Rezeki - Ogos 2011

Page 54

OLEH: KAMAL ISMAIL

makanan yang halal belum tentu baik kerana ia menjejaskan kesihatan kita sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak, seperti daging merah, benda yang manis ataupun makanan yang telah luput tarikhnya. Sebagai manusia yang sukup sifat yang telah dikurniakan oleh Tuhan, kita seharusnya menanamkan niat yang baik di dalam diri kita. Sama juga seperti mencari rezeki. Mencari rezeki juga memerlukan tujuan yang baik, bukan tujuan untuk mencari kekayaan sematamata dan menjadi riak dan takbur dengan kekayaan yang kita ada ataupun mencari rezeki bertujuan membantu orang kafir, membunuh orang Islam dan pelbagai lagi. Kita juga harus melihat apakah kepentingan rezeki di dalam Islam? Menurut ayat al-Ankabut ayat 17 bermaksud “Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu, maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepadaNya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.� Terdapat beberapa aspek atau perkara yang ingin disampaikan di dalam ayat di atas. Umat Islam harus tahu bersyukur. Rasa kesyukuran ini bukan hanya untuk dirinya sendiri, malahan untuk orang lain juga. Contohnya, dengan bersyukur itu akan lahir rasa tanggungjawab berzakat, bersedekah, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan banyak amalan baik boleh dilakukan. Seterusnya menjamin kekuatan ekonomi umat Islam, terutama dalam aspek berzakat. Apabila umat Islam berlumba-lumba membersihkan dan menyuburkan rezeki, maka akan wujud individu yang kuat iman kerana ia bukan sahaja mencari rezeki untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga seterusnya agama, ummah dan negara. Ayat di atas juga turut menyatakan bahawa rezeki itu mestilah dicari atau kita berusaha memperolehnya kerana rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Kita tidak hanya boleh duduk diam di atas kerusi malas sambil menggoyangkan kaki. Janganlah

KEHENDAK DAN KEMAHUAN MANUSIA SETIAP HARI AKAN BERTAMBAH DAN TIDAK AKAN PERNAH BERKURANGAN. JIKA KITA HANYA MASIH BERADA DI TAKUK LAMA, KITA TIDAK AKAN MENCAPAI APA YANG KITA INGINKAN.

hendak menjadi seperti Mat Jenin. Sampai dunia kiamat sekalipun, duit tak akan jatuh dari langit melainkan ada orang jatuhkannya dari langit. Kita dianugerahkan oleh Tuhan dengan cukup sifat harus bangun dan mencari jalan serta idea bagaimana hendak mencari rezeki, yang penting halal. Kita lihat pada zaman Umar al-Khattab, apabila ada di kalangan umat Islam yang hanya duduk berzikir dan bersembahyang di masjid, mereka dihalau oleh Umar dan menyuruh mereka keluar bekerja mencari rezeki. Ini jelas membuktikan bahawa konteks rezeki di dalam Islam itu sendiri mengajar umat Islam supaya berusaha. Kita dianugerahkan oleh Tuhan dengan cukup sifat harus bangun dan mencari jalan serta idea bagaimana hendak mencari rezeki, yang penting halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Ayat ini juga menekankan bahawa Allah menyuruh kita beribadat, dan dengan rezeki itu kita dapat beribadat dengan sempurna. Bagaimana kita hendak beribadat, kalau kita tidak mempunyai wang untuk membeli baju, kain kecuali di dalam keadaan darurat. Kesimpulannya dalam hal rezeki berkat ialah memastikan kehalalannya dan jalan mendapatkannya juga mestilah halal. Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun. Contohnya, kerjaya kerani, ia satu pekerjaan yang mulia dan halal, tetapi sekiranya disalahgunakan, ia bertukar kepada haram. Sebagai contoh, kita harus bekerja sehari selama lapan hingga sembilan jam, tetapi kita hanya bekerja empat hingga lima jam sahaja, di mana selebihnya sibuk bersembang atau mengumpat dengan kawan sekerja yang lain. Itu menjadi haram walaupun pada zahirnya, kelihatan halal. Begitu juga dengan mereka yang bekerja dengan syarikat bukan Islam. Bekerja dengan majikan bukan Islam tidak salah, malah kerja tersebut adalah halal kecuali pekerjaan tersebut melibatkan kerja-kerja maksiat, penipuan, riba, melalaikan sembahyang, mencuri. Sudah tentu ia bertukar menjadi haram. Pekerjaan apa sekalipun, sifat amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, ikhlas dan seterusnya jujur, barulah datangnya keberkatan rezeki yang diperoleh. n Ogos 2011 REZEKI

59


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.