teganukita 20

Page 1

Jemaah Selatan Thailand ke Mekah melalui Terengganu

Sekitar Dewan Undangan Negeri Terengganu ms - 20 & 21

ms - 2

Perluas penggunaan e-Book ke seluruh Malaysia

ms - 22

Bil : 20 (01 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Jalin hubungan perdagangan Terengganu-China Penerbangan AirAsia membawa pelancong timbal balik dari Guangzhou ke negeri ini Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bersama pegawai kanan kerajaan negeri mengetuai rombongan usahawan dan ahli perniagaan negeri ke Guangzhou, dalam usaha menarik pelaburan dari bandar raya itu. Guangzhou terletak dalam wilayah Guangdong di Selatan China dan merupakan bandaraya tertua di dunia. Beliau mengadakan perbincangan dengan gabenor Guangzhou mengenai beberapa perkara terutama untuk menarik pelabur serta peluang-peluang perniagaan dua hala. “Kami akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu”, kata Dato’ Ahmad barubaru ini. “Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana,” katanya dengan penuh yakin. Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu. Rombongan dari Terengganu juga ke ekspo perdagangan antarabangsa yang sedang berlangsung di Guangzhou. lihat ms 2

Pelancong ke Tasik Kenyir meningkat ketara Dato’ Ahmad bersama Ahmad Razif memberi tunjuk ajar kepada pesakit talasemia menggunakan e-Book di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik HSNZ Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Pesakit talasemia manfaat e-Book Penggunaan e-Book bukan hanya disediakan untuk kanak-kanak normal yang mampu mengikuti sesi pelajaran arus perdana seperti kelazimannya, sebaliknya juga dibekalkan untuk penghidap talasemia yang ditempatkan di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia

negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sepuluh unit kemudahan pembelajaran di wad itu, baru- baru ini. Dato’ Ahmad berharap pesakit kanak-kanak di wad khas itu turut mendapat peluang yang sama sebagaimana pelajar normal dan sihat yang lain dalam mendapat nilai tambah arus pendidikan perdana yang diperuntukkan kerajaan negeri sejak tahun lalu.

Kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir sama ada menginap di hotel atau chalet di sekitar Tasik Kenyir pada 2007 ialah 93,000 manakala pada 2008, 133,000 orang dan terus meningkat kepada hampir 190,000 orang pada 2009 iaitu satu peningkatan yang ketara. “Secara keseluruhannya kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir begitu memberangsangkan dan perkembangan ini memberi satu rangsangan untuk terus membuat promosi bagi menarik pelancong ke negeri ini,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.. Mengenai kelengkapan infrastruktur yang terdapat di Tasik Kenyir Dato’Ahmad berkata, kerja-kerja penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memenuhi kedatangan pelancong yang lihat ms 3


2

Sabtu, 01 Mei 2010

am

Jemaah Selatan Thailand ke Mekah melalui Terengganu - Dato’ Ahmad Oleh Esah Abdullah Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebagai pilihan utama jemaah haji dari Thailand untuk menaiki penerbangan secara terus ke Mekah. Cadangan itu bertepatan memandangkan tempoh masa lebih singkat untuk penduduk Islam di Selatan Thailand menggunakan kemudahan yang terdapat di Terengganu, berbanding mereka perlu mengambil masa sehingga 22 jam melalui darat untuk ke Bangkok bagi menaiki penerbangan terus ke Mekah. “Perjalananan dari Se-

“Sebelum ini kita telah memulakannya dengan Syarikat Firefly yang membuat penerbangan terus ke Singapura dan turut merancang membuat penerbangan ke Guangzhou China minggu depan,” katanya. “Bagi saya,tiada makna jika ada lapangan terbang yang baik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya., Sebab itu kerajaan sedang membuat perundingan dengan beberapa Kerajaan Terengganu akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebagai pilihan utama jemaah haji dari hailand untuk menaiki penerbangan secara terus ke Mekah. - Gambar oleh Zulkipli Putra syarikat penerbangan serta menawarkan pelbagai intersebut untuk memberi latan Thailand ke LTSM Dato’ Ahmad Said kepada Iman baru-baru ini. sentif agar mereka dapat gambaran yang lebih jelas hanya memakan masa pemberita selepas mem- Katanya, kerajaan semendarat di lapangan terlima hingga enam sa- pengerusikan Mesyuarat dang mengaturkan perbin- mengenai perkhidmatan bang kita,” katanya. haja,” kata Menteri Besar, Exco di Wisma Darul cangan mengenai perkara yang kita sediakan..

dari ms 1

Terengganu pembekal sarang burung walit

Dato’ Ahmad menunjukkan Bandar Guangzhou di China yang bakal menjadi lokasi penerbangan dua hala melalui Air Asia.

Sebelum ini beliau memberitahu, Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam usaha membawa pelancong timbal balik antara Terengganu dengan negara China. Katanya, AirAsia akan membawa pelancong dari Guangzhou, China dengan kerjasama Dewan Perniagaan China Terengganu (DPCT). Turut dibawa dalam rombongan berkenaan ialah pengusaha industri burung walit yang akan mengadakan perjumpaan dengan pengedar sarang burung itu di sana. Dialog diadakan bagi mengembangkan industri itu dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pangkalan bekalan sarang burung walit yang bermutu tinggi di dunia. Difahamkan sehingga kini Terengganu mengeksport kira-kira 100 kilogram sarang burung walit sebulan ke Guangzhou dengan harga RM25,000 sekilogram.

Pengorbanan dan susah payah generasi dahulu yang menggunakan tulang empat kerat membersih kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian yang diwarisi oleh anak cucu mereka hari ini perlu dihargai. “Semua pihak harus menjaga dan menggunakan sebaik mungkin tanah peninggalan orang tua kita,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri di majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah di Dewan UMNO Kuala Nerus, Pekan Batu Enam, Kuala Nerus barubaru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli

166 terima geran hak milik tanah

Penduduk gembira selepas memperolehi geran tanah hasil cakna Kerajaan Terengganu.

Nuh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, Mat Arshad Mohamad.

Dato’ Mohd Nasir berkata proses pemberian geran berkenaan tertangguh sejak lebih 40 tahun

dulu menyebabkan ada beberapa kes pemilik asal sudah meninggal dunia dan hari ini tanah itu diwarisi pula kepada anak-anak dan juga isteri. “Disebabkan pelbagai masalah, pemberian geran tanah hanya baru dapat diselesaikan sekarang dan saya ingat ketika menjadi Ketua Pemuda (UMNO Bahagian) pada tahun 80an dulu perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat,” katanya. Beliau seterusnya mengajak semua yang menerima geran tanah supaya sentiasa bersyukur kerana masih berpeluang memiliki tanah berikutan pada masa akan datang tidak ada lagi tanah untuk diagihkan.

Promosi produk melalui laman web

DATO’ MOHAMED

Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini, berpeluang memasarkan produk jualan masing-masing sehingga ke luar negara tanpa perlu bersusah payah mempromosi atau membuka gerai di negara

berkenaan. Usaha Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), memperkenalan sistem e-perdagangan (e-commerce) melalui laman web terengganu. pages.com sememangnya dinanti golongan itu kerana sebelum ini pasaran hanya terhad kepada pelanggan tempatan. Pendekatan itu bukan sahaja mampu meningkatkan hasil jualan usahawan IKS malah berpeluang memperkenalkan imej

Terengganu di mata dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata menyedari betapa pentingnya teknologi maklumat (ICT) dan multimedia dalam bidang perniagaan, YPU dan Gabem memperkenalkan sistem canggih itu sebagai langkan membantu usahawan IKS mempromosi produk. Katanya, pelbagai perihal syarikat terutama berkaitan produk jualan, harga ditawarkan dan

keistimewaan barangan dapat dimuatkan di dalam lawan web tersebut dan pelanggan boleh membelinya secara `online’. “Hampir 3,000 usahawan yang terdapat di negeri ini disaran agar tidak melepaskan peluang, di mana ia dapat membantu meningkatkan pendapatan syarikat selain dapat mempelajari betapa penting penggunaan ICT,” katanya ketika berucap di Karnival ICT dan Multimedia, Pusat Perdagangan, Kuala Terengganu.


Sabtu, 01 Mei 2010

am

Tangani masalah sosial, mantap institusi keluarga Oleh Aida Abd Rahman Masalah sosial yang melanda masyarakat hari ini akibat kesan secara langsung krisis ekonomi yang melanda dunia haruslah ditangani secara bijak oleh golongan wanita bagi memantapkan institusi keluarga masingmasing. Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, To’ Puan Norliza Mahmud, berkata semua wanita sama ada yang bekerja atau suri K e g a g a l a n penduduk menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan RM50 juta setahun bagi menampung kos operasi dan pembangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Kadar cukai pintu MBKT (sebelum ini Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) tidak pernah dinaikkan sejak 29 tahun lalu walaupun sudah dua kali kajian mengenainya dibuat, tetapi masih ramai juga yang tidak menjelaskan juga bayaran cukai itu. Menteri Besar, Dato’

rumah sepenuh masa perlu peka dengan senario yang melanda negara dan masyarakat supaya kesan buruk itu tidak menimpa keluarga dan masyarakat. “Akibat masalah sosial menusia sangguip berbuat apa sahaja, ada yang sanggup menjadi peragut, mencuri dan merompak. Tidak kurang juga yang berdepan dengan tekanan hidup melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan bertambahnya keskes pembuangan bayi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat

dari ms 1

24 unit chalet baru di Tasik Kenyir Barisan Ahli Jawatankuasa Puspanita bersama penaung, To’ Puan Norliza Mahmud ketika Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 26 di Wisma Darul Iman.

Agung Tahunan Puspanita Kali Ke-26 2010, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir, Pengerusi Puspanita Negeri, To’ Puan Rohani Abdullah dan Pengerusi Puspanita Cawangan seluruh daerah. Beliau yang juga isteri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata wanita perlu merancang perbelanjaan harian secara berhemah dan berbelanja untuk barang penting sahaja bagi mengelak pembaziran selain meningkatkan tahap keselamatan diri dan

keluarga. Dalam pada itu, To’ Puan Rohani menjelaskan Puspanita sentiasa aktif dengan mempelbagaikan aktiviti tanpa terikat dengan hal kewanitaan semata-mata dan bergerak selari dengan arus kemodenan dunia tanpa sempadan. Beliau berkata, Puspanita sentiasa membela nasib ahli dan mengadakan banyak aktiviti yang mampu memberi input positif kepada ahli yang selama ini sentiasa menyokong pergerakan persatuan itu. Selain itu, penubuhan

Tabung Latihan Puspanita antara lain bertujuan memberi bantuan kewangan pendaftaran kepada ahli dan anak ahli yang berjaya ke universiti terpilih yang ditetapkan serta menaja biasiswa kepada anak ahli yang mencapai keputusan Nilai Gred Kulmulatif Purata (CGPA) 3.5 ke atas. Selain itu, Tabung Puspadara pula diwujudkan bagi membantu ahli dan keluarga ahli yang menghidapi penyakit tertentu khusunya kanser payu dara dengan membuat permohonan secara terus kepada Puspanita Terengganu.

RM50 juta setahun tampung operasi MBKT Ahmad Said, berkata disebabkan itu, MBKT berdepan dengan kekangan hasil pendapatan berbanding majlis bandar raya lain disebabkan penduduk di Kuala Terengganu liat membayar dan melunaskan tunggakan cukai pintu. “Kerajaan negeri terpaksa memberikan RM50 juta setahun dalam

tempoh lima tahun kepada MBKT untuk membantu dan menyokong majlis bandar raya. Kalau pendapatannya RM30 juta, jadi kesemua RM80 juta pendapatannya (yang diperlukan) untuk tempoh setahun. “Selama 29 tahun cukai pintu tidak pernah dinaikkan. Kita tidak naikkan pun, kita minta

dengan kadar yang sama juga tidak bayar,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemantapan Hala Tuju MBKT di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang dan Setiausahanya, Haji

Sameun Salleh. Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri kesal dan kecewa dengan sikap penduduk Kuala Terengganu dan juga pengundi dalam MBKT yang gagal membayar cukai kerana mereka sepatutnya memainkan peranan besar menyumbang ke arah pembangunan bandar raya.

PPIM perintis tangani masalah pelajar - Ahmad Razif Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Terengganu (PPIM) disarankan merintis usaha membantu pihak sekolah mendekati pelajar bermasalah di negeri ini bagi menangani permasalahan golongan itu dengan berkesan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ah-

mad Razif Abd Rahman, berkata PPIM wajar menjadi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pertama dapat bekerjasama dengan pihak pendidikan bagi menangani permasalahan di kalangan pelajar sekolah. Katanya, sebagai projek perintis, kerajaan negeri melalui Jabatan pendidikan Negeri Terengganu dan sekolah terlibat akan mengenal pasti kumpulan pelajar bermasalah dari

3

sekolah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir untuk diketengahkan kepada PPIM bagi tindakan lanjut. “Kategori pelajar bermasalah ini banyak, ada masalah kepincangan keluarga sehingga menyebabkan pelajar ponteng sekolah dan mungkin ada juga disebabkan kemiskinan. “Kadang-kadang sekolah (guru) tiada masa untuk tengok dan melihat

setiap masalah pelajar. Peranan ini saya mahu diambil oleh komuniti. Komuniti membantu, kadangkadang Puteri Islam boleh pergi melihat keadaan realiti pelajar ini dan beri makluman kepada persatuan, agensi kerajaan atau pihak swasta,” kata beliau selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-12 2010, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, Toh Puan Norliza Mahmud yang juga pengerusi PPIM dan isteri Haji Ahmad Razif, Hajah Harlina Zakaria. Haji Ahmad Razif berkata, pada peringkat awal, pihaknya akan membekalkan hamper kepada PPIM untuk dibawa ke rumah pelajar bermasalah yang dikenal pasti bagi mendekati mereka dan mengetahui permasalahan yang dihadapi.

kini mencecah 200 hingga ke 300 orang pada satu-satu masa, terutama di musim cuti. “Setakat ini, 24 unit chalet tambahan sedang dibina di Petang Island Resort dan insyaAllah kita memohon peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk menambah 30 unit lagi bagi memenuhi keperluan pelancong,” katanya.

“Secara keseluruhannya kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir begitu memberangsangkan dan perkembangan ini memberi satu rangsangan untuk terus membuat promosi bagi menarik pelancong ke negeri ini ” - Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. “Dalam masa terdekat ini juga satu projek pembinaan rumah penginapan berkonsepkan asrama akan dibina yang boleh menampung enam hingga 10 orang satu biiik. Kerajaan juga akan membina hotel di Pulau Serindik sebanyak 300 unit iaitu masing-masing 100 unit bertaraf tiga, empat dan lima bintang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco , barubaru ini.


4

Sabtu, 01 Mei 2010

rencana

ANALISIS

Intel Corporation puji e-Book Terengganu Pujian dan pengiktirafan yang diberikan oleh Naib Presiden Intel Corporation, John E.Davies kepada negeri Terengganu memberikan suatu suntikan semangat baru bagi meneruskan agenda penggunaan e-Book untuk pelajar. Semasa mengunjungi Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, John E. Davies berkata Terengganu kini adalah setaraf di hadapan dengan negara-negara maju dan membangun lain yang menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran, termasuk e-Book. Bahkan menurutnya, Terengganu kini sedang menjadi contoh dan kajian kes bagi Intel dalam konteks memperkenalkan penggunaan e-Book untuk dicadangkan ke beberapa negara lain di Asia dan Afrika. Ini bermakna apa yang diterokai oleh kerajaan Terengganu bakal menjadi ikutan oleh negaranegara lain di dunia, sesuatu yang cukup mengkagumkan. John Davies berani membuat perakuan bahawa pada ketika negara India yang terkenal kerana kehadapan dalam konteks teknologi maklumat, yang mempunyai ‘silicon valley’ di Bangalore, tetapi bekalan komputernya di sekolah hanya terhad untuk guru. Berbeza di Terengganu yang lebih ke hadapan apabila muridnya lebih dahulu mendapat kemudahan komputer riba dan e-Book . Bagi Naib Presiden syarikat gergasi teknologi maklumat itu, langkah ke hadapan oleh kerajaan Terengganu untuk menggunakan e-Book ini adalah keputusan dan jangkauan yang berani. Kepimpinan negeri sebegini amatlah penting untuk memajukan teknologi maklumat serta pendidikan bertaraf global, mendahului dan meneroka pembelajaran kaedah terkini. John Davies mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman barubaru ini. Intel menyatakan begitu berminat menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyebarkan penggunaan e-Book ke Asia Tenggara. John Davies disertai Andrew Allison, Pengurus Serantau Intel Technology Asia Ltd yang berpengkalan di Singapura selain Pengurus Intel Malaysia, Ryaz Patel. Kerajaan negeri disifatkan berani dalam konteks memperkenalkan e-Book dan juga memperuntukkan wang yang besar bagi tujuan ini. Sehubungan dengan itu, rakyat Terengganu, guru-guru, ibubapa, pelajar dan seluruh warga pendidik perlu melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini secara positif. Memanglah meneroka sesuatu yang baru ini sukar untuk meyakinkan semua orang, tetapi untuk berjaya dan cemerlang kita perlu melakukannya. Dorongan dan pengikrtirafan yang diberikan oleh Naib Presiden Intel itu sesungguhnya amat bermakna sekali.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Terengganu - China hidupkan sejarah lampau Langkah Terengganu untuk mengadakan hubungan dagang dan pelancongan dengan bandaraya Guangzhou, China sungguh menakjubkan. Ia sebenarnya membuka semula lembaran sejarah lampau yang pernah berlaku di antara Terengganu dan China, di antara pedagang Terengganu dengan pedagang wilayah Guangdong dan bandaraya Guangzhou di selatan China itu. Guangzhou atau nama lainnya yang popular Canton adalah antara bandaraya yang maju, moden di dunia, tetapi berasal dari bandaraya lampau, yang tertua di dunia. Ramai tahu tentang peristiwa perang candu yang berlaku di kota Kanton, tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Kanton itu ialah Guangzhou yang terletak dalam wilayah Guangdong. Lain-lain tempat di China yang sinomim dengan kita ialah Yunan, Tiongkok, dan Hongkong. Bandaraya Guangzhou sejak dulu lagi cukup maju di bidang perkilangan, pelancongan dan pelbagai sektor ekonomi. Wilayah Guangdong dan bandaraya Guangzhou dianggap sebagai pusat proses pengilangan dan eksport yang penting di China. Ia mempunyai sembilan tonggak industri iaitu maklumat elektronik, aplikasi elektrik dan mesin, makanan dan minuman, bahan pembinaan, petrokimia, automobil, pembuatan kertas, tekstil dan pakaian. Justeru itu apabila Kerajaan Terengganu di bawah Dato’ Ahmad Said mengambil sikap untuk menjalin hubungan dagang dengan membawa usahawan Terengganu ke sana baru-baru ini adalah sebenarnya untuk mengulangi sejarah kegemilangan masa lalu. Menurut suatu versi sejarah bahawa akrabnya hubungan Terengganu – Guangdong (bandarayanya Guangzhou) sehingga-

Peta menunjukkan laluan pedagang China ke Terengganu melalui Laut China Selatan.

kan nama Pulau Duyong diabadikan kepada sebuah tempat di sana iaitu Doyuan. Doyuan, China kini menjadi pusat perusahaan dan perdagangan yang maju. Dalam versi lain, catatan penulis China pada semasa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah negeri ’ Tan-Tan’ yang menghantar ufti ke China. Pengkaji sejarah menyifatkan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Seorang ahli pengembara China, bernama ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, menyebut ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di

persisiran pantai timur Tanah Melayu. Laksmana Cheng Ho seorang ahli pelayaran China yang terkenal juga pernah singgah ke Terengganu di tahun 1415M ketika China di bawah pemerintahan Dinasti Ming. Nama Terengganu disebut sebagai ‘Diang Jia Lu’. Cheng Ho sebenarnya seorang muslim. Beliau dan armadanya memasuki Sungai Nerus sehingga ke Jeram, Tepoh. Sebenarnya banyak lagi sejarah hubungan Terengganu-China, termasuklah kedatangan pedagang China dari wilayah Yunan sehingga mewujudkan keturunan mereka di negeri ini. Bahkan di abad ke 19, Abdullah Munshi yang datang ke Terengganu mencatatkan bahawa orangorang Cina di Terengganu sudah pun bertutur bahasa Melayu loghat Terengganu. Semua pertautan sejarah ini menjadikan potensi Terengganu untuk dijadikan destinasi pelancongan bagi orang-orang di tanah besar China. Langkah untuk mengadakan penerbangan terus Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Terengganu- Guangzhou oleh Air Asia sebagaimana

cadangan Menteri Besar adalah suatu pemikiran kreatif pelancongan. Apatah lagi Guangzhou adalah bandaraya pelancongan yang berjaya dan menjadi tumpuan- bolehlah sebahagian pelancong itu di bawa ke Terengganu. Apa yang perlu ialah kebolehan penggiat industri pelancong memahami sejarah hubungan Terengganu- China (Guangdong/ Guangzhou, Tiongkok, Yunan) dan yang berkaitan dengannya untuk diberi penerangan kepada pelancong bila datang ke Terengganu nanti. Langkah-langkah awal perlu dibuat oleh agensi dan pemandu pelancong terhadap perkara ini. Para pelancong dari Chinatidak kiralah dari Tiongkok tempat asal Cheng Ho, dari wilayah Yunan- tempat asal keturunan Cina Yunan atau dari wilayah Guangdong dan bandaraya Guangzhou yang mempunyai tempat bernama Doyuan (Pulau Duyong), semuanya perlu diperkisahkan kepada mereka dengan fakta. Bahkan kita ada tempattempat bersejarah yang ada kaitannya dengan negara China boleh dijadikan destinasi untuk mereka melawat, misalnya tokong di Jeram Tepoh, Kampung Cina, Bukit Datu, Cepoh, Cerang Cina, Tirok dan pelbagai tempat lagi yang menjadi limpahan keturunan pedagang dan pelayar China ke Terengganu di zaman silam. Kehebatan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan maritim di zaman lampau boleh diterjemahkan, diolahkan kembali dalam bentuk dan dimensi yang baru. Bukan setakat mengeksport sarang burung ‘layang-layang’ ke Guangzhou, tetapi pastinya melalui dialog dagang yang diadakan ini pelbagai perusahaan boleh dikembangkan lagi antara Terengganu-Guangzhou, Guangdong khususnya dan China keseluruhannya.


recana

Sabtu, 01 Mei 2010

5

BUDAYA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Perkasakan sastera dan budaya

Antara antologi drama karya Wan Ahmad Ismail Sebut sahaja Wan Ahmad Ismail, sudah pasti penggerak budaya dan sastera, khususnya genre teater amat mengenali beliau, khususnya di Terengganu dan negerinegeri jiran. Justeru penglibatannya sejak 45 tahun lalu di bidang budaya dan sastera, seangkatan T.Alias Taib, Nor Aini Muhamad, J.M Aziz dan lain-lain di bidang puisi, beliau menjadi cukup sinonim dengan bidang itu. Namun beliau lebih menonjol sebagai aktivis teater yang prolifik. Bermula dengan drama Inggeris bertajuk “Saravansingh” tahun

1960 yang mengisahkan tentang seorang “jaga” (pengawal) yang tekun dalam menjalankan tugasnya. Menurutnya drama itu di pentaskan di Sekolah Inggeris Dungun, dengan beliau yang waktu itu berusia lingkungan 10 tahun memegang watak utama sebagai Saravansingh (seorang jaga). Wan Ahmad banyak menghasilkan teks dan pementasan, seperti ‘Wayangan Mok Nang”, “Alahai Sakitnya Alahai”, “Tukang Tilik”, “Budak Joget” dan lain-lain yang banyak memenangi hadiah sastera di peringkat

nasional. Skrip pertama beliau hasilkan “Mencari Kerja” tahun 1962, seawal usia 12 tahun. Wayangan Mok Nang yang mengisahkan pengamal gamelan istana, telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Profesor Dr.Soleha Ishak, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketika ditemui Teganukita beliau melahirkan harapan yang tinggi agar sastera dan budaya diperkasakan, sekalipun masyarakat hari ini sedang meniti arus kemodenan. Baginya kemodenan tidak salah, tetapi tradisi dan warisan perlu dikekal

dan diperkasakan dalam dimensi baru dengan olahan baru. Misalnya teks yang asal bukan sekadar dibukukan, tetapi boleh disebarluaskan melalui media baru masa kini. Bermakna ini suatu peluang pengembangan yang lebih luas dalam konteks pembacaan dan memanfaatkan teknologi komukasi yang sungguh berkesan. Bermakna hasil karya sastera dan budaya hari ini berada di hujung hari. Menurutnya, hal-hasil sebegini perlu disedari dan dihayati oleh semua pihak sama, sama ada di peringkat kerajaan, swasta dan masyarkat itu sendiri,

supaya tidak melihat sastera dan budaya sebagai jumud, tetapi terbuka dan berinovasi. “Kita ada facebook, kita ada blog, twitter dan sebagainya lagi- tetapi yang lebih pentingnya di sini usaha memperkasakan, merakyatkan sastera dan budaya perlu difikirkan dan perlunya kepada sebuah institusi yang mengkhazanahkan dan menggalerikannya,” ujar beliau tegas. Anak Duyong Kecil ini melahirkan rasa bimbang, jika tidak diperkasakan sastera dan budaya ini ia akan pupus, tenggelam, hanyut di bawa arus, lantas kita kehilangan jati diri. Katanya, bukan sahaja pihak kerajaan perlu membantu mengembangkannya, tetapi juga pihak swasta perlu ikut serta memperkasakan sastera dan budaya di negeri ini khususnya. Dalam usia mencecah 60 ini, beliau masih bersemangat berbicara tentang budaya dan sastera, malah masih terus-meneruskan teks dan pementasan; terbaru dalam proses untuk disampaikan kepada khalayak ialah

“Antologi Drama Awal, Tengah,Akhir “(diperbaharui) dan “Mawar Berduri Harum Kasturi” (diperbaharui). Dijangka akan terbit 2010 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Ahmad pesara Pegawai Tadbir Negeri, jawatan terakhirnya sebagai salah seorang pegawai pentadbir di Daerah Hulu Terengganu kini meniti kehidupan bersama keluarga di Taman Chendering Utama akan terus berjuang memperkasakan sastera dan budaya. TimbalanYang DiPertua Majlis Kebudayaan Terengganu ,Yang Di Pertua Majlis Teater Terengganu dan Ketua Persatuan Karya Negeri Terengganu (Karya) beliau berhasrat dapat mementaskan teater karya beliau “Minah Mamat” dan “Syeikh” pada tahun ini. Kedua-dua karya ini terdapat dalam antologi drama “Menjaring Angin Menjelang Ribut” terbitan DBP. Demikian Wan Ahmad Ismail, aktivis teater- sastera dan budaya!


6

Sabtu, 01 Mei 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke dua belas, mesyuarat yang pertama, penggal persidangan ketiga baru sahaja berlalu. Ia berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 8 April 2010. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa syukur dan gembiranya kerana persidangan pada kali ini berjalan dengan lancar. Pada keseluruhannya wakil rakyat atau ahli dewan telah mengambil bahagian untuk kepentingan negeri dan rakyat di kawasan yang mereka wakili. Sama ada mereka itu dari pihak kerajaan (Ahliahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), barisan penyokong kerajaan mahupun pembangkang ada tanggungjawab masingmasing. Jadilah kerajaan yang terbaik, penyokong kerajaan yang terbaik, hatta pembangkang yang terbaik. Sebelum menduduki kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan. Mengikut catatan sejarah persidangan DUN Terengganu pertama kali diadakan pada 27 Julai 1959 selepas pilihan raya diadakan. Rasanya semua ahli-ahli dewan pada masa itu sudah tidak ada lagi, tetapi jasa dan peranan mereka tetap dikenang. Pada zaman itu tidak ramai yang melobi untuk menjadi calon dan wakil rakyat seperti masa sekarang. Ini kerana mereka sedar bahawa amanah dan tanggungjawab menjadi pemimpin itu amatlah besar dan bakal ditanya oleh Allahs.w.t di akhirat kelak. Dalam sejarah Islam, Syaidina Umar pernah bertanya kepada sahabat-

rencana

Menjadi pemimpin bukan anugerah, tetapi amanah

Dunia kepimpinan hari ini sedang menuju ke arah satu peringkat kematangan dan semakin ramai yang muncul sebagai pemimpin dengan mmpunyai latar pendidikan dan kelulusan yang tinggi.

sahabatnya: “Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpinpemimpin pembantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?” Sahabat-sahabatnya menjawab, “Tentu sudah wahai Amirul Mukminin…” Sebaliknya Syaidina Umar menjawab, “Belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!” Maknanya di sini pemimpin bukan sahaja dari kalangan yang baik tetapi yang melakukan kebaikan untuk orang yang dipimpin atau para pengikutnya serta menunaikan amanah kepimpinan dengan sebaik-baiknya. Mungkin dunia kepimpinan hari ini sedang menuju ke arah satu peringkat kematangan. Semakin ramai yang muncul sebagai pemimpin dengan mempunyai latar pendidikan dan kelulusan yang tinggi. Sudah berlaku ramai orang ingin memimpin

daripada yang rela dipimpin. Kalaulah begitu berapa keratkah yang masih tinggal untuk menjadi pengikut, kalau semua ingin mengejar dan menawar diri menjadi pemimpin.

biasa yang boleh ditangani secara mudah. Tanpa persediaan yang cukup, akan lahir pemimpinpemimpin “mee segera’” yang tidak tahan godaan dan tidak mampu menangani cabaran terkini. Kualiti pemimpin tidak sama dengan makanan segera yang sifatnya cepat disiapkan, cepat pula dimakan. Pemimpin yang muncul mendadak, cepat naik dan kemudian cepat pula jatuhnya. Kalau kita lihat, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said sendiri pun melalui proses pengalaman begitu lama sebelum menjadi Menteri Besar, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri paling ‘senior’ sejak 20 tahun lalu (1990). Keghairahan untuk menjadi pemimpin di kalangan generasi muda mestilah diimbangi oleh ilmu kepimpinan khususnya memahami erti kepimpinan sebenar. Menjadi pemimpin itu Ingatlah pemimpin bukan jalan untuk mencari bukanlah satu profesyen kekayaan, berkereta dan

“Pemimpin bukan sahaja dari kalangan yang baik tetapi yang melakukan kebaikan untuk orang yang dipimpin atau para pengikutnya serta menunaikan amanah kepimpinan dengan sebaikbaiknya”.

berumah besar, mewah dan cantik. Menjadi pemimpin bukanlah atas asas kepentingan diri, tetapi mestilah meletakkan kepentingan rakyat dan orang yang dipimpin mengatasi segala nafsu dan kemahuan diri sendiri. Dengan memahami definasi kepimpinan terutama yang berkaitan dengan elemen-elemen asasnya, seorang bakal pemimpin akan tahu apakah persiapan yang perlu dibuat dari segi mental, spiritual dan fizikal untuk memikul tanggungjawab kepimpinan. Untuk mendapat ilmu kita perlu belajar dan untuk belajar kita mesti menjadi pengikut. Oleh itu, tidak salah kalau kita belajar menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu sebelum menjadi pemimpin yang baik. Yang pastinya bakal pemimpin harus belajar mengenal diri sendiri, menganalisis potensi pemikirannya serta mencungkil sebanyak-ban-

yaknya iktibar dan hikmah daripada pengalaman yang boleh digarap ketika mengharungi realiti sepanjang hayatnya. Dari segi ketahanan diri pula, mereka perlu didedahkan kepada cabaran dan dugaan hidup, dilatih mengharungi kaedah-kaedah “survival”, hidup di tengah masyarakat, serta dipandu untuk mendisiplinkan diri secara istiqamah dan penuh iltizam demi menyerlahkan lagi jati diri berteraskan nilainilai murni yang abadi. Untuk menjalankan peranannya, para pemimpin (sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.) mestilah menjadi khadam (hamba) kepada pengikutnya. Di satu hadis yang lain Rasulullah menegaskan para pemimpin ialah “gembala” kepada pengikutnya. Ertinya, tugas kepemimpinan adalah amanah bukan anugerah. Ia akan dihisab dipertanggungjawabkan (ditanggung dan akan disoal) tentang kepimpinannya .


2 Bil. 20 (01 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

tk

ms 16 & 17

ms- 11 Usia 23 tahun Fairus berjaya

ms 11

ms- 12,13 Jus Roselle jadi

minuman rasmi ms 12,13

Tarikan Kampung Temir jadi habitat Tuntung ms 14


2

Sabtu, 01 Mei 2010

YB TURUN PADANG

tk

8

Dato’ Nasir warisi perjuangan aya Tidak salah kalau dikatakan Dato’ Haji Mohd.Nasir mewarisi perjuangan ayahandanya Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Terengganu. Kata orang - kuah, kalau tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi. YB Dato’ Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri orangnya amat tegas, teliti lagi pintar. Mempunyai pendirian sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa. Pada masa yang sama beliau seorang yang menitik beratkan soal pengurusan, tidak suka sesuatu kerja dilaksanakan sambil lewa tetapi diper-

incikan dalam semua hal agar hasilnya baik berkesan. Generasi terdahulu yang sempat mengenali ayahnya ada mengatakan sedikit sebanyak watak beliau (Dato’ Nasir) ada persamaan dengan arwah ayahandanya itu. Beliau terlibat secara langsung dalam bidang politik apabila menerima amanah selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus hampir 20 tahun yang lalu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan pembangkang, beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu bagi menyampai-

Sebagai wakil rakyat, Dato’ Nasir tidak pernah sombong sehinggakan penduduk mudah untuk menyuarakan masalah mereka.

kan maklumat kepada rakyat tentang apa yang berlaku di Terengganu di bawah pentadbiran pembangkang agar dkembalikan semula kepada BN. Sehinggalah kini memikul amanah yang lebih besar sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Ahli Parlimen Kuala Nerus mewakili Barisan Nasional (BN) setelah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu (2008). Sebelum ini (2004-2008) beliau menjadi ‘wakil rakyat’ di Dewan Undangan Negeri (Bukit Tunggal). Hasratnya untuk berkhidmat kepada rakyat adalah hasil dari persepakatan isterinya To’ Puan Hajah Sabariah

Dato’ Mohd.Yusof. Isterinya seorang pendidik sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk membantu suami sama-sama berkhidmat kepada rakyat. Bagi Dato’ Nasir (panggilan harian), walaupun lahir sebagai anak bekas Menteri Besar, tetapi beliau amat memahami permasalahan rakyat, denyut nadi rakyat. Beliau telah menghayati kehidupan rakyat sejak zaman anak-anak lagi sewaktu mengikuti ayah beliau (Menteri Besar) dalam majlis-majlis pertemuan bersama rakyat di seluruh pelusuk negeri Terengganu, khususnya dalam kawasan Kuala Nerus, semasa

Melawat mangsa kebakaran rumah dan memberi bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

itu w am m ta M pe gu ka ha ta pe ba

Ku pe


Sabtu, 01 Mei 2010

Pekan Batu Enam dalam Parlimen Kuala Nerus akan dibangunkan semula menjadikan sebuah pekan yang maju dan tersusun.

ayah

ng an mi at. rias eut

uak au lis uh ya sa

2 tk

itu DUN Kuala Nerus, kerusi yang diwakili oleh ayahnya. Sehingga kini pun, tabiat dan amalan suka melawat orang kampung menjadi amalan wajib baginya, terutama apabila Parlimen tidak bersidang. Malah beliau memilih mengadakan pejabat pusat perkhidmatannya di bangunan yang diwarisi dari ayahnya di kampung Bukit Tok Beng, bersebelahan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Di Parlimen beliau sering mengutarakan permasalahan rakyat untuk ke pengetahuan parlimen dan kerajaan. Misalnya baru-baru ini beliau membangkitkan soal kebajikan dan pembi-

ayaan untuk orang-orang miskin yang tidak mampu menjelaskan bil hospital, permasalahan berkaitan kaedah amalan pihak bank yang menggunakan pihak ketiga untuk ‘menarik’ kenderaan yang tertunggak bayaran bulanan dan sebagainya. Malah baru-baru ini beliau sendiri pergi ke Pontianak, Kalimantan Indonesia untuk pada peringkat awal membantu menyelamatkan beberapa orang nelayan Seberang Takir yang ditahan oleh pihak berkuasa di sana. Pemimpin yang suka bercakap dengan nada perlahan ini mencatatkan dalam blognya (ybnasir.blogspot. com) telah banyak peristiwa berlaku di sekeliling kita. Ia sewajarnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya. “Dalam konteks negara kita, kita sebenarnya jauh lebih bertuah berbanding orang lain. Di saat, rakyat di negara lain sedang dilingkari dengan pelbagai masalah termasuk perang dan bencana, kita di sini masih lagi setenang ini – biar pun iklim politik kita kadangakala menggelegak panasnya, “ ujarnya. “Apa yang saya maksudnya ialah, kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh rasa selesa. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua ini tidak akan berlaku hanya semata-mata ia hendak berlaku. Siapakah yang memaju dan membangunkan negara ini sejak dahulu sehingga kini sehingga Malaysia berada sebagaimana hari ini? Sambungnya lagi: “walaupun ada pihak yang berkata-kata seolah-olah negara ini pada hari ini terbina begitu sahaja tanpa ada tangan yang membentuknya, namun saya percaya bahawa majoriti rakyat kita tidak pernah lupa akan hakikat tersebut ”. Ertinya, dalam kita semua melewati kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar ini, kita seharusnya belajar untuk lebih bersyukur di atas segala nikmat yang kita kecapi.

Kuala Nerus bertambah sesak dengan kenderaab awam dan persendirian ekoran menjadi tumpuan peniaga dan pertambahan penduduk.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina jambatan baru merentasi Sungai Terengganu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas untuk penduduk berulang-alik dari Kuala Nerus ke pusat bandar.

Kuala Nerus bakal menjadi daerah baru kelapan

DATO’ MOHD NASIR

Selepas sekian lama menunggu, penduduk di Kuala Nerus kian mendekati detik bersejarah bagi menjadikannya sebagai sebuah daerah baru di Terengganu Kerajaan Terengganu telah melantik perunding bagi mengkaji segala keperluan dan prasarana untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah kelapan negeri itu. Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan pada masa ini penduduk kawasan tersebut terpaksa berkongsi kemudahan dengan penduduk Kuala Terengganu. Keadaan itu katanya menimbulkan kesesakan di sesetengah jabatan kerajaan dan jika Kuala Nerus menjadi daerah, penduduknya akan mempunyai kemudahan sendiri seperti hospital, pejabat tanah, pejabat daerah, pejabat pelajaran dan sebagainya. Bagi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd.Nasir Ibrahim Fikri sebagaimana yang telah diperjuang-

kan sejak agak lama, Kuala Nerus sememangnya sudah wajar dinaiktaraf sebagai sebuah daerah baru. Dengan itu, katanya apabila Kuala Nerus diistiharkan sebuah daerah akan mempunyai pejabat daerah sendiri yang mampu menjadi pusat pentadbiran yang akan mengurus hal ehwal pembangunan serta perkaraperkara berkaitan di sini. Apatah lagi Kuala Nerus kini sudah kian pesat membangun, malah adakalanya wajah Kuala Nerus itu sendiri jauh lebih hebat dengan daerah lain. Dengan mempunyai pusat pentadbiran sendiri, Kuala Nerus akan dapat diurustadbir dengan berkesan dan ia juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi rakyat dan negeri. Bagaimanapun bagi memudahkan pihak kerajaan meluluskan daerah baru itu, ia memerlukan sokongan ahli parlimen dan di harapkan dalam pilihanraya akan datang Kerajaan BN memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen. Selain itu, perkara tersebut juga akan membantu mengurangkan aliran trafik di Kuala Terengganu yang kini kian sesak ekoran tumpuan yang berlebihan diberikan rakyat. Apatah lagi Kuala Terengganu itu sendiri adalah sebuah kawasan pentadbiran yang amat luas yang sekarang ini melibatkan dua kawasan Parlimen, tegasnya. ”Sebenarnya, saya dan rakanrakan dalam UMNO Bahagian dan juga wakil-wakil rakyat lain dalam Parlimen Kuala Nerus, YB Datuk Rahin, YB Ahmad Razif dan YB Mohd.Ramli telah memperjuangkan perkara ini dengan seriusnya agar tercapailah Kuala Nerus menjadi sebuah daerah baru,” katanya sambil mengucap terima kasih atas persetujuan kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar untuk mewujud daerah baru itu.


2 IKON ANAK TERENGGANU

tk

10

Sabtu, 01 Mei 2010

Anuar julang nama negara Oleh: Aida Abd Rahman

Sepanjang tujuh peringkat saingan, pelumba yang mewakili pasuMomen pilu dan deraian air mata kan berpangkalan di Korea Selayang membasahi pipi Azizah Arif- tan itu telah menyarung Jersi Hijau fin, 54, dengan Manan Muda, 56, pada perlumbaan pertama (dari Kota bukan berduka lantaran kisah sedih. Bharu ke Kuala Berang) sehingga ke Sebaliknya figura itu menceritakan peringkat ketiga (Pekan-Mersing) kegembiraan dan kepuasan yang sebelum pelumba pecut Australia, tidak mampu diungkap dengan ka- Michael Matthews menghalangnya ta-kata. pada peringkat keempat (Mersing Pasangan yang sudah meniti Parit Sulong). usia emas itu teruja kerana anak ke- Begitupun, Anuar berjaya meramsayangan menjadi perhatian jutaan pas semula pada peringkat kelima rakyat Malaysia dek kerana men- (Muar-Port Dickson), saingan yang cipta prestij dalam profesion selaku menyaksikan bekas pelajar Sekojaguh lumba basikal lebuh raya. lah Menengah Seri Budiman Kuala Kalau dulu pasangan ini juga Terengganu itu melakar sejarah pernah menghalang minat anak kee- muncul pelumba tempatan pertama nam daripada lapan beradik itu ker- menjuarai satu peringkat perlumana tidak mahu tumpuan terhadap baan LTdL sepanjang 15 edisi penpelajaran terjejas, bagaimanapun ganjurannya. sikap itu dengan sendiri terkikis Selepas mengekalkan gelaran apabila kayuhan padu membuahkan tersebut biarpun menduduki tempat hasil dan dia tidak pulang sia-sia. ke-44 sebaik peringkat kelima yang Anuar Manan yang lahir pada 11 juga saingan paling mencabar (PuOktober 1986 membuktikan kayu- trajaya-Genting Highlands), ternyahan berbisanya yang mula dilentur ta anak muda itu kekal menyarung sejak 16 tahun lalu mampu men- jersi itu sehingga ke peringkat teracipta rekod suatu masa nanti dan khir (Kuala Kubu Bharu-Dataran segalanya diterjemahkan hari ini. Merdeka), sekali gus ditabalkan Sejarah tercipta buat anak desa sebagai Raja Pecut LTdL pertama dari Kampung Kuala Ibai, Kuala dari Asia dan Malaysia dengan hasil Terengganu yang mewakili pasu- pungutan 103 mata. kan Geumsan Ginseng Asia apabila “Ini adalah pencapaian terbaik mencatat sejarah kedua dalam kejo- pernah saya lakukan dalam karier hanan Le Tua de Langkawi (LTdL) lumba basikal dan memenangi satu apabila menjadi pelumba pertama peringkat perlumbaan selain berjaya dari Asia dan Malaysia dinobat- dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi kan gelaran Raja Pecut sepanjang Hijau) LTdL adalah sesuatu yang 15 tahun penganjuran perlumbaan menakjubkan, “ kata berkenaan. atlit yang dulunya bercita-cita menjadi polis trafik. Sejurus kejayaan itu, nama Anuar meniti dari bibir ke bibir.Jika pembabitannya beberapa tahun lalu sudah membuka mata ramai pihak untuk sekadar mengenali raut ian erhat wajah dan p t a endap nama atlit pas m le e s kan anu. muda itu, kini an-ra g an rak eri Tereng d r a u g n e situasinya jauh A n a n suka mbar at men penggiat berbeza. g n a Sem pin da Kecemerlangan yang dicipta pemim

menyebabkan tabir hidupnya disoroti menerusi lensa dan berita yang dipaparkan media membawa ramai pihak menerjah lebih dekat gerangan sebenar Anuar Manan. Malah, ramai penggiat sukan termasuk pemimpin negara mahupun negeri mendekati gerangan jaguh sukan yang sensasi yang sudah keluar dari arus kegetiran tanpa melupakan asal-usul serta masih mampu berpijak di bumi nyata sambil membuktikan tiada yang mustahil jika diri sendiri mahu mencapainya. Rumah yang dihuni Anuar bersama ibu bapa dan adik-adiknya kini terlalu mudah dijejaki kerana letaknya hanya beberapa meter dari tempat tumpuan ramai, Masjid Tengku Intan Zaharah atau Masjid Terapung. Setiap titip kejayaan dan apa sahaja mengenai Anuar yang terhidang di dada akhbar dan majalah tersimpan rapi. Begitu juga piala, medal dan segala hadiah kemenangan sepanjang kariernya juga menjadi tatapan dan hiasan yang begitu simbolik untuk diabadikan di rumah tempat kelahirannya. Pada masa yang sama, Anuar yang memiliki hobi memancing dan membaca majalah ketika kelapangan masih berharap agar kejayaannya ini dapat membuka mata pasukan ProTour yang lain untuk menagih khidmatnya bagi menyertai perlumbaan besar di Eropah seperti Tour de France. Begitupun, Anuar yang pernah bersama pasukan Azad University dan LeTua, akan terus bersama pasukan barunya Geumsan dari Korea Selatan itu bagi menjalani latihan di Perancis dan menyertai beberapa perlumbaan di Eropah bermula Jun ini. Di sebalik kejayaan di pentas LTdL yang lalu, ada pasukan benua profesional Vorarlberg-Corratec dari Austria, merisik untuk menagih khidmatnya musim depan, namun Anuar masih mahu setia bersama pasukan GGA. “Saya ada menerima tawaran daripada Vorarlberg tetapi saya membuat keputusan untuk terus kekal dengan GGA memandangkan pasukan itu banyak menaikkan nama

ANUAR MANAN

saya dan menjaga kiebajikan saya dengan baik. Saya mahu membalas budi GGA dan tidak mahu berganjak dengan keputusan saya setakat ini. “Lagipun, hasrat dan misi saya kini adalah menyertai perlumbaanperlumbaan bertaraf dunia di Eropah, terutama Tour de France, jadi pasukan GGA mampu memenuhi hasrat tersebut. Ekoran kilauan `permata Terengganu’ di pentas sukan berprestij itu, Kerajaan Terengganu menghadiahkan atlit sukan ekstrim itu dengan satu lot tanah di satu kawasan yang sesuai serta ganjaran wang tunai buat Anuar sebagai habuan. Malah, bekas Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kasim turut terpanggil untuk membantu Anuar dan keluarganya dengan melahirkan pandangan bahawa tidak rugi untuk menghulurkan sumbangan kepada juara seperti Anuar kerana mereka sebenarnya adalah aset berharga negara. Pada masa yang sama, beliau juga berharap ada badan korporat dan individu yang berkemampuan tampil untuk memberi sumbangan kepada atlit yang berdepan dengan masalah kewangan sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Menyingkap latar peribadinya, anak bongsu lelaki daripada lapan beradik berusia 16 hingga 36 tahun itu paling rapat dengan ibu dan tidak hairan dia dikenali dalam keluarga sebagai anak manja terutama dengan ibunya. “Saya sentiasa telefon untuk bercakap dengan mak kalau ada di luar negara. Macam-macam saya pesan dan mak juga sentiasa beri nasihat kepada saya. “Kalau dapat bercakap dengan mak di kampung sudah menjadi kepuasan dan suntikan semangat kepada saya menjalani hidup dengan baik di negeri orang serta berlatih dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang sentiasa menjalani latihan di negeri orang.


Sabtu, 01 Mei 2010

2 tk

BISNES

Syarikat Sri De Lara (SDL) Trading Sdn. Bhd. yang beroperasi di Tembila, Besut. - Gambar oleh Mohd Suhaimi

11

Usia 23 tahunFairus berjaya Oleh Suriati Ali. Gambar oleh Mohd Suhaimi Usia bukan penghalang bagi pemilik syarikat yang juga bertindak sebagai Eksekutif Pemasaran, Sri De Lara (SDL) Trading Sdn Bhd, Wan Mohd Fairus Wan Zaidi, 23 tahun, untuk mencipta nama sebaris usahawan terkenal lain. SDL menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian korporat, seragam, T-shirt, stokin dan track suit; menjual pelbagai barangan cenderahati; mencetak serta menyulam pakaian itu memulakan perniagaan pada awal 2006 di Kawasan Komplek Kilang, Jalan Tembila, Besut. Apabila menampakkan kemajuan dan berjaya mendapat tempahan sehingga ratusan ribu ringgit, Wan Mohd Fairus memberanikan diri membuka cawangan di luar Terengganu, bertempat di Pusat Komersial Oakland, Seremban, Negeri Sembilan sebagai alternatif memperkenalkan nama SDL. Usahawan muda yang mahu dikenali sebagai Fairus berkata, bukan mudah untuk maju dalam perniagaan kerana ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi, terutama ketika berdepan dengan karenah pelanggan dan kerugian. “Saya hadapi rintangan itu dengan tenang dan tabah walaupun terdapat persaing cuba menabur fitnah dan memburukkan nama syarikat sewaktu baru membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

“Mujur ketika itu, mendapat sokongan serta nasihat, bapa Wan Zaidi Wan Ahmad dan bapa saudara Wan Yusoff Wan Ahmad yang menyatakan supaya tidak mudah berputus asa dan tabah untuk meneruskan perniagaan berasaskan pakaian ini,” katanya. Menurutnya, dia minat menceburi bidang perniagaan sejak berada di tingkatan tiga lagi. Ketika itu membantu bapa menjual produk berasaskan soya di pelbagai lokasi termasuk kedai runcit, kantin sekolah dan pasar malam. “Apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Teknik Besut, saya nekad untuk terus bekerja bagi mencari pengalaman walaupun ketika itu rakan lain tekun mengulangkaji di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT). “Pengalaman bekerja selama sembilan bulan di syarikat menjahit pakaian di Kota Bharu, Kelantan di manfaat sebaik mungkin untuk memiliki sendiri perniagaan dan tidak mensia-siakan ilmu ditimba,” katanya. Katanya, SDL cukup mementingkan kualtiti, masa dan menjaga hubungan baik antara pelanggan. Untuk mengekalkan imej itu, dia `bergerak’ sendiri dan tidak melantik mana-mana agen untuk mencari pelanggan. “Walaupun perkara itu nampak sukar, saya tempuhinya dengan tabah semata-mata menjaga nama baik SDL di mana kini sudah mendapat

WAN MOHD FAIRUS

han, SDL sedaya upaya memenuhi kehendak pelanggan dengan mementingkan kualiti kain dan jahitan,” katanya. Katanya, menyedari kepentingan itu, dia setiasa berwaspada sewaktu memilih fabrik , ditempah melalui pembekal yang dikenali sahaja. Langkah ini penting kerana dibimbangi terbeli kain tiruan dan kurang berkualiti. “Jenis fabrik digunakan termasuk microfiber, cacoste dan kapas untuk membuat pakaian seperti T-shirt, baju korporat dan pakaian sukan,” katanya. Untuk menarik perhatian pelanggan, pelbagai perkhidmatan istimewa ditawarkan SDL, iaitu menerima tempahan baju korporat walaupun dalam kuantiti sehelai dengan mengenakan harga sama seperti tempahan lebih 10 helai. Selain itu, harga yang ditawarkan dijamin lebih rendah daripada syarikat atau kilang lain dan individu yang berjaya mendapatkan pelanggan untuk SDL bakal menerima hadiah istimewa.

kepercayaan hampir 60 agensi kerajaan dan swasta,” katanya. “Antaranya adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT),” katanya.] Fairus berkata, bagi melancarkan operasi SDL, sebanyak 30 mesin jahit termasuk untuk mencetak dan menyulam digunapakai. “Sehingga kini seramai 13 kakitangan termasuk bahagian operasi dan pertadbiran setia membantu memajukan Me sin perniagaan yang kilang Ssurilam berkompu te De Lara Trading r, alat canggih beroperasi tanpa . yang te rdapat mengira waktu. di “Setiap kali mendapat tempa-

Pekerja sedang membungkus mee kuning yang ditempah pelanggan. - Gambar oleh Suriati Ali


12 12

Sabtu, 01 Mei 2010

Yang di-Pertuan Agong berkenan melancarkan Produk Roselle Koptani di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Isla sambil disaksikan Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Yang di-Pertuan Agong berkenaan melihat produk Roselle yang dikeluarkan oleh Koptani.

Jus Roselle jad minuman rasm

Oleh Suriati Ali

Dato’ Ahmad (kiri) menyampaikan sijil watikah kepada pengusaha dan pemasar produk Roselle.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan melancarkan Produk Roselle milik Koperasi Tani Lembah Bidong Terengganu Berhad (Koptani) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Mengiringi sama, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Koptani, Abdul Madik Muda. Sempena pelancaran itu, Koptani membuat pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan program penyelidikan potensi industri roselle dan kajian membangunkan masyarakat tani untuk digerakkan koperasi itu bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan jus rosselle sebagai minuman rasmi dalam setiap majlis yang bakal dianjurkan. Langkah itu sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada usahawan yang mengusahakan tanaman itu supaya lebih berdaya saing dan mempunyai semangat kental seperti mana yang dilaksanakan Koptani. Penubuhan Koptani perlu dicontohi pelbagai pihak kerana sanggup mengambil risiko memperkenalkan produk roselle ke pasaran tempatan dan antarabangsa sehingga berjaya mengeluarkan variasi jus dan halwa berasaskan tanaman itu. Ia membabitkan 155 ahli terdiri daripada golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), petani setempat dan kakitangan koperasi yang ditadbir 12 Ahli Lembaga dan tiga audit dalam. Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri cukup bangga dengan kejayaan yang diraih

Pertukaran MoU antara Koptani dengan UMT dan UKM.

Jus Roselle.

Pegawai kanan kerajaan menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong di Taman Tamadun Islam.

Koptani, te luar negara “Ketika Teluk di Du jaya menjua bernilai RM pasarannya dijalankan bangunan U Sementa tani meranc di negeri i hingga 15 berasaskan seperti jus belimbing d selle. Koptani roselle anta askan rosel peringkat a


Sabtu, 01 Mei 2010

13

WARISAN ALAM

Kacip Fatimah Hijau (Labisia pumila)

Khasiat: Menguatkan tenaga batin lelaki, sakit meroyan, sengal tulang,sakit kelamin, herba bersalin, buasir dan huluran.

Tamadun Islam , Pulau Wan Man

adi smi

Tuanku Mizan Zainal Abidin begitu teruja selepas menatap produk Roselle .

Kaedah: - Air rebusan keseluruhan kacip fatimah hijau perlu direbus sebelum diminum bagi merawat tenaga batin lelaki, sakit meroyan, sengal tulang,sakit kelamin, herba bersalin dan huluran. - Pokok herba ini juga boleh dijadikan debu untuk merawat penyakit buasir dengan menyapu di bahagian yang sakit. Keistimewaan: - Kacip fatimah hijau hanya membesar setinggi 60 sentimeter (cm) sahaja dengan mempunyai 4 hingga 6 helai daun pada setiap pokok. - Keistimewaannya memiliki daun panjang, apabila matang seakan kemerahan. Mengeluarkan buah berwarna merah dan unggu.

Koptani, termasuk mampu menebusi pasaran luar negara. “Ketika Pesta Pameran Makanan Negara Teluk di Dubai, Februari lalu, koperasi ini berjaya menjual pelbagai produk yang dihasilkan bernilai RM3 juta dan program meluaskan pasarannya di rantau Negara-negara Teluk giat dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),” katanya. Sementara itu, Abdul Madik berkata, Koptani merancang membina kilang serba moden di negeri ini yang mampu mengeluarkan 10 hingga 15 juta botol sebulan pelbagai produk berasaskan buah berjenama ‘Natural Nutriton’ seperti jus durian belanda, nangka, manggis, belimbing dan ‘rock melon’ selain produk roselle. Koptani sudah mengeluarkan lapan produk roselle antaranya jem, kordial, sos cili berasaskan roselle dan halwa yang mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Kaedah Pembiakan: - Keratan batang dan biji benih

Dato’ Sheikh Harun (kiri) menyerahkan sijil halal kepada Abdul Madik.

‘Encik Abas Demam’ Bahan-bahannya; 4 cawan sagu rembia 8 cawan air 2 cawan gula Cara membuatnya; Campur ketiga-tiga bahan tersebut. Letak di atas dapur dan kacau sehingga pekat. Tetamu yang hadir pada malam pelancaran produk Roselle.

Halwa Roselle.

JUADAH TERENGGANU

Bahan Untuk Kuah; 1 biji kelapa 6 ulas bawang merah 2 ekor ikan kembung/ selayang Sedikit halia Sedikit halba Garam secukup rasa Cara Membuatnya; - Ikan dipanggang (bakar) ambil isinya dan hancurkan. - Campur kedua-dua bahan (ikan) dan bahan-bahan untuk kuah. Letak di atas dapur dan kacau sehingga masak (pekat). - Sejukkan ke dalam loyang dan sagu rembia dipotong mengikut selera, kemudian masukkan kedalam kuah untuk dihidangkan.


2

Sabtu, 01 Mei 2010

BAKTI JKKK

tk

Ladang jagung hidup subur hasil usaha penduduk Kampung Temir.

MOHAMAD ISMAIL

14

Oleh Aida Abd Rahman Gambar oleh Mastura Kampung Temir yang terletak enam kilometer dari bandar Kuala Berang bukanlah lokasi yang asing dalam peta pelancongan Terengganu kerana kampung itu terkenal sebagai kawasan tumpuan pelawat menyaksikan tuntung bertelur apabila tiba musimnya. Kelebihan Kampung Temir yang terletak di pinggir Sungai Terengganu, di Dewan Undangan Negeri Telemong, Hulu Terengganu menjadi satu-satunya kawasan di Terengganu selain di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang dikenal pasti menjadi habitat haiwan reptilia itu. Tuntung merupakan kumpulan haiwan seperti penyu, labi-labi dan kura-kura yang memilih perairan air payau di tepi sungai sebagai habitat semulajadinya untuk bertelur ketika air surut di waktu malam pada hujung tahun hingga April. Malah, di tepi sungai di kawasan landai sepanjang empat kilometer juga menjadi tempat beriadah 300 penduduk yang kebanyakannya bekerja kampung dengan bertani dan berniaga. Aktiviti kampung seperti gotong- royong membersih sungai, jamuan penduduk dan sukan rakyat turut dijalankan di kawasan

sungai berkenaan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Mohamad Ismail dan dibantu timbalannya, Encik Ahmad Gharib Ismail. Encik Mohamad dan Encik Ahmad Gharib turut dibantu 13 lagi ahli jawatankuasa JKKK sentiasa menggerakkan aktiviti kampung dan menjadi nadi menyatukan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira fahaman politik. Menurut Encik Mohamad, dia berasa bertuah kerana penduduk kampung masih tebal dengan sikap toleransi, semangat kejiranan dan bermuafakat ketika menjalankan aktiviti kampung. “Tanpa mengira fahaman politik, mereka semua tetap berganding bahu menjalankan aktiviti termasuk bergotong-royong membersih kampung dan mengadakan jamuan apabila ada majlis kenduri tertentu. “ Setiap hujung tahun kami menjayakan sambutan ulang tahun Kampung Temir dan kemuncak sambutan inilah kami bersepakat memasak dan menjamu semua penduduk kampung, selain menjalankan sukaneka dan memberi hadiah cabutan bertuah kepada penduduk bagi menambahkan keceriaan dan se-mangat perpaduan mereka,” katanya yang berkhidmat sebagai

Tarikan Kampung Temir jadi habitat tuntung Pengerusi JKKK sejak serta kekal sehingga meter sahaja jaraknya. duduk juga me-nanam kini. Beliau bersama jagung, getah dan ketiga penggal lalu. lapa sawit sebagai Walaupun berada di JKKK kampungnya Penduduk kampung sumber pendapatan. kawasan agak terpencil dan JKKK kampung juga berpeluang mengikuti kelas dan ceramah dan jauh dari pusat ban- Pauh kini sedang beru- Bagaimanapun, ada 15 agama melalui imam dar, Kampung Temir saha untuk memasti- keluarga dari kampung kampung berkenaan tetap mengecap nikmat kan tanah terbiar yang ini berhijrah kerana serta pegawai agama pembangunan. Malah, berkeluasan kira-kira mengusahakan kelapa dari Jabatan Hal Ehwal kemudahan asas sudah 30 hektar di kampung- sawit di Tanah RancanAgama Terengganu se- lama tersedia di kam- nya dapat dimajukan gan Felda Seri Bandi tiap tiga kali seminggu pung yang dikatakan sekaligus menambah dan tujuh keluarga ke pendapatan Bukit Kepah,” katanya. selepas waktu Isyak di pernah ditadbir oleh sumber Mohamad lima penghulu itu. penduduk dengan me- Encik masjid kampung itu. yang tiada masalah Walaupun sibuk den- Kemudahan perpari- nanam kelapa. gan aktiviti harian, tan, saliran dan jalan Katanya, perbincan- dengan pemimpin setkampung yang baik gan sudah dijalankan empat, malah Penghulu penduduk masih memudahkan dengan Ja-batan Perta- Mukim, Encik Mohd berpeluang nian untuk mengkom- Shukri Hashim sentiasa mendalami ilmu ersialkan turun padang apabila agama bagi pihaknya mahu menme-mastikan gadakan mereka tidak perbincanmengabaikan gan dan tanggungm e n g a du jawab sebamasalah gai Islam kampung. dan budaya hidup yang Pada masa sihat. yang sama, Encik beliau kini Mohamad mengharapkan berkata, pelbagai kekampung mudahan dapat y a n g dinaik taraf di d i k a - Mohamad (kiri) bers kampung itu terama pen takan duduk m utama membina e n g erjakan sudah melatanah te wakaf di kawasan rbiar un hirkan empat keturunan tuk berc ucuk tan perkuburan yang am. itu berasal dari nama penduduk bersudah dipohon sepokok `tengir’ yang ulang alik ke pusat ban- tanjak 50 tahun lamdar dan ke tempat kerja aman kelapa sutumbuh berdekatan sungai dan cara sebutan mahupun ke sekolah paya hasil tanaman itu pau. `orang hulu’ agak pekat berhampiran yang ter- lebih berkualiti dan termenyebabkan namanya letak dalam lingkungan jamin. berubah menjadi Temir lima hingga lapan kilo- “Selain kelapa, pen-


Sabtu, 01 Mei 2010

Oleh Suriati Ali “Tugas sebagai guru ketika berada di sekolah serta isteri wakil rakyat apabila berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak jauh berbeza dan menganggap kedua-dua itu amanah itu sangat istimewa. “Walaupun ianya nampak sukar oleh sesetenggah pihak kerana memerlukan pengagihan masa yang sempurna tetapi saya mampu berusaha melaksanakan tanggungjawab itu secara berjadual dan bijaksana,” kata Puan Rosidah Mokhtar, 45, ketika ditemubual Teganukita. Beliau isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Encik Abdul Halim Jusoh, berasal dari Parit Besar, Batu Pahat Johor, memiliki empat orang cahaya mata hasil pengkongsian hidup bersama insan tercinta. Permata hati sulung, diberi nama Nurdiyana berusia 20 tahun dan kini menuntut ilmu di New Zealand, diikuti Nurhazwani, 19, masih belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam manakala Nursyamimi, 16 dan Nur Amalina, 14 menimba ilmu di Seko-

lah Menengah Kebangsaan (SMK)Tengku Mahmud. Walaupun sibuk mengagihkan tugas sebagai guru dan isteri wakil rakyat, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak pernah diabaikan Puan Rosidah terutama berkaitan pelajaran dan kasih sayang. Pelbagai pendekatan dilaksanakan sematamata ingin melihat anak membesar di depan mata, termasuk menempatkan anak yang masih bersekolah di tempat dia menganjar iaitu SMK Tengku Mahmod. Langkah itu nyata memberi kesan positif kerana bukan sahaja mampu mendalami perasaan anak-anak malah memastikan secara berdepan tingkah laku sama ada positif atau sebaliknya ketika berada di sekolah. Puan Rosidah berkata, jika sikap yang dipamerkan itu kurang seronok didengar, dia akan menegur secara sopan sehingga anakanak faham apa yang dilakukan itu tidak digemari ibu bapa. “Alhamdulilah, anak-anak mudah mendengar nasihat dengan apa yang diamalkan itu. Anak sulung dan kedua

kami berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang diimpikan. “Tiada petua khas untuk semua itu, cuma kami sebagai ibu bapa sentiasa mengamalkan doa tertentu untuk mereka supaya tidak degil dan mendengar cakap,” katanya Katanya, penduduk setempat terutama di kawasan DUN Permaisuri seakan faham dengan tugas saya sebagai guru di mana mereka terlebih dahulu meminta dia menetapkan tarikh dan masa, jika program yang menganjurkan itu memerlukan dia hadir. “Saya gemar dengan cara hidup penduduk kampung di kawasan DUN Permaisuri, kerana gemar berkerjasama dan menghulur bantuan terutama apabila rakan sekampung mengadakan majlis kenduri dan kesyukuran. “Cara mereka yang hidup bermaufakat tidak sama dengan masyarakat yang tinggal di kawasan Bandar yang kebanyakannya lebih mementingkan diri sendiri dan sukar menghulurkan bantuan jika berlaku kecemasan,” katanya. Katanya, sewaktu suami baru dilantik

SERIKANDI

Tugas guru dan isteri wakil rakyat, satu keistimewaan

2 tk

15

PUAN ROSIDAH MOKHTAR

menjadi wakil rakyat awal 2008, dia seakan tidak boleh menerima perubahan jadual tugas. Sebelum ini suami bertugas sebagai juruperunding syarikat yang mempunyai waktu berkerja secara berjadual. “Apabila difikirkan sedalamnya, tugas yang ditanggungjawabkan itu adalah amanah daripada rakyat dan pemimpin, saya menyokongnya dengan sepenuh hati dan menjalankan amanah sebagai isteri wakil rakyat sebaik mungkin “Saya menyedari suami meminati bidang politik sejak beliau me-

megang jawatan Naib Pemuda UMNO bahagian Setiu pada awal 2000,” katanya ketika berkongsi bercerita mengenai YB Encik Halim berkaitan tugas baru. Menurutnya, walaupun sibuk tugas harian seperti menghadiri mesyuarat, seminar, temujanji bersama masyarakat dan perasmian program, suami cuba meluang masa untuk keluarga dengan keluar beriadah dan melancong. “Anak- anak turut faham dengan tugas baru ayah mereka, dan tidak pernah merun-

gut walaupun terpaksa ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Untuk menghilangkan rasa rindu, telefon dan sistem pesanan ringkas, cara kami berhubung,” katanya. Puan Rosidah berkata, dia memberi komitmen sepenuhnya dalam Badan Amal dan Kebajikan Isteri wakilwakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dengan menghadiri program yang dianjurkan jika ada kelapangan. Antara aktiviti yang sering diikuti, termasuk kegiatan sukan, seminar dan lawatan sambil belajar.


2 DESTINASI

tk

Sabtu, 01 Mei 2010

Pelbagai spesis cendawan yang jarang ditemui hidup melata tanpa gangguan manusia.

Hutan Lipur Chemerong dihiasi flora yang menarik.

16

Pengunjung tempatan dan luar negara cukup mengemarinya keran

HLC m

Air Terjun Chemerong merupakan yang tertinggi di Asia Tengganra.

Oleh Suriati Ali Hutan Lipur Chemerong (HLC) terletak di kawasan Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun dianggap masih `dara’ oleh segelintir pengunjung berikutan pelbagai khazanah yang terdapat dilokasi itu belum diteroka dan terusik. Pengunjung tempatan dan luar negara cukup mengemarinya kerana mempunyai pelbagai daya tarikan unik seperti tupai putih, pelbagai spesies orkid liar dan pokok akarnya di atas. Semua itu jarang ditemui di hutan lipur lain . Tidak ketinggalan dengan keindahan gunung berembun yang

mempunyai jarak 7.6 kilometer dari tapak hutan lipur; air terjun langsir yang tertinggi di negara ini, berukuran 305 meter ; alur air yang jenih serta dingin, pelbagai spesies tumbuhan herba serta flora dan fauna yang menawan. Penolong Pengarah Unit Rekreasi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Zailaini Man, berkata HLC yang dimajukan pada 1993 mendapat sambutan sangat membanggakan di mana setiap tahun mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung. Katanya, pada tahun lepas sahaja, pihaknya merekodkan hampir 50 ribu pengunjung berbanding 45 ribu

tahun 2008. “Individu yang datang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malah luar negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan China. “Jika tiba musim cuti am dan sekolah, pengunjung akan bertambah sekali ganda sehingga tempat letak kereta tidak mencukupi, Apabila situasi itu berlaku, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh dua km,” katanya. Pelbagai aktiviti boleh disertai pengunjung apabila tiba di HLC antaranya mendaki gunung, berkhemah, meredah hutan, berkelah dan membuat kajian.

Setiap individu yang hadir direkodkan JPNT bertujuan mengetahui kemasukan bilangan pengunjung dan menjaga keselamatan. Kebiasannya setiap bulan, hampir 4,000 hingga 5,000 pengunjung yang hadir ke destinasi menarik ini dan adakalanya mencecah 8,000 apabila tiba musim cuti am dan sekolah. Menurutnya, beberapa pendekatan dilaksanakan pihaknya semata-mata ingin memulihara khazanah dan mengekalkan keindahan alam di hutan lipur ini. “Kempen kebersihan dengan kerjasama pelbagai persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dianjurkan tanpa mengikut jadual. “Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mereka boleh menjalankan kerja amal iaitu mengutip bahan buangan seperti plastik sampah, bekas makanan dan botol minuman yang dibuang individu tidak bertanggungjawab.,” katanya. Pendekatan itu nyata memberi kesan positif kepada semua pihak terutamanya pendaki kerana sehingga kini, masih mampu mengecapi kesegaran alam semula jadi berikutan tiada sungai yang tercemar dan hutan dirosakkan. Menurutnya, jika pengunjung berminat mendaki Gunung Berembun, mereka perlu menempuh perjalanan hampir tiga hari dua malam dengan melalui denai sejauh 7.6 km. “Mereka tidak perlu risau


Sabtu, 01 Mei 2010

Pengunjung boleh melakukan pendakian ke puncak Gunung Berembun.

marinya kerana mempunyai pelbagai daya tarikan unik.

Terjun Langsir yang mempunyai ketinggian 305 meter. Di lokasi itu mereka boleh merasai kejenihan air yang belum dicemari mana-mana bahan buangan,”katanya. Apa menariknya HLC adalah keindahan alam semulajadi yang begitu unik sehingga ada sesetengah pengujung berulang kali datang ke lokasi ini dengan merancang pelbagai aktiviti. Pengunjung boleh mengguna kenderaan sendiri atau mendapat perkhidmatan teksi untuk menuju ke HLC yang terketak kira-kira 30 kilometer (km) dari Bandar AlMuktakafi Billah Shah dan 100 km jarak dari 100 km pusat Bandar untuk beristirehat sebelum sampai Kuala Terengganu. ke puncak. Antara kemudahan terdapat di “Dalam perjalanan balik pula, HLC, pejabat, tapak perkhemahan, pengunjung boleh singgah di Air pondok rehat, surau, tandas, menara

C masih `dara’ atau bimbang kerana JPNT ada menyediakan pondok khas bertempat di sungai `Y’ dan ‘kem balak’ sebagai alternatif

Keindahan alam semulajadi pasti membuat pengunjung mahu datang lagi ke Hutan Lipur Chemerong.

Keindahan alam Chemerong begitu mempersonakan.

tinjau, taman permainan kanakkanak, dewan serbaguna dan denai untuk ke Gunung Berembun. Hitan lipur yang dibuka dari jam 7 malam hingga 6 petang itu dikenakan bayaran RM5 seorang jika ingin menyertai aktiviti mendaki gunung. Zailani turut memberitahu, JPNT mempunyai rancangan membina 20 unit chalet dengan anggaran kos RM4 juta, sebagai kemudahan untuk pengunjung terutama kepada mereka yang tinggal di luar Terengganu, menginap lebih selesa. “Selain itu, membina jambatan gantung dan menambah kawasan tempat letak kereta yang sedia ada. Sekiranya perancangan itu terlaksana, pihaknya percaya, HLC akan lebih maju dan bilangan pengunjung lebih bertambah daripada jumlah sekarang,” katanya.

2 tk


2 tk

ms 8 & 9


Sabtu, 01 Mei 2010

agama

Penyelesaian kepada masalah riba di kalangan umat Islam Umum mengetahui bahawa perniagaan pajak gadai yang berasaskan riba (konvensional) dan bertentangan dengan syariat Islam telah bertapak di negara kita sejak tahun 1871 lagi. Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam kita sejak dahulu lagi, dikatakan amat sinonim berurusan dengan pajak gadai konvensional ini, walaupun ada dikalangan mereka yang mengetahui akan kesan buruk daripadanya. Ar-Rahnu adalah sistem gadaian Islam yang merupakan pilihan wajib kepada umat Islam. Ar-Rahnu merupakan suatu sistem berteraskan syariat iaitu satu bentuk gadaian yang dijamin keselamatan dan tidak mengandungi unsur-unsur riba, tetapi lebih bersifat untuk membantu sesama Islam. Berpandukan kepada al-

Quran dan Hadis yang telah membenarkan sistem ar-Rahnu ini, maka Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyediakan perkhidmatan skim ar-Rahnu iaitu pajak gadai yang berkonsepkan Islam sepenuhnya di seluruh negeri Terengganu. Matlamat penubuhan al-Rahnu oleh MAIDAM adalah jelas iaitu untuk membantu umat Islam melalui cara berhutang yang berlandaskan syariat dan menghindarkan umat Islam dari terus terjebak dengan amalan riba yang ditawarkan oleh pajak gadaian bukan Islam iaitu konvensional yang secara jelas mempunyai unsur riba yang dilarang oleh Allah Taala. Skim ar-Rahnu beroperasi dengan memberi pinjaman atau

hutang segera kepada mereka yang memerlukan dengan cagaran emas. Di dalam konsep ini, sesuatu barang kemas daripada emas adalah dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka cagaran ini boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Berlainan dengan pajak gadai bukan Islam atau konvensional, umum mengetahui mengenakan caj yang sangat tinggi dan membebankan iaitu kira-kira 2% sebulan atau 24% setahun atas nilai pinjaman yang diberikan. Pihak MAIDAM amat peka dan prihatin dengan masalah umat Islam, dan melalui pelaksanaan ar-Rahnu ini, MADAM telah mengeluarkan jutaan ringgit dalam bentuk modal pembiayaan demi untuk membantu

MIMBAR Susunan : Zatini Yan

umat Islam khususnya di negeri Terengganu. Selain itu, pihak MAIDAM turut mengeluarkan belanja yang besar bagi memastikan perkhidmatan ini adalah yang terbaik untuk umat Islam seperti penyediaan ruang premis yang moden, selamat dan selesa, peti penyimpanan dan bilik kebal yang kukuh, pengawal keselamatan 24 jam, dan kamera litar tertutup (CCTV), bahkan barang yang digadaikan adalah dilindungi sepenuhnya dengan insurans Takaful dan sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan, atau kemusnahan pada barang tersebut maka ia akan diganti mengikut nilaiannya. Antara kebaikan dan kelebihan sistem ar-Rahnu adalah : 1) Bebas daripada unsur-unsur riba dan selari dengan kehendak hukum Islam.

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 1 HINGGA 15 MEI 2010

19

Sumber: JHEAT

2) Berkonsepkan fardhu kifayah iaitu bertujuan untuk membantu unat Islam yang memerlukan kepada bantuan kewangan segera. 3) Adil dan tidak membebankan pengadai. 4) Melahirkan sifat amanah pihak yang menjalankannya di dalam menjaga harta yang digadai. 5) Urusan yang lebih telus iaitu berdasarkan nilaian harga semasa (emas). 6) Kadar upah simpanan yang rendah. 7) Cepat urusan, mudah dan selamat serta barang gadaian dijamin perlindungannya dengan insurans Takaful iaitu insurans yang dibenarkan oleh syariat. 8) Wang lebihan akan dipulangkan kepada penggadai.


20

Sabtu, 01 Mei 2010

amam

Membina tamadun Terengganu baru Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu 5 - 8 April

Lapuran Aida Abd Rahman, Esah Abdullah dan Suriati Ali

Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman menyempurnakan istiadat pembukaan penggal persidangan yang ketiga DUN yang ke-12 dengan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan diiringi Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner I, Dato’ Mohd Shukri Dahlan. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Terengganu suatu masa dahulu memang terkenal sebagai negeri yang mempunyai ramai para alim ulama. Penyebaran dakwah begitu berkesan sekali sehingga ramai anak-anak tempatan memiliki pendidikan agama yang baik. Usaha mengembalikan era zaman kegemilangan alim ulama ini perlu disanjungi. Sehubungan ini, kita difahamkan Kerajaan Terengganu beriltizam untuk Membina Tamadun Terengganu Baru dengan menjadikan negeri ini sebagai pusat kajian dan penyelidikan al-Quran peringkat antarabangsa. “Maka akan lahirlah nanti para ilmuan, intelek dan pakar dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja mampu menguasai bidangbidang agama dan hafazan al-Quran tetapi juga turut mampu menerokai bidang Sains dan Teknologi. “Ini landasan yang perlu dibina ke arah mewujudkan masyarakat Ulul Albab. Pembinaan sekolah Imtiaz perlu diadakan di setiap daerah bagi memberi peluang anak-anak negeri belajar agama dengan lebih bersistematik,” kata Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman sempena Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud; Yang Dipertua DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan isteri To’ Puan Halijah Ali serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan isteri, To’ Puan Hajah Rohani Abdullah. Hadir sama, kerabat raja, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan pegawai kanan kerajaan. Tengku Sri Panglima berkata, mudah-mudahan masyarakat Islam di negeri ini akan menjadi umat terbaik (khaira ummah) dan umat yang seimbang (ummatan wasata) dalam aspek fizikal, emosi, intelek dan rohani seterusnya dapat mengurangkan kepincangan sosial. Katanya, kesihatan yang baik adalah nikmat. Justeru itu, perancangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat ke arah kehidupan yang lebih berkualiti hendaklah diberi keutamaan. “Kelengkapan perkhidmatan perubatan perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira kepereluan kehendak semasa seperti pembinaan Pusar Rawatan Jantung. Tidak ketinggalan juga pembangunan fizikal bagi hospital-hospital daerah perlu diberi keutamaan. “Berada di pentas global yang mengamalkan peng-

Dato’ Ahmad menyampaikan teks ucapan kepada Yang dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Pangliman Raja, Tengku Baderulzaman.

gunaan teknologi maklumat secara meluas memerlukan kita sentiasa bersedia dengan perubahan teknologi yang pantas berubah dan baru,” katanya. Kesempatan ini perlu diambil segera dengan melengkapkan keupayaan perisian, perkakasan dan peralatan ICT kearah mewujudkan pentadbiran kerajaan elektronik terkini. Selain itu, beliau berkeyakinan penggunaan ICT secara meluas dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Koridor Raya Multimedia Pantai Timur (MSC) yang akan melibatkan persefakatan antara pihak kerajaan, swasta dan orang awam. Oleh yang demikian, penggunaan sistem ICT eKerajaan Bersepadu Negeri Terengganu (TeG) sudah pasti dapat menambah keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian di samping dapat mengatasi kerenah birokrasi yang telah lama diperkatakan. “Langkah kerajaan neg-

eri memperkenalkan eBook kepada pelajar sekolah rendah dan TB Kids kepada kanak-kanak Tadika harus diberi pujian. “Langkah awal ini telah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pelajar diberi pendedahan minda ke arah ICT, mempunyai minda yang lebih terbuka, berfikiran kreatif dan inovatif,” katanya. Dalam menjayakan sistem pembelajaran berkonsepkan teknologi elektronik pada 2009 seramai 23,400 pelajar telah dibekalkan dengan e-Book. Manakala pada 2010 dijangkakan lebih 50, 000 pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima termasuk guru yang mengajar Tahun Enam akan dibekalkan e-Book. Malah, e-Book ini juga akan dipanjangkan penggunaannya juga ke peringkat sekolah menengah rendah pada masa depan. “Kita dimaklumkan bahawa program TB Kids yang dilaksanakan di 16 Tabika Perpaduan telah

Lesen balak ditender Kerajaan negeri memutuskan supaya tiada sebarang lesen penebangan balak dikeluarkan kepada mana-mana individu bermula 1 Jun depan, bertujuan mengelak pelbagai kemungkinan berlaku termasuk hakisan teruk dan pencemaran alam. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, tindakan itu adalah wajar kerana kebanyakan mereka yang memohon lesen penerbangan tidak menepati syarat dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. “Untuk keadilan, kerajaan negeri akan menawarkan tender kepada mana-mana syarikat yang berminat dengan mengenakan syarat tertentu termasuk mempunyai kepakaran dan kilang kayu sendiri. “Langkah itu, tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada kerajaan sebaliknya dapat menterbukti amat berkesan dan turut menambah minat belajar kanak-kanak. “Justeru, kita berharap pelajar gunakanlah sebaik mungkin kemudahan yang diberikan ini agar hasrat kerajaan mewujudkan sebuah masyarakat bermaklumat benar-benar tercapai,” katanya. Katanya, kita juga difahamkan penggunaan eBook telah menarik minat bukan sahaja dari dalam negeri seperti Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bahkan juga dari luar negara seperti Indonesia, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kedua-dua negara berkenaan telah membuat tempahan awal masingmasing sebanyak 200 unit bagi menguji keberkesanannya sebelum pelaksanaan secara lebih menyeluruh. Sebelum itu, beliau menyempurnakan istiadat pembukaan penggal persidangan yang ketiga DUN yang ke-12 dengan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan diiringi Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner I, Dato’ Mohd Shukri Dahlan.

M

gurusnya secara terancang,” katanya ketika sesi pergulungan Sidang Dewan Undangan (DUN), hari ini (8 Mac). Menteri Besar menolak dakwaan Dato’ Rosol Wahid (BN-Ajil) yang menyatakan terlalu banyak kawasan balak diteroka dalam masa terdekat ini sehingga berlakunya lambakan balak dan tiada pasaran untuk tujuan itu. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), seluas 33,916 hektar tanah diluluskan untuk penerbangan balak pada 2003; 15,698 hektar (2004); 13,369 hektar (2005); 12,406 hektar (2006); 14,424 hektar (2007); 8,650 (2008); 6,794 (2009) dan hanya seluas 2,845 hingga Mac 2010.

S m a M b y p M p D b o h a j d

P t

P d j t e p T t m d B m s s o k

Wajah-wa


Sabtu, 01 Mei 2010

am

Manfaat naik taraf MPD Sebelum itu, Dato’ Ahmad ketika menjawab soalan YB Haji Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) berhubung kemudahan yang boleh dimanfaat oleh penduduk hasil naik taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran Dungun (MPD), berkata banyak faedah yang diperolehi termasuk pertambahan kakitangan dan peluang mengisi lebih banyak jawatan di majlis perbandaran itu. Faedah kedua katanya

melibatkan soal perbelanjaan dan peruntukan tahunan yang lebih tinggi membolehkan lebih banyak kemudahan serta infrastruktur asas dapat disediakan kepada rakyat seperti jalan, parit dan longkang, selain menambah keceriaan bandar berkenaan. “Dengan naik taraf MPD sudah tentu secara nyata dapat dilihat dari segi fizikal seperti lampu, lanskap dan kecerian bandar.

Peruntukan khas wujud tandas BMW Peruntukan khusus dan mencukupi bagi menjaga dan menyelenggara tandas awam seluruh negeri yang diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuktikan kerajaan negeri serius menjaga kebersihan kemudahan awam itu. Bagaimanpun, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti segelintir rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan

tandas awam dan juga tandas di masjid yang menjadi tempat ramai pelawat dari luar Terengganu singgah ketika bersolat. Dato’ Ahmad (BN-Kijal) yang juga Pengerusi Kerajaan Tempatan berkata dua perkara yang harus ditekankan daalam aspek menjaga kebersihan tandas iaitu pengurusan dan penjagaan serta mentaliti pengguna kemudahan itu sendiri.

Kes stadium telah diserahkan kepada SPRM Kes struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata beliau difahamkan oleh pihak tertentu SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak pihak supaya tidak membuat pelbagai andaian sehingga hasil siasatan selesai. “Saya tidak dapat menjelaskan perkara ini sama ada terdapat penyelewangan atau tidak kerana saya dimaklumkan SPRM tengah siasat, jadi saya berharap kita tidak menuduh yang bukan-bukan sehingga hasil siasatan SPRM

diperjelaskan kepada umum,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, sebagai menjawab soalan lisan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berkenaan status terakhir kes stadium itu dan pihak bertanggungjawab yang perlu menanggung semula kos pembinaannya. Dewan dimaklumkan bahawa tender untuk kerjakerja pembersihan kerangka stadium yang runtuh itu telah pun dikeluarkan pada 15 Mac lepas dan tarikh tutupnya 19 April nanti. Katanya kos pembinaan semula struktur yang runtuh itu akan ditanggung oleh kontraktor utama iaitu Bina Struktur Sdn Bhd, Emarcon Sdn Bhd dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Beliau juga menjelaskan walaupun kos asal

pembinaan stadium berkenaan adalah RM191 juta, namun harganya telah meningkat kepada RM294 juta apabila siap pada 22 Sept 2007. Menteri Besar berkata hasil laporan Jawatankuasa Penyiasat mendapati terdapat empat faktor telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya keruntuhan iaitu reka bentuk yang tidak memadai iaitu pereka telah gagal mengambil kira pertimbangan secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bangunan. Selain itu, ia disebabkan oleh faktor bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlakunya salah jajaran kepada geometri, kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak dan bahan dan kualiti hasil kerja tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

ah-wajah sekitar Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu

21

Jangan satu kes, semua tidak bagus Selain itu, Dato’ Ahmad meminta YB Wan Hassan supaya mengambil pendekatan yang baik dan bertindak rasional, walaupun terdapat satu kes kerosakan jalan di Sura sebagaimana yang dipertikaikan wakil Pas-Sura berkenaan ketika mengemukakan soalan tambahan kepada beliau. “Jangan kerana satu kes jalan pecah (rosak) menyebabkan keseluruhan sistem itu tidak boleh dipakai. Inilah satu pendekatan yang tidak bagus, tidak baik sedangkan manfaat (naik taraf) lebih besar, peruntukan lebih besar diberikan. “Mungkin kerana banjir jalan pecah dan mungkin awal tahun peruntukan belum sampai untuk membaiki jalan berkenaan,” katanya. Beliau berkata, sepatutnya pihak pembangkang tidak menjadikan isu kecil dan hanya kerana satu jalan di Sura (rosak) menyebabkan semua sistem jalan dan pembangunan di MPD itu tidak bagus.

Rangka program untuk belia Kerajaan Negeri merangka pelbagai program yang sesuai dengan minat golongan belia tempatan bagi mengurangkan gejala sosial secara berperingkat. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pihaknya mula serius merancang aktiviti sejak 1994, termasuk mewujudkan program Rakan Muda; Kelab Reka Cipta Reakreasi dan Sukan, Wira Usaha, Rakan Muda Mahir dan Kecerdasan. Beliau berkata, mulai tahun lepas, kerajaan negeri turut menganjurkan kursus Dana Remaja selama tiga hari dua malam yang mensasarkan 20 peratus daripada jumlah penerima bakti remaja setiap tahun.


22

Sabtu, 01 Mei 2010

Dipda tawar empat program penting Trefound Educare Sdn Bhd anak syarikat Yayasan Terengganu (YT) terus mengorak langkah dengan menubuhkan institusi pengajian baru, dikenali sebagai Akademi Pembangunan Profesional Darul Iman (Dipda). Melalui Dipda, menawarkan empat program penting iaitu, `in house training’, khidmat runding pengurusan, english communication skills dan mind based learning and smartstudy. Objektif utama penubuhan institut itu adalah untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan dan seterusnya melahirkan profesionalisma di sesebuah organisasi kerajaan mahupun swasta. Ketua Pegawai Eksekutif Dipda, Dr. Wan Shaari Wan Ismail, berkata untuk merealisasikan matlamat ini, Dipda telah memilih dan melantik beberapa rakan strategic sebagai fasilitator. “Focus Learning Consulting Sdn Bhd, British Council (BC) dan Creative Question Enterprise, mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini terutama di sektor latihan dan konsultansi. “Dengan kerjasama erat dari rakan strategik itu, Dipda bertindak sebagai agensi latihan dengan menggunakan pendekatan 4M iaitu mengenalpasti peluang, mencadang modul latihan, mengurus perjalanan sesi latihan dan memantau serta menilai impak,” katanya. Menurutnya, program in house training dan khidmat runding pengurusan berjaya dijalankan pada 29 dan 30 Desember tahun lalu dengan penglibatan 70 kakitangan termasuk 20 pegawai kanan Yayasan Terengganu bertempat di Gambang Resort City, Kuantan dan Langkawi.

amam

Perluas penggunaan e-Book ke seluruh Malaysia Oleh Suriati Ali Pendekatan Terengganu mengagihkan e-Book kepada pelajar Tahun 4 dan 5 dengan mengeluarkan peruntukan RM50 juta, adalah tindakan bijaksana berikutan golongan itu kini lebih bersemangat untuk menimba ilmu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan, pelajar berkaitan tidak lagi merungut mengenai masalah beg berat malah bersemangat serta mempunyai keyakinan tinggi untuk terus belajar. “Pelbagai bangsa termasuk masyarakat orang asli seronok belajar berpandukan e-Book kerana mudah dibawa selain dapat mengetahui lebih mendalam berkaitan Teknologi Maklumat (IT),” katanya kepada sidang media

Dato’ Ahmad menyambut kunjungan hormat Mr John E Davice di pejabatnya di Wisma Darul Iman. Gambar oleh Zulkipli Putra

selepas menerima Kunjungan Hormat, Timbalan Presiden Intel Corp, Mr John E Davies, di pejabatnya, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Dato’ Ahmad turut memberitahu, kerajaan

Orang Asli Sungai Berua dapat nikmat pembangunan Setiap rakyat sama ada di bandar atau di pedalaman berhak menikmati arus pembangunan dan tidak terkecuali mendapat manfaat itu termasuklah masyarakat Orang Asli Sungai Berua di Hulu Terengganu. Golongan itu bakal menikmati kehidupan lebih selesa apabila kerajaan negeri akan memastikan setiap keluarga dapat mengusahakan 2.4 hektar ladang kelapa sawit berbanding hanya 60 hektar yang diusahakan hampir 100 keluarga sebelum ini. Malah, kerajaan negeri juga meluluskan sertamerta pembinaan 40 unit rumah mampu milik yang mempunyai tiga bilik kepada keluarga orang asli yang sebelum ini terpaksa berkongsi dengan dua hingga empat keluarga dalam satu rumah. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata usa-

ha kerajaan diharapkan meningkatkan pendapatan mereka dan mengelak golongan itu memasuki hutan sehingga berminggu-minggu lamanya semata-mata mencari hasil hutan seperti rotan, gaharu atau damar untuk dijual bagi menambah pendapatan. Katanya, inisiatif kerajaan juga mengelak daripada golongan itu terus memburu hasil hutan dan melanggar undang-undang akibat mengambil spesis hutan yang harus dilindungi, apatah lagi spesis itu semakin pupus. Dato’ Ahmad, berkata kerajaan juga tidak mahu `orang tengah’ menindas dan mengeksploitasi masyarakat Orang Asli yang membeli hasil hutan diperolehi mereka seperti gaharu dan rotan yang berkualiti dengan harga yang murah. “Saya melihat kalau ada 60 hektar (ladang ke-

negeri bangga kerana syarikat Intel Corp memberi kepercayaan bagi menguna pakai e-Book seperti mana di negara maju lain. Sementara itu, Mr John berkata, penggunaan e-

Book sewajarnya dimanfaat di seluruh Malaysia bukan hanya terhad kepada pelajar yang menuntut ilmu di Terengganu. Katanya teknologi canggih ini, tidak rugi diperluaskan kerana ia

Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Orang Asli Sungai Berua tidak ketinggalan dalam arus pembangunan apabila Kerajaan Terengganu menjanjikan setiap keluarga dapat mengusahakan 2.4 hektar ladang kelapa sawit.

lapa sawit) dengan 88 keluarga yang semakin bertambah sudah tentu tidak menguntungkan mereka. Sebagaimana dikatakan tadi, RM1,200 setahun (pendapatan) apa yang kita dapat? “Di bawah paras kemiskinan pun, satu keluarga sudah RM115 RM122 seorang per kapita. Ini RM100 (sebulan) tak sepatutnya berlaku dalam keadaan kita sudah 53 tahun merdeka ini. Justeru

itu kalau nak buka ladang kita beri dalam kadar yang biasa enam ekar seorang,” kata beliau ketika sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan hamper kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Dato’ Mohd Sani Mistam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri,

mampu meningkatkan daya pemikiran, semangat untuk belajar dan kreativiti berkaitan IT. “Pihaknya memuji tindakan pemimpin Terengganu yang menggunakan pendekatan IT sebagai langkah meningkatkan sistem pendidikan yang sedia ada dan langkah ini perlu dicontohi negeri lain. “Tiada alasan untuk tidak menggunakan eBook kerana Malysia sudah jauh maju ke depan selain memiliki rangkaian kemudahan jalur lebar yang bagus dan tercanggih,” katanya. Menurutnya, sehingga kini terdapat 61 negara sudah menggunakan sistem e-Book, selain beberapa negara di Asia termasuk Jepun, Korea dan Australia. Rozi Mamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Haji Mohd Zawawi Ismail. Dato’ Ahmad berkata, beliau meminta Ketua Pengarah JHEOA memastikan kewangan dan peruntukan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 mencukupi bagi memulakan projek perladangan berkenaan dalam kadar yang segera. “Saya bimbang kalau ada 600 ekar, kewangan tidak cukup pula..Kalau tak cukup bagitau kita sebab kita nak pastikan kelapa sawit selepas tempoh tiga tahun boleh mengeluarkan hasil. “Benih yang berumur 12 hingga 14 bulan mengambil masa tiga tahun sahaja Pastikan benih berkualiti jika ditanam, dengan penjagaan rapi dapat memberi pendapat lumayan,” kata beliau lagi. Dato’ Ahmad berkata, perubahan taraf hidup dan keselesaan yang dikecapi golongan itu kelak boleh mengubah persepsi umum selain mereka juga tidak berasa terasing dan rendah diri untuk berdepan dengan masyarakat bandar. Kerajaan negeri juga meluluskan RM20 ribu untuk membangunkan Taman Sains Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Berua sebagai tarikan baru untuk menarik minat anakanak di situ ke sekolah dan mengikuti pelajaran dengan lebih baik.


Sabtu, 01 Mei 2010

sukan

Oleh: Aida Abd Rahman Kapas-Marang International Swimathon 2010 bukan lagi asing bagi peminat sukan renang dari dalam dan juga luar negara sebagai sukan pelancongan ekstrem bertaraf dunia yang menjanjikan perebutan hadiah wang tunai dan platform mendekati budaya serta tradisi masyarakat Marang. Buat julung kalinya, anak muda dari Perak, Kevin Yeap Soon Chey, 23, mengungguli juara kategori lelaki selepas berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang dengan catatan masa satu jam 33 minit dan 33 saat. Kevin selaku pemenang pingat perak acara 1500 meter gaya bebas pada Sukan SEA Laos tahun lalu yang pertama kali menyertai kejohanan itu menyifatkan perlumbaan yang disertainya amat mencabar kerana terpaksa berdepan dengan ombak yang besar. Selain stamina dan mental yang kuat, dia juga menaruh keyakinan yang tinggi untuk memenangi acara itu walaupun mendapat saingan sengit daripada pencabar di tempat kedua, Nor Mohd Ibrahim bagi kategori lelaki (20-34 tahun) Kevin berupaya menjarakkan diri dengan perbezaan 12 minit sahaja dengan Nor. Kejayaannya itu turut menjadi catatan masa terbaik dan rekod bagi keseluruhan sekaligus dinobatkan sebagai pemenang utama kejohanan.

melalui perjalanan yang jauh dan lebih perit lagi apabila mata saya kerap sakit kerana dimasuki air masin,” katanya. Atlit kuartet negara yang meraih gangsa dalam acara 4x200m gaya bebas pada Sukan SEA Laos turut mengungguli kategori remaja wanita (12-19 tahun). Hadiah bagi pemenang utama disampaikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Encik Nik Dir Nik Wan Ku, di Pusat Peranginan Kelulut, Seberang Marang, barubaru ini. Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani. Pada kali ini, seramai 300 peserta dari Malaysia,

Kevin Yeap Soon Chooi (kiri) dan Leng Chi Lim bersama replika cek yang mereka menangi selepas muncul juara kategori terbuka pertandingan Kapas-Marang International Swimathon 2010. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Kapas-Marang medan sukan pelancongan ekstrem “Penyertaan saya dalam sukan ekstrim ini adalah pertama kali dan cabarannya pasti hebat kerana terpaksa berdepan dengan arus yang kuat dan ombak yang besar,” katanya yang bakal membawa cabaran negara pada temasya Sukan Komanwel di India hujung tahun ini. Manakala tempat kedua, Nur Adli Safwan Sariman (satu jam 33 minit 34 saat) yang juga juara bagi kategori lelaki (junior terbuka) (12-19 tahun). Tempat ketiga keseluruhan pula menjadi milik An-

drew Tebbutt dari United Kingdom yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan satu jam 34 minit 23 saat. Andrew merupakan juara bagi kategori lelaki 35-49 tahun. Pemenang keseluruhan wanita turut dimenangi perenang negara, Leong Chii Lin, dari Sabah yang beraksi dalam acara 50 dan 100 meter gaya bebas dalam skuad renang kebangsaan. Chii Lin berjaya menewaskan dua pencabar utamanya, Lai Mei Juan dan seorang lagi perenang

23

Ujian sebenar peserta Kapas-Marang Swimathon 2010 adalah terpaksa meredah ombak dan arus deras laut.

negara, Khoo Chai Lin dengan catatan masa satu jam 33 minit dan 35 saat diikuti Mei Juan (1:37.13s) dan Chai Lin yang mer-

ekodkan masa 1:38.58s. “Berenang di kolam biasa dengan berenang di lautan memang banyak perbezaan. Kami terpaksa

Australia, Canada, Denmark, Jerman Indonesia, Netherlands, Jepun, Singapura, Sepanyol, United Kingdom dan Vietnam.

Terengganu tuan rumah Piala Raja Libas 2010 Terengganu diberi penghormatan selaku tuan rumah gelanggang pembukaan Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Libas edisi 2010 yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Mei ini. Kejohanan peringkat Zon Timur itu yang menampilkan pasukan-pasukan terbaik dari Terengganu, Pahang dan Kelantan akan diadakan di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga penaung kejohanan, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi peringkat Zon Timur adalah

satu penghormatan terhadap perkembangan sukan sepak takraw di Terengganu. Katanya, sebanyak 48 regu bakal menyertai kejohanan sulung yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM35,000 selain merebut empat tempat ke pusingan Grand Final di Shah Alam pada Disember depan. “Kita berterima kasih kepada pihak MDAG dan Gajah Emas kerana memilih Terengganu sebagai gelanggang sulung bagi penganjuran kejohanan berprestij ini. “Selain itu, sokongan kewangan daripada kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu

juga mampu kejohanan ini menyemarakkan hanya boleh lagi pembangunan menyenaraikan sukan sepak seorang pemain takraw khususnya negeri atau negara di negeri ini,” dalam pasukan katanya. mereka. Kejohanan Pertandingan t e r s e b u t akan dijalankan adalah anjuran secara liga bersama antara pada pusingan Persatuan Sepak awal sebelum Takraw Negeri aksi kalah mati T e r e n g g a n u DATUK ABDUL RAHIN dilangsungkan di (PSTNT) dengan pusingan kedua. MDAG Marketing Sdn. “Penganjuran ini bertujuan Bhd manakala Gajah Emas mencungkil lebih ramai bakatIndustries Sdn. Bhd. tampil bakat baru dalam sukan sepak selaku penaja. takraw .Selain itu, penganjuran Sebagai syarat pertandingan, ini juga adalah sebahagian setiap regu yang ingin menyertai daripada promosi kami untuk

filem aksi ‘Libas’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi,” kata pengarah MDAG, Encik Al Fattah Mohd. Sementara Pengurus Gajah Emas Industries Sdn. Bhd, Encik Norhilman Mohd. Noor berkata, selain pertandingan sepak takraw, turut diadakan sepanjang dua hari kejohanan itu adalah Klinik Sepak Takraw yang akan dikendalikan oleh legenda negara, Adnan Saidin. Sementara itu, yuran penyertaan setiap regu dikenakan sebanyak RM50.00 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi pengurus kejohanan, Ramlee Salleh di talian 012-9867755 atau Abd. Rashid Majid (017-9184202).


Terengganu tuan rumah Piala Raja Libas 2010 ms 23

sukan Bil. 20 (01 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

Redah ombak besar “Tidak dinafikan cabaran sangat hebat untuk menamatkan perlumbaan kerana ombak terlalu besar dan arus kuat, tetapi saya yakin dan nekad mengharungi cabaran yang ada untuk merebut kejuaraan� - Kevin Yeap Soon Chey , Juara Keseluruhan Lelaki.

(lihat ms 23)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.