teganukita 44 (keluaran khas)

Page 1

MENARIK DI DALAM ISSN 2180-4737

Budaya Terengganu dekat di hati

Produk Terengganu jadi tarikan

ms 2

Bil: 44

ms 3

Serikandi puas hati - To’ Puan Sabariah

ms 8

1-15 Julai 2011 - http://teganukita.blogspot.com

terkini

cepat

tepat

PTIWRBNM 2011 LANCAR Oleh: Aida Abd Rahman Gambar oleh Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyifatkan penganjuran Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 mencapai matlamat terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN seluruh negara. “Ini termasuklah isteri wakil rakyat BN di bawah kerajaan `hok sana’, namun semangat mereka juga tidak pernah luntur dan sanggup menyertai PTIWRBNM dalam acara badminton, boling dan juga kebudayaan atas nama semangat setiakawan dan hubungan silaturrahim. “Tahniah dan syabas saya ucapkan dan diharapkan semangat sedemikian diteruskan supaya negeri `hok sana’ itu dapat dapat ditawan semula,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sentuhan Songket sempena penutup PTIWRBNM 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. lihat ms-2

CAPAI MATLAMAT


2

1-15 Julai 2011

Solat hajat mohon kelancaran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan pegawai kanan kerajaan mengadakan solat hajat dan tahlil bagi memohon kepada A l l a h s.w.t agar Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 yang berlangsung di Terengganu selama tiga hari mulai 7 Julai lalu, berjalan lancar. Majlis tersebut yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Terengganu, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz, diadakan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan kerajaan. Majlis berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Surah Yaasin dan tahlil dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

Budaya Terengganu dekat di hati Oleh: Aida Abd Rahman

Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berharap Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mampu mendekatkan lagi semua peserta kepada keunikan budaya dan tradisi yang ada di Terengganu. “Sepanjang program tahunan ini berlangsung, para peserta boleh melihat sendiri suntikan pelbagai elemen kesenian Terengganu. Adalah menjadi harapan kami untuk memperkenalkan keindahan seni warisan budaya negeri kepada semua peserta terutamanya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu. “Sememangnya menjadi tuan rumah untuk penganjuran program yang sebegini besar bukannya suatu tugas yang mudah,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Program Tahunan Is-

Menteri Besar Terengganu menekan butang merasmikan Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 dengan jayanya sambil dperhatikan Yang Dipertua Bakti serta Yang Dipertua Serikandi. Manakala (gambar kanan), To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

teri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau turut bersyukur kerana mendapat kerjasama padu dari kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, selain sokongan penuh sua-

mi masing-masing. Katanya, tidak dinafikan selaku penganjur, Serikandi merasa bimbang jika segala kelengkapan serta kemudahan yang disediakan terdapat kekurangan. Bagaimanapun, pihaknya cuba melakukan persiapan sebaik mungkin untuk keselesaan semua kontinjen. “Selama berada di sini, semoga semua peserta akan berpuas hati

dengan layanan dan persiapan yang telah kami sediakan sepanjang penganjuran program tahunan ini berlangsung,” katanya. Menurutnya, penganjuran program yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah di kalangan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional pastinya tercapai jika

dilihat dari komitmen dan penyertaan oleh semua kontinjen pada hari ini. Beliau seterusnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah atas kepercayaan yang diberikan kepada Serikandi bagi menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Penganjuran bertambah baik - Datin Paduka Seri Rosmah “Negeri cantik, budaya menarik, orang-orangnya baik dan makanannya pun terbaik”

dari ms-1

Turut hadir, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri merangkap Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Hajah Noorainee Abd Rahman. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan

DATIN PADUKA SERI ROSMAH

Seri Hajah Norliza Mahmud serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bersama isteri masing-masing. Beliau berkata, kontinjen dari negeri pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor turut menunjukkan komitmen padu menghantar kontinjen

termasuk Selangor yang menghantar peserta paling ramai pada program kali ini. “Saya percaya sepanjang kejohanan ini berlangsung, pastinya ia bukan sahaja berlaku dalam suasana kesukanan malahan dipenuhi dengan semangat kekeluargaan dan keharmonian. Apa yang pasti, kemenangan sebenar ialah apabila kita mencapai permuafakatan dan perpaduan,” katanya. Katanya, sejak dua tahun lalu, prestasi PTIWRBNM meningkat dari tahun ke tahun bukan sahaja

dari tahap permainan peserta, malahan penganjurannya juga bertambah baik. Menurutnya, segala persiapan dijalankan dengan kemas, profesional dan teratur termasuk dalam aspek pengangkutan, makanan serta pegawai perhubungannya. “Terima kasih sekali lagi Serikandi dan Kerajaan Terengganu. Memang benar kata Menteri Besar, `negeri cantik, budaya menarik, orang-orangnya baik dan makanannya pun terbaik,” katanya.


1-15 Julai 2011

Oleh: Suriati Ali

Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 turut menjadi platform bagi mempromosikan pelbagai produk Terengganu secara dekat kepada peserta program itu. Peniaga yang bijak mempromosi produk masing-masing nyata dapat menarik minat pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada pelawat luar Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak. Pengusaha gerai yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI), Marang, Puan Rosmaini Mohd Jantan, berkata dia dan beberapa rakan niaga lain berasa cukup bertuah kerana diberi peluang berniaga di tapak program itu.

Produk Terengganu jadi tarikan

Puan Mahani (tiga dari kiri) tidak menang tangan melayan pelanggan memilih pelbagai bentuk dan jenis emas yang sememangnya mempunyai kuasa beli yang tinggi sepanjang program berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

3

“Saya mengambil peluang sepenuhnya untuk mempromosi barangan jualan seperti keropok, bahulu, dodol daun palas, kerepek pisang dan kerepek ubi kepada pelanggan,” katanya. Peniaga produk batik dan sutera, Cik Noraime Mohd, berkata program seperti ini sewajarnya diteruskan kerana dapat mempromosi pelbagai produk secara dekat kepada pelanggan. “Mereka tidak perlu pergi jauh dari lokasi kejohanan kerana semuanya boleh didapati di sini seperti pakaian sutera, kain batik dan makanan tradisional,” katanya. Pengusaha kedai emas, Puan Mahani Mohamed, berkata dia tidak akan melepaskan mempromosi barangan jualan kepada peserta yang sememangnya mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Peranan isteri ahli politik dan wakil rakyat

Barisan jawatankuasa Serikandi menunjukkan kehebatan mereka melalui persembahan Ulek Mayang menyerikan lagi PTIWRBNM 2011 di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Warna-warni di Malam Ulek Mayang Malam Ulek Mayang yang menjadi penyeri Program Tahunan Isteri WakilWakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman berlangsung dalam suasana penuh warna-warni. Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, menjadi tetamu kehormat acara tersebut. Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Hajah Norliza Mahmud dan barisan jawatankuasa Serikandi menunjukkan kehebatan mereka melalui persembahan tarian Ulek Mayang. Persembahan Ulek Mayang yang merupakan tarian tradisional negeri ini menarik perhatian peserta

“Ulek Mayang merupakan tarian tradisional negeri Terengganu.” dari luar Terengganu. Malam Ulek Mayang diadakan secara tertutup bagi meraikan 14 kontinjen dari seluruh negara yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, baru-baru ini. Pada malam berikutnya, mereka menyertai Malam Sentuhan Songket di Taman Tamadun Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Datin Paduka Seri Rosmah ketika berucap pada majlis pembukaan PTIWRBNM 2011 di Stadium Negeri di mana beliau mengingatkan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat memainkan peranan penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami.

Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengingatkan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat memainkan peranan sama penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami. “Ini adalah kerana bidang politik adalah sesuatu bidang yang sangat berlainan daripada profesion lain, tidak kiralah sama ada guru, doktor mahupun jurutera. “Apabila seseorang itu menjadi ahli politik, maka mereka akan dinilai dari pelbagai sudut dan salah satu yang kerap dinilai adalah peranan isteri. Itulah bezanya apabila berada di dalam bidang politik,” kata beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ketika berucap di Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-

Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Datin Paduka Seri Rosmah berkata, rakyat mahukan seorang wakil rakyat dan isteri menjadi wakil mereka yang positif serta berjiwa besar. Maka, jika si isteri tidak bersama-sama memainkan peranan, maka si suami pula akan menerima kesannya dan ini akan mengudang persepsi negatif dari masyarakat setempat. “Menyedari realiti perkembangan politik masa kini dan kematangan rakyat yang juga merupakan para pengundi dari itu, saya berpendapat para isteri wakil-wakil rakyat juga perlu memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan para suami bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Menurutnya, isteri wakil rakyat perlu mempunyai minda dan sikap yang terbuka serta menjalankan kewajipan membantu suami dengan penuh komitmen serta dedikasi dalam menjaga kawasan masingmasing. Katanya,semua isteri perlu rajin mengikut suami balik ke kawasan, menjenguk rakyat jelata dan meneruskan khidmat bakti di tempat masing-masing melalui pelbagai aktiviti berorientasikan rakyat. “Bulan Ramadan sudah hampir tiba, selalulah turun padang berbuka puasa bersama orang-orang kampung dan rakyat jelata. Baru di panggil ‘wakil rakyat berjiwa rakyat’. “Dengan demikian, barulah benar-benar menghayati aspirasi 1Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,” katanya.


4

1-15 Julai 2011

Penganjura

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Terengganu berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai tuan rumah Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 dengan baik dan sempurna. Program tiga hari itu yang bermula pada 7 Julai dan berakhir 9 Julai, berjalan lancar dan mendapat pujian para peserta yang terdiri daripada 14 pasukan dari seluruh negara. Justeru pelbagai pihak, termasuk Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, menyifatkan penganjuran program tahunan tersebut pada kali ini merupakan antara yang terbaik. Pada majlis penutup program itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Yang Dipertua Bakti itu melahirkan rasa bangganya kerana program kali ini mencapai matlamat, terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN dari seluruh negara. Kira-kira 650 peserta yang menyertai program itu mula ‘berkampung’ di Kuala Terengganu sejak 5 Julai. Sebahagian daripada peserta datang menaiki bas manakala yang lain menaiki pesawat dan mereka ditempatkan di


1-15 Julai 2011

an Terbaik beberapa hotel sekitar bandar ini. Majlis perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 7 Julai, di Stadium Negeri. Majlis tersebut dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen yang melibatkan para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan. Sebaik saja selesai majlis perasmian, pertandingan badminton dimulakan di Stadium Negeri manakala pada sebelah petang acara tenpin boling diadakan di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai. Pada sebelah malam hari kedua diadakan acara Malam Ulek Mayang di Wisma Darul Iman di mana para peserta menunjukkan kehebatan mereka dalam acara kebudayaan. Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada hari akhir program itu yang diadakan di Stadium Negeri. Manakala pada sebelah malam, acara Malam Sentuhan Songket yang merupakan majlis penutup program tersebut, disempurnakan Perdana Menteri di Taman Tamadun Islam.

5


6

1-15 Julai 2011

Ulek Mayang serta kehalusan songket tenun dan batik warnai keindahan Terengganu Oleh: Putera Pesisir Air

Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu dalam kesenian kerana kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Kini Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan dengan unsur khurafat dalam bacaan mentera, malah persembahan itu hanya berlangsung beberapa minit sahaja. Olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini. Ulek Mayang sering dipersembahkan pada majlis penutup program promosi termasuk di luar negara antaranya Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk unsur khurafat dihapuskan. Satu lagi kesenian yang popular di Terengganu ialah tarian rodat. Rodat adalah seni persembahan tarian dan nyanyian warisan

Kini Ulek Mayang menjadi identiti kesenian dan sering dipersembahkan pada sesuatu majlis bagi mempromosikan Terengganu kepada pelancong dalam dan luar negara termasuk dari Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contoh songket berharga RM15,000 yang ditempah pemimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan. Songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pembeli, manakala orang kenamaan yang mementingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket bernilai ribuan ringgit.

Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat : Pengarang : Penolong Pengarang 1: Penolong Pengarang 2: Wartawan : Jurufoto Pelatih Pengendali Blog

Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah : Azwa Shamsuddin dan Nor Ezieantie Ibrahim : Harun Hassan

Warisan kraf nenek moyang Terengganu iaitu songket menjadi pilihan setiap kali berkunjung ke negeri itu kerana kehalusan penghasilannya.

Terengganu. Seni persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yang sering dipersembahkan secara terbuka untuk majlis keraian atau pesta khususnya di luar bandar. Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlututduduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunan muzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin. Rodat dipercayai berasal daripada singkatan `Hadrat Baghdad’ yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrah atau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dari Timur

Tengah. Rodat sebenarnya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indonesia. Dikatakan pedagang dari Sambas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19. Pada sebelah malam anak kapal Sambas berkumpul sambil memukul rebana kecil dan menyanyi serta menari hingga larut malam. Dipercayai kampung yang mula-mula menerima seni rodat di Terengganu adalah Kampung Pasir Panjang dan Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu. Namun seni persembahan yang popular suatu ketika dulu kini semakin dilupai apabila hanya lima

kumpulan terdiri daripada warga emas yang masih membuat persembahan di Terengganu. Selain rodat, seni persembahan lain seperti nyanyian lagu rakyat, Ulek Mayang, gamelan, wayang kulit, teater dan tari turut mewarnai seni tradisional warisan bumi Terengganu. Selain kaya dengan kebudayan unik, Terengganu juga sinonim dengan penghasilan kraf seperti songket dan batik. Antara pengusaha songket yang mendapat tempat di hati peminat dari dalam dan luar negara ialah pemilik Terengganu Songket, Zainab @ Ngah Mamat, 65 yang beroperasi di rumahnya di Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Tokoh Kraf Negara 2002 itu mewarisi bakat membuat songket daripada arwah nenek dan ibunya serta mampu menghasilkan songket seawal usia 12 tahun. Zainab yang mempunyai 50 pekerja sambilan dan enam pekerja tetap gemar menghasilkan songket bermotifkan alam semula jadi seperti bunga, tumbuhan dan buahbuahan. Songket yang dijual berharga antara RM35 dan RM15,000 yang mempunyai tiga ukuran lebar iaitu dua meter, 2.25 meter dan 2.5 meter, manakala labuh sama ada 30 inci, 37 inci dan 42 inci. Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak, bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contoh songket berharga RM15,000 yang ditempah pemimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan. Songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pembeli, manakala orang kenamaan yang mementingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket bernilai ribuan ringgit. Batik juga mengalami perkembangan mengikut peredaran zaman dan cita rasa pemakainya. Jika dulu batik hanya terhad pada batik yang dicop atau dilukis tangan atas kain fuji atau kapas, namun sejak 1992, batik mengalami perubahan apabila kain sutera dari China menambah fabrik sedia ada.


1-15 Julai 2011

Oleh: Aida Abd Rahman

Meriah dan mempesonakan. Demikian suasana Malam Sentuhan Songket yang diserikan dengan pelbagai acara pentas di majlis kemuncak sempena penutup Program Tahunan Isteri WakilWakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 yang berakhir 9 Julai lalu. Majlis penutup yang berlangsung kira-kira tiga jam itu dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Selain persembahan nyanyian oleh dua penyanyi cilik dari Terengganu yang menambahkan kehangatan malam yang bertemakan tenunan songket, majlis turut diserikan dengan persembahan fesyen songket oleh 16 `model sambilan’ di kalangan anak-anak Serikandi termasuk dua anak perempuan Menteri Besar. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian hadiah dan trofi kemenangan bagi kejohanan tenpin boling dan badminton. Pasukan Bakisa (Sabah) yang diketuai Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin muncul johan selepas mengalahkan naib johan, pasukan Bakti yang diketuai Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan mata 4-1. Pasukan Bistari (Melaka) yang

7

Malam Sentuhan Songket penuh gemilang Negeri Terengganu dekat di hati Dari jauh kontinjen datang ke mari Kenangan bersama sentiasa diingati Akan dikenang saban hari Bermain bola di tengah padang Cuacanya panas bukan kepalang Kalau ada umur yang panjang Jumpa lagi di negeri Pahang

Majlis kemuncak `Malam Sentuhan Songket’ sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2001 meriah dan mempesonakan yang diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

menumpaskan Baiduri (Perak) dengan mata 3-2 meraih tempat ketiga. Sementara Pasukan Baiduri (Perak) muncul juara dalam pertandingan tenpin boling dengan jatuhan pin sebanyak 4,363, diikuti naib johan milik pasukan Ka-

sih (Selangor) (3,954 jatuhan pin) dan tempat ketiga pula dimenangi Bakti dengan 3,879 jatuhan pin. Datin Azizah Salleh dari pasukan Baiduri A (Perak) yang berjaya mencatat jatuhan pin terbanyak (200) muncul pemain yang mem-

buat jatuhan pin tertinggi. Pada penghujung majlis, beberapa ahli Serikandi turut menunjukkan bakat menyanyikan lagu rakyat bersama artis kebudayaan negeri. Sebelum itu, acara penyerahan

bendera kejohanan PTIWRBNM kepada Yang Dipertua Teratai, Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim selaku ketua kontinjen Pahang turut diadakan sebagai simbolik Pahang selaku hos program itu pada tahun depan.

Permata Koir Negara ke Vienna, Austria Program Permata Seni Negara mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih untuk menyertai `World Peace Choral Festival’ di Vienna, Austria, bermula dari 25 hingga 28 Julai ini. Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata penyertaan di festival itu merupakan julung kali buat anakanak kecil mengadakan persembahan di luar negara. “Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian anak Permata Seni Koir yang berjaya menyertai World Peace Choral Festival di Vienna,” katanya. Datin Paduka Seri Rosmah berkata, walaupan baru berusia setahun lima bulan, program Permata Seni Negara ternyata amat berkesan apabila bakat anak-anak yang diasuh di bawah program ini mula diiktiraf, bukan sahaja di dalam

negara, malah di luar negara. “Penyertaan ini satu pengiktirafan besar dan amat bermakna kepada keberkesanan program Permata Seni Koir. Seperti semua sedia maklum, Austria amat dikenali dengan kumpulan-kumpulan koirnya yang menjadi tanda aras bagi kumpulan koir seluruh dunia. “Bukan mudah untuk dipilih menyertai festival koir yang diadakan di negara berkenaan, namun menjadi sesuatu yang amat dibanggakan apabila Permata Seni Koir terpilih dari hampir 40 koir ternama dari seluruh dunia untuk menyertai World Peace Choral Festival 2011,” katanya. Ahli Permata Seni Koir yang akan menyertai Festival terdiri daripada 37 anak-anak yang berumur antara lapan hingga 11 tahun dan penyanyi Syafinaz Selamat selaku konduktor kumpulan. Sepuluh lagu akan dipersem-

bahkan merangkumi Anak Rusa Nani, Tepuk Amai-Amai, Buih Sabun dan Sepuluh Budak Hitam. Lagu-lagu Inggeris pula ialah Hush A Bye Mountain, One Song, When The Saint Go Marching In, Syncopated Clock, Firefly dan Furaha,” katanya. Katanya, persembahan akan diadakan di lokasi terkemuka seperti di City Hall Vienna, Kursalon, Augarte Palace, Schoenbrunn Palace, Grand Festival Hall Of The University Of Vienna, United Nations dan Golden Hall Of Musikverein. Selain itu, lima ahli Permata Seni Koir yang terpilih juga akan digandingkan dengan lima peserta dari setiap negara yang mengambil bahagian dalam persembahan gabungan termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Chekoslovakia, beberapa negara Eropah lain dan Malaysia.

Bakti prihatin Bakti yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyumbang RM4,000 kepada keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan dua nyawa pasangan kembar seiras berusia tiga tahun, di Kampung Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Bakti dan 13 kontinjen dari seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, bermula 6 hingga 9 Julai lalu. Keprihatinan pertubuhan wanita itu sebagai menunaikan tanggungjawab sosial bagi meringankan bebanan keluarga mangsa yang menderita akibat musibah itu. Dalam kejadian 5 Julai lalu, pasangan kembar, Fatin Fazanah Hamid dan Nor Fatin Fazana ditemui rentung dengan kedua-duanya saling berpelukan dalam timbunan kain di bilik mereka oleh pasukan bomba sejurus berjaya memadamkan kebakaran yang bermula kirakira 9.18 pagi itu.


8

1-15 Julai 2011

Bakisa singkir Bakti Pasukan badminton Bakti yang diketuai Datin Paduka Seri Rosmah Mansor muncul naib johan dalam perlawanan badminton akhir sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, barubaru ini. Mereka terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Bakisa (Sabah) yang diketuai Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin yang berjaya mendapat johan dengan mata 4-1. Datin Paduka Seri Rosmah yang berpasangan dengan Datin Sri Lee Sun Loo muncul satu-satunya regu yang berjaya memberi mata kepada Bakti, sebelum empat pasangan regu Bakisa m e n domin a s i kesemua perlawanan untuk muncul pemenang utama, dalam perlawanan berlangsung lebih tiga jam. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan hadiah kepada pemenang badminton dan tenpin boling. Terdahulu Dato’ Seri Mohd Najib yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira jam 2.30 petang dengan disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kehadiran peserta Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 ke Terengganu memberi limpahan rezeki kepada peniaga di negeri ini terutama yang menjual produk dan makanan tradisional. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata peniaga restoran atau individu yang terlibat diminta supaya tidak bersikap tamak haloba atau ‘cekik darah’ ketika berurusniaga sebaliknya perlu menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Semarak semangat hadapi pilihan raya - Menteri Besar Kehadiran semua isteri wakil rakyat yang berkampung di Terengganu sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011 diharap mampu menyemarakkan lagi semangat bagi berdepan pilihan raya akan datang, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau berkata, isteri wakil rakyat yang menyertai perlawanan badminton umpamanya, sanggup cedera ketika di gelanggang masing-masing demi memastikan lawan tidak mendapat kemenangan dengan mudah. “Melihat kepada kesungguhan para isteri ketika di gelanggang dan peranan mereka yang sentiasa

Dato’ Seri Haji Ahmad Said (kanan) sempat bermesra dengan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Timbalan Perdana Menteri) di Kuala Terengganu.

bersama suami demi menyokong perjuangan suami sebagai wakil rakyat, maka mereka juga berperanan dalam memastikan Barisan

Nasional menang dengan cemerlang pada pilihan raya nanti,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Malam Sentuhan Songket’ sem-

pena penutup PTIWRBNM 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu,baru-baru ini. Menteri Besar berkata, walaupun Terengganu tersohor sebagai negeri yang cemerlang dalam pendidikan dan sukan di negara ini, namun di kalangan persatuan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional seluruh negara, Serikandi tidaklah sehebat mana. Pun begitu, Serikandi sebagai hos program yang diadakan di setiap negeri dalam tempoh 15 tahun ini tetap menunjukkan peningkatan dan menampilkan persembahan yang meyakinkan dalam pelbagai acara selain turut memberi cabaran kepada semua pasukan yang bertanding.

Serikandi puas hati - To’ Puan Sabariah Oleh: Kamarudin Mat Akib

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan negeri dan jabatan-jabatan kerajaan yang membantu menjayakan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia, baru-baru ini. Naib Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Hajah Sabariah Dato’ Muhammad Yusof, berkata pihaknya berpuas hati kerana berjaya menganjurkan program kali ini dengan penuh gemilang. “Rata-rata kontinjen yang terlibat puas hati dan memuji kelancaran program, termasuk penem-

patan peserta dan pengangkutan sepanjang empat atau lima hari mereka berada di Terengganu,” katanya Beliau berkata, sebagai tuan rumah Terengganu berusaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada semua kontinjen. “Kita telah banyak belajar dari negeri-negeri lain yang menjadi tuan rumah sebelum ini supaya kita menjadi tuan rumah terbaik,” katanya. Penat lelah Serikandi dan pelbagai agensi kerajaan membantu mengadakan persiapan bagi program ini sejak lebih dua minggu sebelum program itu, berbaloi apabila ia mendapat pujian Yang Dipertua Badan Amal dan Ke-

to’ puan sabariah

bajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Isteri Perdana Menteri menyifatkan penganjuran Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat

Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mencapai matlamat terutama dalam membentuk persefahaman dan kemesraan di kalangan isteri wakil rakyat BN dari seluruh negara. Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Serikandi sebagai tuan rumah, Datin Paduka Seri Rosmah berharap semangat setiakawan yang dibentuk melalui program itu diteruskan supaya negeri yang dikuasai parti pembangkang dapat dapat ditawan semula oleh BN pada pilihan raya umum akan datang. To’ Puan Sabariah berkata, kerjasama dan sikap ‘sporting’ kontinjen juga banyak membantu pihaknya menjayakan program tersebut.

PTIWRBNM 2011 : Limpahan rezeki kepada peniaga “Peniaga juga perlu bijak mengambil hati dan bersikap peramah bertujuan menjaga imej Terengganu yang sememangnya terkenal dengan adat ketimuran dan bersopan santun,” katanya kepada Teganukita. Dato’ Haji Mazlan turut memberitahu bahawa dia kagum dengan kebolehan dan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) kerana mampu men-

DATO’ HAJI MAZLAN

ganjurkan PTIWRBNM di mana melibatkan 14 negeri atau kontinjen termasuk Sabah dan Sarawak. “Jika tiada komitmen tinggi daripada pelbagai pihak, sudah tentu ia menemui kegagalan dan tidak mampu mengadakan pelbagai aktiviti sehebat ini,” katanya. Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Nerus, Puan Norhayati Ismail, berkata dia bangga kerana terpilih mengikuti program ini dengan membuka

gerai jualan makanan tradisional di perkarangan Stadium Negeri Kuala Terengganu. Katanya, pelbagai jenis juadah dan menu tradisional seperti ondeonde, puteri mandi, tepung pelita, tepung pasung dan sebagainya nyata dapat sambutan pembeli. “Kami manfaat sepenuhnya program berlangsung selama empat dengan mempromosi keenakan kuih tradisional, keunikan dan keindahan Terengganu,” katanya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.