teganukita 62

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil : 62, 1-15 Jun 2012 |

http://www.teganukita.blogspot.com

N B CAKNA BELIA

Menyedari belia merupakan aset penting negara, Kerajaan Terengganu pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mengabaikan golongan itu, malah pelbagai program dengan peruntukan besar disediakan pada setiap tahun, bagi menjaga kebajikan mereka.

|

http://www.terengganu.gov.my


BIL: 62,

2

1-15 Jun 2012

Keluaran Khas

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

M

enyedari belia merupakan aset penting negara, Kerajaan Terengganu pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mengabaikan golongan itu, malah pelbagai program dengan peruntukan besar disediakan pada setiap tahun, bagi menjaga kebajikan mereka. Kedaaan ini jauh berbeza dengan zaman pemerintahan Pas di Terengganu (1999 hingga 2004) di mana ia mengabaikan secara total golongan berkenaan, sama ada di segi bantuan secara individu mahu pun melalui persatuan-persatuan belia. Pada era pemerintahan Pas, golongan belia melalui zaman gerhana di mana sebahagian besar persatuan belia terpaksa `gulung tikar' kerana tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri. Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Encik Mat Yusof Mat Ali, berkata sebaik saja mengambilalih pentadbiran Kerajaan Terengganu, Pas memberhentikan bantuan pengurusan tahunan berjumlah RM2,000 setahun kepada semua cawangan persatuan belia, menyebabkan golongan itu tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti. ``Pada masa itu sebahagian besar persatuan belia menjadi lumpuh kerana kerajaan Pas tidak menyalurkan bantuan kewangan dan melaksanakan program untuk belia,'' katanya sewaktu temubual eksklusif dengan Teganukita, baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya, pe-

BN jaga kebajikan belia Pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi membiayai pelbagai program dan aktiviti khusus untuk golongan belia di seluruh negeri.

MAT YUSOF MAT ALI

Kebajikan belia di negeri ini tidak pernah diabaikan, malah kerajaan BN sentiasa memberi bantuan secara individu mahupun melalui persatuan-persatuan berdaftar.

mimpin belia bersyukur kerana era `gerhana' persatuan belia berakhir selepas BN berjaya menawan semula negeri ini daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004) dan persatuan-persatuan belia yang begitu daif mula dihidupkan semula. Beliau berkata, sikap cakna kepada golongan belia di bawah era

BN begitu terserlah apabila tahun lalu, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang melawat Terengganu, menyampaikan bantuan RM1,029,000 kepada persatuan-persatuan belia di negeri ini. Pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi membiayai pelbagai program

dan aktiviti khusus untuk golongan belia di seluruh negeri. Peruntukan terbesar disediakan bagi Program Bakti Remaja melibatkan kos RM29 juta, Program Terengganu Nelang – SUKMA (RM6 juta) dan Terengganu City Night Games (RM660,000). Manakala bantuan pengurusan persatuan belia diperuntukkan

sebanyak RM1.2 juta tahun ini bagi menggerakkan persatuanpersatuan belia di seluruh negeri. Pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM4.8 juta bagi membina gelanggang futsal di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha berterusan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti berfaedah. Sehubungan itu, Encik Mat Yusof meminta golongan belia supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan BN pada PRU-13 bagi memastikan nasib golongan mereka terus terbela. ``Saya nasihatkan golongan belia usah terpengaruh dengan hasutan pembangkang supaya menukar kerajaan sedia ada, sebaliknya terus menyokong kepimpinan BN yang telah terbukti mampu membela nasib belia di seluruh negara,'' tambahnya.

Azree Shahrel cipta nama di Cambridge Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

A

nak Terengganu yang berasal dari Batu Rakit, Azree Shahrel Ahmad Nazri menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom. Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008. Anak muda berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr. Pietro Lio

AZREE SHAHREL

dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat. Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge. ``Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian.

Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,'' katanya. Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik. Katanya, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi. Azree ketika dihubungi oleh media tempatan di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan. ``Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah

Azree, anak Terengganu yang berjiwa besar dan berbakat mahu menjadikan matematik mudah difahami, digemari rakyat Terengganu.

Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini,'' katanya. Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree ber-

kata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020. ``Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain.

``Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya,'' katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik.


BIL: 62,

1-15 Jun 2012

Keluaran Khas

Pantau belia melalui PMR Kerajaan menyediakan peruntukan besar khusus untuk memperkasakan program belia di negeri ini dengan meletakkan harapan supaya menjadi pelapis belia yang membanggakan.

‘‘ Hampir RM45 juta diperuntukkan pada setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai program positif dan bermanfaat semata-mata mahu melahirkan golongan belia kreatif, inovatif dan berilmu.''

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

empat mensasarkan erajaan negeri perhat akan mendapa golongan yang ogram au di bawah Pr tian dan dipant lam Remaja (PMR) da Memperkasakan dan ik ba lebih arah tuju yang s ti in er m a ah us berinovatif. lia dan Sukan watankuasa Be Ja i us er ng Pe a golongan beMamat, berkat zi Ro B Y , ri ge ne maja sekolah bermasalah, re lia be a, rj ke be lia n Tinggi (IPT) stitusi Pengajia In a aj m re n da u dibantu dan ngan yang perl lo go an ak up er m n serius. diberi perhatia an peruntukan jaan menyediak ra ke a, ny ta Ka akan program tuk memperkas un us us kh r sa be kan harapan i dengan meletak in ri ge ne di lia be ng membangpelapis belia ya supaya menjadi gakan. n pada setiap juta diperuntukka ``Hampir RM45 agai program aksanakan pelb tahun bagi mel a-mata mahu rmanfaat semat positif dan be eatif, inovatif longan belia kr melahirkan go tanya. kti Remaja dan berilmu,'' ka itu, termasuk Ba m ra og Antara pr nu Hanelang 29 juta; Terengga melibatkan kos RM allenge (R M3.5 ); Sultan Cup Ch Sukma (R M6 juta n Pengurusan T-Team; Bantua juta); Pengurusan sia Motocross ta) dan FIM A Belia (R M1.3 ju

K

(R M1.2 juta) es Championship City Night Gam in, Terengganu la lia Be am n gr ha ro ti P dan La Pembangunan ala (R M660,000); Sukan DUN pi an ng di an rt Pe ; stari (R M300,000) urusan Kelab Be ng Pe n da 0) 00 MB (R M200, M100,000. peruntukan R an tk pihak bi ba em m aha kerajaan, us ng pi m sa di perlu Katanya, rajaan (NGO) Ke n ka Bu n da bagi swasta dan Ba beri kerjasama em m l pi m ta a serta bersama-sam bina kekuatan em m at sr ha an merealisasik a. golongan mud an sepenuhnya pembangunan pu m tu ri be di u rl pe i in sosial. ``Generasi gekang gejala en m n da k la r cabaran bagi menge oden, lagi besa m in ak m se terpen ``Zaman eka ini mudah er m na ra ke l t melalui perlu dipiku sir kurang siha na -a ir as an an garuh deng ya,'' katanya. dan sebagain maja di blog, `facebook n belia dan re ga on ol , ya tn berterima Menuru bersyukur dan sa ia nt se ya nal yang minta supa Barisan Nasio n aa aj er K da kasih kepa eka. bela nasib mer jika golonsentiasa mem ah tidak wajar al ad i, in l ha memberi ``Dalam ' tangan yang it ig gg en `m gan belia . h dengan mereka makan ar tepengaru aj w k da ti a i Kerajaan ``Merek agar membenc ng ka ng ba m da setiap hasutan pe ng kerajaan pa ko yo en m a ny erintah BN, sebalik n BN terus mem e-13 ka ti as em m masa bagi aya Umum K pas Pilihan R negeri ini sele a. nanti,'' katany

3


4

BIL: 62,

Keluara

Wajah baru

Tasik Keny

Permandangan Pulau Burung dan Pulau Orkid di Tasik Kenyir.

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

T

asik Kenyir yang terbentang di tengah belantara melukiskan keindahan alam semula jadi hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dengan diliputi 340 pulau-pulau daripada rabung bukitbukau yang bertaburan. Keistimewaan tasik buatan manusia seluas 65,417 hektar itu bukan semata-mata kerana kejernihan air di dadanya, spesies-spesies kayu berharga seperti Keruing, Meranti, Resak dan Kapur serta pelbagai lagi pohon yang menjulang awan, menaungi habitat hidupan liar eksotik di bawahnya. Bagi pencinta alam, tasik yang terbentuk hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985 itu penuh keunikan dan misteri gua-gua yang belum selesai dibongkar seperti Gua Bewah dan Gua Taat. Penemuan rangka manusia yang diiktiraf sebagai tertua di negara ini berusia 16,000 tahun di Gua Bewah memasyhurkan lagi nama Tasik Kenyir di kalangan ahli sejarah dan pakar arkeologi. Di atas kekuatan itu, kerajaan negeri yakin Terengganu akan mengalami limpahan pelancong sehingga mencecah 10 juta orang setahun apabila dua komponen utama pembangunan Tasik Kenyir iaitu Kenyir Island Hopping (KIH) dan Zon Bebas Cukai beroperasi sepenuhnya sekitar tahun 2015. KIH cetusan idea Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said melibatkan pembangunan 10 taman dalam tiga fasa bermula 2008 hingga 2015.

BUKIT KELUANG, BESUT

Fasa pertama (2008-2012) melibatkan pembinaan Taman Burung, Taman Tropika, Taman Orkid dan Taman Rama-Rama diikuti fasa kedua (2012-2014) meliputi Taman Botani, Taman Rambutan dan Taman Helicornia serta fasa ketiga (2013-2015) terdiri daripada Taman Eko, Taman Kaktus dan Taman Anggur. Taman Burung yang dihuni lebih 18 spesies burung, itik dan angsa dibangunkan di Pulau Terengganu Mati seluas 1.7 hektar telah siap pada 2010 dengan kos pembangunan fizikal berjumlah RM5.5 juta dan kos sistem elektrik solar RM2.1 juta. Di Pulau Tekak Besar, Taman Tropika seluas 5.5 hektar diliputi lebih 102 spesies tumbuhan, buah liar, buah eksotik dan buah nadir dengan kos projek RM7.6 juta. Sementara itu, lebih 3,000 spesies orkid liar dan hibrid pula bakal mewarnai tiga pulau seluas 2.7 hektar iaitu Pulau Selimbar Hilir, Pulau Selimbar Hulu serta Pulau Belit yang dibangunkan dengan kos RM8.6 juta termasuk RM1.2 juta kos pembinaan dua jambatan. Taman Rama-Rama di Pulau Lubuk Geras seluas 1.5 hektar melibatkan kos pembangunan fizikal RM7.4 juta dan kos sistem elektrik solar RM4.05 juta bakal menempatkan sehingga 5,000 ekor rama-rama daripada 50 hingga 80 spesies. Sementara itu, pembangunan Zon Bebas Cukai merangkumi dua lokasi penting iaitu Pengkalan Gawi melibatkan pembinaan terminal utama, jeti penumpang dan jeti kargo manakala Pulau Bayas dibangunkan Kenyir Trade

Lakaran artis Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas di Tasik Kenyir merancakkan

Centre (KTC) yang dijangka mula beroperasi pada 2014. Kompleks pentadbiran bernilai RM3.06 juta dan Kuarters Kastam Diraja Malaysia (RM23.44 juta) di Pengkalan Gawi adalah menyokong kepada Zon Bebas Cukai dari aspek pengawalan dan penguatkuasaan. Pulau terbesar di Tasik Kenyir, Pulau Bayas yang berkeluasan kira-kira 700 hektar telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada September 2010 untuk dijadikan kawasan bebas cukai mengikut Seksyen 3 Akta Bebas Cukai 1990. Pembangunan di KTC dengan kos RM100 juta melibatkan lima pakej utama iaitu (1) Terminal utama, (2) Pusat membeli-belah, (3) Sistem pencawang elektrik, (4) kerja-kerja infra (seperti jalan dan stesen buggy) dan (5) Sistem air dan kumbahan. Ke arah merealisasikan hasrat itu, projek penyambungan kabel elektrik sepanjang 23.5 kilometer dari PPU Kuala Ping ke PPU Pulau Bayas dilakukan dengan kos projek RM34.6 juta termasuk pampasan izin lalu.

WAJAH-WAJAH TERENGGANU PULAU REDANG, TERENGGANU

LEMANG KIJAL, KEMAMAN

AIR TERJUN SEKAYU, HULU TERENGGANU

Pe pelab tiga b RM85 Islan Wa dang itu b menc (189, Pe Kesen Said cukup ``K eri in terbu pengl baru


5

1-15 Jun 2012

an Khas

yir

Gunung Berembun popular di kalangan pendaki tegar

Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

G

n lagi pembangunan di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.

embangunan terancang itu telah menarik beberapa bur termasuklah kemudahan hotel 200 bilik bertaraf bintang oleh Bayas Resources Sdn. Bhd. bernilai 85 juta dan pembinaan Kenyir Eco Sport Tourism nd bernilai RM500 juta di Pulau Serindik. alaupun penjelmaan wajah baru Tasik Kenyir seg berjalan, jumlah kemasukan pengunjung ke tasik bertambah saban tahun iaitu pada tahun 2007 catatkan 92,199 pelancong, 2008 (133,569), 2009 ,388), 2010 (225,570) dan 2011 (275,241). engerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, nian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd berkata, zon berkenaan bakal menjadi pemangkin p kuat bagi melonjakkan industri pelancongan negeri. Keutamaan akan tetap diberikan kepada rakyat negni untuk turut serta, namun melalui peluang yang uka kelak, mereka perlulah meneroka secara kreatif libatan dalam industri pelancongan,'' katanya baruini.

unung Berembun terletak di kawasan Hutan Lipur Sungai Chemerong di dalam Hutan Simpan Pasir Raja Dungun sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutama kepada pendaki. Lokasi yang mempunyai ketinggian 1,108 meter (3,405 kaki) itu terkenal dengan pemandangan air terjun yang memukau sesiapa saja. Gunung ini amat sesuai untuk pencipta alam yang ghairah melihat keindahan alam. Faktor itu, kerajaan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara menganjurkan larian mendaki Gunung Berembun menerusi program `Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012'. Program edisi kedua itu menawarkan hadiah lebih lumayan dan menarik kepada peserta itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu serta Ketengah. Acara itu bertujuan mempromosikan Gunung Berembun yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan menjadi aset Terengganu yang perlu dihayati oleh semua pihak sama ada bagi menjalankan sukan rekreasi, pelancongan, sejarah, perhutanan, alam sekitar serta pendidikan.

Pertandingan diadakan bermula di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong pada 30 Jun lalu menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM27,500. Kelebihan itu pastinya menjanjikan kepuasan kepada 328 peserta sama ada dari dalam dan luar negara. Secara teknikalnya, pertandingan ini memerlukan peserta mengharungi larian bermula dari Air Terjun Chemerong ke `check point' yang ditetapkan penganjur mengikut kategori. Mengenai kategori pertandingan pula, ia terbahagi kepada tujuh kategori iaitu terbuka lelaki/wanita (22 tahun ke atas), terbuka veteran lelaki (40 tahun ke atas), terbuka remaja lelaki/wanita (15-21 tahun) dan tertutup Terengganu lelaki/wanita (18 tahun ke atas).

KUALA MARANG, MARANG

PANTAI PENARIK, SETIU

Pemenang yang berjaya gembira di akhir pendakian.


6

BIL: 62,

1-15 Jun 2012

Keluaran Khas

Pakat mari Terengganu! Bagi menjayakan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Kerajaan Negeri Terengganu berbelanja besar bagi merealisasikan hasrat dan hala tuju TMT 2013 sekali gus menjual nama Terengganu ke serata dunia. Ikutilah temubual khas wartawan Teganukita, Aida Abd Rahman dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

World Trade Market London, Shanghai Travel Expo China, Beijing International Travel Fair China dan Korea World Tourism Fair Seoul. Selain memberi tumpuan kepada penganjuran acara pelancongan berasaskan destinasi seperti Kapas - Marang International Swimathon, Fiesta Candat Sotong, Kenyir Cup, Perhentian Island Challlenge, Kenyir Lake International Triathlon dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun, kerajaan negeri yang menggariskan 27 acara utama TMT 2013, turut melakukan nilai tambah di beberapa pusat pelancongan yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini. Membuka tirai kesemua acara utama dalam kalendar TMT adalah Karnival 1Malaysia Tahun Baru Cina, Kuala Terengganu (Januari), diikuti Le Tour De Langkawi 2013 yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini pada Februari hingga Mac. Manakala International Terengganu Starhill 4X4 Challenge 2013 (pinggiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak), Kenyir Lake International Triathlon 2013 (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir) dan Cabaran Reka Cipta Islam dan Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam (TTI) sepanjang Mac. ``Kemudiannya pada April akan berlangsung Bidong Underwater & Land Challenge (Pulau Bidong), Petronas Cub Prix

‘‘ (Kompleks Sukan Gong Badak), Boat On The Road (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu), Terengganu World Invitational Jetrace Chellenge 2013 (Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu) dan KapasMarang International Swimathon 2013 (Pantai Kelulut, Marang),'' katanya. Dato' Abdul Rahin berkata, sebahagian lagi program TMT bermula Mei termasuk Pelancaran Karnival Candat Sotong Harian Metro 2013, ( Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu), Karnival GP Joran 2013 (Pantai Teluk Lipat, Dungun) dan Pesta Pantai Terengganu 2013 pada Mei hingga Jun. ``Pesta Pantai pada musim depan akan diadakan di jajaran pantai dan kerajaan negeri bersetuju untuk menganjurkan program untuk rakyat itu di Pantai Mengabang

‘‘ Jika 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu tahun lalu, manakala sasaran 3.9 juta pelancong pada tahun ini, pastinya sasaran kenaikan 0.1 peratus pelancong sepanjang 2013 turut menuntut komitmen padu semua pihak khususnya penggiat pelancongan di seluruh negeri. Sidang Redaksi

S

imbolik dan imaginatif. Logo Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 hasil kreativiti penuntut Art & Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) menterjemahkan identiti dan simbiosis keunikan bumi Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong utama negara. Logo berkenaan memaparkan ilustrasi penyu sebagai latar utama, selain elemen warna, imej dan grafik menonjolkan tradisi serta warisan negeri khususnya seni ukiran kayu, tembaga, kapal layar, songket mahupun batik, selain dihiasi matahari sebagai lambang keindahan Terengganu yang terletak di pesisir pantai terpanjang di Malaysia. Tarikan logo yang diangkat sebagai pemenang utama pertandingan bertemakan `Aspirasi Darul Iman- Satu Idea Seribu Harapan' bakal digunakan secara meluas dalam usaha kerajaan negeri mencapai sasaran kehadiran empat juta pelancong ke bumi Darul Iman sepanjang tahun depan. Jika 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu tahun lalu, manakala sasaran 3.9 juta pelancong pada tahun ini, pastinya sasaran kenaikan 0.1 peratus pelancong sepanjang 2013 turut menuntut komitmen padu semua pihak khususnya penggiat pelancongan di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said, berkata kerajaan negeri menjangkakan perbelanjaan bagi menjayakan TMT 2013 bertambah sekali ganda berbanding penganjuran TMT 2008 berikutan kos promosi, tambang penerbangan serta syarikat perunding yang semakin meningkat. ``Jika kos TMT 2008 memperuntukkan RM14 juta, kerajaan negeri menjangkakan kemungkinan perbelanjaan meningkat sekali ganda lagi bagi merealisasikan hasrat dan hala tuju TMT 2013 untuk menjual nama Terengganu ke serata dunia,'' katanya kepada media di pejabat beliau, baru-baru ini. Susulan itu, beliau berkata kerajaan sentiasa mencari peluang bagi menyertai sebarang usaha promosi di ekspo dan pameran pelancongan di dalam dan luar negara melalui Tourism Malaysia, termasuk menyertai MATTA Fair Kuala Lumpur, Malaysia International Dive Expo Kuala Lumpur, NATAS FAIR Singapore, ITB Berlin,

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

Kerajaan negeri menjangkakan perbelanjaan bagi menjayakan TMT 2013 bertambah sekali ganda berbanding penganjuran TMT 2008 berikutan kos promosi, tambang penerbangan serta syarikat perunding yang semakin meningkat. Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu, di mana sinonim dengan tradisi acara itu sendiri yang bermula di kawasan pantai,'' katanya . Pada Jun, acara Terengganu International Islamic Art Festival (TTI), International Tebu Mountain Challenge 2013 (Hutan Lipur Air Terjun Chemerong), menjelang Ogos pula diadakan Pertandingan Pelita Raya 2013 (Tepoh, Kuala Terengganu), diikuti Larian Jambatan Sultan Mahmud (penamat di Pantai Batu Buruk.) Sementara sepanjang Oktober hingga Disember pula, Piala Sultan Mizan (Lembah Bidong, Setiu), International Perhentian Island Challenge, Kenyir Cup, Terengganu Eco & Marine Tourism Conference, Terengganu Quiksilver Best Event Surfing Contest 2013 (Pantai Batu Buruk) serta Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2013 (Pulau Duyong) dan Chemerong International Challenge (Hutan lipur Chemerong, Dungun) menutup tirai acara TMT 2013. WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 62,

1-15 Jun 2012

Keluaran Khas

7

95,000 belia nikmati Dana Bakti Remaja Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

ira-kira 95,000 belia mendapat manfaat daripada program Dana Bakti Remaja yang melibatkan perbelanjaan hampir RM24 juta tahun ini. Sehingga kini, kerajaan negeri sedang mengemaskini data bagi menyediakan bantuan Dana Bakti Remaja RM200 seorang yang membabitkan belia berumur antara 18 hingga 40 tahun dan belum berkahwin. Pada tahun lalu sejumlah RM24 juta dibelanjakan untuk

B

program bantuan itu, RM23.42 juta (2010), RM23.15 juta (2009) dan RM18.69 juta (2008). Setiap tahun bilangan mereka yang layak menerima dana ini sentiasa meningkat sebanyak 10 peratus dan kerajaan sentiasa berlaku adil tanpa mengira latar belakang mereka. Sementara itu, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta golongan belia supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan BN yang sentiasa membela nasib mereka dan tidak wajar jika mereka bertindak `mengigit' tangan yang

arangkali ramai di antara kita masih ingat slogan `Memperkasa Akal Budi'. AKAL itu fikiran, cerdik dan dapat ber fikir, manakala BUDI itu ialah sifat atau perbuatan baik dan segala bentuk berbuat kebajikan. Ungkapan Memperkasakan Akal Budi diilhamkan Allahyarham Dato' Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia (sekitar 2001-2002). Slogan ini membawa erti bahawa sekolah itu bukan sahaja tempat menimba ilmu dan meningkatkan daya pemikiran, tetapi tempat membentuk kebaikan, amalan yang baik, mendidik berbuat kebajikan, yang kedua duanya amat dituntut baik dalam agama Islam, mahupun juga dalam kehidupan manusia semua bangsa. Justeru itu, biarpun telah hampir tiga tahun (Jumaat, 28 November 2009) beliau pergi meninggalkan kita untuk selamanya, tetapi seperti dirasakan beliau masih berada bersama kita. Banyak jasa dan budi yang ditinggalkan, dimanfaatkan, khususnya dalam dunia pendidikan. Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pernah menyatakan, andainya Allahyarham tidak menyertai politik, beliau akan melantik Allahyarham sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Ini bermakna Allahyarham yang berkelulusan tertinggi Sarjana Pendidikan dalam bidang Special Education Supervisor, Universiti Birmingham, England- dilihat dan diiktiraf sebagai arkitek dalam dunia pendidikan dengan pelbagai cadangan, idea dan pemikiran yang diterima pakai dalam dasar dan konsep pendidikan di negara ini. Antaranya buah pemikirannya ialah program j-Qaf di peringkat nasional, sekolah dalam maktab, meningkatkan kualiti pusat latihan guru dan pelbagai program pendidikan yang berasaskan Memperkaskan Akal Budi di peringkat negeri Terengganu. Menurut Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, Ghulam Sarver Mobarak Ali, Allahyarham Dato' Razali bukan sahaja menjadi pemikir dan perancang, malah beliau sendiri menunjukkan contoh teladan

memberi. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Encik Saiful Bahri Baharuddin berharap golongan remaja tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang agar membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). ``Mereka perlu menyokong kerajaan yang memerintah hari ini dan pastikan BN terus mengekalkan kuasa di negeri dan negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,'' katanya. Katanya, usaha kerajaan ini (memberi dana) mampu membentuk generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih di

Legasi Allahyarham Dato’Razali Ismail

95,000 belia mendapat manfaat daripada program Dana Bakti Remaja.

mana sebelum ini kurang berminat untuk berbuat demikian. ``Kita harap remaja-remaja

Memperkasa akal budi

ANALISIS Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

Haji Ahmad Razif bersama Dato’ Tengku Putera melihat pameran legasi Allahyarham Dato’ Razali.

dan model sebagai guru sejati. Malah sewaktu mengulas pemergian Allahyarham, Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali (ketika itu Pesuruhjaya Pas Terengganu) membuat perakuan, biarpun dia di pihak pembangkang, tetapi beliau tetap berkata Allhayarham Dato' Razali adalah seorang yang bersih dan mudah mesra. Artikel ini ditulis sempena Program Bicara Tokoh, Allahyarham Dato' Razali Ismail (1949-2008) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan IPG, Kampus Dato' Razali Ismail pada 3 Julai barubaru ini di Dewan Besar Wisma Darul Iman, yang mendapat sambutan cukup luar biasa, khususnya oleh guru-guru Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dalam alu-aluannya terhadap majlis itu menyifatkan ketokohan Allahyarham Dato' Razali dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri Terengganu amat besar impaknya kepada seluruh rakyat negeri Terengganu, kesannya prestasi kecemerlangan pencapaian akademik anak anak Terengganu melonjak tinggi hingga ke hari ini. ``Allahyarham adalah model guru,

terbaik, cemerlang dan ternama kepada kami yang sama-sama terlibat dalam profesyen pendidikan,'' kata Exco Pendidikan Kerajaan Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman (Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir) yang merupakan seorang guru sebelum dipilih sebagai Adun. Kalau kita melihat susur-galur atau salasilah keluarga, Allahyarham Dato' Razali Ismail sebenarnya berasal dari Kuala Berang. Ibunya bernama Siah dari keturunan Cina iaitu anak kepada Hajjah Mek seorang peniaga yang terkenal di Kuala Berang. Menurut cerita, Hajah Mek ini sebenarnya berbangsa Cina berasal dari tanah besar negara China, datang mengikut keluarganya berdagang di Singapura dan selepas itu berhjirah ke Terengganu. Hajah Mek adalah seorang janda yang mempunyai anak bernama Siah hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Che Embong berkahwin pula dengan Haji Yunus juga seorang rakan perniagaannya di pekan Kuala Berang. Haji Yunus yang sudah mempunyai isteri ketika itu dan anak saudara yang tinggal bersamanya bernama Ismail yang

yang menerima dana ini supaya membelanjakannya dengan bendabenda yang manfaat,'' katanya.

berusia 18 tahun. Ditakdirkan Allah, akhirnya anak Hajjah Mek (Siah, berusia 14 tahun ketika itu) dikahwinkan pula dengan Ismail, menambahkan lagi teguhnya ikatan kekeluargaan Haji Yunus dan Hajjah Mek. Hasil perkahwinan Ismail dengan Siah itulah melahirkan beberapa orang zuriat yang kebanyakkannya hebat dan berjaya dalam kerjaya dan profesion, termasuklah Allahyarham Dato' Razali Ismail yang merupakan anak kelapan dari 12 orang adik beradik kesemuanya. Menurut abang kepada Allahyarham Dato' Razali, Haji Shamsudin Ismail (pesarabekas Ketua Kerani), adik beradik yang lain yang agak berjaya termasuklah Cikgu Hajah Azizah Ismail dan anak paling bongsu bernama Roslan Ismail bertugas dengan pejabat imegresen dan menetap di Johor. Sahabat baik Allahyarham Dato' Razali, S.M Noor (penulis novel dan skrip drama terkenal), menyatakan, Allahyarham juga merupakan insan berdarah seni dan pernah menjadi pengarah, malah pelakon teater yang berjaya. Drama karya dan arahannya `Ngoyang' berjaya dipentaskan sehingga ke Taman Ismail Marzuki, Jakarta Indonesia dan mendapat sambutan hebat di negara itu. ``Sesungguhnya Allahyarham adalah guru saya yang tidak saya lupakan sampai bila-bila. Allahyarham mengajar saya sewaktu saya belajar di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada tahun 1975,'' beritahu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Beliau yang menjadi pengantara forum sempena majlis Bicara Tokoh yang diadakan itu kelihatan beberapa kali sebak dan menitis airmata. Kira-kira 2000 hadirin yang memenuhi dewan besar Wisma Darul Iman. Anak Sulong beliau, Mohd. Norazli Razali (berkelulusan MA, Cambridge Universiti-UK) menyifatkan ayahanda beliau itu sebagai seorang CEO yang amat berjaya terhadap keluarganya. Demikian Allahyarham Dato' Razali Ismail (bekas Timbalan Menteri Pelajaran/ Ahli Parlimen (BN) Kuala Terengganu) yang merupakan tokoh yang dibicarakan.


8

BIL: 62,

1-15 Jun 2012

Keluaran Khas

Kontinjen Terengganu melaungkan hasrat untuk mengekalkan kejuaraan pada Sukma XV Pahang 2012.

Agih insentif segera Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

A

sebagai pendorong

tlet Sukan Malaysia (Sukma) yang beraksi di Pahang Julai ini menerima habuan tambahan berupa wang tunai antara RM100 hingga RM300 sekiranya memperoleh pingat. Insentif segera berupa wang tunai RM300 untuk emas, RM200 (perak) dan gangsa (RM100) itu dibayar pada hari pertandingan sebagai pendorong untuk memungut lebih banyak pingat dan penguat semangat kepada rakan lain. Ganjaran RM5,000 kepada pemenang pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 untuk gangsa yang pernah diumum sebelum ini akan dibayar selepas tamat kejohanan dan kembali ke Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Haji Rozi Mamat berkata, reputasi terbaik setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan Sukma pada temasya yang lalu akan dipertahankan kontinjen Terengganu pada Sukma di Pahang, Julai ini. Terengganu berjaya mencatat hatrik kemenangan ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 pada 2008, diikuti juara Sukma ke-13 di Melaka (2010) dan Sukma ke- 14 Kuala Lumpur tahun lalu. Katanya, bagaimanapun, rekod kejuaraan itu mungkin sukar dikekalkan berikutan beberapa acara yang membantu Terengganu merangkul tempat pertama sebelum Pasukan berbasikal Sukma ini tidak lagi dikekalkan terutamanya sukan kanu Terengganu dengan yang banyak menyumbang pingat emas. sasaran pingat. ``Keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan kedudukan Terengganu dalam usaha mengekalkan kejuaraan. ``Satu perkara mudah untuk kita menjadi juara, namun untuk mengekalkan kejuaraan itu kita memerlukan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi kita sudah mencipta hatrik kemenangan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Haji Zainal Abidin Husein dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu merangkap Ketua Kontijen Sukma Haji Wan Nawawi Wan Ismail. Menurutnya, walaupun kecewa kerana acara kenu tidak diadakan pada Sukma kali ini, namun itu tidak akan mematahkan semangat kontinjen Terengganu dan menganggap ia adalah satu cabaran dalam meraih pingat emas tertinggi sepanjang kejohanan itu berlangsung. Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.