teganukita 55

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 55, 15-29 FEBRUARI 2012 |

http://www.teganukita.blogspot.com

|

http://www.terengganu.gov.my

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

TUAI HASIL...Projek Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu, melibatkan kawasan seluas 1,000 hektar, sudah pun memulakan ternakan itu. Sewaktu Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, melawat projek itu baru-baru ini, 48 kolam yang memulakan operasinya, mengeluarkan hasil sehingga enam tan. (Berita penuh ms-5).

BR1M Terengganu RM87j Lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada hampir 175,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Terengganu.

Al-Quran emas Dinasti Ming jadi tumpuan

- ms 3

Telus laksana tugas - MB - ms 4

Sehingga ini, kira-kira 80 peratus daripada penerima bantuan RM500 setiap orang, sudah menerima bantuan masing-masing manakala selebihnya akan mendapat habuan mereka tidak lama lagi.

Bantuan tersebut disediakan khusus Kerajaan Pusat yang prihatin dengan nasib rakyat, khusus bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang mempunyai tanggungan besar. > Berita penuh ms 2

Lembah Silika jana 1,000 peluang pekerjaan - ms 5

LTdL 2012: TSG buru kemenangan - ms 16 peringkat


2

AM Penasihat Ekonomi MB terima pengiktifaran P

enasihat Ekonomi kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Mustapha Ahmad Marican menjadi rakyat pertama di negara ini menerima anugerah Doktor Falsafah Kehormat (PhD) Undangundang dari Universiti Politeknologi Chamroeun, Kemboja. Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan daripada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kerana sumbangan berterusan beliau sejak 12 tahun lalu berhubung pembangunan sosial masyarakat termasuk misi kemanusiaan dan keamanan Kemboja sejak 1999 melalui pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara. Dato' Mustapha merupakan anak jati Terengganu itu sebelum ini pernah menerima anugerah pingat emas daripada Kerajaan Kemboja pada 2004 dan pernah diundang memberi ucapan bagi berkongsi kejayaan Malaysia berhubung pembangunan ekonomi, politik dan pendidikan. Kerajaan Kemboja menjadikan negara ini sebagai negara contoh yang dapat membangun dalam kepelbagaian kaum tanpa sebarang permusuhan. Dato' Mustapha memiliki jurusan Sarjana Undangundang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2009, kini sedang menghabiskan pengajian peringkat Doktor Falsafah jurusan Undang-undang di universiti yang sama. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Luar, Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Dalam Negeri. Selain menjadi Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Mustapha pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat berkaitan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

BIL: 55,

15-29 Februari 2012

Projek tebatan RM6.7 juta atasi banjir di Pekan Kuala Berang Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM6.7 juta untuk membina tebatan banjir di Sungai Pertang, Hulu Terengganu yang bertujuan mengatasi masalah banjir di pekan Kuala Berang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata selain projek mendalam dan melebarkan Sungai Pertang yang melibatkan kawasan sepanjang 11 kilometer, dua kolam takungan juga dibangunkan di kawasan itu termasuk satu daripadanya dibina pada tahun lalu bagi tujuan yang sama. ``Pada tahun lalu, kita sudah beri satu pembinanan kolam takungan dan selepas ini satu lagi kolam takungan dibuat sebaik sahaja kerja melebar dan mendalam Sungai Pertang RM6.7 juta ini disiapkan. ``Saya minta Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Terengganu supaya dapat mengeluarkan tender segera yang boleh bagi mempercepatkan

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Menteri Besar diberi penerangan mengenai projek tebatan banjir yang akan dibina di Sungai Pertang, Hulu Terengganu bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Kuala Berang.

kerja tersebut,'' katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Turut hadir, Yang Dipertua

Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid;

Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua MDHT, Haji Talaha Ali. Dalam pada itu, lawatan kerja Menteri Besar ke Hulu Terengganu adalah yang ketiga selepas di Kemaman dan Marang. Sebagaimana daerah lain, Menteri Besar turut meluluskan peruntukan RM750,000 bagi kerja-kerja melebar, menaik taraf dan membaiki semula jalan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Hulu Terengganu yang keseluruhannya melibatkan RM3 juta. Selain itu, beliau turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan, MDHT dan JPS memperincikan setiap permintaan penduduk untuk membina longkang dan perparitan bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian semula dari aspek saiz dan kos sebelum kelulusan dibuat dari masa ke semasa.

Petani lega terima bantuan baja tanaman

S

eramai 69 orang petani dari beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima bantuan baja tanaman yang diagihkan oleh wakil rakyat DUN, YB Haji Khazan Che Mat baru-baru ini. Peruntukan di bawah Tabung Darul Iman (TDI) berjumlah RM11,000 itu memberi kelegaan kepada petani yang terbabit dalam kejadian banjir tahun lalu berikutan mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila tamanan mereka musnah ditenggelami air. Tanaman yang diusahakan oleh petani termasuklah tembikai, cili, sayuran seperti sawi musnah sama sekali namun kesedihan terubat dengan sikap cakna wakil rakyat

Haji Khazan menyampaikan baja tanaman kepada petani DUN Batu Rakit.

dengan menghulurkan bantuan. ``Bencana alam yang melanda telah mengakibatkan kami kerugian wang dan tenaga tetapi tetap percaya ada hikmah disebalik musibah ini,'' kata seorang petani, Encik Mohammad Majid, 69. Katanya, beliau dan rakan-rakan tidak serik untuk berbakti pada tanah dengan mempelbagaikan jenis tanaman mengikut musim kerana ini punca pendapatan utama menyara keluarga. Sementara itu, Pegawai Pusat Pembangunan DUN Batu Rakit, Ustaz Kamaruddin Mohd berkata, semua petani yang mengalami kerugian bencana alam menerima bantuan mengikut kadar kerugian yang dialami.

BR1M: 80 peratus sudah menerima RM500 seorang Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

dari ms-1

S

ebahagian daripada penerima BR1M, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Batu Buruk, menerima bantuan itu ketika lawatan kerja Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, ke Terengganu, baru-baru ini. Manakala sebahagian lagi penerima akan mendapat habuan masing-masing ketika kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Mohd Yassin, ke Terengganu pada 1 Mac depan. Bagi negeri Terengganu, pengagihan BR1M yang bertujuan meringankan beban penduduk negara ini yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah itu dibahagikan kepada empat kumpulan. Semua penduduk di negeri ini yang layak, diberi bantuan itu tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan mereka menikmati pemberian kerajaan secara adil dan saksama. Kumpulan pertama yang ber-

jumlah 75,485 orang, melibatkan bayaran sejumlah RM37,742,500 sudah pun menerima wang masingmasing dalam beberapa majlis yang diadakan secara berasingan di seluruh negeri. Manakala kumpulan kedua yang melibatkan 42,377 orang penerima (RM21,188,500) juga sudah menerima bantuan tersebut, baru-baru ini. Pada masa ini pembayaran sedang dilakukan bagi kumpulan ketiga melibatkan 6,729 orang penerima (RM3,364,500) dan proses pembayarannya dijangka

selesai dalam tempoh terdekat. Bagi kumpulan keempat yang melibatkan lebih 6,000 orang penerima di seluruh negeri Terengganu, proses pembayaran akan dilakukan tidak lama lagi dan dijangka berakhir pertengahan Mac depan. Bantuan tersebut disediakan khusus Kerajaan Pusat yang prihatin dengan nasib rakyat, khusus bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang mempunyai tanggungan besar.


BIL: 55,

15-29 Februari 2012

Hospital swasta baru akan dibina di Batu Buruk Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

erajaan negeri meluluskan peruntukan RM200 juta bagi membina sebuah lagi hospital swasta di Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi menampung kesesakan pesakit di hospital kerajaan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, pembinaan hospital di bawah TDM bakal menyediakan 150 katil yang akan memberi altenatif kepada rakyat di negeri ini untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan selesa. ``Kerja-kerja pembinaan dijangka paling lewat dapat dimulakan pada Jun depan,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dana bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kompleks Rawatan Harian, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Per-

paduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A. Rahman Mokhtar; Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Haji Anwa Sulaiman dan Pengarah HSNZ, Tengku Ramlah Tengku Senik. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, hospital ini akan dibina di atas tapak kuarters kerajaan yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk dan rumah berkenaan akan dirobohkan bagi membina bangunan hospital berkenaan. Selain itu kerajaan telah memperuntukkan RM72 juta bagi mengisi Tabung Dana Khas untuk pembangunan kesihatan di negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2007 hingga akhir 2010. Tabung berkenaan dibahagikan kepada dua iaitu menaik taraf perhidmatan perubatan (RM62 juta) dan untuk kebajikan sosial perubatan (RM10 juta). Menteri Besar kemudiannya menyerahkan sumbangan RM2

K

erajaan negeri kini giat menjalankan kajian dan penyelidikan secara menyeluruh bagi memajukan satu lagi penemuan baru, gua dalam gua yang terletak di bahagian atas di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, penemuan yang cukup berharga itu ditemui pasukan gali cari Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) ketika menjalankan tugas mencari artifak dan khazanah alam pada pertengahan tahun lepas.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Dato’ Seri Haji Ahmad Said mewakili kerajaan negeri menyerahkan Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

juta untuk Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan negeri kepada Dr. Haji Anwa serta RM20,000 untuk Tabung Kebajikan Perubatan HSNZ yang diterima Pengarah HSNZ, Tengku

Ramlah. Dato' Seri Haji Ahmad juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM22,088 beserta kerusi roda kepada tiga orang pesakit kronik.

Al-Quran emas Dinasti Ming jadi tumpuan

N

askah al-Quran bersadur emas yang berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming, China bernilai kira-kira RM170 juta menarik minat orang ramai yang mengunjungi Pameran Khazanah Islam dari China, di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu. Artifak berharga lain yang dipamerkan pada pameran yang berlangsung selama enam bulan iaitu bermula 14 Februari hingga 14 Ogos itu, termasuk perkakasan yang dihiasi emas dan batu permata, koleksi cop mohor dari pelbagai dinasti, pasu seramik berusia 1,400 tahun, pasu porcelain, jade dari budaya `Hong Sun’dan kuda hiasan dari Dinasti Tang. Timbalan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Encik Che Azmi Ngah, berkata sebanyak 80 artifak dipamerkan pada pameran yang julung kali diadakan itu sematamata mahu menarik minat orang ramai dan pelancong asing mengunjungi muzium. Katanya, artifak al-Quran emas merupakan satu contoh daripada puluhan simbol kesenian Islam yang bernilai jutaan ringgit dari pelbagai dinasti-dinasti China mampu

Pengunjung teliti melihat al-Quran bersadur emas berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming bernilai kira-kira RM170 juta yang dipamerkan di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu.

menarik minat orang ramai. ``Pihak kami berusaha menganjurkan pameran seumpama ini kerana dapat membantu pencinta dan pengkaji artifak melihat secara dekat pelbagai jenis ukiran halus dan bentuk-bentuk artifak dari dinasti purba Cina yang asli. ``Selain ingin melahirkan rasa bangga dan menghargai perjuangan orang Islam terdahulu dengan melihat dan menghayati keindahan seni islam sejagat,''

AM Kaji penemuan baru: `Gua dalam gua’

3

Artifak al-Quran emas merupakan satu contoh daripada puluhan simbol kesenian Islam yang bernilai jutaan ringgit dari pelbagai dinasti-dinasti China.

katanya ketika berucap di Majlis perasmian Pameran Khazanah Islam dari China, di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Penemuan yang cukup berharga itu ditemui pasukan gali cari Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Katanya, satu lagi rangka manusia turut di temui di gua sama, usia artifak itu belum diketahui kerana masih dalam kajian oleh pihak berkaitan. Sebelum ini masyarakat dikejutkan dengan penemuan rangka manusia yang berusia 16,000 tahun yang ditemui pada November 2009 ketika kerja-kerja eskavasi yang diketuai Prof Nik Hasan Shuhami Nik Abdul Rahman dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bantuan Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Rangka tersebut yang dipercayai mayat seorang remaja zaman prasejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. ``Penemuan artifak seumpama itu membuktikan Gua Bewah cukup berharga kepada kerajaan negeri dan kita akan terus memperkenalkan lokasi pelancongan itu di mata dunia. ``Kita tak bercadang untuk bawa pulang artifak yang ditemui dan kita akan kekalkan ia di sini dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri ini dan ke Tasik Kenyir.,'' katanya. Menurutnya, pada masa sekarang kerja-kerja meningkatkan kemudahan untuk para pelancong di kawasan sekitar gua tersebut sedang dilakukan. ``Kita juga sedang menyediakan pelantar khas, bekas penutup kaca di kawasan rangka manusia yang tertua di negara ini ditemui, bagi tujuan keselamatan terhadap artifak yang sangat bernilai itu,'' katanya.


4

BIL: 55,

AM

Kursus teknologi automotif di Jerman Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

enjawat awam di negeri ini diminta membuang sikap gemar menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan sebaliknya perlu amanah serta bersikap telus supaya mampu mencapai matlamat yang dihasratkan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said kesal dengan sikap mereka yang gemar menghentam kerajaan dan tidak amanah memikul tanggungjawab yang sepatutnya. ``Mereka patut sedar wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya bergantung kepada mana-mana pihak.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Pengetua sekolah cemerlang dalam peperiksaan awam menerima insentif di majlis pelancaran Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 dan Pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu 2012 di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Encik

Hashim Mohd Zin. Katanya, kepakaran itu nanti akan membuka peluang yang lebih luas kepada anak Terengganu untuk bekerja di mana-mana firma permotoran di seluruh dunia. ``Kita akan lihat jumlah pelajar

yang dihantar kelak berdasarkan keperluan, kesanggupan dan kelayakan mereka untuk mengikuti kursus berkenaan. Manakala kos keseluruhannya nanti akan ditanggung oleh Yayasan Terengganu,'' katanya.

Terengganu cipta sejarah perubatan negara

T

erengganu mencipta sejarah perubatan negara apabila menjadi negeri pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara yang menggunakan peralatan canggih Mesin Tomografi Berkomputer Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan. Mesin berharga RM2 juta ini juga dapat ditingkatkan keupayaan sehingga 128 imej melebihi keupayaan mesin scan biasa terutama bagi imejan dan isotropik bagi tujuan rekostruksi multiplana (MPR) mengesan penyakit. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan memberi sumbangan terbesar melalui Tabung Dana Khas Perubatan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan yang terbaik untuk rakyat negeri ini. ``Sumbangan berjumlah RM72 juta sejak 2007 yang disalurkan melalui dana berkenaan bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 buah ambulan (RM3.2juta, mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk perhidmatan Reproduktif bagi Program Bayi Tabung Uji (RM500,000).

Telus laksana tugas - MB P

K

erajaan Terengganu memilih Jerman sebagai pengkalan untuk melatih sekumpulan pelajar dari negeri ini bagi mengikuti bidang teknologi automatif bermula tahun ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri memilih The Technical University of Berlin, Jerman bagi menempatkan sekumpulan pelajar berikutan kemajuan negara itu dalam industri pemasangan tiga jenama kereta terkenal yang mendominasi pasaran dunia, iaitu BMW, Mercedes dan Audi. ``Kita sudah berbincang dengan pihak universiti berkenaan dan mereka bersetuju untuk menempatkan pelajar Terengganu mengikuti kursus kejuruteraan automotif berkenaan. ``Bagaimanapun, pelajar berkenaan terlebih dahulu perlu belajar bahasa Jerman,'' katanya ketika sidang media selepas melancarkan Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 dan Pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu 2012, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,

15-29 Februari 2012

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk penaiktarafan perkhidmatan dan peralatan perubatan dengan menambah peruntukan setiap tahun bagi memastikan kesejahteraan rakyat. ``Kerajaan juga telah meluluskan RM1 juta untuk pembelian beberapa peralatan pembedahan serta 10 katil Hospital Kemaman dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di daerah itu,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Tabung Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini. ``Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM120 juta untuk membina Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di kawasan 100 hektar,'' katanya.

Terengganu mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi negeri pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan Mesin Tomografi Berkomputer Multiclise yang mampu menghasilkan 64 hingga 128 imej pada setiap imbasan berharga RM2 juta tujuan rekostruksi multiplane bagi mengesan penyakit.

``Sikap gemar menyembunyikan fail patut dikikis bagi mengelak berlakunya `lambakan’ tugasan pada setiap tahun.'' - Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. ``Pada masa sama, sikap gemar menyembunyikan fail patut dikikis bagi mengelak berlakunya `lambakan' tugasan pada setiap tahun,'' katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kira-kira 200 PTN dari seluruh Terengganu dirai bagi mengenang tugasan dan jasa mereka kepada masyarat dan kerajaan Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad menyampaikan cenderahati khas kepada PTN yang telah bersara. Beliau turut memberitahu setiap penjawat awam terutama yang berusia 50-an perlu mengamalkan pemakanan sihat di samping membuat pemeriksaan doktor secara berkala bagi mengekalkan kesihatan sempurna. ``Kerajaan negeri sedia membantu bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kronik seperti jantung, diabetis dan sebagainya dengan mendapat rawat di Pusat Perubatan i-Heal,'' katanya.


5

BIL: 55, 15-29 Februari 2012

EKONOMI

Lembah Silika jana 1,000 peluang perkerjaan Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

P

rojek Lembah Silika yang akan dibangunkan di daerah Setiu dan Marang mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS). Tapak projek seluas 1,800 hektar itu yang terletak di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk silika dan industri berkaitan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji

Ahmad Said, berkata, Terengganu mempunyai kawasan rizab terbesar pasir silika di negara ini dan Asia Tenggara dengan lebih 80 juta tan metrik deposit silika gred tinggi. Projek itu akan dibangunkan Terengganu Industrial Minerals (TIM) dan beberapa syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium yang dikenali sebagai TIM Konsortium. ``Konsortium ini akan melabur antara RM350 juta hingga RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan penceriaan dan industri hiliran,'' katanya.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Sultan Mizan Zainal Abidin mendengar penerangan mengenai projek Lembah Silika selepas berkenan merasmikan Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, yang disempurnakan

Sultan Mizan Zainal Abidin. TIM Konsortium merancang membina kilang pemprosesan silika terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran kira-

kira 800,000 tan metrik setahun, mulai pertengahan tahun depan. Loji ini akan menghasilkan pasir dan tepung silika bergred tinggi untuk industri seperti panel TFT LED, solar dan sektor elektronik.

iSHARP pengeluar udang putih terbesar negara

T

erengganu bakal menjadi pengeluar udang putih terbesar negara apabila projek Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. Ketua Pegawai Eksekutif iSHARP, Encik Abu Bakar Ibrahim, berkata dalam tempoh percubaan itu, ladang seluas 1,000 hektar sudah mengeluarkan hasil sehingga enam tan, iaitu lebih satu tan daripada sasaran awal. Katanya, menerusi fasa pertama, 216 kolam ternakan akan beroperasi sepenuhnya tahun ini dengan kapasiti pengeluaran 2,100 tan setahun dan menjelang tahun 2013, sebanyak 400 kolam akan dibina. ``Apabila beroperasi sepenuhnya pada 2013, iSHARP mampu menyediakan 700 hingga 1,000 peluang pekerjaan terutamanya kepada anak tempatan,'' katanya kepada pemberita ketika menerima lawatan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said ke ladang itu di Kampung Nyatuh, Setiu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB. Asha'ari Idris dan Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd. Jidin Shafie. Mengulas lanjut, Encik Abu Bakar berkata, ladang iSHARP dibangunkan Blue Archipelago Berhad, anak syarikat Khazanah Nasional Berhad khusus untuk menternak udang secara teratur dan terkawal.

Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu, sudah beroperasi, sehingga kini sudah 48 kolam mengeluarkan hasil dan mampu menjana pendapatan RM12 juta setahun.

Katanya, kewujudan pelaburan bernilai RM260 juta itu antara lain bagi menyuburkan perkongsian swasta, kerajaan negeri dan persekutuan bagi merancang gugusan akuakultur udang secara moden. ``Fasa kedua tahun hadapan, iSHARP akan mempunyai 400 kolam ternakan yang mampu menghasilkan 3,920 tan udang setahun. ``Apabila siap sepenuhnya, hasil pengeluaran iSHARP dijangka mencecah nilai pasaran RM78 juta setahun dan udang ini akan dieksport ke Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Timur Tengah,'' katanya. Katanya, pusat pembenihan udang di ladang itu mampu mengeluarkan satu bilion benih udang setahun, cukup untuk menampung keperluan iSHARP dan penternak kecil di Pantai Timur. ``Pada masa ini, 48 kolam telah mengeluarkan hasil udang dan seramai 108 pekerja telah memulakan tugas di iSHARP dimana 85 peratus daripada mereka adalah anak Terengganu. ``Pekerjaan yang diwujudkan itu mampu menjana pendapatan RM12 juta setahun dan secara langsung mampu meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk setempat,'' ujarnya.

BISNES Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

H

otel Permai Inn, hotel milik Kerajaan Terengganu menyasarkan perolehan RM8.5 juta bagi tahun ini dengan perkembangan perniagaan yang semakin menyakinkan. Pengurus Besarnya, Encik Azman Ali berkata, hotel yang dijenamakan semula melalui pengurusan baru sejak 2010 yakin perolehan tertinggi itu dapat dicapai. ``Ia dilakukan dengan memperkukuhkan strategi pemasaran termasuk melalui promosi berkesan di samping terus meningkatkan mutu perkhidmatan. ``Kita mahu hotel ini sinonim dengan pengenalan Terengganu,'' katanya pada majlis makan malam tahunan bagi meraikan warga kerjanya, baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Hotel Permai, Tan Sri Wan Abu Bakar Omar dan Pengerusi Jawatankuasa

Hotel Permai sasar perolehan RM8.5 juta

Hotel Permai Inn , Kuala Terengganu semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan dalam industri perhotelan.

Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd. Adib. Katanya, perolehan hotel dengan 220 bilik itu meningkat daripada RM7.3 juta pada 2010 kepada RM7.7 juta pada tahun 2011 ketika industri pelancongan Terengganu semakin berkembang. Beliau turut menarik perhatian tentang penglibatan hotel dalam pelbagai kegiatan luar agar dapat

bersama-sama kerajaan dalam mengembangkan industri ini dan mendekatkannya dengan masyarakat. ``Ini termasuk dalam kegiatan sukan kapal layar dan berbasikal di samping kami turut merancang menganjurkan pesta sukan pantai,'' ujarnya.


6

BIL: 55,

15-29 Februari 2012

RENCANA

Kesesatan yang nyata

Catatan Pengarang

P

arti Ajaran Sesat, ada pihak berasa tercabar dengan kenyataan seperti itu, terutama bila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said sendiri yang menyebut perkara itu. Di pihak parti Umno, pelbagai tuduhan liar kepada mereka termasuk dituduh kafir pun. Kita tentu masih ingat amanat atau ucapan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang berbunyi, ``Kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno, bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah....percayalah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini,

ANALISIS

kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.'' Ucapan Haji Hadi yang menyatakan menentang dan berlawan dengan Umno mati syahid ini tidakkah suatu bukti ajaran yang bertentangan dengan Islam....mengkafirkan sesama Islam? Tetapi sekarang ini, kalau kita lihat dalam buku jingga muka surat 23, Dasar Bersama MEMPERTAHANKAN PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN, perlembagaan yang difatwakan tidak Islam dan menjadi kafir orang Umno kerana mendokong perlembagaan itu. Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menandatangani bersama buku itu. Bagaimana kedudukan Haji Hadi sendiri yang mempertahankan perlembagaan yang dikatakan

penjajah, kafir dan jahiliyah itu, berbanding dengan ucapan amanat sebelumnya (1981). Itu hanya satu hujah tentang betapa sesatnya ajaran dan fatwa yang dibuat sesuka hati. Banyak lagilah fatwa dan ucapan-ucapan karut kalau dihimpun kesesatan-kesesatan yang dibawa. Kesannya termasuklah berbalah dan putus silaturahim sesama keluarga Islam, tidak makan sembelihan, sembahyang dua imam, pergaduhan hingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Haji Ahmad Said adalah tepat dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Semoleknya lebih ramai ulamak dan cerdik pandai tampil memberi huraian bagi sama-sama membetulkan keadaan atas nama kebenaran.

? ? ? i g a l k o d Ingat

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

Penerima bantuan miskin ditamatkan

P

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

ihak yang menjanjikan negara dan negeri kebajikan juga semasa berkuasa telah melakukan kezaliman terhadap golongan miskin kerana dendam kesumat yang amat bertentangan sekali dengan nilai dan ajaran Islam. Pada tahun 2000, sebaik berkuasa sebagai kerajaan di Terengganu pihak berkuasa ini telah memotong bantuan kepada seramai 1492 penerima bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Pemotongan yang dilaku-

siri 2

Kezaliman terhadap golongan miskin

kan tanpa peri kemanusiaan itu membabitkan kalangan orang miskin ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak mengundi atau menyokong mereka semasa pilihan raya. Cuba kita imbaskan kembali kepada berita mereka yang menjadi mangsa kezaliman, amat sedih dan mengharukan bila menghayatinya. IMBAS KEMBALI bagaimana rintihan golongan miskin yang menjadi mangsa pemerintah yang memerintah Terengganu pada 1999-2004 yang jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 55,

RENCANA

T A S E S ... benarkah? M

engapa tiba-tiba seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, melenting bila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said menyatakan Pas parti ajaran sesat. Mengapa tidak sesatnya: ``Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran'' - ini kata pemimpin tertinggi Pas sendiri dalam satu kenyataan akhbar pada 24 April 1994. Tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi bila menentang Pas itu haram bermakna berdosa. Sesuailah pula dengan kenyataan bekas pemimpin parti itu dalam akhbar milik parti itu, Harakah pada 3 Oktober 1997 bahawa: ``Umat Islam wajib sertai Pas''. Sekali lagi ``Wakaf Rakyat'' tidak berniat hendak mengupas kenyataan ini, tetapi apabila wajib maka berdosalah orang Islam tidak menyertai Pas atau menyertai parti lain, jadi bagaimana pula umat Islam di negara lain yang tidak apa Pas? Bahkan orang yang hen-

Sesama Islam dikafirkan, dengan kafir menentang Islam dipeluk cium sesama saudara seIslam dikafirkan, diputuskan silaturrahim, tetapi dengan orang bukan Islam berbaik dan berpakat sakan, Hadi `mati syahid' dan sampai berdakap-dakap, ditanam tanpa dikafankan. mesranya. Fatwa mati syahid mela- Sebenarnya banyak lagi wan puak-puak Umno yang kesesatan hingga ada di dikafirkan itu tidakkah kalangan pemimpin meajaran sesat? reka sama ada yang masih Peliknya dalam buku hidup atau yang telah mejingga, Ubah Sekarang ninggal membuat dakwaan Selamatkan Malaysia, sesuka hati, tetapi undi yang turut ditandatangani parti mereka masuk ke bersama oleh Haji Hadi, syurga. Anwar Ibrahim dan Lim Masih ingat pantun Kit Siang, muka surat 23 seorang pemimpin parti Dasar Bersama Mereka mereka yang terkenal dari ialah MEMPERTAHANKAN Kelantan dan bertaraf ustaz: PERLEMBAGAAN PERSE- ``Wau-wau bule, wau bule KUTUAN. teraju tigo, pakat pakah Perlembagaan yang di- bule, pakah bule masuk fatwakan oleh pemimpin syurgo�. nombor satu parti itu tidak Lain-lain yang mungkin Islam itu dan menjadi kafir masyarakat rata-rata telah orang Umno kerana men- tahu ada pimimpin parti dokong perlembagaan itu itu yang menyatakan. Tuserta mati syahid kalau mati han juga mencarut, kita menentang orang-orang orang Islam boleh berkawan Umno yang mengekal- dengan syaitan dan yang kan perlembagaan itu, terbaru Nabi Muhamammad TETAPI KINI PEMIMPIN s.a.w sama taraf dengan NOMBOR SATU SENDIRI Mat di kampung-kampung MAHU PERTAHANKAN sahaja sebelum diangkat PERLEMBAGAAN ITU??? menjadi Rasul. Kadang-kadang kita berasa Tidakkah itu sesat nasedih berselisih pendapat manya?

WAKAF RAKYAT

Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

dak mengambil tindakan undang-undang kepada Menteri Besar Terengganu dan memberi tempoh tiga hari untuk memohon maaf itu sendiri pernah menyatakan ``Pas Parti Allah''. Tidakkah sesat itu? Pemimpin nombor utama Pas sendiri mengkafirkan orang-orang Umno melalui ucapannya di Banggol Peradong pada 7 April 1981. Antara lain menurut ucapannya orang Umno menjadi kafir kerana telah menyokong perlembagaan negara (mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliyyah) yang bukan merupakan perlembagaan Islam. Semudah itu menuduh `orang Umno' yang beragama Islam itu kafir!! Ucapan itu tidak ditarik balik hingga sekarang pun. Kesan dari ucapan itulah menyebabkan pengikut Pas dari Kedah, Ustaz Ibrahim Libya didakwa oleh Haji

15-29 Februari 2012

7


8

BIL: 55,

15-29

RENC

MBrakyat

tinjau masalah

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

M

asuk kampung keluar kampung...itu sebahagian tugas rutin Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang tidak pernah beliau tinggalkan sejak menerajui pemerintahan negeri ini, hampir empat tahun lalu. Tanpa menghiraukan hujan dan panas terik, beliau yang diiring wakil rakyat dan pemimpin kawasan terlibat serta ketua-ketua jabatan berkaitan, meninjau sistem perparitan dan jalan kampung yang bermasalah. Selepas mengenal pasti masalah dihadapi di kawasan yang dilawati, beliau berbincang dengan ketua jabatan terlibat dan membuat keputusan secara `ad-hoc' bagi membolehkan projek-projek kritikal dilaksanakan segera bagi mengatasi pelbagai masalah penduduk setempat. Bagi kalendar 2012, bermula 6 Februari lalu, Menteri Besar berjiwa rakyat itu melawat daerah Marang, iaitu daerah pertama yang dilawati sebagai acara tahunan lawatan kerja ke daerah-daerah, bagi meninjau sistem perparitan, jalan kampung dan projek-projek kecil yang memerlukan tindakan segera. Seperti kebiasaan, bermula dengan sarapan pagi bersama penduduk tempatan dan ketua-ketua jabatan, beliau bersarapan di sebuah gerai di depan pasar Marang. Selepas itu, beliau terus ke pasar Marang untuk meninjau masalah peniaga di situ sambil beramah mesra dengan peniaga yang menjual pelbagai barangan harian. Sempena lawatan ke daerah

Marang, Dato' Seri Haji Ahmad meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta untuk daerah itu tahun ini bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah. Peruntukan tersebut tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah itu yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat. Sewaktu lawatan kerja ke daerah Kemaman pula, Menteri Besar mengumumkan lebih RM100 juta diperuntukkan bagi membina jalan baru dan menaik taraf jalan lama di seluruh negeri, agar mencapai tahap di tetapkan kerajaan. Bagi daerah Kemaman, RM3.25 juta diagihkan untuk tujuan berkenaan membabitkan peruntukan RM1 juta untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik

dan masing-masing RM750,000 untuk tiga DUN lain iaitu Kijal, Chukai dan Air Putih. Di Hulu Terengganu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM6.7 juta untuk membina tebatan banjir bagi mendalam dan melebarkan Sungai Pertang, Hulu Terengganu yang bertujuan mengelak masalah banjir di pekan Kuala Berang. Peruntukan RM750,000 dilulsukan bagi kerja-kerja melebar, menaik taraf dan membaiki semula jalan bagi setiap DUN di daerah itu yang keseluruhannya melibatkan RM3 juta. Di Setiu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM400,000 bagi membina semula jalan dan menambak hakisan Pantai Rhu Sepuluh di mana RM200,000 disalurkan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) untuk membina semula jalan dan selebihnya diperuntukkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk menambak hakisan pantai

FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@ gmail.com

Perarakan

Maulidur R

terbe di Malaysia


9

9 Februari 2012

CANA

Rasul

esar

sepanjang 200 meter. Di Besut, Menteri Besar meluangkan masa hampir sehari suntuk untuk meninjau pelbagai projek pembangunan di sekitar daerah itu untuk mengetahui sendiri permasalahan pelaksanaan projek dan kehendak rakyat. Masalah kelewatan pembinaan projek Jertih Souq turut mendapat perhatian beliau yang melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan projek berharga RM70 juta itu menyebabkan peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan. Beliau turut meluluskan peruntukan RM6 juta untuk pembinaan jalan dan longkang di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut (MDB). Sehingga artikel ini ditulis, Menteri Besar belum melawat dua daerah lagi iaitu Dungun dan Kuala Terengganu, tetapi ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

P

erarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman 1433 Hijrah memecah tradisi apabila penganjurannya berjaya menghimpunkan sejumlah 40,000 peserta. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengetuai perarakan yang melakar sejarah sebagai perarakan maulidur rasul terbesar pernah diadakan menganggap ia sebagai cerminan perpaduan yang semakin kukuh. ``Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha kita menjalin kesepakatan sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW,'' katanya selepas perarakan itu yang bermula di Padang Astaka dan mengelilingi bandar Cukai, Kemaman. Turut serta, Ahli Parlimen Kemaman Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia dan Sukan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera; Adun Kemasik, YB Ir. Rosli Othman; Adun Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah, Encik Mohamad Kamil Othman. Perarakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa sejauh

tujuh kilometer, institusi pendidikan sejauh lima kilometer serta tabika dan wanita sejauh dua kilometer. Sebagai penghargaan, penyertaan dan penampilan setiap kontinjen dalam perarakan itu dinilai untuk diberikan hadiah. Ia dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi oleh Pesama Timber, Pejabat Agama Daerah Kemaman (kedua) dan Jabatan Kerja RayaDaerah Kemaman (ketiga). Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tempat pertama disandang oleh JKKK Batu Empat Binjai manakala JKKK Bukit Teruna (kedua) dan JKKK Mak Lagam (ketiga). Untuk kategori Wanita Umno, tempat pertama dimenangi Batu Empat Binjai manakala Jawatankuasa Aktiviti Kemas (kedua) dan Sungai Ibok (ketiga). Kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang manakala kategori sekolah menengah diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai.


10

BIL: 55,

15-29 Februari 2012

PELANCONGAN RIADAH Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

DESAKU

Rumah Awam Seberang Jerteh lahir ramai usahawan kecil Oleh: Mohammad Ishak jkkkram@ymail.com

P

erumahan Awam Seberang Jertih pada awalnya meliputi kawasan tanah sawah milik penduduk tempatan kemudian dibangunkan sebagai Projek Perumahan Kos Rendah berikutan pertambahan penduduk. Mengandungi tiga fasa pembinaan yang bermula pada tahun 1960 (32 unit), fasa kedua pada 1970 (32 unit) kemudian 160 unit bagi fasa ketiga pada 1987. Kemajuan kemudahan asas di kawasan perumahan itu sebelum ini kurang diberi perhatian sehinggalah permohonan penduduk untuk menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diluluskan kerajaan negeri pada 1 Mac 2006. Setiausahanya, Wan Mohamad Ibrahim yang bangga dengan hasrat penduduk untuk menubuhkan organisasi itu diluluskan kerajaan mula menyusun atur pelan pembangunan sehingga kini pelbagai kemudahan asas termasuk surau, padang permainan, kelas tadika, sistem perparitan, bekalan air, elektrik, telefon dan pejabat JKKK. Sebuah pusat komputer di bawah seliaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), juga berjaya diwujudkan

Wan Mohamad

dengan sokongan Telekom Malaysia yang mula beroperasi pada 1 April 2009. Sehingga kini, PJK terbabit mempunyai 850 ahli berdaftar termasuk ibu tunggal, usia emas, remaja, pelajar, kanak-kanak tadika. Wan Mohamad berkata, kemajuan pembangunan dan sosial di perumahan itu juga turut disokong beberapa NGO yang ditubuhkan di situ termasuk Umno, Jawatankuasa Surau, pasukan berzanji, kumpulan kompang, pasukan bola jaring dan bola tampar. Menurutnya, keistimewaan perkampungan berteraskan taman dalam bandar itu juga kerana mempunyai ramai usahawan kecil dalam industri kecil dan sederhana yang mengusahakan pengeluaran sate, kuih pau, masakan Siam, pertukangan kayu dan rumah serta tenaga kerja mahir dalam bidang elektrik,paip air, kimpalan mekanik motor,tukang gunting, bidan tradisional dan tukang urut.

Jawatankuasa mengadakan mesyuarat di pejabat JKKK.

P

ertama kali menjejak kaki di Pulau Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pasti menjanjikan pengalaman terbaik dan menarik buat pengunjung `dek' tarikan panorama yang indah serta udara yang menyegarkan. Tarikan itu membuatkan pelancong seakan terpanggil untuk mengunjunginya buat kali kedua bagi memanfaatkan sepenuhnya setiap keindahan dan kemudahan yang terdapat di lokasi itu. Perjalanan menaiki bot laju ke Pulau Petang yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit bagaikan tidak terasa berikutan setiap detik pergerakan pengunjung disajikan pemandangan mempesonakan sambil diiringi kicauan pelbagai jenis unggas, deretan pokok bakau dan air

Pulau Petang saji keindahan

Lambaian Pulau Petang di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

sungai yang jernih. Sebaik tiba di pulau yang berkeluasan 9.35 hektar itu, pemandangan anda pasti tertumpu kepada puluhan gambar dan beberapa koleksi barangan berharga yang

Aktivit memancing di Sungai Petang.

dipamerkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bangunan khas kaki lima pulau itu. Pelbagai aktiviti menarik boleh diikuti pengunjung setiap kali singgah, antaranya memancing, merendah hutan, berkhemah, menyusuri sungai, mendaki gunung, berkayak dan `flying fox'. Jika anda ingin berehat, Petang Island Resort ada menyediakan beberapa kemudahan seperti:

FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@ gmail.com

Mendaki anak tangga menuju ke chalet.

Chalet eksekutif - rumah kayu dua tingkat, dilengkapi peralatan moden, direka dan dihiasi mirip kediaman sendiri. Chalet biasa - menempatkan ruang tidur berkembar dan kemudahan bilik air yang selesa. Penginapan asrama - sesuai bagi mereka yang datang secara berkumpulan atau rakan persatuan.

Perkhidmatan buggie disediakan untuk meninjau keliling pulau.

Bahtera Petang - penginapan terapung yang cukup unik, dilengkapi dua bilik tidur dan ruang tamu `Deck' di tingkat atas sesuai untuk majlis keraian dan jamuan ringan.

Bagaimana ke sana:

Jika dari Kuala Lumpur anda perlu melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sehingga ke Kuantan- Jerangau Jabor dan seterusnya ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.


Sejarah tidak pernah berbohong Nabi SAW yang bermaksud: ``Kasihkan negara sebahagian daripada iman''. Kerana

S

emoga Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Gagah Perkasa menjadikan kita umat Nabi Muhammad Sallallahu `Alaihi Wasallam ( SAW ) yang sentiasa sedar diri, tahu diri, kenal diri, menghargai diri dan tidak pernah lupa diri, walaupun mempunyai karisma yang hebat, disanjung dipuji di mana jua tempat dan dapat berdiri segak di hadapan ribuan pengikut yang taat. Sejarah tidak pernah berbohong kepada kita. Kita tidak pernah lupa sejarah negara kita dijajah. Selama 446 tahun negara kita dijajah oleh berbagai- bagai kuasa penjajah. Sejak Melaka jatuh ke tangan kuasa Portugis pada tahun 1511. Kemudian ke tangan Belanda mulai tahun 1641. Kemudian British datang semula ke Pulau Pinang pada tahun 1786. Seterusnya ke Singapura pada tahun 1819. Diikuti selepas itu Perjanjian Inggeris dengan Belanda pada tahun 1824. Kemudian British datang ke Perak pada tahun 1874. Selanjutnya ke Selangor pada tahun 1875. Seterusnya ke Pahang pada tahun 1888. Kemudian bertukar tangan kepada kuasa penjajah baru iaitu Jepun pada tahun 1941. Berbalik pula kepada penjajah British pada tahun 1946. Ancaman komunis pada 1948. Kemudian British semula, sehingga akhirnya kita mencapai kemerdekaan negara tanggal 31 Ogos 1957. Inilah sejarah negara kita. Betapa pedih dan peritnya hidup dalam era penjajahan. Hanya generasi terdahulu yang mampu mengungkapkannya, kerana mereka yang mengalaminya. Semoga Allah mengurniakan pahala yang besar kepada para pejuang negara yang berjuang, bahkan sebahagiannya gugur terkorban kerana memerdekakan negara. Kerana dalam Islam, usaha memerdekakan negara daripada penjajah adalah WAJIB SYARIE, selaras dengan sabda

itu, pendahulu-pendahulu kita berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara. Sebagaimana Baginda Nabi SAW memerdekakan kota Mekkah daripada kuasa Kuffar Quraisy. Begitulah sebagaimana negaranegara yang dimerdekakan di zaman Nabi dan para Sahabat r.a. Imam Al-Ghazali rahmatullahi `alaih pernah menyebutkan bahawa berbahagialah mereka yang mati dalam keadaan bahagia pada hari ini. Tetapi, kasihanilah anak-cucu (generasi baru) yang lahir pada hari ini dalam keadaan umat berbalah dan bersengketa sesama sendiri.

Hari ini, suasana yang pernah dibayangkan oleh Imam al- Ghazali r.a. di atas, telah timbul di permukaan. Kita dapat menyaksikan betapa bibit-bibit perpecahan umat semakin melebar. Samada di luar ataupun di dalam negara kita sendiri. Sudah banyak negara- negara Islam yang sudah hancur musnah, akibat daripada perbalahan dan peperangan sesama sendiri. Inilah azab di dunia yang dibimbangi terjadi yang pernah ditafsirkan oleh Allahyarham Prof.Dr. HAMKA di dalam tafsir Al-Azharnya iaitu apabila jatuhnya sesebuah kerajaan yang merdeka. Apabila negara yang merdeka dijajah semula. Rakyat akan menderita, merana dan sengsara, akibat perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Cuba kita buka minda kita semua hari ini. Lihatlah betapa nasib dan kesudahan umat Islam di negara-negara yang mengalami peperangan? Apakah selesai hidup ini, selepas berlakunya kematian? Bagaimanakah pula generasi baru mereka meneruskan kehidupan ini? Kerana itu, kata Imam al-Ghazali, kasihanilah anak-cucu kita. Kasihanilah generasi yang baru lahir, bagaimana perit dan susahnya hidup mereka menghadapi masa depan, sekiranya umat ini hidup

BIL: 55,

dalam keadaan bertelagah dan berbalah. Melihat kepada perkembangan mutakhir,kita amat bimbang terhadap masa depan negara ini. Apa akan terjadi kepada anak cucu kita akan datang, apabila melihat fenomena fitnah-memfitnah semakin menjadi-jadi. Samada secara lisan, akhbar, youtube, internet, facebook, blog, twitter dan seumpamanya. Suara-suara mencela, mencerca, memaki-hamun, memburuk dan mengaibkan orang lain di pentas-pentas syarahan semakin diminati. Berita-berita bohong dan ``fatwa- fatwa'' songsang yang menyempang daripada landasan kebenaran Islam mula berhemburan. Tanpa disedari, ``pak hitam'' telah berjaya menjerut dan mengheret sebahagian kita untuk masuk ke ``taman fatamorgana'' supaya kita jauh daripada rahmat ilahi. Akhirnya kita dapat menyaksikan krisis umat yang semakin parah. Suami berbalah dengan isteri kerana berlainan fahaman politik. Anak bertelagah dengan ibu ayah kerana ta'assub kepada ajaran gurunya. Sesama ahli qaryah tidak bertegur-sapa dan begitulah seterusnya. Akhirnya umat kita hidup tidak bersefahaman lagi, yang cari kes sahaja untuk berbalah, bermusuhan dan berperang. Justeru, marilah sebagai seorang muslim yang mendapat didikan Islam, kita kembali kepada alQuran dan al-Sunnah. Di dalam surah Aali Imran ayat 105, Allah menegaskan ``Janganlah ada kalangan kamu yang berpecah- belah dan berselisih faham selepas didatangkan keterangan- keterangan yang jelas. Jika tidak kamu akan mendapat azab yang amat pedih''.

Kerana itu, marilah kita bersatu padu, sebagaimana seruan Baginda Nabi SAW bahawa: ``Bersatu-padulah kalian, kerana pertolongan Allah akan diberikan kerana kita bersatupadu.'' Kerana itu, Baginda SAW

membina masjid sebagai pusat penyatuan ummah, sebaik sahaja tiba di bumi Madinah. Baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Kerana perpaduan yang ikhlas itu prasyarat mendapat keberkatan dan rahmat ilahi. Percayalah, sesungguhnya tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tiada pengorbanan tanpa perjuangan. Tiada perjuangan tanpa perpaduan. Tanpa perpaduan kita tidak mampu menjulang kejayaan, kemajuan dan kemakmuran.

Maksud Hadis:

D

iriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :� Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:� Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.� (al-Bukahri)

Huraian:

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad.

11

15-29 Februari 2012

AGAMA

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 55,

15-29 Februari 2012

RENCANA

Danial pecah tembok IKON

autisme Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

ehadiran zuriat pertama tanggal 8 Januari 1995 yang dikesan mengalami autisme tidak langsung menggugat kesetiaan, malah mengeratkan lagi keampuhan cinta pasangan serasi, Zainuddin Muhammad dan Rozina Mohd Ikram, 47. Pasangan yang bertemu `cinta pandang pertama’tatkala sa ma-sa ma menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Nevada, Reno, kira-kira 25 tahun lalu disatukan pada 30 Januari 1994 . Mereka yang kini tinggal di Taman Setia, Durian Burung, Kuala Terengganu dikurniakan tiga cahaya mata termasuk `putera istimewa', Muhammad Danial,

17, selain Nurul Diana, 16 dan Muhammad Diny, 13. Muhammad Danial mula dikesan mengalami kekurangan itu ketika usianya menginjak dua tahun apabila bersikap hiperaktif, selain

sukar berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan persekitaran. ``Ada sesuatu yang di luar jangkauan saya, apabila ketika usianya lapan tahun, Danial sudah mampu

membaca akhbar, walhal sebelum itu kami tidak pernah mengajar mahupun menghantarnya ke sekolah. Dia juga gemar membaca buku yang dibekalkan terutama buku pelajaran ketika usia 10 tahun. ``Dia juga menunjukkan potensi dan minat yang mendalam terhadap pelajaran ketika berusia 10 tahun dan dimasukkan ke kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran serta ditempatkan dalam Tahun Tiga,'' katanya. Bermula daripada kejayaan memperolehi 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Muhammad Danial terus melakar kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan 22 Disember lalu, apabila memecah tradisi muncul calon autisme pertama negara ini yang memperolehi 9A. Muhammad Danial ternyata berjaya meneruskan kesinambungan kecemerlangan itu apabila mengekalkan 9A dalam peperiksaan sebenar selepas memperolehi keputusan yang sama dalam peperiksaan percuban sebelum itu. Dia yang gemar bermain badminton dan catur ketika mengisi masa lapang menyahut cabaran dan mahu membuktikan keupayaan biarpun bersaing dengan rakan yang normal, dengan mengambil subjek Bahasa Arab

biarpun kebanyakan calon PMR lain hanya mengambil lapan kertas peperiksaan. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik berjaya membuka mata pelbagai pihak untuk menjadikannya sebagai ikon pendidikan masa kini. Terbaru, mendapat Anugerah Khas Presiden sempena Anugerah Kelab Wartawan Terengganu-ExxonMobil 2011 dan Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu kerana kejayaan dalam UPSR. Kejayaan mendapat 9A turut diraih pesaing terdekat yang juga adiknya, Nurul Diana yang sentiasa berlumba-lumba dengannya untuk mendapat markah yang terbaik dalam setiap ujian dan peperiksaan dalam kelas, selain mereka sentiasa meluangkan masa mengulangkaji pelajaran bersama ketika di rumah. ``Kedua-dua anak saya, Danial dan Diana saling bersaing antara satu sama lain dalam pelajaran. Bagaimanapun, Danial memiliki kelebihan di mana dia lebih kuat daya ingatan menyebabkan adiknya harus bekerja keras bagi menyaingi prestasi abangnya itu,'' kata Rozina yang sentiasa disokong suami yang juga wartawan akhbar The New Strais Times Press Terengganu. Dari sisi lainnya, membesarkan Muhammad Danial,

menurut Rozina lagi, tidak sama dengan remaja lain kerana dia sukar dikawal dan sangat aktif menyebabkan perhatian lebih perlu diberikan kepadanya berbanding dua adiknya itu. ``Saya dan suami banyak bertoleransi serta mengorbankan masa dan waktu kami bagi menjaga Danial yang sentiasa aktif melompat dan berlari ke mana sahaja terutama di dalam rumah sendiri. ``Pun begitu, saya amat bersyukur, walaupun hiperaktif sejak kanak-kanak, Danial kini semakin matang, mudah dikawal dan sudah bijak mengurus serta menyesuaikan diri apabila berada di khalayak ramai,'' katanya. Rozina yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa, sanggup melepaskan jawatan sebagai pengurus dengan gaji lumayan di sebuah syarikat korporat sebaik melahirkan Muhammad Danial demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap permata hatinya itu. ``Saya rasa amat berbaloi melepaskan jawatan demi memastikan anak-anak terutama Danial mendapat tumpuan dan penjagaan yang baik. Malah, kejayaan anak-anak pada hari sini sesuatu yang sungguh bernilai, membanggakan kami sekeluarga dan ianya tidak mampu dibeli dengan wang ringgit,'' katanya lagi.

YPU sedia SBPP bantu usahawan Terengganu JABATAN & ANDA program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Industri Kecil dan Sederhana ayasan Pembangunan (IKS) tempatan agar lebih Usahawan Terengganu berdaya saing dan setand(YPU) menyediakan ing di pasaran tempatan Skim Bantuan Pembangunan mahupun global. Produk (SBPP) bagi membantu ``Skim itu dapat memusahawan tempatan untuk bantu meringankan kos meningkatkan kualiti serta penyediaan dan peningpasaran produk keluaran katan kualiti produk baru mereka. yang dihasilkan usahawan Ketua Pegawai Eksekutif tempatan,'' katanya kepada YPU, Encik Azmi Razik Teganukita baru-baru ini. berkata, SBPP diperkenal- Antara syarat-syarat kan bagi memperkasakan permohonan skim itu Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

Y

kata beliau, usahawan SDSI atau IKS mestilah memiliki pendaftaran perniagaan yang sah dan beroperasi di Terengganu. Selain itu katanya, bengkel atau kilang yang menghasilkan produk perlu memiliki lesen daripada pihak berkuasa tempatan, telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun dan produk yang dihasilkan berkualiti dan berpotensi untuk dipasarkan. Konsep bantuan yang diperkenalkan ujarnya, pemohon layak memohon sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun dengan tumpuan

tiga sektor iaitu industri makanan, kraftangan dan produk SDSI. ``Skim bantuan yang disediakan bukan berbentuk kewangan,'' jelasnya. Skim yang ditawarkan seperti berikut: (1) Skim Bantuan Nutrition FACT: Untuk meningkatkan kualiti pembangunan produk disamping membantu memenuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Had Maksima Skim Bantuan RM 2,500. Bentuk Bantuan meliputi 70 peratus YPU

dan selebihnya usahawan. (2) Skim Bantuan Yuran Pensijilan GMP dan Halal Berbentuk geran: Dikhususkan kepada usahawan bimbingan yang memenuhi syarat produk SDSI dan boleh ditingkatkan ke taraf global. Bantuan adalah untuk membayar kos perundingan penyediaan dokumentasi ke arah memperoleh sijil Amalan Pengeluaran Yang Baik (GMP) dan Halal. (3) Skim Bantuan Pembungkusan dan Pelabelan Produk: Untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan

pelabelan produk usahawan dalam usaha untuk meningkatkan daya saing produk di pasaran. Had Maksima Skim Bantuan RM 2,000 dan Bentuk Bantuan meliputi 70 peratus YPU dan bakinya usahawan. (4) Bantuan Bar Kod: Merupakan insentif secara percuma yang diperkenalkan oleh YPU dalam usaha membantu usahawan meluaskan produk dipasaran global dan mampu berdaya saing dengan produk lain. Had maksima skim bantuan untuk 10 produk sahaja.


BIL: 55,

13

15-29 Februari 2012

AM

“Pas ceroboh tanah kami” Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

``K

ami sedih dan sungguh terkilan apabila mereka dengan tidak semena-mena `ceroboh' tanah kami.'' kata Anita Ariffin, 45, isteri pemilik tanah di kawasan Kolam Mak Tagar, Paka. Selain Anita, yang mewakili suaminya, Abd Ghani Muda, 57, dari Kampung Limbong, empat lagi pemilik tanah yang didakwa pembangkang sebagai `JKKK yang merampas tanah mereka' turut tampil menunjukkan geran milik serta dokumen berkaitan pemilikan itu sambil menyifatkan pemimpin Pas sebagai berbohong. Manakala Pengerusi JKKK Kampung Limbong, Ibrahim Abdullah, 50, berkata dia memohon tanah mengikut prosedur biasa dengan melakukan pendaftaran di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka. ``Setahun kemudian kami dipanggil isi borang Jadual 1 dan selepas permohonan diluluskan kami mengisi Borang Jadual 5 sebelum membuat bayaran dan memperolehi geran hak milik. ``Saya rasa sedih, tanah pertama yang berjaya diperolehi selepas beberapa tahun memohon akhirnya dihalang oleh orang yang cuba menunjukkan kuasa untuk menggagalkan permohonan kami,'' katanya. Sementara Pengerusi JKKK Telaga Mas, Encik Ali Mohamamd, 59, berkata hasil pertemuan dengan pihak SRIDB untuk membincangkan kejadian itu menyebabkan pihak SRDIB mengambil kesempatan menggunakan salinan fotostat geran hak milik tanah penduduk sebagai bahan untuk diedarkan

kepada umum menyatakan lima JKKK itu pula yang menceroboh tanah mereka. ``Kita sangat dukacita kerana mereka mengambil kesempatan atas kejujuran kita. Pas memutarbelitkan kejadian. Kita bukannya merampas tanah mereka. ``Malah, mereka pula menuduh kita mahu merobohkan sekolah rendah itu. Walhal, pada hakikatnya kita hanya mempertahankan hak milik (tanah) kita di luar pagar kawasan sekolah,'' katanya. Menurutnya, Pas mencipta isu itu untuk menarik perhatian rakyat demi meraih sokongan terhadap mereka pada pilihan raya umum nanti. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Paka, YB Zakaria @ Ariffin Abdullah berkata, tanah berkenaan bukan hak milik pembangkang berikutan tanah yang menempatkan sekolah itu tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Dungun. Untuk rekod, SRIDB yang ditubuhkan pada 2001 atas tanah kerajaan dan berstatus haram. Tanah bangunan sekolah ini pernah diluluskan oleh Kerajaan Pas pada 2003 dalam bentuk permohonan pendudukan sementara (Tol).

Kerajaan negeri yang mengambil alih pentadbiran pada 2004 dan membahagikan tanah yang tidak melibatkan langsung kawasan SRIDB itu kepada lima penduduk termasuk JKKK yang didakwa oleh pembangkang sebagai merampas tanah SRIDB. Tanah yang dibahagikan itu berada di luar daripada kawasan SRIDB dan merupakan tanah hak milik peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kolam Permai yang diluluskan sejak 1997. Seterusnya pada 2001 Kerajaan Pas mengeluarkan 34 lot Tol kepada peserta RTB Kolam Permai dan hanya tujuh lot yang dikosongkan (lot yang didakwa pembangkang dirampas JKKK), disebabkan di atas lot ini terdapat pembinaan secara haram termasuk rumah yang dibangunkan penduduk Paka. Adun Paka bertindak memindahkan penduduk yang tinggal secara haram itu ke penempatan baru di Kampung Telaga Mas, Paka. Sementara itu, pada 2011, Adun Paka turut memohon pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan berhubung perkara itu bagi membolehkan kerajaan negeri memberi tanah kepada peserta yang layak di RTB Kolam Permai itu.

Pemilik menunjukkan surat asal pemilikan tanah membuktikan kezaliman Pas terhadap rakyat.

S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Tengku Fatimatuz Zahra berkenan berangkat ke majlis perasmian penutup permainan sukan rakyat di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut mengiringi, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB. Haji Khazan Che Mat dan Pegawai Daerah, Wan Nawawi Wan Ismail. Sempena keberangkatan Sultan Mizan, hampir 3,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit hadir.

Sultan Mizan rasmi Masjid Al-Mustaqim

S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Masjid Al-Mustaqim, Kampung Gemuroh sebelum Tuanku bersama kira-kira 1,000 penduduk setempat menunaikan solat Jumaat. Turut mengiringi Tuanku ialah Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh. Semasa bertitah, Tuanku menyeru seluruh rakyat supaya mengimarahkan masjid manakala jawatankuasa dan para pegawai institusi itu perlu mencari jalan terbaik agar masjid sentiasa didekati.

Tuanku juga mahukan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid memperluaskan peranan mereka dengan turun padang mendekati anak mukim. ''Tindakan ini secara tidak langsung dapat menerapkan kasih sayang dan nilai tambah yang cukup berkesan bagi menarik minat anak mukim ke masjid pada setiap masa dan bukan hanya pada hari Jumaat,'' titah Tuanku. Masjid Al-Mustaqim yang dibina semula dengan kos RM1.8 juta itu mampu memuatkan kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Pada majlis yang sama juga, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan tauliah kepada 32 imam dan jurunikah dari Daerah Kuala Terengganu.

`Tentera Semut Merah’ JR BN

J

entera Wanita Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional (BN) digesa menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir secara besar-besar dalam usaha membantu DUN itu bangkit menyokong kepimpinan BN dan bukannya berterusan dijajah pembangkang. Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata JR turun ke kawasan

masing-masing dan memperhebatkan lagi kempen di DUN yang kalah bagi membantu pemimpin sedia ada berjuang berhabis-habisan mempertahankan parti ini. Katanya, di setiap bahagian, BN mempunyai gerakan wanita atau `Tentera Semut Merah' yang mampu dan bersemangat menyerang semua DUN terutama di kawasan kubu kuat pem-

bangkang. ``Kalau ada saudara mara di DUN yang kalah, jangan malu dan segan untuk berkempan atau bersemuka dengan rakyat kerana sudah ternyata parti kita banyak kelebihan dan membantu penduduk. ``Pelbagai bantuan dan kebajikan kita sudah laksanakan, termasuk bantuan atap rumah, tabung kronik,

Jentera Wanita JR BN akan menggempur semua DUN terutama kawasan kuat pembangkang.

rumah bersubsidi serta banyak lagi,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permantapan Jentera Wanita JR, di Dewan Intan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu baru-bau ini. Dato' Haji Ahmad memberitahu, gelombang dan bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) sudah semakin dekat, JR di setiap kawasan perlu bersiap-sedia dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing.


14

BIL: 55, 15-29 Februari 2012

AM Generasi Muda Transformasi Terengganu Cemerlang

sana

B E L IsiniA Karnival Generasi Muda platform belia ekspresi diri - Rusli Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

G

olongan belia di seluruh negeri ini berpeluang mengekspresikan diri dan mengetengahkan kehendak serta bakat mereka menerusi Karnival Generasi Muda Terengganu Cemerlang 2012 yang akan bemula bulan depan. Karnival anjuran kerajaan negeri melalui Bahagian Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Remaja Terengganu dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu itu bakal menjelajah ke empat daerah bermula di Kemaman sebelum bergerak ke daerah lain. Program pertama di Kemaman dijangka pada 6 Mac di Taman Bandar Cukai; manakala keesokannya, 7 Mac di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak (Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus). Manakala pada 13 di Hulu Terengganu yang bakal diadakan di Padang Astaka, Kuala Berang, sementara lokasi terakhir, 14 Mac di Besut. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Encik Rusli Yusoff (gambar), berkata program bertujuan untuk

mendekati golongan belia setempat serta mahu mengekalkan hubungan stategik bersama pertubuhan-pertubuhan belia. ``Langkah ini juga diharapkan dapat dilaksanakan bersama belia setempat dengan tujuan memperkasakan belia seluruh Terengganu. ``Program dilaksanakan secara santai dengan memfokuskan kepada kecenderungan dan pilihan belia, sekaligus menyediakan ruang kepada mereka menonjolkan diri secara sihat dan positif,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, program akan bermula jam 10 pagi melibatkan aktiviti berbentuk sukan, selain pameran dan jualan, manakala pada sebelah malam pula akan

Remaja terima dana lagi

Wali Band dijemput memeriahkan Karnival Generasi Muda Terengganu Cemerlang 2012 awal Mac ini.

diadakan persembahan pentas. Antara karnival sukan seperti futsal, `Street Soccer 3 on 3', sepak raga, badminton, bola tampar, ping pong, acara basikal fixie dan permainan ekstrem yang lain. ``Pameran peluang kerjaya dan pendidikan, selain pendedahan daripada pelbagai agensi kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh belia,'' katanya. Selain itu, kumpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band turut dijemput untuk mengadakan konsert jelajah di empat daerah sempena program itu.

Program Jom Ke Masjid ajak belia dekati masjid Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

P

Generasi muda ketika menerima Dana Pendidikan. Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

A

nak jati Terengganu terutama golongan belia terus mendapat manfaat daripada kerajaan negeri yang sememangnya prihatin mengenai pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan, kemudahan dan pendidikan. Terbaru, kira-kira 85,000 belia di seluruh Tereng-

ganu dijangka menerima Dana Remaja pada awal Mac ini. Borang berkaitan itu mula diisi belia yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Daripada kira-kira RM17 juta yang diperuntukkan, setiap belia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan belum berkahwin layak menerima RM200. Tahun lalu, seramai 83,197 belia yang membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu. Ketua Pemuda Umno Terengganu, Encik Saiful Bahri Baharuddin, berkata pihaknya terharu kerana golongan belia di negeri ini terus mendapat perhatian dengan memberi Dana Remaja. Katanya, pelaksanaan program itu mampu membentuk generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih di mana sebelum ini kurang berminat untuk berbuat demikian. ``Kita harap remaja-remaja yang menerima dana ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,'' katanya.

ejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT) laksana Program Jom Ke Masjid (PJKM) dalam usaha mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dengan menyusun pelbagai aktiviti membabitkan golongan muda. Penolong Pegawai PADKT (Bahagian Pengurusan Masjid), Puan Fazila Ishak berkata, peruntukan RM50,000 akan diagih-agihkan kepada masjid terpilih dalam daerah bagi melaksanakan program berkenaan. ``Masyarakat setempat bebas merancang aktiviti mengikut kesesuaian penduduk yang diwakili,'' katanya kepada Teganukita ketika di temui, baru-baru ini. Katanya, pelbagai aktiviti boleh dirancang oleh jawatankuasa masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelaksanaan aktiviti dalam kawasan masjid. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan futsal, bola jaring untuk golongan belia, pertandingan azan, baca surah untuk pelajar berusia lapan tahun ke atas. ``Golongan suri rumah pula bergotong royong memasak nasi beserta lauk kemudian penduduk kampung beramai datang menjamu selera di masjid,'' katanya. Katanya, kemeriahan jelas terpancar dan jalinan kemesraan begitu ketara bila membabitkan semua lapisan masyarakat hadir memberi sokongan. ``Program yang julung kali diadakan ini berjaya memupuk semangat cintakan masjid di samping menimbulkan kesedaran masyarakat bahawa masjid juga boleh diimarahkan dengan pelbagai aktiviti di samping solat lima waktu,'' katanya.


15

BIL: 55, 15-29 Februari 2012

Generasi Muda Transformasi Terengganu Cemerlang

``G

olongan belia di negeri ini marilah sama-sama mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana hanya BN yang mampu membela nasib mereka''.

YB Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.

Pemuda Umno daftar 90,000 belia sebagai pengundi

AM MB tidak berganjak, - Pas 'Parti Ajaran Sesat' M

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said tetap dengan pendirian dan tidak mahu berganjak dengan kenyataan beliau yang mengatakan Pas sebagai `parti ajaran sesat'. Beliau juga bersedia untuk disaman oleh pembangkang berhubung kenyataan itu dan mempersoalkan pula di mahkamah mana Pas bakal membawa kes berkenaan, sama ada mahkamah sivil atau syariah. ``Ikut pandai dialah, kita tunggulah. Tarik balik (kenyataan) buat apa? Dia nak saman mahkamah syariah ke mahkamah sivil, ikut pandailah. ``Kalau nak saman, samanlah. Kita tunggulah... Apa yang hendak disusahkan. Apa yang dia tidak kata, Umno (BN) kafirlah macam-macam. Kita tidak pernah saman pun...Ini soal politik, kita buat cara politik kita tunggulah. Dia nak saman mahkamah mana? Syariah atau sivil? Kalau mahkamah sivil rasanya payah perbicaraan ini..kena keluar dalil al-Quran semua sekali,'' katanya sebagai mengulas pendirian beliau mengenai desakan Pas supaya beliau menarik semula kenyataanya selepas melabelkan Pas sebagai `parti ajaran sesat'. Menteri Besar mengulas demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Sebelum itu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Dato' Seri Haji Ahmad agar menarik balik kenyataan mengenai perkara itu. Menteri Besar juga bersedia dengan hujah serta bukti sekiranya isu itu di bawa ke mahkamah kelak.

RM32j baiki rumah, tukar atap bocor K Hampir 90,000 di kalangan belia di seluruh Terengganu sudah mendaftar sebagai pengundi.

P

ergerakan Pemuda Umno Terengganu berjaya mendaftar hampir 90,000 pengundi baru di kalangan belia di seluruh negeri ini. Ketua pergerakan itu, Encik Saiful Bahari Dato' Baharuddin, berkata jumlah pendaftaran itu yang dikemaskini akhir tahun lalu itu, merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan pihaknya. Beliau berkata, perkembangan positif seumpama itu seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Barisan Nasional mampu menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). ``Kita yakin Umno dan BN mampu mempertahankan negeri Terengganu daripada jatuh ke tangan pembangkang kerana rakyat mula mempercayai apa yang kita dilaksanakan. ``Semua jentera parti di 32 Dewan Undangan Negeri sudah lama menyusun gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat,'' katanya ketika dihubungi Teganukita. Encik Saiful Bahari berkata, Pemuda Umno kini sedang giat menggempur di seluruh kawasan bagi mengesan setiap masalah rakyat, selain menyakinkan mereka bahawa Umno dan BN adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.

``Kita atur gerak kerja mengikut peti undi. Dengan bantuan Ketua-ketua Bahagian setiap kawasan, kita berjumpa dengan rakyat hingga ke akar umbi. Kita mahu mendengar keluhan mereka dan cuba menghulurkan bantuan apa yang termampu. ``Selain itu, kita juga sentiasa mengutamakan daftar pengundi bagi memastikan bilangan pengundi baru pro-BN sentiasa bertambah dan ianya sudah pasti membantu kita untuk kekal mentadbir Terengganu,'' ujarnya. Katanya, pembangkang sering menabur fitnah terhadap Umno dan ini membuatkan rakyat keliru. Tugas kita adalah menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenar. ``Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. Selepas itu, nasib rakyat tidak akan dibela. Sejak BN mentadbir negeri Terengganu, dapat dilihat hidup rakyat semakin selesa. ``Selaku sayap, kita akan membantu sebaik mungkin untuk memastikan Umno dan BN sentiasa menjadi pilihan rakyat. Walau apa pun yang pembangkang fitnah, kita akan terus menyakinkan rakyat Terengganu bahawa kita adalah yang terbaik,'' katanya.

erajaan negeri memperuntukkan RM32 juta tahun ini bagi membantu rakyat miskin di Terengganu, termasuk membaik pulih kediaman dan masalah atap bocor. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, rumah kediaman rakyat miskin akan diperbaiki, termasuk menggantikan atap yang rosak agar kehidupan mereka lebih selesa. Menurutnya, jumlah peruntukan itu diagihkan kepada kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN menerima RM1 juta. ``Tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk tujuan yang sama dan untuk tahun ini kita tambah lagi RM500,000 menjadikan RM1 juta bagi setiap DUN. ``Kami percaya menerusi bantuan yang diperkenalkan dua tahun lalu tiada lagi masalah rumah rosak dan atap bocor yang dihadapi oleh rakyat dalam tempoh lima tahun lagi,'' katanya. Beliau berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Setiu di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, baru-baru ini. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri juga menyediakan RM1.5 juta bagi dua DUN iaitu Langkap dan Permaisuri untuk membina jalan baru serta membaik pulih jalan raya yang rosak di kawasan itu. Kata beliau, pihaknya akan membelanjakan kirakira RM6 juta untuk membina sebuah pasar baharu dua tingkat di pekan Seri Langkap. ``Di samping itu kita juga peruntukkan RM2 juta untuk pembinaan sistem pengaliran dan RM200,000 bagi menaik taraf jalan di Kampung Rhu Sepuluh yang dilanda hakisan pantai baru-baru ini,'' ujarnya.


ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 55, 15-29 FEBRUARI 2012

P

enduduk Hulu Terengganu bakal menerima sebuah kompleks sukan mini bernilai RM1.5 juta yang akan dibangunkan di kawasan berkeluasan 10 hektar di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, tidak lama lagi. Sehingga kini, kerajaan negeri akan mengeluarkan tender bagi memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan segera sebelum tender bangunan dikeluarkan dalam tempoh setahun kemudian. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said,

`Orang hulu` dapat kompleks sukan mini

berkata selepas kerja meratakan tapak dan memastikan tapak selamat dalam tempoh masa setahun , pihaknya akan mengeluarkan tender bagi mendirikan bangunan kompleks sukan mini itu. ``Kalau tidak selamat dan berlaku penurunan tanah, berlaku bangunan retak pula. Kita sudah ada peruntukan RM1.5 juta dan boleh lakukan kerja tanah dengan segera. ``Saya minta supaya cari reka bentuk stadium yang baru, sebagaimana Kema

man dan Besut reka bentuknya yang asal dan sudah ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi dengan masa kini,'' katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

1.5 juta

LTdL 2012: TSG buru kemenangan peringkat Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

T

erengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) menyusun perancangan teliti untuk memastikan pelumba yang bakal membawa cabaran pasukan itu pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bersedia memenuhi sasaran kemenangan peringkat dan memperbaiki kedudukan keseluruhan pada edisi lalu. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Encik Mohd Sophian Abu Bakar berkata, pasukannya memberi tumpuan terhadap kecergasan pelumba sebelum menyusun perancangan terakhir menjelang perlumbaan yang masuk edisi ke-17 bermula 22 Februari hingga 4 Mac depan. ``Apa yang penting ketika ini adalah memastikan tahap kecergasan pelumba berada di tahap yang baik supaya dapat dipertingkatkan lagi menjelang bermulanya LTdL,'' katanya di majlis pelancaran TSG oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tambah Encik Mohd. Sophian, keyakinan sasaran itu berdasarkan pencapaian TSG yang mencipta nama pada tahun lalu dengan menduduki tangga ke-4 daripada 70 pasukan dalam Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) Asia Tour. Pada perlumbaan LTdL edisi ke-16 tahun lalu kata beliau, TSG berada kedudukan tangga ke-8 keseluruhan daripada 23 pasukan bertanding, manakala kedudukan ke-5 kategori Asia mengatasi pasukan negara. ``TSG telah menyambung kontrak lapan pelumba tempatan, mengambil dua pelumba baru dan mendapatkan khidmat tiga pelumba luar negara iaitu dua dari Korea dan satu dari Jepun serta kepakaran jurulatih dari Perancis, Sebastian Duclos,'' ujarnya. 13 pelumba yang menggalas cabaran di LTdL ialah Mohamed Harrif Salleh, 23, selaku ketua pasukan; abangnya, Mohamed Zamri Salleh, 28; Faiz Syarifuddin Abd Kadir, 22; Muhammad Shobry Abdullah, 21; Anwar Aziz Muhd Shaiful, 25; Mohd Shahrul Mat Amin, 22 dan Mohamad Saufi Mat Senan, 21. Selain itu, Nur Amirul Fakruddin Marzuki, 20; Mohd Nor Umardi Rosdi, 25; Yusrizal Yusof, 21; Shinichi Fukushima, 40 (Jepun); Jang Chan Jae, 23 (Korea) dan Kim Do Hyeong, 25 (Korea). Pada majlis itu, TSG yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’

Mazlan menerima tajaan daripada Eastern Pacific Industrial Corporation Ber

had (EPIC) sebanyak RM400,000, Kolej Universiti Tati (RM50,000) dan Shimano (RM120,000).

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Pasukan TSG mula berani membuat sasaran kemenangan peringkat dalam kejohanan LTdL.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.