Issuu on Google+

Inspirasi Kejayaan

SEMENANJUNG MALAYSIA RM7.50 MALAYSIA TIMUR RM8.50 BRUNEI B$10 SINGAPURA S$10 PP 15723/08/2011(028079) ISSN 2231-7155

kasehdia.com

Ogos 2011 / Isu No 4

ยบ

ยบ

MENU UTAMA REZEKI: KEDAI + KEPERIBADIAN + GEMALA + ILHAM + SECANGKIR KOPI + CORAK HIDUP + HATI KE HATI

8 IDEA PERNIAGAAN SAMPINGAN REZEKI MENGIKUT ISLAM DAGING HALAL INDIA KAUT UNTUNG BERMAIN GAME TARIKAN DUNIA HERBA ILHAM

RUMAH KEDIAMAN KARBON SIFAR YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Wanita jadi

usahawan tersohor!

ยบ

Iยบ

DALAM DUNIA GLOBALISASI, WANITA MENJADI PESAING KEPADA KAUM LELAKI.

SERTAI KAMI:

facebook.com/Rezeki.Ku

b o le h k

e?

twitter.com/eRezeki

www.rezeki.com.my

facebook.com/Rezeki.Ku

twitter.com/eRezeki

TAWARAN ISTIMEWA A UNTUK MAS TERHAD SAHAJA

Langgani Sekarang!

Rezeki merupakan majalah keluaran dwi-bulanan yang menggabungkan perniagaan dan pekerjaan sebagai gaya hidup. Kandungan didalamnya berkonsepkan elemen yang segar, kreatif dan berinspirasi. Walaupun majalah ini lebih memfokuskan unsur perniagaan, juga bersesuaian bagi sesiapa yang mengimpikan kejayaan di dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Bertemakan “Inspirasi Kejayaan”, majalah Rezeki mampu menjadi inspirasi kepada pembaca untuk mencapai kejayaan. SIAPA YANG PERLU MELANGGAN? • Individu yang terlibat dengan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS/ SME) • Individu yang terlibat dengan sektor komersial • Usahawan • Individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan

Borang Langganan Rezeki SAYA INGIN MELANGGAN REZEKI UNTUK:

12 KELUARAN/ EDISI

6 KELUARAN/ EDISI

Langganan akan bermula selepas pembayaran penuh diterima. Nama:

Jantina:

Organisasi:

Umur:

Jawatan:

Alamat:

Poskod: Telefon (P):

Bandar: Telefon Bimbit:

Harga promosi untuk tempoh masa terhad (Semenanjung Malaysia sahaja):

Negeri: Fax:

Jumlah salinan 12 edisi 6 edisi

Email:

Harga asal RM90 RM45

TAWARAN HEBAT RM70 RM40

SILA PILIH CARA PEMBAYARAN ANDA: Sila faks penghantaran wang anda / slip deposit ke +603 6203 4072 bersertakan nama dan alamat anda. No. Cek / Bank Draft: (Cek Malaysia sahaja) Sila sediakan cek atau draf bank untuk dibayar kepada KasehDia Sdn Bhd dan kirimkan ke pejabat kami di: M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA Deposit ke nombor akaun KasehDia Sdn Bhd (001-219153-021) atau pemindahan bertelegraf melalui Kod Swift HBMBMYKL . HSBC BANK MALAYSIA, Lantai 2, HSBC Bangunan, No.2 Lebuh Ampang, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia. HSBC Tel: +603 2050 7878 POS ATAU FAKS BORANG LANGGANAN ANDA KE: KASEHDIA SDN BHD M-2-20, PLAZA DAMAS, 60, JALAN SRI HARTAMAS 1, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA T: +6 03 6203 1025 F: +6 03 6203 4072

Ogos 2011 REZEKI

rezeki subs form 1.08.2011.indd 1

1

1/8//11 10:14AM

KEPERIBADIAN TARIKAN DUNIA HERBA penilitian dilakukan melalui pembacaan dan juga berhubung langsung dengan pengamal herba di utara tanah air khususnya. Diikuti dengan tunjuk ajar daripada bapa saudara di sebelah ibu yang merupakan ‘bomoh akar kayu’ yang terkenal di Perlis. Sesudah itu, timbul satu keyakinan bahawa herba boleh menjadi satu alternatif kepada pelbagai jenis penyakit.

TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD. SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN. BHD telah diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Bermula berniaga pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 Julai 1995. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Oleh itu, baru-baru ini kami berkesempatan menemubual Tuan Haji bagaimana beliau berjaya mengharungi segala rintangan dan dugaan yang boleh dikongsi oleh pembaca Rezeki. 10

REZEKI Ogos 2011

1 Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang Tuan Haji dan bagaimana Tuan Haji mendapat idea untuk menceburi bidang perniagaan yang berasaskan herba? Mengapa memilih herba? Mungkin kerana dilahirkan di dalam keluarga yang telah sedia menggunakan herba dan melihat penggunaan herba-herba ini dalam perawatan tradisional secara langsung. Lanjutan daripada amalan keluarga ini, Tuan Haji menjadi minat, saya cuba untuk memahaminya dan peluang ini terbuka apabila belajar di Universiti Pertanian Malaysia (kini, Universiti Purta Malaysia). Kemudian,

2 Apakah yang dimaksudkan dengan moto syarikat ini, iaitu PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA? Dalam perniagaan HPA, kita cuba mengenengahkan beberapa prinsip, iaitu penggunaan herba sebagai ubatubatan dan pemulihan produk halal di dalam kehidupan. Namun, oleh sebab banyak produk di dalam pasaran yang meragukan, maka untuk menjadi pengeluar, pengedar dan pengguna itu merupakan akauntabiliti kolektif yang diertikan sebagai tanggungjawab bersama. 3 Apakah visi dan misi serta perjuangan HPA? Misi HPA untuk menjadi salah satu pengeluar produk halal yang terbesar di dunia di samping mewujudkan sistem pendidikan perubatan berasaskan herba. Misi kami pula ialah 4P, iaitu Pendidikan, Pengilangan, Penyelidikan dan Perladangan. 4 Apakah ciri-ciri produk HPA? Halal, berkualiti, murah. 5 Difahamkan, kini terdapat hampir 350 jenis produk yang boleh didapati lebih 200 Cawangan/HPA Halal Mart serta lebih 2500 stokis di seluruh negara. Apakah kunci kejayaan yang membolehkan ia berkembang maju? Bagaimanakah HPA memantau segala aktiviti yang dirancang terlaksana dengan lancar? Pertama hal ini boleh berlaku disebabkan kepercayaan ahli-ahli yang berdaftar di

OLEH: KAMAL ISMAIL

dalam sistem pemasaran MLM berlandaskan syariah HPA. Kedua ialah latihan yang berterusan untuk membentuk pola fikir bahawa produk HPA menjadi pilihan utama. Bagi memantau kesemua aktiviti ini, melalui pengurusan HPA sendiri dan pengurusan kelab-kelab yang diwujudkan bagi setiap zon, iaitu utara, tengah, selatan, timur dan Borneo.

6 Siapakah yang menjadi tulang belakang yang memberi Tuan Haji dorongan dan inspirasi untuk membuka HPA? Ibu, ayah, bapa saudara dan keluarga. Sebelum seseorang itu memulakan sebarang perniagaan, terdapat beberapa faktor yang harus difikirkan terlebih dahulu, iaitu lokasi dan produk. Apakah faktor yang diambil kira sebelum Tuan Haji memilih lokasi dan juga produk HPA? Pertama, kecenderungan masyarakat terhadap sesuatu produk dan isu-isu yang berbangkit dengan produk tersebut. Lokasi dipilih berdasarkan jumlah populasi ahli HPA.

7 Modal adalah isu yang paling penting untuk membuka sesuatu perniagaan. Tuan Haji adalah seorang anak tani, mungkin ada masalah dari segi kewangan. Dari manakah Tuan Haji mendapatkan modal? Adakah melalui pinjaman bank, kerajaan atau daripada keluarga? Pada awal perniagaan, tiada sebarang pinjaman bank dilakukan kerana bahan mentah atau sumber boleh dibeli dengan murah di kampung-kampung. Malahan kadangkala diberi percuma. Kemudian, apabila sudah sampai di peringkat yang lebih besar pelaburan diperlukan untuk menepati kehendak-kehendak piawaian semasa, maka pihak SME Bank menawarkan geran dan pinjaman di dalam bentuk islamik.

8 Dalam laman web HPA, Tuan Haji ada berkata: “Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas” – Apakah

“REZEKI ITU MERUPAKAN SESUATU YANG BAIK DI SISI ALLAH. BOLEH BERUPA HARTA BENDA ATAU ANUGERAH-ANUGERAH YANG LAIN YANG MEMBAWA MANUSIA ITU SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.” yang dimaksudkan dengan kata-kata Tuan Haji itu? Itu adalah sebuah keyakinan tentang kelebihan dan keberkesanan herba sehinggakan ia lebih berharga daripada emas kerana tidak ada erti kekayaan jika tubuh badan menderita kesakitan.

9 Bukan mudah untuk mendapatkan bahan-bahan herba untuk menyediakan produk. Adakah tuan haji menanamnya sendiri atau mendapatkan daripada orang lain?

Ada herba yang mudah, ada herba yang susah untuk didapatkan. Namun, hasil jaringan dengan kumpulan pengumpul herba ini sehingga kini kita tidak menghadapi sebarang masalah.

10 Kita tidak akan lari daripada cabaran dan halangan dalam dunia perniagaan. Apakah cabaran utama sebelum dan selepas membuka HPA? Cabaran utama sebelum membuka HPA adalah nama, jenama HPA tidak dikenali orang. Cabaran selepas buka pula ialah kecukupan produk di pasaran dan persaingan yang semakin kuat.

Ogos 2011 REZEKI

11

KEPERIBADIAN: TARIKAN DUNIA HERBA

H

CARI PER 11 Apakah pengajaran utama yang telah Tuan Haji pelajari dalam mengusahakan HPA? Pelajaran yang dipelajari ialah kita boleh menjadi bahagia dan berjaya dengan memberi kebahagian dan kejayaan kepada orang lain. Dalam erti kata, perlu mewujudkan perkongsian bijak, win-win situation dalam perniagaan. Tidak boleh mementingkan diri sendiri sebab kita perlu mewujudkan sejuta penyokong dengan sebuah kejujuran. Kejujuran itu akan boleh dirasai oleh orang yang berniaga dengan kita. Walaupun ianya tidak diungkapkan. Perjanjian seperti MOU dan apa-apa perjanjian merupakan pelengkap, tetapi tidak boleh menentukan sebarang kejayaan. 12 Apakah kepuasan yang Tuan Haji dapat setelah menceburi bidang keusahawanan? Kepuasannya apabila melihat ribuan pekerja boleh menumpang rezeki bersama HPA dan bila melihat masyarakat menggunakan dan memperkatakan produk-produk halal seharian serta melihat produk-produk HPA berada di setiap buah rumah. 13 Berapa lamakah Tuan Haji terlibat dalam bidang keusahawanan, bagaimanakah Tuan Haji boleh terlibat dan mengapa? Bermula secara tidak langsung dari tahun 1981 ketika belajar di UPM, saya sudah pun berniaga di pasar-pasar malam dan mula mengembangkannya pada tahun 1986, terjun sepenuhnya pada tahun 1995 apabila berhenti daripada bekerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang Perlis.

14 Kebiasaannya, para peniaga mempunyai perancangan jangka panjang. Apakah perancangan Tuan Haji pada masa hadapan? HPA telah membeli bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta di Seksyen 13, Shah Alam yang dikenali sebagai HPAic yang akan menjadi tempat penghubung seluruh rangkaian produk halal di dunia dan mewujudkan pasaran kita sendiri melalui penghubungan ini.

12

15 Apakah kriteria yang Perniagaan MLMS HPA diiktiraf sebagai MLM Syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia? Ada empat kriteria utama. Pertama, Panel Syariah HPA adalah mereka yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelebihan yang diakui oleh pihak MOI, di mana salah seorang ahli panel adalah seorang mufti. Kedua, sistem tersebut mesti tidak ada unsur-unsur keraguan atau kesamaran yang kita sebut

CAFE

Ha Bo

CARI PE

CARI PERBEZ

N RESTORAM A NASI AY

“KEPUASANNYA APABILA MELIHAT RIBUAN PEKERJA BOLEH MENUMPANG REZEKI BERSAMA HPA DAN BILA MELIHAT MASYARAKAT MENGGUNAKAN DAN MEMPERKATAKAN PRODUK-PRODUK HALAL SEHARIAN.�

- Ini a

BEER BEER BEER

Antara ciri-

-I

Guna penye Penutup ram LUS DA TU Tidak melud PE Tidak mengg

- Ini akan me

Antara ci

Antara ciri-ciri

keadilan. Ketiga, produk halal. Keempat, harga yang ditawarkan itu mestilah kompetitif dengan yang ditawarkan oleh pasaran konvensional.

16 Apakah definisi Rezeki pada Tuan Haji? Rezeki itu merupakan sesuatu yang baik di sisi Allah. Boleh berupa harta benda atau anugerah-anugerah yang lain yang membawa manusia itu selamat di dunia dan di akhirat.

17 Apakah tips yang sesuai untuk orang di luar menjadi usahawan seperti Tuan Haji? Harus menjadi seperti bukit, tanah, air dan matahari. Apa yang dimaksudkan dengan bukit kena kuat dan tabah menghadapi semua bentuk ujian dan cabaran. Apa yang dimaksudkan dengan tanah, mesti bersabar di sepanjang perjalanan perniagaan. Apa yang dimaksudkan dengan air kena terus berusaha tanpa henti mengalir, jika disekat air itu, ia akan melimpah ruah keluar, jika tak mampu ke atas dia menyelinap di bawah bumi. Apa yang dimaksudkan dengan matahari, memberi cahaya kepada alam dan orang lain, semangat yang tidak padam-padam, memberi pencerahan kepada orang lain untuk sama-sama menikmati kehidupan. n

Tong sam Kawasan Kawasan Asingka

Guna lesen Halal Guna hanya bara Tidak mencampu Tidak menunjukk

REZEKI Ogos 2011

Halal2.0-re

HALAL 2.0 CAFE Buku Panduan

asan w a K : : N A A RI PERBEZ A

AFE

panduan BpenYediaan CARI PERBEZAAN :: Pembelian

pasaraya

Halal 2.0 PerkHidmatan makanan: Panduan OPerasi merupakan buku yang Amerupakan nya Halal Pupertama sepertinya yang terdapat di dalam industri Halal. ia akan Boleh Msuatu penambaHan baru di dalam siri panduan Halal kaseHdia. g

ladan CARI PERBEZAAN :: Tatatertib (i) ternak ladang te A rnak B CARI PERBEZAAN :: Penampilan

KM

ESTORAN NASI AYAM

A Ayam Halal

10 KM

SHOASLEALJ

5 :: Ketulusan N A A Z E B R E P ARI

AA PUNY

N RESTORAM NASI AYA

B

B

susu

pasaraya

SARDIN

SOSEJ

SOS

SARDIN

susu

HALAL

BERSIH IALAH N A D I C U S G DAN HALAL KAWASAN YAN N A IB Y O H T panduan G BARANGAN YANG THOYIB - Ini akanIALAH meningkatkan jualan operasi n a Halal 2.0 n KAWASAN YAN u c ra e k Antara ciri-ciri Thoyiban yang utama: n a d n ra amenjamin kesucian makanan m cUAe- NIni n perniagaan p e r k h i d m dan ata n kualiti makana n etangan namat a ND Guna penyepitBuku atau sarung tangan pada kedua belah panduan ini berguna k TIpPA k Antara ciri-cirikepada Thoyiban yang utama: KU la GI e EN g M n M e LA DA m i AS HL Penutup rambut mesti menutup seluruh rambut In IK N DA S LU TU AN juga kepada OYIBdan seluruh masyarakat L & TH Tidak meludah atau mengunyah makanan semasa berkerja LA MENJAGA TATATERTIB YANG THOYIBAN SEMASA BERKERJA SUASANA YANG SUCI DAN BERSIH MENGHASILKAN YANG TIDAK ROSAK - Ini akan meyakinkan pelanggan untuk membeli BARANGAN PRODUK YANG SUCI DAN BERSIH

BEER BEER BEER BEER BEER

Penampilan dan kebersihan pekerja Tidak memakai pakaian yang terdedah serta barang kemas

RNIAGAAN HA individu rbal kkan peyang - Ini akan mengela

PE angka was Tidak menggunakan makanan yang ah telah kotor syak danatau anjatuh Penutup rambut, apron & tuala-tuala pengesat peluh dan kotoran

Antara

menceburi bidang a: operasi yangThoyiban Antara ciri-ciri yang utama: tamruang u gPenampilan bersih, tersusun dan tidak berbau busuk n a y n a ib y o h T perkhidmatan makanan industri Halal. i ir c ciria:

Beli barangan yang memiliki logo Halal yang sah

utam utup te sa a Jauhi barangan yang memiliki logo Halal yang tidak disahkan kerajaan n ti aart n raj ke h se h n ole a ka p ah dis m ng sa k ya busu TolesnengHalal ga u Samaada anda pemilik pengusahaan atautelah pekerja lal a Guna Ha n rb ka e ah b dis barang yang lupus, busuk, karat atau rosak k ng a ya n d siyating Halal dan tidak Halal t nmaJauhi ra nya baran e p o Guna haw s n ji sa ra a rka pe a sli a n dalam industri p Mu K rka an n basah dalam plastik berasingan m pu di perkhidmatan makanan, gg am ra te lan nc pe ri to me Letakkan barangan makanan a dan Tidak h uk me urag rayasingja eiri asan untuk ko ocirpi-c w a k sakknanpastinya n a Tidak d n Kamewnuanju a ci buku panduan ini harus dimiliki. asan untuk cu Asingkan kaw

Antara ciri-ciri

Thoyiban yang

Buku panduan ini diterbitkan untuk membimbing anda dalam memahami konsep halal, namun ia juga turut mengajar anda bagaimana untuk mengaplikasikan konsep Halal di dalam perkhidmatan penyediaan makanan.

S e m i n a r Pa n d ua n r e S to r a n H a l a l

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU INI?:

+ Pengusaha Hotel + Pengusaha Restoran + Pelayan + Tukang Masak + Sesiapa sahaja yang menceburi bidang perkhidmatan makanan MakluMat penting: buku ini bukan untuk dijual dan akan diberikan secara percuma kepada semua peserta seminar panduan restoran Halal kami. Ogos 2011 REZEKI

Halal2.0-rezeki2011.indd 1

B

13

4/10/11 2:38:28 PM

SOS

KEDAI PRODUK

KEPINGAN GINSENG AMERIKA DENGAN MADU AVALON UNTUK PENAMBAHAN TENAGA BADAN Dirumuskan khas untuk mereka yang kerap mengalami tekanan darah tinggi, badan letih dan kurang tidur. Kepingan Ginseng Amerika Avalon yang dikeluarkan oleh Hi-Beau (M) Sdn. Bhd. Ginseng Amerika atau Panax quinquefolius ini adalah penyediaan tradisional yang sememangnya digunakan untuk faedah kesihatan am seperti penambahan tenaga, melegakan badan yang letih, menjaga paruparu daripada batuk, memperbaiki penumpuan dan memori serta banyak lagi. Cadangan pengambilan adalah mengunyah penyediaan ginseng Amerika tersebut sebungkus setiap hari. Ia tidak menyebabkan panas badan, malahan menggalakkan rembesan air liur dan menjaga kesihatan kerongkong. Harga: RM99.00 sekotak/20 bungkusan dan boleh didapati di Kedai Watson dan farmasi Aeon Wellness, Alpha, Be Pharmacy, Health Lane, Sasa dan Zenith. Maklumat lanjut: www.hibeau.com

DEODORAN MINYAK KELAPA DARA BIO-ASLI

Deodoran Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah hasil novasi bioteknologi Malaysia dan yang pertama seumpamanya di negara ini. Dipasarkan oleh Maju Desa Marketing, deodoran daripada hasil semula jadi ini menggunakan kekuatan minyak kelapa dara dan kepakaran tempatan. Produk jagaan badan ini adalah deodoran, bukannya anti peluh. Ia berfungsi untuk mengatasi bau badan tanpa menghalang pengeluaran peluh. Oleh itu, ia sesuai dengan tabii manusia yang sihat, iaitu memerlukan perpeluhan yang sempurna. Deodoran Minyak Kelapa Dara Bio-Asli bebas daripada sebarang sebatian aluminium dan paraben. Ia sesuai bagi mereka yang sangat mementingkan penggunaan barangan semula jadi. Ia memberikan keselesaan serta kesegaran yang berpanjangan, menjadikan anda merasa yakin sepanjang hari. Harga: RM50 satu set. Hubungi 03-32248721 atau email desaku@streamyx.com Maklumat lanjut: www.bio-asli.com

14

REZEKI Ogos 2011

KULIT SIHAT DENGAN KOLAGEN IKAN JEPUN AVALON

Hi-Beau membawakan produk tambahan pemakanan kesihatan dan kecantikan untuk kulit yang lebih muda dan anjal – Kolagen Ikan Jepun Avalon. Kolagen ini mempunyai bahan kompleks probiotik dan ciri-ciri anti penuaan yang turut diperkayakan dengan Vitamin C. Rumusan ini mudah diserap oleh tubuh manusia dan boleh diambil oleh mereka yang menjaga berat badan atau menghidap diabetes kerana tidak mengandungi tambahan gula. Penyediaan Kolagen Ikan Jepun Avalon boleh didapati dalam tiga perisa, iaitu lemon, mangga dan beri biru. Tambahan makanan ini boleh dimakan terus setiap hari dari bungkusan atau dicampur ke dalam air minuman. Harga: RM138 dalam pek 30 bungkusan dan boleh didapati di Kedai Watson dan farmasi Aeon Wellness, Alpha, Be Pharmacy, Health Lane, Sasa dan Zenith. Maklumat lanjut: www.hibeau.com

FOLLOW ME

Fesyen dan kecantikan seiring dengan selebriti. Kita hidup dalam dunia kecantikan, di mana semua kaum hawa (dan kaum adam) tertarik dengan selebriti bagaikan lebah dengan bunga. Selebriti mendekatkan dunia fesyen dan kecantikan dalam kehidupan seharian kami. Model asing yang tidak dikenali kelihatan menarik, tetapi kita semua lebih mudah mengenal pasti selebriti yang kita kenali. Kita terasa rapat dengan mereka, maka wangian, pakaian atau komestik yang direka atau disyorkan oleh mereka akan menjadi produk yang kita percayai. Kini, anjakan daripada pengesyoran produk selebriti penghasilan selebriti menjadi trend yang semakin popular dalam industri fesyen dan kecantikan. Follow Me mengambil peluang ini untuk berkawan dengan Yuna, seorang penyanyi Malaysia muda yang berbakat. Siri Sence BFF membawa maksud Best Friend Forever (Kawan Karib Abadi) dan perhubungan ini melambangkan kasih sayang dan keprihatinan antara Follow Me dengan Yuna. Follow Me Sence Siri Yuna BFF baru terdapat dalam dua wangian ‘beritma’. Wangian Eau de Perfume Decorate (Hiasan) yang mana menampilkan haruman flora kehijauan dengan aroma halus mawar dan kasturi bercampur dengan ambar. Ia sesuai untuk mereka yang berhasrat memiliki wangian yang menyerlahkan sifat keindividuan mereka. Manakala wangian Eau de Perfume Design (Rekaan) pula khas untuk mereka yang ingin menampakkan gaya tersendiri. Aromanya bagaikan kesegaran dasar laut biru yang diterjemahkan dengan adunan buah-buahan dan harmoni flora. Kini, kedua-dua wangian ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM26.90.

RANGKAIAN JAGAAN MUKA SYAHIRAH ‘IFFAH GOLD & PLATINUM’

Kini, Syahirah menampilkan rangkaian jagaan muka anti penuaan Iffah Gold & Platinum. Rangkaian ini mengandungi bahan-bahan unik dan semula jadi seperti emas 24K dan platinum bagi membantu menganjalkan dan menegangkan kulit serta mengurangkan kedutan dan garis halus; peptid dan ekstrak Uncaria Gambir yang bertindak sebagai agen anti oksida; ekstrak bengkuang, Vitamin C dan BMA bagi mencerah dan memutihkan kulit; sodium hyaluronate dan Vitamin 5 untuk mencegah kekeringan kulit. Rangkaian Iffah Gold & Platinum mempunyai jaminan Halal dan dijual pada harga berpatutan bermula dari RM15.90 sehingga RM39.90. Ia boleh didapati di pasar raya terkemuka. Maklumat lanjut: 03-8737 9122/ enquiries@ syahirah.com.my

PEMANIS TITISAN SEMULA JADI SUREVIA Ideal bagi mereka yang menjaga berat badan dan mengidap diabetes, Pemanis Titisan Semula Jadi SureVia dari Stevia Sugar Corporation Sdn. Bhd. kini berada di pasaran. Pemanis Surevia adalah daripada ekstrak Stevia Rebaudiana, iaitu tanaman herba yang semula jadi manis. Ia tiada kalori, bebas pewarna dan perisa tiruan. Satu titisan Pemanis Surevia bersamaan dengan satu sudu teh gula. Dimuatkan dalam botol kecil, Pemanis Titisan Semula Jadi SureVia mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana sahaja. Setiap botol mengandungi 400 titisan. Boleh didapati di farmasi dan kedai barangan organik. Untuk menjadi agen Stevia Sugar, sila hubungi 03-2166 0445. Maklumat lanjut: www. stevia.com.my

Ogos 2011 REZEKI

15

KEDAI JALAN-JALAN

DUDUK CAFE Kali pertama melangkahkan kaki ke DUDUK CAFÉ di Solaris Dutamas, ada rasa terpegun di hati dengan hiasan dalaman yang ringkas, tetapi sangat kreatif. Ruang makan yang begitu santai sama ada di bahagian dalam mahupun di luar restoran amat sesuai untuk para pengunjung beristirahat sambil menjamu selera. Penulis disambut mesra oleh pemilik restoran, Puan Maisarah A. Sani untuk membantu memberikan informasi mengenai kafe ini. Pengunjung boleh memilih hidangan istimewa sama ada makanan tempatan ataupun hidangan Barat. Sambil kami diberikan maklumat oleh Puan Maisarah, kami dihidangkan dengan beberapa menu utama oleh pihak kafe. Kami memilih minuman istimewa, iaitu sirap bandung dengan cincau strawberi dan teman penulis pula memilih cappuccino. Menu makanan kami pula adalah burger ikan yang dihidangkan bersama salad segar dan sos tartar, lasagna daging yang dibakar menggunakan pasta Itali dan dilapis pula secara nipis dengan sos herba pomodoro, sos krim putih dan keju mozzarella. Rasa keduadua hidangan ini begitu lazat, terutama burger ikan yang sememangnya, penulis dapat merasai isi ikan yang segar dan ranggup. Kemudian, kami dihidangkan dengan kepah stim ala DUDUK – ½ dozen kepah yang dikukus dengan herba salsa, bebola keju dengan isi daging, iaitu campuran daging dengan herba terpilih oleh chef DUDUK yang dihidangkan bersama kentang goreng. Kami juga dijamukan dengan kari hijau ala Thai dalam roti yang berbentuk mangkuk—kari hijau daging ayam dan sayur-sayuran dihidangkan di dalam roti yang bentuknya seperti mangkuk. Pencuci mulut kami, kek tiramisu dan kek coklat berkrim, iaitu kek yang disediakan secara beku. Secara keseluruhannya, kami amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menikmati hidangan di DUDUK CAFÉ dan pasti akan berkunjung ke sini lagi untuk menikmati hidangan istimewanya. Duduk Cafe | D3-G3-01, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur Pemilik | Puan Maisarah A. Sani No. Telefon | 03–6211 0952 / 019-201 8096 Waktu perniagaan | 10 am – 10 pm (Isnin – Sabtu), ditutup pada setiap Ahad

16

REZEKI Ogos 2011

AL DIAFAH AL ARABIA Melayan dan menjamu tetamu Arab merujuk kepada adat yang biasanya mengiringi persembahan dan cara menghidangkan makanan di kalangan keluarga Arab. Kini, seseorang boleh menikmati kemesraan penduduk Arab di pelbagai bahagian dunia. Salah satu tempat yang menarik perhatian kami untuk Ramadan tahun ini ialah Restoran Al Diafah yang terletak di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Dengan hanya RM90 seorang, bufet Ramadan di Al Diafah akan menyediakan pelbagai masakan ala Arab yang lazat seperti hummus yang biasanya dimakan bersama roti sebagai pembuka selera, dan Nasi Mendy (yang secara tradisionalnya dimasak di dalam tanah) atau Nasi Al Diafah yang kedua-duanya boleh dihidangkan bersama kambing atau ayam sebagai hidangan utama. Jika perut anda masih ada ruang untuk pencuci mulut, kunafa atau mohalabia harus menjadi pilihan. Untuk melengkapkan pengalaman konsep tetamu masakan Arab anda Ramadan ini, kopi tradisional Arab yang diperisakan dengan rempah ratus dan dihidangkan bersama kurma tidak boleh ditinggalkan! Kunjungilah Al Diafah untuk pengalaman campuran rasa yang menarik dan sangat menyelerakan. Restoran Al Diafah | No. 43 & 45, Jalan Radin Anum, Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-9059 6237

SRI KULAI Sesuai untuk Sahur anda, Sri Kulai menyediakan banyak pilihan lauk dari lauk kegemaran ke sajian lengkap. Lauk Ramadan yang istimewa ialah Kurma Ayam dan Ayam gulai Lemak. Makanan yang sedia dimakan ini amat memudahkan persiapan sahur kerana dalam masa 5 minit semuanya dapat di hidangkan. Makanan ini boleh didapati di Mercato, Jusco dan juga Tesco dengan harga yang berpatutan. Selain masakan itu, Sri Kulai juga menyediakan Makan Barat seperti Spagetti Bolognese dan Grilled Chicken Chop.

Ogos 2011 REZEKI

17

KEDAI JALAN-JALAN

ON THE TABLE Sempena Ramadan al Mubarak ini, On the Table Restaurant, World Cuisine akan mempersembahkan menu buffet ala kad, berkonsepkan ‘makan selagi boleh’ dengan harga RM59.90++ yang direka khas oleh Chef Selebriti, Riz Redz yang akan menampilkan hidangan-hidangan signatur Kontemporari Antarabangsa berinspirasikan kuisin  Malaysia, Thai, Timur Tengah, Amerika, Itali dan Perancis. Antara juadah menarik seperti Nasi Goreng Kerabu, Tom Yum Makanan Laut Bangkok, Nasi Mandy Kambing Dara, Braised Beef Short-rib, Siakap 5 rasa, Tagliatelli frutti di mare, dan aneka juadah himpunan pemanis mulut kontemporari antarabangsa. Bagi membuat tempahan meja dan majlis korporat sila hubungi 03-6207 9966. Istimewa: Warga Emas yang berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM39.90++ Kanak-kanak bawah umur 3 tahun: PERCUMA On The Table Restaurant | A4-UG1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. No. Telefon | 03-6207 9966 Fax | 03-6207 9697 Waktu perniagaan | 11 am – 3 pm; 7 pm – 11pm. Ditutup pada setiap Ahad Maklumat lanjut di www.facebook.com/ onthetablerestaurant

18

REZEKI Ogos 2011

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) sedang menyiapkan sajian istimewa bufet Ramadan yang beraneka lagi enak, bertema ‘Sajian dari Empat Penjuru Dunia’. Tahun ini, Pusat Konvensyen memberi keutamaan kepada kesenangan pelawat yang akan hadir untuk menikmati juadah berbuka puasa. Juadah berbuka puasa Pusat Konvensyen tahun ini akan disediakan oleh 51 briged para tukang masak. KLCC menyediakan sajian antarabangsa yang menarik untuk Ramadan daripada masakan Arab, India, Melayu dan Mediterranean hingga masakan Timur yang lazat untuk mengembalikan tenaga dan kesegaran selepas sehari suntuk menahan lapar dan dahaga. Bufet Ramadan Kuala Lumpur Convention Centre boleh dinikmati setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam, dari 11 hingga 23 Ogos 2011, dengan harga RM98++ seorang bagi dewasa dan RM49++ seorang bagi kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun. Bagi setiap kumpulan 10 orang, seorang pelawat akan menikmati juadah berbuka puasa secara percuma. Pemegang kad CIMB, SBB dan Direct Access akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus. Pelanggan disyorkan membuat tempahan dengan menghubungi Abby ditalian 03–2333 2866. Untuk majlis persendirian, sila hubungi Jun ditalian 03–2333 2877.

MEATWORKS Hidangan-hidangan enak mengisi menu di MeatWorks seperti MeatWorks Crab Cakes (kek ketam rangup dengan limau mandarin, salad saderi dan aioli paprika) dan Waldorf Salad (salad yang dibuat dengan gabungan epal hijau Granny Smith, saderi, sos salad keju biru dan walnut) sebagai pembuka selera; MeatWorks Ribeye Steak (stik mata rusuk yang dipanggang dan dihidangkan bersama sos stik, kentang, sayursayuran segar dan tomato ceri), Texas BBQ Burger (200 g patti daging lembu, sos BBQ cili-madu dan gegelang bawang celup tepung yang digoreng dan diletakkan di antara dua ban berbijan) dan Pan-roasted Barramundi (kepingan isi ikan siakap yang dipanggang di dalam talam bakar jeluk dan dihidangkan bersama risotto beras barli berherba, salad jintan manis dan skalop yang diselar) untuk hidangan utama. Sebagai pemanis mulut, cubalah Homemade Tiramisu (lazat, tidak terlalu manis dan direndam dalam espresso) dan Vanilla Panna Cotta (bertekstur licin bagaikan sutera yang dihidangkan dengan buah pic yang dipotong dadu). Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan yang lazat di sini, malahan boleh berehat bersama teman-teman dan mendapatkan daging-daging segar dan berkualiti tinggi. Jadi, singgahlah ke MeatWorks sekarang! Restoran MeatWorks | 2G 3A, Jalan Solaris 5, Block H, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. No. Telefon | 0303 6203 0871 Maklumat lanjut di www.meatworks.com.my

Ogos 2011 REZEKI

19

KANDUNGAN

OGOS 2011 / ISU NO 4

(6) SEKIL AS IKAN

USAHAWAN & PERNIAGAAN Statistik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi strategi perniagaan.

(10) KEPERIBADIAN

TARIKAN DUNIA HERBA

(28) GEMAL A

(24) GEMAL A

KEMASKINI PERNIAGAAN ANDA

ORANG LAIN BERNIAGA, DIA PUN NAK...

Kegagalan untuk merancang punca peniaga gagal dalam perniagaan.

Apabila bulan Ramadan menjelang, kita sudah pasti teruja dengan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan sepanjang sambutan bulan kebesaran ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.

(70) CORAK HIDUP

(20) GEMAL A

WAHAI PEWIRAPEWIRA VIDEO GAME

8 IDEA PERNIAGAAN KECIL Adakah anda sudah membuat keputusan untuk terus maju dengan berdiri di atas kaki sendiri?

Kaut keuntungan melalui permainan Game.

(14) KEDAI

PRODUK Memberi maklumat tentang produk terkini di pasaran.

(16) KEDAI

JALAN-JALAN (68) CORAK HIDUP

Ulasan tentang restauran dan juga tempat-tempat menarik.

PUASA PADA BULAN RAMADAN: MELALUI PERSPEKTIF PERUBATAN Puasa merupakan suruhan setiap agama. Pihak gereja dari awal, turut menyarankan puasa untuk mendapatkan ketenangan rohani dan kesihatan fizikal. Klinik-klinik di Eropah telah berjaya menggunakan puasa untuk detoksifikasi, pembersihan dan penyembuhan dengan menggunakan pelbagai jenis pengeluaran makanan.

(58) SECANGKIR KOPI (64) CORAK HIDUP

12 KAEDAH CERGAS RAMADAN Kedatangan bulan Ramadan adalah yang paling ditunggutunggu oleh umat Islam kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

REZEKI YANG DIBERKATI Perkataan rezeki yang berasal dari Arab membawa maksud nafkah, pendapatan, keuntungan dan bonus.

(60) HATI KE HATI

PERKHIDMATAN PELANGGAN ADALAH KUNCI Sebut sahaja khidmat pelanggan dan setiap orang mempunyai pengalaman buruk untuk dikongsi bersama.

2

REZEKI Ogos 2011

GEMALA

8IDEA

PERNIAGAAN KECIL ADAKAH ANDA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK TERUS MAJU DENGAN BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI? ANDA SUDAH BERSIAP-SEDIA untuk melangkah kaki ke dunia perniagaan yang anda belum ketahui nasibnya. Namun dalam dunia tersebut, semuanya dikawal oleh anda, masa, usaha dan keuntungan. Inilah bagaimana kebanyakan usahawan tak kira muda atau tua, memulakan perniagaan: dengan minda yang terbuka luas, semangat dan tekad yang tinggi. Sekiranya diletakkan punca kewangan yang bagus dan idea perniagaan yang bernas, anda semestinya berpeluang untuk berjaya, betulkan? Betul atau salah, kata-kata pemenang anugerah Enterprise 50 Usahawan yang telah jatuh bangun dalam bidang ekonomi, walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Disenaraikan lapan rahsia untuk berjaya dalam 20

REZEKI Ogos 2011

perniagaan yang dikongsi oleh beberapa veteran dalam bidang perniagaan masingmasing.

1 Ikut Naluri Anda Ini mungkin kedengaran klise, tetapi kriteria inilah yang paling utama apabila ingin memulakan perniagaan. Apa yang menjadi masalah adalah untuk menentukan hasrat anda itu betulbetul keghairahan anda atau ‘hangat-hangat tahi ayam’. Bagaimanakah untuk

menentukan sama ada anda betul-betul serius untuk memulakan perniagaan atau tidak? “Cuba bayangkan anda lakukan perkara ini untuk lima tahun seterusnya, 10 atau 20 tahun berikutnya. Sekiranya anda masih mempunyai minat yang mendalam untuk melakukannya, mungkin inilah takdir anda,” nasihat Tan Su Cheng, Rakan Urusan PDI Design & Associates Sdn. Bhd. “Ini semua bergantung dengan sikap,” kata Mazlan Muhammad, Pengarah Urusan, MM Vitaoils Sdn. Bhd. “Seseorang itu mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan untuk berjaya dan mereka mestilah terus belajar kemahiran-kemahiran teknikal yang khusus yang anda perlukan.” “Keusahawanan bukanlah satu kerjaya,

DITERJEMAHKAN: DIGEST

“KUMPUL SEBANYAK MUNGKIN MAKLUMAT MENGENAI INDUSTRI PERNIAGAAN ANDA. CUBA MENGIKUTI PERKEMBANGAN ISU-ISU TERKINI DALAM INDUSTRI YANG BERKAITAN DAN BERHUBUNG DENGAN SETIAP PEMEGANG SAHAM UNTUK MENCARI KEKURANGAN DALAM PASARAN.”

tetapi lebih kepada inspirasi,” cadangan Paul Lim Pay Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pestech Sdn. Bhd. Usahawan yang bagus memberi inspirasi kepada orang lain untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui perniagaan masing-masing. Kemudian, ahli kumpulan anda akan memberi usaha yang sepenuhnya untuk memastikan segala usahasama berjaya. Tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai tujuan dalam kerjaya anda, anda mungkin tidak dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

2 Melakukan Kajian Uji Kaji Setelah anda memilih industri yang anda ingin ceburi, inilah masanya anda perlu mendalami dan belajar selok-belok industri tersebut. “Kajian dan uji kaji adalah amat penting sebelum memulakan perniagaan,” kata Dato’ Steven Sim Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Secret Recipe Cakes & Café Sdn. Bhd. Salah satu cara untuk lakukan ini adalah dengan memetakan industri atau jenis perniagaan yang anda sasarkan terhadap visi peribadi anda, kekuatan, ciri-ciri, minat dan pengalaman, kemudian bandingkan keduaduanya, sama ada ia sepadan atau tidak. “Anda hendaklah menilai tahap kewangan, keuntungan dan risiko yang mampu untuk melawan masa dan juga dana dan pelaburan yang boleh ditingkatkan.”

3 Menambahkan Pengetahuan Kebanyakan pemilik perniagaan kecil

yang telah berjaya percaya dan bersetuju bahawa pengalaman, personaliti dan sikap akan lebih memberi kesan pada kejayaan perniagaan berbanding dengan kelayakan secara bertulis. Ramai usahawan bermula dari peringkat bawah, pertama dengan menjadi perintis yang merendah diri dan kemudian secara perlahan-lahan meningkat maju hingga ke puncak kejayaan. Walau bagaimanapun, ini mungkin mengambil masa yang lama untuk membina tahap pengetahuan anda mengikut cara ini. Thomas Chai, Ketua Pegawai Eksekutif Kewpump (M) Sdn. Bhd, berkata bahawa dengan mempunyai sejarah akademik yang baik dalam bidang perniagaan, contohnya pengurusan, akaun dan kewangan atau pemasaran dapat membantu anda menguruskan dengan lebih baik dalam perniagaan anda dan lebih memudahkan anda untuk membuat keputusan. “Anda dinasihatkan agar tidak terus memulakan perniagaan selepas tamat pengajian. Cuba ambil masa untuk bekerja dan

mendapatkan pengalaman selama beberapa tahun untuk menambahkan pengetahuan dan wawasan pada perniagaan impian anda.”

4 Rancang Kewangan Anda Adalah mudah untuk merancang kewangan peribadi anda apabila anda bekerja sendirian dan akan menerima gaji pada setiap bulanan. Ini akan berubah setelah anda menjadi seorang usahawan kerana anda bukan sahaja merangka kewangan untuk diri sendiri, malahan anda juga harus merancang untuk pekerja-pekerja anda dan juga syarikat anda. “Mempunyai kewangan yang bagus bermakna anda membelanjakan suntikan modal secara bijak dan berhati-hati dengan setiap keputusan yang diambil sekiranya ia bersangkut-paut dan memberi implikasi pada kewangan anda,” kata Chai. “Bertindak dengan bijaksana akan membantu usaha anda untuk terus memberi keuntungan dalam jangka masa yang panjang.” Chai juga mengingatkan bahawa banyak perniagaan yang cerah masa hadapannya, tetapi gagal di pertengahan jalan kerana pemilik tidak mengambil kira kewangan. Nasihat beliau: “Jangan terlalu memaksa diri anda pada peringkat awal perniagaan. Menentukan pertumbuhan dan rencanakan kewangan yang sesuai dengan perniagaan anda.” “Jangan lupa untuk mempunyai dana untuk digunakan dalam keadaan yang genting,” nasihat Tan Goo Can, Pengarah Urusan Can.I’s Interior Fit-Out Sdn. Bhd. “Anda hanya perlukan banyak peluang.” Ogos 2011 REZEKI

21

GEMALA: 8 IDEA PERNIAGAAN KECIL

“JANGAN TERLALU MEMAKSA DIRI ANDA PADA PERINGKAT AWAL PERNIAGAAN. MENENTUKAN PERTUMBUHAN DAN RENCANAKAN KEWANGAN YANG SESUAI DENGAN PERNIAGAAN ANDA.”

5 Cekal dan Tabah “Memulakan perniagaan adalah peringkat yang mudah,” kata Sim. Peringkat yang paling susah adalah apabila bercakap tentang operasi, mempertahankan dan memajukan perniagaan tersebut. “Mesti ada cabaran dan halangan sepanjang perjalanan anda ini, dari memulakan perniagaan hinggalah ke peringkat seterusnya. Ini tidak akan berakhir dan terus berpusing, tetapi cabaran-cabaran ini adalah jalan terbaik untuk mengasah kemahiran keusahawanan anda,” tambah beliau. Sepertimana Can.I’s, Tan mempunyai sikap ‘tidak akan beralah’ adalah prasyarat untuk memulakan mana-mana perniagaan. “Jangan takut untuk membuat kesilapan dan jangan berhenti sekiranya anda gagal pada permulaan. Cuba dapatkan nasihat daripada pihak lain yang telah berjaya sebelum anda dan tabahkan hati.” “Anda seharusnya mempunyai keyakinan untuk memajukan perniagaan anda,” kata PDI’s Tan. “Bakar semua jambatan anda sekiranya perlu, sehingga tiada lagi jalan lain untuk anda selain maju ke hadapan.”

6 Bekerja Keras Lupakan dengan pepatah ‘bekerja dengan bijak’. Sekiranya niat anda untuk menjadi usahawan yang kurang bekerja, tetapi mendapat banyak keuntungan, mempunyai perniagaan mungkin bukan jalan yang bijak untuk anda. “Seorang usahawan yang berjaya memerlukan keinginan yang bersungguhsungguh, fokus dan secara berterusan untuk meneruskan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan perniagaannya berjaya,” kata Chai. 22

“Anda perlu untuk menjadi lebih baik daripada pesaingpesaing anda, supaya produk dan perniagaan anda berdiri teguh.” Ini selalunya memberi maksud bahawa menjadi orang pertama yang masuk kerja dan orang terakhir yang pulang ke rumah dan sanggup untuk bekerja lebih waktu pada hujung minggu. Maaf – tiada jalan pintas untuk berjaya. Berita baik? “Usaha-usaha anda ini akan berbayar pada akhirnya. Ia akan membuat anda rasa berbaloi dengan hasil kerja keras anda selama ini,” kata Chai.

7 Mempunyai Pandangan Jauh Berapa lama jangka masa yang anda harapkan dalam perniagaan ini? Tiga atau lima tahun atau 10 tahun dan seterusnya? Semakin lama anda inginkan perniagaan anda bertahan (dan berkembang), anda perlukan perancangan untuk semua itu. “Kumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai industri perniagaan anda. Cuba mengikuti perkembangan isu-isu terkini dalan industri yang berkaitan dan berhubung dengan setiap pemegang saham untuk

mencari kekurangan dalam pasaran,” nasihat Noraini binti Soltan, Pengarah Urusan Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd. Turun padang akan membantu anda untuk mengetahui tentang perkembanganperkembangan trend terkini, peluang potensi dari luar negara serta idea-idea baru yang akan membantu dalam perancangan jangka panjang anda.

8 Jaga Urusan Sendiri Ramai usahawan biasanya akan menutup mata terhadap pesaing-pesaing mereka. Tetapi persaingan bukanlah satu masalah, sekiranya anda dapat memberikan khidmat yang profesional kepada klien-klien anda. Jadi ia bukanlah mudah didapati dimana-mana. PDI’s Tan bersetuju, anda akan lebih baik jika anda kurang berfikir tentang pesaingpesaing anda. “Anda patut mengamalkan polisi ‘menjaga tepi kain sendiri’. Guna tenaga dan masa anda untuk lebih fokus pada kekuatan dan membina jenama anda daripada mencari kelemahan pihak lain atau lebih teruk dengan mencedok idea pesaing anda. Tambah beliau, “Anda perlu merasa gembira dengan apa yang anda lakukan untuk terus kekal dalam perniagaan ini untuk jangka masa yang lama.” Beliau masih berkawan dengan bekas pekerja dan bekas rakan-rakan seperjuangan yang telah meninggalkan pekerjaan mereka dan meneruskan perniagaan mereka sendiri setelah belajar daripada beliau mengenai selok-belok perniagaan. Tambah beliau lagi, “Wang atau keuntungan adalah penting untuk perniagaan, tetapi itu bukan segalanya. Membina perhubungan sesama insan juga sama penting kerana pada penghujungnya itulah kehidupan yang sebenarnya.” n

REZEKI Ogos 2011

masta ad

KESATUAN HALAL GLOBAL IHI Alliance adalah sebuah organisasi antarabangsa yang tidak berasaskan kepada keuntungan yang ditubuhkan untuk menegakkan integriti konsep pasaran Halal dalam perdagangan global melalui pengiktirafan, kerjasama dan keahlian. Misi kami adalah untuk menyebarkan manfaat Halal dan mengangkat Halal sebagai standard pilihan dunia. Melalui perkongsian strategik dengan Dewan Perniagaan Perdagangan dan Industri Islam (ICCI), kami berusaha untuk mengumpulkan pakar-pakar bertaraf dunia, tokoh-tokoh industri dan pemegang-pemegang saham yang memainkan peranan penting dalam rangkaian industri ini secara menyeluruh untuk menyelaraskan industri halal secara global. Kami menjemput syarikat, organisasi dan individu untuk menjadi ahli IHI Alliance dan menjadi sebahagian daripada inisiatif untuk membangunkan industri Halal global yang kuat dan kukuh.

Untuk mendaftar, maklumat-maklumat berkaitan faedah, kategori dan bayaran keahlian, sila layari:

www.ihialliance.org atau email kami di: info@ihialliance.org

INTERNATIONAL HALAL INTEGRITY ALLIANCE LTD (LG05848) 16-2, JALAN 27/70A, DESA SRI HARTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR, MALAYSIA T +6 03 2300 1344 F +6 03 2300 1312 Usahasama THE ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE & INDUSTRY (ICCI)

masta ad THJ.indd 1

Ogos 2011 REZEKI

23

4/1/11 5:41:49 PM

GEMALA

KEMAS KINI

PERNIAGAAN ANDA C Membahagikan Jadual Harian Anda

Kegagalan untuk merancang hari-hari anda adalah sebab utama peniaga membazir masa, tenaga dan wang, kata pakar New York City – based time – management Julie Morgenstern, penulis Never Check Email in the Morning: And Other Unexpected Strategies for Making Your Work Life Work. Sekiranya mereka tiada perancangan dalam kehidupan seharian mereka, mereka akan mudah lalai dan terganggu fikirannya, produktiviti dan hasilnya

juga akan menurun. Walaupun, kita boleh merancang untuk melakukan perancangan aktiviti harian, namun Morgenstern menyarankan perancangan sepatutnya dilakukan secara berkala dalam masa setiap tiga hari. Dengan merujuk pada tiga hari tersebut – temu janji, tarikh-tarikh akhir dan perkara-perkara lain yang memerlukan masa anda – anda boleh membuat keputusan yang lebih baik sekiranya berlaku masalah yang di luar dugaan. Perancangan tiga hari

ini juga akan memberi idea yang jelas seandainya anda perlu menganjak aktiviti tanpa menggunakan lebihan masa yang anda ada pada masa hadapan. Morgenstern juga menasihatkan agar meluangkan masa lebih kurang beberapa minit dalam sehari untuk mengemas kini pelan perancangan anda.

“SEKIRANYA ANDA SELALU MENGELAK DARIPADA TUGASAN ATAU SUKA MEMBUAT KERJA DI SAAT AKHIR, ANDA PERLU FIKIRKAN KENAPA,” KATA MORGENSTERN.

Sindrom DIY Morgenstern menganggarkan lebih kurang 75 hingga 80 peratus industri atau perniagaan kecil dan sederhana yang diberi rundingan oleh beliau, membazirkan gaji pekerja masing-masing termasuk gaji mereka sendiri kerana tidak memberi perhatian pada setiap penggunaan masa secara optimal bagi setiap pekerja. Kristin Marquet, pengasas firma komunikasi Marquet Media di bandar New York menemui sebagai satu pengalaman untuk beliau. Apabila beliau menyenaraikan bagaimana beliau menggunakan masa, 24

REZEKI Ogos 2011

mendapati bahawa beliau menggunakan 10 jam setiap minggu untuk urusan pentadbiran. Dengan AS$100 untuk setiap jam, dianggarkan bahawa beliau telah kehilangan AS$10,000 kerana cuba untuk membuat segala pekerjaan sendiri. Setelah beliau sedar, Marquet mengupah kerani, penulis dan pereka laman

N

web yang mana hanya menelan belanja satu perempat daripada perbelanjaan sekiranya beliau membuatnya sendiri. “Walaupun anda rasa tidak mempunyai masa untuk melatih orang lain, tetapi sekiranya anda meluangkan masa dua jam dalam satu minggu untuk melatih pekerja baru, anda mungkin boleh menjimatkan 100 jam anda selama setahun,” kata Morgenstern.

Ź

Ź

Gangguan di Luar Kawalan Satu kajian oleh syarikat barangan pembekal untuk rumah dan syarikat, Brother International Corp. mengatakan dalam bulan April 2010 didapati 38 jam untuk setiap pekerja dibazirkan kerana dihabiskan untuk mencari barangan yang hilang dalam pejabat setiap tahun. Ini tidak termasuk dengan masa yang dihabiskan untuk menonton tingkah laku haiwan yang comel di Internet. Ramai yang tidak tahu untuk menguruskan aktiviti yang tidak perlu di dalam pejabat, sama ada melalui kertas atau secara elektronik, kata perunding produktiviti Kimberly Medlock pengasas

Productive Matters di Olive Branch, Miss. Tambah beliau lagi, bagi mengurangkan gangguan kerja dan ubah sikap anda. Sediakan sistem fail secara elektronik untuk membantu supaya dapat mencari fail dan maklumat penting dengan lebih cepat. Kurangkan masa untuk membaca e-mel dalam sehari supaya anda tidak terganggu dengan ketibaan e-mel yang baru dan batalkan langganan e-mel yang anda tidak perlukan. Jika anda terganggu dengan medium media sosial, gunakan program seperti anti-sosial atau RescueTime yang boleh menghalang anda daripada memasuki laman web tersebut.

X

O SUSUNAN: ?????

“KEGAGALAN UNTUK MERANCANG HARIHARI ANDA ADALAH SEBAB UTAMA PENIAGA MEMBAZIR MASA, TENAGA DAN WANG.MELUANGKAN MASA LEBIH KURANG BEBERAPA MINIT DALAM SEHARI UNTUK MENGEMAS KINI PLAN PERANCANGAN ANDA.”

Tiada Arah Tujuan Bagi memastikan pembahagian tugas dilakukan dengan cemerlang dan tanpa mengambil masa yang panjang, Bakersfield, Calif, iaitu perunding based business growth Russell S. Allred, penulis bersama Best Practices of High Performance Entrepreneurs, mengesyorkan supaya mencipta sistem dan proses berkaitan tugas. Tulis satu senarai langkah untuk setiap kerja yang anda lakukan di tempat kerja anda dan cara yang paling berkesan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ramai orang belajar melalui pemerhatian, jadi minta pekerja anda untuk memerhati bagaimana anda melakukan sesuatu pekerjaan. Bagi memaksimumkan kecekapan, rangka satu helaian proses yang terkandung sebanyak mungkin aktiviti yang boleh dimuatkan dan cuba untuk melatih lebih daripada seorang pekerja untuk setiap aktiviti. Sekiranya pekerja yang selalu melakukan pekerjaan tersebut cuti atau sakit anda masih mempunyai pekerja lain yang boleh mengendalikan kerja tersebut.

Ogos 2011 REZEKI

25

GEMALA: KEMAS KINI PERNIAGAAN ANDA

“TULIS SATU SENARAI LANGKAH UNTUK SETIAP KERJA YANG ANDA LAKUKAN DI TEMPAT KERJA ANDA DAN CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN TERSEBUT.” Kebocoran dalam Perbelanjaan

Mengumpul Pelanggan

Dengan meneliti perbelanjaan bulanan, Eli Mechlovitz, pengasas bersama GlassTileStore.com, sebuah syarikat peruncit jubin kaca, berjaya menjumpai beberapa langganan, program waranti, program analitikal laman web berbayar, sedikit ralat bil utiliti dan beberapa lagi kos yang tidak diperlukan. Dengan menghapuskan perkara-perkara kecil ini, beliau telah berjaya mengurangkan perbelanjaan syarikat beliau dari Brooklyn, New York ini lebih kurang AS$4,000 sebulan. “Kadangkala memang senang untuk membuat langganan atau mana-mana program kecil yang nampak tidak terlalu mahal. Tapi, dari semasa ke semasa, perkara-perkara ini akan menjadi semakin banyak”, kata beliau. Setiap suku tahun, pastikan anda buat tinjauan berkenaan pengaliran wang, nasihat beliau. Kemudian, hentikan pengaliran wang ke perkara-perkara yang tidak diperlukan.

Maria Marsala, seorang pakar pengurusan dalam perniagaan di Poulsbo, Wash, sedar bahawa ramai antara klien beliau telah menghabiskan masa dan tenaga kepada pelanggan yang salah. Beliau menggalakkan klien beliau untuk menentukan mana pelanggan yang ‘ideal’, iaitu pelanggan atau kesatuan yang mampu membayar harga yang munasabah serta mampu untuk membuat pembelian semula terhadap produk atau khidmat anda. Pelaburan yang paling baik dan segala usaha perlu difokuskan untuk mencari

& REZEKI Ogos 2011

pelanggan sebegini. Marsala pada ketika ini sedang menjalankan servis melatih pemilikpemilik perniagaan kecil. Beliau membuat keputusan untuk mencuba bidang perniagaan yang melibatkan perniagaan lain, tetapi tidak mengambil kira tentang jumlah bayaran yang beliau kenakan. Kemudian, beliau mengambil peluang memperkenalkan kepada prospek lain dengan menghasilkan beberapa CD untuk memulakan serta tentang bagaimana untuk menjimatkan wang dalam perniagaan.

“PELABURAN YANG PALING BAIK DAN SEGALA USAHA PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENCARI PELANGGAN SEBEGINI.”

O

Ç

26

º

“KEGAGALAN UNTUK MERANCANG HARI-HARI ANDA ADALAH SEBAB UTAMA PENIAGA MEMBAZIR MASA, TENAGA DAN WANG.” Penggunaan Tenaga Kerja yang Lebih Cekap

Apabila Mechlovitz mempunyai masalah dengan pekerja yang kurang produktif, beliau cuba untuk meletakkan pekerja tersebut ke posisi tugas yang lebih sesuai serta efisyen dengan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja berkenaan. Dalam satu kes, seorang pekerja gudang yang kurang mahir dalam mengambil pesanan, tetapi pekerja tersebut mahir dalam bidang pembungkusan. Tapi jika pekerja tersebut tidak sesuai atau sangat teruk, beliau berkata “anda perlu menamatkan hubungan pekerja – majikan ini secepat mungkin. Seorang pekerja yang negatif “akan menggunakan segala kreativiti anda miliki dan tinggalkan anda,” kata konsultan Allred. “Tapi kenapa? Anda adalah bos. Buat apa anda nak susahkan diri dengan pekerja ini? Sudah tentu, ianya adalah lebih susah jika sekiranya seorang pekerja itu adalah salah seorang ahli keluarga atau seorang sahabat baik. Adakan satu perbincangan untuk mencari kenapa seseorang itu tidak bahagia dan apa yang boleh dibuat untuk mengubah situasi berkenaan. Sekurangkurangnya anda perlu hentikan seseorang itu daripada menyebarkan aura negatifnya,” kata beliau.

“MELUANGKAN MASA LEBIH KURANG BEBERAPA MINIT DALAM SEHARI UNTUK MENGEMAS KINI PLAN PERANCANGAN ANDA.” Kerja yang Bertangguh “Sekiranya anda selalu mengelak daripada tugasan atau suka membuat kerja pada saat akhir, anda perlu fikirkan kenapa,” kata Morgenstern. Kelesuan mungkin terjadi akibat kerja berlebihan, tetapi beliau selalunya mendapati penangguhan kerja ini berasal daripada ketidakpastian. Jika sesuatu projek itu terlalu besar, beliau menggalakkan agar pekerjaan tersebut dipecahkan kepada beberapa bahagian.

Setiap bahagian boleh dibuat dalam masa yang lebih singkat supaya tidak berlakunya penangguhan kerja. Anda tidak perlu lagi fokus selama 8 jam kepada sesuatu perkara, tetapi anda mempunyai 30 minit hingga 1 jam untuk menjalankan sesuatu tugasan. Dengan belajar untuk membahagikan masa, anda akan memberikan diri anda peluang untuk memikirkan tugasan mana yang perlu disiapkan dahulu. n

“SATU KAJIAN OLEH SYARIKAT BARANGAN PEMBEKAL UNTUK RUMAH DAN SYARIKAT, BROTHER INTERNATIONAL CORP. MENGATAKAN DALAM BULAN APRIL 2010 DIDAPATI 38 JAM UNTUK SETIAP PEKERJA DIBAZIRKAN KERANA DIHABISKAN UNTUK MENCARI BARANGAN YANG HILANG DALAM PEJABAT SETIAP TAHUN. INI TIDAK TERMASUK DENGAN MASA YANG DIHABISKAN UNTUK MENONTON TINGKAH LAKU HAIWAN YANG COMEL DI INTERNET. RAMAI YANG TIDAK TAHU UNTUK MENGURUSKAN AKTIVITI YANG TIDAK PERLU DI DALAM PEJABAT, SAMA ADA MELALUI KERTAS ATAU SECARA ELEKTRONIK, KATA PERUNDING PRODUKTIVITI KIMBERLY MEDLOCK PENGASAS PRODUCTIVE MATTERS DI OLIVE BRANCH, MISS.”

Ogos 2011 REZEKI

27

GEMALA OLEH: MALYNA MANJA

ORANG LAIN DIA PUN NAK...

28

ADA ANTARA KITA PADA MASA INI

î – î – î – STRATEGI

mengambil peluang untuk menambah sumber pendapatan dengan perniagaan bermusim. Berniaga pasti mahu dapat untung, tidak ada peniaga yang mahu berniaga untuk mengalami kerugian. Peniaga yang terlibat dengan perniagaan jenis ini lebih dikenali sebagai peniaga bermusim. Mereka merupakan peniaga yang hanya berniaga pada waktu tertentu sahaja seperti tibanya musim perayaan. Jenis perniagaan yang sering mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi pada musim ini adalah seperti menjual juadah berbuka di bazar Ramadan, produk kuih raya dan perhiasaan rumah. Tidak ketinggalan juga perkhidmatan mengambil upah menjahit pakaian atau langsir untuk raya dan juga khidmat mencuci serta mengecat rumah. Apabila orang lain berniaga, sedikit sebanyak kita juga mempunyai keinginan untuk berniaga. Bagi memastikan perniagaan yang dilakukan itu mendatangkan keuntungan. Maka, beberapa strategi perniagaan perlu dilaksanakan.

Peniaga yang ingin menjual sesuatu produk yang sangat menjadi keperluan orang ramai, pasti tidak menemui sebarang masalah untuk menjual produknya sebelum tibanya hari perayaan. Jika menjual produk-produk daripada jenis yang agak mahal, maka peniaga perniagaan jenis ini perlu berhati-hati apabila memperuntukan stok barangan untuk dijual supaya tidak menghadapi masalah untuk menjual produk tersebut. Kebanyakan golongan peniaga seperti ini selalunya merupakan peniaga tetap dan mempunyai kedai, jadi jika barangan tidak habis dijual sewaktu musim perayaan, mereka hanya memulangkan stok tersebut untuk dijual di kedai. Kebanyakan perniagaan akan menumpukan jualan kepada keperluankeperluan seperti kain langsir, sarung kusyen, cadar, sarung bantal, pakaian, perhiasan, perkakas memasak, perkakas membuat kuih muih dan ada juga yang memilih menjual makanan bermasak seperti lauk-pauk dan kuih-muih. Strategi perniagaan dengan menumpukan kepada keperluan asas, peniaga tidak terlalu risau akan barangan mereka sukar dijual kerana rata-rata apabila tiba sesuatu

REZEKI Ogos 2011

BERNIAGA

musim perayaan, pembeli akan mula untuk menukar barangan dan keperluan di dalam rumah mereka kepada barangan yang baharu bagi menyambut perayaan tersebut. Menarik jika produk seperti keperluan rumah yang ingin dijual mempunyai rekaan baharu atau unik bagi menarik perhatian pembeli di samping pembuatannya yang kemas dan bermutu, sesuai dengan kualiti yang dipamerkan serta harga yang ditawarkan berpatutan. Oleh yang demikian, strategi perniagaan bermusim ini sangat perlu supaya peniaga dapat menyediakan produk bagi memenuhi permintaan kerana permintaan terhadap sesuatu barangan keperluan asas sempena musim perayaan adalah meningkat dari harihari biasa. Walau bagaimanapun, para peniaga bermusim ini perlu bijak bagi mencari sumber

GAMBAR: WWW.123RF.COM

APABILA BULAN RAMADAN MENJELANG, KITA SUDAH PASTI TERUJA DENGAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN YANG DITAWARKAN SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEBESARAN INI.

Ogos 2011 REZEKI

29

(38) KEPERIBADIAN

PERNIAGAAN FROZEN FOOD Pengarah Urusan Sri Kulai (SK)

(41) ILHAM

5 CARA PENJIMATAN RAMADAN Puasa itul adalah benteng atau tembok penghalang, oleh itu apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata keji dan berbuat jahat, jika ada orang mengata kamu atau mengajak kamu untuk membuat perkara yang dilarang, maka katakanlah kepadanya, “Saya sedang berpuasa”.

(34) GEMAL A

PERINDUSTRIAN DAGING HALAL INDIA India merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport daging utama di dunia dan telah menunjukkan pertumbuhan tahunan lebih daripada 10 peratus sejak tahun 1990–1991.

(42) ADVERTORIAL

(32) GEMAL A

RUMAH IDEA SIME DARBY

PERNIAGAAN KECIL – FOKUSKAN KEJAYAAN SETERUS Syabas kerana anda telah membina sebuah perniagaan kecil yang berjaya. Anda telah bertungkus-lumus serta melalui seribu rintangan dalam membina suatu perniagaan yang menguntungkan serta menjadi lambang kebanggaan anda.

(47) ILHAM

15 TIP PENJIMATAN PETROL DAN DIESEL

Rumah Idea Sime Darby diilhamkan sebagai satu cubaan untuk mengenengahkan ideaidea yang unik, di mana ciri-ciri terkini dari segi pembinaan dapat dipertengahkan dalam usaha menjadinya rumah kediaman karbon sifar yang pertama di Asia Tenggara.

Dengan harga minyak yang semakin hari semakin naik, nak tunggu turun harga tak tahu bila agaknya. (45) ADVERTORIAL

6 INISIATIF PEMBAHARUAN RAMADAN Bagi Meningkatkan Daya Saing (Program Transformasi ekonomi (ETP))

(48) ILHAM

7 IDEA PERNIAGAAN SAMPINGAN Bagaimanakah cara kita untuk mencari rezeki tersebut supaya kita dapat menaikkan taraf hidup kita? Adakah dengan cara berniaga? Jika betul, bagaimanakah caranya?

(50) ADVERTORIAL

TOTALIFE MALAYSIA

(54) SECANGKIR KOPI

WANITA JADI USAHAWAN TERSOHOR! BOLEH KE? Wanita adalah hiasan dunia yang pada masa yang sama adalah pelengkap bagi kehidupan lelaki. Tetapi dalam dunia globalisasi ini, wanita juga mungkin menjadi pesaing kepada kaum lelaki!

(52) ADVERTORIAL

Mendedahkan Semua Laporan Produk. Seperti kata pepatah “Perkara Baik Selalu Dilupa, Perkara Buruk Juga Dikenang.”

ANUGERAH PENCAPAI MALAYSIA 2011 Pada bulan September 2011, Malaysia akan menyaksikan pengiktirafan diberikan kepada para individu serta syarikat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara, namun masih tidak dikenali.

Ogos 2011 REZEKI

3

GEMALA: ORANG LAIN BERNIAGA, DIA PUN NAK...

bekalan daripada pembekal yang benar-benar dapat memberikan produk yang berkualiti kerana itu akan menentukan harga jualan sesuatu barangan atau produk. Penentuan harga dari suatu produk akan mempengaruhi dari keberhasilan sesuatu perusahaan dalam

30

REZEKI Ogos 2011

memperoleh keuntungan yang akan diperoleh suatu perusahaan. Penetapan produk akan dipengaruhi dari seberapa besar pengorbanan yang telah dilakukan dalam penghasilan produk itu sendiri. Semakin besar pengorbanan yang dilakukan, maka semakin besar dan tinggi harga produk tersebut. Harga sangat mempengaruhi peniaga dari suatu produk yang ditawarkan oleh suatu perusahaan. Penentuan harga sangat memerlukan strategi pemasaran agar perniagaan tidak mengalami kerugian. Menetapkan harga yang murah juga bukanlah solusi di atas segalanya. Namun, penetapan harga dengan nilai yang mampu dimiliki akan membantu proses jualan. Strategi dalam menetapkan harga produk dapat dilakukan dengan menganalsis kelebihan, keunggulan dan kekurangan daripada produk

yang dimiliki. Dengan cara ini, penetapan harga lebih mahal atau lebih murah haruslah selaras dengan kualiti produk yang dijual. Penentuan harga barang juga dapat dianalisis dengan melihat persaingan dan seberapa besar keperluan produk yang akan dicari oleh pembeli. Justeru, peniaga juga harus bijak memilih pembekal, jika tidak, peniaga tidak dapat keuntungan seperti yang diharapkan. Bagi memastikan kos dapat dikurangkan, sebaiknya peniaga cuba mendapatkan produk untuk jualan terus daripada pengilang atau pengeluar produk tersebut berbanding daripada mendapatkan produk daripada orang tengah atau ejen jualan. Penting bagi peniaga produk makanan seperti kuih raya atau juadah berbuka, peniaga perlu memastikan agar kualiti kebersihan pembuatan makanan tersebut. Ini bagi menjamin mutu produk makanan yang dijual di samping rasa yang sedap pasti akan mengundang pembeli untuk kembali datang bagi mendapatkan produk jualan kita. Janganlah nanti produk makanan yang dijual itu sudah basi dan tidak boleh dimakan bila masuk waktu berbuka atau sudah berkulat bila tiba hari raya. Bagi peniaga yang menjual produk makanan, sebaiknya dapatkan bekalan terus daripada pengeluar dan bukannya

melalui orang tengah yang telah mengambil untung daripada jualan. Seterusnya adalah memastikan agar harga jualan produk supaya tidak terlalu mahal dan dapat bersaing dengan peniaga yang lain. Jika perniagaan yang dipilih merupakan jenis perkhidmatan sempena musim perayaan. Pastikan anda mempunyai kemahiran yang baik, cekap dan kemas bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan anda. Lebih baik lagi jika perkhidmatan yang ditawarkan dalam bentuk pakej yang bersesuaian dengan bajet serta masa pelanggan anda. Bak kata orang “kalau dah rajin tu macammacam boleh dilakukan untuk mendapatkan keuntungan”. Selain jualan secara terus kepada pembeli. Ada juga peniaga bermusim ini mengadakan promosi jualan sebelum masuk bulan Ramadan melalui contoh jualan yang diedarkan untuk mendapatkan tempahan awal, contohnya kuih raya. Tapi kenalah pastikan rasanya kenalah sama dan sedap seperti contoh yang diberikan sebelum ini. Jika tidak, sudah pasti itulah kali pertama dan terakhir anda menerima tempahan. Kini sejajar dengan teknologi tanpa batasan, perniagaan secara online juga membantu bagi meningkatkan kaedah promosi dan juga ruang tempahan serta jualan. Jika produk yang ingin dijual bermutu sudah pasti tiada masalah untuk menggunakan apa juga medium pemasaran bagi menjayakan lagi perniagan kita.    PERUNTUKAN

MODAL

Besar atau kecil peruntukan modal untuk berniaga secara bermusim juga bergantung kepada jenis produk yang anda pilih untuk

dijual dan juga tapak berniaga yang dipilih. Ini adalah kerana di setiap tapak niaga sempena musim-musim perayaan ini akan berbeza kadar sewanya dan bergantung kepada populariti sesuatu kawasan. Pastikan anda mendapatkan ruang tapak niaga secara sah serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penganjur tapak perniagaan. Jangan sampai tertipu seterusnya akan menyebabkan masalah lain di kemudian hari. APA YANG PENTING ANDA HANYA PERLU MEMPERUNTUKKAN MODAL UNTUK:  Sewa Tapak  Pembelian Produk-produk  Kos Pengangkutan  Kos Makan Minum  Gaji Pekerja/Pembantu (jika perlu) Buat senarai lengkap dan semak kemampuan modal anda jika mahu berniaga dengan cara ini. Paling PENTING, elakkan diri daripada berniaga produkproduk berjenama tiruan kerana akan mendatangkan masalah besar jika pihak berkuasa membuat operasi penguatkuasaan. Berniagalah dengan cara yang jujur dan ikhlas. Jika kita ikhlas berniagaan pastinya Allah akan mempermudahkan urusan perniagaan kita. Suka juga diingatkan agar peniaga sentiasa senyum mesra ketika melayan karenah pembeli, tetapi jangan terlebih mesra nanti pembeli lari. Selamat memulakan perniagaan dan semoga memperoleh keuntungan yang diharapkan. n Ogos 2011 REZEKI

31

GEMALA

PERNIAGAAN KECIL –

FOKUSKAN

KEJAYAAN SETERUS SYABAS KERANA ANDA TELAH MEMBINA SEBUAH PERNIAGAAN KECIL YANG BERJAYA. ANDA TELAH BERTUNGKUS-LUMUS SERTA MELALUI SERIBU RINTANGAN DALAM MEMBINA SUATU PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN SERTA MENJADI LAMBANG KEBANGGAAN ANDA. JADI, APAKAH SETERUSNYA? Mengekalkan

prestasi perniagaan anda pada tahap yang sama? Atau mengembangkannya? Dalam kesibukan anda menjalankan perniagaan, anda perlu juga sentiasa memantau apa yang berlaku di sekeliling anda. Rintangan baru akan menjelma. Risiko yang lebih besar akan menghadirkan diri. Perniagaan kecil yang berjaya memerlukan anda untuk melakukan aktiviti berlainan daripada apa yang anda telah lakukan pada masa anda memulakan perniagaan. Anda juga harus melakukan aktiviti yang berlainan daripada apa yang dilakukan oleh pesaing anda. Kelainan yang kecil-kecil inilah yang akan menarik pelanggan dan membesarkan sesuatu perniagaan itu. Jadi, apakah yang sepatutnya difokuskan supaya anda dapat mengukuhkan atau mengembangkan perniagaan anda dengan lebih pesat, sehingga ianya menjanakan keuntungan yang sebegitu besar? Hah, itu merupakan satu kepeningan yang pasti anda alu-alukan! Sentiasa Memupuk Daya Kreatif Kreativiti terlalu penting untuk perniagaan kecil. Pada permulaan, setiap perniagaan besar yang berjaya bermula daripada satu perniagaan yang kecil. Jadi, kita jangan anggap bahawa kreativiti itu adalah sesuatu hak milik untuk kegunaan perniagaan besar sahaja. Kita tidak perlu mendapatkan kebenaran untuk menjadi kreatif. Tidak semestinya perniagaan kecil hanya memerlukan idea atau kreativiti yang kecil. Galakan pekerja serta diri anda sendiri supaya selalu memberikan idea. 32

REZEKI Ogos 2011

Sediakan masa untuk berfikir dan berkomunikasi antara semua. Tidak Gentar pada Perubahan Tiada yang statik dalam perniagaan. Setiap kali, sesuatu akan berlaku yang berkemungkinan memberikan kesan kepada perniagaan anda. Jadi, cara mengendalikan sesuatu perniagaan kecil itu akan juga terpaksa melalui perubahan mengikut rentak semasa dan juga rentak pada masa hadapan. Anda mesti berani keluar dari ‘zon selesa’ yang anda berada selama ini. Sebaik-baiknya, suatu perubahan yang sistematik atau terkawal yang dapat memastikan suatu perniagaan kecil itu tidak terus ditenggelami oleh arus persaingan, terutama dengan syarikat yang lebih besar. Bertindak Berkumpulan Setiap perniagaan kecil mempunyai rentak yang tersendiri. Anda perlu memastikan siapa ahli-ahli kreatif yang utama dalam kumpulan pekerja anda. Selepas itu, apabila terdapat sesuatu idea yang baru, idea itu disebarkan antara ahli supaya idea itu dapat dikemaskinikan. Contohnya, penyanyi dan pemuzik terkenal, Bruno Mars yang sentiasa memastikan adanya kumpulan muziknya yang sentiasa berdekatan dengannya. Bila Bruno mendapat ilham lagu baru, dia dengan cepatnya bersama ahli-ahli muziknya itu terus mengolah dan memperhalusi ilham lagu tersebut sehingga menjadi sebuah lagu yang berpotensi menjadi lagu hit seperti Lazy Song, Will You Marry Me dan Grenade.

Penggunaan Masa dengan Berkesan Perniagaan kecil secara amnya tidak mempunyai ramai pekerja. Bilangan pekerja yang kecil tidak memberi ruangan untuk sesiapa untuk membuang masa. Anda mungkin terpaksa memikul beberapa tugasan berbeza di atas bahu sendiri. Anda terpaksa mengatur masa anda dengan efisen serta memastikan apa yang penting itu didahulukan. Perlu juga diawasi bahawa anda tidak seharusnya membuat kerja-kerja administratif yang rutin sehingga tiada masa untuk tugasan yang lebih bermakna seperti pemasaran. Perlu mencari pertolongan

OLEH: JASON GAN

Hanya dengan bermegah dengan kejayaan semasa tidak akan memastikan bahawa ianya akan berterusan. Perniagaan anda akan mempunyai kemungkinan yang lebih cerah untuk berkembang jika anda tidak bergantung kepada satu arus kewangan ataupun hanya satu pelanggan yang utama Meluaskan Rangkaian Perniagaan Memperluaskan rangkaian perniagaan tidak kira bila dan siapa. Rajin-rajinlah menghadiri majlis, konvensyen atau seminar. Rajin-rajinlah menghulurkan kad perniagaan anda. Anda tidak tahu bila anda akan berjumpa dengan mereka yang boleh membantu perniagaan anda. Menyertai dan membuat halaman web, bukan sahaja menarik pelanggan, malahan juga boleh menjalinkan rangkaian rakan dan para penyokong yang akan membina keyakinan anda. Berkawan biarlah seribu.

dari luar sekiranya berpendapat bahawa anda sendiri ataupun para pekerja anda yang sedia ada sudah terlalu sibuk. Diversifikasi Anda terpaksa mencari caracara baru untuk mendapatkan keuntungan, walaupun perniagaan kecil anda itu sedang melalui fasa kejayaan.

Sentiasa Memberi Kelainan Sebuah perniagaan kecil di ambang perkembangan perlu mencari kelainan yang memberi lebih impak untuk menarik pelanggan baru. Bila berdepan dengan pesaing yang lebih besar, maka saingan menjadi lebih sengit. Semasa Starbucks dan Coffee Bean sebegitu popular dahulu, Hailam Kopitiam muncul dengan menawarkan kelainan, iaitu ia membawa era kedai kopi tempatan. Keunikan suasana dan juadah makanan yang berlainan memberi suatu pengalaman yang menarik dan itulah yang membolehkan Hailam Kopitiam berjaya bertapak dalam perniagaan kedai kopi dan berkembang luas seterusnya. Mendalami Aspek Kewangan Ia amat penting untuk mengetahui bila, bagaimana dan mengapa anda akan mendapat keuntungan. Justeru, anda mesti berikhtiar untuk memahami segala aspek kewangan perniagaan anda itu sedalam-dalamnya yang mungkin. Jangan

sesekali hanya bergantung kepada akauntan anda sahaja. Dengan memahami sepenuhnya segala aspek kewangan, anda akan berupaya memahami realiti perniagaan anda. Seterusnya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk perkembangan perniagaan anda. Apabila perniagaan anda mengembang, maka aspek-aspek kewangan baru perlu difahami. Contohnya dari segi mendapatkan kredit, membuat pembayaran cukai dan tarif yang baru dan sebagainya. Menghargai Para Pekerja Anda Mereka yang bersama anda membangunkan perniagaan anda sejak dari hari pertama adalah tulang belakang anda. Sentiasa berterima kasihlah kepada mereka. Berilah motivasi yang secukupnya supaya mereka terus menjalankan tugas yang bertambah besar dan lebih banyak dengan lebih positif. Motivasi tidak semestinya merupakan ganjaran wang. Memberi peluang untuk meninggikan ilmu boleh menjadi sesuatu yang memberi kepuasan kepada mereka. Pada masa yang sama, dengan adanya ilmu yang lebih tinggi akan dapat membantu menandingi masalahmasalah yang lebih rumit semasa perniagaan anda terus membesar. Jadi, sentiasalah beringat bahawa ayat ‘terima kasih’ itu tidak memerlukan sebarang kos daripada anda. Tetapi, ia paling bernilai untuk perniagaan anda. Jangan risau dan jangan bimbang. Sekarang anda akan melalui suatu pengalaman baru dalam mengembang perniagaan kecil anda. Liku-liku yang pasti anda harungi tidak akan menjadi masalah sekiranya diri anda sentiasa cukup bersiap sedia dan fokus anda tidak kucar-kacir. Sekali lagi, syabas kerana anda telah berjaya membina sebuah perniagaan. Selamat berusaha dalam mengembangkan perniagaan anda itu. Paling utama, jangan lupa untuk berterima kasih. Terima kasih kerana membaca artikel ini! n

“MEMPERLUASKAN RANGKAIAN PERNIAGAAN TIDAK KIRA BILA DAN SIAPA. RAJIN-RAJINLAH MENGHADIRI MAJLIS, KONVENSYEN ATAU SEMINAR.� Ogos 2011 REZEKI

33

GEMALA

Perindustrian

DAGING HALAL

I N DI A

GAMBAR: ISTOCKPHOTO.COM

OLEH: SHAFEEQ RAHMAN

34

INDIA MERUPAKAN SALAH SATU PENGELUAR DAN PENGEKSPORT DAGING UTAMA DI DUNIA DAN TELAH MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN TAHUNAN LEBIH DARIPADA 10 PERATUS SEJAK TAHUN 1990–1991. REZEKI Ogos 2011

SUMBER: THJ EDISI NOV-DIS 2010

NAMUN, SEKTOR YANG KURANG TERANCANG

adalah penyumbang yang lebih besar dalam pengeluaran daging berbanding dengan sektor terancang yang berdaftar. Pengeluaran daging secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 6.5 juta tan pada tahun 2007–2008, sedangkan jumlah yang diperakui oleh sektor itu hanya 2.6 juta tan. Maharashtra, Andhra Pradesh, Uttar Pradesh, Bihar, Bengal Barat, Karnataka, Rajasthan dan Punjab adalah negeri pengeluar daging utama di India. Kadar penyembelihan untuk lembu secara keseluruhan adalah sebanyak 1.37 peratus, untuk kerbau sebanyak 3.54 peratus, bebiri sebanyak 29.02 per atus dan 34,08 peratus untuk kambing pada tahun 2007–2008. Ratarata hasil pada kerbau lebih tinggi daripada lembu. Haiwan penternakan seperti ayam, itik dan sebagainya juga merupakan salah satu haiwan yang paling banyak disembelih di India diikuti oleh kambing dan bebiri. Dengan penambahan kumpulan berpendapatan menengah India dan permintaan dari luar negara telah meningkatkan pengeluaran pelbagai daging. Tetapi sektor ini masih didominasi oleh unit yang tidak teratur dengan sekitar 25,000 rumah penyembelihan yang tidak berdaftar berbanding dengan 4,000 rumah penyembelihan berdaftar. Daging dihasilkan oleh penjual daging kecil-kecilan di tepi jalan dan juga dijual di kedai-kedai runcit untuk memenuhi permintaan tempatan. Orang ramai lebih suka membeli di pasar basah bagi memastikan kebersihan daging dan pematuhan Halal kerana ketidakpastian tentang proses dan pembungkusan makanan. Industri pemprosesan daging masih kecil, dengan hanya pengilang yang dipilih seperti Allanasons, Hind, Al-Kabir, Godrej Agrovet dan sejumlah kecil yang lain dan menyumbang kepada perkongsian margin dari pengeluaran daging secara keseluruhan. Pemprosesan daging dan kerbau masing-masing adalah sebanyak 6 peratus dan 20 peratus, sedangkan di negara maju, jumlah adalah sebanyak 60–70 peratus daripada pengeluaran secara keseluruhan.

KESIHATAN TERNAKAN Kelebihan India adalah status kesihatan

ternakannya yang baik. India sentiasa bebas dari Penyakit Lembu Gila (BSE) ditakuti dan telah bebas dari Rinderpest sejak tahun 1995. Belum ada satu pun Penularan Bovine Pleuro Pneumonia (CBPP) di India sepanjang 12 tahun sebelumnya. Satu-satunya masalah yang masih dan harus diberi perhatian adalah Penyakit Kuku dan Mulut (FMD), meskipun telah dikawal melalui pelbagai tindakan. Pada tahun 2008, sebanyak 2,207 ekor kerbau dijangkiti dan sebanyak 454 ekor mati akibat penyakit yang berbeza seperti septikemia berdarah, Penyakit Kuku dan Mulut dan sebagainya. Oleh itu, pada tahun 2008–09, kerajaan India telah mengeluarkan Rs11, 515 lakhs untuk kawalan penyakit haiwan. Jumlah ini menjangkau sepertiga bahagian daripada keseluruhan dana kebajikan haiwan. Sehingga kini, terdapat 56,604 institusi veterinar berfungsi di India untuk memenuhi permintaan masalah penyakit haiwan.

KEBERSIHAN DAN PEMATUHAN HALAL Kuantiti besar pengeluaran daging yang dihasilkan, khususnya daging kerbau, dieksport ke pasaran luar negara kerana pasaran tempatan tidak mempunyai permintaan tinggi akibat halangan agama, iaitu Hindu dan Buddha yang merupakan lebih daripada 80 peratus daripada penduduk negara itu. Pengeksportan daging lembu adalah dilarang oleh undang-undang di India, tetapi dibenarkan untuk

“PEMATUHAN HALAL DAN KUALITI KEBERSIHAN INDIA MENJADIKANNYA PILIHAN KEGEMARAN SEBAGAI PENGEKSPORT DAGING OLEH NEGARA-NEGARA ISLAM.”

diekspot ke negara-negara yang dipilih oleh India. Amalan penyembelihan haiwan yang mematuhi kaedah Halal merupakan isu penting bagi pelanggan Muslim, oleh itu sebelum pemberian sijil pendaftaran kepada rumah penyembelihan haiwan/ kilang pemprosesan daging adalah wajib untuk pengusaha mendedahkan kaedah penyembelihan yang diamalkan dan sama ada kaedah Halal dipraktikkan dengan betul, juga turut memastikan rekod jumlah penyembelihan ternakan disimpan oleh wakil-wakil daripada organisasi Islam. Pematuhan Halal dan kualiti kebersihan India menjadikannya pilihan kegemaran sebagai pengeksport daging oleh negaranegara Islam. Pada tahun 2008–2009, sejumlah 462,749.65 tan metrik daging kerbau bernilai AS$1052.32 juta dieksport. Vietnam, Malaysia, Filipina dan timur tengah negara-negara pengimport utama. Selepas daging kerbau, daging kambing bernilai AS$107.27 juta, dieksport dalam jumlah yang besar ke Timur Tengah, Malaysia dan Angola. Sejumlah 1.057.016 tan metrik produk ternakan (ayam, itik dan sebagainya), termasuk telur dan daging, bernilai AS$42,205 juta dieksport ke Afghanistan, Jerman, Denmark, Angola, Arab Saudi, Indonesia dan Jepun. Jadual menunjukkan menunjukkan negara-negara pengimport utama daging India pada tahun 2009–2010. Ketulenan pematuhan Halal berkenaan dengan kaedah penyembelihan daging India ini kadangkala dipersoalkan kerana kurangnya pengetahuan tentang India dan pengeksport. Atas dasar andaian bahawa Hindu mendominasi negara itu, daging di India disembelih oleh Pagan dan tidak Jadual Negara-Negara Pengimport Utama Daging India (2009-2010) di mukasurat seterusnya. Ogos 2011 REZEKI

35

GEMALA: PERINDUSTRIAN DAGING HALAL INDIA

mengikut cara penyembelihan Islam. Namun, harus diingatkan bahawa Islam di India merupakan masyarakat ketiga terbesar di dunia dan kerjaya dalam industri daging secara eksklusif diadaptasi oleh Islam; lebih daripada lima peratus daripada pengeluar dan pengeksport adalah Islam dan rumah penyembelihan haiwan dan tanaman daging dimiliki oleh umat Islam. Masyarakat Hindu adalah vegetarian dan penyembelihan haiwan adalah sangat dilarang menurut agama mereka.

RUMOR DAN TUNTUTAN PALSU Satu kontroversi telah tercetus selepas pengumuman bahawa kerajaan Algeria akan mengimport sebanyak 4,000 tan daging merah dari India untuk memenuhi permintaan mereka yang meningkat sepanjang bulan Ramadan, dan sejak itu Algeria telah menjadi tambahan baru ke senarai India untuk mengeksport daging. Turut dilaporkan bahawa daging India yang dihasilkan dengan bantuan dari Israel dan bahawa logo Halal dipalsukan serta digunakan untuk menipu Islam. Tuntutan palsu tentang logo Halal palsu dan hubungan Ahmedi Muslim dengan daging India yang dilaporkan oleh pelbagai akhbar dengan merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh World Assembly Muslim Youth (WAMY), sebuah pertubuhan pendidikan Islam yang berpusat di United Kingdom. Namun, ketika para pegawai WAMY dihubungi untuk memberi penjelasan, mereka telah menjawab: “WAMY tidak menerbitkan laporan tersebut di UK. Pejabat kami terlibat dalam program-

DAGING KERBAU Negara

program pendidikan dan kesedaran masyarakat Islam. Pekerjaan kami tidak ada hubungannya dengan masalah-masalah seperti daging halal di India.” Djahid Zefzef, Pengurus Besar, Algerian Meat Packing Company, menjelaskan kepada media tentang daging India bahawa “kerajaan Algeria mengimport daging dari rumah penyembelihan haiwan Islam yang diperakui di India, khususnya di negeri

“PEMATUHAN HALAL DAN KUALITI KEBERSIHAN INDIA MENJADIKANNYA PILIHAN KEGEMARAN SEBAGAI PENGEKSPORT DAGING OLEH NEGARA-NEGARA ISLAM.”

PEMBANGUNAN: KUALITI, PELABURAN DAN POLISI Bagi memastikan penyembelihan secara saintifik, bersih dan juga penggunaan optimum produk sampingan serta menetapkan penghasilan daging berdasarkan infrastruktur yang bersesuaian dengan piawaian antarabangsa, kerajaan India telah melancarkan sebuah plan menyeluruh untuk pemodenan Rumah Penyembelihan Haiwan dengan memberikan perkongsian awam– swasta dengan penglibatan badan-badan tempatan (bandar korporat dan Panchayat) dan mempunyai fleksibiliti untuk penglibatan pelabur swasta/pengeksport dan kumpulan luar negara melalui FDI (pelaburan langsung asing). Bagi mengawasi pertumbuhan dan promosi Daging dan sektor Ternakan kerajaan India telah menubuhkan National Meat & Poultry Processing Board (NMPPB). Pelaburan asing seratus peratus dibenarkan dalam industri pemprosesan. Greater Mumbai Municipal Corporation Deonar adalah rumah penyembelihan pertama di India yang diluluskan oleh UAE untuk mengeksport daging kambing ke Dubai. Kerajaan India mengawal industri daging bagi melindungi kepentingan pelanggan melalui keselamatan makanan dan bil standard (2006) serta tempahan produk makanan berasaskan daging (1973). Walau bagaimanapun, dasar bersepadu atau undang-undang untuk produkproduk ladang sedang dipertimbangkan dan dalam perancangan kerajaan.

DAGING BEBIRI/KAMBING

Kuantiti (Tan Metrik)

Nilai (Juta AS$)

Negara

Kuantiti (Tan Metrik)

PRODUK TERNAKAN

Nilai (Juta AS$)

Negara

Kuantiti (Tan Metrik)

Nilai (Juta AS$)

Vietnam

116,974.7

303.98

Saudi Arabia

9,552.66

36.77

Afghanistan

376,051.1

18.6

Malaysia

55,826.97

132.6

Mesir

11,535.1

29.72

Oman

177,340.2

7.79

Filipina

40,525.86

91.25

Iraq

7,821.5

22.92

Jerman

2,395.12

7.07

Mesir

32,923.24

81.23

UAE

5,140.52

17.06

Angola

132,732.2

6.88 5.22

Kuwait

33,873.96

75.25

Malaysia

4,132.65

11.08

Indonesia

1,071.66

Saudi Arabia

28,732.64

69.51

Angola

3,009.59

7.88

Liberia

65,077.19

3.61

UAE

21,419.84

46.29

Kuwait

2,157.14

6.08

Denmark

753.04

3.43

Jordan

17,724.39

40.9

Oman

1,192.06

3.91

Bahrain

47,440.61

2.86

Angola

14,885.82

35.54

Qatar

838.77

3.18

Jepun

551.72

2.41

Iraq

13,000.29

27.23

Lebanon

950.8

2.88

Belanda

1,011.75

2.31

JADUAL: NEGARA-NEGARA PENGIMPORT UTAMA DAGING INDIA (2009-2010)

36

bahagian barat Maharashtra dan bahagian utara Uttar Pradesh.

REZEKI Ogos 2011

SYARIKAT TERKEMUKA DALAM INDUSTRI DAGING HALAL INDIA ALLANASONS LIMITED: Syarikat Allanasons

diasaskan oleh Abdulla Allana pada tahun 1865 di Bombay dengan pengetahuan perniagaan dan perdagangan produk-produk pertanian. Kini merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar buah-buahan, rempahratus, kopi, daging beku dan produk laut. Allanasons beribu pejabat di Mumbai dan kemungkinan adalah pengeksport terbesar daging kerbau Halal tanpa tulang. Daging diawet dalam garam (corned beef) yang ditinkan dan bahagian dalam badan haiwan yang dibekukan adalah produk daging utama lain yang dieksport oleh syarikat ini. Kumpulan Allana telah merintis (1969) kedudukan dalam eksport daging kerbau beku tanpa tulang dan kelenjar, setakat ini telah mengeksport produk-produknya ke 64 buah negara di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah, CIS (Commonwealth of Independent States), Afrika dan Pasifik Basin Nations, sekitar 60 peratus eksport daging dari India. Ia memiliki rumah penyembelihan haiwan serta kilang pemprosesan daging moden dan bersepadu di Mumbai, Delhi, Taloja Maharashtra dan Sahibabad Ghaziabad UP yang ditetapkan bersesuaian dengan piawaian antarabangsa tertinggi dan spesifikasi dan menggabungkan teknologi terkini dan automasi dalam semua tahap pengeluaran daging. Syarikat mematuhi syarat-syarat penyembelihan menurut Islam. HIND AGRO INDUSTRIES LIMITED (HAIL):

Hind Agro Industri, ditubuhkan oleh Sirajuddin Qureshi dengan ibu pejabat pusat di Delhi, merupakan satu-satunya syarikat di India yang mempunyai kemudahan unik dan bertanggungjawab membekalkan haiwan—kerbau, kambing, bebiri dan kambing—untuk memproses, mematuhi panduan kebersihan yang ketat dan bersanitasi. Para petani digalakkan untuk menternak kerbau dan berbiri, terutama untuk dibekalkan kepada syarikat. Melalui kerjasama skim awam–swasta, secara usahasama syarikat ini telah menguruskan rumah penyembelihan haiwan serta kilang pemprosesan daging di Aligarh dengan kerajaan Uttar Pradesh yang bersesuaian dengan semua piawaian antarabangsa dan mempunyai kapasiti pengeluaran 400 MT daging. Purata keuntungan tahunan syarikat

ini lebih daripada INR350 crores. Jualan bersih syarikat (2009–10) melalui operasi adalah sebanyak Rs12,245.57 lakh dengan keuntungan Rs256.35 lakh dari Rs11,796.10 lakh dan Rs103.67 keuntungan tahun sebelumnya. Negara-negara yang difokuskan untuk pengeksportan adalah seperti Bahrain, Mesir, Indonesia, Iran, Jordan, Kuwait, Lubnan, Malaysia, Mauritius, Oman, Oman, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Thailand, UAE dan Yaman, Timur dan negaranegara Afrika Barat dan negara-negara CIS. Piawaian Halal diikuti secara ketat di bawah pengawasan wakil Jamiath-Ulama-I-Hind’s. AL KABEER: Kumpulan

Al Kabeer mempunyai kepakaran dalam bidang pengeluaran dan pengedaran makanan beku. Al Kabeer merupakan nama yang paling dipercayai untuk daging kambing, ayam dan lembu selama lebih dari tiga dekad. Ia mempunyai pejabat di UAE, Hyderabad dan Mumbai. Kilangnya telah dibina mengikut piawaian antarabangsa, dilengkapi dengan mesin yang berkualiti

dan lengkap serta diluluskan oleh EEC, Angkatan Bersenjata Amerika Syarikat dan Majlis Kurantin Australia. Mereka sangat mematuhi syarat-syarat syariah bagi pemprosesan daging serta haiwan ternakan lain. Syarikat terkemuka yang lain adalah Venkateswara Hatcheries Pvt. Lt, ALM Industries Ltd dimiliki oleh Mujeeb Malik (Saharanpur), Eagle Continental Foods Pvt. Ltd. dimiliki oleh Shahid Ali Qureshi, Amroon Foods Pvt. Ltd dimiliki oleh Saleem (Barabanki), Al-Nafees Frozen Food Exports Pvt. Ltd. dimiliki oleh Mohammad Atif (Gurgaon), Al–Saqib Exports (P) Ltd dimiliki oleh Shahid Akhlaq (Meerut), M.K. Overseas Pvt. Ltd dimiliki oleh Mohd. Kamil Qureshi (Punjab), Al Hamd Agro Food Products Pvt. Ltd dimiliki oleh Mohd. Zaheer (Aligarh), J.S. International dimiliki oleh M.R. Farrukh (Unnao), GIEX Foods Pvt. Ltd dimiliki oleh Zafar Khan (Rampur), Al-Quresh Exports dimiliki oleh Shakir (Solapur) dan Al Faheem Meatex Pvt. Ltd dimiliki oleh Mohd Imran (Meerut). Catatan tentang penulis: Safik ur Rahman, sarjana dibidang Ekonomi dan Pengajian Islam adalah penyelidik profesional yang bekerja dengan data www.indiastat.com syarikat pembekal terkemuka dan mempunyai pengalaman penyelidikan lebih dari tujuh tahun pada data India-sentris. Beliau lebih berminat menulis tentang isu-isu sosialekonomi Islam, Ekonomi Islam & Kewangan dan ekonomi India. n Diterjemahkan daripada The Halal Journal Edisi November–Disember 2010

“KERAJAAN ALGERIA AKAN MENGIMPORT SEBANYAK 4,000 TAN DAGING MERAH DARI INDIA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN MEREKA YANG MENINGKAT SEPANJANG BULAN RAMADAN, DAN SEJAK ITU ALGERIA TELAH MENJADI TAMBAHAN BARU KE SENARAI INDIA UNTUK MENGEKSPORT DAGING.” Ogos 2011 REZEKI

37

KEPERIBADIAN PERNIAGAAN FROZEN FOOD PENGARAH URUSAN SRI KULAI (SK)

boleh dipanaskan dengan ketuhar gelombang, dengan fokus untuk menjadi pemimpin dan “trend setter” di Malaysia serta pasaran global.

“TUJUAN SAYA MEMILIH NAMA SRI KULAI ADALAH UNTUK MEMPROMOSIKAN BUDAYA MALAYSIA DI MATA DUNIA MELALUI MAKANAN MALAYSIA YANG LAZAT.” 1 Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang RJ dan bagaimana RJ mendapat idea untuk menceburi bidang perniagaan yang berasaskan frozen food? Saya pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi PT Unza Vitalis, syarikat pengeluar dan pemasar produk penjagaan peribadi di Indonesia, sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Unza beribu pejabat di Singapura yang mempunyai pasaran di 36 buah negara. Saya menguruskan perniagaan di 38

REZEKI Ogos 2011

Indonesia dengan kekuatan 1,000 kakitangan di 10 pejabat cawangan di seluruh Indonesia. Kehidupan saya sangat selesa ketika itu, namun hati saya memberitahu saya untuk mengejar impian dan kebebasan. Saya tidak mahu kembali ke industri produk penjagaan peribadi semula dan bersaing dengan organisasi yang telah saya pelihara selama 14 tahun. Saya kemudian memutuskan untuk mengusahakan dalam perniagaan makanan di mana saya dapat menggunakan pengetahuan saya di dalam industri produk pelanggan. Industri makanan di Malaysia merupakan industri yang sangat luas dan pelbagai. Daripada menjadi pengikut dan bersaing dengan syarikat dan namanama besar dan kukuh, saya memutuskan untuk mewujudkan sebuah kategori baru, iaitu hidangan halal sedia dimakan sejuk beku yang

2 Apakah yang dimaksudkan dengan Sri Kulai microwavable halal frozen ready to eat meals? Hidangan halal sedia dimakan sejuk beku yang boleh dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro Sri Kulai adalah makanan yang baik untuk kesihatan yang sedia untuk dimakan dalam masa 4 minit, dari peti sejuk ke ketuhar gelombang mikro terus ke meja makan, tanpa perlu memasak. Ini adalah pilihan yang sangat baik bagi pelanggan yang kekurangan masa atau tidak mahu bersusah payah memasak. Hidangan halal sedia dimakan ini juga merupakan penyelesaian hebat untuk pembekal perkhidmatan makanan, di mana pelbagai makanan sihat dan lazat boleh disiapkan dalam masa 4 minit tanpa perlu memasak. Produk ini dapat membantu tukang masak dan kakitangan dapur, mengurangkan pembaziran dan paling penting konsistensi dari segi kualiti produk. 3 Mengapakah RJ memilih nama Sri Kulai? Tujuan saya memilih nama Sri Kulai adalah untuk mempromosikan budaya Malaysia di mata dunia melalui makanan Malaysia yang lazat. Saya mahukan nama Malaysia untuk membawa jenama saya dan nama yang terbaik untuk itu adalah Kulai, tempat asal saya. 4 Apakah kelebihan yang boleh diberikan oleh SK kepada pembeli? Jenama Sri Kulai menjanjikan “Tiada pengawet. Tiada MSG tambahan. Pek terbiodegradasi”. Hidangan halal dan sedia dimakan Sri Kulai adalah makanan yang baik untuk kesihatan yang sedia untuk dimakan dalam masa 4 minit, dari peti sejuk ke ketuhar gelombang mikro terus ke meja makan, tanpa perlu memasak. Ini adalah pilihan yang sangat baik bagi pelanggan yang tidak cukup masa. Sri Kulai sangat sesuai untuk bersahur sebagai makanan sihat dan sedia untuk makan, oleh itu lebih banyak masa untuk beribadah.

OLEH: KAMAL ISMAIL

“MISI UNTUK SRI KULAI ADALAH UNTUK MENJIMATKAN MASA PENGGUNA DAN PELANGGAN KAMI, DAN MEMBOLEHKAN MEREKA UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING.”

Menerima an ugerah darip Mantan Perd ada ana Menteri Malaysia, Tun Abdulla h bin Haji Ah mad Badawi.

5 Apakah visi dan misi serta perjuangan SK? Visi syarikat kami, AYS adalah untuk menjadi pengeluar produk Halal terkemuka dan pembekal perkhidmatan di ASEAN. Misi untuk Sri Kulai adalah untuk menjimatkan masa pengguna dan pelanggan kami, dan membolehkan mereka untuk melakukan perkara yang lebih penting. 6 Dari mana SK mendapatkan bekalan atau produk? Kami menghasilkan pelbagai produk Sri Kulai sendiri di kilang kami di Bandar Sri Damansara, Selangor. 7 Apakah kunci kejayaan yang membolehkan ia berkembang maju? Bagaimanakah SK memantau segala aktiviti yang dirancang terlaksana dengan lancar? Memiliki visi dan misi yang jelas hanya sebahagian daripada persamaan, pelaksanaan fokus dan pengawasan keseluruhan masalah operasi adalah kunci utama untuk menggerakkan syarikat serta memajukan jenama dalam jangka waktu yang singkat. Sebelum seseorang itu memulakan sebarang perniagaan, terdapat beberapa faktor yang harus difikirkan terlebih dahulu, iaitu lokasi dan produk. Apakah faktor yang diambil kira sebelum RJ memilih lokasi dan juga produk SK?

Untuk mendapatkan lesen Sri Kulai RTE Stesen, kami memaparkan pelbagai makanan yang sama di semua cawangan Sri Kulai. Pemilihan lokasi adalah kunci kejayaan perniagaan berlesen. Terdapat 8 lokasi ideal yang memenuhi kriteria kami, iaitu “Tarikan pelanggan + pilihan makanan terhad” di mana kami sangat menggalakkan pemegang lesen berpotensi kami untuk pertimbangkan:  PELANCONG/REKREASI/ DESTINASI HIBURAN:

Genting, Sunway, zoo, taman tema, ladang rekreasi  HUB PENGANGKUTAN: KL Sentral, Terminal lapangan terbang, terminal feri  HOSPITAL: Awam dan swasta  DI PUSAT-PUSAT PERKHIDMATAN: pusat

telekomunikasi (Maxis), pusat servis kereta (Naza/Proton)  LOKASI DI MANA HARGA MAKANAN AMAT MAHAL DAN PILIHAN YANG TERHAD:

kawasan pejabat di pusat bandar, Cyberjaya, Putrajaya, hospital  UNIVERSITI/KOLEJ:

universiti yang mempunyai ramai pelajar terutama yang ada fasiliti hostel

 KAWASAN, PERUMAHAN:

kelas pertengahan, kondominium, kurang akses ke tempat makan  KAWASAN REHAT/STESEN MINYAK DI SEPANJANG LEBUH RAYA

8 Modal adalah isu yang paling penting untuk membuka sesuatu perniagaan. Dari manakah RJ mendapatkan modal? Adakah melalui pinjaman bank, kerajaan atau daripada keluarga? Modal saya terdiri daripada tabungan, pendapatan daripada menjual hartanah saya dan pinjaman bank daripada bank tempatan yang yakin dengan rancangan perniagaan dan pengalaman pengurusan dan kemampuan saya untuk mencipta kejayaan dalam kerjaya saya. 9 Kita tidak akan lari daripada cabaran dan halangan dalam dunia perniagaan. Apakah cabaran utama sebelum dan selepas membuka SK? Sebelum saya memulakan AYS dengan produk Sri Kulai, memutuskan apa yang harus dilakukan dan mengapa merupakan perkara yang paling sukar kerana saya tidak mahu melakukan sesuatu yang saya telah mahir di kedudukan teratas selama 14 tahun. Lalu “Bagaimana hendak melakukannya?”. Sri Kulai sangat istimewa bagi kami kerana kami adalah syarikat pertama di Malaysia yang melakukannya, oleh itu kami banyak berfikir, mengambil risiko untuk melakukan hal yang tidak diketahui dan cuba untuk terus mempertingkatkan usaha menambah baik sepanjang kami beroperasi dan bergerak maju. Ogos 2011 REZEKI

39

Inspirasi Kejayaan

(LAYAR BAHTERA BICARA ...) PASUKAN PENGARANG KETUA PENGARANG

Hajjah Jumaatun Azmi (ju@kasehdia.com) PENOLONG PENGARANG

Kamal Ismail (kamal@rezeki.com.my)

Salam Rezeki

PENYELARAS PENERBITAN

Amri Sofi (amri@kasehdia.com)

“Seandainya kamu semua sejujur-jujurnya bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Ia memberi rezeki kepada burung. Di mana burung itu keluar pada waktu pagi dengan perut kosong (lapar) dan pada waktu petang ia kembali dengan perut penuh (kenyang).” Sabda Rasulullah.

PENULIS

Aediy, Jason Gan, Malyna Manja, RNA Aiman, Salina Aziz, Syed Kahar PENYELIDIK

Dayana Nordin REKABENTUK GRAFIK

Shokelui Yap JUALAN & PEMASARAN

Fazah Zuhainie Nadrie, Francisca Turner Shaik, Muzita Mochtar, Nadia Yusof

Kita lihat apa yang terjadi dalam kalangan masyarakat kita, terdapat sebahagian daripada mereka yang mendapat limpahan rezeki yang tidak berhenti-henti daripada Allah, terus mengalir dan terus mengalir tanpa penghujungnya. Namun, sebaliknya ada antara mereka yang begitu susah untuk mendapatkan rezeki walaupun telah berusaha dengan sedaya yang mampu. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengetahui bagaimana mekanisme atau cara yang sesuai sehingga rezeki itu dengan mudah mengalir kepada kita seperti air sungai yang mengalir tanpa diempangkan. Lihat muka surat 48 di mana anda boleh mendapat idea bagaimana cara atau mekanisme untuk menambahkan rezeki ada. Sejujurnya, rezeki itu akan datang kepada anda bergantung kepada daya usaha kita. Anda boleh sahaja menginginkan rezeki itu terus mengalir dalam hidup anda, tetapi kenali terlebih dahulu apa yang menjadi akar fikiran anda yang tersembunyi. Kebiasaannya, akar fikiran anda sesungguhnya menolak kehadiran rezeki itu. Apabila demikian, seberapa besar upaya anda, seberapa besar tenaga dan usaha yang anda berikan, anda akan tetap mengalami kesulitan mengarahkan aliran rezeki itu datang kepada diri anda. Kami berharap agar kata-kata dan informasi yang kami kongsikan di dalam majalah Rezeki ini mampu memberikan semangat dan inspirasi atau dorongan untuk lebih berjaya. Rezeki berusaha untuk menyampaikan sesuatu yang terkini dan baharu untuk tatapan pembaca.

Selamat membaca dan semoga anda akan mendapat ilham dan inspirasi dari edisi Rezeki yang keempat ini. **Apakah pendapat anda mengenai Rezeki? Hantarkan komen anda ke info@rezeki.com.my

Ketua Pengarang

KORPORAT PENGASAS & PENGARAH URUSAN

Hajjah Jumaatun Azmi PENGURUS BESAR

Radha Vengadasalam KEWANGAN

Mariana Omar

PENERBIT

kasehdia.com KASEHDIA SDN BHD M-2-20, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6 03 6203 1025 Faks: +6 03 6203 4072 E-mel: info@rezeki.com.my

www.rezeki.com.my www.kasehdia.com www.halaljournal.com www.halalguides.com PENCETAK

ART PRINTING WORKS SDN BHD, 29, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia PENGEDAR

PANSING MARKETING SDN. BHD. Lot 557A & B, Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, 47610 Subang Jaya, Malaysia. PENAFIAN PENDAPAT PARA PENULIS UN DANGAN TIDAK SEMESTINYA MEWAKILI PENDAPAT ATAU DASAR MAJALAH REZEKI. IZIN & CETAK ULANG MAJALAH REZEKI DITULIS DAN DITERBITKAN DWI-BULANAN UNTUK PEMBACA DI MALAYSIA DAN SERANTAU. BAHAN-BAHAN DARI MAJALAH REZEKI INI TIDAK BOLEH DICETAK ULANG DALAM APA JUA BENTUK PUN TANPA IZIN BERTULIS DARI PENERBIT. ARTIKEL YANG DIKIRIM KEPADA PENGARANG AKAN DITERBITKAN BERDASARKAN BUDI BICARA PENGARANG. KAMI TIDAK DAPAT MENERBITKAN SEMUA ARTIKEL YANG DIKIRIM KERANA RUANG ADALAH TERHAD. LANGGANAN DAN PENGEDARAN UNTUK MELANGGAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PENGEDARAN, PERUBAHAN ALAMAT DAN PERMINTAAN EDISI TERDAHULU, SILA HUBUNGI +6 03 6203 1025 ATAU INFO@REZEKI.COM.MY ATAU FAKS KE +6 03 6203 4072. UNTUK MENGELAK KELEWATAN PENERIMAAN MAJALAH ANDA, KAMI MEMOHON SEBARANG PERUBAHAN ALAMAT DIMAKLUMKAN DENGAN SEGERA. REZEKI MERUPAKAN AHLI KEPADA PERSATUAN PENERBIT MAJALAH, DAN KINI DALAM PROSES MEMOHON UNTUK KEAHLIAN ABC. RAKAN MEDIA: MAJALAH RASMI UNTUK IMRAN AJMAIN MALAYSIA ACHIEVEMENT (100 HARI JELAJAH AKUSTIK) PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP)

• 4

REZEKI Ogos 2011

THJ-ad20

KEPERIBADIAN: PERNIAGAAN FROZEN FOOD

10 Apakah pengajaran utama yang telah RJ pelajari dalam mengusahakan SK? Masa amat diperlukan untuk mengubah tabiat dan kebiasaan pelanggan. Kami mengambil masa selama tiga tahun untuk memberi kesedaran di kalangan pelanggan Malaysia untuk mempertimbangkan Sri Kulai sebagai pilihan sebagai cara mudah untuk makanan, tanpa perlu memasak. Antara pengalaman dan pelajaran paling besar kami adalah ketika memperkenalkan sistem makanan siap untuk dimakan kami kepada kepada pembekal perkhidmatan makanan kerana kami perlu meyakinkan mereka bahawa sistem ini adalah penyelesaian untuk pelbagai masalah mencabar pengurusan tukang masak dan kakitangan dapur, mengekalkan kualiti dan mengelakkan pembaziran makanan. 11 Apakah definisi Rezeki pada RJ? Maksud Rezeki bagi saya adalah “Makanan di atas meja.” 12 Apakah tips yang sesuai untuk orang di luar menjadi usahawan seperti RJ? Anda perlu mempunyai visi yang jelas, keberanian untuk meninggalkan zon selesa; memilih perniagaan yang paling anda minati; fokus dan ghairah dengan apa yang telah anda pilih; memastikan rancangan kewangan kukuh dan tidak pernah kehabisan tunai; pastikan juga mempunyai akses dan pilihan untuk sumber kewangan bila diperlukan; membina pasukan berjaya; laksanakan rancangan anda dengan pemantauan setiap harian. Pelaksanaan adalah perkara paling penting sekali kerana tanpa pelaksanaan yang baik, idea yang bagus hanya sekadar kekal sebagai idea yang bagus. 13 Anda pernah berkata anda bukan seorang perniaga, tetapi seorang usahawan, mengapa anda berkata sedemikian? Bagi saya “Ahli Perniagaan” adalah sumber keuntungan dan biasanya membeli dan menjual. Dia tidak akan melakukan perkara 40 REZEKI Ogos 2011

yang tidak menguntungkan dan aktiviti yang tidak masuk akal dari segi ekonomi. Seorang “Usahawan” mencipta sesuatu dari ketiadaan. Dia akan mengejar impiannya walaupun ia tidak membawa keuntungan kewangan yang segera.

14 Difahamkan bahawa produk SK tidak menggunakan bahan pengawet, bagaimana produk SK boleh bertahan, adakah produk ini sihat atau sebaliknya? Produk Sri Kulai harus disimpan di dalam suhu di

bawah takat beku 18 darjah selsius pada sepanjang masa untuk mengelakkan ia daripada tercemar. Kami adalah pengeluar yang mempunyai sijil antarabangsa HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point). HACCP digunakan dalam industri makanan untuk mengenal pasti potensi keselamatan makanan yang mana tindakan keras boleh diambil untuk mengurangkan atau menghilangkan bahaya ke atas keselamatan makanan. Sistem ini digunakan pada semua tahap proses pengeluaran makanan dan termasuk pembungkusan dan pengedaran. Kami tidak menggunakan pengawet kerana proses keselamatan makanan yang ketat yang kami ambil di AYS dan komitmen untuk menyediakan makanan yang baik, selamat dan lazat bagi pengguna dan pelanggan. n

ILHAM OLEH: AEDIY

5 CARA

Penjimatan Ramadan PUASA ITU ADALAH BENTENG ATAU tembok penghalang, oleh itu apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata keji dan berbuat jahat, jika ada orang mengata kamu atau mengajak kamu untuk membuat perkara yang dilarang, maka katakanlah kepadanya, “Saya sedang berpuasa�. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Pengurusan kewangan akan menjadi satu cabaran pada bulan ini. Mana tidaknya, pelbelanjaan untuk baju raya, kasut raya seisi keluarga, duit raya untuk adik-beradik, anak saudara, sepupu, jiran, zakat fitrah dan pelbagai lagi perlu disediakan. Dalam mengharungi bulan puasa juga mendedahkan kita kepada sikap boros atau tidak berjimat cermat. Di mana, kita akan singgah di bazar Ramadan pada setiap hari. Ketika berpuasa, selera kita akan bertambah, kita akan nampak semua jenis masakan dan minuman amat menyelerakan. Kita rasa ingin membeli semua juadah yang dijual. Tanpa disedar, habis duit kita. Oleh itu, di sini kami berkongsi dengan anda tip bagaimana untuk berjimat dalam bulan Ramadan. Beli segala kelengkapan menyambut raya seawal mungkin. Kalau boleh dalam minggu ini juga. Mengapa? Semakin lewat anda membeli, semakin tinggi harga yang mereka tawarkan. Memang kita akan dengar jualan murah, potongan hebat, tetapi semua itu hanya akan menghabiskan duit anda. Mata anda akan menjadi rambang dengan jualan murah. Silap hari, habis duit simpanan anda itu nanti. Semak semula perbelanjaan harian, catat dan bandingkan dengan perbelanjaan semalam, sama ada semua yang kita beli dihabiskan atau membazir. Buat audit dan selaraskan pembelian keesokan harinya sekadar mencukupi. Elakkan daripada singgah di bazar jualan pada setiap hari.

Kita harus membuat senarai barangan yang hendak dibeli, jangan sampai di bazar Ramadan fikiran anda berubah dengan membeli barangan yang tidak ada di dalam senarai barangan yang telah ada buat sebelum ini. Itulah yang sering orang ramai lakukan. Bak kata orang “jangan beli ikut rasa mana kita suka�. Beli apa yang tersenarai sahaja sebelum

ke bazar atau ke pusat membeli-belah untuk mendapatkan persediaan raya atau berbuka puasa. Masak sendiri makanan, sediakan minuman di rumah. Tiada yang lebih sedap dan berkat selain masakan ibu atau isteri anda untuk juadah berbuka. Percayalah. Bagi mereka yang masih bujang, masak ala kadar. Tanamkan dalam kotak ingatan anda bahawa kemeriahan hari raya itu bukanlah terletak pada persediaan atau barangan, tetapi pada suasana, ikatan, muhibbah dan roh Ramadan itu sendiri. n Ogos 2011 REZEKI

41

ADVERTORIAL

Sime Darby IdeaHouse di Denai Alam. Rumah kediaman karbon sifar yang pertama di Asia Tenggara.

Rumah Idea SIME DARBY RUMAH IDEA SIME DARBY DIILHAMKAN SEBAGAI SATU CUBAAN UNTUK MENGENENGAHKAN IDEAIDEA YANG UNIK, DI MANA CIRI-CIRI TERKINI DARI SEGI PEMBINAAN DAPAT DIPERTENGAHKAN DALAM USAHA MENJADINYA RUMAH KEDIAMAN KARBON SIFAR YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA.

42

REZEKI Ogos 2011

PEMAHAMAN MENGENAI KEPERLUAN DEMOGRAFI Malaysia serta trend perubahan bilangan ahli teras keluarga, telah diserapkan ke dalam reka bentuk Rumah Idea, sehingga menjadikannya sebagai tempat kediaman yang dapat disesuaikan dengan keadaan semasa. Ruang kosong boleh dijadikan sebagai ruang tamu ataupun ruang tidur mengikut pilihan anda. Konsep pelan terbuka memberikan gaya hidup yang lebih fleksibel, menggalakkan adaptasi ruang dalaman/luaran untuk diubah bersesuaian dengan kehendak cara kehidupan/bekerja/ riadah keluarga yang bertukar mengikut peredaran masa. Bagi memenuhi konsep pelaksanaan menghijaukan bangunan, agenda alam sekitar dilaksanakan dengan cukup teliti melalui pemasangan sistem berinovatif yang meliputi sistem sel BIPV, sistem penakungan air hujan, sistem pengurusan grey water dan sistem peralatan rumah bertenaga rendah. Seterusnya satu pendekatan yang kembali kepada asas alam sekitar mempergunakan orientasi bangunan yang cermat supaya dapat mengurangkan penyerapan

Sime Darby IdeaHouse di Denai Alam.

haba. Penggunaan konsep ruangan terbuka yang cukup besar bersertakan dinding dalaman dan luaran yang bergelongsor, membenarkan pengaliran udara secara silang untuk mengurangkan haba. Penggunaan sistem bumbung gelongsor luaran pula dapat menyediakan teduhan dan perlindungan daripada pancaran sinaran matahari dan hujan. Penggunaan ciri-ciri pembinaan yang prihatin kepada alam sekitar juga memberi manfaat dari segi efisiensi ekonomi bangunan. Penggunaan Kaedah Pembinaan Moden (prafabrikasi dan modularisasi) membolehkan proses pembinaan menjadi lebih cepat, di mana ini dapat menjimatkan masa dan beban kewangan/sumber. Penggunaan tenaga yang bersih serta boleh diperbaharui di dalam skim Rumah Idea ini turut mengurangkan penggantungan kepada peralatan tambahan seperti sistem lampu dan sistem penyejukan. Ini secara langsung dapat mengurangkan bil tenaga elektrik anda. Reka bentuk bangunan mendemonstrasikan betapa pentingnya usaha kerjasama antara pakar dalam pelbagai bidang. Ia memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada konsep bahawa produk yang mampan hanya boleh benarbenar diwujudkan jika sesuatu proses yang berterusan disediakan terlebih dahulu. Kerjasama pelbagai bidang seperti arkitek, jurutera, pereka landskap, perancang perumahan, kontraktor dan pembekal bahan turut meminimumkan jangka masa projek dan seterusnya menghasilkan suatu rekaan yang akan menjadi penanda aras dalam reka bentuk mampan. Rumah Idea ini diharapkan akan

Rumah bandar (The Mews) di The Glades.

Rumah teres superlink (The Ensemble) di The Glades.

menjadi satu teladan untuk gaya hidup Malaysia bagi abad ke-21.

THE GLADES The Glades merupakan salah satu lagi kebanggaan Sime Darby Property, di mana rumah ini dibina di atas tanah seluas 58 ekar, menawarkan pelbagai jenis kediaman

seperti rumah bandar (town house), rumah berangkai (super link), banglo, vila, rumah teres dan kondominium dengan reka bentuk berkonsepkan rumah mewah ala rumah peranginan yang bercirikan kontemporari moden. Penghuni-penghuni The Glades akan diberi akses secara automatik ke kelab serta ke pusat perniagaan yang akan mengekalkan dan membawa suatu aliran tenaga yang berterusan. Faktor keselamatan dan perlindungan diberi perhatian paling utama di The Glades. Rumah-rumah di sini dilindungi berpandukan konsep kawasan Berpagar & Dijaga dengan adanya satu sistem keselamatan empat-peringkat dengan rondaan kawalan keselamatan 24 jam. Penduduk di The Glades juga dapat menikmati ketenangan fikiran kerana setiap rumah bersambung talian dengan pondok pengawal utama untuk tujuan pemantauan. Butang panik dan penggera penceroboh secara automatik akan mencetuskan penggera di Ogos 2011 REZEKI

43

ADVERTORIAL: RUMAH IDEA SIME DARBY

Keunikan reka bentuk Ficus Peak juga dapat dilihat menerusi rekaan bumbung yang luas mendatar.

menyediakan pencahayaan yang lebih terang dan menggunakan tenaga elektrik yang lebih efisien. Dengan ini, para penghuni memperoleh manfaat dari segi yuran penyelenggaraan yang lebih rendah. The Glades juga menampilkan suatu perkhidmatan kemudahan yang amat dialualukan dalam bentuk Sistem Pungutan Sisa Automatik (AWCS), di mana para penghuni tidak akan terpaksa berhadapan dengan pengalaman buruk lori sampah melalui hadapan rumah mereka.

FICUS PEAK Ficus Peak mengadaptasi pendekatan yang lebih kontra dalam reka bentuk rumah berkembar dan superlink. Secara lazimnya, membolehkan penambahan bangunan atau rumah tersebut dari bahagian depan ke pondok pengawal untuk tindakan pantas pengawal keselamatan. Ini diperketatkan lagi dengan Sistem Pengurusan Pelawat. Dengan adanya sistem yang sebegitu menyeluruh, tahap keselamatan penghuni The Glades pasti cukup terjamin. Kawasan alam semula jadi yang direka masuk ke dalam plan The Glades turut memberikan isyarat kepada penghuni untuk selalu keluar bagi menikmati alam semula jadi dan berseronok dengan kehidupan berkualiti. Jalan dalaman sengaja direka sedikit sempit untuk memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan para pejalan kaki serta menggalakkan kenderaan dipandu secara perlahan. Jalan-jalan yang dibina adalah lebih kepada jenis jalan berbatu dan kurang jenis jalan asphalt. Landskap menarik yang dipenuhi dengan kehijauan dapat mengurangkan suhu dan juga memberi teduhan. Kesemua ini dapat memberikan ketenangan dan keseronokan kepada seseorang penduduk itu semasa dia melangkah kaki ke luar dari rumah untuk bersiar-siar di sepanjang laluan 5 km yang mengeliling The Glades. Gaya hidup terkini di The Glades dapat dinikmati melalui sistem Home Comfort and Ambience Control Centralised Home Entertainment Management. Gaya hidup diperkayakan di mana melalui penggunaan tablet mudah alih atau iPod/iPad, para penghuni dapat melihat CCTV, mendengar muzik ataupun menayangkan wayang di manamana sahaja. Liputan WiFi merupakan salah 44

REZEKI Ogos 2011

Ficus Peak, di Denai Alam pendekatan yang lebih kontra dalam reka bentuk rumah berkembar dan superlink.

satu lagi kemudahan yang terdapat di The Glades. Rumah kelab yang cantik dan luas memberi kesempatan kepada para penghuni untuk menghiburkan rakan-rakan atau mengadakan mesyuarat di dalam bilik persidangan dengan akses Internet yang telah tersedia. Di kelab ini juga terdapat pusat kecergasan yang lengkap dengan peralatan dan juga terdapat kolam renang di bahagian luar. Dari segi ciri-ciri mampan, para penghuni The Glades juga akan mendapat manfaat jangka panjang dari Sistem Penapis Air Berpusat. Lampu jalanan di jalanjalan utama menggunakan lampu jenis LED untuk

belakang, Ficus Peak meluaskan sisi profil dengan cara yang unik dan moden. Kemodenan jelas terbukti pada bahagian luar rumah ini, di mana bumbung tergantung meliputi bahagian dalam rumah—rata, sudutnya sedikit menyerong untuk menambah nilai estetika pada permukaan hadapan binaan rumah ini. Bagi meningkatkan nilai kemasyarakatan, tidak ada pagar yang memisahkan setiap rumah. Walau bagaimanapun, keselamatan setiap penghuni tidak akan terjejas, kerana laluan masuk /keluar yang terkawal disertakan bersama dengan pagar perimeter antipanjat, cukup memastikan keselamatan yang cukup tinggi. Tambahan pula, semua rumah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dibina ke dalam pelan rumah. Ficus Peak juga menyediakan—mandian air panas yang menggunakan tenaga solar di dalam setiap bilik mandi, sistem jalur lebar berkelajuan tinggi dan kemudahan pencucuh palam elektrik. n

6

Inisiatif Pembaharuan Strategik

GAMBAR: ISTOCKPHOTO.COM

BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING (PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP))

ADVERTORIAL

KERAJAAN MENGUMUMKAN ENAM INISIATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK

(Strategic Reform Initiative atau SRI), iaitu unsur penting kedua bagi meningkatkan tahap daya saing negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), termasuklah 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA). Enam SRI ini adalah Kewangan Awam, Peranan Kerajaan dalam Perniagaan, Pembangunan Modal Insan, Penyampaian Perkhidmatan Awam, Standard Antarabangsa dan Liberalisasi, dan Merapatkan Jurang Ketaksamaan (Perniagaan Sederhana dan Kecil (PSK) Bumiputera). Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak berkata, “Dengan adanya SRI yang terperinci ini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunan ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” Kewangan Awam dijangka akan mencipta ruang kewangan berjumlah RM13 bilion. Jumlah ini akan dicipta melalui penjimatan serta peningkatan pendapatan merangkumi jangka masa lima tahun. Ini akan membolehkan kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.

Ogos 2011 REZEKI

45

ADVERTORIAL: 6 INISIATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK

“PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MEMBINA SEKTOR AWAM YANG LEBIH KECIL, CEKAP DAN MEMBOLEHKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH MANTAP KEPADA RAKYAT DAN SEKTOR PERNIAGAAN.” Bagi Peranan Kerajaan dalam Perniagaan, kerajaan kini akan lebih memainkan peranan sebagai pemboleh dalam perniagaan, berbanding sebagai pelabur yang terbesar, untuk menjamin kecairan dalam pasaran modal dan meningkatkan penglibatan sektor swasta. Sehubungan itu, kerajaan telah mengenengahkan strategi yang jelas bagi mengurangkan kehadiran Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies atau GLC) dan badan-badan berkanun dalam hal-ehwal perniagaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin dan Menteri Sumber Kemanusiaan, Datuk Dr. Subramaniam pula akan menerajui SRI bagi Pembangunan Modal Insan. Pelbagai daya usaha akan dilaksanakan termasuk memodenkan undang-undang buruh negara, seperti dasar gaji minima, menggunakan bakat tenaga pekerja wanita dengan sepenuhnya, menaikkan taraf latihan dan pengetahuan tenaga pekerja secara am dan meningkatkan tahap pengurusan sumber manusia. Tan Sri Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan akan bertanggungjawab bagi Penyampaian Perkhidmatan Awam untuk membina sektor awam yang lebih kecil, cekap dan membolehkan perkhidmatan yang lebih mantap kepada rakyat dan sektor perniagaan, sekaligus mencipta sebuah sektor awam yang berdaya maju. Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (ISL) yang merangkumi tiga Kementerian akan diterajui ketiga-tiga menterinya, iaitu Dato’ Sri Mustapa Mohamad selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 46

REZEKI Ogos 2011

Pembaharuan ISL akan membantu Malaysia meningkatkan daya saingnya dalam tiga bidang utama, iaitu pembebasan pasaran perkhidmatan, pelaksanaan piawaian serta Undangundang Persaingan. Sektor perkhidmatan akan dibebaskan dan pemansuhan had di dalam pemilikan syarikat serta pengambilan tenaga pekerja asing di Malaysia akan dilaksanakan secara beransur-ansur. Ini akan melengkapkan usaha meningkatkan mutu serta piawaian barangan keluaran Malaysia, meningkatkan jenis barangan keluaran Malaysia dari segi rantaian nilai sekaligus membolehkan ia mendapat harga yang lebih lumayan di pasaran dunia. Di samping itu, penguatkuasaan Akta Persaingan juga akan dicapai melalui perhubungan yang jelas, diterajui keutuhan Suruhanjaya Persaingan serta proses perniagaan yang lebih cekap. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, melalui Unit Perancangan Ekonomi, akan menerajui SRI bagi Merapatkan Jurang Ketaksamaan (Perniagaan Sederhana dan Kecil (PSK) Bumiputera). SRI ini mensasarkan pembangunan generasi usahawan Bumiputera

bertaraf antarabangsa. Keenam-enam SRI telah diserasi berdasarkan 37 langkah dan dasar-dasar yang disyorkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (National Economic Action Council atau NEAC), yang terdahulu telah mengenengahkan sejumlah 51 dasar polisi. Baki 14 lagi dasar ini telah pun diserap ke dalam NKEA dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU, Senator Dato’ Sri Idris Jala berkata, “Sejumlah 500 peserta dari sektor awam dan swasta telah mengambil bahagian dalam enam makmal SRI yang telah diadakan selama enam minggu, dan mereka telah menjana program bagi SRI. Kita sekarang mempunyai 13 buah laporan setebal 1,300 muka surat yang mengandungi cadangan terperinci termasuklah bagi perubahan-perubahan dasar yang berteraskan keutuhan kewangan serta ekonomi. Seperti juga ETP, kita akan memantau perlaksanaan SRI ini dengan rapi dan melaporkan setiap butiran kemajuannya kepada orang ramai. Perlaksanaan yang berkesan adalah penting. Seperti juga kemajuan yang telah dicapai di dalam ETP selang enam bulan yang lepas, saya yakin kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta ini akan membolehkan kita memperbaharui setiap bidang yang dilakar. Semasa Laporan Kemajuan ETP, Idris juga berkata “Sehingga kini, kemajuan ETP secara keseluruhannya amat memberangsangkan. 65 Projek Permulaan atau EPP bernilai RM170 juta telah diumumkan.” Sejumlah 82% daya usaha EPP ini telahpun bermula operasi, sementara yang 18% lagi dalam pelbagai peringkat permulaan. n

ILHAM OLEH: SYED KAHAR

15 Tip Penjimatan

PETROL DAN DIESEL

DENGAN HARGA MINYAK YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK, NAK TUNGGU TURUN HARGA TAK TAHU BILA AGAKNYA.

SETIAP KALI HARGA MINYAK NAIK, pelbelanjaan kita akan turut naik bersama. Oleh itu, kita harus tahu bagaimana untuk menjimatkan pelbelanjaan minyak anda. Tak kiralah anda menggunakan petrol ataupun diesel. Oleh itu, kami berkongsikan beberapa tip penjimatan petrol yang boleh kita ambil sebagai panduan.

n ga en al. d u ara ad gg kut j n i le ise meng yak d min k a i t a k u g unt r tan ere ret lori inyak mpu n k is ke a a k i a m k erv ket esen i berc n a ak sti k iny i di st tang babk da Pa ik. S m k i e a s s g m i i p i a n a i d dar ng ta i dal b diis me gisi k d

M

oo

Jangan pandu kereta anda lebih had yang telah ditetapkan, pandu kereta anda dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.

ke a In tika ti i ja s k ra ed an ng an pe dil g m En m ak en j an uk un in du an gg . ol u. eh

m a pa a ud er kla i ar iks h m k m a d aa e m iny an n m ak pe pen bua pe na ap t tro pi is l. s

k

Se

er te e l 4 he o men ta a ah pe nd ,o ca nd

Rama i yan g enjin tidak am . Pem b eriks il peduli m aan e enge njin nai sema sa ke adalah pe pemeriks aan sema nting sa. dari Janga n mem kende brek a r berleb aan anda s tau membe ec rh ihan m engak ara menge entikan api hil ibatkan te jut. Brek n pengg ang melalu aga bahan i esera n tena ga. Mem buat isian miny sem ak miny apabila t ula ak tid akat ak darip ada s kurang ep tangk i kend aruh eraan .

an a ng aw Ja b an a em ng m ra alu an t n ba terl ker ra na at e ak b ba gk ak , ny ila be in iny itu a ba ab ah en m h jik n ap mb n m an Ole tau lata an di a . k a rt ka un ah g a era lu ng be jin a gg mb san g p iper ara n b en pe rta a an d n be em as ak tan da an n m n p g tid ku ng. g a ak ka ng an an bu ak ja n y eng um el h le ha t p s b bo ba ala ata m ta erti p se

ELAKKAN MELALUI KESESAKAN JALAN RAYA DENGAN MEMBUAT PERANCANGAN PERJALANAN TERLEBIH DAHULU.

ikut meng aan sa dan un yar bia reta. Pengg r rim ta Pakai aian jenis keg lebih besa n u n keses im tayar ya an bebana r . ebabk meny epada enjin k

1o%

ahui enget tidak m enutup m i yang Rama a dengan etika bahaw ap kereta k an tingk ndu, ia ak k mema tkan minya ma menji a sehingga and

a g n n n iny oses kka yan me ora Ela dang k kot inyak aran m asa pr se ngela n m gelu sem a me deng n pen kuat ebut. ana i yang ters k e t lor isi ng a me cuac n ka ada k a u El ak p ata i. gg as ny mi pan u tin h rsu be

Kur an ing gkan in t uj perj bas ui itu alana n d ika l. B ekat, jarak uka apa dek nk e b salah at. Jik Pa a at gus nya ya stik unt jalan empa an ng u t a b k kk un etul nda esi aki a yang a t hat tau nd me uk k . Pen men an e g g ng and kayuh a ak lajua guna guna a ! iba n ka a leb tkan yang n gea n ge ar r ih 4 tin an 5% da k ggi renda Pas ak eh mi h a tika i ny ak lang n n ber an . ada tekan yan pada an ta y ter g betu pada ar an lalu da l. J uku ter bany anga ran lalu n ak sed atau ikit .

Ogos 2011 REZEKI

47

ILHAM

7 IDEA

perniagaan sampingan

DI MANAKAH HARUS KITA MULAKAN? Apakah yang akan kita jual? Persoalan-persoalan ini sering bermain di kotak fikiran mereka yang inginkan jawapan. Sebelum itu, kita harus tahu niat kita, kenapa kita ingin menambahkan rezeki. Anda jangan sesekali melakukan sesuatu berdasarkan niat yang tidak baik. Anda harus yakin, mengapa anda ingin lakukan sesuatu. Matlamat hidup harus ditetapkan – pada zaman yang serba bergerak pantas ini, ramai yang mudah berubah pendiriannya dalam mengendalikan matlamat hidupnya, terutama apabila dilanda pelbagai masalah. Tidak ada kejayaan tanpa ujian dan itulah nikmat bagi kejayaan apabila kita berjaya. Saya agak tertarik dengan tip yang ketiga ini, iaitu pedulikan apa orang lain nak kata – Untuk apa kita terpengaruh dengan pandangan orang lain kerana mereka tidak berhak menentukan kejayaan kita sebaliknya kita yang mencorakkan setiap perjalanan hidup kita. Kita harus tahu bagaimana cara untuk menambahkan rezeki dan pendapatan anda. Berikut merupakan 7 idea bagaimana untuk menambahkan rezeki anda. 48

REZEKI Ogos 2011

GAMBAR: SXC.HU & ISTOCKPHOTO.COM

BAGAIMANAKAH CARA KITA UNTUK MENCARI REZEKI TERSEBUT SUPAYA KITA DAPAT MENAIKKAN TARAF HIDUP KITA? ADAKAH DENGAN CARA BERNIAGA? JIKA BETUL, BAGAIMANAKAH CARANYA?

Hobi/bakat sebagai Pendapatan Sampingan Jika anda seorang yang suka mengumpul barangan antik sebagai hobi. Daripada tersimpan di dalam bilik stor, apa salahnya anda jadikan barangan antik anda itu untuk menjana pendapatan anda. Sama juga dengan mereka yang suka mengubah bunga sebagai hobi. Anda mungkin boleh memikirkan untuk menjadikannya sebagai pekerjaan kedua anda. Kini, tidak sukar untuk memasarkan bakat dan kebolehan anda. Seperti kebanyakan orang berkata, semua di hujung jari anda. Ya, gunakan Internet. Itulah cara yang paling mudah untuk memasarkan bakat dan produk anda.

Berniaga Sekiranya kekangan masa yang menjadi penghalang untuk kita untuk mula berniaga, apa kata kita mulakan secara kecil-kecilan atau sambilan melalui dalam talian sahaja. Kini, banyak cara untuk berniaga antaranya melalui Internet, seperti mudah.my atau melalui blog. Banyak contoh usahawan yang berjaya memasarkan barangan atau produk mereka melalui Internet tanpa membuka kedai. Ini semua adalah sikap ingin memajukan diri. Jika kita yakin dengan apa yang kita lakukan, tidak mustahil perniagaan anda akan berkembang maju.

tersebut. Anda boleh mendapat duit royalti ataupun dibayar secara lumsum.

Kelas Tambahan Anda boleh memberi kelas tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran dengan rumah anda. Kenakan bayaran RM30 untuk satu mata pelajaran. Jika anda mendapat 10 orang pelajar. Setiap bulan anda akan mendapat RM300. Sudah lepas bil air dan elektrik rumah anda.

atau bayi. Kita lihat di negara-negara Barat, ramai pelajar sekolah yang mengambil upah untuk menjadi baby sitter. Ambil upah untuk menjaga kanak-kanak atau bayi dalam masa sejam atau 2, 3 jam pada sebelah malam atau hujung minggu. Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-handai anda yang mempunyai masalah untuk menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak, jika mereka ada jamuan makan malam, kenduri kahwin atau balik lambat dari kerja. Kenakan bayaran mengikut jam dalam RM10 ke RM15 terpulang pada jumlah kanak-kanak yang harus dijaga.

“Tanamkan semangat ingin ma ju dan yang penting jangan cepat putus asa. Sekali gagal tidak bermakna kita gagal buat selama-lamanya.�

Menjahit atau Membuat Kuih Memaksimumkan bakat menjahit atau membuat kuih anda. Anda boleh mulakan dengan kawasan sekitar tempat anda tinggal atau kampung-kampung yang terdekat. Bertanya kepada saudara-mara atau jiranjiran atau kawan sekerja, jika mereka ingin menempah kuih, kek atau baju daripada anda. Atau anda juga boleh membuka kelas jahitan atau memasak dengan kadar RM25 sejam.

Menulis Jika anda mempunyai bakat dan minat dalam bidang penulisan, tidak salah untuk ada menulis atau menghasilkan sebuah novel. Hantarkan kepada beberapa syarikat penerbitan untuk disemak dan pastikan syarikat itu menerbitkan novel. Jika mereka berminat dengan hasil penulisan anda, kemungkinan mereka akan terbitkan karya

Sewakan Bilik Rumah yang Kosong Memandangkan anda tinggal berseorangn di rumah. Ada dua bilik kosong. Tak salah jika anda sewakan satu bilik. Mungkin satu bilik lagi untuk tetamu atau kawan-kawan anda. Jika sewakan RM400 sebulan, ini secara tidak langsung boleh menjimatkan dan sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan bulanan anda. Boleh juga jadi teman anda.

Pengasuh Bayi Ini sesuai bagi mereka yang sukakan kanak-kanak

Ini semua adalah sikap ingin memajukan diri. Jika kita yakin dengan apa yang kita lakukan, tidak mustahil perniagaan anda akan berkembang maju. Oleh itu, tanamkan semangat ingin maju dan yang penting jangan cepat putus asa. Sekali gagal tidak bermakna kita gagal buat selama-lamanya. Sekiranya kita memahami hakikat rezeki dalam kehidupan, kita tidak akan terheret ke dalam kehinaan, seperti tunduk kepada manusia yang lemah dan berputus asa dalam kehidupan. Dengan memahaminya kegelisahan hati terhadapnya akan lenyap sehingga tangan kita pun tidak akan menghampiri kepada rezeki yang haram, Insya-Allah. Carilah rezeki yang halal agar mendapat keberkatan dalam kehidupan. n

Ogos 2011 REZEKI

49

Pasaran

Gayahidup

Trend

www.halaljoUrnal.com

M a ja l a h u n t u k p e n g a l a M a n h a l a l s e jag at Ketahui keadaan semasa dengan The Halal Journal The Halal Journal adalah satu-satunya majalah yang tertumpu kepada hal-hal berkaitan Halal seperti makanan, lojistik, pensijilan dan kewangan, hingga pelancongan, percutian dan hiburan di Asia dan seluruh dunia. Kesedaran sejagat mengenai produk dan perkhidmatan Halal yang semakin berkembang (lebih dari yang dijangkakan) bukan hanya di dunia Islam, malah kini telah menjadi suatu kebiasaan di seluruh dunia. The Halal Journal adalah sumber maklumat pasaran Halal anda! • Menyediakan liputan tentang pasaran Halal serta isu-isu yang berkaitan. • Menganalisa secara mendalam mengenai sektor-sektor utama dalam pasaran Halal. • Merupakan ruang pengiklanan perdana untuk penggerak dan penggoncang industri Halal. • Memberitakan tentang pameran perdagangan dan gaya hidup serta persidangan-persidangan Halal antarabangsa. • 4 isu padat maklumat setahun. Dapatkannya di pasaran!

Untuk mengiklan atau melanggan The Halal Journal, layari www.halaljournal.com atau hubungi kami di info@halaljournal.com.

The Halal Journal adalah terbitan suku tahunan yang dihasilkan dan diterbitkan oleh

K a s e h D i a s D n B h D M - 2 - 2 0 , P L A Z A D A M A S , 6 0 , J A L A N S R I H A R TA M A S 1 , S R I H A R TA M A S , 5 0 4 8 0 K U A L A L U M P U R , M A L AY S I A t +6 03 6203 1025 f +6 03 6203 4072 e info@kasehdia.com w w w w. k a s e h d i a . c o m Ogos 2011 REZEKI

THJ-ad2011-rezeki.indd 1

5

4/1/11 6:24:07 PM

ADVERTORIAL

ANUGERAH

PENCAPAI MALAYSIA 2011

52

REZEKI Ogos 2011

GAMBAR ISTOCKPHOTO.COM

PADA BULAN SEPTEMBER 2011, MALAYSIA AKAN MENYAKSIKAN PENGIKTIRAFAN DIBERIKAN KEPADA PARA INDIVIDU SERTA SYARIKAT MALAYSIA YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA, NAMUN MASIH TIDAK DIKENALI.

OLEH: AEDIY

SUDAH TIBA MASANYA, usaha-usaha untuk memberi penghargaan dilakukan kepada para pencapai terbaik Malaysia ini. Sidang Kemuncak & Anugerah Pencapaian Malaysia 2011 atau MACA adalah sebuah acara khas yang dianjurkan untuk meneruskan kesinambungan dan menyemarakkan semangat Malaysia Boleh, di mana ia merangkumi dua acara khas, iaitu sebuah Persidangan dan Majlis Anugerah. Malaysia Achievement akan menjadi penggerak bagi mengenal pasti pencapai-pencapai kejayaan negara ini, untuk dihimpunkan di dalam sebuah acara khas. Pada Persidangan Pencapaian Malaysia, para penceramah adalah terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran, dihimpunkan untuk berkongsi pengalaman, tip kejayaan , teknik serta memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia. Anugerah Pencapaian Malaysia pula dianjurkan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan syarikat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Majlis Anugerah akan menyaksikan 13 anugerah yang akan dianugerahkan kepada 13 pencapai terbaik negara daripada pelbagai bidang serta industri di dalam sebuah majlis anugerah khas. Para penerima Anugerah Pencapaian Malaysia terdiri daripada syarikat dan individu yang telah mengecapi kejayaan untuk tahun 2010. Sidang Kemuncak Pencapaian Malaysia pula akan dianjurkan pada 28 September 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Manakala Anugerah Pencapaian Malaysia 2011 pula akan dianjurkan pada 29 September 2011 di Pusat Persidangan Sime Darby.

MALAYSIA ACHIEVEMENT Malaysia Achievement adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan sebagai badan khas untuk membantu membangunkan dan memberi inspirasi kepada masyarakat dan organisasi di Malaysia untuk menjadi pencapai terulung di dalam dan di luar negara. Malaysia Achievement juga akan menjadi badan perantara antara kerajaan dengan individu atau syarikat yang memerlukan bantuan dalam bentuk sokongan, tunjuk ajar dan juga bentuk kewangan wuntuk mencapai visi mereka menjadi pencapai dunia. Misi utama Malaysia Achievement adalah

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sedang menandatangani.

Majlis perasmian Anugerah Pencapaian Malaysia 2011.

“MACA ADALAH SEBUAH ACARA KHAS YANG DIANJURKAN UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN DAN MENYEMARAKKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH.� untuk menjadi badan yang berdedikasi dalam memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi pencapai terbilang, manakala sesiapa yang tidak mendapat peluang untuk menerima perhatian yang sewajarnya akan terus maju ke hadapan dalam mencapai kejayaan sendiri dan mendapatkan status pencapai nasional dan akhirnya mendapat tempat antara pencapai terbaik di peringkat dunia. Adalah menjadi visi Malaysia Achievement untuk menjadikan Malaysia sebagai antara pencapai ternama di mata dunia. Pelbagai aktiviti dan program akan diadakan untuk mencapai visi dan misi Majlis Malaysia Achievement seperti seminar dan persidangan, klinik motivasi, nasihat, panduan dan khidmat runding cara, majlis anugerah dan pelbagai lagi. Badan ini juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti wirawan dan wirawati yang telah mendapat anugerah di peringkat dunia, tetapi masih lagi belum mendapat

sebarang pengiktirafan di dalam Malaysia. Ini secara tidak langsung akan mempromosikan konsep 1Malaysia dalam menyatukan masyarakat, menanamkan semangat patriotik dan semangat kebangsaan di dalam masyarakat Malaysia; memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada masyarakat Malaysia sama ada individu atau syarikat yang bakal menaikkan nama dan imej negara Malaysia di peringkat dunia; menggalakkan masyarakat Malaysia, individu atau syarikat untuk membina jati diri dan kesungguhan mereka dalam mencapai matlamat sebagai pencapai terbilang. n Ogos 2011 REZEKI

53

SECANGKIR KOPI

ยบ 54

REZEKI Ogos 2011

GAMBAR ISTOCKPHOTO.COM

Wanita j usah a

ยบ

ah awan jadi tersohor!

ยบ

WANITA ADALAH HIASAN DUNIA YANG PADA MASA YANG SAMA ADALAH PELENGKAP BAGI KEHIDUPAN LELAKI. TETAPI DALAM DUNIA GLOBALISASI INI, WANITA JUGA MUNGKIN MENJADI PESAING KEPADA KAUM LELAKI!

I ? e k h b o le

h

al ini berikutan kepada peningkatan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan ataupun keusahawanan. Lihat sahaja nama-nama yang terkenal seperti Oprah Winfrey, Estee Lauder, Martha Stewart dan juga Debbie Fields. Wanita-wanita ini telah pun berjaya dalam bidang masing-masing. Di Malaysia, penglibatan wanita dalam bidang perniagaan juga tidak kurang hebatnya. Ramai wanita di Malaysia yang sudahpun bergelar jutawan hasil perniagaan yang mereka jalankan. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan seperti barangan kosmetik dan memiliki butik pakaian sendiri. Ada juga yang mengutip rezeki hasil daripada perniagaan restoran ataupun memiliki klinik persendirian. Jadi, pernahkah anda terfikir bagaimana seorang ibu yang sibuk dengan kerja-kerja rumah di samping tugasnya mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya? Apakah sifat-sifat atau karekter yang perlu ada pada seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan tanpa mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak?

ยบ

Ogos 2011 REZEKI

55

SECANGKIR KOPI

»

SEJAK BEBERAPA DEKAD YANG LALU, RAMAI WANITA YANG TELAH BERJAYA MENERUSKAN PENGAJIAN YANG LEBIH TINGGI DAN KINI KITA DAPAT LIHAT LEBIH RAMAI WANITA YANG BERADA DI MENARA GADING BERBANDING DENGAN LELAKI.

5

Sifat untuk Menjadi Usahawan Wanita yang Berjaya

Percaya kepada Diri Sendiri º Ciri utama dan mungkin paling penting yang patut dimiliki oleh seorang usahawan wanita ialah percaya kepada diri sendiri. Bacalah kisahkisah mereka yang telah berjaya terpapar di dada akhbar atau majalah ataupun dengarlah ucapan mereka. Anda pasti akan mendapati bahawa mereka mempunyai keyakinan yang sangat tinggi bahawa memang ditakdirkan untuk menjadi individu yang hebat. Mereka percaya kepada diri mereka sendiri. Bagi mereka, apa yang orang lain katakan kepada mereka tidak penting. Walaupun sering diperlekehkan keupayaan mereka kerana tidak setanding dengan lelaki, mereka tetap mengambilnya sebagai satu cabaran dan membuktikan kepada orang lain bahawa wanita juga mampu menjadi usahawan yang berjaya. Apabila mempunyai masalah, mereka tidak meminta bantuan daripada orang lain. Sebaliknya, mereka percaya bantuan itu perlu datang daripada diri mereka sendiri dan kepercayaan itulah yang menjadi penggerak bagi mereka ke arah kejayaan.

G h «

Perlu Mempunyai Keghairahan dalam Apa yang º Anda Lakukan

Terdapat satu perkara yang akan mendorong usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan ianya adalah keghairahan. Mereka perlu mempunyai keghairahan yang sangat tinggi dalam apa yang mereka sedang lakukan. Seperti contoh, Debbi Fields membina perniagaan daripada keghairahannya membuat kek, Rachael Ray membina perniagaan atas rasa cintanya terhadap bidang masakan, manakala Oprah Winfrey menjadi wanita kulit hitam pertama yang paling kaya atas keghairahan dan kehebatannya bercakap didepan umum. Jadi, jika anda mempunyai keghairahan terhadap sesuatu bidang, percaya kepadanya dan lakukanlah apa sahaja untuk menjadi yang terbaik dalam bidang itu.

ADALAH HIASAN DUNIA YANG PADA MASA YANG »SAMAWANITA ADALAH PELENGKAP BAGI KEHIDUPAN LELAKI. TETAPI DALAM DUNIA GLOBALISASI INI, WANITA JUGA MUNGKIN MENJADI PESAING KEPADA KAUM LELAKI!

«

º

56

REZEKI Ogos 2011

H Usahawan Lelaki LAWAN Usahawan Wanita

º Keusahawanan merupakan suatu kitaran yang berlaku sepanjang hidup anda. Rendah Diri dan Mahu Belajar

Anda mungkin menjadi pemangkin kepada inovasi masa kini, tetapi tanpa pembelajaran yang berterusan, anda tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dan kesannya, perniagaan anda tidak dapat bergerak selari dengan arus pembangunan. Untuk tetap berada dijalur dan menyesuaikan diri dengan trend semasa, usahawan wanita perlu terus belajar dan belajar. Caranya begitu mudah. Bacalah majalah atau buku yang banyak menunjukkan trend semasa dan mereka perlulah memikirkan cara bagaimana mengaitkannya dengan perniagaan yang mereka jalankan. Contohnya, bagi usahawan wanita di Malaysia yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai fesyen tudung, mereka perlulah up to date dengan trend tudung masa kini supaya perniagaan mereka akan terus maju ke hadapan. Jika tiada sifat rendah diri dan mahu belajar, seseorang usahawan itu tidak akan berjaya kerana idea mereka sangat terbatas untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Timbul persoalan, apakah usahawan lelaki jauh lebih baik daripada usahawan wanita? Dalam erti kata lain, seorang usahawan wanita tidak setanding dengan lelaki hanya kerana status mereka sebagai ‘kaum hawa’. Suatu ketika dahulu, golongan wanita memang agak terkebelakang kerana mereka tidak digalakkan keluar rumah apatah lagi memiliki dan menguruskan perniagaan sendiri. Namun hakikatnya, sejak beberapa dekad yang lalu, ramai wanita yang telah berjaya meneruskan pengajian yang lebih tinggi dan kini

G h USAHAWAN WANITA BANYAK PENGORBANAN PERLU » DILAKUKAN, PELBAGAI HALANGAN PERLU DITEMPUH SERTA HARUSLAH BERSEDIA MENGHADAPI PELBAGAI JENIS RISIKO. «

Perlu Sabar Menangani Kritikan! º Dari Oprah Winfrey ke Martha Stewart ke Rachael Ray, mereka semua

pernah dikritik hebat. Jika anda seorang individu yang mudah mendengar pendapat negatif orang lain sebelum mengambil tindakan, maka kejayaan anda amatlah terhad. Ramai wanita di Malaysia yang cepat mengaku kalah setelah menerima pelbagai kritikan daripada orang lain. Hanya segelintir daripada mereka yang sabar dan menjadikan kecaman-kecaman daripada orang lain sebagai platform untuk mereka lebih berjaya dalam perniagaan. Memang diakui wanita sifatnya lemah lembut dan lebih beremosi berbanding dengan lelaki. Tetapi apabila anda telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan, anda perlu bersikap profesional dan meninggalkan segala kritikan daripada orang lain itu di belakang dan tidak terbawa-bawa dalam perniagaan anda.

Keluar dari Zon Selesa º Adakah Oprah satu-satunya hos wanita untuk temubual bicara? Sudah

tentu jawapannya tidak. Jadi, bagaimanakah dia muncul antara wanita terkaya di dunia? Ini kerana dia pergi lebih jauh daripada orang lain. Apa yang dimaksudkan di sini adalah dia telah berusaha keluar daripada apa yang kebiasaannya dilakukan dan berani mencuba sesuatu yang baru. Sikap ini perlu ada bagi setiap usahawan yang ingin berjaya termasuklah wanita kerana anda tidak akan mendapat kejayaan yang luar biasa jika tidak mencuba sesuatu yang luar biasa. Apabila anda mencuba sesuatu yang baru, anda akan menemui banyak perkara baru yang mungkin berguna untuk perniagaan anda. Sebaliknya, jika anda terus berada di zon selesa, idea anda akan terbatas dan sukar untuk anda mencipta idea-idea yang baru dan menarik. n

kita dapat lihat lebih ramai wanita yang berada di menara gading berbanding dengan lelaki. Jadi, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan ramai usahawan wanita yang berpendidikan tinggi serta setanding dengan usahawan lelaki. Dengan ini, barulah taraf wanita akan dipandang tinggi serta boleh dijadikan role model untuk generasi yang akan datang. Oleh itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya khususnya golongan wanita, banyak pengorbanan perlu dilakukan, pelbagai halangan perlu ditempuh serta haruslah bersedia menghadapi pelbagai jenis risiko. Tanamkan semangat dalam diri anda sekarang dan bersedia untuk membuktikan kepada dunia bahawa walaupun wanita terkenal dengan kelembutan dan sopan-santun, anda mampu memahat nama dalam dunia perniagaan yang dipelopori oleh golongan lelaki.

º

Ogos 2011 REZEKI

57

SECANGKIR KOPI

REZEKI YANG DIBERKATI PERKATAAN REZEKI YANG BERASAL DARI ARAB MEMBAWA MAKSUD NAFKAH, PENDAPATAN, KEUNTUNGAN DAN BONUS.

KEHENDAK DAN KEMAHUAN MANUSIA setiap hari akan bertambah dan tidak akan pernah berkurangan. Jika kita hanya masih berada di takuk lama, kita tidak akan mencapai apa yang kita inginkan. Kita harus bangkit dari kerusi malas itu untuk mencari sinar baru, mencari rezeki yang lebih dan mencari kehidupan yang lebih sempurna supaya berubah daripada hidup melarat ke kereta Audi. Bagi meneruskan kehidupan, manusia akan berusaha untuk mendapatkannya, tidak kira dengan cara halal ataupun haram. Ramai yang memahami bahawa rezeki hanya terbatas kepada harta sahaja sehingga sesiapa yang tidak memiliki harta bererti dia tidak memiliki rezeki. Ini tidak benar kerana rohani, keluarga yang penyayang, anak-anak serta oksigen yang Tuhan anugerahkan untuk kita bernafas termasuk dalam kategori rezeki. 58

REZEKI Ogos 2011

Apakah definisi rezeki dan rezeki yang diberkati menurut pandangan Islam? Terlebih dahulu mari kita lihat apakah yang didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan rezeki yang berasal dari Arab ini membawa maksud nafkah, mata pencarian, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran dan hasil. Dari segi bahasa, rezeki bermaksud ar-rizq atau al-’atha’, iaitu pemberian. Manakala, dari segi istilah

merupakan sesuatu yang diberikan oleh Allah kepada semua makhluknya, tidak kira halal ataupun haram. Manakala dari segi maksud rezeki berkat pula, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, tetapi ia sesuatu yang baik dan cara ia diperoleh juga baik. Merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” Melihat pada maksud surah di atas, sudah terang lagi bersuluh, di mana Allah menyuruh kita supaya mendapatkan rezeki yang berkat. Kita diperintahkan supaya bukan hanya setakat memakan atau memiliki rezeki yang halal, malahan rezeki yang baik harus menjadi keutamaan. Sebagai contoh, sesuatu

OLEH: KAMAL ISMAIL

makanan yang halal belum tentu baik kerana ia menjejaskan kesihatan kita sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak, seperti daging merah, benda yang manis ataupun makanan yang telah luput tarikhnya. Sebagai manusia yang sukup sifat yang telah dikurniakan oleh Tuhan, kita seharusnya menanamkan niat yang baik di dalam diri kita. Sama juga seperti mencari rezeki. Mencari rezeki juga memerlukan tujuan yang baik, bukan tujuan untuk mencari kekayaan sematamata dan menjadi riak dan takbur dengan kekayaan yang kita ada ataupun mencari rezeki bertujuan membantu orang kafir, membunuh orang Islam dan pelbagai lagi. Kita juga harus melihat apakah kepentingan rezeki di dalam Islam? Menurut ayat al-Ankabut ayat 17 bermaksud “Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu, maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepadaNya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.� Terdapat beberapa aspek atau perkara yang ingin disampaikan di dalam ayat di atas. Umat Islam harus tahu bersyukur. Rasa kesyukuran ini bukan hanya untuk dirinya sendiri, malahan untuk orang lain juga. Contohnya, dengan bersyukur itu akan lahir rasa tanggungjawab berzakat, bersedekah, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan banyak amalan baik boleh dilakukan. Seterusnya menjamin kekuatan ekonomi umat Islam, terutama dalam aspek berzakat. Apabila umat Islam berlumba-lumba membersihkan dan menyuburkan rezeki, maka akan wujud individu yang kuat iman kerana ia bukan sahaja mencari rezeki untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga seterusnya agama, ummah dan negara. Ayat di atas juga turut menyatakan bahawa rezeki itu mestilah dicari atau kita berusaha memperolehnya kerana rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Kita tidak hanya boleh duduk diam di atas kerusi malas sambil menggoyangkan kaki. Janganlah

KEHENDAK DAN KEMAHUAN MANUSIA SETIAP HARI AKAN BERTAMBAH DAN TIDAK AKAN PERNAH BERKURANGAN. JIKA KITA HANYA MASIH BERADA DI TAKUK LAMA, KITA TIDAK AKAN MENCAPAI APA YANG KITA INGINKAN.

hendak menjadi seperti Mat Jenin. Sampai dunia kiamat sekalipun, duit tak akan jatuh dari langit melainkan ada orang jatuhkannya dari langit. Kita dianugerahkan oleh Tuhan dengan cukup sifat harus bangun dan mencari jalan serta idea bagaimana hendak mencari rezeki, yang penting halal. Kita lihat pada zaman Umar al-Khattab, apabila ada di kalangan umat Islam yang hanya duduk berzikir dan bersembahyang di masjid, mereka dihalau oleh Umar dan menyuruh mereka keluar bekerja mencari rezeki. Ini jelas membuktikan bahawa konteks rezeki di dalam Islam itu sendiri mengajar umat Islam supaya berusaha. Kita dianugerahkan oleh Tuhan dengan cukup sifat harus bangun dan mencari jalan serta idea bagaimana hendak mencari rezeki, yang penting halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Ayat ini juga menekankan bahawa Allah menyuruh kita beribadat, dan dengan rezeki itu kita dapat beribadat dengan sempurna. Bagaimana kita hendak beribadat, kalau kita tidak mempunyai wang untuk membeli baju, kain kecuali di dalam keadaan darurat. Kesimpulannya dalam hal rezeki berkat ialah memastikan kehalalannya dan jalan mendapatkannya juga mestilah halal. Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun. Contohnya, kerjaya kerani, ia satu pekerjaan yang mulia dan halal, tetapi sekiranya disalahgunakan, ia bertukar kepada haram. Sebagai contoh, kita harus bekerja sehari selama lapan hingga sembilan jam, tetapi kita hanya bekerja empat hingga lima jam sahaja, di mana selebihnya sibuk bersembang atau mengumpat dengan kawan sekerja yang lain. Itu menjadi haram walaupun pada zahirnya, kelihatan halal. Begitu juga dengan mereka yang bekerja dengan syarikat bukan Islam. Bekerja dengan majikan bukan Islam tidak salah, malah kerja tersebut adalah halal kecuali pekerjaan tersebut melibatkan kerja-kerja maksiat, penipuan, riba, melalaikan sembahyang, mencuri. Sudah tentu ia bertukar menjadi haram. Pekerjaan apa sekalipun, sifat amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, ikhlas dan seterusnya jujur, barulah datangnya keberkatan rezeki yang diperoleh. n Ogos 2011 REZEKI

59

SEKILAS IKAN

Bagi usahawan dan perniagaan STATISTIK MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMPENGARUHI STRATEGI PERNIAGAAN. SETERUSNYA MELALUI NOMBOR, SEORANG USAHAWAN BOLEH JUGA MENEMUI PELBAGAI PELUANG PENIAGAAN. OLEH ITU, BERIKUT ADALAH ANTARA STATISTIK MENARIK YANG MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA.ADALAH ANTARA STATISTIK MENARIK YANG MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA.

Hasil kaji selidik yang dijalankan dari 1 November hingga 29 Disember 2011, menunjukkan bahawa pasar mini paling pantas berkembang dari segi pembukaan premis baru dengan bilangan meningkat sebanyak

63%

PENINGKATAN HAMPIR

10 Peratus berikutan usaha SSM menjalin kerjasama dengan Telekom Malaysia dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang perniagaan.

iaitu 408 premis berbanding dengan 250 premis pada tahun 2009.

Pelaburan bernilai

(RM15.6 BILLION)

Petronas kini menjadi peneraju pengeluar minya dan gas di Turk menistan. 6

REZEKI Ogos 2011

Malaysia mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan di UK dengan lebih

13,500

pelajar menuntut di negara tersebut.

HATI KE HATI

PERKHIDMATAN

PELANGGAN ADALAH KUNCI SEBUT SAHAJA KHIDMAT PELANGGAN DAN SETIAP ORANG MEMPUNYAI PENGALAMAN BURUK UNTUK DIKONGSI BERSAMA. 60

REZEKI Ogos 2011

OLEH: RADHA VENGADASALAM

S

AYA PASTI RAMAI yang akan bercerita tentang orang lain, tidak melampau sekiranya saya mengatakan, kebanyakan kita beranggapan khidmat pelanggan adalah releven untuk bank dan pejabat awam atau kerajaan sahaja. Lakukan kepada orang lain apa yang anda mahu dilakukan kepada diri anda atau jangan lakukan terhadap orang lain apa yang anda tidak ingin berlaku kepada diri sendiri.

Walau apa perniagaan sekalipun, inti pada masalah adalah perniagaan anda bergantung kepada pelanggan dan kita perlu meletakkan pelanggan di puncak kerana itulah sumber rezeki kita. Kita semua mengeluh tentang perkhidmatan buruk di pejabat awam atau kerajaan, namun apakah ini bermakna sektor swasta kita bersih dan kita mendapat layanan yang baik? Bahkan, disebabkan tekanan pembayar cukai dan realisasi sendiri kerajaan, perkhidmatan awam telah berusaha meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kemajuan luar biasa dapat dilihat dalam sesetengah organisasi. Amatlah menyakitkan hati sekiranya seseorang itu diperkotak-katikkan setelah membayar nilai yang mahal untuk sesuatu perkhidmatan atau produk. Kebelakangan ini, banyak kes yang melibatkan kontraktor, pembekal perkhidmatan dan syarikat-syarikat yang tidak mesra pelanggan melibatkan entiti entiti yang tidak mesra pelanggan. Ramai pelopor perniagaan melupakan kewujudan mereka adalah semata-mata untuk melayani pelanggan, mereka terpesong dari landasan yang betul oleh kedudukan monopoli mereka dan kerana kurangnya pesaing lain. Hal ini sukar untuk diperangi Ogos 2011 REZEKI

61

HATI KE HATI: PERKHIDMATAN PELANGGAN ADALAH KUNCI

“LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN APA YANG ANDA MAHU DILAKUKAN KEPADA DIRI ANDA ATAU JANGAN LAKUKAN TERHADAP ORANG LAIN APA YANG ANDA TIDAK INGIN BERLAKU KEPADA DIRI SENDIRI.�

dan diatasi kerana satu-satunya penyelesaian adalah mereka sendiri menyedari kekurangan mereka atau satu sistem timbangtara untuk menjaga kepentingan umum seperti amalan di negara-negara maju. Proses dan falsafah sepatutnya adalah utamakan pelanggan. Dasar dan prosedur dalaman sepatutnya perlu meletakkan pelanggan di atas bukannya ketua pengerusi atau CEO syarikat. Dalam organisasi saya, kita menekankan prinsip e-mel daripada pelanggan sedia ada ataupun pelanggan yang berpotensi harus dilayan pada hari yang sama e-mel tersebut diterima biar sekalipun jawapan mungkin tiada untuk persoalan mereka. Apa yang penting, kita seharusnya menjawab atau membalas e-mel mereka terlebih dahulu. Jika perlu akuilah kesalahan dan segera tebus kesalahan kepada pelanggan anda. Jangan biarkan ego berleluasa dalam minda anda. Lazimnya, ucapan maaf memadai untuk melegakan rasa tidak puas hati pelanggan anda. Mengikut undang-undang, mungkin anda tidak wajib untuk membuat pembayaran, tetapi sekiranya perlu, tidak salah sekiranya anda berbuat demikian. Cara ini mungkin lebih berharga daripada anda mengiklankan dalam CNN. Pelanggan akan ingat selalu. Jangan sengaja cari pasal dengan isu-isu kecil. Membuat pengembalian wang adalah lebih mudah. Jangan pula terikut dengan syarikatsyarikat yang begitu bersistem kerana ia mengambil masa selama dua bulan untuk pengembalian dana. Mengapa? Perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan anda sahaja, ia berlanjutan 62

REZEKI Ogos 2011

kepada para pembekal anda juga. Pastikan anda membayar mereka tepat pada masanya, seperti mana anda ingin pelanggan membayar waktu yang ditetapkan begitu juga halnya dengan para pembekal. Jika ada perbezaan pendapat dengan pelanggan atau pembekal, cuba untuk selesaikan secara terus, jangan tunggu hingga saat akhir. Apa yang paling mustahak adalah jangan sesekali mengabaikan perkhidmatan kepada mereka yang telah anda terima bayaran. Kita semua tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan pelanggan baru, jadi pastikan anda menjaga hati pelanggan sedia ada anda. Percayalah, pelanggan akan mencari pembekal yang sama pada masa hadapan jika kita mesra pelanggan dan melayan mereka dengan baik sebelum ini. Fenomena Mark and Spencer yang sungguh berjaya disebabkan khidmat pelanggan mereka amat ketara. Hal yang sama boleh dikatakan untuk jenama lain yang telah.

MARI KITA KONGSI PENGALAMAN SEBAGAI GAMBARAN. Jika anda melawat cawangan HSBC atau pasar raya Giant, tempat meletak kereta paling depan dikhaskan untuk kegunaan pelanggan. Sekiranya anda pergi ke LCCT (terminal kos rendah), terdapat satu bahagian yang paling dekat dengan terminal dikhaskan kepada pekerja-pekerja mereka untuk meletakkan kenderaan dan kebiasaannya tempat ini selalu tidak penuh. Sedangkan, pelanggan mereka yang membuat bayaran terpaksa berkeliling mencari tempat letak kereta. Satu kawasan tambahan untuk letak kereta telah dibina jauh dari terminal, tetapi ruangan untuk kakitangan masih lagi kekal di tempat asal. Saya pernah menulis kepada mereka setahun yang lalu untuk meminta penjelasan, namun hingga ke saat ini masih tiada jawapan, ini boleh dikatakan sebagai salah satu kesilapan besar dalam khidmat pelanggan dan merupakan suatu kepincangan dalam perniagaan monopoli. Di KLIA pula, teksi tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan laluan berdekatan dengan pintu masuk ke balai berlepas, malahan mereka harus berebut dengan kenderaan lain dan menggunakan laluan terakhir, yang mana kini mirip suasana kekacauan seperti ketika ibu-bapa berhenti membuta tuli di depan pintu sekolah untuk mengambil anak-anak mereka pulang. Laluan utama sekarang dikhaskan kepada VIP-VIP dan kakitangan sahaja. Mereka telah lupa siapa yang sebenarnya mengeluarkan wang membayar bil dan mengapa wujud sesebuah lapangan terbang.

GAMBAR ISTOCKPHOTO.COM

“PENGUSAHA BAHARU YANG MEMULAKAN PERNIAGAAN SANGAT DISARANKAN UNTUK MEMBERI PENEKANAN TINGGI DAN UTAMA DALAM SOAL KHIDMAT PELANGGAN ATAU MENDERITA AKIBAT BURUK PADA SUATU HARI KELAK.�

Sejarah telah berkali-kali membuktikan bagaimana suatu organisasi yang dahulunya berlagak tinggi dan sombong dalam menjalankan urus niaga terhadap pelanggan tidak bertahan lama, namun ramai juga yang mempunyai daya ingatan yang singkat kerana masih tidak belajar dari kesilapan lalu. Mengambil contoh dari industri surat khabar tanah air kita, dahulunya kita mempunyai surat khabar A yang menjadi sumber maklumat dan menguasai dunia akhbar tempatan, merekalah ketua di bandar dan mempunyai ramai wartawan yang hebat bekerja untuk mereka dan pendapat mereka dimaklum oleh semua sertamenjadi rujukan setiap orang. Kini, akhbar A sudah menurun, pengedaran berkurangan dan sering kekurangan idea yang bernas. Kini, akhbar B pulak yang sudah menjadi jaguh kampung, menguasai dunia informasi dan maklumat. Slot pengiklanan ditempah berminggu-minggu sebelum tarikh pengeluaran dan sukar untuk mendapatkan slot kosong untuk iklan. Pasukan jualan hanya duduk goyang kaki, tidak perlu membalas panggilan pelanggan atau menjawab permintaan anda kerana mereka telah diperuntukkan kawasan jualan secara geografi dan setiap hari jumlah jualan mereka bagaikan durian runtuh. E-mel tidak berbalas dan hanya bersikap acuh tak acuh terhadap pelanggan yang menunggu jawapan daripada mereka. Mari kita lihat bagaimana syarikat ini akan berakhir dalam sejarah. Saya agak tidak berapa baik kesudahannya. Satu perkara yang saya paling benci adalah bagaimana syarikat penerbangan melayan penumpang kelas ekonomi seperti sesuatu yang menjijikkan, mereka tidak sedari penumpang kelas ekonomi inilah yang paling banyak menyumbangkan keuntungan, tanpa mereka syarikat penerbangan tidak dapat meneruskan penerbangan mereka. Bolehkah mereka menjual kesemua 600 kerusi dalam pesawat A380 sebagai kelas perniagaan

sahaja, sekiranya mereka boleh, mereka sudah pasti sudah melakukannya. Bagaimanakah tingkah laku pekerja terminal? Saya percaya kakitangan yang bekerja di darat menjadi sangat tertekan/iri hati melihat penumpang masuk keluar dan mereka mencuba sedaya upaya untuk membuat kita kesulitan dan tidak selesa tanpa menyedari bahawa tanpa pelancong, tidak akan ada lapangan terbang dan tiada pekerjaan untuk mereka. Kesudahannya, lapangan terbang akan dijadikan pasar raya dan pesawat akan dijadikan restoran di bulatan jalan raya serta pekerja menjadi pengulas bola sepak di kaca televisyen. Pengusaha baharu yang memulakan perniagaan sangat disarankan untuk memberi penekanan tinggi dan utama dalam soal khidmat pelanggan atau menderita akibat buruk pada suatu hari kelak. n Radha Vengadasalam merupakan akauntan yang bertauliah dengan kelayakan dan latihan dan sebagai Pengurus Besar di KasehDia Sdn. Bhd., sebuah syarikat komunikasi yang berprihatin terhadap penyebaran aplikasi dan nilai-nilai baik sejagat melalui rangkaian yang menawarkan Halal Journal, Halal Food Guides, Rezeki dan juga forum dan perundingan. Julai & Ogos 2011 REZEKI

63

CORAK HIDUP

12 Cergas Ramadan KEDATANGAN BULAN RAMADAN ADALAH YANG PALING DITUNGGU-TUNGGU OLEH UMAT ISLAM KERANA PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN KEMULIAAN.

64

REZEKI Ogos 2011

GAMBAR: WWW.123FR.COM

KAEDAH

OLEH: KAMAL ISMAIL

“SEMASA KITA BERBUKA ATAU BERSAHUR HENDAKLAH KITA MENGETAHUI JENIS MAKANAN YANG KITA AMBIL.�

RAMAI YANG MENUMPUKAN kepada aktiviti berbentuk keagamaan dan berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti luar. Kedatangan bulan Ramadan adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Ramai yang menumpukan kepada aktiviti berbentuk keagamaan dan berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti luar. Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, badan akan menjadi letih disebabkan kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca yang panas juga menjadi faktor penyumbang penyebab utama badan kita mengalami keletihan dan lesu. Berpuasa bukanlah merupakan alasan untuk kita menjadi malas dengan hanya duduk di rumah dan banyak menghabiskan masa dengan lepak di depan kaca TV atau tidur pada siang hari. Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan sebarang aktiviti berbentuk kecergasan.

Ramai yang bertanggapan bahawa pada bulan Ramadan inilah peluang mereka untuk menguruskan badan. Namun, dengan mengamalkan diet sahaja ia sebenarnya tidak membantu kita untuk terus kekal cergas pada bulan puasa ini. Semasa kita berbuka atau bersahur hendaklah kita mengetahui jenis makanan yang kita ambil. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Pasti anda akan tertanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti luar atau senamam, bukan? Waktu yang paling ideal untuk kita bersenam pada bulan puasa sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian masa individu itu sendiri. Namun, pada waktu petang sebelum berbuka puasa adalah masa yang paling sesuai. Ini kerana kekurangan cecair yang diperlukan akan dapat diganti semula sejurus selepas waktu berbuka puasa. Pada sebelah malam, kita juga boleh melakukan aktiviti senaman, iaitu selepas waktu berbuka puasa dan solat terawikh. Walau bagaimanapun, aktiviti yang dilakukan hendaklah bersesuaian dan tidak Ogos 2011 REZEKI

65

CORAK HIDUP: 12 KAEDAH CERGAS RAMADAN

“AMALKAN AKTIVITI SENAMAN SEKURANGKURANGNYA TIGA KALI SEMINGGU DAN 30 MINIT SETIAP SESI.�

mendatangkan kemudaratan kepada kita. Ini adalah kerana makanan yang diambil ketika berbuka tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Ia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita jika terus melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti latihan mengangkat beban. Walau apapun, sebelum melakukan apaapa aktiviti senaman dan bersukan, kita harus menilai keupayaan badan dan kemampuan diri kita. Ini adalah kerana setiap individu adalah berbeza tahap kesihatan dan keupayaan anggota tubuh badannya. Komposisi tubuh dan ketahanan badan mereka juga tidak sama dengan individu yang lain. Sebagai contoh, bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, asma dan sebagainya. Badan mereka ini begitu sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan yang lain jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh doktor. Jika mereka ingin juga melakukan sebarang aktiviti senaman pada bulan puasa 66

REZEKI Ogos 2011

adalah disarankan supaya mereka mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk mengelakkan sebarang implikasi buruk. Sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman, kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan selepas selesai bersenam. Amalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Kombinasi antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat yang secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meskipun sedang berpuasa.

DI SINI, TERDAPAT BEBERAPA TIP LAIN UNTUK MENGEKALKAN KECERDASAN PADA BULAN RAMADAN YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA: n MASA PALING SESUAI UNTUK BERSENAM Tidak kiralah bila anda selesa bersenam. Namun, petang atau beberapa jam sebelum berbuka adalah masa paling sesuai untuk bersenam secara ringkas. Kekurangan air dalam badan boleh diganti semula selepas waktu berbuka. n JENIS-JENIS SENAMAN Apabila bersenam, tidak perlulah kita bersenam sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Sebaliknya, mungkin anda boleh praktikkan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan berbasikal untuk mengekalkan stamina serta membantu proses membakar lemak dalam badan.

“BERPUASA BUKANLAH MERUPAKAN ALASAN UNTUK KITA MENJADI MALAS.” n CAT RUMAH Aktiviti ini paling ideal untuk dilakukan saat menjelang Aidilfitri. Keseronokan berganda apabila berjaya mengecat rumah mengikut kehendak hati. Lebih-lebih lagi aktiviti sebegitu boleh merangsang peluh dan otot menjadi lebih cergas. n AKTIVITI HARIAN Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau berkeupayaan untuk bersenam atau bersukan, supaya melakukan aktiviti fizikal harian seperti mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan berjalan sebagai alternatif untuk mereka cergas pada bulan puasa ini. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini, otot-otot di dalam badan akan dirangsang untuk lebih bertenaga dan menjadikan kita berasa sihat.

n MINUM BANYAK AIR KOSONG Kita digalakkan meminum sekurangkurangnya lapan gelas air kosong sehari. Walau bagaimanapun, pada bulan puasa kita akan kurang minum air kosong. Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis dalam kadar yang banyak, tidak kira selepas berbuka berpuasa atau selepas menunaikan terawikh atau bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas terawikh. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinggang.

n MAKANAN YANG DIAMBIL Apabila berbuka puasa, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Sebaik-baiknya, ketika berbuka puasa, makanlah kurma. Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks, maka badan perlu mengeluarkan tenaga yang banyak bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih. Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa.

“SEBELUM MELAKUKAN APA-APA AKTIVITI SENAMAN DAN BERSUKAN, KITA HARUS MENILAI KEUPAYAAN BADAN DAN KEMAMPUAN DIRI KITA.” n MEMASAK Inilah waktu sesuai untuk menguji kepakaran memasak. Bagi lelaki, tidak salah menggembirakan pasangan dengan mempamerkan bakat memasak. Bukan saja menambah aktiviti sepanjang hari, pujian kasih sayang turut dihulur orang tersayang. Dengan itu, kita dapat mengawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya.  Makanan yang dibeli di bazar Ramadan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. n AKTIVITI DI PEJABAT Ramai antara kita akan lesu jika berada di pejabat dari awal pagi hinggalah ke petang. Jangan leka bekerja sepanjang masa. Ambil peluang merenggangkan tangan dan kaki untuk mengelak daripada berasa lesu. Aktiviti merenggangkan diri boleh menyegarkan minda.

n MENGGELAK

RASA LAPAR Jadi, untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya adalah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur seperti nasi, roti jagung, out dan roti mil. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar. n Ogos 2011 REZEKI

67

CORAK HIDUP

PUASA PADA BULAN RAMADAN:

melalui

Perspektif Perubatan

PUASA MERUPAKAN SURUHAN SETIAP AGAMA. PIHAK GEREJA DARI AWAL, TURUT MENYARANKAN PUASA UNTUK MENDAPATKAN KETENANGAN ROHANI DAN KESIHATAN FIZIKAL. KLINIK-KLINIK DI EROPAH TELAH BERJAYA MENGGUNAKAN PUASA UNTUK DETOKSIFIKASI, PEMBERSIHAN DAN PENYEMBUHAN DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI JENIS PENGELUARAN MAKANAN.

| OLEH DR. S.M. BAKIR MD, MSC, PHD. |

Pihak gereja dari awal, turut menyarankan puasa untuk mendapatkan ketenangan rohani dan kesihatan fizikal. Klinik-klinik di Eropah telah berjaya menggunakan puasa untuk detoksifikasi, pembersihan dan penyembuhan dengan menggunakan pelbagai jenis pengeluaran makanan. Tubuh kita mengandungi sekitar 100 trilion sel dan terdapat lebih daripada 200 jenis sel. Cellular penurunan boleh disebabkan akumulasi produk yang berlebihan dan kebersihan alam sekitar dan percaya bahawa salah satu penyebab penyakit adalah disebabkan racun pada tahap sel kerana proses penuaan tidak sepadan dengan tahun dilahirkan dengan kesihatan sel. Gejala seperti sakit kepala, cirit-birit dan kemurungan terjadi ketika tubuh 68

REZEKI Ogos 2011

berhadapan dengan ketoksinan automatik. Semasa berpuasa, kandungan toksin yang dikeluarkan dari tubuh melalui urin meningkatkan sebanyak 10 kali ganda. Ramadan adalah bulan lunar kesembilan dan secara etimologi, maknanya di dalam bahasa Arab (‘Ramazan’ berasal dari perkataan Turki dan Parsi) adalah kepanasan yang amat sangat kerana perkataan berkenaan tercipta ketika musim panas. Keunikan puasa di dalam Islam adalah tidak boleh makan dan minum, merokok dan melakukan

hubungan seksual dari terbit fajar sehingga matahari terbenam. Sejajar dengan kewujudan tenaga suria, ini mungkin telah menarik penyelidik untuk mempelajari reaksi manusia terhadap cahaya dan kegelapan dengan melakukan kajian kepada tanaman. Kod etika yang ditekankan sepanjang bulan Ramadan seperti kejujuran, belas kasihan dan beramal, mengatur dan menggalakkan gaya hidup yang lebih seimbang dan komuniti sihat. Secara fizikal, kajian telah menunjukkan manfaat kesihatan puasa adalah seperti berikut:

1

SISTEM SARAF: ketenangan, kedamaian fikiran dan tahap neurotransmiter seperti asetilkolin meningkat selepas berpuasa. Harus diingatkan bahawa kekurangan asetilkolin akan menyebabkan penyakit Alzheimer

GAMBAR: ISTOCKPHOTO.COM

PUASA MERUPAKAN suruhan setiap agama.

SUMBER: THJ EDISI JUL-AUG 2010

2

“KOD ETIKA YANG DITEKANKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN SEPERTI KEJUJURAN, BELAS KASIHAN DAN BERAMAL, MENGATUR DAN MENGGALAKKAN GAYA HIDUP YANG LEBIH SEIMBANG DAN KOMUNITI SIHAT.”

SISTEM KARDIOVASKULAR: dilaporkan bahawa tekanan boleh menyebabkan strok, angin dan hipertensi. Ketenangan yang dialami ketika berpuasa adalah luar biasa kerana penurunan aktiviti simpatis berlebihan (sistem simpatik terlalu aktif ketika tekanan) dan juga mengurangkan denyutan jantung, menurunkan kemungkinan strok, angin dan hipertensi.

3

SISTEM PENCERNAAN: dapat berehat kerana tiada makanan dan minuman yang mana akan mengurangkan masalah seperti kerengsaan usus besar. Kerana hubungan antara otak dengan usus (otak-usus paksi), dilaporkan bahawa setiap reaksi psikologi atau emosional mencerminkan keadaan usus. Malahan, pengagihan darah ke bahagian lain dari tubuh seperti otak boleh menyebabkan lebih banyak makanan, kerana biasanya sistem pencernaan memerlukan banyak bekalan oksigen untuk melakukan fungsinya.

4

SISTEM REPRODUKSI: ketika berpuasa, kajian telah menunjukkan penurunan nafsu dan peningkatan kesuburan kerana peningkatan jumlah sel telur dan sperma oleh sebab terdapat lebihan masa untuk pemulihan dan berproduksi.

5

DIABETES: penurunan kandungan gula dalam darah dan protein bermanfaat untuk pesakit diabetes. Malahan penggunaan insulin juga akan turut meningkat.

6

OBESITI: banyak kajian melaporkan penurunan berat badan berlaku ketika berpuasa, asalkan kegiatan seharian dilakukan seperti biasa (ketika tidak

10

berpuasa). Ini adalah kerana lebih banyak tenaga akan yang dibakar oleh tubuh badan untuk berfungsi dan menjalankan rutin harian.

SISTEM RENAL: puasa mengurangkan kecenderungan pembentukan batu/kristal di dalam sistem renal, terutama di dalam ginjal dan pundi kencing. Ia turut menunjukkan penurunan kegagalan ginjal pesakit diabetes.

7

11

8

12

KANSER: beberapa kajian melaporkan berlaku pengurangan onkogen (gen penyebab kanser) dan peningkatan pemulihan DNA ketika berpuasa. HYPERINSULINEMIA: tahap insulin dalam darah meningkat setelah pengambilan makanan. Hormon ini menyebabkan simpanan makanan di dalam sel dan pertumbuhannya turut berkaitan dengan pembentukan tumor. Oleh itu, puasa akan mengurangkan kadar insulin dalam darah kerana pengambilan makanan yang rendah.

9

SISTEM IMUNISASI: imunisasi sel dan cecair dalam badan meningkat setelah berpuasa, selepas penurunan jumlah titisan kortisol.

MEMORI: puasa meningkatkan memori, dipercayai disebabkan kenaikan asetilkolin, dan/atau hormon antidiuresis yang meningkat ketika konsentrasi darah naik dan mengurangkan jumlahnya. KECERGASAN FIZIKAL: meningkat selepas puasa.

Kesimpulannya, selain aspek perubatan tersebut, terdapat banyak manfaat lain secara global. Antara manfaat berkenaan ialah kurang pencemaran kerana perokok berkurangan, manusia yang bersifat murni dan beramal kebajikan, manusia yang penuh kasih sayang dan berbaik antara satu sama lain dan mungkin membuat amal kepada yang memerlukan. Tidak dinafikan, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik untuk dihuni apabila keganasan menurun dan kebaikan berleluasa. Puasa di sepanjang bulan Ramadan turut menekankan kekuatan dari aspek fizikal-mental-psikologi dan rohani seorang manusia. Seperti yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Kuasa di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 183-187, “tujuan utama berpuasa adalah untuk mengembangkan taqwa (kesedaran kepada Tuhan) pada manusia.” n

**CATATAN TENTANG PENULIS: DR. S.M. BAKIR MERUPAKAN SEORANG ENDOKRINOLOGI KELAHIRAN IRAQ. BELIAU MERAIH PHD. DARI UNIVERSITY OF LONDON, KEMUDIAN TELAH MENGAJAR DI COLLEGE OF MEDICINE DI KING SAUD UNIVERSITY, RIYADH. BELIAU TELAH MENERBITKAN BEBERAPA MAKALAH ANTARANYA TOPIK TENTANG MANFAAT PUASA ISLAM DI DALAM PERSPEKTIF PERUBATAN DAN SEKARANG MENETAP DI AMERIKA SYARIKAT. Ogos 2011 REZEKI

69

SEJ

Bank Muamalat Malaysia Sdn. Bhd. memperuntukkan sebanyak

RM56

JUTA

bagi menaik taraf cawangannya di seluruh negara secara berperingkat.

SEBANYAK

138

SUSUNAN: M. REE

AH 4 . pern 5 Ju iaga an b ta erda di M UML

alay

sia.

ftar

DIANGGARKAN SERAMAI

1.8 JUTA

pekerja asing yang sah bekerja dengan majikan di Malaysia dan data menunjukkan terdapat 321majikan di seluruh negara yang masing-masing mempunyai pekerja asing sah melebihi 500 orang.

Dewan P Malays erniagaan Me ia Sela ngor (D layu mempu P ahli ya nyai lebih 16 MMS) ng terlib 00 ora ng at dala bagai b m berb id agaiang p berban ding de erniagaan, ngan ahli da lam tah 80 orang un 198 8.

buah hotel bajet baru beroperasi diberi lesen di negeri Selangor antara tahun 2008 hingga 2011. Ogos 2011 REZEKI

7

CORAK HIDUP

W ahai Perwira-Perwira KAUT KEUNTUNGAN MELALUI PERMAINAN GAME.

SUPER MARIO, TETRIS, STREET FIGHTER, CONTRA, COUNTER STRIKE DAN WAR OF WARCRAFT. Siapa

tidak tahu mengenai permainan video ini. Tidakkah ianya mengingatkan anda pada masa silam? Kini, revolusi permainan video telah berubah mengikut perkembangan dan peredaran zaman. Ianya seolaholah fenomena yang melanda dunia dan tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Terdapat banyak elemen yang dapat diterapkan ketika leka bermain permain video. Antaranya ialah melatih diri anda dalam aspek kepimpinan dan interaksi antara satu sama lain. Ikuti perenggan seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut akan kehebatan, kehangatan dan impak permainan video terhadap masyarakat dunia.

“Main video game ... aha ahaa ... Jari ku sakit ... aha ahaa … Tapi tak serik ... aha ahaa ... Nak cuba lagi... aha ahaa ... Esok datang lagi ...” —4U2C

h

PENINGKATAN NILAI DAN KEPERCAYAAN DIRI

The Game of Life, The Sims dan The Second Life merupakan antara permainan video yang membolehkan kita melakon semula perwatakan yang telah kita cipta di alam maya. Keunikan permainan video ini adalah, di mana setiap pemain boleh mereka cipta ciri-ciri dan jenis perwatakan diri, mengubah suai jenis rumah dan pelbagai lagi sepertimana yang kita lalui di dunia realiti. Bezanya di sini adalah pemain mampu mencipta sehingga tahap kesempurnaan mengikut kepuasan diri dan cita rasa masing-masing.

70

REZEKI Ogos 2011

Permainan ini juga membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain-pemain MMORPG* yang lain di serata dunia. Terdapat ramai masyarakat dunia yang berpaling kepada permainan video kerana berasa terasing dari komuniti masing-masing. Pemain-pemain yang pada awalnya seperti katak di bawah tempurung, kini mempunyai nilai kepercayaan diri yang lebih tinggi dan berasa lebih yakin jika berada dalam kalangan komuniti.

l

SUMBER KEWANGAN: TUKAR KEPADA ... DUIT! DUIT! DI MANA DUIT?

Di petik daripada kisah benar, seorang pemuda bernama Adika berusia awal 30-an yang merupakan kerani di sebuah bank telah mengubah nasibnya dengan hanya bermain permainan video selama setahun. Minatnya bermula lebih 10 tahun yang lalu ketika Atari baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Setelah menikmati dan melalui perkembangan permainan video dari zaman Micro Genius, Game Boy, X-Box, Nintendo Wii dan Playstation, beliau kini berjaya menjana pendapatan sampingan sebanyak RM3,000–RM5,000 sebulan dengan hanya mengendalikan permainan video MMORPG, iaitu Shaiya melalui private server. Beliau sendiri tidak menyangka minat dan ketagihannya itu membawa kepada sumber pendapatan sampingan. Ianya berputik ketika beliau bersama rakan-rakan lain kurang berpuas hati dengan cara pengendalian private server yang dilanggani pada ketika itu. Dari semasa ke semasa, mereka mula mempelajari dasar, ciri-ciri dan latar belakang serta selok-belok menjadi pengendali private server. Akhirnya, dengan analisa yang terperinci serta inspirasi yang diperoleh dan kreativiti berteraskan inovasi masing-masing, mereka telah berjaya memenuhi

OLEH: HANAH FINAH

cita rasa kominuti MMORPG. Di samping usaha untuk memenuhi kehendak dan cita rasa komuniti tersebut, secara tidak langsung, ianya juga menyumbang kepada kepuasan diri. Dari sudut pandangan beliau, nilai tambah yang telah dikecapi daripada pengalaman ini merupakan salah satu saluran untuk latihan yang dapat membantu membangunkan dan mengembangkan komunikasi di dalam komuniti permainan video. Malahan dapat menyumbang kepada semangat kerjasama, di mana MMORPG memerlukan kerjasama di dalam pasukan. Beliau juga ada mengatakan bahawa mengendalikan private server adalah ibarat mengendalikan sesebuah negara di alam maya, di mana perancangan strategi yang terperinci memainkan peranan penting dalam menjayakan corak permainan video. Pemain-pemain MMORPG ini juga secara tidak langsung membina perwatakan diri seseorang dan memupuk perpaduan antara pemain tanpa mengenal umur, jantina atau bangsa di alam maya. Tahap kecekalan mereka untuk tidak berputus asa memberi impak yang besar kepada kehidupan harian mereka.

A

WHY SO SO SERIOUS?

Pendekatan latihan teknikal terkini yang dijalankan di benua Eropah telah diadaptasi dalam pembangunan modal insan. Menurut kata Dr. Gustavo Saposnik seorang Pengarah Stroke Outcomes Research Unit di St. Michael’s Hospital, Toronto, rehabilitasi pesakit strok sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan peredaran teknologi. Ini termasuklah permainan video yang boleh membantu pesakit-pesakit strok dalam menggalakkan pembaikan semula otot-otot yang telah rosak akibat strok. Kajian membuktikan pesakit yang memberi tumpuan terhadap permainan video menggunakan tangan telah membantu mereka mendapatkan semula 14.7% kebolehan untuk menggunakan otot-otot di tangan mereka. Ada juga beberapa hospital seperti Hospital Bridgeport di Conncticut yang kini menggunakan permainan video Nintendo Wii dalam Unit Rehabilitasi mereka. Kaedah ini terbukti apabila seorang pesakit strok mereka, Barbara Everlith yang dahulu mengalami kesusahan ketika berdiri, berjalan mahupun untuk memegang sesuatu objek. Kini dengan bermain permainan video tenis pada Nintendo Wii ianya mengurangkan bebannya dalam segala pergerakannya.

d

PERMAINAN VIDEO: PEMBAZIRAN MASA?

Benar, ada yang masih menganggap bahawa bermain permainan video sebagai sesuatu yang membuang masa. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana ada sesetengah pihak yang terlalu ketagih bermain permainan video sehingga terabai kehidupannya di dunia realiti. Walau bagaimanapun, yang ingin ditekankan di sini adalah kebaikan yang dapat diperoleh daripada permainan video sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

i

d “IANYA DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN ATAU STRES YANG DIHADAPI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.�

h

TEKANAN Kebanyakan orang menganggap bahawa permainan video sebagai saluran untuk mengurangkan tekanan. Tidak dapat dinafikan lagi, keasyikan dan keseronokan bermain permainan video memberi ketenangan minda. Baik dari perspektif jalan cerita, musik latar sertagrafik sesuatu permainan itu. Fadzihan Abbas bin Mohamed Ramlee (28), seorang Penganalisa Kewangan di PNB berpendapat bahawa permainan video mengajarnya sesuatu yang baru dan ianya juga merangsangkan pemikirannya. Ulasnya juga, ianya dapat membantu mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Pemainan video kegemarannya ialah Grand Tourismo 5 @ Play Station. SERONOK! Ketagihan kanak-kanak dengan permainan video adalah kerana kadar kualiti grafik permainan video yang begitu tinggi serta konsep atau struktur permainan video (gameplay) yang Ogos 2011 REZEKI

71

CORAK HIDUP: WAHAI PERWIRA-PERWIRA VIDEO GAME

“MINAT DALAM PERMAINAN VIDEO BOLEH MEMPERKEMBANGKAN KREATIVITI PEMAIN VIDEO.”

berteknologi tinggi dan terkini. Permainan video boleh menimbulkan keseronokan dalam kalangan masyarakat dunia tanpa mengira usia, jantina dan bangsa. Seorang penasihat cukai di Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd., Syazwani Syed Tamim Ansari (27) berkongsi tentang keseronokan dan ketagihannya bermain permainan video. Semasa kecil, permainan videonya Sega Dreamcast telah dirampas semula oleh ibu bapanya setelah beliau berjaya meminjam daripada pakciknya. Jadi, bagi memenuhi kehendaknya semasa kecil, beliau kini ketagih dengan permainan video seperti Left 4 Dead 2, Resident Evil 4, The Elder Scrolls IV: Oblivion, Fable 2. Beliau juga mengujar bahawa keseronokan yang diperoleh adalah kerana kebanyakan perkara yang dilakukan dalam permainan video tidak dapat dilakukan di alam nyata. SUMBER PEMBELAJARAN Permainan video ada menyelitkan aspek pembelajaran. Lalai untuk segilintir masyarakat dunia untuk menilai permainan video dari aspek pembelajaran kerana terlalu sibuk memandang rendah terhadap impak buruk yang disebabkan permainan video. Di sinilah ramai yang silap. Terdapat banyak permainan video yang memerlukan pemain untuk mahir dalam pengetahuan am dan memerlukan kecekapan pemikiran. Antaranya ialah Bomberman dan Minesweeper yang mana permainan video ini memerlukan kecekapan untuk membuat strategi bagi mencapai kemenangan. Manakala SimCity pula memerlukan ketangkasan dalam pentadbiran dalam membina sebuah bandar raya. Oregon Tail pula mempunyai elemen sejarah abad ke-19. Permainanpermainan video seperti ini merupakan sumber pembelajaran yang efisyen dan efektif. Barbara St. Hilaire yang berusia 71 tahun berasal dari Ohio merupakan seorang nenek dan pemain tertua di dunia yang ketagih dengan permainan video. Pada asalnya, beliau bermain mainan video hanya sekadar untuk merapatkan diri dengan cucu-cucunya. Lamakelamaan, beliau turut serta bermain dan berkongsi minat dalam permainan video bersama cucu-cucunya. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa permainan video dapat meningkatkan kercerdasan dan keaktifan mindanya. 72

REZEKI Ogos 2011

INSPIRASI Permainan video bukanlah sekadar untuk merehatkan minda atau keseronokan. Secara tidak langsung, minat dalam permainan video boleh memperkembangkan kreativiti pemain video. Minat itu boleh dieksploitasikan sehingga boleh menjana pendapatan sampingan. Seperti yang telah disiarkan pada isu sebelum ini, inspirasi boleh diperoleh daripada mana-mana sumber. Ini termasuklah juga dengan permainan video. Kelanjutan dalam ketagihan bermain permainan video boleh membawa kepada pencetusan idea, kreativiti dan inovasi. Arif Afifuddin berusia 26 tahun merupakan seorang pegawai bank di Standard Chartered yang amat gemar bermain permainan video LEFT FOR DEAD 2 dan Final Fantasy Series. Ulasnya, bermain permainan video ini membantunya dalam perkembangan pemikiran strategik. Tanpa disedari, secara tidak langsung, ianya boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan kehidupan sehariannya. Siapa sangka? HUBUNGAN SOSIAL Apa yang menariknya tentang permainan video adalah jangkaan kita terhadap pemainpemain yang dianggap sebagai anti-sosial. Pada hakikatnya, mereka telah membina rangkaian hubungan melalui private server yang dilanggani. Interaksi yang konsisten telah membuahkan kepada perkembangan rangkaian hubungan. Ada juga sebilangan daripada pemain MMORPG yang membawa persahabatan mereka hingga ke dunia realiti. Terdapat juga pengenalan dalam alam maya berakhir dengan perkahwinan dalam dunia realiti. Walaupun sukar untuk kita menerima kenyataan ini, ketagihan bermain permainan video boleh membawa padah. Pada awal tahun 2005 di Korea Selatan, sepasang suami isteri telah di tahan kerana mengabaikan bayi mereka yang hanya berumur 3 bulan sehingga menyebabkan kematian. Ini berpunca daripada gejala ketagihan pasangan ini dengan permainan video. Ironinya di sini adalah mereka terlalu leka untuk menjaga dan membesarkan ‘anak’ mereka, Anima dalam permainan video Prius Online. Jadi, janganlah kita lalai dalam membezakan alam maya dan dunia realiti. n

*MMORPG – Massively Multiplayer Online Role-Playing Game

8

REZEKI Ogos 2011

Rezeki FEB10.indd 1 1 rezeki CS3-new.indd

2/11/11 7:52 AM AM 2/10/11 2:15:09

rezeki mastaCS3 ad T

11 7:52 AM AM 2:15:09

RM100.00 / seorang

Ogos 2011 REZEKI

rezeki mastaCS3-new.indd ad THJ.indd 18

9

2/10/11 4/1/11 1:30:18 5:16:05 AM PM

Dapatkan Perspektif

Apa sahaja yang anda perlu tahu tentang industri Halal, semuanya ada pada kami - segala kemudahan, kepakaran dan perkhidmatan - khusus untuk keperluan pemasaran anda.

Global SERANTAU TEMPATAN

KDRC-10-pillarad-rezeki.indd 1

• MAKLUMAT PASARAN • KHIDMAT NASIHAT • PROGRAM BANTUAN TEKNIKAL • PROGRAM PEMBANGUNAN DAYASAING • KAJIAN KHUSUS • SEMINAR DAN LATIHAN • PERANCANGAN & PEMBANGUNAN JENAMA

KASEHDIA SDN BHD M - 2 - 20, P la z a D amas 60, J alan S ri H artamas 1 S ri H artamas 50480 K uala Lumpur M A L AY S I A t +603 6203 1 0 2 5 f +603 6203 4 0 7 2 e in f o @ kasehdia . com W w w w. kasehdia . com

4/1/11 6:15:05 PM

“...b panduuku restora an n Hala pertam l a d i dunia.” The Asia Street J n Wall ournal

Di mana sahaja kamu berada, pastikan Panduan ada bersama

s i r i pa n d u a n h a l a l K AS E HDIA pa n d ua n u n t u k m a k a n a n h a l a l + m i n u m a n + p e l a n c o n g m u s l i m KasehDia Sdn Bhd M - 2 - 2 0 , PLA Z A DAMAS , 6 0 , J ALAN S R I HA R TAMAS 1 , S R I HA R TAMAS , 5 0 4 8 0 KUALA LUMPU R , MALAY SIA T + 603 6203 1025 F + 603 6203 4072 E in fo@k ase h d ia.com w w w.k a s e h d i a.co m

AD-KDHG2011-rezeki.indd 1

4/1/11 5:36:22 PM


Rezeki - Ogos 2011