teganukita 53

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 53, 15-31 JANUARI 2012

B

ukan itu saja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok.

Tasik Kenyir zon memancing bertaraf dunia - ms 3

- ms 10

Kilang silika di Setiu Kerajaan Terengganu terima dana khas RM200j- ms 2

Projek pembangunan lembah silika pertama dunia di Terengganu Pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu, mulai April ini dan bakal beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Selain membuka laluan pelaburan ECER, projek itu mampu membuka sehingga 600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir. > Berita penuh ms 5

Kelas bimbingan saudara kita dalam bahasa asing - ms 13

“A

pabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset.�

- ms 15

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

E

mpat sekawan dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT), gembira menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) RM200 setiap pelajar yang diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


2

BIL: 53,

AM

TERKINI CEPAT TEPAT

Jangan `main api’ dengan isu murtad M

enteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said memberi amaran kepada mereka yang cuba ‘bermain api’ dalam usaha memurtadkan orang Melayu, termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini. Beliau mengingatkan pihak terbabit upaya menghormati umat Islam dengan menghentikan perbuatan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan dikhuatiri akan turut mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Dato’Seri Haji Ahmad menyifatkan gerakan tersebut sebagai serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). ``Saya harap perkara ini diberi perhatian serius oleh JHEAT dan mengemukakan laporan kepada kerajaan. Kita juga minta kerjasama masyarakat Islam yang tahu mengenainya agar memaklumkan kepada pihak berwajib. ``Kita kena hormati orang Islam kerana ini negara Islam. Perkara ini adalah isu yang sensitif. Ini soal yang serius. Jangan cuba bermain api,”ujarnya. Beliau mengulas pendedahan JHEAT bahawa wujud pihak tertentu yang kini bergerak aktif dalam misi memurtadkan orang Melayu di negeri ini termasuk OKU. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd. Rozali Saleh ketika mendedahkan perkara itu berkata, gerakan itu turut menyusup ke hospital-hospital untuk memperdaya para pesakit yang ‘sebatang kara’selain mat-mat rempit dan golongan tidak berkemampuan. Mohd. Rozali turut meluahkan kebimbangannya dengan gejala itu dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi membendungnya daripada menjadi bertambah serius. Dato’Seri Haji Ahmad bagaimanapun menjelaskan, pihaknya masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara itu. Jelasnya, berbeza dengan pendakwah Islam yang berdakwah secara menyampaikan ceramah, gerakan terbabit lebih licik dengan menabur bantuan bagi keperluan mereka yang terdesak.

15-31 Januari 2012

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Wajah baru akhbar rasmi kerajaan negeri, Teganukita terus mendapat sambutan ramai sebagai wadah bacaan yang memuatkan berita semasa dari setiap pelusuk daerah di Terengganu bertemakan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Teganukita yang diterbitkan dua kali sebulan itu boleh didapati di pejabat Unit Komunikasi Negeri, Jalan Pejabat dan tempat-tempat terpilih berhampiran anda.

Kerajaan Terengganu terima dana khas RM200 juta Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

K

erajaan negeri menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Penyerahan itu disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Dato’Seri Haji Seri Ahmad Said di tingkat 16, pejabat Menteri Besar. Majlis penyarahan cek tersebut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah. Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’Haji Abdul Razak Ismail dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. Dato’Seri Haji Ahmad Said memberitahu bahawa Kerajaan Pusat bersetuju membayar balik Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu sebanyak RM1.7 billion termasuk RM770.344 juta yang digunakan Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk perlaksanaan projek itu di

Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz menyampaikan cek bayaran balik Dana Khas Persekutuan kepada Dato’ Seri Haji Ahmad di Kuala Terengganu.

negeri lain dan Terengganu. Katanya, jumlah itu sebahagian daripada RM2.1 billion yang dituntut kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan bagi wang royalti itu. ``Kerajaan negeri juga sedang berbincang untuk menyelesaikan beberapa isu bagi memuktamadkan baki RM400 juta lagi daripada jumlah sebenar RM2.1 billion seperti yang dituntut. ``Setakat ini, Kerajaan Pusat bersetuju membayar RM770.334 juta wang Dana Khas royalti Petroleum yang digunakan SPNB,” katanya. Menurutnya, pada masa sama, Kerajaan Pusat bersetuju membayar sebanyak RM1.7 billion dan RM400 juta lagi masih peringkat pertimbangan. ``Kerajaan negeri sudah berunding dan bersetuju bayaran itu dibuat secara berperingkatperingkat daripada jumalah RM1.7 billion itu sebanyak RM200 juta setahun. ``Kita juga menerima berita baik bahawa bayaran pertama RM200 juta sudah diterima dan dimasukkan ke dalam bank,” katanya.

TATiUC, PETMAL latih belia Nigeria S eiring matlamatnya menjadi universiti kemahiran menjelang 2015, kepakaran Kolej Universiti TATI (TATiUC) diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila diberi kepercayaan untuk melatih belia dari Nigeria dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Kepercayaan itu terjalin melalui kerjasama di antara PETMAL Oil Sdn. Bhd. dengan TATiUC dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pada majlis itu, PETMAL diwakili Pengerusinya, Dato’Paduka Long Mohd. Noor Affendi Long Ibrahim manakala TATiUC diwakili Rektornya, Dr. Mohd. Rozailan Mamat@Ibrahim dan UniMAP oleh Naib Canselornya, Brigedier Jeneral Dato’Prof. Dr. Kamarudin Hussin sambil disaksikan Menteri Besar,

Belia Nigeria yang dilatih dalam bidang kejuruteraan berkenalan dengan Menteri Besar Terengganu. Dato’Seri Haji Ahmad Said. Sementara itu, Dato’Seri Haji Ahmad berkata, pada peringkat awal seramai 50 belia Nigeria mengikuti kursus Teknologi Kimpalan Arca di TATiUC yang akan mengambil masa selama enam bulan.

Katanya, sepanjang kursus tersebut diadakan, PETMAL dipertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan pelajar dan aspek kewangan mereka. ``PETMAL merupakan syarikat yang dilantik kerajaan Nigeria me-

lalui satu badan yang diberi nama Program Perkembangan Belia untuk menguruskan latihan belia-belia Nigeria di negara ini. ``Segala perbelanjaan pelajarpelajar ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Nigeria,”katanya. Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, tahun depan jumlah pelajar yang bakal mengikuti kursus di TATiUC dan UniMAP akan bertambah selain penambahan dalam kursus yang ditawarkan. Jelasnya, seramai 500 orang lagi belia Nigeria akan dihantar di dua buah institusi pendidikan itu tahun depan untuk mengikuti pelbagai latihan kemahiran seperti bidang Pendawaian Elektrik, Pemesinan, Automotif dan juga Teknologi Kimpalan Arca. ``Dengan kemudahan pembelajaran yang selesa dan bertaraf dunia dalam bidang kejuruteraan di kolej ini, saya yakin pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi melalui penyertaan dalam kursus yang diadakan ini,”ujarnya.


BIL: 53,

15-31 Januari 2012

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

M

enerusi konsep 1Kampung 1Koperasi, K e r a j a a n Terenggan u menyasarkan untuk menubuhkan koperasi di semua 491 masjid di Terengganu dalam tempoh lima tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’Mohamed Awang Tera (gambar kecil), berkata dianggarkan 100 buah masjid di negeri ini akan menubuhkan koperasi masing-masing setiap tahun. ``Setiap masjid yang menubuhkan koperasi, kerajaan akan bagi

AM

Sasar 100 koperasi masjid setahun geran sebagai bantuan sebanyak RM10,000. Dengan bantuan itu koperasi berkenaan bolehlah bergerak untuk buat bayaran pengurusan, beli peralatan, pejabat dan sebagainya. ``Malah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk dijadikan modal jika terdapat projek berpotensi hendak dijalankan,”katanya. Beliau berkata demikian pada bengkel penubuhan Koperasi Khairiah Masjid Daerah Kuala Terengganu

baru-baru ini yang melibatkan 150 ahli jawatankausa masjid daerah itu. Dato’Mohamed berkata, kerajaan melihat masjid merupakan institusi yang berpotensi untuk mewujudkan koperasi bagi meningkatkan ekonomi di setiap kariah. Katanya, dengan adanya koperasi di setiap masjid, ia boleh menyediakan keperluan untuk ahli kariah dan modal untuk menggerakkan koperasi datangnya dari sumbangan ahli.

``SKM sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk dijadikan modal jika terdapat projek berpotensi hendak dijalankan.’’

Tasik Kenyir zon memancing bertaraf dunia K erajaan negeri optimis untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon pancing bertaraf dunia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelbagai spesies ikan giat dilaksanakan di tasik pelancongan itu. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata selain merezabkan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih ikan yang diancam kepupusan. Menurutnya, spesies ikan air tawar yang diancam kepupusan seperti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). ``Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbangkit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang di tasik ini. ``Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kita harapkan tiada lagi pengunjung yang mengeluh kerana semakin sukar untuk memperoleh hasil tangkapan di tasik ini yang

P

Lebih 10,000 benih ikan siakap putih dilepaskan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. suatu ketika dahulu dianggap sebagai syurga kaki pancing,”katanya selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’Mohd. Johari Baharom, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah dan Pengerusi

LKIM, Dato’Mohd. Jidin Shafie. Pada majlis itu, lebih 10,000 benih ikan siakap putih dilepaskan dengan melibatkan kos keseluruhan RM100,000. Sementara itu, Dato’Seri Haji Ahmad memberitahu, spesis siakap putih yang mampu membesar sehingga 23 kilogram seekor itu mampu mengembalikan Tasik Ke-

nyir sebagai yang menjadi buruan kaki pancing serata dunia termasuk China, Korea, Indonesia dan Singapura. ``Sehingga kini terdapat 38 spesies ikan di Tasik Kenyir dan apa yang penting spesies itu bukan sekadar boleh dipancing malah boleh dilihat dan sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan penyelidikan,”ujarnya.

Derita Iman Adam dapat perhatian P

PMINT mahu kekal penarafan empat bintang

enderitaan Iman Adam Raman, 9, yang koma sejak tujuh bulan lalu akibat menjadi mangsa langgar lari penunggang motosikal dipercayai Mat Rempit mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said yang turut melawat mangsa di rumahnya, di Kampung Kebor Manir, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam kunjungan itu, Dato’Seri Haji Ahmad, bersetuju meluluskan sumbangan sebanyak RM1,500 sebulan, termasuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada ibu mangsa, Nik Ainy Mohd, 51, berjumlah RM200. Bantuan itu nyata meringankan beban keluarga mangsa yang terpaksa membelanjakan hampir RM2,000 sebulan bagi membeli pelbagai barangan keperluan seperti lampin pakai buang, ubatan dan susu khas.

Menteri Besar Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya cukup terharu dengan penderitaan mangsa yang terpaksa terlantar dan tidak mampu bercakap. ``Saya dukacita dengan sikap individu yang melanggar Iman Adam kerana nyata tidak bertanggungjawab selain tiada perasaan belas kasihan,”katanya Mangsa, Iman Adam hanya mampu membuka mata, tetapi tidak boleh melihat selain lumpuh kerana otaknya tidak berfungsi berikutan koma tahap dua akibat kemalangan itu ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, pada 2 Mei lalu. Iman kadang kala memberi sedikit rangsangan dengan menggerakkan kepala apabila disentuh.

Iman Adam masih koma selepas menjadi mangsa langgar lari ditemani ibunya, Nik Ainy di rumahnya di Kampung Kebor, Manir.

erbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berhasrat mengekalkan kejayaan yang diraih sepanjang tahun ini termasuk penarafan tertinggi empat bintang bagi Pengurusan Kewangan PMINT dalam Laporan Audit Negara 2010. Selain itu, PMINT turut meraih Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2001 dan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S 2011 buat tahun kedua berturut-turut. Pengurus Besar PMINT, Dato’ Osman Muda berkata, pihaknya tidak mahu mendabik dada dan alpa dengan pencapaian yang diraih sepanjang tahun ini. Sebaliknya, beliau mahu semua kakitangan mengekalkan kejayaan dan pengiktirafan itu pada masa akan datang supaya perbadanan itu dipandang tinggi serta memiliki pengurusan yang baik dan cemerlang. Katanya, bagi mengekalkan kejayaan itu, semua pihak terutama pegawai dan kakitangan PMINT harus mempunyai sikap terbuka, meningkatkan ilmu dalam diri dari semasa ke semasa. ``Malah, kita juga perlu menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi dan bersedia serta sanggup melakukan transformasi mengikut perkembangan semasa,” katanya ketika Majlis Makan malam MPINT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

3


4

BIL: 53,

AM

15-31 Januari 2012

IQ Terengganu dinaiktaraf kepada Kolej Universiti 2015

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Dato’ Haji Mazlan berbual dengan warga IQ selepas majlis Bual Bicara, baru-baru ini.

I

nstitut al-Quran Terengganu (IQ) bakal dinaik-taraf menjadi sebuah kolej atau kolej universiti menjelang 2015 bagi mengukuhkan peranannya sebagai institusi yang melahirkan ramai tokoh agama dan golongan quranik. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’M a z la n Nga h , berkata ia bagi melahirkan lebih ramai generasi berjiwa al-Quran pada masa depan. ``Kertas kerja mengenainya sedang disiapkan sebelum dipanjangkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan kelulusan. ``Kita harap ia akan meletakkan IQ sebagai sebuah

institusi pendidikan yang terulung,”katanya baru-baru ini. Turut hadir Pengarah IQ, Dr. Ahmad Bazli Shafie. Tambahnya, dalam usaha ke arah itu, pelan perancangan telah diatur termasuk peningkatan prasarananya bagi memberi keselesaan pembelajaran. ``Untuk itu, kita dalam proses membina penempatan tambahan untuk pelajar-pelajar yang bakal memuatkan 500 pelajar. ``Ini merupakan langkah awal untuk memenuhi permohonan kemasukan yang semakin meningkat setiap tahun,”katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah IQ. Katanya, hanya seramai

56 pelajar berjaya memasuki institut berkenaan yang kini menampung 246 orang bagi mengikuti Pengajian Diploma Tahfiz wal Qiraat, Pengajian Persijilan Tahfiz wal Qiraat dan Pengajian Kuliah alFurqan. Jelasnya, selaras dengan hasrat itu juga, IQ bakal menawarkan tiga kursus diploma iaitu Pengajian Quran dan Qiraat, Pengajian Quran dan Hadis serta Pengajian Quran dan Bahasa al-Quran tidak lama lagi. Katanya, IQ yang diasaskan pada tahun 1984 telah membimbing 1,000 pelajar yang memberi sumbangan kepada peningkatan syiar Islam di seluruh negara.

Dua beradik, Muhammad Danial dan Nurul Diana gembira melihat keputusan 9A PMR.

Pelajar autisme cipta rekod 9A PMR Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

B

ran yang diambilnya turut berkongsi kejayaan dengan adiknya, Nurul Diana, 15, yang meraih kejayaan serupa. Dia pernah menerima anugerah Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu adalah satu-satunya pelajar pendidikan khas yang menduduki PMR di SMKA Sheikh Abdul Malek, pada Oktober lalu. Muhammad Danial merupakan antara 23,157 calon PMR di seluruh Terengganu dan daripada jumlah itu, 91 calon adalah pelajar Pendidikan Khas terdiri daripada enam calon masalah penglihatan, pendengaran (10), pembelajaran (75) dan kurang upaya fizikal (9). ``Saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Saya menasihati rakan-rakan yang senasib dengan saya supaya tidak menjadikan kecacatan dan kekurangan sebagai halangan untuk belajar bersung-

Kontinjen Terengganu gembira bersama hadiah dan piala kemenangan Pertandingan Pendidikan Lalulintas Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011, baru-baru ini.

iarpun membesar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu mencatat rekod apabila muncul calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mengalami autisme pertama di negara ini memperolehi 9 A dalam keputusan peperiksaan itu, baru-baru ini. Anak sulung pasangan Encik Zainuddin Muhamad dengan Puan Rozina Mohd Ikram dari Taman Setia Durian Burung, Kuala Terengganu mula dikesan mengalami penyakit itu ketika usianya dua tahun apabila sukar berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran selain bersifat hiperaktif. Pelajar cemerlang berkenaan, Muhammad Danial Zainuddin, 16, mendapat A dalam semua mata pelaja-

K

TAHUKAH ANDA...

Terengganu juara lalu lintas Kebangsaan

ontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalulintas Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketua Kontinjen, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri) Encik Nasran Abd. Halim berkata, kontinjen negeri diumum sebagai juara bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. ``Jawatankuasa pertandingan membuat keputusan

berkenaan berdasarkan pungutan mata dalam tiga kategori dipertandingkan adalah sama,”katanya kepada Teganukita.

Katanya, Tereng ga nu mendapat tempat kedua kategori sekolah rendah dan keempat kategori sekolah menengah dalam tiga kategori iaitu pemandu kereta, penjalan kaki dan penunggang basikal. Tambahnya, negeri membawa pulang sebuah piala (juara keseluruhan) dan wang tunai RM2,000 beser-

ta hadiah iringan (naib juara). Menurut Encik Nasran, kontinjen negeri diwakili 34 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemaman (17 pelajar) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Payoh, Kemaman (17 pelajar). ``Sekolah rendah dan menengah ini merupakan juara keseluruhan dalam Pertandingan Pendidikan Lalulintas SHELL/MJKR/JPNT Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Litar Lalulintas, Taman Bandar Chukai, Kemaman Mei lalu,”katanya.

Perhilitan telah menyerahkan 13 ekor singa, dua tapir dan dua pasang ungka untuk dibela di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, di Bukit Takal, baru-baru ini. Majlis penyerahan binatang berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

guh-sungguh serta memperolehi semua A,”katanya. Dia yang berhasrat menjadi pensyarah suatu masa nanti pernah mencipta sejarah apabila berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu walaupun mengalami kekurangan. Muhammad Danial yang gemar bermain catur dan badminton memperoleh 9A ketika peperiksaan percubaan PMR, sentiasa memberi tumpuan penuh ketika di kelas dan meluangkan masa satu hingga dua jam bagi mengulangkaji pelajaran bersama adiknya, Nurul Diana apabila berada di rumah. Sementara Puan Rozina yang sanggup melepaskan jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat korporat demi memberi tumpuan kepada anak sulungnya itu menganggap kejayaan yang diraih mereka terutama Muhammad Danial tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.


BIL: 53,

Projek pembangunan lembah silika pertama dunia di Setiu Oleh: Esah Abdullah dan Fauzi Mohd am_ukom@gmail.com

L

embaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) memeterai perjanjian persefahaman untuk membangunkan lembah silika di Setiu, yang merupakan projek pertama di dunia. Menteri Besar, Dato` Seri Haji Ahmad Said berkata, pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu, mulai April ini dan bakal beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan. Kerjasama mewujudkan Konsortium Silika Terengganu itu melibatkan pengeluaran pasir silika di kawasan seluas 1,200 hektar di Setiu dan Marang dengan jangkaan keluaran kasar 800,000 tan setahun. ``Konsortium itu turut melibatkan kepakaran dan teknologi pemprosesan syarikat tempatan dan antarabangsa dari Jepun, India dan Perancis untuk mewujudkan industri silika di Terengganu. ``Selain membuka laluan pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), projek itu mampu membuka sehingga 600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir,”katanya selepas menyaksikan perjanjian berkenaan di Hotel Primula, baru-baru ini. Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu diwakili Pegawai Kewangan

EKONOMI PFK perkasa ekonomi, galak penyertaan usahawan K

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Dato’ Seri Ahmad dan Dato’ Seri Tengku Baharuddin menyaksikan pertukaran MoU antara kerajaan negeri dan TIM. Kerajaan negeri, Dato` Haji Abdul Razak Ismail manakala Ketua Pegawai Eksekutif TIM, N. Surendren mewakili syarikat berkenaan. Turut menyaksikan, Pengerusi Kumpulan TIM, Tengku Sri Temenggong Raja, Dato` Seri Tengku Baharuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato` Haji Mazlan Ngah. Dato` Seri Ahmad berkata, dua kawasan deposit silika yang dikenalpasti mampu bertahan sehingga 75 tahun itu akan melalui kajian kebolehlaksanaan secara teliti dan sistematik mengikut piawaian antarabangsa.

TDMP terima tauliah akreditasi amalan pertanian terbaik T

DM Plantation Sdn Bhd (TDMP) menerima pentauliahan akreditasi `Code of Good Agricultural Practice for Oil Palm Estates and Sma llholdi ngs’da r ipada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB). Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Haji Ab Halim Yusof, berkata akreditasi yang sah selama tiga tahun itu adalah satu kejayaaan bagi syarikat dalam usaha penambahbaikan berterusan dalam kerjakerja pengeluarannya. ``Pentauliahan ini bermakna mutu dan pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) mesti diperoleh daripada buah kelapa sawit yang baik dan selamat untuk diambil oleh pengguna. ```Akreditasi ini juga satu langkah awal yang diambil oleh TDMP bagi pematuhan` The Technical Barriers to Trade’yang dibuat oleh The World Trade Order (WTO) 1994 yang mengkehendaki beberapa piawaian tertentu dalam pembangunan ladang mengikuti amalan pengurusan yang baik,”katanya di majlis penyampaian sijil penghargaan sempena pen-

15-31 Januari 2012

Dato’ Roslan Awang Chik (kiri) menyampaikan sijil akreditasi kepada Dato’ Mohd Jidin. tauliahan itu, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Di majlis itu, Pengerusi TDM Berhad, Dato’Roslan Awang Chik menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi TDMP, Dato’Mohd Jidin Shafee. Katanya, pengekalan mutu dan pengeluaran CPO sudah menjadi amalan operasi dan pengurusan di semua ladang kelapa sawit milik TDMP bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan daripada minyak

kelapa sawit yang dikeluarkan syarikat itu selamat serta dapat memulihara alam sekitar. Selain itu, Dato’Mohd Jidin turut menyampaikan sijil latihan dan surat tawaran mengikuti Program Latihan Pegawai Luar kepada 20 pelatih terpilih. Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada seorang kakitangan Ladang Fikri, Abd Aziz Abd Salam berikutan anaknya, Muhd Fakhrul, 16 yang mengidap kanser usus.

Katanya, penggunaan teknologi tinggi dan kepakaran luar negara akan menjamin keluaran gred dan mutu silika yang paling tinggi untuk kegunaan industri khas seperti pembuatan kaca panel solar, TV LED, LCD dan komponen elektronik yang lain. ``Pihak konsortium akan memperkenalkan industri kraftangan kristal yang lengkap dengan studio, galeri, muzium serta bengkel latihan yang berpusat di Taman Tamadun Islam (TTI) yang dikenali sebagai Taman Kristal Terengganu,”katanya.

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

M

engusahakan dua perniagaan berlainan secara serentak, tidak menimbulkan masalah buat pemiliknya, Wan Hasnah Wan Endut berikutan mempunyai minat mendalam dan pengalaman luas berkaitan kedua-dua bidang yang diceburi itu. Wan Hasnah berkata, dia yakin sekiranya seseorang itu mempunyai minat, tekun berusaha, jujur dan bertanggungjawab dalam perniagaan, pasti berjaya walaupun terpaksa mengurus banyak syarikat dalam tempoh masa yang sama. Sebelum `terjun’secara serius dalam bidang itu, beliau menimba pengalaman bekerja sebagai Pengurus Domestik Majlis Amanah Mara (Mara) di Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Terengganu selama empat tahun. Katanya, disebabkan mahu memenuhi minat dan ingin mewarisi perniagaan keluarga, dia nekad membuka Kedai Emas & Permata Wan Hasnah Wan Endut di Pasar Besar Kedai Payang sekitar 1992. ``Beberapa bulan kemu-

erajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu melaksanakan pelbagai program dan projek keusahawanan termasuk Program Flagship Keusahawanan (PFK) bagi memperkasakan ekonomi dan mengalakkan pembabitan rakyat negeri ini dalam bidang keusahawanan. Program PFK termasuk merancang dan menambah pembukaan T’Shoppe, T’Kafe, T’Crafts dan T’Lodge yang dijangka mampu memberi pulangan berkesan kepada pencapaian objektif pelaksanaan program T-Brand. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha dan pencapaian itu amat memberangsangkan dan terkehadapan berbanding negeri lain di negara ini serta melahirkan golongan usahawan yang berwibawa dan berdaya maju. Katanya, program PFK itu juga selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Terengganu Maju 2020 dengan memperkenalkan empat tonggak, iaitu Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Hala Tuju Negeri Terengganu.

Wan Hasnah dominasi dua bisnes dian, Saralisa Butik di Gong Kapas, Kuala Terengganu turut dibuka. ``Saya sentiasa bertawakal, nekad berusaha dan cekal hati mengurus dua perniagaan itu secara serentak walaupun pada awalnya berasa agak raguragu kerana terpaksa mengagihkan banyak masa dan tenaga,”katanya yang berkelulusan Diploma Hotel dan Katering dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Apa yang diusahakan Wan Hasnah selama 20 tahun itu cukup berbaloi kerana songket, sutera dan batik mendapat sambutan membanggakan.

Puluhan pelanggan dari London, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura akan menghubungi beliau setiap kali ingin mendapatkan produk yang terkenal di Malaysia, khususnya di Terengganu itu. Wan Hasnah berkata, dia mempunyai kaedah tersendiri untuk mempromosi pelbagai produk miliknya termasuk menyertai ekspo anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di serata negeri dan negara. Dia bangga dan bersyukur kerana apa yang dilaksanakan itu turut mendapat kepercayaan kerabat Diraja dan golongan kehormat.

5


6

BIL: 53,

15-31 Januari 2012

RENCANA

Catatan Pengarang

Gendang pilihan raya sudah kedengaran

G

endang Pilihan Raya Umum (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan gemanya sudah dapat dirasai ketika ini. Sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang sudah membuat pelbagai persiapan bagi menghadapi PRU-13 itu. Bagi rakyat Terengganu, keselesaan di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang, jauh dirasakan perbezaannya sewaktu pembangkang berkuasa selama 4 tahun yang lalu. Perit dan pedih berada di bawah regim yang hanya pandai bersyarah, tetapi gagal mengurus tadbir negeri. Pelbagai kezaliman dan perbuatan ``membalas dendam`` hinggakan kanak-kanak tadika yang tidak bersalah pun dijadikan mangsa serta orang-orang tua yang sepatutnya menerima bantuan dinafikan hak mereka dipotong dari senarai atas dasar ``bukan orang

kita”. Malah wang zakat pun dirembat oleh anak-anak Exco Kerajaan yang memerintah ketika itu dan banyak lagi himpunan kezaliman pemerintahan regim yang menjanjikan kebajikan, tetapi sebenarnya kezaliman. Masih tidak lupa itu semua. Apa yang penting ialah pendokong parti pemerintah sekarang hendaklah terus teguh berpadu. Perdana Menteri, Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua ahli Barisan Nasional, (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti sebaliknya kesepakatan dan perpaduan dalam parti itu sangat penting bagi memastikan kemenangan besar terus berpihak kepada BN. Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata musim sudah sampai (pilihan raya), gendang pilihan-

ANALISIS

Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

Kecemerlangan sukan: Prof Khoo Kay Kim saran contohi Terengganu T

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

erengganu di bawah kepemimpinan Dato’Seri Haji Ahmad Said sudah tidak syak lagi amat berjaya di bidang sukan sehingga dikatakan sebagai `kuasa baru sukan` di negara ini. Malah bukan sahaja di peringkat negara, kini sudah melampaui batasan hingga ke peringkat antarabangsa. Sebelum ini dua pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa antara dua anak Terengganu yang terawal menempah tiket ke Sukan Olimpik London. Diikuti dua lagi pelumba basikal dijangka turut ke temasya sukan terbesar dunia itu tidak lama lagi. Dua pelumba berkenaan yang juga merupakan pasangan adik beradik, Mohd Harrif Salleh dan abangnya, Mohd Zamri. Selain dua atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim juga terpilih untuk beraksi di Sukan Olimpik bertaraf dunia itu. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata sekurangnya-kurangnya enam anak Terengganu akan bertarung di peringkat dunia itu. Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan insentif kepada enam atlet berkenaan sebelum mereka bertolak ke sukan itu nanti sebagai galakan dan penghargaan atas kecemerlangan mereka di pentas dunia. ``Kita akan beri insentif sebelum mereka berangkat. Sekurang-kurangnya mereka ada duit poket

raya dipalu dan gemanya sudah dapat dirasai. Dengan ini bererti bahawa persediaan kita tahap kesiapsiaga bertambah lebih mantap kerana hendak turun medan perang maka semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang. Kesiapsagaan yang dimaksudkan Dato’Seri Najib yang juga Pengerusi BN, juga mencakupi nasihat - elak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati. ``Paling penting kita jangan mencipta masalah, don’t create problems, bahasa mudah - jangan buat masalah. Ini adalah kerana asas kita, kekuatan adalah anggota kita.” Bersedialah!!!

sedikit kerana kita sudah berjanji untuk menyediakannya tahun lalu,”katanya di Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Pra Asean , di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri bersedia menyediakan peruntukan sebagai insentif kepada atlet cemerlang untuk menyuntik semangat mereka, selain penghargaan atas kejayaan yang diraih selepas mengharumkan nama negeri serta negara Itulah salah satu cara Dato’Seri Haji Ahmad berusaha menjadikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan. Sebenarnya ialah kerana pentadbiran sukan di bawah kepempimpinan negeri sekarang amat tersusun, persiapan lebih awal dan sistem pengurusan yang professional, itu di antara elemen utama menjadikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan tanah air. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, trend sukan di Terengganu yang melihat sukan sebagai `sumber rezeki` juga merupakan antara faktor mendorong kepada lahirnya jaguh sukan bertaraf antarabangsa. Katanya, gabungan semua elemen itu telah terbukti dengan kejayaan Terengganu muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) buat kali ketiga berturutturut. Sebelum ini, Terengganu berjaya merangkul kejuaraan buat kali pertama pada tahun 2008 ke-

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

tika mereka menjadi tuan rumah sebelum mengulanginya di Melaka tahun lalu. ``Selepas berakhirnya Sukma 2010 di Melaka tahun lalu, kita hanya sempat berehat selama sebulan sebelum memulakan latihan secara konsisten. ``Untuk membentuk atlet terbaik dalam tempoh setahun memang tidak boleh, tetapi kebanyakan daripada atlet yang kita hantar bertanding telah dilatih sejak usia kecil lagi,”katanya. Menurut Rozi, di Terengganu sebenarnya telah wujud trend baru dalam bersukan yang mana aktiviti sukan dilihat sebagai acara wajib. ``Kita akan ada sekolah sukan sendiri dan beberapa buah sekolah di negeri ini merupakan kuasa dalam pelbagai bidang sukan,”jelasnya. Penganalisis sukan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar atas) menyarankan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar melihat modul yang digunakan Terengganu dalam mengurus dan mentadbir sukan. ``Dulu Terengganu merupakan pasukan tercorot dalam sukan berbanding Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Secara drastik negeri dari Pantai Timur ini telah melonjak dan muncul sebagai juara Sukma dalam tiga edisi berturut-turut Semua itu, kata Kay Kim, adalah disebabkan kemampuan Terengganu mengenal pasti bakat dalam kalangan anak-anak tempatan. ``Terengganu boleh diibaratkan sebagai lubuk atlet berkualiti seperti yang dibuktikan dengan lahirnya Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah dalam sukan berbasikal,”kata Profesor Tan Sri Khoo. Apa pun mempertahankan kejuaraan itu lebih hebat dan sukar, tetapi Terengganu mampu mempertahankannya selama tiga kali berturut-turut menjuarai Sukma. Bersama-samalah kita berjuang dan tingkatkan jati diri ke mana pun kita berjaya sampai dan sayangkan Terengganu negeri kita (Teganukita!!).

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 53,

15-31 Januari 2012

RENCANA

7

WAKAF RAKYAT Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

Menteri Besar ketika melawat Dwi Bina Rachmawanto selepas menjalani pembedahan jantung di i-Heal, baru-baru ini.

Hospital milik kerajaan Terengganu cipta sejarah dan keyakinan luar Dwi Bina Rachmawanto, 40, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass surgery) di i-Heal, Hospital yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri. Beliau seorang usahawan di Jakarta adalah rakyat asing pertama yang menjalani pembedahan di hospital berkenaan.

T

iada yang dapat diucapkan oleh Fara Rohlan, 39 tahun, dari Jakarta Indonesia melainkan syukur yang tiada terhingga apabila suaminya yang disayangi Dwi Bina Rachmawanto, 40, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass surgery) di Pusat Perubatan i-Heal - Hospital yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri. Pembedahan adalah tanpa menggunakan pam (jantung palsu) bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru semasa pembedahan dijalankan, tetapi salur darah (bypass) dijahit dalam keadaan jantung sedang berdegup.

Kedatangan pesakit dari luar itu membuktikan keyakinan terhadap keupayaan hospital berkenaan, khususnya pakar pembedahan jantung yang juga Pengarah Hospital itu, Dr. David Khoo Sin Keat. Dwi Bina seorang usahawan di Jakarta itu adalah rakyat asing pertama yang menjalani pembedahan, kata Menteri Besar Dato’Seri Haji Ahmad Said yang meluangkan masa seketika

melawat pesakit Dwi Bina di i-Heal Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dato’Seri Haji Ahmad memberitahu Pengarang Teganukita bahawa kedatangan pesakit dari luar itu membuktikan keyakinan terhadap keupayaan hospital berkenaan, khususnya pakar pembedahan jantung yang juga Pengarah Hospital itu, Dr. David Khoo Sin Keat. Menteri Besar yang amat prihatin dan sentiasa memantau perkembangan hospital milik Kerajaan Negeri Terengganu sempat berbual beberapa ketika dengan Dwi Bina yang baru sahaja menjalani pembedahan, juga bertanya khabar kepada keluarga Dwi yang menemani sepanjang pesakit dari Jakarta dirawat di situ. Hadir sama ialah Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Dato’ Haji Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsudin Sulong.

Dwi menjalani pembedahan 3 pintasan jantung (LIMA-Bilateral Radial Arteries) iaitu menggunakan salur darah dari tangan. Fara Roha berkata, keyakinan yang tinggi kepada kemampuan hospital itu dan pakar bedah

jantung, Dr. David Khoo membuatkan beliau serta keluarga membuat keputusan agar suaminya Dwi Bina menjalani pembedahan di situ, walaupun di luar negara sendiri. Dwi Bina menjalani pembedahan pintasan jantung kaedah baru itu pada 30 November selama satu jam lebih diketuai oleh Dr. David dan beberapa orang para pembantunya. Ia adalah pembedahan kaedah baru kali kelima di hospital berkenaan. Dwi menjalani pembedahan 3 pintasan jantung (LIMA-Bilateral Radial Arteries) iaitu menggunakan salur darah dari tangan.

``Ibu amat yakin dengan keupayaan Dr. David, lantaran itu ibu mahu anak ibu Dwi Bina juga menjalani pembedahan dengan pakar yang sama.” Kaedah ini membolehkan pesakit cepat sembuh kerana tidak memberhentikan fungsi jantung dan paru-parunya semasa pembedahan dijalankan. Pembedahan kaedah biasa, jantung dimatikan fungsinya terlebih dahulu semasa pembedahan dengan menggantikan“pam jantung palsu”dalam tempoh pembedahan. Ibu Nanie, iaitu emak kepada Dwi ketika ditemui mengakui kehebatan hospital berkenaan dan Dr, David yang telah lama dikenalinya kerana sebelum ini pun suaminya pernah menjalani pembedahan pintasan jantung dengan pakar itu. ``Ibu amat yakin dengan keupayaan Dr. David, lantaran itu ibu mahu anak ibu Dwi Bina juga menjalani pembedahan dengan pakar yang sama,”katanya.


8

BIL: 53,

15-31

RENC

Karnival H Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

K

arnival Hijrah 2011 yang berlangsung se dari 22 hingga 24 Disember lalu, memb pada penduduk negara ini, khususnya di memahami dan diberi pendedahan meng ian pembangunan Islam di Malaysia serta peran hak, termasuk Kerajaan Terengganu, bagi menin Islam. Program anjuran bersama Jabatan Perdana jaan Negeri Terengganu dan TV- Al Hijrah, itu be kira-kira 200,000 pengunjung bagi menjenguk t dan gerai-gerai jualan, bersama-sama keluarga m Karnival Hijrah yang diadakan di Dataran Kuala Terengganu, itu turut bertujuan memprom congan di Terengganu, di mana lokasinya berha membeli belah Pasar Besar Kedai Payang dan B serta mengetengahkan Kuala Terengganu sebag Warisan Pesisir Air kepada para pelawat dari lua Dengan tema “HIJRAH 1 TRANSFORMA tersebut dijayakan oleh 44 agensi di bawah Jab Menteri dan Kerajaan Negeri Terengganu, bag inovasi dan kemajuan yang telah diperkenalkan oleh agensi masing-masing. Satu bonus bagi pihak penganjur apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru saja berangkat pulang ke negeri ini selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, berkenan merasmikan karnival berkenaan. Mengiringi keberangkatan baginda ialah Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahma Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TV- Al Hijrah Sri Dr Mohd Yusof Nor. Sebaik selesai menekan butang gimik pela caran Sultan Mizan berkenan berangkat ke tapak pameran, seterusnya mencemar duli ke konti TV-Al Hijrah, pameran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa agensi Pusat dan negeri . Antara agensi di bawah Jabatan Perdana Men


9

1 Januari 2012

CANA

Hijrah cetus transformasi

elama tiga hari beri ruang kei Pantai Timur, genai pencapanan pelbagai pingkatkan syiar

Menteri, Keraerjaya menarik tapak pameran masing-masing. n Shahbandar, mosikan pelanampiran pusat Bazar Warisan gai Bandaraya ar Terengganu. ASI”, karnival batan Perdana gi menonjolkan

ad ’ Seri h, Tan

ank

n-

Program yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Terengganu dan TV- Al Hijrah, itu berjaya menarik kirakira 200,000 pengunjung.

teri yang menjayakan karnival itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Tabung Haji Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jahwhar), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia, International Zakat Organization (IZO), Yayasan Taqwa dan TV- Al Hijrah. Selain itu, karnival yang bersifat terbuka dan secara langsung itu turut melibatkan penyertaan badan-badan penyiaran seperti TV-Al Hijrah dan IKIM FM serta Salam FM dan Manis FM. FAMA juga turut serta dengan mini MAHA yang mengetengahkan hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan dan produk-produk makanan yang dihasilkan dari tanaman tempatan. Pelbagai aktiviti lain termasuk pameran detik-detik kegemilangan Islam yang julung kali diadakan dengan menampilkan beberapa artifak dan replika kegemilangan Islam seperti Lampu Masjid Mamluk, Astrolab, Sfera Bintang, dan Papan Lapis yang tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim”. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula mempamerkan kepada pengunjung Alatan Penentu Tarikh Lahir Islam manakala Jakim pula menganjurkan Klinik al-Quran dan pameran tentang Halal Hub. Pengunjung berpeluang melihat sendiri alat menguji emas di khemah pameran Yapeim manakala Tabung Haji menyediakan perkhidmatan dan urusan haji. TV- Al Hijrah mengadakan siaran secara langsung dari Dataran Shahbandar bagi program bual bicara ASSALAMUALAIKUM dan KONSERT ULANG TAHUN TV- AL HIJRAH yang membariskan artis terkemuka. Tidak ketinggalan, rakaman program 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON, TERENGGANU BERSELAWAT dan DIALOG HARMONI turut diadakan. Sesi perkenalan dengan penyampai TV-Al Hijrah seperti Amin Idris, Ustaz Don Danial, Irma Hasmie dan Munif Isa yang diadakan di situ menarik peminat rancangan tersebut. Selain itu, Forum Perdana bertajuk “Hijrah Satu Transformasi ”serta program Adik-Adikku terbitan RTM turut diadakan bagi santapan rohani pengunjung.


10

BIL: 53,

15-31 Januari 2012

PELANCONGAN

Kampung Jenang janji kedamaian

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

RIADAH Oleh: Suriati Ali

J

Laman sesawang medium penduduk berinteraksi Oleh: Esah Abdullah

aliasuriati@yahoo.com

ika anda meminati suasana perkampungan Melayu yang indah, nyaman dan bebas daripada sebarang pencemaran udara, jangan lupa singgah di Pengkalan Raja Kampung Jenang, Marang setiap kali mengunjungi Terengganu. Cukup mudah ke lokasi yang jauh daripada kesibukan bandar raya dan kesesakan lalu lintas itu di mana hanya perlu mendapatkan perkhidmatan bot sewa yang setia menanti di jeti Marang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam itu seakan hanya seketika perjalanannya kerana pengunjung sentiasa disajikan dengan panorama indah termasuk kehijauan pokok bakau dan kejernihan air sungai Marang. Pengunjung juga berpeluang melihat beberapa kumpulan monyet mencari makanan, kera bergayut, memerang, tuntung dan puluhan spesies burung leka dengan kitaran hidup mereka. Apa yang membanggakan, di kampung itu masih kekal dengan pelbagai adat, budaya dan permainan tradisional Melayu walaupun di kebanyakan kawasan lain sukar untuk meli-

DESAKU

esahukom@yahoo.com

K Silat tradisional dipersembahkan bagi menyambut kunjungan tetamu di Kampung Jenang.

Bukan itu saja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok.

hatnya. Penduduk kampung yang sememangnya ramah melayan tetamu masih mempertahankan pelbagai jenis permainan tradisional dan juga pakar memasak pelbagai jenis makanan tradisional. Setiap kali tetamu singgah di lokasi itu, mereka berpeluang menikmati pelbagai hidangan tradisional Melayu seperti rojak betik, ketupat pulut, air tuak, onde-onde, puteri mandi, buah gomok dan sebagainya. Bukan itu saja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat sendiri bagaimana menganyam atap daun nipah, membuat manisan gula Melaka dan memproses daun rokok. Bagi pelancong asing atau luar negara, gelagat beruk memetik buah kelapa pasti menjadi kenangan terindah berikutan situasi itu sukar dilihat di tempat kelahiran mereka.

ampung Wakaf Mempelam dulunya dikenali sebagai Kampung Tok Jamal mempunyai 100 peratus kemudahan awam seperti bekalan elektrik dan air bersih kepada 2,015 orang penghuni dari 425 keluarga. Lokasinya sembilan kilometer dari pusat bandar memberi kelebihan anak watan di sini menimba rezeki di pusat bandar melalui agensi kerajaan (50 peratus), swasta (30 peratus) perniagaan dan pertanian (20 peratus). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Mempelam mewujudkan satu pangkalan data kampung dengan membina laman sesawang iaitu jkkk-wakafmempelam. blogspot.com untuk memberi kemudahan kepada masyarakat mendapat maklumat mengenai profail kampung dengan lebih cepat. Pengerusinya, Encik Husin Mohd Nor (gambar atas) mengharapkan laman ini menjadi perantaraan menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat setempat atau orang luar untuk mendapatkan panduan lengkap tentang peranan dan aktiviti JKKK di samping membina kekuatan masyarakat melalui kemudahan jaringan globalisasi. Anggota penyelaras zon diwujudkan kepada 11 bahagian untuk cakna masyarakat serta berperanan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam kelompok lebih kecil tetapi menyeluruh. Pihak JKKK akan terus menjalankan

Kampung Wakaf Mempelam maju seiring pembangunan negeri. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana gula Melaka dibuat dan kemudahan jeti untuk mereka yang datang dengan bot sambil menyusuri Sungai Marang.

tanggungjawab dan a m a n a h untuk mempastikan perk hidmatan yang cekap dan terbaik ke atas segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran, pembangunan fizikal, kebajikan dan keselamatan ke arah memperkukuhkan nilai kualiti masyarakat serta kecemerlangan dalam pengurusan. Layanan sama rata kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan atau fahaman politik dapat membantu dalam merealisasikan satu model anggota masyarakat yang penuh adat, bersopan-santun, berwawasan, berdinamik, kreatif serta produktif ke arah memperkasakan masyarakat pengasih dan penyayang. Sebagai percubaan JKKK telah menerbitkan buletin kampung setebal 32 halaman untuk tatapan semua generasi warga kampung dan masyarakat luar yang berminat mengetahui perkembangan semasa. Perancangan awal buletin ini diterbitkan sekali setahun dan jika kewangan mengizinkan pihak JKKK berazam untuk menerbitkannya setiap enam bulan sekali dengan merakam semua aktiviti komuniti kampung serta topik-topik yang menarik untuk tatapan ramai.


BIL: 52,

Fikir dahulu sebelum bertindak

S

emoga Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya, menjadikan kita umat yang mempunyai akal fikiran yang jernih, yang tahu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Tahu menilai mana yang baik dan mana pula yang buruk. Supaya dengan itu, kita tidak akan ditimpa bencana di dunia dan azab di akhirat. Di dalam surat al-Hujurat (bilik-bilik) menerusi ayat 6, Allah s.w.t mengingatkan umat Islam supaya tidak terburu-buru menerima dan mengiyakan sesuatu berita yang disampaikan oleh orang yang fasiq. Sebaliknya menurut Ibnu Abbas r.a. di dalam tafsirnya, berdasarkan ayat-ayat yang dimulakan dengan ungkapan “Wahai orang-orang yang beriman..”, maka kita wajib berfikir, merenung jauh, mengkaji dan menyelidik serta menyiasat kesahihan sesuatu berita yang disampaikan sebelum bertindak. Persoalannya, siapakah orang yang fasiq dalam konteks ayat tersebut. Maka dijelaskan di dalam kitab-kitab tafsir yang berautoritatif bahawa orang-orang yang fasiq ialah manusia yang membawa berita fitnah, yang mereka-reka cerita, yang membawa berita bohong, yang mengeluarkan pandangan yang sesat lagi menyesatkan bahkan mengelirukan orang, yang melaga-lagakan orang Islam yang akhirnya membawa kepada permusuhan, perpecahan dan kehancuran umat Islam dan negara mereka. Kita dapati di zaman mutakhir ini, ada sesetengah pihak berkepentingan dengan sengaja memutar-belitkan fakta. Semata-mata kerana menagih sokongan ramai dan berkehendakkan kuasa, maka lahirlah al-Nammam (pengadu domba) dan al-Fattan (pembawa fitnah). Mereka menghasut, berbohong dan menyebarkan pelbagai cerita-cerita palsu sehingga lupa kupiah serban di kepala. Kerana taksub kepada sesuatu pihak, mereka sanggup berbohong. Menafikan kebaikan orang lain dan membenarkan puak-puak mereka. Walaupun ia bercanggah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh, salahkah kita berterima kasih kepada pihak kerajaan yang banyak membantu? Tidakkah budaya berterima kasih daripada ajaran Islam? Berapa banyak ayat-ayat al-Quran yang menganjurkan kita berterima kasih dan bersyukur? Tidakkah baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa sesiapa yang berteri-

ma kasih kepada sesama manusia bererti dia bersyukur kepada Allah? Siapa boleh menafikan betapa banyak bantuan yang diterima oleh kerajaan, dalam pelbagai aspek. Sejak kita lahir sehingga hari kematian. Sama ada dalam aspek pembangunan agama, pendidikan, keselamatan, kesihatan, bahkan kemajuan dan kemakmuran negara. Kerana itu, kita umat Islam diajar dan dididik supaya jangan mudah percaya sesuatu berita yang disebarkan. Jangan terlalu cepat membenarkan berita fitnah dan bohong, yang hari ini boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk melalui sebaran maya sepeti facebook, twitter dan seumpamanya. Kita bimbang, jika umat Islam mengikut hawa nafsu dan tidak lagi berfikir panjang untuk menyelidik kebenaran berita yang disampaikan, akan berlakulah bencana seperti yang disebut-sebut oleh ahli-ahli tafsir iaitu perpecahan umat yang melarat kepada perbalahan dan pertelagahan yang tidak berkesudahan. Maka kalau ini yang terjadi, kita sekali lagi bimbang akan berlakunya bencana yang kedua yang disebutkan oleh ahli tafsir iaitu apabila negara umat Islam yang merdeka dijajah semula oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah nasib negara Iraq yang dahulunya merdeka. Kerana ketamakan kuasa, permusuhan dan perbalahan yang tidak berkesudahan di antara orang-orang Islam Sunni, Syiah dan Kurdish. Akhirnya kita dapat melihat sendiri, bagaimana kuasa barat menjajah dan meratah hasil mahsul negara itu sehingga tiada apa lagi yang tinggal di bumi Iraq. Berapa ramai rakyat yang terkorban. Berapa ramai anak-anak yang mati. Dan berapa banyak rumah dan bangunan yang hangus hancur? Begitulah nasib umat Islam di Afghanistan, Bosnia dan banyak lagi. Marilah kita berpegang kepada ajaran Islam yang murni yang menyeru kita bersatu- padu. Kerana Allah bersama umat yang bersatu- padu dan Allah membenci umat yang berpecah-belah. Bersatu -padulah kita. Jangan lagi berpecah- belah. Sayangilah nasib anak cucu kita akan datang. Bayangkan, bagaimana nasib mereka jika pada masa itu negara kita bukan orang Islam yang punya. Bukan lagi diperintah oleh orang Melayu. Pada masa itu, tiada guna lagi keluhan bahkan tangisan darah sekali pun. Kerana sekali kita jatuh, maka musuh-musuh kita pasti tidak akan memberi peluang kepada kita untuk bangkit kembali.

Maksud Hadis:

D

iriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (al-Bukhari)

Huraian

Setiap perbuatan ada matlamatnya. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

11

1-15 Januari 2012

AGAMA

MIMBAR Sumber : JAKIM

“ ‫“ منمفوه ضربغ فرسكوالهن‬ ‫ مك هندقله دسفادوكن‬، ‫دالم اوسها ممبينا إنسان يغ خمرلغ‬ ‫انتارا عالمو فغتاهوان دان فنديديقن اتاو دكنالي دغن‬ ‫كسفادوان انتارا عالمو دان تربيه اونتوق مالهيركن إنسان‬ ‫ دالم فروسيس اين كسفادوان فرانن فيهق برواجب‬.‫صلح‬ ‫ فيهق سكوله دان ايبوباف مستيله ساليغ‬،‫ياءيت فمرينته‬ .‫بركرجاسام دان مغمبيل تغضوغجاوب دغنسباءيق موغكين‬ 6 ‫فرمان اهلل سبحانه وتعالى دالم سورة التحريم ايات‬ ‫ “واهاي اورغ يغ برإيمان! فليهاراله ديري‬:‫مقصودث‬ ‫كامو دان كلوارض كامو دري افي نراك يغ باهن باكارنث‬ ‫ يغ كرس كاسر; تيدق‬٢‫مأنسي دان باتو; فنجاضاث مالئكة‬ ،‫مندرهاك كفد اهلل دالم سضاال يغ دفرينتهكنث كفد مريك‬ ‫دان مريك فوال تتف مالكوكن سضاال يغ دفرينتهكن‬.” ‫برداسركن كفد فمرهاتين منبر تردافت هوبوغن يغ ساغت‬ .٢‫قوات بهاوا فغليباتن ايبوباف دالم مماجوكن فنديديقن انق‬ ٢‫دغن دميكين ايبوباف تيدق بوليه مثره سخارا بولت‬ ‫مات دالم مننتوكن‬-‫ سمات‬٢‫كفد فيهق سكوله دان ضورو‬ ‫ ايبوباف هندقله مماءين‬.٢‫كجاياءن دان كخمرالغن انق‬ ‫ ايبوباف اداله‬.‫فرانن دان كرجاسام رافت دغن فيهق سكوله‬ ‫ جاتي ديري دان‬،‫اسس كفد مننتوكن داسر فمبيناءن أخالق‬ ٢‫ بيال تومفوان ايبوباف ترهادف انق‬.٢‫كخمرالغن انق‬ .‫ سماكين منيغكت‬٢‫ مك قدر كخيخيرن انق‬،‫بركوراغن‬ ‫انق فد فريغكت اول فمبسرن دان فنديواساءن ممرلوكن‬ ‫ايبوباف سباضاي اورغ ترأول فنونجوق جالن تالدن يغ‬ ‫ ساعت كريتيكل‬،‫ منوروت فرينسيف فنديديقن إسالم‬.‫باءيق‬ ،‫ أخالق موليا‬،‫دالم فروسيس ممبينا ترس نيالي مورني‬ ‫كاسيه سايغ دان كومونيكاسي يغ مسرا سبنرث برموال‬ ‫ سهيغضاله مريك منخافاي‬٢‫داري أول كهيدوفن انق‬ ‫ دغن دميكين منبر منصيحتكن فارا جماعه‬.‫اوسيا بالغ‬ ‫ ايبوباف تيدق بوليه‬،‫سكالين بهاوا دالم تيمفوه كريتيكل اين‬ .‫ واالو افا جوا سكاليفون‬٢‫ملفسكن ديري دالم منديديق انق‬ ‫ اكن تردده دغن‬٢‫ مك انق‬،‫جك كيت تيدق مغمبيل برت‬ ‫ هيلغ كمولياءن‬،‫فلباضاي ضجاال سفرتي روسق عقيده‬ ‫ كيت‬.‫أخالق دان مرواه جوض كتيغضالن دالم فنديديقن‬ ‫ تيدق تاهو مميليه يغ‬،‫ منجادي كليرو‬٢‫تيدق ماهو انق‬ ‫ منوروت‬.‫باءيق اتاو يغ بوروق دالم كهيدوفن مريك‬ ‫ بهاوا كسن يغ فاليغ‬،‫فروفيسور دوكتور يوسف القرضاوي‬ ‫منونجول عقيبة كلماهن كؤاليتي كإيبوبافاءن هاري اين‬ ‫ يغ ممودهكن‬٢‫اداله ترفيسهث اتاو ترخابوتث أخالق انق‬ ‫دان منددهكن مريك دالم كريسيس ضجاال سوسيال‬. ‫ كيت دالم فالجرن برضنتوغ‬٢‫فنخافاين فريستاسي انق‬ ‫سوغضوه ايبوباف‬-‫كفد فرنخغن دان فنيالين برسوغضوه‬ ‫ دالم حل اين ايبوباف فرلوله ممبوداياكن عالمو‬.‫سنديري‬ ‫ دالم منجامين‬.٢‫دان أخالق دالم كهيدوفن سهارين انق‬ ‫كبركسانن فوغسي ايبوباف مننتوكن كجاياءن فنديديقن‬ ‫ مك منبر منصيحتكن ايبوباف سكالين منتفكن‬،٢‫انق‬ ‫ببراف فتونجوق سباضاي اوكورن باضي مننتوكن‬ ٢‫هاال توجو دان تيندقن يغ مستي دلقسناكن اوليه انق‬ ٢‫ ممستيكن انق‬:‫ فرتام‬:‫كيت انتاراث سفرتي بريكوت‬ ‫ ممستيكن‬:‫ كدوا‬.‫كالي سهاري‬5 ‫منونايكن صالة فرض‬ ،‫ ممفالجري دان ممهامي القراءن ستياف هاري‬٢‫انق‬ :‫ كامفت‬.‫ مندافت ماكانن حالل‬٢‫ ممستيكن انق‬:‫كتيض‬ :‫ كليم‬،‫ التيهن دان كرج ستياف مات فالجرن‬٢‫مثيمق بوكو‬ :‫ دان كانم‬٢‫منتفكن ساسارن ستياف مات فالجرن انق‬ ‫مغاداكن فرجومفاءن دان فربينخغن دغن ضورو كلس‬


12

BIL: 53,

15-31 Januari 2012

RENCANA

Keluarga Mahmud Hamzah ikon kepada penduduk Besut IKON Oleh: Mohamad Ishak krtjerteh@ymail.com

A

gak jarang persatuan yang diasaskan dalam bentuk keluarga mampu menganjurkan pelbagai aktiviti bukan sahaja untuk ahlinya malah kepada penduduk setempat. Bagaimanapun, Keluarga Mahmud Hamzah Cakna (KMHCakna) dari Kampung

Gong Bayor, Besut, yang diasaskan pada 1997 dengan keanggotaan ahli mencecah 250 keluarga boleh dijadikan contoh kepada pertubuhan sukarela lain kerana ia sebuah pertubuhan keluarga yang mampu membuktikan kehebatannya kepada penduduk negeri ini. Pengerusinya, Rokman Nordin, 46, berkata, sejak ditubuhkan pihaknya berjaya menganjurkan pelbagai program berbetuk kemasyarakatan bukan sahaja untuk ahli

keluarga terbabit malah turut membabitkan masyarakat setempat. Pada asasnya KMHC ditubuhkan sebagai penggerak kepada tautan kasih yang lebih erat antara ahli keluarga, namun sehingga ini ia menjadi lebih segar apabila pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dilaksanakan. Menurut Mahmud, sebahagian besar aktiviti yang dilaksanakan adalah beteraskan kerohanian, ekonomi,

pendidikan dan kebajikan. KMHCakna juga patut dicontohi kerana mereka mampu manjana ekonomi menerusi penubuhan Koperasi Keluarga yang dinamakan ``KMHCakna Berhad`` ditubuhkan pada 2009 bagi menjalankan aktiviti ekonomi. Katanya, terbaru Program Mengacau Bubur Asyura yang diadakan di perkarangan salah seorang ahli keluarganya, Esah Ibrahim di Kampung Gong Bayor, dalam

Keluarga Mahmud Hamzah bergotong-royong membuat bubur asyura. (Gambar kecil) Mahmud Hamzah.

Sebahagian daripada 250 keluarga Mahmud Hamzah berkumpul menjayakan pelbagai aktiviti untuk penduduk setempat.

JABATAN & ANDA

kawasan DUN Kota Putera. Program bertemakan “Asyura Menjana Silatulrahim Unggul” bertujuan memupuk semangat kekeluargaan selain menyemarakkan konsep bersedekah dan menanam sikap cintakan pada agama melalui kerja kerja amal. Katanya, aktiviti itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Besut, Dato’Seri Dr Abdullah Md Zin dan Adun Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof yang memberi

sumbangan kewangan bagi membantu penganjuran program berkenaan. Pada majlis itu pihaknya berjaya menyediakan 10 kawah bubur asyura dan 2,500 bubur asyura yang siap dibungkus dan diagihkan kepada orang ramai termasuk penduduk kampung itu serta kampung berhampiran. Rokman berkata, bagi memeriahkan progam pihaknya juga turut menganjurkan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun yang juga mendapat sambutan membanggakan. ``Pada tahun ini KMHC merancang menganjur lebih banyak program kemasyarakatan termasuk membantu golongan kurang berada dan yang terbabit dalam sebarang bentuk bencana,”katanya. Katanya, program terdekat ialah ``Kembara Kasih KMHCakna 2012”BesutGuasa Musang, Kelantan yang dijangka diadakan sempena cuti sekolah pada Mac depan. Menurutnya, program membabitkan 150 peserta dan akan menggunakan perkhidmatan kereta api dari Tanah Merah ke Gua Musang, Kelantan untuk mengadakan lawatan ahli keluarga selain tempat menarik di Kelantan.

Pasar bawah payung sasar jualan RM25j Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

L

embaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang memainkan peranan proaktif untuk mengangkat pasar tani sebagai satu penjenamaan popular telah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk yang dipasarkan. Kewujudan pasar tani di seluruh negeri dan negara telah banyak mengubah kehidupan para petani apabila mereka dapat memasarkan produk dan hasil tani mereka terus kepada para pengguna. ``Sejak wujud hampir 30 tahun yang lepas, pasar tani yang menjadi pusat pemasaran hasil pertanian segar telah menjalani proses tranformasi sesuai dengan keperluan semasa,”kata Pengarah Fama Terengganu, Encik Hasan Jusoh (gambar kecil atas) kepada Teganukita, baru-baru ini. Kata beliau, usaha Fama menyediakan khidmat urus setia bagi memenuhi permintaan peserta dan para pengunjung antara faktor yang berjaya meningkatkan nilai hasil pasar tani di negeri ini setiap tahun. ``Selain mendapat sambutan pengguna yang bertambah setiap tahun, nilai pasaran pasar tani terus meningkat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang turut berbelanja di pasar ini,” jelasnya. Tambah Hasan, Fama mensasarkan jualan pasar tani di Terengganu tahun ini meningkat hampir RM25 berbanding RM22.5 juta tahun lalu. ``Biasanya sasaran kita tidak meleset, tambahan pula keadaan ekonomi negara semakin baik. Ditambah pula kuasa beli rakyat semakin meningkat dan kesedaran untuk mendapatkan bahan mentah yang segar dan sihat,”jelasnya. Dalam perkembangan sama, Hasan berkata tahun ini pihaknya merancang akan membuka tiga buah lagi pasar tani baru iaitu di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut menjadikan 19 buah kesemuanya.

Menurut beliau ketiga-tiga buah pasar tani baru yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada lebih 120 orang itu dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya Mei atau Jun depan. ``Melalui pembukaan itu, Fama bakal memberi pekerjaan kepada lebih 1,000 orang melalui pasar tani yang ada, selain mendidik peserta pasar tani menjadi usahawan,”ujarnya. Sehingga hujung tahun lalu katanya, Fama berjaya mendaftar seramai 921 usahawan yang bernaung di bawah agensi itu di mana daerah Besut seramai 299 usahawan, Kemaman (170), Kuala Terengganu (155), Hulu Terengganu (132), Dungun (120) dan Marang (45). Kata Hasan, jumlah itu akan bertambah dan pihak Fama negeri dan daerah sentiasa membuka peluang keusahawanan ini seluas-luasnya kepada rakyat dan petani yang berminat memasarkan produk mereka. Mengenai Agro Baazar Kedai Rakyat, beliau memberitahu, matlamat Fama menubuhkan kedai rakyat itu adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang kampung. Katanya, penubuhan kedai itu merupakan satu mekanisme menangani kemiskinan dan memberi mereka peluang menambah pendapatan. ``Kedai rakyat itu menawarkan barang keperluan asas dan pelbagai produk pertanian pada harga berpatutan bagi mengawal inflasi serta memudahkan masyarakat mendapat bekalan,” katanya. Terengganu mempunyai lima buah Agro Baazar yang beroperasi di bandar Marang, Bukit Payong, Telaga Mengkudu (Marang) dan dua lagi di Kuala Berang, Hulu Terengganu. ``Agro Baazar menyediakan outlet pemasaran alternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui dimana pemilikinya mestilah mempunyai modal yang mencukupi dan rekod perniagaan yang baik.”katanya.


BIL: 53,

13

15-31 Januari 2012

AM

Kelas bimbingan saudara kita dalam bahasa asing Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

M

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) merancang mewujudkan lebih banyak kelas bimbingan Saudara Kita (SK) khusus dalam bahasa asing seperti Thailand dan Kemboja berikutan bilangan saudara muslim dari negara berkenaan yang agak ramai di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman, berkata setakat ini terdapat sebuah kelas bahasa Thailand di Kompleks Darul Hidayah di bawah bimbingan seorang muslim warga Thailand. ``Kita yakin dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, penyampaian dakwah dapat difahami dengan lebih berkesan,”katanya. Katanya, Maidam telah menaja beberapa tenaga pengajar dari negara Thailand termasuklah yang berkelulusan Institusi Dakwah Islamiyyah Perkim, Pengkalan Chepa. ``Kita berhasrat membuat tajaan penuh kepada SK atau keluarganya yang cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Sijil Pelaja-

ran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi dalam bidang agama,”katanya. Tambahnya, usaha ini bagi melahirkan pendakwah kalangan saudara baru. Selain itu katanya, tajaan dalam bidang kritikal juga akan diutamakan dengan harapan mereka yang berjaya dapat menjadi idola dan perangsang kepada masyarakat. ``Maidam juga sedia pertimbang menaja dalam bidang lain termasuk bidang kemahiran seperti kulinari, teknikal dan sebagainya,”katanya. Sehubungan itu, seramai sembilan saudara baru menerima cenderahati berupa sebuah al-Quran dan barangan dapur dari pihak Maidam. Penerima berkenaan termasuk dua pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dari Myanmar, Abdul Hadi Thani Abdullah (Pensyarah Jabatan Phatalogy) dan Nur Hidayah Win Abdullah (Pensyarah Jabatan Kejururawatan). ``Mereka akan menjadi tenaga pengajar sambilan di kelas yang kita adakan khusus untuk memberi bimbingan saudara baru,”katanya.

FOTO Nurul Aziela Saberi | am_ukom@gmail.com

Warga INSPI masak bubur asyura

S

eperti institusi pengajian lain, Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu, di Binjai, Kemaman juga tidak ketinggalan memasak bubur asyura sempena sambutan bulan Muharam baru-baru ini. Menurut Pengetua INSPI, Ustaz Firdaus Khairi Abdul Kadir, kira-kira RM2,500 dibelanjakan bagi memasak empat kawah bubur asyura dengan dibantu penduduk Kampung Pengkalan Binjai. ``Kami juga amat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kerana sudi meluangkan masa bersama kami memasak bubur asyura dan menyumbangkan peruntukan makan tengah hari,” katanya. Katanya, program itu diadakan secara gotong-royong bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar INSPI dengan penduduk setempat.

Bina 6,757 rumah untuk rakyat K erajaan negeri membina 6,757 unit rumah awam kos rendah dan mampu milik dalam tempoh tiga tahun membabitkan kos hampir RM700 juta tanpa melibatkan pinjaman daripada Kerajaan Pusat. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) giat melaksanakan projek perumahan bagi memastikan sasaran sebanyak 10,000 unit rumah bagi tempoh lima tahun (2008-2013) di seluruh Terengganu. ``Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga sedang menyusun semula Bandar Kuala Terengganu. Kita tahu nilai tanah di Bandar Kuala Terengganu mahal yang menyebabkan kita terpaksa mengambil balik tanah ini dengan harga yang tinggi. ``Kita mahu memastikan geopolitik masyarakat Melayu dapat dikekalkan dalam bandar. Contohnya, apabila kita mengambil balik 15 ekar tanah di Ladang Tok Pelam

dengan harga mengambil balik tanah melibatkan RM80 juta. Seterusnya kita akan tempatkan penduduk terlibat dalam satu penempatan yang sama iaitu di Ladang Gemilang (Pangsapuri),”katanya. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’Abdul Razak Ismail dan Pengurus Besar PMINT, Dato’Osman Muda. Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar turut memuji langkah pengurusan PMINT yang melakukan transformasi baru dengan hanya memberi tumpuan kepada bidang pelaburan tertentu yang berdaya saing dan mampu menjana keuntungan kepada perbadanan itu. ``Kita mahu melihat PMINT berdaya saing dan mengorak langkah bagi menentukan hala tuju barunya sebagai agensi terbesar kerajaan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi serta fizikal negeri selain mampu menambah lebih ramai kakitangan,”katanya.

Kerajaan negeri membina pangsapuri Ladang Gemilang bagi memasikan rakyat memiliki rumah sendiri yang lebih selesa di dalam kawasan bandar.

Program Latihan Pegawai Luar TDM Plantation Sdn. Bhd. jaminan masa depan

``S

aya mahu memanfaatkan latihan diberikan TDMP (Sdn Bhd) sebaik mungkin untuk memastikan suatu masa nanti saya boleh menjadi pengurus ladang dan meningkatkan taraf hidup keluarga,”kata Mohd Aswadi Razak, 27, dari Ladang Jaya Sungai Tong, Setiu, selepas menerima sijil latihan dan surat tawaran mengikuti Program Latihan Pegawai Luar anjuran TDM Plantation Sdn Bhd, barubaru ini.

Mohd Aswadi antara 20 pelatih yang terpilih mengikuti program itu berkata, dia memohon untuk mengikuti latihan tersebut kerana mahu memastikan suatu masa nanti mampu mendapat pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Selain Mohd Aswadi, perasaan gembira dan teruja turut dikongsi Mohd Aiman Ramli, 23, dari Ladang Pinang Mas, Bukit Besi, Dungun. ``Saya gembira kerana

MOHD ASWADI

MOHD AIMAN

terpilih menyertai latihan ini sejak Oktober lalu dan mahu memanfaatkan peluang sepanjang enam bulan ini dengan penuh kesungguhan.

MOHD FAIZUL

``Selain dapat ilmu dan kemahiran, TDMP juga sediakan elaun kepada pelatih,”katanya lagi. Seorang lagi peserta, Mohd Faizul Che Seman, 23,

dari Ladang Pelantoh, Kemaman pula berhasrat memiliki pekerjaan yang lebih baik dan sanggup meninggalkan pekerjaan sebelum ini sebagai pengawal keselamatan. ``Ini peluang terbaik dan saya akan mengikuti program ini dengan penuh dedikasi bagi mendapatkan kemahiran mengenai pengurusan ladang sebelum melakukan pekerjaaan itu apabila tamat program ini nanti,”katanya.

Seramai 49 pelatih mengikuti program yang menjadi antara tanggungjawab sosial TDMP Sdn Bhd bagi menambah baik kehidupan pekerja ladang dan mengurangkan kemiskinan golongan itu sejak diperkenalkan bermula 2007. Semua pelatih menjalani latihan di ladang masingmasing selama enam bulan dan ditawarkan gaji serta elaun RM650, perumahan selain pelbagai kemudahan lain yang ada di ladang.


14

BIL: 53, 15-31 Januari 2012

AM

118 guru kelas Kafa disambung pelantikan FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

2,000 nelayan dan penternak terima bantuan

K

erajaan negeri memberi bantuan RM200,000 kepada 2,000 nelayan dan penternak di negeri ini bagi mengurangkan beban golongan itu khususnya pada musim tengkujuh. Bantuan RM100 setiap penerima itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada majlis perjumpaan dengan warga berkenaan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan Jabatan Perikanan negeri itu turut meliputi sesi penjelasan berkaitan peluang dan skim bantuan kerajaan untuk mengubah nasib golongan berkenaan.

Kawasan 24,500 hektar tampung keperluan beras - YB Asha’ari T erengganu memerlukan kawasan seluas 24,500 hektar tanaman padi bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk negeri itu menjelang 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Asha`ari Idris, berkata ketika ini kira-kira 17,000 hektar tanah ditanam padi dengan kemampuan pengeluaran beras hanya 17,000 tan metrik bagi pasaran tempatan. Katanya, Terengganu terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduknya. ``Setakat ini kawasan pengeluaran padi paling luas yang kita ada di negeri ini adalah di Setiu melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta. ``Kita anggarkan kawasan baru seluas 24,500 hektar

C

YB ASHA’ARI itu akan mampu mengeluarkan bekalan beras sebanyak 146,000 tan metrik yang saya yakin cukup untuk keperluan seluruh rakyat negeri ini,”katanya baru-baru ini. Mengulas lanjut, YB Asha`ari berkata, mulai tahun depan seluas 1,300 hektar kawasan terbiar di daerah Marang dan daerah ini akan dibangunkan dengan

adangan kerajaan negeri menjadikan Kuala Nerus sebagai suatu daerah pentadbiran baru, mendapat pujian pelbagai pihak kerana ia memang sudah lama ditunggutunggu oleh rakyat. Langkah itu juga mampu menaikkan moral Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendengar bisikan nurani dan kehendak rakyat, serta cakna kepada keperluan mereka. Mereka berpendapat langkah amat tepat bagi memajukan Kuala Nerus yang kini menempatkan pelbagai institusi pengajian tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, YB Haji Muhammah Ramli Nuh (gambar) berkata, penduduk di kawasan tersebut menunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said,

projek tanaman padi. Setakat ini 700 hektar kawasan terbiar dikenalpasti di Marang manakala 600 hektar lagi di Kuala Terengganu. Tambahnya, kerajaan berusaha memenuhi 70 peratus keperluan padi negeri berbanding ketika ini hanya 58 peratus dengan membangunkan semua kawasan terbiar. ``Sebelum ini saya melawat beberapa kawasan di daerah Marang dan saya lihat masih banyak tanah sesuai ditanam padi tetapi terbiar sedangkan kemudahan asas hampir semuanya ada. “Kebanyakan kawasan tersebut merupakan bekas sawah padi dan memang sesuai untuk projek jelapang padi yang dicadangkan itu. “Bagaimanapun ia memerlukan masa bagi persiapan tapak serta pembinaan parit dan kita yakin hasrat itu akan direalisasikan nanti,”katanya.

YB Muhammad Pehimi menyaksikan majlis menandatangani surat perjanjian penyambungan pelantikan guru Kafa. Oleh: Mohamad Ishak krtjerteh@ymail.com

S

eramai 118 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera menandatangani surat perjanjian penyambungan pelantikan mereka, baru-baru ini. Majlis menandatangani surat perjanjian bagi mengajar di 11 buah sekolah rendah dalam Dun berkenaan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, YB Muhammad Pehimi Yusof. Kumpulan guru berkenaan merupakan sebahagian daripada 470 guru Kafa yang disambung semula perkhidmatan mereka untuk bertugas mengajar al-Quran dan fardu ain di 43 buah sekolah rendah di daerah ini sepanjang tahun ini. Terdahulu dalam ucapannya, YB Muhammad Pehimi meminta usaha perlu dilakukan untuk menyedar dan menyakinkan ibu bapa bahawa mata pelajaran Kafa sama penting dengan mata pelajaran lain seperti matematik, sains dan bahasa inggeris. ``Jika sebelum ini ibu bapa sanggup berhabisan wang ringgit untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti tuisyen bagi mata

pelajaran tersebut kali ini biarlah mereka juga merasa Kafa itu sama pentingnya. ``Biarlah ibu bapa merasa kelaskelas Kafa yang diadakan di sekolah sama pentingnya dengan mata pelajaran akademik lain dan bukan menjadi pilihan kedua dalam mendidik mereka menjadi insan berguna,”katanya. Menurutnya, kaedah dan teknik terbaik perlu dilakukan supaya kelas-kelas Kafa lebih diminati oleh pelajar dan bukannya diambil sikap acuh tak acuh oleh pelajar dan juga ibu bapa mereka. ``Guru-guru juga perlu pastikan pendidikan Kafa boleh menjadi budaya yang diamalkan oleh pelajar selain mampu memperbaiki akhlak dan peribadi pelajar serta menjauhkan mereka dari gejala yang berlaku sekarang.”katanya. YB Muhammad Pehimi berkata, tidak ada gunanya pelajar cemerlang dalam akademik dan mampu memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi pada masa yang sama aspek akhlak dan peribadi mereka terabai. Beliau menambah, jika pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pendidikan al Quran serta fardu ain akan membantu mereka menjadi seorang pelajar yang lebih sempurna untuk bersaing di alam pendidikan.

Penubuhan daerah Kuala Nerus naikkan moral BN berhubung penubuhan daerah baru Kuala Nerus. ``Saya bagi pihak penduduk di Kuala Nerus merakamkan penghargaan dan terima kasih dengan komitmen dan perhatian serius yang ditunjukkan kerajaan negeri bagi mewujudkan daerah Kuala Nerus. ``Saya sendiri dan beberapa wakil rakyat sebelum ini sentiasa berjuang dan mengemukakan pandangan kepada kerajaan negeri agar diwujudkan daerah Kuala Nerus,”katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Menteri Besar sewaktu membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini mengumumkan

kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta sebagai persediaan awal bagi m e w uj ud k a n daerah Kuala Nerus. Per untuka n bagi tahun 2012 itu bagi memulakan kerja-kerja ke arah mewujudkan pusat pentadbiran apabila pentadbirannya dipisahkan daripada daerah

Kuala Terengganu kelak. ``Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar keluhan rakyat dan bersedia memenuhi kehendak mereka,”ujar beliau. Cadangan menjadikan Kuala Nerus sebagai satu daerah pentadbiran baru telah disuarakan sejak sekian lama oleh para pemimpin setempat. YB Haji Muhammad Ramli berkata, pengumuman tersebut akan menaikkan moral kerajaan BN di kalangan penduduk negeri ini, khususnya di Kuala Nerus. ``Kita harap penubuhan daerah baru ini akan memudahkan pihak kerajaan menangani pelbagai masalah yang berlaku di kawasan ini,”ujarnya.


15

BIL: 53, 15-31 Januari 2012

AM

Pendapatan lumayan usaha T’Shoppe beri tuah

Peruntukan RM81 juta pulih Pantai Tok Jembal akibat hakisan

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meninjau kawasan hakisan di Pantai Tok Jembal yang mengalami hakisan sehingga 100 meter mengakibatkan jalan, gerai dan kemudahan awam di kawasan itu dihanyutkan ke laut. Kerajaan negeri menganggarkan kerja-kerja mengatasi masalah hakisan itu menelan belanja kira-kira RM81 juta, meliputi kos menambak dan membina benteng ombak di sepanjang pantai berkenaan. “Kerja-kerja membaikpulih akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik menerima kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Pusat,. “Saya harap kementerian dapat meluluskan secepat mungkin agar kita dapat memulakan kerja-kerja membina benteng ini kerana jika kita lambat kerosakan ini akan merebak ke kawasan penduduk sekitar pula,” kata Menteri Besar. Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang.

PPAT cipta alat pengesan rak buku K eprihatinan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) mencipta alat pengesan rak buku nyata menggembirakan pengguna kerana dapat mencari buku yang mereka kehendaki dalam tempoh 30 saat berbanding 10 minit sebelum ini. Pengarah PPAT, Puan Nor Akmal Abdul Fatah, berkata bagi menggunakan alat itu, pengguna hanya perlu menaip tajuk buku dikehendaki pada komputer yang disediakan di perpustakaan sebelum maklumat mengenai kedudukan buku itu dipaparkan dan secara automatik lampu di rak buku terbabit menyala. ``Kita mula guna alat pengesan rak buku tersebut awal tahun lepas dan ia mendapat maklum balas yang amat menggalakkan daripada pengguna, bahkan terdapat juga permintaan dari perpustakaan luar Terengganu untuk berkongsi idea. ``PPAT sememangnya bersedia untuk mempromosi apa yang dilaksanakan ini kepada pihak luar,

tetapi selepas menyedari banyak aspek perlu ditambahnilai, ia terpaksa ditangguhkan dahulu,”katanya ketika dihubungi Teganukita. Puan Nor Akmal berkata, alat pengesan rak buku pertama seumpamanya itu adalah hasil ciptaan petugas PPAT sendiri yang mahu melihat pembaharuan dalam kualiti perkhidmatan demi kemudahan pengguna. ``Penggunaan alat itu juga menjadikan buku-buku di rak lebih tersusun rapi, kemas dan berada dalam susunan lebih sistematik dan PPAT bercadang menyelaraskan penggunaannya di seluruh perpustakaan daerah di Terengganu,”katanya. Nor Akmal berkata, alat pengesan rak buku ini telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pengiktirafan P e r s e k i t a r a n Berkualiti 5S pada 27 Jun lalu dan Anugerah Khas Juri MPC Utara iaitu kategori Kumpulan Paling Kreatif sempena Konvensyen ICC Perpustakaan Se-Malaysia kali ketiga pada 11 Jun tahun lalu.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@ gmail.com

Penerima Anugerah Usahawan Terengganu bergambar kenangan bersama Menteri Besar pada majlis penyampaian hadiah di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

omitmen tinggi terhadap kedai rangkaian T` S h o p p e sehingga mampu menghasilkan pendapatan lumayan mencecah RM80,000 sebulan memberi tuah kepada pemilik kedai serbaneka itu, apabila diumumkan penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)Terengganu sempena Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2011, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pemilik T` Shoppe Durian Burung di bawah pengurusan SB Asba Trading Sdn Bhd, Adibah Shairah Ahmad menerima RM3,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’Haji Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’Mohamed Awang Tera dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik. Selain anugerah Khas Usahawan Flagship yang pertama kali diperkenalkan dalam AUT, lapan lagi anugerah turut dipertandingkan dengan menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM54,000 beserta piala, sijil penghargaan dan cenderahati sumbangan Nuriz Kosmetik kepada semua pemenang. Bagi kategori Tokoh Usahawan dimenangi Chong Fah Ming yang mengusahakan perniagaan berasaskan pemasangan produk alat tulis, kasut serta pakaian di bawah Syarikat S.P. Chong Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. ``Saya rasa gembira dan bangga dengan anugerah tokoh usahawan yang julung kali saya terima ini.

Pemenang Tokoh Usahawan, Chong Fah Ming pemilik syarikat S.P. Chong Sdn. Bhd. bersama hadiah yang dimenanginya.

``Apabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset.” Dengan pengiktirafan ini menaikkan semangat untuk terus rajin dan berusaha memajukan perniagaan ini bagi meningkatkan ekonomi di Terengganu. ``Apabila berniaga kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa apabila ditimpa masalah termasuk ketika berdepan dengan ekonomi yang meleset,”katanya. Fah Ming yang kini memiliki

bangunan dan gudang sendiri hasil perniagaan yang bermula sejak 1984 berjaya membawa pulang RM10,000 beserta piala, sijil penghargaan dan cenderahati sumbangan Nuriz Kosmetik. Bagi kategori perkhidmatan dan perdagangan dimenangi MSET Engineering Corporation Sdn Bhd, MBM Dagang Sdn Bhd dan DSA Dynamics (M) Sdn Bhd; Kategori Perkilangan dan Pembuatan pula diraih TMM Engineering Services Sdn Bhd, PSM Academy (M) Berhad dan Lieos Technology Sdn Bhd. Ziq Bakery & Cake, Kilang Padi Nazra Sdn Bhd dan Berkat Nazri Nazir Enterprise muncul pemenang bagi Kategori Industri Makanan dan Asas Tani, sementara Kategori Peniaga dan Penjaja Kecil dimenangi Zie Florist, diikuti Demong Beach Resort dan HNH Industries Sdn Bhd masing-masing memenangi Kategori Pelancongan serta Usahawan Kilang YPU. Selain itu, dua wartawan, Adnan Mohamad dari Utusan Malaysia dan Majidah Ismail daripada RTM pula masing-masing berjaya membawa pulang RM2,500, piala dan sijil penghargaan menerusi kemenangan bagi kategori khas Media.


Ganjaran buat atlet cemerlang K

S

ultan Mizan Zainal Abidin tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar-gambar peserta yang mengambil bahagian dalam RTES Endurance Ride di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini, di mana Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, turut mengambil bahagian.

ecemerlangan atlet dari negeri ini di pentas antarabangsa terus mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Terbaru, 40 atlet yang berjaya memungut pingat pada temasya Sukan SEA Indonesia dan Sukan Para ASEAN Solo Indonesia 2011 menerima ganjaran keseluruhan berjumlah RM134,500. Daripada keseluruhan ganjaran itu, seramai 29 atlet mewakili negara pada temasya Sukan SEA mendapat imbuhan RM85,500 dengan pelumba paling sensasi, Fatehah Mustafa, 23, menjadi atlet yang menerima insentif tertinggi berjumlah RM10,500 selepas memungut tiga emas. Sementara 11 atlet dari Terengganu yang mewakili negara Sukan Para ASEAN Solo Indonesia 2011 mendapat ganjaran berjumlah RM49,000. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said berkata, Terengganu menjadi negeri yang menghantar atlet teramai ke temasya Sukan SEA iaitu 64 orang yang mewakili 9.05 peratus daripada jumlah keseluruhan 658 atlet seluruh Malaysia. ``Semua atlet dan pegawai berkenaan sudah menerima insentif Skim Wakil Negara atau SWARA sebanyak RM1,000 bagi acara individu dan RM750 bagi atlet berpasukan dan jumlah keseluruhan peruntukan yang dibayar RM57,300,”katanya di Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Para Asean, baru-baru ini. ISSN 2180-4737

| PERCUMA | Bil: 53, 15-31 JANUARI 2012

Tengku Muhammad Ismail sertai kuda lasak Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

Y

ang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berkenan menyertai cabaran perlumbaan kuda lasak sejauh 40 kilometer (km) pada RTES Endurance Ride, baru-baru ini. Tengku Muhammad Ismail yang menunggang kuda ‘RTES Annaversary’ mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) bersaing bersama dengan 55 peserta lain dari pelbagai negara. Pelepasan kejohanan itu dilakukan Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Haji Ahmad Said di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu . Turut berangkat menyaksikan pelepasan itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Tiga anakanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua`az dan Tengku Fatimatuz Zahra’turut berkenan berangkat memberi sokongan. Tetamu kehormat yang hadir Pengerusi

Jawat a n ku a s a Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za`abar Mohd Adib; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’Haji Wan Ahamad Wan Muda dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. Berdasarkan keputusan, Noor Nerina Ernie Hashim menunggang kuda `Bilad El’berjaya mengondol tempat pertama manakala Encik Shahruddin Abdullah yang menunggang `Kerbadalan Ammor’selesa berada di tempat kedua dan Muhamad Ziyad Muhamad Hamzah (Reid River Akopoolco) menduduki tempat ketiga. Pada kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu turut menampilkan beberapa peserta berpengalaman lain dengan menyertai kategori sejauh 80 km.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.