Globalisasi dalam konteks pendidikan

Page 1

1 PENDIDIKAN DALAM KONTEKS GLOBALISASI 1.0

PENDAHULUAN

Kamus Dewan (2007) edisi keempat mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi. Yusof al-Qardhawi (2001) dalam Asmawati (2005) mendefinisikan globalisasi sebagai mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi dunia. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Globalisasi juga dikenali dengan nama lain seperti ‘dunia tanpa sempanan’, ‘kampung global’, desa sejagat’ dan ‘dasar langit terbuka’. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dengan erti kata lain, globalisasi ialah satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Walau apa pun maknanya, yang jelas kesan globalisasi melibatkan perubahan yang besar dalam bidang politik, sosial dan juga pendidikan. 2.0

SUMBANGAN GLOBALISASI KEPADA PENDIDIKAN

Bidang pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan dan impak terus dari era globalisasi kerana pendidikan berkaitrapat dengan pembangunan sumber manusia yang mana dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006).


2 Globalisasi memberi banyak kesan positif terhadap bidang pendidikan. Semua pihak terutamanya pembuat polisi dan penggubal dasar kerajaan perlu menstruktur sistem pendidikan dan strategi pendidikan bagi mempersiapkan modal insan dan sumber manusia yang kompeten dalam dunia tanpa sempanan. Asmawati (2005) dalam penulisannya bertajuk Dunia Pendidikan dalam era Globalisasai: Peranan dan Cabaran, menyatakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius. Antaranya ialah: •

Pelajar perlu mengamalkan sikap berdaya saing agar mereka lebih menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan menjalani persaingan yang sihat.

Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Hal ini memberi faedah kepada sistem pengajaran dan pembelajaran.

Komunikasi merentasi budaya membolehkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Ini bermakna, pelajar mesti mempunyai kemahiran berbahasa dan komunikasi yang menjurus ke arah global.

Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam era globalisasi menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak global.

Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.

Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang bakal melahirkan modal insan negara.

Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan lebih meluas.

2.1

Pengantarabangsaan Pendidikan

Globalisasi juga telah menyumbang kepada pengantarabangsaan pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menjadikan pengantabangsaan pengajian tinggi sebagai agenda utamanya. Selaras dengan usaha menjadikan negara sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini serta bagi


3 memenuhi sasaran jumlah enrolmen 75,000 pada tahun 2010 seperti dalam ucapan perutusan tahun baharu 2010 oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di PICC, Putrajaya, pada 12 Januari 2010. Oleh hal yang demikian, teraju pihak IPT perlu menyusun pelbagai pendekatan dalam usaha untuk menarik pelajar antarabangsa datang belajar ke negara ini dengan menitikberatkan soal hospitaliti termasuklah suasana pembelajaran, kemudahan penginapan dan keselamatan adalah kondusif serta bersesuaian untuk proses menyediakan khidmat bantuan dalam aspek keperluan imigresen dan visa serta sentiasa bekerjasama dengan pihak KPT bagi segala urusan yang berkaitan dengan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar antarabangsa tersebut. Selama ini aspek pengantarabangsaan hanya ditekankan kepada proses membawa masuk pelajar-pelajar antarabangsa. Bagi tahun 2010 ini menteri KPT mengharapkan agar skop dan aktiviti program pengantarabangsaan ini diperluaskan lagi kepada perkaraperkara lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik secara menyeluruh. Kementerian juga akan mengenalpasti bidang-bidang tujahan yang dijadikan niche area dalam pengajian di peringkat pasca siswazah. Adalah diharapkan

agar

universiti dapat mengelakkan duplikasi terhadap penawaran program di peringkat pasca siswazah dan melalui pendekatan ini, ia akan menjadikan pengajian pasca siswazah akan menjadi lebih dinamik dan relevan dengan kehendak semasa. Dimensi pengantarabangsaan juga perlu diperluas kepada usaha memperteguh tenaga akademik tempatan dengan strategi tertentu termasuk penglibatan dan pendedahan pensyarah peringkat antarabangsa termasuk attachment, pertukaran kepakaran dari dan kepada organisasi antarabangsa samada di universiti atau pusat penyelidikan dan penyeliaan pelajar Masters dan Ph.D secara bersilang. Pada masa yang sama, kerajaan membenarkan IPTA untuk melalukan morbiliti pensyarah dengan mengambil tenaga pengajar dari luar negara untuk meningkatkan suasana akademia yang cemerlang selaras selaras dengan matlamat 15 peratus tenaga pengajar dari luar negara di universiti penyelidikan menjelang tahun 2020.


4 Usaha perlu dipergiat bagi menggalakkan lebih banyak institusi, badan pengiktirafan dan negara luar mengiktiraf program kursus dan IPT negara ini. Usaha ini penting untuk memudahkan penerimaan ijazah yang dianugerahkan oleh IPT tempatan kepada pelajar luar negara. Pelaksanaan MQF dijangka akan memudahkan proses ini, terutamanya apabila Malaysia menjadi ahli dalam pertubuhan pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Lisbon Convention on the Recognition of Qualification concerning Higher Education in the European Region 1997 dan Washington Accord for International Mutual Recognition of Engineers (bidang kejuruteraan). 2.2

Mobiliti Pensyarah

Bercakap tentang globalisasi pendidikan, kita tidak lari daripada membicarakan peranan tenaga pengajarnya. Oleh itu, KPT menyeru semua IPT agar mencari jalan untuk menarik tenaga pengajar yang berkelayakan sama ada dari dalam atau luar negara. Potensi yang besar juga sekiranya IPT boleh menarik bakat-bakat dari industri untuk menyumbang samada secara sepenuh atau separuh masa dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan masing-masing. Selain daripada memenuhi keperluan gunatenaga akademik, pengalaman industri yang dibawa ke universiti akan menambah nilai kepada program akademik yang ditawarkan. Sudah tiba masanya IPT dalam negara sama ada IPTA atau IPTS mencari jalan bagaimana boleh berkongsi kepakaran secara sinergi. Bagi tujuan itu, satu pelan mobiliti pensyarah yang lebih kemas untuk menyokong usaha tersebut perlu diusahakan secara serius. Contohnya seorang pensyarah mempunyai satu ’parent institution’tetapi boleh dibenarkan untuk memberi sumbangan kepada institusi yang lain sama ada dalam aspek pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan pelajar. Di peringkat institusi, universiti perlu mencari jalan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk ahli-ahlinya. Ini termasuk dalam aspek penyediaan ruang dan peluang, infrastruktur dan bantuanbantuan lain yang diperlukan.


5 3.0

CABARAN-CABARAN GLOBALISASI

Era globalisasi sedikit sebanyak telah mempengaruhi sistem pendidikan negara. Kesan globalisasi ini mesti ditangani dengan bijak agar negara dapat melahirkan pelajar dan modal insan yang boleh dibanggakan. Habib & Megat Ahmad Kamaluddin 2008 menyatakan beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam sistem pendidikan dan memerlukan perhatian serius. 3.1

Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan

Melakukan rombakan dalam membangunkan potensi sumber manusia melalui pendidikan seperti memperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya bagi membolehkannya mereka memberi sumbangan kepada negara seperti yang dikatakan oleh Hussein (2001) dalam Habib & Megat Kamaluddin 2008. Ini selaras dengan Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar

Wawasan

Negara

telah

memberikan

penekanan

kepada

usaha

untuk

membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Seumur Hidup yang antara lain bertujuan: •

Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.

Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri.

Mewujudkan program e-Latihan.

Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam.

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan.

Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.


6 •

Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

3.2

Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab dan Projek Sekolah Vista. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Pelajar-pelajar mesti mematuhi garis panduan seperti berbudaya pembelajaran sepanjang hayat, berkebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa, menguasai kemahiran teknologi, bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dengan pelaksaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. 3.3

Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang


7 dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan dan menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah. 3.4

Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri

Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anakanak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar. 3.5

Cabaran kelima: Perkembangan profesionalisme Guru

Guru merupakan aset utama dalam sisitem pendidikan yang berupaya memastikan poerkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan releven dengan zamannya. Robiah (1994) dalam Habib & Megat (2008) mencadangkan beberapa


8 kriretia guru yang perlu dimilki agar mekera mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman seperti berikut: •

Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas

Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya

Sentiasa mengikut peredaran zaman

Memahami perkembangan teknologi

Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.

4.0

KESAN NEGATIF GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN

Globaliasasi sesungguhnya memberi kesan positif dan faedah yang banyak kepada sistem pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, fenomena ini juga menyumbang kepada kesan negatif yang tidak dapat dielakkan kehadirannya. Berikut adakah antaranya kesan negatif terhadap dunia pendidikan (Hashim & Abdul Jalil 2007): •

Negara-negara yang kaya akan mengambil peluang menindas negara-negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikanm negara mereka sendiri.

Berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu perkongsiaan kerana segala keputusan yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju.

Memerlukan pemantauan yang mendalam dari aspek permasalahan anti sosial

Perubahan dari segi sistem pendidikan akan berlaku akibat daripada permintaan pasaran tenaga kerja dan pengeluaran nilai tamabah yang tinggi terhadap sesuatu barangan pengguna. Ini bertentangan dengan matlamat dan peranan yang ingin didukungi oleh sesebuah institusi pendidikan, khususnya universiti.

Dalam percubaan untuk memenuhi kehendak global, sesuatu polisi pendidikan sudah yang lama terbentuk akan tersasar dari matlamat sebenarnya untuk memenuhi tuntutan sektor awam tempatan. Pendidikan hanya dilihat sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi resepi kehidupan yang sempurna. Oleh itu, pendidikan akan menjadi kurang liberal kerana sentiasa dikawal oleh kehendak pasaran.


9 Rosnani 2007 dalam penulisan bertajuk Liberalisasi Pendidikan dan cabarannya dalam kontek Pendidikan Islam di Malaysia juga menyatakan terdapat kesan yang mendalam globalisasi dalam sistem pendidikan. Pertamanya. pasaran buruh dan sistem pendidkikan akan mengalami perubahan disebabkan perubahan cara bekerja dan jenis pekerjaan yang akan dilakukan di seluruh dunia. Permintaan akan tertumpu kepada barangan yang mempunyai kandungan kemahiran yang tinggi dan pekerjaan pula lebih bersifat fleksibel. Lebih ramai tenaga kerja akan bertukar pekerjaan sepanjang hayat mereka dan pekerjaan mereka semakin lebih bercorak multitasking. Ini bermakna tahap pendidikan tenaga pekerja perlu ditingkatkan dan lebih banyak peluang bagi golongan dewasa untuk kembali ke institusi pendidikan bagi memperolehi kemahiran-kemahiran baru. Kedua, sistem pendidikan yang diterajui oleh golongan korporat akan merungkai pendidikan awam kerana kecenderungannya kepada idea dan konsep pendidikan swasta. Ini kerana kerajaan dari negara sedang membangun ditekan untuk menambah perbelanjaan terhadap pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir. Hujahnya sistem pendidikan yang tersusun rapi dan tenaga mahir yang berpendidikan lebih tinggi dapat meanarik modal global yang semakin penting dalam ekonomi global. Tetapi modal kewangan global ini mempunyai kepentingan ekonomi jangka pendek dan mahukan sektor awam yang kecil. Ia terlalu condong kepada sektor swasta dan dengan pakej ideologinya menekan kerajaan untuk mengurangkan pembiayaaan pendidikan yang kian pesat berkembang seperti yang dijangkakan dan pembiayaan itu ditanggung pula oleh sektor lain. Agenda menghadkan pembiayaaan kerajaan pendidikan awam mungkin menghalang kerjaan daripada memilih cara yang paling berkesan untuk mengembangkan dan memperbaiki sistem pendidikan pada era globalisasi.keaadaan ini akan melebarkan lagi jurang antara golongan elit dan golongan miskin. Ini kerana kos pendidikan yang mahal tidak mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. Dengan keterbatasan pendidikan kepada golonga elit, maka pendidikan gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya memberi keadilan kepada semua anggota masyarakat da menghapuskan kewujudan kelas dalam masyarakat.


10 Ketiga. kualiti sistem pendidikan semua negara semakin diperbandingkan di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan bertambahnya penekanan yang diberikan kepada pengajaran subjek yang dibandingkan seperti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Peperiksaan, penilaian dan kepiawaian menjadi sebahagian daripada usahausaha besar untuk menambah akauntabiliti menerusi pengukuran pengeluaran ilmu pengetahuan melalui peperiksaan dan menggunakan ukuran-ukuran itu untuk menilai prestasi pekerja pendidikan (pensyarah dan guru) dan pengurus-pengurusnya. Namun cara peperiksaan itu digunakan untuk memperbaiki mutu pendidikan sangat dipengaruhi oleh konteks politik dan matlamnat sistem penilaian. Keempat, teknologi maklumat kini giat disalurkan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan, sebagai usaha menambah kuantiti pendidikan pada kos yang lebih murah menerusi pendidikan jarak jauh dan juga sebegai usaha untuk menyediakan pendidikan bermutu tinggi (pada harga yang lebih mahal) menerusi pengajaran berbantukan komputer dan penggunaan internet. Walau pun kebanyakan negara berada pada tahap awal penggunaanm teknologi baru ini, kepentingannya pada masa depan tidak seharusnya dipandang sepi. Ini kerana ia berupaya menghubungi pelajar atau guru dari pelbagai ceruk rantau asalkan terdapat kemudahan komputer dan internet. Kelima, kewujudan rangkaian teknologi komunikasi dan maklumat global ini bermakna budaya dunia akan melalui perubahan. Globalisasi akan membuat banyak kumpulan rasa tersisih dangen nilai budaya baru ini. Kumpulan-kumpulan ini akan berjuang menentang ekonomi global ini dengan menegaskan nilai-nilai budaya yang mungkin juga bersifat universal seperti kumpulan environmentalis dan persekitarannya, atau kumpulan makanan yang diubah genetiknya (GMO) yang pada waktu yang sama memusuhi pasaran. Ini juga merupakan sejenis pertarungan baru bagi makna dan nilai ilmu. Justeru ia mempunyai implikasi dalam organisasi sistem pendidikan.


11 5.0

SARANAN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN BAGI MENGHADAPI EKONOMI GLOBAL

Rosnani (2007) dalam kajiannya mendapati hasil analisis UNESCO menegaskan bahawa impak utama sebenar globalisasi ialah perubahan peranan negara. Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah komoditi yang paling berharga dalam ekonomi global, maka sesebuah negara tidak ada pilihan selain dari meningkatkan pelaburan dalam pendidikan. Inilah yang sedang dijalani oleh Malaysia apabila kerajaan memperuntukkan belanja mengurus sebanyak RM 29.3 bilion kepada Kementerian Pelajaran bagi menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan manakala RM 10.2 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Bajet 2011). Setiap negara berhadapan dengan situasi sosio-ekonomi dan politik yang berbeza. Sesetengah negara mengutamakan bidang pertanian, perindustrian atau perkhidmatan sebagai teras ekonominya. Justeru setiap negara perlu menimbangkan strategi pendidikan yang sesuai bagi merealisasiksn hala tuju ekonomi negara masing-masing. Berikut menunjukkan empat petanda yang boleh difikirkan sebagai strategi pendidikan: •

Negara seharusnya bertanggungjawab bagi kemajuan dan perkembangan pendidikan. Ini tidak bermakna semua sekolah diurus oleh kerajaan tetapi pendidikan seharusnya ditadbir menggunakan dana awam. Justeru pihak awam harus juga terus mengawal pendidikan, menentukan piawaiannya dan pengagihan sumbernya.

•

Kerajaan masih mempunyai banyak ruang politik dan kewangan untuk mencorakkan cara globalisasi meresapi sistem pendidikan. Kerajaan boleh menyediakan akses sama rata kepada pendidikan, memperbaiki mutu pendidikan bagi golongan miskin, menjana ilmu dengan lebih berkesan dan lebih adil kepada semua pelajar. Dalam banyak situasi, kerajaan tidak memberi respon kepada perkara-perkara di atas disebabkan perbezaan ideologi menangani era globalisasi.


12 •

Pentadbiran awam yang cekap dan tersusun menjadi kunci utama dalam memperbaiki pendidikan dalam ekonomi global. Pertumbuhan ekonomi dan pendidikan yang berkesan bukan sahaja memerlukan pelaburan modal fizikal, daya inovasi dan keupayaan teknikal tetapi juga kerajaan yang cekap dan jujur dalam pentadbirannya.

•

Guru akan terus menjadi unsur paling penting dalam pendidikan dan kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pengajaran guru dan usaha guru itu sendiri. Seperti juga perkara lain dalam ekonomi global di mana guna tenaga berpengetahuan merupakan kunci utama kepada pengeluaran barangan yang bermutu, maka begitu juga industri ilmu pengetahuan (pendidikan) juga akan bertambah kebergantungan kepada modal insan iaitu gurunya.

6.0

RUMUSAN

Dunia pendidikan di Malaysia kini berkembang dengan pesatnya diransang oleh transformasi dan inovasi kurikulm dalam era globalisasi. Memandangkan pendidikan dianggap sebagai alat sosialisasi, agen mobiliti sosial, guru sebagai agen perubahan dan kurikulum sebagai medium perubahan maka wajarlah bidang pendidikan semakin mendapat perhatian masyarakat sekeliling. Tidak hairanlah, ibu bapa dan masyarakat menjadi sangat peka kepada perkembangan pendidikan anak-anak mereka dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Kesedaran ini muncul hasil implikasi kesedaran peri pentingnya pendidikan untuk memajukan diri dalam menghadapi persaingan yang sengit. Selaras dengan tumbuhnya pusat perkembangan pendidikan seperti pusat tuisyen, sekolah-sekolah swasta dan pusat pengajian tinggi swasta yang semuanya berfungsi untuk memberikan input ilmu yang setaraf dengan kehendak era globalisasi. Ibu bapa dan masyarakat menjadi sangat pemurah membiayai perbelanjaan persekolah anak-anak mereka. Memandangkan pihak ibu bapa dan masyarakat telah meninjukkan perhatian yang serius tertahdap persekolah anak-anak mereka, maka pihak perancang pendidikan juga


13 perlu memainkan peranan mereka dalam menangani segala cabaran dan isu-isu yang timbul. Mereka perlu isu-isu dan cabaran yang berbangkit dalam pendidikan secara menyeluruh dan komprehensif iaitu dengan menyelesaikan masalah secara runcitan agar hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai. Jika isu dan cabaran yang timbul tidak diselesaikan secepatnya, maka penimbunan masalah menjadikan pihak perancang pendidikan kurang fokus dalam menghadapi era globalisasi. Dan akhir sekali pihak pendidik juga perlu menggembeling tenaga sepenuh hati dan sedaya mungkin untuk bersama-sama pihak kementerian bagi menghadapi era globalisasi. pihak pendidik bukan sahaja perlu mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mendidik bangsa, tetapi juga perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih kompleks, pegetahuan dalam bidang komputer, berkemahiran tinggi dalam pedagogi, mempunyai pengetahuan mendalam terhadap isi kandungan pelajaran, mengetahui latar belakang pelajar yang diajar serta mempunyai motivasi yang tinggi demi menjelmakan proses pengajaran dan pembelajaran yang kualiti. Semua pendidik diharap sentiasa meningkatkan kebolehan dan kemahiran mereka agar kecemerlangan pelajar secara holistik termasuk aspek kognitif, kemahiran, spiritual dan sosial dapat dicapai seperti hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


14 RUJUKAN Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi menangani Era Globalisasi. hlm 95-104. www.fppsm.utm.my [ 1 Mac 2011]. Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan 31(1): hlm. 91-101. Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. 2007. Dunia pendidikan dalam Era Globalisasi: Peranan dan Cabaran. Masalah Pendidikan 30(1): hlm. 143-148. Hussein Ahmad. 2001. Mandat UNESCO dan Cabaran Globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Dlm. Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan 31(1): hlm. 91-101. Kamus Dewan Bahasa. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia kesembilan 2006-2010. Rosnani Hashim.2007. Liberalisasi pendidikan dan Cabarannya dalam kontek pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam. 12(1): hlm 19-40. Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Dlm. Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan 31(1): hlm. 91-101. Yusof al-Qardhawi. 2001. Islam dan Globalisasi Dunia. (Terjemahan). Jakarta: Pustaka al-Kauthar. Dlm. Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan

Islam

bagi

menangani

www.fppsm.utm.my [ 1 Mac 2011].

Era

Globalisasi.

hlm

95-104.


15

www.bharian.com.my/articles/IntipatiBajet2011/Article [ 7 Mac 2011] www.upnm.edu.my/.../KPT%20-%20Amanat%20Tahun%20Baharu%202010. pdf [ 2 Mac 2011]


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.