Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 9

3 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI GP untuk pemuliharaan dan pembangunan kawasan pesisiran pantai perlu berdasarkan jenis bentuk kawasan dan proses-proses fizikal, kimia dan biologi yang bertindak ke atasnya selain daripada keadaan sosio ekonomi tempatan. Semenanjung Malaysia disempadani oleh Laut China Selatan di sebelah timur dan Selat Melaka di sebelah barat. Kawasan pantai Malaysia terdiri daripada alluvium yang mudah terhakis dan berisiko bencana. Kawasan pantai timur terdiri daripada taburan pasir sepanjang 860km manakala pantai barat pula terdiri daripada kelodak (silt) dan lumpur (clay) yang meliputi kawasan sepanjang 1110 km.

1.2.1 ANCAMAN KEPADA KSAS DI ZON PANTAI Kawasan KSAS

Kesan Ancaman

Pembangunan Pantai

Garis pantai adalah tertakluk kepada kesan hakisan pantai yang boleh mengakibatkan kehilangan keluasan tanah dan kehilangan habitat. Tambahan pula, proses semulajadi ini boleh diburukkan lagi oleh aktiviti manusia.

Tebus gunatanah

Tebus gunatanah tanpa perancangan yang baik akan mengakibatkan impak negatif ke atas proses pembentukan pantai serta pengangkutan sedimen (yang boleh mengakibatkan hakisan atau pertumbuhan accretion. Ini akan menambahkan pencemaran air laut dan mengurangkan kepelbagaian habitat marin.

Perlombongan Pasir Luar Pantai

Bahan-bahan penambakan yang diperlukan untuk projek tebus gunatanah akan diperolehi daripada pengeluaran pasir kawasan luar pantai. Kegiatan ini akan mengubah batimetri dasar laut. Kesan seperti pengurangan pasir, ombak besar dan penambahan tenaga ombak tinggi akan menyebabkan hakisan, pemendapan dan kehilangan ekosistem marin.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.