teganukita 43

Page 1

“Semua pihak yang menyayangi parti (BN) dapat bekerja dengan jujur dan ikhlas serta dapat memberi maklumat tepat walaupun maklumat itu pahit untuk diterima supaya setiap kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki secepat mungkin.” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

PULAU KAPAS

Bil : 43 (15-30 Jun 2011) - http://teganukita.blogspot.com

ISSN 2180-4737

terkini

cepat

tepat Gambar oleh Harish Fadzillah

Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat

NURUSSYAHAMAH

ms-2

Lebih 600 pengayuh basikal berdaftar menyertai program Kayuhan Malam Amal sejauh kira-kira 20 kilometer bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan program julung kali ajuran Kelab Remaja Terengganu yang dipengerusikan Encik Saiful Bahri Baharudin.

YT sedia Modul Kelas Maya ms-14

PERANAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT Oleh: Aida Abd Rahman

Imbuhan RM80,000 untuk pemenang Sukma KL

ms-16

Isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi keselesaan dan menyokong peranan suami masing-masing supaya dapat memenangi pilihan raya. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak meminta isteri wakil rakyat supaya memberikan sokongan padu dan tidak memberi masalah kepada suami supaya suami mampu mengekalkan BN atau mendapatkan semula negeri yang berada di tangan pembangkang. “Jaga makan minum dan pakaiannya, maka saya per-

Anak Besut lakar sejarah Oleh: Esah Abdullah

caya wakil rakyat BN dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi. Kalau suami balik lambat percayalah bahawa mereka sedang buat kerja sebagai wakil rakyat bagi menyumbang kepada kejayaaan Barisan Nasional. Kalau suami menang, BN menang, isteri pun menang juga,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sentuhan Songket sempena penutup Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Seorang l a g i anak Terengganu mencipta sejarah muncul wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah Al-Quran Kanakkanak Peringkat Antarabangsa di Qatar slepas terpilih antara tiga peserta ke pe-ringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini. Pelajar itu, Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, anak kelahiran Besut berjaya melepasi pemilihan di peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.

lihat ms 2

lihat ms 3


2

15-30 Jun 2011

Laluan sehala elak jalan sesak Langkah M a j l i s Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengubah beberapa laluan utama di pusat bandar Kuala Terengganu sebagai jalan sehala mulai Mei lalu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya. Lokasi terlibat dengan sistem jalan sehala adalah persimpangan Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin Ladang melalui Taman Shahbandar dan seterusnya ke Pasar Besar Kedai Payang. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Dagang, berkata sekiranya penyusunan semula jalan ini mendapat sambutan orang ramai, berkemungkinan MBKT akan menambah kawasan pejalan kaki di jalan itu bagi memberi keselesaan kepada orang ramai. “Pada masa sama, MBKT a k a n mempertingkatkan k e m u dahan sedia ada bagi memenuhi keperluan pelancong tempatan dan luar Terengganu,” katanya. Sebelum ini , MBKT turut mengubah beberapa jalan lain, termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Cerong Lanjut, Jalan Bandar, Jalan Banggol, Jalan Kampung Tiong dan sebahagian Jalan Sultan Zainal Abidin. “Setakat ini kita tidak mendapat maklumbalas yang tidak baik daripada mana-mana pihak. Malah, para peniaga juga tidak membantah tindakan MBKT menjadikan laluan tersebut sebagai jalan sehala,” ujarnya. Beliau berkata, pihaknya menjalankan kajian terperinci sebelum mengubah sistem sedia ada. “Papan tanda dan kain rentang turut dipasang di sebelah bahu kiri dan kanan jalan bertujuan tidak mengelirukan pengguna jalan raya,” katanya. Pada masa yang sama, katanya, MBKT sedia menerima pandangan daripada m a n a - m a n a pihak bagi menambahbaik cadangan pengubahan laluan sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.

am

Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat - Ahmad Aktiviti sukan berkuda tidak lagi menjadi hak eksklusif golongan elit atau mereka yang berada sahaja tetapi mampu disertai oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha Majlis Ekuin Malaysia (MEM) memaju dan memperkembangkan ilmu dan kemahiran mengenai ekuestrian telah menampakkan hasilnya apabila ramai pelajar sekolah men-yertai program menunggang di sekolah dan menyertai kelab-kelab poni di seluruh negara. “Ramai ahli-ahli kelab itu yang telah berjaya mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan di per-

ingkat kebangsaan bahkan ada yang telah mewakili negara ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu

Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Perkhemahan berkenaan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah beserta dua puteri baginda Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra’. Hadir sama, isteri Men-

teri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi MEM, Dato’ Sri Mahamad Fathil Mahmood. Dato’ Seri Haji Ahmad mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya mengumpulkan hampir kesemua Kelab Poni di seluruh negara. “Perkhemahan kali ini merupakan yang terbesar pernah diadakan termasuk penyertaan empat kelab baru ditubuhkan iaitu Kelab Poni Imtiaz Yayasan Terengganu, Sabah, Sarawak serta Bahagian Teknik dan Vokasional,”katanya. Menteri Besar menaruh keyakinan kelab ini akan berjaya menghasilkan lebih ramai atlit sukan berkuda.

Kerajaan negeri menaja 12 guru besar dan pengetua dari sekolah asrama penuh yang terpilih seluruh Terengganu bagi mengikuti Kursus `Confratute’ di University of Connecticut, A m e r i k a Syarikat s e b a g a i kesinambungan program memperkasakan bidang pendidikan yang dilaksanakan sejak 2008 lalu. Program melibatkan

kos RM3,800 bagi setiap guru mengikuti kursus yang meliputi 60 tajuk perbincangan, termasuk teknik pengajaran dan pembelajaran kreatif serta menyeronokkan pelajar. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, guru yang mendapat pendedahan daripada kursus itu akan berkongsi ilmu itu dengan guru lain serta mengaplikasikannya untuk pelajar di sekolah masing-masing bagi me-

ningkatkan prestasi pelajar terutama yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sehingga kini, 72 guru dari seluruh negeri sudah mengikuti program itu sejak ia diperkenalkan empat tahun lalu. “Selepas menamatkan kursus itu, guru berkenaan akan menjadi pelatih bagi melakukan penambahbaikan dalam pelajaran dan usaha Kerajaan Tereng-

ganu ke arah m e n c a p a i wawasan menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu serta merealisasikan program 201052,” katanya. Sementara itu, Menteri Besar turut berpuas hati dengan prestasi pencapaian murid seluruh negeri dalam Ujian Pengesanan (OTI) 2 bagi (UPSR) tahun ini menunjukkan peningkatkan 24.93 peratus pada tahun ini, berbanding 24.43 peratus tahun lalu.

Malah, beliau berharap pada peperiksaan OTI 3 akan terus mencatat peningkatan bagi mencapai sasaran keputusan UPSR yang terbaik seluruh negara buat kali ke-11 berturutturut tahun depan. “Daripada keputusan OTI 2 dan OTI 3 ini boleh kita tafsirkan sebagai peningkatan pencapaian dalam objektif kita untuk memastikan program 201052, iaitu 20 sebagai peratusan keseluruhan A untuk UPSR tahun depan menjadi kenyataan.

dari ms 1

`Membantu suami merasai denyutan nadi rakyat’

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan melihat pameran Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 ditemani Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan negeri taja 12 guru sertai Kursus Confratute di US

Oleh: Aida Abd Rahman

Turut hadir, Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Hajah Noorainee Abd Rahman. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri merangkap Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bersama isteri masing-masing. Dato’ Seri Mohd Najib

Dato’ Seri Mohd Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Ahmad serta isteri wakil-wakil rakyat ketika menyampaian hadiah sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 2011.

berkata, isteri juga tidak boleh terlalu asyik merungut menyebabkan suami tertekan yang mengakibatkan mereka sukar menjalankan tugas dengan baik seka-ligus menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) me-reka sebagai wakil rakyat. Selain itu, isteri wakil rakyat juga memainkan peranan membantu suami melayan penduduk setempat dengan baik dan berhemah apabila penduduk berkunjung ke rumah masing-masing. Menurutnya, isteri wakil rakyat juga boleh berfungsi sebagai penyalur maklumat atau `networking’ mengenai isu berkaitan rakyat termasuk rungutan penduduk sekaligus membantu suami merasai denyutan nadi rakyat.


am

Dewan serbaguna hadiah untuk kaum Tionghua

15-30 Jun 2011

3

Terengganu johan keseluruhan tilawah Oleh: Aida Abd Rahman

Dewan serbaguna kaum Tionghua di Kampung Bukit Mak Dayang.

Keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua kaum terbukti apabila menyediakan dewan serbaguna untuk masyarakat Tionghua di Kemaman. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri prihatin dengan keperluan kaum Cina yang mengalami masalah mengadakan pelbagai majlis dan aktiviti keramaian termasuk perkahwinan. “Kita luluskan peruntukan membina sebuah dewan serbaguna berharga lebih RM3.8 juta untuk mereka. Cuma, apa yang kita harapkan penduduk Cina tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah pembangkang se-

baliknya terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika merasmikan Dewan Komuniti Tionghua di Kampung Bukit Mak Dayang, Kemaman, barubaru ini. Menteri Besar berharap pengorbanan kerajaan dapat dinilai penduduk serta terus menyokong kerajaan tanpa berbelah bagi terutama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Lebih menggembirakan, pada majlis itu, Dato’ Seri Haji Ahmad turut mengumumkan kelulusan peruntukan tambahan RM100,000 untuk membuat penambahan dan pengubahsuaian pendingin hawa di dewan berkenaan. .

dari ms 1

Nurussyahamah wakili Malaysia ke Majlis Tilawah di Doha Bapanya Encik Nurunnajmi Yaacob, 40, guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut akan menemani pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh, ke Doha Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera. Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu merupakan satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini melibatkan 4,000 kanakkanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Malaysia. Sebelum berjaya ke Doha, Nurussyahamah Taqiah menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara, dan terpilih antara tiga yang

berjaya melepasi ujian berkenaan. Beliau menjalani sekali lagi ujian dalam bulan April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Sebagai persediaan ke peringkat akhir itu nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Alor Keladi, membawa anaknya itu berguru dengan johan Tilawah AlQuran Antarabangsa 1999 Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan. Nurussyahamah pernah menjadi johan membaca Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia , selain pernah muncul sebagai naib johan.

Kecemerlangan Terengganu bukan hanya dalam bidang sukan dan pendidikan, malah turut memahat nama dalam bidang keagamaan apabila menamatkan kemarau lebih sedekad tidak merangkul piala pusingan johan keseluruhan Tilawah alQuran Peringkat Kebangsaan selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada pertandingan itu bagi 2011. Kejayaan bersejarah selepas kali terakhir merangkulnya pada 1998 diulangi Ahmad Tirmizi Ali, 26, dan Norhidayah Abdul Rahman, 20, yang muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat bagi kategori qari dan qariah terbaik pada tilawah edisi ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, Sarawak yang berlangsung pada 13 hingga 17 Jun lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kemenangan itu secara tidak langsung membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam melahirkan tokoh agama pada masa depan. “Saya bersyukur kerana Terengganu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan sukan, tetapi juga cemerlang dalam bidang

Dato’ Seri Haji Ahmad berkongsi kecemerlangan Terengganu menjadi johan keseluruhan Tilawah alQuran Peringkat Kebangsaan disaksikan Nor Hidayah (Qariah), Dato’ Haji Wan Ahamad (TSUK) dan Haji Mohd. Rozali.

keagamaan,” katanya. Menteri Besar berkata demikian ketika menyambut kepulangan rombongan peserta Terengganu daripada menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan itu, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat serta Timbalannya, YB Haji Muhammad Ramli Nuh; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris dan Pesu-

ruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mohd. Rozali Salleh. Sementara Nor Hidayah berkata, kejayaan membawa pulang trofi juara keseluruhan itu memberi perangsang buatnya melakukan l e b i h baik pada masa depan dan terus berusaha memajukan diri dalam bidang berkaitan keagamaan. “Ini penyertaan kali kedua saya di peringkat kebangsaan dan kejayaan membawa pulang Piala Pusingan Johan Keseluruhan Tilawah Kebangsaan (2011) ini amat bermakna

buat saya, walaupun secara peribadi saya hanya memperolehi tempat keempat keseluruhan qariah terbaik,” katanya lagi. Ahmad Tirmizi yang memenangi tempat ketiga membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala Nor Hidayah yang mendapat saguhati menerima hadiah wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil. Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan ‘1Malaysia, 1Ummah”.

Guru agama rujuk kitab moden dan ringkas terjemahan YIT Kerajaan negeri berharap segelintir guru agama di masjid dan surau seluruh negeri dapat mengajar dengan lebih tepat serta lancar apabila menggunakan kitab Matla’ alBadrain Wa Majma’ alBahrain yang diterjemah menggunakan bahasa mudah dan lebih moden. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata ramai guru agama sebelum ini didapati mengajar dengan kefahaman yang berbeza dan kemampuan sendiri walaupun merujuk kitab. Katanya, kitab Matla’al-

YB Haji Khazan ditemani YB Haji Muhammad Ramli dan Haji Md Kamaru Al-Amin melancarkan kitab dan tujuh buku terbitan YIT dengan kerjasama kerajaan negeri.

Badrain terbitan Yayasan Islam Terengganu (YIT) diterjemah oleh enam ahli panel merangkumi aspek ibadat, munakahat, jual beli dan muamalat. Beliau berkata, penerbitan naskhah yang diterjemahkan daripada kitab

tersohor bertujuan memudahkan guru agama di masjid dan surau mengajar. Seramai 2,000 guru agama di masjid dan surau dilantik di bawah YIT. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk guru

ta’mir dan mubaligh yang dilantik menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. YB Haji Khazan berkata, semua guru berkenaan terlebih dahulu diberi pendedahan mengenai kaedah mengajar yang betul melalui Kursus Metodologi Pengajaran Kitab Matla’ al Badrain yang disampaikan bekas Timbalan Mufti negeri, Haji Abdul Halim Awang. “Kitab yang komprehensif ini bukan sahaja merangkumi mengenai ibadat, munakahat, jual beli dan muamalat, malah pelbagai aspek lagi,” katanya.


4

15-30 Jun 2011

rencana

ANALISIS

Keamanan adalah nikmat yang perlu disyukuri Keamanan negara adalah suatu perkara yang utama untuk membolehkan rakyat dapat hidup dengan bahagia, selamat dan sejahtera. Namun ada sesetengah pihak yang suka melakukan huru-hara melalui demostrasi jalanan dan perhimpunan haram yang didalangi oleh pemimpin pembangkang. Sesungguhnya Islam, agama yang amat mementingkan keamanan dan perpaduan. Perpaduanlah yang akan membuahkan keamanan. Islam tidak hanya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata, tetapi lebih luas daripada itu, tuntutannya mencakupi juga, hubungan baik sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Perhimpunan haram itu juga jelas mengancam keselamatan negara, menimbulkan perasaan takut di kalangan orang ramai serta menjejaskan sektor pelancongan di negara ini. Selain mengganggu ketenteraman awam, perhimpunan itu boleh menjejaskan keyakinan para pelabur untuk meneruskan dan mencari peluang menjalankan pelaburan di negara ini, sekaligus memberi impak negatif serta imej yang buruk kepada negara di mata masyarakat luar. Oleh itu apa yang berlaku pada 9 Julai lalu, walaupun gagal untuk menghancurkan negara melalui cara demonstrasi itu, tetapi perlulah kita jadikan iktibar agar ia tidak cuba diulangi lagi. Jangan kita menyokong atau mendorong kepada golongan yang hendak menghancurkan negara dengan cara itu dengan bertopengkan bersih dan Islam. Janganlah kita mudah diperalatkan oleh pihakpihak yang berkepentingan untuk menggambarkan bahawa negara kita ini tidak aman atau memberi imej buruk negara di mata luar. Dalam Islam sendiri, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk menghancurkan negara kita dengan cara demikian, apatah lagi hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara reformasi jalanan. Kepada yang tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan, kerana keamanan adalah nikmat yang perlu disyukuri. Sidang Pengarang Penaung

: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto

: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Pelatih

: Azwa Shamsuddin dan Nor Izieantie Ibrahim

Oleh: Putera Pesisir Air

Bersihkah Pas dan pakatan pembangkang Himpunan Bersih itu namanya sahaja, tetapi sebenarnya perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan. Nama bersih itu sekadar hendak mengaburi mata rakyat, kononnya kerajaan dan pilihanraya di negara ini dijalankan secara tidak betul. Yang betul hanya pembangkang sahaja. Bagi mereka yang betul hanya pemimpinpemimpin yang berserban dan berjubah, kononnya hendakkan kepada Islam tetapi bertuankan orang yang menentang Islam. Jiwa mereka ini sebenarnya belum mardeka lagi! Bersih apa kalau tindakan yang dilakukan itu menghura-harakan keadaan. Pendekatan ajaran Islam mana yang digunakan boleh ‘menghalal’ perbuatan menghuru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan tindakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan bukanlah dari ajaran Islam dan menurutnya ulamak-ulamak berpendapat tindakan atau cubaan hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara demikian bukanlah dari ajaran Islam. Beliau bersyukur kerana sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di ibu kota dan rakyat Malaysia amnya tidak menyertai perhimpunan haram itu. Mereka merupakan rakyat Malaysia yang cintakan kepada keamanan dan kedamaian. Mereka adalah rakyat yang patuh dan taat kepada titah nasihat ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Perdana Menteri juga mengucap terima kasih kepada pihak keselamatan dan polis yang telah dapat menyuraikan perhimpunan haram atau demonstrasi jala-

Pendekatan ajaran Islam mana yang digunakan boleh ‘menghalal’ perbuatan menghuru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara. nan di ibukota hari ini. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyampaikan hadiah Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di Stadium Negeri, di Kuala Terengganu baru-baru ini. “Saya harap apa yang berlaku ini menjadi iktibar kepada rakyat negara ini agar tidak berulang lagi. Tunjuk perasaan, perhimpunan haram dan demostrasi jalanan bukanlah cara yang baik kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman dan menjejaskan ekonomi negara,” kata Perdana Menteri. Katanya, kerajaan kesal kerana kita telah menawarkan stadium untuk perhimpunan tetapi mereka menolak dan ternyata mereka mempunyai motif lain bagi menggambarkan negara ini kucar-kacir kepada pihak luar. Dato’ Seri Mohd Najib berkata, kerajaan juga bersependapat bahawa pilihan raya perlu berlaku secara bersih dan sebab itulah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan macam-macam pendekatan untuk tujuan itu. “Kalau sekiranya apa yang mereka tuntut itu ialah untuk mendapat plihanraya yang adil dan bersih, kita tidak berbeza pendapat sama sekali. Kerajaan ini adalah kerajaan yang inginkan pilihanraya yang adil dan bersih. Dan kita telah pun mengamalkan pilihanraya sedemikian rupa selama ini,” tegasnya.

Perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan adalah perbuatan terkutuk yang boleh menghuru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara.

“Malangnya, perhimpunan itu sudah bertukar kepada reformasi dan dan bukan lagi untuk menuntut pilihan raya yang bersih, namun saya bersyukur keadaaan terkawal dan keadaan tidak terjejas teruk termasuk kemudahan-kemudahan awam tidak banyak yang rosak,” katanya. Beliau berkata, kalau hendak berlawan berhimpun dan berdemontrasi penyokong kerajaan pun boleh buat dengan jumlah lebih ramai, tetapi itu bukan caranya kerana ia boleh menjejaskan imej negara dan keyakinan pelabur, Perdana Menteri juga turut menafikan khabar angin tentang pembubaran parlimen dalam masa terdekat ini dan menganggapnya itu sebagai berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Marilah kita berfikir logik, beberapa negeri sudah ditawan oleh pembangkang melalui pilihanraya, tidakkah itu bermakna pilihan raya berlaku secara bersih dan adil? Dan sejauh manakah bersihnya pentadbiran pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dimenanginya itu. Bermacam penyelewengan berlaku dan dilakukan di bawah pentadbiran mereka yang berselindung di atas nama Islam, bahkankan nama Khalifah Umar Abdul Aziz pun digelarkan kepada pemimpin bukan Islam

pujaan mereka, betapa sesatnya! Sesat dan menyesatkan lagi bila orang yang pernah terbabit dengan isu ditangkap khalwat pun diangkat menjadi pemimpin utama dalam Pas. Kalau Pas hendak mendabik dada mereka bersih dalam pilihan raya pula, bersih apakah di Peti Undi Rusila dan beberapa tempat lagi di Terengganu bila penyokong Pas menyekat pengundi Umno atau BN untuk ke tempat mengundi. Mereka menggunakan kekerasan, itu lagi tidak bersih , janganlah menuduh orang kalau kita sendiri lebih teruk bersikap tidak bersih dan tidak adil dalam pilihan raya. Demikian juga isu pengundi hantu, pemimpin Pas sendiri terbabit mengamalkannya, tetapi menuduh Umno dan BN. Rakyat Terengganu telah dapat menilai kebersihan atau kenajisan pemimpin pembangkang sewaktu memerintah Terengganu. Macam-macam penyelewengan, pembohongan dilakukan, hatta anak Exco Kerajaan Negeri pun sapus/bolot wang zakat yang sepatutnya untuk orang miskin dan layak menerima. Bersihkan itu?? Saman berkaitan balak oleh sebuah syarikat membabitkan bekas Menteri Besa (Pas), hingga terpaksa ditanggung oleh kerajaan BN Terengganu sekarang, bersihkah itu? Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.


15-30 15-30 Jun Jun 2011 2011

am

INSPI ambil pelajar luar negara

Pelajar INSPI merakam kenangan bersama Haji Muhammad Ramli selepas Majlis I’dul Ilmi 2011 di Dewan Berlian majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.

Oleh: Kamarudin Mat Akib Institut Pengajian Islam (INSPI) di Kemaman akan menawarkan tempat pengajian kepada pelajar dari luar negara, dalam usaha menaiktaraf pusat pengajian berkenaan ke peringkat antarabangsa. Pengerusi INSPI, Haji Muhammad Ramli Nuh, berkata pengambilan pelajar dari Kemboja akan di-mulakan bagi sesi pengajian 2012 dan ia akan diperluaskan ke beberapa negara lain di Asia Tenggara. “Kerajaan negeri menerima banyak permohonan daripada negara Kemboja untuk kemasukan pelajar mereka di bidang pengajian agama di INSPI. “Selepas perkara ini dibawa kepada mesyuarat jawatankuasa Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu (YIT),

Haji Muhammad Ramli (dua kanan) menyampaian sijil dan diploma kepada pelajar INSPI sambil disaksikan Haji Md Kamarul Al-Amin (kanan).

pengambilan pelajar dari luar negara diluluskan pada April lalu,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui selepas Majlis I’dul Ilmi INSPI 2011 di

Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, barubaru ini. INSPI yang ditadbir YIT mula ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu bagi

ETA jadi program nasional Program ETA yang mula diperkenalkan kerajaan negeri sejak lima tahun lalu akan dijadikan program nasional mulai tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kementerian menjadikan modul kerajaan negeri dalam melaksanakan program ETA untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. “Ini satu pengiktirafan kepada kita di mana mereka mulai yakin dengan apa yang kita buat setelah kejayaan demi kejayaan yang kita capai dalam keputusan peperiksaan awam

yang lalu,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Pameran Schoolwide Enrichment Model (SEM) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kejayaan yang dicapai pelajar-pelajar kita adalah hasil kerja keras guru, ibu bapa, masyarakat di samping kesediaan kerajaan yang melabur jutaan ringgit demi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Sehubungan itu katanya, pameran SEM yang akan dijadikan acara tahunan ini membuka peluang kepada pelajar bagi mengembangkan idea, minat dan bakat dengan menghasilkan ciptaan masing-masing untuk diketengahkan.

HAJI AHMAD RAZIF

“Sebenarnya apa yang dihasilkan pelajar kita mendapat respon sangat baik dan ada pengunjung luar yang berminat terhadap kreativiti yang dihasilkan semasa program berlangsung,” katanya.

menggantikan Markas Pengajian Islam (Marpa), dalam usaha kerajaan negeri melahirkan graduan berlatarbelakang pengajian agama.

Sebahagian graduannya kini mengisi jawatan imam, bilal, pegawai agama dan pembantu hal ehwal Islam di seluruh negara manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di Mesir, Jordan dan Indonesia dalam pelbagai bidang pengajian agama. Haji Muhammad Ramli berkata, pihaknya telah berbincang dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi menaja pelajar dari negara Kemboja melanjutkan pelajaran di INSPI. “Selepas ini kita bercadang untuk mengambil pelajar miskin dari negara-negara jiran untuk melanjutkan pelajaran di INSPI. “Langkah ini bukan saja bertujuan membantu saudara seagama kita yang miskin, tetapi juga membantu menaikkan taraf INSPI ke peringkata antarabangsa,” ujar beliau.

Perkemas jentera parti - MB Semua Ketua Umno Cawangan seluruh negeri diminta bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) merangkap Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jentera parti perlu diperkemaskan dan semua ketua cawangan hendaklah bergerak seiring. “Ahli-ahli di cawangan merupakan penentu kalah menangnya parti dalam setiap pilihan raya,” ka-tanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Cawangan Umno seluruh negeri di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,

baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Pengerusi BPUNT, YB Yahya Khatib Mohammad; Setiausaha, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ketua Penerangan, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Strategi BPUNT, Datuk Dr. Rosli Mat Hasan serta Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seluruh negeri. Katanya, ketua cawangan lebih dekat dengan pengundi di peringkat akar umbi dan amat arif dengan sikap serta gerak geri anak buah di kampung masingmasing. “Saya yakin dengan kemampuan ketua cawangan yang sentiasa menjaga kebajikan penduduk kampung,” katanya.

55

Nelayan kecil layak dapat lesen secara automatik Semua awak-awak (nelayan) di seluruh negara yang menerima elaun sara hidup dan memiliki sampan sendiri akan diberikan lesen sampan secara automatik. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar, berkata urusan untuk memiliki lesen dipermudahkan bagi membolehkan mereka berdikari dan tidak selamanya bergantung kepada pihak lain. “Nelayan yang ingin memohon lesen mesti membawa kad nelayan sebagai bukti mereka penerima elaun sara hidup dan kita akan lulus serta merta,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup secara tunai kepada nelayan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Katanya, setakat ini terdapat 15,900 awak-awak di seluruh Negara sudah memiliki lesen sampan dan mampu menjana pendapatan yang lebih baik. “Saya difahamkan terdapat lebih 400 awakawak di negeri ini tidak mempunyai lesen sampan tetapi terpaksa keluar ke laut demi tuntutan kehidupan,” katanya. Katanya, 90 peratus kalangan mereka ini memiliki kad nelayan dan menerima elaun sara hidup daripada kerajaan.


6

15-30 Jun 2011

WAWANCARA Apa pandangan tentang Pilihan Raya Umum ke 13? Barisan Nasional (BN) masih boleh berkuasa. BN masih di hati rakyat. Pengundi, termasuk pengundi muda, khususnya di Terengganu masih percaya hanya BN boleh menentukan masa depan yang terjamin untuk mereka. Walaupun pandangan tertentu semacam golongan muda tidak menyokong BN, tetapi hakikatnya tidak semua. Masih ramai sebenarnya yang menyokong dan bersetuju dengan kerajaan BN. Mengapa berpandangan demikian? BN mempunyai sejarahnya dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Dengan kesungguhan kerajaan BN memperbaiki pentadbiran ke arah yang labih baik dengan pelbagai transfomasi sudah tentu keyakinan rakyat semakin baik kepada BN. Di peringkat negeri pun kita melihat agenda pendidikan diperkasakan. Ini semua adalah suatu jaminan untuk masa depan depan bangsa kerana pendidikan adalah penting untuk mempastikan bangsa dan negara terus maju dan mampu bersaing.

Pembangunan bukan sahaja projek-projek fizikal, tetapi meliputi kerohanian, pendidikan, keselamatan dan apa jua perkara untuk kesejahteraan rakyat. Inilah yang telah terbukti dilakukan oleh BN. Politik dan pembangunan, apa pandangan? Ya, dalam sistem negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan kerajaan dipilih melalui pilihan raya, kuasa politiklah dapat menentukan pembangunan dapat dijalankan. Asas pembentukan kerajaan ialah politik atau pilihan raya. Mana-mana parti politik yang diyakini rakyat akan dipilih dan membentuk kerajaan. Kerajaan itulah yang akan menjalankan pembangunan untuk rakyat. Pembangunan bukan sahaja projek-projek fizikal, tetapi meliputi kerohanian, pendidikan, keselamatan dan apa jua perkara untuk kesejahteraan rakyat. Inilah yang telah terbukti dilakukan oleh BN. Cuma kalau boleh jangan buat secara ‘ad hoc’ atau tergesa-gesa, tetapi mestilah melalui perancangan yang rapi dan perlaksanaan yang berkesan.

rencana

Mereka masih berada di belakang sebagai penyokong Barisan Nasional (BN). Mereka ingin melihat anggota kerajaan dan pemimpin pelapis yang menggantikan mereka meneruskan kesinambungan perjuangan mereka. Berikut adalah wawancara Pengarang Teganukita RUSLAN ABDUL RAHMAN dengan bekas pemimpin/bekas wakil rakyat terdiri dari Dato’ Haji Salleh Ismail (Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri 1978-82, Haji Abdullah Muda (Exco Kerajaan Negeri 1987-1990) dan Haji Abdullah@ Wahab Said (Adun Tepoh 1990-95).

EKONOMI

Veteran yakin BN akan terus TDM bayar untung memerintah terbesar hasil Kerajaan negeri yang diwakili Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerima penyerahan cek bernilai RM20,400,367.07 dari Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik.

dicuba-cuba. Kami yakin dengan kebijaksanaan pemimpin dalam membuat pemilihan calon yang terbaik untuk parti dan rakyat serta boleh menang, Insya Allah. Yang telah nyata ditolak rakyat sebelum ini tidaklah perlu lagi hendak cuba-cuba, itulah harapan kami.

amat perlu supaya pelancong selesa dan dapat menikmati apa yang diperlukan mereka di negeri ini. Cara Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat sekarang amat perlu dicontohi. Selain berperanan sebagai Ketua Kerajaan, membuat dasar dan perancangan Apa yang hendak diperuntuk negeri, mereka (Exco dan katakan tentang pentadbiran wakil-wakil rakyat) juga terus dan kerajaan? bersama rakyat bagi memberi Jawatankuasa Kemajuan dan sentuhan sendiri kepada rakyat Keselamatan Kampung (JKKK) dan dapat menyelami dan menjiperlu perkasa. Mereka adalah wai kehendak rakyat. jentera penting di peringkat akar umbi dan perlu sentuhan Tentang BN dan pilihan raya? yang berkesan kepada rakyat. Ia Ya, gerakan bersepadu ke adalah satu badan, bukannya in- arah berdepan dengan pilihan dividu, perlu digerakkan secara raya perlu dibuat. Peranan penkolektif, sama ada dalam bentuk gundi luar juga penting. Mebidang kerja, tanggungjawab, reka yang berada di ibu kota elaun dan apa sahaja adalah atas dan luar Terengganu tetapi manama jawatankuasa bukan indi- sih mengundi penting dikenalvidu. pasti dari sekarang. Perlu lantik jawatankuasa pengesan di peringkat tempat masing-masing, kerana mereka penting juga Kami yakin dengan dalam menentukan kemenangan. Kami yakin BN akan terus kebijaksanaan peperintah negara lagi. Begitu juga mimpin dalam memdi negeri Terengganu.

buat pemilihan calon yang terbaik untuk parti dan rakyat serta boleh menang, Insya Allah.

Apa lagi? Selain institusi Menteri Besar yang memang dipandang tinggi dalam struktur pentadbiran dan politik negeri kita, institusi Exco (Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) melalui portfolio masing-masing juga perlu. Rakyat ingin tahu apa yang dilakukan dan sudah tentu untuk menikmati hasil dari peranan kolektif instiBagaimana dengan calontusi kerajaan itu, selain peranan calon BN, calon yang boleh jabatan-jabatan yang sedia ada. menang? Pelancongan begitu popular Dalam politik bukan boleh di Terengganu sekarang. Ramai cuba-cuba. Memilih kerajaan pengunjung ke Terengganu saban juga bukan boleh cuba-cuba. musim cuti. Oleh itu, langkah Calon juga tidak tidak boleh memperkasakan bidang tersebut

Cara Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat amat perlu dicontohi. Selain berperanan sebagai Ketua Kerajaan, membuat dasar dan perancangan untuk negeri, mereka (Exco dan wakil-wakil rakyat) juga terus bersama rakyat bagi memberi sentuhan sendiri kepada rakyat dan dapat menyelami serta menjiwai kehendak rakyat.

perladangan, kesihatan TDM Berhad membayar dividen dan keuntungan terbesar yang diraih Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu kepada kerajaan negeri dan agensi lain berjumlah RM28,810,458.17 bagi 2010. Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik menyerahkan di-viden dan keuntungan itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Pembayaran dividen itu dibuat kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan agensi lain (RM20,400,362.07) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu berjumlah RM5,412,000. Agensi lain yang mendapat keuntungan usahasama adalah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (RM2,861,543.10) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM136,553). Sehingga kini, TDM sudah membayar RM81.8 juta dividen dan keuntungan usahasama kepada kerajaan negeri sejak bayaran pertamanya pada 2007. TDM Berhad adalah syarikat pegangan pelaburan milik Terengganu yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan menjalankan operasi berteraskan perladangan dan penjagaan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Encik Badrul Hisham Mahari, pembayaran dividen kali ini adalah terbesar pernah dibuat TDM kepada pemegang saham jangka panjangnya, merupakan sebahagian daripada komitmen TDM untuk memberi ganjaran kepada pe-

Pembayaran dividen ini selari dengan prestasi memuaskan yang dicapai oleh TDM untuk 2010.

megang saham dengan pulangan yang lumayan. “Pembayaran dividen ini selari dengan prestasi memuaskan yang dicapai oleh TDM untuk 2010. Menjadi fokus kami untuk terus memberi ganjaran kepada para pemegang saham kami. “Bagi memastikan kami mampu berbuat demikian, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memajukan dua perniagaan teras kami dan memperbaiki kecekapan operasi. Hasilnya boleh dilihat melalui peningkatan pembayaran dividen kepada para pemegang saham,” jelasnya. TDM akan terus mengagihkan dividen yang memberangsangkan kepada syarikat pemegang saham selaras dengan peningkatan pendapatan syarikat. Syarikat GLC itu mencatat peningkatan hasil Kumpulan sebanyak 25 peratus dari RM335.6 juta pada 2009 kepada RM420.4 juta bagi 2010. Sementara itu, keuntungan sebelum cukai turut meningkat sebanyak 67 peratus dari RM77.5 juta pada 2009 kepada RM129.2 juta bagi 2010. “Peningkatan itu adalah sumbangan dari sektor perladangan yang semakin meningkat dan prestasi lebih baik yang dicapai oleh sektor penjagaan kesihatan,” katanya.


am

15-30 Jun 2011

7

MB minta penjawat beri perkhidmatan terbaik Oleh: Suriati Ali Penjawat a w a m di Terengganu diminta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bertujuan mengelak pandangan serong dan tohmahan terhadap mutu perkidmatan awam. Memperkenalkan slogan `Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan’ dan mengamalkan sistem Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S) antara pendekatan yang dilaksanakan bertujuan memberi kebajikan dan keselesaan kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, dia menyarankan pejawat awam supaya tidak lupa mengamalkan etika mesra, jujur dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. “Pendekatan itu cukup penting berikutan mampu menaikkan imej jabatan di kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah (Sukata) Terengganu 2011 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha

Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Nawawi Wan Ismail. Seramai 800 atlit mewakili tujuh Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Terengganu menyertai 14 acara pada kejohanan kali ketujuh itu. Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu penganjuran sukan seumpama ini mampu meningkatkan tahap kesihatan, mewujudkan semangat tolenrasi dan kerjasama antara penjawat awam. “Melalui kejohanan

ini, ia mampu melahirkan kakitangan kerajaan yang berbakat dan berdisplin di samping dapat membudayakan sukan sebagai aktiviti sihat dalam kehidupan harian. “Terengganu kini mampu menjulang nama di pelbagai ceruk negeri selepas berjaya meraih kejuaraan tiga kali dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan merangkul Piala FA,” katanya. Katanya, kerajaan negeri akan berusaha mengekalkan kecemerlangan ini selain berazam untuk terus mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang lain.

Penduduk minta perkhidmatan bot penambang dikekalkan Penduduk tempatan dan pengunjung luar Terengganu mengharapkan kerajaan negeri mengekalkan perkhidmatan bot penambang walaupun kini terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan lain yang lebih canggih. Pengangkutan berusia lebih 50 tahun itu masih diminati dan diperlukan orang ramai terutama penduduk dan peniaga yang tinggal di Seberang Takir untuk membawa barangan niaga atau ke mana-mana destinasi di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu. Bermula dengan harga 20 sen untuk satu perjalanan ketika ia diwujudkan, kini menjadi RM1 namun ia masih tetap menjadi pilihan penduduk kerana caj tambangnya yang masih murah. Bukan tiada bas atau teksi namun kelaziman bagi mereka untuk menggunakan perkhidmatan bot berikutan tidak mengambil masa yang lama menunggu ke destinasi. Bagaimanapun, jika dulu hampir 70 buah bot penambang yang beroperasi di sungai tersebut namun kini hanya tinggal 25 buah sahaja. Ini kerana sejak Jambatan Sultan Mahmud siap dibina pada tahun 1980-an, penumpang bot penambang semakin berkurangan me-

Bot penambang, pengangkutan warisan sejak lebih 50 tahun lalu masih digunakan penduduk untuk berulang-alik dan menjadi daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

mandangkan lebih ramai yang menggunakan kemudahan jambatan tersebut. Seorang penumpang, Zulkifli Zainuddin berkata perkhidmatan ini wajar dikekalkan kerana ia menjadi pengangkutan tradisi sejak turun temurun lagi. Katanya, dia akan membawa anak-anak menaiki bot penambang setiap kali tiba cuti umum atau hujung minggu. “Kami cukup teruja menaiki bot penambang kerana dapat melihat pemandangan

sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu melalui jalan air. Jika bot penambang yang masih tinggal ini ditamatkan perkhidmatannya, sudah tentu generasi akan datang tidak dapat menggunakannya lagi,” katanya. Seorang pengusaha bot penambang Ghazali Abdullah, 48, berkata dia mencari rezeki menggunakan bot penambang sejak 20 tahun lalu dan kini masih giat menjalankan aktiviti itu bersama rakan lain. Katanya, perkhidmatan bot penambang sebelum

ini hanya menggunakan bot yang menggunakan layar sahaja. Namun kini semua bot penambang telah menggunakan enjin, tetapi kebanyakannya telah berusia hampir 20 tahun. Beliau mengakui bahawa perusahaan bot tersebut semakin kurang mendapat sambutan daripada pengguna.Bagaimanapun perusahaan tersebut masih lagi diperlukan memandangkan permintaan penduduk tempatan yang menggunakan pengangkutan itu sejak dahulu lagi.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan perasmian Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah (Sukata) Terengganu 2011 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.

Contohi JPNT anjur program serlah bakat pelajar istimewa Usaha murni Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) mengetengahkan bakat terpendam pelajar pendidikan khas untuk tatapan khalayak umum secara besar-besaran sewajarnya menjadi contoh kepada pelbagai pihak. Bukan mudah untuk memujuk, mengasah dan menggilap bakat golongan itu kerana ia memerlukan perhatian serius dan komitmen tinggi oleh tenaga pengajar serta warga pendidik golongan tersebut. Timbalan Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Jalaludin Othman, berkata pihaknya bangga kerana Terengganu mampu melakukan yang terbaik dalam merencana sistem pendidikan khas termasuk mengatur program dan membuat persembahan pentas. Katanya, dia mengakui bukan satu perkara mudah untuk melibatkan pelajar pendidikan khas terutama cacat penglihatan dan cacat pendengaran mengadakan persembahan pentas. ”Pelajar golongan ini mampu melakukan yang terbaik sama mereka dialiran perdana sekiranya pihak berkenaan bijak mendidik dan membimbing,” katanya ketika berucap sempena program Pentas Istimewa di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini Hadir sama, isteri Menteri Besar yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil rakyat Terengganu, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Encik Ngah Bidin. To’ Puan Seri Hajah Norliza memberitahu insan istimewa yang ada pada hari ini cukup membanggakan semua pihak kerana mampu melakukan pelbagai perkara seperti individu normal. “Tidak pernah terfikir golongan ini mampu berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum di pelbagai universiti tempatan. Orang ramai terutama keluarga dan Ibu bapa diminta memberi peluang serta ruang yang seluas-luasnya supaya anak-anak istimewa ini mampu berdikari dan tidak berasa tersisih,” katanya. Katanya, apa yang lebih penting mempastikan mereka mendapat pendidikan khas di beberapa sekolah terpilih di negeri ini.


88

15-30 Jun 2011

`Boat On The Roa

Oleh: Kamaruddin Mat Akib Gambar oleh: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Program memancing sambil santai di Tasik Kenyir “Boat On The Road” yang dimulakan tahun lalu, akan dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri, mulai tahun depan. Keputusan itu dibuat selepas mendapati program tersebut berjaya menarik minat pelawat datang ke Terengganu, sekaligus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancong Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri juga akan menambah satu lagi acara baru tahun depan bagi tujuan

promosi pelancongan iaitu pertandingan “power boat” peringkat antarabangsa, yang juga akan diadakan di Tasik Kenyir. Pertunjukan “power boat” yang diperkenalkan tahun ini serentak dengan program “Boat On The Road” akan melibatkan peserta dari negara-negara Asean. “Kita akan masukkan kedua-dua program berkenaan dalam Kalendar Pelancongan Negeri pada tahun depan, khusus bagi menarik pelancong ke Tasik Kenyir dan negeri Terengganu,” katanyanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah program “Boat On The Road” di Pengkalan Gawi, baru-baru ini. Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Dato’


15-30 Jun 2011

ad’ acara negeri Abd Rahin Said dan YB Haji Rozi Mamat dan Timbalan Ketua Pengarang Berita Harian, Encik Mahfar Ali. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai hadiah menarik bagi menggamit penyertaan kaki pancing dan ‘power boat’ menyertai program tersebut. Beliau yakin berdasarkan sambutan semasa terhadap program itu, ia mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, terutama di kalangan ‘kaki pancing’ dan peminat ‘power boat’. Sementara itu, bagi pertandingan Boat On The Road, Mohd Shafik Izwan muncul johan kategori House Boat (individu) dan menerima hadiah wang tunai RM12,000

serta pelbagai hadiah iringan manakala Mohd Zahid Mohd Zain muncul naib johan (RM8,000). Tempat ketiga bagi acara berkenaan dimenangi Saifuddin Abdul Rahman yang menerima wang tunai RM5,000. Manakala bagi kategori kumpulan, johan dimenangi Kumpulan Alucas 2 yang menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai hadiah iringan manakala Kumpulan Marang Extreme Caster muncul naib johan (RM15,000) dan ketiga TCE Sport I (RM10,000). Pelepasan acara itu dilakukan Menteri Besar di Sri Pentas, Damansara.

99


10

15-30 Jun 2011

TURUN PADANG Oleh: Aida Abd Rahman dan Suriati Ali Penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang nyata gembira menerima kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud yang mengunjungi kawasan mereka sempena Program Sehari Bersama Rakyat, baru-baru ini. Lawatan sehari ke DUN Ladang adalah yang kedua selepas melakukan program yang sama di DUN Batu Buruk sebelum ini. Dalam kunjungan itu, Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu kerajaan negeri akan membina sebuah lagi pangsasuri setinggi 30 tingkat membabitkan kawasan 15 hektar di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu bagi menempatkan sebahagian lagi penduduk yang belum memiliki kediaman. Pangsapuri yang sedang dalam perancangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu akan dilengkapi lot perkedaian dan kemudahan tempat letak kereta bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Setakat ini dua pangsasuri iaitu Ladang Gemilang Satu dan Ladang Gemilang Dua sudah didi-

Oleh: Suriati Ali

Pangsapuri 30 tingkat akan dibina di Ladang Tok Pelam

ami 170 penghuni manakala sebuah lagi pangsapuri serupa yang mengandungi 88 unit masih dalam pembinaan. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan sememangnya prihatin dengan nasib penduduk di kawasan ini kerana mengetahui mereka kurang berkemampuan untuk membina rumah sendiri apatah lagi membabitkan kawasan bandar. “Oleh itu, pelbagai keistimewaan disediakan kerajaan negeri termasuk memberi subsidi 50 peratus bagi setiap unit rumah berharga RM150,000. Pendekatan ini dilaksanakan bagi mengelak penduduk dibebani masalah kadar sewa yang tinggi. “Berdasarkan prosedur biasa, iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, setiap penghuni perlu membayar sewa antara RM126 sehingga RM300 sebulan bergantung kepada kemampuan,” katanya. Turut menyertai lawatan sehari itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Dagang; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji

SERIKANDI

rencana

Wan Nawawi Wan Ismail; Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Ketua Pemuda Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki. Selain itu, Menteri Besar turut meluangkan masa ke Majlis Jamuan Rakyat ber-

tempat di Sekolah Rendah Pasir Panjang dan karnival futsal serta bola jaring `3 on 3’ DUN Ladang di Uptown Futsal De Zone, Jalan Kamaruddin. Beliau kemudiannya meninjau pertandingan memancing anjuran Jawatankuasa Keselamatan

dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tok Molor dan berkesempatan melakuakn gimik pelancaran pertandingan memancing yang disertai kira-kira 200 penduduk setempat dengan melempar joran ke sungai Tok Molor sebelum berjaya menaikkan seekor ikan

Penduduk melihat pelan pembangunan kawasan Kampung Ladang, Kuala Terengganu termasuk pembinaan pangsapuri 30 tingkat di Ladang Tok Pelam.

Kejayaan anak pengubat hati

(PJJ) di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Berkat doa dan hasil memperolehi PhD. bimbingan yang sempur- Anak kedua, Mohd Azina membuatkan kelima-li- zul Hakim, 26, bertugas ma permata hati To’ Puan sebagai jurutera syarikat Hajah Rohani Abdullah, penerbangan di Miri, Sara53, berjaya memilki ker- wak. Manakala Najibah jaya yang disegani, selain Wajihah, 24, dan Muhamcemerlang dalam pelaja- mad Adib Thaqif, 19 pula menuntut dalam bidang ran. To’ Puan Hajah Rohani, perubatan, masing-masing suri kepada Setiausaha di Royal Collage Of SurKerajaan negeri, Dato’ geon, Ireland dan Kolej Haji Mazlan Ngah yang Perubatan Indonesia. juga Pengerusi Persatuan Anak bongsu, MuhamSuri dan Anggota Wan- mad Arif Zakwan, 14, pula ita Perkhidmatan Awam sedang belajar di Makcawangan Terengganu tab Rendah Sains Mara (Puspanita) bersyukur (MRSM), Kuala Berang. dengan nikmat yang dil- To’ Puan Rohani meruimpahi Allah s.w.t walau- pakan bekas pendidik pun kadangkala turut Sekolah Kebangsaan Kuamenerima dugaan sepan- la Ibai, Kuala Terengganu, keputusan jang membesarkan anak- mengambil bersara awal kerana ingin anak. Cahaya mata sulung, memberi lebih tumpuan Mailaitul Syima Mazlan, terhadap keluarga selain 29, kini bertugas seba- ingin mendalami ilmu gai guru, `dek’tidak puas agama. menuntut ilmu, dia mem- Tiada petua istimewa buat keputusan menyam- yang diamalkan untuk bung Pengajian Jarak Jauh memperoleh anak cemer-

sembilang. Program berakhir dengan majlis dialog bersama kira-kira 60 pemilik akaun Facebook di Majlis Temu Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Facebooker, di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Bukit Besar.

lang melainkan sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t setiap kali selepas solat lima waktu dan solat sunat hajat. “Kelima –lima anak-anak cukup rapat dengan saya dan suami, jika mempunyai masalah sama ada berkaitan pelajaran mahu pun soal peribadi mereka tidak segan untuk berkongsi cerita. “Hubungan yang serasi dan rapat mungkin disebabkan amalan kami sejak duulu lagi gemar melakukan aktiviti bersama-sama termasuk membersih kawasan rumah, membasuh kereta, memasak, membeli-belah, bersukan dan bersiar-siar,” katanya ketika ditanya mengenai petua mendidik anak-anak. Setiap hari, beliau juga akan memastikan anak-anak dan suami tercinta merasai masakan daripada air tangannya sendiri walaupun ketika itu sibuk dengan tugasan di sekolah mahu pun berpersatuan. “Menu paling digemari

anak-anak adalah ikan sing- beliau masih ingin dengan gang berserta ulaman kam- berahsia pung dan budu. Anak yang saya,” katanya. tinggal berjauhan sanggup pulang sekiranya teringin merasai menu kegemaran itu. “Saya cukup mementingkan aspek pemak- TO’ PUAN HAJAH anan anak-anak dengan ROHANI menggalakkan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, kismis serta buah-buahan dan bukannya makanan ringan atau segera bagi memastikan minda dan kesihatan yang baik,”katanya ketika di temui di Rumah Kediaman Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. To’ Puan Rohani berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga bahagia termasuk memiliki suami yang penyayang dan memiliki sifat suka berahsia pada sesetengah aspek. “Sifat kuat berahsia itu kadang-kala membuat saya pelik, contohnya sewaktu dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pun,


rencana

MIMBAR “‫”ممليهارا نعمت كأمانن‬ ‫دالم سجاره كتمادونن مأنسي تله‬ ‫منونجوقكن بتاف نعمت كأمانن ممبري‬ ‫سومبغن بسر كفد كمعمورن دان‬ ‫ كأمانن برارتي كيت‬.‫كسجهتراءن دنيا‬ ‫بيبس دري سضاال بنتوق انخمن يغ‬ ‫ كيت‬.‫مغضوضت كهرمونيان هيدوف‬ ‫امت برشكور بهاوا نضارا كيت برادا‬ ‫دالم سواسان امان دان داماي واالوفون‬ ‫فد كتيك اين سداغ مغهادفي ببراف ايسو‬ ‫ دغن‬.‫يغ بوليه مغنخم كسالمتن نضارا‬ ‫كأمانن كيت دافت مالكوكن اوروسن‬ ‫ ضرون‬،‫كهيدوفن دنيا تنفا مراسا تاكوت‬ ‫دان دغنث جوض بوليه ممباوا باثق‬ ‫كباءيقكن سرتا رزقي كفد مأنسي دان‬ ‫ فرمان هللا سبحانه وتعالى دالم‬.‫نضارا‬ 112 ‫سورة النهل ايات‬

‫ “دان هللا ممبريكن ساتو‬:‫مقصودث‬ ‫ميثلن; سبواه نضري يغ امان داماي دان‬ ‫ يغ دداتغي رزقيث يغ ميواه دري‬،‫تنترام‬ ‫ تتافي فندودوقث كوفوركن‬،‫ تمفت‬۲‫تياف‬ ‫ مك هللا مراساكنث‬،‫ هللا ايت‬۲‫نعمت‬ ‫كالفرن دان كتاقوتن دسببكن اف يغ‬ ‫مريك تله الكوكن‬ ‫ممليهارا كأمانن اداله سواتو يغ دتونتوت‬ ‫ بغسا‬،‫دالم كهيدوفن تنفا مغيرا انوتن اضام‬ ‫ سجاره تله ممبوقتيكن‬.‫اتاو كتورونن‬ ‫نبي إبراهيم عليه السالم سماس منروك‬ ‫فمبوكاءن مكة سباضاي فوست عبادة‬ ‫دان تانه سوخي تله مندعاءكن اضر‬ ‫مكة دكورنياكن هللا سبحانه وتعالى دغن‬ ‫ كيت جوض‬.‫كأمانن دان كمعمورن‬ ‫تله مثقسيكن بتاف روضي دان مالغث‬ ‫ فرسغكيتاءن‬،‫ يغ دلندا ككاخاون‬۲‫نضارا‬ ‫ بركناءن بوكن‬۲‫ نضارا‬.‫دان فرفخاهن‬ ‫سهاج كتيغضالن دان موندور دالم اسفيك‬ ‫كماجوان دان فمباغونن ماله كسالمتن‬ .‫هيدوف سهارين فون سنتياس ترانخم‬ ‫ اضام إسالم منولق‬،‫جوسترو ايت‬ ‫هارا كأمانن‬-‫ يغ بوليه مغهورو‬۲‫ضرقن‬ ‫سسبواه نضارا ترماسوقله ضرقن‬ ‫فالمفاو‬

BISNES Oleh: Suriati Ali NR Cafe milik usahawan Bumiputera, Encik Nazmi Ghazali pastinya menjanjikan kelainan berbanding restoran lain berikutan menampilkan konsep garapan alam semula jadi sebagai lanskap yang memenuhi setiap penjuru restoran termasuk beratap rumbia dan bertiangkan batang pokok. Selain itu, bacaan doa dan motivasi kepada kakitangan pasti tidak dilupakan Encik Nazmi setiap kali ingin memulakan perniagaan yang bermula jam 3 petang sehingga 12.30 tengah malam bertujuan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Dengan merasai pengalaman menikmati hidangan dalam rimba sambil di kelilingi suasana santai, segar dan terbuka, selain dapat melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar raya, NR Cafe pasti menjanjikan kelainan bagi pengunjung yang datang untuk menjamu selera. Alangkah damainya berada di NR Cafe atau Nazmi Rohani Cafe ini. Desingan unggas yang memecah kesunyian, tumbuhan rendang di kiri dan kanan, ditambah dengan cahaya neon bak kerdipan kelip-kelip di tengah malam membuatkan pengunjung teruja dan terus memilih restoran ini untuk menjamu selera. Menu masakannya pula pasti memenuhi kehendak pengunjung. Sebut sahaja masakan Barat, makanan laut, masakan Thai pastinya boleh didapati di sini. Pemiliknya, Nazmi Ghazali, berkata NR Cafe digarap berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menjadi pereka bentuk bangunan dan rumah serta merantau ke beberapa tempat. Katanya, pada awal memulakan perniagaan lima tahun lalu, agak sukar bagi dirinya memperkenalkan idea dan konsep ini kepada pelanggan berikutan masih baru bagi mereka. “Rata-rata yang datang menjamu selera mereka mengakui teruja kerana tidak pernah menemui restoran seumpama ini di Terengganu atau di tempat lain,” katanya. NR Cafe terletak kira-kira satu kilometer (km) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atau 12 km dari Kuala Terengganu. Dengan kedudukannya yang strategik ini tidak hairanlah ia menjadi tumpuan golongan pelajar, penduduk setempat dan juga pengunjung luar untuk menjamu selera. Lebih 60 menu istimewa termasuk tom yam, sup belut, halia telur puyuh dan

15-30 Jun 2011

11

NR Cafe tampil konsep semula jadi nasi goreng cukup membangkitkan selera pengunjung. Bukan itu sahaja malah pengunjung juga boleh menikmati hidangan masakan Barat seperti chicken chop, chicken grill dan black pepper steak. Selain itu, NR Cafe juga turut menghidangkan pelbagai jenis snek serta makanan tempatan seperti keropok lekor goreng se-

bagai hidangan ringan. Jika mahukan yang lebih istimewa, nasi goreng nanas yang dihidangkan di dalam buah nanas pasti membuka selera pengunjung. Bagi penggemar ikan bakar pula, pelbagai jenis ikan seperti ikan siakap, bawal, kerapu kembung, cencaru, pari dan sotong sedia menanti untuk dibakar atau dimasak dalam cara.

NR Cafe juga menerima tempahan untuk majlismajlis tertentu dan restoran ini mampu menampung sehingga 150 orang pada satusatu masa. Encik Nazmi mengalualukan golongan belia di Terengganu bekerja di restoran miliknya kerana dia sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar jika ingin menjadi usahawan berjaya.

NR Cafe menjanjikan kelainan berbanding restoran lain berikutan penampilan konsep garapan alam semula jadi.


12

15-30 Jun 2011

IKON Oleh: Aida Abd Rahman Jika tidak menjadi pemain bola sepak profesional, pemuda tinggi lampai yang cukup dikenali umum kerana aksi cemerlang mengawal gawang selaku pemain pertahanan pasukan Terengganu ini mungkin berkhidmat sebagai pegawai polis berikutan minat yang mendalam terhadap kerjaya itu ketika di bangku sekolah. Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohd Mazuki Yusof bersama seorang rakan baik meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sejurus menamatkan Tingkatan Lima di SMK Chendering pada 1998. Bagaimanapun, impian menyarung sut seragam penjawat awam itu tidak menjadi realiti kerana keputusannya bagi membuat transformasi kerjaya setahun kemudian, selepas menerima peluang keemasan untuk menyertai skuad bola sepak negara dalam kejohanan Piala Milo Bawah 18 tahun. Cita-cita awal itu terpaksa dilupakan, biarpun rakan baiknya kini sudah pun bergelar Inspektor polis sejurus tamat pelajaran di Tingkatan Enam Atas. Keputusan yang dibuat pemuda berasal dari Kampung Aur Chendering 15 tahun lalu itu nyata tidak sia-sia. Dia yang dilantik sebagai Kapten Terengganu sejak 2007 kini berada di landasan sebenar sebagai pemain bola sepak yang disegani dan berpengalaman dalam liga profesional tempatan. Sepanjang karier, anak kelima daripada sembilan beradik itu pernah berkelana untukmencuba nasib mewakili skuad Telekom Melaka sepanjang 2005 hingga 2006 dan kembali bersama pasukan negeri kelahiran lantaran pelbagai kelebihan dan kepuasan berkhidmat di tempat sendiri. Pemuda yang menamatkan zaman bujang pada 2004 bersama

BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah Tanggungjawab sebagai ketua kampung tidak semudah diucap, apa lagi jika tugas berkenaan dipikul oleh seorang wanita yang perlu memberi banyak komitmen lain antara kerjaya,keluarga dan masyarakat. Tugas yang disandang sejak tiga tahun lalu itu membuatkan Hajah Salmah Abdullah, 54, sentiasa berdepan dengan pelbagai kerenah anggota masyarakat. “Segalanya harus ditangani dengan minda terbuka, kerana sebagai ketua orang yang di bawah harus didahulukan dan segala pandangan dan teguran diperbaiki bersama,” katanya dalam pertemuan dengan Teganukita.

rencana

Transformasi Mazuki berbaloi Mazuki bersama rakan sepasukan dalam skuad Terengganu.

suri pilihan hati, Shahida Emilia Muhamad, 30 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Muhaimin, 6, dan Qaseh Mia Areesya,2, setia bersama pasukan Penyu sejak lima musim lalu yang kini di bawah kendalian jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim. “Bukan saya tidak mahu mencuba nasib lebih lama di tempat orang, tetapi apabila di kampung sendiri dengan keluarga tersayang berada bersama khususnya melihat dua anak membesar depan mata menyebabkan saya lebih fokus dan mampu memberi komitmen terhadap kerjaya ini,” katanya yang turut akrab dengan rakan sepasukan yang kebanyakannya berusia bawah 25 tahun. Selain isteri dan anak-anak yang memahami kerjayanya yang menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan terutama apabila sering ditinggalkan ketika perlawanan berlangsung di gelanggang lawan, Mazuki turut memiliki dua individu yang menjadi watak penting membina kegemilangannya dalam arena itu. Dua individu itu merupakan arwah bapanya, Yusof Mamat, ketika hayatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira enam bulan lalu akibat penyakit jantung, sering memberi perangsang buat satu-satunya

zuriat yang terlibat dalam sukan itu supaya melakukan yang terbaik serta sentiasa bersedia dalam pelbagai aspek ketika menentang lawan. Selain bapa, ibunya, Wook Taib, juga tidak pernah serik untuk mendoakan kejayaannya. Malah, setiap kali dia beraksi dan perlawanan disiarkan melalui kaca televisyen, kedua orang tuanya itu antara penyokong fanatik, namun kerana perasaan cemas yang melampau, ibu dan bapanya pasti tidak senang duduk sehingga membawa diri jauh dari televisyen demi menenangkan perasaan. “Mak dan arwah ayah secara spontan akan menjadi hilang arah apabila saya beraksi. Dia selalu mendoakan yang terbaik dan bimbang kejadian buruk menimpa saya, sebab itu mereka tidak boleh menonton sehingga perlawanan tamat. Mereka juga tidak sanggup pasukan Terengganu kalah,” kata pemuda yang lahir tanggal 3 Januari 1981 itu lagi. Dari sisi lainnya, pemuda yang tidak lekang dengan senyuman ini menyimpan hasrat untuk terus menyumbang tenaga setidak-tidaknya untuk tempoh lima musim lagi bersama skuad Terengganu selagi khidmatnya dan kudratnya masih berupaya

membantu skuad `Peteh Ganu Peteh’ itu . Menurut Mazuki, hasil adunan aspek pengurusan pasukan yang baik serta pemain yang memberi komitmen padu dan disiplin yang tinggi dalam setiap perlawanan menjadi faktor pasukan Terengganu sentiasa konsisten dan menempatkan diri antara tiga pasukan terbaik dalam Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu. Malah, faktor itu turut mengukir momen paling manis dalam kariernya itu, selepas mengulangi kejayaan menjulang trofi Piala FA buat kali kedua dalam tempoh 11 tahun menerusi kemenangan ketika menentang pasukan tetangga, Kelantan dalam perlawanan yang penuh dramatik, di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tanggal 11 Jun lalu. “Melihat sokongan peminat, laungan mereka di luar padang menyuntik kekuatan dan menambahkan semangat saya untuk sama-sama anak buah beraksi sehabis daya dan terus mengasak kubu lawan. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi Terengganu dan tiada siapa berhak menafikan kejayaan itu,” katanya yang turut memiliki koleksi pingat emas ketika mewakili skuad negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam 2003. Selepas mendakap kejayaan demi kejayaan, Mazuki kini memasang impian untuk menambah koleksi kejuaraan dalam Piala Malaysia pula, selepas pernah meraihnya ketika awal pembabitan bersama Terengganu pada 2001 lalu. “ Saya harus optimis dan yakin kerana dalam sukan bola sepak, apa sahaja boleh berlaku, asalkan semua rakan sepasukan gigih mahu memburu kejayaan dalam

setiap perlawanan. Pastikan berjuang habishabisan sehingga ke tiupan wisel yang terakhir,” katanya

Hajah Salmah cekal galas tugas JKKK

Hajah Salmah tidak sekali-kali segan atau malu untuk turut sama menyertai program gotong-royong bersama penduduk .

Kampung Tengah, Mengabang Telipot dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dan Parlimen Kuala Nerus mempunyai 500 orang pen-

duduk daripada 130 keluarga. Majoriti penduduknya merupakan golongan petani, nelayan dan buruh kontrak yang sebahagian besar berada di bawah

kategori miskin dan miskin tegar. “Perpaduan menjadi matlamat utama dan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agenda memupuk semangat kejiranan dan saling membantu sentiasa disemarakkan,” kata kakitangan Kemas itu lagi. Sikap kecintaan terhadap kampung halaman diserlahkan melalui program gotong- royong membersih kawasan rumah kediaman, sekitar kampung dan tanah perkuburan yang diadakan secara berkala. Mengenai sikap sesetengah anggota masyarakat yang kurang peka dengan aktiviti yang dianjurkan, beliau mengambil jalan tengah dan terus mengamalkan sikap berbaik antara satu sama

lain tanpa timbul unsur prejudis. Di samping tugas ketua kampung, Hajah Salmah turut memegang jawatan lain, antaranya Ketua Umno Cawangan, Ketua Wanita Umno Cawangan, Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kuala Nerus dan Bendahari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Kuala Nerus. Banyak tugas yang terpikul di bahunya, bertambah kuat azamnya untuk membantu masyarakat untuk berubah ke arah kebaikan serta bersama mendukung pembangunan kerajaan dari masa ke semasa. “Saya menganggapkan ini sebagai tanggungjawab antara manusia dengan manusia lain yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.


rencana

DESTINASI

15-30 Jun 2011

13

Keindahan Pulau Kapas jadi tarikan pelancong

Oleh: Suriati Ali Kebiruan air laut dan pasir pantainya yang memutih membuatkan destinasi tersohor Pulau Kapas, Marang terus menjadi sebutan pelancong tempatan dan luar negara `dek’ keindahan panoramanya itu. Bagi kebanyakan pelancong terutama yang meminati keindahan alam semula jadi dan ingin lari dari kesibukan kota, Pulau Kapas menjadi lokasi wajib bagi mereka setiap kali mengunjungi Terengganu. Mereka yang datang secara individu, bersama keluarga atau secara kumpulan akan menginap di resort dan chalet pilihan masing-masing. Antara resort yang terdapat di lokasi itu ialah Makcik Gemuk Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Coral Beach, Duta Puri Island Resort,

dan Gems Island Resort. Jika kurang berminat untuk bermalam di chalet, mereka boleh membuat alternatif mendirikan khemah di tapak perkhemahan (Harmoner Camp Site) yang tersedia di kawasan itu dengan kadar sewa serendah RM11 bagi setiap individu. Pelbagai aktiviti boleh disertai termasuk mencandat sotong, menyelam, snorke-ling, berkayak, mengadakan hari keluarga, bersantai dan memancing apabila berada di pulau peranginan itu. Malah, penyelam juga boleh menyaksikan sendiri keindahan dasar laut Pulau Kapas yang diserikan dengan gerak-geri pelbagai spesies ikan berwarna warni serta terumbu karang. Selain itu, pelancong turut berpeluang menyaksikan rangka kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia di kawasan utara Pulau Kapas. Pada masa yang sama, penyelam dinasihatkan berhati-hati dengan landak laut di mana durinya sangat berbisa sekiranya terpijak, selain obor-obor yang boleh mengakibatkan badan gatal-gatal jika terkena

sengatnya. Jika bernasib baik, mereka boleh terserempak dengan penyu yang mendarat di perairan pantai untuk bertelur. Perjalanan ke lokasi itu hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Marang.


14

15-30 Jun 2011

MBKT sasar RM50j pendapatan Ma j li s Bandaraya Kuala Terengganu ( M B K T ) mensasarkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM50 j u t a sepanjang tahun ini. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang (gambar) , berkata sasaran itu dibuat berdasarkan perolehan yang menggalakkan berjumlah RM38 juta pada tahun lalu. “Sehingga kini, dalam tempoh pertengahan tahun hasil yang mampu dikutip t i d a k sampai separuh daripada sasaran yang ditetapkan, bagaimanapun kita yakin sasaran itu dapat dicapai. “Kutipan lainnya melalui pembayaran cukai pintu yang lazimnya dibuat pada bulan Ogos kerana selepas Ogos mereka akan didenda. Kita akan memastikan penduduk membayar cukai pintu sekaligus meningkatan pendapatan MBKT,” katanya ketika sidang media semasa program MBKT Bersama Media di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, pertambahan hasil yang diperolehi MBKT membolehkan

lebih banyak kemudahan dibangunkan untuk meningkatkan keselesaan warga bandar raya. Selain itu, MBKT turut mensasarkan pertambahan hasil bagi kutipan letak kereta termasuk saman yang dikeluarkan bagi tujuan itu kepada RM1.5 juta menjelang hujung tahun ini. Dato’ Adzlan berkata, pada tahun lalu MBKT berjaya membuat kutipan RM4 juta, berbanding dua tahun lalu sebanyak RM1 juta dapat dikumpul. Sementara itu, pada tahun ini MBKT mensasarkan kutipan sebanyak RM5.5 juta. Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan hampir 10,000 saman pada setiap bulan namun, hanya separuh daripada nilai tersebut dibayar oleh pengguna setakat ini. Pada masa yang sama, dalam usaha memastikan orang ramai membayar saman, MBKT bukan sahaja bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, malah turut membuka kaunter pembayaran di pejabat daerah, bank serta pejabat pos.

Kanak TPK mula hafaz surah Kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun di 65 T a s k a Permata Keluarga ( T P K ) milik Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di seluruh negeri ini mula menghafaz 23 surah lazim yang dijangka diperdengarkan kepada umum September nanti. Pengarah YPK Encik Mohd Safaruddin Mustaffa, berkata pihaknya mengharapkan jumlah lebih besar boleh dicapai kanak-kanak TPK dalam menghafaz 23 surah lazim pada tahun ini. “Untuk capai sasaran berkenaan, setiap pagi mereka perlu menghafaz beberapa surah sebelum memulakan aktiviti dan pembelajaran. Ketika aktiviti pun dimulakan dengan sebutan ayat-ayat suci alQuran agar setiap patah perkataan itu mudah melekat di hati mereka,” katanya. Pada tahun lalu ka-

tanya, 735 kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun boleh menghafaz 23 surah lazim dan tahun ini jumlah itu akan lebih meningkat lagi. P e n g u r u s Ta s k a TPK Batas Baru, Kuala Terengganu, Puan Norhayati Omar, berkata menjadi rutin pagi bagi kanak-kanak TPK menghafaz surah-surah lazim bersama ustaz dan ustazah sebelum memulakan pembelajaran dan aktiviti harian. “Kanak-kanak berkenaan dipastikan peka dengan amalan itu supaya tidak ketinggalan. Mereka yang menunjukkan minat saja akan dipilih menyertai Program Menghafaz 23 Surah Lazim. “Ibu bapa disarankan membantu anak-anak menghafaz setiap surah dikehendaki di rumah supaya lebih cepat ingat dan lancar,” katanya.

am

Pulau Bidong destinasi sukan air Kerajaan negeri sedang giat mempromosikan Pulau Bidong yang terkenal sebagai penempatan pelarian dari negara Vietnam pada tahun 70-an, sebagai destinasi sukan air, selam skuba dan snorkeling. Bagi tujuan itu, Eksplorasi Bidong Tourism Malaysia Bersama Media 2011 selama tiga hari dua malam, melibatkan penyertaan wartawan dan jurugambar daripada pel-

bagai media cetak dan elektronik, d i l a n c a r k a n bagi menarik pengunjung ke situ. Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, K e s e n i a n dan Warisan Negeri, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, beliau berkata pihaknya

tidak mahu pulau yang terkenal di seluruh dunia itu kerana peninggalan sejarahnya, terbiar begitu saja, sedangkan masih banyak hidupan laut yang boleh terus dipulihara dan dijaga. Program berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia diharapkan dapat memberi promosi sewajarnya dan mempopularkan semula pulau yang agak terbiar itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap pulau berkenaan akan menjadi destinasi pelancongan terkenal dan mampu menarik mereka yang gemar beriadah dan meminati sukan air. Katanya, pulau tersebut masih kaya dengan khazanah alam semulajadi dan mampu m e n j a d i lokasi pelancongan terkenal jika diberi perhatian dan promosi diadakan dari semasa ke semasa.

YT sedia Modul Kelas Maya Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Hazwan Rosli Kerajaan negeri sedang merangka modul khas bagi melaksanakan Kelas Maya di sekolahsekolah menengah di negeri Terengganu. Bagi tujuan itu, guruguru Sekolah Menengah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu ditugaskan untuk menyediakan modul berkenaan. Buat masa ini modul bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sudah siap, manakala bagi mata pelajaran lain dijangka siap selewat-lewatnya Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kelas maya bagi pelajar sekolah menengah akan dimulakan selepas modul tersebut siap. “Pada masa ini kita menumpukan k e p a d a usaha-usaha memasang peralatan di sekolah-sekolah menengah berkenaan bagi menjalankan kelas maya,” k a t a n y a pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab dan Pelancaran Modul Virtual Class Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT 2011 di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman, baru-baru ini. YB Ahmad Razif berkata, tujuh sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai projek perintis kelas maya, iaitu Sekolah Menengah Elit Lembah Bidong dan Mak Lagam serta lima Sekolah Menengah Imtiaz di negeri ini. “Kerajaan negeri berharap kelas maya bagi

YB Haji Ahmad Razif meninjau pelajar Sekolah Imtiaz Kemaman belajar menggunakan modul Kelas Maya.

Pelajar cemerlang dari Sekolah Imtiaz seluruh negeri Terengganu bersama anugerah yang diperolehi mereka yang disampaikan YB Haji Ahmad Razif selepas Majlis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab dan Pelancaran Modul Kelas Maya Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT 2011 di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman.

sekolah menengah di negeri ini akan dimulakan pada tahun ini juga bagi membolehkan lebih ramai pelajar didedahkan kepada bidang ICT,” ujar beliau. Beliau berkata, pema-

sangan peralatan di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman yang bernilai RM90,000 sudah pun siap manakala di sekolah Imtiaz lain akan dipasang tidak lama lagi.

“Kelas Maya di Sekolah Elit boleh dimulakan pada bulan Julai dan pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan akan bermula selepas m o d u l tersebut siap,” katanya.


am

Nasib anak yatim terbela Oleh: Suriati Ali Golongan anak yatim di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menjadikan alasan ketiadaan kasih sayang serta sokongan daripada ibu bapa menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar dan tidak cemerlang dalam peperiksaan. Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor, berkata mana-mana pelajar kematian ibu atau bapa tidak perlu berasa tersisih dalam menuntut ilmu kerana ada pihak bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi sokongan. Katanya, di Terengganu, agensi kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai aktiviti serta program semata-mata ingin membantu meringankan beban selain

DATO’ DR TENGKU MAHMUD

mengelak golongan itu berasa tersisih. “Pihak kami mengakui masih terdapat segelintir anak yatim di negeri ini masih ketinggalan dalam pelajaran selain kurang berjaya menempatkan diri di universiti tempatan. “Faktor itu berlaku mungkin d i s e b a b k a n kurangnya s okongan moral, malah insan diharapkan iaitu ibu atau

bapa berkahwin lain, dihimpit kemiskinan dan ganguan emosi,” katanya baru-baru ini. Katanya, bagi mengurangkan tekanan itu, pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk kelas tambahan, sukaneka, lawatan sambil belajar, bantuan pakaian sekolah, program anak angkat, motivasi dan kem jati diri. Selain itu, seramai 200 anak yatim kini melanjutkan pelajaran di Kolej Bestari, Setiu berjaya menamatkan pengajian masing-masing. “Apa yang membanggakan, kesemua mereka mendapat keputusan yang memuaskan atau melepasi sasaran yang diinginkan. Pelbagai pendekatan dilaksanakan termasuk memberi bantuan kewangan dan kelengkapan belajar semata-mata ingin

merangsang minda dan memastikan matlamat itu tercapai. “Antara pendekatan diambil adalah melalui lawatan sambil belajar ke beberapa universiti terkenal di seluruh negara,” katanya. Katanya, langkah itu mampu memberi pendedahan kepada mereka untuk mengetahui cara hidup sebenar di kampus, selain sentiasa memantau bagi mengenal pasti golongan itu berpotensi mencapai kecemerlangan dalam setiap mata pelajaran dan peperiksaan utama. “Bagi mereka yang cemerlang, ia tidak menjadi masalah untuk melanjutkan ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA kerana Perkaya sentiasa membantu daripada pelbagai aspek sama ada kewangan dan moral,” katanya.

Kerajaan negeri cakna rakyat - MB Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mencabar pemimpin parti pembangkang supaya menamakan perkara-perkara yang masih belum dilakukan Kerajaan Terengganu bagi m e n j a g a kebajikan penduduk negeri ini, k h u s u s n y a di kalangan umat Islam. Beliau berkata, sehingga ini semua keperluan penduduk terutama dari kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah sudah disediakan sama ada oleh kerajaan negeri mahu pun Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN). “K e r a j a a n Terengganu memberi bantuan bermula dari keperluan sekolah anak-anak berupa biasiswa, bantuan uniform dan bantuan awal kemasukan ke asrama penuh hinggalah ke universiti. “Manakala bantuan lain turut disediakan kerajaan dari segi bantuan untuk ibu tunggal, fakir miskin dan memulakan perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Masjid Daerah Kemaman di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman ,baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Kemaman, Haji Kamil Othman, imam dan bilal seluruh daerah Kemaman. Menteri Besar berkata, penduduk negeri ini tidak

Pas tidak perlu mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka mahu menjaga kebajikan mereka kerana perkara itu sudah lama dilakukan Kerajaan Barisan Nasional.

Para imam dan bilal mengambil kesempatan bermesra dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Masjid Daerah Kemaman, di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.

perlu keliru dengan hasrat pemimpin Pas kononnya parti itu dan rakan-rakan mereka dalam p a k a t a n pembangkang mahu menubuhkan negara kebajikan jika diberi peluang memerintah negara ini.

“Dulu Pas mendakwa mereka berjuang untuk Islam tetapi kini mereka tukar kepada negara kebajikan pula. Apa yang saya nampak pemimpin Pas menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka

saja,” katanya. Beliau berkata, Pas tidak perlu mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka mahu menjaga kebajikan mereka kerana perkara itu sudah lama dilakukan Kerajaan Barisan Nasional.

15-30 Jun 2011

15

Muafakat Mara puji langkah Terengganu agih e-Book Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) Majlis Amanah Rakyat (Mara) memuji langkah Kerajaan Terengganu yang menyediakan peruntukan besar m e m b e k a l k a n pelajar sekolah rendah di negeri ini dengan e-Book bagi meningkatkan tahap pendidikan.

Langkah Kerajaan Terengganu membekalkan e-Book kepada pelajar seluruh negeri ini menjadi perangsang untuk Muafakat Mara terus mempergiatkan usaha bagi memastikan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di Maktab Ren dah Sains Mara (MRSM) melalui penggunaan komputer riba.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Haji Hassan Ahmad, berkata pendekatan itu turut menjadi perangsang untuk Muafakat Mara terus mempergiatkan usaha bagi memastikan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melalui penggunaan komputer riba. Beliau berkata, Muafakat Mara meminta semua ibu bapa pelajar MRSM d a p a t membeli komputer r i b a kepada anak-anak mereka melalui pihak sekolah bagi merealisasikan hasrat itu. “Kita harap ibu bapa memberi sokongan terhadap usaha kita dalam memastikan MRSM mencapai pendidikan bertaraf dunia dan menyediakan

anak mereka dengan peralatan bagi kemudahan pembelajaran ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Muafakat Mara Kali Ke-9, di Hotel Grandcontinental, Kuala Terengganu, barubaru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan majlis itu. Lebih 200 perwakilan hadir ke mesyuarat agung berkenaan. Haji Hassan berkata, pihaknya mensasarkan semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di MRSM akan memiliki komputer riba masing-masing suatu masa nanti selepas melancarkan program itu sejak Januari lalu. “Kita sudah melaksanakan program itu mulai Januari dan ia sedang berjalan. Pelajar boleh membelinya melalui pihak sekolah secara beransuransur dan boleh berunding jika tidak mampu membayar sepenuhnya kerana kita akan membantu. “Semua pelajar perlu memiliki komputer riba ini, apatah lagi MRSM dikenali sebagai sekolah yang memang cemerlang dan berkualiti tetapi masih menggunakan kaedah pelajaran cara lama seperti penggunaan buku teks dan nota,” katanya. Beliau turut meminta ibu bapa mengubah mentaliti supaya dapat menyediakan kemudahan yang lebih berkualiti dan terjamin bagi memastikan tahap pelajaran anak-anak mereka meningkat berikutan kemudahan serta pembiayaan lain sudah ditaja sepenuhnya pihak kerajaan. Dalam p a d a itu, pihaknya juga sedang melaksanakan penambahbaikan dari masa ke semasa untuk memastikan sistem pelajaran di MRSM akan menggunakan komputer r i b a sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pelajaran sedia ada.


sukan Bil. 43 (15-30 Jun 2011) http://teganukita.blogspot.com

Imbuhan RM800,000 untuk pemenang Sukma KL Oleh: Aida Abd Rahman menerima RM2,000 seorang dalam satu majlis Kerajaan negeri khas yang dijangka berbakal mengagihkan in- langsung selepas Ramasentif berupa wang tu- dan ini. nai berjumlah kira-kira Pengerusi JawatankuaRM800,000 kepada se- sa Belia dan Sukan negmua atlet yang berjaya eri, YB Haji Rozi Mamat meraih pingat pada te- (gambar), berkata seramai masya Sukan Malaysia 66 atlet mendapat insentif (Sukma) Ke-13 Kuala RM5,000 seorang hasil Lumpur, baru-baru ini. pungutan pingat emas da Setiap pemenang pin- lam temasya edisi ke-13 gat emas dalam acara yang lalu. individu a t a u p u n ber- “Walaupun kita meraih pasukan akan menda- 30 pingat emas keselurupat RM5,000, manakala han, atlet yang menerima pemenang pingat perak insentif atas kemenanRM3,000, diikuti peme- gan itu meningkat sekali nang pingat gangsa akan ganda berikutan pingat itu

Emas RM5,000 Perak RM3,000 Gangsa RM2,000 banyak dikumpul menerusi acara berpasukan berbanding acara individu. “Apabila acara berpasukan melibatkan sehingga 20 pemain dan faktor itu yang menyebabkan jumlah insentif meningkat begitu banyak,” katanya ketika sidang media di majlis perjumpaan bersama pengurus pasukan dan jurulatih Sukma Ke-14

Terengganu destinasi akhir LTdL tahun depan Sesuai dengan status negeri yang menjadi `kilang’ melahirkan jaguh sukan berbasikal negara dan mampu mengharumkan nama di persada antarabangsa, Terengganu diberi penghormatan apabila buat pertama kalinya dipilih sebagai destinasi terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012. Sebelum ini, perlumbaan berprestij yang disertai pelumba seluruh dunia itu ditamatkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata p e m i l i h a n Terengganu

dibuat sebagai memberi penghormatan kepada negeri itu atas usaha dan pelaburan mereka dalam menghasilkan ramai pelumba negara dalam acara trek dan lebuh raya. “Penghormatan ini menjadi cabaran kepada negeri lain supaya mempunyai program pembangunan masing-masing dalam usaha mencungkil bakat baru dalam sukan berbasikal,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman laluan LTdL 2012, di Putrajaya, Selangor, baru-baru ini. Dalam majlis itu turut berlangsung pertukaran memorandum persefaha-

man antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan wakil dari dua pasukan ProTour, Team garminCervelo dan Pro Team Astana. Malah, penganjuran tahun depan turut mempertandingkan kembali acara Ujian Masa Individu 20.3 kilometer (km) yang menjadi ujian getir setiap pelumba. Dato’ Seri Ahmad Shabery berkata, penganjuran edisi ke-17 tidak melibatkan kos tinggi berbanding sebelum ini berikutan tidak melibatkan perlumbaan di Pulau Langkawi. “LTdL adalah jenama

Pahang 2012, di Dewan Auditorium 1, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Zainal Abidin Hussin dan Timbalannya, Encik Ibni Amin Busu. Dalam Sukma edisi ke13 pada 2 hingga 12 Jun

lalu, Terengganu meraih 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa untuk muncul juara keseluruhan dan mengekalkan kejuaraan itu buat kali ketiga berturut-turut dalam temasya itu sejak 2008. Sementara itu, Kontinjen Terengganu mensasarkan 58 pingat emas menerusi penyertaan dalam 24 acara sukan yang menawarkan lebih 100

pingat emas, sekaligus berhasrat mengekalkan kejuaraan dalam temasya itu buat kali keempat berturut-turut. Sehingga kini, Sukma Ke-14 Pahang 2012 dijangka mempertandingkan 18 sukan wajib seperti olahraga, menembak, pencak silat, tenpin boling dan skuasy, manakala lima sukan pilihan pula adalah tinju, golf, petanque, bola tampar dan ekuestrian.

Dato’ Seri Ahmad Shabery (kanan) ketika melancarkan imej dan pengumuman laluan LTdL 2012 di Putrajaya, Selangor, baru-baru ini.

dan tidak semestinya kerana namanya Le Tour de Langkawi jadi kita harus melalui Langkawi. Bagaimanapun, kita tetap akan adakan perlumbaan di pulau terbabit berselang-seli. Contohnya pada 2011 kita ke Langkawi, jadi 2012 kita beri peluang kepada negeri lain dan

2013 kita kembali ke pulau itu,” katanya. Cabaran edisi ke-17 melibatkan perlumbaan sejauh 1,414.8km bermula dari Putrajaya pada 24 Februari hingga 4 Mac di Kuala Terengganu yang juga tuan rumah tiga peringkat bagi peringkat ke8, 9 dan terakhir, 10.

Sebanyak 22 pasukan profesional termasuk tiga pasukan tempatan yang juga skuad kebangsaan termasuk Terengganu Cycling Team (TSG) dan Le Tua Cycling Team bakal membawa cabaran negara dalam LTdL yang bertemakan `Ready For The Wold’ musim depan itu.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.