Rezeki - Ogos 2011

Page 67

CORAK HIDUP

W ahai Perwira-Perwira KAUT KEUNTUNGAN MELALUI PERMAINAN GAME.

SUPER MARIO, TETRIS, STREET FIGHTER, CONTRA, COUNTER STRIKE DAN WAR OF WARCRAFT. Siapa

tidak tahu mengenai permainan video ini. Tidakkah ianya mengingatkan anda pada masa silam? Kini, revolusi permainan video telah berubah mengikut perkembangan dan peredaran zaman. Ianya seolaholah fenomena yang melanda dunia dan tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Terdapat banyak elemen yang dapat diterapkan ketika leka bermain permain video. Antaranya ialah melatih diri anda dalam aspek kepimpinan dan interaksi antara satu sama lain. Ikuti perenggan seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut akan kehebatan, kehangatan dan impak permainan video terhadap masyarakat dunia.

“Main video game ... aha ahaa ... Jari ku sakit ... aha ahaa … Tapi tak serik ... aha ahaa ... Nak cuba lagi... aha ahaa ... Esok datang lagi ...” —4U2C

h

PENINGKATAN NILAI DAN KEPERCAYAAN DIRI

The Game of Life, The Sims dan The Second Life merupakan antara permainan video yang membolehkan kita melakon semula perwatakan yang telah kita cipta di alam maya. Keunikan permainan video ini adalah, di mana setiap pemain boleh mereka cipta ciri-ciri dan jenis perwatakan diri, mengubah suai jenis rumah dan pelbagai lagi sepertimana yang kita lalui di dunia realiti. Bezanya di sini adalah pemain mampu mencipta sehingga tahap kesempurnaan mengikut kepuasan diri dan cita rasa masing-masing.

70

REZEKI Ogos 2011

Permainan ini juga membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain-pemain MMORPG* yang lain di serata dunia. Terdapat ramai masyarakat dunia yang berpaling kepada permainan video kerana berasa terasing dari komuniti masing-masing. Pemain-pemain yang pada awalnya seperti katak di bawah tempurung, kini mempunyai nilai kepercayaan diri yang lebih tinggi dan berasa lebih yakin jika berada dalam kalangan komuniti.

l

SUMBER KEWANGAN: TUKAR KEPADA ... DUIT! DUIT! DI MANA DUIT?

Di petik daripada kisah benar, seorang pemuda bernama Adika berusia awal 30-an yang merupakan kerani di sebuah bank telah mengubah nasibnya dengan hanya bermain permainan video selama setahun. Minatnya bermula lebih 10 tahun yang lalu ketika Atari baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Setelah menikmati dan melalui perkembangan permainan video dari zaman Micro Genius, Game Boy, X-Box, Nintendo Wii dan Playstation, beliau kini berjaya menjana pendapatan sampingan sebanyak RM3,000–RM5,000 sebulan dengan hanya mengendalikan permainan video MMORPG, iaitu Shaiya melalui private server. Beliau sendiri tidak menyangka minat dan ketagihannya itu membawa kepada sumber pendapatan sampingan. Ianya berputik ketika beliau bersama rakan-rakan lain kurang berpuas hati dengan cara pengendalian private server yang dilanggani pada ketika itu. Dari semasa ke semasa, mereka mula mempelajari dasar, ciri-ciri dan latar belakang serta selok-belok menjadi pengendali private server. Akhirnya, dengan analisa yang terperinci serta inspirasi yang diperoleh dan kreativiti berteraskan inovasi masing-masing, mereka telah berjaya memenuhi


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.