teganukita 57

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 57, 15-31 MAC 2012 |

http://www.teganukita.blogspot.com

|

Kerajaan negeri akan bina empat lagi masjid - ms 2

http://www.terengganu.gov.my

Harrif idam Olimpik! - ms 16

RM4j baiki, naik taraf surau sekolah

T

erengganu mendapat peruntukan RM4 juta bagi membaiki dan menaik taraf 52 surau sekolah rendah dan menengah luar bandar melalui Program Transformasi Luar Bandar sepanjang tahun ini. Projek yang menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Terengganu akan dilaksanakan bermula April ini. Pengarah JPP Terengganu, Haji Ahmad Sharom Yasin, berkata pelaksanaan setiap projek itu akan bermula tidak lama lagi

berikutan waran peruntukan sudah dikeluarkan JPP kepada Kementerian Pelajaran. ``Waran (peruntukan) sudah dikeluarkan kepada Kementerian Pelajaran dan urusan itu sudah boleh diambil tindakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) yang mana pada bulan depan akan dikeluarkan tender untuk melaksanakan kerja itu,'' katanya ketika sidang media sempena Program Bicara Media Bersama Pengarah JPP anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom). (Berita penuh ms 4)

PRU-13 : BN kekal kuasa ‘‘S MB lancar edisi khas Teganukita

K

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

eluaran khas Teganukita yang diterbitkan Unit Komunikasi Negeri sempena genap empat tahun pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, dilancarkan di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini. Akhbar Teganukita keluaran khas ini memuatkan pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang empat tahun Dato' Seri Haji Ahmad menerajui pemerintahan negeri ini. Teganukita diedarkan ke seluruh negeri bagi membolehkan rakyat mengetahui apa yang berlaku di negeri ini sepanjang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Menteri Besar ke-13 itu.

aya lihat persiapan jentera Umno dan BN menghadapi pilihan raya begitu mantap dan tidak ada peluang bagi pembangkang untuk mengalahkan BN.’’ - Dato' Roslan Awang Chik Bekas Adun Ladang

‘‘T

indakan kerajaan negeri mengambil tindakan segera dan cakna rakyat berjaya meraih sokongan rakyat, termasuk masyarakat Cina.’’ - Dato' Wong Foon Meng

Bekas Adun Bandar

(Berita penuh ms 2)


2

BIL: 57,

AM

15-31 Mac 2012

BN yakin kekal memerintah Terengganu Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

dari ms-1

U

mno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Tinjauan Teganukita mendapati ahli-ahli politik veteran sependapat bahawa BN bukan saja mampu kekal memerintah negeri ini selepas PRU 13, tetapi mampu menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Pada PRU 12 BN menang 24 kerusi DUN manakala lapan kerusi lagi iaitu Batu Buruk, Ladang, Wakaf Mempelam (Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Payong, Rhu Rendang (Marang), Bukit Tunggal (Kuala Nerus), Sura (Dungun) dan Manir (Hulu Terengganu) dimenangi parti pembangkang. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato' Roslan Awang Chik, ketika ditanya peluang BN di Terengganu pada PRU 13, begitu optimis BN dapat mengekalkan semua kerusi dan menang beberapa kerusi lagi yang sebelum ini terlepas ke tangan Pas. ``Saya lihat persiapan jentera Umno dan BN bagi menghadapi pilihan raya kali ini begitu mantap dan tidak ada peluang bagi pembangkang untuk mengalahkan BN kali ini,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Bagaimanapun, bekas Adun Ladang itu memberi peringatan kepada semua pemimpin dan penyokong Umno serta BN supaya akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN dalam soal pemilihan calon bagi memastikan BN menang besar pada pilihan raya kali ini. ``Semua pihak, khususnya jentera BN dan Umno perlu bekerja keras bagi memastikan calon-calon BN menang kerusi masing-masing, tanpa sebarang alasan dan mempertikaikan kewibawaan calon yang dipilih. ``Jika semua pihak memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih untuk bertanding sama ada di peringkat DUN mahu pun Parlimen, BN boleh menang besar pada pilihan raya kali ini,'' ujar beliau. Bekas Adun Bandar, Dato' Wong Foon Meng, pula berkata sokongan masyarakat Cina terhadap BN semakin meningkat berikutan kesungguhan pemimpin negeri, khususnya Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said dan pemimpin Pusat, termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, turun padang untuk meninjau masalah rakyat. Beliau berkata, pendekatan ``Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan'' yang diamalkan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Haji Ahmad berjaya menyelami masalah peringkat akar umbi dan rakyat senang dengan pendekatan yang diambil kerajaan BN sekarang. ``Tindakan kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menyelesaikannya, berjaya meraih sokongan rakyat, termasuk masyarakat Cina. ``Sedangkan pihak pembangkang dari dulu sampai sekarang hanya pandai berjanji, tetapi tidak menunaikan janji. ``Rakyat Terengganu boleh menilai sendiri apa yang berlaku di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh pembangkang kerana mereka sendiri pernah merasai peritnya berada di bawah pemerintahan Pas,'' katanya.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat Pejabat Agama Daerah Dungun selepas mendengar taklimat pembangunan di Dungun.

Kerajaan negeri akan bina empat lagi masjid baru Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

K

erajaan negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi membina empat masjid baru di Terengganu pada tahun ini. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Mohd Rozali Saleh, berkata setiap masjid itu mampu menampung seramai 1,000 hingga 2,000 jemaah dan melibatkan kos pembinaan antara RM4 juta hingga RM6 juta. Katanya, tiga masjid akan dibina di Kuala Terengganu iaitu di Kampung Darat Batu Rakit, Kampung Kebor Air, Kampung Gong Tok Nasek dan sebuah lagi di daerah ini iaitu di Kampung Paya Pelandang. ``Tender tiga buah masjid itu akan dikeluarkan tidak lama lagi, manakala di Gong Tok Nasek pula masih

dalam proses kajian pembinaan. ``Kos pembinaan setiap masjid tidak sama kerana ia bergantung kepada proses pengambilan balik tanah, keluasan masjid yang bergantung kepada kapasiti kariah serta binaan tambahan termasuklah kelas mengaji al-Quran, perpustakaan dan ruang letak kenderaan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pembangunan Pejabat Agama Daerah Dungun kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini. Mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat. Sebelum itu, Sultan Mizan turut berangkat ke Pejabat Daerah Dungun untuk mendengar taklimat pemban-

gunan daerah tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Daerah, Dato' Mustofa Abd. Rahman. Tambah Mohd. Rozali, sejak 2004, kerajaan negeri telah membina 63 buah masjid baharu di seluruh negeri bagi memberi keselesaan kepada para jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Dalam perkembangan berkaitan, katanya, semua tujuh daerah di negeri ini sudah mempunyai Pejabat Agama Daerah masing-masing termasuk di Marang yang baru disiapkan, manakala di Setiu pula masih dalam pembinaan. ``Kompleks yang bernilai antara RM3.5 juta hingga RM5.5 juta itu bakal memberi keselesaan kepada pegawai dan kakitangan pejabat agama setiap daerah selain menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,'' ujarnya.

Peneroka Felcra terharu dapat tanah hak milik kekal D

ua daripada 138 peneroka Felcra menunjukkan surat dan nombor lot hak milik tanah berkelompok Darat Dato’ C di Mukim Hulu Chukai, Kemaman yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini. Setiap seorang masing-masing menerima tanah seluas hampir lima ekar.


BIL: 57,

15-31 Mac 2012

AM

3

BR1M RM3j untuk DUN Wakaf Mempelam Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

ira-kira 6,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM3 juta menerusi lima fasa pengagihan sejak tiga bulan lalu. Sejumlah 2,337 orang penerima mendapat bantuan RM500 setiap seorang menerusi fasa satu dan dua dengan peruntukan berjumlah RM1,168,500 manakala fasa ketiga (RM1.6 juta) juga sudah disempurnakan. Pengawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah, berkata bagi sebahagian kecil lagi pemohon yang membuat rayuan dan perlu diproses semula berikutan masalah teknikal serta kesilapan kecil pada borang BR1M dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. ``Kita menganggarkan kirakira 6,000 penduduk Dun Wakaf Mempelam mendapat manfaat daripada BR1M ini dan proses meluluskan peruntukan ini dilaksanakan secara telus dan adil tanpa memilih bulu. ``Selebihnya dalam anggran jumlah 500 penerima lagi termasuk yang merayu semula bakal mendapat BR1M yang

``Kita menganggarkan kira-kira 6,000 penduduk Dun Wakaf Mempelam mendapat manfaat daripada BR1M ini dan proses meluluskan peruntukan ini dilaksanakan secara telus dan adil tanpa memilih bulu.’’ - Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah, Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam.

diagihkan pada peringkat keempat yang dijangka selesai sebelum pertengahan tahun ini,'' katanya. Beliau berkata, semua penduduk yang layak dijangka dapat menikmati BR1M selewat-lewatnya pertengahan tahun ini sebelum Pilihan Raya Umum ke13 nanti. Katanya, orang ramai di DUN berkenaan yang belum mendapat surat atau respon berhubung status permohonan mereka tidak perlu bimbang kerana proses pengagihan sedang diuruskan pihak berwajib. ``Pada bila-bila masa sahaja nama mereka yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan akan dimaklumkan untuk menerima bantuan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap setiap penerima dapat menggunakan wang bantuan untuk kegunaan yang betul,'' katanya. Untuk rekod, lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada hampir 175,000 pemohon yang layak menerima BR1M seluruh Terengganu. Sehingga kini, kira-kira 80 peratus daripada penerima BR1M sudah menerima bantuan masing-masing, manakala selebihnya pula akan mendapat habuan mereka dalam tempoh terdekat.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat Pejabat Agama Daerah Dungun selepas mendengar taklimat pembangunan di Dungun.

Dua jambatan baru di Marang S

ebuah jambatan baru sepanjang 400 meter bernilai kirakira RM80 juta bakal dibina di Sungai Marang bagi menampung keperluan yang semakin mendesak. Pegawai Daerah Marang, Encik A Rahman Che Ali, berkata jambatan empat lorong itu bagi menggantikan jambatan sedia ada akan dibangunkan dengan ketinggian kira-kira lapan meter bagi membolehkan bot-bot besar melalui sungai berkenaan. ``Ia merupakan sebahagian daripada rancangan kita dalam usaha untuk menaik taraf jambatan yang terdapat di Sungai Marang ini dan mengatasi kesesakan lalu lintas,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas menyembahkan taklimat pembangunan Daerah Marang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan baginda ke pejabat

daerah itu baru-baru ini. Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebuah lagi jambatan mungkin dibina bagi menghubungkan Kampung Jenang ke Kampung Batangan di daerah itu. Katanya, dengan adanya jambatan yang dijangka melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM78 juta itu, jarak perjalanan di antara kedua-dua kampung itu akan dapat dikurangkan daripada 40 kilometer kepada satu kilometer. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sebuah bangunan pelbagai guna yang bernilai kirakira RM21 juta juga sedang dirancang untuk dibina di pusat bandar ini. ``Bangunan yang akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan itu setinggi empat tingkat sama seperti yang dibina untuk daerah Besut dan Kemaman,'' katanya.

Kenaikan bantuan sekali ganda buat 5,500 nelayan Terengganu

K

erajaan Terengganu akan menaikkan kadar bantuan tahunan kepada lebih 5,500 nelayan di seluruh negeri ini daripada RM100 kepada RM200, kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Menurut beliau, agihan yang melibatkan peruntukan kirakira RM1.1 juta itu terlaksana sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Katanya, bantuan yang diperkenalkan tahun lalu itu bukan `gula-gula' pilihanraya, sebaliknya inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan beban golongan itu khususnya pada musim tenkujuh. ``Walaupun tidak seberapa, bantuan ini sebagai saguhati kepada golongan nelayan di Terengganu. Selain itu, sebahagian besar daripada mereka turut

Dato’ Seri Haji Ahmad Said melambai tangan ke arah para nelayan sebaik hadir di majlis perjumpaan bersama nelayan seluruh negeri di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

menerima elaun sara diri berjumlah RM200 sebulan daripada Kerajaan Pusat,'' katanya. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis per-

jumpaan bersama nelayan di Dewan Besar Wisma Darul Iman baru-baru ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani

negeri, YB Haji Asha'ari Idris. Pada siri majlis kali keempat itu, lebih 1,000 nelayan dari seluruh negeri menerima bantuan bernilai RM100 seorang yang

disampaikan Dato' Seri Haji Ahmad. Walau bagaimanapun kata beliau, golongan nelayan dinasihatkan tidak terpedaya dengan janji-janji manis pihak pembangkang yang lebih banyak bercakap dan berceramah untuk memburukkan pihak kerajaan. ``Banyak kes sebelum ini, mereka (pembangkang) menjadikan nelayan sebagai alat politik. Mereka buat demontrasi ajak nelayan. Buat ceramah ajak nelayan. Lepas itu kutip derma dari nelayan. ``Kerajaan nak dalamkan muara sungai pun, mereka (pembangkang) ajak nelayan tunjuk perasaan. Padahal, program yang dirancang kerajaan untuk faedah rakyat. Bila rakyat dapat manfaat, pemimpin pembangkang akan pening kepala. Saya tidak tahu kenapa?,'' katanya.


4

BIL: 57,

AM

Empat program pendidikan YDSM S

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melihat pelajar sekolah mempratikkan Bahasa Arab.

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan empat program pendidikan kelolaan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, barubaru ini. Tiga program berkenaan meliputi bidang pendidikan iaitu Projek Bestari YDSM serta Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang mempertaruhkan dua Piala YDSM untuk dipertandingkan. Program keempat adalah penyampaian buku `Dirgahayu Tuanku : Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008' terbitan YDSM sempena 300 tahun pemerintahan Kesultanan Terengganu tajaan syarikat AHT & Carriage Sdn. Bhd. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB. Ahmad Razif Abd Rahman dan pembesar-pembesar negeri.

Terengganu negeri berkebajikan Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

A

pa yang `sangat istimewa' dengan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh Pas kerana hampir keseluruhannya telah, sedang dan terus dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu. Jika hari ini, pemimpin Pas `berkokok' di pentas ceramah mengajak rakyat menyokong parti itu kerana janji baru mahu gagaskan negara berkebajikan, rakyat pasti senyum kelat melihat telatah mereka yang cuba mengajar kerajaan BN menjaga kebajikan rakyat. Tidak salah Pas mahu memperjuangkan kebajikan rakyat, tetapi jangan sampai kera di hutan pun mengerih, melompat dek kelucuan apabila mendengar pemimpin parti itu menuduh kerajaan BN kabur mengenai agenda kebajikan untuk rakyat. Bercakap mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato' Yahya Khatib Mohamad tegas berkata, pemimpin Pas perlu belajar daripada kerajaan BN tentang sebuah negara berkebajikan. Menurutnya, BN yang terbukti berpengalaman memaju pembangunan negeri mempunyai ramuan menarik untuk disajikan kepada rakyat khususnya dalam aspek kebajikan, jauh lebih baik dari Pas yang bersifat retorik politik dan bermusim. Kata beliau, pelan Hala Tuju Pembangunan Negeri Terengganu tahun 2009-2013, Kerajaan negeri mensasarkan sifar miskin tegar dan turunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada tahun ini melalui dua strategi iaitu pembangunan fizikal dan perubahan minda. ``Melalui Program Bantuan Rumah, sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, Kerajaan Terengganu membelanjakan RM44.68 juta bagi pembinaan 1,354 unit rumah, RM16.66 juta bagi baik pulih 1,794 unit rumah dan RM38.4 juta bagi menukar atap 8,916 unit rumah atau program `Atap Biru'. ``Peruntukkan yang besar itu bagi memastikan golongan miskin dan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa. Pada tahun ini, sejumlah RM32 juta diperuntukkan iaitu RM1 juta bagi setiap Dewan Undangan

15-31 Mac 2012

JPNT akan keluar tender Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

dari ms-1

H

adir sama, Pengarah Ukom, Tuan Haji Shamsuddin Sulong dan Penolong Pengarah JPP Terengganu, Mohammad Zaidad Abdul Samat. Katanya, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) akan mengeluarkan tender selepas selesai mengenal pasti sekolah terlibat selain peruntukan sebenar yang diperlukan bagi menjalankan kerja menaik taraf dan membaiki setiap surau berkenaan. Selain itu, katanya menerusi JPP juga, projek yang menjadi tumpuan dan baru sahaja diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika kunjungan ke Terengganu 1 Mac lalu adalah pembinaan sekolah sukan kedua di negeri ini bernilai RM25 juta yang akan dibangunkan di Gong Badak, Kuala Terengganu bermula bulan depan. ``Projek menyiapkan sekolah sukan yang diputuskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 bermula 2011 hingga 2015 ini termasuk dalam `rolling plan' dengan jumlah peruntukan bagi tempoh dua tahun sebanyak RM25 juta,'' katanya.

`Mini Low Yat’ di KUT - Azmi

S DATO’ YAHYA KHATIB MOHAMAD

Negeri (DUN) untuk program sama,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Menerusi Program Jaya Diri (PJD) yang dikelolakan Yayasan Pembangunan Keluarga tambah Dato' Yahya, sejumlah RM4 juta diperuntukkan tahun lalu bagi memberi pinjaman modal antara RM3,000 hingga RM10,000 kepada golongan miskin, ibu tunggal dan belia untuk menceburi bidang perniagaan. ``Memandangkan program itu cukup berkesan membasmi kemiskinan dengan hampir 100 peratus peserta membayar balik pinjaman mereka, Kerajaan negeri memperuntukkan RM8 juta pada tahun ini,'' katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang. Katanya, dalam tempoh 16 tahun sejak tahun 1995, sejumlah RM29.2 juta diperuntukkan kepada kira-kira 12,000 usahawan dan daripada jumlah itu sebanyak RM9.2 juta diberikan pada tahun 1995-2000, RM1.3 juta (2001-2004), RM18.7 juta (2005-2010). Sehingga kini terdapat 487 pusat PJD di Terengganu dengan 4,479 peserta membabitkan projek pertanian (417), perniagaan (3,206), penternakan (53), perikanan (42), kraftangan (495), pertukangan/kemahiran (168), bengkel

(66) dan 32 peserta dalam lain-lain bidang. Sementara itu kata beliau, program Mikro Kredit Ar-Rahnu yang diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) juga antara instrumen bantuan modal perniagaan bagi membasmi kemiskinan. ``Sejak diperkenalkan tahun 1992, sejumlah RM34.9 juta dibelanjakan dengan memberi manafaat kepada lebih 300,000 orang dan tahun 2012, Kerajaan menyalurkan RM2 juta kepada Maidam bagi membantu rakyat melalui pembiayaan Ar-Rahnu,'' ujarnya. Kerajaan BN katanya, prihatin kepada golongan yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan malapetaka menerusi bantuan melalui Tabung Darul Iman. ``Bagi tempoh 2009 hingga tahun lalu, seramai 7,579 orang telah mendapat manfaat daripada tabung itu melibatkan perbelanjaan RM6.37 juta,'' jelasnya. Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara kata beliau, kerajaan mencarumkan RM5 juta lagi kepada tabung itu tahun ini di mana RM2 juta akan digunakan untuk bantuan kebajikan perubatan seperti membiayai kos rawatan pesakit dan peralatan perubatan.

ebuah pasar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menempatkan 40 usahawan dan vendor berkaitan ICT bakal beroperasi di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) di Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu pada Jun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Haji Azmi Razik, berkata pengusaha terbabit digabungkan di bawah satu koperasi bagi memasarkan gajet dan perkhidmatan ICT yang berkualiti dan harga lebih murah. ``Diharapkan ia bakal menjadi pusat jualan dan perkhidmatan utama di negeri ini sekali gus melonjakkan nama kompleks berkenaan setaraf dengan hab jualan peralatan ICT seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur,'' katanya selepas Majlis Mesra Media di Hotel Tanjong Vista, baru-baru ini. Selain menyasarkan warga penuntut universiti dan kolej-kolej sekitar sebagai pelanggan utama, kompleks itu dijangka menjadi tumpuan persatuan-persatuan pengusaha komputer untuk meningkatkan jaringan pemasaran produk dan perkhidmatan mereka,'' ujarnya.


BIL: 57, 15-31 Mac 2012

`Magic W3’ untuk pasaran dunia Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

T

OP IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mengorak langkah setapak ke depan apabila mengeluarkan alat telekomunikasi pertama dunia yang menggunakan perisian Windows 7 secara keseluruhan dan dilengkapi ``GSM Voice'' dan kejuruteraan telephony. Telefon pintar tersebut yang dinamakan Magic W3 akan mula dipasarkan untuk pasaran dunia mulai pertengahan tahun ini. Buat permulaan, 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan & Multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet itu, dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan Cina. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata telefon berkenaan yang bernilai kira-kira RM3,000 seunit akan turut dipasarkan ke Eropah di mana sasaran utama golongan profesional di seluruh

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

D

EKONOMI Lima pelabur luar negara berminat

5

erajaan negeri menerima lima K permohonan syarikat asing yang berminat untuk melabur dalam

Pozi Catering

TOP IT mengeluarkan alat telekomunikasi pertama dunia yang menggunakan perisian Windows 7 yang dipanggil telefon pintar `Magic W3’ (kiri) dan T@Droid.

dunia. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah,

ahulunya pemilik nama Mohd Pozi Hassan, 28, bergelar `tauke' Nasi Ayam Periuk Besar , di Shah Alam, Selangor, kini beliau digelar pula pengusaha Pozi Food Services (PFS) yang menawarkan pelbagai pakej katering menarik. Perniagaan nasi ayam terpaksa ditutup kerana usahawan muda itu ingin berhijrah dan berbakti di tanah kelahiran sendiri sambil membantu beberapa penduduk setempat mendapatkan pekerjaan. Membuka perniagaan di Taman Tanjung Permata, Gong Badak, Kuala Terengganu nyata berbaloi apabila PFS kini menjadi pilihan penduduk setempat jika ingin mengadakan kenduri kahwin, rumah terbuka, kenduri akikah dan majlis berkhatan. Program Tunas Mekar peringkat negeri Terengganu yang diikuti selama setahun iaitu pada 2006 memberi penuh makna bagi Encik Pozi kerana dapat mengetahui selok belok ilmu perniagaan berkaitan restoran dan katering secara lebih mendalam. Melalui program itu, beliau mampu menguruskan PFS secara lebih bersistematik, cekap dan teratur kepada ratusan pelanggan. Encik Pozi yang memiliki Diploma Teknologi Tektil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, berkata sejak dibangku sekolah lagi, dia bercita-cita mahu memiliki perniagaan sendiri kerana beranggapan mudah untuk membuat keputusan selain tidak mahu terikat dengan arahan majikan. ``Menggunakan moto perniagaan `Pakar Sajian Makanan Anda', PFS yang dibantu

tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Haji Kazan Che Mat, YB Haji Asha’ari Idris dan Dato' Toh

Chin Yaw serta beberapa wakil syarikat yang bertanggungjawab memasarkan telefon berkenaan.

industri keluli di Zon Industri Berat Teluk Kalong, Kemaman, kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Menurut beliau, permohonan tiga syarikat dari China dan masingmasing satu dari India dan Abu Dhabi itu dijangka mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat. Katanya, pelaburan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu mengurangkan pergantungan ke atas import bijih besi di samping membekalkan produk yang bakal dihasilkan terus kepada industri hiliran dalam pasaran tempatan. ``Syarikat tersebut telah datang ke Terengganu dan menghantar permohonan kepada kerajaan negeri dengan mengemukakan kajian daya maju serta prospek ekonomi kawasan berkenaan,� katanya.

Dulu tauke nasi ayam,

beralih kepada katering lapan pekerja mampu menambat hati pelbagai agensi kerajaan, swasta mahupun persendirian. ``Rata-rata pelanggan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, RHB Bank Wilayah Timur, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin, Yayasan Islam Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berpuas hati di atas perkhidmatan dan layanan yang diberikan,'' katanya. Setiap kali mendapat tempahan PFS berazam menyajikan makanan berkualiti dan memberi layanan terbaik supaya pelang-

Setiap kali mendapat tempahan PFS berazam menyajikan makanan berkualiti dan memberi layanan terbaik supaya pelanggan tidak serik dan kembali mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. gan tidak serik dan kembali mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Pada masa sama, Encik Pozi turut membuka Pozi Kiosk di UniSZA sebagai usaha memperluaskan perniagaan sedia ada.

Pozi Kiosk yang dibuka awal 2009 mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar yang ingin merasai makanan segera seperti buger, jagung cawan dan waffle.


6

BIL: 57,

15-31 Mac 2012

RENCANA

Kesesatan yang nyata

Catatan Pengarang

P

arti Ajaran Sesat, ada pihak berasa tercabar dengan kenyataan seperti itu, terutama bila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said sendiri yang menyebut perkara itu. Di pihak parti Umno, pelbagai tuduhan liar kepada mereka termasuk dituduh kafir pun. Kita tentu masih ingat amanat atau ucapan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang berbunyi, ``Kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno, bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah....percayalah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini,

ANALISIS siri 3

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

P

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

embangkang Terengganu barang kali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka. Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan isterinya doktor pergigian. Walaupun mereka menyatakan mereka berhak mendapatkannya kerana atas nama syarikat, tetapi syarikat ini dimiliki oleh mereka berdua suami isteri. Baru-baru ini Pas Terengganu membuat dakwaan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang. Bagaimana pun bila ditanya secara lengkap oleh pemberita sewaktu sidang media berkaitan, beliau gagal menjelaskan, sebaliknya berkata tanah berkenaan yang didakwa kebanyakan di kawasan pantai Terengganu. Sebenarnya dengan dakwaan itu akan percik ke muka sendiri kerana zaman Pas berkuasa di Terengganu kejadian ini berlaku. Tanah yang diberikan itu ialah di Mukim Rasau, Daerah Dungun dengan katogeri penggunaan tanah ialah pertanian. Oleh itu, pemimpin pembangkang perlu ingat, pepatah Melayu - `mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!' Kalau pun ada sesetengah wakil rakyat BN yang perolehi sekalipun, kadang-kadang diperolehi semasa mereka menjadi kakitangan awam seperti Pegawai Tadbir atau pun Pegawai Tadbir Agama. Mereka hanya diberi anugerah tanah tapak lot untuk rumah sahaja, bukan ratusan ekar seperti diperolehi wakil rakyat pembangkang itu.

kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.'' Ucapan Haji Hadi yang menyatakan menentang dan berlawan dengan Umno mati syahid ini tidakkah suatu bukti ajaran yang bertentangan dengan Islam....mengkafirkan sesama Islam? Tetapi sekarang ini, kalau kita lihat dalam buku jingga muka surat 23, Dasar Bersama MEMPERTAHANKAN PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN, perlembagaan yang difatwakan tidak Islam dan menjadi kafir orang Umno kerana mendokong perlembagaan itu. Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menandatangani bersama buku itu. Bagaimana kedudukan Haji Hadi sendiri yang mempertahankan perlembagaan yang dikatakan

penjajah, kafir dan jahiliyah itu, berbanding dengan ucapan amanat sebelumnya (1981). Itu hanya satu hujah tentang betapa sesatnya ajaran dan fatwa yang dibuat sesuka hati. Banyak lagilah fatwa dan ucapan-ucapan karut kalau dihimpun kesesatan-kesesatan yang dibawa. Kesannya termasuklah berbalah dan putus silaturahim sesama keluarga Islam, tidak makan sembelihan, sembahyang dua imam, pergaduhan hingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Haji Ahmad Said adalah tepat dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Semoleknya lebih ramai ulamak dan cerdik pandai tampil memberi huraian bagi sama-sama membetulkan keadaan atas nama kebenaran.

. . i g a l Seorang wakil k o d t Inga Orang teganu??? rakyat pembangkang dapat 130 ekar tanah Dakwaan pembangkang percik ke muka sendiri

Dakwaan pemimpin Pas bahawa wakil rakyat Umno BN mudah memperolehi tanah nyata meleset dan cuba mengelirukan rakyat yang akhirnya Allah SWT lebih berkuasa apabila perbuatan parti pembangkang itu terpercik ke muka sendiri dan buktinya surat dan gambar ini. Rakyat boleh menilai sendiri...

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 57,

15-31 Mac 2012

RENCANA WAKAF RAKYAT Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

S

indiran `manja' Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Azman Shapawi Abd Rani supaya pemimpin PKR Terengganu mengukur baju di badan sendiri menjadi drama `romantik' yang disajikan kepada penyokong mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Gabungan politik, Pakatan Rakyat yang selama ini mendakwa sudah siap siaga untuk menawan Terengganu tiba-tiba bercakaran secara terbuka hingga menampakkan hubungan yang rapuh sesama mereka. Pengumuman PKR negeri oleh Pengerusinya, Azan Ismail yang mahu bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu menyebabkan ada pemimpin Pas `terkejut beruk' hingga mengundang kenyataan kasar Azman Shapawi. Bagi sebahagian pemimpin Pas, hasrat PKR yang mahu bertanding lebih banyak kerusi merencatkan nafsu parti itu menawan kembali negeri Penyu kerana percaya PKR membawa `sial' kepada pakatan itu di Terengganu. Imej buruk dan kotor yang terpalit pada PKR terutama Penasihatnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan isu video seks dan sokongannya kepada Israel dikhuatiri boleh membawa rebah. Pada PRU ke-12 2004, PKR tersungkur di semua empat kerusi DUN yang ditandingi iaitu Kota Putera, Permaisuri, Telemong dan Seberang Takir, manakala dua kerusi Parlimen, Dungun dan Kemaman turut kecundang. Bagi sesetengah pemimpin PKR, perasaan terkilan sukar disembunyikan apabila kewujudan parti itu sekadar `nasi tambah' yang diberi laluan untuk bertanding di kerusi-kerusi yang tiada harapan untuk menang. Tidak hairanlah, Ketua Penerangan PKR negeri, Fariz Musa yang pernah tewas di Parlimen Kemaman pada PRU ke-12 membalas sindiran Azman Shapawi supaya Pas bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu. ``Adalah lebih baik seluruh 32 DUN di Terengganu diboloti Pas yang lebih hebat dan mampu menawan Terengganu dalam PRU 13 nanti tanpa melibatkan PKR yang dilihat sebagai liabiliti kepada Pas,'' katanya yang dipetik dari

PKR rencat nafsu besar Pas

Rakyat perlu menilai bertapa rapuh dan bercita-cita besarnya impian pakatan rakyat pembangkang kerana belum tiba pilihan raya lagi, kedua-dua gabungannya iaitu PKR dan Pas Terengganu mula bercakaran sehingga berlaku pergolakan. Ini menunjukkan mereka tidak berpakat.

Bagi sebahagian pemimpin Pas, hasrat PKR yang mahu bertanding lebih banyak kerusi merencatkan nafsu parti itu menawan kembali negeri Penyu kerana percaya PKR membawa `sial’ kepada pakatan itu di Terengganu. Imej buruk dan kotor yang terpalit pada PKR terutama Penasihatnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan isu video seks dan sokongannya kepada Israel dikhuatiri boleh membawa rebah.

sebuah akhbar tempatan barubaru ini. Lebih memburukkan keadaan, Angkatan Muda Keadilan negeri seperti yang disiarkan akhbar tempatan mengeluarkan ugutan untuk memboikot aktiviti dan program Pas jika Azman Shapawi tidak menarik balik kenyataannya mengkritik PKR Terengganu sebelum ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, perang mulut mengenai isu pembahagian kerusi pilihan raya antara Pas dan PKR itu merupakan `perang kecil' sebelum berlakunya pertelagahan lebih besar menjelang PRU 13 tidak lama lagi. Perkara itu tidak mengejutkan kata Adun Batu Rakit itu lagi, malah sejak dahulu lagi gabungan parti itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu sama lain dalam banyak isu berbangkit. Beliau menjangkakan kemelut tersebut akan turut merebak ke negeri-negeri lain ekoran tiada kejujuran antara kepimpinan dalam pakatan yang beliau sifatkan sebagai lemah. ``Rakyat menjadi pemerhati

kepada perkembangan itu yang menunjukkan terdapat perasaan tidak puast hati. Walaupun dalam pilihan raya lalu dimaklumkan perkara itu sudah selesai, tetapi mereka berbalah semula. ``Ini membuktikan pakatan ini sebenarnya tidak berpakat,'' katanya kepada Teganukita selepas merasmikan Seminar Fatwa dan Falak di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun baru-baru ini. Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno negeri berkata, senario itu jarang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen. Beliau bagaimanapun berkata, BN tidak mahu mencampuri kemelut tersebut sebaliknya bersedia untuk bertanding dengan manamana calon pakatan pembangkang tanpa mengira tempat. Pertelagahan itu telah memperlihatkan kepada rakyat parti manakah yang jujur dan ikhlas membantu rakyat. Rakyat boleh menilai siapa mahu membantu rakyat dan siapa pula taksub menjadi wakil rakyat.

7


8

BIL: 57,

15-

RENC

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

urninya perjuangan Umno, walaupun sering dimaki dan dicaci dengan pelbagai tuduhan dan gelaran, kita tetap beri bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik,'' itu kata-kata yang biasa diutarakan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap pada majlis bersama rakyat. Memperincikan kata-kata itu, rakyat Terengganu boleh dikatakan amat bertuah kerana mereka sentiasa mendapat bantuan yang jauh lebih banyak berbanding penduduk negeri-negeri lain. Jika tahun ini rakyat seluruh negara, termasuk

``M

di Terengganu mendapat bantuan Kerajaan Pusat RM100 bagi semua pelajar, penduduk negeri ini turut mendapat `bonus' bantuan antara RM100 hingga RM200 untuk membeli pakaian seragam sekolah, sumbangan kerajaan negeri. Di Terengganu, setiap pelajar yang berjaya masuk ke sekolah asrama penuh diberi bantuan RM500 manakala bantuan persediaan pelajar ke peringkat universiti dan institusi pengajian tinggi pula berjumlah RM1,000 untuk ijazah, diploma (RM700) dan sijil (RM500). Semua pelajar dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di negeri ini diberi e-Book secara percuma di mana hanya Negeri Terengganu saja yang berbuat demikian. Menteri Besar menyediakan peruntukan yang

besar pada setiap tahun bagi menggantikan atap rumah penduduk kampung yang bocor kerana masalah itu sering dikaitkan dengan kesusahan rakyat. Mulai tahun 2010, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10 juta bagi menubuhkan Tabung Penyakit Kronik di mana penduduk tempatan yang menghidap penyakit kronik dibiayai kos rawatan untuk menyembuhkan penyakit mereka. Melalui Tabung Darul Iman pula, mulai 2009 hingga November 2011, seramai 7,579 orang mendapat manfaat daripada tabung itu melibatkan perbelanjaan RM6.37 juta. Tahun ini kerajaan negeri mencarumkan RM5 juta lagi kepada Tabung Darul Iman di mana RM2 juta digunakan untuk bantuan sosial pe-


9

-31 Mac 2012

CANA

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

rubatan iaitu membantu pesakit yang kurang mampu membiayai kos rawatan perubatan atau pembelian peralatan perubatan. Sesuai dengan sikapnya yang begitu cakna kepada mereka yang ditimpa musibah, Menteri Besar tetap meluangkan masa untuk melawat mereka yang terlantar sakit di rumah masingmasing di seluruh negeri. Kadang-kadang dalam kesibukan tugas harian, beliau meluangkan masa untuk melawat mangsa yang mengalami kes ragut, disimbah asid atau kemalangan lain yang dimasukkan ke hospital. Menjelang Aidilfitri pula, dana khas Hari Raya dikeluarkan bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah membeli keperluan

bagi menyambut hari lebaran. Di sesetengah kawasan, Menteri Besar akan `turun padang' mengagih-agihkan dana tersebut kepada rakyat. Manakala masyarakat Tionghua yang layak turut berpeluang menikmati bantuan khas RM300 setiap orang, setiap kali menyambut Tahun Baru Cina. Dengan kesungguhan beliau membela nasib rakyat dan kesederhanaannya sejak dahulu hingga sekarang, tidak hairanlah jika sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional semakin meningkat. Bagi membalas sokongan rakyat itu, kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Haji Ahmad akan terus merancang pelbagai program bagi kesejahteraan dan kepentingan rakyat Terengganu.

Di mana-mana saja, setiap kali ucapannya, Menteri Besar pasti tidak lupa menyampaikan kata-kata keramat ini, ``Kerajaan tidak pernah minta rakyat menebas, buat macam-macam kerja berat. Cuma satu saja yang kita minta dari rakyat, UNDILAH BN BILA TIBA PILIHAN RAYA''.


10

BIL: 57,

15-31 Mac 2012

PELANCONGAN

Alami mood santai di

Pantai Merang

DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

RIADAH Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

C

ukup mendamaikan, tenang dan udara yang menyegarkan. Pastinya kenyataan itu yang terpacul daripada mulut pengunjung jika meluangkan masa singgah di Pantai Merang, Setiu. Terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Raya Kuala Terengganu dan berada di kawasan perkampungan nelayan membuatkan pelancong seakan `terpikat’ dengan keindahan pantai yang bersih serta air laut membiru itu. Deretan gerai menjual pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, sotong, ketam dan udang segar turut menjadi tumpuan ramai sebagai pelengkap resipi istimewa buat keluarga masing-masing. Jika ingin menikmati air batu campur, air kelapa, ikan celup tepung dan tapai goreng pula, terdapat beberapa peniaga gerai makan setia menanti pelanggan di kawasan itu. Situasi itu menjadi antara faktor mengapa Pantai Merang terus tersohor dan mendapat tempat di hati pengunjung biarpun banyak pantai lain di Terengganu. Pada hujung minggu dan cuti sekolah, orang ramai termasuk pengunjung luar Terengganu pasti mengambil peluang membawa keluarga masingmasing untuk beriadah dan berkelah di pantai yang landai dan bersih itu. Bagi penduduk terutama golongan muda di

`Tarik rambut dalam tepung’ selesaikan masalah berbangkit

perkampungan itu, mereka gemar menjadi pantai itu sebagai `port’ bagi mengeluarkan peluh serta membuktikan kehandalan dengan bermain bola sepak pantai dan bola tampar. Apa yang istimewanya di pantai itu terdapat lagun yang memisahkan antara kawasan air masin dan daratan. Selain itu, kelihatan juga benteng pemecah ombak yang membolehkan penduduk setempat untuk menambah rezeki dengan menjalankan aktiviti menjala dan memancing. Berdekatan dengan pantai itu terdapat taman reakreasi yang menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, tapak perkhemahan, tapak sukaneka dewan orang ramai, tandas dan surau. Mereka yang ingin bermalam pula, bilik penginapan turut disediakan dengan mengenakan kadar sewa yang berpatutan iaitu serendah RM40 sahaja.

epadatan penduduk berjumlah 1,500 orang daripada 250 keluarga menyukarkan seorang ketua kampung untuk memberi kepuasan kepada semua anak buahnya dalam jangka masa yang singkat. Bagaimanapun, ketabahan dan sikap merendah diri yang diserapkan dalam diri membolehkan anak muda, Mohd Zaki Mohd Yusof, 42, (gambar atas) dari Kampung Paloh Sungai Kiat, menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak empat tahun lalu. Pengalaman sejak zaman remaja yang suka bergaul dengan golongan veteran, memberi kelebihan kepadanya menjadi jawatankuasa JKKK ketika berusia 30 tahun dan dilantik sebagai naib pengerusi empat tahun kemudian. Dengan mengambil pendekatan menghimpunkan orang lama dan generasi baru melibatkan lelaki dan wanita serta merapat jurang dengan pihak atasan, termasuk pemimpin kanan parti melalui pelbagai program berkaitan soal-soal kebajikan penduduk setempat. ``Kalau majlis makan-makan, semua tetamu jemputan dan orang kampung makan bersila beralaskan tikar dan tidak ada lauk istimewa, kalau sayur pucuk paku, ikan panggang cicah budu itulah menu 1kampung,'' katanya kepada Teganukita. Semangat perpaduan kalangan penduduk serta sikap saling membantu tidak kira usia sering kali menimbulkan suasana riuh rendah di kalangan masyarakat tempatan.

JKKK Kampung Paloh Sungai Kiat dikongsi dengan tiga kampung lain iaitu Padang Paloh, Kubang Terap dan Kubang Bakong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam yang dikuasai parti pembangkang. Bagi berlaku adil AJK dilantik dari kampung berkenaan dan setiap maklumat akan sampai kepada penduduk setempat melalui wakil berkenaan. ``Segala keputusan yang diambil akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dan pandangan semua ahli yang turut diwakili Wanita, Pemuda, Puteri dan belia diambil kira,'' katanya. Segala bantuan kerajaan seperti dana remaja, dana hari raya, BR1M, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, atap biru, bantuan sekolah akan diagih kepada semua yang layak tanpa mengira fahaman politik. ``Saya ambil pendekatan berhemah, berbaik dengan semua orang mungkin dengan keikhlasan kita, Tuhan membuka pintu hati mereka untuk bersyukur dan berterima kasih kepada yang memberi,'' katanya. Katanya, selaku jentera kerajaan dalam kampung, sikap jujur dan ikhlas perlu ada dalam setiap diri ketua kampung serta tidak mudah ambil hati bila terdengar suara sumbang. ``Jika ada masalah berbangkit , saya amalkan kaedah `seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak terburai'.'' katanya Sebagai anak jati kampung berkenaan, beliau mengenali dan mengetahui setiap gerak nadi anggota masyarakat yang digaulinya sejak kecil. Bagi mengeratkan silatulrahim, setiap kali tiba bulan kebesaran dalam Islam serta hari kemerdekaan negara diadakan majlis makan-makan yang diselit dengan ceramah jemputan bersesuaian dengan majlis.


BIL: 57,

11

15-31 Mac 2012

AGAMA

Malaysia negara Islam lhamdulilah Rabbil A'lamin. Semoga Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Gagah Perkasa mengurniakan kita keimanan yang teguh kepada kita semua untuk terus menghayati dan memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini. Selawat dan salam ke Pangkuan Baginda Nabi Muhammad SAW. Nabi dan Rasul akhir zaman yang diutuskan ALLAH untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran dan keredhaan. Kali ini, kolum bila jejari memetik mengajak para pembaca untuk sama-sama berfikir dan merenung di sebalik kata-kata al-Imam al- syafie r.a. yang menegaskan bahawa : ``Sesebuah Negara Islam walaupun pernah dijajah tidak akan hilang biah negara Islam dalam negara itu. Maka, adalah menjadi kewajipan (fardhu) ke atas peribumi negara itu untuk memerdekakan negara itu''. Kalau disebut sesebuah negara Islam, maka secara fakta dan sejarah negara kita Malaysia adalah sebuah negara Islam. Saya buktikan dari sudut sejarah. Apabila pada tahun 1136, Sultan Negeri Kedah iaitu Sultan Muzaffar Shah 1 telah memeluk Islam melalui Sheikh Abdullah; pedagang dari Arab. Kemudian diikuti oleh rakyatnya. Maka Kedah telah bertapak pada awal abad ke 12 sebagai negeri Islam. Hatta di negeri kita Terengganu. Pada abad ke 13 Batu Bersurat telah ditemui di Kuala Berang. Ini menunjukkan bahawa negeri Terengganu telah didatangi oleh saudagar-saudagar Islam. Selanjutnya telah bertapak sebagai sebuah Negeri Islam. Batu Bersurat pula menjadi kenangan sejarah hingga ke hari ini. Ini adalah petanda bahawa negeri Terengganu telah menerima Islam dan menjadi sebuah Negeri Islam. Begitu juga, jika kita menyemak sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Parameswara telah memeluk Islam pada tahun

A

1414. Akhirnya Melaka menjadi pusat perdagangan. Maka didatangi saudagar-saudagar Islam dari Arab, China, dan Ghujerat bahkan dari rantau Asia. Akhirnya Melaka menjadi pusat pengumpulan barang dagangan dan pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara pada ketika itu. Ertinya, pandangan imam al- Syafie di atas jelas membuktikan bahawa negara kita sejak dahulu lagi adalah sebuah negara Islam. Inilah fakta dan kenyataan sejarah yang tidak boleh dinafikan. Negara kita juga telah dijajah oleh berbagai kuasa asing dalam tempoh yang begitu lama. Selama 446 tahun lamanya. Bermula dengan penjajahan Portugis, Belanda, British kemudian Jepun, Komunis Dan British semula hingga kita merdeka pada tahun 1957. Berbagai pahit-getir dilalui oleh pendahulu-pendahulu kita. Namun begitu, berdasarkan penegasan Imam al- Syafie di atas, bahawa negara kita tetap sebuah Negara Islam. Kerana status Negara Islam tidak pernah gugur atau berubah walaupun dijajah oleh berbagai-bagai bangsa penjajah. Tetapi hari ini, siapakah yang mengubah negara Islam kepada negara berkebajikan? Sedangkan Imam al- Shafie sendiri menegaskan tidak akan berubah status Negara Islam, walaupun dijajah. Hari ini, ada sebuah parti yang sanggup mengubah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Tidak lain dan tidak bukan adalah sematamata tunduk kepada desakan dan tekanan parti sekutunya. Sebab itu, mereka sanggup tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Padahal, beberapa tahun yang lalu, tanggal 17 Ramadhan mereka telah memilih dan melancarkan dokumen Negara Islam di dalam muktamar mereka. Tiba-tiba baru- baru ini, presiden mereka menegaskan bahawa Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Yang ada hanya Negara Berkebajikan. Dengan menjadikan Negara Islam Madinah sebagai `role model'. Namun, bila mana mereka menerima tekanan daripada rakan-rakan sekutunya, ak-

hirnya mereka membuang dan menggugurkan slogan Negara Islam dalam perjuangan mereka menjadi Negara Berkebajikan Tidakkah dahulu mereka menuduh orang-orang UMNO tidak mahukan Islam. Mereka tuduh UMNO tolak Islam. Konon pemimpin UMNO hendak membuang perkataan Islam. Tetapi kini,siapakah yang membuang dan menggugurkan Negara Islam dan ditukarkan kepada Negara Berkebajikan? Kerana fanatik, mereka tamakkan kuasa, mereka sanggup tunduk dan akur kepada tekanan kuffar harbi. Akhirnya mereka gugurkan perjuangan Negara Islam daripada perjuangan mereka. Kita tidak pernah lupa kepada ucapan Mursyidul Amnya, pada 25 jun 1999, bahawa partinya sedia mengugurkan slogan Negara Islam sebagai bukti tolak ansurnya dengan mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengannya termasuk DAP. Mereka sedia berbuat demikian, jika slogan itu boleh menyusahkan usahanya untuk bekerjasama dengan pembangkang terbabit, demi masa depan Islam di negara ini. Kerana itu, hari ini siapakah yang sebenarnya yang menggugurkan Negara Islam? Hari ini jelas terbukti, apabila pada tahun lalu watak yang sama melancarkan Buku Jingga. Tiada lagi hadaf untuk memperjuangkan Negara Islam dan Hudud. Jelas menunjukkan mereka tunduk di bawah telunjuk dan tekanan sekutu-sekutunya yang tidak pernah membenarkan syiar Islam dinobatkan. Malahan apa sahaja yang hendak dilaksanakan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran ahli pakatan mereka. Maka kata Imam al- Shafie, adalah wajib ke atas kita memerdekakan negara yang dijajah. Siapa yang memerdekakan negara kita? Tidak lain tidak bukan, UMNO telah melaksanakan kewajipan agama iaitu memerdekakan negara. Inilah kenyataan dan kebenaran yang tidak disangkal lagi. Kenapa kita mahu menafikan fakta dan kenyataan ini? Kenapa malu untuk mengiyakan? Katakanlah yang benar walaupun pahit.

Hadis:

M

a’qil Ibnu Yasar r.a berkata Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga�. (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)

Huraian:

Seseorang yang diserahkan kepadanya urusan rakyat lalu dia tidak memelihara rakyatnya dengan sempurna dan tidak mempedulikan urusan-urusan rakyatnya yang membawa mereka kepada kebaikan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat tidak akan mendapat bau syurga kerana pemimpin memegang satu jawatan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan sebuah negara. Jika pemimpin cuai bala akan menimpa rakyat dan negara. Sebaliknya pemimpin yang baik akan menjadi teladan kepada rakyat.

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 57,

15-31 Mac 2012

RENCANA

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

elibat seorang penjaja nasi kukus yang bermotosikal roda tiga di sekitar Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu ditunggu-tunggu pelanggan setia untuk mendapatkan sajian khususnya pada setiap tengah hari Ahad hingga Khamis. Rutin harian Abdul Wahab Ronoh, 53 yang mencari rezeki dengan menjaja nasi bersama pelbagai pilihan lauk pauk seperti gulai ayam, terung berlada, ikan goreng dan ayam masak merah hasil air tangan sendiri dengan dibantu isteri, Noria Ambak, 50, sejak 28 tahun lalu kini memberikan pulangan yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Selepas tiga anak gadis pasangan suami isteri itu berjaya melakar kecemerlangan dalam pelajaran, giliran puteri keempat, Nur Liyana, 18, pula meneruskan kesinambungan kakaknya apabila mencatat keputusan 10A+ 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, baru-baru ini. Tanpa desakan mahupun kongkongan keluarga, kesedaran Nur Liyana untuk membaiki taraf hidup keluarga yang serba sederhana, selain terbit motivasi melihat kesemua kakak, Norhartini, 28, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun; Noor Suhaily, 27, graduan University Of Leeds, United Kingdom dan Nor Izzati, 21, ( Volvograd State Medical University, Rusia) mencetus suntikan semangat baginya meraih kejayaan serupa.

Kelebihan pelajar yang lahir tanggal 4 Januari 1994 mula terserlah sejak di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman lagi apabila mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan memperolehi 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, sebelum melestarikan kejayaan dalam SPM pula. Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Sheikh Abdul Malek itu juga mahu tiga adiknya, Nur Nadirah, 17,(pelajar SMK Panji Alam), Afif Luqmanulhakim, 13, (pelajar SMA Sheikh Abdul Malek) dan Afiq Ihsan, 9, yang kini belajar di SK Seri Budiman pula merangkul kejayaan masingmasing kelak. Tanpa mengehadkan masa dengan hanya menumpukan kepada pelajaran semata-mata, Nur Liyana turut meluangkan waktu menonton televisyen sebaik selesai mengulangkaji pelajaran. Dia turut membaca selain buku pelajaran, termasuk buku motivasi dan novel. Gadis yang berpewatakan lembut itu turut mengamalkan doa dan solat hajat, selain memberi sepenuh perhatian dalam kelas supaya dapat memahami setiap apa yang dipelajari serta mengasah minda dengan membuat latihan dan menghadiri kelas tambahan di sekolah. ``Hasrat saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi dan suatu masa nanti mampu bergelar doktor pergigian serta memiliki klinik sendiri. Saya mahu mencurahkan khidmat kepada masyarakat, agama dan

negara,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Sambil meletakkan ayahnya yang memiliki semangat kental, penyayang,penyabar serta bermotivasi tinggi sebagai idola, Nur Liyana berhasrat untuk merealisasikan impian lelaki selaku tunggak keluarga itu dengan menjadi anak solehah, meraih kejayaan dalam pelajaran serta mengubah fasa hidup mereka sekeluarga menjadi lebih senang dan selesa. Menyingkap tabir kehidupan, menurut Nur Liyana, tugas harian ibunya bermula seawal jam 5 pagi bagi menyediakan bahanbahan memasak, manakala dua jam kemudian, ayahnya pula akan ke pasar untuk membeli barang mentah seperti ikan dan sayur-sayuran. ``Sebaik sahaja segala lauk-pauk disiapkan, ayah akan mula keluar berniaga bermula jam 12 tengah hari dan pulang sebelum lewat petang, lazimnya antara jam 3 hingga 4 petang. ``Saya mahu mengubah kehidupan keluarga. Insya-Allah, selepas ini kedua ibu bapa saya tidak perlu bersusah-payah keluar bekerja lagi. Biar segala pengorbanan mereka berbalas dengan kejayaan kami,'' katanya yang turut mengamalkan hubungan baik dengan ibu bapa dan guru supaya mendapat keberkatan dalam menimba ilmu. Dari sisi lainnya, Nur Liyana turut berkongsi rasa bertuah dan berbangga melihat sektor pendidikan di Terengganu sentiasa berada di landasan terbaik dan

Nur Liyana

IKON

motivasi

Noria Ambak amat gembira melihat keputusan SPM anaknya, Nur Liyana.

mengungguli dalam setiap peperiksaan awam peringkat nasional. ``Saya turut berbangga kerana kita mempunyai seorang pemimpin yang begitu cakna. Menteri Besar sangat mementingkan pendidikan

Risda tingkat teknologi, perkukuh koperasi JABATAN & ANDA

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

P

ihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan pekebun kecil getah di negeri ini mampu menikmati hasil pengeluaran getah secara purata sebanyak 1,550 kilogram setiap hektar tahun ini ekoran semakin ramai yang beralih kepada amalan pengurusan ladang yang baik. Pengarah Risda negeri, Encik Zakaria Mat Zin, berkata kejayaan itu adalah hasil daripada Kampung Teknologi yang diwujudkan agensi itu bagi mengembang dan memindahkan teknologi ke arah peningkatan produktiviti kebun serta diamalkan oleh pekebun kecil. ``Sasaran itu merupakan peningkatan lebih 140 kilogram berbanding tahun lalu dengan melibatkan 48,241 hektar yang diusahakan oleh 19,536 orang peserta di seluruh negeri,'' katanya baru-baru ini. Tambahnya, Risda telah mewujudkan enam Kampung Teknologi di seluruh negeri iaitu Kampung La di Daerah Besut, Kampung Hulu Seladang (Setiu), Kampung Teris (Hulu Terengganu), Kampung Banggol Katong (Marang), Kampung Tok Kah (Dungun) dan Kampung Perasing Jaya (Kemaman).

anak Terengganu. Pelbagai insentif, bantuan dan kemudahan disediakan seperti e-Book dan bantuan awal menyambung pelajaran kepada pelajar tanpa mengira latar kehidupan setiap pelajar berkenaan,'' katanya menutup bicara.

Dengan kos pembinaan RM5,000 bagi setiap kampung katanya, 25 jenis teknologi berkaitan tanaman getah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat input berguna dari pusat itu. Melalui pusat itu juga katanya, pekebun kecil telah didedah dan dibimbing bagi memastikan mereka dapat mengamalkan teknologi yang bersesuaian dengan jenis tanah, umur dan baka tanaman mereka. Tambah Zakaria, Risda menekankan pelaksanaan tiga kaedah bagi membantu meningkatkan ekonomi pekebun kecil daripada tahap sederhana kepada berpendapatan tinggi sepanjang tahun ini. Menurut beliau, kaedah itu bagi meningkatkan produktiviti menerusi penggunaan teknologi terkini. Menurutnya, penggunaan baja yang lebih baik, benih daripada klon getah dan kelapa sawit yang bermutu tinggi serta Amalan Pertanian Baik (GAP) juga akan ditekankan bagi menjamin produk yang dihasilkan bermutu tinggi. ``Langkah ini selaras dengan matlamat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). ``Kita mahu penoreh getah amalkan GAP agar mereka toreh (getah) dengan baik dan tak rosakkan pokok,'' katanya. Beliau memberitahu, pihaknya juga sedang membuat pemantauan terhadap koperasi-koperasi di bawah Risda di Terengganu agar dapat disusun semula untuk faedah ahli. Katanya, usaha itu dibuat bagi membolehkan Risda membantu ahli-ahli koperasi agar tidak mengabaikan peluang serta bantuan yang disediakan kepada mereka.


BIL: 57,

13

15-31 Mac 2012

AM

SPM: Rekod terbaik tempoh 4 tahun Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu terus mengungguli kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 apabila merekodkan peningkatan dari segi Gred Purata Negeri (GPN), pencapaian keputusan Gred Cemerlang dan Minimum C berbanding pencapaian pada 2010. Malah, keputusan itu turut mencatat rekod terbaik dalam tempoh empat tahun yang mana GPN meningkat 4.92 berbanding 5.03 pada 2010 serta mengatasi Gred Purata Nasional (5.04). Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Hashim Mohd Zin, berkata Pencapaian calon pada kali ini juga bertambah dari segi kualiti dan kuantiti. Seramai 408 calon sekolah Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) (1.95 peratus) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (a+,A,A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 405 calon (1.88 peratus) pada 2010, iaitu peningkatan tiga calon atau 0.07 peratus. ``Peningkatan GPN disebabkan penumpuan calon terhadap mata pelajaran yang diambil selepas Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM yang bemula 2010. ``Dasar itu berjaya memberi peluang murid untuk lebih fokus dalam pelajaran dan pembelaja-

HASHIM MOHD ZIN

ran serta membina potensi diri mengikut jurusan yang dipilh secara intensif dan komprehensif. Ini terbukti dalam keputusan SPM 2011 yang mana pencapaian calon menunjukkan peningkatan amat baik,'' katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2011 di JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, bilangan calon yang berjaya memperolehi sekurangkurangnya gred kepujian atau C bagi semua mata pelajaran yang diambil juga menunjukkan peningkatan apabila seramai 66 calon (0.76 peratus), iaitu 3,598 calon (17.14 peratus) pada 2011 berbanding 3,523 calon (16.38 peratus pada 2010. Beliau berkata, daripada 22,702 calon yang mengambil SPM, seramai 19,755 orang (94.32 peratus) berjaya mendapat sijil SPM berbanding 20,348 orang (94.61 peratus) pada 2010.

STPM: Terengganu atasi pencapaian nasional T

erengganu mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mengatasi pencapaian kebangsaan sebanyak 1.38 peratus dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan pada 7 Mac lalu. Daripada keseluruhan 2,810 calon yang menduduki peperiksaan itu seluruh Terengganu tahun lalu, seramai 2,679 orang atau 95.34 peratus mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil berbanding peratusan kebangsaan 93.96 peratus. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Hashim Mohd Zin, berkata Terengganu turut mengatasi peratusan kebangsaan sebanyak 0.38 peratus apabila peratusan calon yang layak mendapat sijil STPM ialah 99.4 peratus berbanding peratusan kebangsaan (99.05 peratus). ``Daripada 2,679 calon yang mendapat lulus penuh, 205 (7.3 peratus) lulus penuh lima mata pelajaran, 40.36 peratus (1,134 orang) lagi lulus penuh empat mata pelajaran, diikuti 23.42 peratus (658 orang) lulus penuh tiga mata pelajaran dan 15.02 peratus atau 422 orang lulus penuh dua mata pelajaran. ``Baki 9.25 peratus atau 260 orang calon lagi lulus penuh satu mata pelajaran. Manakala 1,062 calon (37.8 peratus) memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 2.66,'' katanya ketika sidang media.

Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Sheikh Abdul Malek gembira dengan keputusan masing-masing.

Manis fm bijak pikat pendengar

M

anis fm - `Pilihan Terunggul Di Pantai Timur’bijak memikat hati pendengar melalui persembahan hebahan dan muzik yang menarik sepanjang 24 jam bersiaran setiap hari. Radio Manis FM dengan rasminya akan menjadi radio kerajaan negeri selepas selesai proses pengambilalihan stesen berkenaan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT), dalam tempoh terdekat. Liputan stesen berkenaan boleh diikuti melalui gelombang 102.0 mhz bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu; 90.6 mhz (Besut, Kelantan dan Selatan Thailand) manakala 95.1 mhz (Kemaman dan Pahang). Radio itu bukan saja menyiarkan lagu pilihan pendengar, malah setia melaporkan berita terkini serta pelbagai program menarik berkaitan negeri ini serta Kelantan dan Pahang. Pelbagai pendekatan digunakan pihak pengurusan Manis fm,

termasuk mewujudkan segmen Masalah dan Aduan, Carta Hit & Irama Kita, Aku Ucapan & Lagu, Layan Jiwang 678, agar tidak menjemukan pendengar. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, mengumumkan Manis fm yang masih berpengkalan di Kota Bahru, Kelantan, dalam proses untuk berpindah ke Kuala Terengganu bagi membolehkannya

bersiaran 24 jam. Menurutnya, pihak pengurusan radio itu kini sedang giat membaik pulih beberapa kelemahan yang dikenal pasti sebelum stesen radio itu bersedia berpindah.ke tempat baru. ``Jutaan pendengar pasti tidak lagi mengalami gangguan jika aspek penting dilaksanakan seperti penukaran peralatan lama kepada baru, baik pulih transmisi atau stesen pemancar radio,'' katanya. Katanya, rasional pembelian stesen radio itu kerana ia merupakan pelaburan yang strategik dan dapat menyalurkan maklumat kerajaan secara lebih luas dan menyeluruh. ``Setakat ini tiada lagi negeri melainkan Terengganu yang memiliki stesen radio sendiri. ``Kerajaan negeri secara amnya mengetahui dan apa yang dilaksanakan itu sudah tentu boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu rakyat dan negeri,'' katanya.


14

AM

Henti main politik kotor -MB

P

engerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta pemimpin parti pembangkang berhenti dari bermain politik kotor termasuk menghasut pelajar di luar negara supaya membenci kerajaan. ``Merekalah pengkhianat sebenar kerana telah meracuni pemikiran anak-anak kita yang berada di luar negara dengan memberi gambaran buruk mengenai kerajaan,'' katanya di majlis penyerahan e-Book kepada pelajar Tahun Empat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Encik Hashim Mohd Zin dan Pengawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik. Katanya, pemimpin pembangkang lebih mementingkan agenda politik mereka daripada memikirkan masa depan generasi muda yang semakin mencabar dalam dunia tanpa sempadan. ``Kerajaan keluar belanja ratusan juta untuk membiayai pelajaran mereka di luar negara, dengan harapan bila tamat pengajian dapat merubah kehidupan keluarga dan berbakti kepada negara,'' katanya. Tambahnya, kerajaan sedih bila ada segelintir pelajar terpengaruh dengan hasutan pemimpin pembangkang malah secara terang-terangan menzahirkan protes kepada kerajaan seperti yang berlaku di Mesir tahun lalu. Katanya, kerajaan belanja RM25 juta setahun untuk e-Book, ini tidak termasuk bantuan lain seperti `one off' kepada pelajar yang memasuki universiti dan pelajar cemerlang yang berjumlah RM350 juta setakat ini. ``Kerajaan BN sanggup melakukan apa saja untuk memastikan generasi pelajar terus mencipta kejayaan dalam pelajaran yang akan mengembirakan banyak orang termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat keliling,'' katanya.

BIL: 57,

15-31 Mac 2012

Pas pelopor solat Jumaat berasingan LAPORAN KHAS Oleh: Cicit Laksamana am_ukom@gmail.com

I

su solat Jumaat berasingan dalam satu kariah yang berlaku di Terengganu dan berlarutan sejak lebih 30 tahun lalu, masih belum selesai berikutan kedegilan penyokong Pas untuk meneruskan kegiatan tersebut walaupun ia bertentangan dengan ajaran Islam. Walaupun masalah itu sudah berkurangan berbanding pada tahun 80-an, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 masjid di negeri ini yang tidak diiktiraf pihak berwajib, masih menganjurkan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah. Pemimpin dan penyokong Pas sepatutnya menghayati Firman Allah s.w.t yang bermaksud; ``Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ``Ulil-Amri'' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.'' - Surah an-Nisaa' :59. Malangnya kedegilan pemimpin dan penyokong Pas yang menjadi penyebab isu solat Jumaat berasingan dalam satu kariah sukar diselesaikan di Terengganu, menyebabkan ianya semakin parah apabila masalah itu dilaporkan menular ke negeri Selangor yang kini dikuasai pakatan parti pembangkang. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Masjid Seksyen 27 Shah Alam dan ia mengecewakan umat Islam serta memperlihatkan belang sebenar Pas Selangor yang sanggup `menjual' agama demi kepentingan politik. Masalah ini secara jelas memperlihatkan sikap, sifat dan ideologi pemimpin Pas yang korup, tidak bertamadun dan bertentangan dengan Islam sendiri. Mereka sanggup menghasut ahliahli Pas dan penyokong parti itu melakukan pelbagai kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk mengadakan solat Jumaat secara berasingan. Sepatutnya masyarakat Islam sedar walau siapa pun imam yang dilantik pihak berkuasa agama Islam, para makmum dan ahli kariah hendaklah menerima perlantikan tersebut dengan hati terbuka; selagi imam yang dilantik tidak boleh dipertikaikan kelayakannya sama ada dari segi bacaan mahu pun keperibadian dan kelimuannya. Di Terengganu, masih ada imam masjid terdiri daripada orang Pas atau mereka yang tidak berparti, tetapi pihak yang berwajib khususnya JHEAT, tidak mengambil tindakan memecat mereka. Ini kerana selagi mereka yang dilantik menjadi imam tidak melanggar peraturan agama Islam yang ditetapkan oleh Ulil Amri dan mereka diterima oleh ahli kariah, maka tidak ada sebab untuk JHEAT mengambil tindakan. Ciri penting dalam peradaban Islam ialah kepatuhan kepada Ulil Amri selagi pemerintah tersebut tidak menyuruh kita melakukan

Imbas kembali mengenai laporan akhbar berlakunya sembahyang dua imam sekitar tahun 1982 di Besut Terengganu yang dicipta oleh penyokong Pas jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

perkara mungkar dan menghalang umat Islam melakukan ibadat. Justeru dalam kes solat Jumaat secara berasingan ini, tidak ada sebarang alasan yang boleh merasionalkan tindakan penyokong Pas memboikot imam yang dilantik oleh JHEAT mahu pun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan solat Jumaat kedua di masjid yang tidak diiktiraf pihak berwajib. Majoriti penduduk negara ini bukanlah manusia yang bodoh atau boleh diperbodohkan dengan mempergunakan agama dan imej Islam semata-mata. Tenyata pemimpin Pas cuba mempergunakan perlantikan imam oleh pihak berwajib sebagai satu agenda politik mereka. Apa yang hebat sangat orang-orang Pas berebut menjadi imam hinggakan mereka berani memecah belahkan masjid dengan mengadakan solat Jumaat secara berasingan? Ini semua agenda politik Pas semata-mata untuk memecah-belahkan umat Islam bagi mencapai impian mereka menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Bagi mereka yang melakukan solat Jumaat secara berasingan perlulah bertaubat sebelum terlambat. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w, ``Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jamaah (keluar dari mentaati pemerintah), kemudian ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyah.'' - Ibn Taimiyah. Pas selalu menggunakan alasan bahawa imam yang mereka suka sebagai diterima oleh ahli kariah, tetapi ia tidak pernah dibuktikan secara fakta dan statistik. Sebaliknya selalu kita lihat golongan yang menolak imam yang dilantik dan mengerjakan solat berasingan merupakan golongan minoriti dan kadangkadang diimpot dari luar bagi meramaikan

jumlah mereka. Dalam hal ini, kita patut bersyukur dengan tindakan JHEAT yang tidak jemu-jemu menangani isu solat Jumaat secara berasingan. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang di mana pihaknya sentiasa memantau perkembangan tesebut. Beliau berkata, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan yang masih menganjurkan solat Jumaat secara berasingan sudah menurun berbanding 23 buah sebelum ini. ``JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut. Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,'' katanya. Isu tersebut turut mendapat perhatian Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini yang turut melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan. Haji Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan. ``Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita,'' katanya. Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.


BIL: 57,

15

15-31 Mac 2012

AM BN cetak 9 juta poster, bendera untuk PRU

PPPMCT tampil bantu komuniti I

steri Menteri Besar, To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud memuji langkah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) mewujudkan tabung amal dan program turun padang untuk membantu masyarakat dan juga ahli persatuan. ``Usaha berkenaan harus dicontohi kerana di samping pelbagai aktiviti untuk memantapkan ahli persatuan, masyarakat sekeliling juga tidak dilupakan,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis Penutup Perkhemahan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPPMCT di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu baru-baru ini. Hadir sama Yang Dipertua PPPMCT, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Pesuruhjaya PPPMCT, Puan Zaini Mohd Nor. Katanya, berbekalkan semangat yang gigih serta minda yang terbuka, ahli PPPMCT perlu mengibarkan panji-panji kecemerlangan persatuan demi untuk memperkasakan bangsa. Perkhemahan bertemakan `Selamatkan Bumi Kita' menjadi medan ahli mengenali dan menyayangi bumi dan permasalahan pemanasan global,'' katanya.

B

Tiga bekas anggota Kemas Terengganu menunjukkan bayaran khas yang diterima mereka, baru-baru ini.

RM18j untuk 6,000 bekas anggota Kemas - Hassan Oleh: Esah Abdullah

K

esahukom@yahoo.com

erajaan memperuntukan RM18 juta sebagai sumbangan `one off' kepada 6,000 orang bekas anggota Jabatan Kemajuan masyarakat (Kemas) seluruh negara. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Haji Hassan Malek, berkata pemberian ini merupakan pengiktirafan tinggi kerajaan kepada bekas-bekas anggota Kemas yang

setia memerah tenaga membantu meningkatkan pembangunan rakyat khususnya di luar bandar. ``Pemberian ini membabitkan mereka yang berkhidmat lima tahun dan bersih daripada tindakan tatatertib,'' katanya pada sidang media sempena majlis Penyampaian Sumbangan Khas kepada Bekas Anggota Kemas Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar,

Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Haji Mohamad Awang Tera; Pengarah Kemas Terengganu, Puan Nor Hazelina Hashim; Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, Dato' Melati Ali dan Pengerusi Persatuan Bekas Anggota Kemas negeri Haji Adam Sulong. Katanya, daripada jumlah berkenaan, 407 orang adalah dari Terengganu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta.

Rhu Rendang, Marang tagih `sentuhan’ BN FOKUS KHAS

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri meluluskan projek pembinaan jalan yang menghubungkan simpang Bukit Kor ke jalan Kilang Emas Lubuk Mandi, Rusila, Marang sepanjang 1.7 kilometer sebagai laluan alternatif kepada penduduk Marang menghala ke Bukit Payong. Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku, berkata bagi membina jalan baru itu dianggarkan melibatkan peruntukan sehingga RM8 juta. ``Pada dasarnya kerajaan bersetuju meluluskan permohonan itu dan meminta kami menyediakan `lay out' baru untuk membangunkan infrastruktur dengan menggunakan peruntukan tahun depan. ``Pembinaan jalan alternatif itu memberi kemudahan kepada kebanyakan penduduk di Rusila (Marang) seperti Taman Kalongan Melur dan Kalongan Mas serta taman perumahan baru dimajukan mengandungi 20 hingga 30 rumah setiap taman yang sebelum ini hanya menggunakan satu jalan saja,'' katanya. Haji Nik Dir berkata, apabila `lay out' pembinaan jalan itu selesai dalam tempoh terdekat, kerja-kerja awal pembinaannya akan dimulakan tahun depan bagi

Penduduk Marang ternyata dahagakan sentuhan pembangunan daripada BN.

memudahkan penduduk menggunakan jalan baru ke Bukit Payong, selain jalan sedia ada. Bagaimanapun, pihaknya akan memastikan sebelum projek itu dimulakan dan siap sepenuhnya, akses jalan dapat dibina terlebih dahulu dengan peruntukan antara RM300,000 hingga RM400,000 bagi membolehkan ia dilalui pada musim kemarau. Dalam perkembangan lain, Haji Nik Dir berkata, pusat Bandar Marang yang berada di kawasan Rhu Rendang merupakan antara bandar yang paling ketinggalan di segi pembangunan sejak 30 tahun lalu kerana berada di bawah pemerintahan pembangkang. ``Rhu Rendang antara kawasan yang

paling ketinggalan dalam arus pembangunan dan segala yang dikecapi hari ini merupakan `ehsan' daripada Kerajaan Pusat. ``Peruntukan dari aspek bantuan dan menyediakan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat mungkin sama sebagaimana kawasan lain, tetapi banyak pembangunan yang mahu dilaksanakan Kerajaan Pusat seperti Kolej Matrikulasi yang diluluskan sebelum PRU 12, terbengkalai selepas Parlimen Marang jatuh ke tangan Pas,'' katanya. Katanya, proses menyalurkan peruntukan bagi membangunkan kolej berkenaan yang dikatakan sudah mempunyai kontraktor itu terbantut apabila

arisan Nasional (BN) mencetak sembilan juta poster parti seba-gai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal berlangsung pada bilabila masa sahaja. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, lapan juta merupakan poster BN manakala satu juta ialah bendera UMNO. ``Satu juta poster kini telah sampai ke sini untuk digunakan sepanjang kempen PRU nanti,'' katanya ketika berucap pada Program Pemantapan Jentera Pilihanraya Wanita (JR) Bahagian Kuala Nerus, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru. Katanya, BN Terengganu sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan `hidup mati' parti dan kerajaan BN itu yang semakin hari semakin dekat. ``Poster ini akan diagihkan kesetiap kawasan dan semua penyokong BN diminta menampal lambang parti BN di rumah masing-masing sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada parti,'' katanya.

Marang yang sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional beralih kepada Pas selepas PRU 12. Selain Kolej Matrikulasi, Pusat Kesihatan Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Gunasama Persekutuan, Mahkamah Majistret, Pejabat Pendaftaran Negara, Sekolah Menengah Sains dan Mini Stadium yang mana semuanya sudah ditentukan kawasan bagi pembangunan projek oleh Kerajaan Pusat itu gagal diteruskan. ``Inilah akibatnya apabila penduduk Marang sendiri yang menggadai kawasan mereka kepada pembangkang pada PRU 12 yang lalu. ``Pendek kata semua pejabat kerajaan dan agensi berkenaan sudah ada peruntukan dan tanah masing-masing, serta hanya menunggu untuk dibangunkan sahaja. Tetapi malang sekali, peranan wakil di peringkat Parlimen gagal meneruskan kesinambungan perjuangan membangunkan Marang serta Rhu Rendang sendiri,'' ujarnya. Katanya, penduduk Marang terutama Rhu Rendang perlu berubah supaya zaman kegemilangan ketika Dato' Abdul Rahman Bakar menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal(1999-2008), pelbagai projek Kerajaan Pusat dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang 1999-2004 pelbagai projek Kerajaan Pusat berjaya dilaksanakan di Marang termasuk Bangunan Mara, jeti pendaratan ikan, projek mendalamkan muara sungai Marang, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Institut Latihan FRU.


Happy taja skuad Penyu

P

ersatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menandatangani kontrak penajaan dengan syarikat prabayar, Happy untuk menaja skuad Penyu meliputi semua perlawanan Liga Malaysia musim ini. Majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, baru-baru ini. PBSNT diwakili Presidennya, Dato' Che Mat Jusoh manakala Happy oleh Pengurus Pemasarannya, Mohd. Fairose Harun. Pada majlis tersebut, Dato' Che Mat berkata, pihaknya teruja dengan

kesediaan Happy untuk bersama-sama penyokong Terengganu, sekali gus menjadi rakan penaja bagi skuad Penyu musim ini. Menurutnya, komitmen Happy menunjukkan kepercayaan serta sokongan syarikat berkenaan terhadap keupayaan pasukan Terengganu untuk terus mencipta kejayaan musim ini. ``Kita ucap terima kasih dan berharap agar usaha murni ini akan menyuntik semangat setiap pemain untuk terus bekerja keras demi mencapai kemenangan,'' katanya. Beliau memberitahu, Happy juga akan menganjurkan program-program

ISSN 2180-4737 | Bil: 57, 15-31 Mac 2012

RD 4x4 Ranggok tarikan baru pelancongan K

ejohanan Drive Ride (DR) 4x4 Ranggok Antarabangsa bakal mengisi kalendar pelancongan negeri bagi meningkatkan daya tarikan Terengganu sebagai destinasi sukan ekstrem. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, ia bakal dijadikan acara tahunan berasaskan sambutan di luar dugaan dengan penglibatan 1,250 peserta dari dalam dan luar negara. Katanya, kejohanan itu memperlihatkan potensi sukan tersebut yang cukup besar dan litar sukan lasak Gong Cempedak seluas 60 hektar menjanjikan pengalaman yang mencabar. Sehubungan itu, bagi menaik taraf kejohanan tersebut, beliau mempelawa Kelab 4x4 Ranggok Marang selaku penganjur mengadakan perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan. ``Kita akan mengambil kira pelbagai aspek seperti prasarana penganjuran yang meliputi saiz litar agar diiktiraf di peringkat antarabangsa, mutu pengadilan serta kemudahan tambahan termasuklah tempat duduk penonton dan ruang meletak kenderaan,'' katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup acara tiga hari itu di Gong Cempedak, Marang yang turut dihadiri oleh Penasihat kejohanan, Datuk Razali Idris dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

Pasukan bola sepak Terengganu menjadi penaja kepada skuad itu muasim ini apabila PBSNT menandatangani kontrak tersebut di Stadium Sultan Ismail nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

menarik yang turut disertai para pemain Terengganu untuk dinikmati pengguna talian Happy serta masyarakat setempat. Dalam pada itu, Mohd. Fairose

Harrif idam

ayuhan padu pelumba Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh yang kian memuncak hasil kejayaan kebelakangan ini termasuk dua kali memijak podium perlumbaan terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 lalu, menjadi tapak kukuh buatnya untuk disenaraikan ke Sukan Olimpik London nanti. Nama anak muda berusia 24 tahun itu mungkin tidak segah rakan seangkatannya, Anuar Manan, namun pelumba kelahiran Kampung Ladang, Kuala Terengganu juga dilihat mampu meledak kebangkitan sebagai pelumba terbaik negara di pentas Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia bermula 4 April ini. Terbaru, Mohd Harrif menjuarai sirkit pertama Kejohanan Grand Prix Kebangsaan 2012 di Kedah pada 18 Mac lalu. ``Saya harap kejayaan yang dilakar baru-baru ini seperti di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), LTdL, siri Grand Prix dapat membuka mata PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) untuk disenaraikan ke Sukan Olimpik. ``Pengalaman perlumbaan sehari berlumba di Sukan Komanwel New Delhi dapat membantu saya sekiranya terpilih ke Olimpik. LTdL adalah tempat terbaik untuk PKBM menilai pelumba kerana kelajuannya lebih kurang sama,'' katanya. Kejayaannya merangkul pingat gangsa

pula berkata, pihaknya berbesar hati kerana pertama kali berpeluang menjalin kerjasama dengan PBSNT dan pasukan Terengganu.

Olimpik!

di ACC 2012 di Velodrom Kuala Lumpur bulan lalu mendapat kepercayaan jurulatih, John Beasley untuk disenaraikan dalam acara scratch di Kejohanan Dunia bulan depan. ``Saya mahu ke Kejohanan Dunia ini bagi mengukur tahap kayuhan saya berbanding pelumba pelumba dunia yang lain seperti Britain, Perancis, Itali. ``Jika pada penyertaan kali pertama di Kejohanan Dunia 2008 saya gagal menamatkan perlumbaan, kali ini saya yakin untuk memberikan keputusan yang lebih baik,'' katanya. Berdasarkan kedudukan ranking semasa pelumba negara yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Malaysia layak menghantar dua pelumba secara merit bersaing di Sukan Olimpik London.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.