teganukita 50

Page 1

2

pendidikan

sukan

ms

Penunggang Thailand juara Sultan Mizan Cup 2011

Keunikan ms

3

Pantai

YIT cetak 5,000 al-Quran digital

Kuala Abang ms

terkini

cepat

tepat

Bil : 50 (1-15 Oktober 2011) http://teganukita.blogspot.com

ISSN 2180-4737

13

Percuma

Lakar sejarah... Komputer riba untuk guru tambah kualiti pembelajaran ms

7

Apabila jejari memetik... Oleh: Ustaz Ahmad Kamal Abdullah

Korban manifestasi kesyukuran kepada Allah S.W.T ms

11

Wajah-wajah Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 ms

ms

14

12

Rancangan pengairan Jelapang, Setiu beri manfaat

Foto: Zulkipli Putra / UKOM

Hospital yang dibangunkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu , iHeal Medical Centre Sdn.Bhd. (iHeal) melakar sejarah dalam bidang perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama, 13 Oktober lalu.

F I S U KSKL

E

(Berita penuh ms 8 & 9)

Bandar `tambak laut’ Oleh: Fauzi Mohd

Projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan Terengganu dengan nilai pelaburan RM5 bilion. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, projek yang merangkumi tiga asas utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan bakal mewujudkan lebih 82,000 peluang pekerjaan menjelang 2020. Menurutnya, pembangunan seluas kirakira 7 kilometer radius itu dijangka membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga 7.5 peratus menjelang tahun yang sama berbanding 5.5 peratus ketika ini. “Projek KTCC akan menjadi penanda aras baru kepada pembangunan hartanah di Terengganu pada masa depan dan meletakkan negeri ini sebagai pusat pelancongan moden bertaraf dunia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek KTCC di Muara Selatan, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, baru-baru ini. lihat ms 6

82,000 peluang pekerjaan diwujudkan menjelang 2020

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah) menekan butang gimik perasmian pecah tanah projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) sambil diperhatikan Dato’ Haji Mazlan Ngah (kiri) dan Dato’ Jebasingam Issace John.


2

1 - 15 Oktober 2011

teganukita

am

Taman Ekuestrian Antarabangsa Lembah Bidong kelas dunia Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong yang menjadi gelanggang beberapa kejohanan ekuestrian, mempunyai kemudahan untuk pertandingan tersebut kelas pertama bertaraf antarabangsa. Sehubungan itu, Pengarah Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI), Ian William, berkata pihaknya mencadangkan lebih banyak kejohanan bertaraf dunia diadakan di TIEP pada masa depan.

Selain kejohanan Sultan Mizan Cup yang menjadi acara tahunan di TIEP, ia juga pernah menjadi tuan rumah kepada kejohanan FEI dua tahun lalu dan disifatkan antara tuan rumah terbaik kejohanan tersebut.

Beliau berkata, banyak negara berminat menganjurkan kejohanan ekuestrian yang bertaraf dunia, tetapi mereka tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan. “Terengganu memiliki kemudahan ekuestrian kelas pertama bertaraf dunia di mana ia amat jarang dimiliki negara lain. “Trek kejohanan kuda lasak yang terdapat di TIEP mendapat pujian peserta yang menyertai beberapa kejohanan yang diadakan di sini sebelum ini,” katanya ketika ketika ditemui di TIEP barubaru ini. Selain kejohanan Sultan Mizan Cup yang menjadi acara tahunan di TIEP, ia juga pernah menjadi tuan rumah kepada kejohanan FEI dua tahun lalu dan disifatkan antara tuan rumah terbaik kejohanan tersebut. Ian William berharap pihak berkenaan mengurus TIEP dengan baik bagi memastikan ia terus menjadi antara gelanggang ekuestrian terbaik di dunia.

Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua kanan) mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang Sultan Mizan Cup 2011, Wipawan Pawitayalarp ketika majlis penyampaikan hadiah di Taman Ekuestrian Antarabangsa Lembah Bidong, Terengganu. (Gambar kanan) Tuanku Mizan berkenan menyuapkan makanan kepada seekor kuda terbaik.

Penunggang Thailand juara Sultan Mizan Cup 2011 Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000. Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer pada kejohanan itu yang diadakan di Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu di Lembah Bidong, baru-baru ini dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilo-

meter sejam. Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30). Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah bagi kejohanan itu berkenan menyampaikan hadiah kepada juara. Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima. Tuanku Mizan yang menunggang kuda ‘RTES Smith’, mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) turut

2 juta liter air bersih sehari untuk penduduk Pulau Perhentian Oleh: Fauzi Mohd Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) berkeupayaan membekalkan 2 juta liter air bersih sehari kepada kira-kira 1,600 penduduk Pulau Perhentian, Besut setelah projek bekalan air siap sepenuhnya sejak 15 Mei lalu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mat Razali Kassim berkata, projek bernilai RM60.75 juta itu turut memberi manafaat kepada lebih 40 pengusaha pusat pelancongan di pulau peranginan yang menerima kedatangan pelancong hampir 90,000 setahun. Menurutnya, projek yang bermula Februari 2006 itu melibatkan pemasangan paip di dasar laut sepanjang 22 kilometer dari Bukit Bubus, Besut ke Pulau Perhentian Besar dan pembinaan tangki air berkapasiti 1.82 juta liter di pulau itu. “Selain pembinaan tangki air berkapasiti 0.75 juta liter di Bukit Bubus, termasuk dalam projek berkenaan pemasangan paip kepada pengguna sepanjang 4 kilometer di

Majlis penyerahan Projek Bekalan Air Pulau Perhentian kepada SATU diwakili Husain Embong oleh Ir. Dr. Hasnul Mohamad disaksikan Dato’ Mat Razali Kassim (tengah).

Pulau Perhentian Kecil dan 1 kilometer di Pulau Perhentian Besar,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Pulau Perhentian daripada Jabatan Bekalan Air Negara kepada SATU di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Negara, Ir. Dr. Hasnul Mohamad Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong.

Tambah Dato’ Mat Razali, projek berkenaan memakan masa berikutan pihak pemaju melaksanakan pembinaan mesra alam bagi menjaga terumbu karang di taman laut serta kawasan hutan berbukit di kedua-dua pulau itu. “Pihak kementerian memaklumkan, projek bekalan air bersih di Pulau Perhentian ini adalah yang terbesar di Malaysia pernah dilaksanakan dan ia mampu membekalkan air terawat untuk generasi akan datang,” katanya.

bersaing dengan 69 peserta lain. Seorang lagi peserta Thailand, Warit Khuntarporn mencatatkan masa 7:02:35 memenangi tempat keempat manakala Mohd Sulaiman Muda (8:15:15) mendapat tempat kelima. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat pada majlis itu. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakilwakil rakyat dan kenamaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

TATiUC selepas 17 tahun Kolej Universiti Tati (TATiUC) mencipta satu lagi kronologi rentetan sejarah penubuhannya selama 17 tahun apabila berjaya melahirkan 32 graduan sulung peringkat ijazah sarjana muda, baru-baru ini. Rektornya, Dr. Mohd. Rozailan Mamat berkata, kejayaan TATiUC itu cukup membanggakan warga kampus berkenaan yang kini sedang mengorak langkah menjadi universiti penuh pada 2015. Beliau berkata, TATiUC sebelum ini hanya menjalankan kursus peringkat diploma kemahiran dalam pelbagai bidang seperti Diploma Kejuruteraan Pembuatan, Industri Automotif, Rangkaian Komputer, Teknologi Polimer dan Kejuruteraan Kimia. Katanya, kursus peringkat ijazah pertama itu dijalankan sepenuhnya TATiUC di kampusnya di Teluk Kalong, Kemaman walaupun sebelum ini graduan diploma kolej itu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi Malaysia.


teganukita Oleh: Fauzi Mohd Terengganu boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, alQuran digital telah diperkenalkan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bagi memudahkan bacaan dan hafalan kitab suci itu. Naskah 30 juzuk itu dilengkapi pen digital yang bertindak sebagai pengimbas kepada huruf-huruf al-Quran yang dicetak menggunakan teknologi ‘touch screen’ yang mampu mengeluarkan suara bacaan berserta terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, cetakan pertama berjumlah 5,000 naskah itu menjadikan Terengganu berjaya menambah satu lagi kaedah dalam menjadikan masyarakat di negeri ini celik al-Quran. Katanya, selain mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), naskah yang melalui teknologi dari China itu dijual dengan harga promosi RM330 seunit dan harga biasa RM390. “Justeru, saya berharap masyarakat dapat mengambil peluang memanfaatkan kemudahan yang telah diperkenalkan ini agar didikan awal al-Quran dapat diterapkan dalam jiwa mereka,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Yayasan Islam Terengganu, Md. Kamaru Al-Amin Ismail memberitahu,

1 - 15 Oktober 2011

am

YIT cetak 5,000 al-Quran digital

INSPI cipta kecemerlangan Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu semakin mencipta nama sebagai pusat pengajian yang menjana graduan bidang agama dan mendapat pengiktirafan universiti tempatan serta luar negara. Pengerusi INSPI, YB Ustaz Muhammad Ramli Nuh, berkata sejak kebelakangan ini INSPI menjadi sebutan dan pusat pengajian itu disebut-sebut bakal menggantikan Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA) yang cukup terkenal di Terengganu pada masa dahulu.

Md. Kamaru Al-Amin (kanan) menerangkan sesuatu kepada Dato’ Seri Haji Ahmad Said cara menggunakan al-Quran digital.

apabila pen digital itu disentuh di mana-mana muka surat dalam alQuran yang disediakan, ia memaklumkan bilangan muka surat, surah dan ayat pada halaman berkenaan malah ia turut dilengkapi dengan sistem rakaman dan MP3. Katanya, keistimewaannya ke-

rana rakaman bacaan 30 juzuk itu dialunkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. “Al-Quran digital itu turut menampilkan bacaan daripada Imam Masjid Madinah, Shaikh Ali ibn Abdurrahman al-Hudhaifi dengan mengunaakan qiraat Qolun dan

Hafs. “YIT cuba membawa kelainan dengan memperkenalkan pengguna dengan qiraat yang berbeza agar mereka di luar sana lebih dekat dengan qiraat daripada riwayat lain yang hanya sering diperdengarkan pada majlis tilawah Quran sahaja,” jelasnya.

Atlet Terengganu dapat pendidikan sempurna EKSKLUSIF Oleh: Suriati Ali Seramai 77 atlet di negeri ini yang dianugerahkan biasiswa kerajaan negeri dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat, berkata daripada jumlah itu, seramai 54 atlet melanjutkan pelajaran di IPT Terengganu manakala selebihnya belajar di IPT luar negeri ini. Katanya, terdapat tiga jenis biasiswa pengajian ditawarkan kepada mereka iaitu biasiswa Sukan Kementerian Belia dan Sukan, Yayasan Terengganu dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). “Kerajaan negeri juga menawarkan bayaran asrama dan bantuan tuisyen bagi mana-mana atlet Sukan Malaysia (Sukma) yang masih belajar dan atlet Sekolah Sukan Bukit Nenas bagi memberi rangsangan. “Pendekatan ini cukup penting kerana bukan saja dapat memberi

3

Murid sekolah dari DUN Seberang Takir gembira selepas meperolehi e-Book yang diagihkan oleh YB Ahmad Razif, baru-baru ini.

608 murid DUN Seberang Takir terima e-Book HAJI ROZI MAMAT

motivasi malah mampu meningkatkan akademik mereka supaya terus cemerlang,” katanya. Beliau berkata, Majlis Sukan Negeri Terengganu menjalin persefahaman dengan semua IPT awam dan swasta di negeri ini bagi membantu atlet mendapat pendidikan sempurna walaupun mendapat kelayakan minima. “Saya yakin dengan apa yang dilaksanakan ini, mereka mampu memiliki kerjaya yang disegani selepas bersara dalam bidang sukan kelak,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menyaksikan seramai 608 murid tahun 4 menerima agihan e-Book percuma yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB. Ahmad Razif Abdul Rahman, baru-baru ini. Agihan itu melibatkan lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir seramai 83 orang dan SK Bukit Tok Beng (108 orang), SK Kompleks Seberang Takir (128 orang), SK Teluk Ketapang (171 orang) dan SK Tok Jembal (119 orang).

USTAZ RAMLI NUH

“Dulu nama KUSZA cukup sinonim dengan Terengganu kerana ia terkenal sebagai pusat pengajian yang melahirkan graduan-graduan di bidang agama. “Bagaimanapun, selepas KUSZA dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), INSPI pula disebutsebut bakal menggantikan Kusza sebagai pengeluar graduan di bidang agama,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran JAKIM dengan INSPI Yayasan Islam Terengganu Bagi Program Diploma Tahfiz Wa Dakwah di Menara YIT, baru-baru ini. Pengarah Darul Quran, Haji Paimuzi Yahya mewakili Darul Quran manakala INSPI diwakili Pengarah YIT, Haji Md. Kamaru Al-Amin, bagi menandatangani MoU berkenaan yang membolehkan graduan INSPI diiktiraf universiti tempatan dan luar negara. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Haji Razali Shahabudin dan Pengetua INSPI, Ustaz Firdaus Khairi Abd Kadir. YB Ustaz Haji Muhammad Ramli berkata, pihaknya akan berusaha lebih gigih, termasuk menambah bilangan pelajar di INSPI bagi memastikan pusat pengajian tersebut mengukir nama setaraf dengan KUSZA.


4

1 - 15 Oktober 2011

Waspada musim banjir Mengikut ramalan cuaca, negara ini diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November hingga awal Mac 2012, menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri termasuk Terengganu. Berdasarkan banjir buruk yang melanda beberapa negara jiran, terutama di Thailand, banyak pihak meramalkan banjir di beberapa negeri di Malaysia, termasuk Terengganu dan Kelantan, pada tahun ini lebih besar berbanding beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh itu negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun. Sebagai persiapan awal, kerajaan negeri sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di mana 112 pangkalan hadapan diwujudkan di seluruh negeri bagi menyalur pelbagai bantuan kecemasan, termasuk botbot penyelamat dan bekalan makanan. Pihak berkuasa menyediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menempatkan 51,700 mangsa, berbanding 48, 192 orang pada tahun lalu. Sebanyak 98 pusat perpindahan disediakan di daerah Besut, Setiu (35), Hulu Terengganu (78), Kuala Terengganu (25), Marang (23), Dungun (52) dan Kemaman (36). Semua agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pejabat-pejabat daerah sudah diarah berjaga-jaga dan membekukan cuti kakitangan yang terlibat bagi membantu mangsa banjir. Di pihak orang ramai pula, mereka dinasihatkan supaya menjaga anak masing-masing agar tidak bermain air bah di kawasan merbahaya dan arus deras bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Kita tidak mahu anak-anak yang terlalu ghairah bermain air bah akan menjadi korban setiap kali berlaku musim banjir. Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan sering ditenggelami air pada musim banjir perlu berwaspada dan berpindah segera jika kawasan mereka dilanda banjir. Tindakan awal untuk berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan, bukan saja memudahkan bantuan diberikan kepada mereka tetapi juga boleh mengelakkan kejadian buruk. Orang ramai boleh merujuk laman sesawang, etindakan.terengganu.gov.my bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan banjir. Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Amirullah Othman (Marang), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

teganukita

rencana

ANALISIS

Oleh: Putera Pesisir Air

Nikmat-nikmat Bajet 2012 buat anggota perkhidmatan awam Penjawat awam atau kakitangan kerajaan sama ada yang menyokong atau tidak kerajaan yang menjadi tempat mereka memperolehi nikmat, amat mendapat nikmat dari belanjawan 2012. Sama ada ia dianggap Bajet Pilihanraya Umum ke-13 dari Barisan Nasional (BN) atau pun tidak yang pentingnya kita mendapat nikmat darinya. Bukan sahaja yang memperoleh nikmatnya adalah rakyat kebanyakan, termasuk juga mereka yang tidak mengundi BN. Jadi, Bajet 2012 sebenarnya bukan satu isu politik, melainkan ia perlu dilihat untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Mari kita lihat dan berkongsi “nikmat-nikmat” yang diberikan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan kepada penjawat awam (tidak kira sama ada mereka itu penyokong kerajaan ataupun tidak) dalam Bajet 2012. Yang lebih penting ia perlu ke arah meningkatkan lagi a zam k it a u nt u k berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Di peringkat Terengganu pula, Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Nikmat-nikmat yang dimaksudkan: 1. Pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 2. Kadar Pencen naik 2% setiap tahun kepada Pesara. 3. Had Umur Pesaraan dinaikkan ke 60 tahun dari 58. 4. Bantuan Yuran Pengajian secara Separuh Masa. 5. Bantuan RM 3,000 one-off kepada kakitangan JASA dan KEMAS yang tamat kontrak. 6. Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi RM 600 bagi Pegawai Perubatan Siswazah dan Kenaikan Elaun On Call antara RM 30 - 80. 7. Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM 500 dan Pesara Pencen RM 500. 8. Pemansuhan Sepenuh-

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2012, baru-baru ini.

Perdana Menteri dan juga timbalannya menunjukkan buku Bajet 2012 yang mengandungi banyak nikmat-nikmat untuk rakyat sebelum membentangkannya di Parlimen.

nya Yuran Sekolah. 9. Pemberian Subsidi Makanan Asas. 10. Pemberian Subsidi Petrol dan Gas Memasak 11. Pemberian Subsidi Elektrik 12. Suntikan Percuma Imunisasi HPV 13. Pemberian One-Off Tunai; i. RM500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. ii. RM100 kepada setiap pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5. iii. RM200 baucar buku pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan Tingkatan 6. Jika dilihat satu persatu peruntukan yang diberikan

kerajaan kepada kakitangan kerajaan sama ada secara langsung atau tidak, kita seharusnya bersyukur kerana telah dilantik untuk berkhidmat (kepada rakyat) dengan kerajaan. Hakikatnya, ramai yang memiliki kelayakan dan mahu bekerja kerajaan namun kerana tiada rezeki, mereka terpaksa memilih kerjaya lain. Walaupun bekerja dengan kerajaan tidak menjanjikan kemewahan, namun keselesaan dan kemudahan yang dimiliki cukup untuk menjanjikan kebahagiaan dalam hidup. Kepada penjawat awam yang sering mengatakan p e mb e r i a n - p e mb e r i a n

kerajaan melalui Bajet 2012 ini sebagai “tanggungjawab kerajaan”, bukankah ia membuktikan kerajaan hari ini bertanggungjawab kerana melaksanakan “tanggungjawab kerajaan” itu? Jika di swasta, menghina dan memaki hamun majikan akan diberikan notis 24 jam, tetapi dalam kerajaan, menghina dan memaki hamun pemimpin dan dasar kerajaan 24 jam, hujung bulan tetap dapat gaji, hujung tahun tetap dapat bonus. Bertuah bukan? Itulah Malaysia yang sekian lama di bawah naungan BN yang menjadi pilihan rakyat kerana segalanya dipulangkan semula untuk rakyat. Kepada semua rakanrakan penjawat awam yang amat tinggi tahap skeptikelnya, sudah-sudahlah mempertikaikan, bersyukurlah! Marilah kita jalankan tanggungjawab kita sebagai pelaksana. Dan atas kebaikan dan nikmat ini, tidak salah dan adalah amat manis kiranya kepda sesetengah yang rasa tersliap langkah, kita membetulkan haluan semula, jika kita berada di jalan yang silap selama ini dengan membuat tuduhan dan tohmohan yang bukan-bukan kepada pihak yang menyuap makanan ke mulut kita. Bermuhasabahlah!


teganukita

rencana

1 - 15 Oktober 2011

BUDAYA

Oleh: Lan Bayu

Tidak terdampar di pinggiran Melihat anak-anak muda generasi pewaris mengadun dan mendendangkan muzik gamelan, terasa Terengganu seperti berada di zaman kemuncak kegemilangan budaya yang berasal dari istana itu turun kepada rakyat. Sejarah memaparkan Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan justeru pada tahun 1915, set gamelan telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu dari Pahang dan baginda melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Berbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah memperkenalkan “Joget Gamelan Terengganu”. Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan. Kini dalam usaha memberi nafas baru ke arah mengangkat martabat muzik dan seni persembahan yang menjadi warisan kebanggaan, Kerajaan Terengganu melalui Muzium Negeri dan beberapa agensi menganjurkan Pertandingan Gamelan Peringkat Kebangsaan 2011 selama dua hari 29 dan 30 Oktober baru-baru ini. Pertandingan buat julung-julung kalinya di negara ini dengan kerjasama Lembaga Muzium negeri berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Entah dari mana kumpulan ini datang,

5

yang pasti muzik gamelan masih ampuh dan digemari. Kumpulan Gamelan KONGA dan Kumpulan SaGa dari UniSZA, Kumpulan BAYU dari Universiti Malaysia Sarawak, Kumpulan MASanidaya Penerbangan Malaysia (MAS), Kumpulan Citra Nusantara dan UPNM Gamelan Group dari Universiti Pertahanan Negara, Kumpulan Atika Seni dari Universiti Sains Malaysia, Kumpulan Asuhan Seni, Kumpulan Gema ASWARA. Juga Kumpulan Sanggar Kirana dan UTP Gamelan Group dari Universiti Teknologi Petronas, Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur, Kumpulan Simfoni Lokananta, Kumpulan Gamelan Sari dari Universiti Teknologi Mara Terengganu, Kumpulan Gamelan Indera Kayangan dari Perlis dan Kumpulan Pelita ASWARA dari Kuala Lumpur. Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah berharap, melalui usaha yang dirintis itu dapat meningkatkan kecintaan dan penghargaan masyarakat, mencambah dan menyuburkan kegiatan kumpulan-kumpulan dengan persembahan bermutu. Pertandingan ini mewujudkan ruang ke-

pada penggubah muzik gamelan bagi menonjolkan hasil ciptaan mereka untuk disebarkan dan meningkatkan koleksi lagu-lagu gamelan Melayu yang semakin terbatas dan diperluaskan sebarannya kepada umum. Ia seiring dengan hasrat pimpinan negeri agar Terengganu menjadi peneraju dan memayungi seni gamelan negara, manakala seni itu juga kekal menjadi simbol kepada identiti negeri dan ketinggian warisannya dan merakyatkan segalanya, termasuk warisan seni gamelan ini. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori gamelan Melayu tradisional dan kontemporari/kreatif. Kumpulan 17 orang anak jati Terengganu, KONGA dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diumumkan juara Pertandingan Gamelan Melayu peringkat kebangsaan 2011 itu. Kumpulan itu menjuarai kategori Melayu tradisional dan Kontemporari/Kreatif dengan mempersembahkan kombinasi lagulagu rakyat Terengganu dinamakan ‘Legasi Terengganu Kita’. Inisiatif untuk memperdengarkan lagulagu rakyat Terengganu itu timbul kerana

Sesungguhnya Terengganu sebagai perangsang malah sebagai pusat pembelajaran dan rujukan kepada perkembangan dan pembangunan seni muzik dan seni tari gamelan secara ilmiah dan tersusun.

melihatkan muzik Terengganu boleh diangkat dan dimartabatkan di mana sahaja. Kategori gamelan Melayu Tradisional pula menyaksikan Kumpulan Gamelan Asuhan Seni 1, Istana Budaya, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara. Gamelan Asuhan Seni 1 yang diwakili 10 orang anggota terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa memukau juri dengan lagu Timang Burung dan Tak Jangka Terang. Pertandingan yang bermula 29 - 30 Oktober menampilkan 17 kumpulan gamelan dari seluruh negara bersama 250 pemuzik. Selain itu pihak kumpulan Suktra dan Saga Warisan juga turut membuat persembahan tarian gamelan secara selingan di pertandingan tersebut. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said. Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 bagi anugerah khas juri dan RM1,000 bagi anugerah pemuzik terbaik di samping RM3,000 bagi hadiah saguhati kepada setiap kumpulan yang bertanding. Moga-moga penganjuran pertandingan yang mungkin dijadikan acara tahunan ini diharap menjelma sebagai pemangkin baru kepada perkembangan seni gamelan Melayu sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa, malah merancakkan kegiatannya tanpa bermusim dengan peranan semua pihak. Sesungguhnya Terengganu sebagai perangsang malah sebagai pusat pembelajaran dan rujukan kepada perkembangan dan pembangunan seni muzik dan seni tari gamelan secara ilmiah dan tersusun. Moga-moga persaingan muzik moden dan perkembangan informasi dan komunikasi ( ICT), tidak akan membiarkan gamelan dan pelbagai seni warisan terdampar di pinggiran.


6

1 - 15 Oktober 2011

teganukita

am

EKONOMI

TURUN PADANG

Projek KTCC tarik pelaburan RM5b

JHEAT melaksanakan tanggungjawab mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat dengan aktiviti turun padang.

Oleh: Esah Abdullah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah memperkenal dan melaksanakan satu Program Temu Mesra Pesuruhjaya dan pegawai-pegawai kanan JHEAT ke daerah-daerah di Terengganu yang telah dimulakan sejak Mei lalu. Program ini antara usaha jabatan melahirkan pegawai yang berketerampilan dan cakna masyarakat di samping mengetahui permasalahan yang berlaku di daerah dan menyelesaikannya dengan cekap dan cepat. Tindakan JHEAT mendekatkan anggotanya dengan masyarakat setempat selaras dengan slogan kerajaan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Program yang dilaksanakan banyak memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi dan tanggungjawab JHEAT melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang berkaitan hal ehwal Islam. Yang pasti hubungan dua hala antara jabatan dan masyarakat

JHEAT dekati masyarakat kampung dapat mengeratkan silaturrahim antara pegawai-pegawai JHEAT dengan warga Pejabat Agama Daerah (PAD) dan masyarakat setempat. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd Rozali Salleh, berkata pengisian bagi program temu mesra ini merangkumi pelbagai termasuk solat berjemaah, bacaan Yasin, tahlil, soal jawab agama, kuliah subuh, gotong royong bersih masjid dan sukan rakyat. Pemberian hamper kepada keluarga miskin, kunjungan ke rumah warga emas, lawatan ke rumah orang uzur memberi impak besar kepada anggota masyarakat yang selama ini menganggap pegawai hanya boleh ditemui di pejabat sahaja. “Semua aktiviti membabitkan warga JHEAT yang datang

Bergotong-royong membersih kawasan perkuburan bersama penduduk kampung.

berkampung di kawasan komuniti pilihan di mana penduduk tempatan dan pemimpin masyarakat dan juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) turut bersama dalam jamuan makan tengahari dan makan malam,” katanya. Menurutnya, penglibatkan semua pihak termasuk imam, bilal, jurunikah, jawatankauasa masjid dalam daerah yang dikunjungi menyuburkan ikatan perpaduan antara penduduk kampung dan petugas di JHEAT. Haji Mohd Rozali memberi jaminan program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan kaedah dan pendekatan yang berlainan di mana semua pegawai akan terbabit dalam program Khatib Tamu dan Kuliah Subuh.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said tertarik melihat model pelan KTCC. dari ms-1

Pada majlis itu, Dato’ Seri Ahmad turut menyaksikan dua memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani iaitu antara ECERDC yang diwakili Dato’ Jebasingam dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) diwakili Dato’ Mazlan bersama dua syarikat pemaju. MoU melibatkan KTCC Mall Sdn. Bhd. yang diwakili Tan Sri Tang Yeam Soon dan syarikat Austin Heights Sdn. Bhd. diwakili Dato’ Ir. Steve Chong Yoon On. KTCC merupakan antara koridor pembangunan terbesar negara yang sebahagian besarnya dibangunkan di tanah tambakan di Muara Sungai Terengganu yang merangkumi Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang dan Tanjung serta Tebing Pesisir Air. Antara komponen yang akan dibangunkan melalui penglibatan pelabur dalam dan luar negara ialah pusat perniagaan komersil, pusat konvensyen antarabangsa dan kediaman moden yang akan dilengkapi dengan pusat beli-belah, percutian, perubatan dan pendidikan. Tambah Dato’ Seri Ahmad, bagi melengkapkan pembangunan KTCC, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Kedua disiapkan menjelang 2013 dan bakal mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur kepada empat jam. “KTCC akan menjadi faktor penarik untuk menggalakkan lebih ramai belia kembali bekerja di negeri ini apabila melihat perubahan bandar raya ini yang bakal menjadi hab kehidupan, bekerja dan aktivitiaktiviti rekreasi,” jelasnya. Bagi mempromosikan imej Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan di ECER katanya, sebuah mercu tanda baru negeri iaitu jambatan angkat (draw breach) bernilai hampir RM40 juta bakal dibina menghubungkan Muara Selatan dan Muara Utara. Antara projek yang bakal menjadi langskap pembangunan di KTCC katanya, sebuah apartment 30 tingkat bernilai RM150 juta yang mengandungi 292 unit rumah dan 90 unit ruang komersil dibangunkan melalui peruntukan TAWNT. Selain itu kata Dato’ Seri Ahmad, menara 30 tingkat milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal dibina dan sebuah lagi menara dengan ketinggian sama dibangunkan untuk menempatkan pejabat semua yayasan-yayasan milik Kerajaan Negeri. “Selain itu, sebuah menara hotel dengan kapasiti 400 bilik turut menjadi ikon pelancongan menarik dengan kemudahan pusat boling 36 lorong bertaraf antarabangsa bakal dibangunkan,” katanya.

Majlis pertukaran MoU antara ECERDC dan TAWNT dengan KTCC Mall Sdn. Bhd. dan Austin Height Sdn. Bhd.


teganukita

1 - 15 Oktober 2011

am

STPM: Kerajaan belanja RM8.4j

BN Terengganu sedia hadapi PRU ke-13 Barisan Nasional (BN) Terengganu sudah mempunyai senarai nama calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) selain bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja. “Buat masa terdekat ini kita tidak boleh umum lagi siapa yang layak atau siapa yang tidak layak kerana yang penting semua jentera parti BN sudah bersedia,” kata Pengerusi BN Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada sidang media selepas merasmikan program Sukan Keluarga Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, di Kampung Matang, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Sementara itu, ADUN Telemong merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, YB Haji Rozi Mamat, berkata jentera parti BN DUN Telemong optimis untuk menghadapi PRU-13 dengan mempertaruhkan moto ‘bahang rapat jik’ bagi memenangi pilihan raya dengan majoriti undi lebih besar selain terus menjadikannya kubu kuat parti. Pihaknya percaya sokongan padu rakyat dalam DUN berkenaan akan meningkat dan yakin kawasan itu akan terus dapat diperta-hankan pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, ‘Bahang rapat jik’ yang sinonim dengan semangat juang habis-habisan itu akan ditonjolkan dalam gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Kita bukan hanya mahu kekalkan kerusi tetapi juga mahu mencapai kemenangan lebih besar,” katanya. YB Rozi berkata, moto ini diharapkan mampu menaikkan semangat jentera parti bagi merealisasikan hasrat memenangi pilihan raya. “Justeru, pelbagai program sudah diatur dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat termasuk simulasi dan bengkel membabitkan barisan pemimpin. “Walaupun tarikh sebenar pilihan raya umum belum diumumkan, namun jentera Dun Telemong sudah bersiap-sedia menghadapinya,” katanya.

7

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama guru Tahun Enam yang menerima komputer riba percuma daripada kerajaan negeri.

Komputer riba untuk guru tambah kualiti pembelajaran

Oleh: Suriati Ali Keprihatinan kerajaan negeri mengagihkan komputer riba secara percuma kepada semua guru Tahun Enam di negeri ini nyata mengembirakan mereka kerana ia mampu menambahbaik kualiti pembelajaran murid di sekolah masing-masing. Penerimanya, Choong Kim Wah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Khoon, Kemasik, Kemaman, sangat berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana sudi mengagihkan komputer riba kepada semua guru Tahun Enam. “Pemberian alatan bantuan mengajar ini merupakan satu bonus kepada kami kerana mampu memberi tunjuk ajar secara lebih mendalam dalam semua mata pelajaran kepada murid-murid yang bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR). “Rata-rata murid lebih gemar dan mudah memahami apa yang diajar melalui komputer berbanding kaedah biasa iaitu buku teks,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Guru Tahun Enam, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Encik Razali Daud dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Seramai 2,642 guru Tahun Enam menerima komputer riba membabitkan peruntukan RM2.5 juta, yang disampaikan sendiri Dato’ Seri Haji Ahmad.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sanggup mengeluarkan belanja jutaan ringgit setahun sematamata ingin melihat mutu pelajaran anak didik Terengganu sentiasa dalam keadaan baik. “Saya mengharapkan guru menerima komputer riba memanfaatkannya sebaik mungkin untuk kecemerlangan pelajar, sekolah dan nama baik Terengganu ,” katanya. Beliau berkata, pemberian komputer itu juga sebagai hadiah kerana mampu mengekalkan kecemerlangan UPSR selama 10 tahun berturut-turut. “Saya percaya, setiap guru yang menerima kemudahan ini lebih bersemangat mencurahkan ilmu kepada anak didik masing-masing dalam usaha mengekalkan kedudukan dan lebih cemerlang pada tahun-tahun seterusnya,” katanya.

Sambutan MASM ke-20 di Terengganu Bertitik tolak dari Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober 1989, deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar membawa kepada sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) pada 21 Oktober setiap tahun. Terengganu menjadi tuan rumah sambutan MASM kali ke-20 itu antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam pengurusan alam sekitar. Lebih 10 acara diadakan sepanjang minggu berkenaan termasuk pertandingan ‘action song’, pameran alam sekitar dari 54 agensi, kuiz, pertandingan mewarna, bengkel ‘Waste to Wealth’, wawancara Radio Malaysia Terengganu FM dan Simposium Pemerhatian Sungai.

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas bersama pemenang sambutan MASM di Terengganu.

Dengan tema ‘Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, program itu dirasmikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Douglas Uggah Embas di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Perindus-

trian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Toh Chin Yaw dan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Dato’ Zoal Azha Yusof turut hadir pada program berkenaan. Dalam majlis itu, Dato’ Sri Douglas Unggah menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Kerajaan telah membelanjakan RM8.48 juta membabitkan 8,486 pelajar Tingkatan Enam Atas sejak Program Bantuan Pendidikan diperkenalkan pada 2008. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, bantuan material RM1,000 seorang itu sebagai galakan dan juga untuk membeli keperluan pembelajaran mereka yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). “Saya bangga sejak program ini diperkenalkan, prestasi pelajar kita amat memberangsangkan dan harap tahun ini kita mampu jadi juara kali keempat berturut-turut,” katanya di majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu (YT) kepada Pelajar STPM Tahun 2011 di Wisma Darul Iman, barubaru ini.

Kapal RV Discovery pertama di Malaysia Kapal latihan dan penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan kapal pertama seumpamanya di negara ini. Kapal bernilai lebih RM15 juta dibina khusus bagi penyelidikan oseanografi dengan kelengkapan terkini dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika, boleh berada selama dua minggu di lautan dan berkemampuan menampung 12 krew kapal serta 23 pelatih pada satu-satu masa. Naib Canselor UMT Dato’ Prof. Dr. Aziz Deraman, RV Discovery direka bagi memenuhi keperluan universiti itu dalam meneroka bidang utamanya iaitu oseanografi.

Penantian 29 tahun berakhir Seramai 265 peneroka dari kawasan Felda Kertih II, Dungun bersyukur selepas penantian hampir 29 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan. Suratan hak milik tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada satu majlis di Dewan Sivik Felda Kertih II, Dungun baru-baru ini. Lebih menggembirakan, sebahagian besar penerima hak milik berkenaan merupakan peneroka asal yang mula memasuki ladang sawit seluas 1,499 hektar itu pada 15 Oktober 1982. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, hak milik tersebut merupakan satu ‘anugerah’ yang mempunyai nilai tinggi selepas peneroka berhempas pulas membangunkan tanah terbabit.


8

teganukita Foto: Zulkipli Putra / UKOM

1-

Hospital iH

lakar

7,930 rekod tertinggi

Program Pintar al-Quran mencatatkan penyertaan tertinggi tahun ini sejak ia digerakkan Kerajaan Negeri enam tahun lalu bagi meningkatkan penguasaan membaca al-Quran bermula di peringkat awal usia. Secara keseluruhannya, pada tahun ini seramai 7,930 kanak-kanak tadika berusia lima dan enam tahun berjaya khatam al-Quran berbanding 6,246 orang pada tahun lalu. Program itu dijayakan bersama Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran negeri dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pada tahun ini, seramai 1,780 murid yang khatam al-Quran adalah dari tadika YIT, 2,375 tadika Kemas, 3,525 tadika Jabatan Pelajaran negeri manakala 250 adalah kanak-kanak tadika kelolaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Majlis khatam beramai-ramai yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Stadium Tertutup Gong Badak diserikan dengan bacaan al-Quran, bacaan Yasin, persembahan nasyid dan dikir Arab oleh kanak-kanak berkenaan. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB. Ahmad Razif Abd. Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama

khatam al-Quran dan Penerangan Negeri, YB. Khazan Che Mat. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, sejak dilancarkan pada 2006, seramai 24,445 kanakkanak sudah khatam al-Quran. Katanya, ia merupakan pertambahan 1,684 orang berbanding tahun lalu dan termasuk dalam jumlah itu ialah 332 kanak-kanak berjaya hafaz surah Yasin dan 176 orang mampu menghafaz surah itu bersama terjemahannya sekali. “Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada kanakkanak di negeri ini apabila mereka didedahkan dengan pembelajaran al-Quran seawal usia itu tatkala kanak-kanak lain masih ada yang tidak mampu membaca. “Saya percaya melalui program ini yang dianjurkan secara berterusan, Terengganu bakal melahirkan lebih ramai generasi celik al-Quran pada masa akan datang,” katanya.

bedah ja Oleh: Fauzi Mohd Hospital yang dibangunkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWT), iHeal Medical Centre Sdn.Bhd. (iHeal) melakar sejarah dalam menawarkan perkhidmatan perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama, 13 Oktober lalu. Lebih bermakna, detik kejayaan itu disaksikan sendiri Dato’ Seri Ahmad Said yang berkesempatan mengikuti operasi pembedahan itu di Mid Valley, Kuala Lumpur bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB. Dr. A. Rahman Mokhtar. Pembedahan itu diketuai sendiri oleh Pengarah Kesihatan iHeal yang juga pakar jantung, Dr. David Khoo Sin Keat bersama pakar bius iHeal, Dr. Ariffin Marzuki serta enam kakitangan kesihatan lain. Pasukan itu mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan pembedahan penggantian injap jantung sebelah kiri seorang pesakit wanita dari Melaka, Yap Nyok Lin, 50 tahun. “Operasi pertama ini menjadi kebanggaan

kepada kita. Saya yakin yang dimiliki iHeal, leb bakal tercipta selepas ini. “Kalau dulu pesakit k ganu akan dirujuk ke ho di Kuala Lumpur dan P sekarang kita boleh mel kata Menteri Besar, Dato kepada Teganukita. Turut hadir meraikan Setiausaha Kerajaan Ne Ngah dan Setiausaha Po Datuk Wan Ahmad Niza mid. Hospital yang memul 23 Jun lalu dikuasai 60 p sahamnya oleh LTAWT lagi oleh Biomedical Tec yang diasaskan oleh Dr. D sendiri. Sementara itu, Sin K berkata, iHeal menum asing sebagai pelanggan dari Indonesia, Amerika berapa negara Asia Tengg Beliau berkata, pelanc ke Malaysia untuk mend


- 15 Oktober 2011

Heal

r sejarah

antung

n dengan kepakaran bih banyak kejayaan . kronik dari Terengospital lain terutama Pulau Pinang, tetapi lakukannya di sini,” o’ Seri Ahmad Said

detik bersejarah itu, egeri, Dato’ Mazlan olitik Menteri Besar, am Wan Abdul Ha-

lakan operasi sejak peratus kepentingan dan baki 40 peratus chnologies Sdn. Bhd. David Khoo Sin Keat

Keat ketika ditemui mpukan pelancong n utama khususnya a Syarikat serta begara lain. cong asing itu kerap dapatkan rawatan ke-

sihatan kerana ia dianggap antara terbaik di rantau Asia Tenggara. “Kami juga mengambil kesempatan ini bagi memperkasakan program pelancongan kesihatan oleh kerajaan dengan mensasarkan 70 peratus pelancong asing,” katanya. Lebih membanggakan katanya, iHeal turut mempunyai alat pengimbas, ‘CT Scan’ yang tercanggih dan terpantas di dunia dan ia satusatunya terdapat di Malaysia. Ujar Sin Keat, hospital yang mempunyai enam katil dan dua bilik bedah itu sedang dalam pembangunan fasa tiga yang dijangka siap hujung tahun ini. “Apabila siap kelak, iHeal mempunyai 15 buah katil sebelum masuk ke fasa empat,” katanya. Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah kesihatan berbentuk pencegahan awal penyakit, terapi, rawatan genetik dan teknik pembedahan minimum invasif. Pusat kesihatan itu turut berkerjasama dengan Pusat Perubatan Prince Court bagi perkongsian perkhidmatan kesihatan dan Asiatic Centre for Genome Technology Sdn. Bhd. (ACGT) bagi tujuan perkongsian teknologi penyelidikan dan pembangunan.

9


10

1 - 15 Oktober 2011

teganukita

rencana

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

BISNES

Perniagaan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 6.15 petang terletak di Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu.

Sentuhan

hiasan dalaman

Nspirasi

Oleh: Suriati Ali

Puan Ratna Dato’ Nainy, anak Terengganu kini berjaya sebagai pereka hiasan dalaman.

SERIKANDI MEMEGANG gelaran sebagai penjawat awam selama 27 tahun menjadikan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), Puan Azizah Ismail (gambar) matang dan profesional dalam merancang tugas yang dipertanggungjawab walaupun dalam keadaan tertentu ia dianggap sukar oleh sesetengah pihak. Beliau menggengam erat prinsip `melaksanakan tugasan terbaik hingga tiada satu pun kecacatan’, bagi memuaskan hati semua pihak, terutama majikan dan pelanggan yang berurusan. Puan Azizah berkata, setiap kali melaksanakan tugasan dan tanggungjawab, beliau akan menyelesaikannya dengan sempurna tanpa mengharapkan pujian daripada majikan. “Saya cukup gembira dan puas hati jika majikan menerima hasil kerja yang dilaksanakan tanpa sebarang rungutan,” katanya yang

BIAR pun ditawar jawatan pensyarah di Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) dengan gaji mencecah empat angka pada tahun 1993, Hajah Ratna Nainy menolaknya demi menyahut cabaran ayahanda supaya menceburi bidang perniagaan. Pengarah Urusan Nspirasi Sdn Bhd berkata, beliau terpaksa berfikir banyak kali sama ada ingin menerima jawatan tersebut atau mengambil peluang keemasan yang ditawar ayahnya, Dato’ Haji Nainy Awang Chik. Beliau berkata, ayahnya yang sudah memiliki perniagaan berasaskan barangan pertanian dan perkhidmatan seni taman cukup mengharapkan agar ada waris yang turut

menceburi bidang perniagaan walaupun berlainan bidang. “Disebabkan tidak mahu menghampakan harapan ayah, saya nekad membuka Nspirasi pada 1994 yang dibantu dua kakitangan syarikat ayah, Nazra Sdn Bhd, yang berpengalaman. “Pada awal perniagaan di bidang hiasan dalaman ini, saya ragu-ragu dan cukup bimbang apa yang diceburi menemui kegagalan kerana tiada langsung pengalaman yang ditimba dari mana-mana syarikat sebelum ini,” kata lulusan Bachelor Pengurusan Sains Matematik dari Universiti Liverpool, United Kingdom. Berbekalkan minat, doa, sokongan dan dorongan ibu bapa serta suaminya, Encik Asmadi Awang, Puan Ratna kini berjaya memiliki empayar perniagaan yang mendapat kepercayaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta ternama tempatan dan luar Terengganu. Sebelum berani menerima sebarang tawaran dari beberapa syarikat terkemuka itu,

beliau terlebih dahulu mengambil inisiatif mengubahsuai beberapa kediaman milik saudara terdekat dan rakan rapat. Bermula daripada kritikan serta pujian saudara dan rakan itulah, pemilik Nspirasi kini mampu berbangga berikutan mendapat kepercayaan pelbagai, pihak termasuk golongan kehormat yang ingin mendapatkan perkhidmatan. Antaranya, termasuk Telekom Malaysia, Wisma Semarak, Kuala Lumpur; Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; Yayasan Islam Terengganu; Majlis Daerah Dungun; Bangunan terminal dan blok Diraja Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan unit kewangan Yayasan Terengganu. Rata-rata pelangan menggemari hasil Nspirasi berikutan sentiasa menitikberatkan soal kepuasan pelanggan, kekemasan susun atur, keunikan reka bentuk dan corak yang ditampilkan moden dan terkini. Bagi memperkukuhkan lagi perniagaan, Nspirasi turut mengadakan kerjasama dengan syarikat Signature Kitchen, Goodrich, Vantage dan Euro. Nspirasi yang menawarkan perkhidmatan reka bentuk ruang; hiasan dalaman dan aksesori; kerja pengubahsuaian; kelengkapan pejabat dan kemasan lantai kini dibantu 30 kakitangan termasuk enam pereka hiasan dalaman.

Laksana tugas untuk puaskan pelanggan menaruh minat dan menanam citacita untuk menjadi antara salah seorang pegawai tertinggi dalam agensi kerajaan sejak di bangku sekolah lagi. “Faktor itu membuatkan saya nekad untuk belajar bersungguhsungguh supaya mendapat keputusan cemerlang. “Sebaik tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai graduan Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Komunikasi, saya ditawar bertugas sebagai guru sambilan di Maktab Kadir Adabi pada 1980,” katanya. Beliau memohon tugasan itu kerana mahu memenuhi masa lapang sementara mendapat pekerjaan tetap. “Jawatan pertama yang saya sandang dalam sektor awam adalah sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Penerangan Pahang, pada 1982 dan kemudian dilantik Pengarah di JPNT sehingga kini.

“Bukan mudah untuk memiliki jawatan yang diimpi sekarang kerana pelbagai cabaran dilalui, termasuk terpaksa dihantar bertugas di serata negeri dan berjauhan dengan keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu. Hasil didikan yang sempurna bersama arwah suami, Muhammad Ibrahim, kesemua anak iaitu Muhammad Azri, 31, Nur Azwa,29, Nur Azia, 27 dan Muhammad Azam berjaya memiliki kerjaya yang diimpikan. Sebagai ketua jabatan atau pengarah, beliau mengharapkan setiap tugas yang dipertanggungjawab kepada kakitangan dilaksanakan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. “Saya sentiasa mengamalkan sikap tolenrasi, kerjasama dan muafakat antara kakitangan supaya hubungan rapat dan mesra terus

berkekalan walaupun ada di antara mereka bertugas di daerah berlainan. “Pendekatan seumpama ini akan dikekalkan sampai bila-bila kerana setiap kakitangan JPNT mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi menyalurkan maklumat kerajaan secara terperinci kepada masyarakat,” katanya. Sepanjang berkhidmat di agensi kerajaan, beliau pernah dianugerahkan Ahli Mahkota Perak (2003), Kesatria Setia Diraja (1998) dan Pingat Jasa Kebaktian pada 1986.


teganukita

MIMBAR

“‫”منخاري سينر هرافن‬

‫ نضارا سوماليا اداله نضارا إسالم‬،‫منوروت سجاره‬ ‫يغ برناءوغ دباوه فمرينتهن خليفة توركي عثمانية‬ ‫ نضارا‬.‫سبلوم دجاجه اوليه ايتالي دان ايغضريس‬ ‫يغ ساتو كتيك دهولو مروفاكن نضارا يغ سالمت دان‬ ‫ اكن تتافي دسببكن فرغ ساودارا يغ برتروسن‬،‫معمور‬ ‫اي كيني مروفاكن انتارا نضارا فرتومفاهن داره يغ‬ ‫ دبوروقكن الضي دغن بنخانا عالم‬.‫فاليغ دهشت ددنيا‬ .‫يغ ممباوا كفد كبولورن دان كسغسارأن كفد رعيتث‬ ‫بولن ماله‬-‫ ترفكسا مغيكت فروت بربولن‬۲‫كانق‬ ،‫ برداسركن كفد فمرهاتين‬.‫راماي يغ ماتي كبولورن‬ ‫كادأن اين برالكو موغكين مروفاكن باالسن اهلل‬ ‫سبحانه وتعالى كأتس أومتث يغ تيدق تاهو برشوكور‬ -‫ فثاتوان دان ساليغ حرمت‬،‫اتس نعمت فرفادوان‬ ‫ فربوتن كواس‬.‫مغحرمتي انتارا ساتو سام الءين‬ ‫انتارا فواق يغ برتالضه تله ممبوتاكن مات مريك‬ ‫سهيغض سغضوف بربونوهن سسام إسالم دان‬ ‫ إسالم منولق سضاال ضراقن‬،‫ جوسترو‬.‫سسام بغسا‬ ،‫يغ مغضوضت كأمانن سامأدا مغضوناكن ككراسن‬ ‫ فرسوءالن اين فرلو دأمبيل‬.‫فمبونوهن دان ففراغن‬ ‫فرهاتين اوله سموا فيهق كران اي ممبابيتكن مسئله‬ ،‫ سكيراث فركارا اين تيدق دفنوهي‬.‫كسالماتن رعيت‬ .‫هارا نضارا‬-‫مك اكن جاتوه سسبواه بغسا دان هورو‬ 112 ‫فرمان اهلل سبحانه وتعالى دالم سورة النهل ايات‬

‫ “دان اهلل ممبريكن ساتو ميسالن; سبواه‬:‫مقصودث‬ ‫ يغ دداتغي رزقيث‬،‫داماي دان تنترم‬-‫نضري يغ أمن‬ ‫ تتافي فندودوقث‬،‫ تمفت‬۲‫يغ ميواه دري تيف‬ ‫ مك اهلل مراساكنث‬،‫ اهلل ايت‬۲‫كوفوركن نعمت‬ ‫كالفرن دان كتاكوتن دسببكن اف يغ مريك تله الكوكن‬ ‫ كأمانن اكن وجود افابيال سموا فيهق‬،‫سخارا فرينسفث‬ ‫مغحرمتيدانتيدقملمفاودالمسسواتو‬-‫ساليغحرمت‬ ‫ دنيا سنديري تله مثقسيكن باثق فريستيوا‬.‫تيندقن‬ ‫ فرمان‬.‫برداره يغ ديسببكن اوليه تيندقن يغ ملمفاو اين‬ 190 ‫اهلل سبحانه وتعالى دالم سورة البقرة ايات‬

‫ “دن فراغيله كران اضام اهلل اكن اورغ‬:‫مقصودث‬ ‫ دان جاغنله كامو منخروبوه‬،‫يغ ممراغي كامو‬ ‫(دغن مموالكن ففراغن); كران سسوغضوهث‬ ‫اهلل تيدق سوك كفد اورغ يغ منخروبوه‬ ‫ اف يغ جلس بهاوا كأمانن يغ‬،‫برداسركن ايات اين‬ ‫تولين هاث دفراوليهي افابيال سموا فيهق بركرجاسام‬ ‫س دنيا هاري‬-‫ دالم كونتيك‬.‫دمي كعاديلن سوسيال‬ ‫ منبر يقين رعيت ماليسيا يغ تله مغخافاي نعمت‬،‫اين‬ ‫ يغ‬۲‫كأمانن اداله لبيه وارس بربنديغ دغن نضارا‬ ‫ داسر سموا‬۲‫ إسالم تله مغاتور فرينسف‬.‫تيدق امن‬ ‫بيدغ كهيدوفن اومت مأنسي ترماسوقله كونسيف‬ ‫تولرنسي دان خارا هيدوف برمشاركت دالم بربيلغ‬ ‫ اينيله فرنسيف يغ دفضغ اوليه نضارا إسالم دان‬.‫بغسا‬ ‫منجادي عمالن فميمفين اضوغ إسالم سجق دهولو‬

rencana

Apabila jejari memetik... Oleh: Ustaz Ahmad Kamal Abdullah

Muslim: “Tuan, berapa harga satu bahagian korban tahun ni? Pengurus korban: “RM400 ada, RM500 pun ada,”. Muslim: “Subhanaallah!!!, guana yang mahal sangat harga korban tahun ini? Pengurus korban: “Tak mahal dah ni. Tempat lain mahal lagi,”. Muslim: “Tak leh kurang ke? Nak tiga bahagian ni,”.

1 - 15 Oktober 2011

11

Korban manifestasi kesyukuran kepada Allah S.W.T Sesungguhnya keikhlasan dan kepatuhan kepada perintah Allah yang tidak berbelah bagi, itulah yang menjadi modal utama mengangkat nilai first class korban - pengorbanan mereka di sisi Allah S.W.T.

Salam mahabbah! Semoga Allah menjernihkan qalbu kita sejernih air zam zam yang menjadi minuman tetamu Allah ke Baitullahil Haram. Menjadikan kita umat yang bermaufakat seperti mana sepakatnya kita melapah daging untuk sembelih korban. Amin Ya Rabbal Alamin. Sembelihan korban hukumnya sunat yang amat dituntut kepada sesiapa yang berkemampuan. Islam memuji mereka yang menyembelih dan membantu urus penyembelihan korban atas semangat persaudaraan. Berbagai faedah terhasil daripada penyembelihan itu dan kemuncaknya ialah keredhaan Allah S.W.T. Syariat Islam tidak pernah menentukan kadar harga korban. Tidak seperti kadar zakat fitrah. Kerana ia berasaskan kepada harga pasaran binatang ternakan. Kerana itu, sering kedengaran harga lembu atau kerbau terlalu tinggi menjelang Idul Adha berbanding pada hari-hari biasa. Apa pun kita amat bersyukur kepada Allah, kerana keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi, umat Islam di negara kita masih ramai yang mampu menyembelih binatang korban. Tidak seperti di beberapa negara jiran, termasuk Kemboja, Filipina, Vietnam dan seumpamanya, Sebahagian umat Islam di sana menunggununggu ketibaan Idul Adha untuk mengecapi kemanisan daging korban. Kita berdoa semoga semangat dan kesediaan kita untuk turut menyembelih binatang korban terus mekar, sebagai manifestasi kehambaan diri dan tanda syukur atas segala nikmat, di samping faedahnya dapat menghiburkan hati Fuqarak yang akan menerima agihan daging korban. Semangat dan kesediaan untuk turut menyembelih binatang korban terus mekar, sebagai manifestasi Tiada salahnya tawar menawar un- kehambaan diri dan tanda syukur atas segala nikmatNya. tuk membeli bahagian korban. Tetapi jangan dek kerana harga yang anda menerima atau sebaliknya ibadat sem- sanggup disembelih oleh bapanya rasakan mahal daripada orang lain, belihan korban yang ditunaikan. Nabi Ibrahim A.S. atau pun merasakan harga di tempat Renungilah sedalam-dalamnya selain lebih murah dan seumpamanya, jarah pengorbanan pertama di atas Apakah nilai utama yang dimilmenyebabkan nilai pergorbanan anda muka bumi ini, iaitu daripada kedua liki bagi menunaikan perintah Ilahi juga turut jadi tawar. anak Nabi Adam A.S iaitu Habil dan tersebut? Sesungguhnya keikhlasan dan kepatuhan kepada perintah Allah Yakinlah bahawa Allah tidak Qabil. menerima daging atau darah sembeli- Allah menerima korban Habil dan yang tidak berbelah bagi, itulah yang han, Tetapi keikhlasan, ketulusan dan menolak korban Qabil, Kenapa? Sudah menjadi modal utama mengangkat kejenihan hati kita yang sebenarnya tentu ada sebabnya. Hayatilah juga nilai first class korban - pengorbanan menjadi pertimbangan Ilahi untuk kisah pengorbanan Nabi Ismail yang mereka di sisi Allah S.W.T.


12

1 - 15 Oktober 2011

teganukita

rencana

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan hadiah.

Tuanku Mizan Zainal Abidin diperkenalkan kepada pemain Terengganu.

Wajah-wajah Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

Aksi hebat Abd Manaf Mamat ke kubu lawan.

Mohd Ashaari Samsudin ketika melakukan serangan ke kubu lawan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang memberi sokongan padu kepada pasukan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Ashaari merayakan jaringan gol Terengganu bersama penyokong.

BAKTI JKKK

Kerjasama, kesepakatan janjikan kejayaan

Oleh: Esah Abdullah Semangat kerjasama dan kesepakatan penduduk sesebuah kampung, nyata cukup membanggakan dalam usaha memberi tambah nilai terhadap pembangunan kampung tersebut mencipta kejayaan. Lokasi Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, yang dipayungi pokok buah-buahan anggaran tiga kilometer persegi dengan 314 penghuni daripada 70 keluarga yang sepakat menjalankan aktiviti membersih dan menghias jalanjalan utama serta rumah kediaman, membuktikan kenyataan itu. Berkat kesepakatan penduduk,

MUHAMMAD MAT ALI

Kampung Gong Lingai dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Muhammad Mat Ali, 54, menyifatkan kerjasama yang ditunjukkan penduduk kampung itu, tidak kira golongan muda dan veteran amat membanggakan. Walaupun ia bertujuan menyertai pertandingan itu, beliau dapat melihat fenomena luar biasa apabila hampir 98 peratus penduduknya keluar bergotong royong membersih kawasan

perkuburan, surau serta persekitaran kampung. Pelbagai pembangunan yang disediakan kerajaan membolehkan mereka berbangga dengan padang bola, gelanggang futsal, dewan serbaguna, balai raya, astaka dan premis perkedaian. “Semua ini banyak membantu masyarakat tempatan meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan berniaga di samping bertani dan juga berkebun,” katanya. Rata-rata penduduk sentiasa berusaha memperbaiki taraf hidup dengan pelbagai cara dan setakat ini terdapat lima buah kedai kopi, kedai runcit, kedai kimpalan dan pusat komputer di kampung

itu. Sebahagian besar penduduknya bekerja sendiri termasuk menjadi penoreh getah dan dengan harga getah yang tinggi di pasaran, mereka keluar dari senarai keluarga daif kerana mampu menjana pendapatan lebih baik. “Apa yang cuba saya terapkan kepada penduduk ialah mengekalkan kesepakatan dan perpaduan masing-masing. serta tidak bermusim,” katanya. Menjaga kebersihan juga salah satu cabang keimanan dan usaha pihak kerajaan mengadakan pertandingan telah mendatangkan manfaat besar termasuk mewujudkan sikap cintakan kebersihan serta suasana kedamaian.


teganukita

1 - 15 Oktober 2011

rencana

13

DESTINASI

Keunikan Pantai

Kuala Abang

Oleh: Suriati Ali

Pasir memutih dan air lautnya jenih kebiruan serta dihiasi bentuk batu menarik di Pantai Kuala Abang pasti membuatkan pengunjung asyik beristirehat sambil menikmati panorama indah.

Pantai Kuala Abang yang terletak kira-kira 22 kilometer (km) dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, bukan saja popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara malah mendapat perhatian beberapa syarikat perfileman terkenal untuk mengadakan sesi pengambaran. Lokasi yang diserikan dengan pelbagai keunikan batu besar , termasuk menyerupai `Kapal Titanic’ nyata menarik minat golongan itu untuk singgah setiap kali berkunjung ke Terengganu. Kawasan dijaga rapi oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) itu cukup sesuai bagi pengunjung untuk menjalankan pelbagai aktiviti bersama rakan atau keluarga, termasuk memancing, berkelah, penggambaran untuk album perkahwinan dan beristirehat. Udara dan angin yang bertiup segar membuatkan pengunjung sukar untuk mengangkatkan kaki jika sudah menjejaknya walaupun hari sudah menjelang petang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said, berkata Pantai Kuala Abang sememangnya unik kerana dikelilingi batu besar setinggi 10 meter, selain air lautnya yang jernih dan kebiruan.

Katanya, suasana itu nyata menggembirakan pengunjung walaupun baru pertama kali singgah. Jika hati sudah `melekat’, tidak hairanlah mereka akan kembali mengunjunginya. “Pihak berkaitan, termasuk MPD sentiasa berusaha memperindahkan destinasi pelancongan itu dengan menaiktaraf kemudahan sedia ada, menanam ratusan pokok rhu dan tidak lupa menambah lampu jalan sematamata ingin memberi keselesaan dan menarik minat pengunjung ke lokasi itu,” katanya. Pengunjung dinasihatkan supaya tidak melakukan aktitiviti merbahaya ketika berada di kawasan pantai termasuk bermain air dan mandi. Jika pengunjung dari luar Terengganu ingin berkunjung ke lokasi yang mendamaikan itu, mereka boleh mendapat perkhidmatan teksi di Pekan Kuala Dungun dan menginap di beberapa rumah tumpangan yang disediakan pengusaha berhampiran pantai itu.

Pantai Kuala Abang bukan saja popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara malah mendapat perhatian beberapa syarikat perfileman terkenal untuk mengadakan sesi penggambaran.


14

1 - 15 Oktober 2011

teganukita

am

Rancangan pengairan Jelapang, Setiu beri manfaat Foto: Mohammad Ishak / UKOM

Dato’ Seri Haji Ahmad (tengah) mengendalikan jentera menuai padi ketika menghadiri majlis menuai di Kampung Jelapang, Setiu.

Oleh: Mohammad Ishak Projek tanaman padi berkelompok di kawasan pengairan Jelapang, Setiu, mula menampakkan hasilnya sebagai pusat pengeluaran padi terbesar di daerah itu apabila pelaksanaan pelbagai projek kemudahan asas untuk petani giat dilaksanakan. Projek yang dibangunkan pada 2009 membabitkan kos RM48 juta dengan keluasan 173.2 hektar sehingga ini disertai seramai 119 petani yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun. Antara komponen utama projek itu termasuklah empangan konkrit utama, taliair konkrit, rumah pam, parit tadahan dan jalan raya. Menteri Besar, Dato’ Seri

Haji Ahmad Said, ketika melawat pembinaan projek itu baru-baru ini mahu ia diberi perhatian oleh agensi pelaksanakan bagi mempastikan hasil pengeluaran padi dikawasan itu dipertingkatkan. Katanya, Jabatan Pertanian juga diminta menukar benih padi sedia ada kepada jenis MR253 kerana ia dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran selain mampu bertahan jika diserang penyakit. “Ketika ini petani yang mengusahakan tanaman berkenaan berhadapan dengan masalah serangan penyakit yang menyebabkan hasil tidak memuaskan,” katanya ketika menyertai upacara menuai di pengairan

Jelapang, Setiu. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha’ari Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Md Yusof Maidin. Ahmad berkata, kerajaan negeri mensasarkan hasil pengeluaran padi negeri akan mencapai tahap 100 peratus dalam tempoh sepuluh tahun apabila semua projek tanaman padi utama seperti di kawasan Projek Pembangunan Pertaanian Terengganu Utara (Ketara) di Besut, Jelapang di Setiu dan Pengkalan Berangan di Marang, beroperasi sepenuhnya mengikut jadual.

Sekolah disaran wujud tanaman herba Pihak pengurusan sekolah di negeri ini disaran supaya mewujudkan taman yang ditanam dengan tumbuh-tumbuhan herba yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat, khususnya warga sekolah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata generasi baru perlu dilatih mengenali dan membiasakan diri mereka mengamalkan makanan tradisional yang diyakini berkhasiat dan bermutu tinggi. “Program yang dilancar hari ini merupakan projek perintis bagi sekolah-sekolah di negara ini dan

akan dikembangkan ke sekolah lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Penggalakan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Taman Mini Tanaman Makanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir barubaru ini. Hadir sama, Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Dr. Sayed Mohamed Zain Sayed Hasan dan Pengetua SMK Ibrahim Fikri, Encik Roslan Awang. YB Haji Ahmad Razif berkata, selain memperkenalkan tanaman herba kepada masyarakat, pro-

gram itu juga bertindak melatih mereka mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan terutama dalam menggunakan tumbuhtumbuhan herba. “Usaha UMT memperkenalkan tanaman ini ke sekolah-sekolah selaras dengan konsep Anjung Ilmu yang dibawa kerajaan dan melalui program ini banyak makumat dan kajian boleh dijalankan mengenai tumbuhan herba yang tumbuh di bumi Terengganu,” katanya. Menurutnya, terdapat 66 jenis pokok herba di tanam di Taman Mini SMK Ibrahim Fikri dan boleh dimanfaat oleh semua pihak termasuk sekolah serta pelajar dan juga ibu bapa.

PERCUMA...704 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Losong, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Padang Hiliran, SK Seri Nilam, SK Cabang Tiga dan SKJC Chung Hwa Wei Sin gembira menerima e-Book. Agihan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Toh Chin Yaw di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kerajaan taja 115 orang tunai haji tahun ini di bawah program AKKPAT - Mazlan Jemaah haji di negeri ini diingat sentiasa menjaga tata susila serta mengikut segala peraturan yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (LTH) dan kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di tanah suci. Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, hubungan baik yang terjalin antara dua negara telah menyumbang kepada kelicinan dan kelancaran operasi haji secara keseluruhannya. “Saya yakin LTH sentiasa membuat persiapan rapi serta mempertingkatkan tahap perkhidmatan setiap tahun bagi menjamin keselesaan semua jemaah,”

nolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan), Encik Rozali Salleh dan Pengarah LTH Terengganu, Haji Muhammad Mokhzani Mokhtar. Dato’ Haji Mazlan mengingatkan para jemaah jangan jemu untuk perbanyakkan doa dan tawaf sunat pada waktu terluang sepanjang berada di Mekah dan Madinah. “Jadikan setiap masa dihabiskan dengan aktiviti yang berkualiti yang boleh menambah pahala serta berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan Dato’ Haji Mazlan (dua kiri) bersama Haji Mohammad Mokhzani bermesra dengan bakal haji di bawah AKKPAT. masing-masing,” katanya. katanya di majlis penu- Kecemerlangan Perkhid- mai Hotel Aparment Kuala Seramai 115 orang tertup kursus khas bakal haji matan Awam Terengganu Terengganu, baru-baru ini. pilih di bawah program di bawah Anugerah Khas (AKKPAT) 2011, di Su- Hadir sama, Ketua Pe- AKKPAT tahun ini terdiri

daripada penjawat awam negeri, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam, bilal dan anugerah khas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Menurut Dato’ Haji Mazlan mereka dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terus ke Jedah Arab Saudi minggu depan dan tarikh sebenar akan dikeluarkan oleh pihak LTH dalam masa terdekat. Sehubungan itu, Dato’ Haji Mazlan telah menyampaikan kain ihram lengkap bagi peserta lelaki dan sepasang telekung kepada peserta wanita.


teganukita

1 - 15 Oktober 2011

am

101 menara komunikasi di Terengganu Oleh: Esah Abdullah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan 97 peratus kawasan liputan telefon selular di Terengganu menjelang akhir 2012. Pengarah SKMM Wilayah Timur, Encik Mohd Shafie Harun berkata, pihaknya memberi tumpuan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong di samping kawasan pedalaman yang mempunyai ramai

penduduk. Katanya, semua pulau berkenaan sudah mempunyai menara komunikasi dan pihak SKMM merancang membina 24 menara lagi di Hulu Terengganu yang dijangka siap sebelum akhir tahun depan. “Sehingga ini 77 menara komunikasi sudah siap dibina meliputi semua daerah seluruh negeri di mana setiap menara menelan belanja kira-kira RM1.5 juta,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Hak Pengguna Dalam Perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia di Riyaz Heritage,

Pulau Duyong, Kuala Terengganu baru-baru ini. “Kita yakin bila siapnya pembinaan menara di Hulu Terengganu, sasaran 97 peratus kawasan liputan di negeri ini akan tercapai,” katanya. Hadir sama, Pengarah jabatan Pematuhan SKMM, Puan Sharizan Abd Aziz dan Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Puan Mahfuzah Azhari. Katanya, Terengganu merupakan negeri tertinggi mempunyai capaian internet iaitu 57 peratus

50 unjam di perairan Pulau Perhentian Sebanyak 50 unjam ditanam di dasar laut perairan Pulau Perhentian oleh ahli Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Nelayan (PKRN) Kota Putera untuk dijadikan tempat ikan berkumpul. Satu majlis ringkas menurunkan unjang berkenaan ke laut dilaku-

kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof. Hadir sama Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Pengerusi PKRN, Wan Mohd

Zaki Wan Othman berkata seramai 70 ahli persatuan menyertai projek berkenaan bertujuan meningkatkan hasil tangkapan laut. Katanya, unjam berkenaan yang diperbuat daripada ranting dan daun pokok kemudian diletakkan ke dalam laut dijadikan tempat

berbanding Pahang (48 peratus) dan Kelantan (46 peratus). Tambahnya peningkatan kesedaran pengguna terhadap penggunaan jalur lebar di negeri ini begitu memberangsangkan dan melalui seminar yang diadakan ini memberi tambah nilai kepada penggunaan jalur lebar dengan baik dan menyeluruh. “Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kita akan mewujudkan 158 kampung tanpa wayar di seluruh negeri untuk memberi kemudahan penduduk yang tinggal di pedalaman mendapat liputan yang jelas tanpa gangguan,” katanya. pembiakkan ikan. Menurutnya, unjam berharga RM300 setiap satu dibuat secara gotong-royong oleh ahli kemudian di bawa ke Pulau Perhentian dari Pangkalan Tanjung Lali, Kota Putera menggunakan bot laju milik ahli. Beliau berkata, bagi menjayakan projek itu ADUN Kota Putera, Muhamad Pehimi turut memberi sumbangan RM2,000 kepada persatuan berkenaan. Wan Mohd Zaki berkata, unjam itu dijangka mampu bertahan selama enam bulan membolehkan ahli mendapatkan sumber tangkapan yang lebih kerana ikan biasanya akan bertumpu di kawasan terbabit. Sementara itu, Muhammad Pehimi berkata, beliau bangga dengan ahli persatuan itu yang menunjukkan semanat kerjasama dan sangup bergotong royong selain mengumpul wang untuk membuat unjam bagi meningkatkan hasil tangkapan mereka.

Terengganu perkasa Bahasa Melayu - Menteri Besar Kerajaan Terengganu akan terus memberi fokus kepada usaha memperkasakan Bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu dan asas perpaduan, selaras dengan gagasan 1Malaysia. Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menggesa rakyat pelbagai kaum memperbaharui iltizam dan azam, memantapkan kualiti sahsiah serta mengenali jati diri. “Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini iaitu 1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara, bertepatan dengan gagasan 1Malaysia. “Seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia adalah berasaskan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. “Sebagai bangsa Malaysia, kita wajib mempertahankan dan menghormati bahasa kebangsaan kita se-

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 disempurnakan Menteri Besar Terengganu.

bagai lambang jati diri dan bahasa perpaduan negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Haji Termuzi Abd Aziz. Menteri Besar berkata, penghayatan Bahasa Melayu perlu disegar-

kan semula dalam semua sektor di mana ia tidak akan tercapai tanpa penglibatan dan komitmen padu semua pihak, sama ada di sektor awam, swasta mahu pun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau meminta semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan dan majlis rasmi sepanjang masa. Dato’ Seri Haji Ahmad turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan memastikan paparan dan peragaan seperti iklan, papan tanda, nama jalan dan lain-lain mengutamakan penggunaan bahasa Melayu serta persekitaran memaparkan latar dan panorama yang bercitrakan Malaysia. “Perkara ini selaras dengan Undang-Undang Kecil dan Iklan dan Garis Panduan Iklan Premis Perniagaan seperti dalam Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan bertarikh 11 Januari 2005,” ujar beliau.

15

Terengganu lulus 5,167 lot tanah melalui skim RTB Kerajaan negeri meluluskan 64 skim permohonan tanah melalui Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sejak 2008 sehingga Julai lalu kepada rakyat di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu 13 skim permohonan telah diluluskan pada 2008, 2009 (22 skim), 2010 (21 skim) dan lapan permohonan sehingga Julai lalu. Katanya, ia melibatkan 5,167 lot tanah secara keseluruhan di semua tujuh daerah di Terengganu. Menurut Dato’ Seri Ahmad, daerah Marang mencatatkan jumlah kelulusan tanah yang tertinggi dengan 1,741 lot melalui 15 skim permohonan. “Besut 10 skim permohonan sejak 2009 dan 2010, namun kita hanya meluluskan sembilan permohonan melibatkan 564 lot. “Daerah Dungun tidak menerima sebarang permohonan pada 2008, namun pada 2009 kita meluluskan dua skim melibatkan 62 lot manakala tahun lalu kita hanya meluluskan dua daripada tiga skim dengan 224 lot keseluruhan diperuntukkan,” katanya. Dalam pada itu, sebanyak 553 lot diagihkan kepada penduduk di Hulu Terengganu setelah kerajaan negeri meluluskan 10 skim permohonan yang dibuat sehingga kini. Beliau berkata, setiap pemohanan yang diajukan perlu mematuhi prasyarat permohonan tanah yang telah dikeluarkan sebelum ini termasuk bagi status tanah haram. Kerajaan negeri katanya, telah bersetuju meluluskan satu lot baru di Kemaman dan lokasinya akan dikenal pasti. Sehingga kini sebanyak 744 lot telah diluluskan menerusi sembilan skim permohonan dibuat dan satu ditolak pada 2008. “Di Kuala Terengganu dua permohonan diluluskan melibatkan 42 lot melibatkan perumahan pada 2008 dan pada 2009 ada 4 permohonan dengan 312 lot diluluskan. “Tahun 2010 ada lapan skim melibatkan 327 lot dan satu skim pada tahun ini melibatkan 17 lot menjadikan 698 lot secara keseluruhan,” ujarnya. Daerah Setiu hanya tiga skim di pohon pada 2008 dan 2009 dengan melibatkan 643 kelulusan lot tanah diberikan kepada penduduk di daerah itu.


sukan sukan 16

teganukita

teganukita

Bil : 50 (1-15 Oktober 2011) http://teganukita.blogspot.com

Terengganu naib juara Piala Malaysia Oleh: Kamarudin Mat Akib Pasukan Terengganu yang telebih dahulu membocori gawang Negeri Sembilan di perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, baru-baru ini, terpaksa akur dengan kepantasan lawan merebut peluang di saat-saat akhir, dengan hanya muncul naib juara piala berprestij itu. Walaupun perit dengan kekalahan 1–2 kepada Negeri Sembilan, secara keseluruhan pasukan Terengganu masih boleh berbangga dengan kehebatan mereka di sepanjang musim ini – juara Piala FA, naib johan Piala Malaysia dan naib juara liga Super. Pada perlawanan akhir yang mendebarkan kedua-dua pasukan itu, pemain sayap Terengganu, Mohd Ashaari Abdullah terlebih dahulu menceriakan lebih 35,000 penyokong Skuad ‘Penyu’ apabila menjaringkan gol pertama

pada minit ke-59. Bagaimanapun, pasukan Terengganu yang mengimpikan Piala Malaysia selepas kali terakhir bergelar juara piala itu pada 2001, tersentak dengan jaringan penyamaan pemain penyerang lawan, S Kunanlan pada minit ke-81. Peluang pasukan Terengganu untuk bangkit semula, seakan-akan tertutup apabila pemain veteran Negeri Sembilan, Hairuddin Omar melakukan penyudah lipatan gunting ke sudut kanan gawang Terengganu, sekaligus menewaskan penjaga gawangnya, Mohd Sharbinee Allawee, kira-kira lima minit selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri. Sebelum itu, Kerajaan Terengganu memberi diskaun 50 peratus ke atas tiket berharga RM50 bagi menyaksikan pertandingan akhir antara kedua-dua pasukan kerana kenaikan harga tiket yang diputuskan FAM bagi tujuan berkenaan membebankan peminat kedua-dua pasukan itu.

Bola sepak pantai: Terengganu muncul juara Oleh: Suriati Ali KELETIHAN membawa tuah buat Terengganu apabila muncul juara selepas menumpaskan pasukan Pahang 4-3 pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan Felda-FAM 2011 di Pantai Teluk Chempedak , Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Pengurusnya, Mohamed Sekather Abd Hamid berkata, keletihan dialami pemain tidak mematahkan semangat berjuang sekali gus membantu Terengganu menjulang kejuaraan buat kali kedua selepas 2009. “Namun, kami tidak menafikan kehebatan Pahang yang hampir memusnahkan benteng pertahanan pasukan kami dengan beberapa percubaan berbahaya,” katanya.

Pasukan bola sepak pantai Terengganu meraikan kejayaan selepas muncul johan.

Sebagai juara, Terengganu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan piala kejohanan yang disampaikan anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibra-

him Alam Shah. Juara kategori wanita menjadi milik Perlis yang turut membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala kejohanan.

Subsidi RM25 bagi setiap tiket perlawanan itu yang disalur melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, cukup melegakan para penyokong Terengganu yang memenuhi separuh daripada tempat duduk di Stadium Shah Alam, bagi menyokong pasukan Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, selaku penyokong nombor satu pasukan negeri ini turut berada di Stadium Shah Alam, bagi menyaksikan pertandingan merebut piala paling prestij itu yang menjadi penutup tirai pertandingan bola sepak negara ini bagi musim 2011. Walaupun gagal memenuhi impian Menteri Besar dan seluruh rakyat negeri ini untuk melihat Skuad ‘Penyu” dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2011, sekalung tahniah buat pasukan bimbingan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim yang mempamerkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan akhir cukup menghiburkan peminat bola sepak tanah air.

Badminton: Sentuhan Sunarno Martotiyoso ditagih Terengganu mengimport jurulatih badminton profesional dari Indonesia, Sunarno Martotiyoso untuk melahirkan pemain berkualiti dan bertaraf dunia dari negeri ini pada masa depan. Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Zainal Abidin Hussin berkata, jurulatih berpengalaman itu mula menggalas tugas sejak September lalu dengan misi pertama untuk melatih atlit badminton Sukma 2012. Menurutnya, Terengganu tidak pernah ‘naik nama’ dalam sukan berkenaan dan diperingkat Sukma kontinjen Hanelang tidak pernah membawa pulang sebarang pingat. “Kita harapkan dengan sentuhan jurulatih berkenaan, Terengganu mampu mengutip pingat dalam acara itu,” katanya baru-baru ini. Zainal Abidin menambah, jurulatih kelahiran Jakarta Barat itu telah ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu. Sebelum berkhidmat di Terengganu katanya, Sunarno sebelum ini pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan di Indonesia dan Brunei.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 / 09 - 623 0582 Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.