teganukita 48

Page 1

2

pelancongan

pendidikan

ms

1,168 graduan UniSZA terima sarjana, sarjana muda dan diploma

ms

terkini ISSN 2180-4737

13

Pulau Duyong kaya warisan sejarah

cepat

Warga emas bongkar rahsia skandal MS ms

tepat

Bil : 48 (1-15 September 2011) http://teganukita.blogspot.com

Lambaian Kaabah

f i s u l k Eks 4

Percuma

Foto: Zulkipli Putra / UKOM

Menadah doa tanda bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah. Mereka daripada 447 jemaah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Arab Saudi melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, baru-baru ini.

ms

6

ekonomi

TDM tambah ekuiti sektor penjagaan kesihatan

lihat ms 15

serikandi

Usah abai ibu bapa

Pengerusi JKKK, Guru Khidmat Masyarakat YIT terima tunggakan elaun

Durian runtuh

ms

14

Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali Kerajaan Negeri akan membayar segera dalam tempoh terdekat tunggakan elaun kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Teganukita difahamkan, ia telah melalui proses terakhir untuk pembayaran dan mereka yang terbabit tidak perlu risau. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda mengesahkan kepada Pengarang Teganukita bahawa pentadbiran negeri telah mengarahkan Pejabat-pejabat Daerah membuat bayaran segera kepada yang terbabit. Bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu. lihat ms 14

sukan

ms

16

Piala Monsun bukan sekadar acara perlayaran


2

1 - 15 September 2011

teganukita

am

Program BMKK bakal diwajibkan kepada penjawat awam - Mazlan Kerajaan negeri merancang menjadikan program Bulan Madu Kali Kedua (BMKK) sebagai kursus ‘wajib’ kepada penjawat awam dalam usaha memantapkan institusi keluarga di negeri ini. Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, program yang dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu amat baik untuk meningkatkan kualiti hidup berkeluarga. “Saya harap YPK buat mesyuarat jabatan dan sediakan kertas kerja mengenainya agar boleh saya panjang ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009/2010 dan Pelancaran MS ISO 9001:2008 YPK, di Dewan Utama YPK. Hadir sama, Pengarah YPK, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa dan Timbalannya, To’ Puan Hajah Zaimah Abdul Aziz. Dato’ Mazlan memberi respon di atas saranan YPK agar kerajaan negeri menjadikan program BMKK dilaksanakan kepada setiap kakitangan kerajaan khususnya bagi pasangan yang berkahwin lima tahun ke bawah. Mengikut kajian pasangan berkahwin dalam tempoh berkenaan menghadapi pelbagai masalah penyesuaian dan setakat ini jumlah ibu tunggal meningkat kepada 17,000 orang di seluruh negeri. Dalam perkembangan lain, Dato’ Mazlan berkata peranan yang dimainkan penjawat awam dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat akan memberi impak besar kepada kerajaan kerana kualiti perkhidmatan menjadi kayu ukur bagi sesebuah jabatan. “Perkhidmatan cemerlang serta pengiktirafan Sijil MS ISO akan menjadi inspirasi serta meningkatkan motivasi kakitangan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik,” ujarnya. Katanya, kerajaan mendambakan warga kerja yang mempunyai budaya kerja cemerlang serta mengutamakan orang ramai dalam setiap tindakan bagi memastikan pelaksanaan transformasi total pucuk pimpinan negeri dapat direalisasikan. Seramai 80 orang kakitangan YPK pelbagai jawatan menerima Sijil Khidmat Cemerlang masing-masing yang disampaikan Dato’ Haji Mazlan.

Foto: Harish Fadzillah / UKOM

BERJIWA RAKYAT... Rakyat jelata mengambil kesempatan bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas Baginda berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Oleh: Fauzi Mohd Seramai 1,168 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma pada Istiadat Konvokesyen ketiga universiti itu, baru-baru ini. Majlis dua hari itu menyaksikan seramai 464 graduan menerima ijazah sarjana muda, 703 menerima diploma dan seorang graduan menerima ijazah sarjana dalam bidang Sains. Daripada jumlah itu, 33 daripada mereka adalah graduan pertama daripada Fakulti Teknologi Makanan yang menerima ijazah sarjana muda. Penerima ijazah sarjana muda yang lain melibatkan 32 graduan dari Fakulti Informatik , Fakulti Pengajian Islam (86), Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (78), Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (27), Fakulti Teknologi Makanan (33) dan Fakulti Undang-Undang (32). Bagi penerima diploma, 66 graduan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (40), Fakulti Pengurusan Perniagaaan dan Perakauan (209), Fakulti Informatik (11), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (53), Fakulti Undang-Undang (29) dan Sebuah Hospital Universiti (HU) akan dibina di kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) Gong Badak Kuala Terengganu dan kerja-kerja merata tapak dijangka bermula pada Februari atau Mac tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, hospital berkenaan akan dibangunkan dalam kawasan kampus berkenaan di tapak seluas 40 hektar. “Perdana Menteri sudah meluluskan 400 buah katil bagi

1,168 graduan UniSZA terima sarjana, sarjana muda dan diploma

Canselor UniSZA, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat menyampaikan transkrip kepada para graduan.

Fakulti Pengajian Islam (470). Berangkat menyampaikan transkrip kepada para graduan ialah Canselor UniSZA, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan

Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mengiringi Baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Alias Daud. Dalam ucapan pembukaan istiadat itu, Dato’ Dr. Alias berkata, jumlah graduan UniSZA

sehingga kini seramai 5,451 orang termasuk 3,280 graduan pada tahun 2009 dan 1,003 graduan pada tahun 2010. Katanya, selain berbangga dengan kejayaan para graduan saban tahun, pencapaian UniSZA dari sudut akademik dan penyelidikan berjaya me-

lonjakkan nama universiti itu. “Misalnya, pensyarah UniSZA meraih anugerah ‘Best Paper Award’ pada persidangan antarabangsa ‘Asean Academy of Applied Business 2011’ dan meraih Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi di Seminar Kebangsaan Pasca Siswazah Statistik. “Selain menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti antarangbangsa dari China, Timur Tengah, Jepun dan Thailand, UniSZA turut mengadakan perjanjian persefahaman dengan McGill University di Kanada bagi membina sebuah ‘teaching hospital’ dan kemudahan teleperubatan di universiti itu,” ujarnya. Dalam istiadat itu, Tuanku Nur Zahirah turut menyampaikan Anugerah ijazah kehormat kepada bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim di atas kegigihan beliau memacu konglomerat itu ke tahap cemerlang selama lebih 28 tahun.

Hospital Universiti akan dibina di UniSZA peringkat permulaan daripada 800 buah yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Progra Pengagihan e-Book kepada pelajar Tahun Empat Peringkat Negeri di Stadium Tertutp Gong Badak, baru-baru ini. Katanya, kewujudan HU akan menjadi hospital pendidikan serta sumber rujukan

pesakit di negeri ini seperti fungsi Hospital Universiti di Kubang Kerian, Kelantan dan UKM di Bangi, Selangor. Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri melaksanakan pendekatan mendidik dengan menubuhkan kelab remaja bermotosikal bagi menarik golongan belia menyertai aktiviti berfaedah.

“Kita akan susun aktiviti untuk golongan ini dengan mengadakan konvoi ke daerah-daerah dan setiap perhentian akan diisi dengan pelbagai aktiviti riadah dan ceramah motivasi,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan menambah lebih banyak pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-

kawasan yang menjadi tumpuan pelumba haram di sekitar bandar ini. “Perkara ini bertujuan merakam setiap aktiviti remaja rempit dan akan memanggil ibu bapa supaya menonton gelagat anak-anak mereka, kerana sebelum ini ada yang tidak boleh terima anak mereka terlibat,” katanya.


teganukita

Tun Dr Mahathir terima Ijazah Kehormat UMT

TUN DR MAHATHIR

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan Pengurniaan Ijazah Kehormat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2011 kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Istiadat Konvokesyen Ke-9, di Dewan Sultan Mizan UMT, baru-baru ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis berkenaan. Hadir sama, Tengku Seri Temenggong Raja; Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Pro-Canselor UMT Tan Sri Samsudin Osman dan Naib Canselor UMT Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman. Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor UMT berkenan menyampaikan Anugerah Profesor Emeritus Bidang Sains Akuakultur kepada Prof. Dr. Faizah Shaharom manakala dua penerima Anugerah Pelajaran DiRaja ialah Tengku Teh Mariah Tengku Jewa dari Fakulti Pembangunan Sosial dan Cheah Jun Hwa dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Anugerah Pingat Emas Canselor diterima oleh Nurul Rabitah Daud dari Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin dan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti diterima Thekkeparambil Chandrabose Srijaya dalam Bidang Sains Tulin dan Muhammad Abi Sofian Abdul halim dari Bidang sains Sosial di samping penerima Anugerah Peringkat Fakulti (30) dan Doktor Falsafah (13). Seramai 1,763 menerima Sarjana Muda dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM) dan Fakulti Pembangunan Sosial (FPS).

am

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bertitah, bahawa isu melibatkan remaja hari ini tidak harus dipandang ringan memandangkan mereka adalah pewaris masa depan negara. “Dalam konteks ini, Beta meletakkan harapan tinggi agar pihak universiti dapat memain peranan yang lebih terencana dalam merungkaikan masalah ini,” titah Baginda di Majlis Konvokesyen Ke-9, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Sultan Mizan barubaru ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis berkenaan. Hadir sama Tengku Seri Temenggong Raja; Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud. Kenamaan lain ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; ProCanselor UMT Tan Sri Samsudin Osman dan Naib Canselor UMT Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman. Selaku Canselor UMT, Tuanku Nur Zahirah menyarankan agar UMT mengambil langkah pro-aktif dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi sumbangan untuk transformasi peringkat negara dan juga ko-

3

Isu remaja tidak harus dipandang ringan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan bertitah pada Istiadat Konvokesyen ke-9, Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu.

muniti setempat agar mereka tidak terpinggir daripada arus pemodenan perdana. “Beta berbangga dengan pencapaian UMT hari ini dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa walaupun universiti ini masih lagi dianggap muda di persada dunia akademik,” titah Baginda.

Titah Baginda, universiti merupakan satu institusi penjanaan ilmu dalam merencanakan pembangunan modal insan di samping pemacu kepada kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan. “Beta ucap tahniah dan syabas kerana UMT berjaya menubuhkan Fakulti Pembangunan Sosial dan Pusat

RM1.6 juta bangunkan Pulau Lebah di Tasik Kenyir Oleh: Fauzi Mohd Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1.6 juta bagi membangunkan sebuah pulau di Tasik Kenyir sebagai Pulau Lebah dalam usaha merangsang perkembangan industri madu lebah negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, kewujudan pulau tersebut sekali gus meletakkan Terengganu sebagai satusatunya negeri yang mempunyai pulau khusus untuk lebah. Menurutnya, pulau itu bakal menumpukan kepada kerja penyelidikan selain menyediakan pelbagai maklumat mengenai madu lebah untuk pengetahuan orang ramai dan pemasaran produk. “Ia juga akan menempatkan pusat interpretasi lebah yang mengandungi pelbagai maklumat yang bukan saja untuk peminat dan pengusaha

1 - 15 September 2011

ASHA’ARI IDRIS

madu lebah malah, pelancong. “Kita sedang kenal pasti pulau yang sesuai untuk dibangunkan dan kita juga akan pilih pulau yang mempunyai Pokok Tualang yang mampu menghasilkan Madu Lebah Tualang bermutu tinggi,” katanya. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Lebah Peringkat Kebangsaan dan ApiExpo 2011 di Hotel Permai, baru-baru ini. Tu-

rut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Lebah Asia, Dato’ Prof. Dr. Makhdir Mardan. Seminar dua hari itu menghimpunkan 100 orang peserta dari kalangan pengusaha dan penyelidik berkaitan industri madu lebah dari seluruh negara. Tambah Asha’ari, dengan adanya pulau sedemikian, ia turut membantu pencari dan pengusaha madu lebah dalam aspek keselamatan, kawalan mutu dan sebagainya. Selain itu katanya, Malaysia buat julung kali diberi penghormatan menjadi tuan rumah Seminar Lebah Asia yang bakal diadakan di Terengganu pada penghujung September tahun depan. “Seminar seumpama itu diadakan dua tahun sekali dan tahun depan, Malaysia buat pertama kalinya akan jadi tuan rumah yang akan diadakan di Terengganu,” katanya.

Pembangunan Sosio Ekonomi tahun ini dan yakin ia mampu menjadi pemangkin dalam menawarkan penyelesaian bagi mengatasi pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan,” titah Tuanku Nur Zahirah. Tuanku Nur Zahirah kemudiannya berpesan agar graduan

sentiasa menjaga nama baik universiti walau di mana berada kerana mereka adalah duta kepada institusi ini. “Beta menaruh harapan agar semua graduan hari ini dapat menjadi modal insan yang bertakwa demi menjana keseimbangan kecemerlangan dunia dan akhirat,” titah Baginda.

JKM siap sedia hadapi musim banjir Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM700,000 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada penghujung tahun ini. Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar berkata, jumlah berkenaan hanya permulaan dan akan ditambah mengikut keperluan semasa. “Pihak JKM juga sudah bersiap sedia sepenuhnya termasuk stok keperluan asas termasuk bekalan makanan, kain pelikat, selimut, tuala dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat (Serikandi) Terengganu di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu baru-baru ini. Katanya, semua pegawai dan kakitangan JKM tidak dibenarkan mengambil cuti dan akan bertugas 24 jam

sekiranya keadaan memerlukan. “Saya juga berharap dan berdoa semoga tahun ini tidak berlaku banjir besar serta berlarutan sebagaimana tahun sebelumnya,” katanya. Menjawab pertanyaan pemberita mengenai mangsa ribut yang melanda daerah Dungun , Encik Zuhaimi memberi jaminan pihak JKM daerah akan membuat siasatan untuk mengenal pasti kerugian yang dialami bagi menyalurkan bantuan yang perlu. Menurutnya, ribut yang melanda pada 17 September lalu mengakibatkan 107 rumah terjejas di Ketengah Jaya dan Kerteh 4 serta tiga buah rumah rosak teruk. “JKM akan memberi bantuan segera untuk meringankan beban keluarga yang ditimpa bencana termasuk bantuan baiki rumah yang rosak,” katanya.


4

1 - 15 September 2011

teganukita

rencana

ANALISIS

Elaun naik dan dapat tunggakan - Bersyukurlah Yayasan Islam Terengganu (YIT) bersetuju membayar tunggakan elaun selama 10 bulan kepada 2,900 Guru Khidmat Masyarakat di Terengganu bermula 2 Oktober lalu. Elaun tunggakan itu adalah bagi kenaikan yang diterima RM150 sebelum ini kepada RM300 sebulan. Tunggakan bayaran yang diterima bermula 1 Januari lalu hingga Oktober sudah pasti mengembirakan golongan itu yang sebelum ini terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama. Kenaikan bayaran elaun sebenarnya pengiktirafan besar kerajaan kepada guru khidmat masyarakat kendalian YIT seperti guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan guru kelas berzanji yang selama ini berkorban masa mengendalikan kelas-kelas di kampung. Dengan bayaran tunggakan dan kenaikan elaun itu membuatkan golongan berkenaan lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Teganukita difahamkan permohonan menjadi guru khidmat masyarakat sentiasa mendapat sambutan. Dianggarkan 200 permohonan yang diterima pihak YIT setiap tahun bagi menggantikan guru bersara dan permohonan untuk menjadi guru baru di kampung. Kesemua ini membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah begitu cakna dalam perkara yang berkaitan perkembangan pembelajaran agama dan syiar Islam. Oleh itu, diharapkan guru-guru khidmat masyarakat yang pelbagai katogeri dapat menyampaikan mesej yang sebaiknya kepada masyarakat, terutama dalam membendung ajaran yang boleh menyesatkan. Ajaran-ajaran dan fahaman agama yang diselewengkan juga hendaklah dipastikan dapat dibendung dan diperbetulkan supaya perpecahan tidak berterusan dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan diri, politik dan sebagainya.

Orang Berbudi Kita Berbahasa Orang Memberi Kita Merasa.

Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Amirullah Othman (Marang), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Oleh: Putera Pesisir Air

Bukti pemimpin nombor dua parti ini skandal dengan isteri orang

Warga emas ini menunjukkan wang kertas RM10 yang diberikan pemimpin parti itu yang masih ada dalam simpanannya.

Selepas 17 tahun menyimpan rahsia sepasang suami isteri warga emas dari Kampung Pulau Ribu, Besut akhirnya tergerak membongkar cerita seorang pemimpin tinggi partinya yang mendakwa memperjuangkan Islam, yang pernah membawa wanita ke rumahnya sebelum pasangan terbabit ditangkap khalwat pada 1995. Kedua-dua warga emas suami-isteri ini (suami berusia 80 tahun dan isteri, 70 tahun) sebenarnya tidak berhasrat untuk mendedahkan kegiatan pasangan berkenaan yang menjadikan rumahnya tempat persinggahan pemimpin dan wanita simpanannya tetapi kini dia tergerak hati untuk mendedahnya. Sambil merujuk kepada orang nombor dua dalam parti itu, mereka yang juga penyokong kuat parti berkenaan berkata, pemimpin terbabit selalu membawa pasangannya yang dikenali dengan huruf ‘N’ ke rumahnya setiap kali dia mengadakan ceramah di sekitar daerah Besut pada 1994.

“Saya tanya ni isteri ustaz ke, pemimpin itu jawab ‘sain’ je.....oooo sain gitu lalulah. “Macik tanya hok tina tu pulok, dah gelang besar ni sape bagi” cerita Mak Cik itu akan perbualannya dengan pemimpin “MS’ itu. Wanita ‘N” itu menjelaskan kepada warga emas berkenaan, gelang itu dihadiahkan oleh MS kepadanya. Katanya, ketika itu dia tidak mengetahui ‘N’ adalah isteri orang sebaliknya menyangka dia isteri kepada pemimpin itu sehinggalah pemimpin itu dan wanita isteri orang pasangannya ditangkap khalwat pihak berkuasa pada Januari 1995 di sebuah hotel di Kota Bharu. “Pasangan kekasih (saing rapat) itu kelihatan macam pasangan suami isteri dan sering berada di rumah kami setiap kali datang untuk mengadakan ceramah di Besut,” katanya. “Wanita itu yang memandu kenderaan, pemimpin itu naik duduk di sebelah satu kereta

ingatkan pemimpin parti itu yang beliau sanjung dan sekarang menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan. Malah katanya, pemimpin itu pernah memberinya wang RM10 kepada beliau sebagai balasan kerana menjaga wanita kekasihnya itu sepanjang beliau meninggalkan wanita itu di rumahnya . “Kami juga hadiahkan dua biji durian kepada pasangan kekasih itu, sewaktu mereka hendak meninggalkan rumah ini,” kata mereka. dengan wanita itu,” dedah me- “Manakala wang berkenaan masih saya simpan untuk reka. “Saya tanya ni isteri ustaz dijadikan kenangan kerana ia ke, pemimpin itu jawab ‘sain’ pemberian seorang pemimpin kepada penyokongnya,” kaje.....oooo sain gitu lalulah. “Macik tanya hok tina tu tanya. pulok, dah gelang besar ni Mereka berkata, suatu kesape bagi” cerita Mak Cik itu tika dulu beliau dan isteri meakan perbualannya dengan pe- mang penyokong kuat parti itu dan tidak pernah tinggal aktivimimpin `MS’ itu. Wanita ‘N’ itu menjelaskan ti parti malah sanggup mengkepada warga emas berkenaan, habiskan wang sendiri demi gelang itu dihadiahkan oleh perjuangan atas nama Islam. Bagaimanapun, katanya MS kepadanya. Menurut mereka, dia tiada mereka kini tidak lagi bersama berniat sesuatu mendedahkan perjuangan parti itu kerana perkara ini sebaliknya sebagai sudah banyak melakukan pekenangan lalu kerana meng- nyelewengan.


teganukita

rencana

wakaf rakyat Sama ada bersetuju atau tidak, seluruh saf pimpinan Pas, ahli dan penyokong mereka terpaksa menerima hakikat pucuk pimpinan mereka telah membuat keputusan menolak untuk perlaksanaan hukum hudud, jika diberi kuasa oleh rakyat memerintah negara. Itu belum lagi masuk soal hukum yang pernah dilemparkan oleh pemimpin Pas bahawa menolak hudud dan undang-undang Allah menjadi kafir. Persoalan sekarang ke mana hukum kafir itu hendak dituju bila keputusan mereka (pucuk pimpinan Pas) bersama pakatan dengan orangorang bukan Islam, menolak perlaksanaan hudud. Ini berikutan Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang, termasuk dianggotai Presiden Pas Dato’ Seri Haji Abdul hadi Awang tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga. (Maknanya Perlembagaan mengatasi segala-galanya, dulu tuduh Umno tolak al-Quran, letakkan perlembagaan warisan penjajah itu teratas, ini bukan sahaja pelembagaan di atas segalanya, Buku Jingga dasar pakatan pembangkang juga di letakkan tertinggi- apa komen penyokong Pas?) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya. “Kita tak boleh nafikan hak manamana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam 28 September 2011. Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Bukan sekali pemimpin Pas membuat keputusan sesuka hati mereka, yang akhirnya memerangkap dan menjerumuskan diri mereka sendiri, terutama dalam soal fatwa dan hukum. Mereka telah menuduh orang Umno menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah (hudud), bermula tahun 1978 selepas keluar dari Barisan Nasional (BN) dengan membaca ayat 44,45 dan 47 surah al-Maaidah, mengikut tafsiran sendiri . Ayat-ayat Quran itu di jaja keseluruh pelusuk tempat mereka mengadakan ceramah bagi menjelaskan pendirian mereka bahawa Umno tidak melaksanakan hudud dan hukum Allah dan hukumnya kafir. Bahkan sebelum itu, tahun 1963, Dewan Ulamak Pas membuat fatwa

1 - 15 September 2011

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Pembangkang termasuk Pas tolak hudud - dulu kafirkan orang Umno

bahawa “Orang Islam UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama memerintah negara dengan orang kafir” atau ringkasnya disebut ‘kafir berikat”, dengan menafsirkan ayat 28, surah ali-Imran sebagai hujah dan dalilnya. Lupakah kita Haji Hadi pernah menyatakan mati syahid lawan puak Umno kerana menuduh pemimpin Umno tidak mahu melaksakanan hukum Allah, tetapi mengekalkan perlembagaan penjajah (lihat Amanat

Hadi, di Kampong Banggol Peradong pada 7 April 1981). Sekarang bagaimana bila Perlembagaan Persekutuan dan Buku Jingga diletakkan paling tinggi dari segalanya? Bahkan, Haji Hadi menyambung dalam amanat itu, “Kita boleh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”. Sekarang kita bertanya balik kepada Haji Hadi siapakah sekarang

menyukukan dasar politik dengan dasar agama Islam Yang Maha Suci? Sekarang kita juga minta Presiden Pas Haji Hadi Awang (atau mungkinkah Timbalannya, Mat Sabu) menghuraikan kembali tentang hukum-hukum yang dikeluarkan Pas selama ini tentang perlaksanaan hukum hudud dan pengkongsian kuasa dengan bukan Islam; setelah keputusan terbaru Menolak Hudud demi dasar bersama dalam pakatan itu.

Sekarang kita juga minta Presiden Pas Haji Hadi Awang (atau mungkinkah Timbalannya, Mat Sabu) menghuraikan kembali tentang hukum-hukum yang dikeluarkan Pas selama ini tentang perlaksanaan hukum hudud dan pengkongsian kuasa dengan bukan Islam; setelah keputusan terbaru Menolak Hudud demi dasar bersama dalam pakatan itu.

5


6

1 - 15 September 2011

teganukita

am

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

EKONOMI

Cadangan Inovasi Warga SUK Terengganu 1. PENGENALAN Perkhidmatan Awam pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks berikutan dengan perubahan sosial ekonomi sedunia. Persekitaran ini menuntut sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif dalam menghasilkan perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi serta menlangkaui kehendak pelanggan dan stakeholder. Keadaan ini juga memberi kesan kepada penggunaan sumber khususnya sumber kewangan yang terhad serta keperluan modal insan yang berkualiti. Kehendak dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat memerlukan warga Pejabat SUK lebih responsif dalam menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada keperluan pelanggan yang customised. Warga SUK juga memerlukan pendekatan baru dan idea yang lebih radikal untuk membolehkan SUK meningkat tahap penyampaian perkhiamatan agar lebih cekap dan berkesan. Dengan itu, warga SUK perlu berani berubah dan mencuba pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif ke arah menepati kehendak senario baru. Budaya inovasi adalah sebahagian daripada gerakan tranformasi sektor awam di samping menyokong agenda peningkatan daya saing negara. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Awam. Di antara usaha yang dilaksanakan ialah Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Progran Peningkatan Produktiviti, Program Strategi-strategi Peningkatan Kualiti, Progran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Progran Pelaksanaan MS ISO 9000. Usaha-usaha ini telah pun membantu mewujudkan asas yang kukuh bagi memastikan prestasi Pekhidmatan Awam yang berkualiti.Namun demikian, cabaran-cabaran masa kini memerlukan Perkhidmatan awam mengamalkan pendekatan-pendekatan yang lebih inovatif secara menyeluruh. Justeru, strategi hendaklah disusun untuk meningkat budaya inovasi berpandukan kepada rasional berikut : ( i) Keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak rakyat secara lebih berkesan. (ii) Keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangi kekangan sumber kewangan semasa. (iii) Keperluan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baru apabila kaedah semasa didapati kurang berkesan. (iv) Keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimun. 2. SKOP INOVASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU Budaya Inovasi sentiasa menggalakkan warga organisasi mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik sama ada melalui pengubahsuian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivi organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi dalan bidang seperti berikut : o Pengurusan Strategik dan o Sumber Manusia o Pengurusan Pelanggan Kepimpinan Organisasi o Sumber Manusia o Budaya Kerja o Pengurusan Projek Pembangunan o Kewangan dan aset o Teknologi Maklumat o Pengurusan Pelanggan Didapati Di : dan Komunikasi (ICT) Borang Boleh i) ia (Unit Inovas mber Manus nu Pengurusan Suusaha Kerajaan Terengga Pejabat Setia san Sumber Manusia) (Penguru

3 KAEDAH PELAKSANAAN Borang ini diwujudkan untuk : i. Mendapatkan cadangan daripada Pejabat SUK untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan. ii. Mengaplikasi idea baru yang menghasilkan perubahan yang signifikan dalam menambah nilai output semasa dan transformasi kepada amalan sedia ada untuk memberi impak yang lebih baik. iii. Mencipta cara kerja baru dan menghasilkan inovasi. iv. Menwujudkan kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja. v. Menggalakkan penglibatan dan peningkatan komitmen warga SUK terhadap kerja. vi. Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara. vii. Menggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif. viii. Mewujudkkan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja di mana setiap cadangan dan idea-idea baru akan dipertimbangankan oleh Jawatankuasa Pemandu Inovasi SUK untuk kelulusan dan dipraktikkan.

Kuantan Medical Centre salah sebuah hospital bersaiz sederhana hasil ekuiti TDM Berhad dalam merancakkan pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan.

TDM tambah ekuiti sektor penjagaan kesihatan Oleh: Fauzi Mohd Syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri, TDM Berhad menambah satu lagi ekuiti dalam sektor penjagaan kesihatan dengan mengambil alih sepenuhnya Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Kuala Lumpur. Pengerusinya, Dato’ Mohd. Roslan Awang Chik berkata, dengan pengambilalihan itu, TDM kini mempunyai empat buah hospital bersaiz sederhana termasuk Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kuantan Medical Centre dan Kelana Jaya Medical Centre. Katanya, pengambilalihan TDMC yang bermula sejak April lalu melibatkan kos RM16.5 juta dan TDM memperuntukkan kos tambahan sebanyak RM22 juta bagi menaiktaraf kemudahan hospital dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. “Dengan pengambilalihan ini TDM menjangkakan mampu memberi pulangan yang lebih baik melalui sektor kesihatan dalam masa yang singkat,” katanya baru-baru ini. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-46 tahun ini, TDM telah mengisytiharkan bayaran dividen lebih tinggi sebanyak 13.5 sen bagi setiap syer biasa di akhir tahun kewangan 31 Disember 2010, berbanding 12 sen pada tahun 2009.

“Dengan pengambilalihan ini TDM menjangkakan mampu memberi pulangan yang lebih baik melalui sektor kesihatan dalam masa yang singkat” - Dato’ Mohd Roslan

Awang Chik, Pengerusi TDM Berhad.

Tambah Roslan, TDM akan memperuntukkan lebih RM150 juta bagi membina sebuah lagi hospital pakar swasta di negeri ini yang bakal dilengkapi kemudahan teknologi perubatan moden dan terkini. “Pembinaannya akan bermula tahun hadapan di Batu Buruk melibatkan kemudahan 150 katil dan apabila siap kelak ia mampu menaikkan lagi imej Terengganu serta syarikat kerana berupaya membina banyak hospital swasta di Pantai Timur. “Justeru perkhidmatan yang ditawarkan di semua hospital milik TDM adalah setanding dengan apa yang terdapat di hospital negaranegara maju,” katanya.


teganukita

1 - 15 September 2011

am

7

10 pelajar Inspi dihantar ke Indonesia Oleh: Fauzi Mohd Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menghantar 10 pelajar lepasan Institut Pengajian Islam Kemaman (Inspi) untuk menyambung pelajaran ke Universiti Sultan Syarif Kassim (Unisuska) di Riau, Indonesia di bidang dakwah, akhir September lalu. Pengarah YIT, Haji Md. Kamaru Al-Amin Ismail, berkata ia merupakan salah satu

langkah kerajaan negeri dan yayasan berkenaan untuk menambah bilangan pendakwah sesuai dengan perkembangan Islam di Terengganu. “Pelajar-pelajar tajaan YIT akan mengikuti kursus berkenaan selama empat tahun di universiti tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut beliau, pada masa sama YIT akan memilih lepasan pelajar Inspi untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai

bidang di Jordan, Mesir dan Maghribi Oktober ini. Inspi yang dibangunkan YIT merupakan institusi pengajian Islam yang berkonsepkan ‘pondok moden’. Haji Md. Kamaru Al-Amin berkata, Inspi mempunyai kirakira 500 pelajar dan jumlah itu akan ditingkatkan sehingga 700 orang apabila beberapa blok tambahan bangunan itu siap tahun depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata YIT memohon bajet RM15 juta daripada kerajaan negeri untuk membesarkan Pondok Darul Iman (PDI), sebuah lagi pusat pengajian Islam di Kampung Kerandang, Hulu Terengganu. Katanya, pembesaran pondok itu akan dilakukan secara beperingkat dengan setiap peringkat memerlukan perbelanjaan RM5 juta. Foto: Zulkipli Putra / UKOM

Wakil persatuan nelayan kawasan seluruh Terengganu bersama replika cek yang diperolehi untuk modal pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing disampaikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika Menteri Besar Terengganu itu mengadakan perjumpan dengan nelayan di Marang, baru-baru ini.

Bantuan RM1.1 juta untuk 11 persatuan nelayan Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1.1 juta kepada semua 11 persatuan nelayan di Terengganu untuk tujuan modal pembangunan projek kecil di kawasan masing-masing. Sumbangan RM100,000 setiap persatuan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada majlis perjumpaan beliau bersama warga nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang, baru-baru ini. Ia termasuklah kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang, PNK Besut,

PNK Kuala Terengganu Utara, PNK Dungun, PNK Paka, PNK Kemasik, PNK Kijal, PNK Kemaman dan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu). Turut mendapat perhatian, tujuh peserta yang mendapat bantuan peralatan pemprosesan daripada Jabatan Perikanan bernilai RM47,000. Selain itu, Dato’ Seri Ahmad turut menyampaikan lesen sampan kepada 28 orang nelayan kawasan Parlimen Marang. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, pemberian pelbagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif

Hasil penyelidikan UMT di `life museum’ Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bercadang untuk mewujudkan sebuah ‘life museum’ yang bakal menempatkan hasil kajian para penyelidik universiti itu dalam bidang maritim dan akua. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman berkata, penubuhan muzium itu sebagai tatapan umum agar masyarakat

DR. AZIZ DERAMAN

kerajaan bagi menjaga kebajikan setiap nelayan. Beliau turut mencadangkan agar jeti tidak harus dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan semata-mata tetapi juga sebagai pusat kegiatan agro-pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya. “Seharusnya mereka berusaha mempelbagaikan punca pendapatan dan ini akan membantu kerajaan mencapai sasaran meningkatkan pendapatan nelayan sekali ganda menjelang tahun 2020,” katanya. Tambah Dato’ Seri Ahmad,

dengan pemberian lesen sampan itu maka setiap mereka layak menerima elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan selain subsidi petrol dan dibayar 10 sen bagi setiap satu kilogram tangkapan. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dato’ Mohd. Jidin Shafee dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

lebih terdedah dan memahami dengan lebih mendalam, apatah lagi bidang maritim menjadi fokus utama universiti itu. Menurutnya, berdasarkan perancangan awal, muzium itu akan turut dilengkapi dengan sebuah akuarium besar yang dianggarkan melibatkan kos bernilai RM10 juta hingga RM30 juta. “UMT ada keperluan mendesak untuk membina muzium ini kerana kita sedang berusaha untuk meningkatkan keperluan dan

kemudahan dalam bidang ini, bersesuaian dengan dua bidang baru yang diperkenalkan iaitu Fakulti Perikanan dan Pelancongan. “Bagi merealisasikan hasrat ini, kita mengharapkan kerajaan negeri dapat memberikan sokongan sewajarnya dengan memberikan satu kawasan seperti di Pulau Duyong atau Seberang Takir kerana faktor lokasinya yang bersesuaian,” katanya.

Murid kurang upaya Tahun Empat gembira menerima e-Book.

EIO pantau e-Book di 430 sekolah seluruh negeri Penempatan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 82 Sekolah Menengah (SM) seluruh negeri mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan e-Book kalangan pelajar. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud berkata, statistik pengunaan e Book sehingga ini melebih 72,000 pelajar memerlukan pemantauan rapi dan berterusan. “Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya Virtual Classroom serta Sekolah Maya sangat memerlukan penglibatan dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana ICT Virtual School beroperasi dengan baik,” katanya di majlis Pelancaran Penyerahan eBook Tahun Empat Peringkat Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Stadium Tertutup Gong Badak. Teks ucapan beliau disampaikan oleh timbalannya, Encik Hashim Mohd Zin.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap Ahli DUN Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh. Katanya, cadangan permuafakatan secara gabungjalin bersama agensi lain seperti Bestari.com dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta komuniti setempat dapat memanfaatkan kelebihan e Book dan penempatan EIO. “Penyertaan semua peringkat mampu melahirkan pendidikan terbilang serta melestarikan pendidikan didalam komuniti,” katanya. Dalam majlis berkenaan seramai 1038 pelajar dalam DUN Tepoh merupakan kumpulan pertama menerima pemberian e Book bagi Murid Tahun Empat daripada 23,000 seluruh negeri.

MCPF bantu kekang gejala sosial Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pihak sekolah dan anggota masyarakat diminta supaya berganding bahu membantu mengatasi masalah sosial serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerjasama semua pihak penting agar gejala tidak sihat dapat dibendung. “Kita memang serius untuk memerangi jenayah serta gejala sosial kalangan masyarakat hari ini hingga ke angka sifar,”

katanya. “Masalah jenayah dan sosial bukan tanggungjawab pasukan polis dan kerajaan sahaja sebaliknya perlu ditangani bersama anggota masyarakat,” katanya. Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Terengganu, SAC Dato’ Jamshah Mustafa. YB Haji Ahmad Razif berkata, MCPF menggalakkan penglibatan pelajar sekolah dan sehingga ini lebih 100 buah sekolah menengah dan rendah menubuhkan Kelab MCPF masing-masing. “Lebih 15 program dilaksanakan MCPF dengan kerjasama polis dalam usaha menarik orang ramai ke arah mengekang gejala sosial,” katanya.


8 Selepas Murid Tahun 6 dan Tahun 5 menerima e-Book, kini tiba pula giliran Murid Tahun 4 menerima kemudahan itu. Seramai 1,038 murid Tahun 4 dari 12 sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menjadi kumpulan pertama menerima e-Book daripada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, pada majlis di Stadium Negeri Gong Badak baru-baru ini. Lebih 23,000 murid Tahun 4 di seluruh negeri akan menerima e-Book sehingga akhir tahun ini sebagai persiapan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan terus meletakkan sasaran eBook sebagai pelengkap bagi pendidikan pelajar di sekolah rendah negeri ini. “Biarpun pelbagai cerita dan spekulasi negatif timbul mengenai e-Book, segala kebaikan teserlah juga akhirnya,” katanya pada majlis Pelancaran Penyerahan e-Book Pelajar Tahun 4 Peringkat Negeri dan DUN Tepoh 2011. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Mu-

teganukita

1-

Murid Tahun 4 terima e-Book hammad Ramli Nuh dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Encik Hashim Mohd Zin. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jelas sekali dengan pemberian kemudahan ini, prestasi pembelajaran murid Tahun 5 dan Tahun 6 terus meningkat di mana Terengganu berjaya mengekalkan juara dalam keputusan peperiksaan awam (UPSR dan PMR). “Cakap-cakap dan spekulasi yang timbul hanya daripada orang-orang yang tidak boleh menerima kebaikan yang telah kerajaan buat untuk meningkat taraf pendidikan pelajar di negerini,” katanya. Katanya, hanya pendidikan mampu merubah landskap negeri dan negara dan

apa yang kerajaan buat semata-mata untuk melihat anak-anak negeri ini setanding dengan negeri lain. “Kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta untuk e-Book dan sehingga ini lebih 72,000 pelajar telah menerimanya dan menjelang akhir tahun akan meningkat kepada lebih 95,000 pelajar,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan menambah Kelas Maya kepada 32 kelas di 32 buah sekolah seluruh negeri menjelang akhir tahun ini. “Kita harap semua pelajar di negeri ini mampu menguasai IT apabila memasuki tingkatan satu serta cemerlang dalam pendidikan masing-masing,” katanya.

TPM


9

- 15 September 2011

bawa `hadiah’ ke Terengganu Oleh: Kamaruddin Mat Akib Gambar oleh: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah Lawatan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke Terengganu pada 20 September lalu, bukan lawatan biasa kerana beliau membawa banyak ‘buah tangan’ untuk rakyat negeri ini. Pada program majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Marang dan perasmian Pasar Baru Kedai Buloh di Kampung Kedai Buloh, beliau memberi jaminan Kerajaan Pusat sedia menimbang permohonan Umno Bahagian Marang agar dibina sebuah bangunan berharga kira-kira RM30 juta di Marang, bagi menempatkan pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan di daerah tersebut. Beliau berjanji akan mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada mesyuarat Kabinet di Kuala Lumpur, dan jika tiada halangan, projek tersebut akan dilaksanakan dalam fasa kedua Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Pada majlis perjumpaan dengan guru agama, imam dan bilal di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu di Alor Limbat, beliau mengumumkan Kementerian Pelajaran akan menyalur peruntukan RM3.16 juta kepada 20 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Terengganu. Peruntukan kepada 14 buah SMA dan enam buah SMKA itu antara lain bertujuan

meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar di sekolah berkenaan melalui program pembangunan akademik serta menaik taraf kemudahan sokongan pembelajaran. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato’ Ghafar Abdullah. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pihaknya sedia membantu dan berkongsi kepakaran dengan kerajaankerajaan negeri dalam menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran sekolahsekolah agama seluruh negara. Memulai acara Program Turun Padang, iaitu perjumpaan dengan pegawai kanan kerajaan, penjawat awam dan kakitangan swasta serta Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan pesanan berikut: “Rugi, rugi, rugi serugi-ruginya jika rakyat, termasuk rakyat Terengganu memilih parti lain selain Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang,”. Beliau berkata, belum pun memerintah negara, pihak pembangkang telah menunjukkan sikap tidak menghormati perasaan rakyat, tidak mengenang budi, warisan dan sejarah bila ada pemimpinnya sudah menyatakan hasrat hendak menukar bendera negara Malaysia tercinta.

“Jangan beri langsung peluang kepada golongan seperti ini,” tegas beliau. Pada majlis itu, Menteri Besar turut hadir bersama-sama Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Dr.Rosli Mat Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Dato’ Din Adam dan Adun Paka, YB Zakaria Abdullah. Tan Sri Muhyiddin menjelaskan rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain yang berada di bawah pakatan pembangkang kini sudah tidak selesa lagi kerana polisi negeri ditukar sesuka hati tanpa mengambilkira keperluan rakyat.

Beliau juga menjelaskan bahawa BN dan Umno bukanlah parti yang bersifat perkauman, terutama dalam membela kaum bumiputera tetapi memandangkan kaum bumiputera masih mundur dan ketinggalan, maka kerajaan memberi keutamaan untuk menaikkan taraf hidup mereka. Mengenai Buku Jingga yang dikeluarkan Pakatan Pembangkang tahun lalu bagi tujuan menggantikan Kerajaan BN dengan pakatan mereka, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan segala janji yang ditaburkan dalam buku tersebut hanya retorik kerana realitinya mereka tidak dapat berbuat apa yang dijanjikan itu.


10

1 - 15 September 2011

JASA DIKENANG

ALLAHYARHAM HJ YUSOFF MAT AMIN

teganukita

rencana

Ayah Su banyak berjasa Antara koleksi berharga peninggalan Allahyarham Hj Yusoff Mat Amin.

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Fauzi Mohd Sepanjang usianya, Allahyarham Hj.Yusoff Mat Amin, yang pernah bertanding atas tiket parti Perikatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Setiu pada tahun 1959, begitu banyak berjasa kepada masyarakat di daerah Setiu. Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayah Su’ telah berkhidmat sebagai penggerak masyarakat dan Penyelia KEMAS lebih daripada 30 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Calok Kedai, pada 6 September lalu pada usia 74 tahun. Anak ketujuh Allahyarham, Nazri 42, yang juga Ketua Penolong Pengarah, Yayasan Pembangunan Keluarga bagi pihak bapanya memohon kemaafan jika ada kesalahan daripada semua yang mengenali Allahyarham. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai, termasuk pemimpin masyarakat yang hadir menziarahi jenazah bapanya dan mengucapkan takziah. Allahyarham banyak menabur bakti kepada masyarakat di semua peringkat. Susur galur perjalanannya dalam politik dan khidmat kepada masyarakat sangat panjang di mana beliau dipilih sebagai calon Perikatan pada usia 22 tahun. Walaupun tewas kepada calon Pas, Daud Samad yang selepas itu dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, semangat Allahyarham Hj. Yusoff terus subur berbakti kepada orang ramai. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Umno Cawangan Chalok Lama dan AJK Umno Bahagian Hulu Nerus, Besut dan Setiu lebih daripada 40 tahun dan jawatan terakhirnya ialah Pengerusi Veteran Umno Bahagian Setiu. Antara lain Allahyarham merintis penubuhan Persatuan Belia 4B Setiu, Persatuan Peladang Setiu dan Tabung Pendidikan Mukim

Keratan akhbar kali terakhir arwah berkumpul bersama keluarga.

Awang Jabar tabur bakti hingga akhir hayat Tiada istilah ‘pencen’ apabila berdepan amanah seorang pemimpin kepada rakyat dan tatkala ramai rakan seperjuangannya sudah bergelar veteran, karismanya terus ditagih hinggalah ke akhir hayatnya. Permergian Pegawai Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Awang Jabar pada 20 Oktober lalu disifatkan se- ALLAHYARHAM AWANG JABAR bagai kehilangan besar keMohd. Yassin menyifatkan pada negeri dan negara. Timbalan Perdana Men- Allahyarham bukan sahaja teri, Tan Sri Muhyiddin berjasa besar kepada kera-

Perginya adiputra seni ukir kayu negara Hilangnya tiada pengganti - pemergian Tokoh Seni Negara 1997, Wan Su Othman pada usia 115 tahun di kediamannya di Kampung Alor Lintang, Besut merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni ukir kayu negara. Anak sulungnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali sebagai Wan Po berkata, bapanya meninggal dunia pada 15 September lalu kira-kira

jam 1.30 pagi kerana sakit tua dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Lintang. Katanya, ayahnya yang dilahirkan di Pengkalan Kubur, Kelantan itu merupakan seorang penggiat seni ukiran kayu yang telah banyak menghasilkan ciptaannya yang telah mendapat tempat di dalam mahupun di luar negara. “Sepanjang hayatnya, kami adik beradik mengenalinya bukan sahaja sebagai seorang

jaan malah juga dalam politik tanah air dan terus berperanan sehingga hujung usianya. Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan serta menjadi Ketua UMNO Bahagian Dungun suatu ketika dahulu. “Allahyarham adalah rakan karib saya dan pemergiannya satu kehilangan besar kepada kerajaan dan politik negara,” katanya.

ayah malah orang yang gigih dan begitu sayangkan seni ukiran kayu ini. “Allahyarham mengambil masa yang cukup lama untuk menjadikan perusahaan yang satu ketika dulu hanya berada di belakang rumah kepada industri yang cukup berharga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Antara karya Allahyarham yang ditinggalkan seperti pintu utama Muzium Negara, ukiran di Istana Di Raja Pekan, Pahang, ukiran lambang Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor dan logo Syarikat Penerbangan Ma-

Chalok sejak tahun 70-an, menjadi Pengerusi PIBG SMK Chalok dan Pengerusi Masjid Calok Kedai serta aktif memegang jawatan di banyak peringkat. Menurut Nazri, pemergian Allahyarham cukup menyentuh hati kerana beliau baru sempat melaksanakan impian mengumpul sanak saudara pada hari ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri. “Setelah tiga tahun arwah bertungkus lumus buat pertama kali menghimpunkan ahli keluarga, hampir 1,500 orang keturunan Tok Bilal Ali dari generasi ketiga hingga keenam berkumpul dalam satu majlis di Dewan Sivik Kampung Gong Terap Calok,” ujarnya. Tok Bilal Ali dipercayai menjadi pengasas Kampung Bukit Calok dan berkembang hingga ke Kampung Penarik, dikatakan hidup sekitar tahun 1850 dan meninggal dunia pada 1942. Keturunan Tok Bilal Ali diteruskan oleh anaknya Mat Amin (Tok Bilal Mat Amin) yang meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia lingkungan 90 tahun. Nama Mat Amin telah diabadikan pada Masjid Al-Amin Kg. Sungai Lerek. Nazri berkata, perjumpaan keluarga itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baru Tok Bilal Ali mengenai susur galur keturunan mereka di samping menyoroti susur galur perjuangan dan pengorbanan orang duludulu agar jati diri dapat diterapkan dalam jiwa mereka. “Kami semua tidak sangka acara ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ahli keluarga. Saya sangat gembira kerana ramai ahli keluarga Tok Bilal Ali berkumpul di mana program ini juga merupakan kerja terakhir arwah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Hj Yusoff,” katanya. laysia (MAS) di London. Selain Wan Po yang pernah meraih Anugerah Karyawan Kraft Negara 2002, turut mengikut jejak seni bapanya, pengiat seni lakon, Wan Hanafi dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Wan Kamaruzaman. “Dalam seni ini, Allahyarham menerapkan prinsip tidak mahu karya-karyanya sama seperti orang lain dan berusaha membawa identiti sendiri dengan mengetengahkan pelbagai motif dan reka bentuk ukiran,” ujar Wan Po.


teganukita

MIMBAR

“‫“ صيحت تنفا معصية‬

‫سجق سكني الما أومت إسالم تله دفرايغتكن اوليه الله‬ ‫سبحانه وتعاىل مرنويس اياتث بهاوا كهيدوفن دنيا اين تيدق‬ ‫ سيدنا عىل ريض عنه‬.‫الءين هاثله كسنغن يغ ممفردايكن‬ .‫ تيفوله اورغ الءين سالءين اكو‬،‫فرنه بركات “ هاي دنيا‬ ،‫ عمورمو فينديق‬.‫اكو تله منخرايكنمو دغن طالق تيض‬ ‫ بتاف سديكيت‬.‫فرهياسنمو سوليت دان بهاميو ساغت برس‬ ”.‫ بتاف فنجغ فرجالننكو دان بتاف سويث جالنكو‬،‫بكلكو‬ ،‫ ددامل مغعبديكن ديري كفد الله سبحانه وتعاىل‬،‫جوسرتو‬ .‫مأنيس اين جوض دافت دضولوغكن كفد دوا ضولوغن‬ ‫ضولوغن فرتام مريك يغ طاعة دان فاتوه منجالنكن فرينته‬ ‫ ضولوغن كدوا مريك يغ ايغكر داغن‬،‫الله سبحانه وتعاىل‬ ‫ فرمان الله سبحانه‬.‫كتنتوان دان كتتفن الله سبحانه وتعاىل‬ 24 ‫وتعاىل دامل سورة هود ايات‬ ‫ “بنديغن دوا ضولوغن ايت سامله سفريت اورغ‬:‫مقصودث‬ ‫ دغن اورغ يغ خليق رستا مندغر; ادكه‬،‫يغ بوتا رستا فكق‬ ‫ مك تيدقكه كامو‬،‫دوا ضولوغن ايت سام كاداءنث‬-‫كدوا‬ ‫مغمبيلفريغاتن‬.” ‫ مريك مرثاهكن كهيدوفنث هاث كفد‬،‫ يغ برإميان‬۲‫اورغ‬ ‫ مريك‬.‫الله سبحانه وتعاىل دان بوكن كفد سالءين درفد الله‬ ‫ميواهدغن‬-‫لبيهممنتيغكنكريضاءناللهدرفدبرميواه‬ ،‫ منجاض صالة مالكوكنث دغن خشوع‬،‫كهيدوفن دنيا‬ ،‫منجاوهكن ديري درفد فربواتن دان فركاتاءن تيدق برضونا‬ ‫ منجاض كاملوان اتاو‬،‫منفقهكن هرتا مريك كجالن الله‬ ‫ تيدق ملمفاوي باتس دامل‬،‫كهورمنت درفد بربوات كموغكرن‬ ‫ بضيتو‬.‫برتيندق دان مريك جوض سنتياس منجاض أمانه‬ ‫ مريك برفضغ‬،‫جوض سباليقث بايض يغ ايغكر دان معصية‬ .‫تضوه دغن تايل شيطان يغ مغواساءي دامل كهيدوفن مريك‬ 19 ‫فرمان الله سبحانه وتعاىل دامل سورة املجادله ايات‬ ‫ سهيغض مريك‬،‫” شيطان تله مغواساءي مريك‬:‫مقصودث‬ ‫ كتاهويله! بهاوا‬.‫لوفا مغيغايت الله; مريك ايتله فواق شيطان‬ ‫فواق شيطان ايت اورغ يغ رويض‬ ‫موسوه الله سبحانه وتعاىل ياءيت شيطان مغضوناكن دوا‬ ‫خارا اونتوق موجودكن فينتو ضوداءن كلمبه معصية ياءيت‬ ‫ خارا ليسن لبيه فنتيغ درفد‬.‫دغن ليسن اتاوفون فربواتن‬ ‫فربواتن كران دسيتوله ترهيمفون سضاال فوجوق رايو‬ ‫ ليسن جوض مربهاي كفد توبوه مأنيس كرانث‬.‫دامل جيوا‬ ‫ سيدنا‬.‫جوض اكن ممباوا هيدوف فنوه سغسارا ددامل نراك‬ ‫معاز فرنه برتاث كفد رسول الله صىل الله عليه وسلم تنتغ‬ ‫عاملن يغ دافت مامسوقكن كدامل رشض دان منجاوهكن‬ ‫ مك رسول الله صىل الله عليه وسلم ممضغ‬.‫درفد ايف نراك‬ ‫ “هندقله كامو منجاض اين‬،‫ليدهث سنديري اللو برسبدا‬ ‫ “سسوغضوهث كيت اكن‬،‫ سالنجوتث بضيندا برسبدا‬.“ ‫دفرتغضوغجوابكناتسافيغكيتفركاتاكن‬ ‫مسلمني يغ درحمتي الله‬ ‫ موسوهث‬۲‫الله سبحانه وتعاىل تله مثيغكف رانخغن‬ ‫سباضاي جالن اتاو فينتو ماسوق يغ اكن مروسقكن مأنيس‬ ‫ منانم راس تاكوت‬،‫ اجقكن كفد كجاهنت‬:‫انتارا الءين اداله‬ ‫منامنكنفرموسوهنانتارا‬،‫دوستا‬۲‫مثامينيالي‬،‫ميسكني‬ ،‫مشاركتهيغضلهكسسواتوبغسا‬،‫كلوارض‬،‫اينديؤيدو‬ ‫منخضه درفد مغيغايت الله سبحانه وتعاىل سامادا دغن‬ ‫ مغحاللكن اف يغ دحرامكن اوليه‬،‫كسنغن اتاو كسولينت‬ ،‫ ايضو‬،‫ تعجوب‬،‫ منانم راس فوتوس اسا‬،‫الله سبحانه وتعاىل‬ ‫ ممفرباثقكن هرتا اونتوق‬،‫تكبور دغن ديري سنديري‬ ‫ حاصيل درفد‬.‫سقدر دسيمفن بوكن اونتوق كفنتيغن عموم‬ ‫ مك‬،‫ موسوه الله اين‬۲‫الله سبحانه وتعاىل مثيغكف فينتو‬ ‫الهريله مأنيس يغ ترفاوت دغن اجقكن رستا بيسيكن يغ‬ .‫منداتغكن كروسقكن فد كهيدوفن مأنيس ايت سنديري‬ ‫ مك أخريث رامايله‬،‫دغن فوجوق رايو دان ضوداءنث‬ ‫ دغن‬.‫مأنيس يغ برضابوغ منجادي فغيكوت كمعصينت اين‬ ‫ مريك يغ دباوه تعلوق دان ملس دامل ضوداءن‬،‫دميكني‬ ‫معصية اكن جاتوه كدامل لومفور دان ملبه كسسنت‬

rencana

BISNES Oleh: Suriati Ali

Prismar Natural Products (Prismar) ditubuhkan pemiliknya, Encik Awaluddin Mohd bersama isteri Puan Zaliha Mohamed selepas menyedari buah delima atau nama saintifiknya gunica granatum mempunyai pelbagai khasiat dan keistimewaan tersendiri untuk merawat pelbagai penyakit. Encik Awaluddin yang juga Pengurus Besar syarikat itu gemar membuat kajian dan mengambil maklumat mengenai khasiat pelbagai jenis buah-buahan termasuk delima melalui bahan bacaan dan internet. Katanya, melalui pendekatan itu, secara sendirinya timbul minat untuk menghasilkan sejenis produk minuman kesihatan hasil daripada buah delima. “Untuk memenuhi impian,

Awaluddin menunjukkan produk Sari Delima Madu Heavenia yang mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri untuk merawat pelbagai penyakit.

1 - 15 September 2011

11

Prismar hasil produk minuman

kesihatan

saya dan isteri mempelajari kaedah terbaik untuk menghasil produk yang diingini dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim Berhad). “Selepas mendapat tunjuk ajar dan sokongan Sirim, saya mula menghasilkan produk minuman kesihatan yang dinamakan Sari Delima Madu Heavenia,” katanya. Menurutnya, apa yang membanggakan produk yang dipasarkan pada April lalu mendapatkan sambutan cukup menggalakkan daripada pelanggan tempatan dan luar Te r e n g ganu. “Kebanyakan mereka yang

mendapatkan produk ini untuk mencegah dan merawat penyakit seperti masalah lebihan berat badan, sembelit, angin medu, keletihan, sendi, saraf, bau badan dan lain-lain. “Apa yang membanggakan, pelanggan akan berusaha mendapatkan produk ini selepas mengetahui mengenai kelebihan, keberkesanan dan keistimewaannya walaupun selepas dua hingga tiga minggu mencubanya,” katanya. Buah delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit

buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, buah itu juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah nafas berbau. Primar yang beralamat tingkat satu, Wisma Hajah Wook, Jalan Hiliran Kuala Terengganu sedang membuka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi pengedar atau pemborong. Kepada yang berminat bolehlah mendapat keterangan lanjut dengan melayari laman sesawang: http//delimamadu.blogspot.com atau menghubungi talian 0129082367/012-9022367.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.


12

1 - 15 September 2011

teganukita

rencana

IKON

dan terbaik,” katanya baru-baru ini. Terdahulu, dia menerima sumOleh: Fauzi Mohd bangan RM20,000 daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Penuntut Universiti Teknologi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Mara (UiTM) kampus Dungun, Said bagi menampung keperluannya Mohd. Aiman Yusof berjaya men- dalam dalam pertandingan itu. getengahkan masakan Terengganu sebagai salah satu hidangan cita rasa Asia pada pertandingan World Skills International di London . Mahasiswa berusia 22 tahun itu berkata, ia bagi menonjolkan keunikan dan kelazatan juadah tradisi Melayu ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan berprestij yang melibatkan penyertaan 32 buah negara. “Saya mahu menunjukkan kepada mereka bahawa kita juga boleh menghasilkan masakan yang sedap

Pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerana pencapaian yang membanggakan negeri dan pada pertandingan itu Bendera Terengganu akan dipaparkan di kesemua pakaian dan baju chef yang dipakai Aiman semasa pertandingan. Penuntut tahun akhir Diploma Seni Kulinari itu mewakili Malaysia dalam pertandingan yang menguji kreativiti, kemahiran dan penguasaan meliputi 45 bidang turut berpeluang menjalinkan kerjasama dengan University of West London. Aiman menyatakan, dia bersyu-

kur kerana atas keprihatinan kerajaan negeri, dia dapat berangkat ke London untuk berada di sana selama hampir dua minggu bagi membawa misi untuk mempromosi ciri-ciri Terengganu ke persada dunia. “Selain untuk negeri dan UiTM, pencapaian ini juga hadiah untuk keluarga yang awalnya agak sangsi dengan bidang yang saya pilih,” katanya. Dia yang berasal dari Kampung Padang Palas, Kuala Terengganu mula menyertai pertandingan sejak semester kedua di universiti bagi

Mahasiswa berusia 22 tahun dari Kampung Padang Palas, Kuala Terengganu menonjolkan keunikan dan kelazatan juadah tradisi Melayu Terengganu ke peringkat antarabangsa pada pertandingan berprestij World Skills International di London yang melibatkan penyertaan 32 buah negara. menguji bakat dan kemahirannya. Dia memenangi pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010 dan Epicurean Culinary Challenge 2010 anjuran UiTM serta Anugerah Seni Kulinari Nestle Januari lalu. “Saya pernah menyertai beberapa pertandingan lain termasuk Battle of Chefs di Pulau Pinang, Hotel Asia Culinary Challenge di Singapura dan Kuala Lumpur Culinary Challenge,” katanya.

Aiman bawa masakan

Terengganu ke pentas dunia

BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah Fokus utama adalah membantu golongan miskin, mereka yang ditimpa musibah dan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat ke arah lebih baik. “Biarpun kekurangan peruntukan tapi kami sanggup menebalkan muka meminta bantuan sokongan daripada beberapa individu (dermawan) untuk menyumbang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur, Hajah Arpah Osman, 54. Menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya begitu besar, Hajah Arpah tidak mudah mengalah dan cuba seberapa daya yang boleh untuk membantu meringankan beban anak buahnya.

Utamakan kepentingan penduduk Dengan kepadatan penduduk lebih 2,000 orang yang merangkumi tujuh taman perumahan termasuklah Taman Alamanda Satu dan Dua, Taman Teratai, Taman Medan Tekukur, Taman Dalya, Taman Seri Intan Satu dan Dua. “ Terdapat 30 peratus penduduk bukan orang tempatan yang mendiami kuaters kerajaan di samping kampung tradisional Jalan Tekukur yang dulunya dikenali sebagai Kampung Mok Pe,” kata Hajah Arpah yang mendapat sokongan padu daripada suaminya yang juga ketua cawangan. Usaha mengekalkan perpaduan tidak diabaikan dan aktiviti gotong royong, sembang petang, kunjungan ke rumah warga emas, ibu tunggal

sentiasa memenuhi waktu terluang duduk Jalan Tekukur, setiap tahun barisan jawatankuasa. tidak kurang empat ekor lembu Kerjasama erat dengan beberapa tumbang sebagai agensi seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dapat melaksanakan aktiviti bersama masyarakat setempat. “Program kesedaran sivik kalangan remaja, penjagaan kesihatan golongan pertengahan umur dan warga emas serta usaha menangani gejala sosial dan jenayah diadakan dari semasa kesemasa,” katanya. Hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicicah begitulah keakraban pen-

korban pada Raya Haji dan tahun ini perkara serupa dilakukan. “Saya berusaha mencari sumber untuk memenuhi impian masyarakat dan setakat ini Tuhan memudahkan segala perancangan diatur yang khusus untuk membantu golongan susah,” kata Pengarah Urusan sebuah syarikat di negeri ini. Katanya, ramai dermawan yang sudi menderma dan ada yang menyumbang barangan keperluan harian termasuk beras malah tidak kurang yang ada rezeki lebih menyumbang beberapa ekor lembu untuk dikorbankan. “Saya yakin segala usaha baik itu mendapat restu dan diberkati ketika kita dunia malah kehidupan di akhirat,” katanya.


teganukita

rencana

1 - 15 September 2011

13

DESTINASI

Pulau Duyong kaya warisan sejarah

Oleh: Suriati Ali Pulau Duyong yang terletak di pinggir muara Sungai Terengganu, dengan jarak kira-kira 15 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, menjadi destinasi warisan yang kian popular selepas diberi `nafas baru’ oleh kerajaan negeri dengan pembinaan pelbagai prasarana. Kewujudan lokasi penganjuran Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa dan pembinaan pangsapuri mampu milik, nyata amat membanggakan penduduk tempatan. Tidak lengkap dengan itu, lokasi Pulau Duyong menghadap Laut Cina Selatan sememangnya terkenal dengan pelbagai bahan sejarah yang unik dan menarik. Kota Lama Duyong antara bahan sejarah yang kekal hingga hari ini. Dibina pada tahun 1920, kota ini pada awalnya digunakan oleh individu tertentu dan kumpulan agama Islam untuk mengajar penduduk kampung membaca al-Quran. Dipercayai bahan yang digunakan untuk membinanya termasuk madu, putih telur dan batu. Setelah musnah akibat banjir pada tahun 1986, ia dibaikpulih pada tahun 1999 tanpa mengubah struktur pembinaan. Bangunan bersejarah itu dibina hasil cetusan idea pegawai senior di jabatan pentadbiran Terengganu iaitu Dato’ Biji Sura.

Legasi dan keistimewaan Pulau Duyong tidak berhenti di situ sahaja kerana beberapa pengusaha bot dan kapal layar terkenal sepert Haji Abdullah Muda, Hassan Ali, Azlan Hasni, Muhammad Ali, Amran Ghazali, Muda Muhammad dan Nik Ridzuan Nik Mohd masih aktif memerah keringat dengan menjual hasil tangan mereka ke luar negara, termasuk Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, New Zealand, United Kingdom dan Denmark. Haji Abdullah yang menceburi bidang pembuatan kapal layar sejak tahun 1958, berkata sepanjang menceburi bidang itu puluhan bot nelayan bersaiz besar dan kecil dapat disiapkan. Bilangan itu tidak termasuk tempahan puluhan kapal layar milik pelanggan asing, perahu kolek payang untuk Kerajaan Pusat dan kerajaan Terengganu yang bernilai antara RM800,000 hingga RM1.1 juta sebuah. Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Haji Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya. Setiap kapal dan bot yang dihasilkan Haji Abdullah tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu. Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.


14

1 - 15 September 2011

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjung Vista

Menara terapung di Gua Bewah Kerajaan negeri bercadang membina menara terapung di Gua Bewah, Tasik Kenyir bagi memudahkan pelancong melawat lokasi itu secara dekat terutama berkaitan penemuan rangka manusia berusia 16,000 tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kajian membina menara setinggi tiga tingkat berharga kira-kira RM15 juta itu sedang dijalan-kan oleh sebuah syarikat swasta. Katanya, pembinaan menara yang turut menyediakan tangga bergerak itu akan menggunakan tenaga solar atau hybrid. ``Pembinaan tangga berge-rak penting untuk membolehkan pelancong melawat Gua Bewah untuk melihat artifak di dalamnya dengan keadaan selamat, “ katanya. Katanya, jika kerajaan negeri berpuas hati kesemuanya ianya akan dilaksanakan pada tahun depan kerana Gua Bewah akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di Tasik Kenyir dengan keunikannya tersendiri terutama pelancong luar negara. Menurutnya, penemuan rangka manusia atau digelar sebagai `Bewah Man’ pada November lalu merupakan rangka tertua pernah ditemui di negara ini dan sudah tentu ia akan menjadi daya tarikan pelancong untuk melihatnya. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, penemuan rangka manusia zaman pra sejarah itu membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia di zaman Mesolitik di kawasan tersebut. Beliau berkata, bagaimanapun pada masa ini Gua Bewah ditutup kepada orang ramai bagi membolehkan kerja-kerja mengali artifak dilakukan. Katanya, ianya dijangka dibuka kepada orang pada awal tahun depan apabila kerja-kerja menaik taraf siap termasuk pemasangan penutup kaca di kawasan tersebut bagi tujuan keselamatan terhadap artifak bernilai itu.

teganukita

am

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Keberangkatan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah serta Pengarah hotel berkenaan, Datuk Tan Choo Meng. Pada perasmian itu, Tuanku Mizan memasukkan kad replika kunci ke dalam satu kotak khas sebagai gimik perasmian.

Oleh: Esah Abdullah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengingatkan masyarakat negeri ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa masing-masing apabila mereka berjaya memegang jawatan dan kedudukan yang baik dalam kerajaan. Beliau berkata, tugas menjaga kedua ibu bapa bukannya tanggung jawab kerajaan, tetapi ia adalah tugas anak-anak apabila mereka sudah berjaya dalam hidup. “Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu dengan baik,” katanya dalam satu majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu bersama Jabatan kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu,

Usah abai ibu bapa - MB

Dato’ Seri Haji Ahmad bersama isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza bermesra dengan seorang kanak-kanak istimewa.

baru-baru ini. Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Pengarah

JKM Encik Zuhaimi Omar. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, masyarakat perlu kembali ke pangkal jalan dan jangan mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa.

Beliau bangkitkan kerana seorang berkelulusan ijazah pernah merungut dan marah kerana nama ibu bapa mereka dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan JKM.

Produk IKS Terengganu masuk pasaran Australia Dalam usaha membawa jenama tempatan ke pasaran antarabangsa, Kerajaan Terengganu telah memperkenalkan lima jenis produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan pada Perth Royal Show 2011 di Claremont Showground Australia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera berkata, Terengganu yang diwakili Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

ke pameran itu bersama 13 pegawai termasuk usahawan. Menurutnya, lima produk yang diketengahkan ialah kerepok lekor sejuk beku, jus rosel,

produk berasaskan kambing, ikan sardin dan kraftangan tekstil. “Di Australia khususnya di Perth terdapat lebih 20,000 rakyat Malaysia yang merupakan pasa-

ran besar bagi produk berkenaan yang secara tidak langsung bertindak sebagai ‘duta kecil’ kepada produk kita. “Harapan kita agar usahawan terlibat dapat mempelajari sesuatu agar produk yang diketengahkan berjaya menembusi pasaran negara berkenaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) baru-baru ini.

naikkan kepada RM800 sebulan mulai Januari tahun ini. Ini bermakna kenaikan sebanyak RM350.00 sebulan. Sementara itu, beberapa orang pengerusi JKKK melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka berkhidmat untuk masyarakat

di kampung masing-masing. Turut menerima kenaikan dan tunggakan elauan ialah 2,900 pendakwah atau disebut sebagai Guru Khidmat Masyarakat di bawah Yayasan Islam Terengganu. Pengarah YIT, Md Kamaru Al- Amin Ismail, berkata elaun tunggakan itu adalah bagi kenaikan yang diterima RM150 sebelum ini kepada RM300 se-

bulan. Menurutnya, tunggakan bayaran yang diterima bermula 1 Januari lalu hingga Oktober nyata mengembirakan golongan itu di mana sebelum ini terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama. “Kenaikan bayaran elaun ini sebenarnya pengiktirafan besar kepada guru khidmat masyarakat kendalian YIT seperti guru

Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan guru kelas berzanji yang selama ini berkorban masa mengendalikan kelas-kelas di kampung. “Pihak kami mengharapkan dengan bayaran tunggakan dan kenaikan elaun ini membuatkan mereka lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Dato’ Mohamed melawat gerai selepas merasmikan Ekspo SDSI Zon Timur di Terengganu.

Pengiktirafan daripada kerajaan negeri kerana pengorbanan serta menjalankan tugas dengan cemerlang dari ms-1

Bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu. Ketika ini semua pengerusi JKKK masih menerima elaun mengikut kadar lama RM450 manakala kadar baru akan di-

Aduan pengguna air Terengganu selesai satu hari Berita baik untuk pengguna air di Terengganu – kira-kira 95 peratus daripada pelbagai aduan berhubung bekalan air di seluruh negeri ini diselesaikan selewatlewatnya dalam tempoh tiga hari sahaja. Malah, sesetengah aduan ditangani dalam tempoh sehari selepas aduan dibuat melalui Talian Aduan SATU 1 300 882 111 yang dimulakan sejak 29 November 2010. Mengikut perangkaan Syarikat Air Terengganu, (SATU), sejak talian itu diperkenalkan bagi tempoh percubaan hingga bulan Ogos tahun ini, sebanyak 22,157 aduan mengenai bekalan air dikemukakan pengguna seluruh negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak 62 peratus aduan berkaitan paip bocor, gangguan bekalan air (10.3 peratus) dan akaun bil air (9.55 peratus) dan SATU berjaya menyelesaikan kira-kira 95 peratus daripada aduan tersebut dalam tempoh tiga hari saja. Penyelesaian masalah pengguna air dalam masa singkat itu dilakukan melalui pusat khidmat komunikasi pelanggan yang sistematik dan tersusun, diperkenalkan SATU dengan kerjasama Syarikat VADS Berhad anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia yang ada kepakaran, khususnya dalam memberi perkhidmatan Pusat Khidmat Komunikasi Pelanggan. Majlis pelancaran perkhidmatan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SATU dan Syarikat VADS Bhd disempurnakan dalam satu majlis di Riyaz Heritage, baru-baru ini. Dalam ucapannya, Menteri Besar turut mengingatkan pihak pengurusan Syarikat VADS Bhd supaya tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata, tetapi turut menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat negeri ini. Beliau berkata, pihak kerajaan negeri melalui SATU mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membayar perkhidmatan Syarikat VADS Bhd, bagi memastikan pengguna tidak menghadapi banyak masalah berkaitan penggunaan air.


teganukita

1 - 15 September 2011

am

15

Tuanku Nur Zahirah rasmi kapal RV Discovery UMT Raja Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal latihan dan penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, barubaru ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke majlis tersebut. Pada majlis perasmian itu, Tuanku Nur Zahirah menekan papan plak sebagai gimik perasmian kapal RVDiscovery. Kapal bernilai lebih RM15

Kerajaan atasi kuala cetek Kesulitan nelayan daerah Besut untuk mendarat bot di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, yang berpunca daripada muara cetek dijangka dapat diatasi apabila kerajaan menempatkan kapal korek khas untuk mengali pasir di muara terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata, kerajaan negeri bersetuju membeli dua kapal korek untuk tujuan mengali pasir di semua muara kuala negeri ini. Katanya, permukaan Kuala Besut yang sering menjadi masalah akibat timbunan pasir selepas berlaku banjir tiap tahun menyulitkan lebih 5,000 nelayan untuk keluar masuk bot kerana muara menjadi cetek. Menurutnya, beliau sudah mengemukakan masalah itu kepada kerejaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, bersetuju untuk membeli dua kapal korek bagi kegunaan mengali muara yang cetek di semua kuala sungai negeri ini. “Kesulitan nelayan daerah ini mendaratkan bot menyebabkan negeri ini kehilangan hasil berjuta ringgit setiap tahun kerana nelayan terpaksa mendarat bot mereka di pelabuhan Tok Bali, Kelantan,” katanya pada majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Besut di sini baru-baru ini. Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan majlis itu serta menyampaikan secara tunai bantuan sara hidup kepada 569 nelayan daerah Besut.

juta khusus dibina bagi penyelidikan oseanografi dengan kelengkapan terkini setanding dengan kapal penyelidikan luar negara dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika dan boleh berada selama dua minggu di lautan. Kapal sepanjang 35 meter dan seberat 300 tan itu dibina pada September 2008 oleh syarikat tempatan, Kay Marine Sdn. Bhd. dan berkemampuan menampung 12 krew kapal dan 23 pelatih pada satu-satu masa dengan menyediakan kabin, ruang makan serta ruang rehat yang selesa. - Oleh:

Suriati Ali.

Tujuh penerbangan dari LTSM bawa jemaah haji zon Timur MOHD SALLEH

YB Khazan beramah mesra dengan jemaah haji di dalam pesawat ketika hadir dalam meraikan keberangkatan jemaah pertama ke Arab melalui penerbangan terus dari Lapangan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. NURUL HUDA

Oleh: Fauzi Mohd Sebanyak tujuh penerbangan yang membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah akan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Katanya, penerbangan pertama dari LTSM pada 30 September dan diikuti pada 1, 5 dan 6 Oktober serta 16, 17 dan 18 Oktober. “Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat MAS (Malaysia Airlines) dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan keberangkatan 447 je-

maah haji pertama dari Kuala Terengganu ke Madinah di LTSM, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muhammad Ramli Nuh dan Pengarah Tabung Haji negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar. Tambah Khazan, kira-kira 300 kakitangan dari 18 agensi kerajaan termasuk Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kastam dan Imigresen membantu operasi penerbangan haji di LTSM. “Urusan penerbangan jemaah haji yang masuk tahun keempat itu berjalan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya. Sementara itu, seorang jemaah haji yang ditemui, Mohd. Salleh Mohd. Noor, 71, dari Gong Badak, berkata,

dia yang berkerusi roda bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji selepas lebih 30 tahun menyimpan hajat. “Dah lama pak cik tunggu. Masa anak pak cik masih bersekolah lagi, pak cik dah baca buku-buku tentang ibadat haji,” kata warga emas itu yang pergi bersama anaknya, Ahmad Noor Rashidi, 36, yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara kampus Kelantan. Bagi Nurul Huda Che Deraman, 26, dia yang berasal dari Kesom, Manir, berasa bertuah kerana berpeluang mengerjakan ibadat itu dalam usia yang masih muda. “Memang ini hajat saya dari sekolah menengah lagi. Selepas dapat kerja, impian saya untuk tunaikan haji sebelum berkahwin dan membeli kereta,” katanya yang juga kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Penjawat awam perlu memiliki integriti tinggi Penjawat awam di negeri ini di minta mengambil inisiatif dan berusaha memastikan tahap integriti tugas harian supaya sentiasa berada pada tahap tinggi. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, berkata setiap penjawat awam wajar memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan melalui perlaksanaan undangundang. “Pendekatan itu cukup penting bertujuan memberi keyakinan kepada pembayar cukai, pelabur dan rakyat di negeri ini supaya komited untuk melaksanakan pentadbiran yang telus dan berintegriti,” katanya. Beliau berkata demikiah ketika berucap di Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Taklimat sehari itu memberi penerangan kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai akta perlindungan pemberi maklumat 2010, isu kebankarapan di Malaysia dan khidmat bantuan guaman. Dato’ Wan Ahamad mengharapkan melalui penerangan dan kefahaman yang akan diberikan pihak berkaitan melalui program seumpama ini dapat membantu setiap pelaksanaan akta tertentu. “Ini merupakan inisiatif dalam memastikan penjawat awam maklum dan sedar bahawa mereka yang ingin membuat aduan berkenaan salah laku pegawai atasan akan dilindungi.


sukan sukan 16

teganukita

teganukita

Bil : 48 (1-15 September 2011) http://teganukita.blogspot.com

Piala Monsun bukan sekadar acara perlayaran Oleh: Fauzi Mohd Piala Monsun, kejohanan perahu layar antarabangsa di Pulau Duyong yang bermula sejak 2005, ternyata memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan ekonomi Terengganu terutamanya penduduk setempat. Pengerusi T-Best Events Sdn. Bhd. (T-Best), Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, selain mengurangkan pergantungan kepada sumber ekonomi tradisional, ia juga mengubah lanskap khususnya di Pulau Duyong yang terletaknya di muara Sungai Terengganu. “Penganjurannya bukanlah satu pembaziran kerana ia mampu menarik kedatangan pelancong ke Terengganu yang mana keindahan dan kebudayaannya turut ditatapi oleh jutaan penduduk dunia,” kata beliau. Piala Monsun pada tahun ini diadakan dari 22 hingga 27 November dengan pelbagai

Oleh: Esah Abdullah Kontinjen Terengganu membuat persiapan awal bagi menghadapi kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang tahun depan dengan mengambil enam jurulatih luar iaitu tiga dari Thailand dan masing-masing seorang dari China, Korea Selatan dan Indonesia. Pengarah Majlis Sukan negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, enam jurulatih luar ini meliputi sukan sepak takraw, judo, tekwando, badminton, gimnastik dan tinju yang dibantu jurulatih tempatan. “Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memantapkan atlet kita sekali gus diharap mampu mengekalkan kejuaraan kali keempat berturut-turut,” katanya. Selain itu katanya, kerajaan turut menghantar atlet pelbagai peringkat mengikuti beberapa kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan bagi

aktiviti sampingan berkaitan kapal layar selain perlumbaan utama yang disertai oleh pasukan kapal layar terbaik dunia. Katanya, berdasarkan perangkaan penganjuran pada tahun lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 berjaya menggalakkan perbelanjaan setempat berjumlah RM13.1 juta. “Pada sepanjang enam hari berlangsungnya pertandingan itu, jumlah kedatangan penonton yang direkodkan seramai 170,772 orang dan pertandingan itu disiarkan menerusi televisyen ke seluruh dunia melibatkan penonton seramai 1.7 bilion orang. “Selain itu, sebanyak 1,729 pekerjaan berjaya diwujudkan ketika berlangsungnya Piala Monsun 2010 daripada perkhidmatan sokongan kepada setiap pasukan hinggalah penyediaan makanan,” jelasnya. Katanya, kesan penganjuran itu turut merangsang pertumbuhan ekonomi perusahaan industri

kecil dan sederhana serta menarik penglibatan masyarakat tempatan termasuk kepada golongan muda sempena acara itu. Kenyataan Tan Sri Sabaruddin itu sekali gus menolak dakwaan bahawa penganjuran Piala Monsun merupakan satu pembaziran dan menurut bekas Menteri Pelancongan itu lagi, pihaknya akan terus menganjur acara tersebut sehingga tahun depan. Piala Monsun 2011 merupakan salah satu daripada lapan lokasi bagi Jelajah Perlumbaan Perahu Layar Dunia (WMRT) 2011 dan merupakan lokasinya yang terakhir bagi tahun ini. Sebelum itu, perlumbaan telah diadakan di Perancis, Jerman, Korea Selatan, Portugal, Sweden, Switzerland dan Bermuda sebelum ke Pulau Duyong, Malaysia.

Enam jurulatih luar bantu mantapkan Sukma 2012 Kerajaan optimis untuk bergelar juara sekali lagi tahun depan setelah berjaya mengengamnya pada 2008, 2010 dan 2011. memberi pendedahan kepada atlit sebelum bersaing diperingkat lebih besar tahun depan. “Sebenarnya, latihan awal sudah bermula sebaik sahaja selesai Sukma 2011 di Kuala Lumpur Jun lalu, namun latihan secara insentif akan dilaksanakan selepas semua atlet selesai

menduduki peperiksaan akhir tahun,” katanya. Sehubungan itu beliau berharap semua jurulatih terbabit dapat memulakan program latihan secepat mungkin bagi memastikan hasrat kekal juara menjadi kenyataan. Katanya, sehingga ini, kesemua 24 persatuan telah dipanggil untuk mengatur jadual latihan masing-masing dan 1 Disember depan merupakan tarikh akhir persatuan terbabit mengemukakan senarai nama atlet yang akan mewakili negeri. Menurut Zainal Abidin, berdasarkan pelbagai kejayaanyang dicapai pada kejohanan lalu kerajaan optimis untuk bergelar juara sekali lagi tahun depan setelah berjaya mengengamnya pada 2008, 2010 dan 2011.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 6313502 / 09 - 6230582


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.