SELAYANG PANDANG Vol:1

Page 1

7 Julai 2011

Persiapan rapi diatur sejak beberapa minggu lalu bagi memastikan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 di Kuala Terengganu berjalan lancar. - Gambar oleh Harish Fadzillah.

TERENGGANU SIAP SIAGA Oleh: Kamarudin Mat Akib Terengganu sudah bersiap sedia sebagai tuan rumah Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, yang akan berlangsung selama tiga hari mulai Khamis (7 Julai). Pelbagai persiapan diatur rapi sejak beberapa minggu lalu, khususnya di gelanggang kejohanan sukan iaitu Stadium Negeri, Kuala Terengganu, yang menjadi venue permainan badminton dan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai (boling).

“Selaku Yang Dipertua BAKTI , adalah menjadi harapan saya agar penganjuran program ini akan memberikan manfaat secara total kepada seluruh ahli-ahli sama ada dari segi kesihatan mahupun menyatupadukan isteri-isteri pemimpin seluruh Malaysia”

- Datin Paduka Seri Rosmah

Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini. Kira-kira 600 peserta, termasuk isteri wakil -wakil rakyat BN dari seluruh negara akan menyertai kejohanan sukan sempena program tersebut. Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua BAKTI dan isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, merangkap Yang Dipertua SERIKANDI, turut menyertai program berkenaan. Menteri Besar, Dato’

Seri Haji Ahmad Said, akan merasmikan pembukaan program itu di Stadium Negeri, kirakira jam 8.30 pagi, pada 7 Julai. Majlis tersebut dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen yang melibatkan peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan. Kira-kira jam 10.30 pagi acara badminton akan dimulakan Stadium Negeri manakala pada sebelah petang diadakan

acara tenpin boling. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Stadium Negeri, kira-kira jam 2.30 petang, pada 9 Julai. Manakala sebelah malam, acara Malam Sentuhan Songket yang merupakan majlis penutup program tersebut akan disempurnakan Perdana Menteri, pada jam 8.30 malam di Taman Tamadun Islam.

“Besarlah harapan saya agar program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam usaha meningkatkan semangat kesukanan seterusnya mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan ukhwah persaudaraan di antara peserta”

- To’ Puan Seri Norliza


2

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

7 Julai 2011

Aksi si cilik buka tirai perasmian Oleh: Aida Abd Rahman

Persembahan gerak irama dan senaman 80 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu bakal menyerikan majlis perasmian pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, hari ini. (7 Julai). Kumpulan murid yang terdiri daripada 64 perempuan dan 16 lelaki, mempersembahkan tarian berbentuk senaman yang mengikut tempo enam genre lagu yang rancak serta menghiburkan termasuk `Sunda’, `Joget Pandang-Pandang’ dan `Hero No 1’. Kareografer, Cikgu Bahrin Ismail yang juga Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah berkenaan bertanggungjawab mengajar gerak irama dan senaman itu sejak sebulan lalu. Sebagai persiapan, Cikgu Bahrin mula menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap latihan mengajar kumpulan murid-murid itu sejak sebulan lalu pada setiap hari selepas waktu belajar. Katanya, mereka teruja dan seronok dapat menyertai majlis penting itu, apatah lagi buat julung kalinya membuat persembahan di depan tetamu kenamaan khususnya, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, serta isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. “Semua pelajar ini datang dari pinggir bandar dan peluang menyertai aktiviti luar sekolah pastinya memberikan satu pendedahan baru kepada mereka, “ katanya yang pernah diberi tanggungjawab sebagai kareografer pasukan kebudayaan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu selama 12 tahun sejak 1983. Pasukan si cilik itu akan muncul di khalayak

Persembahan gerak irama dan senaman 80 murid SK Kompleks Mengabang Telipot menyerikan majlis perasmian.

umum kira-kira 15 minit sempena majlis pembukaan itu sebaik sahaja berakhir ucapan perasmian oleh Menteri Besar dan gimik pelancaran oleh pasukan Sutra Tari. Sementara itu, pasukan badminton dan tenpin boling Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat Terengganu (Serikandi) akan memastikan lawan me-

reka tidak diberi laluan mudah untuk memenangi pertandingan itu. Ketua Kontinjen yang juga isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud tidak akan membenarkan pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga IsteriIsteri (Bakti) yang diketuai Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selain Sabah dan Perak yang

merupakan pasukan pilihan dalam kejohanan sukan itu terus mengukuhkan penguasaannya sebagai antara pasukan yang hebat. “Tahun ini Serikandi selaku tuan rumah akan membuat kejutan dan kami sudah membuat persiapan rapi untuk memberi tentangan hebat iaitu badminton dan boling,” katanya.

MB `turun padang’ Selaku hos Program Tahunan Isteri Wakilwakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 yang diadakan dalam tempoh 15 tahun sekali di setiap negeri, Terengganu pastinya mahu memastikan majlis itu berjalan lancar dan meriah. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ditemani isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza

Mahmud turun padang bagi menyaksikan raptai majlis pembukaan program itu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pada 3 Julai lalu. Dato’ Seri Haji Ahmad dan To’ Puan Seri Norliza yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) meluangkan masa lebih empat jam bagi memas-

tikan majlis berlangsung seperti yang dirancang. Turut hadir di majlis raptai, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Dagang; Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner , Datuk Jamshah Mustafa; Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan

Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang melihat sendiri raptai di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Muda dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsuddin Sulong. Menteri Besar meninjau setiap aspek ac-

ara yang dijadualkan di sepanjang raptai, malah turut memberi pandangan untuk memastikan program berjalan lancar.


7 Julai 2011

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

Program eratkan hubungan Terengganu, khususnya Serikandi di bawan pimpinan Yang Amat Berbahagia, To’ Puan Seri Norliza Mahmud mengucapkan selamat datang kepada kontinjen negeri-negeri seluruh Malaysia sempena Program Tahunan Isteri Wakilwakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011. Sudah tentu kita mahu menjadi tuan rumah yang terbaik dan dapat memuaskan hati delegasi yang datang, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kehadiran Yang Dipertua BAKTI Malaysia, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta Naibnya Y.A Bhg Datin Hajah Noorainee Abd.Rahman memberi suatu suntikan semangat kepada barisan pimpinan Serikandi untuk memberikan yang terbaik kepada tetamu dari seluruh pelusuk Negara.

Sepintas lalu...

Ketibaan kontinjen dan para tetamu seluruh Malaysia ke Terengganu sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011.

Bukan sekadar kejohanan badminton dan boling sahaja yang menjadi tumpuan, tetapi yang lebih penting dari itu ialah keeratan hubungan di antara isteri para pemimpin ini, dapat bertukar-tukar fikiran dan memastikan kerajaan BN terus utuh dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Jikalau tidak kerana bintang Tidak bulan terbit tinggi Jikalau tidak kerana sayang Masakan semua datang ke sini Pengalaman kepemimpinan dan peranan isteri wakil-wakil rakyat di pelbagai negeri mungkin berbagai, tetapi yang sudah tentu menjadi terasnya ialah bagaimana

rakyat didahulukan sebagaimana motto 1 Malaysia. Apa yang penting juga, rakyat Terengganu berasa bangga kerana kini negeri yang cantik dan

Menu istimewa Terengganu

3

berbudaya menarik telah dikunjungi oleh isteri para pemimpin dari seluruh pelusuk negara kita; yang sudah tentu perlu menyambut kedatangan mereka dengan mesra dan penuh gembira. Kita yakin dan percaya mereka yang datang ini akan turut bertandang ke lokasilokasi yang popular di sekitar bandar Kuala Terengganu. Sambutlah isteri para pemimpin kita ini dengan senyuman dan kasih sayang kerana merekalah sebenarnya yang berada di belakang memberi suntikan semangat kepada suami masing-masing untuk berbakti kepada rakyat dan negara dengan terbaik. Semoga semua tetamu Terengganu yang datang seronok, terhibur bahagia sepanjang berada di sini dan akan terus berkunjung lagi.

Pengarang

• MAKANAN tradisional Terengganu nasi dagang dan keropok menjadi hidangan istimewa semua tetamu yang hadir menyambut ketibaan Yang Dipertua Bakti, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) , kira-kira jam 10.45 pagi semalam. Datin Paduka Seri Rosmah bersama tetamu kehormat lain kelihatan berselera menikmati hidangan itu. Pelbagai menu tradisional terhidang termasuk tepung pasung, karipap ikan, tepung pelita, takung pandan, kuih cara dan ropa. • DATO’ Seri Haji Ahmad sempat bercoleteh dan bertanya khabar kepada beberapa peserta luar Terengganu mengenai perkembangan negeri masing-masing dengan menggunakan `dialek’ Terengganu, di LTSM. Mereka yang kurang faham dengan loghat Terengganu seakan terpinga-pinga apa yang dimaksudkan Menteri Besar. • KIRA-KIRA 20 petugas media dari pelbagai agensi hadir pada sidang media khas Datin Paduka Seri Rosmah mengenai program Permata Seni di Bilik VIP, Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kira-kira jam 4.10 petang semalam. Pemberita diberi peluang mengajukan soalan mengenai program Permata Seni yang mendapat pengiktirafan membuat persembahan buat julung kali di Vienna, Austria, 25 hingga 28 Julai ini . • KONTINJEN dari seluruh negara terus giat berlatih badminton serta boling biar pun kejohanan sebenar bakal berlangsung kurang 24 jam. Menteri Besar turut menyaksikan latihan badminton di Stadium Negeri sambil memberikan kata-kata semangat kepada pemain.


4

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

7 Julai 2011

Kontinjen tiba di Terengganu Oleh: Kamarudin Mat Akib Menteri dan Timbalan Menteri dan Suriati Ali (Bakti) Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga Kira-kira 650 peserta Isteri YAB Perdana Menteri, yang terdiri daripada 14 pa- tiba di Lapangan Terbang Sulsukan dari seluruh negara tan Mahmud (LTSM), kira-kira sudah ‘berkampung’ di Kuala jam 10.45 pagi (6 Julai). Terengganu bagi menyerManakala isteri YAB Timtai Program Tahunan Isteri balan Perdana Menteri yang Wakil-Wakil Rakyat Barisan juga Naib Yang Dipertua Bakti, Nasional (BN) Se-Malaysia Datin Sri Hajah Noorainee Abd 2011, yang akan berlangsung Rahman dan Isteri Menteri selama tiga hari mulai Khamis Penerangan Komunikasi, Kes(7 Julai). enian dan Kebudayaan, Datin Sebahagian daripada peserta Seri Utama Maznah Rais tiba mula tiba di bandar Kuala kira-kira jam 9.35 pagi. Terengganu sejak pagi Selasa Ketiga-tiga tetamu kehormat (5 Julai) dengan menaiki pe- itu disambut Menteri Besar, sawat serta bas dan ditempat- Dato’ Seri Haji Ahmad Said kan di beberapa hotel di seki- dan Isteri , To’ Puan Seri Nortar bandar ini. liza Mahmud yang juga Yang Yang Dipertua Badan Amal Dipertua Ahli-ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri dan Kebajikan Isteri Wakil-

wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) dengan diserikan muzik gamelan. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail dan semua barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat. Hadir sama ahli-ahli Serikandi dan wakil dari setiap Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN). Datin Paduka Seri Rosmah akan menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Pembukaan Program di Stadium Negeri, Khamis ini. Majlis tersebut dimulakan dengan perbarisan lintas hor-

mat 14 kontinjen, lagu Negaraku dan Pembangunan Negeri Terengganu dan kemudiannya ucapan perasmian Dato’ Seri Haji Ahmad. Kira-kira jam 10.30 pagi acara badminton akan dimulakan Stadium Negeri manakala pada sebelah petang diadakan acara tenpin boling. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Stadium Negeri, kira-kira jam 2.30 petang, pada 9 Julai. Manakala sebelah malam, acara Malam Sentuhan Songket yang merupakan majlis penutup program tersebut akan disempurnakan Perdana Menteri, pada jam 8.30 malam di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.