teganukita 19

Page 1

SPM atasi rekod Nasional ms - 3

Terengganu: Masa lalu dan kini ms - 4

Swasta diajak kembang sektor pelancongan

ms - 21

Bil : 19 (01 April 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Jelapang padi kedua di Setiu Peruntukan RM46 juta disediakan kerajaan negeri bagi mewujudkan jelapang padi kedua di daerah Setiu bagi menambah pengeluaran hasil beras dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Kerja-kerja membajak sawah di kawasan seluas 140 hektar di Kampung Jelapang, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, akan dimulakan April ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengumumkan langkah terbaru kerajaan negeri itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek jelapang padi serta cadangan pembinaan jalan dan longkang di daerah Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Ashaari Idris; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri merangkap ADUN Jabi, YB Ramlan Ali serta ketuaketua jabatan. Menteri Besar berkata, tahun lalu kawasan seluas 73 hektar diusahakan 78 petani di Kampung Mak Jintan, Setiu dengan purata perolehan 3.5 – 4 metrik tan bagi sehektar. Sementara itu, kerajaan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina dan melebar jalan dalam DUN Langkap dan Permaisuri di mana RM2.5 juta disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan RM1.5 juta melalui pejabat daerah.

201052

Selaras hasrat jadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu Oleh Esah Abdullah Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, kecuali kerja keras yang digembleng ibu bapa, guru, Pejabat Pelajaran dan kerajaan bagi meletakkan Terengganu sebaris dengan negeri-negeri lain. “Selain menyediakan peruntukan, insentif lain diberi untuk menjana kecemerlangan pendidikan di semua peringkat bermula daripada pra-sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi “Kemiskinan bukan lagi ala-

san untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan mereka yang tinggal di kampung atau di bandar diberi layanan dan bantuan sama rata di bidang pendidikan,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas Pelancaran 201052 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, baru-baru ini Beliau berkata, sebelum ini program Terengganu Negeri Anjung Ilmu telah dilancarkan dan kini diperkenalkan pula satu lagi program iaitu 201052 khusus untuk memastikan ke-

cemerlangan pelajar dalam semua peperiksaan awam, mulai tahun ini. Dato’ Ahmad menjelaskan 201052 adalah sasaran kerajaan untuk memperolehi 20 peratus daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, Penilaian Menengah Rendah (10 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (lima peratus) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (dua peratus). “Hasrat dan impian ini bukan suatu angan-angan yang tidak mungkin kita capai kerana kita telah berjaya membuktikan da-

lam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang lalu,” katanya. Kerajaan telah mewujudkan kelas maya dan peperiksaan secara talian terus serta 300,000 soalan untuk latih-tubi sebagai ukuran kecerdasan pelajar Tahun Lima dan Enam. Kerajaan juga menyalurkan peruntukan RM2 juta setahun ke sekolah elit/premier dan membelanjakan RM372 juta melalui Yayasan Terengganu untuk pinjaman dan biasiswa anak-anak Terengganu. Sempena dengan pelancaran 201052, turut diadakan lintas langsung pelajar-pelajar di kelas maya dari 10 sekolah dalam daerah Kuala Terengganu yang sedang membuat latih-tubi dalam kelas masing-masing.

AMANAH DIPIKUL BERSAMA...Menteri Besar meminta kakitangan awam dan pelbagai pihak supaya sama-sama membantu beliau memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Dalam amanat sempena sambutan genap dua tahun pentadbiran beliau, Dato’ Ahmad meminta kecemerlangan yang dicapai dalam bidang pendidikan diteruskan supaya taraf ekonomi penduduk tempatan ditingkatkan.

Plat TAY termahal di Malaysia

Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Encik Abdul Rahman Emang

Anyie, berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Februari lalu. “Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000,” ka-

tanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.