teganukita 47 (keluaran khas)

Page 1

KELUARAN KHAS ISSN 2180-4737

Marang meniti pembangunan

Pasar Kedai Buloh tempat `longgokan’ kuih tradisional Terengganu

ms -6

ms-7

Bil: 47

15-31 Ogos 2011 - http://teganukita.blogspot.com

terkini

cepat

tepat

Membawa masej penting untuk rakyat Terengganu terutama penduduk Dungun dan Marang

Kehadiran Muhyiddin penuh makna

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Jika Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak memilih Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk berhari raya bersama rakyat jelata barubaru ini, Timbalannya Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin pula memilih Marang dan Dungun, Terengganu untuk tujuan tersebut pada 20 September 2011. lihat ms-3

TAN SRI HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan menyifatkan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd.Yassin ke Dungun dan Marang, berhari raya dan bertemu rakyat akan memperkukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan, khsususnya di peringkat negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar.

MB berkongsi duka anak pejuang Bukit Kepong Oleh: Fauzi Mohd

Azlas Jaafar (dua dari kiri) menceritakan semula kisah Tragedi Bukit Kepong seperti yang diberitahu oleh arwah ibunya kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengenai pejuangan ayahnya, Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan yang terbunuh dalam tragedi itu bagi mempertahankan negara dari kekejaman komunis. Turut hadir menjenguk anak kepada pejuang negara itu, To’ Puan Seri Norliza Mahmud di Kampung Perpindahan Cendering, Kuala Terengganu. (Berita lanjut di ms-6)

“Penghinaan itu bukan penghinaan biasa”. Itulah ungkapan sedih anak kepada Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan yang terbunuh dalam Tragedi Bukit Kepong, Azlas Jaafar, 62 tahun. Bagi Azlas, dia mengaku tidak pandai untuk bermain kata dan tiada tutur ‘tajam’ yang mampu dia ungkapkan bagi menyentap keceluparan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap bapanya. “Anak mana yang tidak terguris apabila ayahnya dihina sebegitu rupa. Kakak tidak sedih jika orang tidak mahu panggil ayah kakak sebagai hero. Tapi, kakak cukup terluka, jika ada orang tergamak berkata komunis adalah hero. “Sejak kecil, kakak diberitahu oleh arwah ibu, ayah mati ditembak komunis dan dia adalah seorang pejuang yang mempertahankan negara daripada kekejaman komunis,” kata anak tunggal itu.


2

15-31 Ogos 2011

Keluaran Khas

ANALISIS

Kehadiran ramai bukti Ahmad Said popular di sisi rakyat Kehadiran begitu ramai pengunjung ke rumah terbuka yang diadakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di kediamannya di Kijal Kemaman dan sebelumnya di kediaman rasmi di Kuala Terengganu jelas menampakkan betapa ‘popularnya’ beliau di sisi rakyat. Mungkin pendekatan Dato’ Seri Haji Ahmad yang bersahaja dengan rakyat dan tidak terlalu ‘protokol’ menyebabkan rakyat begitu senang berdepan dengan beliau dan sebenarnya itulah yang pernah disarankan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri yang memperkenalkan konsep “Juara Rakyat’ pernah meminta supaya pemimpin sentiasa turun padang menemui rakyat tanpa terlalu protokol, sebaliknya menghayati dan merasai denyut nadi kehidupan rakyat. Dato’ Seri Haji Ahmad sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, meletakkan dasar rakyat adalah keutamaan, lalu memperkenalkan pendekatan dan konsep ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, MPPNT. Itulah menunjukkan apa yang ada dalam diri beliau kerana beliau seorang yang berasal dari keluarga petani di Teluk Kalong, Kijal Kemaman amat memahami sanubari dan denyut nadi rakyat . Melalui konsep 5M yang diperkenalkannya, beliau meminta supaya pegawai kerajaan menghayati, menjiwai dan menghalusi , selain melaksana dan memantau setiap projek pembangunan untuk memastikan rakyat dapat menikmat sebenar-benarnya pembangunan yang dijalankan. Oleh kerana Dato’ Seri Haji Ahmad begitu prihatin dan cakna rakyat, maka balasannya ialah rakyat juga amat prihatin dan cakna kepada kerajaan dan kepemimpinannya yang terbukti melalui kehadiran yang begitu rakyat ke majlis-majlis yang dianjurkan. Angka melebihi 20,,000 orang yang hadir ke rumah terbuka Dato’ Seri Haji Ahmad di Kijal semalam dan pada hari raya pertama melebihi 30,000 orang di kediaman rasminya adalah suatu angka yang amat besar, apatah lagi ia berlangsung secara ‘bersahaja’ tanpa jemputan dibuat. Rakyat berasa terbuka hati di hari mulia untuk menemui seorang pemimpin yang berjiwa mulia yang sentiasa memikirkan kebajikan dan kesenangan untuk rakyat. Semoga pendekatan merakyat yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad dan isteri To’Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dicontohi para pimpinan kerajaan yang lain. Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Fauzi Mohd, Hj. Mohamad Ishak (Besut), Hazwan Rosli (Dungun), Mastura Jamaluddin (Hulu Terengganu), Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Konstabel Jaafar Hassan pertahankan Bukit Kepong Kita berasa terpanggil untuk mengetahui dan menghayati Peristiwa Bukit Kepong, yang merupakan suatu peristiwa kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat, selepas Perang Dunia II, 61 tahun lalu. Salah seorang anggota polis yang terbunuh dalam peristiwa itu, konstabel Jaafar Hassan. Beliau adalah ‘anak Terengganu’! Dalam kejadian tersebut Balai Polis Bukit Kepong di pinggir Sungai Muar, Johor diserang segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Kejadian itu bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragis dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika serangan ke atas balai tersebut diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya dan juga isteri dan anak-anak anggota tinggal diberek kelamin di belakang balai. Ini termasuklah konstabel Jaafar Hassan, seorang ang-

gota polis yang berasal dari Jalan Tok Lam Terengganu. Komunis dipercayai diketuai Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk. Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi. Apabila Konstabel Jaafar Hassan (anggota polis yang berasal di Tok Lam Terengganu itu) mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, demi agama, bangsa dan tanah air, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang ditahan turut berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. Sekitar pukul 5.00 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan’ Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis, akibatnya dua wanita dan anak-anak mereka terbakar. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis berkenaan. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan

Anak Terengganu yang gugur angkara kekejaman komunis demi mempertahankan negara tercinta. kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar . 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Kadang-kadang kita tidak pernah fikir ada juga orang Melayu menyokong pengganas komunis, bahkan mengetuai serangan kepada polis dan orang Melayu itu sendiri, seperti Muhammad Indera. Walaupun Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu menyifatkan Muhammad Indera dan kumpulan komunis yang dipimpin Muhammad Indera menyerang Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemardekaan, tetapi amatlah sukar diterima. Lantaran itulah, ramai pihak bangkit menentang pihak yang meletakkan petualang sebagai pejuang dan pejuang sebagai petualang bangsa. Sanggupkah kita orang Terengganu mengatakan konstabel Hassan anak Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu itu yang dibunuh komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai petualang dan komunis yang diketuai Muhamad Indera sebagai pejuang?


Keluaran Khas

15-31 Ogos 2011

3

Daerah Dungun dan Marang menjadi pilihan lawatan rasmi TPM dari ms-1

Sudah tentu harapan Perdana Menteri di Permatang Pauh juga sama dengan harapan Timbalannya di Marang, terutama dalam usaha memperkukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Tan Sri Muhyiddin dijangka mengadakan perjumpaan dengan kepemimpinan masyarakat dan pegawai kanan kerajaan di Dungun dan berhari raya bersama rakyat di daerah itu pada 20 September 2011.

Di sebelah petangnya pula Timbalan Perdana Menteri dijangka merasmikan Pasar Baru Kedai Buloh, Marang dan berhari raya bersama rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Selepas itu beliau dijangka menemui imam,bilal, guru agama dan pendokong perjuangan ke arah memartabatkan Agama Islam Yang Maha Suci bertempat di Sekolah Menengah Agama Imtiaz, sebelum berlepas pulang semula ke Kuala Lumpur. Sudah tentu kehadiran beliau itu mempunyai mesej

penting, terutama kepada pengundi-pengundi di Marang supaya mengembalikan Parlimen itu kepada BN serta mengembalikan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mahupun Rhu Rendang ke pangkuan BN. Oleh itu ia merupakan suatu cabaran kepada kepemimpinan Marang serta para pendokong Umno dan BN bagi mencapai hasrat tersebut. Sudah tentu ia memerlukan keyakinan yang tinggi dan usaha yang gigih serta perpaduan yang mantap.

Tan Sri Muhyiddin berpengalaman luas Tan Sri Muhyiddin merupakan pemimpin berpengalaman luas, baik di bidang pentadbiran mahupun politik, memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Johor dan Penolong Pegawai Daerah Muar, tahun 1974. Beliau dipilih menjadi wakil rakyat Parlimen Pagoh pada pilihan raya 1978. Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia

pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Selepas pilihan raya umum 1982 (PRU 7) dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang maju di Malaysia. Menjadi Menteri Belia dan Sukan pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik Menteri Perda-

gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pada Januari 2004, beliau mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ayahanda Timbalan Perdana Menteri merupakan seorang ulama terkenal di Johor suatu waktu dulu, iaitu Tuan Guru Muhammad Yassin.

Pembinaan Pasar Kedai Buloh tanda prihatin kerajaan Oleh: Suriati Ali

Pembinaan Pasar Kedai Buloh yang bernilai RM9.3 juta di kawasan seluas 1.5 hektar menggambarkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat dan masalah peniaga. Pasar moden yang dibina bagi menggantikan pasar lama yang uzur dan terletak hanya 15 meter dari jalan utama Kampung Buloh itu sememangnya melegakan semua pihak, terutama peniaga dan pengguna jalan raya. Peniaga yang sebelum ini terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas, risiko kemalangan dan menghidu asap serta debu kenderaan ketika berniaga melahirkan kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kerana menyediakan kemudahan itu. Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Encik Zulkifli Hassan berkata, projek pembinaan pasar itu yang dimulakan pada 25 Jun 2007 agak lewat disiapkan daripada jadual asal. Katanya, masalah itu disebabkan beberapa faktor teknikal yang tidak dapat

Pasar baru Kedai Buloh yang lebih moden dan canggih akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin.

dielakkan, termasuk kenaikan harga bahan mentah. “Hasil daripada perbincangan dengan semua pihak dan menerima peruntukan tambahan, ianya dapat disiapkan sepenuhnya pertengahan tahun ini,” katanya ketika dihubungi Teganukita, barubaru ini. Pasar tersebut mempunyai 16 unit kedai makan; gerai kering, buah-buahan dan sayuran (128 unit); gerai basah (44 unit) dan lot kedai pelbagai barangan niaga disediakan 18 unit. “Seramai 80 peniaga di pasar lama secara automatik akan memiliki ruang niaga berkenaan manakala selebihnya akan dibuka kepada peniaga baru,” katanya.

Peniaga hargai pemberian kerajaan Peniaga Pasar Kedai Buloh di pasar baru bermula pertengahan Ogos lalu bukan saja menyatakan rasa syukur malah sentiasa mengukir senyuman tanda puas hati dengan kemudahan yang disediakan kerajaan. Peniaga kuih, Ramlah Jusoh, 48, berkata tiada apa yang dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan pasar yang selesa dan moden berbanding tempat lain. Katanya, kemudahan seumpama ini sudah lama dinantikan peniaga berikutan pasar lama kurang se-

lesa dan sempit. “Saya akan manfaat sepenuhnya kemudahan ini dengan berusaha lebih bersungguh-sungguh mempromosi makanan tradi-sional Terengganu kepada pelanggan tempatan dan luar,” katanya. Penjual Ikan, Ismail Mamat, 40, berkata dia selesa berniaga di pasar baru itu kerana susun atur lebih tersusun serta bersistematik berbanding pasar lama. “Pemandangan sekitarnya juga cukup menarik kerana jauh dari kesesakan lalu lintas,” katanya. Pembeli dari Marang,

Wan Mohd Din Wan Salleh, berkata Pasar Kedai Buloh menjadi lokasi `wajib’ singgah baginya jika melalui kawasan itu. “Pasar ini cukup istimewa berikutan pelbagai barangan disediakan termasuk makanan tradisional yang sukar diperoleh iaitu kuih `lok lik’ dan jering rebus. “Saya bangga dengan kemudahan ini kerana bukan saja mudah bagi setiap pelanggan mencari kawasan tempat letak kenderaan malah memberi keselesaan kepada kami sebagai pembeli mendapatkan barangan keperluan,” katanya.

RAMLAH JUSOH

ISMAIL MAMAT


4

15-31 Ogos 2011

Sekitar Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu

Rakyat berpusu-pusu ke Seri Iman dan Oleh: Kamarudin Mat Akib Seperti kelazimannya, Seri Iman yang menjadi kediaman rasmi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan keluarga, terus menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk meraikan Aidilfitri sambil menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada pemimpin kesayangan mereka. Sambutan Hari Lebaran tahun ini yang kebetulan disambut serentak dengan Hari Kebangsaan (tarikh 31 Ogos jatuh pada Hari Raya Kedua), menjadi lebih meriah apabila pelbagai lapisan masyarakat turut sama meraikannya, sesuai dengan semangat 1Malaysia yang dicanangkan Perdana Menteri, Dato’ Sri

Mohd Najib Tun Abdul Razak. Justeru, tidak hairanlah jika ribuan pengunjung berbilang bangsa ‘menyerbu’ Rumah Terbuka YAB Menteri Besar pada 1 Syawal, di mana ada antara mereka datang bersama keluarga masing-masing seawal jam 8 pagi, walaupun secara rasminya ia bermula jam 10 pagi. Sebaik saja selesai menunaikan rutin di pagi Syawal iaitu menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang dan mengiringi Ahli-Ahli Perwakilan Raja ke Makam Diraja, Dato’ Seri Haji Ahmad, pulang ke Seri Iman, bagi menyambut para tetamu yang sudah mula memenuhi perkarangan kediaman beliau.

Beliau yang segak mengenakan Baju Melayu berwarna cok muda, sedondon dengan Isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmu mula bersalam-salaman dengan tetamu yang terdiri daripa pelbagai bangsa dan peringkat umur, sambil menjemput mere menjamu selera dengan bermacam-macam juadah dan menu timewa. Semangat 1Malaysia nyata terpancar di wajah setiap pengu jung, yang bertali arus dari pagi hingga ke lewat petang, ba meraikan dan memeriahkan sambutan Aidilftri tahun ini. Pengunjung disajikan dengan bermacam-macam juadah timewa dan makanan tradisional seperti lemang, ketupat d rendang, sate, rojak kateh, nasi dagang, tapai pulut, agar-agar d


15-31 Ogos 2011

5

n Teluk Kalong

klat ud, ada eka is-

unagi

isdan dan

kuih-muih. Sementara itu, kemeriahan itu terus terpancar apabila lebih 10,000 pengunjung berbilang bangsa hadir ke rumah terbuka Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong, Kemaman pada 10 September lalu. Biarpun acara rumah terbuka untuk orang ramai bermula pada pukul 10 pagi, tetapi pengunjung telah mula tiba sejak pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil peluang untuk bersalaman dengan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud. Semangat kekeluargaan nyata terpancar di wajah setiap pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat yang sama-sama hadir untuk meraikan dan memeriahkan sambutan itu.

Menteri Besar dan isteri memotong kek sebagai tanda gimik sambutan Aidilfitri bersama perantau di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.

Perantau dirai di Aidilfitri Oleh: Esah Abdullah Sudah menjadi tradisi kerajaan negeri meraikan kepulangan anak Terengganu yang berada di rantau, menyambut Aidilfitri di kampung halaman mereka. Sempena hari lebaran itu juga pemimpin kerajaan, khususnya Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, hadir pada Majlis Aidilfitri Bersama Perantau, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, pada hari raya kedua. Kehadiran perantau begitu bermakna apabila mereka disambut dan dilayan mesra oleh pemimpin nombor satu negeri dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud beserta anak-anak yang berjalan dari meja ke meja sambil berjabat tangan dan mengucapkan salam hari raya. Tetamu yang datang bertali arus dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk ketupat, lemang dan rendang, nasi minyak, nasi beriyani, nasi dagang, satey serta puluhan juadah tradi-sional lain. Antaraa kuih tradisional popular negeri ini yang menjadi juadah istimewa termasuk rojak kateh, tapai pulut, keropok lekor, laksa Terengganu, laksa penang, tart telur dan urat jati, yang sangat jarang ditemui. Ketika bergembira merayakan hari kemenangan bagi umat Islam, warga emas dan kanak-kanak tidak dilupakan dan me-reka menerima pemberian duit raya daripada Menteri Besar dan isteri.

Pemimpin lain yang turut hadir meraikan perantau ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda beserta isteri masing-masing. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan tidak ketinggalan beramah mesra serta bertanya khabar yang diselangi gelak ketawa. Sementara itu, Dato’ Haji Ahmad tidak melepaskan peluang menguar-uarkan bahawa kerajaan komited melaksanakan pelbagai perubahan dan pembangunan semata-mata ingin melihat Terengganu lebih maju setanding dengan negara luar. Katanya, apabila Terengganu maju sekaligus mampu menarik minat puluhan pelabur, keadaan bukan saja memberi limpahan rezeki kepada negeri malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. “Dulu penduduk negeri ini seakan segan ingin mengaku bahawa dirinya orang Terengganu bermungkinan tidak banyak perubahan yang berlaku. Kini mereka bangga kerana ramai rakyat negeri ini mencipta nama di persada antarabangsa. “Bidang pendidikan dan sukan turut membuka mata pihak luar dengan mengambil modul bidang itu untuk dipratikkan di negeri masing-masing,” katanya.

Perantau disajikan dengan juadah tradisional Terengganu seperti keropok lekor, laksa, nasi dagang dan sebagainya.


6

15-31 Ogos 2011

Keluaran Khas

`Ayah saya mati ditembak komunis’

Marang meniti pembangunan

dari ms-1

Oleh: Fauzi Mohd

Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud mengunjungi Azlas di Kampung Perpindahan, Cendering baru-baru ini. Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila menganggap pengganas komunis dalam tragedi di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar. Menurut Azlas, bapanya terkorban akibat ditembak komunis semasa usianya baru setahun, seperti diceritakan arwah ibunya, Seri Ahmad sebelum meninggal dunia pada 1993. “Biarpun arwah ayah hanya ditembak, tapi ada anggota polis lain dibunuh kejam, dibakar dan dikerat-kerat. Kakak tidak boleh terima jika komunis dianggap hero.

Tahun 1987, Marang pernah menjadi tumpuan pendulang emas ketika berita penemuan logam berharga di Lubuk Mandi tersebar. Bagaimanapun, ‘gila emas’ tidak bertahan lama apabila kawasan berbukit seluas 180 hektar yang menjadi simbol kekayaan orang Marang terpaksa ditutup pada tahun 1989 berikutan peristiwa puluhan pelombong mati tertimbus. Detik hitam yang penuh pengajaran dalam usaha kerajaan negeri dan pihak bertanggungjawab menyediakan peluang ekonomi kepada rakyatnya. Bagaimanapun, keadaan itu tidak berpanjangan kerana beberapa tahun sebelum ini, kerajaan telah memberi tumpuan bagi mengubah Marang menjadi pusat ekonomi dan tumpuan ramai, selain mengekalkan keindahan semulajadi sebagai aset pelancongan bernilai. Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata, melalui Rancangan Tempatan Daerah Marang 2010 hingga 2020, beberapa kawasan seperti Bukit Kor, Bukit Payong, Wakaf Tapai dan Alor Limbat bakal menerima kesan pembangunan secara berperingkat. Dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta katanya, lebih banyak kawasan akan dibuka bagi mewujudkan penempatan baru seperti Bukit Kor yang akan dijadikan hab pengajian tinggi bagi. “Selain kampus Kolej TESDEC dan Universiti UCSI yang sudah bertapak, pihak kami turut membuat kelulusan tanah bagi pembinaan kampus cawangan atau pusat penyelidikan kepada Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan

“Biarpun arwah ayah hanya ditembak, tapi ada anggota polis lain dibunuh kejam, dibakar dan dikerat-kerat. Kakak tidak boleh terima jika komunis dianggap hero”. “Ibu yang melahirkan adik kakak selepas peristiwa itu cukup terkejut dengan kematian ayah. Tiga tahun ibu dirawat di hospital di Johor akibat tekanan perasaan. Adik kakak meninggal dunia semasa bayi lagi,” ceritanya. Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad berkata, Mat Sabu dilihat terlalu taksub dengan pendapat diri sendiri sehingga sanggup memuliakan pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. “Mat Sabu mahu tonjolkan dirinya sebagai seorang yang tahu dan pandai serba serbi. Pada dia, individu yang pernah berkhidmat dan bekerja dengan British tidak layak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. “Dia perlu ingat, siapa yang meluluskan penubuhan Pas kalau tidak British. Komunis membunuh banyak nyawa kerana mempunyai agenda menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis,” katanya.

Penduduk Marang mula rasai perubahan

Pegawai Daerah Marang, A. Rahman ketika ditemubual oleh wartawan Teganukita.

Zainal Abidin dan Kolej SAFA. “Dengan adanya taman industri milik Mara di situ, hasrat untuk melihat wujudnya bandar baru di Bukit Kor menjadi realiti,” katanya kepada Teganukita. Kata A. Rahman, berbeza di daerah lain, pembangunan di pekan kecil seperti Bukit Payong dan Wakaf Tapai lebih rancak berbanding Bandar Marang berikutan kepadatan penduduk di kawasan itu lebih tinggi. Menurutnya, ia faktor seperti kesan pembinaan susur masuk ke Lebuh Raya Pantai Timur fasa II dan Bukit Payong menjadi kawasan perumahan kepada sebahagian penduduk yang bekerja di daerah Kuala Terengganu. Di Wakaf Tapai katanya, kewujudan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, Pusat Latihan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) turut memberi impak perkembangan ekonomi. “Walaupun Marang kini menjadi tumpuan projek pembangunan

setelah Daerah Kuala Terengganu yang duduk berjiran tidak mampu menampung pertambahan itu, bagi kita pembangunan yang ada untuk dinikmati, bukan untuk dilihat. “Sebab itulah dalam kita merencanakan program untuk rakyat, biarlah rakyat dan penduduk daerah ini merasai nikmat pembangunan yang dibawa kerajaan,” katanya. Tambah A.Rahman, dalam kerancakkan itu, Bandar Marang akan kekal sebagai pusat pentadbiran daerah dengan nilai estetika perkampungan nelayan yang masih bertahan serta pintu masuk pelancong ke Pulau Kapas. “Pembinaan Pejabat Agama Daerah dan pembukaan Institusi Latihan Perindustrian Marang di Bukit Parit, kira-kira lapan kilometer dari Bandar Marang pada awal tahun depan turut menyumbang kepada kerancakan pembangunan Marang. “Untuk itu juga, peruntukan sebanyak RM4 juta akan dibelanjakan bagi menaik taraf Marang Waterfront dan Pulau Kekabu di muara Sungai Marang.” ujarnya.

Bandar Marang menjadi tumpuan projek pembangunan dengan perancangan rapi kerajaan negeri untuk menjadikan daerah itu pusat pelancongan.

Dato’ yahya khatib

Penduduk Marang termasuk mereka yang tinggal kawasan kubu pembangkang mula merasai perubahan ketara berikutan mendapat limpahan pembangunan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Pengkalan Berangan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, berkata suatu ketika dulu daerah Marang seakan terpinggir dengan arus pembangunanberbanding daerah lain. Katanya, menyedari hakikat itu, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional mengambil pendekatan dengan membina pelbagai pembangunan dan infrastruktur semata-mata ingin memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat. “Ini termasuk membina Pejabat Agama Daerah Marang yang kini sudah 90 peratus siap; pembesaran jalan Bukit Payung ke Ajil daripada dua lorong kepada empat lorong yang sedang rancak dibina. “Pejabat kem Pasukan Simpanan Persekutuan, di Wakaf Tapai; Bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Marang sudah mula operasi pertengahan tahun ini,” katanya. Sekolah Menengah Imtiaz Marang dengan anggaran kos RM50 juta; Jalan Bukit Kor ke Gong Nangka, Marang dan Jalan Kubu Marang ke Felda Chadu, Bukit Bading, Ajil masing-masing sejauh 10 kilometer bakal dibina selepas mendapat kelulusan pihak berkaitan.


Keluaran Khas

7

Bermula dari bawah rumpun buluh

Oleh: Fauzi Mohd

Jalur sejarah kewujudannya telah bermula begitu lama. Sama ada disedari atau tidak, belikat penjual dan pembeli di kampung itu sudah ‘bernafas’ sejak lebih 100 tahun yang lalu. Tatkala pasar kecil lain seperti Tepuh, Jeram dan Bukit Datu tinggal atap dan tiang usang, Pasar Kedai Buluh yang kadang kala dikatakan ‘hidup segan mati tak mahu’ terus bertahan hingga hari ini. Menjengah ke pasar lama yang usianya lebih setengah abad itu, rekahan lantai simen dan sinaran matahari mencelah bumbung yang berlubang cukup menggambarkan suasana sebegitu sebenarnya menjadi kekuatan kepada identiti pasar lama berkenaan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedai Buluh, Mohd. Nor Omar, 70, sebelum pasar uzur itu menjadi tumpuan, beberapa kedai dan bangsal yang dibina dengan buluh, batang nibong dan atap nipah menjadi tempat penduduk mencari rezeki. Katanya, di bawah rimbunan rumpun buluh yang tumbuh meliar di sekitar kampung berkenaan satu ke-

15-31 Ogos 2011

MOHD NOR OMAR

tika dulu, teduhan itu menjadi tempat peniaga bertemu pelanggan dan pelbagai jenis barang keperluan termasuk kuih-muih tradisional orang Terengganu. “Bukan saja ayah dan emak pak cik yang bercerita mengenai perkara ini, malah datuk pak cik turut memberitahu mengenai perkara yang sama. Itulah asal usul Kedai Buluh yang terletak kira-kira 200 meter dari pasar baru ini. “Ini adalah pasar turun temurun kerana kebanyakkan mereka di sini mewarisi perniagaan daripada ibu atau bapa mereka. Kalau ditanya, kebanyakkan yang berniaga di sini sejak dari kecil lagi dengan membantu orang tua mereka,” katanya ketika ditemui wartawan Teganukita baru-baru ini. Tambah Mohd. Nor, pasar yang terletak berdekatan simpang tiga dari Bukit Payong, Kampung Tok Dir dan

Pasar lama Kedai Buloh menyimpan seribu kenangan sejak turun temurun bakal dicatatkan dalam lembaran sejarah apabila sebuah sebuah pasar baru yang kini sudah beroperasi bakal merancakkan lagi urursan jual beli dengan keadaan yang lebih selesa.

Kampung Bukit itu menjadi buah mulut dengan makanan tradisi orang Terengganu seperti nasi dagang, tapai ubi dan laksam. Pernah satu ketika dulu katanya, Kedai Buluh cukup meriah dengan persembahan kebudayaan dan permainan tradisi orang tempatan seperti

Rodat, Makyong, persembahan silat serta Tarian Menora. “Waktu siang sibuk dengan aktiviti jual beli, manakala sebelah malam peniaga berehat sambil dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik khususnya pada hujung minggu. Ada persembahan dari Siam (Thailand)

berkampung di sini selama sebulan pada setiap tahun. “Pak cik pernah menonton wayang pacak ‘hitam putih’ di hadapan pasar ini. Nak masuk bayar 30 sen, orang dewasa bayar 50 sen. Orang dulu dah panggil panggung wayang kalau macam ini walaupun hanya berpagar daun

nyior (kelapa),” ceritanya sambil ketawa kecil. Katanya, nostalgia itu berlalu begitu cepat dan Pasar Kedai Buluh yang pernah dikatakan bakal ‘mati’ sudah berganti dengan pembinaan kompleks niaga baru bernilai RM9.3 juta oleh Kerajaan negeri.

Pasar Kedai Buloh tempat `longgokan’ kuih tradisional Terengganu Sebut saja nama Kedai Buloh, akan terbayanglah keenakan kuih-kuih tradisional hasil tangan penduduk sekitar yang sesetengahnya memang tidak ada di pasar-pasar lain di bandar ini. Kuih lok lik, tapai, bingka dan puli diperbuat daripada ubi kayu antara berpuluhpuuh jenis kuih, menjadi pilihan pengunjung dan sedia dijual di pasar Kedai Buloh sejak turun temurun lagi. Dalam tinjauan penulis Teganukita ke pasar berkenaan, tidak kurang 10 gerai yang menjual pelbagai juadah kuih-muih dan makanan tradisional Terengganu terdapat di pasar itu di samping gerai buah, ikan dan sayuran.

SAADIAH ISMAIL Nak makan laksam, laksa, asam gupal, rojak katih, koleh kacang, putu mayang, lepat ubi dan pisang - semua jenis kuih-muih tradisionl Terengganu itu ada dijual di Pasar Kedai Buloh dengan harga yang murah berbanding di tempat lain.

AKMAL ABDULLAH

Nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang memang tidak pernah ketinggalan begitu juga laksam, laksa, asam gupal, rojak katih, koleh kacang, putu mayang, lepat ubi dan pisang dengan jumlah kesemuanya lebih 40 jenis yang sempat dibilang.

Bayangkan kebanyakan kuih dapat dibeli dengan harga RM1 sebungkus berbanding di bandar antara RM1.50 hingga RM2. Puan Saadiah Ismail, 50, dari Kampung Kedai Buloh sudah 15 tahun menjual pelbagai kuih yang diwarisi dari-

pada ibunya yang berniaga di tapak pasar lama. Bila ditanya kenapa dijual dengan harga murah sedangkan semua harga barang sekarang naik harga, beliau sudah berpuas hati jika kuihnya habis terjual serta dapat untung sikit daripada barang

tidak habis. Puan Akma Abdullah, 42, juga sependapat dengan Saadiah, harga kuih-muih yang dijual bersesuaian dengan kuasa membeli pengunjung ke sini yang kebanyakannya terdiri masyarakat sekitar dan juga orang luar.


8

15-31 Ogos 2011

Keluaran Khas

Marang dan Dungun sama membangun Oleh: Fauzi Mohd

Dulunya, Marang sinonim dengan tempat berlabuhnya botbot kecil, nelayan senyum gembira bersama hasil tangkapan dan tepian pantainya kelihatan wanita sedang tekun bersama jemuran ikan kering dan bilis. Kini Marang kian maju, meninggalkan jauh zaman silam yang sering dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan. Malah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pernah memberi jaminan bahawa daerah itu akan tetap dijaga seperti ‘anak kandung’ walaupun kawasan Parlimennya menjadi kubu pembangkang sejak sekian lama. Segala kemajuan yang dicapai kini adalah berkat kegigihan pe-

mimpin Barisan Nasional (BN) yang bekerja keras memajukan daerah Marang. Bandar Marang, yang dahulunya sering dianggap sebagai bandar mati atau bandar koboi, kini sudah berubah wajah, di mana sesetengah projek tidak pernah diimpikan sesiapa sebelum ini. Masjid Sultanah Nur Zahirah yang terletak di tengah-tengah bandar, tersergam indah menjadi mercu tanda Bandar Marang. Bandar Marang pula bakal bertambah ceria dengan perancangan kerajaan negeri untuk menaiktaraf Marang Waterfront rmulai akhir tahun ini dengan peruntukan RM4 juta bagi memberi suntikan baru kepada Taman Awam Bandar Marang, Sungai Marang, Pulau Kekabu serta jeti ke Pulau Kapas.

Selain itu, Marang yang terletak kira-kira 6.5 kilometer dari Pulau Kapas tidak terlepas daripada menjadi lokasi penganjuran acara bertaraf dunia seperti Kapas-Marang International Swimathon sejak tahun 1996. Manakala di daerah Dungun, berita kerajaan negeri mahu memajukan semula lombong di Bukit Besi bagaikan menyentak semula kenangan mereka yang pernah hidup di sana pada awal tahun 60-an hingga 70-an. Apabila siapnya Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II pada tahun depan, sudah tentu Bukit Besi akan bersinar kembali sebagai kawasan industri yang ‘mahal’ serta destinasi pelancongan berharga apabila Jabatan Muzium diminta mewartakan kawasan itu sebagai

monumen sejarah. Di bawah rancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kerajaan negeri meluluskan seluas kira-kira 400 hektar di Pasir Raja untuk tanaman herba, sekaligus merancakkan pembangunan di kawasan Hulu Dungun. Setelah daerah itu dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Dungun bermula Januari 2008, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM4.2 juta bagi projek membaiki dan memperbesarkan jalan di beberapa kawasan di daerah itu. Selain itu, peruntukan RM10

juta daripada kerajaan pusat turut disediakan untuk daerah itu bagi projek menggali Sungai Dungun dalam usaha mencegah hakisan pantai, khususnya Pantai Teluk Lipat.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.