Rezeki - Ogos 2011

Page 7

KEDAI PRODUK

KEPINGAN GINSENG AMERIKA DENGAN MADU AVALON UNTUK PENAMBAHAN TENAGA BADAN Dirumuskan khas untuk mereka yang kerap mengalami tekanan darah tinggi, badan letih dan kurang tidur. Kepingan Ginseng Amerika Avalon yang dikeluarkan oleh Hi-Beau (M) Sdn. Bhd. Ginseng Amerika atau Panax quinquefolius ini adalah penyediaan tradisional yang sememangnya digunakan untuk faedah kesihatan am seperti penambahan tenaga, melegakan badan yang letih, menjaga paruparu daripada batuk, memperbaiki penumpuan dan memori serta banyak lagi. Cadangan pengambilan adalah mengunyah penyediaan ginseng Amerika tersebut sebungkus setiap hari. Ia tidak menyebabkan panas badan, malahan menggalakkan rembesan air liur dan menjaga kesihatan kerongkong. Harga: RM99.00 sekotak/20 bungkusan dan boleh didapati di Kedai Watson dan farmasi Aeon Wellness, Alpha, Be Pharmacy, Health Lane, Sasa dan Zenith. Maklumat lanjut: www.hibeau.com

DEODORAN MINYAK KELAPA DARA BIO-ASLI

Deodoran Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah hasil novasi bioteknologi Malaysia dan yang pertama seumpamanya di negara ini. Dipasarkan oleh Maju Desa Marketing, deodoran daripada hasil semula jadi ini menggunakan kekuatan minyak kelapa dara dan kepakaran tempatan. Produk jagaan badan ini adalah deodoran, bukannya anti peluh. Ia berfungsi untuk mengatasi bau badan tanpa menghalang pengeluaran peluh. Oleh itu, ia sesuai dengan tabii manusia yang sihat, iaitu memerlukan perpeluhan yang sempurna. Deodoran Minyak Kelapa Dara Bio-Asli bebas daripada sebarang sebatian aluminium dan paraben. Ia sesuai bagi mereka yang sangat mementingkan penggunaan barangan semula jadi. Ia memberikan keselesaan serta kesegaran yang berpanjangan, menjadikan anda merasa yakin sepanjang hari. Harga: RM50 satu set. Hubungi 03-32248721 atau email desaku@streamyx.com Maklumat lanjut: www.bio-asli.com

14

REZEKI Ogos 2011

KULIT SIHAT DENGAN KOLAGEN IKAN JEPUN AVALON

Hi-Beau membawakan produk tambahan pemakanan kesihatan dan kecantikan untuk kulit yang lebih muda dan anjal – Kolagen Ikan Jepun Avalon. Kolagen ini mempunyai bahan kompleks probiotik dan ciri-ciri anti penuaan yang turut diperkayakan dengan Vitamin C. Rumusan ini mudah diserap oleh tubuh manusia dan boleh diambil oleh mereka yang menjaga berat badan atau menghidap diabetes kerana tidak mengandungi tambahan gula. Penyediaan Kolagen Ikan Jepun Avalon boleh didapati dalam tiga perisa, iaitu lemon, mangga dan beri biru. Tambahan makanan ini boleh dimakan terus setiap hari dari bungkusan atau dicampur ke dalam air minuman. Harga: RM138 dalam pek 30 bungkusan dan boleh didapati di Kedai Watson dan farmasi Aeon Wellness, Alpha, Be Pharmacy, Health Lane, Sasa dan Zenith. Maklumat lanjut: www.hibeau.com


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.