di Terengganu sendiri atau orang-orang di Rusila, termasuk Dato’Seri Haji Abdul Hadi Awang. Sebelum ini pun Ahli Parlimen Pas kawasan Bachok, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa menyatakan

da insan yang telah berjuang untuk keselesaan kita juga selaras dengan tuntuan hadis supaya selain bersyukur kepada Allah, kita juga perlu berterima kasih sesama manusia.

dalam suatu sidang media elektronik bahawa untuk memperjuangkan Islam tidak mesti melalui saluran parti tertentu, banyak lagi saluran-saluran lain. Begitulah juga kata Dato’Dr. Hassan Ali tentang tidak semestinya berada dalam Pas baru dinamakan perjuangan untuk Islam: “Nak pusing jam agak sukar, kalau tidak dicalonkan ruang lain terbentang luas (motivasi, masjid, kanak-kanak), politik untuk dapat audien lebih besar demi memartabatkan bangsa, agama dan raja. Katanya, peranan dalam NGO masih berjalan tapi bottom linenya sama ada NGO selari dengan 3 perkara, Islam, bangsa Melayu dan Raja. “Perjuangan mengenai Melayu, Islam dan Raja-raja begitu popular di kalangan rakyat, poll (undi) mengenai Hassan Ali dalam isu arak menunjukkan tidak berkeseorangan,”akuinya. Rupa-rupanya apa yang diperjuangan Umno selama ini (Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu) adalah tepat dan kini baru disebut kembali oleh pemimpin Pas ini, bernama Dato’Dr. Hassan Aliterima kasih YB Dato’. “Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shitf), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20.30 dan 50 tahun dulu. PAS yang menjaga semangat dan syiar Islam, “ kenyataan Dato’Dr. Hassan ini dengan jelas lagi bersuluh tentang kedudukan dan hala tuju Pas masa kini. Bukan pimpinan atau orang Umno yang membuat tuduhan ini..tapi pengakuan dari orang yang berada dalam Pas sendiri, malah Exco Kerajaan yang mewakili Pas dalam Kerajaan kononnnya Pakatan Rakyat (Selangor). Punca-punca yang menyebabkan anjakan ber-

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

“Gembira kalau mencatat kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, Melayu dan Raja entah ke mana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana.” - Dato’ Dr, Hassan Ali.

“Untuk memperjuangkan Islam tidak mesti melalui saluran parti tertentu, banyak lagi saluran-saluran lain.” -YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

laku dalam PAS, logiknya orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung, ada fikir kemenangan boleh dipanjang ke Putrajaya guna formula sama tapi dalam masa yang sama meminggirkan penyokong tegar PAS, kata Dato’ Dr.Hassan. Demikian kedudukan Pas dalam yang diwarwarkan sebagai Pakatan Rakyat yang amat tidak menguntungkan Melayu dan Islam. Marilah kita renung bersama dan insaf.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 52,

1-15 Januari 2012

RENCANA

5

`Anugerah fitnah sepanjang zaman’ untuk Harakah ``T anpa pembohongan dan fitnah Pas ibarat mayat hidup, jauh sekali untuk menang pilihan raya. Mahu tidak mahu, Pas perlu berbohong sebanyak mungkin untuk meneruskan kelangsungan `hidup’parti itu”. Itu antara nada sinis yang tidak disangka keluar dari mulut seorang ustaz yang pernah memegang jawatan penting dalam Pas di Terengganu antara tahun 1990 hingga 2004 kepada penulis baru-baru ini. Walaupun agak mengejutkan, pertemuan tidak sengaja di sebuah warung di Gong Badak itu tidak banyak memperkatakan soal jatuh bangun Pas, raut wajahnya sudah cukup untuk menceritakan keke -

KOLUMNIS cewaannya kepada parti itu sudah berada pada kemuncaknya. ``Hakikat yang tidak mahu dipercayai pucuk pimpinan Pas, sudah ramai saf pemimpin dan penyokong bawahan parti itu keliru, celaru dan mula mengkritik kepimpinan Pas. Tetapi, Harakah leka menceritakan Pas makin teguh, kukuh dan tunggu masa untuk ke Putrajaya,” katanya bersahaja.

Tanpa pembohongan dan fitnah Pas ibarat mayat hidup, jauh sekali untuk menang pilihan raya. Mahu tidak mahu, Pas perlu berbohong sebanyak mungkin untuk meneruskan kelangsungan ‘hidup’ parti itu. Pada penulis, Harakah bukan sekadar menabur penipuan dan sangka jahat kepada lawannya, Barisan Nasional (BN), malah lebih dari itu membawa mimpi-mimpi indah kepada ahli-ahli Pas di samping menutup ‘kudis dan kurap’ yang sedang merebak di dalam parti itu. Jika ingin dibaca dan ditulis apa fitnah Harakah, ia menjadi satu kerja yang membuang masa dan adakalanya isu yang dibangkitkan tidak diambil peduli oleh sebahagian pemimpin BN yang menanggapnya sebagai `nyamuk’atau `kemuncuk’yang gatal serta menggelikan. Namun di Terengganu, dek kerana kekeringan isu untuk menggoncang kedudukan BN, Harakah berada dalam situasi cemas apabila wakil rakyat parti itu sendiri terpaksa membuat `serangan berani mati’terhadap Menteri Besar dan pentadbiran Kerajaan Negeri. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari – Harakah dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang melepaskan `peluru kapur’itu bakal berhadapan dengan proses undang-undang mahkamah apabila mangsanya, Dato’Seri Haji Ahmad Said menuntut keadilan cara `anak jantan’. Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu, Kerajaan Terengganu, Dato’Seri Haji Ahmad dan dua yang lain memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman dan tiga yang lain kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah. Kerajaan negeri itu selaku plaintif mendakwa artikel bertajuk Seleweng `RM30j bantuan sekolah?’ditulis Syed Azman dan disiarkan di muka surat N5 Harakah bertarikh 11 hingga 13 November 2011 adalah salah, fitnah serta berniat jahat. Writ saman terse-

but difailkan oleh peguam plaintif, Abdullah Omar Wahbi Bawadi melalui firma guaman Tetuan Hisham, Sobri & Kadir. Selain Kerajaan negeri, turut dinamakan sebagai plaintif ialah Menteri Besar serta dua peniaga dari Hamie Enterprise, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin. Pihak plaintif menamakan Syed Azman; pemegang permit akhbar Harakah, Dato’Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan syarikat penerbitan Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. Menurut pernyataan tuntutan, Kerajaan Negeri

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2011, Kerajaan Terengganu, Dato’Seri Haji Ahmad Said dan dua yang lain memfailkan saman fitnah terhadap Adun Batu Buruk, Syed Azman dan tiga yang lain kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah.

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

telah bersetuju melaksanakan program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah bagi seluruh pelajar miskin di Terengganu untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Dato’Seri Haji Ahmad sebelum ini menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta dan bukannya RM10 juta seperti yang didakwa. ``Tidak disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 kononnya berlaku salah lalu dan penyelewengan serta kebocoran sebaliknya pujian diberikan kerana ia telah dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga miskin,”ujarnya. Katanya, pembekal dilantik setelah membuat perbandingan harga yang ditawarkan syarikat lain iaitu MY-Sutera Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai KUB Tekstil Sdn. Bhd. dengan harga yang ditawarkan RM161.60 bagi set lelaki dan RM173.90 bagi set perempuan. ``Tetapi harga yang dibekalkan oleh kerajaan hanyalah RM150. Hanya pada tahun 2009 kerajaan meluluskan pembelian pakaian untuk mengelak pemberian disalah guna manakala pada 2007, 2008 dan 2010 dalam bentuk wang tunai,” ujarnya.

Harakah bukan sekadar menabur penipuan dan sangka jahat kepada lawannya, Barisan Nasional (BN), malah lebih dari itu membawa mimpi-mimpi indah kepada ahli-ahli Pas di samping menutup ‘kudis dan kurap’ yang sedang merebak. Tiga daripada tujuh kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Syed Azman yang disiarkan Harakah : (1) “Program bantuan ini berterusan selama tiga tahun dan jumlah keseluruhan adalah RM28.47 juta yang dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu sepanjang tahun 2008-2010” (perenggan 3). (2) “Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta pada kadar jauh lebih rendah” (perenggan 7). (3) “Persoalan besar adalah bagaimana projek yang diurus selia oleh Pejabat Menteri Besar sendiri

Keratan Harakah bertarikh 11-13 November 2011 yang ditulis Syed Azman tidak tepat dan ia merupakan fitnah serta berniat jahat.

boleh berlaku salah-urus dan kebocoran amat ketara ...” (perenggan 8). Palitan ‘najis’ fitnah yang ditinggalkan Harakah memakan masa begitu lama untuk ditanggung setiap mangsanya. Contohnya, Ummi Hafilda mengambil masa lebih 12 tahun menuntut keadilan di mahkamah berhubung fitnah jahat Harakah yang menyiarkan artikel bertajuk Malaysia Sweeps 10 Oscars pada isu 29 Mac 1999 akhbar itu yang mengandungi gambaran jahat mengenai dirinya. Bagi Menteri Besar dan tiga plaintif lain, berapa lama yang perlu ditunggu untuk melenyapkan unsur kejahatan yang dilakukan begitu mudah dan singkat oleh pihak yang taksub mengejar jawatan dunia sehingga sanggup aibkan orang lain.

Harakah berada dalam situasi cemas apabila wakil rakyat parti itu sendiri terpaksa membuat `serangan berani mati’ terhadap Menteri Besar dan pentadbiran Kerajaan Negeri. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari – Harakah dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang melepaskan `peluru kapur’ itu bakal berhadapan dengan proses undangundang mahkamah apabila mangsanya, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menuntut keadilan cara `anak jantan’.


6

BIL: 52,

1-15

RENC

Sultan Mizan kembali memayungi neger Oleh: Wartawan Teganukita am_ukom@gmail.com

T

anggal 12 Disember 2011, berakhirlah tempoh perkhidmatan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, yang juga Sultan Terengganu. Baginda menamatkan tempoh perkhidmatan dan pemerintahan lima tahun yang penuh gemilang dengan pelbagai kejayaan dicapai oleh negara dalam bidang sosial dan ekonomi, baik dalam negara atau di peringkat antarabangsa. Tarikh 13 Disember 2011 pula, Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah, menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Baginda mencatat sejarah kerana inilah kali kedua baginda naik takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-5 dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin, rakyat menjunjung kasih di atas khidmat bakti baginda menjadi payung negara tercinta selama lima tahun sejak Disember 2006 yang telah tersemat rapi dalam lipatan sejarah. Keberangkatan balik Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah dengan pesawat khas yang diiringi dua pesawat pejuang Sukhoi dan disambut meriah dengan penuh adat istiadat diraja di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dari Kuala Lumpur. Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail telah mengetuai para tetamu menghadap Tuanku Mizan bagi memohon limpah perkenan sebelum berangkat turun dari pesawat berkenaan. Sejurus selepas itu Mufti Terengganu, Dato’Dr. Alias Abdullah memimpin bacaan doa selamat sebelum disusuli 21 das tembakan meriam serentak dengan nyanyian lagu Negaraku. Tuanku Mizan kemudian menerima menghadap Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja untuk memeriksa perbarisan pasukan yang

terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat. Lagu Negaraku dipersembahkan sekali lagi sebelum Seri Paduka berdua berangkat ke Is Maziah diiringi Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, kerabat-kerabat diraja dan Men Belia dan Sukan, Dato’Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertindak sebagai Menteri Pengirin Segenap lapisan lapisan rakyat termasuk kakitangan awam, warga institusi pengajian ti dan pelajar berada di sepanjang jalan dari LTSM hingga Istana Maziah sejauh 16 kilometer. Baginda berdua kemudian diraikan pada majlis santapan petang yang dihadiri kira-kira tetamu di iatana berkenaan sebelum berangkat meninggalkan majlis untuk ke Istana Nur N rah. Pada 14 Disember, Sultan Mizan dan Permaisuri Nur Zahirah meneruskan acara di Ter ganu apabila berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah yang turut dihadiri pemim dan pembesar negeri. Sultan Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Ter ganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda p usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Y di-Pertuan Agong pada usia 41 tahun pada 1961. Baginda yang mendirikan rumah tangga dengan Permaisuri Raja Nur Zahirah pada 19 dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 15, Ten Mohammad Ismail, 13, Tengku Muhammad Mua’az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra’,9. Kemudiaannya pada 16 Disember, Sultan Mizan berkenan merasmikan Masjid Raja Chen ing yang kini dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail. Keberangkatan baginda diiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhamma mail. Turut hadir, putera baginda, Tengku Muhammad Mua’az; Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Said serta kenamaan negeri. Sultan Mizan serta dua putera baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama l 1,000 jemaah di masjid berkenaan. Masjid Sultan Ismail yang mula dibina baru sejak 2008 dengan peruntukan sebanyak RM juta siap sepenuhnya pada Mei lalu dan ia merupakan antara 491 buah masjid yang terdap Terengganu.


5 Januari 2012

7

CANA

ri

stana nteri ng. inggi . 300 Nadi-

rengmpin

rengpada Yang

1996, ngku

nder-

ad IsHaji

lebih

M7.5 pat di FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@gmail.com


8

BIL: 52,

1-15 Januari 2012

RENCANA

Wajah baru

PANTAI KEMASIK DESTINASI

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

K

eindahan panorama dengan aliran sungai jernih dan cetek yang terdapat di persisir Pantai Kemasik, Kemaman nyata menarik minat jurugambar tempatan dan luar negara untuk mengabdikannya sebagai kenangan atau tatapan rakan dan saudara. Setiap kali singgah di destinasi itu, mereka tidak ketinggalan merakam pelbagai sudut menarik, termasuk bayang-bayang di bawah jeti kayu, perahu nelayan, tugu pengenalan pantai, gelagat kanak-kanak bermain pasir dan penduduk kampung menaikkan wau. Apa yang dilakukan jurugambar itu, secara tidak langsung dapat mempromosi destinasi itu kepada orang ramai yang rata-ratanya kini mencintai keindahan dan keunikan alam semula jadi. Dek keindahan itu juga membuatkan pengunjung luar Terengganu dan pelancong dari pelbagai negara gemar bertandang semata-mata ingin mendapat ketenan-

gan, lari daripada kesibukan kota dan merasai udara nyaman serta bersih. Pendekatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membina pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, taman permainan, gerai makan, pondok rehat, jeti, laluan berjalan kaki dan tempat letak kereta membuatkan mereka tidak pernah serik dan akan mengunjunginya kembali jika ada kelapangan. Beberapa chalet dan rumah istirehat yang dibina pengusaha berhampiran Pantai Kemasik nyata memudahkan pelancong untuk bermalam secara individu atau bersama keluarga. Pantai Kemasik yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari Bandar Chukai dan 125 km dari Kuala Terengganu itu nyata menarik minat orang ramai terutama pengguna jalan raya kerana berada berdekatan dengan jalan utama.

Tugu pengenalan pantai yang dibina PBT seakan melambai-lambai kedatangan pegunjung ke destinasi itu untuk pelbagai tujuan sama ada beristirehat atau berkelah. Penduduk tempatan bijak memanfaatkan kawasan lapang di pantai itu dengan pelbagai aktiviti, termasuk bermain bola sepak pantai, bebeku, sukaneka dan bola tampar. Bagaimana untuk Ke Pantai Kemasik: Sekiranya anda dari Kuantan, anda perlu menuju ke Bandar Chukai di Kemaman. Dari Kemaman pula, anda perlu mengikut jalan persisiran pantai Chukai-Kijal-Kemasik Jika ingin bermalam mereka boleh memilih Kerteh Lodge, Awana Kijal Apartmen atau JR Apartment yang hanya terletak 10 km dari pantai itu.


BIL: 52,

Andainya `Dia’ ada bersama kita ... Assalamualaikum warah- matullahi wabarakatuh.

S

emoga Allah menghidupkan hati kita untuk terus mencintai Rasulullah SAW dan menghidupkan sunnahnya di dalam segenap penjuru kehidupan di saat ramai umat hari ini begitu terpesona dengan keindahan duniawi yang mengasyikkan. Ya Allah ikhlaskanlah hati kami untuk beriman dan beramal ibadat semata- mata untuk mendekatkan diri kepadaMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saudara! Kepada kita umat Islam, Rasulullah SAW adalah contoh terunggul yang tiada tolak bandingnya. Selepas kewafatan Baginda, tiada seorang pun yang seumpamanya, walau siapa pun dia. Walikah dia, sahabatkah dia. Tiada sekali- kali yang serupa dengannya. Kerana Nabi SAW adalah seorang Rasul pilihan Allah, yang sentiasa bersifat benar, amanah, menyampaikan, dan amat bijaksana bahkan seorang yang maksum; terpelihara daripada kekurangan dan dosa kesalahan. Inilah yang ditegaskan oleh Baginda SAW bahawa selepas Baginda wafat, tiada lagi nabi yang diutuskan.

Andainya Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita, apakah umat Islam hari ini tergamak mencerca sesama Islam, tidak bertegur sapa sesama jiran, tidak menjawab salam seorang muslim, memutuskan silaturrahim, menabur fitnah bahkan berbunuh- bunuhan sesama Islam, seperti yang berlaku di banyak negaranegara Islam hari ini. Hari ini kita melihat ikatan umat Islam tidak seakrab dahulu lagi. Agak sukar menemui jalinan kasih sayang sepersis Muhajirin dengan Ansar. Hampir tiada lagi sifat al- Athar; mengutamakan orang lain melebihi keperluan diri sendiri. Sebaliknya yang banyak terjadi ialah hasad dengki, fitnah memfitnah, tuduh menuduh yang semakin menebal, perbalahan dan persengketaan sehingga membawa kepada perpecahan umat yang amat membimbangkan. Seandainya Nabi Muhammad SAW berada bersama kita, para penceramah tidak akan berani memaki hamun sesama orang Islam. Atas masjid dan surau lagi. Mereka akan merasa malu untuk menuduh yang bukan- bukan kepada sesama muslim. Walaupun mungkin saudara seislamnya betul- betul tersilap langkah dan tersesat jalan. Kerana mereka tahu, method dan kaedah Nabi Muhammad SAW berdakwah. Baginda membimbing umat, memberikan penjelasan dan menegur dengan penuh hikmah. Basyiiran wa naziiran. Ada hiburan di sebalik teguran. Ada kesyahduan di sebalik bimbingan. Kerana itu, jika mereka adalah ulamak para pewaris Nabi yang sejati, mereka akan mendidik umat dengan penuh diplomasi dan berhemah. Mereka akan menegur umat dengan penuh sopan dan beretika. Mereka akan mengambil kaedah mendekatkan orang, bukan kaedah menjauhkan. Mereka akan banyak

memberikan dakwah bil hal ( secara praktis ) secara tertib dan hikmah. Bukan secara menghukum dan menuduh. Di dalam surah Aali Imran ayat 159, Allah mendidik Rasulnya: MAKSUDNYA: “ Maka dengan Rahmat daripada Tuhanmu, engkau telah berlemah – lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar dan keras terhadap mereka tentulah mereka akan melarikan diri daripadamu. Oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka, mohonlah keampunan untuk mereka dan berbincanglah dengan mereka…” Inilah yang sering diperingatkan oleh seorang ulamak terkenal Ikhwan Muslimin Sheikh Hassan Hudhaibi bahawa kita hanyalah pendakwah bukannya hakim yang menghukum. Kita adalah pendak-wah, bukannya hakim yang menghukum. Andainya Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita, apakah umat Islam hari ini tergamak mencerca sesama Islam, tidak bertegur sapa sesama jiran, tidak menjawab salam seorang muslim, memutuskan silaturrahim, menabur fitnah bahkan berbunuh- bunuhan sesama Islam, seperti yang berlaku di banyak negara- negara Islam hari ini. Perhatikanlah nasib umat Islam di bumi Iraq, Libya, Mesir, Syria, Tunisia, bahkan Palestin. Betapa ramai umat Islam yang membunuh dan terbunuh. Hanya semata- mata kerana perebutan kuasa pemerintahan. Hanya kerana berlainan fahaman. Di sini puak Ahlis Sunnah wal Jamaah, di sana pula puak Syiah. Di sini pengikut mazhab al- Syafie di sana pula Wahabi. Di sini penyokong UMNO dan di sana pula penyokong PAS atau PKR. Bermasam muka, tarik muka 14 dan belbagai lagak lagi. Sampai bilakah situasi ini akan berpanjangan? Siapa yang bersorak-sorai dengan insiden sedemikian? Apakah setelah umat Islam merempat di bumi sendiri, semasa itu barulah kita mahu bersatu? Insafilah saudara terhadap kemusnahan negaranegara Islam masa kini. Saya penuh optimis, seandainya Rasulullah SAW berada bersama kita, Baginda amat gembira andainya kita umat Islamtanpa mengira keturunan, warna kulit, bangsa dan fahaman politik – dapat bersatu hati. Berada dalam satu barisan untuk mencapai cita-cita yang satu iaitu kerana menegakkan Kalimah Allah SWT. Kerana kita mempunyai satu Tuhan. Satu Nabi. Satu Kiblat. Satu Kitab Panduan iaitu Kitab al- Quran, dan Satu umat. Iaitu sama- sama umat nabi Muhammad SAW.

Apakah setelah umat Islam merempat di bumi sendiri, semasa itu barulah kita mahu bersatu? Insafilah saudara terhadap kemusnahan negara-negara Islam masa kini. Bayangkanlah bagaimana pada suatu hari, sedang Nabi SAW memberikan pengajaran di dalam masjid, tiba-tiba seorang badwi datang kemudian kencing di situ. Betapa marahnya para sahabat. Tetapi, Nabi Muhammad dengan penuh senyuman bertanya siapakah di antara sahabatnya yang ingin memperolehi pahala yang besar untuk membersih najis tersebut? Bayangkanlah betapa hebatnya akhlak Rasulullah SAW. Tidak langsung memarahi badwi tersebut, jauh sekali untuk mengherdik dan memakinya. Subhanallah. Begitulah indahnya akhlak Rasulullah yang mesti diteladani.

9

1-15 Januari 2012

AGAMA

MIMBAR Sumber : JAKIM

“ ‫” اينتضريتي ترس كقواتن أ ّمة‬ ‫ هاري اكن برضنتي‬.‫ ماس اكن براللو‬،‫ ساعت‬،‫منجادي سنةاهلل ستياف دتيق‬ ‫ اكن منيغضلكن‬2011 ‫ تنفا كيت سدر‬،‫ تاهون اكن برضنتي تاهون‬،‫هاري‬ .‫ بضيتوله لومرح عالم يغ منجادي تمفت تيغضل كيت سالما اين‬.‫كيت‬ ‫ ستياف ماس لنسكاف موك بومي‬.‫عمور دنيا كيني سماكين منيغكت توا‬ ‫كيت تروس منروس مغالمي فرأوبهن فسات كران فغواسأن تيغضي مأنسي‬ ‫ دسباليق‬،‫ سوغضوه فون بضيتو‬.‫دالم بيدغ ساءين س دان تيكنولوضي‬ ‫هيغض‬. ‫فرأوبهن تادي حقيقتث نيالي اينتضريتي مأنسي سجق دهولو‬ ‫كيني فد داسرث اداله سام دان سريغ منجادي ايسو دالم مشاركت دنيا‬ ‫كسمفورنأن‬،‫كإخالصن‬،‫اينتضريتيبرمقصودكجوجورن‬،‫منوروتتفسير‬ ‫ سخارا كاسرث مأنسي يغ براينتضريتي اداله مروجوق كفد‬.‫اتاو كأوتوهن‬ ،‫ جوجور‬،‫صفة جاتي ديري ترفوجي يغ فرلو اد فد مأنسي سفرتي إخالص‬ ٢‫ برخاكف بنر دان صفة‬،‫ تيدق موده دفغاروهي‬،‫ برفضغ فد جنجي‬،‫أمانه‬ ‫ مأنسي يغ ممفوثاءي اينتضريتي اداله صفة يغ تيدق بوليه‬.‫فوسيتيف يغ الءين‬ ‫دفيسهكن دغن صفة كمأنسيأن ايت سنديري سالري كوجودنث يغ دمولياكن‬ 4:‫ فرمان اهلل سبحانه وتعالى دالم سورة التين ايات‬.‫اوليه اهلل سبحانه وتعالى‬ ‫ “سسوغضوهث كامي تله منخيفتاكن مأنسي دالم بنتوق يغ‬:‫مقصودث‬ ‫ باءيقث‬-‫سبايق‬ ‫باءيق مخلوق‬-‫ كيت ممهمي بهاوا مأنسي اداله سبايق‬،‫برداسركن ايات اين‬ ‫خيفتأن اهلل سبحانه وتعالى كران فد فطرهث مأنسي اداله مخلوق سوسيال‬ ‫ دافت ممبوات فنيالين‬،‫ بنر‬،‫ كرياتيف‬،‫ تفت‬، ‫ راسيونل‬،‫يغ برفيكيرن وارس‬ ‫ دقتور وهبة الزحيلى دالم‬،‫ مغولس فركارا اين‬.‫انتارا يغ باءيق دان بوروق‬ ‫باءيق كجادين كران دبريكن‬-‫تفسير المنير مثاتاكن بهاوا مأنسي اداله سبايق‬ ‫ ممفوثاءي‬،‫ ماكن دغن تاغنث‬،‫اغضوتا بادن يغ لغكف دان سمفورنا‬ ‫ توتور بيخارا سرتا ممفو مغوروس‬،‫ فميكيرن‬،‫كإيستيميوأن دغن علمو‬ ‫ سموا كلبيهن اين مموغكينكن مأنسي ايت منجادي خليفة يغ‬.‫كهيدوفن‬ ‫بركواس دموك بومي سباضايمان يغ دكهندقي اوليه اهلل سبحانه وتعالى‬. ‫كفنتيغن اومت مأنسي منجاض فطرة ديري اين سميمغث مندافت‬ ‫فرهاتين سريوس درفد رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم دالم سبدا بضيندا‬: ‫ “ستياف انق يغ دالهيركن اداله بركادأن فطرة (سوخي) تتافي‬:‫مفهومث‬ ‫” رواية‬.‫ نصرانى اتاو ماجوسى‬،‫ايبوباف ثاله يغ مننتوكن انق ايت يهودى‬ ‫أحمد‬ ‫مأنسي يغ هيلغ اينتضريتي دري سضي ظاهير اتاو باطين اكن مروسقكن‬ ‫ دان دغن مخلوق اهلل‬،‫ سسام مأنسي‬،‫هوبوغنث دغن اهلل سبحانه وتعالى‬ ‫ دالم‬.‫تومبوهن سرتا عالم فرسكيترن‬-‫ تومبوه‬،‫يغ الءين سفرتي حيوان‬ ‫القرءان تله دراكمكن ببراف اينديؤيدو يغ ترخمر اينتضريتيث سفرتي‬ ‫ فنصيحت كاننث يغ كوروف ياءيت همّان دان قارون يغ‬،‫فرعون يغ ظاليم‬ ‫ بضيتو جوض دسبوتكن ببراف قوم يغ روسق اينتضريتي‬.‫مغمفو فرعون‬ ‫كمأنسيأنث اللو دهافوسكن اوليه اهلل سبحانه وتعالى دري موك بومي‬ ‫ اومت نبي لوط دان قوم عاد‬،‫اين سفرتي قوم ثمود اومت نبي صالح‬ ‫ بركاءيت‬،‫ ترسبوت ددالم القرءان‬٢‫ فندداهن عذاب قوم‬.‫اومت نبي هود‬ ‫رافت دغن فنخماران اينتضريتي يغ فاليغ تيغضي ياءيت منشيريككن اهلل‬ ‫ مك سواجرث عذاب ايت منجادي فغاجرن كفد مأنسي‬،‫سبحانه وتعالى‬. ‫ جلس بهاوا قوم يغ ترخمر‬،‫برداسركن كسن بوروق يغ منيمفا اومت تردهولو‬ ‫ محمد قطب دالم‬.‫اينتضريتيث ممفوثاءي كاءيتن دغن عمالن سأورغ جاهيلية‬ :‫بوكوث “مشاركت إسالم” منجلسكن تردافت امفت خيري جاهيلية ياءيت‬ ‫) وجود‬3( ;‫) وجود سيكف منجاءوهي اضام اهلل‬2( ;‫) شيريك دالم عبادة‬1( ‫طاغوت (فنضق كسستن) يغ مموجوق مأنسي اضر جاغن مماتوهي حكوم‬ ‫) منجاتوهكن حكومن سخارا تيدق عاديل كران مغيكوت هاوا نفسو‬4( ‫اهلل; دان‬


10

BIL: 52,

AM

1-15 Januari 2012

Kem Tengku Muhammad Ismail bertaraf dunia K erajaan Terengganu sedia memberi peruntukkan bagi menaik taraf Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail dengan pelbagai kemudahan tambahan agar ia dapat digunakan untuk penganjuran program seterusnya. Kem seluas 13.6 hektar yang dikongsi bersama Terengganu Integrity & Startegic Studies Institute (T-ISSI) itu telah menerima peruntukan RM10 juta daripada kerajaan negeri bagi membina prasarana tambahan. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said berkata, selain dewan terbuka dan dataran utama, kem yang terletak di Telaga Batin, Kuala Terengganu itu memiliki kemudahan lengkap seperti pejabat, bilik mesyuarat, dewan makan, 65 bilik biasa dan 24 bilik untuk tetamu khas.

“Dengan adanya kemudahan bertaraf dunia ini, kerajaan negeri mengalu-alukan pertubuhan pengakap seluruh dunia untuk mengadakan perkhemahan mereka di kem ini sekali gus mempromosikan negara dan negeri Terengganu di mata dunia. “Maka, tidak mustahil pengakap beberapa negara luar termasuk Jepun melahirkan keinginan untuk melakukan aktiviti perkhemahan mereka di sini tidak lama lagi,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara penutup Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Dato’Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia, Dato’Khairuddin Mukmin dan Pengerusi Jawatankuasa Pela-

jaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd. Rahman. Mengulas lanjut Dato’Seri Haji Ahmad berkata, bagi memudahkan penyelenggaraan kem dilaksanakan, Kerajaan Negeri bercadang menyerahkan kem itu kepada Majlis Pengakap Negeri Terengganu tidak lama lagi. Jelas beliau, penyerahan kem tersebut juga bagi memudahkan kemudahan-kemudahan lain disediakan di kem berkenaan. “Mereka lebih tahu apa yang sepatutnya disediakan dalam sesebuah kem pengakap, jadi tanggungjawab untuk menguruskan kem ini kita beri kepada majlis dan saya berharap ia akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan penganjuran pelbagai aktiviti,”ujarnya.

MB rai wakil jambori di Seri Iman D

ato’Seri Haji Ahmad Said menghadiri majlis makan malam bagi meraikan peserta dan pemimpin kumpulan Pengakap sempena Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk. Majlis itu bagi memberi peluang kepimpinan pengakap seluruh negeri dan negara beramah mesra dengan Menteri Besar dan kepimpinan tertinggi Majlis Pengakap Malaysia. Beliau dalam ucapannya berkata, Kerajaan Terengganu sedia memberi sokongan sekiranya negeri itu terus diberi peluang untuk menjadi tuan rumah program Pengakap peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. “Terengganu bersedia untuk terus menjadi tuan rumah pada masa depan kerana kami mempunyai prasarana yang baik untuk tujuan itu,” katanya.

Menteri Besar bermesra dengan peserta jambori.

Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Terengganu 2011.

Tuanku Mizan berkenan rasmi jambori pengakap Laporan: Wartawan Teganukita am_ukom@gmail.com

Y Selera menikmati juadah Terengganu.

ang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu di Kem Pengangkap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ketibaan Yang Dipertuan Agong disambut Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad

Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Pengakap Negara, Dato’Seri Paduka Dr Haji Shafie Mohd Salleh. Tetamu kehormat lain, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dato’Kaharuddin Mo’min; Pengerusi Majlis Pengangkap Terengganu, Dato’Haji Abdullah Taib dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tereng-

ganu, Haji Otman Ismail. Selepas titah perasmian, baginda turut berkenan menandatangan plak perasmian pengisytiharan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di mana sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengangkap Telaga Batin. Pada masa sama, Yang di-pertuan Agong turut berkenan melancarkan syiling Peringatan Pengangkap 100 Tahun di Malaysia. Bertemakan‘Explorasi Warisan’, pelbagai kegiatan diadakan termasuk kembara bandar, aktiviti lasak dan aktiviti air.


BIL: 52,

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

I

steri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mahu negeri lain mencontohi usaha dan kejayaan Terengganu dalam pelaksanaan Program Permata Negara. “Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri yang memberi perhatian khusus kepada program pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak. “Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan Terengganu boleh dijadikan contoh dalam pelaksanaan Program Permata Negara,”katanya sempena Majlis Penyampaian Sijil Program Hafazan Muqaddam (23 Surah lazim) Kanak-kanak Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’Puan Seri Norliza Mahmud, Setiausaha K e r a j a a n Negeri, Dato’M a z l a n Ng a h ; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’Yahya Khatib dan Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa. Datin Paduka Seri Rosmah berkata, sebagai contoh, di Tereng-

Terengganu jadi contoh - Isteri PM ganu terdapat 32 Taska permata yang dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri, selain 34 Taska Keluarga yang dinaiktaraf sebagai Taska Permata keluarga. “Selain itu juga, 15 Taska Permata Kemas, dua Taska Permata perpaduan, empat Taska Permata Komuniti dan dua Pusat Anak Permata Negara. Ini bermakna, jumlah keseluruhan Taska Permata di Terengganu berjumlah 89 buah,”katanya. Beliau juga berharap program hafazan muqaddam dijadikan permulaan kepada pembelajaran kitab suci al-Quran. “Seharusnya ia juga perlu dilengkapkan dengan kefahaman mengenai aplikasi al-Quran sebagai sumber ilmu dalam pelbagai bidang sama ada yang berkaitan dengan ilmu sains, biologi, biotani, fizik, matematik atau sains kemanusiaan. “Sesungguhnya ayat-ayat alQuran adalah kalam Allah dan mengan-dungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Allah S.W.T,”katanya. Dalam majlis itu, seramai 1,012 kanak-kanak berusia tiga hingga

BAJU BARU...Tiga pasangan kembar Siti Nur Fatihah, Siti Nur Atikah dan Siti Nur Hidayah Rosli, 12, gembira dapat memilih sendiri pakaian sekolah di Pasaraya Giant Bandar Baru Kijal, Kemaman, baru-baru ini. Mereka bertiga merupakan antara 240 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih menerima baucer pakaian sekolah berjumlah RM100 dari Pemuda Umno Bahagian Kemaman.

Datuk Dr Ahmad Ramzi didapati bersalah B

11

1-15 Januari 2012

ekas Setiausaha Politik Dato’Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir didapati bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya, termasuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Hakim Mahkamah Seksyen, M Bakri Abd Majid, setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk tertuduh yang memilih memberi keterangan bela diri secara bersumpah, memutuskan Dr Ahmad Ramzi bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah menjatuhkan hukuman masing-masing tiga bulan penjara untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka YB Mohd Ariffin

Abdullah, Adun Permaisuri YB Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Dato’Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala untuk kesalahan memfitnah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu Dato’Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 0199158369 milik Dato’Wan Ahamad, dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan. Hakim M Bakri memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berasingan.

AM

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kanak-kanak Hafazan Muqaddam di Kuala Terengganu. empat tahun dari Taska Permata YPKT seluruh Terengganu berjaya menghafaz 23 surah muqaddam. Majlis turut disusuli dengan aca-

ra penyampaian sijil hafaz muqaddam dan cenderahati, penyerahan surat perlantikan ibu angkat Taska kepada isteri Ahli Dewan Undangan

Negeri serta penyerahan sumbangan kenderaan oleh TOP IT Industries dan Kumpulan Ladang Rakyat Terengganu kepada YPKT.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Sebahagian pelajar gembira selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR yang diumumkan, barubaru ini . Terengganu sekali lagi unggul sebagai negeri terbaik keseluruhan.

Terengganu terus ungguli PMR T erengganu meneruskan legasi kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam apabila 1,962 atau 8.95 peratus calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di negeri ini berjaya memperolehi semua A tahun ini berbanding 1,746 (7.81 peratus) pada tahun lalu. Prestasi yang melonjak berbanding tahun lalu dan menghampiri sasaran 10 peratus pelajar mendapat semua A (2011) itu bertambah 1.15 peratus atau 216 pelajar pada tahun ini. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Hashim Mohd Zin, berkata Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 2.57 berbanding 2.58 pada tahun lalu. Katanya, seramai 15,127 atau 69.04 peratus calon sekolah bantuan penuh kerajaan lulus semua mata pelajaran (minimum D) berbanding 15,034 calon (67.23 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan sera-

mai 93 calon. Beliau berkata, sebanyak 26 sekolah berjaya mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00 hingga 1.80 pada tahun ini berbanding 25 sekolah pada tahun lalu. Encik Hashim berkata, Terengganu bukan sahaja mencatat peningkatan jumlah sekolah berpencapaian tinggi, malah 18 sekolah berjaya mencapai 100 peratus minimum D. “Angka ini menunjukkan satu lompatan saujana jika dibandingkan pada tahun lalu yang hanya mencatat lapan sekolah sahaja lulus 100 peratus,”katanya ketika mengumumkan keputusan PMR seluruh Terengganu, di JPNT, Kuala Terengganu, hari ini. Antara sekolah berpencapaian tinggi, Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu (GPS 1.03); SM Imtiaz Besut (1.04); SMK Mak Lagam, Kemaman (1.04); SMK Lembah Bidong, Setiu

(1.07); SMK Tengku Mahmud, Besut (1.09); SM Imtiaz Kuala Berang (1.09); SM Imtiaz Dungun (1.11); SM Imtiaz Kuala Terengganu (1.11) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (1.13). Manakala antara sekolah yang mencapai 100 peratus minimum D, SM Sains Sultan Mahmud, SMK Mak Lagam, SMK Lembah Bidong, SMK Tengku Mahmud, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SMK Pelong, SM Sains Dungun, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Sultan Sulaiman dan SMK Rantau Petronas. “Pencapaian calon pada tahun ini pada umumnya meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Rekod pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun. “Saya percaya bahawa peningkatan GPN ini disebabkan oleh kegigihan, kesungguhan dan kecaknaan di peringkat jabatan, sekolah mahupun ibu bapa,”katanya.


MYA, T- Best pacu pelayar negara S

ukan pelayaran mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya, Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bekerjasama dengan T-Best Events Sdn Bhd (T-Best) akan menganjurkan Sirkit Match Racing Malaysia. Ia adalah usaha bagi melahirkan lebih ramai pelayar terbaik negara. Kerjasama dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara T-Best diwakili oleh Pengurus Operasi Kanan, Shafique Iqbal manakala MYA diwakili Lukman Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, Pengerusi T-Best, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pres-

iden MYA, Kamaruzzaman Abu Kassim. Sirkit bakal bermula Februari 2012 melibatkan empat lokasi iaitu perairan Lumut, Perak; Klang, Selangor; Langkawi, Kedah dan berakhir di Pulau Duyong. Dato’Seri Haji Ahmad berkata, melalui penganjuran itu ia mampu memberi peluang kepada bakat-bakat muda menguji kemampuan mereka. “Kerajaan negeri menyambut baik penganjuran itu kerana Terengganu mempunyai kemudahan menganjurkan sukan kapal layar amat bertepatan,” katanya selepas majlis MoU itu di Pulau Duyong, baru-baru ini.

12

Anuar Manan, 25 tahun, (gambar kanan) yang dulunya bersama pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) kini beraih angin menyertai pasukan divisyen dua HK Champion System, Hong Kong. Baru-baru ini, pelumba sensasi Terengganu itu menjalani pembedahan di bahagian tangan dan paha. Beliau dijangka bertolak ke Hainan awal bulan ini untuk menjalani latihan di sana.

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 52, 1-15 JANUARI 2012

TSG mahu gegar Eropah Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

S

etelah menduduki tempat keempat daripada 75 pasukan benua Asia dalam ranking Union Cycling International (UCI), Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) bercadang menyertai kejohanan jemputan lumba basikal benua Eropah musim 2012. Pengurus TSG, Encik Ahmad Kamarul Idrus berkata, pasukan yang ditubuhkan Kerajaan Terengganu itu merancang menyertai 18 kejohanan lumba basikal di bawah kalendar UCI bermula Januari hingga November tahun ini. Katanya, kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah perlumbaan pertama dalam kalendar UCI mulai 20 Februari hingga 4 Mac yang disertai TSG sebelum menyertai kejohanan lain di benua Asia dan Eropah. “Selepas LTdL, kita akan dapatkan jemputan daripada penganjur-penganjur untuk menyertai kejohanan di benua Eropah yang dijangka bermula Jun tahun ini. “Langkah itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelumba-pelumba kita di samping melebarkan sayap penyertaan setaraf dengan status TSG yang bertaraf dunia,” katanya baru-baru ini. Encik Kamarul berkata, dalam penampilan pertamanya di benua Asia tahun ini, TSG telah menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan termasuk di China, Jepun, Korea, Indonesia dan India. Pelumba TSG musim 2011 ialah Anuar Manan, Hariss Salleh, Yusliza Usoff, Mohd Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Nor Umardi

“Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah perlumbaan pertama dalam kalendar UCI mulai 20 Februari hingga 4 Mac yang disertai TSG sebelum menyertai kejohanan lain di benua Asia dan Eropah”. - Pengurus TSG, Ahmad Kamarul Idrus. Rosli dan Mohd Shobery Abdullah. Selain pelumba tempatan itu, pasukan itu mempunyai empat pelumba import iaitu Shinichi Fukushima dan Motoi Nara dari Jepun serta Chan Jang Jae dan Kim Do Hyoung dari Korea. Dalam pada itu, Kamarul berkata, TSG akan kehilangan pelumba sensasi Anuar Manan musim 2012 apabila pelumba lebuh raya yang berasal dari Kuala Ibai itu akan menyertai pasukan divisyen dua, Champion System di Hong Kong. Beliau berkata, Anuar akan meninggalkan TSG atau pasukan divisyen tiga untuk mengembangkan bakat dan juga mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan berbasikal. “Kehilangan Anuar tidak banyak menjejaskan pasukan TSG yang akan menghadapi banyak kejohanan yang lebih mencabar pada masa akan datang,” ujarnya. Menurut Kamarul, pasukan itu masih lagi mempunyai ramai pelumba setaraf dengan Anuar seperti pemenang dua pingat emas pada Sukan SEA XXVI Indonesia, Haris Salleh.

Haris Salleh akan mengetuai TSG bagi menghadapi banyak kejohanan yang lebih mencabar pada masa akan datang walaupun kehilangan Anuar Manan.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Tahun 2011 menyaksikan Terengganu terus mengukir pelbagai kejayaan baru dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, kebajikan rakyat, pelancongan dan sukan. 17 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan hadir pada Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin yang melibatkan bantuan sebanyak RM120,000 kepada 390 penerima di Taman Tamadun Islam.

14 Mei – Dato’ Seri Haji Ahmad Said bertemu rakyat dalam program Sehari Bersama Menteri Besar di DUN Batu Buruk.

24 Mei – Buku Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu yang menjadi indikator kepada penjawat awam merancang dan melaksanakan usaha ke arah memajukan negeri dilancarkan Dato’ Seri Haji Ahmad Said. 9 Jun - Yayasan Islam Terengganu (YIT) melancarkan terjemahan kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat.

7 Julai - Kira-kira 650 peserta yang terdiri daripada 14 pasukan dari seluruh negara berkampung tiga hari di Terengganu bagi menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011. 9 Julai – Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Terengganu bagi menghadiri majlis penutup Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011.

11 Jun - Terengganu menamatkan kemarau 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

10 Julai - Kerajaan negeri menaja 12 guru besar dan pengetua dari sekolah terpilih seluruh Terengganu bagi mengikuti Kursus `Confratute’ di University of Connecticut, Amerika Syarikat. 12 Jun - Terengganu mencipta rekod muncul juara kali ketiga berturut-turut Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-13 di Melaka dengan meraih 30 emas, 8 perak dan 12 gangsa.

16 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan upacara penutup Kejohanan Motosikal Lasak Asia (FIM) 2011 yang berlangsung di Trek Sukan Lasak di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. 20 Julai - Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan Dato’ Toh Chin Yaw menerima pingat kebesaran Darjah Dato’ Paduka Terengganu (D.P.M.T) sempena Ulang Tahun Ke49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin.

18 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai Kejohanan Malaysia –Thailand Open Endurance Challenge Trophy 11 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu. 24 Jun – Dato’ Seri Haji Ahmad Said melepaskan 200 kenderaan pacuan empat roda program kembara dan memancing “Boat On The Road” dari Sri Pentas TV3 Bandar Utama ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

30 Julai – Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan majlis pecah tanah kilang besi Perwaja Holdings Berhad (Perwaja)yang melabur RM400 juta bagi membina Loji ‘Consentration’ dan ‘Pelletizing’ yang pertama di Asia Tenggara di Kemaman. 13 Ogos - Kerabat diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Su yang pernah digelar ‘Putera Songket’ meninggal dunia di Hospital Royal Brompton London.

20 Ogos – Hampir 2,000 anak Terengganu yang bekerja dan belajar di sekitar Lembah Klang diraikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan pemimpin negeri dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 22 Ogos – Sebahagian Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II mula dibuka bermula dari persimpangan Gemuruh ke Bukit Payong dan Persimpangan Ajil ke Bukit Besi.

24 Ogos – Penantian hampir 30 tahun buat 265 peneroka Felda Kertih II, Dungun untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir apabila mereka mendapat suratan hak milik tanah yang disampaikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said. 26 Ogos - Dato’ To’ Puan Seri Aishahton Fadzullah Suhaimi yang juga isteri bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menerima Anugerah Tokoh Wanita Terengganu pada sambutan Hari Wanita Negeri. 26 Ogos - Adik Nurusyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12 dari Kampung Alur Keladi, Besut yang mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran KanakKanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar menduduki tempat ketiga.


Lonjakan nama anak Terengganu yang melakar kemasyhuran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa menjadikan negeri ini tumpuan segenap masyarakat. 28 Ogos - Dato’ Seri Haji Ahmad Said meluangkan masa meraikan kemeriahan Pertandingan Pelita Raya 2011 bersama penduduk di beberapa buah kampung di DUN Tepoh. 10 September - Pelumba Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin menjuarai kejohanan Lumba Basikal Jelajah Brunei 2011.

30 September - Tuanku Nur Zahirah berkenan melancarkan Kapal latihan dan penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

29 Oktober – Terengganu rangkul kedudukan naib juara Piala Malaysia selepas kalah tipis 1-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

15 September - Tokoh seni ukiran kayu, Wan Su Othman, 115 tahun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Alor Lintang, Besut. Allahyarham pernah menerima Anugerah Seni Negara pada tahun 1977. 17 September - Seramai 1,168 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma pada Istiadat Konvokesyen UniSZA ke-3 yang disempurnakan Canselor UniSZA, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

1 Oktober - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan Pengurniaan Ijazah Kehormat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Majlis Konvokesyen Ke-9, di Dewan Sultan Mizan universiti itu. 2 Oktober – Masjid terapung yang bernilai RM12 juta mula dibina di Pulau Perhentian, Besut.

20 September - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu untuk bersama rakyat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Pasar Baru Kedai Buloh dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

20 September - Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Awang Jabar, 66, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Alor Toman, Marang.

8 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mengetuai cabaran perlumbaan kuda lasak sejauh 120 kilometer Sultan Mizan Cup 2011 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu .

13 Oktober - iHeal Medical Centre Sdn. Bhd. melakar sejarah dalam menawarkan perkhidmatan perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama yang dilakukan sendiri Pengarah hospital itu, Dr. David Khoo Sin Keat.

31 Oktober – Mat Zan Mat Aris kembali semula membimbing skuad Penyu berikutan peletakan jawatan secara mengejut jurulatihnya, Irfan Bakti. 12 November - Terengganu merupakan negeri pertama yang mewujudkan kolaborasi rasmi dengan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). 14 November - Dato’ Seri Haji Ahmad Said membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. 17 November - Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mencatatkan 15.6 peratus mendapat keputusan semua A daripada keseluruhan 23,250 calon.

18 November - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu di Kem Pengangkap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir. 27 November - Ia William merangkul gelaran berganda - juara Piala Monsun 2011, juga dinobatkan juara WMRT 2011.

30 September - Tujuh penerbangan yang membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah memulakan penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM). 21 Oktober – Dato’ Seri Haji Ahmad Said melancarkan majlis pecah tanah projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

3 Disember - Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC 2011) mencatatkan penyertaan paling ramai.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.