Teganukita 21

Page 1

Hubungan akrab Pusat dan negeri: RM884 juta bina IPT

ms - 2

Perusahaan sarang burung walit: Terengganu berpotensi

ms - 4

Produk IKS Terengganu raih jualan RM6.7 juta - Mohamed ms - 22

Bil : 21 (07 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Sekolah Imtiaz setiap daerah TARIKAN BARU…Pengunjung berjalan di atas jambatan gantung bagi melihat lebih jelas dua ekor harimau masing-masing diberi nama ‘Chiko’ iaitu spesies jantan berusia dua tahun dan pasangannya yang lebih tua, ‘Courtney’ berumur tujuh tahun di tempatkan di Zoo Bukit Takal, Kemaman. – Gambar oleh Zulkipli Putra dan Hazwan Roslee (Berita penuh muka 20).

RM15 bilion untuk kemudahan awam 2009-2013 75 peratus perbelanjaannya untuk jalan-jalan utama

Dalam tempoh lima tahun (2009-2013) Terengganu memperuntukkan RM15 bilion untuk perbelanjaan infrastruktur dan kemudahan awam di negeri ini, suatu peruntukan yang cukup bermakna buat

rakyat Terengganu. Dari jumlah tersebut, 75 peratus perbelanjaannya untuk jalan-jalan utama manakala bakinya 25 peratus adalah untuk pelbagai pembangunan infra dan ke-

mudahan awam untuk keselesaan rakyat. Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, YB Yahya Khatib Mohamad memberitahu kos itu juga digunakan lihat ms 2

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz yang bakal diwujudkan di setiap daerah seluruh Terengganu dijangka dapat memenuhi permintaan ramai ibu bapa dan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan sekolah berasaskan pendidikan agama. SM Imtiaz Kemaman yang bakal dimulakan pembinaan pada pertengahan tahun ini merupakan SM Imtiaz kelima di negeri ini selepas SM Imtiaz Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Dungun. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata SM Imtiaz yang sudah siap pelan rekabentuk dijangka akan memulakan kerja menambak tanah pada pertengahan tahun ini. Beliau berkata, pembinaan SM Imtiaz yang mengikut beberapa fasa menelan belanja kira-kira RM50 juta dan mampu menampung kira-kira seribu pelajar pada satu-satu masa. “Dalam tempoh dua tahun lagi, apabila siap (SM) Imtiaz Kemaman, kita akan laksanakan pula SM Imtiaz di dua daerah berikutnya. “SM Imtiaz Kemaman yang kelima.Jadi kita memerlukan dua lagi (SM Imtiaz) bergantung kepada kedudukan kewangan dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi memaslihat ms 3


2

Jumaat, 07 Mei 2010

am

Hubungan akrab Pusat dan negeri : RM884 juta bina IPT Oleh: Aida Abd Rahman Pendidikan dan modal insan menjadi fokus utama kerajaan dalam merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), sekaligus menterjemahkan hasrat negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Kerajaan Pusat yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah kira-kira RM884 juta bagi membina kemudahan dan infrastruktur institusi pendidikan tinggi di seluruh Terengganu sepanjang RMK9. Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan projek pembangunan di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus Kuala Terengganu dan Besut yang melibatkan peruntukan kira-kira RM400 juta. Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri, Haji Ahmad Abdullah, berkata peruntukan RM400 juta itu termasuk kos pembelian tanah UDM Kampus Besut yang bernilai kirakira RM12 juta. Manakala kerja-kerja lain membabitkan membaik pulih perpustakaan Kampus UDM, Gong Badak dengan peruntukan RM22.6 juta dan pembinaan asrama kampus UDM Besut pula melibatkan kira-kira RM20 juta. Haji Ahmad berkata, Kerajaan Pusat turut memperuntukkan kira-kira RM42 juta bagi membina bangunan Jabatan Pembangunan dan penyelenggaraan dan kerja-kerja in-

LPT2 dijangka boleh guna pada 2012

Penduduk melihat model kampus UDM Besut yang sedang dibangunkan di kawasan mereka.

frastruktur UDM Besut. Katanya, selain UDM (dulu dikenali sebagai Kolej Agama Sultan Zainal Abidin),sebanyak 32 projek pembangunan kemudahan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi juga giat dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik di Terengganu. “Kerja menaik taraf UMT selaras dengan keperluan pembangunan pendidikan tinggi negara melibatkan 20 projek dengan kos kira-kira RM340 juta dan pembangunan itu giat dijalankan pihak pemaju bagi memastikan projek siap mengikut jadual,” kata beliau kepada TeganuKita, baru-baru ini. Sehingga kini, pembinaan kolej kediaman pelajar (fasa 1), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi serta sistem kenal pasti frekuensi radio sudah siap, manakala selebihnya berdari ms 1 untuk tujuan menyiapkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT 2), Jabor-Gemuroh. Sebanyak RM200 juta dari peruntukkan itu telah dibelanjakan setakat ini semenjak tahun lalu bagi menyiapkan LPT2 itu agar sasaran dapat digunakan

Lakaran asrama kampus UDM Besut yang melibatkan kos kira-kira RM20 juta di mana peruntukkan itu membabitkan hubungan akrab kerajaan Pusat dan negeri.

jalan mengikut jadual, di mana sebahagian pelaksanaan projek mencapai prestasi sehingga 60 hingga 80 peratus. Manakala kira-kira RM80 juta diperuntukkan bagi kerja pembinaan kemudahan perpustakaan, blok pentadbiran dan stor penyelenggaraan, blok asrama, pusat akademik dan kemudahan sukan UiTM Bukit Besi Dungun . Haji Wan Ahmad berkata, kira-kira RM30 juta disediakan bagi menjalankan kerja pengubahsuaian, penyelenggaraan dan pembinaan bangunan

baru di UiTM Kampus Dungun. “Kerajaan juga memperuntukkan perbelanjaan khusus bagi menaiktaraf dua Politeknik di Terengganu masing-masing Politeknik Kota, Kuala Terengganu melibatkan perbelanjaan RM2.7 juta dan Politeknik Dungun kira-kira RM14.2 juta. “Sementara kerajaan memperuntukkan RM17.2 juta bagi kerja membangunkan Politeknik baru, Politeknik Hulu Terengganu menerusi RMK9,” katanya.

pada 2012 tercapai. “Sehingga ini 75 peratus lebuh raya itu telah siap, insyaAllah boleh digunakan pada tahun 2012, “katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Terengganu baru-baru lalu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Pengerusi PKMM Cawangan Terengganu Dato’ Mohd.Nasir Ibrahim Fikri. Encik Yahya juga memberitahu, adalah dijangkakan sebanyak 10 plaza tol akan dibina sepanjang 183 kilometer lebuh

PMINT ke arah amalan persekitaran berkualiti 5S

Perbadanan Mem- memupuk kesedaran ajukan Iktisad Negeri dan keprihatinan warga Terengganu (PMINT) kerja PMINT terhadap telah mengorak selang- perlaksanaan Sistem kah ke hadapan dalam Amalan Persekitaran pelaksanaan pengurusan Berkualiti 5S di PMINT kualiti yang dinamakan yang bermotokan ‘Memsebagai Sistem Amalan budayakan persekitaran Persekitaran Berkualiti berkualiti’. 5S. Dato’ Haji Zakaria Amalan 5S adalah berkata PMINT telah satu konmenetapkan sep mewusasaran sej u d k a n lama empat persekitaran bulan untuk berkualaktiviti 5S iti secara dilaksanasistematik kan sehingdan prakga mendatikal. pat sijil dan Amalan pengiktiraini menunfan sebagai tut sistem o rg a n i s a s i ‘housekeepyang meing’ untuk DATO’ ZAKARIA AWANG menuhi krimewujudteria dalam kan suasana dan perseki- perlaksanaan 5S. taran tempat kerja yang Katanya perlaksankondusif, kemas dan aan 5S bukanlah meruproduktif di samping pakan aktiviti tambahan membentuk budaya ker- kepada PMINT tetapi ja yang mementingkan dilihat sebagai asas yang kebersihan, keselama- mendokong kepada pentan dan sistematik. ingkatan produktiviti Pengurus Besar dan kualiti serta salah PMINT, Dato’ Zakaria satu langkah penambahAwang berkata PMINT baikan Sistem Pengutelah menetapkan sasa- rusan Kualiti MS ISO ran selama 4 bulan untuk 9001:2008. aktiviti 5S dilaksanakan Majlis yang telah disehingga mendapat sijil adakan ini diharapkan dan pengiktirafan seba- akan memberi pengetagai organisasi yang me- huan dan kefahaman yang menuhi kriteria dalam lebih jelas kepada warga perlaksanaan 5S. kerja PMINT berkaitan Beliau sendiri telah dengan amalan 5S dan melancarkan Perlak- seluruh warga kerja persanaan Sistem Amalan lu bersungguh-sungguh 5S akhir Mac baru-baru bagi merealisasikan hasini. rat pengurusan PMINT Majlis pelancaran untuk memperolehi Sidiadakan di Dewan Be- jil Persekitaran Amalan sar Tingkat 3, Menara Berkualiti 5S dalam temPermint itu bertujuan poh yang singkat.

raya itu dan perundingan berkaitannya akan dibuat dijangka mulai tahun depan. Sementara itu Pengerusi PKMM Cawangan Terengganu, Dato’ Mohd. Nasir berkata lebuh raya adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri selepas ini. “Oleh itu amatlah di-

harapkan ia dapat siap dan digunakan pada 2012 sebagaimana sasaran kerajaan dan rakyat menunggu dengan penuh minat,” katanya ditemui selepas majlis tersebut. Beliau juga berharap kontraktor tempatan turut diberi peranan untuk melaksanakan projekprojek di negeri ini sebagai keutamaan.


Jumaat, 07 Mei 2010

am

3

Harga padi diberi perhatian Majlis menandatangani MOU antara TATiUC dan Al Tatweer

TATiUC Al Tatweer Jordan jalin kerjasama teknikal Oleh: Aida Abd Rahman

KOLEJ Universiti TATi (TATiUC) bakal menjalinkan kerjasama dengan sebuah institusi latihan di Arab, Al Tatweer Jordan, bagi menyediakan latihan teknikal di bidang teknologi pembuatan dan elektronik. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Rektor TATiUC, Dr Mohd Rozailan Bin Mamat @ Ibrahim menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak pada 15 April lalu di Amman, Jordan. Manakala Al Tatweer diwakili oleh Pengarah-

nya Eng. Hashim Al-Majali dan Andelrazzak M Faouri. MoU ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa dan langkah penting bagi TATiUC untuk berkembang di luar negara. TATiUC bersetuju menyediakan kokurikulum dan tenaga pengajar kepada Al Tatweer yang akan menawarkan latihan berbentuk teknikal di Jordan dan dijangka 300 pelajar akan dilatih setiap tahun. Selain itu, TATiUC juga mengadakan perbincangan dengan pengerusi Al Tatweer, Yang Teramat Mulia Putera Asem Bin Nayef. Kerjasama ini akan memberi peluang kepada pelajar Jordan dan negara

“MoU ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa dan langkah penting bagi TATiUC untuk berkembang di luar negara” Arab lain untuk mendalami bidang teknologi pembuatan dan elektronik yang semakin berkembang di Jordan. Sementara itu, Haji Ahmad Razif yang juga Pengerusi TATiUC, dalam ucapannya di majlis menandatangani MoU itu mengucapkan terima kasih

kepada Al Tatweer kerana memberi kepercayaan kepada TATiUC untuk berkerjasama dalam menyediakan latihan kepada pelajar Jordan. “Pengalaman TATiUC yang telah terlibat dalam latihan teknikal selama 17 tahun diharapkan dapat dikongsi sama oleh pihak Al Tatweer. “Program latihan ini akan memberi kebaikan kepada Malaysia dan Jordan, sekaligus menjadikan hubungan antara keduadua negara semakin erat dan kukuh,” katanya. Beliau juga berharap kerjasama ini akan menjadi langkah awal untuk mempromosikan Terengganu kepada penduduk Jordan dan negara Arab yang lain.

dari ms 1

SM Imtiaz kini diuruskan sepenuhnya oleh YT tikan semua daerah akan memiliki Imtiaz pada satu masa nanti,” kata beliau ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SM Imtiaz Yayasan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut Hadir, Pengarah Yayasan Terengganu Haji Azmi Mamat dan Ketua Penolong Pengarah Imtiaz, Encik Mazlan Che Wil. Menteri Besar berkata,

seluruh negara jumlah calon UPSR yang memperolehi 5A kira-kira 48,000 orang, bagaimanapun hanya 8,000 orang sahaja yang dapat mengisi tempat di asrama penuh. Katanya, sehubungan itu, kerajaan tidak mampu memilih semua pelajar berkenaan dan hanya pelajar yang terbaik berdasarkan syarat ditetapkan sahaja dapat memasuki asrama penuh serta sekolah elit.

Dato’ Ahmad berkata, penentuan sekolah elit atau sebaliknya juga boleh berubah bergantung kepada tahap kejayaan pelajar dan pihak pengurusan sekolah masing-masing, selain semua pelajar tidak terkecuali mendapat keputusan yang baik walaupun tidak belajar di sekolah elit. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar menjelaskan SM Imtiaz kini diuruskan sepenuhnya

oleh YT bermula tahun ini. Beliau berkata, YT memiliki keupayaan dan kemahiran bagi mengurus SM Imtiaz sepenuhnya termasuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran, selain mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan mengenai SM Imtiaz yang boleh dilaksanakan menerusi Ahli Lembaga Pengarah.

Kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah petani di negeri yang menghadapi dilema perjualan harga padi lebih rendah daripada pasaran. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kerajaan negeri menerima rungutan dan aduan daripada lebih 2,000 pengusaha padi di kawasan Besut, yang tidak berpuas hati apabila Padi Beras Nasional (Bernas) membeli hasil padi mereka pada harga

katanya. Dato’ Ahmad berkata, oleh itu, kita lihat ada dua alternatif iaitu yang pertama kesediaan Bernas untuk meningkatkan harga beliannya dan kedua supaya Bahagian Kawal Selia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat mengeluarkan lesen kepada syarikat swasta untuk membeli hasil padi petani kita. Ini kerana, beberapa syarikat swasta sanggup membeli pada harga

Kerajaan Terengganu meminta kerjasama Bernas supaya menaikkan semula harga belian padi pada kadar sepatutnya.

RM980 bagi satu tan, berbanding harga pasaran di luar Terengganu pada RM1,300. Katanya, pihaknya meminta kerjasama Bernas supaya menaikkan semula harga belian padi pada kadar sepatutnya dan mengeluarkan lesen kepada syarikat swasta untuk membeli padi hasil keluaran negeri ini, bagi membolehkan petani mendapat kadar pulangan yang sepatutnya. “Kita menerima memorandum bantahan daripada penanam padi di Besut yang menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai harga padi yang begitu rendah. “ Tahun lalu, Bernas membeli padi kita pada harga RM1,150 dan sesetengah kawasan di luar Terengganu RM1,300 sedangkan pengeluaran padi kita semakin baik,”

RM1,200 satu tan. “Saya sudah bercakap dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengenai masalah ini dan beliau bersedia untuk melihat perkara ini. Beliau pun memaklumkan kawasannya juga menghadapi masalah sama,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri barubaru ini.

Kita lihat ada dua alternatif iaitu yang pertama kesediaan Bernas untuk meningkatkan harga beliannya dan kedua dapat mengeluarkan lesen kepada syarikat swasta.


4

Jumaat, 07 Mei 2010

rencana

ANALISIS

Demi kesejahteraan rakyat PENYOKONG Barisan Nasional (BN) berasa amat gembira dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini. Ini tidak terkecuali di Terengganu kerana jentera BN, terutamanya UMNO dari Terengganu turut menyumbang membantu kempen dalam PRK itu , sudah tentu kemenangan yang diperolehi BN amat bermakna sekali bagi mereka. Kemenangan calon BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dari pihak pembangkang adalah petanda baik bagi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak. Memetik kata-kata Perdana Menteri sendiri, kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor kali ini adalah permulaan yang baik kepada parti itu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Beliau menyifatkan keputusan itu merupakan satu sokongan yang sangat besar ertinya kerana BN bertanding di negeri yang dikuasai pembangkang. Pada pilihan raya kecil baru lalu calon BN, P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim. Kemenangan itu diharapkan menjadi inspirasi kepada semua agar BN kembali mantap menguasai negara ini berasaskan peranan parti itu yang sejak sekian lama menabur bakti kepada rakyat. Rakyat perlu melihat perkembangan terbaru ini untuk terus memberi sokongan kepada BN t dan tidak mudah terpedaya dengan dendangan-dendangan yang mengasyikkan dari pihak pembangkang yang kini tembelangnya telah kelihatan di beberapa negeri yang mereka kuasai. Mereka hanya pandai mengatur kata, tetapi apabila diberi kuasa untuk mengurus-tadbir banyak kepincangan dan penyelewengan dilakukan. Bila diberi kuasa mentadbir. barulah mereka sedar rupanya bukan mudah mengurus-tadbir negeri, membuat seribu janji tapi kosong belaka, bahkan sehingga ada yang menjadi lupa diri bila kuasa diberi, buat sesuatu sesuka hati . Rakyat Terengganu sebenarnya sudah ada pengalaman ngeri semasa pembangkang berkuasa di negeri ini. Mahukan yang terbaik, rupanya mendapat yang terburuk sehingga akhirnya rakyat Terengganu terpaksa menolak pembangkang, khususnya PAS dan menerima semula BN. Oleh itu teruskan perjuangan bagi memastikan BN terus menjadi juara rakyat serta dapat meneruskan agenda demi kesejahteraan rakyat jua, sama ada di peringkat negara mahupun negeri.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Perusahaan sarang burung walit: Terengganu berpotensi SEORANG kawan memberitahu bahawa antara perniagaan atau perusahaan yang menguntungkan masa kini ialah perniagaan air liur. Pada mulanya disangkakan maksudnya mendapat hasil melalui kepetahan bercakap atau ‘kelentong’ tanpa mengeluarkan apaapa modal. Rupanya apa yang dimaksudkan itu ialah perusahaan burung walit atau di Terengganu lebih dikenali ‘burung layang-layang’ kerana hasil dari peternakan walit ini adalah sarangnya yang dihasilkan dari air liur burung berkenaan. Sarang (air liur) burung walit ini mempunyai harga yang tinggi, kerana bermanfaat sebagai makanan kesihatan dan perubatan. Bahkan kajian mendapati boleh membantu penjagaan paru-paru, panas dalam badan, melancarkan peredaran darah, membantu pernafasan dan perkuatkan tenaga. Ia juga baik itu penjagaan kulit, bahkan dikatakan melabatkan proses penuaan (awet muda) dan banyak lagi khasiatnya. Ia cukup popular di kalangan bangsa Cina kerana mempunyai sejarah tersendiri. Justeru kerana sejarah penggunaan sarang burung walit sebagai makanan yang berkhasiat telah diketahui oleh masyarakat di negara China sejak beratus tahun yang lalu- sudah terkenal sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644M lagi. Bertepatanlah dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bahawa pelabur dari China dijangka membuat pelaburan sehingga RM50 juta dengan membina sarang-sarang burung walit di beberapa tempat di negeri itu. Menurutnya mereka yang terlibat dalam industri itu mengetahui sarang burung walit dari negeri

Terengganu dijangka menjadi pengeluar sarang burung walit yang utama dan berkualiti di negara ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana burung walit di Terengganu masih baru dan belum tercemar. Baru kita ketahui rupanya setiap bulan kira-kira 100 kilogram sarang burung walit telah dieksport ke Cina dengan harga ribuan ringgit sekilogram, malah boleh mencecah RM25,000 sekilogram, berdasarkan mutunya. Dato’ Ahmad baru sahaja pulang mengetuai rombongan dagang ke Guangzhou, China dan salah satu hasil perbincangan di sana ialah untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeksport sarang burung walit, yakni ‘air liur burung walit’ bermutu tinggi. Difahamkan di Terengganu sebenarnya perusahaan ini telah berlangsung sejak puluhan tahun yang lalu tanpa publisiti yang meluas. Ia dikatakan dipelopori oleh orang-orang Cina Terengganu di Kampung Cina, di Bandar Kuala Terengganu. Dikatakan spesis burung layanglayang itu datangnya dari Laut China Selatan, pulaupulau di laut berkenaan, khususnya Redang. Namun begitu sejak akhir-akhir ini di kalan-

Sarang burung walit bermutu tinggi dan harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

gan orang Melayu sudah ada yang mengusahakan perusahaan ini. Mengikut angka terbaru pengusaha rumah burung walit di Terengganu kini dianggar 100 orang, tetapi dari segi rumah burung mungkin lebih dari itu kerana rumah yang berdaftar dengan jabatan berkaitan ialah 360 buah. Malah menurut sumber Persatuan Pengusaha Rumah Burung Walit Melayu, Terengganu dijangka menjadi pengeluar sarang burung walit yang utama dan berkualiti di negara ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang berikutan galakan kerajaan negeri terhadap penyertaan bumiputera dalam in-

dustri itu. Lokasi Terengganu yang berhadapan dengan Laut Cina Selatan selain mempunyai tasik buatan manusia iaitu Tasik Kenyir yang menjadi kawasan pemburuan makanan burung walit, menjadikan negeri ini strategik untuk industri burung itu. Keadaan itu, sekaligus menjadi penyumbang kepada populasi burung berkenaan di negeri ini untuk berkembang dengan lebih cepat selain kualiti sarang yang lebih tinggi. Jika kita mampu menghasilkan kira-kira 80 hingga 100 kilogram sarang sebulan, itu sudah memadai sebagai permulaan.


recana

BUDAYA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Lagu Anak pelaut Kunyanyikan pantaiku Berwajah ungu Anak-anaknya dalam sedu. Kunyanyikan pantaiku Berbelas lara Rindu dendam anak-anaknya Mengharapkan kasih entahkan tiba. Kunyanyikan pantaiku Retak seribu Paling derita anak-anak di sini Tiada siapa yang bisa tahu Selain dari yang mengalami. Kudengarkan lautku Berlenggang-lenggok Kudendangkan lautku Tempat berpaut. Kudendangkan lautku Pintu hidup Kudendangkan lautku Pintu maut. J.M Aziz 18 Jun 1967

Jumaat, 07 Mei 2010

5

Galeri penyair laut - J.M Aziz “LAUT adalah kehidupan manusia itu sendiri. Puisi adalah penawar jiwa luka saya. Ia memupuk semangat dan jiwa lara saya...” Kata-kata itu adalah merupakan luahan ‘penyair laut’ J.M Aziz. Bagi orang Terengganu nama J.M Aziz sudah tidak asing lagi meskipun beliau telah meninggalkan kita semua lapan tahun yang lalu. Justeru itu ramai ingin melihat kembali karya-karyanya, puisi-puisinya tentang laut, nelayan dan alam kehidupan yang penuh dugaan. Ingin diketahui bagaimana sekarang ini ‘Rumah Puisi’ beliau yang menjadi pengkalan penghasilan karyanya. Ingin diketahui di mana ‘nyior komeng’ yang menjadi bantal tidurnya. Tibatiba kita dikejutkan dengan suatu jawapan yang amat dinantikan. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan mewujudkan Galeri Penyajak J M Aziz yang akan memuatkan hasil karya seni tokoh-tokoh sasterawan dari negeri itu, khususnya J.M Aziz dan yang seangkatan dengannya. Sungguh murni cadangan ini. Sumbangan J.M Aziz dalam budaya dan sastera menyegarkan alam kehidupan dan tidak kurangnya membawa Terengganu menjadi tersohor. Alam yang penuh berarus dan bergelombang, alam ini juga penuh keindahan berseriseri. Ia adalah alam laut yang diterokai J.M Aziz dengan bait-bait puisi yang lembut tetapi berbisa bagai obor-

obor. Beliau pernah menggunakan beberapa nama samaran yang lain seperti Aziz Rahman, Indera, Aziz Abd. Rahman, Azizah A. Rahman, Ibnu Rahman dan juga Jiwa Merana. Namun nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman dilahirkan pada 3 November 1934 di Kampung Hujung Tanjung, Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pada tahun 1965 beliau disahkan mengidap penyakit kusta dan di rawat di Pusat Pemulihan Penyakit Kusta di Sunga Buloh, Selangor. Akibat daripada itu beliau tidak dapat melihat dan sebahagian daripada anggotanya cacat. Meskipun begitu mata hatinya tetap bercahaya. Puisi-puisi terus berkumandang dari Rumah Puisinya di Kampung Baru Seberang Takir, berhampiran dengan rumah YB Haji Ahmad Razif. Justeru itulah barangkali penghayatan beliau sejak kecil lagi (YB Haji Ahmad Razif dilahirkan pada tahun 1965) terhadap kehidupan dan sumbangan J.M Aziz mem-

beri ilham untuk Haji Ahmad Razif terpanggil mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan bagi mewujudkan galeri J.M Aziz. Lantas persetujuan kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Haji Ahmad Said untuk merealisasikan hasrat itu memberi makna bahawa sastera dan budaya negeri ini terus berada di tengah gelanggang pembangunan. Semoga keluarga, anak-cucu penyajak yang terkenal dengan lirik ‘Penyu Menangis” dan puisi penuh simbolik ‘Pengantin Laut” gembira mendengar khabar gembira ini. Semoga roh Allahyarham J.M Aziz dan arwah isterinya Lijah Daud, dicucuri rahmat Illahi jua.


6

Jumaat, 07 Mei 2010

BULAN Mei adalah bu- jang kukuh kerana sikap WAKAF RAKYAT lan bersejarah bagi ahli- bersatu padu di kalangan ahli UMNO, malah seOleh: PUTERA PESISIR AIR jarahnya itu adalah milik keseluruhan rakyat Malaysia. Sejarah mencatatkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, adalah hasil daripada bersatunya orang Melayu untuk menentang penjajahan dan kesedaran terhadap penindasan golongan penjajah ini, lebih-lebih lagi apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union. Penubuhan UMNO 64 tahun yang lalu itu adalah satu kesatuan yang besar dalam membawa orang-orang Melayu menyelami erti perjuangan. Penyatuan orang-orang Melayu melalui Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah membawa ketetapan untuk mewujudkan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu. Tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Hasilnya, penubuhan Malayan Union gagal dan turunnya bendera ‘Union Jack’ membuktikan bangsa Melayu mampu untuk bersatu hati, berganding bahu dan membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara. Halhal yang bersangkutan dengan masa hadapan negara tidak boleh dianggap sebagai satu permainan. Perjuangan suci ini perlu diteruskan. Agama dijadikan landasan, bangsa dikehadapankan dan negara pantang dipertaruhkan. Persekutuan Tanah Melayu, Malaya dan seterusnya penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sealiran dengan perjuangan UMNO sendiri. Kita membina negara ini secara bersama dengan rakan-rakan dari pelbagai lapisan bangsa, itulah semangat dan ketulusan UMNO sejak dahulu lagi. UMNO berperanan dalam mencorak hala tuju dan jatuh bangun Malaysia bersama-sama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. UMNO wujud kerana bangsa Melayu bersatu dan kini UMNO berkembang dan bertun-

ahlinya sendiri bersama dengan parti komponen lain dalam BN.

Perjuangan suci ini perlu diteruskan. Agama dijadikan landasan, bangsa dikehadapankan dan negara pantang dipertaruhkan. Persekutuan Tanah Melayu, Malaya dan seterusnya penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sealiran dengan perjuangan UMNO sendiri.

rencana

Mengingati hari lahir UMNO ggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu pada akhir ucapannya sebagai pengerusi dalam Kongres Melayu Se-Malaya 1946, Pesan Dato’ Onn: Bersatulah sebagaimana belum kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadapi merbahaya . Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan akan jaya citacita kita itu. Perjalanan 64 tahun sepanjang usia UMNO

akan gelap dan akan bertambah gelap jika tidak ada persefahaman dan perpaduan. Perpaduan dan persefahaman itu bukan sahaja sesama mereka, tetapi dengan kaumkaum lain di negara ini. Justeru itulah hari ini atas orang-orang Melayu dengan kerjasama bangsabangsa lain di negara ini atas nama permuafakatan bersama, milik bersama negara tempat berlindung ini- tiada lagi bumi lain, melainkan bumi Malaysia ini, tanah tumpahnya darah kita- maka 1 Malaysia dijelmakan oleh pucuk pimpinan untuk penghayatan kita. Relevannya perjuan-

ALLAHYARHAM DATO’ ONN JAAFAR

Gambar ini diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957.

Penyatuan orang Melayu dibuktikan melalui Kongres Melayu Se-Malaysia pada Mac 1946

Bantahan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.

Jika umat Melayu bersatu padu, utuh dan kukuh tidak mustahil ketenteraman dan keamanan yang dicapai dan sedang dinikmati ini akan berpanjangan, jika sebaliknya tidak mustahil juga kehancuran dan kesengsaraan akan menimpa. Bangsa Melayu perlu sentiasa ingat seruan Dato’ Onn untuk menin-

ini adalah berlandaskan maruah bangsa Melayu dengan perpaduan dan ke muafakatan menjadi teras utama. Menumbangkan Malayan Union adalah satu permulaan perjuangan dan pengisian selepas itu adalah satu wawasan utama. Dato’ Onn pernah menelah bahawa masa hadapan orang Melayu

gan UMNO hari ini adalah kerana agama, bangsa dan negara itu sendiri. Relevannya perjuangan Barisan Nasional untuk menunaikan tuntutan masyarakat majmuk di negara tercinta ini dan relevannya 1 Malaysia sebagai perakuan kebersamaan kita sekalipun berbeza keturunan, agama dan budaya, dalam mem-

pertahankan bumi tercinta ini. Sepanjang lebih 64 tahun pelbagai suka duka telah dilalui, onak dan ranjau berduri telah dirintangi dan pelbagai spekulasi dapat ditepis UMNO. Ini pusaka suci untuk generasi akan datang, anak bangsa pewaris negara, UMNO, Barisan Nasional dan 1 Malaysia

adalah satu perjuangan yang akan menjadi pusaka kepada generasi pelapis akan datang. UMNO, Barisan Nasional dan 1 Malaysia sebagai wadah perjuangan, menjadi landasan untuk merintis kegemilangan dan menjadi bangsa Melayu dan rakyat Malaysia terbilang.


2 Bil. 21 (07 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

tk

ms 11

Lawatan ke Guangzhou China bawa kejayaan ms 12 & 13

Bukit Wan ditadbir ikut zon ms 14

Isteri pemimpin dampingi rakyat ms 15


2

Jumaat, 07 Mei 2010

YB TURUN PADANG

tk

Hak rakyat tetap kepada rakyat - YB Yahya ketika menyampaikan hak milik tanah.

8

Tidak mengira kaum, YB Yahya Khatib tetap mengambil cakna kehendak penduduk.

Penduduk begitu mesra dengan YB Yahya Khatib apabila bersua.

Yahya menjadi iman dan khatib OLeh: Esah Abdullah Hasratnya untuk mendekati dan mendengar bisikan semua 20,300 pengundi dalam kawasan jagaannya termasuk 900 pengundi Cina yang telah menganugerahkan gelaran ‘Yang Berhormat’ kepadanya. Namun apakan daya bagi seorang insan biasa yang bernama Yahya bin Khatib Mohamad, 53, untuk menggapai impiannya yang amat terbatas kerana waktu terluang begitu terhad untuknya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan ini mula berhadapan dengan situasi baru setelah memenangi Pilihan Raya Umum pada 2004 dan dari tarikh tersebut masanya banyak bersama ahli masyarakat daripada keluarga sendiri. Namun itulah hakikat yang perlu diterima apabila menceburkan diri dalam kancah politik, gerak gerinya menjadi perhatian dan kadang-kadang kritikan datang bertali arus tanpa usul periksa lagi. “Biasalah berada dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum, macam-macam cerita ada, apa lagi di kawasan saya ni Ahli Parlimennya milik parti pembangkang,” kata YB

Yahya bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu. Sebagai seorang graduan yang memegang ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam jurusan Undang-Undang Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, sikapnya sentiasa merendah diri dan akur pada ketentuan Ilahi. “Selagi terdaya, saya akan terus pikul amanah yang besar ini dan membantu golongan yang tidak bernasib baik. Setiap malam selepas solat

isyak saya menerima kunjungan jiran taulan jauh dan dekat,” kata bekas Pengurus Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wilayah Timur. “Setiap Jumaat saya akan menunaikan solat Jumaat bergilir-gilir di masjid berlainan serta diberi kepercayaan oleh imam masjid untuk membaca khutbah Jumaat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri. Hendak seribu daya, itulah yang di-

lakukannya apabila 46 buah kampung dalam kawasannya dikunjungi secara bergilir-gilir di samping ‘makan besar’ setiap lepas solat Jumaat kerana menjadi rutin, seekor lembu akan tumbang pada mana-mana kampung yang dikunjunginya setiap minggu. Boleh dilihat dalam dua situasi terlalu sibuk dan terlalu santai, sikapnya yang ceria dan terbuka disenangi penduduk kampung kerana mudah ditemui,serta senang didekati dan sentiasa ringan hulur bantuan.

Bersama penduduk menjayakan gotong-royong mengindahkan Penduduk boleh menyelesaikan urusan harian di Pos Mini Pangkalan Berangan. kampung.


Jumaat, 07 Mei 2010

Perubahan besar DUN Pengkalan Berangan

“Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta sayap parti, seperti Wanita, Pemuda dan Puteri banyak membantu menyeleraskan program di peringkat kampung,” katanya yang menjadi Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) Agama Marang dan SM Wakaf Tapai.. YB Yahya aktif dalam politik sejak tahun 90an lagi dan mula memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Bukit Guntong (1999 - sekarang), AJK UMNO Marang (1999 – 2003), Setiausaha UMNO Bahagian Marang (2004 – 2008), Pengerusi DUN Pengkalan Berangan (2004 - sekarang) dan mula memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang sejak 2008 hingga sekarang. “Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang amat memahami tugas saya dan turun berjalan rumah ke rumah bersama wanita cawangan bertemu mesra dengan warga emas dan orang kurang upaya,” katanya yang dikurniakan 12 cahaya mata. Selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, waktu siang dipenuhi dengan mesyuarat dan majlis yang rasmi manakala waktu malam masa paling sesuai keluar bertemu rakyat di mana sahaja. Beliau berpegang teguh pada dasardasar kerajaan dan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ menjadi inspirasi beliau untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

BIODATA

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Parlimen Marang berdepan perubahan besar apabila beberapa projek mega bakal dilaksanakan di samping kewujudan beberapa projek kecil untuk kemudahan masyarakat setempat. “Ini termasuklah pembinaan bangunan Akademik Bomba fasa ke dua yang menelan belanja RM80 juta,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, YB Yahya Khatib Mohamad. Katanya,sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berharga RM200 juta akan dibangunkan di Bukit Parit, Marang yang kini dalam proses akhir dan dijangka dapat dimulakan tahun depan. Pusat Latihan Khidmat Negara di Kampung Temala yang berharga RM6 juta sedang dalam pembinaan. dan dijangka siap tahun depan. Pusat ini dapat menampung 3,000 peserta pada satu-satu masa. Perancangan pembinaan sebuah kem tentera di kawasan seluas 80 hektar di Kampung Jenang dengan kos RM100 juta dan pembinaan Pusat Pelupusan Pepejal di Kampung Jerong dengan kos RM50 juta. Katanya, kawasan seluas 14 hektar sudah dikenal pasti di Wakaf Tapai bagi tapak pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz yang menelan belanja RM50 juta “Saya juga tidak pernah menghampakan permintaan masyarakat setem-

Nama: Yahya bin Khatib Mohamad Tempat lahir: Kampung Binjai Rendah, Marang

Masjid baru di Kampung Kubu.

Tarikh Lahir: 15 September 1957 Nama Isteri: Rosnani binti Ngah Bil; Anak: 12 orang ( 7 lelaki – 5 perempuan) Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda, Kepujian UndangUndang Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Klinik kesihatan Pengkalan Berangan.

pat untuk memiliki tempat beribadat yang selesa dan sebuah masjid berharga RM5 juta sedang dibina di Kampung Pengkalan Berangan,” katanya kepada Teganukita di pejabatnya barubaru ini. Sudah empat buah masjid baru telah dibina sejak beliau menjadi wakil rakyat enam tahun lalu iaitu, masjid Kampung Kubu, Cherang Cina, Binjai Rendah dan Padang Mengkuang. “Ini semua menjadi kewajipan saya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa menyokong projek-projek kerajaan yang dilaksanakan,” katanya. Jalan raya memain peranan penting dalam kehidupan seharian oleh itu jalan utama dari Durian Guling ke Wakaf Tapai diperbesar menjadi empat lorong dan akan dimulakan pada pertengahan tahun ini. “Sebatang jalan baru turut dibina bermula dari Kampung Kubu ke Felda Chador, Hulu Terengganu dengan anggaran perbelanjaan RM40 juta,” katanya. “Penduduk sekitar Taman Safiah Murni juga akan mendapat laluan yang selesa apabila projek pembesaran jalan raya dari taman itu ke Durian Guling akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi,” katanya. Pembinaan pasar baru dua tingkat di Binjai Rendah yang berharga RM3.5 juta amat dinanti-nanti oleh penduduk sekitar dan projek ini dijangka siap akhir tahun ini.

2 tk


2

Jumaat, 07 Mei 2010

Pesilat pentas antarabangsa

IKON ANAK TERENGGANU

tk

MOHD HAFIZ

10

Oleh: Aida Abd Rahman. Kilauan empat pingat emas pesilat negara disumbang Mohd Hafiz Mahari (putera kelas A), Mohd Fauzi Khalid (putera kelas F), Faizal Abdullah (putera kelas H) dan Emy Latip (puteri kelas C), di Vientiane, Laos, hujung tahun lalu. Kejayaan sekaligus berjaya menebus kehampaan hanya sebutir pingat perak yang diperolehi di Sukan Sea Korat 2007. Sebalik kalungan pingat berharga yang dihadiahkan empat pesilat berkenaan, seorang daripadanya merupakan anak Terengganu yang dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman. Ternyata kelibat Mohd Hafiz, 23, yang pertama kali menyertai pasukan negara dalam pertandingan pencak silat putera kategori A (45 50 kilogram) di pentas Asia memberi hasil di luar dugaan. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai membuka lembaran baru buat sukan mempertahankan diri itu selepas membantu mengutip emas ke-35 negara yang juga emas ketiga untuk pasukan pencak silat yang sebelum ini sekadar mengutip satu perak di Sukan Sea Korat. Mohd Hafiz menghadiahkan emas negara selepas menyingkirkan pesaingnya dari negara tuan rumah, Laos, Akhe Botsavang ketika beraksi di pentas final. Pingat gangsa dimenangi Niphon Jantaro dari Thailand. “Detik meraikan kejayaan itu sukar saya lupakan. Itu adalah permulaan yang baik dan saya bukan

hanya menewaskan lawan yang juga peserta tuan rumah, tetapi turut menewaskan keriuhan dan sokongan padu penyokong tuan rumah yang ketika itu terlalu mengharapkan emas pertama dari silat,” kata Mohd Hafiz mengenai momen bersejarah yang dicipta pada 17 Disember 2009 itu. Kehebatan dan ketangkasan anak sulung daripada lima beradik yang lahir pada 11 Ogos 1987 di medan persilatan bukan diwarisi daripada keluarga, sebaliknya hanya dicungkil daripada penyertaan sekadar `sukasuka’ ketika berusia sembilan tahun lagi. “Dari situ pasukan silat kami sering diundang membuat persembahan di majlis keramaian, kenduri perkahwinan dan program kerajaan,” kata pemuda berbintang Leo itu. Ibarat jatuh cinta pandang pertama, Mohd Hafiz yang berkhidmat di Majlis Perbandaran Kemaman setia mendalami seni silat menerusi Kelab Tapan Tiga yang aktif di kampungnya dan mula mewakili daerah dan negeri bermula pada 2005. Berdikit menuntut ilmu, kini anak pasangan Mahari Harun, 50 dan Haliza Mansor, 44, yang banyak terhutang budi serta menerima ilmu seni mempertahankan diri daripada jurulatih silat pasukan Terengganu, Mohd Shahrul Fahmi Abu Bakar itu terus mendaki puncak ilmu persilatan. Lantaran kejayaan di peringkat antarabangsa, Mohd Hafiz berazam mengekalkan kecemerlangan mempertahankan kilauan emas

Meraikan saat kegembiraan di Sukan Sea Korat.

pada temasya dwi tahunan yang bakal diadakan di Indonesia tahun depan, selain mahu meraih kejayaan di Kejuaraan Silat Dunia 2010 di Singapura, November ini. Menurut Mohd Hafiz, Sebelum beraksi di Laos, dia bersama pesilat negara berpeluang beraksi buat kali pertama sebagai pesilat jemputan di Asia Beach Games

Selain diri sendiri, dia juga sentiasa mengharapkan sokongan semua pihak terutama penggiat sukan, sekaligus menjadikan ganjaran kemenangan yang diterima di peringkat kebangsaan dan negeri sebagai perangsang terus meledakkan kejayaan. “Selain mempertahankan pingat buat negara, saya juga berhasrat menerus-

Bersama rakan seperjuangan.

Bali pada 18 hingga 22 Oktober 2008. Pendedahan awal di luar negara itu tidak memihak kepadanya, apabila tewas ketika pertarungan separuh akhir menentang pesilat Thailand, Niphon Jantoro. Dalam kejohanan itu, Malaysia berada di tangga ketiga di belakang juara keseluruhan Indonesia dan tempat kedua, Vietnam. Atlit yang turut meminati sukan futsal dan bola sepak itu sentiasa memotivasikan diri dan meletakkan asas disiplin sebagai keutamaan ketika menjalani latihan yang padat supaya matlamat dan hala tuju sebenar dapat dikotakan.

kan kesinambungan seni mempertahankan diri Melayu ini. Jika bukan generasi muda siapa lagi yang akan memainkan peranan itu kerana bagi saya bukan sekadar senjata mempertahankan diri, silat adalah satusatunya warisan mewakili identiti Melayu nusantara yang mesti dipertahankan,” katanya yang giat menjalani latihan di Bukit Jalil sebagai persiapan menjelang kejohanan dunia kelak. Biarpun arus kemodenan mengubah nilai bangsa, Mohd Hafiz tidak mahu seni mempertahankan diri Melayu itu tergadai kerana seni itulah benteng untuknya

membentuk jati diri sebagai anak Melayu sejati. Katanya, mempelajari silat pada mata kasar hanyalah untuk mempertahankan diri, sedangkan yang sebenarnya ilmu persilatan hanya boleh dikuasai jika seseorang itu mempunyai semangat untuk muncul sebagai yang terbaik.

“Detik meraikan kejayaan itu sukar saya lupakan. Itu adalah permulaan yang baik dan saya bukan hanya menewaskan lawan yang juga peserta tuan rumah, tetapi turut menewaskan keriuhan dan sokongan padu penyokong tuan rumah yang ketika itu terlalu mengharapkan emas pertama dari silat”


Jumaat, 07 Mei 2010

2 tk

Saudagar ikan keli bio-kanvas

Menjana pendapatan peserta melalui perkembangan perniagaan syarikat dan memproses serta memasarkan produk ikan keli di pasaran tempatan dan luar negara antara misi syarikat Amir Saudagar Sdn. Bhd (ASSB). Syarikat yang ditubuhkan hampir setahun lalu turut dinaungi Al Muhandisu Farm Technologies Sdn. Bhd dan Birkatus Qurmutun Resources Sdn. Bhd menawarkan perkhidmatan menternak ikan keli secara berkelompok melalui sistem bio- kanvas. Sistem itu pasti menjanjikan ternakan berkualiti tinggi dan tahan lasak berikutan kandungan ammonia, alkali dan kalsium dalam air sentiasa diselia kakitangan berpengalaman. Di bawah tiga syarikat itu, seramai 35 kakitangan, termasuk unit operasi, pemasaran dan pentadbiran setia membantu menjalankan urusniaga yang turut memberi latihan dalam perniagaan, menjual makanan dan anak benih ikan keli. Pengurus Operasi ASSB, Encik Nazri Zakuan, berkata matlamat utama syarikat adalah mempelbagaikan produk buatan tempatan untuk membantu menjana ekonomi negara sekaligus menaik taraf dan mempromosi industri pembuatan Malaysia di persada antarabangsa. Syarikat itu katan-

BISNES

“Merancang mengetinkan ikan keli dan menghasilkan makanan seperti nugget, bebola ikan, fillet, serunding dan makanan ringgan”

11 n luar lokasi. pasara asuki m e m “Peserta boleh melihat seakal r negara. a SSB, b akan Aseterusnya lu n cara dekat, kaedah ASSB memr e t il Has ganu dan ya, membantu bela ikan keli masing-masing yang Tereng

mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan masyarakat serta memajukan ekonomi penternak ikan keli yang sedia ada dan mengkormesialkan produk berasaskan ikan air tawar. “Perkhidmatan ASSB kini mendapat penyertaan 72 peserta terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), orang perseorangan, pesara, kakitangan kerajaan dan swasta. “Untuk melengkapkan misi syarikat, pihaknya bersedia menerima 600 peserta dalam satu pusingan atau tiga bulan kadar tempoh matang ikan keli,” katanya ketika ditemui Teganukita di pejabatnya, di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. Menurutnya, perniagaan ASSB dianggap istimewa berbanding syarikat penternakan lain kerana peserta hanya perlu mengeluarkan modal pada harga berpatutan tanpa perlu bersusah payah menternak, mencari pasaran dan menyediakan

Mutu ikan keli hidup sentiasa dikawal sebelum dijual kepada pembeli.

diselia khas oleh kakitangan bertauliah. “Apabila hasil ternakan peserta membesar dalam tempoh lebih kurang 90 hari, unit pemasaran akan bergerak ke lokasi yang ditetapkan, antaranya pasar tani, pasar basah, pelbagai restoran dan kedai makan sekitar Terengganu,” katanya. Katanya, hasil ternakan ASSB, bakal memasuki pasaran luar Terengganu dan seterusnya luar negara berdasarkan permintaan peserta yang ingin turut serta dalam bidang ini. “Produk yang dihasilkan sangat istimewa kerana ikan keli yang diternak hanya diberi makan produk berasaskan soya dan bukannya perut ayam atau pelbagai jenis makanan tidak berkhasiat. “Hasil jagaan menggunakan biokanvas , warna badan ikan kelihatan putih dan tidak hanyir. Keadaan ini cukup berbeza dengan hasil ternakan menggunakan tanah sebagai habitat,” katanya. Encik Nazri berkata, ASSB mempunyai beberapa strategi dalam

Pekerja dan juga peserta yang berpadu tenaga menjayakan misi syarikat Amir Saudagar Sdn. Bhd. (ASSB)

ENCIK NAZRI ZAKUAN memaju dan memperkenalkan nama syarikat di pasaran tempatan dan luar negara. “Ini termasuk menyediakan kawasan seluas tiga hektar untuk menjayakan projek bersama JKKK dan program ini bakal mendapat bantuan daripada kerajaan negeri. “Dalam masa terdekat, pihaknya turut merancang mengetinkan ikan keli dan menghasilkan makanan seperti nugget, bebola ikan, fillet, serunding dan makanan ringgan,” katanya. Untuk pasaran lebih meluas, ASSB mencari alternatif tersendiri bertujuan mendapat kepercayaan pelbagai pihak, termasuk menyertai ekspo anjuran kerajaan negeri, mengadakan promosi bergerak di beberapa lokasi strategik, memperkenalkan produk melalui panggilan telefon dan secara berdepan. Kaedah itu nyata mendapat sambutan membanggakan kerana ramai individu tampil untuk menyertai program yang ditawarkan melalui pembayaran dengan harga ditetapkan. Peserta terlebih dahulu menjalani latihan yang disediakan sebelum menceburi perniagaan ini yang pasti menjanjikan keuntungan membanggakan.

Kaedah ASSB membela ikan keli masing-masing yang disedia khas oleh kakitangan bertauliah.


12 12

Jumaat, 07 Mei 2010

Lawatan ke Guan China bawa keja LAWATAN Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ke Guangzhou, China pada 22 April lalu bakal menarik pelaburan melebihi RM1 bilion. Selain menyediakan pernerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk memudahkan hubungan dua hala, lawatan tersebut membuka pintu untuk kemasukkan pelabur. “Saya telah berjumpa dengan beberapa pelabur yang ingin membuat pelaburan di Terengganu. Selain berminat untuk melabur dalam perusahaan menternak burung walit, mereka juga ingin membina kilang besi di sini dan cadangan

Jus Roselle.

itu telahpun diluluskan oleh kerajaan negeri,� katanya. Pelabur dari China dijangka membuat pelaburan sehingga RM50 juta dengan membina sarang-sarang burung walit di beberapa tempat di negeri ini. Mereka yang terlibat dalam industri berkenaan mengetahui sarang burung walit dari Terengganu mempunyai kualiti yang tinggi kerana burung walit di Terengganu masih baru dan belum tercemar. Sehingga ini, setiap bulan kira-kira 100 kilogram sarang burung walit telah dieksport ke Cina dengan harga boleh mencecah RM25,000

seki B mili peri pela D ran ang akhi B eras pat m dud


Jumaat, 07 Mei 2010

13

WARISAN ALAM

Limau Kayu (Crescentia cunete)

angzhou ejayaan sekilogram. Beliau juga memberitahu, sebuah kilang besi milik pelabur dari China akan dibina di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini dengan pelaburan bernilai RM1 bilion. Dato’ Ahmad berkata, kerja-kerja pengukuran dan penyediaan tapak bagi pembinaan kilang itu telahpun dilakukan dan dijangka selesai akhir tahun ini. Beliau berkata, apabila kilang itu mula beroperasi pada akhir tahun hadapan, ia dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada 800 penduduk tempatan pada peringkat awal.

Khasiat: Gastrik, sakit jantung, senggugut dan sakit kepala Kaedah: -Air rebusan akar limau kayu perlu direbus sebelum diminum bagi menguarangkan Gastrik, sakit jantung, senggugut. -Picit buah dengan menggunakan kuku sehingga mengeluarkan bau dan menghidunya untuk merawat sakit kepala. Keistimewaan: - Boleh membesar sehingga ketinggian lapan hingga sepuluh meter, mempunyai keistimewaan daun berbentuk tirus dan nipis dan berbunga bulat. - Kulit buah agak keras serta berbau wangi dan isinya berwarna putih kebiruan. Kaedah Pembiakan: - Keratan batang dan biji benih

JUADAH TERENGGANU Bahan-bahannya; 3 ekor ikan kembong 5 ekor ikan selayang ½ biji kelapa tua (buat inti) 7 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 hiris halia 2 hiris lengkuas 2 sudu lada lumat 1 camca ketumbar ½ camca jintan manis Sedikit belacan, asam jawa dan gula

Sarak Ikan

Cara Membuatnya; • Ikan kembong dibelah belakang dan buang tulang tengah. Kikis sedikit isinya tetapi jangan sampai habis • Ikan selayang dibersih ambil isinya. • Kelapa diparut. • Ambil isi ikan dan ditumbuk hingga lumat. Masukkan kelapa dan tumbuk lagi hingga betul-betul hancur. • Masukkan rempah yang ditumbuk, ambil belacan dan asam jawa diramas dengan sedikit air dan tuangkan airnya ke dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaulkan hingga sebati. • Ambil ikan kembung yang dibelah belakang dan masukka isi ikan yang digaul hingga penuh didalamnya. • Selepas itu bolehlah dikukus atau direbus dengan sedikit santan hingga masak.


2

Jumaat, 07 Mei 2010

“Untuk memudahkan pentadbiran di peringkat kampung, ianya dipecahkan kepada empat kawasan iaitu zon A, B, C dan D,”

Bukit Wan ditadbir ikut zon

BAKTI JKKK

tk

- Chek Harun Ismail. Pengerusi JKKK Bukit Wan.

14 Oleh: Esah Abdullah Layari saja www. bukitwan.blogspot. com akan terpaparlah sebuah perkampungan tradisional dihiasi sawah padi yang menghijau, dikelilingi bukit bukau dan apabila menjenguh ke kawasan kediaman yang redup diteduhi pokok buahbuahan. Setiap majlis yang dianjurkan, aktiviti kesukanan, pertandingan permainan tradisional, perjumpaan muhibah, gotong royong bersih kampung, bumi hijau serta ternakan kambing dan lembu pasti dirakam dan di masukkan ke dalam blog untuk tatapan semua. Begitu juga, sesiapa ingin mencari seseorang, perhatikan pelan susun atur kedudukan 119 buah rumah yang terpacak di sempadan kampung, pasti boleh dijadikan panduan untuk menuju ke rumah yang ingin dikunjungi. Itulah gambaran

awal sebuah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang mempunyai geografi menarik dimana sebahagiannya berada dalam daerah Kuala Terengganu dan sebahagian lagi dalam Parlimen Setiu. “Untuk memudahkan pentadbiran di peringkat kampung, ianya dipecahkan kepada empat kawasan iaitu zon A, B, C dan D,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bukit Wan, Chek Harun Ismail, 58. Setiap zon seorang ketua dilantik bagi mengurus kebajikan sekurang-kurangnya 30 keluarga disamping menyusun aktiviti di peringkat zon. masingmasing. Dengan keluasan 107.6 hektar lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti air, eletrik, jalan raya,, sekolah kebangsaan, masjid, klinik desa, bangunan Tabika

Kemudahan dan kelengkapan yang moden selaras dengan arus pembangunan masa kini.

Kemas, bangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), bangunan Gerakan Daya Wawasan (GDW) padang bola, Futsal dan bola jaring. Walaupun terpisah kira-kira 21 kilometer dari pusat bandar, 561 penduduk hidup dalam keadaan harmoni dan tidak pernah terpinggir dari arus pembangunan dan pendidikan. Hasil kesedaran dan usaha keras ibu bapa, guru dan pelajar serta pelbagai kemudahan dan kelengkapan pembelajaran yang disalurkan pihak kerajaan, setakat ini terdapat 15 orang anak kelahiran kampung ini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dalam negara manakala empat orang berjaya menuntut di universiti luar negara. Hidup yang saling muafakat dan sikap tolong menolong, lebihlebih lagi tertubuhnya beberapa persatuan seperti Belia 4B, persatuan bola sepak, bola

n mempunyai Kampung Bukit Wan. na arus pembangu

jaring, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Ikatan Relawan Rakyat (Rela), pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri ternyata banyak membantu menjayakan aktiviti untuk masyarakat kampung. Kewujudan birobiro dalam JKKK seperti biro keselamatan yang mampu mengekang gejala tidak sihat, biro Pendidikan, Kebajikan dan Sosial, Islam Hadhari, Hal Ehwal Wanita, Kesenian dan Kebajikan. “Setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan mendapat kerjasama erat daripada golongan remaja, pertengahn dan orang-orang lama yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepanjang masa,” katanya..

Kejayaan dibuktikan apabila dianugerahkan tempat ketiga Desa Cemerlang peringkat daerah.

Pernah memenangi beberapa pertandingan kebersihan dan keceriaan kampong peringkat daerah dan negeri dan yang terbaru (2009) mendapat tempat ke tiga dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) daerah Kuala Terengganu. “Pegiktirafan atau anugerah bukanlah sasaran utama tetapi kebersihan dan keceriaan melebihi segalanya, kerana daripada aura tersebut masyarakat akan dapat menjalani kehidupan yang tenang dan harmoni,” katanya. Mengambil iktibar dan pesanan pengasas kampung ini Wan Seman atau Ayah Ku supaya menjalin hubungan baik antara jiran dan kekalkan semangat perpaduan kalangan masyarakat. Mengikut cerita dari orang terdahulu, Ayah Ku yang berketurunan raja dan berdarah pendekar, disegani ramai kerana tebal ilmu agamanya. Berasal dari bandar Kuala Terengganu menaiki sampan menyusur Sungai Terengganu kemu-

ir dari

ktar tidak terpingg

keluasan 107.6 he

dian memasuki Sungai Nerus dan singgah di tebing Sungai Tepoh. Bersama seorang rakan beliau singgah kesuatu kawasan hutan yang belum diterokai lalu membina pondok untuk berteduh dan mula membersih kawasan untuk dijadikan kebun. Sejak itu ramai mengikut jejak langkahnya membuk kawasan kebun dan mereka kemudiannya sepakat menamakan tempat itu Bukit Wan sempena nama beliau. Kata Chek Harun, kesepakatan dan kerjasama penduduk setempat melancarkan setiap perjalanan aktiviti dibantu sikap ringan tulang golongan muda tambah mengharumkan lagi nama kampung di mata ramai. Beliau turut mengalu-alukan sebarang saranan dan teguran daripada orang ramai atau rakan JKKK lain untuk berkongsi idea dalam mentadbirkan masyarakat kampung pada masa-masa akan datang melalui emel; bukitwan@yahoo. com..


Isteri pemimpin dampingi rakyat Oleh: Suriati Ali Isteri wakil rakyat disarankan supaya bersama-sama dengan suami dengan mendampingi dan membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan menjadikan itu sebahagian rutin selaras dengan konsep “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan memegang gelaran isteri wakil rakyat tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu menyokong suami dalam menjalankan tugas dan menghadirkan diri dalam program tertentu, tetapi berkhidmat bersama-sama. Menurut beliau, para isteri pemimpin perlu mempamerkan teladan dan budi pekerti yang baik serta mudah mesra di samping perlu turun pandang sekiranya penduduk setempat memerlukan bantuan. “Sikap seperti ini, secara tidak langsung memberi impak positif kepada suami yang sentiasa berdamping bersama rakyat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung kali Ke-23 Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat Terengganu (Serikandi) dan Kempen `Kami Prihatin’ bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, di Dewan Sri Amar, Chu-

kai, Kemaman barubaru ini. Dalam perkara lain, Dato’ Ahmad megharapkan ibu bapa jangan menumpukan menumpukan perhatian kepada anak kecil sahaja dan membiarkan anak yang sudah remaja, membawa haluan masing-masing. “Didikan seperti ini, akan membawa kemudaratan kerana anak remaja akan menganggap diri mereka sudah tidak dipedulikan ibu bapa. “Oleh itu, mereka mudah mencari jalan melakukan akiviti tidak berfaedah seperti terlibat dengan dadah, pergaulan tanpa batas dan merempit,” katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Norliza Mahmud berharap masyarakat terutama ibu bapa sewajarnya prihatin, serius dan telus dalam menangani gejala sosial di kalangan remaja dan bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak. Kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak adalah antara contoh gejala yang semakin serius dan sukar dibendung. Jika sikap tidak ambil peduli masih sebati dalam jiwa masyarakat hari ini, ia tidak akan menemui jalan penyelesaian. Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata bermula sekarang,

masyarakat perlu` menjaga tepi kain orang’ jika serius ingin menangani pelbagai gejala negatif. “Pendekatan menyiasat dan seterusnya membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti sahih, adalah langkah terbaik dan perlu dicontohi,” katanya kepada sidang media selepas majlis tersebut. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali Ke-23 Serikandi dan Kempen `Kami Prihatin’ bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman barubaru ini. Kedua-dua program itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera, Pengarah JKM Encik Zuhami Omar. Kempen `Kami Prihatin’ dilancarkan dengan kerjasama JKM dan Utusan Melayu Sdn Bhd sebagai tanda kesungguhan serta sokongan menangani gejala sosial di kalangan remaja. Lebih 300 jemputan terdiri daripada wakil jabatan, persatuan dan badan bukan kerajaan hadir di majlis itu.

Pelancaran tabung Kami Prihatin hasil inisiatif Serikandi dengan kerjasama JKM dan Utusan Malaysia.

Serikandi terbit buletin Serikandi terbit Buletin Serikandi mengambil inisiatif menerbitkan buletin bertujuan memaparkan pelbagai aktiviti dan program yang disertai ahli selain menyampaikan maklumat kepada pembaca. Ketua Editor buletin itu, To’ Puan Sabariah Dato’ Muhammad Yusof, berkata dengan terbitnya buletin ini, masyarakat pasti faham, apa sebenarnya tugas sebagai isteri wakil rakyat -bukan sahaja menyokong suami di kawasan masing-masing malah turut menjalankan kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan. “Kami bangga kerana program menziarah penduduk kematian saudara serta uzur; melawat mangsa banjir, kebakaran, kemalangan dan aktiviti sukan serta seminar diabadikan dalam buletin ini,” katanya. Buliten Serikandi setebal 12 muka surat turut memuatkan hasil karya ahli, termasuk cerpen, sajak dan puisi.

2 tk

SERIKANDI

Jumaat, 07 Mei 2010

15 Majlis perasmian Kami Prihatin bertujuan menangani masalah sosial di kalangan remaja.

Ahli Serikandi dan orang ramai memenuhi Dewan Sri Amar Chukai kemaman bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi PDK Kampung Baru, Kemasik disaksikan To’ Puan Norliza.

Serikandi bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan badminton.


2 DESTINASI

tk

Jumaat, 07 Mei 2010

Kenali herba pelbagai spesies di Taman Herba Sekayu

16

Kehijauan poko herba dengan laluan yang begitu menarik pasti membuatkan anda tidak sedar anda berada di dalam Taman Herba Sekayu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Lanskap yang menarik tambahan tatapan pengunjung di Taman Aroma.

Oleh: Suriati Ali Taman Herba, Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari pusat bandar Kuala Terengganu semestinya menjanjikan kedamaian dan ketenangan kepada setiap pengunjung. Lanskap dan susun atur ratusan spesies tumbuhan herba termasuk yang sukar ditemui semuanya dihimpunkan bagi memudahkan pengunjung mengenalinya secara dekat. Semua spesis tumbuhan itu diperoleh daripada kawasan berbukit; pergunungan; tanah paya, pamah, gambut dan beris sekitar negeri ini. Beberapa jenis herba pemberian orang asli dan bomoh tradisional turut ditanam di lokasi yang turut dilengkapi kolam ikan, taman orkid dan taman aroma.

Taman seluas hampir dua ekar itu sentiasa dipenuhi pengunjung terutama penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam serta swasta, pelajar sekolah, pengkaji herba tempatan dan luar Terengganu. Pengarah Jabatan Perhutan Negeri Terengganu (JPNT), Haji Nor Akhirrudin Mahmud berkata, kaedah tanaman tumbuhan herba itu cukup menarik dan mudah bagi pengunjung mengenalinya kerana setiap spesis dilengkapi nama dan saintifiknya. Selain itu, turut dilengkapi lorong refleksologi sebagai alternatif merawat penyakit, kemudahan surau dan tempat rehat. Katanya, taman yang terletak di kawasan Hutan Lipur Sekayu itu, nyata memberi ketenangan kepada pengunjung berikutan lokasinya yang nyaman, berdekatan sungai dan jauh daripada

Jika anda masuk ke kawasan ini pasti nyaman diselubugi bau-bauan daripada pelbagai jenis bunga dan pokok.

kesibukan lalu lintas. “Terdapat beberapa jenis herba memiliki nama pelik dan unik antaranya sekentut, sakat lelipan, inai keling, siak-siak jantan, dukung anak, ekor tikus, celaka pangan tikus, batu pelir kambing, kelompang telur dan bangunbangun. ”Terengganu memiliki pelbagai khazanah alam yang boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi kepada rakyat dan negeri,” katanya. Menurutnya, tumbuhan herba antara khazanah berharga yang patut diman-

faat dan dipulihara sebaik mungkin bagi mengelak daripada kepupusan. “ Oleh itu, pihaknya merancang beberapa langkah termasuk mendapatkan pelbagai spesis herba dan menanamnya di taman herba serta memproses beberapa jenis herba untuk dijadikan kapsul dan minuman kesihatan,” katanya. Beliau berkata,buku herba bertajuk `Herba Ubatan Terengganu’ turut diterbitkan bagi memudahkan pengkaji dan pengunjung membuat rujukan. “Apa yang membanggakan taman


Jumaat, 07 Mei 2010

Pelbagai spesies pokok herba dikumpulkan di Taman Herba sebagai khazanah berharga ubatan tradisional.

Taman Aroma melengkapkan Taman Herba seluas dua ekar di Sekayu.

Pelbagai jenis bunga menerbitkan wangian yang pasti akan membuatkan pengunjung terpesona.

herba yang dibuka pada awal 2000 itu bukan sahaja menarik minat pengunjung tempatan dan luar Terengganu malah mereka yang berasal dari Singapura, Thailand dan Indonesia. “Hampir 400 spesies herba dihimpun di taman itu termasuk mempunyai nama pelik, unik serta sukar didapati. Semua tumbuhan itu diperoleh hasil usaha beberapa pegawai JPNT di kawasan tertentu dan bomoh tradisional di Terengganu,� katanya. Haji Nor Akhirrudin, berkata inisiatif JPT mewujudkan taman herba, berhampiran pusat rekreasi sekayu nyata dapat mempelbagaikan aktiviti di lokasi itu di mana sebelum ini pengunjung hanya menumpukan program berkelah dan mandi sungai. Sekayu terletak kira-kira tidak jauh dari pekan Ajil dan Kuala Berang. Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu yang pesat membangun dewasa ini. Perjalanan dengan kereta dari pe-

kan-pekan itu ke Sekayu mengambil masa kira-kira 15- 20 minit sahaja. Pengunjung akan melalui perkampungan Melayu tradisional seperti Kampong Padang Setar, Kampong Sekayu dan Kampong Bukit Gemuroh dan banyak penanda jalan ditemui sepanjang laluan itu. Bagi yang ingin menginap, resort terdapat di kawasan perkelahan dan Taman Herba Sekayu ini. Penginapan yang amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan, bertemankan kicauan burung, bunyibunyian cengkerik, deruan aliran air terjun, suasana yang menggamit perasaan ini pastinya akan menjadi kenangan dan pengalaman yang sukar di lupakan oleh pengunjung. Kedudukannya bersebelahan dengan air terjun,tiada lagi kebingitan deruman enjin, kesesakan kota, pastinya resort di Sekayu menjanjikan suasana percutian dan penginapan yang amat membahagiakan.

2 tk


2 tk

ms 16 & 17


Jumaat, 07 Mei 2010

agama

MIMBAR Susunan : Rozita Abd Wahab Sesungguhnya agama Islam menuntut umatnya supaya bekerja dengan bersungguhsungguh bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bekerja mencari rezeki yang halal adalah satu tuntutan kewajiban sebagaimana sabda Rasullah S.A.W, yang bermaksud; “Mencari rezeki yang halal adalah fardu selepas kefardhuan�. Sebaliknya Islam melarang dan memandang rendah kepada orang yang malas bekerja dan hanya bergantung nasib kepada pertolongan orang lain. Di sebuah negara yang makmur seperti negara kita ini, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila jumlah pengangguran dari bulan Oktober 2008 sehingga Disember 2009, sepertimana yang telah didedahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau hampir 4 peratus daripada jumlah penduduk negara. Pengangguran boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi, menurunkan taraf hidup, menambahkan kadar kemiskinan, menyebabkan ketidakstabilan keluarga, meningkatkan kadar jenayah dan sebagainya. Dalam suasana dunia pada hari ini, sikap memilih perkerjaan dengan hanya berharap untuk memegang jawatan dalam kerajaan atau sektor awam sahaja, sudah tidak sesuai lagi. Umat Islam khususnya orang-orang Melayu, seharusnya berani menceburi dan meneroka sektor pekerjaan yang boleh mengangkat maruah diri, dengan tidak hanya bergan-

Sumber: JHEAT

19

Budaya kerja cemerlang

tung kepada bantuan orang lain. Dalam era globalisasi yang mencabar ini, negara memerlukan tenaga kerja yang produktif, berpengetahuan, berkebolehan dan lebih berdaya saing bagi memastikan negara mencapai kemajuan dan pembangunan sosio- ekonomi yang lebih kukuh(mapan). Keperluan ini semakin meningkat selaras dengan peralihan ekomoni yang berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan kini ekonomi berasaskan inovasi i-ekonomi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertingkatkan kualiti dan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan sektor pekerjaan yang kita ceburi. Apabila umat Islam khususnya orang-orang melayu, selalu dilabelkan sebagai pekerja yang rendah mutu dan kualitinya, apakah tidak ada jalan untuk kita bangkit menyaingi kualiti dan kecemerlangan bangsa lain seperti orang-orang Jepun yang terkenal dengan kecemerlangan budaya kerja. Umat Islam khususnya orangorang Melayu, semangat kecemerlangan sememangnya cukup menyerlah dalam ajaran Islam. Allah S.W.T sendiri menyatakan dirinya dengan sifat-sifat kesempurnaan. Pencipta yang baik, hakim yang mengungguli segala hakim, penganugerah rezeki yang sebaik-baiknya dan sebagainya. Sementara itu, Islam pula disebut sebagai agama yang bersifat agama yang mulia dan tiada agama yang boleh mengatasinya. Bahkan manusia sendiri disifatkan oleh Allah sebagai

Seseorang yang mempunyai sifat amanah terhadap tugasnya pasti mampu menciptakan sesuatu yang besar dan berkualiti tinggi.

makhluk yang berkualti tinggi dengan disebut sebagai ciptaan terbaik. Sementara umat Islam disebut sebagai umat terbaik serta mengangkat martabat orang mukmin yang paling bertakwa sebagai umat yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. Malah hakikat hidup dan mati seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dalah berintikan persaingan kecemerlangan amal di kalangan umat manusia kerana manusia sentiasa didorong berlumba-lumba memburu kejayaan. Jelas, umat Islam yang mengerti hakikat hidup dan mati tentunya akan bekerja keras agar hidup dan matinya berkualti.

Begitulah semangat dari ajaran Islam yang selamanya menjurus kepada pembinaan insan yang berdaya saing, cemerlang dan berkualti tinggi. Kerja kualiti dan cemerlang tidak hanya ditentukan oleh kemahiran dan teknologi yang canggih. Tetapi harus dibina berasaskan kekuatan rohani dan akhlak yang murni. Amalan rasuah dan pecah amanah, salah guna kuasa dan pelbagai penyelewengan yang melibatkan sektor perkhidmatan awam adalah merupakan gejala yang berpunca dari pudarnya nilai amanah dalam diri. Masyarakat yang hilang nilai amanahnya akan segera ditimpa

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 7 HINGGA 14 MEI 2010

krisis kepercayaan dan akan hanya menanti saat keruntuhan. Justeru sifat amanah merupakan sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim dalam segenap amalan seharian. Amanah terbukti sebagai satu sifat utama, yang perlu ada pada setiap pekerja. Seseorang yang mempunyai sifat amanah terhadap tugasnya mempunyai keberanian menghadapi risiko. Sejarah membuktikan bahawa mereka yang berani menghadapi risiko besar sahaja yang akan mampu menciptakan sesuatu yang besar dan berkualiti tinggi.


20

Jumaat, 07 Mei 2010

FAMA akan bantu pekebun pasarkan hasil Bagi memastikan petani dan pemilik kebun durian, duku, langsat dan manggis di Terengganu boleh menjual hasil itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menyediakan sekurang-kurangnya 10 pusat pembelian buah-buahan bermusim di Terengganu tahun ini. Pegawai Fama negeri Encik Hasan Jusoh berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan harga buah-buahan bermusim stabil dan petani tidak mengalami kerugian besar. Buah-buahan itu dijangka masak dan boleh dipasarkan pada Ogos tahun ini. Fama telah bersiap sedia daripada segi peruntukan dan juga peralatan untuk membeli buah-buahan tersebut yang akan dipasarkan ke bandar-bandar utama di seluruh negara, katanya. Beliau berkata untuk peringkat awal, Fama menyediakan peruntukan kira-kira RM150,000 untuk pembelian buah-buahan tersebut, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Fama telah bersiap sedia daripada segi peruntukan dan juga peralatan untuk membeli buah-buahan tersebut yang akan dipasarkan ke bandarbandar utama di seluruh negara.

amam

Mini Zoo dinaikkan taraf Kerja-kerja menaik taraf Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar, akan bermula pada bulan Ogos depan. Kerja-kerja menaik taraf mini zoo ini merupakan fasa kedua pembangunan zoo di Kemaman ini untuk menjadikan ia zoo sepenuhnya, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Beliau memberitahu demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Fasa Kedua Zoo Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman di Bandar Chukai baru-baru ini. Kerajaan Terengganu berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman kerana sambutan amat menggalakkan. Sejak dibuka pada 11 April tahun lepas, mini zoo itu menerima sera-

Kerajaan Terengganu akan memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman kerana mendapati sambutan yang menggalakkan.

mai 114,000 pengunjung dengan kutipan jualan tiket mencecah lebih RM550,000. Proses pembangunan tersebut dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Dato’ Ahmad berkata, apabila zoo itu siap, ia akan dilengkapi pelbagai tarikan baru yang dijangka meningkatkan jumlah pengunjung ke sana, termasuklah harimau. Baru-baru ini dua ekor

Harimau Malaya itu masing-masing diberi nama ‘Chiko’ iaitu spesies jantan berusia dua tahun dan pasangannya yang lebih tua, ‘Courtney’ berumur tujuh tahun telah dimasukkan ke zoo

‘Sejak dibuka pada 11 April tahun lepas, mini zoo itu menerima seramai 114,000 pengunjung dengan kutipan jualan tiket mencecah lebih RM550,000” tersebut. Di samping itu beliau juga memberitahu, ketika ini, terdapat 200 ekor haiwan yang terdiri 74 spesies haiwan dan burung ada di zoo berkenaan.

T-Shoppe dibuka di Melaka T-Shoppe terbaru di luar Terengganu bakal dibuka tidak lama lagi di Melaka, sebelum menjelangnya temasya Sukan Malaysia Ke-13 pada 10 hingga 19 Jun ini.

kan menerusi T-Shoppe dalam tempoh tiga tahun lagi, berbanding hanya 30 peratus produk IKS ditempatkan di premis kedai itu sejak dibuka tahun lalu. ”Kita mensasarkan 70

”YPU mensasarkan 70 peratus produk IKS dapat dijual di T-Shoppe yang diwujudkan di seluruh Terengganu dan luar Terengganu dalam tempoh tiga tahun lagi” Kewujudan rangkaian terbaru kedai serbaneka itu merupakan usaha Kerajaan Terengganu bagi memasarkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seluruh Malaysia khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Pengurus BesarYayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Haji Azmi Razik, berkata T-Shoppe menjadi saluran kerajaan membantu usahawan tempatan memasarkan produk dan hasil tangan penduduk tempatan. Haji Azmi berkata, kerajaan negeri menerusi YPU mensasarkan 70 peratus daripada produk IKS dijangka dapat dipasar-

peratus produk IKS dapat dijual di T-Shoppe yang diwujudkan di seluruh Terengganu dan luar Terengganu dalam tempoh tiga tahun lagi,” katanya ketika ditemui TeganuKita, baru-baru ini. Sehingga kini, hanya 30 peratus produk IKS yang berjaya ditempatkan di 10 rangkaian T-Shoppe seluruh Terengganu termasuk yang baru dibuka di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah. Beliau berkata, hasil jualan di T-Shoppe amat memberangsangkan kerana ada rangkaian kedai itu mampu meraih hasil jualan sehingga RM1,000 sehari.

T-Shoppe bakal dibuka di Melaka yang akan memasarkan produk dan hasil tangan penduduk tempatan.


Jumaat, 07 Mei 2010

am

Belajar al-Quran: Gunakan kaedah pembelajaran terkini-MB Guru-guru al-Quran kampung juga perlu diberikan kursus jangka pendek sekurang-kurangnya 3 hari bagi meningkatkan kaedah yang berkesan dalam pengajaran. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata perkara ini penting bagi membolehkan mereka terus dapat memberi khidmat dan tidak kehilangan para pelajar yang mahukan sistem pembelajaran yang terkini. Beliau berkata hari ini teknologi pembelajaran

sudah banyak berubah dengan bantuan peralatan moden dan jika kita ketinggalan ia adalah sesuatu yang merugikan. Katanya, kandungan eBook yang diperkenalkan dan diagih kepada muridmurid sekolah di Terengganu sebenarnya mengandungi bacaan al-Quran dan ini membantu pelajar dalam mendalami bacaan dan tafsir al-Quran. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan dan pembayaran elaun guru-guru

Yayasan Islam, pelbagai peringkat Terengganu, membabitkan kira-kira 350 orang di Parlimen Kemaman baru-baru ini. Dengan kaedah pengajaran yang baik, katanya Terengganu dapat melahirkan kanak-kanak yang khatam al-Quran dalam jumlah yang ramai. Menurutnya kerajaan Terengganu mensasarkan 20,000 pelajar khatam alQuran tahun hadapan dan tahun ini seramai 15,000 orang. Dalam perkara lain,

Dato’ Ahmad mengingatkan guru-guru agama termasuk guru al-Quran kampung terus menyokong usaha kerajaan dalam hal berkaitan agama dan tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang selalu menuduh apa yang kerajaan lakukan ini sekular dan sebagainya. Difahamkan semasa pemerintahan pembangkang di Terengganu, bayaran guru-guru agama di bawah yayasan Islam Terengganu pernah ditangguhkan. “Kita perlu memahami

ajaran Islam secara yang tepat, malah Islam menyarankan kita menuntut ilmu sampai ke negeri China dan sudah tentu ilmu yang dituntut berkaitan hal dunia itu bukanlah bermakna sekular seperti yang difahami oleh sesetengah pihak,” tegasnya. Katanya, semasa Rasululah s.a.w membuat seruan itu, negara China telah maju dalam teknologi pembuatan kertas dan binaan, termasuk binaan tembok besar seopanjang 4,700 kilometer.

Produk IKS Terengganu raih jualan RM6.7 juta - Mohamed Oleh: Aida Abd Rahman Inisiatif Kerajaan Terengganu membawa enam pengusaha produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan yang berdaya maju ke Pameran Gulfood 2010, Dubai pada Mac lalu nyata berbaloi apabila meraih kontrak jualan RM6.7 juta. Ekspo makanan kedua terbesar dunia yang mengkhusus kepada produk halal itu membuka mata dan memberi semangat kepada Kerajaan Terengganu serta pengusaha produk IKS menawarkan pelbagai barangan yang boleh mendapat perhatian di pasaran Timur Tengah yang menepati aspek kualiti produk dan persijilan (Halal, GMP dan HACCP). Antara produk yang dipamerkan Terengganu di ekspo itu termasuklah jus roselle, makanan yang ditinkan, produk penjagaan kulit dan kesihatan berasaskan serai, minuman tenaga dan cuka yang dihasilkan daripada nipah, kopi segera campuran ginseng dan Tongkat Ali serta keropok lekor sejuk beku. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’

Mohamad Awang Tera (tengah) sempat melawat gerai-gerai di Ekspo Industri Desa di Pusat Dagangan Terengganu.

Mohamed Awang Tera yang mengetuai rombongan ke pameran berkenaan bersama sekumpulan pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif mempamerkan barangan yang mampu mendapat pasaran dan tarikan pelanggan di rantau itu dan negara sekitarnya. Katanya, penyertaan sulung Terengganu itu menjadi sebahagian daripada program Kerajaan Terengganu dalam usaha mempromosikan perusa-

Produk IKS mendapat perhatian di pasaran Timur Tengah yang menepati aspek kualiti produk dan persijilan (Halal, GMP dan HACCP).

haan IKS tempatan dan melebarkan sayap memasarkan barangan IKS ke luar negara serta meningkatkan ekonomi negeri. “Sebab itu sekarang ini, YPU mengambil inisiatif untuk membina Halal Park (pusat makanan halal) di Chendering untuk dikembangkan lagi supaya menjadi asas kepada kita untuk mengeksport produk halal Terengganu ke luar negara. “Jadi kita bersemangat

dan tidak sangka kerana produk kita mempunyai potensi sejauh itu..Pertama kali kita atur dan susun program dengan menjurus kepada promosi kepada ejen dan penjual di negara itu ternyata mereka berminat dan membuat perjanjian jualan sebanyak itu,” kata beliau ketika sidang akhbar yang turut dihadiri Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik ketika merasmikan Ekspo Industri Desa, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

21

Dekati dan bimbing pelajar bermasalah Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif mengumpulkan semua pelajar bermasalah terutama yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri dalam masa terdekat ini. Mendekati serta mendalami masalah yang mendorong golongan berkenaan melanggar disiplin adalah cara terbaik dan bukannya menghukum mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Encik Ahmad Razif Abd Rahman (gambar) berkata, kerajaan akan pastikan perancangan ini dilaksanakan sebelum peperiksaan SPM bermula tahun ini. “Kita perlu bersemuka dengan pelajar terbabit untuk memberi ruang meluahkan segala masalah,” katanya. Katanya sekurangkurang dengan cara begini, kita bukan sahaja menunjukkan keprihatinan terhadap mereka, malah sedikit sebanyak membantu dan membimbing pelajar memilih masa depan selepas tamat alam persekolahan. Haji Ahmad Razif berkata, pelajar yang dikenal pasti tidak berminat meneruskan pelajaran pada peringkat lebih tinggi akan dibantu dan diberi pendedahan dalam bidang kemahiran bersesuaian dengan minat masing-masing. Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM4 juta setiap tahun dalam usaha memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang kemahiran yang dipanggil ‘skill planning’. “Sekurang-kurangnya dengan cara begini, kita dapat membantu pelajar tidak berminat belajar menceburi kemahiran yang boleh menjamin masa depan,” katanya.


22

Jumaat, 07 Mei 2010

amam

Kunjung hormat pemimpin dalam dan luar negara Oleh: Aida Abd Rahman Ta n ggu n gj awa b sebagai pemimpin bukan hanya menjalinkan hubungan baik dengan rakyat negeri sendiri, bahkan turut melampaui kerjasama serta hubungan akrab dengan pemimpin dalam mahupun luar negara. Demikian peranan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang sentiasa meluangkan masa bagi memastikan kunjungan tetamu kenamaan serta pemimpin dalam dan luar negara dapat dimanfaatkan dalam usaha menjalinkan kerjasama dua hala dalam pelbagai aspek khususnya ekonomi dan sosial. Pada 26 April lalu, Dato’ Ahmad dikunjungi Tan Sri Musa Mohamad, bekas Menteri Pendidikan ketika di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (1999-2004). Beliau adalah satusatunya Menteri Pendidikan yang berlatar belakang bukan orang politik kerana beliau adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga pengasas Dekan Fakulti Sains Farmasi USM (1975-1979) sebelum menjadi Timbalan Naib Canselor (1979 -1982) serta Timbalan Canselor dari tahun 1982 hingga bersara pada 1995. Ketika pentadbiran beliau, isu masalah beg berat di kalangan pelajar sekolah dibangkitkan dan signifikan daripada pembaharuan yang dirintis Dato’ Ahmad yang memperkenalkan e-Book bagi menggantikan buku teks menyebabkan beliau

tertarik untuk berkongsi pengalaman itu. Beliau merupakan penasihat Sedaya College International yang kini dikenali sebagai UCSI University dan berperanan penting dalam menubuhkan Sekolah Farmasi dan Fakulti Perubatan universiti berkenaan. Pada sebelah petangnya pula, Menteri Besar dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Lesotho, Ms Ntsebe Kokome. Lesotho merupakan sebuah negara yang terletak di tengah-tengah dan dikelilingi oleh Afrika Selatan dengan jumlah penduduk kira-kira 2.1 juta orang dan ibu negaranya adalah Maseru. Pertemuan singkat itu, membawa kepada perkongsian pengalaman dan ilmu untuk meningkatkan ekonomi negeri dan negara di selatan Afrika itu yang kini berdepan dengan masalah pengangguran yang teruk. Manakala, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu, Leftenan Kolonel Adanan Othman turut mengadakan kunjung hormat dan beramah mesra dalam pertemuan yang diatur sekitar sejam di pejabat Menteri Besar. Dato’ Ahmad sebelum itu, turut berpeluang menemui Naib Presiden Intel Corporation, John A Davies yang turut disertai Pengurus Wilayah Asia, Inter Technology Asia Pte Ltd., Andrew Allison bagi berkongsi pengalaman penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk tujuan pembelajaran selain membuka dimensi baru berkenaan dunia siber.

Pesuruhjaya Tinggi Lesotho, Ms Ntsebe Kokome begitu teruja melihat e-Book ketika membuat kunjung hormat di Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Dato’ Ahmad dikunjungi Tan Sri Musa Mohamad, bekas Menteri Pendidikan 1999 - 2004.

Kunjung hormat Leftenan Kolonel Adanan dari Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu.


sukan

Peninju Terengganu gigih cari pengalaman luar negara Empat peninju Terengganu menyertai Kejohanan Jemputan Aceh, Sumatera, Indonesia terlebih dahulu sebelum menyertai SUKMA di Melaka Jun depan. Mereka ialah Mohd Hassan Salman Sahari dalam kategori 51kg, Wan Mohd Ridzuan Wan Aziz (57kg), Mohd Farid Zahari (60kg) dan Tengku Nasaruddin Tengku Yeng (69kg). Menurut sumber Persatuan Tinju Amatur Terengganu, selepas balik dari kejohanan di Acheh peninju Terengganu ini bersama empat yang lain lagi akan berlatih di Pusat Latihan Tinju Thailand di Korat Bangkok pada pertengahan hingga akhir Mei ini. Selepas itu skuad tinju negeri ini akan mengikuti pula latihan fasa akhir di Kem SUKMA Terengganu di Universiti Daruliman Malaysia (UDM) di Gong Badak, sebelum berlepas ke Melaka bagi menyertai SUKMA.

Jumaat, 07 Mei 2010

23

Khidmat Khalid ditagih lonjak T-Team Oleh: Aida Abd Rahman Khidmat bekas penyerang kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus (gambar) menjadi sandaran pasukan T-Team dalam misi meletakkan kedudukan selesa dalam Liga Super dan melangkah ke kancah Piala Malaysia musim ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, yang bertindak sebagai pengurus pasukan TTeam, berkata penyerang yang baru menamatkan kontraknya dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menawarkan diri menyertai pasukan T-Team. “Kehadiran Khalid Jamlus kita yakin mampu memberi nafas baru kepada pasukan ini kerana T-Team sememangnya mengharapkan untuk memperbaiki kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super musim ini dan dapat melangkah ke Piala Malaysia” katanya.

Datuk Abdul Rahin berkata, pihaknya telah memaklumkan hasrat mengambil Muhamad Khalid sebagai pemain TTeam dan kini menunggu kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kontrak pemain itu bergantung kepada kelulusan FAM dan pihaknya bercadang menggunakan khidmat Muhamad Khalid sehingga ke penghujung musim ini, bergantung kepada penilaian dari masa ke semasa. Menurut bekas penyerang kebangsaan itu, dia juga sudah bersedia untuk menyumbang dan berkongsi pengalaman bersama pemain lain demi menjadikan T-Team sebagai pasukan yang disegani. “Saya hormati dan akan patuh kepada kelab ini. Malah, segala kemelut yang berlaku antara saya dengan bekas kelab saya (ATM) saya sudah lupakan. Ia sangat peribadi

untuk diterangkan. Bagaimanapun, saya berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang berada di kelab ini,” janji penyerang berusia 33 tahun itu kepada pihak pengurusan dan seluruh penyokong T-Team sepanjang dia menyarung jersi kelab dari Pantai Timur itu.

dari ms 24

Melaka puji Terengganu

Dato’ Ahmad menampal pelekat promosi SUKMA Melaka sambil dibantu Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

kini sedang dibersihkan dan dikemaskini, selain sistem pengurusan yang berjalan baik. “Sekarang kita sedang menguji sistem pentadbiran kerana venue terlalu banyak melibatkan 33 jadi kita mahu setiap tempat cekap jadi dipasang semua tempat dengan sistem komputer,” katanya. Katanya, Kerajaan Melaka juga menyokong

Pengunjung mengambil kesempatan bertemu dengan Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Melaka di Karnival SUKMA di Dataran Shah Bandar.

penuh keputusan Kementerian Belia dan Sukan supaya Sukma diadakan setiap tahun bagi melahirkan atlit sukan yang dinamik dan mampu mengulangi kejayaan pada setiap tahun. Datuk Seri Mohd Ali juga memuji persiapan kontinjen Terengganu dan tidak menolak kehebatan Terengganu dalam acara kanu yang menghasilkan 14 emas pada Sukma Ke12 lalu dan pastinya bakal mencabar tuan rumah, Melaka yang mensasarkan 60 pingat emas pada Sukma nanti. Katanya, Melaka juga mencipta kegemilangan dan rekod tersendiri apabila berkemampuan menganjurkan jumlah sukan terbanyak dalam sejarah Sukma iaitu 33 jenis sukan termasuk sukan ekuestrian dan kanu. Selain itu, jumlah acara yang terbanyak bakal dipertandingkan iaitu se-

banyak 434 acara yang menawarkan 434 pingat emas, 434 pingat perak dan 542 pingat gansa. Terengganu bakal menghantar 650 orang peserta melibatkan 460 atlit, 78 jurulatih, 32 pengurus pasukan dan 80 orang urusetia serta merupakan kontinjen terbesar yang pernah dihantar dalam temasya Sukma setakat ini. Sebanyak 32 daripada 33 sukan akan disertai oleh atlit Terengganu.

“Kejayaan Terengganu menjadi penganjur terbaik sehingga telah diberi pengiktirafan di Parlimen oleh Perdana Menteri.”


Khidmat Khalid ditagih lonjak T-Team

Peninju Terengganu gigih cari pengalaman luar negara ms 23

ms 23

sukan Bil. 21 (07 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

Datuk Seri Ali Rustam (kiri) menyerahkan surat jemputan Sukma 2010 kepada Dato’ Ahmad Said sempena promosi Sukma Melaka di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Terengganu contoh penganjur Sukma terbaik

KEJUARAAN Terengganu di Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 akan dicabar oleh negeri Melaka yang mensasarkan 60 pingat emas di temasya tersebut yang akan diadakan pada 10 hingga 19 Jun 2010. Pada Sukma ke-12, Terengganu mengutip 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bagi kerajaan negeri, Sukma Ke-12 Terengganu 2008 banyak meninggalkan nostalgia kerana ia merupakan tahun kejayaan

berganda bagi Terengganu. Katanya, kejayaan menjadi penganjur terbaik sehingga telah diberi pengiktirafan di Parlimen oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Beliau berucap di Majlis Karnival Sukma ke13 Melaka 2010, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Katanya, kejayaan itu meletakkan Terengganu sebagai kuasa baru dalam sukan dan berada dalam

tiga negeri yang berjaya menjadi juara ketika menjadi tuan rumah, selain Selangor dan Sarawak. Beliau berkata, sebanyak 24 rekod baru kejohanan Sukma dan empat rekod baru kebangsaan berjaya dicipta menerusi lima jenis sukan iaitu angkat berat, berbasikal, kanu, renang dan olahraga. Dato’ Ahmad berkata, atlit Terengganu sendiri telah berjaya memperbaharui 13 rekod kejohanan dan satu rekod kebangsaan melalui lima sukan berkenaan iaitu angkat berat (1 rekod Sukma), berbasikal

(5 rekod sukma), kanu (5 rekod Sukma dan 1 rekod kebangsaan), renang (1 rekod Sukma) dan olahraga (1 rekod Sukma). “Kerajaan negeri juga berkeyakinan penuh Melaka mampu menjadi penganjur terbaik nanti, di mana dibuktikan dengan promosi Kempen Karnival Sukan Malaysia Ke13 yang diadakan secara besar-besar di luar negeri Melaka sendiri seperti yang diadakan di Terengganu hari ini,” kata beliau lagi. Menurut Dato’ Ahmad, mana-mana negeri tuan

rumah Sukma tidak pernah mengadakan promosi sebegini di luar negeri masing-masing yang mana ini telah menunjukkan kemampuan Melaka dalam usaha menjadi penganjur yang berjaya bukan sahaja dari segi pengelolaan dan pencapaian, bahkan meningkatkan industri pelancongan. Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjelaskan Kerajaan Melaka sudah bersiap sedia seratus peratus memelibatkan 33 venue yang lihat ms 23


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.